Monday 1 April 2013

Cerpen - SMS (Sedetik Memori Semalam)


Zatil kini dalam perjalanan pulang ke universiti menaiki sebuah bas. Dia berseorangan ketika itu. Dia melabuhkan punggung disebuah kerusi yang kebetulan hanya itu yang kosong. Di tempat duduk sebelahnya ialah seorang lelaki berumur hampir sebaya dengannya.

Zatil baru selesai menelefon ibunya memberitahu destinasi keberadaannya, takut ibunya bimbang. Seketika kemudian tanpa disangka, lelaki disebelahnya itu menghulurkan sebuah buku kepadanya. Dia agak terkejut namun menerima huluran buku tersebut. Dia membaca coretan yang tertulis.

+Maaf, awak. Boleh saya pinjam telefon sekejap. Saya nak mesej abang saya. Telefon saya tertinggal.
                       
Zatil agak ragu-ragu. Setelah berfikir, dia memberi kata dua. Tidak salah kalau dia memberi bantuan tatkala itu. Insan disisinya itu insan istimewa. Setelah menggunakannya, lelaki itu kembali memulangkan handphone itu kepada Zatil. Dia mengucapkan terima kasih dalam bahasa isyarat. Zatil sememangnya tidak mengerti, namun dia hanya meneka itulah ucapan yang mungkin ingin diperkatakan. ”Sama-sama.” Zatil membalas ucapan.
           
Seketika kemudian seorang pembantu bas hadir untuk memeriksa tiket.Zatil agak kalut mencari tiket basnya. Da terlupa di mana dia menyimpannya. Poket begnya diselongkar. Namun tanpa disedari, kad matriknya terjatuh ke lantai. Lelaki di sisinya membantu. Kad matrik itu diserahkan kembali kepadanya. Zatil mengucapkan terima kasih. ‘Fuhh, berpeluh aku. Kalau hilang, naya aku kena bayar tambang lagi.’

Tidak lama kemudian lelaki itu turun ke destinasinya. “Alamak, lupa pula nak tanya nama dia,”bisik Zatil di dalam hati.

****
Zatil berehat seketika selepas membuat tugasannya. Masih ada tugasan yang menanti. Dia mengeluh perlahan.Dia tersandar lesu di kerusi. Angin malam dibiarkan menyapa lembut tubuhnya. Terasa nyaman.Seketika kemudian, isyarat handphonenya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Segera dibaca.

“Aii, siapa ni?”ujar Zatil setelah membaca mesej tersebut. Berkerut dahinya.

“Kenapa, kak? Siapa yang mesej?” soal Leha, roomatenya ingin tahu. Dia bangkit dari katilnya mendapatkan Zatil.

“Entahlah. Kau bacalah.” Handphonenya diserahkan kepad Saleha.

+ Assalamualaikum, hai awak 161616. Ganggu ke? Buat apa tu? Boleh berkenalan.

Saleha yang membaca hanya tersenyum. Dia menjungkit bahu.

Zatil agak ragu-ragu, namun kemudian dia membalas jua kerana ingin mengetahui empunya diri.

-Waalaikumssalam. Ni siapa ye? Butang send segera ditekan menantikan balasan.
Tidak lama kemudian, mesejnya berbalas.

+Awak tak jawab pun soalan saya.Saya nak berkenalan dengan awak. Boleh ke?

Zatil membalas pantas.

-Ntah.

Mesejnya segera berbalas.

+Kenapa ntah. Tak sudi ke?

Zatil masih ragu-ragu. Dia masih mencari jawapan. Dia tetap membalas, namun ayatnya kedengaran sedikit kasar.

-Kau ni siapa sebenarnya. Kau dapat nombor aku dari mana?

+Rahsia.

Jawapan yang diterima membuatkan dirinya tidak berpuas hati.

-Beritahu je lah.Kalau tak kenal, aku malas nak layan.

+Macam tak sudi je.Marah ye.

-Kau ni siapa sebenarnya. Janganlah main-main.Kau rasa, aku kenal kau ke?

+Macam ganas je awak ni ye?

“E’eh, dia ni. Perli aku ke?”Zatil menggaru kepala yang tidak gatal.

 “Akak tulis mesej tu macam ganas je bunyinya. Memanglah. Mesej la bebaik sikit,”nasihat Leha.

“Laa, ganas ke. Akak dah biasa la tulis macam tu. Macam kau tak tahu.Lagipun dia yang tak beritahu nama dia. Siapa suruh. Akak bantai je la.”  

+Nama tuan hamba ni siapa ye?

Zatil kembali menghantar mesej. Ingin mengetahui siapa sebenarnya si pengirim mesej. Namun ayatnya sengaja ditulis menjadi ala-ala klasik. Sebenarnya itu hanya tricknya. Harapannya agar si pengirim mesej membuka rahsia. Manalah tahu tricknya menjadi.

-Indah betul bahasa tuan hamba, ye. Pertanyaan tuan hamba terima dengan senang hati.Hamba ni Gen XY-169526. Hehe.
“Apa kes la budak ni. Ni saje nak main-mainlah ni. Gen XY-169526. Ada ke nama orang macam ni.  Dahlah panggil aku dengan nombor matrik. Bijak ..Bijak...”
           
“Akak agak ni mutan ke alien?” soal Leha dalam nada tertawa. Dia juga tidak terfikir ada orang yang akan menghantar mesej sebegitu rupa, menggunakan nombor sebagai identiti.

“Transfomer la ni kut. Cuma tak tahu dia ni pengikut Autobot atau Decepticon.” Zatil sengaja berlawak bodoh.

“Aduh, akak ni. Dah start la mengarut tu.” Leha turut tertawa. Dia memang mengenali perangai roomatenya itu. Kadang-kala dia juga terikut-ikut. Sekali-sekala berloyar buruk dapat juga menggembirakan hati.

+Kenapa nama tuan hamba aneh je. Bukan orang bumi ye. Pengikut Autobot atau Decepticon. Tuan hamba dapat nombor ni dari mana ek? Zatil masih lagi  berlawak bodoh dalam mesejnya.

-Pandainya awak buat lawak ye. Tapi, maaf.Maklumat adalah rahsia.
Zatil hanya mencebik bibir. “Isy, musykil aku dengan makhluk ni! Manalah dia dapat nombor telefon ni. Siap dengan nombor matrik lagi,” ngomel Zatil sendiri. Dia membalas lagi. Masih tidak berpuas hati.

+Tuan hamba ni siapa sebenarnya. Adakah hamba kenal tuan hamba?

-Hmm. A) Kenal  B) Tak kenal sangat  C) Tak kenal langsung. Tuan hamba pilihlah jawapan.Hehe.
“Cehh, budak ni. Dia tak nak beritahu juga. Siap beri pilihan jawapan pula tu. Ingat ni kertas jawapan OMR ke?” Zatil berusaha memerah otak mencuba mengenalpasti identiti pengirim. Bekerut dahinya memikir.Mungkin kawan-kawannya sengaja ingin bergurau begitu. Mungkin. Zatil cuba menelefon terus nombor tersebut, namun ia sengaja tidak diangkat. Dia juga meminta Leha cuba menghubungi nombor tersebut, tetapi ia juga tidak diangkat.

“Malaslah nak layan. Buang masa je,”gerutu Zatil.

“Alah, akak ni. Akak kan selalu kata, takde pun orang nak mesej. Sekarang ni ada, layan je la. Try lah korek rahsia siapa dia. Nak juga orang tahu,” ujar Leha memberi saranan.

“Taknak la. Aneh je. Bukan boleh percaya sangat orang ni. Akak tanya bukan dia jawab betul-betul. Ntah siapa-siapa, ntah.” Zatil membiarkan sahaja mesej tersebut, tidak dibalas.

