ILHAM termenung di jendela. Angin bayu
malam menampar lembut pipinya. Fikirannya melayang membelah bayu malam. Wajah
Maisarah menerjah ruang fikirannya. Sejak bertemu pandang kelmarin, memorinya
bersama gadis itu kembali berlegar-legar di kotak fikirannya. Ilham tersenyum
sendiri apabila mengenangkan apa yang berlaku di panggung wayang itu. Bayangan
kisah lalu juga menghiasi memorinya. Kemudian senyumannya bertukar kelat.
Wajah Maisarah
yang tersimpan di dalam telefon bimbit ditatap lama. Tekadnya memang ingin
melupakan gadis itu, tetapi rupanya dia masih belum mampu melakukannya.
Dia melihat
kalender di dinding. Bila dihintung hari, tanpa sedar rupanya sudah dua bulan
lebih mereka telah berpisah secara rasmi. Dia mengeluh perlahan. Entah bila
lagi saatnya dia akan dapat kembali melunas rindu pada gadis itu walaupun
sebagai orang yang pernah dibenci. Sebenarnya bukan dia sahaja yang menyimpan
rindu itu,tetapi adiknya juga. Entah mengapa sejak kebelakangan ini Farisya
sering merengek untuk betemu ‘kakak’nya itu. Ilham penasaran sendiri.
Ilham
masih termenung dijendela. Seketika itu pintu biliknya diketuk dari luar.
Kemudian daun pintu terkuak perlahan.
“Am…”Panggil
Sofea Jasmin.
“Oh,
ummi rupanya. Kenapa ummi?” Ilham berkalih pandang memandang wajah umminya.
“Am
okey ke?” tanya Sofea Jasmin.
“Okey…”
Ilham menjawab acuh tak acuh.
“Janganlah
macam ni Am. Ummi risau tengok Am asyik termenung je. Am termenungkan siapa?
Mai ke?”
“Isy, Ummi ni takdelah. Am okeylah.
Takde masalah pun. Ummi janganlah ganggu Mai. Biarlah dia hidup tenang tanpa
gangguan Am.” Memang Ilham seboleh-bolehnya tidak mahu mengganggu Maisarah.
Biarlah kerinduannya dipendam sahaja. Janjinya kepada gadis itu lebih penting.
Sofea Jasmin tersenyum tawar. Benar duganya.
Ilham masih mengingati Maisarah. Dia tahu anaknya itu menyimpan perasaan kepada
Maisarah. Namun, dia faham mengapa Maisarah tidak dapat menerima anak terunanya
itu. Hatinya milik orang lain. Dia juga tahu dalam hal ini, Ilham lebih
mengutamakan perasaan Maisarah berbanding perasaannya sendiri. Tetapi, dia juga
tidak mahu Ilham bersedih hati. Mungkinkah ada cara lain supaya Maisarah dapat
menerima Ilham. Dia tahu walaupun sudah dua bulan lebih berlalu, Ilham masih
tetap merindukan Maisarah.
“Ummi
tak payahlah risau ye.”
Sofea
Jasmin hanya mengangguk.
“Kalau
dah okey, kenapa macam tak bersemangat je. Ummi tak nampak semangat Am. Kalau ada apa-apa masalah cakaplah dengan
ummi. Ayah ke..Takkan pasal Mai, sampai sekarang Am jadi macam ni.”
“Ish,
takdelah macam tu sekali. Am okey. Cuma…” Ilham sekan mati bicara.
“Cuma
apa..” soal Sofea Jasmin.
“Macam
mana ek ummi, nak biar kita tak ingat
kat orang tu lagi.” Ilham meluahkan rasa. Dia sebenarnya cuba melupakan
Maisarah. Entah mengapa semakin ingin dilupakan, semakin dia teringat wajah
itu.
“Itu
ummi pun takde jawapannya, Am. Susah
nak lupakan orang yang pernah ada di hati kita ni. Yang penting, jangan
diingatkan sangat.”
“Susahlah
ummi. Kadang dok termenung teringat
pulak.”
“Kalau
macam tu, janganlah dok termenung.
Buatlah benda yang berfaedah. Membaca ke..Berzikir ke…Mengaji lagi baik.. Kamu
tu dah berapa kali khatam…Baik khatamkan je Al-Quran tu. Ni tidak. Nak juga
termenung kat tepi tingkap tu.”
Ilham
hanya ketawa.
“Tingkap
nilah sumber ilham, ummi.”
