Maisarah,
Ibtisam, Ziha dan Asma berpakat keluar bersama. Mereka saling berkenalan. Mujur
mereka ‘sekepala.’Maka, planning mereka
menjadi.Selepas bermain bowling, mereka mencari tempat melepaskan dahaga dan
mengisi perut.
“Mai..Tempat sebelum ni, nak. Tempat hero kau
belanja kita.” Saran Ibtisam.
“Wah, Mai. Kau ada hero. Tak beritahu pun.” Ujar
Ziha yang mula rasa teruja.
“Siapa Sam hero si Maisarah ni?” soal Asma pula.
“Aku pun tak tahu. Tak kenal pun. Tapi aku tahu nama
dia. I-Man.”
“Wow..Fantastik. Kau ada hero Mai. Tak sangkanya.
I-Man ke Iman?” Asma sekadar meneka.
“Ish, korang ni. Ke situ pulak. Kau ni pun satu Sam.
Tak boleh simpan rahsia betul.”
“Opss…Sorry. Aku ter…”
“Apa ter..ter…” gerutu Maisarah.
“Dahlah, Mai oii. Let’s go je lah.” Ziha meredakan
keadaan.
Mereka kini sudah melabuhkan punggung dibangku
masing-masing.
Seorang pelayan telah hadir ke meja mereka.
“Err..Siapa cik Sarah…” tanya perempuan pelayan itu.
Ibtisam, Asma dan Ziha serentak menunding jari ke
arah Maisarah.
“Ini untuk cik Sarah. Titipan dari seseorang.” Ujar
pelayan itu seraya menghulurkan setangkai mawar kuning kepada Maisarah.
“Err..Siapa?”
“Maaf, cik Sarah. Katanya..secret admirer cik Sarah.
Maaf ye. Saya minta diri dulu.” Pelayan
itu kemudian berlalu pergi.
“Ehem..Ehem…Cik Sarah ada secret admirer ke?” usik
Asma.
“Eleh, Mai. Aku tahu siapa yang kasi. Aku yakin
mesti I-Man, hero kau yang kasi. Takde orang lain punyalah. Aku gerenti 120
percent.”
“Nah..korang. Ambik bunga ni. Aku tak nak.”
“Alah, Mai. Ambik jelah. Orang dah kasi.”
“Nah, Ziha. Aku kasi kau.”
“Aii..Aku pulak.”
“Ambik jelah. Aku kasi. Letak jelah dalam beg kau
tu. Beg kau tu kan besar.”
“Pulak dah. Orang tu kasi kau, Mai. Kalau orang tu
ada dekat sini, kecik hati orang tu.”
“Sumbat jelah dalam beg kau tu.”
“Nanti rosaklah bunga ni. Ni kan bunga hidup.”
“Sumbat jelah.”
“Apalah kau ni Mai. Daripada aku letak dalam beg,
baik aku pegang je. Barulah ada gaya gadis pembawa bunga. Hehe…”
“Ehem..Ehemm…Hai, Sarah.” Satu suara menyapa pendengaran
mereka semua. Maisarah sudah membulat mata. Terkejut dengan kemunculan lelaki
itu. Siapa lagi kalau bukan Iman@ I-Man.
“Hai, you all. I’m Iman.” Iman memperkenalkan
diri menarik kerusi dan duduk bersama
mereka. Posisinya di sebelah Maisarah. Ibtisam, Asma dan Ziha sudah saling
memandang dan tersenyum.
Maisarah hanya menunduk diri dan membisu. Hatinya
sudah mengomel.‘Hish, mamat ni. Menyibuk je ada kat sini. Pergilah sana main
jauh-jauh. Tak suka aku. Boleh pulak muncul dekat sini.’Maisarah sudah merasa
dadanya berdebar kencang. Sungguh tidak selesa.
“Hmm..Sarah…Boleh kita…”
“Kau nak apa ni. Aku tak suka kaulah. Pergilah sana!”
Maisarah menekan suara namun masih mengawal lantunan suaranya. Hanya berbicara
dengan Iman di sisi.
