Monday 18 May 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 28


IRSYA NATASYA kini dibiliknya. Mak Andam baru sahaja keluar setelah menyolekkan dirinya. Dup..dap..dup..dap jantungnya memang tak boleh nak kata. Laju semacam. Rasa macam dah berlari sekeliling kampung. Almaklumlah, pagi ini ada dua acara besar untuk dirinya. Acara pertunangan dan juga acara pernikahan.
          Mujur ada si Lyla dan Siti Zuraidai menemaninya. Bolehlah juga gelak-gelak walau sebenarnya tak berapa feel.
            Mesej telefon bimbitnya berbunyi.
Irfan ~ Awak. Sedang menanti ke, atau dah lari?
Irsya ~ Ngeklah awak ni. Adalah, tengah tunggulah ni. Lari betul-betul karang.
Irfan ~ Saja je tanya. Manalah tahu. Tiba-tiba pengantin perempuan dah ganti orang
lain.
Irsya ~ Mahunya kena pelangkung dengan mak saya. Saya aje yang kena. Bukan awak.
Irfan ~ Okey. Wish me luck. Kalau tak, tak boleh nak happy-happy hari ni.
Irsya Natasya tersenyum. Pandai betul mamat sorang ni berlakon dengan kata-kata. Dia 
kemudiannya kembali membalas mesej tersebut.
Irsya ~ Good luck untuk awak. Okey. Don’t stress, stress. Buat muka cool aje.
Irfan ~ Nak cool macam mana? Macam telur hangus?
Irsya~Siaplah awak malam ni!

Selepas setegah jam setelah acara pertunangan…
“AKU terima nikahnya Irsya Natasya binti Hamid dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.” Hanya satu lafaz, Irfan Faris kini sah menjadi suami kepada Irsya Natasya binti Hamid. Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi.
Selepas mengaminkan doa, Irsya Natasya juga membaca lafaz niat di hati. “Aku terima dia, Irfan Faris bin Zamrud sebagai suamiku kerana Allah Taala.” Biarlah niat itu menjadi pegangannya untuk kuat menjadi isteri kepada suaminya itu. Walau perkahwinan tanpa cinta, tanpa rela tetapi ia sebenarnya adalah jalan dia menuju ke Syurga. Dan, pernikahan itu juga adalah separuh daripada penyempurnaan iman.  Walau apa rintangan yang berlaku, dia akan berusaha menempuhinya. Semoga Allah memberkati.

Baraka Allahu Lakuma
Wa Baraka alaikuma
Wa jama’a baina kuma fi khair
Mudah-mudahan Allah  memberkati kamu berdua,
Dan berkat atas kamu daripada langit,
Dan semoga Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.

Kini, Irfan Faris dengan tenang memakaikan gelang tangan di tangan Irsya Natasya sebagai majlis batal air sembahyang.
“Dah, Sya. Salam tangan suami tu.”
Err..Alamak. Segan pula nak salam. Lepas tu nak kena cium tangan. Aduhai..Rasa gigillah pula tangan ni.” Kata-kata itu hanya terbisik di hati.
“Aii, takkan malu pulapengantin oii.” Suara sumbang ala-ala mengusik sudah kedengaran. Apa yang pasti itu suara kak longnya, Maria. Kau ni kan kak…Janganlah over.
Akhirnya, Irsya Natasya menyalami dan mengucup tangan suaminya itu. Terasa tangannya sejuk semacam manakala tangan Irfan Faris pula terasa begitu hangat.
“Terima kasih kerana menjadi isteri saya,” bisik Irfan Faris perlahan dengan senyuman sambil mengenyit mata.
Irsya Natasya membalas senyum malu-malu. Namun di hati dia sempat berbisik. Lain macam aje ayat. Siap kenyit-kenyit mata bagai.Hmm...Lakonan dah start rupanya. Okey. You make me happy, and I will make you happy too. Bantai ajelah Bahasa Inggeris ni. Aku bukannya pandai sangat. Janji faham makna sudah. Tiba-tiba rasa ada semangat. Hilang rasa nervous.
“Selamat hari lahir untuk awak,” ujar Irfan Faris sambil mengucup ubun-ubun isterinya itu.
Irsya Natasya sedikit terkejut. Lalu dia juga membalas kata yang sama.“Selamat hari lahir untuk awak juga.” 
Mereka sama-sama tersenyum.
