“MAI,
kau tak nak ke buat apa-apa permintaan kat aku. Yelah, kiranya sebagai
mengenang jasa baik kau dan kita dah berdamai. Mana tau sebelum ni kau teringin
nak kemana-mana ke, aku boleh bawa. Tak pun kau nak sesuatu ke. Aku boleh
belikan.”
“Tak perlulah
semua tu. Kau ni ada motif apa sebenarnya ni?” Maisarah menolak, namun pada
masa yang sama dia juga ingin mengetahui apakah tujuan sebenar Ilham membuat offer sebegitu.
“Kau
janganlah berprasangka buruk kat aku. Aku sekadar nak penuhi permintaan kau je.
Janganlah kecikkan hati aku ni. Kata kawan.” Ilham menoleh pada Maisarah.
Maisarah
mengangguk. Dia merasakan Ilham jujur dalam kata-katanya. Dia pasti lelaki itu
tidak ada sebarang tujuan lain. “Okey.” Maisarah cuba memikirkan sesuatu. Suatu
idea singgah di benaknya. “Kalau gitu aku nak pergi Mekahlah. Tunaikan haji.
Okey ke.” Maisarah sudah tersenyum simpul.
“Okey,
kalau kita dah bernikah. Kalau sekarang ni tak bolehlah.” Ilham sudah ketawa.
Dia juga tahu Maisarah hanya bergurau. Niat Maisarah ingin mengenakan Ilham,
tetapi dia sendiri yang terkena. Tulah. Niat tak betul. Padan muka.
Maisarah
sudah mencuka olok-olok. Dia kemudian ketawa juga. Dia masih bersikap selamba.
Otaknya ligat memikirkan sesuatu. “Hmmm..apa ye. Bekulah otak ni. Takde idea.”
Ilham
cuma menjadi pemerhati. Kadang-kala dia tersenyum sendiri melihat perilaku
Maisarah. Gadis itu kadang-kala kelihatan matang, namun kadang-kala berperangai
sedikit kebudak-budakan dan sedikit blur.Mungkin
kerana itu dia lebih suka mengusik Maisarah.
Maisarah
akhirnya menjungkit bahu. “Ntahlah. Tak tahu.” Sebenarnya ada sesuatu dalam
fikiran Maisarah, namun dia terasa segan untuk memberitahu. Kalau diikutkan
hatinya ingin sahaja dia meminta robot Transfomers daripada Ilham, kerana dia
telah lama menginginknnya. Sebaliknya dia menyerahkan kepada Ilham untuk
memikirkannya.
“Ceh,
minah ni. Fikir punyalah lama. Tu je jawapannya.”Ilham sudah tergelak sendiri.
Tak pasal-pasal dia pula yang harus memikirkannya.
“Okey. Kalau
gitu aku nak ajak kau pergi ke tempat yang selalu aku dengan kawan-kawan aku
pergi. Kita main bowling, nak. Nanti akuboleh kenalkan kau pada dia orang.Hmmm….lagi satu, kau bawalah kawangak.Best sikit pergi ramai-ramai. Kawan
kau, si Sam tu, kalau tak silap namanya. Yelah, best friend kau tu. Aku nak juga kenal.”
Maisarah memetik
jari walaupun tak berbunyi. “A’ahlah. Bagus gak.
Kalau camtu, aku ada satu permintaan
ni. Boleh tak kalau kita celebrate
birthday Sam sekali. Birthday dia
esok. Boleh gak aku buatsurprise kat
dia, kan. Okey ke? Itupun kalau kau tak kisahlah.” Cadang Maisarah. Sebenarnya
dia juga bercadang ingin keluar bersama Ibtisam, dah alang-alang di pelawa, tak
perlulah dia menolak tuah.
“Aku nak tanya
sikit. Sam tu sebenarnya lelaki ke perempuan. Dengarnya kamceng sangat kau ngan dia.”
“Perempuanlah.
Ooo. Ingat lelakilah tu. Dialah yang sama dengan aku kat panggung tu kalau kau
camlah. Takpe, nanti aku kenalkan dia kat kauea.”
"Hmm,
okey…Aku akan settlekan semuanya. Kau ikut ajelah ye.” Sebenarnya dia menyangka
Sam itu adalah seorang lelaki, namun sebaliknya.
“Okey. Nanti aku
confirmkan balik pasal Sam. Manalah
tau tetiba dia ada hal, kan. Tak jadi juga.” Maisarah tersenyum gembira. Dia
amat berharap dapat membuat kejutan untuk Ibtisam, sahabat sejatinya itu. Tak
sangka juga kali ini dia bersepakat dengan Ilham untuk membuat kejutan itu.
