Wednesday 17 September 2014

Cerpen - Aku Punya..CINTA





INI kisah aku. Aku Dinara Safina. Orang kata wajahku comel bak Jang Nara. Aku pun perasan juga.Status aku masih anak dara.Prinsip hidup, cool tanpa cinta.Namun adakah aku tetap cool setelah hadir cinta pertama?
“Ish..Kenapa ni?  Macam pelik aje bila rasa mata kanan aku ni bergerak-gerak. Ada orang tua-tua kata, tu tandanya nak tengok orang. Erkk…macam annoying aje.Nak tengok siapa? Bakal S..? Oh, tidak! Itu tak mungkin.Aku takkan percaya semua tu. Tapi apa yang aku dapat  rasa, ada orang sedang mengumpat aku. Cuma tak tahu mengumpat baik ke..mengumpat tak baik.”
“Tengok tu. Dia bergerak-gerak lagi. Aii..Ni sudah lebih. Siapa yang mengumpat aku ni hah?!”Aku terus tekan-tekan kelopak mata sambil urut-urut juga. “Kalau berani, tunjuk mukalah.Ni tidak.Umpat-umpat.Parahnya, kelopak mata aku yang bergerak-gerak.Tengok tu, bergerak-gerak lagi. Adoii mak…”

*****
“DINARA SAFINA!” Panggilan itu membuatkan aku menghentikan langkah dan menoleh dengan gaya slow motion. Ceh..Rasa macam buat iklan syampu pula. Kebetulan juga ada petikan gitar sebagai muzik latar entah dari mana. Daun-daun kering pula berterbangan membawa suasana romantik ala-ala drama Korea. Tiba-tiba..
 “Eh…”
Sebiji belon berwarna putih terliuk-lintuk terbang rendah mendekati. Ceh..Macam belon cari tuan. Pandai. Ni guna alat kawalan jauh ke? Aku gelak sendiri. Namun belon itu aku ambil.
~AWAK CINTA PERTAMA SAYA~
Terkejut aku apabila membaca. Tiba-tiba ada belon jatuh cinta pada aku. Haha..Kelakar.
            “Saya malas nak bercintalah wahai encik belon.” Aku kemudian mengikat belon itu di sebuah bangku berdekatan. Tak nak terima cinta si belon.
            “Tapi tak apa. One kiss for you. Okey, chowww! Bye-bye encik belon.”

*****
“KAU ni tak nak bercinta dengan sesiapa ke Nara?Aku tengok kau ni senyap aje.”
Aku terus terbatuk-batuk. Terkejut apabila Tiz mengutarakan soalan sebegitu.Entah mambang mana yang merasuk, soalan cepuemas itu yang ditanya. Macam tak ada topik lain. Lepas tengok filem Transfomers yang penuh dengan aksi dan robot-robot, boleh pula tanya soalan berunsur CINTA. Tak rock langsung! Dahlah tadi encik belon cinta datang pada aku. Macam bawa petunjuk aje.
“Eii..Poyonya soalan kau.”
            “Okey apa soalan aku.Aku bukan apa. Aku tengok kau ni solo aje. Tak teringin ke nak ada suami di sisi yang menjadi tambatan hati.Kau kan dah nak masuk fasa 30-an. Cuma muka kau tu ajelah muka budak-budak.Usyar-usyarlah lelaki sejati kat luar tu untuk dijadikan teman hidup agar bersinar sikit hidup kau.”
            Erkk..Aku urut leher. Terasa tekak kembang loya mendengar ayat Tiz yang penuh bunga-bunga.
            “Kenapalah kau urut-urut leher Nara oii.Nak muntah ke?”
“Haa..Tau tak apa. Memang dah nak termuntah hijau dengar bicara kata manis berteman bunga-bunga nan indah dari mulut kau tu. Eiii…”
“Eii..kau kata. Kau jangan Nara, nanti kau dah tersangkut tak adanya nak eii..eii..bagai. Cinta tu akan buat hidup kau jadi lain tau. Percayalah. Indah..Manis..Bahagia..”
“Kau ni macam Mak Jemah. Kepoci lebih. Eii..Kau tak payahlah nak lebih-lebih Tiz oii.”
“Aku cakap ni betul Nara. Aku kan dah laluinya, cuma jodoh aku dengan arwah suami aku tak panjang.Kau Nara…Cubalah cari.Kalau tak cari, tak jumpa.”
“Ala..Kalau dah tiba masanya nanti, mesti muncul orang yang akan jadi laki aku tu.Buat apa aku nak pening. Bercinta ke tak, tu lain kiralah. Aku nak cari sendiri, memang tak ada maknanyalah. Dan kalau orang tu dah jodoh aku, aku akan terima seadanya tanpa kompromi. Titik! Senang kan?”
            “Wah!Semudah tu?”
            “Harapnya mudahlah.Aku bukan apa, karang aku cari sendiri terberkenan kat jejaka yang terlebih kacak, pula tu ramai awek… tak ke merana hidup aku. Silap-silap laki orang, lagi parah. Kena simbah asid karang muka comel aku ni.” Aku gelak sendiri. Saja suka melawak.
“Betul juga tu kan.”
“Tapi, kalau susah sangatlahkan… aku suruh aje mak atau abah aku carikan. Haa..Senang.Tak payah pening-pening kepala.Confirm dapat restu.”
            “Aku rasa kalau orang lain carikan lagi pening Nara oii. Yalah.Tak kena dengan jiwa dan citarasa. Susah tau. Macam mana kau nak semai perasaan cinta macam tu.”
“Alah..Macam tanam pokoklah. Tanam dekat tanah..lepas tu letak baja..siram air..”
“Wah! Wah! Wah! Ingat sesenang itu ke cik Nara oii.”
Aku sengih. “Aku buat lawak ajelah.Aku tahu tak semudah tu pun.Tapi, tak apalah.Kita tengoklah ajelah siapa bakal pemilik cinta hati aku nanti.Apa yang pasti orang tu akan menjadi cinta pertama aku. Hihi..Rasa macam sweet jugalah kan. Lepas tu bolehlah buat kerja gila, tiap-tiap hari aku nak tulis ayat cinta kat sticky note. ~ YOU’RE MY LOVELY IN MY HEART. I LOVE YOU FOREVER. Lepas tu tampal kat dada dia. Gempak sikit. Agaknya boleh tak dia sayangkan aku seumur hidup kalau aku buat macam tu?”
Tiz terus gelak tak sudah. Siap keluar air mata. Hampeh punya kawan! Ada ke ketawakan aku.
“Hey! Ingat lawak ke apa yang aku cakap tu? Aku cakap betul apa?!”
“Betul! Betul! Betul! Memang betul pun.Tapi aku terkejut sebab pandai pula kau berjiwang. Aku ingat hati kau hati batu-bata. Yang paling tak boleh blah tu, siap nak tampal sticky note kat dada laki kau. Haa..Advance betul pemikiran kau Nara.Aku pun tak terfikir macam tu. Nampak sangat kau ni berbakat jadi penggoda laki kau nanti.” Tiz tepuk bahu aku dengan tawa yang masih terburai. “Aku akan support kau dan cinta pertama kau. Percayalah Nara. Satu perkara yang buat aku faham tentang orang yang berhati batu-bata ni, kata-kata cinta dia lagi power dari orang yang pakar cinta.”
Aku terus angkat buku lima ke hadapan muka Tiz. Panas pula hati bila tengok Tiz masih ketawa. Dahlah over terlebih-lebih.
Cool, beb..Cool.Janganlah sampai naik penumbuk tu.Nampaknya hati batu-bata kau dah nak runtuh ni Nara. Tak coollah jiwa kau lepas ni.” Tiz masih mengusik.
Bukk! Ambik kau! Aku beri penumbuk kat belakang Tiz. Namun Tiz hanya ketawa.
“Aku tengok kau dah ada kemajuan.”
“Kemajuan?Kemajuan apa?” Aku macam biasa. Blur.
“KPH. Kemajuan Pembanguan Hati. Semoga berjayalah ya cik Dinara dengan cinta pertama. Mesti sweet cinta kau. Alololo…Aku pula yang jadi tak sabar.”
Aku hanya menjeling tajam. Memang nak kena lagi Tiz ni. Grrr…
Sejak saat dan ketika itu, hati aku mula rasa berdebar.Adakah kerana hati aku sudah kena tempias CINTA?
Aku teringat kembali kata-kataku kepada Tiz. “Adoi, mak..Tiba-tiba aku baru tersedar apa yang aku cakap tadi.  Live pula tu keluar dari mulut aku. Patutlah aku dapat standard KPH dari Tiz. Ada kemajuan rupanya. Eii..Yuckkk!” Aku rasa geli-geleman sendiri.
“Emm…Okey..Apa-apa pun aku nak orang jauh. Aku tak nak orang dekat sekampung.Macam tak syok aje.Kalau jauh, balik kampung ada feel sikit.” Tiba-tiba otakku melangkau perasan hati.
Alamak! Kenapa ni? Otak aku dah mula nak fikir tentang sesuatu yang ada kena mengena dengan future life ni. Ni Tiz punya pasallah ni. Tiba-tiba tadi tanya pasal cinta.Dah otak aku terpengaruh. Oh, tidak!
Haish..Waktu ni pun asyik teringat kat belon cinta tu. Macam ada kena mengena aje. Eiii…Tak sukanya!
Akhirnya aku berbicara dengan hati sendiri.Nasihat kepada otak dan jiwa yang mula tak tenteram.“Okey, Dinara. Basuh otak dan hati kau tu. Jangan fikir pasal tu lagi.Cool, okay!!”

