Tuesday 21 April 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 27


SUASANA di rumah Irsya Natasya mula sibuk dengan jiran tetangga yang datang me’rewang’. Kecoh dan kepoh suara-suara mereka daripada bilik memang jelas kedengaran. Lagi-lagi yang jadi hot sebab dia bakal berkahwin dengan anak Datuk. Memang riuh mulut-mulut murai berbunyi.
Di biliknya, Irsya Natasya termenung sendiri mengenangkan esok adalah hari bersejarahnya bersama Irfan Faris. Hari pertunangan, pernikahan dan juga hari ulangtahun kelahiran mereka. Ya. Semua berlaku pada satu tarikh yang sama. Nak percaya atau tidak, dia tetap kena percaya. Cuma, andai takdir tidak mengizinkan pasti ada juga sesuatu yang berlaku nanti walau di hujung waktu.Tetapi, dia juga tidak mahu begitu. Walaupun diistilahkan dia terpaksa, tetapi dia juga inginkan satu kegembiraan dan semuanya berjalan sebaiknya.
            Terkenang sejenak rentetan perjalanan kisahnya. Apa yang pasti, ia bermula dari langkah dia pergi Kursus Kahwin saja-saja. Namun, inputnya tetap diambil.
“Sya…Jom kita ambil kursus kahwin.” Ujar Jubaidah atau mesra dengan panggilan Ju.
“Hah? Kursus kahwin? Kau biar betul Ju.”
“Yalah. Aku serius ni.”
“Eii, tak ke pelik. Aku bukan dah nak kahwin pun. Entah zaman bila agaknya.”
“Alah. Aku pun sama. Kita ambil aje awal-awal. Lagi senang. Nanti kalau dah tiba masanya, taklah kau terkejar-kejar nak pergi kursus kahwin ni. Lagipun, tak ada expired datelah. Lagi buat kat U ni. Murah sikit.”
Jap aku fikir.”
“Eh, kau nak tahu tak, Sya. Akif Rayyan yang handsome tu pun daftar juga tau. Sebabnya tadi, aku terserempak dengan dia masa pergi Pusat Islam tu. Aku tanyalah dia buat apa. Dia cakap, dia daftar untuk kursus kahwin.”
“Oh, ya ke Ju?”
“Yalah. Ingat aku tipu ke? So, aku pun tiba-tiba rasa macam nak ambil juga. Tu yang aku ajak kau. Adalah geng. Kalau sorang, tak jadi aku.”
“A’ahlah, kan. Okey juga. Set.” Irsya Natasya terseyum-senyum sendiri. Ada sebab untuk dia tidak menolak untuk pergi.
“Eh, Sya.Kau rasa kan…Kalau kau dah nak kahwin nanti, kau nak cari orang yang macam mana? Anak kerabat ke..Anak Datuk ke..”
“Hish kau ni. Apa pulak sampai anak kerabat, anak Datuk semua. Yang biasa dahlah. Bak kata orang, yang sekufu.”
“Okey. Kalau kerabat tu memang rasa macam tak mungkinlah kan. Silap-silap hari bulan, kau ni kahwin dengan anak Datuk.”
“Kau ni sedap bercakap aje ek. Macam tok nujum dah. Pulak tu asyik Datuk, Datuk aje…Cubalah beri keadilan pada Datin pulak. Anak Datin. Haa..Kan sedap tu. Tak pun anak nenek? Sebab datuk gengnya nenek.”
Jubaidah bantai gelak. “Anak nenek? Kau ni tak pandai guna istilah bahasa ke? Ada ke anak nenek. Cucu neneklah.”
“Yalah, cucu nenek.”
“Agaknya cucu nenek mana yang kau dapat?”
Nenek, nenek si bongkok tiga…” Irsya Natasya sudah menyanyi menggambarkan jawapannya.
Ngeklah kau ni. Karang dapat betul menangis.”
“Apa pulak menangis. Aku bukannya kahwin dengan nenek tu. Aku kahwin dengan cucu dialah. Apalah yang kau ni. Fikirlah logik. Sekali cucu dia handsome, mahunya aku sayang ketat-ketat.”
Irsya Natasya kini tersenyum sendiri mengenangkan kata-katanya. Memang tepat mengena. Ya, kini dia bakal berkawin dengan anak Datuk, anak Datin dan cucu nenek. Empunya diri termasuk dalam kategori handsome juga tu. Semua pakej dia dapat. Hai la..Sya oii. Jodoh kau.
            “Hai, Sya.  Kau menung apa tu weh?” teguran Lyla yang kebetulan masuk ke biliknya mematikan lamunan yang jauh itu. Langkahnya diikuti Siti Zuraidai.
“Alah kau ni Lyla. Biasalah. Aku tengah memikir hari esok ni. Nervous weh. Boleh ke aku survive semua ni. Tiba-tiba aje dah nak kahwin kan? Macam tak percaya aje.”
“Aii, kau. Tiba-tiba aje macam tak nak kahwin pulak. Aku yang nak kahwin ni tak dapat-dapat pun lagi jodohnya. Kau yang sah-sah dah nak nikah esok, boleh pulak fikir macam tu.” Ujar Siti Zuraidai pula.
“Kau tu kes lain Siti Zuraidai, oii. Kau tu memilih sangat. Nak cari muka yang macam Dean Supernatural. Memanglah payah.”
“Eh, kau cakap aku je. Tu si Lyla tu kau tak cakap pulak. Kau jangan tak tahu, dia tu nak berlaki muka macam Jensen Ackles.”