“Okey..cantekkk.” Ilham memetik jari. Dia
tersenyum memandang Maisarah. Alhamdulillah. Akhirnya dia dan Maisarah telah
berdamai kembali. Rasanya hubungan baru yang termetrai kini lebih indah daripada
dahulu.
*****
“AM…ni aku
kenalkan, Sam.” Suara Maisarah lembut memperkenalkan sahabatnya. Ilham mengukir
senyum. Tangannya kanannya di angkat sedikit sebagai simbolik perkenalan.
Ibtisam membalas dengan anggukan.
“Saya
Ilham.” Ilham sedikit teragak-agak. Dia sepertinya tidak biasa beraku kau
dengan Sam yang baru di kenalinya itu. Ibtisam pula sudah tergelak. Begitu juga
dengan Maisarah.
“Aku..aku
Ibtisam, Aina Ibtisam.”Kini tiba giliran Ibtisam memperkenalkan nama penuhnya.
Dia agak terkejut separuh mati apabila melihat wajah lelaki itu persis Baim
Wong pelakon pujaannya. Hmm…dan rasanya dia pernah melihat wajah itu sebelum
ini.
“Oh..Aina
Ibtisam. Aku ingatkan Samsiah ke apa..Hmm..Bolehlah aku panggil kau Aina. Comel
sikit bunyinya. Macam muka kau tu.” Ilham sudah start berlawak. Padanya penglihatannya cara Ibtisam yang sempoi dan
bersahaja itu tidak menyukarkannya untuk berbual mesra. Terus sahaja dia
menggunakan bahasa aku kau memandangkan Ibtisam juga lebih selesa begitu.
“Aku
tak kisah. Aina tu pun nama aku gak. Eh, muka kau macam Baim Wong ek.” Balas Ibtisam. Terus saja dia
menyamakan wajah lelaki itu dengan pelakon pujaannya itu.
Ilham
hanya ketawa. Dia memang tidak mengenali figura itu, tetapi dia teringat akan
nama itu pernah ditulis Maisarah seketika dahulu sewaktu tersalah hantar mesej.
“Dia
tu siapa ek?” soal Ilham.
“Pelakon
Indonesia, pak.” Jawab Ibtisam selamba.
Oh, gitu ya.”
Balas Ilham turut meniru loghat kata bahasa Indonesia.
Mereka sama-sama
ketawa.
“Kita nak gi mana ni Mai?”
“Mana aku tahu.
Ikutlah mamat driver ni. Gi lombong bijih, kut.” Maisarah menjawab selamba.
Sempat juga dia berseloroh.
“Ewah-ewah Cik
Sarah kita ni. Nak gi mendulang bijih ke?” Ilham menutur kata. Ntah mengapa mulutnya terasa senang
memanggil gadis itu dengan nama Sarah. Hmm..Sedap juga panggil nama tu.
“Macam pelik je
bila kau panggil aku Sarah. Tapi kalau Im…” Maisarah tidak menghabiskan ayatnya.
Ibtisam hanya diam. Dia tahu siapa orang yang dimaksudkan Maisarah.
“Siapa Im…” soal
Ilham ingin tahu. Tetapi syaknya hanya pada seorang. Tentunya Im itu adalah
pemberi cincin Lavender.
“Imran
Ajmainlah. Alah, penyanyi tu..” Ibtisam menjawab bagi pihak Maisarah. Sengaja
membuat lawak. Dia tahu Maisarah juga tidak suka hal itu dibicarakan. Dia akan
jadi sedih.
“Oh, kau kenal
ke Imran Ajmain tu.” Ilham memandang Maisarah di sebelah.
Maisarah
mengangguk. “Geng satu sekolah tu.” Bodek Maisarah.
“Eleh..Tipulah
tu. Macam tak tahu. Kau tu kelentong aku je.” Ilham ketawa.
“Kau janganlah
panggil aku Sarah. Aku rasa macam janggal je. Pelik.”
“Pelik? Apa yang
peliknya. Kan best tu. Karang aku panggil kau Puteri Vamp...kang kau tak suka.”
“Dah tu bukan
nama aku, memanglah aku tak suka. Mak bapak aku kasi nama best tau. Izzati NurMaisarah. Apa hal tetiba jadi Puteri Vampire
pulak.” Maisarah memprotes kata. Dan dia tahu Vamp itu merujuk kepada Vampire.