Majlisberjalan lancar dan meriah. Kedua-dua pihak keluarga juga sangat gembira. Sewaktu merakamkan foto pernikahan Irsya Natasya agak kekok dan buat gaya kayu. Rasa malu-malu apabila gambarnya diambil. Hakikatnya dia juga bukanlah seorang yang suka bergambar. Maka terasa kaku saja gayanya ketika foto mereka diambil.
“Eh, awak. Kalau bergambar tu janganlah buat macam badan kayu. Buatlah gaya biasa. Gaya relaks. Buatgaya peace sikit ke? Barulah nampak natural dan awak tak rasa stress,” ujar Irfan Faris sewaktu mereka bertukar pakaian untuk majlis persandingan. Kiranya beri tips jugalah tu.
“Tak retilah. Kekok.”
“Tak apa. Lepas ni ikut aje arahan saya. Kita kena nampakkan yang suasananya natural. Biar gambar tu cantik. Rugilah kalau gambar tak cantik.”
“Alah. Awakkan tak suka saya. Buat apa ambil gambar cantik-cantik. Silap-silap, awak buang aje nanti.”
“Mulut awak tu kalau bercakap…Agak-agaklah. Sekarang ni kita kan nak gembirakan family kita. So, benda ni kenalah nampak indah di mata mereka. Soal suka atau tak, tu tolak tepi dulu. Kata nak happy hari ni. So..Ni lah masanya. Ada faham cik Irsya Natasya?”
“Ya, faham.”
“Tau tak apa.”
“Err..Tapi saya ada satu permintaan lagi. Kalau ambil gambar jangan pegang pinggang saya macam tadi. Gelilah. Rasa merenyam sampai sekarang. Eiii..” Irsya Natasya sudah dengan gayanya. Geli-geleman.
Irfan Faris tergelak di hati. Rasa gelihati.
“Kenapa? Takut?”
“Bukan takutlah.”
“Ada feellah tu?”
“Memanglah feel. Feel geli.Tau tak, geli..”
Tertawa lagi Irfan Faris di hati. Rasa comel pula dengan keletah Irsya Natasya. Dia tersedar tentang sesuatu. ‘Aii, aku pula yang feel. Feeling kat hati. Opss..Tak boleh, tak boleh. No feeling, feeling. Melayan feeling ni penat.
Ketika sesi bergambar semasa bersanding, Irsya Natasya cuba untuk tidak jadi seperti kayu lagi. Namun apa nak dikata apabila dia terpaksa memenuhi permintaan jurugambar yang mengada-ngada.
“Okey, yang husband cuba pegang pinggang wife.Yang wifepula tangan tu letak atas bahu encik husband. Mata tu cuba saling memandang.”
Membulat terus mata Irsya Natasya mendengar permintaan itu. Irfan Faris rasa nak tergelak. Baru Irsya Natasya meluah rasa tentang itu, dah kena buat pula.
“Alah awak. Tak payahlah.”
“Ikut aje.”
Irsya Natasya sudah pejam mata apabila merasa lingkaran tangan Irfan Faris dipinggangnya. Alamak! Alamak! Alamak! Tolonglah jangan!
“Awak. Mata tu janganlah pejam. Mata awak pandang mata saya aje. Otak tu jangan fikir rasa geli tu. Relaks. Buat-buat tak tahu aje.” Irfan Faris beri tips.
“Tak bolehlah. Rasa merenyam.”
Irfan Faris hanya mampu senyum. “Alah. Berapa saat aje pun. Tak payahlah fokus feel tu. Pandang mata saya je.” Irfan Faris bisik perlahan.
Klikkk…Gambar diambil.
“Okey, nice.”
Gambar terus diambil. Irsya Natasya cuba menjadikan foto mereka yang terbaik. Ini terbukti apabila foto untuk gaya bebas, mereka berdua siap berpeace-peace bagai. Saling tersenyum dan ketawa. Macam dah serasi aje. Memang rasa gembira dan tidak rasa stres. Cuma part tangan melingkar kat pinggang itu aje yang dia rasa agak fail.
“Dia orang ni gayanya macam dah bercinta lama aje kan?” Ujar Nek Kalsum.
“Yalah, Som. Sebelum ni tengok macam terpaksa aje, tapi tengoklah hari ni. Gembira aje. Memang kuat jodoh dia orang ni. Macam dah bercinta sejak dari dalam perut.” Balas Saodah pula sambil ketawa.
Di pelamin indah itu juga tersemat memori yang Irsya Natasya sendiri tidak sangka.
