Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan hati Ini - 8



PAGI yang damai sudah menjelma. Deringan jam loceng sudah memekakkan telinga mengejutkan Ilham. Dalam keterpaksaan digagahi juga untuk bangun. Terpisat-pisat dia menggosok matanya. Beberapa kali juga dia menguap. Terasa begitu singkat lenanya. Dia menarik nafas panjang dan menggeliat meregangkan otot. Mata Ilham terarah kepada telefon bimbit yang dicas semalam. Pasti baterinya sudah penuh tercas.
Ilham mengambil telefon bimbit tersebut lantas kembali duduk di birai katil. Dia menekan-nekan beberapa punat sebelum melihat hampir sepuluh missed calls tertera di situ. Ilham berkira-kira untuk menelefon kembali nombor itu. Dia pasti itu nombor kawan Maisarah. Niatnya ingin menggunakan saja telefon milik Maisarah, namun terpaksa dibatalkan. Mana tidak, baki kredit yang tinggal hanya RM 0.10 sen sahaja. Dia tertawa sendiri. Alahai, kesiannya.
“Hello, awak ni kawan Maisarah ke?”tanya Ilham sewaktu talian bersambut.
“Ye, saya.”Ziha menjawab dihujung talian.
“Mai ada tak?”
“Hmm..Mai tengah solatlah.”
“Oh. Okey. Beritahu pada Mai, handphone dia ada pada saya ye. Semalam tercicir kat kereta.Saya busy sikit hari ni. Tak sempat nak hantar. So, malam nanti saya pulangkan kat dia ye.” Lembut sahaja bicara itu kedengaran. Talian diputuskan selepas memberi salam.
Ilham berbaring di katil sambil membelek telefon comel itu. Apabila melihat ia masih di tangan, tiba-tiba mindanya terfikirkan sesuatu.
“Agaknya apa Maisarah rename aku ye?” bisik Ilham sendiri.
Ilham mengambil telefon bimbitnya lalumembuat panggilan ke atas nombor Maisarah. Muncung juga mukanya apabila melihat nama yang tertera di situ. “Budak Kerek”. Itu rupanya gelaran yang diberikan Maisarah untuknya.
Kerek ke aku ni?Handsomea adalah…”Akhirnya Ilham tertawa sendiri.Tiba-tiba muncul satu idea dibenaknya. Nama ‘Budak Kerek’ di delete dan di rename dengan nama lain. Semakin lebar senyumannya. “Haa, ni barulah betul.”
Ilham berniat jahat sedikit. Peti inbox Maisarah dibukanya. Namun dia segera membatalkan niatnya. Terasa khilaf berbuat begitu. Dia perlu amanah. Dia mengingatkan dirinya sendiri.
“Mai…Mai..Kau ni buat aku tersenyum sorang-sorang je.” Ilham menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menjeling jam loceng di sisi. “Ya, Allah. Aku dah lambat rupanya. Ni semua pasal Maisarahlah ni. Tak pasal-pasal aku mengelamun. Ish, janganlah aku angau dekat dia ni sudah. Bahaya…Bahaya.” Dia menepuk-nepuk pipinya sendiri. Dia segera megambil tuala dan bergegas ke bilik mandi. Kemudian,bersolat, bersiap dan dan turun ke bawah. Wajahnya pagi ini benar-benar berseri dengan senyuman. Happy.
“Aii, lain macam je ummi tengok pagi ni. Ceria. Senyum lebar lagi,” tegur Sofea Jasmin tatkala anak terunanya itu melangkah turun di anak tangga.
“Biasa ajelah, ummi. Apa yang lain,”balas Ilham.
“E’eh. Nak menafikan pula dia.”
“Senyum seindah suria…Yang membawa cahaya…Kau tersenyum.. Ku tersenyum..Mewarnai dunia.” Suara itu beralun merdu.
“Hai…lain je lirik tu. Hmm..pasal Maisarahlah ni.” Duga Sofea Jasmin.
“Eh, taklah ummi. Mana ada. Pasal ummilah. Ummikan senyum bak suria.” Ilham menafikan lagi. Ceria juga dia memuji umminya.
“Dahlah, Am. Jangan nak bodek ummi. Ummi ni dulu makan garam. Ummi tahulah.”
“Taklah, ummi.” Ilham masih menafikan. Dia sudah menuju ke muka pintu.
“Dah..Dah..Tak payah nak menafikan.  Kalau iya pun, sarapanlah dulu. Aii..Am. Takkan makan tak lalu kut.”
“A’ahlah. Lupa pulak.”
“Aii, sejak bila lupa nak sarapan ni.”
Ilham hanya ketawa. Dia menuju ke meja makan. Bersarapan apa yang di hidangkan umminya. Dia memang tidak memilih soal makanan. Baginya itu semua rezeki Allah. Yang penting, kenyang. Alhamdullillah.
Dia agak berselera menikmati hidangan pagi itu.
“Berselera benar ummi tengok. Tak makan ke semalam.”
“Mestilah makan.”
“Makan dengan siapa? Maisarah?” Serkap Sofea Jasmin.
Ilham hanya ketawa. Dia terus menikmati sarapan yang tersedia. “Ummi ni macam tau je aku keluar dengan Masiarah. Bahaya ni. Jangan-jangan ummi ada spy tak.” Ilham sempat berbisik dengan hatinya. Makanannya terus dikunyah perlahan.
“Ni bila nak pergi. Dah pukul berapa ni.” Bicara Sofea Jasmin mematikan lamunan Ilham. Sofea Jasmin perasan  akan perubahan pada Ilham. Dia tersenyum.
“Okey, ummi. Am dah lambat ni. Ni semua sebab Maisarahlah ni.” Omel Ilham sendiri. Sempat juga dia meneguk baki air kopi yang tinggal. Tangan umminya diraih dan dicium.
“Eh, tengok tu. Orang lain pula yang dipersalahkan. Hmm..kan betul. Dah kantoi. Tadi beriya menafikan. Sofea Jasmin hanya mampu menggeleng kepala.
‘Alamak, aku terlepas cakap ke.’ Ilham hanya mampu tersenyum.‘Mai..Mai…Kesian kau. Tersedak lagilah gamaknya.’
“Bila nak ajak Maisarah datang sini?”soal Sofea Jasmin di muka pintu.
“Nanti. Kalau ada masa. Okey, ummi. Assalamualaikum.” Ilham hanya menjawab sebaiknya. Entah bila dia akan memaksa Maisarah datang ke rumahnya.
*****
“MAI, tadi pakwe kau telefon. Handphone kau ada pada dia. Dia kata, dia busy harini. So, malam nanti dia pulangkan handphone kau tu. Wah, romantik tu suara dia. Boleh jatuh cinta aku. Untung kau Mai dapat pakwe bersuara buluh perindu,” ujar Ziha diiringi tawa. Maisarah mencebik bibir.
“Apa pakwe-pakwe. Aku tengah geram dengan dia tu. Ish, menyampahlah. Rasa nak je aku cekik-cekik. Yang kau ni pun sama…”Maisarah berpura-pura mencekik sahabatnya itu. Ziha hanya ketawa gelihati.
“Kau ni Mai. Biasalah tu. Adat orang bercinta. Kadang-kadang gaduh.” Ziha tersenyum sumbing melihat Maisarah. Dia gembira jika ada orang yang mula menaruh hati pada temannya itu.
            Maisarah hanya tersenyum tawar. Bercinta?? Aku dengan dia bercinta? Hmm..Tunggu ayam bertelur emaslah gamaknya. Apa yang berlaku antara dia dan Ilham, biarlah rahsia. Dia tidak ingin berkongsi cerita itu.
