Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 9


“HELLO, Mai. Aku nak minta maaf pada kau ni. Aku tak dapatlah nak keluar dengan kau hari ni. Ada urusan dekat pejabat. Urgent. Aku baru je dapat call ni. Aku minta maaf, okey. Kau dah keluar ke?” suara Aina Ibtisam kedengaran di hujung talian.
“Oo, ye ke. Takpelah kalau macam tu, Sam. Aku dah on the way sebenarnya. Pasal tengok wayang tu, next time pun boleh. Aku tak kisahlah,”ujar Maisarah sedikit kecewa. Padahal semalam mereka baru merancang untuk menonton wayang bersama.
“Alah, Mai. Kesiannya kau. Sorry sangat. Aku pun sebenarnya tengah bersiap-siap ni, tiba-tiba je dapat call suruh datang office. Nak buat macam mana.Terpaksa,” jelas Aina Ibtisam lagi.
Don’t worry lah.Aku tak kisah pun. Aku faham. Lagipun aku memang ada barang nak beli. So, no problem lah. Cuma tak bestlah sebab jalan sorang-sorang je.”
“Ye lah, kan.Kalau jalan sorang-sorang, takut pulak kena ngurat. Tapi hati-hati ye, Mai.” Aina Ibtisam masih sempat berseloroh. Namun nasihat tetap dititipkan. Dia memang agak risau jika Maisarah jalan bersendirian.“Okey, aku janji minggu depan kita pergi. Sorry ye Mai. See you next time.” Aina Ibtisam mematikan talian.
Maisarah hanya menuruti langkah kakinya. Banyak kedai yang telah dikunjunginya, namun masih tidak membeli apa-apa barang. Dia berjalan-jalan sekadar mencuci mata. Dia memasuki sebuah kedai kasut berjenama. Hatinya berdetik sendirian tatkala melihat sepasang kasut di situ. Reka bentuknya memang menepati citarasanya, namun harganya membuatkan dia tertelan liur. Fuhh, mahalnya. Bilalah agaknya aku ada duit nak beli kasut macam ni.
Maisarah meneruskan langkahnya tanpa arah tujuan yang pasti. Memang tidak seronok berjalan seorang diri. Jikalau berdua pasti ada topik yang dibualkan bersama. Maisarah mengeluh lagi. Dia mengambil pamplet yang dihulurkan kepadanya.
Dia berjalan sambil leka membelek pamplet tersebut. Seraya itu dia terlanggar bahu seseorang tanpa sengaja.
“Oppss,sorry,”ucapnya pantas tanpa berkalih pandang. Dia terus berjalan. Seketika kemudian barulah dia tergerak hati menoleh kepada empunya diri yang nyata membelakangkannya. Seorang lelaki berkot labuh bewarna hitam.
“Ilham.” Nama itu tiba-tiba terpacul dari mulutnya. Entah mengapa nama itu menjadi begitu popular di bibirnya. Tak mungkin dia. Penampilannya lain, tapi rasa macam dia. Pelanduk dua serupa kut. Hmmm..Rasa macam aura dia ni. Dia menoleh kembali, cuba melihat kelibat tersebut. Memang ada seseorang di belakangnya, namun bukan lelaki tadi.
Baguslah bukan dia. Kalau tak, stress aku dibuatnya.Maisarah berbicara sendirian. Maisarah memberhentikan langkah tiba-tiba. Dadanya berdegup kencang seolah-olah memberi satu isyarat. Dia kembali dapat merasa aura tadi. Aura milik Ilham. Dia memerhatikan sekeliling jikalau terlihat kelibat lelaki itu. Namun tiada.
Dia menggeleng kepala. Apalah aku ni. Agaknya asyik terfikirkan dia je, sampai aku rasa dia ikut aku. Hai, lawaklah kau ni Maisarah.’ Hati kecilnya berbicara sendiri. Dia meneruskan langkah.
Maisarah singgah sebentar di sebuah kedai menjual coklat. Dia membeli coklat kegemarannya, Cadbury Bournvile Dark Chocolate. Sewaktu keluar dari kedai tersebut, dia terpempan seketika apabila melihat orang yang  kini berdiri di hadapan kedai tersebut.
Pandangan mereka bertemu. Maisarah tidak bersuara. Segera dia mengatur langkah untuk melarikan diri, namun lelaki itu telah datang menghampiri.Maisarah hanya mencebik bibir membuat muka menyampah. Padahal dia telah sedaya upaya mengelak daripada bertemu lelaki itu, namun entah bagaimana dia tetap tersua muka. ‘Patutlah dada aku dup, dap, dup, dap je. Mamat ni muncul rupanya.  Aduhai…’
            “Kenapa nak lari bila nampak aku? Ingat aku ni hantu ke?” Suara itu kedengaran agak kasar, namun masih ada senyuman dibibir lelaki itu.
“Siapa lari? Hari ni aku takde urusan dengan kau, kan. Ikut suka hati akulah nak buat apa,” balas Maisarah. Suaranya dalam nada marah yang tertahan-tahan. “Dahlah, aku nak pergi.  Aku datang sini nak hilangkan stress, kau jangan nak tambah stress aku pula.” Maisarah berlalu pergi. Dalam hatinya mengomel. Kenapalah dia terserempak dengan Ilham. Moodnya seakan mati. Sudahlah berjalan seorang diri, terjumpa pula orang yang dibenci.
“Pergilah. Siapa nak ikut kau. Aku tak cakap apa-apa pun. Ada aku kisah. Aiman memang tak kisah.” Ilham tersenyum sinis. Dia kemudian melangkah masuk ke kedai membeli sesuatu. Dengan muka bengang, Maisarah berlalu pergi.
Maisarah terus berjalan menuju ke sebuah kedai pakaian melihat dan mencari beberapa helai baju. Itulah barang yang telah dirancang untuk dibeli. Sewaktu melangkah keluar, telefon bimbitnya berbunyi. Segera diangkat. Panggilan daripada adiknya di kampung. Dia gembira melayan bicara adiknya. Dia berjalan dan menuju ke sebuah bangku kosong yang sedia ada tidak jauh dari situ. Dapat juga dia berehat barang seketika.
