Monday 18 March 2013

Cerpen - Ku Sambut Cintamu...

          
“FIR. Ni ada surat untuk kau. Dari Puncak Jaya Holdings. Maybe surat panggilan temuduga kut.”Ujar Shaz seraya meyerahkan sampul bewarna coklat muda bersaiz A4 kepada Firda Asofa.

“Hah, ye ke. Terima kasih.” Seraut senyuman ceria menghiasi bibirnya.

 “Kalau kau berjaya, jangan lupa belanja aku tau.”

 “Apalah kau ni. Aku belum pun pergi temuduga lagi. Surat ni pun aku belum buka tau.”

 “Aku cakap je. Aku doalah untuk kau. Moga kau dapat kerja tu.”Ujar Shaz sambil menepuk lembut bahu teman serumahnya itu.

“Harapnya macam tulah. Aku dah boring duduk rumah ni, weh. Lepas habis latihan praktikal program GEMS tu, aku jadi penganggur balik. Selamat aku ada kerja sambilan. Tapi, kalau selamanya nak macam tu..hmm..tak menjamin masa depan. Kau lainlah. Terus dapat serap jadi pekerja tetap.”
“Rezeki, Fir. InsyaAllah. Kau pun ada peluang. Ni ha. Tawaran temuduga dah dapat. Ku cubalah yang terbaik.”
“InsyaAllah. I will try.”
“Bila temuduganya, Fir?” soal Shaz tatkala melihat Firda sudah pun mengeluarkan lembaran kertas dari sampul tersebut.
Firda Asofa membaca untuk seketika.
“21 Jun 2012. Hari Khamis . Alamak hai, lusalah.”
“Lusa?”
Firda Asofa mengangguk.
“Tak dapatlah aku hantar kau. Esok dan lusa, aku kena pergi tengok Site. Kalau tak, kita satu jalan je. Senang. Aku tahu company tu. Dekat bangunan yang besar tu. Jauh sikit je dari tempa kerja aku.”
“Takpelah. Aku naik teksi je lah nanti.”
****

FIRDA ASOFA kini berada di hadapan cermin soleknya. Dia sekadar bersolek ringkas, tidak keterlaluan. Bedak di tenyeh ke muka. Kemudian dia mencolet segaris gincu di bibir dan menyembur minyak wangi sekadarnya. Hmm..Segar..Tudungnya diperbetulkan sedikit agar kelihatan lebih cantik terletak menutupi wajahnya yang bujur sirih.
“Okeylah ni kut.” Dia berbicara sendiri.
Dup..Dap..Dup..Dap.. ‘Alahai jantung. Kenapa mesti nak berlagu macam tu. Cubalah cool sikit.’ Bisik hatinya.
‘Macam mana nak cool. Tuannya sendiri pun menggelabah.’ Hatinya juga membalas jawapan.
“Ya Allah. Permudahkanlah urusan temudugaku pada hari ini. Hari Selasa bersamaan 1 Syaaban 1433H. Amin…” Firda Asofa memanjatkan doa. Dia berusaha untuk tenang.
Firda Asofa melihat kembali surat panggilan temuduga yang di terima kelmarin. Memang terkejut apabila menerima surat itu. Tak sangka. Tarikhnya, hari ni. Perghh… Tak sempat nak prepare apa-apa. Dah dapat. Pergi jelah. Tarikh dan waktunya disemak lagi. “Okey. Betullah ni.”
Tas tangannya disangkut ke bahu. Failnya di pegang kemas. Karang tercicir, siapa nak jawab.
Dia segera turun ke bawah menantikan teksi. ‘Aduhai.mana pulaklah teksi ni. Selalu time tak nak naik, banyak je lalu lalang kat sini. Hari ni aku nak naik, tak muncul-muncul pulak dia.’ Hanya bicara itu yang bermain di hati.
Dia melihat jam tangan. Baru jam 7.03 pagi. Nampaknya, sudah setegah jam lebih dia menanti teksi.
Dup..Dap..Dup..Dap…’Jantung..Rileks, jantung. Jangan nervous. Cuba cool sikit. Kita tengah tunggu teksi ni. Masa pun ada lagi. Temuduganya pukul 9.30. InsyaAllah sempat. Jangan terlalu gelabah. Karang, ‘blank’ pulak otak nak menjawab. Okey, cool..cool…’ Pujuk hati Firda Asofa sendiri.
‘Baik baca surah-surah pilihan. Dapat pahala. Moga, tenang jua hati yang nervous dan gundah gulana ni.’ Firda Asofa menasihati diri sendiri. Mencari semangat.
Akhirnya, selang beberapa waktu, sebuah teksi telah hadir dan berhenti di hadapannya.Alhamdulillah.
*****

JAM 8.17 pagi, Firda Asofa telah sampai ke tempat yang di tuju.‘Perghh..Cepat juga sampai. Tak sangka pulak. Hmm..Okeylah. Biarlah aku dapat bernafas. Karang, ‘blur’ pulak jadinya.’ Firda menguntum senyum sendiri. Senyuman semangat di pagi hari. Chaiyok…
‘Puncak Jaya Holdings, tingkat 25. Hmm..Sky View tu.’
Dup..Dap..Dup..Dap..’Alahai. Dah start nervous balik dah.’
Tawakkal.
Firda melangkah dengan kaki kanan menuju ke lif. Kebetulan, ada seorang lelaki yang juga menanti di situ. Wajah itu tidak kelihatan kerana membelakangkannya.
Pintu lif kini terbuka. Lelaki itu masuk dan diikuti Firda Asofa. Hanya mereka berdua. Hihi..Kebetulan je. Lelaki itu kemudian menekan butang aras 25.
‘Eh, samalah.  Agaknya, dia pun nak datang temuduga juga kut. Tak pun, dia memang kerja kat sini.’Bisik Firda Asofa sendiri
Mereka tidak bertegur sapa. Hanya mendiamkan diri.
Firda Asofa menjadi pemerhati dalam diam. Dia membuat penilaian tentang lelaki itu. ‘Hmm..Smart. Berkemeja biru lembut. Berkot hitam. Tali leher warna biru gelap. Okeylah kut. Aku bukannya reti bab-bab nak padankan warna ni. Grooming ke tak grooming ke, aku tak kisah sangat. Janji sedap mata memandang.’
‘Rambut dia pun kemas je. Pendek. Ada stail juga. Hah, ni yang best nak buat penilaian. Wajahnya. Hmm..Boleh tahan gak. Cerah. Sekali padang macam bersih je pipinya. Tapi, dua kali pandang, adalah sikit-sikit jerawat. Tapi, tak ketara pun sebenarnya. Jerawat ke..bekas Chicken Pox. Hehe..’
Firda Asofa berkalih pandang ke arah lain apabila terperasan dirinya juga dipandang lelaki itu.
Dup..Dap..Dup..Dap…’Alahai, jantung hati. Cubalah cool sikit. Orang tu pandang je. Tak payahlah nak perasan.’ Firda Asofa kembali menenangkan diri.
Dia menyambung penilaiannya. ‘Ceh..Aku ni tetiba dah jadi penilai ‘First Impression’ pulak. Takpe-takpe. Sekarang ni, biar aku nilai dia ni dulu. Karang, aku punya turn pulak. Acilah kan.’
Kebetulan, mereka sama-sama memandang.
‘Ngee..Firda Asofa tertelan liur sendiri. Pandangan terkalih lagi ke arah lain. “Perghh..Sekali dapat tengok muka dia. Face to face. Seram… Bukan seram sebab muka dia berubah macam hantu bungkus, tapi…jantung nilah. Makin laju pulak dia bergendang di dalam.
‘Eh, muka dia macam…Hmm…Macam siapa ek. Hah, baru aku ingat. Macam Mustapha Maarof masa muda-muda. Hensem tu. Comel je. Aku baru je melayan cerita Bawang Putih Bawang Merah hari tu. Kat dalam cerita tu, Mustapha Maarof jadi anak raja. Agaknya, suara dia sama tak macam suara Mustapa Maarof. Hihi..Apalah aku ni.’
Sungguh murni..
Bunga-bunga….

