ILHAM termenung di jendela biliknya
melihat suasana malam yang tenang. Subhanallah. Indah ciptaan Allah. “Ya Allah.
Semoga aku masih diberi peluang melihat mentari di hari esok.”
Esok dia akan
berangkat ke China atas urusan kerja. Bermakna dalam tempoh pemergiannya itu
dia akan merindukan keluarganya dan Maisarah.
“Maisarah..Ku
doakan cintamu kekal mewangi untuk orang kau cintai. Namun maaf ku pinta kerana
aku masih menyimpan perasaan cintaku padamu. Pastinya akan ku bawa jua rinduku
di hati ini.”
Ilham kemudian
mengambil gitar yang disimpan di satu sudut khas biliknya. Itulah gitar
kesayangan pemberian abangnya. Entah mengapa abangnya itu kini melupakan mereka
sekeluarga.
Jika
dahulu semasa mereka masih bersama, dia sering berkongsi cerita sebelum tidur,
namun kini hanya gitar bewarna coklat kayu pemberian abangnya itu menjadi temannya setelah abangnya itu
pergi ke luar negara. Ilham duduk di birai katil.Dipetik tetali halus yang
menjadi nyawa gitar tersebut. Ia mula memainkan sebuah melodi indah. Gitar
terus dipetik menenggelamkan emosinya yang sedikit terganggu. Ilham terbang
dalam dunianya sendiri. Jika dia rasa tertekan, itulah caranya dia melayan
perasaan. Dia lebih tenang begitu. Adakalanya dia termenung. Ada memori yang
menjengah fikirannya.
“Im…Kalau
kau nak cari isteri, nak cari yang macam mana ye?”soal Ilham tiba-tiba.
“Kenapa
tetiba je tanya. Kau ni dah ada calon ke? Tak beritahu aku pun.” Iman sibuk
menyelak majalah di tangannya.
“Takdelah.
Saje je tanya. Lagipun siapalah yang nak kat aku ni,”jawab Ilham merendah
diri.“Kalau kau tu lainlah. Ramai awek. Hari tu aku nampak kau keluar dengan
sorang perempuan. Seksi je minah tu. Aku tak sukalah.” Iman yang mendengar
hanya ketawa.
“Dia
bukan awek akulah. Kawan je,” jawab Iman acuh tak acuh. Ilham memandang wajah
Iman. Dahinya berkerut menilai kejujuran kata-kata abangnya.
“Kau
ni ada berapa awek, Im. Sebelum ni dengan perempuan lain. Lepas tu dengan
perempuan lain.”
Iman
hanya menjungkit bahu. “Ntah. Ramai kut. Tapi aku bukannya ada apa-apa dengan
dia orang tu. Aku saja je keluar jalan-jalan dengan dia orang tu. Dah kawan
perempuan aku lebih ramai daripada lelaki. Nak buat macam mana.”Senang saja
Iman memberi jawapan.
Ilham
hanya menggeleng kepala. Dia tersenyum kelat. Matanya kembali menatap
syiling.Dia memang kenal akan abangnya itu. Sikap abangnya kekadang
membuatkannya meluat. Namun, dia bukan tidak pernah memberi nasihat kepada
abangnya itu, namun kata-katanya tidak diambil endah oleh Iman. Dia sedar,
dirinya bukanlah baik sangat, namun dia cuba untuk menjadi yang terbaik.
Dirinya juga melakukan silap. Dulu masa sekolah sudah banyak kali dia digantung
sekolah. Semuanya gara-gara sikap panas barannya yang sukar dikawal. Mungkin
disebabkan itu juga, perempuan sukar bergaul dengannya.
“Kalau
kau nak,aku boleh kenalkan pada kau.”
“Isy,
tak nak aku. Aku nak cari sendiri.”
“Cehh,
berlagak. Orang offer tak nak. Habis tu kau nak cari yang macam mana? Macam
Puspa Wangi kat cerita Musang Berjangut tu ke?”
“Hmm..Okeylah
tu. Syok juga.Hmm..tapi, ada juga yang tak bestnya. Nanti semua orang nak salam
dengan bini aku tu. Jealouslah aku.”
“Kau
ni mengarut je lah. Kau nak cari yang macam mana sebenarnya?”soal Iman lagi.
Ilham
tersenyum. Matanya hanya menyaksikan kipas di syiling yang terus berputar.
“Kenapa
senyum?” soal Iman apabila melihat adiknya itu tersenyum sendiri.