Ibtisam yang
mendengar hanya mampu menahan tawa. Rupanya Ilham menggelarkan temannya itu
dengan Puteri Vampire. Hmmm..Rasanya dia tahu sebab apa. Memang Maisarah suka
mencekik orang. Tetapi bukannya cekik betul-betul, hanya aksinya sahaja.
“Oh, ye ke?
Sedap rupanya nama kau ye. Hmm…tapi aku rasa nak panggil kau Sarahlah. Rasanya
lagi best kut sebab orang lain jarang
panggil nama tu kan. Rasa special sikit.
Mula-mula kau mesti rasa tak biasa, tapi lama-lama mesti okey gak, kan. Lagipun
tu nama kau juga.” Ilham hanya mengulum senyum.
Maisarah terdiam
untuk seketika. Bicara itu benar-benar mengingatkannya pada Iman. Sewaktu
dahulu, Iman juga berkata begitu.
Maisarah hanya
menjongket bahu. “Ikut kaulah.” Namun bicara itu sekan tidak merelakan. Padanya
panggilan itu hanya sesuai untuk Iman memanggilnya.
Ilham dapat
membaca riak wajah Maisarah.
“Taklah. Aku
olok-olok je. Aku rasa panggilan tu mesti untuk orang special je kan. Aku ni siapalah. Driver je.” Ilham ketawa. Kemudian menyambung lagi bicaranya.
“Tapi, kan. Aku
rasa memang best panggil kau Sarahlah. Tapi, aku punya versi special sikit. Aku
nak panggil kau Sarahku. Rasanya lebih dekat di hati, kan. Betul tak Sam.”
Ilham menyambung kata kepada Ibtisam.
“Yup. Betul tu.
Aku setuju.” Ibtisam menyokong Ilham.
Maisarah menarik
muncung. Tiba-tiba Ibtisam pula berpihak kepada Ilham. Memanglah kau Sam…Cekik
karang baru tahu.
“Kalau korang rasa nak panggil aku ala-ala special…korang panggillah
aku..Ilhamku..Hmm..memang confirm
special. Lagi dekat di hati, kan. Tak pun.. panggil abang Am je. Memang Aiman
tak kisah.” Ilham selamba berbicara.
“Ek’eleh,
perasan. Siapa nak panggil dia macam tu.” Maisarah sudah mengetap bibir.
Ibtisam pula sudah tertawa melihat gelagat dua orang insan itu.
“Sarahku ni memang macam ni ke, Aina,” soal Ilham.
Ibtisam sudah tergelak. Tidak tahan menahan rasa yang menggelitik hatinya
lebih-lebih lagi melihat wajah selamba Ilham berbicara begitu.
Maisarah
pula menutup telinga tidak mahu mendengar.
“Apa
pulak siap tutup-tutup telinga ni. Sedap apa aku panggil macam tu.”
“Diamlah,
kau.”
“Uit, korang ni.
Sudah-sudahlah.” Ibtisam memberi nasihat sekadarnya. Dia sebenarnya masih
menahan gelak. Nampaknya temannya itu memang menjadi mangsa Ilham.
Maisarah hanya
berbuat dek. Ilham pula senang
bersoal jawab dengan Ibtisam. Ibtisam juga senang melayan. Pertanyaan Ilham
juga hanya banyak berkisar kepada kisah di waktu belajar.
Kawan-kawan
Ilham sudah sedia menanti di tempat mereka. Ada lelaki dan juga perempuan.
Menurut Ilham mereka adalah teman sekerjanya. Dari kejauhan mereka telah
melambai-lambai tangan ke arah Ilham. Ilham berjalan ke arah mereka di ikuti
Maisarah yang berjalan beriringan dengan Ibtisam. Riuh rendah suara mereka.
“Korang tengok
tu, boss kita datang bawak awek. Dua orang pulak tu. Kata je single.” Suara usikan Erry telah menusuk
ke cuping telinga. Maisarah dan Ibtisam berpandangan sesama sendiri. Mereka
hanya tersenyum, namun kemudian bereaksi selamba. Mereka tahu itu hanya usikan
kawan-kawan Ilham. Perkara begitu adalah perkara biasa.
“Banyaklah kau.
Ni bukan awek akulah. Awek orang ni tau.” Ilham telah sampai dan memberikan
tumbukan di bahu Erry. Erry tergelak besar. Begitu juga kawan-kawannya yang
lain. Mereka kemudian saling berkenalan. Nampaknya mereka semua sporting dan mesra.