“Iyalah
tu. Dah. Jangan nak termenung lagi. Ummi ni sekarang risau, Am. Adik tu demam
dekat seminggu dah. Pulak tu asyik sebut nak jumpa Maisarah. Ummi tak tahu nak
buat macam mana Am.”
“Ummi
tak payahlah risau. Dia demam memang macam tu. Nak itu ini. Takpe ummi. Pasal Isya serah je pada Am.”
“Yelah
Am. Ummi keluar dulu. Nanti pergi tengok adik tu.”
Farisya
terbaring di katil.
“Abang..Bila
abang nak bawak Isya jumpa kak Mai.”Suara Farisya menusuk pendengaran Ilham.
“Kak Mai
sibuklah Isya. Abang pun dah lama tak jumpa kak Mai. Kalau abang jumpa kak Mai,
nanti abang bawak Isya ea.” Ilham menabur janji kosong. Dia sudah tidak mampu
memberi jawapan untuk Farisya. Bagaimana dia ingin menerangkan kepada Farisya
tentang keadaan sebenar hubungannya dengan Maisarah.
“Isya rindulah
dengan Kak Mai. Kan best kalau Kak
Mai tinggal kat sini dengan Isya. Isya nak main dengan kakak. Abang…Abang
telefonlah Kak Mai suruh datang sini.” Suara Farisya beralun sedih.
Ilham menekup
dahi adiknya dengan tangan. Panas. Dia tahu adiknya demam. Namun dia tidak tahu
mengapa sejak demam, adiknya sering menyebut nama Maisarah. Mungkin dia demam
kerana terlalu rindukan Maisarah. Hmm…entahlah.
“Am… Am cubalah
bincang dengan Maisarah. Kesian kat adik tu. Dia tu rindu dengan Mai agaknya.
Ummi pun rindu dengan Mai. Ummi tahu, Maisarah tu senang di bawa berbincang. Am
cubalah hubungi dia.”
Ilham terbungkam
tanpa kata. Adakah kerana itu dia mesti memungkiri janjinya dengan Maisarah.
Dia penasaran.
Keesokan
harinya, Farisya masih juga merengek begitu. Dia masih menagih janjinya.
“Abang..Bila
abang nak bawak Kak Mai jumpa Isya. Abang kan dah janji. Abang tipu. Isya nak
jumpa dengan Kak Mai…Isya nak jumpa Kak Mai.” Farisya merengek hampir menangis.
Bantal peluknya dibaling ke arah Ilham.
“Ala, Isya ni.
Nantilah ea. Nanti abang bawaklah Isya jumpa Kak Mai. Nah, ambil coklat ni.
Isya suka, kan.” Ilham cuba memujuk adiknya.
“Taknak…Isya
taknak coklat. Isya nak Kak Mai je.”
“Isya…” Suara
Ilham sedikit terjerit. Geram juga dengan adiknya.
Farisya sudah
menangis tersedu-sedu.
“Isya nak
kakak…Isya nak kakak..” Aluan suara itu sayu dan sebak.
“Isya..Isya
makan ubat dulu ek.” Pujuk Ilham
sedikit berlembut.
Farisya
menggeleng. “Isya nak kakak.” Alunan suara itu benar-benar menebak hati Ilham.
“Isya makan ubat
dulu, nanti abang telefon kakak. Isya makan ubat dulu ek. Kalau Isya dah sihat baru abang suruk kakak jumpa Isya.” Pujuk
Ilham lagi.
“Abang janji
dulu.”
“Ye, janji. Dah
sini makan ubat.” Ilham menunjukkan jari kelingkingnya sebagai simbol janji.Dia
terpaksa.
“Okey.” Wajah
Farisya yang muram bertukar sedikit ceria.
Telefon
bimbitnya di atas katil ditoleh sekilas. Adakah disaat ini dia harus
menghubungi Maisarah. Dia terpikir-pikir. Tetapi dia tak mampu untuk
menghampakan permintaan Farisya. Dia sudah memberi pelbagai alasan dan sudah
tidak tahu ingin memberi alasan apa. Malah dia telah berjanji dengan adiknya.
Tetapi janjinya dengan Maisarah haruskah dimungkiri. Ilham pasrah. Dia buntu.
Ilham
termenung sambil menongkat dagu di jendela yang menjadi sumber ilhamnya.
Akhirnya dia membuat satu keputusan. Dia menekan-nekan punat telefon bimbitnya.
