“Yelah.
Aku Iman. I-Man kau. Kenapa? Aku hensem
sangat ke?” Iman sudah tersenyum nakal.
‘Perasan
pulak mamat ni.’
“Kau
nak apa ni? Jangan ganggu aku boleh tak? Dahlah tiba-tiba muncul dekat sini.”
Maisarah rasa terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Tidak tersangka olehnya
mereka akan bertemu kembali.
“Aku
takde niat pun nak ganggu kau. Aku cuma ternampak je kau sorang-sorang dekat
sini. So, aku pun datanglah sini. Temankan kau.
Acilah, kan. Kau tunggu siapa? Boyfriend ea?” Iman dengan selamba
melabuhkan punggung di hadapan Maisarah.
“Aku
tak suruh pun kau duduk. Sibuk jelah kau ni. Lantak akulah nak tunggu
siapa.Dahlah. Kau pergilah tempat lain. Kejap lagi kawan aku datang.”
“Datanglah.
Aku tak kisah. Nak kenal juga siapa kawan kau.” Iman sudah menongkat dagu
dengan kedua belah tangannya. Segaja dia mempamer muka comel di hadapan
Maisarah.
Maisarah
membuat muka bengang.
“Janganlah
buat muka macam tu…Tak comel. Rilekslah. Don’t stress..stress okey.”
“Masalahnya
bila kau datang ni buat aku stress tau tak. Automatik stress.”Maisarah menekan
juga suaranya.
“Ye
ke? Opss..Maafkan Iman.” Iman sengaja mengajuk kata Maisarah sebelum ini.
Tangannya juga menekup mulut menggayakan seperti gaya Maisarah.
Maisarah
menjeling. ‘Ntah apa-apa mamat ni. Sajalah tu. Sengal.’
“Eh,
janganlah jeling-jeling macam tu. Berdebar hati I tengok tau.”
“Menjeling…Menjeling
ku bertentang..Mata kita sama memandang..Ku cuba..Ku cuba nak
bertanya..Siapakah dia namanya…” Iman ceria menyanyikan bait lagu itu. Lagu
‘Pandang Pandang Jeling Jeling yang di popularkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza dan
Tan Sri S.M Salim.
‘Sudah…Dah
jadi kembar Ilham pulak mamat ni.’ Maisarah membuat muka menyampah.
“Nah..Bunga
ni untuk kau,” ujar Iman sambil menghulurkan setangkai bunga mawar putih kepada
Maisarah. Entah dari mana muncul bunga tersebut, Maisarah sendiri tidak tahu.
“I really sorry. Aku tak bermaksud nak ganggu kau. Aku minta maaf untuk kes
sebelum ni.” Lembut pula alunan bicara itu menusuk pendengaran.
“Tak
nak pun.”
“Why?
Kau tak boleh nak maafkan aku ke, Sarah? Mawar merah boleh pulak terima. Yang
putih tak nak pulak. Tak suka yang putih ea.”
“Dahlah.
Pergi sana. Tak payah tanya-tanya.”
“Tanya
sama hati pernahkah merindu..Ingat masa lena apa mimpimu..Masa berjauhan apa
nak dikenang..Bila difahamkan itulah sayang…”
Maisarah
terdiam. ‘Eh, dia ni. Lagu klasik pulak daa.’
“Eh,
dahlah kau. Pergi sana. Sibuk je nak nyanyi-nyanyi dekat sini.”
“Kau
halau aku ke. Kesian I-Man kena halau.”
“Aku
tak halau kau. Aku cuma minta kau pergi. Kejap lagi kawan aku datang.”
“Siapa?Someone
special?” Iman masih tidak mahu pergi. Sebaliknya menongkat dagu dengan sebelah
tangan memandang Maisarah. Sengaja menayang muka comel.
“Ye.”Jawab
Maisarah pendek. Malas memanjangkan kata.”
“Bukan
aku ke orang tu….”Ujar Iman sambil mengulum senyum.
“Mestilah
bukan. Dahlah pergi sana.”
“Alah,
aku nak menyamarlah jadi boyfried kau kejap kat sini.”
“Wei..Pergi
sanalah. Aku tak sukalah.”
Iman
tidak menghiraukan bicara Maisarah. “Kau nak tahu tak Sarah. Bila aku pandang
muka kau sekarang ni,perasaan aku ni lain macam je. Berdebar semacam. Kau tak
rasa macam tu ke?”