“Leha, kau rasa dia ni lelaki ke perempuan?” soal Zatil seraya memandang wajah comel teman sebiliknya itu.

“Lelakilah, kak. Akak ni takkan tak tau.”

“Sebab tak tahulah akak tanya. Macam mana kau boleh yakin sangat ni. Ntah-ntah budak perempuan ke. Kawan-kawan akak. Diorang pun bukannya betul sangat. Dulu kawan akak si Sara tu pernah kena kacau tau. Mati-mati ingat budak yang mesej dia tu lelaki, last-last tahu pompuan, sepupu dia saja nak kenakan.”

Leha tertawa terasa sedikit lucu. “Laa, akak ni. Fikirlah logik. Lagipun kalau perempuan takdenya nak mesej macam ni. Lagipun dia tulis nama dia Gen XY, kan.  Simbol XY tu kan mewakili lelaki. Kalau perempuan XX. Akak ni tak belajar Sains ke?”

Zatil tersenyum. “Akak ni tak pakar bab-bab Sains ni. Hmm..Betul juga ye. Abis nombor tu, kod apa pula. Takkan nombor ekor pula. ‘Da Vinci Code’ memang bukan,” ujar Zatil sambil tertawa.  Dia kemudian terfikir sesuatu. “Mungkin nombor matrik, kut.” Zatil berfikir logik. Dia memetik jarinya. Yakin.

Mesejnya berbunyi lagi.

+Kenapa senyap aje?

-Kau nak apa ni? Apa misi kau sebenarnya?

+Misi saya mudah. Mencari TEMAN SEJATI, bergelar KEKASIH HATI, demi CINTA SUCI, sebagai calon ISTERI MITHALI yang bakal bertakhta di hati.

Zatil menelan liur membaca mesej tersebut. Dadanya terus berdegup kencang. “Mak oii, apa kes budak ni. Gila ke?” Hampir terjerit suara Zatil. Leha yang sedang khusyuk membaca sedikit terkejut.

“Fuyoo. Indahnya bahasa dia. Berbunga-bunga.Biasalah ni kak.Inilah trick nak ngurat namanya.”
           
“Biasa kau kata. Meremang bulu roma akak tau. Kalau kenal tu okey la juga. Ni tak kenal langsung. Ntah si tua bangka ke? Mana tau. Berderau darah akak baca mesej dia ni. Seram pun ada.” Beriya-iya benar Zatil berbicara. Leha hanya tertawa lucu. Dia tahu Zati memang agak fobia dengan mesej-mesej ala cinta. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Zatil hanya membiarkan mesej itu tanpa balasan.

Hampir sejam kemudian, peti masuknya kembali menerima mesej. Zatil membiarkan saja. Dia pasti ia mesej dari Gen XY.

“Akak tak nak baca ke mesej tu?” Zatil mengggeleng.

“Kau bacalah. Akak tak kisah.”

Leha membuka mesej. Dia tersenyum. “Dia ni memang memahami akak lah.” Leha menyerahkan handphone kepada Zatil.

+Maaf, saya saja je gurau. Agaknya, mesti awak tengah marah sekarang ni. Saya cuma nak berkawan dengan awak je la. Nak permission awak.      

Selepas membaca, Zatil segera memadam mesej tersebut. No komen.

****
Zatil baru sahaja selesai makan malam. Menunya ialah nasi berlauk sup tomyam. Memang dia cukup berselera dengan makanan favouritenya itu. Seketika kemudian, mesejnya berbunyi. Segera dibuka dan membacanya.

+Hai, awak 161616. Tengah buat apa? Ganggu ke?

“Aduhai, dia ni lagi. Aku ingat dah tak mesej dah.” Zatil mengeluh di dalam hati. Sebenarnya  setiap hari dia menerima mesej dari Gen XY. Ia adalah ayat mesej yang sama. Sudah hampir seminggu. Namun dia tidak membalasnya. Sehingga hari ini Gen XY masih lagi tidak berputus asa.
           
“Siapa kak?”Soal Leha yang masih menikmati Nasi Kerabunya.

“Transfomer la. Siapa lagi. Malas betul akak nak layan. Dia ni tak sayang kredit ke. Asyik hantar mesej yang sama?” Zatil hanya membiarkannya sahaja.

“Ala, kak. Layankan je la. Dia just nak berkawan je kan. Kalau Leha, confirm Leha layan je.Manalah tau, tiba-tiba berjodoh pula. Best juga tu. Orang kata cinta SMS. Lagipun akak kan masih single.”Leha mula mencucuk jarum.

“Ewah-ewah, minah ni. Bila part akak, ada je la modal kau.” Zatil mencubit lembut bahu Leha. Leha mengaduh kesakitan.

“Akak juga yang kata, berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Try la.” Leha menjungkit kening. Zatil hanya tersenyum. Kebetulan dia ber’mood’ baik hari ni. Dia membuka mesej yang dihantar Gen XY.  Akhirnya dia membalas juga.

-Hmm. Aku okey je. Kau ni sebenarnya siapa ye. Aku confius la. Beritahu betul-betul kan senang.

+Saya kan dah beritahu sebelum ni. Saya Gen XY-169526.

-Maksud aku, nama sebenar kaulah.Takkan itu nama sebenar kau. Peliklah?

+Biarlah rahsia. Kenapa? Awak tak nak kawan dengan saya ke? Salah ke kalau saya tak beritahu nama saya yang sebenar. Saya cuma nak berkawan dengan awak je.

“Ish, budak ni. Aku dah tanya bebaik, dia tak nak cakap juga.Kalau ada depan mata aku, rasanya aku dah jentik-jentik batang hidung dia,” ngomel Zatil sendirian. Leha yang mendengar hanya ketawa.

“Cehh, akak. Cakap belakang boleh lah. Sekali dah jumpa mesti tak berani punya,” sampuk Leha.
“Biasalah tu. Kau ni macam tak biasa pula.”

-Sebenarnya aku tak berapa biasa bermesej dengan orang yang aku tak kenal.

+Oo, gitu ke. Tapi,sekarang ni awak balas juga kan mesej saya.

-Aku cuma nak tahu siapa kau sebenarnya.Itu je.Kalau tak jangan haraplah.

+Awak tak kenal saya pun takpe.Sebenarnya saya pun tak kenal awak.Nama awak pun saya tak tahu.Saya cuma tahu 161616 je.Itu pun nombor matrik awak, kan.

“Dia tak tahu nama aku rupanya, tapi tahu pula nombor matrik aku. Aneh..”

-Kalau kau tak tahu nama aku, macam mana kau boleh ada nombor matrik dan nombor phone aku.

+Itulah magik namanya. Apa kata kalau kita kenal guna nombor kod je. Saya panggil awak 161616, dan awak boleh panggil saya 169526. Okey.

-Kau ni makin mengarut je. Takde maknanya.

+Saya nak jawapan awak. Just permission.Kalau tak, it’s okey for me.

Zatil berfikir sejenak. “Dia ni macam okey je.” Akhirnya Zatil memberikan kata dua untuk berkawan.

+Terima kasih kerana sudi, jangan malas-malas study.Terima kasih kerana sudi, next time kita mesej lagi.

Zatil tersenyum sendiri. ‘Siapalah agaknya dia ni? Aneh dan misteri.’.