Dia nekad menghantar mesej kepada Maisarah. Lagipula minggu depan birthday Isya. Mungkin itulah
kesempatannya. Kesempatannya untuk memulihkan hubungan mereka. Manalah tahu
kini Maisarah sudah boleh menerimannya. Belum cuba belum tahu…
+Maaf sebab aku terpaksa hubungi kau. Aku tak
berniat nak ganggu. Tapi, aku cuma nak
penuhi permintaan Isya.Isya nak sangat jumpa kau. Isya demam sekarang ni. Next
week birthday Isya –Ilham
Ilham
mengharapkan Maisarah membaca dan membalas mesejnya sebagai tanda persetujuan.
Telefon bimbitnya digenggam mengharap mesejnya berbalas. Dia terus menanti dan
menanti, namun tiada sebarang balasan dari Maisarah. Ilham hanya merenung skrin
telefonnya.
Dia
berniat untuk terus menghubungi Maisarah namun hatinya berbelah-bahagi. Dia
membatalkan niatnya. Punat cancel
ditekan. Dia mengeluh sendirian. “Mai, aku juga sebenarnya rindukan kau?” bisik
hatinya.
*****
USAI solat,
Maisarah duduk menonton drama bersiri bersama teman serumahnya. Hari ini
Maisarah berasa sedikit lega kerana tiada kerja pejabatnya yang harus di bawa
pulang ke rumah. Dia dapat merehatkan fikirannya dengan tenang. Tidak seperti
sebelumnya, dia terpaksa berjaga lewat malam untuk menyiapkan kerjanya.
Maisarah
mengambil telefon bimbitnya di bilik yang berbunyi. Ada satu mesej yang masuk.
Hatinya terdetik nama llham walaupun belum membukanya.Memang benar seperti
duganya. Dia membaca bait mesej tersebut. Dadanya berdebar. Dia akhirnya
menekan beberapa punat membalas mesej tersebut.
*****
ILHAM dan Maisarah
lebih banyak berdiam diri.Sepertinya mereka orang asing. Apa yang ditanya
hanyalah khabar. Masing-masing terkunci bicara walaupun banyak perkara yang
ingin dibicarakan. Seakan semua bicara tersekat dikerongkong.
“Terima
kasih sebab sudi penuhi permintaan aku. Aku tak bermaksud nak ganggu kau.”
Maisarah
hanya mengangguk. Dia berpura-pura tenang. Hakikatnya dadanya berdebar kencang.
Agak kekok saat ini bersama Ilham. Terlalau berbeza jika dibandingkan dengan
Ilham dahulu. Ilham yang banyak celoteh dan bergurau.
Ilham
hanya berdiam diri. Dia hanya membiarkan celoteh DJ di radio yang menjadi
peneman suasana di dalam kereta itu.
Maisarah
terasa hati sendiri. Dia rasa serba salah. Dia tahu Ilham berdiam diri kerana
mengotakan janji untuk tidak menganggunya. Adanya dia hari ini hanya untuk
mengotakan janji si adik. Sebenarnya dia ingin meminta maaf. Dia rasa bersalah
dengan keputusan yang telah dibuat.
“Am…”
Maisarah cuba bersuara, namun ia seakan tersekat dikerongkong. Suara itu seakan
tidak mahu keluar. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Ilham yang tenang
memandu.Ilham perasan dengan tingkah Maisarah.
“Mai…Kau
okey ke?” Ilham sekadar bertanya.
“Hmm..Okey.”
Perlahan sahaja Maisarah menjawab. Berjaya juga dia mengeluarkan suaranya.
Namun untuk terus berkata-kata dia belum mampu. Dia hanya berdiam diri dan
memeluk erat hadiah Farisya yang comel.
Perjalanan
yang jauh terus diselubungi sepi dengan mereka berdua mengunci bicara. Lagu
yang terpasang di radio terus bernyanyi di selang-seli dengan celotoh DJ.
Maisarah
terus membuang pandang ke luar tingkap. Ilham pula hanya membisu dan
kadang-kala dia menyanyi perlahan mengikut alunan lagu di radio.
Mereka
kini telah sampai ke destinasi. Kehadiran Maisarah disambut gembira oleh encik
Badrulhisam, puan Sofea Jasmin dan terutamanya Farisya.
“Ye..ye..
Kak Mai datang, Kak Mai datang. Kak Mai, hari ni birthday Isya tau.” Jelas terpancar kegembiraan di wajah comel
itu. Anak kecil itu berlari mendapatkan ‘kakak’nya itu. Kakaknya itu dipeluk
sayang. Rindu. Maisarah membalas erat. Dia juga rindukan Farisya, si comel
berpipi gebu.