‘Lelaki ni, pasti bukan Iman yang dahulu. Muka
memang sama.Kebetulan.Hmm..Rasanya nilah lelaki yang aku nampak sebelum ni. Tak
sangka pula Maisarah kenal.’ Asma hanya berbisik di hati sendiri.
“Iman…Janganlah ganggu aku kat sini. Aku tak
sukalah. Aku mohon secara baik ni. Please!” Maisarah sedaya-upaya meminta Iman
pergi .
“Okey, aku pergi. Tapi, kalau boleh aku nak nombor
phone kau.”
“Sorry. Tak boleh. Dah pergi sana.” Maisarah sempat
menyepak kaki Iman. Dia berharap lelaki itu segera pergi.
Iman sempat ketawa. “Ganaslah kau ni Sarah.”
“Pergilah sana. Jangan menyibuk kat sini.”
“Ehem…Iman. Nombor Sarah je ke you nak. Nombor
I….you tak nak ke?” Asma dengan gaya menggodanya pula bertindak diluar
jangkaan.
‘Sudah, minah sorang ni. Dia pulak buat hal.”
“Oh, okey. Your name?”
“Asma..Just call me As.” Ujar Asma dengan gaya
sedikit menggoda.
“Okey. Nice name. Your phone…”
Asma dengan selambanya memberi nombor telefon
bimbitnya. Ibtisam dan Ziha saling berpandangan. Mereka kemudian memandang
wajah Maisarah. Maisarah hanya menjongket bahu.
“Okey, Iman. Nice to meet you. Sorrylah. Harap you
tak ganggu gathering kitaorang ni.”
Asma lebih berbahasa.
“Okey.”
“Dahlah.Pergi sana. Kacau je.” Maisarah masih dengan
caranya.
“Iyelah, Sarah. Kita ni siapalahkan. Nak berkawan,
tapi orang tu tak sudi. Takpelah. Lupakan je. Okey, girls. Sorry ganggu you
all. Sorry ea, Sarah.” Iman kemudian bangun dan berlalu pergi. Namun, dia tetap
menguntum senyum.
Maisarah membuat muka bengang.
“Kau ni Sarah. Kalau kau tak suka dia aku tak
payahlahbuat cara ganas kau tu. Cakaplah baik-baik.” Ujar Asma.
“Yelah. Aku salah. Mana tahu tetiba hati aku ni nak
termarah dekat dia.”
“Kenapa tetiba hati kau marah kat dia Mai. Sam kata
dia hero kau. Ke kau ni…tengah J.E.A…”
Asma sudah tersenyum sumbing.
“Apa tu. Macam nombor flat motor abah aku je.” Maisarah
tergelak sendiri.
“Jealouslah.”
“Eiii…Takde maknanya. Eh..ni apasal cerita aku jadi
topik pulak ni. Bukan ke tadi kita borak benda lain.”
“Tetiba cerita kau jadi sensasi jap. So…utamakanlah
yang sensasi dulu.” Ziha pula menyambung kata.
“Kaulah, As. Tetiba kau pulak menggatal beri nombor
phone dekat dia tu kenapa?”
“Bukan nombor betul pun. Tipu je. Apalah kau ni.
Macam jealous je dengarnya.” Asma
sudah ketawa. Ibtisam dan Ziha turut ketawa kecuali Maisarah.
“Korang ni pun sama. Bukan nak support aku.”
“Alah, Mai. Gurau jelah.”
“Ah..Takde. Aku nak merajuk jugak.” Maisarah sudah
membuat muka merajuk.
“Alah, janganlah merajuk Mai. Siapa nak pujuk kau
ni, Mai.”
“Ah, aku tahu. Siapa boleh pujuk Maisarah ni. Aku
dah ada nombornya ni.” Asma sudah tersenyum melebar.
“I-Man..Oh ..I-Man…Tengok ni Maisarah dah merajuk.
Datanglah sini pujuk dia…” Asma sudah melekapkan telefon di telinganya.
Suaranya juga sudah manja-manja menggoda kononnya sedang menghubungi I-Man.
Maisarah mencebik muka. Teman yang lain sudah ketawa
sambil menekan perut. “Bestlah lawak kau As.” Puji Ibtisam.
“Betul..Betul..Betul..” Ziha pula memberi sokongan.