“Cehh, akak senyum sorang-sorang.” Teguran Leha membuatkan Zatil terkejut. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

****
Zatil pantas mengatur langkah tatkala rintik-rintik jernih mula turun membasahi bumi. Seketika tadi dia berada di Kolej13 bertemu rakan sekuliah subjek Kenegaraan berbincang tentang assignment berkumpulan. Dia segera meminta diri apabila melihat mega mula berarak mendung dan suara garau guruh mula kedengaran. Langkahnya diatur pantas. Dia ingin segera sampai ke kolej kediamannya. Rintik hujan yang turun kian lebat. Malangnya dia tidak membawa payung. Tanpa diminta, ada seseorang menumpangkannya payung. Zatil menoleh kepada yang empunya diri. Seorang lelaki. Wajah itu dikenali, namun namanya masih tidak diketahui. ‘Alamak, mamat mata kuyu ni la. Fuhh, berpeluh aku.’

“Err, terima kasih ye,”ujar Zatil teragak-agak bercampur getaran dadanya yang mula bergendang kencang. Bagai mati hidup semula, dia tidak percaya orang yang bersamanya kini ialah orang yang menjadi intipannya.

“Sama-sama. Takpelah. Lagipun hujan lebat gak ni. Nak pergi mana?” soal lelaki itu lagi.

“Hmm,balik kolej. Tu, dekat dengan Food Court,” jawab Zatil laju. Rasa nervous masih menyelubunginya. Sebetulnya inilah kali pertama dia berjalan dengan seorang lelaki, hanya berdua. Agak kekok.Mahu tidak mahu, dia tetap cuba berlagak selamba. Langkah terus diatur mengiringi langkah Afiez. Macam romantik je berpayung dalam hujan.

“Takpelah, awak tumpangkan saya sampai simpang tu je. Saya boleh lari je ni. Lagipun dah tak lebat sangat hujan ni.” Kalut bicaranya.
“Ish, kau ni buat lawak pula.Takkan nak lari hujan-hujan macam ni. Nanti kalau kau tergolek kat situ, siapa yang susah. Aku ni pun nak singgah Food Court. Takpelah kita jalan sama-sama. Kenapa? Takut pakwe kau nampak ke?” Afiez tertawa perlahan.

“Takdelah.Takde pakwe pun.Err..awak ni siapa nama ye. Lupa pulak nak tanya?” Rasa gelabahnya masih ada.

 “Panggil Afiez je.” Jawab lelaki itu seraya menguntum senyum.

“Aii, comelnya nama” puji Zatil. Dia tersenyum.Kini dia telah mengetahui pemilik nama si mata kuyu itu.

“Ye. Seperti orangnya juga.” Afiez tertawa sendiri. Berbangga diri.

‘Aii, mamat ni. Perasan pula dia. Nyesal puji.’ Dia kemudian memperkenalkan diri sebagai Zatil.

 “Terima kasih ye, Afiez sebab tumpangkan saya payung,”ucap Zatil lembut. Dia sangat berterima kasih kepada lelaki itu. Kalau tidak sudah pasti dia akan kebasahan.

“Sama-sama. Kau tak beli makanan ke?” ujar Afiez sambil menguncupkan payungnya yang basah.

“Beli. Tapi saya biasa beli kat sebelah sana. Sup tomyam dia sedap,”ujar Zatil sambil menunjukkan arah kedai yang dimaksudkan.Bicaranya kian mesra. Degup jantungnya kini mula normal kembali.

“Oo,ye ke. Kalau macam tu aku pun nak test jugalah. Makan sup tomyam masa hujan-hujan macam ni mesti sedapkan. Orderkan aku punya sekali boleh tak? Aku nak pergi beli air jap,”pinta Afiez ramah.

“Err, okey. Makan sini ke bungkus,” soal Zatil  walaupun sedikit teragak-agak.

“Bungkus ye.”Afiez kemudian berlalu ke tempat menjual air.

‘Ish, mamat ni. Apa kes ala-ala teman tapi mesra ni. Padahal baru je kenal. Seram pulak aku. Aku dah lah tak biasa bab-bab ni.’ Zatil berbicara di dalam hati. Seketika tadi dia agak excited, tetapi kini hatinya mula tidak tenang.

Setelah memesan menu, dia mencari tempat duduk. Tidak lama kemudian Afiez datang dan melabuhkan punggung di hadapannya. Hanya mereka berdua. Zatil kian berpeluh.Dia terdiam tanpa kata. Wajah Afiez kini tercongok di hadapannya. Degupan jantungnya kembali bergendang ghazal. Dia tidak keruan namun berusaha bersikap selamba.

Dagunya ditongkat dengan sebelah tangan. Anak matanya sempat menjeling tingkah laku Afiez yang sibuk dengan handphonenya. Afiez kelihatan cute pada pandangan matanya. Wajah lelaki itu juga bersih dan putih. Dia tidak mampu menatap wajah itu lama-lama. Seram jadinya. Kemudian anak matanya merayap melihat segenap ruang lain mengalih fokus. Retina matanya juga melilau melihat jikalau ada teman-temannya yang lain terperasan akan mereka berdua. Dia takut ia menjadi gosip dikalangan mereka. Jika kantoi, dia pasti akan terlibat dengan sesi Q & A, terutama roomatenya Leha dan Aina teman sekuliah. Aduhai, ni yang tak gemar ni.

“Kenapa senyap je? Berangan ke. Terbang ke alam fantasi.” Teguran Afiez mematikan lamuanannya.

“Eh, takdelah. Saya tak tau nak borak apa. So, senyap je la.”

“Okey, kalau macam tu, aku nak tanya kau ni. Boleh?” soal Afiez. Senyumannya meleret. Kelihatan cute seperti pelakon Korea.

“Tanyalah. Tak kisah.” Topik pertanyaan Afiez lebih kepada pelajaran. ‘Apalah mamat ni. Ilmiah sungguh. Patutlah aku selalu nampak dia dekat perpustakaan. Selalu sorang-sorang je. Bagus betul mamat ni. Hmm..ada awek ke tak dia ni. He..he..Ceh, gatal.’

Sewaktu membayar harga makanan, Afiez telah membayarkan untuknya. Sejujurnya dia tidak suka begitu. Benaknya mula memikirkan sesuatu. Apakah Afiez ada motif yang tersembunyi. Persoalan itu bermain di mindanya.

“Awak ada motif apa sebenarnya. Confius saya,”soal Zatil.

“Nak confius apanya. Takde motif la. Aku ikhlas nak belanja. Aku ni sebenarnya susah sikit nak belanja orang, tapi tak tau lah tiba-tiba rasa nak belanja kau pula. Anggap je la ni rezeki kau.”

Nak tak nak Zatil terpaksa jua menerimanya. “Terima kasih la ye. Kalau macam tu saya balik dulu.”ujar Zatil sambil mengatur langkah ingin pergi.

“Eh, nantilah kejap. Aku tak abis lagi ni. Lagipun takkan kau nak redah hujan tu.”

“Takpelah. Bukan jauh pun. Hujan pun dah tak lebat sangat ni.” Zatil ingin segera beredar dari situ.

“Apalah kau ni. Esok, tak pasal-pasal demam pula. Siapa yang susah, kau sendirilah. Takpe biar aku hantar kau.” Saran Afiez bermurah hati.

“Eh,tak payahlah. Saya tak naklah menyusahkan awak. Tadi awak dah tumpangkan saya. Terima kasih sekali lagi.”Langkahnya sudah diatur.

“Okey, sama-sama. Tapi, kalau kau rasa tak nak kena tahan dengan ‘pak guard’ esok, baik kau ikut cakap aku.” Afiez menjerat kata. Drama baru bermula.

“Pak guard? Apa kes dengan pak guard pula. Awak ni merepek je la. Awak ni nak apa sebenarnya?,”nada suara Zatil mula berubah. Sedikit tegang.

Afiez mengulum senyum. “Kad matrik tuan hamba ada pada hamba sekarang ni. Kalau tak kerana hamba jumpa kad matrik tuan hamba, tuan hamba mesti kena tahan dengan ‘pak guard’ esok. Lepas tu, kena pula bayar denda 5 ringgit. Jadi, sudikah kiranya tuan hamba menerima pelawaan hamba.” Affie sengaja berbicara begitu. Sekadar mengindahkan bahasa bicaranya.

