Sunday 1 February 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 24


IRSYA NATASYA kini berada di bilik tidurnya. Selepas Irfan Faris pulang, dia segera masuk ke bilik. Apa yang pasti, dia malas nak mendengar cerita-cerita dari mulut emak dan abahnya. Pasti ada saja berkait dengan dirinya, atau paling tidak mereka akan bertanya perihal Irfan Faris sewaktu mereka berdua keluar bersama tadi.
Kini dia berasa lega kerana baru dapat merebahkan diri di atas tilam empuk setelah penat berdating bersama Irfan Faris. Walaupun dating tak lama, tetapi terasa begitu meletihkan. Bukan fizikalnya, tetapi mentalnya.Stres!
Irsya Natasya terus bergolek-golek di atas tilam. Syok. Tilam baru tu. Jenama Vono. Tilam pengantin. Baru sampai semalam. Jangan tak percaya. Hehe..
Irsya Natasya kini memerhati sekitar biliknya. Esok, suasana bilik itu bakal berubah. Ya, tabir warna ungu-merah jambu akan melatari bilik tidurnya. Juga, akan terhias bunga-bunga yang cantik di sudut biliknya. Dan..ada juga kupu-kupu kegemarannya. Kupu-kupu hiasan.
“Aku dah nak kahwin ke?” Itulah persoalan yang kekal berlegar di mindanya. Walaupun dah jelas ia akan berlaku, Irsya Natasya masih juga mahu mewujudkan persoalan itu. Dia mengeluh sendiri.
Irsya Natasya kemudian pergi mengambil kupu-kupu hiasannya yang berwarna-warni dari satu kotak di tepi meja. Cantik. Memang dia suka melihat kupu-kupu itu. Ia seakan melambangkan kebebasan. Ya, kebebasan yang sepatutnya ada padanya.
“Kau tahu tak kupu-kupu. Aku ni dah nak kahwin. Kahwin ala-ala paksa. Yalah, kahwin dengan orang yang aku tak suka.” Irsya Natasya kini bercakap dengan kupu-kupu hiasannya. Seakan mengadu nasib. Haish..Gaya macam orang tak betul pulak dah. Ada ke cakap dengan kupu-kupu.
“Sebenarnya, aku boleh consider lagi untuk terima si Irfan Faris tu bila jumpa untuk pertama kali. Tapi masalahnya, dia tu tak nak jadi geng aku selamanya. Tu yang problem. Kalau sama-sama tak suka, tapi boleh jadi geng selamanya, okeylah jugakan? Hurmm..Okeylah kupu-kupu. Saja aku nak cerita kat kau. Sebenarnya aku rasa macam ngok-ngek aje cerita kat kau ni. Biasalah, aku ni nak luahkan perasaan yang terpendam aje. Kalau cerita kat mak aku, memang nak kena pelangkunglah jawabnya. Kalau cerita kat kak long, confirm kena gelak aje.”
Irsya Natasya kembali meletakkan kupu-kupu hiasan itu ditempatnya. Kemudian, dia kembali melayan perasaan. Dalam leka,telefon bimbitnya memberi isyarat ada mesej yang masuk.
“Aii, dah sampai rumah ke mamat ni. Baru aje gerak 15 minit. Takkan pecut macam pelesit.” Soal Irsya Natasya sendiri. Mesej yang diterima, dibaca.
Irfan ~ Hai budak telur hangus.
Irsya Natasya mencebik. Dia kemudian membalas mesej tersebut.
Irsya ~ Kalau setakat nak kutuk saya, buat apa hantar mesej.Awakkan tengah drive?
Irfan ~ Lantak sayalah. Mesti awak tengah berangan sekarang ni kan?
Irsya ~ Weh. Dah kenapa nak perli saya ni? Awak sukalah tu sebab tadi saya kena ‘bahan’ dengan mak dan abah saya kan?
Irfan~ Ek’elek. Bukan salah saya pun. Dah mak dan abah awak yang kutuk awak habis-habisan. Saya tumpang gelak ajelah. Salah ke?
Irsya ~ Huh! Harap-harap awak kena saman.
Irfan ~ Jahatnya mulut awak.
Irsya ~ Dah tu. Stoplah mesej. Ngek.
Irfan~ Apa ngek, ngek.
Irsya~Awak tulah. Ngek.
Irfan~ Awak tu pun ngek jugak. Tak sedar pulak tu.
Irsya ~ Eh. Dah tak suka buatlah cara tak suka. Sibuk pulak nak hantar-hantar mesej. 
Irfan~ Awak tu pun samalah. Yang awak balas juga mesej saya siapa suruh.
Irsya~ Dah. Malas nak layan mesej awak.
Irfan ~ Eleh. Dah ngek tu, ngek jugalah. Tak nak ngaku.
Irsya ~ Diamlah awak. Bising aje.
Irfan ~Bising ke? Macam mana dengar suara saya? Saya mesej aje kut.
           
Irsya Natasya sudah tidak membalas. Panas hati sendiri. Tapi, betul juga kata Irfan Faris. Yang dia terus membalas mesej tu siapa suruh. Siap suruh orang tu diam kata bising. Padahal tulis mesej aje. Haha..Memang ngek!