“Huh..Takde
pun. Menyampah adalah.”
“Ye
ke macam tu.” Iman tersenyum. “Aku rasa, hati aku dah tersuka dekat kaulah
Sarah. Betul. Aku tak tipu. Ya Allah..Lembutkanlah hati gadis di hadapanku ini
agar dia suka kepadaku. Amin..” Iman meraup kedua belah tangannya ke muka.
Maisarah
terbatuk. “Kau ni dah mengarut. Eh..Dahlah. Pergi sana.”
“Kalau
aku tak nak pergi…”
“Kau
ni tak faham bahasa ke. Makin lama kau ni buat aku naik marah je. Dahlah pergi
sana.”
“Kau
halau aku ke?”
“Lebih
kurang macam tulah.”
“Kalau
aku tak nak pergi juga….” Iman masih bermain kata.
“Encik
I-Man …” Maisarah sudah mula menekan suara. Semakin geram dia dengan tingkah
Iman.
“Tapi..bunga
ni....Aku nak kau terima bunga ni. Aku janji,
aku akan pergi.Adilkan.”
“Okey.Aku
terima.” Bunga mawar putih itu bertukar tangan.
Kebetulan
seorang pelayan wanita melalui tempat itu.
“Hai,miss.
This for you. Ikhlas dari saya.”Ujar Maisarah sambil menguntum senyum seraya
memberi bunga tersebut kepada pelayan wanita itu.“Thanks.”Ucap pelayan itu
sebelum berlalu pergi.
“Kenapa
kau beri pada dia. Aku kan beri pada kau.”
“Kau
dah beri pada aku, itu hak akulah. Tak kisahlah kalau aku nak kasi orang lain pulak.”
“Nampaknya
kau tak menghargai apa yang diberi.
Maksudnya, kau tak ikhlas menerima.”
“Aku
tak tahu nak cakap apa. Memang aku tak ikhlas terima bunga tu. Tapi, aku taknak
buat kau terkilan kalau aku tak terima bunga tu.”
“Kau
buat macam tu, lagi aku terkilan. Depan mata aku pulak tu. Kalau kat belakang,
aku tak nampak, okeylah.”
Maisarah
terdiam.“Okey.Aku minta maaf. Dahlah pergi sana.”
‘Hish..Tak
pasal-pasal aku pulak kena minta maaf dengan dia.’
“Nanti
aku belikan lagi.”
“Dah..Dah..Tak
payah.. Pergilah sana.”
“Sampai
hati kau halau aku. Baru je nak berbaik-baik dengan dia.
Maisarah
sudah memandang tepat wajah Iman. Matanya membulat. “Encik I-Man…” Maisarah
sudah menekan suara ke dalam.
“Yelah..Yelah..Okey,
Sarah. See you next time. Aku nak jumpa kau lagi.”
“Aku
harap kita takkan jumpa lagi.” Maisarah masih mahu membalas kata.
“Tapi,
aku akan selalu berdoa agar aku dipertemukan dengan kau, Sarah. Opss…Maaafkan
Iman.”Iman sudah ketawa sambil membuat gaya mengajuk cara Masiarah. Dia
akhirnya bangun dan pergi. Tidak ketinggalan juga di tunjukkan isyarat ‘Peace’
kepada Maisarah bersama senyuman indah ditemani lekukan lesung pipit di
pipinya.
Maisarah
mengurut dada sendiri. ‘Eii..Kenapalah Iman ni yang muncul. Membakar hati aku
je. Iman yang aku tunggu tak muncul-muncul juga. Dia ni muka je sama. Tapi
perangai, jauh beza dengan Iman aku. Dah jadi macam Ilham pulak. Hmm…Sebelum ni
macam kerek je. Tapi sekarang ni siap nak bagi bunga lagi. Nyanyi-nyanyi lagi. Boleh
pulak kata suka dekat aku. Eii…Menakutkan betul. Sakit jiwa ke apa.’
Maisarah
melihat cincin di jari. ‘Iman..Aku harap suatu hari nanti kau kembali muncul
dalam hidup aku. Semoga kau sentiasa dalam lindungan Ilahi. Ya Allah,
sampaikanlah rasa rinduku kepada Muhammad Iman Ahlam sehingga dia merindukan
aku. Amin..’