“Kad matrik?” Zatil mengerut dahi. Dia segera melihat beg sandangnya. Ternyata kad matrik yang digantung di poket beg telah tiada. Dia tidak perasan sejak bila ia tercicir. Dia kalut.

“Awak jumpa dekat mana?”nadanya kalut. Dia memang begitu. Agak kalut orangnya. Dia meminta kadnya kembali, namun Afiez sengaja tidak mengembalikannya.

“Ada lah. Kalau tuan hamba nak kad matrik ni, tuan hamba kenalah ikut kata hamba yang budiman ni. So, tuan hamba nak ke tidak.” Affie mula bermain bicara. Dia sengaja berhelah supaya dapat menghantar Zatil sampai ke kolejnya keran hujan masih turun walaupun tidak berapa lebat. Sementara itu mungkin dapat juga dia mengenali gadis itu secara tidak langsung. Afiez  menjungkitkan keningnya. “So…macam mana?”

 ‘Mangkuk betul mamat ni.’Marah Zatil. Hatinya mula panas.

“Oo. Ugut ea. Kau ni mengada-ngada betullah. Beri terus je kan senang. Patutlah baik sangat. Siap belanja. Ada motif rupanya. Tadi kata takde. Penipu betul.” Suara Zatil mula tinggi.

“ Isy..isy.. Bab-bab belanja tu takde kaitan pun dengan hal ni. Rilekslah. Kau ni tak sportinglah. Kau marah ke?”  Afiez masih lagi dengan lagak ‘cool’nya. Senyum tetap senyum.

“Marahlah. Kalau tak kerana kad matrik tu, aku tak ikut kau tau.” Zatil  melemparkan rasa marahnya. Jika selalu dia lebih bersikap sporting. Cuma kali ini moodnya  menjadi tidak berapa baik. Mungkin kerana hujan. Bahang panas yang terasa secara automatik mengubah moodnya. Perasaan suka kepada mamat bermata kuyu ini juga seakan lenyap. Rasa marahnya mengatasi.

 “Aii, tadi berawak saya.  Sedap je dengar. Sekarang ni beraku kau pula.” Afiez sudah tertawa.

 “Diamlah kau. Aku tengah panas ni. Kau ni pun...Aku rasa macam nak cekik-cekik je kau tau tak. Mangkuk betullah. Haa, kan dah kena mangkuk sekali dengan aku.” Zatil melempar bahang kemarahan. Bahasanya agak keterlaluan.

”Mak oii, dah jadi ganas dah bahasa dia!  Aku tengok kau sopan je. Haa..kantoi. Siapa nak jawab ni.” Zatil hanya mengetap bibir. Menjeruk muka. Menahan marahnya. Afiez pula tersenyum nakal. Apabila sampai di garaj, Zatil kembali bersuara.

“Haa, mana kad matrik aku. Bagi la sini cepat,”desak Zatil.

“Kalau iya pun sabar la sikit. Karang tak kasi baru tahu.Tolong pegang payung ni jap. Karang terburai pula tomyam aku. Sebenarnya aku saja je nak payungkan kau. Takut kau demam. Itu pun nak marah ke? Ke sebab kau takut?”Affie mengeluarkan kad matrik yang diletakkan dipoket bajunya, kemudian diserahkan kepada Zatil.

“161616. Cantiknya nombor matrik kau ye. Kau tak nak tau ke nombor matrik aku berapa. Mana tahu kau nak buat padanan Tajul Muluk, ke.” Lawak Affie membuatkan Zatil bertambah bengang..

“Buat apa. Takde kena mengena dengan hidup aku pun. Dahlah aku nak naik. Apa-apa pun terima kasih.” Walaupun masih berbaki kemarahan, namun dia tetap mengucapkan terima kasih. Nadanya nyata kedengaran tidak ikhlas. Zatil mengatur langkah pantas meninggalkan Afiez.

“Okey, see you next time.”Affie hanya mengulum senyum. Zatil Akma ,161616. Nice.

Sewaktu menikmati sup tomyam, Zatil dihujani soalan daripada Saleha. Rupanya Leha ternampak dirinya dengan Afiez petang tadi. Aduhai. Ni yang malas ni.

 “Alahai, akak ni. Malu-malu pula dia. Akak kan suka kat dia.”

 “Mangkuk tu juga yang kau sebut. Sudahlah. Malas nak layan.” Zatil cuba mengelak dari disoal siasat.

Suka? Memanglah suka. Tapi aku suka tengok muka dia tu je. Sekarang ni dah lain dah. Macam menyampah pun ada. Zatil hanya berdiskusi dengan hatinya sendiri.

“Apalah akak ni. Yang akak marah dia buat apa. Akak dah kira beruntung dah dia nak payungkan akak tau. Kalau Leha, memang itu yang ditunggu-tunggu. Ni baru je kenal, tetiba ada perang dingin. Biar betul akak ni. Ntah..ntah akak dah jatuh cinta kat dia ye.Tapi, tak nak mengaku.” Leha sudah tersenyum kucing. Zatil hanya mencebik. ‘Jatuh cinta? Nonsense.’

Setelah menunaikan tuntutan fardu, Zatil berusaha menyiapkan tugasannya. Seketika kemudian dia termenung kerana hilang punca untuk menyelesakan tugasannya. Soalan Statistik benar-benar menguji mindanya. Lagu ‘Setiap Detik’ nyanyian Hijau Daun yang terpasang dilaptop terus bernyanyi perlahan. Dia tersandar merehatkan otak, membiarkan angin malam nan dingin dari luar jendela menyapa lembut.Terasa nyaman.

“Kenapa kak? Macam takde mood je. Dah siap ke assignment? Ke berangan mengenang si mangkuk hati?”ujar Leha sambil menyakat. Dia sejak tadi khyusuk melayan novel di atas katil. Padahal assignmentnya belum disentuh lagi.

“Cehh, Leha. Ada-ada je la kau ni. Akak ni tengah tension nak buat assignment ni la.” Zatil kemudian merebahkan diri di atas katil yang tidak berapa empuk. “Ish, boringnya. Takde pun orang nak mesej masa ni. Kalau ada, boleh gak layan.”

“Akak tak minta ke nombor si mangkuk hati tu. Kalau tak mesti boleh main mesej, kan.”Leha masih menyakat. Sengaja mengusik Zatil.

“Kau ni. Mangkuk tu juga yang kau sebut. Takde orang lain ke.”Leha hanya ketawa.

“Kenapa akak panggil dia mangkuk. Kesian dia. Takde nama lain ke?”

“Abis tu nak panggil dia apa? Biskut.?” Zatil berloyar buruk.

Zatil termenung. Dia mengeluh perlahan. Sebenarnya terbit rasa bersalah di hatinya bertindak demikian rupa. ‘Kenapalah aku tetiba je marah dia. Aduhh. Tak patut..tak patut..Blia pula aku nak pergi minta maaf ni. Dahlah dia belanja aku. Tumpangkan aku payung. Jumpa kad matrik aku…Sorry la Afiez.’

****
Keesokan harinya selepas habis kuliah, Zatil ke perpustakaan.Sewaktu pulang, dia ditegur oleh Afiez dari belakang.

“Hai, Zatil. Sorang je ke?”ujar Afiez penuh ceria. Mungkin gembira kerana tersua lagi.

 empunya diri, dia menjadi gelabah sendiri. ‘Alamak, Afiez ke?’ bisik hatinya. Dia tidak keruan. Degup jantungnya menjadi kencang. Tidak berani dia untuk memandang muka si Afiez. Dia terus berjalan laju, tidak melayan Afiez. Namun Afiez mengejar langkahnya.