Tidak berapa lama kemudian, mesej berbunyi lagi.
“Aii, mamat ni. Mesej aku lagi ke?” Irsya Natasya membaca juga mesej yang diterima.
Irfan ~ Selamat malam.
Irsya~ Saya belum nak tidurlah. Sibuk je.
Irfan ~ Ingatkan tak balas. Balas juga awak ya? Haha…Dahlah. Pergi tidur.
Irsya ~ Sibuk aje nak suruh orang tidur. Saya tengah memikir ni.
Irfan ~ Memikirkan siapa? Saya?
Irsya ~ A’ahlah.
Irfan~ Tak payahlah fikir. Karang stres.
Irsya ~ Memang stres. Tapi terpaksa memikir sebab saya tengah nak cari idea macam mana nak singkirkan awak dari hidup saya. Rasa macam menyemak aje tiba-tiba muncul. Masa ada lagi ni kalau nak buat kerja gila.
Irfan~Wah, ayat! Saya nak ingatkan kat awak. Pernikahan kita mesti berlangsung. Kalau tak, siap awak.Saya masih ingat apa permintaan awak siang tadi. Kita akan happy-happy aje masa birthday kita tu. Dah. Jangan nak cakap banyak.
Irsya ~ Bila masa saya bercakap. Saya mesej aje. Haha..Ngeklah awak Irfan Faris.
Irfan ~ Balaslah tu.
Irsya ~Kan adil. Dahlah. Drive baik-baik. Dah sampai beritahu. Kalau kena saman, bayar sendiri ya encik Irfan Faris.
Irfan ~ Ngek..Pergilah tidur. Good night.

Irsya Natasya tersenyum-senyum sendiri. Best juga melayan mesej Irfan Faris ni. Ngek tak ngeklah. Terpaksa juga terima. Dalam lamunan perasaan, dia akhirnya terlena.
Telefon bimbit Irsya Natasyakini berbunyi. Waktu itu, Irsya Natasya sudah tertidur lena. Dalam mamai tersedar dari tidur, dia menjawab panggilan telefon itu.
“Awakkk….” Suara Irfan Faris kedengaran di hujung talian.
“Okey. Saya dah tahu awak dah sampai. Bye.”
“Awakkk…” Irfan Faris masih bersuara di hujung talian.
“Dah. Jangan kacau. Saya nak tidur. Sibuk aje.” Balas Irsya Natasya lalu segera mematikan talian.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi.
“Ei, kacau betullah si Irfan Faris ni.”
Irsya Natasya terus menekan butan off, mematikan telefon bimbitnya. Dia kemudian sambung tidur.

“SYA…Irfan mesej kamu tak dia sampai rumah pukul berapa malam tadi?” soal Saodah sewaktu anaknya itu membantu membuat sarapan di dapur.
“Dia tak mesej. Tapi dia telefon. Pukul berapa, tak perasan pulak. Sya dah tidur. Kenapa?”
“Tulah kamu. Fikirkan tidur aje. Kamu tahu tak si Irfan tu accident?”
“Hah? Accident?” Irsya Natasya membulatkan mata. Terkejut. “Err, mak..Sya tinggal sekejap. Sya nak telefon dia.” Irsya Natasya bergegas ke biliknya. Tiba-tiba jadi risau.
“Aduhahi, Irfan oii. Kenapalah kau accident sekarang ni. Ni mesti bawa kereta laju ni. Patutlah sejak bangun tadi, dada aku ni berdebar aje. Ada petanda tak baik rupanya. Agaknya yang kau call aku malam tadi tu…Haishh, kau ni Irfan Faris. Kau tahu tak, minggu depan majlis birthday kita. Macam mana nak sambut sama-sama kalau kau kat hospital.” Omel Irsya Natasya sendirian. Bebel, bebel juga. Risau, risau juga.
Nombor Irfan Faris segera dihubungi.
“Hello…” Jawab suara di hujung talian agak serak.
“Irfan. Awak kat mana sekarang ni?” Suara Irsya Natasya sedikit cemas.
“Atas katil.”
“Buat lawak pulak dia. Teruk ke? Hospital mana?”
“Wah, ayat. Macam nak sangat saya masuk hospital yek. Saya kat atas katil bilik sayalah. Yang awak kacau saya tidur ni kenapa? Dah. Saya nak off phone.” Alahai. Gaya macam merajuk pulak.
“Eh, kejaplah. Betul ke awak accident?”
“Ada kena mengena dengan awak ke?”
“Eh, mestilah. Kalau awak tak ada masa majlis nikah tu, kesianlah saya. Terkontang-kanting tak ada geng nanti.”
Irfan Faris yang mendengar di sebalik telefon hanya tergelak tanpa suara. Takut juga tunangnya itu jika dia tiada di hari pernikahan nanti.
“Sejak bila masa pulak saya jadi geng awak.” Irfan Faris sengaja buat suara ala-ala serius.