            Lama juga dia melayan bicara. Tempat duduk yang kosong disebelahnya kini telah terisi. Ada seseorang lelaki telah melabuhkan punggung di situ. Maisarah tidak peduli kerana dia masih rancak berbual dengan adiknya. Wajahnya juga berpaling ke arah lain. Maka dengan itu, dia tidak perasan siapakah empunya diri yang kini berada di sebelahnya. Setelah beberapa ketika barulah talian dimatikan. Dia tersenyum gembira. Rupa-rupanya adiknya ingin berkongsi cerita gembira kerana memenangi hadiah peraduan di majalah G3. Okeylah tu. Memang adiknya minat melukis.
“Bahagianya dia. Senyum lebar nampak. Bergayut dengan si jantung hati ke?” Lelaki di sebelahnya mula menutur bicara. Lembut alun suaranya.
Maisarah terdiam. Dia yakin dia mengenali suara itu. “Kenapalah aku mesti terjumpa dia ni lagi? Takde orang lain ke?” Maisarah mengomel di dalam hati.
Maisarah memandang juga empunya diri di sebelah. Hanya senyuman tawar mengiringi. Ilham pula tersenyum sinis. Dia menunjukkan isyarat peace kepada Maisarah. Sebenarnya dia bukan datang untuk mencari sengketa. Dia juga tiada perancangan untuk bertemu Maisarah hari ini, cuma takdir telah membawa kepada pertemuan mereka.
Memang sah mamat ni yang aku terlanggar tadi. Ntah-ntah dia memang sengaja follow aku, kut. Hmm..tapi bila dia pakai baju macam gini, smart juga aku tengok. Baju warna hitam ala-ala budak sekolah Jepun. Hensem. Hmm..Hitam kegemaranku..Ajuk suara hati Maisarah seperti kata-kata pelakon Korea, Rain dalam iklan Clean & Clear. Stailo juga. Hmm..ada gaya detektif, macam Shinici Kudo dalam animasi Detektif Conanlah pulak. Shinici yang memburu Geng Kumpulan Hitam.’Ha..ha...Maisarah tertawa di dalam hati. Dia mengelamun ke dunia fantasi.
“Senyum..senyum…Beranganlah tu.” Tempelak Ilham di sisi. Berdesing telinga Maisarah yang mendengar.
“Eleh, sibuklah kau. Kau tu buat apa kat sini. Kau ikut aku ea?” terjah Maisarah pula.
“Eh…Perasan. Siapa nak ikut dia. Aku ni tengah memburu seseorang.Jin-Ahli Kumpulan Hitam.”
‘Ahli Kumpulan Hitam?? Haish..Biar betul. Macam apa yang aku fikirkan. Pelik..pelik…Tak logik langsung. Boleh pulak memikirkan benda yang sama. Chemistry kuat betul. Bahaya ni.’ Fikiran Maisarah merawang lagi.
“Marah ke aku duduk sini?”tanya Ilham. Maisarah tidak bersuara. Dia sebenarnya masih dalam lamunan dan diawang-awangan.
“Err..apa?” soalnya kembali. Dia tidak mendengar pertanyaan itu. Ilham hanya tersenyum. Dia seakan mengerti tingkah Maisarah. Confirm, terbang ke dunia fantasi minah ni.
“Kau tak kisah ke aku duduk sini?” tanyanya lagi.
Maisarah menjongket bahu. “Tak kisah pun. Aku pun dah nak blah.” Jawab Maisarah selamba. Dia bangkit dari tempat duduknya.
“Laa, nak ke mana lagi. Tak penat ke berjalan sana-sini. Duduklah dulu. Borak-borak dengan aku. Ni nak lari dari aku lah ni. Macam aku tak tahu. Kau lari, last-last jumpa aku juga. Pastu lari lagi. Jumpa aku lagi. Buat penat je. Baik kita jalan sama-sama je. Nak tak?” Tutur bicara Ilham membingitkan telinga Maisarah.
“Diamlah, kau.Membebel je. Kata nak cari Jin, orang jahat tu. Pi la.” Marah Maisarah.
“Hai..Mai..Mai..Manalah ada Jin Ahli Kumpulan Hitam kat Malaysia ni. Dah tentu watak dalam animasi. Memang takkan wujud punya. Tadi aku saje je. Yang kau ni pun asyik marah je. Cubalah ketawa pulak. Kalau kau senyum, selalu gak aku dapat tengok. Sebab kau tu suka senyum sorang-sorang.” Ilham menyindir Maisarah. Jahat juga mulutnya.
‘Perghhh..Bengkek gila aku dengan mamat ni.’ Maisarah terus berjalan meninggalkan Ilham keseorangan. Namun tanpa disedari coklat Cadburynya tertinggal di atas bangku. Ilham mengambilnya.
 ‘Isy,budak ni pelupa betul. Tengok tu. Tertinggal lagi. Apalah awek aku ni.’ Ilham mengomel di dalam hati. Namun hatinya tersenyum. Dia akhirnya bangkit dan menjejak langkah Maisarah yang telah hilang.
“Mana pula lah budak ni? Besar pula tempat ni. Takkan aku nak cari satu bangunan ni. Mampus.” Ilham mencari dan terus mencari. Akhirnya rezeki berpihak kepadanya. Mungkin niatnya baik. Tidak sampai 15 minit dia mencari, dia terperasan kelibat gadis itu di sebuah kedai yang telah menjadi destinasinya sebelum ini.
Maisarah berada di T- 030-033, Toy City, sebuah kedai yang menjual pelbagai mainan, figura anime, model kereta mini dan sebagainya. Dia kelihatannya cukup gembira walaupun sekadar mencuci mata. Di situlah antara destinasi kegemarannya walaupun tidak membelinya.
“Oh, kat sini rupanya.” Ilham tersenyum. Dia hanya memerhati tingkah Maisarah dari luar, di sebalik cermin kaca. Seketika kemudian, dia masuk dan mencari empunya diri. Dia tidak mahu kehilangan jejak gadis itu.
