Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 16




“OPSS..SORRY.” Maisarah meminta maaf tatkala bahunya bersentuhan dengan seseorang.Dia tidak sengaja terlanggar.
“Apa sorry..sorry..”Tekan suara itu.
“Sorrylah tak sengaja.”Pinta Maisarah.
“Sengaja ke tak sengaja ke..aku peduli apa.” Berdesing telinga Maisarah mendegar suara itu.
Wajah orang yang dilanggar itu dipandang.
“Erkk..Im..man?” perlahan nada bicara Maisarah. Agak terkejut. Wajah itu memang mirip Iman.“Awak…” Maisarah cuba menyampaikan bicara katanya.
“Eh..minah sekor ni. Sibuk pulak dia. Awak..awak..Kenapa?”Begitu angkuh suara itu menusuk ke pendengaran.
“Im..man…” Maisarah masih cuba menyampaikan bicara katanya walaupun tahu tune lelaki agak kasar dan berlagak.
“Yes..I‘m Iman.Kenapa?Ada masalah?Lain kali kau jalan tengoklah orang.Mata ada empat pun tak nampak.Bukannya buta pun.Dahlah. Jalan sana. Sibuk je.”Tajam suara itu menusuk ke pendengaran.
“Hmm…Berlagak.”Bersama perasaan berkobar di dada, Maisarah terus menapak pergi. ‘Eii..geramnya aku. Siapalah mamat tu. Nama Iman, muka macam Iman, tapi perangai macam….dot..dot…je. Buat terbakar hati aku aje.Kalau betul tu Iman aku…baik aku buang je cincin ni dalam longkang.’
‘Hish..aku ni. Dalam hidup aku ni, asyik terlanggar orang je. Hmmm…Ingat pulak dekat Am pasal langgar melanggar ni. Tak pasal-pasal, cincin aku jadi taruhan. Selamatlah dia dah pulangkan cincin ni, tapi macam sedih pulak mengingatkannya. Agaknya, mana dia sekarang ek. Macam rindu pula dengan dia. Hish..Maisarah..Maisarah…Kau ni tetiba ingat dekat dia kenapa.’
‘Mana pulaklah si Aina Ibtisam ni.Lambat benar sampainya.Tadi kata dah nak sampai.’Hmm…Memang Ibtisamlah geng setianya untuk keluar.
Maisarah melilau pandang mencari jikalau Ibtisam sudah sampai.“Eh, nak cari Ibtisam, nampak asikrim pula. Hehe..Makan aiskrim sedap juga.”Maisarah sekadar berbicara sendiri.
Maisarah baru menjilat sedikit aiskrimnya.Perghh..Sedap.Nyaman terasa.Dia terus berjalan mengatur langkah.Dia sedikit terleka mengitai seekor semut yang sedang merayap di bajunya.
Tiba-tiba…
“Opocot..kau suami aku laki aku..” Maisarah sudah melatah.Rupanya dia sudah terlanggar seseorang.Ala-ala terpeluk cuma selamat tak tercium.
“Oiii…Apa kau opocot..opocot..Suami laki semua ni. Menggatal peluk aku pulak tu.” Tempelak lelaki itu.
“Sorry..Sorry..”Pinta Maisarah.Dia mendongak melihat empunya diri.‘Hishh..Mamat ni lagilah. Nampaknya, ada kisah aku dengan dialah lepas ni. Sudah…’
“Sorry..Sorry..Itu jelah modal kau. Langar orang ..sorry..Langgar orang..sorry..”Lelaki itu membebel.
“Habis tu nak buat apa. Untung apa aku minta maaf.”Maisarah menjawab. Ditekan juga suaranya.Berapi juga hatinya tika ini gara-gara insiden pertama tadi ditambah cara percakapan lelaki yang bersamanya kini terlalu angkuh.
“Walawei ayat… Ni..ni..Kau nampak ni..”Ujar lelaki itu sambil menunjukkan bajunya yang telah terkena aiskrim milik Maisarah.