“No
komen. Bab ni aku tak taulah. Kalau kau tu lainlah. Dah pakar.” Iman tertawa
mendengar kata-kata Ilham.
“Eleh
kau. Cakap ajelah. Dengan aku pun nak berahsia. Manalah tau aku boleh tolong
cari-carikan.”
“Apalah
kau ni Man. Aku mestilah nak cari yang baik dan beriman. Syarat tambahan, mesti
pandai buat lawak.Tapi yang paling penting dia mestilah menjadi isteri mithali,
macam ummi kita tu. Indah bak pelangi dibalik awan, hanya muncul tika selepas
hujan. Amacam orait tak.” Ilham berbicara sekadar memberikan jawapan yang
berlegar di ruang fikirannya ketika itu.
“Wow..tak
sangka kau ni pandai berfalsafah. Jiwang juga kau ni ye. Ingatkan aku je yang
jiwang.” Kata-kata Iman membuatkan mereka berdua ketawa bersama.
“Dah
abangnya jiwang, adiknya jiwang jugalah. Berkongsi bakat tu. Tapi kau tu jiwang
karat. Aku ni tak berapa karat sangatlah.” Deraian ketawa mereka kembali
terhambur.
“Kalau
kau ada awek nanti, kau nak panggil dia apa. Sayang ke..Darling ke..Honey...?”
soalan Iman membuatkan Ilham menggaru kepala yang tidak gatal.
“Aii,
apa kes tanya aku soalan tu. Macam tak logik je.”
“Saje
jelah. Nak tahu.”
“Kau
agak apa?” soal Ilham menduga abangnya.
Iman
hanya menjungkit bahu.”Manalah aku tahu. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.”
“Ntahlah.
Panggil ajelah apa-apa pun. Nama sudahlah. Comel-comel pun panggil puteri.”
“Aik,
Puteri. Anehnya kau ni Am. Nak panggil awek kau puteri. Orang panggillah sayang
ke..darling ke..Barulah nampak rasa cinta tu.Ke kau nak tiru macam cerita
dulu-dulu. Wahai adinda puteriku…bla..bla..bla..” Iman tertawa diikuti Ilham.
“Okey
jugak tu kan. Lagipun puteri tu nama yang agak klasik. Nama yang istimewa dan
indah.”
“Lawaklah
kau ni Am. Boleh pulak fikir sampai macam tu. Tapi, aku sokong dengan jawapan
kau. Aku pun nak tahu juga siapalah gadis bertuah tu.”
“Entahlah.
Mungkin tuan puteri yang selalu datang kat mimpi ni kut.” Ilham tertawa
sendiri.
“Hmm..ye
la tu. Sebab tu asyik ngigau panggil nama puteri. Ntah-ntah Puteri Santubong
kut kacau kau.”
“Jauh
sangat Puteri Santubong tu. Puteri Gunung Ledang dahlah. Dekat sikit. Jauh
sangat orang taknaklah. Nanti balik kampung, nak kena naik flight. Taknak. Aku
gayat.” Ilham beloyar buruk.
“Aik,
kaki gangster sekolah pun gayat tempat tinggi ke. Tak herolah macam ni.”
“Apa
yang gangsternya. Dah insaflah. Dulu masa jatuh tingkat dua tu, dah patah kaki.
Macam mana nak jadi hero.”
“Hmm..Tapi
dulu kau tetap hero bola keranjang dekat sekolah. Lepas dah patah kaki baru
stop jadi hero, kan.”
“Hep..belum
lagi. Ada lagi aku jadi hero. Masa tu aku jadi hero lagi. Aku jadi hero
selamatkan kucing mak cik kantin. Bersusah payah kau tahu. Ada ke kucing tu
nyorok kat tangki air tu. Dan..dan…ada ular tedung pulak kat sini. Fuhh…selamat
aku ada jurus melompat angin. Lepas terjun terus je lari langkah seribu. Selamat tak kena patuk. Kalau tak dah mati
aku kat situ. Sekarang ni yang kat depan kau ni ntah-ntah jelmaan je. Ha..ha…”
Akhirnya
tawa mereka berderai bersama.
“Dahlah,
Am. Tak payahlah kau buat lawak bodoh lagi. Penat dah aku ketawa. Hmm..Aku dah
lama tak dengar kau petik gitar tu. Main satu lagu. Boringlah. Nak tidur tak
ngantuk lagi. Layan dululah. Syok sikit.”