Beberapa jenis kereta ‘Model Collection’ bersaiz mini dibelek satu-persatu. Satu yang menjadi perhatiannya ialah model Lamborgini Gallardo berwarna putih.
“Fulamak..Cantiknya.Bila nak dapat satu ni.”
Hajat untuk membelinya disimpan. Sekadar melihat menghiburkan hati. Antara keperluan dan kehendak, dia lebih mementingkan keperluan. Lagipun gajinya tidaklah sebesar mana. Dia tidak mahu di anggap membazir. Jikalau ibunya tahu, pasti ibunya juga marah kerana membeli barang-barang seperti itu. Namun dia memang menyimpan niat untuk membelinya, tapi bukan sekarang. Angan-angan itu  pasti akan direalisasikan. Maisarah terus membelek beberapa model kereta yang lain. Memang dia berminat untuk mengumpul koleksi seperti itu.
Ilham yang bersembunyi terus menjadi pemerhati. ‘Macam tak percaya pula aku minah ni minat benda-benda macam ni. Aku tengok macam lembut je. Tapi syok juga dia minat sama macam aku. Sehati sejiwa la nampak gayanya. Boleh ajak dia joint MDC ni.’ Ilham tertawa sendiri, namun hanya di dalam hati.
Setelah beberapa ketika di dalam Toy City, Maisarah melangkah keluar. Wajahmya terpancar kegembiraan dan terbit rasa puas hati. Ilham terus mengekori tanpa disedari oleh Maisarah. Ilham mencari helah untuk memulangkan kembali coklat Cadbury milik Maisarah. Dia tahu, jika dia menegur secara langsung, dia pasti akan di tuduh segaja mengekorinya. Sudah pastinya Maisarah akan melenting lagi. Dia memang tiada niat untuk mengganggu privacy Maisarah hari ini, namun mereka telah tersua secara kebetulan.
Dimindanya sudah tersemat satu helah. Ilham berjalan laju mengekori langkah Maisarah dan sengaja melanggar bahunya. Kononya terlanggar secara tak sengaja.
“Opss, sorry...sorry. cik. Tak sengaja.” Mereka berselisih pandangan.
“Eii, kau lagi.” Melengking suara Maisarah. Dia memegang bahunya yang terasa sakit sedikit.
“Laa,kau ke? Ingatkan siapa tadi. Sorry..Sorry. Tak sengaja.” Ilham berbicara lembut. Dia bijak berlakon bermain helah. 
“Kau nak apa?” Maisarah tidak suka dengan kehadiran Ilham.
“Aku memang nak cari kau. Ni haa, kau punya Cadbury tercicir kat bangku tadi. Penat aku cari kau.” Ilham bercakap termengah-mengah. Masih lagi dengan lakonannya. Memang dia punya bakat. Dia kemudiannya menghulurkan bungkusan tersebut kepada Maisarah.
Maisarah seakan terkejut, namun tetap menerimanya.Sebenarnya dia juga telah terlupa akan coklat kegemarannya itu. Nasib baik Ilham datang memulangkannya. Dia mengucapkan terima kasih.
“Kenapa tak telefon je, kan senang,” ujar Maisarah. Dalam hatinya dia amat berterima kasih kepada Ilham keran bersusah payah mencarinya semata-mata untuk memulangkan coklat itu. Baik juga rupanya Baim Wong Malaysia ni.
“Aku takut kalau aku telefon, kau tak nak angkat. Aku tak nak lah ganggu privacy kau.” Tutur Ilham dalam senyuman. Maisarah terdiam seketika. Kemudian dia juga tersenyum. Memang kalau Ilham yang menelefon pada waktu itu, dia pasti tidak akan menjawabnya.
“Terima kasih tau,” ucapnya sedikit mesra.
“Kau ni jalan sorang-sorang tak takut ke? Kenapa tak ajak kawan. Bahayalah tempat macam ni. Kau tu perempuan. Kalau berteman lainlah.”Ilham seakan mengambil berat perihal gadis itu. Maisarah hanya menjongket bahu. Dia terus berjalan. Ilham mengiringi langkahnya.
Ilham masih setia menanti jawapan. Langkah Maisarah terus dituruti. Akhirnya Maisarah membuka mulut, berbicara perkara sebenar. Rasanya dia tidak perlu lari dari Ilham.
“Ooo. Gitu ke. Kalau macam tu, jomlah kita tengok wayang. Itupun kalau kau nak lah. Aku tak kisah.” Ilham melontar kata. Maisarah menggeleng.
“Takpelah.” Tolak Maisarah.
“Alah, kalau nak, cakap je lah nak. Jomlah. Tengok sorang-sorang tak syoklah. Kita release tension je. Ni takde kena mengena dengan hal kita tu.” Bicara Ilham seakan memujuk, namun tidak juga memaksa. Maisarah terfikir-fikir.
“Okey, ke? ” Ilham bertanya kembali. Maisarah masih tidak memberikan jawapan. Dia masih terfikir-fikir. Kalau ikut perancangannya memang dia ingin menonton wayang bersama Ibtisam. Tapi, takkan dia nak menonton bersama Ilham pula.
“Takpelah. Eh, aku nak tanya ni. Kenapa kau tiba-tiba pakai macam ni. Macam pelik je aku tengok?” soal Maisarah sekadarnya. Ingin juga dia tahu.
Ilham hanya ketawa. “Saje..Nak bergaya ala-ala detektif.”Jawab Ilham selamba. Dia dapat mengagak jika berborak dengan Maisarah berkisar cerita fantasi, confirm boleh masuk punya.
“Detektiflah pulak. Macam mana pulak kau boleh perasaan jadi detektif pulak. Detektif Kogoro Mauri ke?”
“Ha..Ha..Kogoro Mauripan.” Ilham ketawa. Begitu juga Maisarah. Nampaknya, memang betul tekaan Ilham. Maisarah, kalau bab-bab fantasi dan merapu yang bukan-bukan, memang dia boleh jadi kawan.