*****
Dua hari kemudian..
AKU dikejutkan dengan sesuatu yang menyentap jiwa cool aku. Emak kata ada orang dah berkenan dengan aku. Oh..Apakah…?? Aku tak mahu percaya.
“Mak..Mak cakap apa tadi? Macam tak dengar pula telinga Nara ni mak.”
“Takkanlah tak dengar Nara oii. Ke jiwa cool kamu tu dah sentap.” Pandai pula emak meneka.Bak kata orang, seorang emak memang tahu isi hati anaknya.
“Wak Deris geng abah kat masjid tu berkenan kat kamu.Dia berhajat nak dapatkan kamu dengan anak dia, si Darwish.Itulah namanya kalau mak tak silap.Mak fikir baik kamu terima aje, Nara.Senang.Wak Deris tu pun baik orangnya.In Shaa Allah anaknya pun baik-baik juga.”
Errkk..Aku terkelu bicara untuk kali kedua.Nampaknya ekspresi terkejutku kekal sama seperti kali pertama mendengar khabar itu.
“Ish, tiba-tiba aje! Eii..Tak naklah!”
“Mak bukan apa. Kamu tu pun dah umur berapa. Dah alang-alang ada orang bertanya ni, janganlah terus tolak. Fikirkanlah dulu.”
“Ala..Mak..Tak payahlah ea. Macam tak bestlah tiba-tiba aje ada orang berkenan nak jadikan Nara ni menantu. Nara ni bukannya baik sangat pun. Yang peliknya macam mana Wak Deris tu tiba-tiba sampaikan hajat nak rekemenkan Nara kat anak dia tu? Hah…Dia kenal Nara ke? Nara pun tak kenal sangat Wak Deris tu. Lagilah anak dia tu. Eii..Tak naklah Nara. Suruh dia cari orang lainlah. Kan ramai awek-awek cun kat kampung ni. Tak kenal tiba-tiba berkenan. Apa kes!”
“Tak baik cakap macam tu Nara.Cubalah dulu. Belum cuba, belum tahu. Ni Wak Deris nak tahu jawapan kamu.Okey ke tak?”
“Hah? Nak jawapan? Sekarang pun dah ada jawapan mak. Confirmlah tak nak.”
 “Mak nak kamu fikir dulu. Ambil masa.”
“Dah ada jawapan, buat apa nak fikir. Nara tak naklah mak.”
“Kalau mak nak juga dia jadi menantu mak macam mana?”
“Alaa…Apa ni mak. Orang dah tak nak mak janganlah ngada-ngada nak berkenan. Mak ni saja je nak buat jiwa Nara kacau tau.”
“Fikir ajelah dulu. Try and error.”
“Eii..Macam orang tu barang apa je nak suruh try and error. Yalah..Yalah..Nara fikir dulu!” Keputusan dijawab dengan hati kekal memberontak. Sebenarnya malas nak bertekak dengan emak sendiri. Tak baik naa..Nara kan anak yang baik.
“Okey.Good girl anak mak ni.”
“Eh, mak ni. Speaking London pula dia.”
Kini, hati dan perasaan aku mula tak tenang.Termenung dan memikir.Baring atas katil beralaskan tilam empuk juga mengundang rasa tak tenteram di hati. “Aduhai..Kenapalah tiba-tiba di saat dan ketika ini ada orang berkenan kat aku ni? Tak suka betullah. Nak tolak, tapi mak macam berkenan aje nak jadikan orang tu menantu. Eii..Dalam dilema aku dibuatnya. Tapi kalau aku setuju…maknanya orang tu akan jadi suami aku ke? Lepas tu nak kena goda dia. Eii…Geli-geleman aku rasa. Wekkk!”
Aku diselubungi resah.“Nak kongsi cerita dekat Tiz ke tak ek? Emm..Tak payahlah.Baik rahsiakan dulu.Karang dapat standard KPH tahap 2 pula.Campur gelak dia lagi, makin buat aku stres adalah.”
Akhirnya aku buat keputusan untuk tidur. Selamat boleh tidur. Haha..Sebabnya aku memang hantu tidur. Zzzzz
*****

PAGI yang indah. Aku tersenyum. Yeahh..Otakku dah tak terfikir dah pasal ‘watak baru’ yang ingin muncul dalam hidup aku.Baguslah. Hati boleh cool kembali. Namun, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan.Andai itu takdir yang telah diatur, maka itulah yang terjadi.
“Haa…Nara. Kamu dah ada jawapan ke? Pagi tadi abah jumpa Wak Deris masa solat Subuh kat masjid. Dia ada tanyakan lagi jawapan kamu.” Abahku tenang memberitahu. Sememangnya abah menjadi wakil penyampai hajat hati ke hati.
Erkk..Terkelu terus lidah aku. Terus tak jadi nak suap nasi goreng ke dalam mulut.Huh! Memang tak boleh nak buat hati aku cool.
“Alahai pak cik Deris oii. Cepat sangat menanyakan jawapan. Padahal baru tanya semalam. Relakslah dulu pak cik. Saya ni terkejut lagi pak cik.Pak cik nak tahu sangat jawapan saya..emm..anak pak cik macam mana pula? Dia okey ke? Entah-entah kena paksa dengan pak cik.” Aku mula buat dialog sendiri dekat kepala.
“Apa yang kamu mengelamun tu Nara? Tak payahlah pening memikir. Terima ajelah.Senang cerita. Mak pun rasa senang hati kalau kamu terima dia.”
“Ish, mak ni. Mak pun tak kenal dengan si Darwish tu, macam mana mak senang hati sangat nak Nara terima dia. Ni melibatkan masa depan Nara tau mak.”
“Naluri mak yakin si Darwish tu boleh jaga kamu. Kalau dah memang jodoh kamu, kamu tentang macam mana pun dia datang kepada kamu juga. Sebab tulah mak suruh kamu cuba dulu.Tapi kalau mak jadi kamu, mak setuju aje. Sebab bila abah cakap pasal ni, hati mak senang aje terima. Macam dah beri petunjuk.”
“Tu hati mak, sekarang ni hati Nara. Mana sama?”
“Alah Nara. Terima ajelah. Abah pun boleh terus beritahu kat Wak Deris tu. Senang. Taklah orang tu asyik menanya aje.”
Aku tarik muncung. Memang buruk perangai.
“Abah tak paksa kamu Nara.Kamu fikirlah dulu.”Sememangnya abah memahami situasi yang aku hadapi. Pada abah biarlah keputusan itu dari hati aku sendiri. Sebabnya ia melibatkan soal masa depan aku. Bukan hanya untuk bersama sehari dua, tapi untuk selamanya.
Aku angguk. Berterima kasih pada abah. Selamat abah sangat memahami. Aku buat keputusan untuk solat istikharah agar diberikan petunjuk.

*****
Di pejabat..
JANTUNG aku berdebar tak tenteram sejak di awal pagi.Tak best betul rasa.Petanda apakah ini??
Telefon bimbit kini berdering. Tengok nombor…
“Alamak! Ni nombor rumah talian Telekom.Jangan-jangan…” Otak aku sudah dapat menangkap sesuatu.“Arghh..Sudah!”Akhirnya aku terpaksa juga menekan butang hijau dan menjawab panggilan dengan tenang.
“Assalamualaikum…Ni Nara ke?” Kedengaran suara ceria di hujung talian. Aku seperti dapat mengagak siapa empunya diri berdasarkan suaranya.
“Waalaikumsalam.Ya..Nara bercakap.”Lembut bahasa aku membalas.
“Nara kenal tak siapa yang bercakap ni?” Suara ceria berteman gelak itu terus bergema ke telinga.
“Hihi..Tak kenallah.”Aku saja buat-buat tak kenal. Sambil itu aku gelak-gelak juga. Hakikatnya aku memang hanya kenal empunya diri pada nama sahaja.
“Ya ke tak kenal? Pak cik ni abahnya Darwishlah.Wak Deris. Abah Nara ada beritahu apa-apa kat Nara tak pasal hajat pak cik.” Wak Deris bercakap dengan gayanya.Memang suka gelak-gelak kat hujung kata.Alolo..Comel pak cik.
“Hihi..Ada.” Aku jawab juga dengan gelak-gelak manja. Entah mengapa, secara automatik aku mendapat keserasian apabila bercakap dengan abahnya Darwish walaupun untuk pertama kali.
“Darwish ada mesej atau telefon Nara tak?Pak cik dah kasi nombor telefon Nara kat dia.”
“Oh ya ke?Tak ada pula.”
“Darwish tu kayulah. Kalau orang tak mula, dia pun buat senyap aje.Tak pun Nara aje mesej atau telefon dia tu.” Wak Deris gelak lagi.
Haha..Aku pun ikut gelak-gelak manja.Rasa seronok pula mendengar abahnya Darwish ketawa.Ketawa sambil kutuk anak sendiri.Dah rasa macam geng pula.Sesuailah jadi anak menantu.Erkk..Ayat macam tersalah tersalah mention aje.
“Nara tacklelah si Darwish tu ya.”
Aku tergelak lagi. Siap suruh tackle anak dia.Eh, bukan patutnya anak dialah yang tackle aku? Dahlah aku ni perempuan.Kalau aku ni lelaki lainlah. Aku nak merasa juga kena tackle. Haha..Ayat tak boleh blah!”
“Cik kasi green light kat Nara. Sebab nak harapkan dia yang tackle Nara memang tak jadilah.Sebab dia tu hati kayu. Tak reti nak mengayat orang. Jadi Nara kenalah mula dulu.”
 “Alaa..cik..Takkan kita nak mula dulu. Seganlah.Lagipun kita mana ada nombor telefon dia.”
Wak Deris kemudian memberikan nombor telefon Darwish.
 “Haa..Nara kenal-kenallah dulu dengan dia. Kalau ada berita baik, beritahu pak cik cepat-cepat tau.”
Aku garu kepala. “Ala..cik ni. Kita belum apa-apa pun lagi.”
“Kalau okey, cepatlah pak cik masuk line. Hihi..”
“E’eh..cik ni. Cepat sangat.Kita tak tahu pun lagi macam mana tau. Cik janganlah mengharap sangat. Karang tak jadi.”
“Janganlah cakap tak jadi. Kawan-kawanlah dulu.Moga ada berita baik ya Nara.”
“Ya, cik. Hihi..Kita cuba cik ek.” Memang manis ayat yang keluar dari mulut aku.
Selepas talian dimatikan, aku garu kepala.
“Sesuatu yang aku rasakan pelik, kenapa hati aku tak memberontak sekarang ni. Ya Allah! Apa yang sedang berlaku pada aku ni?!Hati batu-bata aku ni dah runtuh ke?Hari tu dengan mak baik benar macam membantah, ni kenapa jadi hati suci nurani pula macam nak terima? Mungkin dah sampai waktunya kut?”
Aku ambil jalan pintas untuk mengenali dan melihat wajah si Darwish. Dengan menggunakan komputer milik opis, aku skodeng laman sosial muka buku. Hah..Belek punya belek, aku yakin dah terjumpa laman muka buku milik Darwish atas nama penuhnya Zaid Darwish Idris.
“Nampak macam muka budak baik. Emm..Okey kut dia ni.” Akhirnya aku add dia sebagai kawan. Ada juga gaya nak men ‘tackle’ seorang lelaki. Cewahh..
“Hai Nara..Nara..Nampaknya kau bakal ada pakwelah Nara oii.Poyo!” Aku tersenyum sendiri. Rasa lebar senyuman aku.