Malam itu…
 “Semalam, tuan puteri tertinggal handphone ye?” Maisarah terasa panas hati mendengar bicara yang diluahkan Ilham. Dia benar-benar tidak suka dengan gelaran itu.Menyampah untuk didengar. Semalam sayang...Hari ni, tuan puteri pula. Apa masalah mamat ni sebenarnya. Hatinya mengomel sendiri. Kalau diikutkan hatinya, dia memang tidak ingin bertemu Ilham. Namun, nak di jadikan cerita telefon bimbitnya pula tercicir di kereta lelaki itu. Maka, terpaksa juga dia menggagahkan diri bertemu Ilham alias Baim Wong Malaysia. Jika tidak, pasti dia menangis mengenangkan telefon bimbit kesayangannya itu. Model yang sudah tiada dipasaran.
“Nah, harta kau. Boleh pula tertinggal dekat kereta aku ek. Lain kali hati-hati ye tuan puteri sayang.” Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada Maisarah. Telefon bimbit itu dihulurkan kepada Maisarah. Namun, apabila Maisarah ingin mengambilnya, Ilham segera menariknya kembali. Dia tidak membenarkan Maisarah mengambilnya. Ilham tersenyum nakal. Sengaja bermain acah-acah.
“Kau ni kan….” Maisarah mula ingin marah. Geram dengan Ilham yang sengaja mencari pasal dengannya.
“Ye, saya. Kenapa?” Ilham sengaja memanaskan hati Maisarah dengan menjawab lembut. Dia gembira mengusik gadis itu.
Maisarah menggenggam tangannya. Nafasnya ditarik dalam. Kesabarannya diuji.
“Awak...Boleh tak saya nak handphone saya tu semula.” Maisarah cuba berbicara lembut walaupun dengan hati yang terpaksa. Mungkin dengan cara itu, Ilham akan memulangkannya kembali telefon bimbitnya itu. Dia tahu Ilham sedang mempermainkannya.
“E’eh. Lembutnya suara. Anak siapa ni. Sejuk hati ini mendengar.” Ilham membalas. Sempat juga dia memuji. Dia tersenyum lagi. Tetapi dia tetap tidak memberi. Dia hanya memandang wajah Maisarah yang bengang.
“Nahlah. Nanti tak kasi mesti nangis.” Ilham kemudiannya menghulurkan handphone comel itu kepada Maisarah. Maisarah segera merampasnya.
“Terima kasih.” Ucap Maisarah acuh tak acuh. Ala-ala tak ikhlas.Hatinya masih panas bersisa. Namun dia lega telefon itu kini kembali di tangannya.Dia membelek memastikan telefon bimbitnya tidak rosak. Takut juga jika ia rosak. Jika tidak, terpaksalah dia mengeluarkan modal untuk memperbaikinya.
“Sama-sama. Sorry. Saja je nak gurau-gurau. Awak tak marahkan.” Ilham memandang Maisarah di sisi. Manja saja suaranya. Entah mengapa tiba-tiba dia menjadi lelaki jiwang karat.Perghh…Tak boleh blah. Ia adalah terlalu berbeza dengan personaliti biasanya. Selalunya dia lebih berlagak cool dan kadang-kala, barannya datang juga. Hmmm..Apa heran.Sesekali nak juga test tahap kejiwangannya.
Maisarah tersenyum kelat. Sekadar mengakui bicara Ilham acuh tidak acuh.
“Macam tak ikhlas je senyum tu.” Ilham sepertinya mengerti dengan maksud senyuman Maisarah, namun dia tidak terasa hati.
“Senyum seindah suria...Yang membawa cahaya….Senyumlah dari hati….Duniamu berseri...” Ilham gembira mengalunkan lagu kegemarannya itu. Manalah tahu dengan menyanyi lagu itu, ia dapat membuatkan Maisarah tersenyum gembira.
Maisarah terpesona seketika mendengar kelunakan suara itu. Dia tersenyum juga akhirnya. Dia tertewas. Tertewas dengan lagu atau dengan suara buluh perindu tu..He..He..Jawab Maisarah..Jawab.
“Kan cantik senyum macam tu.” Puji Ilham.  Maisarah terdiam. Dia dapat merasakan Ilham bergitu berbeza berbanding semalam. Bicaranya lebih lembut sahaja. Senyuman pula tidak lekang dari bibirnya. Biar betullah mamat ni. Sakit jiwa ke apa.
Dup..Dap..Dup..Dap…Alamak..Dah start dah. Detak jantung Maisarah mula berdegup kencang. Dia memang tidak suka dengan detak jantung sebegitu. Tidak normal. Maisarah terpaksa menenangkan diri sendiri. Nafasnya ditarik dalam, mencari kelegaan. Dia juga terpaksa berlagak selamba.
Maisarah memeriksa baki kreditnya. Sedikit terkejut. Ilham yang duduk di sisi, di pandang untuk mendapatkan kepastian.
“Kenapa pandang  macam tu. Tak tergoda pun lah.” Ilham ketawa sendiri. Maisarah mengetap bibir. Perasan betullah mamat ni.
 “Kredit ni… kau yang masukkan ke? Nanti aku bayar balik.” Maisarah pasti Ilham telah menambah kredit handphonenya.
“Tak payahlah. Aku ikhlas nak beri. Lagipun nanti kita kena banyak berhubung. Aku yang libatkan aku, akulah yang akan tanggung. Duit aku tak luak mana pun nak top upkan kau.”
“Terima kasih. Takpe. Nanti aku bayar balik. Aku tak sukalah ada orang top upkan untuk aku.” Maisarah dengan keputusannya.
“Tak payahlah. Kalau kau nak bayar sangat, kau bayar ajelah ganti rugi barang aku tu. Nak ke macam tu? Ni kira saguhati untuk kaulah sebab tolong aku. Okey.” Ilham terus memandu tenang. Wajahnya begitu ceria.
Maisarah terdiam seketika sebelum mengiyakan saja kata-kata Ilham. Hmm…Bagus juga. Jimat  duit aku. Tapi…hmm..Takpelah. Nanti aku topupkan dia balik. Apa susah. Maisarah berbicara dengan hatinya sendiri.
“Okey, Mai. Aku nak pergi kedai sekejap. Kau nak ikut ke atau nak duduk sini je. Nak kirim apa-apa ke? Aku belanja.” Suara lembut itu menusuk ke pendengaran Maisarah.
“Err..takpelah. Aku tunggu sini je.” Tiba-tiba terasa jantungnya kembali berdegup kencang. ‘Haa, sudah. Hai, jantung. Mengapa kau berdegup kencang lagi ni. Tak keruan aku jadinya. Degup secara normal je dah lah.’
“Okey. Jangan lari tau.” Ilham sempat memberi pesanan sebelum berlalu pergi. Retina mata Maisarah terus memerhati langkah Ilham. Dia mengurut dada. Tiba-tiba, dia tersenyum sendiri. ‘Hari ni nampak cute je mamat ni. Biar betullah aku ni.  Tetiba memuji dia pulak. Takkanlah tetiba aku syok kat dia. Baim Wong Malaysialah katakan. Hmm..tengok mood dia okey, legalah juga hati aku.’
Maisarah duduk bersendirian sementara menanti Ilham. Dia termenung seketika mengenangkan situasi yang kini berlaku terhadapnya. Risau juga hatinya. Fikirannya juga tidak lari dari memikirkan siapakah gerangan Ilham sebenarnya. Dia terasa aneh dengan perilaku Ilham sejak bertemu semalam. Mengapa lelaki itu beriya benar meminta dirinya berlakon sebagai kekasihnya. Apakah agendanya yang sebenar. Dia masih tidak mendapat jawapan. Ilham tidak memberitahu secara jelas apakah tujuan sebenarnya dia dipaksa menjadi watak penting dalam cerita Lavendernya. Apa yang dia sedar, Ilham hanya menggunakan cincinnya itu untuk memaksanya terlibat dalam rancangannya
Maisarah terus menanti Ilham. Dalam pada itu sempat juga dia bermesej dengan Ibtisam. Kredit banyak. Takpe. Seketika kemudian, Ilham telah datang semula ke kereta. Wajah itu tetap berseri dengan senyuman. Senyuman penuh makna.