“Hmm..rindunya
akak dengan adik akak ni.” Gadis comel itu tertawa gembira tatkala Maisarah
mencubit lembut pipinya. “Nah, ni dia hadiah untuk adik akak.” Maisarah
menghulurkan anak patung ‘Angry Bird’ kepada
Isya. “Terima kasih, akak.” Balas anak kecil itu seraya memberi kucupan di pipi
Maisarah.
Maisarah
mendapatkan puan Sofea Jasmin. Tangan wanita itu diraih mesra. Sofea Jasmin
memeluk erat dan mencium lembut pipi Maisarah melepaskan kerinduan kepada gadis
yang diharapkan menjadi menantunya. Namun, dia memahami gadis itu. Dia tahu
gadis itu menantikan orang lain.
Maisarah
juga bertegur mesra dengan encik Badrulhisham.Ilham pula hanya menjadi
pemerhati. Dia amat berterima kasih kerana Maisarah sudi meluangkan masa
bersama keluarganya. Sekurang-kurangnya dia dapat memenuhi permintaan Farisya
dan melunas rindu kepada gadis itu biarpun tidak semesra dahulu.
Mereka
makan bersama seperti sebuah keluarga. Farisya adalah insan yang paling gembira
kerana hari ini adalah hari ulangtahun kelahirannya. Ilham seperti biasa
menjadi jurugambar keluarganya. Telatah keluarganya dirakam, tak terkecuali
Maisarah. Sememangnya itulah kesempatannya. Banyak juga foto Maisarah yang
diambil secara curi-curi. Wajah itu terlalu dirindui.
Dalam
keriuhan suara mereka, tiba-tiba Farisya mengangkat tangan. Semua mata tertumpu
padanya. “Special request”.Tiba-tiba
Isya bersuara.
“Ewah-ewah
budak ni. Speaking pulak budak ni.
Apa yang special request.” Ilham
seakan tidak berpuas hati dengan adiknya.
“Asyik
gambar Isya je. Gambar abang takde pun.”Isya sengaja mengenakan
abangnya. Dia tahu abangnya tu pantang kalau gambarnya diambil. Dia tidak suka.
“Alah,
tak nak abang. Abang bukannya suka ambik gambar. Abang dah jadi photographer ni kira orait apa,”balas Ilham. Dia berdalih supaya gambarnya tidak
diambil.
“Betullah
Am. Ambillah gambar dengan Maisarah tu. Sportinglah
sikit.” Saran Badrulhisham. Dia mengenyit mata ke arah isterinya. Sofea Jasmin
hanya tersenyum. Tak sangka suaminya itu juga bijak mengenakan Ilham. Sofea
Jasmin sempat mencubit lembut paha suaminya. Nampaknya puan Sofea Jasmin juga menyokong.
Ilham
terkedu. Begitu juga Maisarah. Mukanya tiba-tiba merona merah. “Aduh…mak ai.
Aku pun kena jugak ke,” bisik hati Maisarah. Jantungnya sudah berdebar. Namun
dia cuba berlagak tenang. Ilham pula menggaru kepala yang tidak gatal. Mukanya
muncung, memprotes tindakan ayahnya.
“Taknaklah.
Muka abang ni tak photogeniclah dalam
gambar. Kan dah ada kan depan mata ni. Tak payahlah ambil-ambil gambar. Mai pun
bukannya nak ambil gambar dengan Am.” Ilham masih memprotes.
“Alah,
abang. Bolehlah ea…Please. Takkan
abang nak merajuk depan kak Mai. Eii..abang tak malu.” Ilham terus sahaja
menarik tocang adiknya.
“Ummi..Tengok
abang ni…” adu Farisya manja.
“Dahlah
Am. Pergi ambil gambar sana.” Ujar Sofea Jasmin seakan memberi arahan.
“Biar
Isya yang ambil gambar. Abang duduk kat sebelah kak Mai,” pinta Farisya.
“Ewah-ewah
budak ni. Abang kata tak nak…tak naklah. Pastu
nak guna kamera ni. Tak boleh. Nanti rosak kamera aku ni kau kerjakan.”
“Isya
merajuk baru tahu.” Farisya sudah membuat muka monyok. Merajuk. Matanya sudah
berair mahu menangis. Lagipula dia baru baik dari demam. Memang mengada-ngada
lebih.
“Eleh,
macam tak tahu. Tu mesti olok-olok nangis. Ngada-ngada.”
“Ummi..tengok abang ni…” Farisya sudah mula
tersedu-sedan. Dia mengadu pada ummi.