“Eleh..Sikit pun nak berkira.Pergi jelah basuh.Apa susah.Macamlah tudung aku tak kena.”
“E’eh, minah sorang ni. Menjawab kau ea. Eh, ganti baju aku nilah weh.Kau ingat baju aku ni murah ke?”
“Alolo..brother. Kau kalau nak berlagak pun agak-agaklah. Murah ke.. Mahal ke..pergi jelah basuh. Takkan kau tak pernah basuh baju mahal kau. Baju kau..baju pakai buang ke? Agak-agaklah.Comot sikit je buang. Wah…gila kaya kau ni.” Maisarah semakin berani menjawab. Selalu tak berapa nak berani, tapi hari ni menjadi terlebih berani.Berkobar-kobar sahaja perasaannya kini.
“Eii, pompuan..Mulut kau tu jaga-jaga sikit ea. Jilat aiskrim kau ni semula.”
Maisarah mengetap bibir sambil merenung tajam pada wajah lelaki di hadapannya itu. “Jilat ea…Hmm..Ambik ni.”Maisarah dengan selama ‘meneyeh’ aiskrim yang masih di tangannya ke baju lelaki itu.
“Opss…Maafkan Sarah.”Maisarah segera menekup mulut dengan kedua belah tangan.Sengaja berbuat begitu. Teringat pula dialog Maisarah dalam siri Ramadhan Rafiq. Maisarah sudah berpusing menapak untuk pergi.Tidak perlu dia berlama-lama di situ. ‘Padan muka kau..Berlagak.Sengal.’
Tiba-tiba Maisarah terasa tangannya ditarik kasar.
“Oii..Lepaslah.Apa ni tarik-tarik?”Maisarah merentap kembali tangannya.
“Ikut aku.”Ujar lelaki itu lantas menarik kembali tangan Maisarah.
“Oii..Nak ke mana. Aku nak jumpa kawan aku ni, oii.”
“Diamlah, kau.Ikut aku.”
“Taknaklah..”
“Ikut..aku kata.”
“Tak nak..Aku jerit karang.”
“Jeritlah, kalau berani.”Lelaki itu mencabar.
“To…”Belum sempat Maisarah melantunkan suara, mulutnya sudah ditekup oleh lelaki itu.
“Suara kau tak sedaplah minta tolong.Baik kau diam.”Bisik lelaki itu ke telinga Maisarah.
‘Pergghhh..Mamat sekorni. Belagak tahap apalah ni. Suara dia tu sedap sangat ke.’Maisarah sempat berbisik di dalam hati. Maisarah cuba meronta.
“Encik..Kenapa ni…?” tegur seorang pak cik yang kebetulan lalu lalang di situ.
“Oh, takde apa-apa pak cik. Adik saya ni memang macam ni. Masalah mental sikit. Kejap..kejap okey..Kejap..kejap tak. Susah sikit melayan dia ni. Dia ni suka terjerit-jerit. Tu yang kena tutup mulut dia.”
‘Ya Allah..Dia kata aku sakit mental.Melampau betul.’
Mereka berhenti di satu tempat.- Toilet Ladies.
‘Ngee…Apa masalah mamat ni.’
“Pergi basuh tangan kau dulu.Aku tunggu dekat sini.Jangan cuba nak lari.”Tekan suara itu.“Kalau kau lari…siap kau.”Lelaki itu memberi amaran.
“Yelah…Eh, kau taknak suruh aku basuhkan baju kau sekali ke?” Maisarah menjungkit kening.Sengaja ‘menganjing’.Berani.
“Nak ke? Karang..aku bukak baju kat sini je. Ada berani ke?”Balas lelaki tersebut mematahkan keberanian kata-kata Maisarah.