“Kenapa senyum-senyum je ni. Apa kes?” Maisarah cuba bermesra dengan Ilham. Dia mula mencari keserasian dengan lelaki yang menjadi ‘boyfriend’nya itu. Mengikut gerak hatinya, Ilham bukanlah orang jahat. Cuma..Mungkin lelaki itu terejal sedikit kepala otaknya.
“Kenapa? Tak boleh ke aku nak senyum.  Aku memang suka senyum. Nanti awet muda. Tak macam kau tu. Asam jawa.” Perli Ilham selamba.
Maisarah kembali terdiam. Ilham sengaja menyindirnya. ‘Pergh, mamat ni. Sekali ditembaknya aku. Mulut tu aku cili-cili karang.’
“Kau perli aku ye?”
“Taklak. Aku beri petua je.”
Maisarah diam. Malas pula dia melayan kata. Padahal tadi baru dia ingin mewujudkan sedikit kemesraan dengan lelaki itu.
“Takkan itu pun merajuk kut? Nah, ambik ni baca!” Bibir Ilham tetap terukir dengan senyuman. Telefon bimbitnya dihulurkan kepada Maisarah. Maisarah memandang Ilham.
“Ambillah. Baca apa yang tertulis kat situ. Nanti, confirm kau senyum,”ujar Ilham.
Maisarah hanya menuruti.
Dia membaca bait-bait mesej yang tertulis di skrin itu.
‘Wei, Sam. Kau nak tau tak. Aku ada kenal dengan sorang mamat ni. Ntah dari mana muncul pun aku tak tahu. Cute gak wei. Kau mesti jeles. Muka dia macam Baim Wong tu. Tapi dia ni bikin hati aku panas je. Aku rasa macam nak tampar je muka dia dengan selipo Jepun. Biar baru padan muka dia.Tapi, selamat la dia ada lesung pipit.Karan, kalau aku tampar, takut pulak hilang lesung pipit dia tu. He he..’
Maisarah sempat menjeling ke arah Ilham sebelum memalingkan wajahnya ke arah lain. ‘Aduhhh..Mampus aku. ..Mampus.Macam manalah pulak boleh tersalah send. Patutlah Sam takbalasmesej aku.’Dia mengetap bibir, menelan liur sendiri.Malu beb. Maisarah ingin memadam mesej tersebut, namun Ilham pantas merampas kembali telefonnya sebelum Maisarah sempat men‘delete’ mesej tersebut.
“Lawakkan mesej tu. Sayang pulak nak buang. Mesti masa  hantar mesej ni, kau terbayangkan wajah aku kan. Ilhamku sayanglah katakan. Eh…bukan. Baim Wong. Siapa tu ea....Aku pun tak kenal. Tak kiahlah tu. Janji merujuk kepada aku. He..he..Bangganya.” Ilham ketawa puas hati. Hatinya tergelitik lucu dengan lawak yang tidak disengajakan Maisarah. Sudah dua kali Maisarah membuat lawak yang benar-benar menggelitik hatinya.
“Kalau kau masuk ‘Raja Lawak’ confirm aku orang pertama yang vote kau. Mesti kau menang. Lepas tu kalau dah popular, mesti  tak ingat kat aku, kan. Kesiannya aku ni. Siapalah diriku ini di hatimu wahai tuan puteri” Ketawa Ilham terus terburai.
Maisarah terus menarik muka. Terasa telinganya panas mendengar kata-kata itu.Dia mengetap bibir dengan gigi. Marahnya berkobar-kobar, namun terpaksa ditahan.Arghhhh. Geramnya aku dengan dia ni.Di dalam hati dia menyumpah-nyumpah diri sendiri kerana kebodohannya itu. Tangannya memang sudah bersedia untuk memberi penampar, namun dia sendiri tidak mengerti mengapa tangannya terasa berat untuk melemparkan hadiah itu kepada lelaki itu. Dia cuba untuk terus bersabar.
“Nak tampar aku ke? Boleh je. Tamparlah sebelah kiri ye. Dulu kau tampar sebelah kiri juga kan. Sebelah kanan ni ada lesung pipit tau, kalau kau tampar nanti, takut hilang pula dia. Dah tak cutelah aku.Hmm..Ni mesti ada tahi lalat besar dekat tapak tangan tu. Sebab tulah suka sangat tampar orang.” Ilham semakin galak ketawa. Ia semakin membakar hati Maisarah.
‘Pergh, mamat ni. Aku cekik-cekik  juga  karang.’Maisarah terus marah di dalam hati. Semakin terbakar rasanya. Dia terus mendiamkan diri. Menahan amarah yang mula menguasai.‘Calm down Maisarah…Kenapa sejak jumpa mamat ni hati aku cepat je panas.’
Setelah seketika, ketawa Ilham kembali reda. Berair juga hujung matanya kerana ketawa. Bahaya..bahaya.
“Sudah-sudahlah tu. Aku tak marah pun. Cuma aku tergelak je lah. Tapi tulah, siap keluar air mata lagi. Nak buat macam mana. Okey, tenang ..tenang…Sebenarnya mood aku tak berapa okey harini, tapi bila kau buat lawak macam ni, terus je mood aku okey. Kiranya bagus jugalah aku jumpa kau. Time takde mood je, aku bolehlah cari kau. Terapi yang paling mudah, kan.”
Ilham menoleh Maisarah di sisi. “Laa, ni kenapa dah jadi kerang busuk ni. Senyumlah sikit. Orang gelak-gelak dia pula jadi kerang.” Ilham tersenyum memandang.
Maisarah hanya memekakkan telinga. Dalam hatinya membebel sendiri. Pandangannya terarah ke luar tingkap.‘Cakaplah kau sorang-sorang. Siapa nak layan. Padan muka.Kenapalah aku jumpa orang yang spesis macam ni. Geram betul.’
“Mai..oo..Mai..”panggil Ilham. Sah merajuk budak ni. Bermanja-manja pulak dengan aku ek minah ni. Takpelah, awek aku. He..he…Awek ke?? Ke bakal awek??
“Mai merajuk eh. Alah Mai ni, tak sportinglah. Orang gurau-gurau je lah. Tapi, terover sikit. Nak buat macam mana. Dahlah tu. Kalau boleh undo balik, confirm aku tak ketawa. Aku senyap je. Dah lah Mai.” Pujuk Ilham sebaik mungkin. Tetapi, kata-katanya juga masih terselit lawak selamba.
Maisarah terus berdiam diri. Pandangannya tetap terarah ke luar tingkap.Tidak mungkin dia berpaling wajah memandang Ilham. Dia lebih tenang melihat suasana bandar yang terang berderang dilimpahi cahaya lampu-lampu yang terpasang di sepanjang jalan.
“Fuyoo..cantik tu.” Tiba-tiba terdengar ungkapan kata Maisarah walaupun perlahan.
Ilham berkerut dahi. Apa kenalah budak ni. Tetiba je excited. Apa yang dia tengok.Ilham confius sendiri. Seraya dengan itu sebuah kereta Lamborgini Gallardo berwarna putih melintasi mereka.
‘Hmm..patutlah excited je.Mesti pasal si Lambo tu.’ Ilham tersenyum.
