Tuesday 28 October 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 21


ERKK..Alamak! Alamak! Alamak!”
            “Dah kenapa? Alamak..Alamak..Macam gaya mak nenek aje.”Tajam sahaja bicara Irfan Faris menusuk ke pendengaran Irsya Natasya.
            “Tak ada…Tak ada apa-apalah.” Irsya Natasya sudah menggeleng kepala. Dia berjalan sedikit membelakang Irfan Faris. Dia tertunduk-tunduk wajah seolah-olah mengelak diri dari bertemu seseorang.
            “Dah kenapa awak ni?”
            “Tak ada apa-apalah. Awak jalan ajelah”
            Irfan Faris tiba-tiba menghentikan langkah.
            Bukkk… Irsya Natasya sudah melanggar batang tubuh Irfan Faris.
            “Adoii..Sakit hidung aku!”
            Irfan Faris sudah tergelak.
            “Awak sengaja dengki ea?”Irsya Natasya sudah memegang hidungnya yang sakit. Diurut-urut lembut agar sedikit lega.
“Dah tu, awak degil. Siapa suruh. Nak juga jalan kat belakang. Jangan-jangan awak nak lari ea?”
“Mana ada!”
“Habis tu..”
“Lantak sayalah.”
“Entah-entah awak ni mengelak dari seseorang tak? Sebab tu nyorok belakang saya?” Irfan Faris hanya menduga.
Irsya Natasya berbuat tidak tahu.
Alala..Yalah tu. Pakwe ea?”
“Mana ada. Saya singlelah.”
Hmm..Baguslah. Jangan cakap ada pakwe pulak. Awak tu kena nikah dengan saya.”
“Tahulah. Berapa kali nak cakap entah. Padahal awak tu tak suka saya pun. Sibuk juga nak kita nikah. Entah apa-apa. Cubalah cari planning  yang boleh elakkan benda ni terjadi.”
“Ni yang tak suka ni. Kita dah bincang, kan? Karang saya membebel, awak cakap saya ni macam mak awak. Tadi kan dah janji benda ni takkan bangkit lagi.” Irfan Faris sedikit marah. Tegang juga riak wajahnya.
“Alaaa..”
“Apa alaa..alaa..”

Ala payung..lah payung..Ketipang payung..
Payung sutera nak raja muda..
Ala tolong..lah tolong..Cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda..

Kebetulan lagu ‘Ketipang Payung’ itu sedang ke udara di salah sebuah kedai di situ.
“Ha..Awak dengar lagu tu? Dia kata jangan marah pada adinda.So, awak tak boleh marah pada saya, bakal adinda awak ni.”
Irfan Faris buat muka bengang lagi. Berangin juga rasa hatinya. Memang kaulah Sya. Sajalah tu kenakan aku. Tunggulah kita nikah nanti. Aku piat-piat telinga kau. Tangan aku dah gatal dah ni. Nasiblah sekarang ni tak boleh bersentuhan, walaupun tadi dah terpegang tanpa sengaja. Kalau tak....aku dah gonyoh-gonyoh mulut kau tu dengan berus periuk.
Irsya Natasya kelihatan masih memicit hidungnya.
“Sakit lagi ke hidungnya?” soal Irfan Faris agak mengambil berat. Takut juga kalau bakal isterinya itu patah hidung. Dah tak comel masa bersanding nanti.
 “Sakitlah. Dah tu badan awak keras sangat.”
“Habis tu, takkan nak jadi lembut macam sotong. Ni mantap apa? Okeylah ni. Empuk.”
“Huh! Poyo! Empuk awak kata. Macam batu tau tak. Kemek tau hidung saya.”
“Hidung awak tu bukan mancung pun. Dah memang kemek.”
“Haa..Jangan kutuk. Ciptaan Allah ni.”
“Yalah.Tahu. Dah sini, jalan sebelah. Tak payahlah jalan nyorok belakang saya. Awak ni elak diri daripada siapa sebenarnya? Ah Long?”