“Sengal korang bertiga ni.”
Seorang pelayan sudah datang lalu menghidangkan
empat mangkuk mee wantan. Itulah pesanan mereka tadi.Mereka menikmatinya.
Hmm..Sedapppp…Alhamdulillah.
“Cik Sarah. Ada titipan untuk cik.” Seorang pelayan
telah datang ke meja mereka seraya menghulurkan sehelai kertas tisu bewarna
merah jambu yang berlipat kepada Maisarah.
Titipan itu diterima. Masing-masing sudah memanjangkan
leher ingin mengintai apa yang tertulis di atas kertas tisu tersebut. Namun Maisarah tidak
membenarkannya.
~Jangan merajuk
Sarah. Muka tak comel. Macam cencurut. Dah..Jangan merajuk ea. Aku
belanja.~I-Man.
“Grr..Sengal.” Ujar Maisarah.
“Kenapa?” soal Ibtisam.
“As..Kau
nilah. Kau telefon dia betul-betul buat apa?”
“Dia…Siapa dia?”
“I-Manlah.” Maisarah menekan sedikit suaranya.
“Hah?? Weh…Aku olok-olok je tadi. Mana aku telefon
betul-betul.”
“Habis tu…Ni ha..Baca..”
Mereka bertiga bergilir-gilir membaca tulisan di
atas kertas tisu tersebut. Lalu mereka bertiga tersenyum.
“Bagusnya dia belanja kita. Murah rezeki dia.
Aminn…” Asma semakin galak ketawa.
“Entah kau ni Mai. Tak payahlah marah sangat.
Anggaplah ni rezeki.” Ziha pula menutur bicara.
“Kenapa korang ni menangkan dia je?”
“Bukan menangkan dia. Tapi, aku tengok kau pun macam
bersalah je. Kau sepak kaki dia, kan. Tak minta maaf pulak tu. Aku tengok dia
tu memanglah menggatal. Tapi, dia masih still minta maaf.
Sorry..Sorry..Haa..Kau mana ada.” Asma menguatkan hujahnya.
“Eh, aku pulak yang kena.”
“Aku rasa dia tu okey je. Kau ‘lawan’ makinlah dia
berani usik kau.”
“Masalahnya, aku tak sukalah dia tu. Dia asyik kacau
aku. Buat aku rimas. Dia tu entah siapa-siapa tau.”
“Tapi, dia kan pernah tolong kau.”
“Memanglah. Aku dah ucap dah terima kasih dekat dia.
Dahlah. Nak apa lagi.”
“Aku cabar kau Mai. Minta maaf dekat dia dan ucapkan
terima kasih sebab dia belanja mee wantan
ni.” Asma sudah menjungkit kening.
“Hah??” Maisarah membulat mata. “Tak naklah. Kau ni
Asma. Gila ah.”
“Alah, aku rasa dia ada dekat sini. So, apa kata
kita tanya cik pelayan tu. Dia mesti tahu sebab dia yang hantar titipan ni.”
Maisarah menggaru kepala. “Tak payahlah.”
“Rilekslah, Mai.”
“Yelah..Yelah..Aku tulis dekat tisu ni je. Nanti
pass je akak pelayan tu,” ujar Maisarah lalu mencari pen di dalam beg
tangannya. Kertas tisu di hadapannya di ambil. “Nak sangat aku balas, kan. Nah
ambik ni.”
-Sorry….Terima
Kasih…
“Aii, tu je kau tulis.” Soal Asma. “Nama kau mana?
Macam tak ikhlas je.”
“Kau ni As. Aku rasa kau ni dah macam berkomplot
dengan dia je.Kau ni biar betul. Kau kenal dia tu ea. Baik kau cakap
betul-betul.”
“Eh,mana ada. Aku bukan apa Mai. Aku taknaklah kau
terlalu membenci orang. Silap-silap nanti hati kau tersangkut dekat dia. Baik
layan dia natural je. Suka atau tidak, layan kasi adil. Lagipun, kau tak rasa
ada bayangan rindu dekat Iman ke bila tengok dia. Nama dia pun kebetulan sama.”
Maisarah terdiam.