“Awak..Buat gaya MyGirl.” Ujar Irfan Faris sedikit berbisik.
“Haa..Gaya MyGirl? Macam mana tu?” Irsya Natasya blur.
“Ala..Yang cerita Korea tu lah. Gong-chan dengan Yoo-rin. Tipu sangat tak tengok. Cepatlah. Yang buat love tulah.”
Irsya Natasya hanya mengangguk. Tak terkata apa-apa.
‘Macam terlebih excitedpula mamat ni. Happy aje. Buat gaya tulah, nilah..Siap gaya Gong-chan lagi. Oh.. Layan cerita Korea juga mamat ni rupanya. Tapi hari tu dengar lagu yang rap-rap, macam tak jiwang karat.’
Irfan Faris sudah membuat tanda separuh tanda hati dengan tangannya, dan ia kemudian dicantum dengan Irsya Natasya yang mewakili separuh tanda hati yang satu lagi.
“Okey, nice.” Kata jurukamera.
Sewaktu acara makan berdamai.
“Awak. Hari tu sibuk nak suapkan saya kan? Nah. Ni saya buka peluang. Sekali aje.”
Irsya Natasya sempat mencebik. Eii, dia ni kan...Ada aje peluang nak kenakan aku. Tak apa. Nak tak nak, aku kena ikut rentak dia.
“Tak nak ke? Offer ni. Okeylah. Beri orang handsome start dulu.” Irfan Faris kini menyuapkan nasi ke mulut Irsya Natasya.
“Ingatkan tak makan nasi yang saya suapkan. Yalah. Saya ingatkan awak hanya makan hati saya berulam jantung awak.” Bicara Irfan Faris berdesir perlahan. Hanya didengar mereka berdua.
Perghh..Mamat ni. Dia ingat lagi apa yang aku cakap hari tu. Ngek betullah dia ni. Bisik Irsya Natasya di hati.
“Alah. Habis tu makanan yang terhidang bukan hati awak dan jantung saya. Nak buat macam mana kannn… So, makan ajelah nasi minyak ni.” Seperti biasa, Irysa Natasya tetap akan menjawab. Dia juga tak mahu kalah. “Ni, nak ke tak nak saya suapkan?”
“Untuk hari ni, saya okey aje kalau awak nak suapkan. Lain hari, jangan nak gedik-gedik nak suapkan saya.”
“Eii..Awak ni kan…”
“Tak payahlah marah.Kata tak nak stres. Buatlah muka happy sikit. Sibuk buat permintaan tapi dia yang buat muka stres. Saya happy aje hari ni. Tak ada masalah.”
 “Yalah Irfan Faris, oii. Happylah ni. Kan tengah senyum ni.” Irsya Natasya menjawab berteman senyuman dibuat-buat.
Hmm..Jap lagi kita potong kek pula. Dan awak kena suapkan saya sekali lagi. Nampaknya hari ni awak ada dua peluang untuk suapkan saya. Kira bonuslah tu kan. Okey. Suap manja-manja sikit tau.”
Poyolah awak ni.”
“Eh, bukan poyolah. Tu nak tunjukkan realistik. Tak apa. Nanti saya demo macam mana.”
Mereka kini melalui acara memotong kek. Tertulis di atas kek Selamat Pengantin Baru dan Selamat Ulang Tahun Irsya dan Irfan. Juga tarikh hari bersejarah majlis mereka. Rasa macam comel aje, kan.
Sewaktu menyuapkan kek ke mulut Irsya Natasya, Irfan Faris terlebih dahulu mengenyit mata.
Amboii..Gaya romantiklah tu.Siap kenyit mata. Macam tercair pula hati aku. Irsya Natasya sedikit terleka. Matanya tepat memandang mata IrfanFaris.Zass…Fikiran dah ke kayangan.
“Janganlah berangan. Suapkan sayalah. Kamera kat depan tu. Semua fokus ke sini,” bisik Irfan Faris perlahan.
Irsya Natasya kemudian menyuapkan juga kek ke mulut Irfan Faris dan berbuat perkara yang sama. Ikutlah juga part kenyit mata tu.Haa..Biar adil dan saksama.
Irfan Faris hanya mengukir senyum.
Hai, Sya. Dah ter-feeling kat aku ke? Kau jangan Sya. Siapa yang nak layan hati kau tu nanti.Aku ni saja-saja je. Irfan Faris sempat berbisik di hati.