Firda Asofa tersenyum sendiri di dalam hati. Haish..Tetiba melayan lagu pulak. Lagu yang anak raja nyanyi lakonan Mustapha Maarof di dalam hutan sebelum terdengar suara si Bawang Merah menyanyi dekat buaian di pohon beringin. Best lagu tu. Aku suka. Lagu, Bunga Hutan.
Lelaki itu memandang.
‘Aii, dia padang ke?’
Firda Asofa kembali memandang ke arah lain.  ‘Habis..Bengang aku. Mesti dia terdengar suara sumbang yang mengalun lagu tanpa melepaskan suara. Siapa lagi kalau bukan aku. Hihi..
Tapi dia ni semacam je. Hmm..Kerek.
Ting…
Akhirnya, pintu lif terbuka. “Alolo.Dah sampai ke. Dah nervous balik. Tadi, masa melayan hati, okey je.’
‘Bismilahirahmannirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.’ Kaki kanan di dahulukan.
Tetiba teringat pulak slogan Perdana Menteri. “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.” Hmm…Manalah tahu, kena tanya nanti.
Firda Asofa memandang kiri dan kanan. First time sampai. Mestilah nak tengok itu ini. Pintu yang tertulis ‘Puncak Jaya Holdings’ tertera di sebelah kanan. ‘Ni lah tempatnya. Aduhai..Makin cuak aku.’
‘Eh, dia ni. Macam tunggu aku je.Kenapa dia tak masuk dulu. Mesti sama macam aku. Cuak jugalah tu kut. Tak pun sedang memohon petunjuk Allah. Hmm…Samalah. Ya Allah. HambaMu ini bermohon padaMu. Permudahkanlah sesi temudugaku ini. Semoga dilembutkan hati mereka yang menemudugaku. Semoga diriku juga tenang dan mudah menjawab soalan yang diberikan. Amin.’
Firda Asofa mula melangkah menghampiri.
Lelaki itu pulak terus berjalan dan kemudian mengeluarkan acess cardnya.
‘Laa..Dia kerja kat sinilah. Bukannya baru nak datang interview macam aku. Salah anggap rupanya.’
‘Eh, dia tunggu lagi. Suruh aku masuk ke? Hmm..Yelah tu. Kalau tak dia dah tutup pintu tu. Sebab, orang yang ada access card je yang boleh buka pintu tu. Aku ni mana ada.’
Firda Asofa melangkah masuk. “Terima kasih.” Ucapnya bersopan. ‘Bangga aku. Masuk ada yang  sambut. Lagi best kalau tetiba ada yang beratur panjang pegang bunga manggar. Lepas tu ada alunan kompang. Alahai..kau ni Firda. Jauhnya fikiran kau terbang. Tu tunggu kau  nak kahwin nanti. Sekarang ni, kau baru nak kena interview. Bukan interview cari calon isteri tau, interview nak kerja ni.’
Firda Asofa kembali menenangkan diri. Nafasnya di tarik dalam. Di hembus perlahan.
‘Aii. Takde orang lagi ke. Kosong je opis ni. Tak datang lagi ke stafnya. Kalau ada pun sorang je tadi tu. Aku yang nak interview ni pulak dah terlebih awal. Hmm..Ye la. Jam baru pukul 8.23. Waktu pejabat ni start pukul 9.00. Hmm..Sekejap lagi, sampailah dia orang.’
‘Ish, aku ni nak tuju ke mana. Duduk je lah kut kat sofa depan ni. Rasanya memang untuk tetamu. Haish..Mamat tadi mana ek. Dia blah macam tu je ke. Dushh…Apa punya etika pekerjalah ni.’
Firda Asofa terus menanti. Beberapa ketika kemudian, lelaki tadi datang kepadanya.
Come here.” Ujarnya.
Firda Asofa menguntum senyum. Dia bangkit dari duduknya. Dia mengatur langkah mengikuti lelaki itu. Ingin bersuara terasa kelu. Entah mengapa begitu jadinya.
Langkah terus diatur.
‘Aduhai…Makin seram jadinya. Ya Allah. Tenangkanlah hatiku ini. Macam mana ni. Gelabah terus aku jadinya. Habislah. Jangan ‘blur’ sudah. Karang, orang tanya lain, lain pulak yang aku jawab. Erk..Orang ni ke yang interview aku. Sudah...’
‘Eh, dia ajak aku pergi pantrylah. Ayoyo..Pelik aku.’
“Duduk.” Lelaki itu mempersilakan. Hanya sepatah bicaranya.
Firda Asofa sempat memandang lelaki itu. Hmm…Serius gila mamat  ni. Takut aku. Aku harap bukan dia yang interview aku. Sejak dari tadi tiga patah perkataan je aku dengar. Come. Here. Duduk..Fuh… Ada juga makhluk tak mesra alam macam lelaki ni kat dunia ni.’
“Kita breakfast dulu.”
“Hah.” Firda terkejut. ‘Patutlah dia ajak ke pantry. Nak ajak sarapan rupanya. Baik rupanya mamat ni.’ Salah anggap lagi.
Firda teragak-agak untuk duduk.  Tapi, akhirnya dia melabuhkan juga punggung di kerusi yang sedia ada. Di atas meja di hadapannya, sudah tersedia sepinggan roti bakar.Failnya diletakan di atas meja. Hampir dengan dengannya.Dia sempat menjeling lelaki itu yang masih mengacau minuman.
Lelaki itu kemudian datang kepadanya sambil membawa dua mug air.
“Ni awak punya.”Ujar lelaki itu seraya melabuhkan punggung di hadapannya.
Firda Asofa menelan liur. Pelik pulak rasanya. Dup..Dap..Dup..Dap..si jantung, memang tak boleh nak cakap. Semakin laju je iramanya.Dia sekadar menguntum senyum nipis. Takkan nak masam muka pulak kan. Nak berkata-kata, masih juga tidak terkata. Haish..
“Jemputlah makan. Kenapa? Tak biasa breakfast ke?”
Firda Asofa menggeleng. “Err..Dah sarapan tadi kat rumah.” Akhirnya mampu juga dia bersuara.
“Mesti sekarang dah lapar semula, kan. Makanlah. Janganlah malu-malu. Saya pun baru nak breakfast ni.” Ujar lelaki itu tanpa di pinta.
Firda mengangguk. Air di mug di hirup sedikit. Hmm..Sedap. Neslo. Air kegemaran aku juga ni. Macam tau-tau je mamat ni.
“Sarapan apa tadi?” Lelaki itu mula menunjukkan sedikit kemesraan.
“Nestum.” Jawab Maisarah jujur.
“Nestum? Nestum baby ke?” Lelaki itu mengulum senyum. Roti bakar ditangan, di kunyah perlahan. Mula nampak keramahannya.
“Eh, tak. Nestum yang orang dewasa punya tulah. Takkanlah saya nak minum nestum baby pulak. Karang, bantut saya.” Firda menjawab. Sempat juga berseloroh. ‘Hmm…Kalau dah buat lawak macam ni, bolehlah tenang sikit hati aku.’
Lelaki itu tersenyum lagi. “Pandai awak buat lawak ek.”
“Takdelah. Tu kebetulan je tu. Saya mana pandai nak buat-buat lawak ni. Kalau tak, saya dah masuk pertandingan raja lawak.” Firda Asofa kembali berloyar buruk.
Lelaki itu tertawa pula. “So, nice. Awak memang pandai buat lawak. Okey. Makanlah roti tu. Takkan tak sudi kut.”
“Oh ye.” Akhirnya Firda mencapai juga sekeping roti bakar yang bersapu marjerin itu.  Roti itu di siat perlahan agar menjadi lebih kecil. Kemudian, barulah ia disuakan ke mulut. Ia dikunyah perlahan. Hmm..Sedap..
Lelaki itu hanya memerhati. Agak sopan cara makan Firda Asofa. Hmmm..Nice.
Firda Asofa mati kutu apabila di rasakan pandangan mata lelaki itu jatuh tepat padanya. ‘Eii…Dia ni tengok aku ke. Perghh…Rasa nak gugur jantung. Rileks Fir..Kau ni gelabah je. Coollah sikit. Buat selamba  je.’ Firda Asofa berusaha menenangkan dirinya kembali.
Tiba-tiba…
Ringtone lagu ‘Sahabat’ – Upin dan Ipin menyanyi untuk seketika.
‘Erk…’ Firda Asofa kaget seketika. Time ni pula ada panggilan. Dia tahu Shaz yang menghubunginya. Memang ringtone itu telah di set atas nama ‘Shaz Kawanku.’
“Kenapa tak jawab?” lelaki di hadapannya bertanya.
“Oh..Ye…” Firda Asofa bangkit dari tempatnya dan menyambut panggilan yang masuk itu. Dia keluar dari ruang pantry dan berada di ruang hadapan iaitu di ruang menunggu tetamu. Tempat dia duduk di awal tadi.  Tidak lama kemudian, talian dimatikan.
Seketika itu, ada seseorang yang masuk ke dalam ruang pejabat. Seorang perempuan berkebaya hijau. Pastinya, dia pekerja di situ.
Firda Asofa bangkit dari tempatnya. Dia menguntum senyum. Sepertinya, dia pula menjadi penyambut tetamu.
“Eh, awak ni siapa ye?”tanya perempuan itu. Pelik dengan kemunculan gadis itu.
“Saya Firda Asofa. Saya datang nak interview.” Jelas Firda pendek.
Interview?” Perempuan di hadapannya sudah berkerut dahi. Pelik.
Position apa?” soalnya lagi.
“Pembantu Khas Dalaman.” Firda Asofa sekadar menyebut nama jawatan yang tertera di surat tawaran temuduganya. Sebenarnya, dia memohon jawatan setiausaha, tetapi di dalam surat tawaran temuduganya ia tertulis ‘Pembantu Khas Dalaman.’ Mungkin menjurus kepada kerja yang hampir serupa. Dia tidak kisah tentang itu. Apa yang penting, dia ada pekerjaan.
“Owh, ye ke?” Wajah perempuan di hadapannya masih berkerut. Confius. “Hmm..Sebenarnya, kami tiada buat interview hari ni. Kalau betul dua minggu lagi. Jawatan yang cik beritahu tu pun, tiada dalam list kami. Hmm…Boleh saya lihat surat tawaran tu. Maybe ada kesilapan atau ia bukan dari syarikat kami.” Perempuan di hadapannya memberi penjelasan.
“Oh, ye ke. ” Firda Asofa sudah gelabah. ‘Ish..Janganlah. Buat bengang aku je. Tapi…betullah tarikh dan jawatannya. Shaz pun baca juga hari tu. Aduhai…’
“Sekejap ye saya ambil suratnya.” Firda Asofa baru ingin melangkah ke pantry. Failnya masih di situ bersama lelaki yang menemaninya.
“Hmm..sekejap cik. Macam mana cik boleh masuk dalam ni. Siapa yang bawa cik?” Tanya perempuan itu lagi.  Hmm..Macam tak logik pulak soalan. Mestilah kawan satu opis dia. Orang luar mana ada access card nak masuk. Apa daa..
Langkah Firda Asofa terhenti. “Oh. Tadi ada seorang pekerja kat sini ajak masuk. Dia ada kat pantry.” Firda Asofa memberitahu jujur.
Perempuan itu menjongket kening. ‘Siapa?’ Dia akhirnya mengekori langkah Firda Asofa. Ingin melihat siapa pekerja yang dimaksudkan gadis itu.
Di pantry…
Firdaus Mustaffa masih membelek kandungan fail di hadapannya.Fail milik Firda Asofa.Tergaris juga sebaris senyuman di bibirnya. Senyumannya terus mati apabila Firda Asofa kembali.
“Erk..awak. Boleh saya ambil fail saya.” Pinta Firda Asofa dalam rasa yang sudah tidak dapat digambarkan. Rasanya, dia sudah tidak mampu memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Bengang. Benarkan apa yang di khabarkan perempuan tadi. Hari ni tiada sebarang interview dan jawatannya ditawarkan juga tiada dalam list. Habis tu, mengapa surat itu di terima. Surat layang ke? Dia masih keliru. ‘Perghh…Merah muka aku saat ini. Kenapalah mamat ni tak beritahu. Boleh pulak ajak aku sarapan. Eii..Bengangnya aku.’
“Duduklah. Kenapa ni?” ujar lelaki itu selamba. Sepertinya tidak mengerti apa yang berlaku.
“Erkk…Saya nak minta diri.” Suara Firda Asofa beralun perlahan. Mukanya merah padam.
Dalam masa yang sama, Nadia, perempuan berkebaya tadi juga sudah sampai. Erkkk..Terkejut. Dia dapat menangkap isyarat mata Firdaus Mustaffa, bosnya. Dia faham. Owh…
“Awak belum diinterview lagi.” Ujar Firdaus Mustaffa kepada Firda Asofa yang masih berdiri di sebelahnya, meminta fail.
“Maaf, awak. Sebenarnya, saya tersalah tempat kut. Saya nak fail saya.” Suara Firda Asofa kendur. Masih terasa bengang dan gelabah.
“Awak duduk dulu. Habiskan air tu. Fail awak biar saya pegang.” Bicara Firdaus Mustaffa tenang.
“Tapi, awak…Cik tadi kata, hari ni tiada interview.”Firda Asofa membicarakan masalahnya.
“Cik yang mana…”wajahnya di pandang.
“Ada tadi kat luar. Kenapa awak tak beritahu pejabat ni tiada buat interview hari ni. Bengang saya tau. Tapi, kan..surat tawaran yang saya dapat tu tarikhnya memang hari ni. Tempat ni Puncak Jaya Holdings, kan.” Soal Firda Asofa.
“Ye. Betullah tu.”
“Tapi, kenapa cik tadi cakap….” Firda Asofa menggaru kepala. Ish…Dia makin gelabah.
“Rilekslah. Jangan gelabah. Awak ni gelabah semacam je.”
“Nampak sangat ea.” Firda Asofa menyoal. Tetiba menjadi selamba dengan lelaki itu.
Lelaki itu mengangguk.“Dah, jom. Masuk bilik saya.”
“ Kenapa?”
“Ikut ajelah. Saya nak interview awak.”