“Eleh..Itu
pun nak nangis. ‘Gembeng’ betul.
Nangislah..Nangis..”
“Dahlah,
Am. Karang melalak budak ni, ummi taknak pujuk. Dahlah baru baik demam.” Sofea
Jasmin meredakan keadaan. Memang sikap Ilham begitu. Suka benar dia menyakat
adiknya itu sehingga menangis. Selagi tidak menangis, dia tidak puas hati.
Ilham
menoleh kepada Maisarah meminta kerjasama. Maisarah mengangguk. Terpaksa dia
menjadi ‘sporting’.
“Isya
nangis, ea. Kalau nangis, akak tak naklah ambik gambar dengan abang Am.
Cepat..Akak kira sampai tiga je..Satu..Dua..Ti...” Maisarah pandai memujuk.
Akhirnya gadis comel itu tersenyum.
“Isya
tak nangislah, kak. Saje je tipu.” Farisya ketawa gembira. Pandai juga dia
bermain helah.
Sebenarnya
mereka sama-sama nervous. Tetapi,
masih cuba berlagak selamba. Encik Badrulhisham dengan ‘sporting’nya menjadi
jurufoto untuk mereka. Maisarah kelihatan malu-malu pada awalnya, begitu juga
Ilham. Tetapi lama-kelamaan perasaan itu sedikit sebanyak hilang. Kerana
mengikut kehendak Isya, mendapat pula sokongan puan Sofea Jasmin dan encik
Badrulhisham, banyak juga foto mereka ditangkap. Gambar Maisarah bersama
keluarga Ilham turut di tangkap, menjadikan ia seolah-olah keluarga yang
lengkap.
Maisarah
tersenyum gembira. Dia tidak menyangka pada hari ini dia dapat menjalin kembali
ikatan dengan keluarga Ilham setelah kisah lama terusir pergi. Hari ini dia
tidak berlakon. Dia dengan dirinya yang sebenar. Dia benar-benar merasai
kegembiraan itu. Cuma dengan Ilham, dia masih belum dapat ‘feel’ kemesraan seperti dahulu.
Maisarah
rajin melayan keletah Isya bermain istana pasir di pesisir pantai. Setelah
penat bermain, dia kembali berlari-lari anak mendapatkan ummi dan ayahnya.
Maisarah menarik nafas panjang. Terasa nyaman menyedut udara di situ. Dia
berjalan keseorangan. Namun dia tahu Ilham mengekori langkahnya dari belakang.
Ilham
terus berjalan menghampiri Maisarah. Mereka berjalan beriringan. “Terima kasih
sebab buat Isya dan keluarga aku gembira.” Ujar Ilham.
Suara
itu singgah ke cuping telinga Maisarah. Dia hanya mengangguk perlahan.Mulutnya
terasa berat untuk berbicara. Dia juga sebenarnya berasa agak janggal dengan
keadaan kini. Seketika tadi apabila bersama keluarga Ilham, dia mampu berbual
mesra, namun apabila dia hanya berdua bersama Ilham, dia seakan kehilangan
kata-kata.
Maisarah
masih berdiam diri. Terus berjalan tanpa berpaling kepada Ilham.Tudungnya yang
terasa herot ditiup angin dibetulkan.. Matanya terus menikmati keindahan lautan
yang luas terbentang di hadapannya. Luas mata memandang. Bayu laut yang bertiup
membuatkan dirinya terasa nyaman dan sedikit kedinginan. Dia berjalan perlahan
ke persisiran pantai mencecahkan kakinya ke gigi air. Kaki seluarnya dibiarkan basah. Ombak dilaut
terus menderu memukul pantai. Gulungan ombak kecil sampai ke pesisiran datang
memukul lembut kakinya. Kemudian mengalir kembali ke lautan. Begitulah lumrah
ombak. Maisarah menghela nafas. Terasa nyaman dan lega. Dia tersenyum kerana
menikmati sedikit ketenangan.
Ilham
terus memerhatikan tingkah Maisarah. Gadis itu masih membisu seribu bahasa.
Pandangan mata Ilham mencuri padang pada wajah yang tersembunyi di sebalik
tudung bewarna merah jambu itu. Wajah itu kelihatan tenang, namun Ilham dapat
merasakan ada suatu bebanan di jiwa gadis itu yang masih belum terbebas.
Mungkin sesuatu yang amat berat yang tidak mahu di kongsi bersama. Yang pasti
berkisar soal hati. Itu hanya andaian Ilham.