Ilham
terus bangun mengambil gitar kesayangannya. Dia kemudian duduk di birai katil
Iman.“Orait, bro. Mau lagu apa?” soal Ilham. Jarinya memetik lembut tetali
gitar menguji kemantapan bunyi gitar itu.
“Gorenglah
apa-apa lagu pun.” Jawab Iman pendek. Ilham hanya mengangguk.
“Hai…nasi
goreng…hai telur goreng…Sungguh enak..Sungguh lazat..” Ilham menyanyi selamba.
“Oii..Apa
daa lagu nasi goreng..telur goreng.. Apa rock. Lagu lainlah.” Balas Iman sambil
menghembuk bantalnya ke belakang Ilham. Ilham hanya ketawa.
“Kata
goreng…Orang gorenglah…” Dia ketawa lagi. Memang begitu perangainya kalau ada
‘geng’ sejatinya itu.
Ilham
mula serius. Jarinya lembut memetik gitar. Lagu rock kapak mejadi santapan
mereka berdua sebelum masing-masing mendiamkan setelah mendapat ‘soundtrack’
percuma dari luar bilik mereka.
“Korang
berdua ni kalau tak memekak malam-malam
tak boleh ke. Dah pukul berapa ni. Orang dah nak tidur, time tu lah dia nak
memekak dengan gitar dia. Bila ummi cakap baik-baik, dia kata membebel. Kalau
iya pun, sambunglah esok.” Lantunan suara dari luar itu begitu nyaring
kedengaran. Mereka masing-masing mendiamkan diri. Ketawa sesama mereka.
“Korang
berdua ni, dengar ke tidak.” Laung ummi lagi.
“Dengar
ummi. Kita orang nak tidurlah ni.” Jawab mereka hampir serentak.
“Hisy.
Dah besar pun perangai macam budak-budak.”
Ilham
tersenyum mengenangkan cerita antara mereka. Tetapi, ia hanya tinggal kenangan.
Mengapa Iman tegar melupakan dirinya sebagai saudara yang paling rapat. Saudara
kembarnya sendiri.
Lamunannya
terhenti apabila namanya dipanggil.
“Am…oh…Am…”Panggil
Sofea Jasmin sambil membuka daun pintu bilik Ilham yang kebetulan tidak
berkunci.
“Ada
apa ummi.” Soal Ilham seraya memandang umminya. Gitarnya diletak di sisi.
“Ni
kenapa lagi ni Am? Ummi tengok Am macam ada masalah je. Pasal Mai ke?”
“Taklah
ummi. Bukan pasal Mai. Tapi..” Ilham menghentikan bicaranya. Dia menghela nafas
perlahan. Wajah umminya dipandang sayu.
“Pasal
apa…”
“Pasal
abang.” Jawab Ilham kendur.
Sofea Jasmin hanya mampu berdiam diri. Bicara
itu menyentuh jiwa sensitifnya.
“Ummi
tak rindukan abang ke? Kenapa abang lupakan kita ummi.”
“Dahlah
Am. Kalau dia rasa dia nak balik, dia balik.” Sofea Jasmin berlalu pergi. Dia
tidak mampu berbicara panjang tentang hal itu. Dia sedih. Dia sebak.
Anak..Mengapa anaknya itu tegar melupakannya tanpa khabar berita.
“Dah,
pergi turun makan,”ujar Sofea Jasmin sebelum keluar dari bilik Ilham.
Ilham tahu ummi makan hati dengan Iman.
Tetapi, dia juga tahu ummi sangat merindui abangnya itu. Abangnya pergi, tetapi
masih tidak kembali. Suatu yang menyedihkan hati, pihak universiti Iman
memaklumkan Iman telah berhenti dari pengajiannya. Jika begitu, mengapa Iman
tidak sahaja pulang ke tanah air. Kemanakah Iman pergi menghilangkan diri.
Mengapa mereka tidak dapat menghubungi Iman sehingga kini. Iman juga tidak
dapat di jejaki.
Ilham
menggeleng kepala. Dia juga kesal dengan apa yang berlaku. Dia cuma berharap
agar suatu hari nanti, abangnya akan pulang ke pangkuan keluarga. Mengembalikan
sinar yang hilang dalam keluarga itu. Dia tidak mahu umminya bersedih.