Riuh rendah
suara mereka bermain. Tergelak sakan mereka apabila ada bola yang di baling
hanya berguling-guling ke dalam longkang. Apabila strike tepukan gemuruh memenuhi ruang. Maisarah dan Ibtisam
sebenarnya baru pertama kali bermain. Namun tak menghampakan juga bakat mereka,
walaupun sesekali bola hanya menjeling ke arah pin sebelum membunuh diri ke
dalam longkang.
“Ceh,
kau Mai. Gaya baling macam hero, tapi masuk longkang gak.” Ilham mengusik
Maisarah.
“Diamlah,
kau. Sibuk je.”Marah Maisarah. Mereka yang lain hanya ketawa.
“Uit,
korang perasan tak. Boss kita kalahlah hari ni. Selalu dia je yang menang,
kan,”beritahu Erry yang telah duduk keletihan.
“Betullah
beb. Aku rasa boss nervous sebab ada
awek tengok kut. Tu yang tak menjadi je strike
dia, kan. Sebab boss kalah, bolehlah kita ‘pow’ dia hari ni.”Amir pula berbicara
dalam ketawa. “Setuju” jerit yang lain.
“Oo…korang. Aku kick sorang-sorang nanti baru tahu.” Ilham sudah tersenyum sambil
menyinsing lengan bajunya yang mula melulur. Sempat juga dia menyisir rambutnya
kebelakang dengan jari-jemarinya yang runcing. Fuhh..Ada gaya. Sekali pandang
macam gaya Rain pun ada. Hitam kegemaranku…Itulah dialognya. Gaya Rain dalam
ilklan Clean n Clear.
Dia
kemudian melabuhkan punggung di sebelah Maisarah, lantas meneguk air mineral
menghilangkan lelah dan dahaga. Dia tersenyum puas.
“Ngumpat aku
ea.” Tegur Ilham apabila dia melihat Maisarah yang asyik berbual dengan
Ibtisam. Maisarah hanya menjungkit bahu. “Takde apa-apalah, boss.”Jawab Maisarah selamba.
“A..eh budak ni.
Tadi kata nak panggil aku, abang Am. Ni panggil aku boss pulak. Sejak bila pula kerja ngan aku ni. Sedap-sedap je
panggil aku boss.” Ilham sudah
tersenyum sumbing dapat mengenakan Maisarah.
“Habis dia orang
tu panggil kau boss, aku ikut
ajelah.”Balas Maisarah seperti tidak mahu kalah.
“Kau tau boss tu apa? ‘Budak Ofis Smart n
Stailo.’ Aku lah tu.”Ilham sudah tertawa. Memang gayanya agak stailo.
Maisarah sudah
mengomel sendiri. Ibtisam pula sudah menahan tawa.
“Okey. Korang. After sembahyang Zohor nanti kita kumpul
balik. Kita pergi makan-makan.” Dia mengenyit mata sebagai memberi isyarat.
“Okey,
boss.”jawab kawan-kawannya hampir serentak.
Semasa menuju ke
tempat makan, Maisarah sempat berbual dengan Arfa, salah seorang rakan sekerja
Ilham.Menurut Arfa, Ilham adalah seorang bossyang baik dan sportingwalaupun kadang-kala sikap barannya muncul. Sebenarnya dia
bukanlah boss kepada kompeni, tetapi boss kecil, iaitu coordinator kepada mereka. Boss itu juga adalah gelaran kepadanya.
‘Budak Ofis Smart ‘n’ Stailo.’ Walaupun pamakaiannya ringkas, ia tetap smart dan stailo.
Hati Maisarah
tergelitik sendiri.Dia memang tidak tahu Ilham bekerja di sebuah kompeni
animasi. Semasa dia bergelar ‘girlfriend’
Ilham, dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ilham juga tidak
bercerita. Pada waktu itu dia mengharapkan agar mereka segera berpisah. Namun
tak sangka juga mereka pernah bercouple
hampir sebulan sebelum semuanya berakhir.
Mereka telah
sampai ke tempat yang dimaksudkan. Mereka juga telah memesan menu. Namun
Maisarah masih tidak melihat kelibat Ilham. Maisarah tahu Ilham bakal membuat
kejutan untuk Ibtisam, namun dia sendiri tidak tahu apa kejutan yang bakal di
lakukan. Sepertinya tiada apa-apa yang special.Tidak
lama kemudian ada seorang pelayan datang membawa kek ke meja mereka. Suara
mereka sudah kembali memecah suasana. Ibtisam sudah terkejut separuh mati. Tak
sangka mereka membuat kejutan untuknya. Namun tidak terkecuali Maisarah. Nama
Ilham juga tertulis di atas kek tersebut. Happy
Birthday Aina & Ilham. Sweets Memory.