“Taklah. Saya ni mana ada hutang Ah Longlah. Hutang PTPTN adalah. Sebenarnya tadi saya ternampak Mamat Audi.” Irsya Natasya memberitahu. Saja berkongsi cerita.
“Mamat Audi? Siapa Mamat Audi?”
“Entah. Saya pun tak kenal?”
Irfan Faris sudah membesarkan mata sambil menjeling Irsya Natasya di sisi. Ngek ke apa minah sorang ni. Siapa yang dia maksudkan dengan Mamat Audi tu? Kenal Mamat Audi..tapi tak kenal dia siapa. Apa ni?? Tak faham aku.
Cer..cerita sikit.”
“Apa kes nak cerita kat awak. Tak ada kena mengena dengan awaklah. Dahlah. Saya nak balik ni.”
“Alah. Orang nak ajak kongsi cerita pun tak nak.”
“Ala..Tak payahlah marah. Saya saja je.”
“Saya tak marah. Cuma cakap aje.” Irfan Faris masih berbaik hati untuk melayan kata Irsya Natasya. Namun, dia kembali dengan gaya lagaknya. Tangannya kembali menyeluk ke kocek seluar.
“Kalau tak marah, awak kena senyum.”
Irfan Faris hanya menjeling Irsya Natasya.
 “Stres ea layan saya?”
“Tahu pun awak.”
“Tapi tengok awak layan aje.” Irsya Natasya tergelak-gelak sendiri.
“Kenapa gelak?”
“Awak nak tahu kenapa saya gelak? Saya ni stres sebenarnya. Sebab tulah gelak-gelak sendiri walaupun awak tak nak join. Gelak untuk hilangkan stres.”
Irfan Faris hanya berdiam diri. Layankan ajelah bakal cucu menantu Nek Kalsum yang sorang ni yek. Di dalam hatinya dia juga tergelak. Nak tahu sebab apa gelak? Stres!Itulah jawapannya. Sekurang-kurangnya bila gelak, dapatlah hilangkan stres sendiri.Haha..Sama aje macam jawapan Irsya Natasya. Mengong!
Tiba-tiba..
“Assalamualaikum, ya tuan hamba.” Suara seseorang sudah hadir ke pendengaran mereka berdua. Mereka berdua menoleh ke belakang, hampir serentak.
“Alamak! Alama! Alamak!” Irsya Natasya segera menundukkan wajah dan sedikit menyorokkan diri ke belakang Irfan Faris.
Irfan Faris sempat menjeling. Cuba berfikir sesuatu dari tingkah ‘pelik’ Irsya Natasya.
Empunya diri sudah datang menghampiri .
“Zack..Kau buat apa dekat sini. Cari awek ke?”Ujar Irfan Faris sambil berjabat salam dengan Zack Nadzri, temannya itu.
“Jalan-jalan aje.Release tension. Tak sangka pulakterjumpa kau dekat sini.Tak cakap pun nak keluar. Dating ke?Hai, Sya. Tak payahlah malu-malu. Saya kawan Irfanlah.” Tegur Zack Nadzri ramah apabila melihat gadis di sebelah temannya itu tertunduk-tunduk malu. Ala-ala nak nyorokkan muka.
Errkk..Dia tahu nama aku ke?” Bisik Irsya Natasya di hati. Dia kemudian  mendongak wajah dan terkulat-kulat cuba mengukir senyum. “Err..Ya, saya.”  Ujarnya perlahan.
Cehh…Kononya gaya macam Perempuan Melayu Terakhirlah tu.
“Aii, kenal pulak kau dengan dia?”
“Kau ni dah lupa ke? Kau kan dah tunjukkan gambar Sya pada aku.So, aku boleh camlah muka dia. Lagipun siapalah yang nak keluar dengan kau selain bakal isteri kau ni? Betul tak? Lagipun kau kat Malaysia ni mana ada awek.”