Maisarah
melihat jam di tangan. ‘Hmm..Mana Asma ni…’ Maisarah sesekali menoleh pandang
ke belakang melihat jikalau Asma sudah datang. Sebenarnya mereka telah berjanji
untuk bertemu. Kebetulan sebelum ini mereka terjumpa di dalam bas. Waktu itu
dia hampir tidak mengenali temannya itu. Dahulu tembam, sekarang dah kurus.
Tiba-tiba…
“Opocot
Iman aku sayang aku.” Maisarah sudah melatah apabila bahunya ditepuk dari
belakang.
“Ehem..Ehem…Melatah
nampak. Nama Iman pulak tu.” Usik Asma seraya duduk di bangku di hadapan
Maisarah.
“Eii,
kau ni. Saje je. Dah kau terkejutkan aku. Aku melatahlah.”
“Sorry..Sorry…Tapi
kenapa nama Iman pulak yang keluar. Tak boleh ke nama aku..Nama orang lain..
Mesti kau tengah memikirkan dia, kan.”
“Dah
nak termelatah. Nak buat macam mana.”
“Kau
macam mana sekarang. Still dengan Iman ke?” soal Asma membuka cerita lama. Dia
sudah melabuhkan punggung di bangku di hadapan Maisarah.
Maisarah
tiba-tiba terdiam. Wajah temannya itu dipadang. Dia kemudian menjongket
bahu.“Aku takde jawapanlah.”
“Why?”Asma
berminat untuk mengetahuinya.
“Sebenarnya,
aku dah lama tak dapat contact dia. Dah tiga tahun. Aku pun tak tahu dia dekat
mana sekarang.”
“Owh,
ye ke. Hmm..Bukan ke dia sambung study.”
“Hmm..Memang.
Tapi berapa bulan lepas dia pergi, aku dah tak dapat contact dia. Semuanya
berlaku lepas aku accident. Aku hilang nombor dia. Agaknya dia pun tak dapat
nak hubungi aku. Tapi, aku ada berhubung dengan email. Masalahnya, takde
balasan. So..aku pun tak tahulah As.”
“Owh,
macam tu ke. Aku ingatkan kau dah kahwin dengan dia. Hmm…Takpelah. Bukan jodoh,
kut. Tapi apa yang aku tahu, dia cinta pertama kau, kan. Sabarlah Mai. Kalau
dia jodoh kau, pasti Allah akan pertemukan jua. InsyaAllah. Kau doalah. Itu pun
kalau dia belum kahwinlah, kan.” Asma sempat bergurau.
. “Eh, Mai. Kau nak tahu tak. Tadi,
masa aku nak ke sini aku nampak seseorang.”
“Siapa?”
“Aku
tak tahu betul ke tak. Tapi, muka orang tu macam muka Iman. Sebijik kau tahu.”
Maisarah
terdiam. Pastinya lelaki itu memang Iman. Iman! I-Man yang hadir menyibuk untuk
seketik a bersamanya tadi.“Eh,
Kau pulak apa cerita. Apa nama pakwe kau tu. Ham..ea. Ntahlah. Aku pun tak
berapa nak ingat.” Maisarah mengubah topik bicara.
“Hmm..Dia
tu.Lama dah clash. Kaki perempuan dia tu. Aku hampir-hampir dah nak bertunang
dengan dia. Selamat tak jadi. Berlaku depan mata pulak tu. Sebab frustlah aku
pergi jauh. Duduk dengan mak cik aku dekat Australia tu. Sekarang ni aku dah
okey, dah.Tulah, kan. Lelaki sekarang tak boleh nak dipercayai.”
“Hmm..Tapi
bukan semua.” Balas Maisarah.
“Betul
tu. Moga cepatlah jodoh kita ek.”
“Semua
itu telah tertulis, As. InsyaAllah..Suatu hari nanti.”
Mereka
kemudian saling bertukar cerita.
Di
ketika itu ada sepasang mata yang memerhati. Dia tersenyum melihat Maisarah
yang ceria tertawa bersama temannya.
‘Sarah…Andai
benar kau juga memikir aku…pandanglah ke sini melihatku.’ Iman memanggil dengan
suara hati. Bicara di hati itu diulang beberapa kali.
Maisarah
kini menyedut minumannya. Sekilas itu dia menoleh pandang ke sana ke mari.
Pandangan matanya terpandangkan seseorang. Kemudian segera dilarikan
pandangannya. ‘Hmm..Dia ke?’ Di pandang lagi untuk kali kedua.