“Mai..Maaflah pasal mesej tu. Abaikan ajelah. Aku tak kisah pun. Malah aku rasa bangga ada orang puji aku. Biasalah. Kekadang aku pun tersalah hantar mesej juga. Bukan kita sengaja, kan.” Ilham seakan memujuk Maisarah yang mula menjadi patung itu.“Nak ambik ni. Biar kau puas hati, kau deletelah mesej tu.” Ilham menghulurkan telefonnya.
“Takpelah. Kau delete je lah.” Balas Maisarah. Wajah Ilham tidak dipandang.
“Okey. Aku padam ni ea.” Ilham akhirnya memadam mesej itu. “Hmm..Sekarang ni aku hanya nak tau pendapat kau tentang aku. Sebelum kita berkenalan dengan lebih lanjut, aku nak tau juga apa yang kau tak suka tentang aku. Yelah. Kita ni kan bercouple walaupun olok-olok. Tapi, tak salah kan kalau aku nak tahu.”
Maisarah sedikit terkejut dengan pertanyaan Ilham yang tiba-tiba itu.
“Kenapa kau tanya aku.” Maisarah masih menjawab dalam nada yang masih marah, namun dia sedar itu silapnya sendiri.
“Saja-saja nak tau. Takkan tak boleh. Mana tahu lepas ni kita ditakdirkan berjodoh. Sekurang-kurangnya kita dah kenal.”
“Eh..Kau jangan nak mengarut yang bukan-bukan ea. Kau ingat aku nak ke…”Maisarah memeluk tubuh. Tiba-tiba hatinya terasa panas walaupun tadi ia sudah mula sejuk.
“Alah, Mai. Orang sekarang. Sebenarnya apa yang dia kata tak nak tulah yang dia nak…yang dia tak nak tu lah yang dia dapat…”
“Diamlah kau.” Marah Masiarah.
“Itupun nak marah ke? Aku cakap betul apa.”
Maisarah semakin panas hati dengan kata-kata Ilham. Lelaki itu sengaja mencari pasal dengannya.
“Aku nak balik!” jerit Maisarah.
“Baru je keluar dah nak balik. Belum pun sampai destinasi. Hmm..Merajuklah tu. Sorry ea..Aku ni tak suka pujuk orang.”
“Berhenti!” Jerit Maisarah lagi. Dia sudah mula panas hati.
“Buat apa berhenti kat sini. Sini kan hutan. Ayooo..tak tahu ada momok.” Ilham sengaja menakut-nakutkan Maisarah. Sepertinya Maisarah itu budak kecil pula dibuatnya.
Maisarah terdiam. “Kau jangan nak buat lawak bodoh boleh tak. Aku kata berhenti..berhentilah.”
Ilham akur. Dia memberhentikan keretanya. Kebetulan ia berhenti besebelahan kawasan tanah perkuburan. Hmm..Jirat Cina.
Maisarah mengurut dada sendiri. Terasa meremang pula bulu romanya. “Takpelah….aku ikut kau.” Maisarah memandang Ilham di sisi.Perlahan sahaja bicaranya. Maisarah terpaksa membuat keputusan. Takut. Karang tak pasal-pasal ada hantu lompat-lompat pulak.
Ilham hanya tersenyum. Dia meneruskan pemanduannya. Dalam hatinya sempat berbicara. Degil juga budak ni rupanya. Tapi penakut. Takkanlah ada hantu lompat-lompat tiba-tiba muncul kat sini. Tu kan kat cerita cina je. Vampire.

“Eh, dah lama tak tengok cerita hantu cina yang lompat-lompat tu ek. Lawak gila. Kau dulu tengok tak cerita tu?” Ilham sempat memandang Maisarah di sebelah.
Maisarah menjongket bahu. ‘Apa da..Ada ke sibuk tanya pasal cerita hantu cina lompat-lompat. Sajalah tu.’
Ilham hanya ketawa. “Rilekslah. Don’t stress okey. Aku saje je nak bergurau mesra dengan kau. Tu pun tak boleh ke.”
Kereta Ilham sudah berhenti di bahu jalan. Dia keluar. Maisarah pula masih membatu di dalam kereta.  Melayan hati dan perasaan sendiri. Dia malas untuk keluar.
“Jomlah. Takkan nak duduk dekat kereta je. Tak best.”Ilham telah membukakan pintu untuknya. ‘Hihi..Aku ni ada gak gaya seorang pakwe yang baik dan romantik. Romantik ke?? Arg…Boleh muntah aku.’
Akhirnya Maisarah hanya menuruti. Mereka mencari bangku yang berhampiran dengan tasik.
Ilham melabuhkan punggung bersebelahan Maisarah, namun, jauh jaraknya. Ilham  menikmati ais krimnya. Maisarah masih membatu namun sempat menjeling Ilham. Dia mengetap bibir. Sebenarnya dia terasa terliur. Terasa tekaknya kering. Cuaca yang agak berbahang malam itu menyebabkan dia ingin menikmati minuman sejuk.
‘Perghh…Kalau dapat makan aiskrim time ni kan best. Si mamat ni pun satu. Makan kat sini pulak tu. Kecur aku di buatnya.’Maisarah hanya mengomel di dalam hati.
Ilham perasan akan perubahan di wajah Maisarah. Dia tersenyum gelihati. Walaupun pertemuan mereka baru masuk hari kedua, namun dia dapat merasakan keserasian dengan gadis itu yang kelihatan sedikit ‘blur’, degil dan agak kebudak-budakan. Perasaannya terhibur dapat membuli gadis itu.
“Alah, Mai. Tak payahlah buat muka seposen tu. Nah, ambil ni.” Ilham menghulurkan bungkusan plastik yang mengandungi aiskrim Cornetto kepada Maisarah.
“Tak nak pun.” Maisarah menolak. Sedikit ego. Namun nadanya seperti merajuk.
“Ambiklah. Takkan merajuk kut. Aku memang nak beri kau pun.  Kau ni kenapa nak merajuk dengan aku. Ni trick nak suruh aku pujuk ke apa. Ni baru berlakon jadi awek tau, belum betul-betul lagi. Ambil ajelah yang oii. Free pun tak nak ke. Ni bukan aku yang belanja kau tau. Ada orang kasi. Orang kat kedai tadi kasi. Dia tu kawan aku. Dia kasi free sebab aku kata aku nak dating ngan awek aku. Dah free. Ambik je lah.”
“Taknak punlah.”
“Eleh. Kalau nak cakap je lah nak. Nak merajuklah konon. Manjanya kau ni. Adik aku pun tak macam ni lah. Orang kata rezeki jangan ditolak. Ambillah. Jangan hampakan hati orang yang memberi.” Ilham terus menghulur.           
“Mai…Ambik ni. Kan aku dah cakap sebelum ni. Time makan..Kita makan..Lepas makan kita sambunglah balik. Nah…Ambik.”Ujar Ilham sambil menghulurkan bungkusan plastik yang mengandungi aiskrim Cornetto berperisa coklat-vanilla.
Maisarah masih berbuat tidak tahu. Padahal dalam hati…
“Nak aku suapkan ke? Kalau tak nak..baik ambik ni.”Ilham pandai bermain kata.
Maisarah malu sendiri. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya jadi seperti itu. Padahal dia marah sangat dengan Ilham, tetapi di saat ini dia seperti tertewas dengan kebodohan dirinya sendiri. Habislah. Macam mana ni.
“Ambillah. Nanti cair pulak. Ambillah ea.” Suara Ilham lembut berbicara. Akhirnya Maisarah menerima jua. Ilham  tersenyum. ‘Aii, dia ni. Nak bermanja-manja juga dengan aku. Nak jadi awek aku betul ke? Hehe.’