“Hah.” Firda Asofa terkejut. ‘Betul ke ni? Pelik. Dia ni siapa? Dia ni nak interview aku ke? Tapi kata hari ni tiada interview. Argh…Ikut jelah. Mesti dia nak cover tahap kebengangan aku ni. Tapi surat ni…Cik tadi tu pulak cakap….Haish…Mana satu yang betul ni. Pening.’
Lelaki itu membawanya ke sebuah bilik pejabat. “Ni fail awak.”Lelaki itu menyerahkan kembali fail milik Firda Asofa. Dia kemudian duduk ditempatnya. Laptop di hadapannya di buka. Dia kemudian menyandar selesa di kerusi empuk miliknmya. Hmm..Dah jadi gaya kereklah pulak mamat ni.
Firda Asofa duduk berdiam diri. Sempat juga pandangan matanya memerhatikan persekitaran bilik yang di duduki kini. ‘Dia ni siapa? Jawatan apa? Besar je bilik dia ni. Biasanya, orang yang ada bilik sendiri ni berjawatan sikit. ’ Hatinya berbisik mencari jawapan.
Firdaus Mustaffa tetap tenang. Dia juga memerhatikan Firda Asofa. Penilaian secara rambang di buat. Penilaian pertamanya pada gadis itu.  Wajah, biasa-biasa aje. Klasik, Macam seniwati Roseyatimah, pelakon lama. Hmm..Agak blur, tetapi kelihatan selamba. Humor. Hmm..Okey.
“Firda Asofa.” Panggilnya lembut.
Firda Asofa memandang seraya menguntum senyum. “Ye, saya.” Debaran di dadanya kembali terasa.
“Hmm..Apa pandangan awak tentang bilik ni.” Firdaus Mustaffa mula berinteraksi dalam cara yang lebih santai dan tidak menekan. Sebenarnya, dia sedang membuat penilaian terhadap Firda Asofa.
Firda Asofa membetulkan duduknya. Dia mencari keselesaan. Ruang bilik itu diperhatikan lagi. ‘Apa aku nak komen ni.’ Bisik hatinya.
Just komen.” Firdaus Mustaffa bersuara lagi.
Firda Asofa menguntum senyum. “Hmm..Pada saya, bilik ni kecil, tapi nampak luas.Mungkin di pengaruhi warna cat dan juga susun atur perabutnya.Apa yang saya tahu, warna sangat mempengaruhi hidup kita. ” Firda Asofa menilai melalui pandangan matanya. Rasanya itu sahaja yang mampu di komen. Nak komen lebih-lebih tak pandai. ‘Orang tanya bilik, aku boleh lencong pulak part warna. Aci jelah. Tapi, memang ia ada kaitan pun.’
“Okey. Hmm..Sekarang ni saya nak tanya awak, apa pandangan awak tentang saya. Sebab, masa dalam lif tadi, saya perhatikan awak ni sepertinya memikir sesuatu. Maybe, awak menilai saya. So, boleh kongsi dengan saya.”
Firda Asofa menelan liur. ‘Alahai dia ni. Macam tau je. Aku nak kena jawab ke ni. Takkan aku nak cakap apa yang aku fikirkan tadi. Ish...’
“Hmm…” Firda Asofa tidak mampu untuk berbicara.
“Jujur dari hati awak. Your fisrt impression tentang saya.” Suara Firdaus Mustaffa kedengaran lagi.
Firda Asofa menggaru pipi. ‘Alamak, hai. Tergaru pipi pulak. Habis. Aku tahu, dia tengah nilai aku sekarang ni. Mesti dia boleh agak aku ni macam mana. Blur.’ Hati kecil Firda berbisik. Tangannya di turunkan ke bawah, di atas peha.
“Firda…” panggilnya lagi.
Firda Asofa menguntum senyum. “Okey. Untuk pandangan pertama saya pada awak ni….eh, jap. Takkan saya nak bahasakan awak, pada awak. Hmmm…Kalau boleh saya tahu nama awak...err..encik….”
“Firdaus.”
“Owh, Firdaus ke. Eh, nak sama pulak nama kita ek. Okey., Sorry. Hmm…Dah lupa pulak saya nak cakap apa. Aduh…”Firda Asofa menggaru pula keningnya. Hilang pula ideanya apabila mengetahui nama lelaki itu. Sudah. Nampak sangat gelabahnya. Padahal baru nak menjawab dengan gaya cool.
Firdaus Mustaffa hanya memerhati. Tersenyum di dalam hati.
“Okey, saya ingat. Tadi, saya rasa muka encik Firdaus ni macam Mustapha Maarof masa muda-muda.” Firda Asofa berbicara jujur.Dia sempat menguntum senyum. Padanya, lebih baik berbicara dengan caranya sendiri walapun seketika tadi dia ingin berbicara dalam tutur bicara yang lebih formal. Hmm..Jadi diri sendiril lagi baik. Tak hipokrit.
Firdaus menjongket kening. Nak tertawa juga rasanya. “Okey, lagi.”
“Mula-mula saya rasa encik Firdaus ni sombong. Tapi, lepas encik Firdaus ajak sarapan tadi, kan, rasanya saya tersalah nilai. Betul kata orang. Kalau tak kenal, maka tak cinta. Kiranya sekarang ni saya baru dapat kenal encik Firdaus, dan  rasanya…
“Jatuh cinta…” sambung Firdaus seraya tertawa. Dia juga bergurau.
“Eh, taklah sampai jatuh cinta.Maksudnya, barulah saya dapat kenal encik Firdaus dengan lebih baik dari sebelumnya.” Firda Asofa memberi jawapan.
Firdaus mengangguk. “Okey. Boleh cerita pengalaman kerja awak sebelum ni.” Firdaus beralih kepada soalan seterusnya.
Firda Asofa bercerita dengan yakin pengalaman kerjanya sewaktu menjalani latihan praktikal program GEMS.
“Habis sekarang ni awak buat apa? Duduk rumah je ke? ”
“Eh, taklah. Saya ada buat kerja sambilan je.Hmm..Tolong jahit manik. Kalau ada orang tempah, saya buatlah. Ada sorang aunty tu kasi saya job ni.”
“Oh, ye ke. Okey. Sekarang ni awak single lagi kan.”
Firda Asofa terdiam. Dia tertelan liur.
“Tak perlu tipu. Saya dah baca resume awak. Saya just nak tahu, single awak tu available atau not available.”
‘E’eh dia ni. Peliknya soalan.’
“Available.” Jawab  Firda Asofa pendek. Tak payah tipu. Senang.
“Pernah bercinta?”
Firda Asofa menggeleng.
“Really?”
Firda Asofa mengangguk.
“Nak bercinta?”
Firda Asofa menggeleng.
Firdaus Mustaffa mengukir senyum. “Kenapa? Takut ea?”
“Saya tiada jawapan untuk soalan tu. Maaf.”
“Okey.”
Firdaus Mustaffa kembali memberi soalan. “Hmm..Saya ada satu situasi untuk awak.Ditakdirkan awak dapat kerja ni. Dan kemudian awak berkahwin…”Firdaus Mustaffa memandang wajah Firda Asofa. Firda Asofa mengangguk. Cuba memahami bicara lelaki itu seterusnya.
“Adakah awak akan terus bekerja atau ambil keputusan untuk berhenti.”
Firda Asofa menelan liur. Dia berfikir sejenak.Memang canggih soalan mamat ni.
“Saya akan minta pendapat suami saya dulu. Kalau dia kasi saya kerja, saya kerja. Kalau tak, saya akur. Tapi, bersyarat. Kalau dia tak kasi saya kerja, dia kena bayarkan hutang PTPTN sayalah. Kalau tak, tak berbayarlah hutang saya. Karang mati, tak pasal-pasal menanggung hutang. Kalau dia tak nak bayarkan, dia kenalah benarkan saya kerja.”
“Gitu ke?”
Firda Asofa mengangguk.
“Okey.” Firdaus Mustaffa membetulkan duduknya. Tangannya pula menyilang ke dada. “Lagi satu situasi. Kalau awak ditakdirkan berkahwin dengan orang yang sama-sama bekerja dengan tempat awak. Kiranya, rakan sekerjalah. Hmm..Macam mana komitmen awak. Komen sikit.”
“Hmm…” Firda Asofa memikir. ‘Hai, soalan. Susah pulak aku nak menjawab.’
“Kalau part tu mestilah kena professional. Janganlah asyik nak pandang-pandang je. Macamlah kat rumah tak jumpa. Kalau saya, insyaAllah kut. Saya akan beri komitmen pada kerja. Tapi, tak tahulah kalau suami saya tu yang sebaliknya. Tetiba je nak duduk kat sebelah. Nak pandang-pandang selalu. Tu, saya tak boleh nak komen. Takde pengalaman.” FIrda Asofa tertawa sendiri. Ia turut mengundang tawa Firdaus Mustaffa.
“Okey. Comel jawapan awak.” Ujar Firdaus Mustaffa.
Firda Asofa juga mengukir senyum. Namun dalam hatinya berbicara. ‘Kenapa soalan dia part kahwin pulak  ni. Ni sebenarnya interview jawatan apa. Betul ke Pembantu Khas Dalaman. Haishh..Pelik aku. Takpelah. Layankan je. Untung-untung dia nak kasi aku kerja. Ni meti dia guna pysikologi.Sebab tu dia tanya pelik-pelik.’
“Awak ni kuat cemburu tak?”soal Firdaus Mustaffa lagi.
‘Aii, soalan. Lain macam je.’
“Hmm..Tak, kut.”
“Boleh buktikan?”
Firda Asofa menggeleng. “Cemburu tu abstrak sebenarnya. Kadang kita tak tahu pun kita ni cemburu. So, saya tak boleh nak buktikan. Tapi, kalau saya, rasanya saya ni taklah kuat cemburu kut. Kalau cemburu pun bertempat. Misalnya sekarang ni, saya cemburu sebab kawan saya dah kerja. Tapi, saya ni menganggur lagi. Kiranya saya cemburu ni taklah sampai nak masam muka.”  Firda Asofa tertawa perlahan .
“Ye ke?  Macam tak percaya je.” Firdaus Mustaffa cuba mempersoalkan.
“Tak percaya ke? Hmm…Encik Firdaus kenalah terima saya barulah boleh lihat dan yakin betul ke tak apa yang saya cakap.”  Firda Asofa kembali memberi jawapan. Haha..Guna trick. Biar dia lembut hati nak kasi aku kerja.’
Firdaus Mustaffa mengangguk. “Bagaimana pula dengan keluarga awak?”
“Sebenarnya, saya…dah takde siapa-siapa. Tiada adik beradik dan mak ayah. Saudara mara pun saya tak tahu. Sebab, saya tinggal kat rumah anak yatim. Hmm..Tapi saya ada kawan-kawan. Kawan-kawanlah keluarga saya.” Firda Asofa berbicara tenang walaupun ia sedikit mengusik emosinya. Dia redha dengan ketentuan hidupnya.
“Maaf. Mungkin, soalan saya buat awak sedih.”
“Takpe. Semua itu ketentuan. Saya bukan hidup seorang diri pun. Even sekarang ni pun saya tak keseorangan. Sebabnya…encik Firdaus ada dengan saya sekarang ni. Tak gitu. Err..Sorry, encik Firdaus. Saya gurau je. Acikan.” Firda Asofa berseloroh selamba.
Firdaus Mustaffa mengangguk. “Sebenarnya, kalau awak tak cakap tadi, saya yang akan cakap macam tu. Fir…Saya dapat rasa awak ni seorang yang kuat. Memang awak tidak berseorangan. Hmm..Okey. Saya ada satu lagi soalan. Saya kira, ini soalan yang terakhir.
“Apa matlamat awak 10 tahun akan datang. Dari segi kerja dan juga diri awak sendiri.”
Firda Asofa bertenang untuk seketika. Dia memikir jawapan.
“Sepuluh tahun akan datang, saya harap saya masih dipanjangkan umur. Dari segi kerja saya harap saya mampu menjadi pentadbir. Mana tahu saya menjadi salah seorang pentadbir di sini. Hmm…InsyaAllah, jika diizinkan saya ingin punya syarikat sendiri suatu hari nanti. Dari segi kehidupan, rasanya saya akan berusaha untu menjadi isteri yang solehah dan mithali untuk suami dan anak-anak saya. InsyaAllah, jika Allah mengizinkan.”
“Okey. Saya puas hati dengan jawapan awak. Hmm..Awak ada apa-apa soalan nak tanya saya.”
Firda Asofa mengangguk.
Firdaus Mustaffa mengunjukkan isyarat tangan, mempersilakan pertanyaan dikemukakan.
“Berkenaan dengan surat tawaran yang saya dapat dengan kata-kata cik yang berkebaya hijau tadi cakap…Hmm..Saya masih tak faham.”
“Okey. Sebenarnya macam ni. Cik Nadia tadi memang tak tahu pun pasal temuduga hari ni. Temuduga ni saya yang arrange sendiri.”
“Owh. Ye ke? Patutlah.”
“Ada lagi soalan?”
“Boleh saya tahu nama penuh encik Firdaus.”
“Nama saya Firdaus Mustaffa bin Karim Mustaffa.”
“Oh, okey. Terima kasih.” Firda Asofa menguntum senyum. Rasanya nama dan tanda tangan lelaki itu ada tertulis di surat tawaran temuduga yang diterimanya.
“Kenapa? Tak sangka nama kita nak sama, kan. Firda Asofa…Firdaus Mustaffa. Saya pun terkejut juga sebenarnya. Kebetulan, kan. Okey. Ada soalan lagi?”
“Takde.” Firda Asofa menggeleng. “Cuma, saya nak luahkah harapan saya. Semoga encik Firdaus Mustaffa sudi mengambil saya  bekerja di sini. Terima kasih.”
“Hmm..Itu saya akan pertimbangkan. Sama ada berjaya atau tidak, saya akan call awak. InsyaAllah, minggu depan. Awak doalah ye. Doa-doalah saya ni lembut hati nak terima awak, kan. Okey. Saya stop kat sini je lah ye. Hmm.Awak balik naik apa?”
“Teksi, kut.”
“Okey. Hati-hati ye.”
“Terima kasih, encik Firdaus.”
Firda Asofa menguntum senyum sebelum melangkah keluar dari bilik itu. “Fuhh..Akhirnya..dah habis interview aku.”
****

