Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 2



KINI,sudah dua minggu Maisarah menjalani praktikal. Dia duduk menyewa bersama beberapa orang teman. Ibtisam pula tidak menyewa bersama kerana dia lebih selesa berulang-alik dari rumahnya. Lagipula, tempat mereka menjalani praktikal tidak sama.
“Mai kau free tak malam esok?” Asma terkulat-kulat duduk mengambil posisi di sebelah Maisarah.
“Kenapa?”balas Maisarah yang pada waktu itu sedang khusyuk melayan novel ‘Ketika Cinta Bertasbih’ karya Habiburrahman.Pembacaannya selalu tertangguh kerana kerjanya yang agak banyak walaupun dia hanya menjalani latihan praktikal. Hmm..Macam dah kerja setahun dah gamaknya. Huhu…Ala-ala kena buli sebenarnya. Ia terpaksa di bawa balik ke rumah untuk di siapkan. Aduhai..
“Kau free tak?”tanya Asma lagi.
“Ntahlah. Free kut.” Jawab Maisarah acuh tak acuh.
“Tak payahlah baca novel tu lagi. Aku nak cakap ni.”
“Cakap ajelah. Aku dengar ni. Aku bukan pekak tau.”Mata Maisarah masih tertumpu pada bait-bait tulisan karya si penulis.
“Alah…Mai.Bolehlah ea. “ Suara Asma merengek manja.
“Apa yang boleh?” soal Maisarah.
“Temankan aku pergi jumpa seseorang. Please..Aku tak tau nak ajak siapa. Takkan aku nak pergi sorang-sorang,” beritahu Asma sambil tangannya memeluk bantal yang sedia ada di sisi.
“Ooo…Kau nak pergi dating ea. Nak gi dating kenapa ajak aku sekali?”Maisarah mula berminat dengan topik perbualan Asma. Novelnya kini ditutup dan diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya. Rambutnya yang terurai di sikat dan ikat kembali. Kakinya diluruskan. Bantalnya dipeluk erat. Kini dia sudah bersedia mendengar cerita Asma.
“Kau nak keluar datingdengan siapa, As?” soalnya lagi.
“Hehe.. Dengan kawan chatting aku.  Dia nak jumpa aku. Tapi aku seganlah nak pergi sorang-sorang. Aku cakap aku ajak kawan. Dia kata okey.”
“Hmm…Kau ni. Ni dah kali keberapa dah ni. Kau ni tak serik-serik lagi ke. Si anu tu dulu kawan chatting kau gak, tapi tup-tup bila dah ‘couple’ dia tinggalkan kau cam tu je. Sorrylah. Aku ni bukannya apa. Aku tak naklah jadi macam sebelum ni. Kau frust menonggeng. Aku just nasihat je.”
“Aku faham. Tapi aku tak bolehlah kalau takde pakwe. Aku cemburulah tengok orang lain ada boyfriend, tapi aku ni…”
“Kau tengok Huda. Dah ada tunang. Tahun depan dah nak kahwin. Bedah pun dah ada pakwe tau. Aku ni…masih camni gak.”suara Asma sedikit kendur.
“Aku ni takde boyfriend tak kisah pun. Rileks je.”
“Kau tu lain. Kau tu perempuan Melayu terakhir. Kau cakap je takde. Ntah-ntah kat kampung dah sedia menanti. Silap-silap  bulan depan dah edar kat jemputan je. Kau tu bukannya betul.”Asma membuat muka. Maisarah tergelak besar dengan kata-kata Asma. Dia membuat muka toyanya.
“Banyaklah kau perempuan Melayu terakhir. Kau tengok aku macam ni, manalah layak digelar perempuan Melayu terakhir.” Mereka berdua tergelak. Sememangnya Asma mengetahui seperti apakah Maisarah. Caranya di luar sangat berbeza dengan caranya apabila berada di rumah. Dia bukan hipokrit, tetapi begitulah sikapnya.
“Wei, lagipun kita ni tak habis pun study lagi. Lepas habis praktikal ni, kita sambung lagi satu semester. Mak aku pun takkan benarkan aku tunang time ni. Kahwin lagilah. Hmm..Bukan ke, kalau nak keluar kau selalu ajak Huda.”
“Memanglah. Tapi Hudabalik rumah dialah. Bedah pun kau tau, kan. Kalau hari cuti mesti balik rumah mak cik dia. Lagi pun aku ajak kau ni sebab kesian dengan kau duduk kat rumah sorang-sorang. Sesekali jomlah keluar. Tengok dunia luar. Janganlah jadi katak bawah tempurung.” Asma berdalih memberi alasan.
“Aku tak kisahlah duduk rumah sorang-sorang. Aku gi kerja tiap-taip hari tu kira tengok dunia luarlah jugak. Aku memang tak duduk bawah tempurung pun cik As ye. Kau tengok aku duduk kat mana ni. Ni, kan kat dalam rumah kotak. Cuma bukan kotak suka hati je tau. Kalau ada pintu suka hati Doraemon, confirm aku tak duduk sini tau. Duduk rumah, bila bukak pintu terus je sampai opis. Perghh..Best.”Maisarah beseloroh dengan fantasinya. Asma sudah tergelak.
“Alah, tu lainlah cik Maisarah oii! Kau ni kan…Tak habis-habis dengan pintu suka hati…”Asma sedikit geram. Gayanya yang ala-ala gedik, membuatkan Maisarah ketawa seronok. Gembira rasa hatinya.“Boleh ke tak temankan aku ni?” Asma bertanya lagi bagi mendapatkan jawapan muktamad dari Maisarah.
“Hmm. Yelah. Aku ikut kau. Apa kau nak kasi aku sebagai balasannya”.
“Ye..ye..Sayang kau, Mai. Muahh.Tq..tq… Nanti aku belanja kau McD ea.”
“Tak naklah McD. Dah selalu sangat. Subway boleh?”
“Ikut kaulah. Kau nak Subway ke, Norway ke, Highway ke….No problem. Janji kau setuju nak temankan aku.”Kegembiraan terpancar di wajah Asma.Tangannya pantas mencubit lembut pipi Maisarah.
“Adooiii. Apa cubit-cubit ni. Sakitlah..Merajuklah macam ni. Tak nak teman kau.” Maisarah olok-olok merajuk sekadar bermanja.
“Ala..Sorry..Sorry.Aku terexcited sangat. Alolo..Janganlah merajuk. Kaukan dah janji nak teman aku.”
Maisarah kemudian ketawa. “Aku saja je lah. Kau ni pun…”
“Eii..Kau ni, kan. Geram aku. Okey..Okey.. Camni Mai.Nanti aku telefon kawan aku tu, suruh bawa kawan dia sekali. Yang ‘kompom’bujang. Nanti kau bolehlah borak-borak ngan kawan dia tu. Taklah kau jadi tunggul je kat situ kan.Pastu manalah tau dia berkenan kat kau, kan. Wah, bahagianya.”
“Aduhai budak ni melebih-lebih pula dia.” Maisarah hanya mengeluh di dalam hati. Tapi di dalam hatinya juga membisikkan perkara yang sama. Manalah tau silap-silap hari bulan hatinya terbuka untuk mengenali hati seorang insan bernama lelaki. Cehh….
Maisarah hanya mengenakan pakaian ringkas seperti kebiasaannya.Simple. Lagipun dia bukanlah seorang yang suka berfesyen. Dia lebih selesa dengan gayanya sendiri.
“Uit, cepatnya kau bersiap. Macam kau pulak yang tak sabar nak pergi dating. Aku ni pun belum apa-apa lagi. “
“Alah, biasalah. Sementara tunggu kau bersiap, aku bolehlah menonton Buletin Utama ni. Lagipun buat apa aku melawa-lawa sangat. Biasa-biasa aje sudahlah. Lainlah kau. Hmm..mamat tu jemput kau pukul berapa”? tanya Maisarah inginkan kepastian.
“Lebih kurang 8.30 …”kedengaran laungan suara Asma dari dalam bilik.
“Kalau kau lambat pun mesti dia akan tunggu, kan.Rilekslah. Dia orang pun tahulah kalau perempuan nak bersiap mesti terhegeh-hegeh.Lambat. Nak mekap tulah, inilah. Macam kau tak biasa. “
“Wah..wah..Sedap betoi mulut hang berkata-kata ye.”
“Hehe..Rilekslah. Sebenarnya aku terasa nervousgak ni. Dah berapa kali aku nak terkucil ni.”Maisarah membuka pekungnya sendiri.