‘Alamak birthday dia juga ke. Kenapa aku tak tahu.’
Bisik Maisarah di dalam hati.
“A’ah…birthday boss esoklah. Aku pun lupalah.
Patutlah ada nama dia sekali.” Suara Zaim pula kedengaran.
“Mana
pulak boss ni. Tak sabar aku nak
makan kek ni.”seloroh Erry. Sebenarnya dia tahu akan keberadaan bosnya. Mana
tidaknya. Mereka yang merancang bersama.
Tidak
lama kemudian kedengaran sesuatu menerjah ke cuping telinga. Bunyi petikan
gitar melodi lagu ‘Happy Birthday’.Maisarah
mencari arah melodi itu. Rupa-rupanya Ilham yang memetik gitar itu. Maisarah
sudah separuh terkejut. Rancangannya ingin membuat kejutan untuk Ibtisam, tapi
tidak sangka dia juga terkejut dengan kejutan yang dirancang oleh Ilham.
“Pergh,
Mai. Bangganya aku. Ada orang mainkan gitar untuk aku. First time tu.Kau tak jealous
ke?”Ujar Ibtisam sambil menyigung lengan Maisarahdi sebelahnya.
“Buat
apa nak jealous. Aku bukannya ada
apa-apa dengan dia. Apa-apa pun, happy
Birthdayuntuk kau ye Sam. Sayang kau.” Mereka berpeluk mesra.
“Alah,
jealousnya aku,Mai. Kau peluk Sam je
ye. Aku kau tak nak peluk ke?” seloroh Ilham. Maisarah sudah menjeling tajam.
Dia sudah menggenggam buku limanya. Mereka yang lain sudah ketawa.
“Uit, Mai. Jealous tak tengok nama aku ngan Aina,”bisik Ilham.
“Buat apa nak jealous. Apa-apa pun ‘Happy Birthday’kat kau jugak.Kenapa tak beritahu esok birthday kau.”
“Kenapa nak
tahu? Sarahku nak kasi Abang Am hadiah ke?” Ilham sengaja bergurau memanaskan
hati. Maisarah menjeling lagi. Hmm..Memang nak kena budak ni. Kalau tak kenakan
aku, memang tak sah.
Mereka yang lain
kembali ketawa melihat telatah mereka berdua.
Maisarah
bengang. Merah padam juga mukanya.
“Uit, korang. Mai kata dia nak nyanyikan satu
lagu,” beritahu Ilham kepada yang lain. Dia sengaja mencari nahas mengenakan
Maisarah. Ibtisam hanya mampu menahan tawa melihat kawannya itu menjadi mangsa
buli Ilham.
‘E’eh, budak ni
kan. Sengaja nak cari pasal. Cabar aku ea. Ingat aku tak berani ke.’Desis hati
Maisarah.
“Okey. No hal.
Memandangkan ni birthday Sam dengan
kau, aku okey je.” Mereka yang lain sudah bertepuk tangan. Ilham tersenyum
lebar kerana tiba-tiba Maisarah menjadi begitu sportingdan berani menerima cabarannya. Dia tahu Maisarah tidak
mahu kalah dengannya. Dulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Tidak lama kemudian
Maisarah melontarkan suaranya. Dia menyanyikan lagu selamat hari lahir dalam
bahasa Korea. Mereka yang lain bertepuk tangan.
“Wah,
tak sangka juga dia ni suara sedap.” Celah Erry.
Ilham tersenyum.
Tak sangka Maisarah menerima cabarannya itu.
“Cayalah, kau
Mai.” Ibtisam menepuk bahu Maisarah. Memang dia tahu temannya itu memang
menggemari drama Korea.
Maisarah
mengurut dada sendiri. ‘Fuhhh. Gila ah.
Tetiba aku boleh pulak nyanyi kat depan dia
orang ni. Cam tak caya je.’
“Okey,
sekarang giliran kau pula boss,” Ujar Erry sambil menunding jari ke arah Ilham.
“Aii,
aku pun kena juga ke?Apa class…Birthday
aku ni. Koranglah yang patutnya nyanyi sekarang ni.”
“Alah,
boss. Sportinglah sikit. Gitar ada
kat tangan tu. Nyanyilah satu lagu.”
“Lagu
apa? Lagu Tiga Kupang?” soal Ilham.
“Lagu
lainlah boss. Tu lagu budak tadika.”
“Dan..dan..je
aku yang kena.”