 Maisarah kemudiannya membuka balutan aiskrim itu dan menyuakannya ke mulut. Terasa dingin dan nikmat benar. Lagipun sudah lama dia tidak makan aiskrim. Sebenarnya baru petang tadi dia berniat ingin makan aiskrim, tetapi tidak sempat untuk membelinya.Tak sangka rezekinya murah. Dapat juga dia melepaskan kempunannya. ‘Terima kasihlah Ilham sebab kau kasi aku aiskrim ni. Kau ni macam tau-tau je.’Maisarah tersenyum sendiri.
Ilham telah habis menikmati aiskrimnya. Dia menyandar dibangku. Tangannya menyilang di dada.Kepalanya mendongak sedikit ke atas, melihat luasnya langit yang terbentang. Ribuan bintang menghiasi malam.Lagu ‘Kembali Pulang’ menjadi siulannya.Dia tenang menanti Maisarah menghabiskan aiskrimnya.
Maisarahsempat memandang Ilham. Cuba menilai lelaki itu seadanya.Dia masih tidak bersuara. Otaknya masih cuba berfikir. Dia terus menikmati aiskrim tersebut sehingga habis.
“Hmm..Apa yang kau tak suka pasal aku?” tanya Ilham.
“Kenapa kau tanya pasal tu?” ujar Maisarah sambil mengelap mulutnya dengan tisu.
“Aku tanya, kau jawab ajelah. Just cakap apa yang kau nak cakap.” Ilham tidak berkalih pandang. Matanya terus menikmati keindahan hamparan langit dihiasi bintang pada malam itu.
            Maisarah menarik nafas panjang. Dia cuba menyusun kata. “Hmm..ntahlah.Aku pun tak tahu nak cakap apa. Aku pun bukannya kenal kau sangat pun. Manalah aku tahu.”
“Memanglah kita baru kenal. Maksud aku untuk tempoh yang kau kenal aku nilah. Aku tahu mesti banyak yang kau tak suka pasal aku.”
“Kenapa kau nak tau ek. Kan kau memang tau aku tak suka kau.”
“Ye lah. Tapi aku nak tau, tang mana. Apa benda yang kau tak suka tu. Cakaplah sekarang. Sebab aku ni hensem ke…Mana tau kau tak suka sebab aku ni hensem.” Ilham ketawa.
“Poyo je kau ni.”
“Aku tak kisah kau nak cakap apa. Apa yang lahir dari hati. Jujur je. Aiman tak kisah. Aku lagilah tak kisah.Confirm aku tak marah kau.” Suara Ilham lembut menusuk pendengaran Maisarah. Lelaki itu berekspresi tenang.
“Dah lama aku tak dengar dialog tu. Aiman tak kisah. Comel je kan.” Maisarah ketawa sendiri. Sebenarnya tiba-tiba dia terasa nervous pulak.Maka dia sengaja berlawak untuk menenangkan perasaannya.Biar betullah BaimWong Malaysia ni.
“Jangan nak ubah topik pula ye. Kau fahamkan apa yang aku tanya.” Teguran Ilham membuatkan Maisarah tersenyum kelat. ‘Ceh, aku nak buat lawak pun tak boleh. Hmmm..Dia kata cakap jujur je. Apa yang lahir dari hati. So…’
Wo Ai Ni
I Love U
Aku Cinta Padamu…

‘Eh, hati aku ni. Tetiba pulak dia bernyanyi lagu ni. Eii, hati.. Aku belum jatuh cinta lagilah. Kau ni gelojoh betul. Apa daa.. Hishhh…Maisarah menggeleng-geleng kepala. Fantasinya menghantui. Dahsyat betul fantasinya.
Ilham hanya memandang. Pelik juga tengok Maisarah tergeleng-geleng kepala. Nak kata hairan, hairanlah juga. Tapi dia tahu, Maisarah memang agak pelik orangnya. ‘Ntah apa-apa dia ni.’
Maisarah teragak-agak dan masih terfikir-fikir. ‘Kalau aku cakap dia ni jahat, dia marah aku tak. Karang habis ditibainya aku, lagi parah. Ke..nak kelentong je mamat ni.’
“Hurmm..Okeylah.Sekarang aku beritahu kau apa yang terpendam dekat jiwa raga aku ni. Tapi kau jangan kecil hati pula. Kau yang nak tahu, kan.” Maisarah mula serius dengan kata-katanya.
“Okey. Cakap ajelah. Aku confirm tak kecil hati.” Ilham memandang Maisarah.
“Sebenarnya aku memang benci sangat..sangat…dengan kau. Kau ni kerek. Sombong. Lepas tu panas baran. Tak berhati perut. Menyusahkan orang lain. Mulut takde insurans. Suka pedajal orang.Suka buli aku. Memang aku geram sangatlah dengan kau.” Maisarah sengaja menekan suaranya menggambarkan rasa marahnya.
“Lagi…” tanya Ilham.
“Lagi….” Maisarah terdiam seketika mencari idea.
Ilham tersenyum.
“Kenapa kau senyum?” tanya Maisarah agak pelik.
Ilham menggeleng.
“Aii, aku cakap apa yang aku tak suka pasal dia pun, dia senyum je. Memang betul-betul Aiman tak kisah ni.” Maisarah berbicara dengan hati.
“Baru lapan…takkan tiada lagi kut.” Ilham menunjukkan jarinya. Setiap kata-kata Maisarah di bilang dengan jari.
“Ceh, mamat ni. Nak banyak-banyak ke?”
“Tak kisah. Banyak pun takpe.”
“Hmm..Menyampah. Muka tak boleh blah. Senang kata aku memang..memang menyampah dengan kau. Tak suka..tak suka…benci..benci…dan sewaktu denganyalah.” Maisarah menyambung lagi. Dia menjerit meluahkan rasa hati yang terbuku di hatinya.
“Tu je ke?”tanya Ilham. Dia tersenyum sumbing.
“Ye la kut.”
“Hmm, okey. Maksudnya, taklah banyak sangat apa yang kau tak suka tentang aku.Tapi aku terpaksa tolak satu. Sebab kau kata muka aku ni tak boleh blah.”
“Kenapa pula?” Maisarah terpinga-pinga, sedikit blur.
“Muka aku ni ciptaan Allah. Kau tak layak mengutuknya. Ke.. kau jeles sebab aku ada lesung pipi kat sini. Kau sendiri cakap cute, kan.” Jari telunjuknya sengaja menunjukkan ke arah lesung pipi miliknya. Ilham ketawa penuh kegembiran.
Maisarah pula mengetap bibir. Geram. Ilham segaja mempermainkannya.
“Eiii…geramnya aku dengan kau ni.” Maisarah menggenggam buku limanya menahan kemarahan.
“Aii, nak kasi penumbuk pula ke? Ganas budak ni.” Ketawa Ilham masih terburai.
Maisarah sudah tidak terkata apa. Namun dia mengakui, sememangnya mahluk ciptaan Allah di hadapanya itu kelihatan amat menarik pada pandangan mata terutama apabila dia tersenyum.
Ilham merenung wajah Maisarah. Maisarah mengalih pandangan. Tidak suka Ilham merenungnya begitu. Ilham menghela nafas perlahan.
Sorry..Sorry. Aku tahu kau tak suka aku pandang kau macam tu,kan. Takut pulak tetiba dari mata turun ke hati, kan.” Ilham ketawa nakal.
Ilham terdiam seketika sebelum kembali berbicara.“Mai…Aku sebenarnya nak minta maaf pada kau…”
Maisarah hanya memasang telinga.Dia masih menahan amarahnya. Dibiarkan Ilham terus berbicara.Ntah-ntah ini salah satu trick lelaki itu untuk memerangkapnya.