“Manalah tahu lepas ni kau dah tak jumpa dia lagi.
Taklah kau menyesal.”
‘Aii, Asma ni. Tetiba cakap macam ni pulak. Aduh….’
Akhirnya, Maisarah menulis juga namanya .-Sarah.
Mereka kemudian bangun dan Maisarah memberikan
titipan tersebut kepada pelayan yang sama memberikan titipan I-Man. Mereka
seterusnya beredar meninggalkan kawasan itu.
Selang beberapa waktu kemudian…
“Maafmu diterima…Sama-sama…”Iman menjawab titipan
itu. Dia tersenyum sendiri. ‘Kuch..Kuch…Hota..Hai..Sesuatu telah
berlaku..Sarah..Sarah…Hmm..Best pulak melayan kau ni Sarah. Mesti kau ni tak
macam perempuan lain, kan.’
Iman kini mengelamun menari bersama Sarah seperti
dalam filem Hidustan, Kuch Kuch Hota Hai.
‘Aii,macam orang gila pulak aku tersenyum
sorang-sorang ni.’
“Ehemm..Ehem..”Iman membetulkan suara.
‘Takpe.Control hensem.’ Bisik hatinya sendiri.Dia masih terus duduk melayan
perasaan yang berbunga.
“Hai,
darling. You buat apa dekat sini. Kenapa I call you tak dapat. Phone you rosak
ke.” Suara menggoda Reena Aqasha sudah
menusuk ke telinga. Dia tergedik-gedik mesra memegang pipi Iman. Entah bila
masa Reena muncul dia juga tidak perasaan. Mungkin tika itu dia sibuk melayan
perasaan berangan bersama Sarahnya.
“Please, jauhkan diri you dari I.” Suara Iman agak
menekan. Dia terus menepis tangan itu dari
bermain di pipinya.
“You ni darling. Kenapa ni. Kenapa tiba-tiba you
marah I. You tak suka I datang ke?
Kenapa you keluar tak ajak I. I
rindu you. You tak rindu I ke? Dahlah you balik sini tak beritahu I.
Sampai hati you.” Suara itu merengek manja. Tergedik-gedik juga gayanya.
“Please Reena. Stop it. Ni dekat tempat orang ramai
okey. Tolonglah. I tak suka.”Iman sudah bangun dan berlalu pergi. Hatinya
sebal. Rasa benci menguasi diri lebih-lebih setelah mengetahui sikap sebenar
gadis itu.
“Darling..You nak ke mana. Tungglah I. Kenapa
tiba-tiba you marah dengan I ni.” Reena
masih terhegeh-hegeh kepada Iman. Terkedek-kedek langkah kakinya mengejar
langkah lelaki itu.
“Reena. You pergilah balik. I tak nak jumpa you.”
Iman kian melajukan langkahnya. Dia tidak suka Reena Aqasha terus mengekorinya.
“Darling…Kenapa you ni. I salah apa kat you.” Reena
Aqasha meminta jawapan.
Iman menghentikan langkah tiba-tiba. Wajah Reena
dipandang tepat. “Hey! You boleh tanya I, apa salah you kat I. Pleaselah Reena.
Jangan you berpura-pura tak tahu. I tengok depan mata I okey. Apa lagi alasan
you nak tipu I.Huh..!” Iman melepaskan keluhan nafas kasarnya. Mukanya juga
merah menahan rasa marah.
“Apa maksud you ni darling.” Reena Aqasha
berpura-pura tidak mengerti.
“You jangan cuba nak berdolak-dalih dengan I boleh,
tak. You ingat I tak nampak ke. I nampak dengan mata I sendiri tau tak! You apa
apa dengan lelaki tu, huh. You jangan kata you tak kenal lelaki tu!”Iman
menekan suara tegang. Timbul juga urat diwajahnya. Betapa dia begitu marah.
Reena Aqasha sudah terkejut separuh mati. Pastinya
Iman sudah mengetahui. “Iman…I..really sorry..” Reena Aqasha sudah memeluk
batang tubuh Iman. “ I…”
“Sorry you kata. Eh, you ingat senang ke I nak
terima. Hey..Pleaselah..” Tubuh Reena Aqasha di tolak ke samping.