*****
Keesokan harinya..
“ACCEPT!” Rasa berbunga pula hati. Aku tersenyum-senyum. “Ish…Kenapalah aku senyum-senyum sendiri ni? Adoi, mak..Macam dah ada feeling pula. Uit, jangan excited sangat Nara oii.”Aku menasihati diri sendiri.Tak nak over perasan.Peneriman dilaman muka buku bukan bermakna penerimaan di hati.
Isyarat di ruang sembang atas nama Darwish kini berlampu hijau.
“Okay, canteekkk! Maksudnya dia pun on Fb juga. Entah-entah tengah skodeng gambar aku yang penuh bergaya main panah macam Tauriel dalam filem The Hobbit.Haha..” Aku perasan sendiri. Sesekali nak perasan apa salahnya. Orang yang pertama kali nak perasan macam ada orang suka, memang macam tulah. So, jangan marah ya. Baru aje nak merasa.
“Emm…Aku nak tengok siapa yang akan mula dulu.Dia atau aku.Tapi aku memang harap dia yang mula dulu. Taklah nampak macam aku ni yang terover atau senang kata orang yang macam suka dia dulu. Aku nak juga jual mahal.Tak gitu? Darwish..oo..Darwish..Cepatlah start dulu oii. Aku tunggu ni.” Aku jadi tidak sabar. Memang tak sama macam diri aku yang selalu.
Sampai ke tengahari, aku hanya menjadi penanti setia.Langsung tak ada bunyi ‘toink’ yang menujukkan isyarat mesej hadir ke ruang sembang laman muka buku aku.
 “Ek’eleh. Dia pun jual mahal juga.Hampeh! Memang betul apa yang bapak dia cakap. Kayu! Tak herolah macam ni Darwish oii.Karang aku panah hati kau tu karang, baru tahu. Luka tak berdarah!” Aku terus tampar mulut sendiri. Bicara kataku sudah mula mengarut.
“Okeylah.Kalau macam tu, biarlah aku start dulu.Takkan nak kick out terus. Karang, tak berkenalan susah pula. Abahnya pun dah bertanya.Masalahnya, kata putus dari aku. Terpaksalah aku buat muka tak malu berkenalan dengan dia ni.” Dengan rasa debar, aku mula menaip patah bicara di ruang sembang Darwish.Bismillahirrahmanirrahim…
~ Assalamualaikum. Uit, kau.Aku Nara. Selamat berkenalan. Meh lah kita chat.
Itulah bahasa aku.Agak kasar bunyinya.Namun aku sudah terbiasa berbahasa begitu. Pada aku, berbahasa ‘aku dan kau’ lebih mesra dan mudah untuk didekati. Yalah..Lagipun baru nak berkawan-kawan.Bukan dah feeling cinta pun.
Tidak lama kemudian mesej berbalas.
Cehh..Memang sengaja nak aku mula dulu.Okay,fine!Tak kisahlah.”
 ~ Waalaikumussalam. Selamat berkenalan. Saya Darwish.
“Alamak…Bersaya-awaklah dia ni.Budak baik.”
Aku jadi selamba untuk menaip mesej seterusnya.
~ Tadi abah kau telefon aku. Terkejut aku tau. Dia cakap pasal kita. Suruh kita kenal-   
   kenal.
~ So, awak cakap apa?
~ Aku cakap okey je.
~ Emm..OK.
“Aii, jawapan. Macam tu aje. Tu ‘OK’ tanda sudi ke..atau terpaksa?” Aku kembali menghantar mesej.
~ Eh, takpe kan aku ber’aku-kau’ dengan kau ni. Sebab aku tak biasalah bersaya-awak. Sebab kalau berkau-aku ni aku rasa macam senang sikit nak berbual.
~Ok. Takpe. Sweet juga tu. Jangan ber’lu-gua’ dengan saya sudah. Hehe..
Aku tiba-tiba tersenyum. Macam boleh ‘masuk’ aje.
 “Mampu ke aku nak berkenalan dengan dia ni hah?” Aku terfikir-fikir sendiri. “Kenapa hati aku tak memberontak sekarang ni? Macam petunjuk bayang-bayang jodoh aku je. Ish, macam tak percayalah pula.”Aku tersenyum bagai kerang busuk. Macam dah ada feeling.
Kini mesej Darwish datang lagi.
~ Awak dah makan? Awak makan apa?
“Hai, aku paling tak berkenan soalan macam ni.” Nak tak nak aku balas juga.
~ Aku makan hati. Aku saja buat lawak bodoh.
~ Kalau saya nak sikit boleh. Tapi saya tak nak makan hati awak. Saya nak simpan hati awak. Hehe..
Aku makin tersenyum melebar. Laa..Pandai juga rupanya si Darwish ni buat lawak bodoh. Tetiba rasa macam aku dah kena tackle aje. Rahsia aku, kalau orang nak tackle aku bukan dengan kata romantik, tapi cukup sekadar buat lawak bodoh aje. Sebab boleh layan. Haha..Senang tak?
Aku terus jadi teruja untuk melayan. Sepertinya ada satu perasaan aneh hadir ke lubuk hati.  Sesuatu yang..entahlah..susah nak cakap.
Aku kemudian memandang sekeliling. Manalah tahu tengah aku terleka mengelamun tersengih-sengih ada orang dok perhati.Tak ke malu nanti?
“Darwish…” Nama itu mula bermain di otak dan hati. Darwish..Memang berkenan aku kat nama Darwish ni. Dinara..Darwish..Darwish..Dinara…Macam sepadan pula tu. Hihi..
Aku kini tersedar. Terlebih angan-angan.
“Arghh..Kacaulah! Sampai mana kerja aku buat tadi? Tulah..Darwish..Darwish tak sudah, kerja aku pun tak sudah-sudah.Okey, sambung buat kerja Dinara oii.”
Aku terus fokus membuat kerja. Sampai waktunya kerja aku siap dan terlebih waktu bekerja.Well done! Aku takkan claim OT sebabnya dalam waktu bekerja tadi aku dah ambil masa berbicara soal hati dan fikir pasal Darwish. Hihi..Suka.
Sejak hari itu, aku melalui satu perubahan dalam hidup.Telefon bimbit aku yang dulu senyap-sunyi kini sering berbunyi mesej.Tiada lagi telefon bimbit bersemadi di bawah bantal.
Apabila Darwish menelefon, terus rasa aku debar menyerbu dada. Baru sesaat panggilan masuk berlagu, terus aku tekan punat hijau menjawab panggilan.Tak payah tunggu lama.Macam dah tak sabar aje. Haha…Nampak sangat jiwa aku dah tak cool. Memang lain perasaan tu.
Aku jawab telefon sambil tutup kepala dengan bantal.Bukan baring atas bantal.Sebabnya nak cover. Takut suara terlantun keluar dari bilik walaupun hakikatnya bilik berkunci. Haishh…Aneh-aneh aje perangai kan? Sebenarnya malu. Merah dah pipi ni.
Setelah berbalas ucapan salam, talian dimatikan. Aku tersenyum sambil pintal-pintal rambut.Tidak sangka dan tanpa sedar rupanya sudah seminggu aku berkawan dengan si Darwish. Dan sejenak tadi merupakan panggilan pertama Darwish melalui telefon. Suara sedap. Hihi…Sukanya aku. Kalau mengaji lagi sedap agaknya.
“Darwish…emm…Boleh ke aku terima dia ni untuk ikatan yang baru? Aku tak ada keputusan muktamad lagi ni.” Aku membuat saringan keputusan untuk diberi kepada abahnya Darwish.
“Okeylah.Kiranya simpan jawapan kat hati ala-ala terima dengan erti kata ikut kata mak.” Ceh..Emak juga dijadikan alasan. Padahal hati dah berkenan.