PETANG itu selepas majlis di rumah, mereka membuatoutdoor photoshoot di beberapa kawasan sekitar kampung.Yalah. Sambil memperaga baju pengantin cantik yang direka khas untuk mereka berdua. Balik daripada itu, setelah bertukar pakaian.
            “Best Sya pergi ambil gambar?”soal Saodah.
            “Bestlah kut.”
            “Macam tak best aje.”
            “Hihi..Bestlah mak. Apapulatakbest.”
Sebenarnya, terlebih romantik gaya Irfan Faris di kala sesi outdoor photoshoot. Cuma tak mampu nak diceritakan lebih-lebih. Masalahnya semua idea daripada dia. Jurugambar layankan saja.
1)      Di padang rumput ~ Irsya Natasya duduk bertimpuh dan si Irfan Faris pula berbaring di atas riba. Ambik kau! Macam gambar yang kadang keluar kat facebook tu. Bercinta selepas nikah. Memang gambar tu sweet.
2)  Tepi jeti ~ Si Irfan Faris tunduk melutut sebelah kaki sambil sarungkan kasut kaca. Alaa..Macam Cinderella pula.
3)      Tepi pantai ~Main kejar-kejar. Romantiklah juga.
4)      Tepi rimbun buluh ~ Irfan Faris tarik veil panjang Irsya Natasya. Lepas tu Irsya Natasya toleh sambil buat muka terkejut yang comel. Scena ala-ala Hindustan juga.

“Saya buat ni sebab saya nak gambar perkahwinan saya cantik ea. Bukan saya nak sangat buat macam tu. Lagi satu, jangan perasan saya ni suka kat awak. Rugi tau bayar mahal-mahal gambar buruk. And one more, ni kenangan indah untuk awak juga. So...Next time, bila kita tak geng sekurang-kurangnya bila tengok gambar ni, boleh jugalah buat buat bibir tersenyum-senyum kan?”
“Yalah, Irfan Faris oii..Ikutlah apa awak nak buat.” Irsya Natasya malas melayan kata.
“Saya cakap betul apa.”
“Ada ke saya cakap salah!”
“Eii, awak ni. Geram tau saya dengan awak.” Irfan Faris sudah buat gaya nak mencekik Irsya Natasya.
“Eii, apa ni.” Irsya Natasya cuba menepis.
Dalam pada itu...
Klikk..Gambar diambil jurugambar. Apa rupa sebenar pun tak tahulah. Tapi jurugambar kata..Nice!
Yang tak dirancang pun ada.
“Aduh pedihnya mata.”
“Kenapa?”
“Mata masuk habuk. Angin kuat sangat kat tepi pantai ni.”
“Sini.” Panggil Irfan Faris. Lalu dia merapatkan wajah dan memandang mata bundar milik Irsya Natasya. Dengan perlahan-lahan mata isterinya yang masuk habuk itu ditiup.
Klikk...Bijak si jurugambar mengambil foto.
“Haa..Sya. Berangan apa pula tu. Ni pergi hantar bungkusan berkat kat jiran. Ajak si Irfan tu sama.”
“Yalah, mak.”
Irsya Natasya kemudian memanggil Irfan Faris yang berada di luar rumah menolong mengemas apa yang patut.
“Awak, jom.”
“Ke mana?”
“Pergi hantar bungkusan berkat kat rumah jiran.”
“Ooo..Macam tu ea.”
            “Yalah. Kat sini caranya memang macam tu. Lepas selesai majlis, kita orang akan bagi-bagi kat jiran makanan yang ada. Kiranya sebagai upah penat lelah dia orang merewang untuk majlis kita. Haa..Tolong angkat ni. Bawa ke kereta saya.” Pinta Irsya Natasya.
Sejurus itu Irfan Faris mengangkat bakul yang penuh berisi bungkusan makanan. Orang kampung panggil bungkusan ‘barkat’ atau ‘boncrot’.
“Mana kereta awak?”
“Tu. Myvi warna merah tu.” Irsya Natasya sudah menunjukkan kereta Myvi berwarna merah yang terpakir di halaman rumah jirannya.
“Memang kereta awak ke?”
“Taklah. Kereta abah. Tapi saya selalu bawa. Saya mana ada duit nak beli kereta. Tak kerja kut.”
Irfan Faris terdiam. Nombor plat kereta itu ditenung beberapa kali. Rasanya memang tidak salah. Itulah kereta Myvi merah yang dicari sebelum ini. Maksudnya..