“Darling..Kita kan dah plan nak kahwin.”
“Kahwin…Pleaselah Reena. Lupakanlah. Lagipun I tak
pernah lamar you pun. You yang hancurkan harapan I. Selama ni memang I cinta
dan sayang you Reena. But…Apa yang you dah buat dekat I. You permainkan
kepercayaan I pada you, Reena. Selama ni, I takde kat sini entah dengan siapa
you dah buat benda tu. You yang buat hal.”
“Jangan buat I macam ni. I cintakan you Iman...I nak kahwin dengan you. I sedar I
yang salah. I terpaksa Iman…I terpaksa..” Reena Aqasha terus memeluk tubuh Iman
sambil menangis. “I hanya cintakan you
Iman…” Reena Aqasha sudah merayu.
Iman terus menolak tubuh Reena Aqasha hingga
terjatuh. “Kalau betul you cintakan I, you tak buat ni semua Reena. You kata,
you terpaksa. Terpaksa apa, kalau you sendiri yang rela. I dah tahu rahsia
youlah. You tak perlu tunjuk muka kesian you lagi. I tak percaya you.” Suara
Iman kian tegang menekan rasa amarahnya. Pandangan matanya juga sudah berapi
melihat wajah Reena. Dadanya juga berkobar menahan rasa marah.
“Jangan cari I lagi. Jangan pernah tunjukkan diri
you depan I lagi. Please. .. Ni I masih boleh control marah I.So,lebih baik you
pergi sebelum I buat apa-apa pada yang lebih teruk pada you!”
“Iman.. please maafkan I..Iman…” Reena Aqasha masih
merayu. “Iman, jangan buat I macam ni…Iman..please.. I cintakan you
Iman..Please Iman. Beri I peluang…I sanggup melutut depan you Iman...Tolong
jangan tinggalkan I…” Reena Aqasha terus menangis dan merayu.
Iman tidak mengendahkan rintihan itu. Dia terus
berlalu pergi bersama hatinya yang remuk berkecai.. Tanpa sedar, matanya juga
bergenang air mata. Arghh…Begitu sakit hatinya yang merasa.
“Iman…Please..Iman..” Reena Aqasha terus mengejar
langkan Iman hingga ke kereta.
Iman ternyata tidak mengendahkan.
“Lebih baik you pergi. I takkan beri peluang pada
you!” Iman terus menutup pintu keretanya.
“Iman…” Reena Aqasha masih memanggil dalam tangis.
“Iman..please…” Dia bersendu tangis sendiri.
“Apa korang
tengok-tengok. Tak pernah tengok orang ke.” Reena Aqasha mula marah apabila ada
orang yang lalu lalang bercakap tentangnya. Pastinya orang mengutuknya sebagai
perempuan gila ditinggalkan kekasih.
Iman terus berlalu pergi bersama kesedihan di hati.
“Argh..Perempuan tak guna..Kenapa sekarang kau muncul semula.” Iman menghentak
stereng. Rasa sedihnya kembali merantai hati. Keretanya terus dipecut laju. Dia
ingin membawa hatinya yang terluka. Padahal hatinya baru hampir sembuh dengan
kemunculan Sarah. Kini, kehadiran Reena kembali melukakan hati dan perasaannya.
Sakit..Benci..Perasaan itu kini menguasinya. Dia pergi ke atas bukit
menenangkan diri. Setelah dirinya kembali bertenang, barulah dia memandu pulang
ke rumah.
Di dalam perjalanan…
Iman kini terperasankan seseorang. Gadis itu sedang
berjalan di hadapan keretanya yang sedang berhenti sementara menunggu lampu
isyarat bertukar warna hijau. ‘Eh, Sarahlah. Betul ke? Aku yakin aku tak salah
orang.’ Dia membuka kaca mata hitamnya.
Iman terus memerhati. Sarah dan beberapa orang yang
lain meniti anak tangga menuju ke kawasan blok perumahan. ‘Sarah tinggal dekat
sini ke? Hoho..Nampaknya, kebetulan lagi ni.” Iman sudah tersenyum sambil
memikir idea untuk terus bertemu dengan Sarah. Hilang terus rasa sakit yang
membelenggu hatinya.