Maisarah mencebik.Lantas masuk ke dalam bilik air.Agak lama juga dia di dalam.Sebenarnya, dia juga membersihkan tudungnya yang turut comot terkena aiskrim. ‘Dah blah ke belum dia tu. Kenapalah terjadi macam ni pulak. Macam mengulang sejarah dengan Am je.Selamat bukan cincin aku yang jadi mangsa.Grr…Maisarah..Maisarah..Salah kau juga Maisarah…Tulah.Degil.’Maisarah melepaskan bicara di hati.
Sementara itu, Iman juga sempat mencuci bajunya. ‘Grr..Geram aku dekat minah ni.Sesedap rasa je dia tenyeh aiskrim dekat baju aku. Tengok gaya ayu bertudung, macam sopan je. Tapi perangai…entah ikut peragai siapa entah. Hish..Geram aku…Geram…’Iman melepaskan rasa marah di dalam hati.
Selepas mencuci bajunya, Iman terus menantikan Maisarah di luar.
“Aii, lama benar minah sorang ni. Takkan dia dah blah.Aku masuk sekejap je tadi.” Iman cuba merapati kawasan bilik air wanita.
“Maaf, encik.Ni toilet ladies.”Tegur seorang perempuan yang kebetulan berada di situ.
“Yup..Sorry. Sebenarnya saya tengah tunggu adik saya dekatdalam tu. Risau pulak. Lama sangat.” Iman memberi alasan.
Iman terus menanti.‘Entah-entah dia dah lari.’ Bisik hati Iman.Iman terus keluar dari kawasan itu dan cuba menjejak Maisarah.
“Eh, encik.Encik cari adik encik ke?”Soal pak cik yang sebelum ini terserempak dengan mereka.Nampaknya pak cik itu mengenali wajahnya.
“A’ah.” Jawab Iman pendek.
“Saya nampak adik encik tadi dah lari ke sana. Dia sorang-sorang je tu. Bahaya” Ujar pakcik itu lagi.
“Hah?? Ye ke?”Iman nyata terkejut.
“Macam mana boleh terlepas.”Soal pak cik tersebut.
“Dia nak pergi toilet tadi.Takkan saya nak ikut masuk toilet perempuan, kan. Tak perasan pulak bila dia keluar.”Iman menjawab selamba.Pandai juga dia berlakon menujukkan riak wajah yang sedikit kerisauan.
“Lain kali jangan bawa dia keluar.Bahaya.Dah, cepat kejar dia. Takut juga kalau dia mengamuk cederakan orang.”
“Yelah.Okey, pak cik.Terima kasih ye.”Iman terus mengatur langkah.‘Nasib baik pakcik ni tetiba jadi infomer aku. Baguslah pak cik ni. Tapi pak cik kena tipu pak cik…’ Iman tersenyum dalam hati.
“Mana nak cari minah sekorni. Sempat dia lari.Grr…Sakitnya hati aku.”Iman terus menyumpah-nyumpah di dalam hati. ‘Rasanya macam main hide and seek masa kecik-kecik pula. Takpe..takpe. Akanku cari kau sampai dapat budak.’
Maisarah terus mempercepatkan langkah. “Adoii…” Dia terjerit perlahan.Kakinya sudah terpelecok. ‘Aduh…Sakit pulak kaki ni. Time nilah nak terpelecok.Macam mana aku nak lari ni.’Maisarah berhenti seketika sambil memicit kakinya.
‘Hmm..Masuk dekat kedai kamera nijelah. Untung-untung dia tak perasan aku.’Maisarah mengurut dada sendiri.
Iman menghentikan langkah.Dia terperasankan seseorang.Nyatalah dia telah berjumpa dengan ‘adik’nya.‘Walawei..Dekat sini je larinya.Ingatkan jauh sangat.”Iman sudah tersenyum.
“Hai, tuan puteri.” Satu suara nan merdu mengejutkan Maisarah.
Dup..Dap..Dup..Dap.. Automatik debar di dada Maisarah kian kencang. Dia berpaling wajah kebelakang.
“Erkk…”Dia  lebih terkejut apabila sekuntum mawar merah berada di depan matanya.