Akhirnya
Ilham menyanyikan sebuah lagu. ‘Lagu Kenangan Terindah.’Mereka juga turut
menyanyi bersama. Sememangnya ia menjadi satu memori indah untuk dikenang.
Klikk...’ Foto kenangan
menjadi ingatan.
Selepas
majlis, mereka bersurai. Namun Ilham dan beberapa orang teman lain masih rancak
berborak.
Kebetulan
Ibtisam ingin membeli barang, maka mereka pergi berdua. Maka, ada cerita antara
mereka berdua.
“Emmm…Mai.
Betul ke kau dengan Ilham tu kawan biasa je. Aku tengok kau dengan dia tu lain
macam je. Macam ada yang special.”
Ibtisam memandang Maisarah.
“Kawan
biasa jelah. Mana ada apa-apa pun.”
“Kau
masih tunggu Iman ke?” soal Ibtisam lagi.
“Ntahlah,
Sam. Aku pun tak tahulah.”Sayu suara itu kedengaran.
“Ikut
suka hati kaulah, Mai.Aku sebenarnya kesian tengok kau. Macam menunggu buah tak
gugur. Tapi..Aku tetap doakan yang terbaik untuk kau. Hmm..Kau takde apa-apa
perasaan ke kat si Ilham tu?”
Maisarah
menjungkit kening. Dia ketawa.
“Perasaan. Confirm ada. Menyampah kau tahu. Suka beno cari pasal dengan aku. Kau pun
nampak, kan. Geram aku. Rasa nak cekik-cekik je.” Maisarah membuat gaya. Kalau
dia bercakap tanpa aksi dan gaya, hmm..memang bukan Maisarahlah tu.
“Ye ke
menyampah. Jangan-jangan menyampah kat mulut je tak.” Ibtisam sengaja bermain
kata mengusik Maisarah.
“Kau ni saje je
ye.” Lengan Ibtisam di pukul.
“Takdelah. Aku
saje je tanya. Emm..maknanya lambat lagilah aku nak tunggu nasi minyak kau.”
Seloroh Ibtisam sambil menggosok lengannya yang dipukul Masiarah.
“Ek’eleh minah
ni. Ke situ pulak dia. Kau tu pun bila lagi? Cakap orang. Nanti masa majlis
aku, aku tak wat nasi minyaklah. Aku plan
nak wat nasi ambang je. Hehe. Okey gak, kan.”
“Aik, dah ada
perancangan nampak.”
“E’eh, minah
sorang ni. Aku tunggu kau dulu. Aku ni single
lagi tau.”
“Eh, aku pun single juga tau.”
“Ehemmm…Aku pun single juga.Single trang..tang..tang..tau.” Tiba-tiba satu suara muncul di
antara mereka. Ilham. Entah bila masa dia muncul di belakang mereka.
“Menyibuk je.
Tetiba menyampuk.” Maisarah sudah menarik tangan Ibtisam bersamanya.
“Eleh, Sarahku
ni.”
Maisarah sudah
mengetap bibir. Matanya sudah menjeling Ilham.
“Alahai, Sarahku
ni. Tu pun nak merajuk. Taknak genglah
macam ni. Baik aku geng dengan Aina.
Aina, kau genglah dengan aku. Takyah
geng dengan ‘Sarahku’. Dia tu kan suka merajuk.”
“Oppss…” Ibtisam
mengangkat kedua belah tangan. “Korang janganlah gaduh oii. Kata baru je
berdamai. Ni, tak pasal-pasal aku terlibat. Ilhamku..Aku cuma nak cakap je. Aku
tetap dengan Sarahku.” Ibtisam meluah kata. Namun sengaja juga dia bermain
kata. Sekadar bergurau. Ilhamku..Sarahku…hehe…
Ilham sudah
tergelak. “Yess..Aina memang best.”
“Kau ni pun sama
Sam. Apa Ilhamku..Sarahku…ni. Kau dah terpengaruh dengan dia ke?” Suara
Maisarah seakan marah dengan Ibtisam.
“Sorry. Aku saje je gurau, Mai. Kau ni
janganlah sensitif sangat. Dulu kau tak macam ni pun. Selalu kalau part-part macam ni mesti kau gelak-gelak
je.” Ibtisam membuat muka sedih memujuk Maisarah. Hmm..memang betul kata Ilham,
Maisarah sekarang kuat merajuk. Kalau dulu, merajuk-merajuk ni bukan cara
Maisarah. Hmm..pelik..pelik..
Maisarah
masih berdiam diri.Ibtisam jadi serba salah.