***** 
Di pejabat…
“MACAM mana Nara? Dah berkenalan dengan Darwish.Pada Nara dia okey ke tak?” suara abahnya Darwish memecah gegendang telinga setelah memberi salam di hujung talian.
“Hihi..Okey je.” Aku jawab malu-malu.
“Oh, berita baiklah ni. Kalau macam ni bolehlah pak cik terus masuk line.” Terus abahnya Darwish menyampaikan maksud yang ternyata aku faham.
“Ala..cik ni. Cepatnya.” Kononlah macam tak nak.
“Lagi cepat lagi bagus. Ni confirm tak ni? Kalau confirm, cik nak terus hantar rombongan meminang.”
Aku gelak lagi. Tak tahu dah nak cakap apa. Nak iya kan aje ke? Confuse!
“Ala cik…Confuselah.Tak retilah nak cakap.”
“Cik tunggu jawapan kamu aje ni.”
“Dia memang okey kan cik?” Aku inginkan kepastian dari abahnya Darwish sendiri.
“Okey.Baik.Dia yang minta cik carikan. So, rasanya memang tak ada masalah dia tu. In Shaa Allah.Haa, so macam mana?”
“Hihi..” Aku tak tahu nak berkata-kata. Hihi..Itu ajelah ayat aku.
“Hihi..Hihi…Okey tak ni?” Abahnya Darwish masih menantikan jawapan muktamad dari aku.Sambil itu terdengar juga gelak suaranya.
“Yalah..yalah..Okeylah.” Aku memberi keputusan. Ya..Keputusan keluar dari mulut aku sendiri. Live kepada abahnya Darwish. Haa..Jangan tak percaya. Semudah itu aku memberi kata putus.
“Alhamdulillah…”
“Cik..Yang lain-lain tu cik bincang dengan abah ajelah ya. Kita ni tak tahu part-part seterusnya. Tau cik tau…”Aku menyerahkan urusan kepada abahnya Darwish.
“Boleh.Tak ada masalah.”
Selepas talian dimatikan aku termangu. “Keputusan aku ke? Aisehhh..Tiba-tiba aku dah pandai buat keputusan untuk hati. Memang dah capai KPH Tahap 2.”
Aku tersenyum lagi. “Jodoh dari Allah.” Itu lafaz di hatiku sendiri. Mudahnya aku menerima takdir hidup aku atas keyakinan hanya pada Allah S.W.T. Hakikatnya hati batu-bata aku yang ku sangka keras rupanya selembut sutera. Mungkin juga memang benar itu jodoh aku yang baru bertamu ke hati. Jalannya mudah. Alhamdulillah.
“Haaa..Kantoi…Ada orang nak masuk meminang kau.” Aku ternyata terkejut apabila disergah oleh Tiz secara tiba-tiba di sebalik pintu. Memang hampeh punya kawan.Curi dengar rupanya.Dah terkantoi rahsia pohon cemara yang rendang tak berduri.
Ehem..Ehem…Kalau tak nak cerita kat aku, aku jerit kat satu opis ni yang ada orang nak meminang kau. Haa..Baik kau pilih nak yang mana.” Tiz terus buat ugutan. Biasalah minah kepoci mamarazi nak dapatkan berita sensasi.Sibuk aje. Huh!
Dalam terpaksa, aku bercerita jua.
“Rahsia tau! Zip mulut kau. Kalau orang lain tahu…siap kau aku kerjakan! Penjara seumur hidup!”Aku memberi amaran keras.

*****
MESEJ dari Darwish.
~ Abah saya ada telefon awak beritahu apa-apa ke?
~ Ada. Dia kata nak masuk line?Apa tu ek? Tak fahamlah. Aku saja buat-buat tak faham sebab saja nak test si Darwish.
~ Dia nak masuk merisik awaklah tu. Awak setuju tak?
~ Hihi..Kau okey ke?Kalau kau okey, aku pun okey je.
~Okey. Baguslah.
Aku jadi tersenyum sendiri.
“Ya Allah.Andai benar memang dia takdir jodohku, ku terima dia seadanya.Ku harap dia juga mampu terima diriku seadanya. Amiinn..”

*****
AKU memasang telinga mencuri dengar perbualan emak dan abahnya dengan kedua orang tua Darwish.
“Nak ikat berapa lama?” soal emaknya Darwish.
“Dua tahun.”Jawab emakku.“Kasilah dia orang masa.Sebab kita ikat dia orang ni pun macam cepat sangat.”
Nampaknya kedua pihak bersetuju.Namun hati kecil aku seakan tidak bersetuju.
‘Dua tahun? Erk..Lamanya.Orang kalau nak, tiga atau enam bulan aje.Paling lama pun setahun.Tak syok lah lama-lama.’
“Dua tahun tu, dua tahun hidup.Maknanya dalam tempoh tulah.Kalau nak dipercepatkan pun boleh.Tak ada masalah.” Abah aku menambah. Aku yang mendengar jadi sedikit lega. Macam excited aje nak cepat-cepat. Padahal dengan si Darwish tu belum kenal sangat pun. Jumpa pun belum pernah. Silap-silap bila dah bertentang mata, REJECT!
Di bilik, aku tersenyum sendiri. “Ohh…Tak ada debar apa-apa pun kalau orang datang merisik ni rupanya.Ingatkan jantung bagai nak gugur.Cool aje rupanya hati aku ni. Dok senyum-senyum lagi. Okey.Pertama kali lalui, nampaknya berjaya. Tahniahlah Dinara!”
Hubungan aku dengan Darwish dianggap begitu ekspress. Baru kenal dua minggu dah terus maju ke tahap risikan. Citt..Macam apa aje. Lepas tu akan maju lagi selangkah ke arah pertunangan.Acececeh..
            Aisehhh..Aku ni macam tak sabar aje kenapa? Hati ada feeling cinta ke apa?”
Otak berputar.
“Cinta?” Aku menyoal diri sendiri. Uishh..Rasanya bukan cinta. Ia cuma perasaan yang mengikat dan menganggap si dia itu adalah ‘orang penting’ yang perlu diberikan perhatian dan difikirkan.Itulah jawapan aku tentang perasaan yang dilalui sekarang.
Telefon berdering, aku tersenyum.
“Jap ea. Aku nak cari tempat strategik dulu.Nak nyorok. Kat bilik ni ada adiklah. Kantoi pula nanti.”
Adik aku yang memahami, terus keluar bilik.
“Okey.Line clear.Adik aku dah blah.” Darwish yang berada di hujung talian tergelak.
“Oii, apa kau gelakkan aku?”
“Awak ni kelakarlah Nara. Sweet.”
Darwish akhirnya menyampaikan maksud tujuannya. Dia sebenarnya meminta izin untuk mengajak aku keluar bersama tujuan untuk mencari cincin pertunangan. Alamak!
           
*****
AKU penasaran. Darwish seperti menjadi orang lain. Selepas pertemuan pertama, tiada lagi Darwish menghantar mesej setiap hari seperti sebelumnya. Aku rasa bagai nak gila kerana bagi aku, setiap mesej dari Darwish menjadikan hati aku indah sentiasa.
            ~ Awak. Kenapa ya saya rasa awak macam nak mengelak diri dari saya. Awak tak boleh terima saya ea?
            ~ Tak payahlah fikir yang bukan-bukan.
Hanya itu jawapan Darwish. Aku cuba menerima, tetapi tidak mampu.
Aku mesej lagi.
~ Awak ada terkecil hati dengan saya ke? Saya minta maaflah kalau awak kecil hati.
~ Taklah. Okey je.
“Kenapa macam nak tak nak aje dia balas.” Aku tetap tak boleh menerima. Aku terus memikir yang bukan-bukan. Mungkin hati aku terlalu mengharap, maka ia membuatkan hati aku jadi tak keruan.
“Kalau betul tak nak teruskan hubungan ni, beritahu ajelah. Janganlah buat aku macam ni!” Kata-kata itu hanya mampu aku luahkan di hati. Hakikatnya, aku rasa sedih dan kecewa. Apabila melihat barang hantaranku untuk majlis pertunangan, aku rasa air mata aku jatuh tanpa dipaksa. Aku sedih. Mahu tak mahu, aku disiapkan juga barang-barang itu tanpa menikmati indahnya hari yang bakal aku dilalui nanti. Aku pasrah.Apa yang mampu aku lakukan ialah menguatkan hati dengan kata-kata… “Kalau ada jodoh….” Aku tak mampu untuk terus berharap.