“Kenapa
pandang macam tu?” soal Maisarah tiba-tiba. Dia perasan dengan tindakan Ilham
memandangnya. Teguran Maisarah membuatkan khayalan Ilham di bawa angin. Dia
baru tersedar dari lamunannya.
“Errr…takde apa-apa. Saja.” Ilham hanya
menjungkit bahu. Ilham tersenyum sumbing sebelum mematikan senyumannya.
“Ada
apa-apa yang tak kena ke?” Maisarah inginkan kepastian apabila melihat riak
wajah Ilham seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Senyuman diwajah lelaki itu
seperti mengundang makna sinis padanya. Maisarah meraba-meraba mukanya mencari
sesuatu yang terasa janggal. Ilham hanya tertawa kecil melihat perlakuan
Maisarah.
“Kenapa
kau ketawa.” Tanya Masiarah lagi.
“Aii,
aku nak ketawa pun tak boleh ke.” Ilham menjawab selamba.
“Kat
muka aku ada apa-apa ke…Baik kau cakap.” Maisarah masih tidak berpuas hati
dengan jawapan Ilham.
“Mana
ada apa-apa.” Jawab Ilham menyatakan yang benar. Dalam pada itu dia sempat
menangkap beberapa keping gambar lautan yang terbentang. Dia hanya membiarkan
Maisarah.
“Am
cakaplah ada apa kat muka aku ni.” Maisarah masih meraba-raba mukanya. ‘Apa
agaknya yang tak kena kat muka aku ni. Comot ke?’ Ditenyeh-tenyeh juga dengan
kertas tisu. Nak kata comot, tak pulak. Nak tengok cermin pun, dia tidak punya.
“Mai…”
panggil Ilham.
Maisarah
memandang.
Seraya
itu, Ilham menekan butang kamera.Shoot
yang amat cantik.
“Oii,
kau ambik gambar aku ea.” Maisarah sedikit marah.
“Ter…Tak
sengaja.” Ilham sudah ketawa.
“Ada
apa sebenarnya kat muka aku ni.”Suara itu lembut memecah gegendang telinga
Ilham seakan meminta pengertian.
Ilham
hanya mampu tersenyum. Terasa gelihati pula. Maisarah beriya-iya ingin
mengetahui.Sebenarnya memang tiada apa-apa pun. Wajah itu sama sahaja. Tetap
sedap mata memandang.
“Kalau
kau nak aku beritahu, kau mesti penuhi satu syarat ni. Kalau kau tak nak, aku
tak kisah. Aku tak rugi apa-apa.”Ilham sudah mula dengan perangai lamanya. Dia
merasakan Maisarah sudah mula ada ‘feel’
untuk bermesra dengannya seperti dahulu.
“Apa?Takkan
itu pun ada syarat. Kau ni…” Maisarah menarik muka.
“Of
courselah. Takkan kau tak kenal aku.”Ilham mencuba bermain helah. Nampaknya
benar duganya. Maisarah memang tetap Maisarah.
“Yelah.
Apa syaratnya.” Maisarah mengalah.
“Senang
je. Aku cuma nak tengok kau senyum seikhlas hati.”
Maisarah
terdiam. Dia menjeling sekilas wajah Ilham. Malas melayan kehendak Ilham.
‘Mamat ni mesti nak kenakan aku.’
Ilham
masih terus tersenyum. Dia berjalan lambat-lambat meninggalkan Maisarah.
Pemandanagn pantai yang indah terus menjadi santapan kamera Canon DSLRnya.
Melihat perlakuan Ilham, Maisarah merasakan sememangnya ada sesuatu kejanggalan
pada dirinya yang membuatkan Ilham tergelak. Maisarah masih meraba-raba
mukanya.‘Isy, mamat ni. Apa yang dia tergelak. Ada yang tak kena ke kat muka
aku ni. Confius aku.’
Ilham
sudah berjalan agak jauh meninggalkannya.
“Oii,
Am. Tunggulah!” Panggil Maisarah. Langkahnya laju mendapatkan Ilham yang berada
di hadapan.
Ilham
berpaling dan tatkala itu Maisarah sudah berada terlalu hampir dengannya. Namun
malang bagi Maisarah apabila tiba-tiba kakinya tersepak kaki Ilham. Dia hampir
terjatuh. Mujur sempat ditahan oleh Ilham. Ulala..Sudah
terpeluk juga.
“Adoii,
hai. Kau sepak kaki aku Mai.” Ilham membiarkan Maisarah berdiri stabil semula.
Saja tak menyentuh bab ter..peluk itu.