“Will you marry me, dear?” Begitu romantik suara itu kedengaran bersama tenungan mata yang begitu menggamit sukma.
“Erkkk..”Maisarah terkejut separuh mati.Debaran di dada semakin menggila.Dia hanya mampu terkaku dan terdiam.
Iman sudah melutut sebelah kaki ala-ala sang Romeo memberi cinta kepada sang Juliet. Iman juga sudah mengenyit mata.
“Welcome to my heart, adinda puteri.” Ujar Iman lagi.
“Errkk..”Maisarah sudah berpeluh.
“Fewittt…” Kedengaran suara orang bersiul.
“Miss…Jawablah.” Ujar seorang pembantu kedai di situ tiba-tiba.
“Erk…” Maisarah masih terkelu bicara.
“Miss..Terimalah bunga tu.” Ujar pembantu kedai itu lagi.
‘Alamak. Macam mana ni. Nak lari ke..atau nak ambik je bunga ni?’ Maisarah berbisik sendiri. Habislah aku macam ni.’
Iman kembali mengenyitkan mata sebagai isyarat supaya Maisarah menerima bunga tersebut.Bibirnya mengukir senyuman indah.Begitu berbeza personalitinya seketika tadi.
Terdengar juga siulan nakal di ruang kedai yang tidak berapa besar itu.
“Cik..Terimalah..Kesian cik abang cik tu.” Kedengaran pula suara lelaki berbangsa cina menyokong tindakan lelaki itu.
Berteman air liur payau, Maisarah akhirnya memegang tangkai bunga tersebut. ‘Sudah…Memang ada ceritalah lepas ni.’
“Thank you, dear.” Ucap Iman.
Klikkk…Kilikk…
‘Arghh..Rupanya, ada pula yang sempat merakamkan gambar.Ah, gila.’
Iman mengukir senyum.Dia kemudian memberi isyarat mata supaya mengikutinya.Maisarah terpaksa akur.Dia tahu, jika dia melarikan diri, pasti Iman dapat mengejarnya.
Mereka yang berada di dalam kedai itu sudah bertepuk tangan. “Wow..Sweet.Semoga  berbahagia.Your true love became your destiny love.”Ada juga suara yang menitipkan kata-kata itu.
‘Aduh…Gila macam ni. Ni dah jadi drama dah ni.’
Mereka sudah berjalan beriringan.Tangan Maisarah di pegang Iman. Takut gadis itu akan melarikan diri.
“Aii...Terima nampak.Dah tak tahu nak lari ke mana ke?” Perli Iman. Nampaknya dia sudah menang.
“Kau nak apa sebenarnya ni, hah. Nah, ambik balik bunga kau ni.” Maisarah menyerahkan kembali bunga mawar merah tersebut.
“Ambik aje lah.Dah, jom.Ikut aku.”Ajak lelaki itu.
“Pergi mana lagi ni. Aku nak jumpa kawan akulah.”
“Beritahulah dekat kawan kau tu…kau lambat sikit.Cakap kau jumpa abang kau.”
“Eh, kawan aku tahulah aku takde abang.Adik beradik aku semua perempuan.”
“ Eh, aku ni ‘abang’ kau juga tau sekarang ni. Abang ehem..ehem..Tak pun, beri jelah apa-apa alasan pun.Ada otak gunalah.”Berdesing lagi telinga Maisarah mendengar suara itu.
“Just follow me.”
“Iklan bedak ke apa ni. Follow me.”
“Mengarut pulak kau ni. Ikut jelah.Degil.”
“Yelah. Aku ikutlah ni.”
Langkah terus diatur.
“Okey, dah sampai.”Ujar lelaki itu.
‘Alamak..kedai pakaian berjenama.Ngee…Mampus aku.’
Maisarah memandang wajah lelaki di hadapannya itu untuk seketika.
“Kenapa tengok macam tu?” tanya lelaki itu. Lembut sikit nada suaranya. Sikit je…
‘Aii, takut ke aku pandang macam tu. Gila apa. Aku pandang biasa-biasa je. Bukan menggoda pun.’ Bisik hati Maisarah sambil tersenyum di dalam hati.