Hari pertunangan…
“YA ALLAH..Demi keluargaku dan keluarga dia, kuatkanlah hati aku!”
Aku terpaksa berlakon dengan menunjukkan wajah tersenyum ceria. Kononya bahagia dengan ikatan baru yang yang termetrai. Hakikatnya, aku rasa sedih bagai hendak menangis. Pasrah dan pasrah. Hanya itu yang aku mampu.Tanpa sebarang mesej dari Darwish membuatkan hati aku terluka di lubuk hati yang paling dalam. Apa yang pasti segala yang berlaku menjadi rahsia hati aku. Aku tetap hantar mesej kepada Darwish.
~ Alhamdulillah. Majlis dah selesai. Awak…Terima kasih.
Aku sangat berharap mesejku berbalas. Lama aku menanti. Jika ia berbalas, sekurang-kurangnya dapatlah juga menenangkan hatiku yang galau.Namun hampa.
Aku melihat cincin yang kini tersarung dijari manis aku. Sayu rasanya.
“Adakah sebenarnya awak tak mampu nak terima saya Darwish? Jika benar, mengapa awak masih membenarkan pertunangan ini berlaku? Mengapa di awal perkenalan kita awak begitu teruja mengenali saya, namun akhirnya awak hampakan hati saya sebegini rupa? Awak seakan membuang saya dalam ikatan baru ini. Tegarnya awak.” Sukar bagi aku untuk berfikiran positif tatkala ini. Akhirnya aku beristighfar. Fikiran aku terlalu jauh memikir yang bukan-bukan.
Tika malam barulah ada mesej balasan.
~ Sama-sama.
Jatuh air mata aku hanya satu patah mesej itu. Alhamdulillah. Aku tetap bersyukur. Mesej balasan aku hantar kembali. Namun, sepi tanpa jawapan.
Atas kawalan emosi dan percayanya pada takdir jodoh cinta pertama aku berusaha untuk bersikap tenang. Aku cuba untuk tidak terasa hati dengan sikap Darwish. Mungkin juga Darwish perlukan masa untuk menerima. Pada aku mungkin itulah ruang dan jarak yang terbaik diberi Allah aku dan Darwish. Jarak yang menjaga hubungan kami agar menjadi lebih indah. Jarak yang membawa kepada rasa rindu.
“Ya Allah..Sampaikanlah salam rinduku kepada dia, tunangku Zaid Darwish bin Idris sehingga dia juga merindukan aku keranaMu, dan jagalah hubungan kami ini dalam pandangan dan kasih-sayangMu.”

******

KINI hati aku cool kembali.
“Lepas ni kalau kau mesej aku, aku tak nak balas Darwish. Haha..Biar kau rasa apa yang aku rasa.” Aku jadi ego. Tapi mampu ke? Walaupun begitu, aku tetap berdoa agar kami saling merindu. Mulut cakap lain, tapi hati cakap lain. Itulah hati aku.

Dua bulan kemudian..
~ Awak..Datang rewang rumah saya tau. Adik saya nikah.
“Takkan tak balas.” Aku kalah. Aku balas juga. Hmm…Rasa kecil hati yang sebelum ni terpaksalah simpan. Kau ni Darwish…Selamatlah aku ni bertabah terima kau Darwish.