“Boleh jadi tauke pau lah kau.”Maisarah ketawa. Buat lawak bodoh jugak.
Tiba-tiba….
“Abang…” jerit satu suara kecil ke arah mereka. Ilham berkalih pandang kepada empunya diri yang memanggilnya. Begitu juga Maisarah. Seorang gadis kecil sedang berlari ke arah mereka.
‘Alamak, Isya. Macam mana ada kat sini pula ni.’Bisik Ilham perlahan. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Namun, bicaranya dapat di dengari Maisarah.
“Isya? Siapa Isya?” soal Maisarah. Wajah Ilham dipandang meminta jawapan.
My sisterlah… Dekat belakang tu ummi aku,” jelas Ilham teragak-agak. ‘Macam manab oleh kantoi kat sini pulak. Mampus aku.’ Ilham berbisik dengan hatinya, namun riak kegelisahan wajahnya berjaya di sembunyikan.
“Mai, kau tolong aku. Kau kena berlakon jadi awek aku sekarang. Ni emergency kes,” desak Ilham.
“Wei, sedapnya mulut kau cakap. Gila apa. Oii, kau ingat aku ni apa. Aku nak cakap apa kat mak kau tu.” Marah Maisarah.
“Berlakon ajelah macam aku awek aku.”
“Taknak aku.”
“Ikut je lah apa aku cakap. Okey, kalau kau tak nak, aku takkan pulangkan cincin kau,” ugut Ilham. Dalam waktu genting ini sempat juga dia mengugut. Dia terdesak.
“Kalau kau tak buat sekarang, nanti aku paksa kau buat benda yang sama jugalah. Cuma sekarang ni masanya tak ikut planning aku. Kau bantai je lah apa-apa pun. Kau bayangkan je lah ummi aku tu, bakal mak metua kau, okey.” Desak Ilham lagi.
“Wei, kau cakap senanglah. Cuba kau. Aku nak cakap apa.”
“Orang dah suruh tu buat jelah.” Ilham menjengkelkan matanya. Hmm..Sah-sahlah marah.
Maisarah hanya mampu terdiam.Ada ke dia suruh tipu mak dia cakap aku ni awek dia. Gila apa mamat ni. Ni namanya nak cari nahas. Apa yang aku pelik, kenapalah suruh aku berlakon jadi awek dia. Musykil betul aku dengan mamat ni. Ntah-ntah sebab ni la kut. Saja nak berlagak kononnya dah ada awek. Ntah-ntah memang awek dah keliling pinggang.
Isya sudah bersama mereka. “Pandai-pandai kau lah. Aku serah kat kau. Tapi kau jangan risau, nanti aku tolong cover.” Ilham mengenyitkan mata ke arah Maisarah. Kini peranan pelakon utama secara automatik jatuh di bahu Maisarah. Maisarah mencebik. Dalam hatinya menyumpah seranah Ilham.
            “Akak..akak ni kak Maisarah ye?” soal Isya gembira. Tangan Maisarah diraih dan dicium lembut. Maisarah tersenyum kepada gadis comel itu. ‘Aii..Macam mana adik dia boleh tahu nama aku pulak.’
“Ya, sayang. Yang comel ni siapa namanya?” soal Maisarah pula walaupun telah diberitahu akan nama gadis itu oleh Ilham. Dia cuba bermesra dengan gadis comel itu.‘Hmm..buat apa belakon. Layan macam biasa aje sudahlah. Nampaklah natural sikit.’
 “Farisya. Tapi panggil Isya je.” Jawab gadis itu mesra dan lembut. Maisarah mencubit lembut pipi Isya yang gebu itu. “Comelnya, Isya.” Puji Maisarah ikhlas. Memang gadis itu layak menerima pujian itu. Comel sangat-sangat.
“Akak cantiklah.” Puji Farisya pula.
“E’eh. Pandainya dia. Terima kasih. Ni yang akak sayang dengan Isya ni. Boleh jadi adik akak terus.”
Ilham memandang Maisarah. Lebar senyumannya.
“Betul ke ni Mai. Kau nak jadi kakak Isya. Aku on je.”
“Adik kau je. Kau tak masuk senarai pun.”
Sofea Jasmin kini bersama mereka. Maisarah lembut meraih tangan wanita itu, dan mencium lembut. Adab sopannya terjaga apabila berhadapan dengan orang yang lebih berumur daripadanya. Lagipula wanita itu berpangkat seorang ibu.
“Ni, Maisarah ye?” soal wanita itu ramah.Sepertinya dia tahu itulah gadis yang pernah dikatakan Ilham.Aii..Mak dia punya tahu nama aku jugak ke. Biar betul. Dia dah jual nama aku kat family dia rupanya.’
“Ya, aunty. Saya Maisarah,” jawabnya lancar. Jantungnya sudah berdegup kencang. Apa lagi yang perlu di perkatakan saat ini.
            “Aunty apa khabar?” soal Maisarah memaniskan bicara. Tutur bicaranya lembut dan tersusun. Dia masih agak malu-malu.
“Khabar baik. Tak payahlah panggil aunty. Panggil ummi je senang,”balas Sofea Jasmin ramah, seraya memandang wajah mulus Maisarah yang berdiri di hadapannya. Wajah gadis Melayu itu kelihatan biasa-biasa sahaja, namun menyenangkan hatinya.
“Aii, Am. Dating senyap-senyap je. Bukan nak beritahu ummi.” Bicara itu hanya gurauan mesra.
“Kebetulan je kita orang jumpa kat sini, ummi. Tak plan pun nak keluar sama,”jawab Ilham jujur. Dia tidak menipu.
“Hmm..ye la tu. Mai dengan Am nak ke mana lepas ni?” soal Sofea Jasmin lagi.
Maisarah terdiam. Tiada idea untuk membalas kata. Sebenarnya ingin sahaja dia memberitahu dia sudah mahu pulang, namun tidak baik pula berkata begitu kepada wanita itu, sedangkan mereka baru bersua muka. Maisarah memaniskan bicara. Adab sopannya mesti dijaga.
