“KAU tengok apa, Mai?” tanya Ibtisam. Matanya
juga cuba mencari sasaran pandangan temannya itu. Maisarah tidak menjawab.
Maisarah
hanya mampu terdiam apabila melihat satu susuk tubuh yang sedang menyilang
tangan ke dada sambil menyandar di salah sebuah dinding bangunan kedai di situ.
Susuk tubuh itu nyatalah amat dikenali.
“Owh, aku tahu. Kau tengok mamat kat
hujung tu, kan. Yang ala-ala kerek bersandar kat dinding tu kan.” Teka Ibtisam.
Memang dia bijak.
Maisarah
hanya tersenyum tawar. “Taklah. Mana ada.”
“Eleh,
kau. Lagi mau tipu aku. Hensem juga ek mamat tu. Ada style juga.” Ujar Ibtisam.
Maisarah
hanya mengunci bicara. Hanya menjongket bahu, membalas jawapan Ibtisam. Dia
tidak mahu memberitahu tentang lelaki itu kepada Ibtisam. Itulah sebenarnya
Baim Wong Malaysia yang pernah di beritahu dulu di dalam mesej. Tetapi, mesej
itu tidak sampai kerana dia tersalah hantar. Buat masa ini, itulah rahsia
terbesarnya yang tidak dikongsi dengan teman baiknya itu.
“Jom.
Kita spy lelaki tu nak. Tengok lepas ni dia nak
pi mana. Pastu, kita tengok, dia ada awek
ke tak.” Saran Ibtisam dengan idea yang tidak pernah terlintas oleh Maisarah.
“Hisy,
kau ni. Taknaklah. Mengarut je. Baik kita cari surau dulu.” Balas Maisarah
tidak bersetuju.
“Yelah.
Tapi…Jom kita lalu dekat sana. Bolehlah tengok muka dia tu. Amacam.” Ibtisam
masih dengan caranya. Dia memang suka begitu. Pantang melihat lelaki hensem. Orang kata, tak dapat orangnya
tapi dapat tengok pun jadilah.
“Takyahlah.
Escalator kat sini. Takkan nak pusing jauh-jauh pulak.”
“Alah,
jomlah. Bukannya keluar duit pun. Kita saja-saja jelah lalu depan dia.” Ibtisam sudah menarik lengan Maisarah.
“Jomlah…”
“Ish, kau ni. Yelah. Jom. Nak tengok sangat.”
Mereka berjalan ke tempat sasaran. Dalam pada waktu itu, lelaki itu juga sudah
mengatur langkah ke hadapan. Dia sedang terleka menjawab telefon. Seraya itu
mereka berselisih. Maisarah adalah orang yang paling hampir dengan lelaki itu.
Zapppp. Lintasan
pandangan berlaku. Mereka saling memandang tanpa sebutir bicara di bibir.
“Hensem, kan.” Suara Ibtisam mula
menerjah gegendang telinga Maisarah.
Maisarah
hanya berdiam diri. Terasa detak jantungnya berdebar. ‘Am…Maafkan aku dengan
keputusan yang aku dah buat. Tapi aku tak dapat tipu diri aku sendiri. Aku
sebenarnya masih tak dapatlupakan kau.’ Maisarah mengakui setiap baris kata
hatinya.
Ilham
hanya memerhatikan langkah Maisarah yang kian pergi.Dia membiarkan sahaja tanpa
mengejarnya.‘Mai..Aku tahu kau gembira sekarang. Aku tak menyesal melepaskan
kau pergi walaupun hati aku selalu merindui kau.’Ilham berbicara dengan hatinya
yang tulus. Terlunas juga rindunya walaupun hanya sekilas pandang.
“Wei…Kau
tengok apa?” tegur satu suara yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Bahu Ilham
ditepuk agak kuat.Ilham terkejut. Dia memandang empunya diri yang tiba-tiba
muncul mengganggunya. “Kau??”
“Yup.
Akulah. Takkan tak kenal kut. Tahulah
aku dah jadi lain, kan. Tak macam yang kau kenal sebelum ni. Amacam. Okey tak?
Hmm..Siapa yang kau tengok tu. Hmm..Jangan-jangan dia tu….”