“Aii, kenapa lari ni. Marah lagi ke pasal semalam? Okey, aku minta maaf. Aku takde niat apa-apa pun.” Afiez dengan gaya gentlemannya meminta maaf.

“Okey..Okey. Aku nak cepat ni.” Hanya itu ucap Zatil. Langkahnya terus laju meninggalkan Afiez. Dia langsung tidak berpaling ke belakang. ‘Aduh, macam mana ni. Sebenarnya aku rasa nak minta maaf, tapi tetiba cuak pula jadinya. Zatil..Zatil..apalah kau ni. Hai, jantung. Kenapalah kau tiba-tiba berdegup kencang. Gabra aku jadinya.’ Dia menyalahkan dirinya sendiri. Detik suaranya hanya bergetar di dalam hati.

Afiez tidak mengejar. Dia hanya tersenyum. ‘So, cute. Zatil..Zatil..Kalut betul kau ni. It’s okey’.

Sudah hampir seminggu Zatil berbalas mesej dengn Gen XY. Gembira juga dia melayan teman SMSnya itu. Suatu hal yang dia suka tentang Gen XY ialah lelaki itu gemar memberi nasihat.Sepertinya dia seorang kaunselor tak berdaftar. Disetiap akhir mesejnya pasti ada nasihat supaya belajar dan suatu yang menyentuh hatinya ialah pesanan supaya jangan mengabaikan perintah Tuhan. Namun, temannya itu terlalu banyak berahsia tentang identitinya. Hmm..entahlah.

****
Zatil keluar menemani Aina, teman sekuliahnya untuk bertemu boyfriendnya, Boy. Rancangnya untuk menonton wayang. Pada awalnya dia menolak, tetapi setelah didesak akhirnya dia akur. Sampai di sana mereka menanti kehadiran orang yang dimaksudkan.Pada sangkaan Zatil, Boy hanya datang berseorangan, namun dia membawa seorang teman.

Zatil terkejut. ‘Afiez.’ Detik hatinya. Jantungnya berdegup kencang. ‘Patutlah aku rasa lain macam je. Dup, dap, dup, dap je sejak tadi.’

“Hai, Zatil. Awak pun ada sama ke?” tegur Afiez ramah.

Zatil hanya mengangguk. Mulutnya telah terkunci. Dia menjadi gelabah apabila berhadapan dengan Afiez. Rasanya ingin sahaja dia pulang waktu itu juga. ‘Aii, macam mana aku nak minta maaf ni. Bila jumpa dia jadi nervous la pula.’

“Laa, korang dah kenal rupanya. Aii, Afiez. Kau sepasang je dengan Zatil. Ada apa-apa ke ni?Takkan kebetulan kut”. Afiez disakat Boy.

Afiez hanya  tersenyum. Tetap cool. “Memanglah. Kitorang ni kan kembar. Abang dan adik sehati sejiwa.” Selamba Afiez menuturkan kata. Zatil sudah merah muka. Suaranya hanya bergetar di dalam hati. ‘Mangkuk betul mamat ni. Kembar apa bendanya. Dah tentu mak bapak lain-lain.’

Selepas menonton wayang, mereka ditinggalkan berdua. Aina memberi alasan untuk berjalan berdua dengan Boy. Zatil hanya mampu mengeluh di dalam hati. ‘Argh, mampus. Ni yang aku malas ni. Ajak beriya-iya, tapi last-last tinggalkan aku juga. Baik tak payah ajak. Ni memang saja nak kenakan akulah ni. Siaplah kau Aina.’ Nak tak nak, Zatil akur jua.

 “Ek’eleh, kau ni Boy. Kalau nak dating berdua tak payahlah ajak aku sekali,” ujar Afiez. Sepertinya dia juga diperangkap.

“Sorry, la bro. Kau temankan ‘adik’ kau ye. Aku ‘blah’ dulu.” Boy dan Aina kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

“Diaorang ni macam sengaja planning je. Kalau macam tu, terpaksalah kita ber’dating’ berdua. Apa macam ada berani?” Suara Afiez bergegar dicuping telinga.

“Ni aku terpaksa je ikut kau tau. Kalau tak jangan haraplah. Baik aku balik je.Tapi, kau jangan melencong tempat lain pula tau. Kalau tak siaplah kau.” Zatil memberi amaran. Jika bukan kerana dia baru first time berkunjung ke Time Squre, dia pasti tidak kisah jika beseorangan.

“Wokey, my sis. Don’t worry.”

“Aku bukan adik kau la. Apa kes?”

“Laa, itu pun marah ke. Sweet apa. Nak aku panggil sayang ke?” Afiez sengaja menambah perisa, menyakat Zatil.

“Kau ni apa kes. Sengaja nak buat aku marah ke?”

Afiez hanya ketawa. “Rilekslah, Zatil. Sporting sikit. Jangan stress sangat. Jom ikut aku. Aku tahu kau mesti suka tempat ni.

Akhirnya Zatil menuruti langkah Afiez. Walaupun menunjukkan lagak marah, namun hatinya tersenyum.Sebenarnya dia bukannya marah, sekadar memprotes suatu yang agak janggal baginya. ‘Minta maaf.’ Itu yang perlu dilakukan. Zatil mengetap bibir. Aduhai, aku ni. Lawan cakap berani, tapi nak minta maaf, kecut pula jadinya.

“Err…” Zatil bersuara.

“Kenapa?” soal Afiez.

“Err..takde apa-apalah. Nak ke mana ni?” soal Zatil berpura-pura bertanya.

“Ikut je la, yang oii.” Afiez tersenyum. Zatil menjeling. Namun hatinya tersenyum.

Destinasi mereka ialah ‘Toy City’. Haa, memang gempaklah. Macam tau-tau je si Afiez ni. Terujanya aku. Berlambak kereta mini ‘Model Collection’.  Figura anime pun banyak. Alamak, robot ‘Transfomers’ pun ada. Gempak.Fuyoo. Jakun aku seketika. Cuma duit je takde. Okey je. Dapat cuci mata pun jadilah.

“Aku tahu, kau suka benda-benda macam ni, kan.” Afiez menunjukkan sebuah ‘Model Collection’ kereta Lamborghini berwarna putih.

“Macam mana kau tau?” soal Zatil. Jarang ada orang yang tahu minatnya melainkan dia sendiri yang beritahu. Afiez hanya tersenyum. “Gerak hati.” Dia menjawab pendek.

‘Aii, mamat ni. Gerak hati la pula.Musykil aku ’

 Selepas ke ‘Toy City’ mereka berjalan-jalan ke kedai yang lain. Afiez seperti ‘tourguide’ dan ‘bodyguard’ baginya. Afiez sememangnya seorang yang ramah tetapi banyak juga berahsia.Tidak sangka mereka berkongsi minat yang sama. Kiranya sekepala juga dengannya. Ala-ala kembar juga la. Zatil kian serasi berbual bersama Afiez. Dia tersenyum di dalam hati. Zatil menarik nafas panjang. Dia mesti meminta maaf kepada Afiez akan hal yang berlaku sebelum ini.

“Afiez…sebenarnya kan.. aku nak minta maaf kat kau.” Suara Zatil kendur.

“Maaf? Maaf untuk apa?” soal Afiez seakan tidak mengerti.

“Kau tau la. Aku ni kan..Tetiba je nak marah kau tak tentu pasal. Itu gara-gara kes kad matrik la tu. Kau pulak tetiba je buat macam tu. Aku pun tetiba je jadi panas. Kau tahulah masa tu hujan, bahang dia menyirap ke dalam hati. Aku minta maaf. Lagi satu aku nak minta maaf pasal cakap kau ‘mangkuk’ masa tu. Aku kalau dah geram memang mulut aku jadi jahat sikit.” Suara itu kedengaran manja bunyinya. Zatil berbicara panjang lebar. Lancar sahaja bicaranya.