Keretanya tiba-tiba di hon dari belakang.
“Hish..Sabarlah orang belakang ni. Baru je nak
muncul idea. Dah hilang semula. Grr…”
“Hepp..Tak boleh marah. Senyum je…” Iman
mengingatkan diri sendiri. Dia kini tersenyum.
“Senyum seindah
suria…Yang membawa cahaya…Senyumlah dari hati..Duniamu berseri…”
Lagu itu kini bermain di bibirnya.
________________________________________________________________________________
TIT..TIT..Maisarah
menekan butang kawalan jauh untuk membuka pintu setelah mendengar loceng automatik
berbunyi. Kini, seseorangg telah masuk ke dalam ruangan pejabat.
“Assalamualaikum..Selamat pagi..”sapa orang itu
ramah apabila menuju ke meja Maisarah.
“Waalaikumsalam..”
Jawab Maisarah mesra sambil menguntum senyum ke arah seorang lelaki
bertopi yang membawa bunga di hadapannya.
“Cik..Saya dari Cinta Bunga Florist.. Saya diminta
untuk sampaikan bunga ni kepada cik Maisarah. Hmm..Dia ada ke?”
Maisarah sedikit terkekjut. ‘Alamak.. Jangan I-Man
yang kasi sudah..’
“Hmm..Saya orangnya.”
“Owh, cik orangnya.Kalau boleh tahu nama penuhnya…”
“Izzati NurMaisarah.”
“Nama yang indah. Hmm..Sila terima bunga ni cik Izzati
NurMaisarah.” Bunga itu dihulurkan kepada Maisarah berteman satu pandangan yang
cukup indah.
“Terima kasih.” Jawab Maisarah sambil mengukir
senyum.
“Sila tanda tangan di sini ye, cik.” Pinta lelaki
itu lagi. Lembut bicaranya.“Senyap je ofis ni cik. Yang lain cuti ke?” Lelaki
itu sekadar memanjangkan bicara.
“Takdelah. Kebetulan mereka ada kerja dekat luar.
Terima kasih ye.” Ucap Maisarah juga bersopan.
“Sama-sama.”
Setelah lelaki itu pergi, Maisarah membelek akan
bunga yang baru di terimanya. Mawar bewarna merah jambu. Hmm..Cantik. Ada
titipan disertakan di celahan bunga itu.
~Cik Maisarah.
Kad kerja awak ada pada saya. Kalau nak, waktu lunch nanti saya tunggu dekat
lobi. Saya pakai baju putih. Ada line biru dekat bahu. Pakai kaca mata hitam.
Okey. Sekarang ni, buat kerja dulu..Lalala….I’m waiting for you.~
‘Aduh..Siapa pulaklah orang ni..Kalau tak pergi
jumpa, macam mana aku nak dapatkan semula kad tu. Alahai orang ni..Macam nak
ambil kesempatan je.’
‘Selamat, Siti ada. Kalau tak, aku tak boleh nak
keluar ni. Keluar boleh, nak masuk semula yang tak boleh. Takde orang nak buka
pintu. Terpaksa jugalah aku jumpa hamba Allah yang sorang ni.’
Di waktu tengahari…
Maisarah mencari-cari akan empunya diri yang
dimaksudkan. Dia terpusing-pusing juga di sekitar lobi tersebut.
‘Mana pulaklah orang ni.’ Maisarah mencari sambil
menggaru kepala.
‘Baju putih, line biru dekat bahu. Alamak hai..Macam
baju yang aku pilihkan untuk I-Man je. Entah-entah memang si I-Man ni.Tapi mana
bayangnya. Tak nampak pun.’
Seseorang yang memerhati hanya tersenyum dengan
gelagat Maisarah. Dengan langkah senyap dia menghampiri Maisarah dari arah
belakang.
“Hai..Sarah..” lembut suara itu menyapa.
Maisarah berpusing kebelakang.
“Kus..Semangat…Terkejut aku.” Maisarah sudah
mengurut dada. Dia nyata terkejut kerana lelaki itu berdiri terlalu hampir
dengan dirinya.“Kau...Eii..Geram aku. Kau ni, kan…” Maisarah sudah melenting.