“KAU biar betul, Fir. Dia temuduga macam tu ke? Mencabar juga nak menjawab.”
“Tulah. Tapi, aku tak tahu pun apa kaitan soalan-soalan tu dengan jawatan Pembantu Khas Dalaman tu.”
“Alah, biasalah. Kadang dia orang ni tanya soalan yang tak berkaitan pun. Cuma saje nak ikut prosedur. Rilekslah. Harapnya kau dapatlah kerja tu. Bila jawapannya.”
“Minggu depan.”
*****
“ASSALAMUALAIKUM, aunty.” Tegur Firda Asofa ramah. Tangan wanita separuh umur itu di cium. Itulah Datin Mariam. Tuan punya butik tempat dia bekerja sambilan menjahit manik. Tetapi, dia lebih mesra memanggilnya aunty.
“Waalaikumsalam. Anak aunty apa khabar.” Pipi Firda Asofa pula di cium penuh kasih. Dia tahu siapa gerangan gadis itu. Gadis yang sudah tidak punya ibu bapa. Oleh itu dia sangat gembira dapat memberikan kasihnya kepada gadis itu. Ia tidak merugikan apa-apa. Malah dia menganggapnya sebagai satu anugerah.
“Baik.” Jawab Firda Asofa pendek.
“Rindu tak jumpa Fir. Macam mana interview.Okey ke?”
“Hehe..Alah, biasa jelah aunty. Nama pun temuduga.”
“Apa yang di soalnya.”
“Macam-macam ada. Rasa macam temuduga nak cari calon isteri pun ada. Susah juga nak menjawabnya.”
“Hmm…Macam mana orang yang temuduga tu. Lelaki ke perempuan.”
“Lelaki. Boleh tahan juga tahap kehensemannya. Aunty tahu macam siapa?” soal Firda Asofa.
Datin Mariam menjongket bahu.
“Macam Mustapha Maarof masa muda-muda tu. Pelakon kegemaran Fir tu. Nama dia Firdaus Mustaffa, dah hampir-hampir macam nama Fir juga, Firda Asofa.”
“Ehemm..ehemm..” Satu suara muncul.
“Bila nak bawak Firdaus Mustaffa jumpa kita orang.” Ujar suara itu.
“Eh, budak ni. Terkejut akak tau. Telinga lintah betul. Padahal baru je sampai.” Bahu Marina di tepuk manja.
“Tengok telingalah, kak. Akak dah jatuh cinta dengan dia ke?”Marina mengenyit mata pada Firda. Suka dia mengusik. Marina adalah anak Datin Mariam. Dia juga sangat peramah dan tidak sombong seperti ibunya. Dia sendiri bekerja dengan ibunya.
“ Apa yang dia soal, kak?”
“Malaslah nak jawab Rin. Sama je lah. Nama pun interview kan.”
“Alah, kak. Ceritalah. Macam best je akak punya interview. Orang tu ngurat akak ke?”
“Ewah-ewah. Dia pulak melebih-lebih.” Akhirnya, Firda Asofa bercerita juga.
Datin Mariam hanya tersenyum, manakala Marina pula sudah ketawa gembira.
“Tu trick dia nak nguratlah tu. Tak sangka ek. Pandai betul si Firdaus Mustaffa tu ek.”
“Akak tak rasa macam tulah. Tak kisahlah tu. Janji dah lepas. Yang penting, nak tahu keputusannya je. Harap-harap dia terima.”
“A’ah, kak. Rin harap pun dia terima akak. Rugi kalau dia tak terima akak.”
“Dahlah, Rin. Eh, mana baju yang nak suruh akak jahitkan maniknya tu. Mehlah.”
“Alah, akak ni. Sabarlah.”
“Yelah, Fir. Duduklah dulu. Tak payah nak gopoh sangat. Dah, jom kita minum dulu.”
Firda Asofa hanya mengangguk. Memang seronok dia bekerja bersama Datin Mariam dan anaknya. Seperti sebuah keluarga.
*****
FIRDA ASOFA rasa tidak keruan. Dadanya terasa beredebar. “Haish..Kenapalah ni. Tak suka betul kalau rasa macam ni. Petanda apa yek.”
Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Nombor 013 pangkalnya.
“Siapa ni?” Firda Asofa berfikir. ”Ntah-ntah….” Punat hijau ditekan menjawab panggilan.
“Hello. Boleh saya bercakap dengan cik Firda Asofa binti Kamarul.”
“Err..ye saya bercakap.”
“Hai, Firda. Kenal saya lagi tak?”
“Siapa ek?”
“Firdaus Mustaffa dari Puncak Jaya Holdings.”
“Oh, encik Firdaus rupanya.” Debaran di dada Firda Asofa makin terasa. Sudah pastinya, lelaki itu ingin memberikan jawapan untuk temuduganya. Haish..Seram.
“Saya dah fikir masak-masak. Saya..terima awak.” Bicara di hujung talian menusuk pendengaran.
“Hah. Betul ke? Alhamdulillah. Terima kasih, encik Firdaus.”
“Eh, saya tak habis cakap lagi. Janganlah excited sangat.” Suara di hujung talian menyambung bicara.
“Erkk…” Kegembiraan Firda Asofa terhenti.
“Saya terima awak untuk dua jawatan.”
“Hah. Dua jawatan? Jawatan apa?” soal Firda Asofa sedikit keliru.
“Jawatan sebagai pembantu saya dan….Hmm…jawatan…sebagai isteri saya.” Ujar Firdaus Mustaffa lambat-lambat. Dia bukan berseloroh tetapi serius.
Firda Asofa terdiam. ‘Isteri?? Gila ke apa mamat ni.’
“Maaf encik Firdaus. Kalau itu jawatan yang saya dapat, rasanya saya tolak dua-dua. Takpelah. Terima kasih encik Firdaus ea.” Talian segera di matikan.
“Fir..nanti..Hello..Fir….”
Dia kembali menghubungi nombor Firda Asofa. Namun, ia sengaja tidak diangkat. Firdaus Mustaffa mengeluh kesal. ‘Aku dah salah langkah ke. Hmm..Ye lah, kut.’
Firda Asofa masih terdiam seribu bahasa. Telefon bimbitya digenggaman di biarkan berbunyi. Dia keliru. Mengapa jawatan itu yang di terima. Bodohkah dia menolak jawatan itu. Jawatan yang di pinta hanya satu, tetapi dua yang dia dapat. Namun, jawatan yang kedua itu sungguh tidak masuk akal. Isteri??  Patutlah interviewnya dilaluinya sungguh mencabar. Memang seperti interview mencari calon isteri. ‘Sayangnya aku terpaksa tolak. Dahlah susah nak dapat kerja sekarang ni.’ Firda Asofa mengeluh lagi. Kemudian dia beristighfar. ‘Fir..Fir..Tak baik mengeluh. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. DIA lebih mengetahui. ‘
*****
“FIR…Macam mana jawapan interview. Dapat ke?”
“Entahlah aunty. Macam mana nak cakap ea. Sebenarnya Fir nak minta pendapat aunty. Fir tak tahu, keputusan yang Fir dah buat ni betul ke salah.”
“Okey, cuba cerita kat aunty.”
“Sebenarnya, Fir dapat jawatan tu. Tapi, Fir tolak.”
“Kenapa?” Wajah gadis di hadapannya di padang.
“Encik Firdaus tu cakap, dia terima Fir untuk jawatan pembantu dia dan….” Firda Asofa terdiam.“…isteri dia.” Firda Asofa menyambung kata.
“Hah..Isteri?? Hihi.. bestnya.” Tiba-tiba suara Marina datang menyampuk.
“Rin..Jangan memyampuk boleh tak. Mama tengah cakap dengan kakak ni.” Tegur Datin Mariam.
“Tu lah masalahnya aunty. Fir cakap..Fir tolak dua-dua. Lepas tu Fir terus matikan telefon. Fir rasa dia tu macam tak betul je. Takut pulak rasanya. Tapi, Fir sebenarnya sayang. Sebab jawatan kedua tu, Fir terpaksa tolak dua-dua. Sekarang bukan senang nak cari kerja aunty.”
“Okey. Cuba Fir telefon dia balik. Cuba pujuk dia. Cuba tanya, jawatan tu dah diberi pada orang lain ke belum. Kalau dah, tiada rezeki Firlah. Kalau belum…Fir cuba terangkan baik-baik.”
“Hmm…Sebenarnya, Fir pun terfikir macam tu juga. Tap, nanti dia cakap apa pulak. Dah tolak ,lepas tu terhegeh-hegeh nak balik. Mesti dia rasa Fir ni tiada pendirian.”
Datin Mariam mengangguk. Begitu juga Marina. Ada logiknya bicara Firda Asofa.
“Takpelah, aunty. Nanti Fir cubalah. Kalau tak cuba, tak tahukan. Lagipun, Fir cakap kat telefon je. Bukannya nampak. Kalau dia nak cakap apa-apa pasal Fir, Fir pun dah tak jumpa dia lagi, kan. Dia pun tak jumpa Fir.”
“InsyaAllah, Fir. Dia akan lembut hati bila dengar suara Fir. Aunty doakan untuk Fir.”
“Terima kasih, aunty.
*****
“AII, bang. Temenung je.Abang ni menungkan siapa?Awek ea.”
“Ish, kau. Datang tak beri salam terus je nak ‘tembak’ abang.”
“Apalah, abang ni. Kalau nak tembak orang, takkan nak beri salam dulu. Kalau tak, orang yang datang ni yang kena tembak dulu tau.”
“Dah..Jangan nak melalut. Datang ni ada apa.”
“Nak bermanja dengan abanglah. Sekarang ni susah nak jumpa abang. Abang sibuk benar dengan kerja.”
“Eh, macamlah dia tak kerja.”
“Taulah. Tapi, abang tak duduk kat rumah kita tu. Mana Rin nak jumpa abang. Kalau nak jumpa, mesti Rin yang kena datang sini. Abang tak boring ke duduk rumah ni sorang-sorang.”
“Ni kan rumah abang. Abang yang beli sendiri rumah ni tau. Hasil titik peluh abang sendiri. Kalau nak kata boring…Hmm..Boringlah juga.”
“Dah tu. Kenapa abang tak cari isteri. Tengok cara abang ni, Rin rasa macam takde harapan nak ada kakak ipar. Entah kurun ke berapa nak tunggu.”
“Ada.InsyaAllah ada. Abang tengah trylah ni.”
“Oh, ye ke? Siapa orang tu?”
“Rahsia.” Firdaus Mustaffa mengukir senyum.
“Dah lama Rin tak tengok abang macam ni. Abang dah okey, ea.”