Di rumah Darwish..
“AKAK. Macam mana hubungan akak dengan abang. Okey tak? Abang ada mesej akak tak?” soal Rin adiknya Darwish. Ceh..Duduk kat bilik pengantin nak tunggu nikah boleh pula mengorek rahsia hati aku.
“Emm..Adalah, satu. Tu pun sebab jemput suruh datang sini.” Aku jujur memberitahu. Apa yang pasti, aku tetap senyum. Malaslah nak besar-besarkan cerita tentang kekecewaan hati aku sebelum ni. Itu rahsia hati.
 “Bunyi macam kecewa aje akak ni. Abang tu sebenarnya tak tunjuk. Dia tu memang hati kayu sikit nak layan akak. Tapi dia tu okey aje. Rin kenal abang Rin tu macam mana.”
“Ala..Relakslah. Akak pun okey je. Tak ada hallah. Sebenarnya, bila tak jumpa atau bermesej selalu, barulah ada feeling rindu. Tu lagi syok.” Aku saja berseloroh. Pada aku, Darwish bukan berhati kayu sangat pun. Cuma…Entahlah, aku sendiri tidak mengerti. Tapi tak apalah. Yang lepas tu biarkan lepas. Anggap ajelah ujian. Otak kena sentiasa fikir positif. Lagipun hati orang tak boleh nak dibaca.  Apa yang penting gembirakan hati. Hidup rasa lebih nikmat.
“Akak..Akak mengayatlah sikit kat abang. Lepas ni ajaklah dia keluar jalan sama-sama ke? Barulah boleh kenal lebih-lebih. Kalau akak ajak, mesti dia nak punya.” Pandai pula si Rin mengajar aku. Yalah. Dia dah ada pengalaman. Aku ni baru aje nak mula. Hihi..Ayat poyo!
            Uish..Tak nak akak!”
“Alah, kak. Tunang sendiri. Commonlah. Ambillah peluang. Ni akak dah jumpa abang belum?”
“Tak jumpa pun lagi. Jeling-jeling macam tak nampak bayang aje.” Aku gelak-gelak. Rin turut gelak.
“Kalau dah jumpa, akak ayat ajelah lebih-lebih kat abang tu. Goda pun tak apa. Biar dia jatuh sayang kat akak. Kita orang semua teringin sangat nak tengok akak dan abang bersama. Kita orang sekeluarga ni semua support akak tau.”
Errk…Aku garu kepala. Takkan aku nak jadi penggoda pula. Bukan opsyen aku ni weh!
Di luar rumah…
Aku mencuri-curi jeling melihat Darwish dari jauh. Tanpa sedar, ada yang menarik tangan aku.
            “Tak payahlah jeling-jeling dari jauh kak. Pergi aje kat abang tu.”
            Huish..Tak ada maknanya!”
“Tak ada makna konon. Haa, kak. Peluang dah ada ni. Pergilah ajak abang makan sama. Sambil tu dapatlah tengok dia puas-puas.”Adiknya Darwish yang bernama Dhia kini memainkan peranan agar aku menackle hati abangnya. Nampak sangat ada kesepakatan keluarga dalam merencana sesi ‘tackle-menackle’ ni. Sporting betullah dia orang ni. Hihi..Suka aku.
            “Eiii..Tak naklah. Siapa nak tengok dia.”
            “Eleh…Jual mahal konon. Ah, tak ada…Sini!” Dhia terus tarik tangan aku. Aku berkeras melawan.
“Alah, kak. Relakslah. Buat selamba aje. Akak pergi sendukkan nasi dia ke..apa ke..Lepas tu temankan dia makan. Senang aje. Abang tu sebenarnya nak tengok macam mana cara akak layan dia tau. Nilah salah satu cara nak tackle hati abang.”
“Tak naklah.Seganlah akak. Kan tengah ramai orang ni. Akak tak biasalah buat-buat benda macam ni. Orang lain tengok, dia orang kata apa pula.”
“Alah. Tak payahlah kisah. Dia orang tu jiran tetangga sini aje. Yang lain tu bakal jadi adik-beradik dan anak sedara akak juga. Kita orang ni semua suka kalau akak dapat tackle abang tau. Cepatlah kak..Cepatlah. Abang tengah tengok akak tu. Akak pandai-pandailah layan dia.”
Aku garu kepala. Di sebalik tembok rumah si Darwish itu muka aku sudah bengang tahap dewa. Adoiii..Nak buat macam mana ni?!
Akhirnya dengan cover muka bengang, aku terpaksa juga buat apa yang disuruh.
“Dahlah kak.Pergilah panggil abang tu makan.”
“Eii..Tak payahlah. Dhia ajelah panggilkan.Malulah.”
“Apalah akak ni. Macam manalah nak jadi bakal isteri macam ni. Layan tunang pun macam kayu. Cepatlah kak…” Dhia terus memaksa aku. Aku dan Dhia masih bermain tarik-tarik. Darwish pula hanya memerhati.
“Akak!”
“Yalah..Yalah..”
Dengan muka selamba badak, terpaksa juga aku pergi kepada Darwish.
“Uit, kau.Jomlah makan.Tu aku dah sendukkan nasi.Coverlah aku weh. Aku dah bengang ni.” Aku keluar bahasa kasar.Terus bantai kau-aku seperti awal perkenalan dulu. Sebenarnya, nak cover muka bengang. Sebab dah terasa merah padam. Dah rasa merah macam udang kara.
“Pergilah dulu.” Darwish jawab pendek.
“Jomlah..” Aku angkat isyarat tangan. Tiba-tiba dah keluar gaya budak gangster walaupun cantik berjubah. Dalam pada itu sudah terdengar suara usik-usik dan gelak tawa. Bertambah benganglah muka aku. Akhirnya Darwish datang juga kepada aku. Mungkin kasihan melihat tunangnya dibuli. Akulah tu!
            “Ish..Bengangnya muka aku.”
            “Ala. Buat-buat tak tahu aje. Dia orang memang macam tu.” Darwish kini ukir senyum. Ia buat aku lega.
            Aku terus jadi ramah berbicara. Tapi Darwish jawab sepatah aje. Eii..Dia ni kan. Coollah tu konon. Hempuk karang!
            Hari kian ke petang. Majlis hampir ke penghujung. Aku ambil ‘tender’ membasuh pinggan di dapur.Sememangnya itulah kesukaan aku. Bermain air sabun. Sedang leka membasuh pinggan…
“Rajinnya anak dara sorang ni. Anak siapa ni?” Darwish tiba-tiba muncul di belakang.
Aku terkejut. Hampir terlepas pinggan di tangan.
“Emm..Baru puji sikit terus nak terlepas pinggan.” Usik Darwish.
“Dah kau terkejutkan aku.”
“Bahasa tu cubalah ubah.”
“Okey..Maaf ya awak.” Aku saja buat suara lembut. Tapi tak menggoda.
“Nak saya temankan ke?”
 “Tak payalah. Sibuk aje!” Aku saja gurau dalam gelak.
“Okey. Tolong siapkan basuh pinggan ea. Nanti saya kasi upah.”
“Okey. Saya tuntut.”
Darwish terus pergi apabila ada orang lain masuk ke dapur.
“Oo..Pandai kau ea. Ada orang, kau lari.” Apa yang pasti aku senyum melebar di hati. Rasanya dah terbalik dari perancangan awal. Kalau ikutkan aku yang patut tackle Darwish, tetapi sekarang macam aku pula yang kena tackle. Okeylah tu.
Kini aku jadi riang-ria membasuh pinggan sambil menyanyi ikut lagu karaoke yang berkumandang. Almaklumlah hati rasa senang dapat berbual dan bergurau dengan encik tunang.
~ Pada iramaku berpesan..Lagu ini ditujukan kepadanya yang tersayang…~
Aku terkejut. Itu suara Darwish! Adakah Darwish menyanyikan lagu untuk aku?
“Uit, jangan perasanlah Dinara.” Aku nasihat diri sendiri.
Dalam kelekaan itu..
“Oh, Darwish aku!” Aku melatah terkejut apabila tiba-tiba pinggang aku dicucuk. Rupanya Dhia mengusik aku. Citt..Adik ipar sorang ni.
Fuyooo…Akak sebut nama abang. Cayalah!” Dhia sudah ketawa gembira. “Abang Darwish…akak panggil ni. Akak ajak teman basuh pinggannn!!” Dhia sengaja menjerit nama abangnya kuat-kuat dengan niat menyakat aku. Macam saja nak kasi orang sekampung dengar. Melampau tu.
“Eppp..Diamlah Dhia. Kecohlah.” Aku pastinya jadi malu-malu dan bengang.
“Alah..Tak payahlah nak malu kak. Okeylah. Dah ada bunga-bunga.”
“Bunga-bunga apa?”
“Bunga-bunga cinta Misha Omarlah akak ni. Itu pun tak faham ke? Ni mesti akak dah guna ayat power mengayat abang kan?”
“Eii..Mana ada akak mengayat dia.”
Dalam pada itu, adik lelaki Darwish, Daniel pula muncul di dapur.
 “Untunglah orang tu. Tunang dia siap nyanyi lagu bagai.”
Merah lagi muka aku.
“Sukalah tu…” usik Daniel.
“Eii..Mana ada. Biasa ajelah.” Aku menafikan kata. Padahal dalam hati tersangatlah gembira. Apa motif si tunang aku tu nyanyi lagu SEJIWA tu ya. Ada maksud apa-apa ke? Nampaknya memang hati aku dah ditackle si Darwish dalam diam. Aceceh..Romantik.
Suasana di luar rumah tiba-tiba jadi kecoh.
“Darwish… Kenapa you tak jemput I datang majlis adik you. I ni kan kekasih awal dan akhir you.” Kehadiran Zety membuatkan semua yang ada di situ terkejut. Lebih-lebih lagi Darwish. Dia tidak langsung mengudang perempuan itu datang ke rumahnya.
Zety tanpa segan silu terus menarik tangan Darwish mendekatinya. Darwish terus merentap kembali tangannya dari Zety. Malu dia dengan perbuatan kurang sopan Zety. Sedangkan Dinara yang bergelar tunangannya tidak pernah langsung mencuit tangannya, kini Zety minah perasan itu yang berlebih-lebih.
Dalam pada itu…
 “Siapa tu Dhia?” aku bertanya. Sebenarnya hati aku agak tersentap apabila melihat apa yang berlaku. Yalah, perempuan tu dengan selambanya menarik tangan Darwish. Tangan tunang aku tu weh. Gaya pula macam menggedik. Apa kes!
“Tu Zety. Dia tu minah perasan. Perasan konon abang sukakan dia masa abang pernah tolong dia dulu.  Akak..Rasanya sekarang ni abang perlukan bantuan akak. Akak kena cakap kat perempuan tu yang akak ni tunang abang. Kalau tak perempuan tu mesti terus menggedik kat abang. Cepatlah kak. Abang ni slow sikit bab-bab ni. Dia bukan reti nak lawan perempuan tu pun.”
Tanpa banyak cakap, aku terus sarung selipar Jepun dan pergi kepada mereka. Gaya jalan ala-ala gangster juga.
“Darwish..Temankanlah I makan kat luar. Kat sini kan dah tak ada makanan. Jomlah Darwish.” Zety terus tarik tangan Darwish. Darwish pula hanya membisu namun tetap cuba menjauhkan diri dari Zety. Yang lain hanya jadi penonton seolah-olah sedang menonton pengambaran drama spektra.
Ehem..Ehem…Hai acik…” Aku buat suara manja sambil mendekati mereka.
Darwish memandang sedikit terkejut. ACIK?
“Acik..Ni siapa acik? Tak nak kenalkan kat kita ke?” Aku olok-olok bertanya. Sengaja juga aku buat suara manja ala-ala anak sedara Darwish. Sambil itu aku sempat kenyit mata pada Darwish. Aku nampak Darwish tergamam. Mungkin juga dia dah tertelan liur sendiri lihat kenyitan mata aku. Menggoda ke?
“Err…Nara..Ni acik kenalkan. Zety.” Darwish tergagap-gagap memberitahu.
“Oh..Zety. Selamat berkenalan. Nama kita Nara.” Aku tunjuk lagak berbahasa sambil menghulur salam. Sememangnya aku harus berdepan dengan Zety. Mana boleh sesedap rasa kacau tunang kesayangan aku. Jealous tau.
“Alahai, comelnya anak sedara you Darwish. Baik budi bahasa pula tu.” Zety memuji melangit. Aku terasa nak tergelak di hati dengan pujian itu. Mungkin Darwish juga begitu.
“Acik..Mak cik Zety ni awek acik ke?” Aku memandang Darwish. Saja tanya soalan bodoh kat ‘bapak sedara’ sendiri.
“Taklah. Kawan lama je.” Selamba juga Darwish menjawab.
“Taklah.I kan kekasih awal dan akhir you. You ni.. suka tak mengaku tau.” Zety sudah tepuk bahu Darwish.
Erkkk..Aku rasa nak muntah lihat gaya tu.                            
“Nara..Nara janganlah panggil aunty, mak cik. Panggil aje aunty Zety. Kan sedap sikit bunyinya.” Zety menyambung lagi.
 “Ya aunty. Err..Acik..Acik hantar kita balik ea. Dah petang ni.” Darwish terus mengangguk laju. Dengan cara itu dapatlah dia mengelak diri dari Zety. Sememangnya aku datang tepat pada masanya. Aku jadi hero.
“You..I ni macam mana? I kan nak makan dengan you? Takkan you nak tinggalkan I sorang-sorang kat sini.” Zety mula buat muka.Minta perhatianlah tu.
Aku bersikap tenang.
“Acik..Jomlah kita ajak aunty Zety makan kat luar. Kat sini pun tadi lauk dah habis. Lepas makan, baru acik hantar kita balik. Kasihan dekat aunty Zety ni tak makan lagi. Dia kan datang dari jauh. Tak baik tau acik ni.”
“Haa..Betul tu, you. Perut I ni dah lapar tau you. You ni memang tak kasihan kat I tau. Dahlah susah nak cari rumah you kat ceruk kampung ni. Selamatlah anak sedara you ni faham I. Baik anak sedara you ni tau.”
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Zety. Aku terus beri isyarat mata kepada Darwish. Mahu tak mahu, Darwish bersetuju juga.
“Nara duduk dengan acik kat depan tau.” Ujar Darwish tatkala membuka pintu kereta. Matanya dikenyitkan kepada aku. Alahai..Sweetnya. Pandai juga Darwish membahasakan dirinya ‘acik’ kepada aku. Siap kenyit tu. Comellah ‘acik’ ni. Suka aku.
“Alah..you. I nak duduk mana?”
“Belakanglah. Takkan you nak duduk dekat ekzos!” Selamba juga Darwish menjawab. Nampak sangat tak suka nak melayan Zety yang agak mengada-ngada itu. Aku mengukir senyum di bibir, namun tergelak di hati. Ayoo..Acik dah marah.
Ketika menghantarku pulang…
“Awak…Terima kasih sebab tolong saya tadi. Cover pasal si Zety tu. Kalau tak pening kepala saya. Dia tu…Hishh..Menyampahlah! Entah macam mana dia boleh sampai sini. Padahal tak jemput pun.” Darwish terus membebel. Tot..tet..tot..tet..meluah perasaan.
“Hihi…No problem, acik. Kita tolong acik ikhlas aje.”
Lepas tu aku garu kepala.
 “Err..Maaflah, awak. Tiba-tiba saya asyik bahasakan awak acik tak sudah. Padahal tadi saya cover line masa ada Zety aje. Tapi lama-lama rasa macam best pulak panggil macam tu. Maaf ea.”
“Tak apa.” Darwish tetap cool dengan jawapannya.  Itulah gaya dia.