“Err..Tak ke mana-mana, aunty…er ..ummi. Kami saja jalan-jalan. Round-round sini je lah kut.” Maisarah teragak-agak. Sebenarnya dia agak kekok membahasakan diri wanita itu dengan panggilan ummi.
“Kita orang plan nak tengok wayanglah ummi.” Ilham pula menyambung kata.
Maisarah terdiam. Tidak tersangka Ilham akan berkata begitu. Dia menjeling Ilham di sisi. Ilham hanya menguntum senyum. Maisarah membalas dengan senyuman tawar. ‘Sedap je cakap nak pergi tengok wayang. Aku tak cakap pun nak pergi. Tadi sibuk sangat suruh aku berlakon. Kacau daun betullah.’
“Jomlah ummi. Kita pergi sama-sama. Isya nak ikut tak?” Selamba Maisarah menutur kata. Dia juga sengaja mengumpan Isya. Dia pasti gadis kecil itu juga ingin turut serta.
Takpe lah, Mai. Mai pergi je berdua dengan Ilham.”
“Tapi ummi, tak elok juga kalau kami keluar berdua je. Kalau ada ummi dengan Isya, okeylah sikit. Jomlah ummi.” Pinta Maisarah. Mindanya baru terfikir. Sepertinya tidak logik mengajak wanita itu pergi menonton bersama, tetapi rasanya itu lebih baik daripada dia pergi berdua bersama Ilham. Hakikatnya, dia memang tidak mahu pergi jika berdua bersama Ilham.
Ilham tertawa di dalam hati. ‘Pandai betul budak ni berlakon. Siap nak ajak ummi lagi. Dah macam ummi sendiri pulak. Ikut suka hati kau lah, Mai. Kalau kau nak kongsi ummi dengan aku pun takpe.’  Ilham tertawa sendiri di dalam hati.
“Takpelah, Mai. Mai dengan Ilham je ye. Ummi pun nak cari barang ni. Lagipun ada janji dengan kawan dekat sini.”
Tangan Maisarah diraih Farisya. Farisya tersenyum comel.
“Akak..akak ni awek abang Am kan?” soalan Farisya membuatkan Maisarah terdiam.
“Apa Isya ni, tanya macam tu. Tak baik tau.” Tegur Sofea Jasmin kepada anak gadis kecilnya itu.
“Alah, ummi ni..”rungut Farisya manja. Maisarah hanya tersenyum. Memang keletah budak begitu, suka bertanya.
“Isy..isy. Kecik-kecik dah pandai ye. Bukan awek lah, Isya. Kawan je. Akak kawan Abang Am.” Lembut Maisarah menutur kata memberi jawapan. ‘Abang? Aku panggil dia abang Am. Arghh. Wek. Nak muntah aku. Arghh.Tolong. Tolong. Aku muntah darah. Ish, overlah pulak.’
Ilham yang mendengar semakin tersenyum lebar. ‘Panggil aku Abang Am. Aii, comelnya. Sedap sikit telinga aku dengar.Kalau macam ni, lama-lama aku boleh terjatuh cinta betul dengan kau Maisarah.’Hati Ilham sedang bergembira.
            “Alah, akak tak payahlah tipu. Isya tahu, akak girlfried abang, kan. Abang yang cakap.” Isya seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Maisarah.
‘Aii, bila masa pulak aku cakap. Budak kecik ni memang. Sedap je mulut dia bercakap.’ Ilham mengomel di dalam hati.
‘Alahai, budak ni. Apa pula aku nak jawab ni kali ni. Takkan nak iya kan je. Aduh pening aku.’ Maisarah tersepit dengan soalan.
“Akak tak tipu lah. Akak kawan Abang Am. Tak caya tanya abang.” Maisarah memberi jawapan yang sama. Lembut bicaranya melayan kerenah Isya. Bibirnya tetap terukir senyum.
Ilham hanya mengangguk. Mengiyakan jawapan Maisarah.
Isya terdiam seketika. “Ooo. Kawan istimewa, kan.” Isya merungkai jawapan sendiri. Dia tersenyum. “Pandainya.” Puji Maisarah. Pipi gebu milik Isya dicubit perlahan.
‘Istimewalah sangat. Kena pedajal adalah.’
“Akak..Akak bila nak kahwin dengan abang. Isya nak juga ada kakak. Kakak baik. Nanti akak boleh tinggal dengan Isya.” Kata-kata Farisya membuatkan Maisarah menelan liur yang terasa kelat. ‘Alamak, apa pulak aku nak jawab ni?Budak ni pun saja kasi soalan kuiz kat aku.’Ilham yang mendengar sudah tersenyum simpul. Namun dia agak bimbang dengan jawapan yang bakal di beritahu Maisarah. Namun dia pasti Maisarah akan menjaga hati ummi dan adiknya.
“Isya..Tak baiklah tanya macam tu,”tegur Sofea Jasmin.
“Maaflah, Maisarah. Isya ni memang macam ni. Manja sikit. Mulutnya pun boleh tahan. Kalau dilayan, semakin menjadilah dia,” ujar Sofea Jasmin lagi meminta pengertian.
“Takpelah, aunty. Biasalah budak-budak. Tapi Isya ni memang bijak budaknya, kan Isya.” Pipi gebu Farisya dielus perlahan.
“Ummi minta diri dulu ye, Maisarah. Ummi nak cari barang sikit. Lain kali bolehlah kita borak lama-lama. Am, nanti ajaklah Mai datang rumah. Boleh ummi dengan ayah interview Mai ni ha.”Sofea Jasmin tersenyum ceria. Dia juga suka bergurau seperti Ilham.
‘Hah..nak interview aku. Aduh..mampus. Lagi parah macam ni.’Maisarah tetap membalas senyum. Dia sempat menjeling Ilham. Wajah itu tetap selamba. Senyum tetap senyum.Hisy..mamat ni. Beriya tadi kata nak cover aku. Takkanlah sampai parents dia nak interview aku. Ni dah masuk part lain ni. Karang tak pasal-pasal aku ni termasuk dalam calon menantu pilihan pulak. Aii..sempat perasan pulak aku ni. Arghh…Aku dahlah tak nak ada kena mengena dengan mamat ni. Lagi parah aku lepas ni.’