“Okey dah. Apa yang dah berlaku dulu tu, tak perlu dikenang. Kalau dikenang, abang akan rasa lebih terseksa. Abang rasa,abang ni terlalu bodoh. Kesetiaan abang dipermainkan.”
“Dahlah, bang. Abang yang ingat balik. Tadi kata tak payah dikenang.”
Firdaus tersenyum. “ Taulah.” Jawab Firdaus Mustaffa pendek. Senyumannya kini mati.
“Abang…Abang ni tengah syok kat siapa sebenarnya?” Marina cuba mengorek rahsia.
“Adalah. Rahsia. Tapi….”
“Apa yang tapinya?” Laju sahaja Marina bertanya.
“Dia tak nak kat abanglah.”
“Cuba cerita kat Rin. Apa yang abang dah buat. Biar Rin fikir, logik ke tak logik sebab dia tolak abang.”
Firdaus Mustaffa akhirnya membuka cerita. Berkongsi juga dengan adik kesayangan.
Marina sudah ketawa. “Alahai, abang ni. Abang ni gelojoh sangat. Kalau Rin pun, Rin akan tolak tau. Tetiba je cakap nak jadikan isteri. Hishh..Dahlah tak kenal pun.”
“Dah tu, abang salahlah ni. Tapi, abang belum pun habis cakap masa tu. Dia dah letak telefon. Bila abang call balik, dia tak angkat.”
“Ye lah. Abang tetap salah. Abang cubalah guna cara yang gentlemen sikit. Tunggulah dia dah masuk kerja kat tempat abang, baru mengayat. Ni tak. Kasi jawatan serentak. Gila apa.” Marina ketawa lagi.
“Abang betul ke serius dengan perempuan tu. Macam mana abang tetiba suka kat dia.”
“Ye, serius. Abang dah habis fikir dah. Abang dah interview dia pun. Layak rasanya jadi isteri abang. Bila tengok kat resume dia, abang rasa berkenan pula. Abang arrange sendiri. Abang hantar surat temuduga untuk dia. Kat situ abang tukar pada jawatan Pembantu Khas Dalaman. Sebenarnya dia apply jadi setiausaha. Lepas tu, dia datanglah. Bila dia jumpa Nadia, Nadia kata takde temuduga. Gelabah gila dia. Kelakar. Comel pulak rasanya.” Firdaus Mustaffa tersenyum sendiri.
“Dahlah, bang. Tak payah senyum-senyum. Okey. Rin percaya abang serius sukakan dia. Dah tu, abang kenalah bertindak. Abang call dia balik. Terangkan baik-baik.”
“Kalau dia tak angkat phone, macam mana?”
“Kalau ada usaha, insyaAllah. Apa yang penting abang ikhlas. Abang doalah dia lembut hati nak jawab panggilan abang. Okey. Rin balik dulu.” Ujar Marina seraya menyalami dan mencium tangan abangnya.
*****
FIRDA ASOFA memegang telefon bimbitnya. Seketika itu, dia juga melekapkan tangan ke dada. Terasa berdebar jantungnya. Dia masih berkira-kira untuk menghubungi Firdaus Mustaffa. ‘Telefon ke tak ea.’ Fikirnya sendiri.
“Ah, telefon je lah. Bismillahirrahmanirrahim.” Dia baru ingin menekan punat memanggil, namun dia terlebih dahulu menerima panggilan. Panggilan dari Firdaus Mustaffa, nama yang telah disimpan selepas menerima panggilan sebelum ini. Firda Asofa menelan liur.  Punat mejawab akhirnya di tekan.
“Hello. Asaalamualaikum. Cik Firda Asofa ke?”lembut suara Firdaus Mustaffa di hujung talian.
“Ha.. Ye, saya. Kenapa.. encik Firdaus.. telefon saya.” Bicara Firda Asofa sedikit tergagap-gagap.Dadanya masih berdebar. Terkejut. Niatnya dia ingin menghubungi lelaki itu, tetapi lelaki itu telah lebih dahulu menghubunginya.
“Fir..Saya nak minta maaf pada awak berkenaan hal sebelum ni. Boleh luangkan masa untuk kita berbincang.”
Firda Asofa menelan liur. “Ha..Hmm..Boleh.”
“Saya nak awak fikir balik tentang jawatan yang saya beri tu. Just jawatan yang pertama. Yang ke dua tu….tak perlu beritahu saya. Saya KIV je dulu. Boleh?”
“Err…Hmm…Sebenarnya saya memang nak terima. Tapi, betul ke encik KIV jawatan ke dua tu?”
“ Ye. Kenapa? Nak terima juga ke?” Firdaus Mustaffa sempat berseloroh.
Firda Asofa tertawa juga. “Hmm..Taklah. Betul ke encik masih nak terima saya untuk isi kekosongan jawatan yang pertama tu.”
“Ye..Saya masih tunggu jawapan awak. Kalau awak tolak sekarang, baru saya cari pengganti yang lain. So, macam mana?”
“Kalau macam tu, saya terima.” Firda Asofa terus membuat keputusan. Tidak perlu lagi dia menolak. Nampaknya, rezeki masih berpihak padanya. Syukur Alhamdulillah.
“Okey. Terima kasih. Eh, jap. Saya nak tanya ni. Hari tu kenapa awak cepat sangat putuskan talian. Saya sebenarnya, tak habis pun cakap lagi masa tu.”
“Sorry. Habis tu saya rasa pelik. Takut pun ada. Kenapa encik tawarkan dua jawatan untuk saya. Masalahnya jawatan ke dua tu….saya tak layak.”
“Awak layak sebenarnya, Fir. Kalau tak, saya tak tawarkan pada awak. Saya punyalah susah nak susun ayat masa tu. Tetiba je awak jawab laju semacam. Lepas tu terus tutup phone. Call balik, awak tak angkat.” Terdengar juga suara ceria lelaki itu di hujung talian.
“Sorry. Hmm..Saya terima jawatan yang pertama je ye. Yang kedua tu dah KIV, kan?”
“Saya sebenarnya sayang nak KIV jawatan kedua tu. Susah sebenarnya nak beri jawatan tu kat siapa-siapa. Saya tahu jawatan tu tak sesuai pun untuk ditawarkan. Fir…Saya serius ni.  Saya memang nak lamar awak . Ni saya tak tawarkan. Saya melamar.”
“Hah.” Firda Asofa terkejut.
Seketika itu Firdaus Mustaffa menyambung lagi. “Firda Asofa…Sudikah kiranya awak menerima saya sebagai suami awak dan sudikah kiranya awak menjadi isteri saya dan juga ibu kepada anak-anak saya.”
Firda Asofa terpempan tanpa suara.
Senyap seketika.
“Fir. Awak boleh beri jawapan ni bila-bila masa je. Saya harap awak dapat cari masa untuk berfikir Saya takkan paksa awak. Minggu depan awak start kerja ea.  Jangan lupa. I’m waiting for you. Okey, bye.”
Firda Asofa masih tercengang. Subhanallah. Benarkah apa yang dibicarakan. Terus sahaja tangannya dilekapkan ke dada. Debarannya begitu hebat.
“Encik Firdaus ni biar betul…” Firda Asofa tidak percaya.
“Ye..Betullah. Saya tak tipu.” Firdaus Mustaffa masih sempat membalas kata di talian. Rupanya, talian masih belum di matikan.
“Errkkk…Okey.” Talian segera di matikan.
*****
HARI INI hari pertama Firda Asofa bekerja. Nampaknya, Firdaus Mustaffa sangat professional dan komited dengan kerjanya. Hal berkaitan lamarannya, tidak di sentuh langsung. Layanannya juga sama seperti pekerja-pekerja lain.
Firda Asofa di tempatkkan bersama Nadia, iaitu setiausaha Firdaus Mustaffa. Sebenarnya, dia bakal menggantikan Nadia yang telah memohon untuk berhenti kerana mengikut suaminya berpindah ke Sabah. Walaupun di hari pertama, banyak juga tugasan yang telah di buat. Dia tidak mengeluh kerana itu yang dia inginkan. Cabaran dan pengalaman.
*****
“CIK FIRDA. Masuk bilik saya sekejap.” Talian di interkom sudah berbunyi.
“Fir. Awak masuk. Bawa sekali diari ni. Biasanya, encik Fir ingin tahu jadual kerja dia. Meeting atau apa-apa appointment yang dia kena hadiri. Mungkin juga dia minta awak buat sesuatu.”
“Okey.” Firda Asofa mengangguk memahami.
Firda Asofa bangkit dari tepatnya dan menuju je bilik bosnya itu. Pintu di ketuk. Dia melangkah masuk apabila mendapat kebenaran.
“Duduk.” Ujar Firdaus Mustaffa sambil mengunjukkan isyarat tangannya.
Firda Asofa patuh.
Firdaus Mustaffa masih bersama laptopnya. Menaip sesuatu. Sudah pasti ia berkaitan kerja. Dia kemudian berhenti menaip. Tubuhnya di sandarkan. Dia tersenyum.
“Macam mana kerja awak setakat ni? Okey ke? Nadia ada buli awak ke?”
“Okey. Tiada masalah.”
“Cuba check. Saya ada apa-apa appointment tak untuk hari ni dan esok.”
Firda Asofa membuka diari. “Hmm…Takde apa-apa. Free.”
Firdaus Mustaffa mengangguk. “Hmm..Awak ni ada masalah ke? Tengok air muka awak, macam ada masalah je. Awak fikir apa? Fikir apa yang saya fikir ke?” Firdaus Mustaffa mengukir senyum. Hanya bergurau.
“Takdelah, encik Firdaus.  Saya mana tahu encik sedang fikirkan apa. Err..Ada apa-apa yang di perlukan lagi ke? Kalau tak, saya minta izin keluar.”
“Eh, jap. Ada. Awak tolong buat memo ni. Pastu nanti hantar ea. Awak tulis ni.”
Firda Asofa sudah bersedia dengan penanya.
“Pukul enam nanti, tunggu saya ye. Tunggu kat pintu bilik saya. Saya nak balik sama dengan awak. Saya nak hantar awak balik rumah.”
“Itu je ke? Nak kasi pada siapa?”
“Pada pekerja baru saya.”
Firda Asofa menggaru kepala. Blur. “Siapa ek, encik Firdaus?” Soalnya.