“Berkenaan dengan accident kita tu…sebenarnya, aku pun tak tahu salah siapa. Kiranya macam kita dua-dua ni salahlah, kan. Tapi, nak dijadikan cerita kaulah yang jadi mangsa aku hari tu. Aku ikhlas minta maaf ni. Aku harap kau dapat maafkan aku ye,” pinta Ilham dengan penuh harapan. Maisarah hanya berdiam diri. Peristiwa itu masih berbekas dihatinya dan masih lekat diingatannya. Sebenarnya, dia pun bersalah.
Ilham memandang tepat wajah Maisarah. “Terpulang pada kau. Aku tahu kau marah dan kau berhak marah. Tapi aku ikhlas nak minta maaf.” Bicara itu seakan mengharapkan pengertian.
Tersentuh juga hati Maisarah mendengarnya. Luahan hati lelaki itu sedikit menggoda jiwa sensitifnya. Dia memang kalah kalau mendengar ‘tune’ sedih. Mulalah dia terusik hati.Namun dia masih tetap berdiam diri. Wajah lelaki itu dipandang. Sekilas itu pandangan mereka bertemu. Tepat.
Dari kerana mata
Yang mempunyai kuasa
Oh, aku tergoda
Aku tergoda..terkecewa

Tiba-tiba sahaja seperti ada alunan latar yang bernyanyi.‘Aduhai….Ada lagu latar pulak . Ni dah masuk cerita Melayu klasik pulak daa.’
Maisarah terpana seketika. Mata bertemu mata. Indah ciptaan tuhan menjadi pujian. ‘Subhanallah. Cantiknya mata dia’. Puji suara hati Maisarah. Dia terleka.
“Mai…” alunan merdu memanggilnya.
“Gulp.” Maisarah segera melarikan pandangan. ‘Hisy, apalah aku ni. Waktu macam ni pun sempat lagi nak puji mata orang. Apalah yang tak kena kat aku ni.’Hati Maisarah berbicara sendiri.
“Mai..Mata kau cantik ek?” puji Ilham. Rupanya dia juga terpana dengan pesona mata Maisarah.
Maisarah terpaksa membuat lagak selamba. Sebenarnya terasa merah padam juga wajahnya apabila dipuji Ilham begitu.Terasa ada blusher free kat pipi. Makin dup..dap..dup..daplah jantung ni. Selamat tak gugur. Kalau tak, dah meniti di barzakhlah jawabnya. Hish, mulut. Mai..Jaga mulut kau tu Mai.
Ilham hanya tersenyum dengan tingkah Maisarah.“E’eh. Tiba-tiba ada iklan pulak kan.”
Maisarah terdiam.
“Sorry..Sorry..Okey. Sambung balik. Hmm…Kau memang tak dapat maafkan aku ke, Mai? Kau  memang sangat…sangat..benci kat aku ke?. Tadi masa kau meluahkah rasa tak puas hati kau tu, aku tak dapat  feellah. Tunenya macam tak berapa marah pun. Memanglah ayatnya bunyi macam ganas, tapi feel marah kau tu tak sampai pada aku. Tu yang aku nak tergelak tu. Macam mana tu?” Ilham menjongket kening.
“Pada pandangan aku, aku tengok kau layan aku okey je. Marah-marah, bermanja-manja tu biasalah. Ke sebenarnya kau suka kat aku ni. Orang kata benci tu tandanya sayang.” Nada suara Ilham berubah nada. Dia tertawa dalam kata. Dia sekadar bergurau bicara tetapi dengan niat membakar hati Maisarah.
Jelingan tajam Maisarah hinggap ke wajah Ilham. Wajahnya semakin mencuka.Hatinya geram. Semakin berkobar-kobar rasa marahnya di hati. ‘Dia kata aku marah dia takde feel? Perghh..Padahal aku dah beriya-iya tadi.. Sabar, Maisarah..Sabar. Belum masanya gunung berapi kau ni nak meletus. Tengah tunggu time ni. Rileks…Rileks..Calmdown.Kau kata takde feel ea….’Desis hati kecilnya. Maisarah sudah menggenggam buku limanya. Cuma ditahan sahaja waktu untuk melepaskan tumbukan itu.
Ilham tersenyum melihat muka Maisarah yang merah padam menahan marah. Genggaman buku limanya juga dipandang. Dia tahu Maisarah sudah get ready. Anytime…
“Rilekslah, Mai. Aku saja je la. Tak best lah kalau serius je. Sesekali nak jugak happy-happy. Sekarang ni mungkin kau anggap aku musuh, tapi aku tak nak lah jadi musuh yang jahat. Aku nak jadi musuh yang baik-baik je. Musuh yang boleh di ajak bergurau. Tak gitu.” Ilham masih lagi dengan kata-kata yang berbaur gurauan. Wajah Maisarah yang masih mencuka ditenungnya. Semakin galak dia ketawa.
‘Hisy, budak ni. Aku dah membebel panjang pun dia buat dek je. Aku je lah yang ketawa sorang-sorong. Dia jadi patung cendana pula.’
Maisarah memekakkan telinga.
“Senyum seindah purnama..Yang menyinari cahaya..Maisarah mencuka…Ku terluka…Apakan daya…”Ilham sengaja menyanyi dan mengubah lirik lagu tersebut. Sekadar suka-suka untuk menarik perhatian Maisarah. Nampaknya, dia tidak berjaya.
Maisarah tetap dengan dirinya. Diam dan terus berdiam. Membekukan hati yang marah. Membiarkan Ilham sendiri berceloteh.
“Boringlah, Mai ni. Gurau sikit pun tak boleh.”Ilham kebosanan. Dia mencari beberapa biji batu dan melemparkannya ke tasik. Dia sempat memandang Maisarah. Gadis itu masih membeku diri.
“Laa, kau ni.Tak payahlah marah macamtu sekali. Orang gurau ajelah. Berilah respons. Ni nak juga jadi patung cendana. Sebenarnya aku tengah boring ni. Tension. Kau tak nak cerita apa-apa ke. Pasal diri kau ke, family ke…boyfriend ke. Bolehlah share dengan aku. Mehlah kita berkongsi cerita.” Ilham membetulkan duduknya. Nadanya berubah lagi. Mesra kembali. Dia ingin Maisarah berbicara dengannya. Dia ingin dengar suara itu.
“Hmm..Bila sebut pasal boyfriend, aku lupa pulak nak tanya kau. Kau ni sebenarnya dah ada boyfriend ke atau aku ni boyfriend pertama kau. Hmm…ke sebenarnya kau…dah kahwin.Tapi seingat aku, adik kau cakap, kau memang takde boyfriend lagi, kan.”
Kata-kata Ilham hanya berdesir dibawa angin. Maisarah hanya menjongket bahu. Malas untuk menjawabnya.Mukanya terus mencuka. Dia berkira-kira supaya pertemuan mereka segera berakhir. ‘Hisy, mamat ni. Membebel aje dari tadi. Bila nak balik ni oii. Aku ni nak balik, nak tidur.Kau dengar tak. Aku dah memyampah dengar suara kau berceloteh. Kalau aku vampire, dah lama aku cekik kau tau. Mulut tak tahu diam. Becok.’ Maisarah terus membebel sendiri. Membebel di dalam hati.
Ilham hanya tersenyum sumbing apabila melihat Maisarah terus membatukan diri. ‘Apa lagi aku nak buat ni ek. No idea. Hmmm…’
“Aku ada fakta yang nak di kongsi dengan kau ni, Mai. Tak kisahlah kau nak dengar ke tak. Tapi, fakta ni berguna tau. Kau tau tak, sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot je digunakan untuk senyum.So, buat apa kau menyusahkan diri kau. Senyumlah. Senyum itu kan sedekah yang paling mudah.” Kali ini Ilham berbicara tentang fakta. Dia bijak. Sebenarnya itulah ‘trick’nya memujuk Maisarah.