“Hmm..Takde..takde apa-apa..” Maisarah membuat muka selamba.
“Jom masuk.”Tegas suara itu.
“Kau nak suruh aku ganti baju kau ke.Sorrylah, encik Iman.Aku takde duitlah.”Maisarah sudah ingin melangkah pergi.
“Hai, Sarah. Nak blah ke.Aku tak cakap pun suruh kau beli.Aku cuma nak kau pilihkan je. Kau pilih, aku bayar sendirilah.”
Maisarah berkalih pandang.Wajah lelaki itu dipandang tepat.Terkejut.Terkebil-kebil juga matanya memandang lelaki itu. ‘Dia panggil aku,Sa..rah. Dia ni….’
“Erk…Iman..”
“Yup..Kenapa?”Lembut sedikit nada itu kedengaran.
“Erk..”
“Kenapa Sarah. Anything wrong?”Ujar Iman seraya memandang wajah Maisarah.Dia menguntum senyum sambil menjungkit kening.
“Takdelah..Nothing…”ujar Maisarah perlahan. Kepalanya sudah menggeleng.‘Kenapa aku rasa lain je sekarang ni. Dia ni…Hmm..Pelik..Tetiba je jadi baik.’Maisarah berbisik sendiri.
“Eh, cepatlah pilihkan baju untuk aku. Aku nak cepatlah ni. Berangan pulak dia.”
“Aku mana tahu kau minat yang macam mana? Aku ni dahlah entah siapa-siapa. Taste kau bukan aku tahu pun?” Terus sahaja sentimental hatinya lenyap.
“Ikut taste kau.”
“Aku??Taste aku ye baju perempuan. Takkan aku nak pilihkan kau baju perempuan.”
“Agak-agaklah, kan.Takkan kau nak suruh aku pakai baju perempuan.Melampaulah tu. Cepatlah.”
“Hishh..kau ni. Dahlah culik aku ke sini. Paksa..paksa pulak.”
“Aku bukan culik kau ea. Pinjam kejap je.”
Akhirnya Maisarah berkenanan pada satu baju t-shirt bewarna putih berline warna biru dibahu. Hmm..Cantik pada pandangan matanya.
“Nah, yang ni.” Baju itu diserahkan kepada lelaki itu.
Lelaki itu membelek untuk seketika. “Thanks..Minat kita samalah.”Ujar lelaki itu seraya menguntum senyum.
‘Sengal mamat ni.’
Iman pergi membayar harga baju tersebut. Harganya…ehem..ehemm…Standardlah kalau baju ori jenama Polo.
Maisarah masih menanti. ‘Aku tunggu diadekat sini buat apa. Time nilah patutnya aku blah.’Maisarah baru terfikir.Dia baru mengatur langkah.
“Ehem..Ehem…”
Maisarah menghentikan langkah. Ehem..Ehem..Suara itu mula dikenali milik siapa.
“Dah nak blah ke?Tak tunggu pun ea.”
‘Alahai mamat  ni. Tetiba je nak berbaik dengan aku ni. Nak suruh aku tunggu dia.Ingat aku ni apa?’
“Sorrylah. Aku nak jumpa kawan ni. Aku pergi dulu.” Jawab Maisarah.
“Kejaplah…”
Telefon bimbit Maisarah berbunyi.Ringtone ‘Senyum Seindah Suria.’Nyatalah Ibtisam menelefonnya.Maisarah segera menjawab.
Tidak lama selepas itu, Iman pula menjawab panggilan telefonnya.
“Hai, darling darling sweetheart…I really miss you.”
Lelaki itu sedang berbual di telefonnya.Maisarah pula baru memutuskan talian dengan Ibtisam.