Firdaus Mustaffa sudah ketawa. “Awaklah, Firda. Siapa lagi.”
Firda Asofa malu sendiri.
“Awak ni kenapa Firda. Awak ni mesti tengah memikir sesuatu. Awak hilang fokus. Awak ni fikirkan tawaran kedua tu ke? Janganlah terlalu memikir. Take time, okey. Saya takde apa-apa lagi.”
Firda Asofa sudah menuju ke pintu. Terasa bengang juga.
“Eh, jap. Jawapan untuk memo saya tu…Boleh ke tak boleh.”
“Err…Okeylah kut.”
“Jawapan awak tak meyakinkan saya. Kalau tak boleh, cakap je tak boleh. Saya tak marah.”
“Hmm…Boleh, encik Firdaus.”
“Okey, terima kasih. Buat kerja baik-baik. Kalau ada yang tak faham, tanya ye.”
Firda Asofa mengangguk dan melangkah pergi. Dia kembali ke tempatnya.
“Fir, awak nak tahu tak. Sejak encik Firdaus jumpa awak, kan dia berbeza sangat dengan sebelum ni tau. Sekarang ni dia ceria je. Suka tengok. Kalau sebelum ni dia serius sangat. Kadang tu takut nak bertegur sapa dengan dia. Kalau mood dia tak okey, selamba je dia marah. Saya rasakan, dia dah jatuh cinta kat awaklah.” Ujar Nadia seraya menepuk lembut lengan teman barunya itu.
“Mengarut jelah awak ni, Nadia. Mungkin dia ada sebab lain. Mungkin tu azam baru dia ke. Nak jadi orang yang ceria. Manalah tahu.” Firda Asofa memberi pandangan. Sebenarnya, dia juga tidak dapat menafsirkan apa yang bermain di minda lelaki itu. Entahlah. Sehingga kini, dia masih tidak mengerti mengapa lelaki itu melamarnya. Apa istimewanya dia di mata lelaki itu. Di rasakan , dirinya memang tidak layak untuk bersama lelaki itu. Walaupun begitu, dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana kesudian untuk menerimanya bekerja. Harapnya juga, dia diterima sebab dia layak. Bukan sebab-sebab lain. Dia pernah bertanya pada lelaki itu pada hari pertamanya bekerja. 
“Awak memang layak dengan jawatan ni. Awak menepati kreteria yang diperlukan. Awak juga ada pengalaman kerja yang baik walaupun tidak menjurus kepada kerja kesetiausahaan secara am. Saya call tempat awak praktikal tu. Mereka kata komitmen kerja awak bagus. Tapi, saya tak tahu kenapa mereka tak serap awak sebagai pekerja. Mungkin rezeki awak di sini. Berkerja dengan saya. Harap awak akan bekerja lebih baik di sini ye.”
Firda Asofa tersenyum sendiri. Dia kembali menyambung kerjanya. Fokus.
*****
Dua bulan telah berlalu….
SETIAP KALI Firda Asofa terpandangkan Firdaus Mustaffa, dadanya terasa berdebar. Dia sendiri tidak mengerti sindrom yang di rasai kini. Sindrom apa tu? Jatuh cinta ke?  Dalam hati ada taman ke? Hmm..Entahlah.
“Uit, akak. Berangan ea? Teringat siapa? Firdaus Mustaffa ke?”
“A’ahlah. Tetiba je teringat kat dia. Kenapa ek?” Firda Asofa memandang Marina. Marina sudah ketawa. Begitu jujur Firda mengakuinya.
“Tu maksudnya, akak dah boleh beri jawapan kat dia untuk jawatan ke dua tu.”
“Apa kena mengenanya, Rin.”
“Akak ni. Janganlah buat-buat tak faham. Hati akak tu dah mula suka kat dia. Akak dah jatuh cinta kat dialah tu.”
“Entahlah, Rin. Akak tak tahu nak beri jawapan apa kat dia.”
“Akan terimalah dia. Dia ikhlas dengan akak. Percayalah cakap Rin. Cara dia mungkin tak romantik. Ada ke melamar akak kat telefon je. Hampeh betul. Tapi, akak perasan tak. Dia lamar akak lepas dia interview akak. Maksudnya dia dah menilai akak.” Marina pula memberi pandangan.
“Ye. Tu akak tahu. Tapi Rin. Hati orang kita tak tahu. Macam mana nak tahu dia ikhlas atau tidak. Akak tak nak hidup dengan kata-kata indah je Rin. Hakikatnya, tidak seperti yang kita harapkan.”
*****
Suatu hari….
FIRDA ASOFA baru tiba ke mejanya selepas pergi mencuci tangan. Dia terkejut kerana pada waktu itu ada seorang perempuan telah masuk ke bilik Firdaus Mustaffa. Dia kelu sendiri. Kebiasaannya tetamu yang datang akan bertemunya dahulu sebelum mendapat kebenaran untuk masuk.
‘Hmm…Takpelah kut. Maybe encik Firdaus yang ajak.’ Firda Asofa kembali membuat kerja.
*****
“FIR….” Suara seorang perempuan yang baru muncul di bilik itu memanggil.
Firdaus Mustaffa terkejut. ‘Melina.’ Bisiknya. Keluhan nafas kasarnya dilepaskan.
“Fir, please Fir. I nak cakap dengan you…” Melina sudah duduk tanpa di minta.
 “Melina. Apa tujuan you datang ke sini ha. I dah tak nak ada kena mengena dengan you lagi. Kenapa sekarang you cari I. You ingat Melina, I tak boleh terima you kembali. You yang tinggalkan I. You sedar tak. I merana kerana you. I jadi macam orang bodoh you tahu. Sekarang you cari I. Pleaselah Melina. Jangan muncul di depan I lagi. I takkan terima you dah. Please…”
“Fir..I datang nak minta maaf dengan you. Please dengar apa yang I nak cakap. Tentang…”
“Dahlah, Melina. I dah cakap secara baik dengan you pun you tak nak faham.  I tak boleh nak maafkan you untuk apa yang telah you dah buat. Jangan cari I lagi. Please Melina.  I juga ingin bahagia. Sekarang I dah jumpa orangnya. Walaupun sekarang dia belum terima I…I tak kisah. I nak dia terima I dengan hati yang ikhlas. Biarlah lambat I menunggu…I akan tetap tunggu dia.”
“Fir, I…” Melina masih merayu. Matanya sudah berkaca.  Dia sedar, lelaki itu sudah patah hati dengannya. “Fir.. I tahu I yang salah. I sedar semua tu. I tak nak minta apa-apa dari you Fir. I nak kita still menjadi kawan seperti dulu. Seperti kita belum berkasih. I sedar you takkan terima I sebagai kekasih you lagi. Memang I yang salah. I dah lukakan hati you. But, please, Fir. As Friend…”
Firdaus Mustaffa menggeleng. “Melina, please. I tak nak dengar apa-apa dari you. Ini pertemuan terakhir kita. I dah cuba kawal marah I you tahu. Kalau you degil juga…” Suara itu kian keras.
“Fir..Please Fir. Maafkan Mel.”
“Baik you pergi sekarang sebelum tangan I naik ke pipi you, Melina.” Nampaknya Firdaus Mustaffa sudah tidak mampu menahan marahnya. Arghh…Memang hatinya sakit mengenang kisah lalu.
Melina terdiam. Seraya itu air matanya berguguran. “Fir..I..nak minta maaf dengan you. Please maafkan I Fir…”
“Kau ni faham bahasa ke tak. Aku kata keluar.” Semakin tinggi nada Firdaus Mustaffa. Dia akhirnya bangun lalu menarik tangan Melina membawanya keluar. Dia sudah tidak sanggup melihat muka Melina di situ. “Aku tak boleh nak maafkan kau Melina.”
Firda Asofa terkejut apabila melihat Firdaus Mustaffa sedang mengheret kasar lengan perempuan di sisinya itu.
“Encik Firdaus. Apa yang encik dah buat ni.” Firda Asofa yang tidak mengerti apa-apa cuba meleraikannya. Padanya cara lelaki itu agak keterlaluan.
“Fir…Hantar perempuan ni keluar. Jangan kasi dia masuk lagi.” Tegang suara Firdaus Mustaffa di kala ini. Firda Asofa terkejut. Dia hanya mampu menelan liur. Inilah pertama kali dia melihat lelaki itu marah.
“Fir…Please…” Melina masih merayu.
Firdaus Mustaffa tidak mengendahkan Melina. Dia kembali ke biliknya. Pintunya di hempas kuat.
“Cik…” Panggil Firda Asofa kepada Melina. Tersentuh juga hatinya melihat Melina yang berteman air mata.
“Takpe, cik. Terima kasih. I boleh pergi sendiri.” Ujar Melina selepas mengelap air matanya. Firda Asofa mengiringi juga langkan Melina hingga ke pintu utama.
‘Apa yang dah berlaku ni?’ Perlukah aku masuk campur. Hmm…Tak payahlah Fir. Nanti lain pula jadinya. Biarlah encik Firdaus tenang dahulu. Hmm..Pelik juga kenapa tetiba je encik Firdaus marah sangat dengan perempuan tu ye. Kekasih dia ke? Mungkinkah ia ada kaitan dengan kisah silam encik Firdaus.’
“Fir..Teman saya keluar.”  Suara itu mematikan khayalan Firda Asofa. Dia terdiam.
“Fir, please. Saya perlukan teman sekarang ni.” Suara itu kedengaran tidak bermaya.
Firda Asofa mengangguk. Beg tangannya di capai.
*****
“WAJAR ke saya bertindak macam tu, Fir. Saya tak boleh dah nak kawal emosi ni. Apa yang dia dah buat dulu, benar-benar mengecewakan saya. Parut itu tak mungkin hilang Fir. Saya dah boleh lupakan dia, tapi sekarang dia muncul kembali. Saya tak tahu dah nak buat macam mana. Saya tak boleh nak maafkan dia Fir. Tak boleh. ” Firdaus Mustaffa meluah kata. Kepada Firda dia bekongsi cerita.