“Oo, pasal tu. Never mind. Ku terima maafmu.Sebenarnya aku tak ambil hati pun. Tapi, memang kecewa juga hati aku bila kau cakap aku ni ‘mangkuk’ masa tu. Adakah muka aku seperti mangkuk? Jauh sekali. Aku cuma nak nasihat je. Budak baik macam kau ni, cubalah jaga bahasa sikit. Kalau orang puji, sejuk hati mak bapak kau. Haa, anak dara siapa ni? Boleh buat calon menantu? Tak ke bangga diorang.” Lancar lelaki itu menutur kata. Zatil malu sendiri. Namun dia tidak terasa hati. Memang benar kata-kata Afiez.

“Sorry la, aku bukan sengaja nak cakap macam tu. Dah terlepas cakap, nak buat macam mana?”

“Tapi, memang ganas la kau masa tu. Selamat tak transform jadi alien kan.” Afiez masih sempat berloyar buruk.Gurauanya itu mengundang tawa Zatil.

“Alien buat apa. Transform jadi Optimus Prime okey la sikit, kut. Macam kat cerita Transfomers. Canggih sikit. Berteknologi.” Zatil menyambung kata. Sekadar bergurau bicara.

“Eleh, minah ni. Tahu la suka tengok cerita Transfomers, mula la dia mengarut. Berkhayal je.Lawak betullah kau ni. Kau ada genetik apa boleh transform macam tu.” Afiez ketawa.

Zatil mencebik. Sekali lagi dia terkena. Namun kemudian diturut tertawa. Dia tahu ia sekadar gurauan.

****
 “Gen XY.” Nama itu tiba-tiba berputar dalam mindanya. Zatil terfikirkan sesuatu. Ntah-ntah Gen XY tu si Afiez.  

 “Leha, akak agak Afiez tu la Gen XY.” Bicara Zatil mengejutkan Leha.

“Kenapa akak cakap macam tu? Ada bukti ke?” Pandangannya jatuh pada Zatil.

“Takde lah. Cuma gerak hati je. Lagipun Afiez tahu nombor matrik akak. Maka, dia adalah suspek utama akak. Akak nak try la detect nombor matrik dia. Kalau betul match dengan nombor kod Gen XY itu, memang tak lain dan tak bukan, dialah orangnya.”

“Wah, akak ni dah jadi ala-ala detektif. Tak sangka. Ni mesti pengaruh detektif Conan ni.” Zatil yang mendengar hanya ketawa. “Misi detektif remaja bermula.” Kuat suara Zatil kedengaran. Sikap kebudak-budakkannya terserlah.

“Remaja apa? Dah tua dah…” Di biilk itu meletus ketawa mereka berdua.

****
Zatil baru sahaja keluar dri perpustakaan. Sewaktu menuruni anak tangga, dia berselisih jalan dengan Afiez yang ingin memulangkan buku. Dia melirik senyuman. Senyumannya berbalas. Dia ada misi hari ini. Misi penting. Kebetulan Afiez juga ingin pulang. Maka mereka berdua berjalan bersama.

Zatil berusaha mengambil peluang yang ada.Sesekali pandangan matanya mengintai kad matrik yang dipakai Afiez. Agak sukar kerana ia terpusing belakang. Lagi pula Afiez berjalan mengiringinya. Misinya menjadi sukar.

Afiez terperasan dengan kejanggalan tindakan Zatil.“Kau ni kenapa? Lain macam je aku tengok. Nak skodeng kad matrik aku ye. ”

“Isy, takdelah.” Zatil menafikan tindakannya. Sepertinya misinya gagal.

“Ye ke. Tak percayalah. Tak payahlah tipu aku. Kau nak buat apa dengan kad matrik aku ni.”

“Hmm..Takdelah. Aku saja je nak tengok gambar kau dekat kad matrik tu. Rasanya macam tak sama je dengan muka kau sekarang. Tu je.” Idea itu tiba-tiba muncul dibenaknya. Agak logik juga alasannya.

“Memanglah. Ni gambar dulu la. Sebab tu aku tak suka tayang. Sekarang ni dah lain. Dah semakin hensem kan. Nak tengok sangat ambillah. Tapi jangan kutuk lebih-lebih sudah.” Ujar Afiez sambil menghulurkan kad matriknya. Dia memang sporting.

Pucuk dicita ulam mendatang. Inilah peluang keemasan. Zatil membelek kad matrik Afiez dengan teruja. Target utamanya dikenalpasti. ‘166661, Afiez Zaime. Oo, itulah nombor dan nama sebenarnya.’

Dia berpura membelek gambar Afiez, seolah-olah itulah tujuan utamanya. Sememangnya kelihatan agak berbeza. Dia tersenyum. Zatil juga mengambil kesempatan melihat nombor kad pengenalan Affie.  Saja nak tahu birthday. Tarikh penting tu. Nyatalah dia terkejut.

“Birthday kau sama dengan aku, ek?” soalnya seakan tidak percaya. Kad matrik Afiez dikembalikan.

“Hmm. Baru tahu ke. Aku dah tau dah. Itupun masa aku jumpa kad matrik kau. Sebab tu lah aku panggil kau si kembar. Tapi, memang tak sangkakan.Oo..Jadi kau skodeng kad matrik aku ni sebab nak tahu birthday aku la.”

             Zatil hanya tersenyum. Dia menunjukkan tanda Peace.Walaupun andaiannya tersasar, namun dia mendapat maklumat penting tentang Afiez.

            “Bijak..bijak.. Anak siapa ni…” Sebenarnya Afiez dapat menduga, bukan itu tujuan sebenar Zatil. Ia tahu target Zatil adalah nombor matriknya. Dia sengaja memberi peluang itu. Dia tersenyum. Good job, Zatil.

‘Kalau bukan Afiez, siapa ye? Aduh tensionnya aku.’

“Kau ni macam ada masalah je. Tak nak share ke?” Afiez sibuk dengan handpnonenya.

“Takdelah.” Zatil menafikan. Otaknya masih ligat berfikir. ‘Takkan aku nak mengadu kat dia pulak. Tak logik betul.’

“Nampaknya, andaian akak salahlah. Bukan Afiez. Nombor matrik dia cantik je. 166661. Jauh beza dengan kod Gen XY tu. Leha ada idea tak?” Pertanyaan Leha dibalas gelengan. Zatil terdiam seketika. Mindanya berusaha berfikir. Pada awalnya, dia memang malas untuk memikirkan identiti di sebalik nombor itu, namun kini ia seakan memberontak ingin mengetahuinya.

Seketika kemudian dia tersenyum. Jarinya dipetik kuat.  “Program  GEMPAR Siswa”. Program motivasi menghadapi peperiksaan. Kebetulan dia menjadi urusetia bahagian pendaftaran. Itulah peluangnya untuk mengenal pasti nombor matrik pelajar.

Sewaktu program berlangsung, Zatil memeriksa setiap baris nombor matrik yang tertera. Ramai sungguh kehadiran peserta program. Nombor matrik ‘169526’ menjadi sasarannya. Belek punya belek, akhirnya dia tersenyum bangga. Kaedah cuba jayanya berhasil. Kemudian dia menggaru kepala. Ia milik seorang pelajar perempuan berbangsa Cina. Biar betul. Nyatalah dia salah. ‘Kalau bukan nombor matrik, nombor apa pula?’

+Hai, awak 161616. Termenung apa tu? Rindukan seseorang ke atau terkenangkan saya?