“Haa.Tulah kau.Padan muka.”
*****
KERETA Hambali memasuki perkarangan sebuah hotel. Hambali memakir kereta bersebelahan sebuah kereta BMW 5Series bewarna putih bernombor flat berpangkal W dan bernombor 77 yang sedia menanti di situ. Disebalik cermin yang tertutup itu, dalam samar-samar Maisarah melihat kelibat seorang lelaki duduk di dalam perut kereta tersebut. Dia cuba mengintai siapakah gerangan lelaki tersebut. Degupan jantung Maisarah berdegup kencang walaupun masih belum melihat raut wajah lelaki tersebut. Mereka semua keluar dari  perut kereta. Hambali segera mendapatkan lelaki itu. Maisarah berdiri di sisi Asma.
“Sorry. Bro.Lambat,”beritahu Hambali.
“It’s okey. Aku pun baru je sampai ni.” Jawab lelaki itu pendek.
Maisarah masih tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu kerana mereka berdiri membelakangkan mereka berdua. Namun butir bicara mereka dapat didengar dengan jelas. Asma dan Maisarah berjalan menghampiri mereka. Maisarah terasa nervous sendiri. ‘Aii,kenapa pula jantung aku dup..dap..dup dap..ni. Aduhai, tak best betul.’
“Ni Iman kawan I masa study dulu.”Hambali memperkenalkan Iman kepada dua orang gadis di hadapannya.
“Ni Asma, girlfriend aku. Ni kawannya..namanya..err..siapaek…lupalah..”Hambali memandang Asma agar memberi jawapan. Asma pula hanya tersenyum simpul. Maisarah pula tetap memaniskan muka walaupun perasaannya tidak berapa selesa. Haha…Dah berpeluh sebenarnya. Macam kerja angkat sawit pula dah.
“Sarah.” Jawab Asma selamba bagi pihak Maisarah. Dia sempat menjeling Maisarah di sisi. Maisarah pula memandangnya kembali. ‘Sesedap rasa je minah ni. Aku sendiri rasa janggal orang lainpanggil aku Sarah, dia pula melebih-lebih.Nak kena minah ni. Hishhh..Siaplah kau.’ Bicara itu hanya berdetik di dalam hati. Paha Asma dicubit. Asma cuba menepis, namu kemudian dia berpura-pura memegang tangan Maisarah bagi mengaburi pandangan Iman dan Hambali di atas kejengkelan tindakan mereka itu. Mereka tetap menguntum senyum. Cover…Biasalah.
Pandangan mata Iman jatuh pada seraut wajah Maisarah. Maisarah sudah menggelabah. Namun dia tetap cuba berlagak selamba. Jantungnya sudah kian bergendang kencang. Lidahnya terkunci. Ekor matanya dilarikan daripada bertentangan dengan mata Iman. ‘Apa kes aku tetibajadi camni.Mamat ni pun kenapa tetiba tengok aku semacam je.Macam tak pernah tengok orang. Kenal ke?  Isy…ni yang aku rasa nak balik ni.’ Maisarah berbisik di hati sendiri.
Hambali dan Iman kemudian jalan beriringan memasuki ruang lobi hotel. Asma dan Maisarah hanya membuntuti dari belakang. Atas permintaan Hambali, dia ingin duduk di meja yang berasingan. Dia ingin bersama Asma berdua manakala dia meminta Iman duduk bersama Maisarah. Permintaan Hambali itu membuatkan Maisarah semakin berpeluh. Ingin saja dia pulang berjalan kaki waktu itu juga. ‘Kenapa aku mesti kena duduk dengan Iman.Why??Arghh…’ Ingin saja dia menjerit pada masa itu. Huhu…Jerit dalam hati jelah. Orang tak dengar. Karang kalau jerit betul-betul, ada pulak yang kata dia gila.
“Okeylah kalau macam tu,” balas Iman tanda bersetuju dengan cadangan Hambali.
Maisarah menarik nafas dalam-dalam. Dia terpaksa menempuh cabaran ni. ‘Fuhh…Terpaksa gak. Dahlah dia ni hensem. Takut aku. Tak pasal-pasal ada double date malam ni. Hish…Tak sukanya.’
“Sarah, jom kita duduk sebelah sana,”ujar Iman sambil menunjukkan arah meja yang dimaksudkan. Kedudukan meja itu adalah di tepi cermin yang besar. Pandangan luar dapat di lihat dengan jelas dari cermin itu.Sudut meja itu tidak jauh dari meja Hambali dan Asma. Maisarah masih terkaku. Kakinya seakan terikat. Dia hanya menganggukkan kepala. Perlahan-lahan disusun langkahnya menuruti langkah kaki Iman.
Maisarah membetulkan duduknya yang terasa canggung. Dup..Dap..Dup..Dap..Jantungnya memang sudah terasa sejak tadi. Makin lama makin laju pulak. Hmm..Memang betul-betul nervouslah. Namun, dia cuba mengawal perasaannya supaya tidak dihidu oleh Iman. Tangannya yang terasa sejuk digosok-gosok perlahan di bawah meja. Dalam pada itu matanya memerhatikan reaksi Iman.
Kelihatannya lelaki itu agak santai. Hanya mengenakan t-shirt putih berlengan panjang dipadankan dengan seluar jeans bewarna biru. Penampilannya ringkas. ‘Hmm..Bila tengok pada kereta tadi,rasanya dia ni anak orang berada. Bukan sembarangan orang. Fuhh…Makin berpeluhlah aku macam ni. Dating dengan orang kaya dan hensem macam ni. Eii…Menakutkan.’
Sesekali mata Maisarah mencuri pandang melihat wajah Iman yang duduk bertentangan dengannya. Tatkala itu  Iman sedang meneliti menu di hadapannya. Bibirnya tidak lokek dengan senyuman. Lesung pipit yang dimilikinya membuatkan wajah itu kelihatan menarik sekali. ‘Alahai, macam muka Arjun Rampal pulak. Alolo…Kacaknya. Makin nervouslah aku macam gini.’
“Awak nak order apa?” tanya Iman lembut. Pandangannya beralih ke wajah Maisarah. Maisarah tersipu-sipu malu. Di teguknya liur sendiri. Mungkin Iman menyedari tindakannya memandangnya. Maisarah berpura-pura membelek-belek menu yang ada di tangannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dipilih.
‘Erk…Mahalnya..’Omel hatinya sendiri.
“Err..apa-apalah…Saya tak biasa kat sini. Saya tak tau nak order apa.” Jawab Maisarah jujur.
“Hmm, okey.Kalau macam tu saya order sama dengan saya jelah ye.” Iman menguntum senyum. Maisarah mengangguk mengiyakan.Iman kemudian memesan menu.
“Awak okey ke?”Iman bertanya kerana sejak tadi dia perasaan akan Maisarah seperti tidak selesa dengan keadaan sedemikian.
“Awak takut dengan saya ye?“ Sekali lagi dia bertanya inginkan kepastian. Dia tersenyum. Niatnya supaya gadis itu berasa selesa dengannya. Maisarah hanya membatukan diri. Hendak diangguk atau digeleng kepalanya terasa payah.
“Err…takdelah. Okey je.” Maisarah membalas senyum. Namun dia tidak tahu seperti apakah senyumannya itu.Adakah senyuman ala-ala senyum-senyum kambing atau senyum-senyum kucing. Entahlah, yang penting senyum. Cara Iman yang agak santai dan tak menekannya membuatkannya mula berasa sedikit selesa. Nafasnya ditarik dalam-dalam agar mendapat kelegaan.
“Tak payahlah takut. Takde apa-apa pun. Awak anggap ajelah saya ni seperti kawan awak yang lain. Jangan anggap saya macam orang asing pulak. Lagipun ni kira santai-santai aje. Kasilah chancekat dua orang tu. Kiranya kita jadi pengawal dan dayang untuk dua orang tulah. Okey macam tu.” Iman melirik pandang ke arah Hambali dan Asma membuatkan Maisarah mengerti maksud Iman. Maisarah tersenyum. Dia mengangguk mengiyakan kata-kata lelaki itu.
“Awak pernah datang sini?”soal Iman mula ramah. Sememangnya itulah kelebihannya. Bicaranya mudah mesra tidak kira dengan siapa.
“Tak. Ni first time. Takde siapa nak ajak. Nak pergi sendiri memang jangan haraplah,”jawab Maisarah sedikit beseloroh walaupun pada waktu itu jantungnya berdetak kencang. Iman turut ketawa apabila Maisarah berkata begitu.Pandai juga gadis itu berseloroh dengannya. Hihi..Okey. Sweet.