Maisarah seakan tidak mengendahkanya, namun dia mendengar. Dia memang pernah terbaca tentang fakta itu. Namun Maisarah  tetap membatukan diri. Nak juga masam muka. Sengaja menguji kesabaran Ilham.
“Mai..Mai..Penat dah aku membebel kat kau ni. Tahan pulak kau ek. Bagus betul. Okey lah, Mai. Apa-apa pun, thanks sebab jujur dengan aku. Mai, kau tak nak tanya apa-apa ke pada aku Mai? Kau tanyalah pulak. Biar aku jawab. Aku tanya, kau bukan nak jawab pun.” Ilham memberi cadangan. Dia kembali mencari ketul-ketul batu kecil di sekitar tasik itu. Wajah Maisarah ditenung sekilas. Wajah itu masih menjeruk muka.
Ilham terus melontar batu-batu kecil ke tasik. Air yang tenang berkocak perlahan.
Maisarah hanya berdiam diri. Dia hanya melihat tingkah Ilham. Memang kelihatan menyeronokkan, namun, tidak terlintas di hatinya untuk menyertai. Matanya terus melilau melihat orang yang lalu lalang dan beberapa pasangan yang berdating tidak jauh dari situ. Ada yang berjalan berpegangan tangan, dan bergurau senda menunjukkan kemesraan antara mereka.
Ilham hanya membiarkan Maisarah melayan perasaan sendiri. Dia tidak kisah pertanyaannya itu tidak bersambut. Dia tidak terasa hati.
“Andai kata kita memang ditakdirkan bersama, apa pandangan kau, Mai?” soal Ilham tiba-tiba. Entah mengapa bicara itu yang keluar dari bibirnya. Kendur sahaja alun suaranya.
Maisarah tidak meluahkan bicara. Hanya menjongket bahu. Dia tidak berminat untuk menjawab soalan tersebut. Soalan yang seakan menjerat dirinya sendiri. Ilham hanya tertawa.
“Aku tau, kau mesti tak nak kahwin dengan aku, kan.” Ilham menjawab sendiri soalannya. Kemudian ketawa.
“Tahu takpe. Tanya soalan, jawab sendiri. Baguslah tu.”Maisarah sudah bangun sambil memeluk tubuh.“Kau ni membebel je macam mak nenek. Pot pet..pot pet dari tadi. Dah gatal telinga aku ni dengar.” Akhirnya Maisarah bersuara. Mungkin sudah tidak tahan.
“E’eh. Suara buluh perindu dah keluar dah. Okeylah, Mai. Kalau kau rasa nak balik sekarang, kau kenalah senyum dengan aku dulu. Kalau tak nak, takpe. Aku boleh tunggu. Aku lagi suka.” Ilham telah datang kepada Maisarah. Ka
“Eh, kau ni kan….”jerit Maisarah. Akhirnya dengan selamba dia memberikan juga ‘hadiah’ free kepada lelaki itu. Namun tangan Ilham lebih pantas dari Maisarah. Tumbukan padu Maisarah ditepis lembut.
“Adoii..Sakitlah.” Adu Maisarah apabila tangannya dapat ditepis Ilham. Maisarah merengus marah. Ilham hanya tertawa.
“Sakit ke?” tanya Ilham apabila melihat Maisarah masih menggosok-gosok tangannya.
Maisarah tidak menjawab. Memang terasa juga sakitnya.
“Sorry..Terkuat pulak Ilham membuat muka comel.”Meh sini aku tolong gosok.”
Plappp..Tangan Maisarah sempat menampar pipi Ilham.
“Mak aii..Sempat pula kau tampar pipi aku eh. Kau ni Mai. Manjanya. Takpe-takpe. Tak sakit pun.Sweetlah kau ni Mai.” Ilham ketawa.
Maisarah merah muka lagi. Bengang. Sesedap rasa je dia menampar pipi lelaki itu untuk kali kedua. Haishh….
“Akhirnya aku baru nampak diri kau yang sebenar. Aku memang tunggu bila agaknya kau akan lepaskan kemarahan kau tu.Boleh tahan jugak bila kau bila dah start marah ye. Hmm..Memang ada feel.Bukan buku lima je, penampar maut pun keluar gak, kan. Aku memang respectlah kat kau. Tahap kesabaran kau, boleh tahanlah. Lama kau jadi gunung berapi pendam. Memang sesuai kalau kita berdua bersama, kan.”
Maisarah menjeling. Dia tidak mengerti apakah maksud sebenar lelaki itu.“Apa maksud kau?” soalnya inginkan jawapan walaupun masih bengang.
“Err..ntah lah. Aku tibai ikut sedap mulut je.” Ilham tersenyum. Sebenarnya dia sedar Maisarah bukanlah budak biasa yang boleh diperkotak-katikkan. Cuma kadang-kala gadis itu menjadi terlalu naïf  dan ‘blur’ pada pandangannya.
“Tapi..tak bagus juga pendam lama-lama. Nanti laharnya semakin panas dan mencengkam. Adakalanya lebih baik letuskan saja apa yang terpendam. Betul tak, Mai.” Maisarah memandang Ilham. Ada benarnya kata-kata lelaki itu. Tak tersangka Ilham juga seorang yang puitis berbicara.
            “Dah, aku nak balik. Layan kau ni tak dapat apa pun. Buat sakit hati je.” Maisarah melepaskan keluhan.
“Hah, dah agak dah. Kalau kau cakap dari tadi kan senang. Mai, aku ada satu lagu ni. Nak dengar tak.” Ilham terus menyanyi.
“Oh, Puteri Maisarah..Puteri Beradu..Nak balik rumah dah pukul satu…Katil dan bantal sudah menunggu..tapi tuan putera buat tak tahu…”Sengaja di ambil melodi lagu ‘Puteri Santubong’ untuk lagunya itu. Sedap juga alunannya. Spontan je tu.  “Okey tak lagu tu,” soal Ilham. Dia sudah ketawa gembira. Seperti biasa, tiada jawapan.
‘Okey, sangatlah tu. Lagu nak kutuk aku. Nak kata aku ni kuat tidur.Lepas tu bla..bla..bla…Ish..geram betullah.’Maisarah terus berjalan laju menuju ke kereta Ilham. Ilham menuruti langkah Maisarah dengan seribu tawa. Gembira sungguh hatinya. ‘Kesian, kau Mai. Asyik kena je dengan aku.’
            “Ehemm…lajunya jalan. Dah tak ingat pakwe sendiri ke? Ni mesti tak sabar nak balik tidur ye.” Ilham masih lagi dengan gurauannya. Ada sahaja ideanya untuk menyakat tuan puterinya itu.
Maisarah hanya memekakkan telinga. ‘Sedapnya mulut tu berkata-kata ye.’Hatinya mengomel sendiri.Maisarah tidak terus menuju ke kereta Ilham, sebaliknya dia melencongkan arah laluannya.Rasanya tidak perlu untuk dia menaiki kereta comel itu. Biarlah dia mendapatkan teksi sahaja.
            “Wei, nak ke mana tu. Merajuk ke? Alahai, sensitif rupanya Maisarah ni ye.” Ilham segera mendapatkan Maisarah yang sudah agak jauh darinya. Mana mungkin dia membiarkan Maisarah pulang menaiki teksi. Anak dara orang tu. Apa-apa hal nanti dia yang kena.
            “Maaflah, tuan puteri. Hamba ni bergurau je. Jomlah balik. Janganlah merajuk. Tak comellah. Senyum sikit boleh.” Ilham berusaha memujuk. Suaranya lembut kedengaran. Maisarah masih berbuat dek. Sengaja mengeraskan hatinya agar tidak termakan pujukan manja Ilham.