Esok…Esok
dia juga akan pergi. Doanya agar dia selamat pergi dan selamat kembali. Ajal
maut di tangan Tuhan. Sebagai hamba dia hanya mampu berdoa.
*****
ILHAM menghantar
mesej kepada Maisarah memberitahu keberangkatannya ke China atas urusan kerja.
‘Ilham
nak pergi China? Hari ni? Kenapa tiba-tiba.’
Maisarah
segera menekan beberapa punat membalas mesej Ilham. ‘Cannot Send Message.’
‘Alamak
hai. Expired pulak kredit aku. Macam mana nak balas ni. Maaflah Am. Aku doakan
semuanya selamat. Tapi, kenapa tiba-tiba. Adakah mungkin kerana hal lamaran tu
Ilham ingin membawa diri..’ Maisarah berbisik di hati sendiri.
Lagu
‘Senyum Seindah Suria’ sudah bernyanyi. Maisarah segera menekan punat hijau
menyambung panggilan.
“Takde
kreditlah tu.” Terjah suara Ilham di sebalik talian. Suaranya kedengaran ceria.
Maisarah
hanya ketawa. “Eh, kenapa baru beritahu
kau nak pergi China. Tak beritahu awal.”
“Kenapa?
Nak hantar aku dekat airport ke?”
“Takdelah.
Tiba-tiba je kau kata hari ni nak pergi China. Terkejut juga aku.”
“Sebenarnya
hari tu aku nak cakap. Tapi, aku rasa sedih. Aku takut kau nangis je sebab aku
pergi. Sempat perasan pulak aku, kan. Entah-entah sebenarnya kau suka.”Ilham
bergurau.
Maisarah
hanya tertawa perlahan.
“Aku
ni pergi atas urusan kerja. Dua bulan dekat sana. Bukan melancong pun. Kalau
tak, aku dah ajak kau sekali.” Ilham menyambung bicaranya.
“Oo…Macam
tu ke..”
Eh,
Mai..Aku ada hajat ni.” Ilham menyampaikan maksud tujuannya.
“Hah?
Hajat?” Maisarah sudah terkejut.
“Eh,
janganlah terkejut. Aku bukan nak melamar kaulah. Kalau kau dah tak terikat dengan
siapa-siapa baru aku dengarkan kembali permintaan hati ini.” Ilham sudah
ketawa.
“Sengal kau ni.
Hari tu kau juga cakap jangan fikir. Kau jangan..”
“Jangan di ucap
selamat tinggal…Jangan kau ucap selamat tinggal kepadaku….” Ilham menyambung
kata Maisarah dengan menyanyikan bait lagu yang dipopularkan oleh kumpulan
Shade itu.~ Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal.
“E’eh kau ni. Ke
situ pulak. Tak sudah-sudah nak kenakan aku.”Maisarah sudah kembali dengan
caranya. Lamaran yang lalu itu memang tidak mahu di fikirkan lagi, namun ia
kekal menjadi memori. Dia boleh menerima seperti mana Ilham menerimanya. Ikatan
mereka masih kuat sebagai sahabat.
“Sudah
cukup..cukup sudah..Cukup sampai di sana saja…” Ilham masih bermain kata dengan
lagu. Kini lagu band dari seberang ‘Nirwana’ pula menjadi untaian di bibirnya.
“Malaslah aku
nak cakap dengan kau. Selalu macam ni.”
Ilham galak
ketawa. “Sorrylah. Aku ni kan memang
macam ni. Dengan kau je Mai aku suka melayan. Dengan orang lain aku tak biasa.”
“Hurmm..Ada apa
sebenarnya? Beriya kata ada hajat.”
“Aku
nak bawa rindu aku ke sana. Boleh macam tu?”
“Uiit,
apa tu. Tak faham.”
“Aku
nak rindukan kau dekat sana. Boleh ke?”
“Buat
apalah nak rindukan aku. Rindukan family kaulah.”
“Saje
nak rindu. Tak boleh ke? Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan..Insan yang ku
sayang kini milik orang..” Ilham kini mencuri bait lagu kumpulan Scoin~Rindu
Rinduan jadi Kenangan. “Eh, Mai. Aku macam salah lirik je ek.” Ilham ketawa
sendiri.
“Dah,
Am. Kau ni dah mengarut dah.” Maisarah juga ketawa.
“Aku saje je. Hmm..Aku telefon ni pun
sebenarnya cuma nak suruh kau jaga diri je. Jangan degil. Jangan asyik tidur
je. Jangan marah-marah yang seangkatan dengannyalah, kan. Aku ni pesan sebagai
kawan.”