-Hai, Mr. Gen XY 169526. Kau ni siapa sebenarnya? Kau macam tahu je aku tengah buat apa? Kau tipu aku ye. Kau kata tak kenal aku, tapi kau tahu je aku buat apa. Baik kau beritahu perkara sebenar. Kalau tak lepas ni aku tak nak mesej lagi dengan kau.

Zatil sengaja menulis begitu sekadar satu amaran. Hatinya memberontak ingin mengetahui identiti misteri itu.

+Suatu hari ni kita jumpa ye. Study tau. Jangan berangan selalu. Dah nak exam ni. Nanti kantoi pulak.

Zatil mengeluh perlahan. Dia tidak dapat memikirkan klu bagi nombor tersebut. Naluri hatinya memang mengatakan Afiez, namun terbukti targetnya itu tersilap. Namun hakikatnya siapa yang tahu. ‘Takpe ke kalau aku tanya dia? Ah, peduli apa aku. Tanya je la.’ Zatil membuat keputusan.

“Eh, Fiez. Kau ke Gen XY yang selalu hantar mesej kat aku tu?”  Sebenarnya dia hanya serkap sahaja. Ia juga lebih kepada gurauan. Tapi, manalah tau mengena. Syak wasangkanya masih kuat pada Afiez.

Afiez mengerut dahi.  “Apa yang kau merepek ni labu? Gen XY? Apa tu?” Suara Afiez terselit tawa.

“Ye je kau ni. Kau sengaja nak main-mainkan aku ek. Baik kau cakap.”  

Afiez hanya tersenyum. “Alahai, minah ni. Ni kenapa? Ada budak kacau kau ke? So, kau ingat aku la. Nombor kau pun aku takde tau tak. Kau bukannya nak bagi. Tau la kita ni tak rapat sangat. Kalau kau tak percaya, check la.” Afiez menghurai kata. Handphonenya diberikan kepada Zatil.

Zatil  tertunduk. Terasa malu pula jadinya. Namun dia tetap menjawab. “ Aku saja je lah test kau.”
Tetapi memang benar kata Afiez, dia memang tidak memberikan nombornya kepada lelaki itu. Mengapa? Ntahlah. Saje je la kut.

“Okey-okey. Berapa nombor kau?”soal Afiez. Zatil akhirnya memberikannya. Afiez kemudian membuat panggilan ke atas nombor Zatil. Dia ingin membuktikannya.Ternyata ia bukan nombor milik Gen XY.

“Abis tu siapa ye?” Persoalan itu masih di dalam benaknya.

“Nak suruh aku detect ke? Bagi sini nombornya.” Afiez memberi cadangan. Zatil bersetuju.

“Dia tak angkat call lah,”beritahu Afiez kepada Zatil.

****
“Zatil, aku nak ajak kau keluar ni. Boleh ke. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang?” suara Afiez menyapa lembut di hujung talian. Setelah berfikir, Zatil bersetuju. Dia pergi bersama Leha. Leha sudah pastinya bersetuju. Sewaktu bersiap, dia menerima satu mesej. Segera di buka. Sangkanya Afiez.

+Hai, awak 161616. Selamat Ulangtahun. Mesej itu adalah dari GenXY-169526.
-Kenapa kau buat lawak pula ni Mr.Gen XY. Hari ni bukan birthday aku la. Kau ni mengigau ke apa?

+Saya tak silap la. Awak yang terlupa. Okey la. Have a nice day.

Zatil sudah pening berfikir. Sejak akhir-akhir ini dia semakin confius dengan Gen XY. Lelaki itu seperti mengetahui tindak-tanduknya. Leha menjongket bahu tidak tahu.

Dikejauhan pandangan, retina matanya menangkap seraut wajah Afiez yang sedang menanti. Bersamanya ialah seorang lelaki memakai topi berwarana putih. Wajahnya tidak kelihatan dengan jelas.

“Afiez bawa siapa tu. Macam hensem je kak,”ujar Leha sambil tersenyum sumbing.

“Ntah la. Tapi…Akak macam pernah tengoklah muka dia. Tapi, tak ingat kat mana.”

Kehadiran mereka di sambut dengan senyuman.

“Zatil, kenalkan. Ini adik sepupu aku, Zaire Affif.”

Kelihatan Affif menulis sesuatu di atas sebuah buku. Ia diberikan kepada Zatil.

+Awak masih ingat saya. Kita pernah jumpa dalam bas. Saya yang pinjam telefon awak.

Zatil berfikir sejenak sebelum mengangguk. Memori itu menerjah dalam ingatannya. Dia tersenyum.
           
+Tak sangka kita bertemu lagi. Kecil betul dunia ni ye. Boleh kita berkawan.
           
Zatil mengangguk. mengiyakan permintaan Affif.  Afiez dan Leha yang melihat hanya tersenyum. Afiez kemudiannya berbicara dengan bahasa isyarat bersama Affif. Zatil dan Leha langsung tidak mengerti. Kemudian Affif bangun dan berlalu pergi. Destinasinya tidak diketahui.

“Korang bual apa tadi? Beritahulah. Kitorang tak fahamlah,” tanya Zatil kepada Afiez. Dia memang tidak mengerti bahasa isyarat.Cuma menyimpan angan-angan untuk mempelajarinya.

“Affif kata, dia nak belanja kau sebab tolong dia.”

“Kau jangan nak kelentong akulah.”

“Tak percaya. Kau tunggu je la. Korang tunggu sini. Aku ada hal sekejap.”

Tidak lama kemudian, Affif datang bersama sebuah hadiah. Afiez pula bersama sebiji kek.

Zatil sudah terkejut beruk. Syak-wasangkanya timbul. Andaian baru menerjah ke ruang fikirannya. Affif ke Gen XY tu. Biar betul. Itu satu hal. Masalahnya sekarag hari ni memang bukan birthdaynya. Ada kesilapan teknikallah ni kut.

“Hari ni bukan birthday aku la. Kita kan sama birthday. Takkan kau dah hilang ingatan kut. Kau tipu apa kat adik sepupu kau ni,” soal Zatil kepada Afiez. Afiez menjongket bahu. Dia menunding jari kepada Affif.

“Dia kata hari ni birthday kita dalam kalender Hijri. Selalukan kita celebrate dalam kalender Masihi,” terang Afiez. Zatil mengangguk mengerti. Dia menguntum senyum, namun fikirannya masih confius. Affif ke Gen XY. Tak sangka sungguh. Jadi, mamat ni lah informernya. Patutlah Affif tahu aku buat apa. Bijak..Bijak..

Affif kemudian memberikan sekeping kad kepada Zatil. Zatil membukanya.

‘Selamat Ulangtahun Zatil Akma, 161616.’
From: Gen XY-169526

Zatil membaca diiringi sebaris senyuman dibibir. “Terima kasih ye, Affif.” Kemudian dia memotong kek bersama Afiez. Jangan tak percaya, pakwe idamanku sama birthday dengan aku. Potong kek sama-sama. Tapi, pisau lain-lainlah. Haha..

“Fiez, Gen XY tu Affif ke?”bisik Zatil kepada Afiez yang baru duduk disampingnya. Dia masih inginkan jawapan yang pasti. Afiez hanya tersenyum. Dia kemudian berbahasa isyarat dengan Affif. Apa yang dibualkan, memang dia tidak mengerti.

“Nah, ni hadiahnya. Bukaklah.” Suara Afiez ceria. Dia memberikan bungkusan tersebut kepada Zatil. Atas permintaan, bungkusan itu dibuka. Zatil membuka dengan cermat. Tak sangka ada orang yang menyambut birthdaynya hari ini. Hadiahnya sebuah mangkuk kaca. Cantik.

“Terima kasih Affif.”