            “Alah, Mai. Kau betul-betul merajuk ke? Sorrylah. Dah. Jom balik.Takkan aku nak pimpin kau pulak masuk kereta. Kau mesti tak nak, kan.” Sudah beberapa kali Ilham memujuk. Tak sangka dia sanggup bersabar dengan kerenah Maisarah. Pelik bin ajaib.
Akhirnya dia terpaksa menuruti kata Ilham memandangkan hari sudah semakin lewat. Perlahan-lahan dia mengatur langkah. Kasihan juga dia melihat lelaki itu. Beriya-iya benar dia memujuk. Lagipun agak bahaya jika dia balik sendiri. Sekarang ni banyak betul kes yang berlaku.
            “Tau pun kau takut kalau aku lari ye. Padan muka.” Maisarah berani melontarkan kata.
            “Ye lah..Ye lah. Ambilah. Kau menang. Aku kalah.” Ilham terpaksa akur. Jika Maisarah lari dia juga yang susah. Maisarah tersenyum gembira. Kemenangan berpihak kepadanya.Yes..Aku menang. Aku menang.’
            Maisarah hanya berdiam diri di dalam kereta. Fikirannya merawang jauh. Ada persoalan yang mengganggu fikirannya. Mengapa Ilham beriya benar meminta dia berlakon sebagai kekasihnya. Atas alasan apa. Adakah dia mencari alasan agar tidak dikahwinkan secara paksa dengan pilihan keluarganya..atau..ntahlah…Dia sendiri tidak mengerti. Mengapa dia yang menjadi mangsa? Bukan orang lain. Maisarah hanya berdiskusi dengan hatinya sendiri. Dia belum bersedia bertanya hal itu kepada Ilham.Apa yang penting dia inginkan cincinnya kembali.
            Sekali-sekala Ilham menoleh pandang ke arah Maisarah di sisi. Dia tersenyum melihat gadis itu melayan perasan. Tenang pada pandangan matanya.
“Okey, tuan puteri. Esok kita tak payah jumpalah ye. Kalau ada apa-apa aku call je. Hmm…lagi satu kita tak payah jumpa kerap sangat. Aku tahu kau pun tak suka, kan. Kalau jumpa pun siang je la. Hari minggu. Kalau malam kau mesti nak balik cepat, nak tidur, kan.”
            “Eleh, kau. Kau jangan nak peril-perli aku ye. Aku lari baru tahu. Aku ni terpaksa je tau ikut agenda bodoh kau yang ntah apa-apa ni. Menyamar jadi kekasihlah konon. Kau ingat aku nak sangat ke. Macam aniaya diri sendiri tau. Mana cincin aku, bak sini. Apa yang aku nak, kau pulangkan balik cincin aku tu. Kau faham tak. Jangan buat-buat tak faham pula.” Maisarah memberi amaran. Dia tidak perlu berlembut dalam hal sebegini. Dia tahu Ilham memahami setiap baris katanya.
“Faham.” Ilham hanya menjawab pendek. Dia tahu Maisarah serius dengan kata-katanya. Dia ingat akan janjinya untuk melepaskan gadis itu pergi setelah misinya selesai.
*****
MAISARAH terbaring di sofa merehatkan diri. Penat dan mengantuk. Dia termenung. Namun fikirannya kosong. Seketika kemudian telefon bimbitnya bernyanyi riang. Dia melihat nama pemanggil di skrin telefon. ‘Ilhamku sayang.’
‘Aii, bila masa aku rename nama ni. Ni mesti kerja mamat tu. Patutlah tadi aku terhantar mesej kat dia. Nama dia kat bawah nama Ibtisam rupanya. Memang nakkena dia ni.’ Maisarah menekan punat hijau menjawab panggilan.
“Nak apa call ni.” Maisarah seakan malas untuk menjawab.
“Saja nak dengar suara tuan puteri sebelum tidur. Okey, good night.” Ilham mematikan talian.
“Hisy, dia ni. Kacau betullah. Sengaja nak buat orang marah.” Maisarah  mengomel perlahan. Dia kembali termenung. “Ilham” Nama itu meniti di bibirnya. Seraya itu dia mencebik. Terasa marah. Seketika kemudian terukir juga sebaris senyuman di bibirnya. Ilham?? Baim Wong?? He..he..
“Aii, Mai. Senyum sorang-sorang ye. Ni mesti ada cerita best, kan. Bahagia je. Jelousnya.” Teguran Ziha mematikan lamunan Maisarah. Maisarah hanya ketawa. Dia sendiri tidak perasan kehadiran kawannya itu.
“Mengarut je lah. Aku saja je senyum. Nak buat senaman otot muka ni. Orang kata kan kalau rajin senyum nanti awet muda. Tak gitu cik Ziha.” Mereka berdua akhirnya ketawa.
“Aii, semalam masam je. Hari ni tersenyum-senyum pula. Kau ni biar betul Mai.”
“Betullah. Apa yang tak betul.”
“Kau ni dah betul-betul jatuh cinta ke?”
“Haa..Apa pula yang kau mengarut ni. Okey lah. Aku nak pergi solat ni. Lepas ni landing time. Penat dah ni. Ngantuk.” Maisarah mengelak daripada terus di tanya. Dia kemudian bangun menuju ke bilik air.
“Tengok tu. Bila orang dah start tanya, mesti mengelak. Mai..Mai…” Ziha hanya tertawa.
Sebelum mata terlelap, mereka sempat berbual-bual.
“Mai, aku nak beritahu ni. Sabtu ni aku balik kampung tau. Sepupu aku pengantin. So, kau tinggal soranglah nampak gayanya. Hani pun balik kampung jugak.” Ujar Ziha tatkala Maisarah baru merebahkan diri di sebelahnya.
“Ye ke. Takpelah. Aku kan memang selalu di tinggal sorang. Lama-lama aku dah biasa dah. Lagipun Sabtu ni aku plan nak keluar dengan Sam, kawan aku masa study dulu tu. So, kau tak usahlah risau, ea.” Maisarah membalas kata.
“Kau balik kampung dengan siapa?” Maisarah sekadar bertanya.
“Aku balik dengan pakcik ngan makcik aku. Dia orang ambik.”
“Oh. Ingatkan kau balik dengan pakwe. Manalah tau.” Maisarah mengusik.
“Eee. Cakap orang pulak. Takkan aku nak ajak dia. Belum masanya. Kau apa cerita.” Ziha menyoalnya kembali.
“Cerita apa pulak?” Maisarah berpura-pura tidak mengerti.
“Eleh, buat-buat tak faham. Pakwe kau tulah. Pakwe bersuara buluh perindu tu.”
“Eh, mana ada. Tak masuk senarai pun tau.”
“Iyalah tu.”
“Okeylah. Aku dah ngantuk ni. Good night ea.” Maisarah segera mengambil bantal peluk dan mengubah kedudukannya. Dia berpaling wajah.
“Alah, Mai. Kau ni itu pun nak berahsia dengan aku ke. Tengok tu. Mesti olok-olok tidur tu. Okeylah, Mai. Selamat malam. Semoga bermimpi indah. Bermimpi tuan putera buluh perindu.” Ziha mengusik Maisarah.
“Buluh perindu apanya? Buluh betong.” Sempat juga Maisarah menjawab.
“Dah..Dah..Tadi kata nak tidur.” Ziha membalas kata.
Maisarah pula hanya tersenyum di sebalik bantal yang menutup mukanya. ‘Ilham..Jangan kau masuk kat mimpi aku sudah. Karang, aku sekeh kau.’



No comments:

Post a Comment