“Hmm..Okey.”
“Kau
tak nak pesan apa-apa dekat aku ke? Mungkin lepas ni kita dah tak jumpa ke?”
“Kenapalah
cakap macam tu. Tak baik tau. Sedih aku dengar. Hmm..Aku doakan kau selamat
pergi dan selamat kembali. Aku masih perlukan kau dekat sini sebagai seorang
sahabat. Semoga kau sentiasa di dalam lindungan Ilahi. InsyaAllah.”
“Terima
kasih, Sarahku. Sayang dekat kau macam ni. Okey..Minta maaf ea kalau ada salah
silap. Take care ye. Keep you smile my
friend, cik puteri Maisarah.” Itulah ucap kata akhir dari Ilham sebelum
mematikan talian.
Maisarah
termangu seketika. ‘Kenapa aku rasa bicara Ilham begitu berbeza daripada
selalu. Sayu sahaja rasa hati ini.’
_______________________________________________________________________________
SUASANA alam
agak mendung. Pasti hujan bakal turun membasahi bumi. Mengikut ramalan kaji
cuaca juga, hari ini hujan di Kuala Lumpur.Angin mula bertiup sedikit kuat. Ia
kian menderu berteman suara guruh di langit. Awan hitam pula sudah berarak laju
menyelubungi alam. Hujan renyai-renyai sudah mulai turun.
Maisarah
mempercepatkan langkah memasuki lorong kedai untuk mengelakkan diri dari
kehujanan. Angin kuat yang bertiup menyebabkan habuk berterbangan. Mata
Maisarah tiba-tiba menjadi pedih. Habuk masuk ke mata walaupun dia memakai
cermin mata. Aduhhh…Tangannya menggosok matanya yang kepedihan. Cermin matanya
ditanggalkan dan di pegang.
Malangnya,
sewaktu terleka menggosok mata, tanpa diduga dia terlanggar bahu seseorang.
Kakinya pula kebetulan tersadung di anak tangga di kaki lima kedai. Dia hampir
tersungkur.
“Opocot
kau adik aku sayang.” Maisarah melatah spontan. Mujur tangannya sempat memaut
pada seseorang yang berada di hadapannya.
“Opsss..Sorry..
Sorry..” Ujar Maisarah meminta maaf.
Nasibnya baik kerana lelaki itu kekal stabil.
Lelaki itu dapat menahan dorongan tubuhnya yang hampir terjatuh. Lelaki
tersebut malah membantu dirinya supaya dapat berdiri semula dengan stabil.
“Awak
okey ke?” tanya lelaki itu inginkan kepastian. Maisarah terkaku. Tanpa disedari
tangannya masih memegang lengan lelaki tersebut. Mulut Maisarah terkunci seribu
bahasa. Matanya tidak terkelip. Namun,matanya masih terasa pedih dan merah. Dia
meneguk liur sendiri. Tubuhnya terasa panas membahang hingga ke muka. Dia segera melepaskan pautannya apabila tersedar
kejengkelan tindakannya itu. Walaupun ia hanya berlaku beberapa saat, ia sudah
cukup membuatkan detak jantungnya berdegup kencang.
“Awak
okey ke?” tanya lelaki itu lagi inginkan kepastian.
“Okey…Okey..Sorry..Sorry..Terima
kasih,”ucap Maisarah antara kedengaran dengan tidak. Dia sudah menunduk
menyorokkan muka. ‘Aduh..Bengangnya.’
“Alamak..Cermin
mata aku.” Maisarah baru tersedar cermin matanya telah terlepas dari tangannya.
Dalam pandangan mata yang kabur dan terbatas, dia terus mencangkung meraba
mencari cermin matanya.
“Aduh,
mana ni…” Tangannya terus di raba ke lantai. Melihat gayanya, dia seperti
seorang buta. Mana tidak, ‘power’ cermin
matanya sudah mencecah 800 dot..dot…Entahlah. Dia pun tak tahu ukuran
saintifiknya. Takkan watt, kut. Dah macam power elektrik pulak, kan.
Tiba-tiba,
dia terasa tangannya di pegang seseorang. Zasss…Aura tangan yang terasa hangat
itu menyentuh segenap kalbu. Terkelu lidahnya tanpa bicara. Dia tertelan liur
lagi. Matanya tepat memandang wajah itu yang kini betul-betul berada di depan
matanya. Pandangan saling berbalas. Maisarah segera menundukkan wajah.