*****
KEINDAHAN semalam membawa bunga ceria di hati aku. Makin excited untuk terus cuba mengayat Darwish. Tengok pun Darwish dah mula layan.
“Ish…Nampak pula lampu hijau kat ruang chat dia. Ni yang aku kalah ni. Macam aku ada hati nak termesej dia aje. Meh kita kacau dia.Tengok, dia layan tak.”
~ Hai, acik. Good morning to you? Acik sihat tak?
Hanya beberapa saat menanti…
~ Good morning to you. Acik sihat. Baby girl sihat?
Aku tertelan liur. Amboii, kau. BABY GIRL kau panggil aku? Dahsyat! Walaupun terasa seram dengan ayat itu, aku sudah pastinya tersenyum. Rugilah tak senyum. Syok tu. Dalam diam, boleh tahan juga si Darwish ni. Ayat power.
~ Kita demamlah acik.
Aku mengadu manja bak anak sedara Darwish. Untung-untung dilayan penuh perhatian dan kasih sayang. Cewahhh! Perasan lagi kau Dinara. Namun, aku takkan menggatal guna nama ‘baby girl’ untuk membahasakan diri kepada Darwish. Macam gedik pula. Nanti dah sama gedik macam mak cik Zety.Wekkk!
~ Demam rindu dekat saya ke?
Jawapan itu sekali lagi membuatkan aku terdiam. Namun kekal membawa ukiran senyum di bibir. Rasa gembira..Rasa bahagia..
~ Boleh ke nak demam rindu dekat acik?                        
~ Of courselah boleh. Awak kan tunang saya.
~ Hihi…Acik pun rindu dekat kita ke?
Aku teruja nak tunggu jawapan dia. Tapi, setelah lama menanti mesej itu ternyata tidak dibalas.
“Ek’eleh. Terus tak balas. Citt.. Ingatkan dah okey. Rupanya sama aje. Saja je buat aku ni perasan sendiri. Huh! Tak apa kau cik. Kau ego lebih. Kau mesti tak nak mengaku kau pun rindu kat aku kan? Lepas ni aku tak nak mesej lagi. Padan muka kau cik. Huh!”
Marah-marah juga, namun perasaan hati masih mengharap balasan. Sampai ke sudah tidak berbalas.
“Eii..Cekik juga mamat ni karang. Memainkan perasaan aku!”
Aku ambil keputusan untuk tidak menghantar mesej untuk sehari. Sengaja ingin melihat respons Darwish.
“Aku tak mesej, dia pun diam buat tak tahu aje. Memanglah si Darwish tunang aku anak Wak Deris ni. Sajalah tu nak menguji aku. Tak apa. Aku pun nak jadi hati batu-bata aku semula. Ingat aku kisah sangat ke tak bermesej dengan kau.Kalau tak mesej dengan kau, aku bukan mati pun. Dulu pun aku okey aje dua bulan tak mesej kau.” Ego bersendi di hati.
Telefon berdering. “Aku tahu mesti bukan Darwish.” Aku yakin dengan telahan aku sendiri.
“Helo, Nara. Cik ni.” Suara abahnya Darwish menggugah ketenangan hati aku. “Hari tu cik nampak Nara dan Darwish macam mesra aje. Kalau macam ni, makin cepatlah cik dapat menantu.Teruslah tackle Darwish tu. Cik tunggu berita baik dari Nara ya. Kalau cepat, tahun ni juga jalan.”
Aku hanya mampu tepuk dahi. Pemintaan orang tua, agak sukar disanggah.
“Aku baru nak tunjuk ego dah kena fikir cara nak tackle mamat tu. Eii..Apa ni?!Macamlah aku ni terhegeh sangat kat dia! Mesej pun tak nak balas. Huh!”
Otak memikirkan cara. Aku hantar juga satu mesej pada Darwish.
            ~ Uit.Macam mana nak ambil hati kau?! Abah kau suruh!
“Haa..Ambil kau. Sentap tak agaknya.”
            Tidak berapa lama kemudian..Bunyi mesej.
            “Eh, balas pula mamat ni.” Aku tengok jawapan balas.
~ WELCOME TO MY HEART. AMBILLAH HATI SAYA. SAYA TUNGGU~
Aku terkejut. Aku terus tampar pipi. Itulah mesej paling bengong yang pernah aku hantar kepada Darwish.
~ Esok free tak. Saya nak ajak keluar.
Aku terdiam.

*****
 “NARA...Kalau sekarang ni saya kata saya tak mampu terima awak, apa perasaan awak?”
“Alhamdulillah. Okey je.”
“Semudah tu?”
“Emm..Kenapa? Nak kena marah awak ke? Kalau tu dah keputusan awak, buat apa saya nak pening kepala membantah. Kita kenalah belajar redha. Dah takdir macam tu. Saya tak kisah pun. Saya terima awak pun sebab abah awak.”
“Jadi selama ni.. awak memang tak ada perasaan pada saya ke?” Darwish inginkan jawapan. Mungkin terkejut mendengar jawapan aku kut. Haha…Rasakan!
 “Apa perasaan awak pada saya? Awak suka saya ke?” Aku saja kasi soalan.
            Darwish terdiam.
“Kenapa awak? Tak ada jawapan?” Aku tanya lagi. Tu la. Pandai tanya soalan. Bila kena tanya tak reti juga nak jawab.
Darwish pandang wajah aku. Kemudian dia senyum.
“Apa senyum-senyum?”
“Nara tak nak kahwin dengan acik ke?” Pandai dia lencong soalan. Ubah topiklah tu.
“Acik nak kahwin dengan Nara ke?”  Aku saja buat ayat perli.
Of courselah. Nara kan memang bakal isteri acik. Mestilah acik nak kahwin dengan Nara.”
“Eleh. Acik bukan suka kita pun. Keluarga acik aje yang suka kita.” Tune suara macam budak merajuk. Rasa gedik sendiri.
“Siapa cakap?”
“Tak ada siapa cakap, tapi boleh tengok cara acik layan kita. Tahulah kita ni tak menepati citarasa kan?”
Darwish tergelak. “Nara merajuk dengan acik ea?”
“Taklah.”
“Eleh..Yalah tu. Tune tu boleh kenallah. Alalala..Cik Nara merajuk rupanya.” Darwish gelak-gelak. Hampeh betul.
“Okey, sekarang kita kongsi cerita. Kalau boleh acik nak Nara jujur dengan acik. Acik juga akan jujur dengan Nara.” Darwish buat kata putus. Akhirnya ada sesi luahan perasaan.  Aku hanya ada satu soalan. Aku nak tahu kenapa dia berubah laku selepas perjumpaan pertama aku dan dia. Itu aje.
 “Laa..Terasa hati ke? Acik tak rasa apa-apa pun. Ingatkan Nara okey aje. Lepas tu tengok Nara pun dah tak ada mesej acik kan? So, ingatkan tak ada masalah.”
Itu aje jawapan dia. Eiii..Aku rasa terseksa, dia relaks aje. Terpaksalah terima.
“Lain kali cakaplah kat acik. Cakap…kenapa acik tak mesej kita lagi. Hati kita terluka di lubuk hati yang paling dalam tau. Kalau cakap macam tu, tentunya acik akan mesej tiap-tiap hari.”
“Eii..tak adanya nak tanya macam tu.”
“Sebab tak tanyalah hati sakit. Tapi tu membuktikan yang Nara sayangkan acik kan? Terima kasihlah sangat-sangat. Tapi acik minta maaflah ya sebab acik tak tahu.”
Aku senyum juga tanda terima kata maaf dari dia. Hihi..Aku ni lembut hati sebenarnya.
So sekarang ni acik tanya sekali lagi. Nara setuju tak kahwin dengan acik?”
Aku jongket bahu. Tidak sangka pula secepat itu Darwish menyampaikan maksud untuk mengahwini aku. Padahal aku masih ada hati nak jual mahal. Orang dah menjual ni, nak kena membeli ke?
“Kalau Nara setuju, tarikhnya acik nak Nara pilih. Acik tak kisah. Tahun depan ke..hujung tahun ni ke..hujung bulan ni pun boleh..Lagi cepat lagi bagus. Taklah sampai dua tahun kan? Seksa hati tau.”
Aku garu tengkuk. Terkedu sebenarnya.
“Tak apa. Ambiklah masa untuk berfikir. Itu lebih baik untuk buat keputusan.”
“Okeylah. Kita ikut keputusan acik ajelah.” Aku terus beri kata putus. Sememangnya aku yakin dengan jodoh cinta aku. Memang dia orangnya.
“Wah senang betul cik Nara buat keputusan ya. Baguslah. Kalau ikut acik, bulan depan kita nikah. Boleh?”
“Silalah bincang dengan emak dan abah saya ya. Saya ikut keputusan dia orang aje.” Aku senyum. Darwish turut senyum. “Okey. Terima kasih sayang.”
“Sayang? Erkk..Acik sayang kita ke?”
“Mestilah sayang. Siapa tak sayang kat cik Nara yang comel ni. Yang tentunya memang sayang kat acik yang sampai terseksa hati sebab kita tak mesej dia.”
Muka aku merah. Malu. Sempat lagi dia kenakan aku. Citt..
“Maaf ya Nara. Gurau.” Lembut sahaja suara Darwish. Pujuk hati akulah tu. Pandaiii…
“Awak tak rasa saya ni comel ke bila membahaskan diri ‘ACIK’ dengan awak.Nampak tak gaya penyayang saya kat awak?”
“Eii…Perasan!”
“Perasan…perasan pun, tunang awak juga. Bakal suami tau. Lagipun awak yang buat saya sayang pada awak.”
“Eii…”
“Apa eii..eii..Gelilah tu konon.Tulah. Awak goda saya siapa suruh. Kan saya dah sayang awak.”
“Mana ada saya goda awak?”
“Awak goda saya secara halus. Awak pun tak sedar agaknya.  Sebenarnya bila awak panggil saya ‘ACIK’ hari tu pun saya dah tergugat tau. Siap kenyit mata. Tu yang tak tahan tu. Menggeletar rasa. Tak boleh tidur malam tau. Kalau awak panggil saya SAYANG, agaknya pengsan kut saya.”
 “Ya ke? Panggilan macam tu pun menggoda ke?”
“Perasaan lelaki ni tak sama tau Nara. Sebab awak dah goda saya, kalahlah saya. Maka saya pun jatuh sayang pada awak. Awal-awal dulu macam tak sayang sangat. Sebab awak ni nampak brutal walau luaran gaya sopan.”
Aku hanya gelak.
“Saya tak nak hipokrit dengan awak. Sebab tu saya tunjuk gaya saya yang sebenar depan awak. Seberanya saya nak awak nilai saya.”
“Yup..Saya faham. Dalam brutal-brutal gaya awak, sebenarnya awak ni sweet dan menggoda. So, dalam tempoh ni jangan goda saya lebih-lebih tau. Tapi lepas kahwin tak apa. Saya alu-alukan setiap masa.”
“Eii, poyo.”
“Tak payahlah nak poyo sangat cik Nara. Lepas ni sudi-sudikanlah layan saya ya. Lagi satu saya ni sensitif dan cerewet orangnya tau. Jangan tak terlayan sudah. Padan mukalah awak sebab dapat saya.” Darwish memang kaki lawak. Kutuk aku pula tu.
Aku hanya mampu tersenyum. Rasa hati bertambah ceria mendapat teman sejiwa. Sememangnya takdir jodoh dari Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