“Aku
pun gurau je Mai. Sorry.” Ilham
segera meminta maaf. Jangan hanya kerananya dua orang sahabat itu bergaduh.
Maisarah
tiba-tiba tersenyum. Dia menepuk bahu temannya. “Ha..ha..Takut kau ek. Aku
okeylah. Cuma tersensitif sikit je.” Maisarah segera mematikan rajuknya. Dia
tahu Ibtisam hanya bergurau.
Ibtisam
tersenyum lega. Takut juga dia sebenarnya sebab Maisarah tidak pernah begitu
dengannya.
“Aku
ni..kau maafkan tak.” Ilham menyoal Maisarah.
Lembut suara itu menusuk kalbu Maisarah.
“Kau..Ilhamku..
It’s okeylah. Tapi jangan panggil aku macam tu lagi. Pelik gila.” Maisarah
sudah ketawa. Akhirnya dia pun terpengaruh juga.
“Kau
Ilhamku…Lagi tak boleh blah…Dah macam
lagu Mai Bai pulak…” Ilham juga ketawa diikuti Ibtisam.
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu…
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu…
Ilham sekadar menyanyi beberapa
baris lagu itu.
“Dah…Sibuk
pulak di nak nyanyi.” Ujar Maisarah.
“Jealouslah tu aku nyanyi sedap. Tapi
rasa speciallah kau panggil macam tu.
Macam aku ni pakwe kau pulak.”
“Eii, jangan nak perasan ea.” Maisarah
membalas kata.
“Ilhamku…Ainaku…Sarahku…Amacam
best tak.” Ilham masih menyambung
kata.
“Dah…dah..Kau
jangan nak melalut ke lain. Sekarang dah takde
Ilhamku..Ainaku..Sarahku..Sekarang yang ada Am..Aina..Mai..Takyah ku..ku nya.”
“E’eh, Sarahku
ni. Ku tu mesti ada…”
Tiba-tiba
Maisarah tergelak sebelum Ilham menghabiskan bicaranya. Dia cepat menangkap
kata.
“Kutu mana
pulaklah ni.” Maisarah memotong kata dengan muka selamba.
“Alah, Mai. Kau
ni saja je. Maksud aku..KU…yang kat belakang ayat tulah. Apahal pulak kutu.”
“Eleh, aku
tahulah. Ingat aku ni tak pandai ke.Aku saje jelah.”
“Yelah, Sarahku
sayang.” Ilham tersenyum meleret. Maisarah pula membuat muka bengang dan
Ibtisam pula tergelak di dalam hati. Haa..Ambik kau…siap ada sayang lagi.
*****
“SEBELUM aku terlupa, ni ada something untuk kau. Aku harap kau
simpanlah. Bila tengok tadi cute lah
pulak. Tu yang aku beli. Satu untuk kau, satu lagi untuk aku.” Ilham
menghulurkan sesuatu kepada Maisarah. Pemberiannya bersambut. Maisarah membelek
hadiah kecil itu. Rantai kunci model kereta F1 bersama sebuah botol kapsul
kecil berwarna biru. Sememangnya comel. Dia menggemarinya. Pada botol kapsul
itu tertulis perkataan MAI.
“MAI?”
soal Maisarah sambil menunjukkan tulisan kecil yang tertulis pada botol kapsul
yang comel itu.Ilham tersenyum.
“Nama
kaulah. Nama aku pun boleh juga.” Jawab Ilham pendek. Maisarah masih tidak
mengerti.
“Apa
kena mengena nama kau dengan MAI. Jauh panggang dari api. Iras-iras pun takde.”
“Stand for Muhammad Aiman Ilham. Nama
aku. Itulah kau. Takkan itu pun tak tahu. Kurang cerdiklah kau ni.” Ilham
tertawa perlahan.
“Ewah-ewah,
sedapnya mulut kau bercakap. Kau tak pernah beritahu pun ea.”Maisarah hanya
tersenyum. Sememangnya lelaki yang pernah menjadi ‘boyfriend’nya itu memiliki
nama yang indah. Seindah wajah pemiliknya.
Maisarah
membelek-belek pada rantai kunci yang diberikan Ilham. Dia tersenyum. Ilham
seperti mengetahui minatnya. Dia terfikir sendiri. Esok hari lahir Ilham dan
esok juga hari lahir Iman. Maisarah hanya mampu mengeluh di dalam hati. Mengapa
dua orang insan itu seakan saling berkait.