“Bukanlah.
Orang tersepak je tau.” Maisarah tetap menjawab walaupun waktu itu dia dapat
merasakan aura panas. Mukanya terasa merah menahan malu sebab tak pasal-pasal
dia terpeluk Ilham. Selamat Ilham jenis pandai cover. Kalau tak lagilah dia bengang.
Ilham
hanya ketawa. Dia perasan wajah Maisarah yang masih memerah. Namun gadis itu masih cuba untuk men’cover’nya.
“Kenapa
pipi kau merah, Mai.” Ujar Ilham dalam tawa.Sengaja mengusik.
Maisarah
terus menarik muka masam.
“Kau
ni sama jelah Mai. Suka sangat tarik muka. Ingatkan dah berubah.”
Maisarah
hanya menguntum senyum kelat sesaat dua. Kemudian senyumnya mati.
“Tengok
tu. Senyum pun kelat je. Tak ikhlaslah tu. Cubalah senyum betul-betul. Tadi
masa dengan family aku, okey je.
Sekarang ni bila dengan aku, kenapa tak okey pulak.”
“Sebenarnya
ada apa tadi?” soal Maisarah setelah kembali tenang.
“Hmm..”
Ilham berpura-pura sedang berfikir. Wajah Maisarah ditenung. Maisarah segera
melarikan anak matanya tatkala matanya hampir bertentangan dengan mata Ilham.
Dia takut akan renungan mata itu. Ilham berkalih pandang dan menggaru kepala
yang tidak gatal. Dia sendiri terasa janggal dengan sikapnya. ‘Ish, asyik
tengok mata dia je. Bahaya betul.’
“Hmm..takde
apa-apalah. Saje je buat lawak.” Ilham menjawab selamba.
“Baik
kau cakap betul-betul. Kau jangan nak main-main.”
“Nak
tahu ke?” Ilham menyoal.
“Yelah.”
Jawab Maisarah.
“Oh,
nak tau ea. Sebenarnya, dekat muka kau tu takde apa-apa pun. Sama je. Ada dua
pasang mata, kening, bulu mata tak lentik, hidung tak berapa mancung, pastu ada
bibir yang cantik, tapi sayang…bibir tu tak suka menguntum senyum. Lagi satu, dekat
pipi kau tu takde pun lesung pipit macam aku ni. Cuma ada jerawat je.” Ilham
sudah ketawa gembira. Dia sengaja mengenakan Maisarah.
Muka Maisarah
serta merta berubah. Mukanya merah padam.
“Ketawalah kau
puas-puas. Ingat lawak sangatlah tu.Kau memang nak kena ni. Tak habis-habis nak
cari pasal dengan aku.” Secara tiba-tiba pukulan Maisarah yang kencang ala-ala
halilintar hinggap ke lengan Ilham.
“Adoii…” Ilham
mengaduh. Perit juga rasanya. Macam ada cas elektrik pun ada.
“Rasakan. Tulah.
Nak kenakan aku sangat. Padan muka kau.”
“Ummi..Tengok ni
ummi. Mai tampar abang.” Ilham olok-olok mengadu.
Maisarah
bengang.
“ Tahulah ada
tahi lalat besar kat tangan tu, tapi janganlah asyik nak pukul orang je.”
“Kau yang cari fasal. Siapa suruh.” Maisarah kini
tersenyum.
“Hmm…Mai,
aku rasakan..ada orang rindukan kaulah.” Entah apa lagi helah Ilham.
“Orang
tua-tua kata, kalau ada bulu mata sebelah kanan jatuh, tu tandanya ada orang
rindu.” Ilham berbicara sambil tangannya menunjukkan arah bulu mata Maisarah
yang gugur dan melekap di bawah mata. Maisarah meraba-raba mencari bulu mata
yang dimaksudkan. Bulu mata itu dikuis perlahan-lahan.
“Siapalah
yang nak rindukan aku ni.” Mendatar saja suara Maisarah.
“Mestilah
ada. Tak semestinya orang jauh. Orang yang dekat ni pun rindu juga.” Ilham
menjawab perlahan. Konon tidak ingin Maisarah mendengarnya.
“Kau
cakap apa tadi?” Maisarah sekadar bertanya walaupun sebenarnya dia dapat
menangkap butir bicara Ilham.
“Eh,
takdelah. Takde apa-apa. Pakwe kau
mesti rindukan kau, kan. Aku ni siapalah nak rindu-rindu kat kau.” Ilham hanya tersenyum.