Iman
yang duduk di tempatnya, mengukir senyum.
Maisarah
terdiam dan membulatkan mata. Dia kembali berbuat tidak tahu.
“Kenapa
Mai?”
“Takde
apa-apa.” Maisarah berpura-pura menyedut minumannya. ‘Rupanya, dia ada dekat
sini je. Patutlah perasaan aku berdebar.’
_________________________________________________________________________________
Iman terperasankan kelibat Maisarah.
“Eh, tu macam Sarah je. Dia kerja area sini ke? Hmm..Mungkin juga. Baik aku follow.” Langkah terus di atur.
“Oh, dekat
bangunan ni.” Iman mengukir senyum.
Kelihatan Sarah
menuju ke pintu lif. Kebetulan ramai orang yang sedang menanti. Iman juga terus
pergi kepada mereka dan turut sama memboloskan diri ke dalam lif yang hampir
penuh itu. Ternyata,Sarah tidak perasankannya.
Pandangan
matanya tidak lepas kepada Sarah. Dia melihat Sarah menekan butang aras 25. Pastinya
Sarah bekerja di tingkat paling atas.
Dia sudah
tersenyum. “Okey. Misi berjaya.” Dia kemudian keluar bersama-sama beberapa
orang lain. Tidak perlu dia mengikut Sarah hingga ke tingkat yang paling atas.
Siasatan boleh di buat kemudian. Apa yang penting, sudah tahu gadis itu bekerja
di mana.
“Ku temukan
dalam pencarian..Cinta sejati untuk hidupku…” Iman sudah menyanyi senang hati.
*****
“Fulamak..Cik Maisarah kita ni dapat
bunga.” Suara Zulaika excited. “Siapa kasi Mai?” Zulaika sibuk ingin tahu.
Maisarah melihat
pada kad yang dititipkan bersama.Dia menelan liur sendiri.
~Hai,
Sarah. Kerja rajin –rajin ye. Nah. I-Man upah bunga dengan coklat.
‘Hish, I-Man ni. Macam
mana pulak dia boleh tahu aku kerja dekat sini. Habislah.’ Maisarah hanya mampu
berbisik di hati. Kad tersebut telah dironyokkan.
“Ni first time aku tengok kau dapat bunga.
Hmm..Siapa pujaan hati kau tu Mai. Nak tahulah. Kau ni berahsia sangatlah.”
“Makhluk Allah juga, Ika.”
“Kau ni Mai. Kedekut. Beritahulah. Aku janji tak
bocorkan rahsia.”
“Aku dah koyakkan
kadnya. Kalau nak tahu, kau cantumkan semula. Ada ni haa dalam tong sampah.”
“Uit, kau. Kesian orang
yang beri ni tau.”
“Nah, Ika. Kau
ambil bunga ni. Aku tak nak.”
“Tak nak aku.”
Zulaika menolak.
“Kalau kau tak
nak juga..buang jelah.”
“Janganlah
buang, wei. Bunga ni dahlah cantik. Rose warna peach. Hmm..Harum lagi.Bunga ni tak bersalah, Mai. Kau ambik je.
Simpan kat rumah. Tak rugi apa pun.” Nasihat Zulaika.
“Kau je ambil bawa balik. Lagipun, kau kan naik
kereta. Aku naik bas. Pelik kut kalau aku bawa bunga ni dekat bas. Hancur
jadinya nanti. Hmm..Baik kau je yang ambik Ika.” Bijak juga Maisarah
memberi alasan.
“Ambillah
coklat tu sekali. Kau ni pun. Eh, esok birthday kau kan. Alang-alang aku kasi
ni sebagai hadiah.”
“Kau ni. Orang tu kasi pada kau, kau kasi pada aku. Siapa
yang kasi ni sebenarnya.”
“Tak payah tahulah Ika . Next time aku beritahu
ea..Jangan merajuk. Sekarang mood aku
tak okey. Aku takut mulut aku ni tetiba jadi jahat sumpah seranah dekat dia
pulak. Kesian pulak dekat dia.”
“Kau ni, Mai. Ntah apa-apa. Mesti kau tengah gaduh
dengan pakwe kau ni.”
“Uitt, ayat. Dia bukan pakwe aku okey. Cuma muka je
sama.”