“Aii, kenapa aku tak tahu. Hmm..bukan tu orang yang sama ke?”
Lyla dan Siti Zuraidai hanya gelak.
Ngeklah kau orang ni.”
“Oleh kerana si Siti Zuraidai ni beriya nak yang muka ala-ala Dean Supernatural tu, so,aku dah tukar orang lain dah. Aku tak nak muka laki aku sama macam muka laki dia.”
So, kau nak yang macam siapa?”
“Bukan macam lagi dah. Aku memang nak orang tu. Kalaulah dia betul-betul jodoh aku…” Lyla sudah mula berangan.
“Aku tahu. Orang tu pangkal huruf J kan.” Ujar Zuraidai.
“Tak. N.” Balas Lyla.
Hmm..Aku rasa, aku tahu. J ke..N ke..Sebenarnya orang yang sama kan?”
“Bijak kau Sya. Mesti kau tahu siapakah gerangan orang itu.”
Confirmlah. Dah tu sejak dua menjak ni, kau selalu update cerita sensasi kau di ruangan chat Facebook aku.”
Dalam pada itu, mesej telefon bimbit Irsya Natasya berbunyi. Dia tersenyum membaca mesej tersebut.
“Siapa? Bakal suami kau ke?” soal Lyla.
“Taklah. Sepupu aku, Dean.”
“Hah? Dean?”Siti Zuraidai ala-ala terkejut. Biasalah. Peminat Dean Supernatural. Pantang betul ada orang yang nama Dean.
“Kau tak pernah beritahu aku pun Sya pasal sepupu kau ni.”
“Dia ni sepupu aku yang jarang nak contact aku. Ni, tiba-tiba pulak dia mesej. Tak sangka. In Shaa Allah majlis aku esok dia datang.” Beritahu Irsya Natasya.
“Err..Sya. Dean, sepupu kau tu single lagi ke?”
“Dah start dah…Dah start dah…” Omel Lyla yang nyata memahami cara temannya itu.
“Tak tahulah. Kenapa? Nak ushar? Esok dia datang, kau tanyalah. Boleh kenal-kenal dengan dia.  Dia tu penyegan sikit orangnya.”
“Kau ni memang pantanglah Siti Zuraidai.” Ujar Lyla.
“Kau diamlah Lyla. Tak payah nak mengata aku sangat. Eh, Sya. Dia tu handsome tak?”
Handsome. Kulitnya hitam manis. Orangnya tinggi jugalah. Badan ala-ala Jensen Ackles. Tapi muka tak samalah. Hmm..Nama penuh dia Zaidean Akel. Memang sesuailah tu.”
“Hah? Ya ke? Kau orang doakan akulah. Moga kali ni biarlah benar-benar jodoh aku. Amiinn…”
“Betul ke tak betul kau ni Siti Zuraidai? Tak jumpa lagi, ale-ale macam dah yakin sangat.”
“Alah. Tak bercinta sekarang, masa kahwin boleh bercinta apa? Lagi sweet macam tu tau sebenarnya. Aku teruja betul bila dengar nama dia. Sedap tu, Zaidean Akel.”
“Ikut kaulah cik Siti Zuraidai, oii. Tiba-tiba jodoh kau pulak jadi sensasi dari si Sya yang nak kahwin anak Datukni haa.”
Gelak-tawa kembali berderai. Kalau ada topik, memang menjadi aje.
“Eh, Sya. Aku tak sangka betul kau ni nak kahwin dengan anak Datuk. Kau senyap-senyap aje tak cerita kat kita orang, tiba-tiba hantar kad. Terkejut aku weh. Gila ketat kau simpan rahsia. Selama ni kau kata kau single aje.”
“Entah kau ni. Aku pun terkejut tau tak.” Ujar Lyla pula.
Irsya Natasya hanya tersenyum. “Semuanya tak seperti yang kau orang sangkakan.”
“Maksud kau?”
“Kisah aku ni macam cerita kartun.Rupanya, aku ni dah kena tunang masa kecil. Dah besar, tiba-tiba kena kahwin. Sebab tulah aku tak cerita kat kau. Aku pun tak tahu. So, tak ada jalan cerita pun.”
“Ni kira kahwin paksa ke?”
“Eh, taklah.” Irsya Natasya menafikan. Biar lega hati kawan yang mendengar.
“Ni namanya penyatuan ala-ala taaruf. Kedua pihak keluarga setuju.”
“Oh, ya ke? Best tu. Macam sweetlah pulak. So, kau orang ni bercinta selepas nikahlah ya.”
Irsya Natasya hanya tersengih. Tak tahu nak cakap apa. Boleh ke bercinta selepas nikah? Sah-sahlah si Irfan Faris tu dah buat peraturan dan perjanjian dia tu. Tunggu dan lihat ajelah.
Kemudian, mereka terus berceloteh. Memang gelak sahaja Irsya Natasya. Namun dia dalam hati dia sempat berbisik. “Kalaulah esok Irfan Faris boleh buat aku gelak-gelak macam ni..mesti best.Tu kalau tak tunaikan janji dia, siapalah. Aku tuntut ganti rugi.”
Sementara itu…
Irfan Faris sedang duduk mempractise menjawab lafaz akad.
“Aku terima nikahnya Irsya Natasya ….” Tiba-tiba dia terbatuk. Ala-ala tersedak.
“Eii, ni mesti dia tu yang sebut. Kacau aje time aku nak practise ni. Karang esok tergagap, tak syoklah. Aku nak, biarlah satu lafaz aje. Senang.” Irfan Faris nampaknya begitu bersungguh-sungguh.