Ilham
tidak menjawab, sebaliknya hanya menjeling mata.
“Hmmm…Jangan-jangan
dia tu Maisarah. Betul tak tekaan aku.” Maira sudah ketawa.
Ilham
masih tidak berkata-kata. Dia membuat muka toya.
“Bro…Aku
tanya jawablah. Kita ni bukan musuh okey. Pasal rancangan ummi tu, aku tak
ambil port pun. Aku tahulah aku ni
siapa, kan. Wei..kau dengar tak ni.”
“Diamlah,
kau. Datang je buat bising. Potong
stim aku je.”
“Dushh..Aku pulak yang kau salahkan.
Rilekslah, bro. Kalau ada jodoh kau dengan dia..adalah.”
“Weh..Macam mana kau tahu pasal aku
dengan dia?”
“Apa
jenis soalanlah kau ni. Takkan tak boleh nak fikir. Ye, ummi kau yang beritahu
aku.Ummi kau kan baik dengan aku. Ummi kau jelah
yang sayang aku. Aku ada jumpa ummi kelmarin. So, ummi ceritalah pada aku.”
“Selama
ni kau pergi mana?”
“Pergi
mana?? Aii, tetiba je ambil tahu
pasal aku.Hmm…Aku balik rumah lamalah. Tengok junior-junior aku. Kau tahulah, rumah aku tu ramai penghuninya. Aku
rindu kat diaorang tu. Dahlah, bro. Jom.Tengok wayang. Aku bermurah hati nak
belanja kau ni.”
“Tak
naklah.”
“Rilekslah,
bro. Jangan tension sangat, okey.” Tangan Ilham sudah ditarik.
“Oii..Apa
ni tarik-tarik.”
“Peduli
apa aku.”
“Oii..Zack…”
“Ehemm..ehem..Janganlah
panggil aku Zack. Kau panggil aku Maira je.Tak pun…..Mai. Aku kan dah berubah
penampilan sekarang ni.”
“Huh..Tak
ingin aku. Ubah penambilan, tapi cara cakap sama je macam gangster.Peragai sama je aku tengok.”Ilham merentap tangannya.
“Come onlah, bro. Teman aku. Kau ni tak rocklah.
Dulu kau tak macam ni, kan. Takkan sejak ehem..ehem..kau
dah jadi macam ni.”
Ilham
menjeling tajam. Dengan rasa tak berapa puas hati dia bersetuju jua.“Yelah..Yelah..Kau
ni. Yang ni pertama dan terakhir…”
“Memang
yang ni pertama dan terakhir pun. Lepas ni aku boleh ajak pakwe aku sendiri.”
“Aik,
kau ada pakwe ke.” Ilham ketawa
sinis. Macam tak percaya jika Maira Zaskia yang berperilaku tomboi dan kasar
itu ada yang berkenan.
Maira
Zaskia sudah ketawa. “Kenapa? Tak percaya ke? Tolonglah percaya okey. Dia dah
lamar aku dah pun. Aku terima je. Ni haa
cincin.So, aku balik sini sebab nak
khabarkan berita gembira ni kat ummi. Kau pun tak payahlah risau tentang plan ummi tu.”
Ilham
tersenyum jua akhirnya. “Patutlah kau tiba-tiba dah berubah.”
“Yup.
Step by steplah.”
“Pakwe kau tak marah ke kau jumpa aku
ni?”
“Aku
dah beritahu dia.”
“Dia
tak marah?”
“Tak kut. Okey je. Lagipun akukan anggap kau
macam abang aku. Takde feeling langsung.
Cuma kau jelah yang tak pernah nak anggap aku ni macam adik kau.”
“Hmm..Okey.”
Mereka berdua berjalan beriringan.
******
SETELAH membeli
tiket, makanan dan minuman, mereka masuk dan mencari tempat. Mereka mencari
keselesaan untuk duduk. ‘Hmm..Selamat posisi best.’Maisarah kemudian meletakkan minumannya di ditempat yang
disediakan. Manakala pop corn berada
di atas ribanya.
Maisarah
merasakan dadanya berdebar kencang. Maisarah berkalih padang dibangku
sebelahnya yang baru terisi. Dalam samar-samar cahaya itu, dia hanya mampu
terdiam. Wajah mereka tepat saling memandang.