“Hoho…Sudah ku tahu juga rahsianya…Selama ni aku tak
tahu pun kau dah ada pakwe. Rupanya selama ni diam dalam merindu.” Zulaika
sudah ketawa.
Maisarah membuat muka. “Dahlah, Ika. Aku nak buat
kerja ni.”
“Buatlah. Mesti kau tak fokus punya. Terbayang-bayang
di ruang mata.”
“Sajelah tu nak kenakan aku.” Maisarah sudah ketawa.
Waktu kini berganjak ke petang…
Maisarah kini sudah berkemas pulang. Dia turun
bersama Zulaika. Kemudian mereka berpisah jalan
kerana haluan yang berbeza.
Maisarah terus berjalan. Namun, dia rasa di ekori.
‘Jangan-jangan I-Man ikut aku tak?’ Maisarah menoleh ke belakang. Tiada
siapa-siapa. Di pandang lagi untuk kali kedua. Memastikan ia hanya mainan
perasaannya sahaja. Dia terus berjalan. Nampaknya, tiada siapa yang
mengekorinya.
Di kejauhan itu ada seseorang yang memerhati.
‘Memanglah Sarah ni. Dia tak ambik bunga aku yang beri. Kecik hati.’
Iman terus juga mengekori dari jarak jauh hingga
Maisarah tiba di tempat menunggu bas.Di celah-celah orang ramai, dia
memerhatikan Sarah yang nyata tidak terperasan akannya.
‘Aduhai, Sarah. Kesiannya kau menunggu bas macam ni.
Orang ramai semua nak naik bas. Ni belum tentu dapat duduk,kan. Kalau naik kereta dengan aku kan senang. Air
cond bau wangi. Ni air cond semulajadi je yang bau nanti.’ Iman tersenyum
sendiri.
‘Aku pun dah penat tercongok dekat sini. Lepas Sarah
naik bas, baru aku blah. Aku
naktengok dia naik bas Rapid yang mana.Nanti, senang aku cari tempat tinggal
dia.’
Dalam tempoh dua puluh minit menanti, akhirnya Iman melihat Maisarah
berkejar menuju ke basnya.
‘Ya Allah. Lindungilah dia dalam perjalanan ini
sehingga dia sampai ke rumahnya. Amin..’ Pinta doa Iman.
Iman terasa dia terpijak akan sesuatu. Barang itu di
ambil. Ia adalah kad nama pekerja. ‘Eh,
ni gambar Sarah ni. Maisarah. Akhirnya aku tahu. Yess.. Hoho…Kebetulan.’ Iman
mengulum senyum. Dia nyata tidak salah.
Nama syarikat yang tertera dibelakang kad itu adalah nama syarikat tempat Sarah bekerja. ‘Tapi, esok hari cuti.
Hmm..Aku simpan dululah jawabnya.’
*****
“Alamak,
mana kad kerja aku ni. Tercicir ke. Ni tinggal tali je. Sudah.. Masalah
betullah. Dekat mana agaknya tercicir ye. Ntah-ntah dekat dalam bas kut.
Harap-harap adalah orang jumpa. Lepas tu hantar ke office.”
“Kau ni kenapa Mai. Tak senang duduk aku tengok.”
Ziha sudah mengambil tempat di sisi Maisarah di sofa sambil menikmati roti di
sapu jem Nutella.
“Kad kerja aku tercicirlah Zi. Tak tahu dekat mana.”
“Lah ye ke. Tak payahlah risau. Kau report dekat aku
je. Aku kan HR. Lagipun, kad belakang kad tu kan ada tulis nama syarikat. Kalau
ada siapa-siapa jumpa tahulah orang tu pulangkan.”
“Aku tetap risau Zi. Gambar dan nama aku ada kat
situ. Kalau orang buat apa-apa yang tak baik, macam mana. Takut aku wei.”
“Kau ni. Janganlah fikir sampai ke situ. Tolong
fikir positif. Harap yang jumpa tu,
orang baik-baik je.”
“Yelah. Harapnya macam tulah.Tapi, aku tak biasalah
pergi kerja tak pakai gantung nama tu. Rasa janggal.”
“Kau tu skema sangat.”
“Bukan skemalah. Itu namanya disiplin. Aku rasa
macam ketrampilan aku tak lengkap masa kerja.”
Ziha sudah ketawa. “Lebih kuranglah tu.Kau ni Mai..”
No comments:
Post a Comment