Secara spontan dia membuat gaya ‘vampire’nya.
Gaya nak mencekik leher.
“Rilekslah, Sarah. Don’t stress..Stress..Janganlah jadi vampire pulak. Tak rocklah.”
“Sibuklah kau. Pergi sanalah.”
“Kau nak cari apa tadi, Sarah. Terteleng-teleng aku
tengok kepala kau. Cari pakwe ke..cari aku.”
“Diamlah kau.” Maisarah masih tercari-cari orang
yang yang di maksudkan. Tekaannya tadi tidak mengena. Kelihatan I-Man di
hadapannya kini berpakaian jaket bewarna hitam.
“Cari apa? Nak aku tolong ke? Meh kita cari
sama-sama.” Iman membuka peluang.
“Tak payah.” Maisarah masih tercari-cari. Masih
tertoleh-toleh.
“Toleh
kanan…Toleh kiri..Toleh depan tapi bukan belakang..”
Iman sudah bernyanyi.
“Eh, kau. Diamlah. Sibuk pulak nak menyanyi lagu
Senario tu. Pergilah jadi kembar Ilham sana.” Hatinya berkobar rasa marah. Rasa
geram.
“Siapa Ilham tu? Pakwe ea. Eh..Mesti bukan. Pakwe
kau nama Iman, kan. Sama macam nama aku.” Iman kini ketawa. Gembira hatinya
menyakat Maisarah.
Maisarah membuat muka memyampah. Dia kini mencari
tempat duduk. Kebetulan bangku panjang di situ kosong. ‘Hish, mana ni. Orang tu
siapa sebenarnya. Aduhaii..Tunggu orang lain-orang lain pulak yang muncul.’
Maisarah masih tertoleh-toleh.
Dia kini memeluk tubuh. Dirinya mula terasa
kedinginan kerana waktu kini angin sudah mula bertiup ingin hujan. Di
gosok-gosok juga tangannya mencari kehangatan.
“Sejuk ke Sarah?” Iman sudah duduk bersebelahan
dengannya. Jaketnya di buka. “Nah..Kau sejuk, kan.” Iman sudah menghulurkan
jaketnya.
“Tak nak aku.” Maisarah masih berpeluk tubuh tanpa
memandang. Diluar rasa sejuk, namun di hati masih panas.
“Tak sudi ke. Hmm..Takpe.” Iman sudah tersenyum.
Iman kini memakai kaca mata hitamnya.
“Transfomers..Tiu..Tiu..”
Ujar Ilham tiba-tiba dalam nada kebudak-budakan.
“Oii..Gila ke..” Marah Maisarah. Dia kini memandang
lelaki itu di sebelah. Dia terkejut. Lelaki itu kini berpakaian baju putih dan
terdapat garisan biru di bahunya. Berkaca mata hitam juga. Nampaknya memang
lelaki itu orangnya.“Oii, kau. Kenapa main-mainkan aku, huh!” Maisarah sudah
melenting. Terus sahaja dia berdiri.
“Fulamak..Garang gila. Tadi dekat atas tu, punyalah
bersopan.” Iman sudah ketawa.
Maisarah
tertelan liur. “Dekat atas? Apa maksud kau?”
“Cinta Bunga Florist, cik Sarah..” Iman sudah
berbicara menggoda. Sengaja juga di jungkitkan keningnya.
“Kau..Tadi tu..kau?” Maisarah seakan tidak percaya.
Sememangnya dia tidak dapat mengenali Iman ketika itu kerana lelaki itu
bermisai.Rupanya misai palsu. Hampeh.
“Ye..Memang aku. Tak rasa aku punya aura ea. Mana
hensem. Tadi ke..sekarang ni..” Iman sudah tersenyum nakal. Sempat juga
dikenyitkan matanya.
Maisarah membuat muka bengang. Malas dilayan bicara
lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya, sudah ditampar pipi lelaki itu.
Namun,ditahan sahaja.
“Dah..Mana kad kerja aku. Pulangkan semula.”
“Nak ke?”
“Naklah.”