“Oh, ye ke. Kesian awak, kan. Lepas ni kalau awak nak, awak bolehlah ajak saya. Saya tak kisah. Bila-bila masa pun boleh.”
Maisarah hanya tersenyum nipis. Malu.
“Hmm..Kalau tak silap saya, kita pernah berjumpakan sebelum ni.” Iman mula memancing perhatian Maisarah. Wajah gadis itu ditenung dalam.
Maisarah hanya menjongket bahu. Dia tak pasti.
“Tapi rasanya saya memang pernah jumpa awaklah. Tapi saya tak ingat dekat mana.” Iman cuba mengingati. Jari telunjuknya bermain di dagu. Tidak lama selepas itu dia tersenyum sendirian.
Maisarah memandang Iman. Mungkinkah lelaki itu telah mendapat jawapan. Adakah benar mereka pernah terjumpa, tapi dia memang tidak mengingatinya.
‘Iman.’ Maisarah juga cuba mengingati. Dia turut memusatkan fikirannya untuk mengimbau masa lalu. Cuba mengingati. Mungkin benar mereka pernah berjumpa. ‘Iman..Hmm..Jangan-jangan ..”Maisarah memandang wajah Iman sekilas.
‘Dia ke mamat yang sibuk dengan MP4 hijau epal masa dulu tu..’ Maisarah masih mencari jawapan. ‘Hoho..Bukan..Bukan..Mamat tu kalau tak silap aku namanya Aiman, bukan Iman.’
“Kalau tak silap saya, awak ni…kawan Reena, kan?” Iman bersuara. Sebenarnya dia hanya menembak. Memang dia ada kawan perempuan bernama Reena.
Maisarah terdiam. ‘Eh…Dia kenal juga ke dengan perempuan tu. Arghh..Sudah.’
Maisarah menggeleng kepala. Menafikan.
“Oh..I see.Maybe saya salah orang kut. Muka sama agaknya, kan.” Nampaknya tricknya tidak mengena.
Maisarah mengangguk.
“Awak buat apa sekarang? Study lagi?” Iman menukar topik bicara.
“Tengah praktikal.” Jawab Maisarah pendek.
“Owh. Praktikal dekat mana?” soal Iman lagi.
Maisarah menjongket bahu. Dia tidak mahu memberitahu. Tidak suka rahsianya dikorek oleh lelaki itu. Iman hanya menguntum senyum.
Tidak lama selepas itu, pesanan hidangan mereka sampai.
“Enjoy your meal,” ucap pelayan itu setelah menghidangkan makanan. Wajah pelayan itu kelihatan ceria dan tidak lokek dengan senyuman.
“Thank you,” balas Iman. Sekuntum senyuman di hadiahkan pada pelayan itu.
“Cantik teman wanita awak, encik Iman.” Puji pelayan tersebut sebelum berlalu pergi. Sepertinya pelayan itu juga telah lama mengenali Iman. Mungkin pelanggan utamanya.
Maisarah meneguk liur sendiri. Mukanya terasa merah padam. ‘Pergh,minah ni. Ada ke patut dia kata aku ni awek si mamat ni. Main serkap je. Agak-agaklah sikit. Tak suka betullah macam ni.’
“Apa-apa ajelah dia orang ni,kan.” Iman hanya tersenyum. Wajah Maisarah merona merah ditatapnya.
Maisarah sudah tertunduk malu. ‘Mamat ni pun satu, tak payahlah tengok aku macam tu. Taulah muka aku dah merah. Buat bodoh ajelah. Isy, mamat ni geram pulak aku. Cucuk dengan garpu ni baru tahu. Biar jadi Kassim Selamat.’ Maisarah kemudian berbuat muka selamba.
Menu yang terhidang kelihatannya enak. Aromanya memang memikat. Nasi TomYam berlauk daging black pepper dan jus ‘Peace’ menjadi hidangan makan malam mereka.
“Nifavourite saya tau.” Beritahu Iman tanpa diminta.
‘Aii, ada aku tanya ke? Hehe. Saje je. Dalam hati beranilah cakap.’
“Oh, ye ke? Mesti sedapkan.” Setelah membaca doa makan, Maisarah meneguk jus peace yang berada di hadapannya. Segar sungguh rasanya. Nikmat. Sedap. Kemudian, dia mencuba pula nasi TomYam yang sedia terhidang. Memang enak. Tetapi sedikit pedas. Dilihatnya Iman memang begitu berselera. Maisarah ingin mencuba daging black pepper. Dia cuba memotongnya menggunakan garpu dan sudunya secara perlahan-lahan. Dia tidak biasa menggunakan pisau yang sedia ada di sudut pinggannya. Dia mencuba perlahan-lahan. Namun kejanggalannya diperhatikan Iman. Iman tersenyum melihat gelagat Maisarah yang agak kekok itu.
“Awak okey ke? Macam tak okey je,” ujar Iman sambil tersenyum.
“Okey..okey..” Maisarah masih cuba berlagak selamba.Dalam kepayahan dia cuba memotong daging itu supaya menjadi potongan-potongan kecil. Rembesan peluh terasa di dahinya. Sememangnya Nasi Tomyam itu agak pedas ditambah kepayahannya memotong daging. Dia bukanlah tak pernah makan daging seperti itu, tapi pada malam ini dia merasakan daging itu terlalu sukar untuk dipotong.. ‘Arghh. Kenapa ni. Berpeluh aku dibuatnya. Hai, daging. Janganlah kau malukan aku depan mamat ni.’Bisik hati kecil Maisarah.
“Sini saya buatkan.” Iman mengoffer diri membantu.Dia terus mengambil pinggan Maisarah dan memotong daging tersebut kepada potongan yang lebih kecil. Kelihatan tenang saja wajah itu.
 Maisarah terkedu. Erkk..Aduhhh. Malu beb. Rasa macam nak nyorok dalam kain alas meja ni je. Maisarah sudah tertuduk. Merah padam mukanya. Jantungnya semakin rancak bergendang. ‘Fuhh.. Dah macam dalam drama spektra dah aku ni. Bilalah nak habis waktu siaran ni. Apasal lambat semacam je.’Maisarah bermonolog sendiri.
“Nah. Sekarang senang sikit nak makan, kan.” Iman meletakkan kembali pinggan tersebut di hadapannya. Maisarah terkedu. Tak mampu berkata. Hanya ucapan terima kasih yang diucap antara kedengaran dengan tidak. Dia tidak sangka mendapat layanan sebegitu dari Iman. Dia tertunduk malu.
Pada waktu itu tidak banyak perkara yang dibualkan. Masing-masing melayan perasaan sendiri menikmati makanan yang terhidang. Maisarah pula berbisik sendiri. Kalau boleh dia tidak mahu berlama-lama di situ. Ingin sahaja dia pulang ke rumah waktu itu. Sekali-sekali dia melirik pandang pada Asma. Temannya itu begitu ceria dan mesra berbual dengan Hambali. Entah apa yang dibualkan, dia tidak tahu. Pasti banyak topik yang dibicarakan.
“Boleh saya tanya awak satu perkara?” Iman  bersuara setelah dia selesai menikmati makan malamnya. Hanya jus Peace yang masih berbaki. Maisarah juga pada waktu itu telah selesai makan. Matanya sedikit berair menahan rasa pijar masakan tersebut, tetapi masih dapat dikawal. Dia terus menyedut minumannya sehingga habis.
“Boleh. Nak tanya apa?”Maisarah memberi green light.
“Awak ni single lagi ke or dah berpunya?”tanya Iman sekadar ingin tahu.Maisarah terdiam seketika. Otaknya ligat berfikir apakah jawapan yang patut diberikan.
“Single kut…”Itulah jawapan yang terpacul keluar dari mulutnya. Kelihatannya Iman mula memancingnya.
“Single kut…Maksudnya?” Iman terus bertanya mencari kepastian dari persoalannya.
“Kenapa nak tahu.”Pantas saja Maisarah membuka mulut.
“Saja nak tau. Takut juga tiba-tiba boyfriend awak nampak, tak pasal-pasal dia serang saya.Tak pasal-pasal lebam biji mata ni.” Iman cuba berlawak. Maisarah hanya menguntum senyum segaris dua saat.
“Saya single lagi. Saya malas nak fikir pasal benda-benda ni. Lagipun siapalah yang nak kat saya ni,”ujar Maisarah merendah diri.Lancar benar mulutnya berbicara. Duganya Iman akan berhenti di situ, tetapi sangkaannya meleset.‘Aduh..Menyesal aku terlepas cakap.’