“Encik Firdaus…Okey.Saya boleh faham apa yang berlaku.  Better, encik Firdaus maafkan dia. Cuba lembutkan hati encik Firdaus untuk maafkan dia. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri ampunkan umatnya, inikan pula kita. Kita ni tak sempurna. Sedarkah kita juga pernah silap dan mungkin akan silap.  Memaafkan itu adalah yang terbaik. Walapun saya tak kenal dia tu, tapi saya boleh rasa dia benar-benar mengakui kesilapannya dan meminta maaf.  Saya tak rasa dia ingin ambil kesempatan pada encik Firdaus. Encik Firdaus juga kena ambil masa untuk berfikir. Sama seperti saya juga. Hmm…Saya pun masih tengah berfikir ni. Tak tahu lagi nak beri jawapan apa.” Firda Asofa sempat berseloroh walaupun waktunya di rasakan tidak sesuai. Saje je.
Firdaus Mustaffa menguntum senyum tawar. “Time ni pun awak nak buat lawak Fir.”
“Sebenarnya, saya tak nak benda tu jadi bebanan. Walapun sukar, insyaAllah ia ada jalan penyelesaiannya. Saya tak nak stress sangat. Tak bagus untuk kesihatan.”
“Terima kasih Fir. Awak memahami saya.”
Firda Asofa hanya menguntum senyum. Di dalam hatinya dia menyimpan rasa simpati kepada lelaki itu.
*****
“CIK…”
Firda Asofa terkejut kerana orang yang mendatanginya itu adalah Melina, bekas kekasih Firdaus Mustaffa. Firda Asofa tetap tenang dan menyambut dengan senyuman.
Melina ingin berbual dengannya. Dia berkongsi kisahnya dengan Firda Asofa. Entah mengapa dia merasakan gadis itu mampu dijadikan teman berbicara walhal belum pernah mengenalinya secara jelas. Cuma dia tahu, gadis itu adalah pekerja Firdaus Mustaffa, dan firasat hatiya mungkin benar gadis itu juga yang telah mencuri hati lelaki itu. Dia ada melihat mereka keluar bersama.
Firda Asofa menjadi pendengar yang baik. Nampaknya, Melina tidak menipunya. Kisahnya persis apa yang dikisahkan Firdaus Mustaffa kepadanya. Apa yang telah dilakukan kepada lelaki itu juga diceritakan. Dia mengerti mengapa begitu sukar untuk lelaki itu untuk memaafkan Melina.
“Saya tak mampu nak buat apa-apa lagi, Firda. Cuma saya harap awak dapat terima dia. Saya tak sanggup melihat dia kecewa. Kekecewaan yang lalu berpunca disebabkan sikap saya. Saya menyesal. Saya tidak mahu dia kecewa lagi, Firda. Saya tak sanggup. Walapun dia tidak mahu terima saya, saya akur. Saya memang tak layak untuk dia. Tapi, hati saya terluka kerana di tidak boleh terima saya sebagai kawannya lagi. Padahal dulu kali sangat rapat dan mesra.” Melina meluah kata. Air matanya yang gugur dilap perlahan dengan kertas tisu.
“Awaklah kegembiraan dia, Firda. Kekuatan dia untuk melupakan kisah lalunya. Saya mohon pada awak Firda. Terimalah dia. Dia memang lelaki yang baik. Dia ikhlas. Saya harap awak juga tak mengecewakan saya. Ini permintaan saya Firda. Dia berhak bahagia.”
Firda Asofa hanya mengangguk.
“Terima kasih Firda sebab sudi menjadi teman saya di waktu ini. Selepas ini, saya takkan kembali lagi. Saya akan menetap di Australia.” Ujar  Melina seraya memeluk erat Firda Asofa. Air matanya jatuh lagi.
Firda Asofa hanya memandang langkah Melina yang kian menjauh. ‘Terima kasih Melina. Kerana awak, saya mungkin lebih dapat memahami siapa Firdaus Mustaffa. Encik Firdaus. Saya juga tak sanggup untuk melihat awak kecewa lagi. InsyaAllah. Sampai masanya, saya akan beritahu awak apa keputusan saya.’
*****
FIRDA ASOFA membawa sejambak bunga ke bilik Firdaus Mustaffa.
“Siapa yang beri ni Fir?” soal Firdaus Mustaffa sedikit hairan. Apa mimpi ada orang kasinya bunga. Kelakar rasanya.
“Tak tahulah encik Firdaus. Dekat kad tu just tulis nama encik je. Okey, encik Firdaus. Saya keluar dulu ye.”
‘Bunga tulip warna merah jambu. Jangan-jangan Melina.’ Bisik hati Firdaus Mustaffa. Bunga itu dibiarkan di tepi meja.
Di waktu ingin balik…
“Fir…Awak balik dengan saya ye. Hmm…Tolong bawak bunga ni, boleh.”
“Eh, kenapa saya pula. Bunga tu encik Firdaus punya. Encik bawaklah.”
“Alah, awak bawaklah. Bawakkan untuk saya. Sampai kat dalam kereta je. Bolehlah.”
“Eh, tak naklah. Kenapa…Encik Firdaus segan ke nak bawak bunga. Hmm..Kalau encik Firdaus nak kasi awek, encik Firdaus juga yang bawa bunga tu, kan.” Firda Asofa menguntum senyum.
“Saya tak pernah kasi sesiapa bunga. Saya ni tak romantik, okey.”
“Alah, encik Firdaus bawa je lah. Masa konvo dulu takkan tak dapat bunga.”
“Masa konvo tu lainlah Fir. Budak-budak lagi. Sekarang ni rasa macam kelakar je. Siapa yag kasi saya pun tak  tahu.”
“Adalah tu. Peminat encik Firdaus.”
“Cepatlah, Fir. Tolong ea.”
“Tak nak.”
 “Fir..Tolong ea. Saya turun dulu. Saya tunggu kat kereta.” Firdaus Mustaffa melangkah laju.
“E’eh encik Firdaus ni.” Firda Asofa tertawa. Dia hanya mampu menggeleng kepala. Jambangan bunga itu di bawa bersamanya.
*****
“ENCIK FIRDAUS. Nampaknya, ada orang yang dah berkenan kat encik ni. This for you, Mr. Firdaus.” Firda Asofa menghulurkan jambangan bunga tersebut. Bunga tulip bewarna merah.
“Siapa yang kasi Fir?”
“Ntah.” Firda Asofa menjongket bahu. “Hari ni jangan suruh saya bawak lagi ea. Hari ni saya balik dengan kawan saya. So, encik Firdaus kena bawak sendirilah.” Sambung Firda Asofa lagi.
“Alah, Fir. Bawakanlah. Saya seganlah.”
“Eh, takde..takde. Semalam saya dah bawak. Sweet apa kalau tengok encik Firdaus bawa bunga. Hargailah pemberian tu encik Firdaus. Kalau orang yang kasi tu nampak, tak ke dia terasa hati. Kasi kat encik Firdaus, tapi saya pulak yang bawak. Boleh jealous macam ni.”
“Siapa sebenarnya yang kasi Fir. Awak ea?” serkap Firdaus Mustaffa seraya memandang Firda Asofa di hadapannya.
“Awek  encik Firdauslah kut. Takkan saya pulak.” Firda Asofa menjawab selamba.
“Bukan awak ke awek saya?” Firdaus Mustaffa sempat mengenyit mata.
Firda Asofa tersenyum. “Saya bukan awek encik Firdaus ea. Saya pekerja je tau. Okey. Saya keluar dulu. Bunga tu nanti encik bawak ea.”
“Kalau awak yang kasi, confirm saya bawak, Fir. Eh, Fir. Awak tak jealous ea?”
Firda Asofa hanya menggeleng kepala. Dia tersenyum.
Petang itu, Firdaus Mustaffa keluar agak lambat dari yang lain. Segaja dia membiarkan semua pekerjanya pulang dahulu.
Kebetulan dia satu lif dengan Firda Asofa dan Myra.
Firda Asofa hanya tersenyum. Comel pula bila dia melihat lelaki itu membawa bunga.
“Apa senyum-senyum.”Tegur Firdaus seraya memandang Firda Asofa. Dia kemudian berdiri selamba di sebelah Firda Asofa. Myra sempat mengenyit mata pada Firda. Suka dia melihat telatah dua insan itu. Memang sejak Firda Asofa bekerja di situ, bosnya itu banyak berubah. Semakin ceria berbanding sebelumnya.
*****
“ENCIK FIRDAUS…Err..Saya perlukan bantuan encik ni.”
“Yup. Kenapa?”
“Sabtu ni encik free tak?”
“Free. Kenapa? Nak ajak saya dating ea? Atau awak dah bersedia beri jawapan.”
“Tak. Sebenarnya saya nak minta encik Firdaus jadi partner saya. Hmm…Reunion ‘kengkawan’ saya masa sekolah rendah. Kena bawak partner lelaki. Saya tak tahu nak cari siapa.”
“Okey. Boleh je. Seribu kali pun boleh. Seumur hidup pun boleh juga.” Firdaus Mustaffa bergurau.
*****
HARI INI hari pertemuan semula Firda Asofa dan teman-teman kamcingnya di sekolah rendah. Irsya Natasya sudah berkahwin dengan Irfan Faris.  Mustika Ratu pula dengan Tengku Lukman Adib. Izzati Nur Maisarah masih belum berpunya. Dia datang dengan Zairil Hafiez bosnya. Hoho..Boleh tahan juga. Dan dia sendiri…hehe…masih tergantung. Dia belum memberi kata putus kepada bosnya, Firdaus Mustaffa.
Tiba-tiba lampu di restoren tempat mereka berkumpul terpadam.
‘Errk…Alamak. Gelap pulak daa.’ Firda Asofa meraba sesiapa sahaja yang ada di sebelahnya. ‘Perghh…Jangan teraba benda lain sudah. Aku dahlah takut gelap.’ Firda Asofa telah memegang tangan seseorang. Fuhh…
Tiba-tiba….dalam kegelapan itu mula kedengaran alunan muzik latar. Muzik ‘Winter Sonata.
‘Aii, lampu padam tapi boleh ada pulak muzik keluar.’
Suasana sunyi seketika.
Bulan dan bintang menjadi saksi..
Di malam kenangan…
Berpegangan tangan…