“Isya nak ikut kakak, boleh tak ummi?” pinta Farisya manja.
“Adik temankanlah ummi. Ummi takde kawan.” Pantas sahaja Ilham menjawab soalan adiknya. Dia memang tidak mahu Isya turut serta. Pasti kacau daun.
“A’ah. Isya temankan ummi. Biar abang temankan kakak,” ujar Puan Sofea pula seakan memberi peluang kepada anak lelakinya itu.
Farisya mencebik bibir. Dia merajuk dengan kata-kata ummi dan abangnya.
“Alah, Isya nak ikut,”rengeknya lagi.
“Isya…” suara Sofea Jasmin seakan marah.
Maisarah mengelus lembut rambut Isya yang hitam dan bertocang dua.
“Isya dengar cakap ummi ye.” Pujuk Maisarah pula. Kalau diikutkan hatinya, dibawa sahaja Farisya bersama. Tetapi dia tahu, jika Farisya bersama, dia terpaksa meneruskan lakonan bodohnya. Dia tidak sampai hati untuk menipu gadis kecil itu.
“Nah, ni akak kasi coklat.” Maisarah memberikan coklat Cadburynya sebagai cara memujuk dan membodek Farisya. Hidung Farisya di cuit lembut.
“Ye, ye..dapat coklat. Terima kasih, akak.” Isya tertawa gembira.“Hmm, kalau dengan abang, jangan harap nak dapat. Abang tu kedekut.” Farisya menjurihkan mulutnya kepada Ilham.
“Ek’eleh, budak ni. Sedap je mengata orang.” Ilham menarik tocang adiknya.
“Ummi tengok ni, abang…” adu Farisya manja.
“Sudahlah korang berdua ni. Kau ni pun Am, dengan adik pun nak cari pasal. Malu la sikit dengan Maisarah tu.” Marah Puan Sofea Jasmin sambil menampar lengan Ilham.
Maisarah tersenyum melihat gelagat Ilham dan Isya. Lelaki itu memang suka mencari pasal, bukan saja dengan adiknya sendiri, tetapi dengan dirinya juga. Namun begitu dia dapat merasakah lelaki itu sebenarnya seorang yang agak penyayang orangnya. Itu realitinya.
“Am tu, jaga Maisarah baik-baik. Anak dara orang tu. Nanti hantar dia balik,”pesan Sofea Jasmin sebelum beredar.
“Okey, madam,” jawab Ilham pendek.
Maisarah kini kembali berdua bersama Ilham. Ilham sudah tersenyum nakal.
“Ewah-ewah, tak sangka ye, pandai juga bakal kakak ipar Isya ni berlakon. Real tu.” Ilham sengaja menekankan perkataan kakak ipar Isya.  “Pandai kau bodek adik ipar kau tu,” tambah Ilham lagi.
Maisarah mencebik. “Dahlah, aku nak balik.” Maisarah terus berlalu.
“Aii, takkan nak balik, kut. Jomlah tengok wayang.” Suara itu kedengaran manja. Ia nyata membingitkan telinga Maisarah. Ilham masih mengiringi langkah Maisarah.
“Taknak aku. Harini kan aku takde urusan dengan kau. Ni pun dah kira baik aku tolong kau,”balas Maisarah.
“Mai merajuk ye. Sorry la. Abang Am ni, tak reti la nak pujuk.” Ilham tertawa sendiri. Sengaja dia membuat suara manja.“Terasa comel je bila kau panggil aku abang Am tadi. Sweet je dengar.” Ilham menyambung tawanya.
Kata-katanya itu semakin membakar hati Maisarah.Isy, geli-geleman pula aku dengar suara mamat ni. Gatal telinga aku.Maisarah semakin laju melangkah.
“Eh, marah ke? Jomlah kita pergi..” Ilham masih belum sempat menghabiskan bicara, Maisarah sudah memotong.
“Aku kata, aku nak baliklah.” Suara Maisarah tegang. Ilham terdiam, namun masih ada senyum di bibirnya.
“Oh, nak balik. Okey, tapi kau dengar kan apa ummi cakap tadi. Ummi suruh aku hantar kau balik. Kau jangan nak mengelak pula. Karang kalau jadi apa-apa pada kau, ummi marah aku tau. Dengar tu cik tuan puteri Maisarah.” Suara itu beralun manja. Ilham sengaja menjungkitkan kening. Hatinya tertawa gembira. Dia rasa kemenangan berpihak kepadanya.
“Peduli apa aku. Ummi kau bukannya tahu,”protes Maisarah.
“E’eh budak ni. Melawan pula dia. Ummi aku kata, jangan melawan cakap orang tua. Tak baik tau.” Kata-kata Ilham membuatkan Maisarah tertawa.
“Eleh, cakap pandai. Kau tu siap ugut aku tipu ummi kau, tu apa kes,”balas Maisarah.
“Itu terdesak je. Bohong sunat.” Selamba Ilham menjawab.
“Banyaklah kau bohong sunat.” Marah Maisarah kembali.
“Ye la..ye la. Aku tahulah, aku salah.” Nada Ilham kendur, mengakui kesilapannya.
“Tahu tak pe. Aku nak kau beritahu mak kau perkara sebenar. Aku nak kau settlekan hal ni. Pastu pulangkan cincin aku tu. Mana cincin aku tu? Bak sini. Ntah-ntah kau dah kasi kat awek kau ye?” Maisarah menghambur kata.
“Aku mana ada awek. Kau tu je la awek aku.”
“Perasan. Bila masa aku jadi awek kau. Ni olok-olok je tau. Aku dah pun buat apa yang kau suruh, sekarang aku nak cincin aku balik. Mana cincin aku?” Maisarah menekan dan mendesak.