“Tajam ayat kau, Zack.”
“Rilekslah, bro. Macam tak biasa pulak.” Zack Nadzri hanya tergelak. “Lagi pun sebelum ni aku dah pernah terjumpa si Sya ni. Dia minta tolong aku ambilkan gambar, posing kat kereta aku tu. Kan Sya?”
Irfan Faris tersenyum. “Oo..Agaknya itulah sebab si Irsya Natasya ni mengelak sangatjumpa Zack. Kes benganglah ni.” Bisik Irfan Faris di hati.
“Masa tu, tak tahu lagi yang dia ni tunang kesayangan kau.” Sambung Zack Nadzri lagi.
Irfan Faris sudah terbatuk-batuk. Ala-ala gatal tekak. ‘Tunang Kesayangan.’ Hmm..Kau memang Zack. Ada aje modal nak kenakan aku.
“Aduhaii, mamat ni. Ayat dia tak boleh blah. Dahlah memalukan aku dekat depan bakal suami aku yang aku tak berapa nak suka ni.Pulak tu cakap aku ni tunang kesayangan bakal suami aku ni.Sah-sahlah aku tahu dia ni tak suka aku. Takkan nak jadi tunang kesayang kut. Haishh..” Kata itu hanya terbisik di hati.
“Okeylah, Zack. Nak borak datanglah rumah. Aku nak kena hantar dia balik ni. Dah lewat.” Irfan Faris memendekkan borak. Kalau tidak, banyaklah modal temannya itu untuk terus  mengenakannya.
“Yalah. Take care, bro. Sya..Bebaik Sya. Tunang awak ni gatal.” Ujar Zack Nadzri.
“Oh, ya ke gatal? Tengok macam cool aje.”
Irfan Faris mengukir senyum sambil menjongket kening kepada Zack Nadzri. Bakal isteri puji dia cool, hmm..kembang hidung. Bangga sekejap.
Zack Nadzri hanya tersenyum.
“Okey, jumpa lagi Zack.”
Mereka kini berpisah haluan.
So, dia tulah Mamat Audi yang awak nak elak sangat tu?”
“Dah tu..Muka saya dah bengang pasal kes ambil gambar tulah. Mana tahu dia tu tuan punya kereta Audi tu. Saya masa tu tengah excited nak bergambar kat kereta Audi tulah. Dah kebetulan dia yang lalu situ, saya mintalah tolong ambilkan gambar.Saya siap peace-peace gitu. Rupanya dia tuan punya kereta. Perghh..Ingat tak bengang ke?”
Irfan Faris hanya mendengar. Senyumnya hanya di hati. Wajah luaran, macam biasalah. Buat muka kerek.
“Tapi, tak sangka pulak dia tu kawan awak. Selamatlah dia tu okey. Handsome pulak tu.”
“Aii.. Puji orang handsome. Saya ni tak handsome ke?”
Handsome...Siapa kata tak handsome. Awak dengan dia, tahap ke’handsome’annya lebih kurang sama aje. Tapi rasanya dia tu lebih sikit handsomenya dari awak. Awak ni jatuh nombor dualah.” Jujur Irsya Natasya berbicara.
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya di sisi. Suka betul dia menjeling-jeling sekarang ni. Okeylah kut daripada juling.
“Aii..Saya puji pun, nak main jeling-jeling ke? Takkan jealous kut? Awak ni kan bukan kaki jealous.Hmm..Lagipun awak bukan suka saya? Buat apa nak jealous-jealous kalau saya puji orang lain.”
“Sebab awak tu bakal isteri saya. Awak kenalah respect saya!”
“Masalahnya, awak tak suka saya pun.”
“Suka atau tak, tu belakang kira. Sekarang ni soal respect.”
“Yalah…Saya angkat tabik hormat dekat awaklah. Ala-ala pengakap muda. Saya dulu join pengakap tau.”