“Dia nilah budak melatah tu. Alahai. Patutlah termelatah pun sebut nama aku. Aura kuat sangat. Beriya aku sibuk nak cari, ale-ale dia budaknya. Dah sah jadi isteri aku pun. Nasib badan betullah.”Kata-kata itu bergulir di hati Irfan Faris. Pasrah. Redha.
“Berangan apa?”
“Taklah. Tengah memikir sesuatu.”
“Sesuatu? Apa?”
“Sibuk aje nak tahu!”
“Eleh. Orang tanya baik-baik pun nak marah.”
“Bukan marah...”
“Habis tu apa? Stres?”
“Tak ada maknanyalah saya nak stres. Saya happy aje. Saya rasa saya lagi happy dari awak kut. Saya buat muka relaks aje. Tak ada masalah pun. Awak tu lah. Stres. Lagi-lagi masa nak ambil gambar tu. Ada ke takut orang pegang pinggang dia. Entah apa-apa.”
“Eh, diamlah. Janganlah cakap pasal pinggang tu. Tu tempat sensitif tau tak. Dahlah. Masukkan bakul tu kat belakang!” Irsya Natasya sedikit menekan suara. Sebenarnya cuba cover bengang. 
Irfan Faris hanya ketawa. Dia kemudian meletakkan bakul ke dalam kereta di tempat duduk belakang dan kemudian mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu. Irsya Natasya jadi driver untuknya.
            Di dalam kereta Irsya Natasya memberitahu program-program yang akan dilakukan pada malamnya dan hari esok.
            “Malam ni kita buka hadiah. Esok pagi, sental periuk. Lepas tu, kita buat bubur sum-sum.”
            “Bubur sum-sum? Apa tu?” Irfan Faris ingin tahu.
            “Googlelah sendiri!”
            “Eh..Tanya pun tak boleh ke?!”
            “Tu pun nak marah ke?”
            “Tak marah. Happy aje.”
            “Kalau happy senyumlah. Itupun nak kena ajar ke?”
           “Eh, mana tanda respect awak kat saya ha? Kalau bercakap tu..eii..” Geram juga rasa hati Irfan Faris.
        “Apa eii..eii...? Geli ke?” Irsya Natasya berloyar buruk dalam gelak. Irfan Faris sudah menjeling.
“Tunggulah awak malam ni. Tengoklah apa saya nak buat kat awak. Silap-silap tangan saya menjalar kat pinggang awak.Hahaha...Merenyam-renyamlah pinggang awak malam ni.” Bicara kata itu membuatkan Irsya Natasya tertelan liur.
Err..Sorry.” Kendur suara Irsya Natasya meminta maaf. Tiba-tiba rasa takut.
No sorry-sorry. Nak sorry-sorry pergilah naik lori ke..bas ke..trailer ke...Sama ada bersedia atau tidak…tunggu ajelah malam ni!” Bicara Irfan Faris jadi serius.
Alamak! Apa dia nak buat kat aku?
Err..Irfan..Sebenarnya bubur sum-sum tu kan....” Irsya Natasya baru sibuk nak beri penerangan. Yalah. Tiba-tiba hati rasa kecut.
“Cakaplah awak sorang-sorang. Tadi saya tanya baik-baik, tak jawab.” Irfan Faris menjawab selamba. “Apa yang penting, tunggu malam ni!”
“Ala..Awak nak buat apa?”
Googlelah sendiri. Itu pun nak kena ajar ke?” Irfan Faris sengaja memerli.
Irsya Natasya terdiam.
Padam muka kau orang sebelah. Tadi kenakan aku. Haha.. Irfan Faris ketawadi hati. Namun luarannya dia tetap menunjukkan wajah serius.
Sekilas fakta tentang bubur sumsum, ia adalah sejenis makanan seperti bubur berwarna putih yang dimakan dengan kuah manis (air gula merah). Ia dibuat dari tepung beras. Mengenai nama bubur itu sendiri, tekstur dari tepung beras tersebut dimasak seperti bubur. Sementara itu, kata 'sumsum' pula merupakan deskripsi dari warna bubur itu sendiri yang berwarna putih seperti tulang sumsum.
“Awakkk…” Irsya Natasya memanggil dengan suara lembut.
“Ah, tak ada-tak ada. Cakap lembut-lembut tu nak pengaruhi hati sayalah tu. Tunggulah ajelah malam ni apa saya nak buat dekat awak.”
Irsya Natasya tertelan liur. Seram pula rasanya.