“Mana awak tau takde. Kan setiap manusia itu dijadikan berpasangan, dan setiap lelaki atau perempuan itu telah ditetapkan pasangan masing-masing oleh Allah. Cuma kita tidak tau siapa pasangan kita tu. Cepat atau lambat, itu bukan soalnya, dan dalam pada masa yang sama kita kenalah berusaha mencarinya.” Maisarah mengangguk bersetuju dengan kata-kata Iman. Dia tidak menafikannya.
“Apa pula status awak?”Kini tiba pula giliran Maisarah bertanya kepada Iman. Keberanian itu tiba-tiba muncul. Ingin juga dia tahu tentang lelaki itu. Korek-koreklah sikit.
“Awak percaya ke kalau saya kata, saya ni masih single.” Soal Iman.
“Percaya sangat. Single...Bujang..Tapi…Awek keliling pinggang, kan.” Ujar Maisarah direct. Selamba.Nampak gayanya sudah sedikit mesra dan berani. Dia dapat mengagak siapakah gerangan Iman. Mr. Macho a.k.a Pemain Cinta a.k.a Palyboy. Itu pun kalau betullah. Kalau tak betul..salahlah kan.
Iman tergelak menampakkan sebaris giginya yang putih tersusun rapi. ‘Aii..Dia ni. Terus je tembak aku. Boleh kenal ke aku ni playboy.’
“Sebab tengok gaya awak ni, saya rasa awak belum berstatus suami orang.Pada saya taste awak mesti tinggi kan. Mencari wanita cantik dan sedarjat dengan awak. Yelah. Bak kata orang tua-tua, pipit sama pipit, dan enggang sama enggang. Mana mungkin enggang nak terbang bersama pipit kan. Itu just pendapat saya ajelah.” Maisarah berbicara panjang lebar.Jika ia kena pada topiknya, banyak pula ideanya untuk bercakap. Bicaranya juga seperti orang tua-tua memberi nasihat kepada anak-anaknya.
“Kenapa awak cakap macam tu? Sekarang ni dah lain.Tak semua lelaki memilih perempuan cantik dan memandang darjat.” Iman seakan menyangkal pendapat Maisarah.
“Memanglah. Tapi susah jugak nak cakap. Depend kepada sesorang tu juga. Kekadang orang ni di hati lain, mulut cakap lain. Pastu bila dah dapat, habis madu sepah dibuang. Mulalah ungkit kembali perkara-perkara lalu, tak sedarjatlah, tak cantiklah. Itulah, inilah. Macam-macam. Kalau yang dah kahwin tu, at the end, bercerai. Pastu tak bagi nafkah. Anak-anak pulak jadi mangsa. Rupanya ada orang ketiga.” Kata-kata Maisarah sedikit beremosi. Rasa tidak puas hatinya dimuntah keluar. Kebanyakan itu yang terjadi sekarang.
“Kenapa awak tiba-tiba beremosi ni. Tapi, saya tak nafikan kata-kata awak tu. Kata-kata awak tu memang ada benarnya. Memang banyak kes macam tu sekarang ini. Tidak kira yang sedarjat atau tak. Tapi, tak semuanya macam tu, kan.”Iman memandang tepat wajah Maisarah.
“Ye, betul. Semuanya bergantung kepada hati, kejujuran dan kesetiaan.Tapi apa yang penting semua tu perlu ada pada kedua-dua pihak. Jika seorang sahaja, tak jadi apa. Kalau seorang setia, dan seorang curang apa pula kesudahannya. Kita tak boleh tunding jari sama ada perempuan atau lelaki yangbersalah. Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.”Maisarah menutup kata. Ilham hanya tersenyum dan mengangguk.Dia mengakui kata-kata Maisarah.
Dalam ketegangan emosi yang dicipta, tanpa mereka sedari Hambali dan Asma sudah menghampiri mereka.
“Ehemm…Ehemm..”Hambali berdehem. Ia seperti satu isyarat yang memutuskan aliran elektrik antara cas positif dengan cas negatif antara Iman dan Maisarah.Mereka mematikan bicara dan kembali berlagak tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka memandang wajah Hambali dan Asma yang sedia menanti mereka.
“Mesra je korang.” Hambali mengusik.
“Biasalah. Takkan korang je nak mesra-mesra. Kita orang ni pun ada chemistrygak tau. Well, lepas ni nak ke mana,” soal Iman berbasi-basi. Dia masih menyadar di kerusi. Gaya sempoi.
“Bro, aku plan nak ajak Asma gi tengok wayang. Jomlah joint sekali,”ujar Hambali.
“Hmm…Aku okey je. Sarah macam mana?” Pandangan mata Iman jatuh ke wajah Maisarah di hadapan. Maisarah blur seketika. Maisarah pula memandang Asma meminta pandangan. Kalau ikutkan rasa hati memang dia ingin balik waktu itu juga. Dia tidak biasa untuk keluar hingga lewat malam.
“Kalau awak nak balik, saya boleh hantarkan.” Pelawa Iman ikhlas. Sepertinya dia dapat menduga apa yang bermain di benak fikiran Maisarah. Maisarah meneguk liur sendiri. Mana mungkin dia pulang tanpa Asma.‘Aduhhh. Kalau Iman nak hantar, lagilah aku tak nak. Hmm..Terpaksalah aku ikut juga.’
“Okeylah. Aku pergi.” Maisarah akhirnya bersetuju.
Iman tersenyum. Namun senyumannya bukan hanya sekadar dibibir, tetapi juga di hati. Perasaannya berbunga riang. Dia masih punya waktu untuk mengenali Maisarah dan menyingkap rahsia disebalik pertemuan mereka itu. Dia tahu Maisarah berbeza daripada perempuan-perempuan lain yang pernah dia kenal. Ye. Itulah yang dia rasa.
Mereka menaiki kereta berasingan. Dengan rasa berat hati Maisarah terpaksa menaiki kereta Iman. Hanya mereka berdua.‘Aduhai, terpaksalah aku kena naik kereta mamat ni! Kenapalah dia orang ni tak nak berkongsi kereta. Kan senang.’
“Naiklah. Ke.. nak suruh saya bukakan pintu.” Gurau Iman sekadarnya apabila melihat Maisarah masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Hambali dan Asma telah masuk ke dalam perut kereta dan seketika kemudian kereta itu mula keluar dari tempat  parkir.
Penghawa dingin yang sememangnya sejuk bagaikan tidak terasa. Maisarah berpeluh. Mukanya terasa panas apabila terpaksa duduk berdua di dalam kereta bersama Iman. Jantungnya bergendang laju. Lebih laju sewaktu makan malam tadi.Iman kelihatan tenang. Dia memahami Maisarah saat itu. Dia tahu gadis itu kelihatannya kurang selesa dengan keadaan sedemikian. Iyalah, kan. Berdua aje. Kalau dia, hmm.. memang tak heran. Suka suki je hati tu.
“Are you okey, Sarah. Rilekslah. Saya janji saya akan pastikanawak selamat.” Janji Iman.
Maisarah mengangguk.
“Okey…Saya okey. Hmm..awak tak payahlah panggil saya Sarah. Panggil Mai je.”Maisarah mula menunjukkan sedikit kemesraan. Mungkin sudah mula agak selesa.
“Kenapa? Bukan ke tu nama awak?”
“Ye. Tapi janggal bila dengar orang panggil saya Sarah. Tadi kawan saya tu saja je.”
Iman hanya tersenyum. “So, nama awak Mai…Sarah.”  Teka Iman.
“Izzati NurMaisarah.”
“Oh, sedap rupanya nama awak. Indah. Hmm..tapi tak kisahkan kalau saya nak panggil awak dengan nama Sarah. Ia tetap nama awak, kan. Lagipun kita mesti mencintai nama kita sendiri. Kalau saya panggil awak Izzati pun takpe kan. Lagi bagus kalau kita panggil nama penuh. Panggilan nama itu seperti satu doa untuk kita. Sebab tu kita kena beri nama-nama yang baik untuk zuriat kita. Betul tak?” Iman memandang Maisarah di sisi. Gadis itu mengangguk mengiyakan kata-katanya.
“Tapi, ia terpulang pada awak. Kadang-kadang kita memang tak biasa sebab orang jarang panggil macam tu. Tapi, kalau dah selalu kita akan terbiasa. So, rasanya tak kisahkan kalau saya panggil awak Sarah. Nanti lama-lama awak akan biasa. Boleh macam tu?” Iman berbicara panjang lebar. Senyuman turut menghiasi bibirnya.