‘Alahai, gila romantik suara.Dengan aku ganas semacam je. Tapi, tadi..’Maisarah tersenyum sendiri di dalam hati.Teringat pula dia akan suara romantik lelaki itu ketika memberinya bunga. Tenungan mata lelaki itu juga..Grr…..Terkelu bicara den.
“Sorry. My girlfriend call.” Lelaki iu menguntum senyum setelah memutuskan talian.
Maisarah juga membalas senyum.“Okeylah, aku pergi dulu.”
“Okey.. I really sorry, but thanks for this.”Lelaki itu menunjukkan baju yang dipakainya kini.
“Lupakanlah.”Maisarah malas memanjangkan kata. Jika dipanjangkan kata, sudah pasti  kisahnya semakin panjang jadinya.Rasanya, baik berdamai.
“I’m Iman. Nice to meet you, Sarah.” Iman sudah mengunjukkan tangannya untuk berjabat salam. Nampaknya, dia sudah berubah personaliti.
“Okey. Tak payahlah salam.”
Iman hanya ketawa lalu menurunkan tangannya.
“Opss..Jap…Macam mana kau tahu nama aku Sarah.”Soal Sarah meminta jawapan.
“Opss…Maafkan, Sarah.” Iman mengajuk kata itu.
Maisarah tersenyum sendiri. “Ooo..Okey..Okey..”Dia mengerti. Comel pula bila melihat gaya lelaki itu mengajuk cakapnya tadi.
“Macam mana kau tahu nama aku Iman?”Kini Iman pula memberi soalan.
Maisarah menjungkit kening.Namun kemudan dia tersenyum. “Hmm..Muka kau macam seseorang yang aku pernah kenal.Namanya juga Iman. Cuma…cara je lain.”
Iman mengangguk. “Ooo..ye ke. Kebetulan ek.Boyfriend ke?”
Maisarah hanya menjongket bahu.
“Kau dah ada boyfriend ke?”
“Eh, apa kes tanya lebih-lebih ni. Sibuk je.”
“Saje je.Next time kalau nak suruh aku menyamar jadi boyfriend kau, aku okey je.”
“Walawei..Kau saja nak memerangkap aku, kan. Sorrylah. Dah..Aku nak blah.”
“Nak nombor telefon aku tak?”
“Huh..Tak ingin pun.”
“Kalau nak..cakap jelah. Autograph nak tak?”
“Kau nampak ni?” Maisarah sudah menunjukkan pistolnya. Pistol dengan isyarat tangan seperti  kegemarannya.
“Kalau kau tembak, aku ‘Peace’ je.”Iman membalas dengan membuat isyarat ‘peace’ seperti kebiasaan Maisarah.Dia juga sudah ketawa.
“Dah..Aku blah..”
“Sejak tadi aku dah dengar ayat kau tu. Tapi, tak blah..blah juga.”Iman terus ketawa.Berdesing telinga Maisarah mendegar bicara itu.
‘Mangkuk hayun’ betul mamat ni. Eii…Geram aku.’
“Sarah…Next time kalau jumpa aku jangan buat-buat tak kenal ea.”
“Huh…Blahlah kau.”Maisarah akhirnya melangkah pergi.Begitu juga Iman.Mereka sama-sama tidak memandang.
‘Perghh…Kenapalah tiba-tiba hari ni aku jumpa ‘mangkuk hayun’ ni pulak. Haishh…’
“Iman…” Nama itu meniti di bibir.‘Kenapalah Iman ni yang aku jumpa. Buat sakit hati je.’
“Aii, mana pulaklah Sam ni?Kata tunggu kat sini. Aku tak sabar nak cerita pasal mamat ‘mangkuk hayun’ni.”
Tidak lama kemudian Ibtisam pun tiba. “Sorry. Aku pergi toilet jap. Sakit perut.Tak tahan.”
“Ooo..Patutlah lambat.Aku mesej pun tak balas. Eh, Sam..Aku ada cerita best ni…..”
Maisarah menjadi penglipur lara.