“Erkkk..awak
jumpa cermin mata saya tak?” tanya Maisarah sambil menggaru tenguk yang tidak
gatal. Itu sudah menjadi gayanya.
“Ada
ni ha.” Lembut sahaja nada bicara yang didengar. Lelaki itu kemudian
menghulurkan cermin mata tersebut kepada Maisarah.
Mereka
berdua berdiri kembali.
“Terima
kasih, ea. Selamat tak bersepai cermin mata saya ni. Kalau tak, susah saya
nanti,” Ujar Maisarah seraya mengelap kanta cermin matanya dengan hujung kain
tudung. Dia kembali memakai kembali cermin matanya.
Hujan
kian lebat. Dalam pada itu pandangan mata Maisarah dapat menangkap nombor bas
yang baru melintasi di hadapannya. “Alamak..bas aku dah sampai.” Maisarah terus
berpusing dan berlari mendapatkan bas. Kalau tak, maunya dia kena tunggu bas
yang seterusnya. Lelaki yang masih bersamanya tadi, terpaksa ditinggal begitu
sahaja. “Eh, awak. Terima kasih.” Jerit Maisarah yang baru teringat untuk
mengucapkan kata itu walaupun dia sudah berlari pergi dari lelaki itu. Apa yang
penting sekarang, dia perlu mendapatkan bas. Tak sempat pun nak tanya nama.
Takpelah, kan. Janji dah ucap terima kasih.
Lelaki
yang menolongnya tadi hanya mampu tergelak dan menggeleng kepala melihat
kekalutan Maisarah. “Kelam-kabut semacam je perempuan ni. Kelakar betul. Tapi,
macam pernah jumpalah dia ni..Hmm..Rasanya tak salah orang.” Dia tersenyum
sendiri.
Lelaki
itu kemudiannya mengambil sesuatu yang terjatuh berhampiran tempatnya berdiri.
Dia mengagak sesuatu tentang barang itu. “Ni pasti perempuan tu tercicir.”
Bisik hatinya.
Dia
membaca tulisan yang tertera pada key chain yang kini berada di tangannya itu.
“MAI. Eh, macam nama…” Dia tidak menghabiskan bicaranya. Bibirnya menguntum
senyum. Harapanya suatu hari dia akan dapat memulangkan kembali barang tersebut
kepada gadis itu.
Di
benaknya juga terpikir andai kata tadi dia tidak dapat menahan pautan gadis
itu, sudah tentunya mereka bersama akan rebah ke lantai. Maka terjadilah drama
Hindustan di situ untuk tatapan umum. Dil
Hai Tumhara……Hatiku Milikmu..
Eh,
tetiba ada pula soundtrack latar, kan..Hehe..Memang kebetulan lagu itu
terpasang di sebuah kedai mamak di deretan itu. Kedengaran sayup-sayup berteman
suara hujan.
Hujan
kian lebat. Mujur Maisarah sudah berada di dalam bas. Di dalam bas, fikiran
Maisarah merawang seketika. ‘Aduhai, begang betul aku. Kalau tergolek tadi, confirm malu gila. Selamatlah orang tu
lelaki Melayu, comel pulak tu. Kalau Awang Hitam….eii…Ngeri aku…Hmm..Selamatlah
dia jumpa cermin mata aku ni. Kalau tidak…adalah yang kena pimpin aku nanti.’
Maisarah bermonolog sendiri.
‘Tapi,
muka orang tu aku tak nampak jelaslah. Hmm..Rugi betul..Tapi mata
dia..Hish..Aku ni. Ke situ pulak. Apa-apa pun terima kasih encik yang sudi
menolong. Semoga kamu dirahmati Allah.’
Maisarah
meraba-raba beg tangannya. Dia mencari sesuatu. “Alamak….Alamak..” Hanya itu
yang mampu di ucapkan dengan kata-kata. Nampaknya, key chain pemberian Ilham
sudah tercicir. Mungkin terjatuh semasa ‘accident’ tadi. ‘Alaa…Sayangnya…Nampaknya
bukan rezeki aku.’
Tiba-tiba
Maisarah terasa bahunya ditepuk seseorang dari belakang.
Dia
berkalih pandang. “Erkkk…” Dia sedikit terkejut.
“Tak
kenal ke?” soal suara itu.
No comments:
Post a Comment