“Kat  Affif je ke? Kalau kau nak tahu aku yang bersusah payah pilih hadiah ni tau.”Suara Afiez seakan
merajuk. Nadanya manja.

“Terima kasih untuk kau juga. Sorry, fiez.  Aku takde hadiah untuk kau. Nanti aku belikan. Kenapa kau tak beritahu awal-awal.”

“Fiez, betul ke Affif tu Gen XY. Kalau betul kenapa dia guna nombor kod. Tu nombor apa sebenarnya?” Zatil masih berbisik menyoal Afiez. Dia ingin tahu sebabnya. Afiez merenung Zatil. Bibirnya tersenyum.

“Aku tanya betul-betul ni. Kau ni senyum pula.”Marah Zatil.

“Tanyalah dia sendiri.”jawab Afiez pendek.

Affif menulis sesuatu menjawab soalan Zatil. Zatil hanya berdiam diri sewaktu membaca tulisan tersebut. Dadanya berombak pantas. Sorotan matanya tajam. Ia dituju kepada Afiez Zaime.

”Mangkuk betul mamat ni.” Suara Zatil separuh menjerit. Rupa-rupanya Gen XY adalah Afiez sendiri. Dia tertipu oleh lakonan Afiez. Dia  tewas kerana tersilap mentafsir kod tersebut. Ia memang bukan nombor matrik tetapi hanya suai angka dan abjad.Tidak terfikir langsung olehnya. Sah-sah dia kena tipu dengan Afiez hidup-hidup. Tak guna betul.

Gen XY- [1][6][9][5][26] = [A][F][I][E][Z]

“Patutlah kau hadiahkan aku mangkuk ye. Kau perli aku rupanya sebab panggil kau mangkuk.” Afiez sudah tidak mampu menahan tawa. Begitu juga Leha dan Affif walaupun tanpa suara.

“Aku saja hadiahkan kau mangkuk. Nanti kalau kau nak makan sup tomyam gunalah mangkuk ni. Sure terbayang wajah aku. Nanti tak lah rindu sangat. ”Suara Afiez masih dalam tawa. Dia gembira. “Kau tak payahah kasi aku hadiah. Aku pun taknak lah. Hari ni pun dah buat aku happy,” sambungnya lagi. Zatil menarik muka masam. Dia terkena. Memang mangkuk mamat ni. Geram…Geram...

Afiez meminta maaf dan menceritakan hal sebenarnya. Alkisah dia mendapat nombor telefon dan nombor matrik Zatil juga di ceritakan. Rupa-rupanya Affif menggunakan telefonya untuk menghubungi Afiez. Setelah itu, Afiez bertanyakan Affif akan pemilik telefon berkenaan. Malangnya Affif tidak mengetahuinya, cuma dia teringat akan nombor yang tertulis pada kad matrik. Pada awalnya dia memang tidak mengenali siapa pemilik nombor 161616 sehinggalah dia menjumpai kad matrik milik Zatil Akma.

****
“Akak, sudahlah kak. Dia dah takde, kak. Akak janganlah macam ni,”pujuk Leha.

“Tapi Leha. Akak terkilan. Akak rasa bersalah. Semalam dia beriya-iya nak jumpa, tapi akak tak jumpa dia.  Masa tu akak penat sangat. Bila akak telefon dia balik, dia tak nak angkat. Akak tahu dia mesti kecewa. Dia mesti kecil hati dengan akak.” Suara Zatil diiringi air mata. Terisak-isak dia menangis. Empangan kolam matanya pecah. Salju panas terus jatuh berjujuran. Dia memeluk Leha seeratnya.

“Akak…Sudahlah, kak. Jangan macam ni.”

“Akak tak boleh Leha. Akak tak boleh. Akak sedih sangat. Akak nak tahan, tapi tak boleh tahan. Akak terkilan sangat. Akak rasa bersalah. Akak..akak..” Zatil tidak mampu meneruskan kata-katanya.

“Akak..” Leha turut merasa sebak. Perlahan-lahan air matanya turut mengalir ke pipi. Dia masih lagi erat  memeluk Zatil yang masih di dalam sendu.

“Akak, janganlah macam ni. Perjalanan kita masih panjang,kak. Minggu ni kita dah start exam. Akak mesti kuatkan semangat.” Suara Leha lembut memberi nasihat. Zatil mengangguk perlahan. Air matanya sedaya upaya diseka walaupun masih dalam sendu.

Malam sebelum Afiez pergi, dia sempat menghantar mesej. Itulah mesej terakhirnya. Sebenarnya Zatil ingin membalas dan meminta maaf, namun dia telah kehabisan kredit. Mesej itu dibaca berulang kali. Hatinya meruntun sayu.

Wish you luck for your Final Exam.  
Be strong and don’t give up.
I love you, my sis. Zatil Akma.

Zatil termenung di jendela. Hatinya sebak. Tubir matanya bertakung air mata. Semalam dia sangat terkejut apabila menerima mesej Affif yang mengkhabarkan berita duka. Afiez meninggal setelah sakit tenat. Baru dia ketahui Afiez menghidap barah hati. Air matanya terus tumpah.

Zatil duduk di kerusi belajarnya. Buku Statistik yang terbiar lesu di atas meja di buka. Lusa peperiksaan akhir akan bermula. Dia perlu kuat semangat. Mesej terakhir yang dikirimkan Afiez menjadi azimat.


Semester baru pengajian….

“Hai, kak. Tengah makan pun boleh mengelamun ke.” Zatil membisu tanpa respons.

“Kak..oo..kak” Leha memanggil lagi. Jarinya dipetik kuat di hadapan muka Zatil.

“Opocot, kau.” Zatil terlatah.

“Aii, melatah pulak dia. Kenapa menung je?” soal Leha. Dia tersenyum. Zatil menggeleng.

“Ntahlah. Bila guna mangkuk ni, akak rasa macam terbayang je wajah Afiez kat sup tomyam ni. Nak senyum pun ada, nak nangis pun ada.” Suara Zatl bertukar nada. Rasa sebak bertandang di hati. Sebenarnya itulah kali pertama dia menggunakan mangkuk yang dihadiahkan Afiez merangkap Gen XY, setelah mangkuk lamanya pecah.

Leha hanya terdiam. Dia juga rasa terharu, Dia tahu Zatil masih teringatkan arwah Afiez.

“Isy, dalam mangkuk terbayang wajah la pulak, kan. Apa lah. Macam tak logik je, kan” Zatil berseloroh. Dia tertawa sendiri. Leha turut tertawa, namun dia tahu kata-kata itu sebenarnya hanya untuk menutup rasa sedih yang bertandang. Dia dapat melihat mata Zatil yang berkaca-kaca. Dia tahu akan hakikatnya. Zatil merasai kehilangan Afiez. Rasa cintanya pernah berputik pada lelaki itu walaupun dia menafikannya. Namun kini, ia hanyalah secebis cinta yang tak terungkap pada insan yang telah tiada.

Seketika kemudian mesejnya berbunyi. SMS dari Gen XY. Nama itu masih tersimpan di phonebook telefonnya.

+Hai, cik 161616. Jangan mengelamun je. Mulakan hidup dengan azam baru. Chaiyok…

Zatil terseyum. Dia tahu pengirim mesej itu adalah Affif. Affif kini adalah Gen XY baginya. Kaunselor yang sentiasa memberi semangat sama sepert arwah Afiez. Zatil melihat gambar yang tersemat kemas di dalam bingkai kayu di atas mejanya. Gambar kenangan mereka bertiga. Sepertinya baru semalam mereka bersama. Memori indah itu akan kekal dalam ingatannya. “Terima kasih Afiez. Moga rohmu dicucuri rahmat.”

TAMAT


~ Cerpen pertamaku di laman Penulisan2U~