“Thanks. Patutnya aku yang kasi kau
hadiah, ni terbalik pula. Next time
kalau ada rezeki, aku belikan ye. Tapi tak janji lah. Okeylah. Aku naik dulu
ea. Apa-apa pun, happy birthday. Terima kasih. Assalamualaikum.” Maisarah
menguntum senyum.
“Waalaikumsalam.
Okey, see you next time.Sarahku.”
Ilham meleret senyum.
‘E’eh,
Ilhamku ni…’ Maisarah hanya menuturkan kata di hati. Dia turut tersenyum.
*****
“MUHAMMAD AIMAN
ILHAM. Nah hadiah birthday kau. Aku
main beli je. Aku bukan tahu kau minat apa.” Maisarah menghulurkan sebuah topi
berwarna putih dan mempunyai lambang BMW di hadapannya. Ingin juga dia melihat
Ilham bergaya dengan topi. Mesti smart.
“La,
kau ni Mai. Buat susah-susah je. Betul ke kau kasi aku ni.”
“Yelah.
Ingat aku main-main ke?”
“Thanks.Tak sangka kau kasi aku hadiah.
Terharunya.” Ilham melebarkan senyum. “Boleh nangis aku macam.”
“Eleh, poyo kau.
Gedik.”
“Apa
gedik..gedik.. Cool, beb.”
Mereka ketawa.
“Eh,
Am.Aku nak tanya kau ni. Kau jangan marah ea. Hmm..Kau ada MP4 warna hijau
epal, tak?” soal Maisarah tiba-tiba. Sebenarnya sejak malam tadi dia memikir.
“Hmm..Ada.
Kenapa? Dah lama dah. Tapi still boleh guna lagi. Kenapa? Nak pinjam?” soal
Ilham. Pelik juga dengan pertanyaan Maisarah. Tiba-tiba je tanya pasal MP4.
Maisarah
masih terfikir-fikir. “Eh, taklah. Bukan nak pinjam. Ermm..Takpelah. Takde
apa-apa. Saje je tanya. ”Maisarah mematikan bicaranya. Dia ragu-ragu.
“Kau
nak tanya apa ni sebenarnya. Tanya jelah. Mesti ada something,kan.” Ilham
memandang wajah Maisarah. Dia juga tertanya-tanya. Kenapa dengan MP4 warna
hijau epal?
“Takdelah.
Takde apa-apa.”Maisarah menafikan kata.
“Baik,
cakap.”
“Takdelah. Sebenarnya
aku teringatkan sesuatu. Kisah lama.” Jari telunjuk Maisarah bermain di dagu.
Dia tersenyum sendiri. Dia berkongsi cerita. “Aku dulu pernah ‘terdating’ dengan sorang mamat ni. Namanya
Aiman. Dia kerek sikit. Pastu dia ada MP4 hijau epal. Dia ni…”
Ilham sudah ketawa. Dia
juga sudah mengingat sesuatu.
Maisarah
memandang Ilham. Matanya dibesarkan. Jari telunjukknya menunding pada Ilham.
Sepertinya dia mendapat klu.
“Tak
sangkanya aku. Dulu tu kau ea. Budak yang ‘blur’ tu. Yang kau tanya surau tu,
kan. Pastu kita pergi sama-sama, kan? Betul tak.” Ilham membuka bayangan kisah
lalu.
“A’ah.”
Maisarah mengangguk. “Jadi..Aiman tu…”
Ilham
ketawa lagi.“Aduhai..Kecilnya dunia.
Memang akulah tu. Tak sangka ek. Dulu kita dah pernah jumpa rupanya.
Siap berdating lagi. Hai, kelakar je.
Masa tu kau baru masuk universiti, kan.”
Maisarah
mengangguk. “Masa tu kau macam berlagak gila. Duduk senyap je sambil dengar
lagu. Kau tahu aku gelarkan kau apa masa tu. Robot MP4 hijau epal.”Maisarah
tertawa sendiri. Kalau diingat balik memang dia berasa kecil hati. Geram dengan
lelaki itu.
“Sweet gila kau gelar aku macam tu.
Hai..Berjodoh rupanya kita ni.”
“Tulah,
pasal. Bila hari tu kau kata nama kau
Aiman, fikiran aku terus teringat Aiman yang dulu tu. Rupanya memang kau. Tak
sangka betul. Rupanya kau ni memang kerek, ek.”
“Bukan
kereklah. Cool.”
“Perasanlah
kau cool.”
Mereka
sama-sama ketawa. Kelakar pula bila mengenang kisah lama. Terasa manis apabila
dikenang kembali.
No comments:
Post a Comment