“Ada saya tanya ke?”
“Takada. Tapi saya saja nak cakap.” Ujar Irsya Natasya selamba.
“Awak ni dari tadi asyik bercakap aje. Tak penat ke mulut tu?”
“Nak tahu sebab apa saya banyak cakap? Ni, sebab saya tengah streslah ni. Bila saya bercakap, awak layan aje. So, saya cakap ajelah. Hilang juga stres saya ni. Tapi awaklah yang bertambahstres kan? Padan muka.” Irsya Natasya ketawa sendiri.
“Dahlah. Penat nak layan awak bercakap.”
“Saya tak suruh awak layan pun, tapi awak pun sibuk nak bercakap juga.”
Irfan Faris kembali menjeling Irsya Natasya.
“Awak ni, jeling..jeling.  Tak sakit ke mata tu? Hmm..Tapikan, sejak awak jeling-jeling ni kan, makin lama rasa awak ni macam makin handsome pulak. Agak-agaklah kan, boleh ke saya jatuh cinta dengan awak lepas kita nikah ek? Hmm..Tapi, bila difikir balik tak naklah saya jatuh cinta dengan awak. Sebabnya, awak ni tak suka saya. Rugilah kalau saya bercinta sorang-sorang. Kalau awak nak join sama tak apajuga. Barulah ada aura mencintai dan dicintai. Betul tak?”
Irfan Faris hanya gelak di hati. Entah apa punya fikiranlah bakal isteri aku ni. Sya..Sya..Ni, kalau layankan kau lepas nikah ni, entahlah. Penat aku!Stres!
Irfan Faris kemudian berdehem. Riak wajah yang ditujukkan kini sedikit serius.
Irsya Natasya memandang. “Kenapa?”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Dan, saya nak awak ambil serius pasal perkara n!.” Irfan Faris berbicara tiba-tiba. Nadanya serius. Ia membuatkan Irsya Natasya terdiam seribu bahasa.

PERJALANAN ke rumah Irsya Natasya yang memakan waktu hampir satu jam hanya senyap tanpa suara. Hanya celoteh DJ dan lagu di radio yang berkumandang. Itupun dalam volume suara yang sederhana tinggi.
            Irfan Faris sesekali menjeling Irsya Natasya yang senyap tanpa suara. Tersandar malas sambil pandangannya hanya terarah keluar tingkap. Bila dilihat situasi mereka seperti bergaduh besar.
            ‘Boring juga kalau senyap. Tapi, hmm..aku tetap kena tunjuk lagak sikit. Biarlah. Senyap pun senyaplah. Karang kalau dia dah bercakap, aku ni terikut-ikut nak melayan aje. Penat!’ Irfan Faris berbisik di hati sendiri. Dia tenang memandu.Biarlah lagu-lagu yang berputar menjadi teman perjalanannya kini. Apa yang pasti, ia lagu-lagu orang putih. Lagu ‘rap’ pula tu. Ia membuat Irsya Natasya di sisi hampir terlena. Lagu itu tidak kena dengan jiwanya.
            Telefon bimbit Irfan Faris kini berbunyi. Nada yang telah disetkan membuatkan Irfan Faris tahu siapa pemanggilnya- Nek Kalsum. Irfan Faris sengaja tidak menjawab panggilan tersebut.
            “Kenapa tak angkat telefon tu?” ujar Irsya Natasya. Agak terganggu layanan perasaannya apabila telefon bimbit Irfan Faris berlagu tanpa henti.
            Irfan Faris tidak menjawab.
Panggilan itu kini berhenti. Selang beberapa waktu, panggilan masuk berbunyi lagi.
            “Angkatlah. Kesian orang tu telefon. Awek awak ke?”
            “Taklah. Nenek kesayangan awak.” Nada bicara Irfan Faris dapat dibaca.