*****
DARWISH! You dah gila ke? You kahwin dengan anak sedara you?” Zety sudah terbeliak biji mata. “You, Nara. You pun sama. You dah gila ke?!”
“Sedap aje kata kita orang ni gila. Kita orang kahwin ni pun atas pilihan keluarga tau.”
Zety tercengang. Terlongo mulutnya.
“Zety…Macam mana you yakin sangat yang saya ni anak sedara Darwish. Saya ada mention ke yang Darwish ni bapak sedara saya, atau Darwish ada mention ke yang saya ni anak sedara dia. Sebenarnya masa kita kenal jumpa sebelum ni, Darwish dah pun bergelar tunangan saya.”
Zety kekal tercengang.“Habis tu yang you panggil dia acik tu…”
“Acik tu panggilan mesra saya pada dia. So, apa masalahnya. Sesetengah orang panggil orang tersayang dia abang..sayang..so, tak salah pun saya nak panggil orang yang tersayang saya ni acik.”
Merah padam terus muka Zety. Darwish di sisi hanya tersenyum.

*****
“NARA..Macam mana kau goda suami kau sampai dia jatuh sayang kat kau. Dia tu kan hati kayu.”
“Hati batu-bata dengan hati kayu, mestilah hati batu-bata menang.”  
“Poyolah kau ni. Habis tu kau panggil laki kau apa? Abang ke…sayang.”
“Dua-dua pun bukan.”
“Kalau bukan…habis tu kau panggil apa?”
“Acik.”
Tiz terus gelak. “Haha..Macam panggil orang tua.”
 “Uit, apa kau gelak. Kalau kau nak tahu, sebab aku panggil dia aciklah dia tergoda dengan aku tau. Dia sendiri cakap pada aku tau.”
Terus Tiz terdiam.

*****
~YOU’RE MY LOVELY IN MY HEART. I LOVE YOU FOREVER~
Sticky note ni untuk apa sayang? Siap tampal kat dada acik? Sayang jampi ea.”
“Mana ada jampi. Tu sticky note cinta sayang nak goda hati acik. Sebab sayang segan nak luahkan live kata-kata tu kata acik. Jadi sayang tulis aje. Sayangkan pemalu.” Kata-kataku itu membuatkan Darwish tersenyum.
“Eleh..Pemalulah sangat. Tiap-tiap hari goda acik dengan baju seksi. Bila orang dekat nyorok belakang pintu. Kalau nak goda tu, godalah betul-betul. Biar kasi feeling sampai hati. Buat orang sentap aje.”
 Aku terus tunjuk buku lima. Tayang aksi brutal. Padahal nak cover muka bengang.
“Ganas sangat sayang ni. Dah duduk sini dekat acik.” Darwish tetap berlembut dengan aku. Dia dah faham perangai aku macam mana. Tangan berapi. Bengang sendiri, orang lain yang jadi mangsa.
“Nak buat apa?”
“Takkan takut pula. Mehlah. Acik nak suruh buat sesuatu.” Darwish sudah tersengih-sengih. Aku masih tidak berganjak.  Rasa ragu-ragu. Nak suruh buat apa?
Meh sini. Jangan sampai acik datang sana. Karang kena terkam, tak tanggung.” Kerana kata-kata itu aku akur juga sambil buat muka.
“Haa..Buat muka macam tu lagilah kena.”
“Okey..Okey..Surrender. Ya..Acik sayang. Acik sayang nak suruh kita buat apa?” Aku gunakan bakat. Menggodalah tu kononnya.
Darwish senyum. “Senang aje. Tak susah mana pun. Acik cuma nak sayang cakap apa yang sayang tulis ni kat depan acik sambil pandang mata acik. Sampai acik rasa ada feel. Selagi acik kata TAK, maknanya sayang kenalah buat sampai acik kata, OK. Senangkan?”
Aku telan liur. “Tak payahlah acik. Segan.”
“Segan? Acik dah kasi dah cara nak goda hati acik tu pun tak nak. Rugilah dapat isteri macam ni.”
Huishh..Tercabar!
“Okay. Sayang buat. Tapi jangan ketawakan sayang.”
Aku buat. Tepat anak mata aku memandang mata Darwish. Lama aku tenung sampai rasa dah nak tergoda sendiri. Nak ucap, tapi tak terucap.
“Senyap aje. Mana kata-katanya?”
“Hihi… Tak bolehlah acik. Tak terkeluar kata-kata.”
“Kalau tak boleh, dendanya kena kiss yang kat sini. Cepat pilih. Nak yang mana?” Ujar Darwish sambil tunjuk bibir aku.
“Okey..Okey..”
Akhirnya aku meluahkan kata dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pada suami aku itu. Selamba juga aku cium pipi kanan dan kiri dia. Peluang ada, jangan tak guna.
Uishh..Tak minta, ale-ale dapat free dua.”
“Bukan free ea.”
“Okey. Pandai sayang acik ni ya. Terima kasih sayang.” Darwish juga ucap kata-kata yang sama pada aku. Ciuman kasihnya diberikan. “Acik bayar cash.”
Aku terus tutup muka. Malu.
Darwish kini membawa aku menikmati makan malam bertema candlelight dinner. Ada sesuatu yang mengejutkan aku.
“Belon ni….?”
“Kenal ke?”
“Belon yang…”
Hmm…Belon yang berani ucap kata cinta pada sayang kan? Memang belon yang sama. Kalau sayang nak tahu lipstik sayang masih melekat kat belon tu. Dan acik ada tulis tarikh kat situ. Sebenarnya belon cinta ni dari acik. Acik terbekenan kat sayang masa duduk layan blues kat taman.”
Aku melongo mendengar cerita Darwish. Sungguh tak sangka.

Pertama kali cinta..
Cintaku berputik pada pandangan pertama
Tikaku bermain gitar dan ada daun-daun berterbangan seperti cerita Korea
Rasa hadir tanpa dipaksa
Mengharap kasih satukan jiwa
Tanpa luahan kata-kata cinta
Keranaku yakin dia takdir jodoh cintaku yang pertama

Darwish menyanyikan lagu dengan lirik ciptaanya sendiri bertemankan petikan gitar. Aku tersenyum bahagia. Terjawab juga persoalan di hati tentang ‘encik belon’. Aku kenang kembali rentetan cinta hati. Manusia memang tak mampu menolak cinta kerana cinta itu fitrah. Besar kuasa cinta kerana ia adalah anugerah terindah.
“Ya Allah. Indahnya aturan cinta darimu untukku. Terima kasih, Ya Allah. Inilah aku punya cinta.”

~ TAMAT ~


 Sendiri punya komen : Cerpen panjang sangat dan meleret-leret..hihi
To readers...komen2lah ya...

TQVM

8 comments:

  1. sgt suwiiittt...saye suke SGD! good job..keep it up!

    ReplyDelete
  2. Best! Tergelak2 aku baca. Kalau brush up sikit, boleh jadi penulis ni..hihi

    ReplyDelete
  3. panjang giler tp best sgt...

    ReplyDelete
  4. ayoooooooo sweet gila..best sangat cerpen ni..kelakar+ best+sweet=terbalik eheheh terbaik...kikiki..terus berkarya..

    ReplyDelete
  5. best...sampai terfeeling sendri plak..good job...

    ReplyDelete
  6. So sweet...best sgt sampai feeling habis....siap berangan lg...good job..keep it up...

    ReplyDelete
  7. Salam. cerpen yang menarik.Tahniah buat penulis. Usahakan lagi. Salam :)

    ReplyDelete
  8. Best gileeee... andainya Acik th wujud, kan best

    ReplyDelete