Maisarah mengangguk dan menguntum senyum nipis.
“Saya saja jelah nak beritahu. Nama penuh saya Muhammad Iman Ahlam. So, awak rasa awak nak  panggil saya apa. Muhammad ke, Iman ke, Ahlam ke..terpulang pada awak. Selagi itu nama saya, saya tak kisah. Kalau nak panggil Muhammad pun okey gak. Tapi jangan lama lama nanti jadi Mamat je. Takde maksud dah.”
Maisarah tersenyum  mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Iman. ‘Dia ni memang pandai berkata-kata rupanya. Tak heranlah kalau dia ni pandai mengayat perempuan.’Maisarah menilai Iman dari pandangan matanya. Dia hanya berbicara di hati sendiri.
“Ni first time ke Sarah keluar dating camni?” soal Iman tiba-tiba.
“Erkk..Dating? ” Maisarah ‘blur.’
“Hmm. Ni kira kita berdatinglah ni.” Jawab Iman seraya memandang wajah gadis di sebelahnya.
Maisarah tersenyum kelat. Jantungnya kembali berdegup kencang. Padahal tadi dia sudah mula tenang. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Memang itu tindakan refleksnya. Blur.
“A’ah kut.”Jawab Maisarah acuh-tak acuh.Pandangannya dilemparkan keluar tingkap. ‘Hish, apa keslah mamat ni cakap benda-benda ni. Aku dahlah tak gemar bab-bab ni. Tukarlah topik lain. Cerita kartun ke..Bolehlah aku cakap banyak.’
Kebetulan alunan lagu nyanyian  ‘Linkin Park- What I Have Done’ ke udara di corong radio.Maisarah melayan perasaan menyanyi kecil mengikut alunan lagu. Sememangnya itu adalah antara lagu favouritenya. Lagu tema ‘Transfomers 1’. Tapi, belum tengok lagi filemnya.
Iman tersenyum mendengar. Tak sangka Maisarah meminati lagu tersebut. Fikirnya gadis itu tidak meminati genre muzik sedemikian. Tengok gaya macam layan lagu nasyid je. Tapi rupanya, open minded juga.
“Awak suka lagu ni?”teguran Iman membuatkan hati Maisarah berderau. Lamunan perasaannya terhenti. Alunan muzik yang sedang berputar seakan-akan hilang dari pendengarannya. Maisarah tidak lagi menyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hatinya.
‘Aduhai..Aku baru je nak layan lagu ni. Potong stimlah mamat ni.’ Maisarah hanya berbicara di dalam hati. Dalam pada masa yang sama bibirnya menguntum senyuman tawar kepada Iman.
“Sorry..Sorry.Potong stim awak nak nyanyi.” Iman ikhlas memohon maaf. Sepertinya dia tahu apa yang dibisikkan di hati kecil Maisarah. Bicaranya ditemani senyuman indah.
“Takpe.” Jawab Maisarah pendek sekadar memaniskan bicara. Takkan nak marah pulak, kan. “Awak…Baik berhentikan kereta sekarang. Sebabnya awak dah potong stim saya nak nyanyi.” Haha..Aci ke macam tu. Hoho…Okeylah. Dah mengarut pula.
Suasana hening seketika. Mereka berdua seperti hilang kata-kata. Dalam kebisuan bicara mereka, Iman sengaja menaikkan kembali volume radionya. Pada waktu itu alunan lagu ‘Sebelum Cahaya’ nyanyian Letto pula mengisi ruang radio. Iman menyanyi-nyanyi kecil mengikut alunan lagu. Dia menghiburkan hatinya dengan melodi dan lirik lagu tersebut. 
“Saya nak tujukan lagu ni istimewa untuk awak?” kata Iman dalam senyumannya. Maisarah hanya membalas senyuman tawar. Sememangnya lagu itu menjadi mainan dibibirnya sebelum ini kerana pada waktu itu ia adalah lagu tema untuk ‘Sinetron Cahaya’ di slot rancangan SCTV, saluran Indonesia.
Ingatkah kau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang kan membelaimu cinta

Iman sengaja menyanyikan bait lagu itu untuknya.
            ‘Aii, mamat ni. Nyanyi pula dah. Hmm..Suara boleh tahan. Ni nak mengorat aku ke apa ni. Hihi..Perasanlah kau Maisarah.’
            Suasana hening seketika. Lagu seterusnya mengisi ruang waktu yang terus berputar.
“Awak ni pendiam ek?” ujar Iman tiba-tiba. Wajah Maisarah ditoleh sekilas.
Maisarah berdiam tanpa kata. Dia tiada jawapan. Apa yang perlu dijawab dia sendiri tidak tahu. Sebenarnya dia bukanlah pendiam sangat. Cuma dengan orang yang tak dikenali dia memang begitu. Jika dah kenal, lain pula ceritanya. Rasanya tadi dia banyak cakap juga. Lebih juga lima puluh patah perkataan.
“Okey, kita dah sampai. Tak sempat nak borak-borak panjang dengan awak. Tapi takpe,next time rasanya boleh kan?” Iman memandang Maisarah. Maisarah tidak memberi jawapan. Rasanya dia tahu, itulah ‘trick’ Iman sebenarnya. Dia sengaja mencari peluang untuk pertemuan yang seterusnya.
Malam itu filem ‘Transfomers 1’ menjadi pilihan. Bagi Maisarah, itulah antara cerita yang ingin ditontonnya. Baginya ini peluang keemasan lebih-lebih lagi menonton di panggung wayang. Dia kelihatan agak excited. Rezeki baginya kerana ada orang yang sudi membelanjanya. Siapa lagi kalau bukan Iman. ‘Terima kasihlah Iman ye. Akhirnya, dapat juga aku tengok cerita Transfomers. Best.’
*****
HARI  ini hari Ahad. Masing-masing tidak bekerja. Waktu ini masing-masing mengambil peluang untuk tidur, termasuk Maisarah. Deringan telefon mengganggu tidurnya. Maisarah terasa malas menjawab telefon yang semakin rancak menyanyi itu.
‘Siapalah yang telefon aku pagi-pagi ni. Kacau betullah,’gumam Maisarah di dalam hati. Dengan rasa malas, ditekan juga punat hijau menyambung panggilan.
“Hello. Assalamualaikum.” Maisarah menjawab panggilan dengan mindanya yang masih separuh sedar. Masih mamai, mengantuk. Dia menekan punat tanpa melihat nama di skrin.
“Waalaikumussalam.”Kedengaran jawapan samar-samar dihujung talian.
“Hmm…Dah bangun sembahyang ke ni?”tanya suara di hujung talian..
“Aku cutilah.”
“Ooo. Ye ke? “ Suara dihujung talian itu sepertinya memahami maksud ‘cuti’ itu.
“Ni ada apa kau telefon aku pagi-pagi ni?”
“Hmm..Saje je.” Si pemangil di hujung talian hanya mampu tersenyum. Dia tahu Maisarah masih tidak tahu siapa dia. Maisarah mungkin menyangka dia adalah kawannya berdasarkan bahasa percakapannya.
“Kalau saja-saja je tak payahlah telefon. Kacau jelah kau ni Bedah.” Maisarah hanya berbicara dalam minda yang masih mamai. Suaranya juga serak-serak kering. Almaklumlah tersedar dari tidur.
Si pemanggil di hujung talian hanya mampu menahan tawa. Dia disangka Bedah. Aduhai…nama kampung pulak tu.
“Ehemm..”Si pemanggil di hujung talian itu berdehem berpura-pura membetulkan suaranya. “Sarah, ni Imanlah.” Dia akhirnya memperkenalkan dirinya.
“Iman? Iman mana pulak ni? Bukan Bedah ke?” soal Maisarah.
Iman menahan tawa. Adakah suaranya yang ala-ala macho itu seperti Bedah.
“Bukanlah. Bukan Bedah. Ni Iman. Ingat tak?”
“Iman? Iman mana? Iman Mutiara ke?”Maisarah masih berlawak dalam minda separuh sedarnya. Dia tidak teringat apa-apa.
Kedengaran suara tawa di hujung talian.Maisarah terkejut. Mindanya mula beransur-ansur normal.
“Sarah, ni Imanlah.” Suara di hujung talian itu mengulang bicaranya.
“Im..man…”. Maisarah terkejut. Tangannya segera menekan punat cancel. Taliannya dimatikan. Telefonnya dicampakkan ke sisi. Ngee….Iman rupanya.