“Olok-olok ke..tak ke..apa aku kisah. Kalau macam tu, kan lebih baik kita serius je. Tunang. Lepas tu kahwin. Senang. Pastu ada baby. Baby kembar pula tu. Alahai..comelnya kan” Ilham tertawa sendiri. Bicaranya penuh dengan angan-angan. Kata-kata Maisarah tidak diendahkan.
‘Pergh…berangan habis mamat ni. Dia pulak melebih-lebih. Macamlah aku nak kahwin dengan dia. Ingatkan aku ni je suka berangan, rupanya dia pun sama. 2 x 5 juga. Hmm..Angan-angan jauh melangit. Jangan berjodoh dengan dia sudah.’Maisarah juga sempat tertawa sendiri di dalam hati walaupun masih terbuku rasa marah di hatinya.
“Banyaklah kau. Dahlah ambil cincin aku, ugut aku, pedajal aku, lepas tu ajak aku kahwin. Eh, gila. Buang tebiat. Kau ingat aku nak ke? Selisih malaikat 44.” Maisarah memeluk  tubuh. Meremang juga bulu romanya mendengar kata-kata Ilham itu.
“Tapi, kalau dah jodoh, kita kenalah terima, kan.”
“Tu kalau dah jodoh. Sekarang ni kita memang takkan berjodoh pun.”
“E’eh, mana kau tahu. Semua itu kuasa Tuhan.”
Maisarah terdiam. Dia tersedar dia terlepas cakap. Dia tahu soal jodoh adalah takdir yang Maha Pencipta. Andai suatu hari jodohnya dengan Ilham, dia juga tidak tahu.
“Dah. Aku malas nak layan kau.” Maisarah terus laju melangkah. Tidak guna dia terus bertikam lidah dengan Ilham.
 Ilham hanya tersenyum. Namun senyumannya hanya di bibir, bukan di dalam hati. Dia tidak mengerti mengapa saat ini dia seakan gembira apabila Maisarah ada di sisinya.Takkan aku ni dah terjatuh cinta kat dia pulak kut. Ah, tak mungkin. Jauhkanlah. Aku ni nak pinjam dia kejap je.
“Dahlah, jom aku hantar kau balik.” Ilham mengambil kata putus.
“Taknaklah. Aku boleh balik sendiri. Aku nak cincin aku. Aku dah berlakon jadi awek kau. Dah jumpa mak kau. Kau nak apa lagi,” jawab Maisarah, masih dengan keputusannya.
“Jomlah. Aku hantar kau balik. Kau masih ada ikatan tak rasmi dengan aku tau. So, aku kena pastikan kau selamat. Keselamatan kau di bawah tanggungjawab aku.” Nada suara itu sedikit tegang. Bukan melawak seperti kebiasaannya.
“Ikatan tak rasmi? Apa maksud kau? Apa yang tak rasmi tu. Aku memang tak ada ikatan dengan kau tau tak. Takde langsung.” Maisarah membalas juga dengan suara yang agak tegang. Dia semakin pening dengan jawapan Ilham yang berdolak-dalih.
“Apa-apalah. Dah, jom balik. Tadi kata nak balik sangat.” Riak muka Ilhamberubah tegang. Suaranya juga menekan marah.
Maisarah terdiam. Kecut juga hatinya melihat reaksi lelaki itu sebegitu. ‘Hai dia ni. Dah mulalah ni. Karang tak ikut, lain pulak jadinya. Habislah kalau dia tak pulangkan cincin aku.’Maisarah seperti dapat memahami. “Ye lah..Ye lah.” Terpaksa juga dia membenarkan Ilham menghantarnya.
            Sepanjang perjalanan Ilham hanya berdiam diri.Maisarah juga membisu. Dia tahu, andai lelaki itu berdiam diri dan mencuka begitu, ia sudah pastinya lelaki itu sedang marah.Apa yang terbaik ialah berdiam diri. Dia seperti dapat memahami lelaki itu. Apabila tiba masa lelaki itu bergurau, dia memang akan bergurau. Jika masa dia serius, dia akan serius. Tetapi jika dia marah, dia akan diam. Maisarah sempat juga menjeling Ilham yang sedang memandu.Dia mengelus perlahan.
“Kalau ada apa-apa, aku call kau. Urusan aku dengan kau belum tamat.” Itulah kata-kata akhir Ilham sebelum berlalu pergi.  Maisarah hanya mampu terdiam. Entahlah. Dia sendiri tidak dapat berfikir apa yang ada diminda Ilham. Pandangan mata lelaki itu kadang-kala membuatkan jantungnya berdebar. Kadang-kala pandangan mata lelaki itu juga seakan meminta pengertian terhadap perasaannya. Entahlah. Dia menggeleng kepala. Dia ni suka kat aku ke?? Oh tidak…. Buanglah fikiran kau tu jauh-jauh Maisarah.
*****
MAISARAH  hanya bersendirian tika ini. Teman serumah semuanya pulang ke kampung. Untuk malam ini dan keesokan harinya, dia akan tinggal keseorangan. Memang itulah yang dia rasa. Sunyi.
Peti televisyen dihidupkan. Butang remote control ditekan-tekan mencari siaran, namun tiada rancangan yang menarik perhatiannya. Maisarah termenung sendiri. Dia kemudian bangun dan mengambil buku diari di bilik. Dia berkira-kira untuk mencoretkan sesuatu di situ. Penanya sudah bersedia menumpahkan dakwat berkisar cerita Lavender dan Baim Wong Malaysia. Bila dihitung, mereka sudah tiga kali bertemu walaupun dalam ketakrelapaksaan.Dia mengimbau apa yang berlaku untuk tiga  pertemuan itu. Maisarah berekspresi sendiri. Sekejap wajahnya marah mencuka, dan seketika kemudian tersenyum. Jika ada yang melihat, pasti menyangka dia terlepas dari Tanjung Rambutan. Macam orang sakit jiwa. Ish, jauhkanlah. Aku ni waras. Cuma melayan perasaan je. Normallah tu.