Ibtisam membulatkan mata.“Macam tu ke ceritanya…Gila, ah. Gila kerek mamat tu. Kau kata dia kasi bunga. Mana bunga tu.”
            “Aku sengaja tinggalkan dekat kedai baju tadi.”
            “Sayangnya…”
            “Huh..Tak sayang pun.Takde faedah pun aku ambik bunga tu, wei.”
*****
REENA AQASHA sedang menanti seseorang.Wajahnya resah gelisah. “Hishhh..Janji pukul 2.00, tapi dah dekat 2.30 batang hidung pun tak nampak. Ni mesti tipu aku ni. Ntah-ntah pergi mengayat awek lain.”
Reena Aqasha sudah memeluk tubuh.Dadanya berkobar rasa marah.
Tiba-tiba sejambak bunga diunjukkan di hadapan wajahnya. “Sorry, baby. I lambat.You marah ea.”
“Marahlah. You ingat Ini apa tunggu youdekat sini. Tunggul?”
“Sweetlah muka you bila marah.”Nampaknya lelaki tersebut tidak mengendahkan kemarahan Reena Aqasha.
“Eii…you jangan nak ngada-ngada .I tengah marah ni tau.”
“Okey..Okey..I really sorry. Ambillah bunga ni. Tak sudi ke?Penat I beli tau.”
“Huh..”
“Tak nak ke? Kalau tak nak..I kasi kat orang lain.”
“Eii, gilalah you ni. You memang ada perempuan lain, kan?”
“Mana you tahu.Ada bukti ke?Mehlah tunjuk.”
“Eh, malaslah nak cakap dengan you ni.”
“Ke…you yang sebenarnya ada lelaki lain. I pernah nampak you dengan….”
“Hei..Tu client I okey.”Cepat sahaja Reena Aqasha menyambung kata.
“Yes. I know.…Memang itu pun yang  I nak cakap.” Lelaki di sisi Reena Aqasha itu tersenyum. “Sorry,baby.I gurau je.Takkan itu pun nak marah.Lainlah kalau you memang ada skandal dengan dia. I ni kan baru je seminggu balik sini. So…banyak yang I tak nampak dan tak tahu.”
Reena Aqasha menelan liur payau.
“Sorry, darling.”Reena Aqasha mengambil juga jambangan bunga tersebut lalu memeluk lelaki itu.Ciumannya juga singgah di pipi lelaki itu.
“I really miss you.”
“I only love you, baby.”
*****
“HAI, BABY. You buat apa pagi-pagi ni. Keluar dengan I jom.Rindulah dengan you.”
“Semalamkan kita baru jumpa.”Begitu manja suara itu kedengaran. Siapa yang mendengar pasti akan tergoda.
“Semalamkan sekejap je kita jumpa.Kenapa?You nak jumpa orang lain ke. Hari ni hari minggu, okey. Jangan cakap dekat I yang you kerja nak jumpa client. Lusa I kena balik U.K. lagi ni.Nak settlekan semuanya. So, hari niI nak melepas rindu dengan you puas-puas.”
“Hmm…Okey, darling.Janganlah marah.You marah tak comellah. Hari ni full day..Iakan ada dengan you.Okey, darling.I pergi mandi dulu.”Reena Aqasha pandai memujuk kata.
“Yes, my sweetheart. I will pick up you. See you later.”Iman mematikan talian.Dia tersenyum.Dia kemudian membuka lagu audio ‘Oh!Reena’ di telefon bimbitnya. Lagu itu menjadi siulannya.
Oh!Reena…
Why you lie to me..
Oh! Reena…
You know how I feel
Oh! Reena….

“Reena…Seandainya dikau milikku, kuingin miliki hatimu selamanya.”Iman mengucup gambar wajah Reena dibingkai kaca di atas meja bersebelahan katilnya.
Dengarkan permintaan hati…
Ya…Ku bakal perdengarkan kepadanya..
Jika dia ditakdirkan milikku..
Indahkanlah pandanganku kepadanya…

No comments:

Post a Comment