Telefonnya kini berbunyi kembali. Maisarah ragu-ragu untuk menjawabnya. Telefonnya dicapai. Dia melihat nama di skrin. Tiada nama. Hanya nombor telefon yang tertera. Maisarah hanya membiarkan telefon itu terus bernyanyi.
“Mai, siapa yang telefon tu? Jawablah.” Suara Asma yang serak-serak pula kedengaran. Tidurnya terganggu dengan bunyi telefon Maisarah yang masih tidak terjawab.
Maisarah serba salah. Deringan telefonnya mengganggu Asma. Namun, dia masih terfikir-fikir perlukah dia menjawab panggilan itu. Dengan perasaan yang berdebar, Maisarah mula bersedia menjawab panggilan yang masih tidak bersambut itu. Namun belum pun sempat jarinya menekan punat, deringan itu telah terhenti. Dia menguru-urut dada, lega.
Dia kembali berbaring. Badannya diiringkan ke kanan. Telefon Sony Erricson J100i masih erat digenggamannya. Dia menekan beberapa punat. Nombor yang tertera di ruang ‘Missedcalls’di perhatikan.Nombor line Celcom.Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Maisarah segera membuka peti mesejnya. Dibacanya isi kandungan  mesej itu.
+Salam, Sarah. Ni Iman. Sorry sebab ganggu time ni. Nombor ni Iman suruh Ham minta pada Asma. Tapi  janganlah marah Asma ye.
Maisarah membaca mesej itu dengan debaran di dada. Maisarah memandang Asma yang masih lena dipembaringan. ‘Isy, As ni. Ada ke patut dia kasi nombor aku kat si Iman tu. Tak beritahu aku pulak tu. Ni kena minah ni.’Maisarah membuat gaya penumbuknya. Ia diacah kepada Asma yang masih lena di ulit mimpi.
Mesej itu tidak dibalas sebaliknya terus dipadam. Mesej yang tidak penting, tidak perlu berada lama di dalam peti masuknya. Dia bangun dan mengecas telefon bimbitnya yang tatkala itu sudah bertanda merah.
Dia kemudian berbaring menelentang menghadap syiling biliknya. Fikirannya merawang. Dia tertawa sendiri. Apadaa..Bedah. Aku mati-mati ingat si Bedah telefon aku. Haishhh..Sekali Iman daa..Malunya aku.
Maisarah terus memandang segenap ruang bilik tidurnya. Matanya menangkap sesuatu pada sudut hujung syiling biliknya itu.Terdapat sarang labah-labah di situ. Matanya memerhatikan sang labah-labah bekerja keras membuat sarangnya. Dia tersenyum sendiri.
“Selamat pagi sahabat.” Ucapnya kepada labah-labah itu. Dia gemar menggunakan istilah ‘sahabat’ itu kepada makhluk Allah yang sememangnya mempunyai fitrah yang berbeza dengan dirinya itu.
Maisarah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tidurnya. Dia bangun dan menggeliat menegangkan otot-ototnya yang keletihan. Sedikit lega. Dia mencapai tuala dan berjalan menuju ke bilik air. Badannya terasa segar setelah mandi.
Selepas mandi dia menyediakan sarapan. Cukuplah hanya sekadar cekodok pisang dah air teh.Asma adalah pengggemar setia cekodoknya. Hari minggu begini agakboring baginya kerana hanya dia dan Asma sahaja ada di rumah. Kemudian dia merajinkan tangan mengemas rumah.
“Hmm..kalau dah clear camni barulahbest nak layan TV.”Matanya leka menonton televisyen, sambil mulutnya leka mengunyah cekodok.  Air teh yang dibancuhnya diteguk perlahan. Di menjeling ke bilik. Nampaknya Asma masih lena dibuai mimpi. Mungkin bermimpi putera kayangan bernama Hambali.
Sesekali dia tertawa melihat aksi lucu ‘Tom and Jerry’ sebagai hiburan di pagi hari.Tawanya terhenti tatkala telefonnya tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dadanya berdebar. Dia seperti dapat merasakan siapakah penghantar mesej tersebut. Nampaknya memang betul tekaannya.
+Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,52 minggu kebahagiaan,365 hari keberkatan,8760 jam penuh kasih sayang, dan 525600 saat penuh senyuman.Saya tahu awak mesti tersenyum di saat membaca mesej ni kan – M.I.A
Maisarah tersenyum membaca mesej tersebut. 
Pantas jejari Maisarah menekan punat membalas mesej Iman
-Salam. Thanks. M.I.A tu stand for Muhammad Iman Ahlam, kan? Sorry hal pagi tadi tu..
Tidak lama selepas itu mesejnya berbalas
+Wah..bijak..bijak. Hal pagi tadi tu okey. No problem. Mungkin suara saya ni macam Bedah kut.
Maisarah terseyum lagi. Terasa malu benar dia pada Iman kerana menyangkakan Iman adalah Bedah.  Mesej Iman terus di balas.
-Saya tengah mamai kut. Jadi sound trouble.
Maisarah membalas memberi penjelasan.
+Oo. I see. Tak ganggu Sarah ke time ni. Iman tengah boring ni. Tak tau nak wat pe. Tetiba rasa nak mesej Sarah. Iman tengah melayan lagu kegemaran Sarah ni. Bila  kita boleh jumpa lagi.
-Tak berapa mengganggu.Kalau boring tu, saya cadangkan baik awak tolong mak awak siram pokok bunga ke, menyapu ke ada jugak  faedahnya.Bab-bab nak jumpa tu saya tak boleh nak cakap. Hari tu pun terpaksa je.
+Takpe. Tak nak jumpa pun takpe. Kita contact by phone je. Okey. Jangan lupa 8pax kan nombor Iman ye. Kita kan pengguna Celcom. Okeylah. Taknak kacau Sarah. Iman nak pergi tolong Ummi siram pokok bunga. See you next time.
Maisarah tersenyum sendiri membaca mesej yang dibalas oleh Iman. Senyumannya sampai ke telinga. Tanpa di sedari, dirinya di perhatikan Asma yang baru keluar dari bilik.
“Ehemm.. happy nampak. Senyum tu aku tengok dah sampai ke telinga dah.” Teguran Asma membuatkan senyuman Maisarah bertukar kelat. Dia membuat muka. Asma tertawa melihat Maisarah.
“Siapa yang mesej kau? Setahu aku, kau ni jarang bermesej. Jangan-jangan….”Asma tidak meneruskan bicaranya. Dia seperti dapat mengagak siapakan mahluk Tuhan yang bertuah itu.
“Aku tahu..mesti Abang Iman kan.”Asma mengusik.
“Apa? Abang? Eii..Geli aku nak panggil dia abang tau. Rasa nak terbelit lidah ni. Lagipun, apa kena mengenanya. Takde kaitan dengan hidup aku pun.”
“Hoho..Yelah, kau. Kalau kau dah kahwin dengan dia takkanlah kau nak berkau aku dengan dia. Mestilah guna bahasa indah-indah,kan. Sayang ke, hubby ke, darling ke…barulah rasa syok.” Asma melebih-lebih dalam bicaranya. Suaranya manja.
“Kau ni dah jauh sangat dah. Orang baru je nak naik kapal Soyuz, kau dah sampai ISS dah. Aku baru je kenal  dengan dia, bukan dah kahwin tau. Kau tu melebih-lebihlah pulak. Kau dengan si Ham tu apa cerita. Jangan nak ‘tembak’ kat aku sorang je tau.”
“Alah…kau ni Mai.Aku gurau jelah. Janganlah ambil hati. Aku suka tengok kau happy. Kau pun single lagi. Apa salahnya kau cuba.”
“Kau tulah. Memandai je kasi nombor aku kat dia.”
“Dah dia minta, aku kasilah. Alah, Mai. Janganlah marah.Aku tengok kau pun senyum-senyum je mesej dia. Kira okeylah tu. Untung aku kasi nombor kau kat dia. Bolehlah aku tengok kau senyum sorang-sorang sambil bermesej. Selalu kau ngata aku je. Ada ke main mesej pun senyum sorang-sorang. Haa..Sekarang kau baru tahu.”
Telinga Maisarah terasa panas  mendengar bebelan Asma.“Dahlah tu, mak cik. Baik mak cik pergi mandi. Ni dah masuk tengahari ni. Anakanda pun nak pergi masak ni. Perut ni dah lapar.”
“Okeylah, nenek kebayan. Cucuanda tumpang lalu nak pergi bilik air. Mahu bersiram.”Akhirnya, mereka sama-sama ketawa.