“Hish, awak ni kan. Karang saya betul-betul lari majlis nikah tu karang.”
Epp..Jangan nak ngada-ngada. Kita dah janji. Dah. Tak payahlah nak risau sangat. Saya tak apa-apa pun. Cuma belakang kereta aje kemek sikit. Kena sondol dengan kereta lain. Malam tadi saya nak beritahu, tapi awak awak dah marah-marah pasal kacau tidur awak tu.”
Err..Sorrylah.”
“Eh, awak ni memang betul-betul risaukan saya ke?”
“Taklah. Tapi,mak tu yang sibuk suruh telefon nak tahu keadaan awak. Yalah, bakal menantu kesayangan dia yang saya terima dengan hati tak terbuka ni.” Irsya Natasya membodek kata. Padahal dia yang kelam-kabut nak telefon.
“Wah, ayat. Macam ayat saya aje.”
“Bila masa awak cakap macam tu. Tak pernah dengar pun.”
“Saya cakap dekat dalam hati sayalah. Awak mana dengar. Awak dengar kalau ayat mesej je.” Perli Irfan Faris.
“Ish, menyampahlah awak ni.”
“Baguslah menyampah. Jangan cakap sayang pulak. Kita kan geng satu hari aje. Masa hari birthday kita tu. Hari-hari lain, mana kita geng.So, tak tak payah nak sayang-sayang sangat.”
“Aku rasa macam nak pelangkung kepala kau Irfan Faris.”
“Aii, bahasa. Saya kan dah cakap saya tak suka awak beraku-kau dengan saya. Pulak tu sibuk nak pelangkung saya. Piat telinga tu baru tahu.”
“Eleh, lantaklah. Sibuk aje.Ngek.”
Ngek, ngek..Eh, dahlah. Malas nak layan awak. Stres saya.Saya nak tidur.Jangan kacau. Ngantuk.”
Uit, dah pukul berapa ni.”
“Aii, macamlah dia tu baik sangat tak tidur semula lepas Subuh. Saya boleh tahulah cara awak. Awak tu, macam saya. Kalau tak kena piat telinga tu, confirm tak bangun.”
“Eii, ngeklah awak ni.”
“Awak pun ngek juga. Dah. Lepas ni kita takkan berhubung lagi sampai hari majlis melainkan ada hal urgent. Faham!”
“Iyalah. Ingat saya ni nak sangat ke telefon awak.”
“Menjawab aje.”
“Ada mulut. Ada suara. Jawab ajelah. Bukan bisu pun.”
“Dahlah. Malas nak layan. Nak tidur. Bye.”
Talian dimatikan.
“Eii, dia ni kan. Tiba-tiba buat aku stres! Penat aje aku risaukan dia.” Omel Irsya Natasya sendirian. Dia kemudian keluar dari bilik dan kembali ke dapur. Laporan diberikan kepada emaknya.
“Mak dah tahu dah yang dia tu sebenarnya tak cedera apa-apa pun. Mama Kirana kamu dah beritahu emak.”
“Laaa..Habis tu, kenapa mak tak beritahu Sya yang dia tu tak apa-apa. Penat aje telefon dia.”
“Mak saja nak test kamu. Nak tengok kamu tu risau tak kat dia.”
“Mak ni kannnn…Sya tak suka tau.”
“Alah, kamu tu cakap-cakap kat mulut tak suka. Tapi, dalam hati tu kamu sayang juga kat dia kan?”
“Sayang? Macam kelakarlah Sya dengar perkataan SAYANG tu. Tak sesuai tau mak. Sya ni bukan apa mak, kalau ikutkan hati Sya, Sya tak kisah pun dia tu nak jadi apa. Tonggang-terbalik ke, apa ke…Tapi,  mengenangkan mak, abah dan seluruh keluarga dia tu beriya sangat nak Sya ni kahwin dengan si Irfan Faris tu, Sya terpaksalah kena pastikan dia tu baik-baik aje. Tu yang terpaksa risau sikit.”
“Yalah, Sya. Ikut kamulah. Yang penting, kamu tak lari masa majlis nikah kamu tu dah cukup baik bagi mak.”
“Sya tak larilah mak. Sya nak tengok juga macam mana si Irfan Faris tu jawab akad. Gagap tak dia. Haha…”
“Ish, kamu ni. Tak baik tau Sya. Dia tu jawab akad untuk terima kamu. Ada ke kamu nak ketawakan. Kamu jangan macam-macam Sya.”
“Guraulah ajelah mak.”
“Gurau, gurau. Benda macam tu tak boleh buat gurau Sya. Jadi kamu sukalah kalau si Irfan tu tak dapat jawab akad tu. Supaya kamu tak jadi milik dia. Macam tu?”
“Taklah mak. Mak ni janganlah sensitif sangat. Sya akan doakan, Irfan Faris tu mudah jawab akad tu mak ya. Sekali lafaz aje.Lagipun, malulah Sya kalau tiba-tiba dia tak boleh nak jawab akad tu.”
“Haa..Tahupun kamu. Lain kali cakap tu biar fikir dulu. Faham!”
“Faham, mak Odah.”