Ada sesuatu yang boleh mengisi masanya. Lagipun dia banyak kredit waktu ini. “Wish birthday kat kengkawan best gak.Hmm.. Barulah orang kata ingat kawan. Walaupun diorang tak rapat pun ngan aku. Sekurang-kurangnya, luak jugalah kredit aku yang banyak ni. Hmm..Hari ni birthday siapa ek. Macam takde je..Esok…esok…hmm..
Maisarah membelek tarikh-tarikh yang sedia tertulis di dairinya. Jam 12 malam nanti dia bolehlah hantar mesej. Biarlah jadi orang yang pertama mengucapkan selamat walaupun bukan orang pertama di hati.
Maisarah meneliti satu nama yang tertera. “Reena Aqasha.” Nama itu terpacul di bibirnya.
Peristiwa lama kembali menerjah ke ingatan.
Pada waktu itu, Maisarah baru sahaja selesai sembahyang. Dia sedang melipat telekungnya.Tiba-tiba Reena Aqasha muncul di pintu bilik.
“Eh, perempuan. Aku benci tengok muka kau tau. Penipu. Perampas. Baik kau mati je.” Reena Aqasha terus sahaja menerpa dan mencekik leher Maisarah. “Pergi kau mati sana. Aku benci..benci dengan kau…Argghhh.” Reena Aqasha seakan kerasukan. Tangannya terus mencekik batang leher Maisarah dengan kedua tangannya. “Arg..Argh…” Maisarah tidak mampu bernafas. Dia sedaya upaya meronta-ronta agar dilepaskan. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba Reena Aqasha bertindak menyerangnya begitu. Dia seakan benar-benar ingin membunuhnya.
Argh..Argh..Maisarah masih meronta. Tangan Reena Aqasha di pegang kuat dan berjaya dileraikan daripada terus mencekik lehernya. Maisarah sudah tercungap-cungap. Dia hampir putus nafas.
“Re…Reena..Ke..napa…”
“Aku nak kau mati.” Jerit Reena Aqasha kuat. Dia terus menerpa kembali ke arah Maisarah yang masih berada di hadapannya. Masih tidak stabil.“Pergi mampus sana. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku taknak tengok muka kau lagi.” Reena Aqasha betul-betul seperti orang gila.Dia menjerir-jerit.
Dalam waktu itu, barulah ada kawan-kawan yang datang. Mungkin terkejut mendengar jeritan Reena Aqasha yang seperti kerasukan jin. “Arghh..Aarghh..Aku nak kau mati.” Jerit Reean Aqasha lagi.Tubuh Maisarah terus di tolak kuat dengan sepenuh hati tanpa sempat kawan-kawan lain menghalangnya. Ia membuatkan tubuh Maisarah  terhumban jatuh ke belakang dan…
“Ouchh…Arghh...Kepala Maisarah telahterkena pada bucu simen berhampiran meja.
“Arghh..Aduh…”Maisarah mengaduh kesakitan. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit dan berdenyut. Ada darah mula mengalir keluar. “Ya Allah..” Ucap Maisarah. Kepalanya semakin memberat. Dia sudah tidak mampu menanggungnya. Pandangan matanya kianberpinar dan kabur. Dia akhirnya pengsan.
“Mai..Mai…”Panggil salah seorang daripada mereka. Pipi Maisarah di tampar lembut. Nampaknya Maisarah sudah tidak sedarkan diri. “Cepat…Kita kena bawa Maisarah Pusat Kesihatan.”
Maisarah menerima 5 jahitan di kepala dan sejak peristiwa itu, Reena Aqasha telah  telah berhenti belajar.
Maisarah memegang kepalanya. Ada sedikit benjol kecil terasa. Seakan kesakitan lalu itu masih terasa hingga kini. Setiap kali terkenangkan kisah itu hatinya di himpit rasa sedih dan kecewa. Dia didendami Reena Aqasha tanpa sebab yang pasti. Tanpa sedar, air matanya jatuh ke pipi. Perlahan-lahan dia mengesatnya. Mengapa Reena Aqasha sanggup bertindak begitu. Sungguh dia tak mengerti.
Sebenarnya ada satu lagi kejadian yang lebih dahsyat menimpanya. Ia berlaku sehari selepas dia menduduki peperiksaan akhir. Waktu itu dia berjalan bersama Ibtisam. Entah mengapa tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju ke arah mereka. Ibtisam sempat mengelak, namun malangnya Maisarah terkena rempuhan kereta itu walaupun hanya terkena di sisi. Hentaman dengan momentum yang bergerak laju itu mampu menyebabkan tubuh Maisarah melayang. Mujur nyawanya masih panjang.Dia koma untuk satu hari. Dia tidak pasti  adakah kejadian itu hanya satu kebetulan atau sebenarnya ada kaitan dengan Reena Aqasha.
“Aku rasa Reena memang nak bunuh kau.”ujar Ibtisam sewaktu melawat Maisarah yang masih di tahan di wad. Maisarah masih memerlukan rawatan susulan.
“Aku tak tahulah, Sam. Aku taknaklah tuduh sesiapa.”
“Aku pasti Mai. Memang dia yang buat semua ni.”
“Entahlah, Sam. Dahlah. Aku tak nak fikir lagi. Mujur aku tak apa-apa. Tapi aku pelik, macam mana handphone aku boleh hilang. Siapa yang tolong aku masa tu. Takkan orang tu yang ambil.”
“Aku pun tak tahulah. Masa tu ramai je yang berkerumun. Tak tahulah pulak ada yang ambil kesempatan. Ntah-ntah, orang yang tolong tu pun berkomplot juga.”
Sejak peristiwa itu juga, Maisarah kehilangan nombor kawan-kawannya. Lantaran itu, dia juga terputus hubungan dengan Iman.
Maisarah mengelus nafas. Benarkan kata-kata Ibtisam itu. Sebenarnya, dia cuba menafikan kata-kata itu, tetapi apabila ia difikirkan secara logik, mungkin ada benarnya. ‘Reena…Begitu sekalikah kau mendendami aku.’



No comments:

Post a Comment