*****
 “CIK MAISARAH. Ada orang nak belanja kita makan malam ni.” Asma yang terbaring si sofa senang berbicara.
“Siapa?” Maisarah memandang temannya itu. Tangannya masih setia dengan novel yang belum berjaya dikhatamkan semalam.
“Mr. Nice Guy. Jomlah.”
“Tak naklah.”
“Alah, jomlah Mai. Takkan aku nak pergi sorang-sorang. Aku dah janji dah.”
“Siapa suruh kau janji. Kau pergi ajelah sorang. Aku malaslah nak keluar. Kau ni ada ada jelah. Mr. Nice Guylah pulak.”
“Alah, jomlah. Kau tak kesian ke kat aku. Kau sendiri ada pesan kat aku. Jangan keluar sorang-sorang. Bahaya. Sebab tulah aku ajak kau.”
“Kau ni ngada-ngadalah As. Yelah..Yelah… Ni Mr. Nice Guy mana pulak yang pemurah nak belanja ni.”
“Adalah. Nanti aku kenalkan kat kau.”
Maisarah dan Asma sudah berada di parkir menanti gerangan Mr. Nice Guy.
“Assalamualaikum…” Satu suara menyapa mereka dari belakang.
‘Aik, macam kenal je suara ni.’ Maisarah berbicara dengan hati sendiri.
Mereka berdua memandang. Maisarah hanya mampu terdiam. Dia sudah mengagak gerangan lelaki itu. ‘Hmm..Dah agak dah. Patutlah dada aku berdebar je tadi.’
Maisarah menjeling Asma. Temannya itu berbuat tidak tahu. Dia tahu Asma berkomplot dengan Iman. Maisarah hanya mengikut terpaksa.
Rupanya Hambali juga ada bersama. Terpaksalah ada double date malam ni. Memang betullah si As ni. Ngeee..Aku cekik baru tahu.
“Sorry, Mai. Ni mamat nilah punya plan. Aku ni hanya menjalankan tugas je. Jangan marah aku ea. Kalau kau nak marah, marah cik abang kau tu.” Perkataan ‘cik abang’ itu di bisik perlahan ke telinga Maisarah. Sempat juga dia mengenyit mata.
“Kau ni memanglah, As. Eii..Geramnya aku.”
“Geram ke suka? Kau sukakan sebenarnya.” Usik Asma seraya meleret senyum. “Rilekslah, Mai. Okey, enjoy your life.”
*****
“SARAH…Hmm..Kalau Iman nak berkongsi sesuatu dengan Sarah, boleh tak?” Suara Iman memecah suasasa antara mereka berdua.
“Hmm..Tentang apa.” Maisarah seakan berminat dengan apa yang ingin dibicarakan oleh Iman.
“Tentang diri Iman.” Jawab Iman pendek. Alunan muzik yang berputar di turunkan sedikit volumenya agar suaranya dapat di dengar dan bicaranya lebih selesa.
“Tentang awak?”soal Maisarah inginkan kepastian. Iman mengangguk kecil.
“Untuk apa?”
“Saja nak cerita. Sekadar ingin berkongsi. Iman ni memang suka bercerita. Lagipun kalau senyap je tak best, kan,”balas Iman kembali.
“Suka hati awaklah. Saya tak kisah. Saya dengar je,”jawab Maisarah memberi persetujuan.
Iman meleret senyum.
‘Tahulah senyuman menawan. Asyik nak senyum je. Tadi kata nak bercerita. Apa daa mamat ni.’
“Takpe, kan?”
“Takpe. Cerita jelah”
Iman menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya.“Sebelum tu, Iman nak tanya Sarah. Pada first impression Sarah, Iman ni macam mana. Jujur je pada Iman. Negatif ke positif ke, Iman tak tak kisah.”Ujar Iman lembut.
“Laa. Tadi kata nak cerita, ni nak suruh menjawab pulak.”
“Ni intronya…”
“Okey..Okey…Hmm... ” Maisarah berfikir. “Awak ni suka senyum. Rasanya bicara awak pun mesra. Mulut manis. Seperti yang saya kaya sebelum ni, awak ni kan‘pemain cinta’. Okeylah. Itu je kut.” Maisarah berterus terang. Sebenarnya tiada idea untuk menjawab.
“Hmm..Oh, ye ke. Pemain cinta..maksud awak?”
“Playboy.” Maisarah berterus terang. Dia kemudian tersenyum.
“Hmm..Memang jawapan Sarah berbeza dengan jawapan yang pernah Iman dengar sebelum ni. Jawapan yang Iman biasa dengar dia orang akan lihat apa yang ada pada diri Iman. Misalnya, ada yang kata mata Iman ni besar. Ada ke patut. Kalau nak bodek pun agak-agaklah, kan.” Ilham tertawa. Begitu juga Maisarah. Terasa Iman juga pandai bergurau. Mata lelaki itu sebenarnya bukanlah besar bak mata Uji Rashid, tapi matanya stim menggoda.
“Comel je bila tengok Sarah ketawa.” Teguran Ilham membuatkan Maisarah mematikan tawanya. Terasa dadanya berdebar kencang.
“Okey. Imancontinue pada apa yang Iman nak kongsikan dengan Sarah.” Iman menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara seterusnya.
“Sebelum ni Sarah pernah kata, Iman ni ramai perempuan kan. Iman mengaku, Iman memang ramai kawan perempuan. Iman juga mengaku, Iman ni seorang playboy bak kata Sarah, Pemain Cinta.Hmm..Betullah tu.Kadang-kadang memang rasa seronok kut hidup macam tu, tetapi sebenarnya lama-lama Iman rasa hidup Iman kosong. Bosan. Tak ada apa-apa. Iman memang rasa diri ni jahat. Tapi, entahlah…” Iman mematikan bicaranya. Terdengar keluhan perlahan nafasnya. Maisarah hanya memasang telinga.
“Iman tak tahulah, Sarah. Iman memang nak berubah. Nak tinggalkan semua tu. Kalau boleh Iman nak jumpa seseorang yang benar-benar boleh buat Iman berubah. Tinggalkan tu semua. Tapi Iman tak jumpa lagi perempuan yang macam tu. Masalahnya dia orang datang terhegeh-hegeh menagih cinta palsu dari Iman. So…”
“Awak tak payahlah layan. Makin awak layan, memanglah makin menjadi.” Lancar sahaja mulut Maisarah memotong bicara. Kata-kata itu benar-benar menusuk ke jantung Iman. Iman menelan liur yang terasa kelat. Ia seperti satu sindiran untuknya.
“Okey. Itu Iman akui. Tapi masalahnya dia orang yang datang.”
“Tepuk dada tanya iman. Kalau awak rasa awak taknak, awak boleh elakkannya. Kalau suatu benda tu awak rasa awak nak, awak kena usaha dapatkannya. Kalau awak rasa awak nak berubah, awak cari jalannya. Kalau nak berubah, kita tak perlu tunggu orang. Kita sendiri yang decide.” Maisarah memutus kata.
Iman mengangguk.Dia mengakui kata-kata Maisarah.‘Hmm..Boleh tahan juga si Sarah ni. Terus je ‘tembak’ aku. Awal-awal jumpa hari tu pun dia ‘tembak’ aku juga.
“Sarah rasa Iman ni jahat ke?” soal Iman tiba-tiba. Wajah Maisarah di pandang  tepat.
Maisarah menjongket bahu. “Saya takde hak nak kata awak baik atau jahat. Saya pun baru je kenal awak. Tapi, saya memang tak suka lelaki yang memainkan perasaan perempuan. Saya bukan nak cakap awak atau lelaki-lelaki lain, sebab perempuan pun ada yang macam tu. Suka memainkan perasaan lelaki. Kadang ada sebab yang membuatkan mereka jadi macam tu. Mungkin pernah dikecewakan atau…tak tahulah kalau ia memang sikap semulajadi.Ada rupa dan berharta..Semuanya yakin dia boleh dapat. Yang takde rupa dan harta pun ada juga yang macam tu. Tapi semuanya bergantung pada diri inividu itu sendiri.”
Iman senyap seketika sebelu kembali menyambung bicaranya.
“Hmm..Betul kata Sarah tu. Memang dulu Iman pernah dikecewakan. Seperti ia menjadi sebab. Iman rasa macam dendam Iman ni tak lepas. Kalau nak diingatkan memang sakit.” Iman menghela nafas mencari kelegaan. Sepertinya suatu yang mencengkam dirinya dibawa keluar. Dia memang tidak pernah berbicara tentang dendamnya itu kepada orang lain. Tetapi dia sendiri tidak tahu mengapa begitu mudah dia bercerita dengan Maisarah.