“Rilekslah. Kau ni marah-marah macam ni. Orang
nampak, kau tak segan ke. Dia orang tu semua tengok dekat kita tau. Aku tak
kisah. Kau tulah yang malu nanti. Sebab kau tu perempuan.”
“Jangan main-main boleh, tak.”Maisarah menekan
suara. Matanya sudah mencerlung tajam ke arah Iman. Perasaannya geram. Berkobar
rasa marah.
“Nahlah. Aku pulangkan.” Iman sudah menghulurkan kad
itu kepada Maisarah, namun kemudian dia menariknya semula. “Aku pulangkan
bersyarat.”
“Eh, Kau.Jangan nak ngada-ngada.”
“Bolehlah, Sarah. Lunch dengan aku.”
Maisarah menggeleng. “Aku puasa.”
“Ye ke. Tak tipu?” Iman menyoal.
“Ye, Tak tipu. Aku memang puasa hari ni.”
“Tapi tadi marah-marah. Dah kurang pahala.”
“Dahlah. Bagi sini.”Maisarah malas melayan kata.
“Maisarah…Izzati NurMaisarah, kan. Sedap nama kau.
Pandai mak ayah kau pilih. Kalau dipadankan dengan nama aku rasanya sesuai tak,
ek. Hmm..dan..Hmm..Cayalah. Sepadan.”
“Hmm..Mulalah tu..Dahlah.Aku nak naik ni.Bak sini.”
Iman akhirnya lembut hati dan memulangkan kembali
kad kerja Maisarah. Dia mengukir senyum. “Aku doa kita akan jumpa
lagi.”Maisarah sudah menapak pergi. Namun, masih diekori oleh Iman.
“Apa-apa pun,
terima kasih.”
“Sama-sama. Buat kerja baik-baik ye. Hmm…Balik nanti
nak suruh aku jemput, tak.” Soal Iman yang masih berada di sisi Maisarah
sementara pintu lif terbuka. Kebetulan hanya mereka berdua.
Maisarah sudah menjeling.
“Jeling tanda setuju. Okey. Petang ni balik dengan
aku.” Iman berseloroh sambil memetik jarinya.
“Eh, kau. Nampak ni…” Maisarah sudah menunjukkan
gaya ingin memberi menampar.
“Wow…Tamparan wanita. Eh, dahlah. Kesian kau Sarah.
Kurang pahala puasa kau marah-marah dekat aku. Sorry. Please forgive me.
Maafkan tak?”
Maisarah hanya berdiam diri. Dia menjongket bahu.
‘Hmm…Perangai sama je macam Am. Kalau dua-dua ada sekarang ni, habis aku je
yang kena. Sorang Iman..Sorang Ilham..Grr..Panas hati je.’Maisarah kemudiannya
terus memboloskan diri ke dalam perut lif yang baru terbuka.
Iman hanya tersenyum.
“Kuch..Kuch..Hota..Hai..Sarah..Sarah…Sweetlah kau ni Sarah. Rasa dah jatuh
cinta pulak dekat kau…”
‘I-Man…Kenapa kau membawa wajah Iman Ahlamku. Aku
jadi rindu pada dia.’ Di dalam lif, Maisarah melayan sentimental hati sambil
melihat cincin Lavendernya. ‘Ya Allah. Ku berharap untuk bertemu dia. Walau
kini mungkin dia milik orang lain, ku harap ku dapat lunasi rindu ini.’
Maisarah baru keluar dari perut lif. Tidak lama
kemudian pintu lif di sebelah juga sudah terbuka.
“Sarah…” panggil Iman.
“Eh, kau. Kenapa kau
naik ke sini?” Maisarah sedikit terkejut. Angin juga dirinya dengan tindakan
lelaki itu yang kembali mengekorinya.
“Saje je. Saya nak jadi
orang pertama ucapkan selamat berbuka puasa pada awak. Ingat, 7.14 minit malam.
Selamat berbuka ye. Jangan marahhhh…Nanti pahala kurang.”
Maisarah mengetap
bibir. ‘Eii, dia ni…’ Malas dilayankan kata-kata itu. Dia terus melangkah masuk
ke pejabatnya.
No comments:
Post a Comment