 Terang dan jelas suara itu didengar. Ia begitu dekat di telinga Firda Asofa. Lirik salah sebuah lagu dalam cerita ‘Nujum Pak Belalang.’
“Erkkk….Encik Firdaus ke ni?” Soal Firda Asofa sedikit kaget. Dadanya sudah berdebar kencang.
“Ye, saya. Awak sedang pegang tangan saya sekarang ni Firda Asofa.” Seraya itu lampu terpasang kembali.
Firda Asofa menarik kembali tangannya. Matanya membulat. Dia menelan liur sendiri. ‘Erkk..Terpegang tangan dia ke?’
Pandangan mata Firdaus Mustaffa kini tepat memandang mata Firda Asofa. “Awak tak perlu tipu saya, Fir. Saya dah tahu rahsia awak.”
“Erk…Apa maksud  encik Firdaus.” Firda Asofa masih keliru.  Di kala ini, dadanya semakin berdetak kencang. Tidak keruan jadinya.
“Bunga yang saya terima tu, awak yang beri, kan. Tulip bewarna merah jambu, membawa maksud ambil peduli. Saya tahu awak amat peduli dengan apa yang saya hadapi, Firda Asofa.”
Firda Asofa terdiam.
“Tulip merah…membawa kata percayalah padaku. Saya tahu ia adalah harapan awak. Saya memang percayakan awak Firda Asofa.” Firdaus Mustaffa berbicara seindah kata. Ia begitu romantik dipendengaran.
“Err…Macam mana awak tahu?”
“Awak tak perlu tahu bagaimana saya tahu. Betulkan…Awak yang beri bunga-bunga tu?”
Firda Asofa berdiam diri, dan akhirnya mengangguk. ‘Siapa pulak yang bocorkan rahsia ni. Aku susah payah buat surprise kat dia.’
Firdaus Mustaffa tersenyum. Begitu indah senyumannya. “Terima kasih atas perhatian awak pada saya. Lepas ni, awak ada nak  beri saya bunga lagi ke?” Manja pula kedengaran suara lelaki itu dipendengran.
Firda Asofa terdiam seketika. Dia mengangguk.
“Warna apa?”
“Tulip bewarna putih.”
“Apa maksud awak, Fir? Tulip putih tu….”
“Ye. Sebagai tanda minta maaf. Saya nak minta maaf….sebab….sebab …Hmm…Sebab…” Firda Asofa memandang lelaki di hadapannya itu. Dia terkelu untuk berbicara.
“Fir…Sebab apa…”
“Sebab… buat awak menanti jawapan saya dengan sabar.  Saya… terima awak, Firdaus. Saya terima awak dengan hati saya.” Firda Asofa memberi jawapan. Terasa kelopak matanya bergenang air mata.
“Betul ke Fir?” Firdaus Mustaffa seakan tidak percaya. “Awak terima saya?”
“Ye..Saya… terima awak. Saya terima jawatan kedua tu.” Air mata Firda Asofa gugur ke pipi.
 Seketika itu bergema tepukan mereka yang ada di situ. Nampaknya hari tersebut menjadi detik indah bagi mereka semua. Kasih dua hati bertaut menjadi satu.
“Cayalah, Fir.” Terdengar suara kengkawannya memuji. “Lepas ni kita boleh makan nasi minyak dia orang ni.” Tawa mereka juga bergema.
Muka Firda Asofa sudah merah padam.  Sweet.
Seketika kemudian, Firdaus Mustaffa telah mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. Rupanya dia telah bersedia dengan cincin lamaran. Lamaran untuk ketiga kalinya. Kali ini lebih bermakna. Lebih gentlemen.
Cincin sudah di keluarkan. Tiba saatnya untuk Firdaus Mustaffa menyarungkan cincin ke jari Firda Asofa.
“Nanti….” Ujar Firda Asofa tiba-tiba. Masing-masing terkejut. Kenapa pula ni.
Semua mata memandang ke arah Firda Asofa.
“Firda…”
“Saya nak biarlah ibu awak atau keluarga awak yang sarungkan cincin ni. Saya ingin restu dari mereka.” Pinta Firda Asofa.
Seketika kemudian…
“Ehem..Ehem…Meh sini Mama yang sarungkan.” Satu suara muncul di kalangan mereka.
Firda Asofa memandang wanita yang kian menghampirinya. Matanya membulat. “Aa….”
“Firda Asofa menantuku sayang. Biar Mama yang sarungkan ye.”
Firda Asofa masih tidak percaya. “Aunty….”
“Aunty ni mama kepada Firdaus.” Ujar Datin Mariam sambil menguntum senyum.
“..dan Rin pula, adik abang Firdaus.” Marina pula menyambung kata. Dia juga muncul di situ sambil menunjukkan isyarat ‘Peace.’
“Kenapa tak cakap kat Fir.” Soal Firda Asofa.
“Tu rahsialah, kak. Sekarang ni dah tak rahsia lagi.” Marina sempat mengeyit mata. “Akhirnya, Rin dah dapat kakak ipar. Yesss… Cayalah, abang.”
“Oh, rahsia akak tu Rin bocorkan kat abang ea.”
“Abang mana?” usik Marina.
“Abang Firdauslah..Eh..Erkk..Encik Firdaus.” Tetiba terbahasakan abang daaa.Firda Asofa merah muka.
Firdaus Mustaffa hanya tersenyum. Suka apabila Firda membahasakan dirinya abang.
“Dah..dah…Sekarang ni Mama nak sarungkan cincin.”
Tetiba aje banyak pulak flash kamera merakamkan detik indah itu. Haish…Tu belum masa akad nikah. Haha…
“Terima kasih aunty.”
“Apa pulak aunty. Mamalah. Hmm..Terima kasih kerana Fir sudi jadi menantu Mama.” Pipi Firda Asofa di cium.
“Terima kasih Firda Asofa kerana awak sudi menjadi permaisuri hati saya.”
“Terima kasih juga pada awak. Hmm..Awak ke yang plan semua ni.” Tanya Firda Asofa.
Firdaus Mustaffa menggeleng.
“Habis tu…”
“Adik kitalah yang plan semua ni. Dia plan dengan Sya.”
“Rin dengan Sya??” Firda Asofa memandang temannya Irsya Natasya dan Marina.
“Rilekslah. Kawan tolong kawan. Sekarangkan senang.” Irsya Natasya sempat mengeyit mata.
Baru ku tahu rupanya mereka dua orang ni saling mengenali. Ex-roomate masa sambung study rupanya. Hmm..Patutlah.
Sorrylah. Saya ni tak romantik. ”
No problem. Janji hati baik.” Firda Asofa membalas kata. Dia tersenyum.
“Terima kasih kerana sudi.”
“Sama-sama. Andai ia memang untuk kita, nescaya DIA pertemukan juga hati kita.”
Kasih  kini bertaut. 
So, interview sebelum ni…”
“Sebenarnya interview yang saya buat tu memang untuk kenal Fir.” Terang Firdaus Mustaffa.
“Sebab tu Fir rasa interview tu pelik semacam je.” Firda Asofa ketawa.
“Itu je idea yang ada. Biasalah, abang ni mana ada masa nak keluar cari awek. So, gunakanlah resume yang nak apply kerja kat tempat abang. Acilah tu, kan. Tapi tak tahulah. Bila terbaca nama Firda Asofa tu rasa macam istimewa sangat. Yelah, kan. Nama kita nak sama. Tu yang pandai-pandai sendiri arrange interview tu. Sebenarnya, interview tu saya buat hanya untuk Fir aje. Tidak untuk orang lain.”

"Oh, ye ke?"

"Hmm..Yelah, cik Nestum baby."

"Eii, sajalah tu. Orang mana minum Nestum baby."

Firdaus Mustaffa mengukir senyum. Dia kemudian mendapatkan satu belon berbentuk hati bewarna merah. Jelas tertulis di situ tiga patah kata - I LOVE YOU. Ia diberikan kepada Firda Asofa.

Firda Asofa menyambut dengan seribu senyuman. "I LOVE YOU, too."

Mereka sama-sama ketawa. Kini mereka di ulit kebahagiaan. Cinta yang dihulurkan bersambut jua.

TAMAT






1 comment: