IMAN terkejut
apabila melihat Reena Aqasha sudah berada di dalam rumahnya. “Macam mana you boleh masuk rumah I.”
Reena
Aqasha berbuat tidak tahu. Sengaja dia menguatkan volume televisyen di hadapannya.
“Reena…I cakap dengan you ni. Please…Keluar dari
rumah I sekarang.”
“Ni
rumah kita, kan.” Jawab Reena Aqasha selamba. Dia sudah bangun mendapatkan Iman
lalu memeluk lelaki itu. “Darling…”
“Eh,
perempuan. Keluar kau.” Iman menolak tubuh Reena Aqasha hingga terduduk di
sofa.
“You
tak sayang I ke Iman.” Reena Aqasha masih cuba menggoda dengan suara dan liuk
lentuk tubuhnya.
“Aku
benci kau..Aku benci kau.. Berambus kau sekarang.!” Tubuh itu kembali di tolak.
Reena Aqasha kembali terduduk di sofa.
“Hey,
you. Sebelum ni you juga yang kata,
rumah ni rumah kita, kan. So, kenapa you nak halau I.” Reena Aqasha mula membentak.
“Pleaselah, Reena. I kata rumah ni jadi rumah kita kalau kita berkahwin. Sekarang
ni..kita takkan berkahwin okey. You
faham tak.” Tegang suara Iman tika ini.
“Kenapa
you tak nak kahwin dengan I.” Reena Aqasha sudah bangun kembali
mendapatkan Iman.
“You
yang buat I tak nak kahwin dengan you. Bukan salah I . You yang tipu I selama
ni, Reena. You perbodohkan I dengan cinta you. Dah..Lebih baik you keluar
sekarang. I kata, keluar!!!” Iman sudah menekan suaranya sekuat mungkin.
Kemarahannya sudah tidak dapat di tahan.
“I
takkan keluar. Takkan…You mesti kena kahwin dengan I.” Balas Reena Aqasha
dengan suara yang lantang.
“Eh,
perempuan. Kau buat dengan orang lain. Kau nak suruh aku kahwin dengan kau. Eh,
aku kata keluarlah. Aku benci tengok muka kau.”
Pang!!!..Satu
tamparan kuat hinggap ke pipi Reena Aqasha.
Reena
Aqash tersentak. Tidak sangka Iman akan menamparnya. “Sampai hati you tampar
I.”
“You
yang paksa I buat macam tu, Reena. I dah minta you keluar. You yang degil. Get
out…!!!”
“Sampai
hati you halau I, Iman.”
“Ye..Memang
I sampai hati. Sebab semua ni salah you. You yang kecewakan I, Reena. You..!!!”
Semakin tegang suara Iman.
“I
cintakan you.. Iman…” Reena Aqasha kembali mendapatkan Iman. Suaranya sudah bertukar nada. Dia mula
menangis. Tubuh Iman dipeluk erat.“Tak ingat ke you. Selama you sakit dulu, I
yang jaga you Iman. I bersusah payah untuk you.I sayangkan you, Iman.”
“Okey,
fine. Itu I akui. Tapi, sekarang ni you tak boleh jadikan alasan supaya I
terima you. Apa yang you dah buat sekarang ni I tak boleh terima. You sedar tak
you dah buat apa. You dah jual tubuh you dekat orang lain tau. Sekarang you nak
I terima you. You sendiri boleh fikirlah Reena.”
“Iman…Please…I merayu…” Reena Aqasha kian menangis sambil
melutut memeluk lutut Iman.
“You
tak perlu berlakonlah dengan air mata palsu you tu. Hati I ni memang dah tak
percaya you walaupun you melutut depan I sekarang ni. Baik you pergi. Jangan
cari I lagi.” Iman menarik kakinya. Dia kemudian berjalan menuju ke almari
mencari sesuatu.
“Ni
barang you. I pulangkan balik.” Iman
mencampakkan sehelai baju jaket labuh bewarna hitam kepada Reena Aqasha. Hanya
itu satu-satunya barang yang belum di lupuskan dari rumahnya.
“Tempat
kau bukan di sini Reena. Aku mohon secara baik Reena. Pergi dari sini. Jangan
cari aku lagi. Pakai baju tu. Aku tak nak kau keluar dari rumah aku dengan
pakaian kau macam ni. Pergi…!!”
“Tak..Iman..I
takkan pergi…” Wajah Reena Aqasha sudah di basahi air mata.
Iman
merentap kasar tangan Reena dan memaksanya bangun. Dia membawa ke muka pintu.
“Jangan kau berani lagi datang ke sini. Jangan cari aku!” Iman memberi amaran
keras. Pintu terus di tutup kasar.
“Iman..please..Iman…Maafkan I…Beri I peluang
Iman…Iman..Please…” Reena Aqasha terus merayu bersama tangisannya. Pintu rumah
itu terus ketuk bertalu-talu, namun Iman tidak membukanya.
“Iman
please. I hanya nak kahwin dengan you. I tak nak orang lain. Iman. I merayu.
Maafkan I… Maafkan I.. Iman.” Reena Aqasha terus duduk di hadapan pintu rumah
Iman. Dia tidak mahu berganjak.
“Pergi!
Aku kata pergi!” Jerit Iman dari dalam rumah.
“Iman.
I mengaku I salah. Tolong maafkan I. I merayu sangat dengan you Iman. I
terpaksa.”
“Dah
takde gunanya Reena. Dah tak guna. Baik you pergi. Pergi Reena..Pergi. Jangan
cari I lagi.” Suara Iman juga sayu. “Please..Reena..Please…”
“Iman,
please.” Reena Aqasha masih cuba memujuk dan merayu. Dia kini bersendu sendiri
menahan tangis. “Iman..”
Tiba-tiba
Iman membuka pintu. “Hey, you tak faham ke. I kata pergi..pergilah. I benci
dengan you!” Tegang suara Iman melontar suara. Riak wajahnya juga tegang.
“Iman…”
“Apa
Iman..Iman..” Iman sudah tidak dapat menahan emosinya.
Zappp…Tangannya menyambar pipi Reena
untuk kali kedua. Kali ini lebih kuat tamparannya.
Reena
Aqasha terpempan. Lantas itu di pergi berlari meninggalkan Iman. Dalam masa
yang sama, ada sepasang mata yang melihat kejadian itu.
Iman
kini terduduk di depan pintu. Dia melihat tangannya yang menampar Reena. Rasa
sakit. Ia kemudian digenggam padu. Dia rasa menyesal kerana menampar gadis itu
sebegitu rupa. Air matanya kini gugur ke pipi. ‘Reena..Maafkan I. I dah tak
mampu terima ni semua. Kenapa ni yang terjadi Reena? Kenapa? I sedar, I juga
salah. I yang tak mengerti you sepenuhnya,
Reena.’ Iman meraup muka. Dia juga tidak mampu menahan kesedihan hatinya.
Sebenarnya, dia masih belum mampu membuang Reena Aqasha sepenuhnya dari hidupnya.
‘Ya Allah. Kuatkan hatiku, Ya Allah.’
*****
REENA AQASHA menghempas
kuat pintu biliknya.Dia sudah melemparkan barang-barangnya ke dinding. “Aku
benci kau..Benci..!!”Semua yang ada di atas katil di lempar ke bawah. Sebuah
bingkai kaca di tepi katil juga menjadi mangsa. Ia dilempar dan berderai di
lantai.
Pandangan
mata Reena Aqasha kini tertancap pada sesuatu yang terkeluar dari poket jaket
labuh yang sejak tadi di campak di atas lantai. Dia segera mengambil barang
tersebut. Tatkala mengambilnya, air mata hangatnya kembali jatuh perlahan gugur
ke pipi.
Ia
adalah seutas rantai dan di dalam loket itu terdapat gambarnya dan juga Iman.
Reena Aqasha kini bersendu sendiri sambil melekapkan barang itu ke
dada.“Iman…Maafkan I..”Air matanya terus deras jatuh ke pipi. Dia benar-benar
terusik. Di lihat juga ada tarikh yang terukir pada loket itu. Tarikh itu adalah
tarikh hari lahirnya mengikut kalender Hijri. Mungkinkah rantai itu adalah
rantai lamarannya untuknya.
“Suatu
hari nanti, pasti dua hati akan menjadi satu. Tapi waktunya…rahsia. Ia pasti
hari yang paling indah.” Reena Aqasha kembali teringat akan kata-kata Iman
sewaktu lelaki itu bertemunya sebelum kembali ke U.K awal tahun lalu. Di kala
hari itu, sehari suntuk dia ditemani Iman ke sana ke mari. Hari itu dia merasa
bahagia.
“Iman…I cintakan you, Iman…I cintakan
you…I minta maaf…” Reena Aqasha terus berteman air mata sambil memegang erat
rantai tersebut. Patung dolphin
pemberian Iman sebelum ini dipeluk erat. Dia terluka sendiri. “I bersalah
dengan you Iman. I salah.”
Di
saat matanya hampir layu, seakan ada suara-suara halus berbisik di telinganya.
‘Dia
jahat Reena…Dia jahat. Dia tolak kau. Dia tampar kau. Dia benci kau. Dia takkan
terima perempuan jalang macam kau. Baik kau bunuh dia Reena..Bunuh dia..’
Reena
Aqasha kembali celik. Hadir kembali memori tika dirinya di tolak dan pipinya ditampar
oleh Iman. Dia memegang pipinya. Masih terasa pijarnya. Sakit. Kata-kata amarah
Iman juga kembali terngiang-ngiang ditelinga.
“Kau
jahat..Kau jahat….Lebih baik kau mati…Pergi mati..Aku benci kau…Benciii..!!!”
Reena Aqasha terus meraung kerasukan. Dia menghenyak kasar anak patung tersebut
dengan tangannya melepaskan kemarahan. Anak patung itu kemudian dilempar ke
dinding. Begitu juga rantai yang berada digenggamannya. “Aku benci kau…Benci…Baik
kau mati Iman..!!!” Reena Aqasha kini sudah ketawa seakan kerasukan.
*****
TRITT..TRITT…Telefon bimbit berbunyi.
Punat
hijau ditekan.
“Settlekan arahan aku.”
Tit..Talian
di matikan.
“Astaghfirullah..Kenapa
perasaan aku hari ni lain macam. Rasa tak sedap je. AllahuAkbar…Bantulah
hambaMu ini.”
Maisarah tidak senang
duduk. Sesekali dilekapkan tanganya ke dada cuba menangkan rasa yang menghimpit
dadanya yang terasa sesak. Segera di telefon ibunya di kampung bertanya khabar.
Dia takut andai sesuatu perkara buruk terjadi dikampung. Alhamdulillah. Tiada
apa yang berlaku.
“Kau kenapa Mai. Lain
macam je aku tengok?” soal Zulaika yang sejak tadi terperasankan akan tingkah
Maisarah.
“Entahlah Zi. Aku rasa
tak sedap hati. Perasaan aku tak selesa. Macam ada sesuatu yang berlaku.”
“Maksud kau?”
Maisarah menggeleng.
“Kau doalah supaya
tiada perkara buruk yang berlaku. Mungkin perasaan kau je kut.”
Maisarah mengangguk.
*****
Iman baru selesai membuat tempahan bunga
di Cinta Bunga Florist. Dia mengukir senyum sendiri.Hari ini dia ingin bertemu
Sarah. Itupun jika gadis itu sudi memenuhi permintaan hatinya.
‘Aku sebenarnya tak
tahu nak kongsi masalah dengan siapa. Aku tak tahu kenapa aku pilih Sarah.
Padahal dia bukan suka aku pun. Nak ke dia jumpa aku? Nak ke dia dengar masalah
aku? Hmm…Takpelah. Belum cuba belum tahu. Tapi yang aku tahu, kalau jumpa Sarah
aku akan rasa kurangkan kesedihan hati aku ni.’
Lamunan Iman terhenti
apabila tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya secara
mengejut. Iman terpaksa menekan brek kecemasan namun berlaku juga hentaman
kecil dibelakang kereta itu.
Seorang lelaki telah
keluar dari kereta tersebut. Dia datang mendapatkan Iman. Iman juga sudah
keluar. Tidak semena-mena lelaki itu terus menendang perutnya. Iman terpaksa
menahan sakit. Perutnya terasa senak.
“Korang ni..siapa?”
Iman menahan perutnya yang senak. Terkejut apabila dia diserang secara
tiba-tiba. Dia menggengam buku limanya. Dia akan bertindak balas.
Dia lebih terkejut
apabilabeberapa orang geng lelaki itu sudah mengelilingi dirinya.
“Geng, belasah
dia.”Arah lelaki yang berbaju lambang tengkorak.
Mereka kini menyerbu
Iman.Iman berusaha melawan. Hayunan buku limanya juga menepati sasaran. Namun kemudian,
dia pula ditumbuk. Tumbukan itu sempat dielak. Hayunan buku limanya dilempar
lagi. Ah, tidak mengena. Kini, kakinya pula di terajang.Argghhh…
Iman terpaksa melutut
ke tanah. Begitu kuat tendangan itu. Dia terus dipukul dan ditumbuk. Dia tetap
membalas, namun, kudratnya kian tidak mampu. Dia terasa kepalanya dihentak
dengan benda yang amat keras. Terasa begitu sakit. Sakit yang amat. Dia
mengerang dan akhirnya terkulai jatuh terjelopok tidak bergerak.