            “Laa..Cara cakap macam tak suka nenek sendiri aje. Apalah awak ni. Merajuk dengan nenek eh? Ni mesti kes pasal kena kahwin paksa dengan saya ni. Tulah..Bila ajak planning nak sabotaj majlis, tak nak.”
            Irfan Faris sudah menjeling. Rasanya sudah berbuih mulutnya bercakap berkenaan hal itu. Tak faham bahasa betul si Irsya Natasya ni.
            “Okey, faham!” Irsya Natasya sudah menyimpul senyum.
            Panggilan yang telah terhenti kini kembali berbunyi.
            “Nak saya jawabkan ke?”
            “Nah! Jawablah. Tapi ingat, jangan report pelik-pelik kat nenek!”
            “Tahulah. Kita mesti bekerjasama. Macam Wonder Pet tu. Apa yang penting, kerjasama.”
            “Sibuk pulak nak Wonder Pet, Wonder Pet. Jawab ajelah!”  Irfan Faris sudah buat muka tegang.Menjadi sedikit garang. Sebenarnya sengaja buat macam tu. Nak takutkan Irsya Natasya kononnya.
            “Tak payahlah marah buat muka macam tu. Macam jeruk kedondonglah awak ni.”
            “Apa awak cakap?!” Irfan Faris sedikit melenting.
“Awak kalau marah, macam jeruk kendondong.” Selamba Irsya Natasya mengulang kata.
            Irfan Faris sudah memandang Irsya Natasya sambil membesarkan mata.
            “Drive tengok depanlah, enck Irfan Faris. Jangan tengok saya.” Ujar Irsya Natasya dalam gelak selamba.
            Irfan Faris buat muka bengang.Panas hatinya dengan sikap Irsya Natasya. ‘Tak apa, Sya. Seminggu dari tarikh hari ni, siap kau aku kerjakan. Kau tunggulah!’
“Alamak. Belum sempat jawab, dah mati pulak.” Telefon bimbit yang dipegangnya sudah berhenti bernyanyi.
“Tulah.. Membebel aje.Pantang dapat bercakap.”
“Dah tu, tak bestlah dok senyap dengan awak.Tadi saya dah dok senyap layan perasaan, bunyi telefon awak nilah yang kacau. Kalau tak, saya tak bercakap sekarang ni.”
‘Yalah, Sya. Dah dasar mulut tu macam mak nenek, mana nak berhenti bercakap.’ Bicara itu hanya bermain di hati Irfan Faris.
“Eh..Awak nak tahu tak..Mak saya kan..Paling suka jeruk kendondong. Dia..kalau nak sumpah saya, biar sumpah jadi kedondong. Ada ke patut.” Irsya Natasya tiba-tiba berkongsi cerita.
Irfan Faris hanya mendengar. ‘Bagus juga kalau mak kau sumpah kau jadi kedondong, Sya. Boleh aku makan kau. Senyap sikit mulut tu.’
“Dah lama tak makan jeruk kedondong. Terliur pulak rasanya.” Irsya Natasya berbicara sendiri. Rasa macam mengidam pula.
‘A’ahlah, kan. Aku pun dah lama tak makan jeruk kedondong. Kalau dapat makan, sedap juga ni. Haishh..Kau ni Sya. Aku dah ikut terliur juga dah. Mana nak cari jeruk kedondong ek?’ Itu bicara yang bermain di hati Irfan Faris.
Telefon bimbit Irfan Faris di tangan Irsya Natasya kembali berbunyi. Irsya Natasya tanpa menunggu lama, terus menyambung panggilan.
“Assalamualaikum, nenek comel.” Mesra dan ceria suara Irsya Natasya membuka mukadimah bicara.
Irfan Faris sudah menepuk dahi.
Err..Ada something wrong ke?’ Fikir Irsya Natasya dalam lintasan sesaat apabila melihat tindakan spontan lelaki di sebelahnya itu.



 Bersambung...