‘Am…’
‘Mai…’
Mereka berdiam diri. Terus
berpura-pura tidak mengenali.Maisarah melayan kata Ibtisam manakala Ilham pulah
melayan bicara Maira Zaskia di sebelahnya.
Tayangan
baru bermula. Maisarah cuba memberi fokus kepada cerita yang ingin di tonton.
Namun, fikirannya melayang.Fokus untuk menonton hilang. Dia melayan bicara hati
sendiri. ‘Siapa perempuan sebelah dia tu? Kekasih dia ke? Nampaknya macam
mesra. Hish..Kenapa aku menyibuk
pulak. Aku jealous ke?’
Ibtisam
sesekali menepuk lengannya. Excited degan
lawak cerita yang sedang ditayangkan. Di sebelah, Ilham juga hanya senyap
membisu. Entahlah, mungkin juga berada situasi yang sama sepertinya. Sesekali
kedengaran bicaranya dengan teman di sebelahnya.
Maisarah
mengambil air dan menyedutnya. Lama juga dia menyedutnya. Tika itu fikirannya
masih melayang.
“Eh,
kau minum air siapa tu Mai. Air kita
nilah. Pada aku.”
Maisarah
terkejut. ‘Alamak..hai..Air ni…’ Maisarah sudah tertelan liur. Terasa merah
padam mukanya. Dia mengisyaratkan Ibtisam supaya tidak bercakap. Hehe..Takut
orang sebelah perasan. Dia dengan selamba dan senyap-senyap telah meletakkan
kembali bekas minuman itu ke tempatnya. ‘Adehh..Deh..Bengang siot. Ter..terminum air dia. Agaknya dia perasan tak? Tulah,
melayan sentimental hati. Hmm..Kan dah.’
Ilham
terperasan dengan apa yang berlaku. Dia tersenyum di dalam hati. Rasanya nak
tergelak pun ada. Tetapi di cover.
Sengaja buat-buat tidak perasan. Dia kemudian mencapai airnya. Tak pasal-pasal
dah tinggal separuh. Dia teringat memori lama sewaktu berkongsi makanan dengan
Maisarah. Tika itu Maisarah sudah kekenyangan minum air. Maka makanannya tidak
habis. Sewaktu itulah dia menjadi mangsa untuk menghabiskannya.
“Betul
ke kalau kita kongsi-kongsi macam ni jadi makin closed.”
Hmm…Nampaknya
itu hanya cakap-cakap orang aje. Kini dia dan Maisarah bukan makin rapat tetapi
makin menjauh.
Ibtisam
di sebelah sudah menyigung lengannya. “Banyak ke kau minum air dia?” bisik
Ibtisam.
“Uit,
jangan tanyalah. Aku tengah bengang ni. Kau ni saje jelah.” Balas Maisarah dalam bisikan kata yang paling perlahan.
Wajahnya terus memandang ke layar cerita yang sedang ditayangkan. Haha..Nyata
dia hilang fokus ditambah dengan dengupan jantung yang berdebar kencang.
Maisarah
sekadar berkalih pandang ke kanan dan kiri. Dalam jarak dua buah kerusi di
baris belakangnya, dia terlihat adegan yang tak sepatutnya. Si gadis
melentokkan kepala di bahu si lelaki, manakala si lelaki begitu asyik
menjalarkan tangannya. Entah macam mana matanya boleh terlihat itu semua.
Tetiba jadi mata burung hantu pulak. Awas di dalam gelap. Maisarah beristighfar.
Kat tempat gelap, tapi ramai orang pun dia orang berani buat macam ni.
‘Entah-entah dia orang dah kahwin. Apalah aku ni.’
Maisarah
membuang jauh fikirannya. Dia kembali kepada kedududukan asal. Menonton
perjalanan cerita yang masih panjang.
“Mai..”
perlahan suara itu memanggil.
Maisarah
terasa berdebar apabila Ilham memanggil namanya.
“Maira…Jom..”
Ilham
sudah bangun diikuti teman di sisinya.
Maisarah hanya mampu memandang. Namun, dia tidak dipandang.
No comments:
Post a Comment