“Kenapa perlu berdendam. Dah dia bukan jodoh awak. Awak kena terima. Masalahnya awak jadikan perempuan lain mangsa. Awak tak rasa ke yang awak juga sebenarnya membawa dendam tu kepada orang lain.”
 Iman terdiam lagi.
“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud apa-apa. Maaf juga sebab kadang-kadang kata-kata saya ni beremosi. Saya hanya beritahu pendapat saya je. Memang saya akui, kalau ia melibatkan hati, ia memang tak mudah untuk diubati. Sebab hati yang merasa. Saya pun tak boleh salahkan awak. Tapi kalau boleh, buangkanlah dendam tu. Jangan sebab orang lain, orang lain pula jadi mangsa. Itu tak adil namanya.” Maisarah sendiri tidak mengerti mengapa saat ini dia berani untuk bercakap. Memberi pendapat untuk setiap bicara Iman. Dia bukan ingin berdebat, tetapi itulah kata hatinya yang ingin dikongsi. Berkongsi untuk satu solusi.
“Maaf. Saya rasa, saya pula yang banyak cakap. Padahal tadi awak yang nak berceritakan?”
“Tak..Takpe..Takpe. Itu yang Iman nak.” Iman menguntum senyum tawar. “Kalau Sarah nak tahu, dulu Iman hampir bunuh diri kerana cinta. Iman terlalu kecewa masa tu. Sejak tu Iman mula berubah. Tapi bukan berubah menjadi lebih baik. Semuanya Iman cuba buat untuk lupakan perempuan tu. Iman kenal dengan ramai perempaun. Tapi Iman jujur dengan Sarah. Iman tak buat perkara-perkara tak senonoh tu. Iman cuma enjoy untuk hilangkan tekanan. Bila Iman dah kenal perempuan, memang mudah Iman kata cinta, tapi hanya cinta palsu yang tiada makna. Iman hanya bermain dengan kata-kata. Memainkan perasaan mereka, biar mereka rasa apa yang pernah Iman rasa dahulu. Kadang mereka yang datang cari Iman. So, Iman layankan aje. Iman tak tahulah sejak akhir-akhir ni, perasaan Iman rasa macam tak tenang. Iman rasa bosan dengan semua tu.”
“Kalau Iman tanya sekarang ni, Sarah rasa Sarah sudi tak jadi kawan Iman bila Sarah dah tahu Iman macam ni?” Iman meminta jawapan.
Maisarah terdiam.
“Sarah mesti tak nak kawan dengan Iman, kan.”Ujar Iman lagi.
Maisarah menarik nafas dalam. “Hmm..Sebenarnya saya tak kisah. Lagipun saya tak berhak nak hukum awak. Sebagai manusia kita ni memang tak lari dari membuat kesilapan. Semua manusia tu tak sempurna. Setiap manusia ada melakukan kesalahan termasuk diri saya sendiri. Kalau kita rasa kita bersalah, kita mohon maaf. Kita mohon ampun dengan Allah. Pintu taubat itu selalu terbuka untuk orang yang mahu bertaubat. Allah itu Maha Pengampun.Apa yang dah berlaku biarlah berlalu. Selagi ada waktu untuk kita berubah, kita perlu ambil peluang itu.” Maisarah merungkai bicaranya.
“Terima kasih Sarah, sebab sudi berkongsi dengan Iman. Iman pun tak faham. Iman ni memanglah suka berceloteh cerita itu, ini, tapi sebenarnya Iman ni bukanlah seorang yang suka berkongsi masalah. Iman pun tak tahu kenapa sekarang ni Iman cerita hal ni dengan Sarah. Padahal kita baru je kenal,kan. Iman harap Sarah tak salah faham dengan Iman.” Bicara itu kendur. Maisarah  mengangguk perlahan. Sempat dia memandang lelaki itu sekilas. Lelaki itu kelihatan berbeza dengan Iman yang dikenali sebelum ini. Sebelum ini wajah itu kelihatan ceria sahaja, tetapi kini agak suram. Sepertinya, ada penyesalan dalam diri itu.
“Saya tak kisah. Saya sudi mendengar luahan perasaan awak tu. Tak kisahlah siapa pun awak. Nak cerita pasal apa pun. Sebab pada saya tak semua orang mampu bercerita perihal diri sendiri kepada orang lain. Sekurang-kurangnya apabila ada orang yang sudi mendegar, orang tu akan rasa lebih lega. Kalau awak rasa selesa nak cerita dengan saya, saya tak kisah,” jelas Maisarah lagi.
Iman mengangguk. Dia tidak sangka Maisarah sebenarnya seorang yang prihatin, dan kalau kena caranya gadis itu mudah diajak berbincang. Dia perasan bahawa Maisarah tidak seperti gadis-gadis lain yang terhegeh-hegeh menagih cinta palsu darinya walaupun di awal perkenalan. Sememangnya ini bukanlah tricknya untuk menarik perhatian Maisarah, namun di saat ini dia ingin mencari teman yang dapat berkongsi suka duka dengannya. Entah mengapa hatinya sekan terusik dengan setiap baris kata Maisarah.
“Iman anggap pertemuan kita adalah takdir. Mungkin Sarah adalah insan yang di takdirkan untuk membantu Iman dalam percaturan hidup Iman.  Iman harap Sarah dapat bantu Iman.”
Bicara Iman membuatkan hati Maisarah terkesan. Terharu. Timbul rasa simpatinya pada insan yang berada bersamanya kini. Kalau benar dia ingin berubah…Alhamdulillah.
“Kalau Iman nak kenal Sarah dengan lebih dekat…boleh ke?” bicara Iman lambat-lambat.
“Hmm..Boleh kut.” Maisarah seakan tidak yakin dengan jawapan sendiri. Namun, dia juga tidak dapat menipu dirinya sendiri. Hakikatnya, hatinya juga membisikkan perkara yang sama. Dia juga ingin mengenali lelaki itu seadanya. Sepertinya ada aura yang mengikatnya dengan lelaki itu. Tatkala ini dia merasakan pintu hatinya seakan terbuka untuk mengenali hati budi seorang insan berketurunan Nabi Adam itu. Dia tidak tahu mengapa perasaannya aneh apabila bersama Iman dalam ruang masa yang sesingkat ini. Tetapi dia memujuk dirinya sendiri supaya tidak terlalu mempercayai, kerana bak kata pepatah Melayu, air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Lebih-lebih lagi dia tahu hakikat  Iman yang sebenarnya. Mungkin Iman hanya berlakon di depannya, dia juga tidak tahu.
Sejak hari itu, Maisarah mula berkawan dengan Iman. Namun, mereka jarang bertemu atas kehendak Maisarah. Dia lebih suka menjalin komunikasi melalui telefon. Cuma sekali sekala sahaja mereka keluar bersama.
*****
“Ehem..Ehem…Kenapa termenung je cik kak? Ingat kat abang ea? Kan baru jumpa tadi,” soal Asma membuatkan lamunan Maisarah terbang di bawa angin.
“Eh, takdelah. Buat apa ingat kat dia. Ingat kat family aku lagi best. Aku bukan ada apa-apa dengan dia.”
“Iyelah tu. Kau tak perlu tipu akulah Mai…Opss sorry. Sarah..” Asma mengusik. Dia tahu Iman memanggil Maisarah dengan panggilan Sarah. “Kau betul-betul fall in love kat Iman ye. First love. Sweetnya. Suka sangat aku tengok. Kau dua orang tu secocok je. Kau pun boleh terima kisah lalu dia. Dia pun rasanya dah berubah. Itu yang aku dengar dari Hamlah. Okeylah tu.” Asma menyambung lagi.
Maisarah hanya ketawa. Dia kemudian meloloskan diri ke dalam bilik dan merebahkan diri di atas katil. Dia berbicara dengan hati sendiri.
‘Kenapa hati aku rasa tidak keruan apabila bertemua dia. Begitu juga apabila mendengar suara dia. Berdebar sahaja. Aneh. Jatuh cintakah aku dengan dia? Arghh..Padahal aku pernah berbicara dahulu. Aku tiada masa untuk ini semua kerana aku masih belajar. Tapi…Kenapa perasaan halus ini hadir juga ke lubuk hati ku. Fitrahkah ini? Adakah aku harus akuinya…




No comments:

Post a Comment