“Ini hanya sebagai
pengajaran!.” Ketua geng itu berbicara sambil kakinya menyepak kepala Iman yang
nyata sudah nyawa-nyawa ikan.
Tika waktu yang sama di
pejabat….
Maisarah tersentak.
Gelas yang dipegang terlepas dari tangan. Ia pecah berderai di atas
lantai.“Astaghfirullahalazim…Ya Allah. Kenapa ni.”
“Mai..” Jerit Zulaika
yang nyata mendengar bunyi kaca pecah di pantry.
“Aduh..” Jari Maisarah
telah terkena kaca.
“Mai..Kau kenapa?”
“Zi…Aku rasa tak sedap
hatilah. Astaghfirullahalazim..”
*****
“Mai..Ada orang hantar ni masa kau solat
tadi.” Zulaika menunjuk pada jambangan bunga mawar dan sekotak coklat Ferrero
Rocher di atas meja Maisarah.
Maisarah hanya mampu
terdiam. ‘I-Man..’ Bisik hatinya tiba-tiba. Sepertinya ia dapat merasakannya
itulah si pengirimnya.Kad yang dititipkan kini di ambil dan di baca.
~Teringin sangat nak jumpa awak. Jam 6 nanti saya
tunggu dekat lobi. Sebenarnya saya tengah sedih…Rasa nak kongsi masalah dengan
awak. Tolong pujuk hati saya.Kalau saya lambat, call saya. 019XXXXXXX..~
I-Man..
Maisarah
terdiam. ‘Kenapa dia ni…Tetiba je..’ Maisarah hanya mampu menggeleng kepala.
“Mai…Kenapa? Siapa kasi.” Soal Zulaika.
“Takde apa-apa. Biasalah..Peminat yang aku tak minat
yang kasi.” Maisarah sempat mengukir senyum. Sekadar berseloroh.
“Apa-apa jelah kau ni. ”
Maisarah menghadap komputer membuat kerja. Namun
fokusnya hilang. Perasaan hatinya masih tidak tenang. ‘Perasaan yang aku rasa
kini ada kiatan dengan Iman ke? Ya Allah..Ku mohon agar kau melindungi Muhammad
Iman Ahlam walau di mana jua dia berada.’
Di waktu pulang…
Maisarah menanti di
lobi. Dia mencari-cari kelibat I-Man. Namun, tidak terlihat. Dia duduk mencari
bangku. Sudah hampir 10 minit dia menunggu.
‘Hish, dia ni. Mana
pulak. Kata tunggu dekat lobi. Aku baru je lembut hati nak jumpa dia,dia pulak
tak muncul. Saja nak mainkan akulah ni kut. Mesti dia ada dekat sini juga.’
Maisarah masih memanjangkan leher mencari.
‘Nak call ke tak ek?’
Maisarah berfikir.
‘Mesej jelah.’
+
Saya tunggu awak kat lobi ni. Saya tunggu lagi 10 minit. Kalau lambat saya
balik.- Maisarah
Mesej itu akhirnya di hantar dan menantikan jawapan balas. Sambil itu dia masih
cuba mencari kelibat Iman.
Maisarah melirik jam di
tangan. Sepuluh minit telah berlalu. Maisarah akhirnya angkat punggung.
Seharusnya dia tidak menunggu lagi. Dia juga perlu mengejar bas untuk pulang ke
rumah.
Maisarah melekapkan
tangan ke dada. Perasaannya masih tidak tenang.‘Perasaan yang aku rasa ni, ada
kaitan dengan dia ke. I-Man. Apa yang berlaku pada dia? Nak kongsi masalah
dengan aku? Rasa macam pelik je. Ya Allah. Jauhkanlah daripada berlaku perkara
buruk pada dia. Walaupun aku tak suka dia, tapi titipan dia kali ni buat aku
rasa tidak kena.’
Maisarah akhirnya
menghubungi nombor yang di beri I-Man. Talian tidak bersambut. Tiada bunyi sama
sekali. Perasaannya kini kian tidak tenteram. “Allahuakbar.. Berilah petunjuk
kepada ku, Ya Allah.’
Debaran di dadanya kian
menendang hebat. Seperti mengisyaratkan sesuatu yang kurang enak.
No comments:
Post a Comment