Maisarah
juga tersenyum. Di saat itu fikirannya seakan terbang mencari wajah orang di
kejauhan. Seraut wajah Iman hadir dalam bayangannya. Wajah Ilham juga
dipandang. Sebenarnya kedua-dua wajah dan nama itu juga sering singgah dalam
lamunannya. Sebenarnya dia juga merindui Ilham, tetapi dia sedaya upaya
menafikan kata hatinya. Dua orang insan yang berlesung pipit itu benar-benar
menguji hati dan perasaannya.
“Kau
ni kan. Apa-apa ajelah. Geram aku. Aku cekik karang baru tahu.”
“Alahai,
puteri Vampire ni. Aku saje je nak buat lawak nak suruh kau senyum. Kau
janganlah cekik aku. Nanti aku mati kang,
dah takdelah orang nak buat kau
senyum. “
Ntah
apa-apalah Ilham ni. Mengarut yang bukan–bukan.
“Sebenarnyakan,
Mai. Masa aku tengok muka kau mula-mula tu aku nak ketawa sebab apa kau tau….”
Ilham memandang Maisarah. “Aku tetiba teringat yang kau ‘rembat’ air aku masa kat panggung tu. Lawak betul.”
Gulp…Maisarah
menelan liur. Ulala..Bengang. Rupanya
Ilham perasan ke. Hehe..Kantoi.“Dahlah.
Aku dah terbengang masa tu. Dah ter…” Maisarah tergelak juga akhirnya.
Klikkk...
Ilham sempat
menangkap gambar Maisarah yang sedang tertawa ceria.
“Oii, kau
tangkap gambar aku eh. Bayar 20 sen.”
Ujar Maisarah sambil mengejar Ilham yang telah berlari meninggalkannya.
Ilham rupanya
masih seperti dulu. Sikapnya tidak berubah. Cuma pada awalnya dia hanya
mendiamkan diri kerana satu janji. Maisarah menggeleng kepala. Dia kembali
ketawa. Masakan dia harus membenci lelaki itu selamanya. Sedangkan lelaki itu
hadir untuk membuatkan dia gembira.
“Bang. Bingo!”
Ilham membuat trademark pistol
kegemarannya dan mengacukan kepada Maisarah.Sebelah matanya dikenyitkan sebagai
tanda membidik sasaran. Maisarah membalas dengan cara yang sama. Kemudian ia
diikuti dengan trademark Peace.
Mereka ketawa. Seakannya perasaan mereka telah berdamai kembali. Kisah dahulu
sepertinya hilang dari lipatan memori walaupun sebenarnya tidak hilang.
“Aku nak minta
maaf berkenaan hal sebelum ni. Aku tak patut buat macam tu, kan. Sebenarnya aku
tetap ingat kat kau. Tak tahulah kenapa. Semakin aku nak lupakan, semakin aku
ingat.” Maisarah tidak malu berkongsi rasa hatinya.
“Ye ke..
Rindulah tu namanya.” Ilham ketawa senang. “Tapi aku memang rasa kecil hati
juga kau buat macam tu. Rasa aku ni jahat sangat. Memang aku pun salah juga.
Tapi takpelah. Tu kisah lalu. Teringat pulak aku masa kita couple sebelum ni. Macam cerita fairy
tale je. Panggil kau ‘Adinda Puteri’ lagi. Kelakar. Macam tak logik je.
“Tau
takpe. Kau tulah. Cerita Lavenderlah konon. Tak pasal-pasal aku kena berlakon
jadi awek kau. Sakit hati pun ada. Tapi, menyampah-menyampah pun, aku rasa aku
ni bermanja-manja juga dengan kau, kan. Isy..geli-geleman pulak bila mengingat
balik.”Maisarah mengeleng-geleng kepala.
Ilham
ketawa lagi. “Memang pun. Tapi aku tak kisah pun. Masa tu aku memang dah anggap
kau macam awek aku. Sayang pun ada. Cerita kita ada happy, ada sedih. Macam orang betul-betul couple pulak,kan. Rindu pulak bila mengingat balik.”
“Hmm..Masa
kat panggung tu, siapa sebelah kau tu?” Maisarah sekadar bertanya.
“Owh…Itulah
Maira. Sebenarnya ummi nak jodohkan aku dengan dia. Sebab tak nak kena jodohkan
dengan dia tulah aku minta kau menyamar jadi awek aku. Masa tu ummi kasi tempoh
sebulan je untuk kenalkan bakal menantu dia. Kalau tak…memang aku kena kahwin
dengan si Maira tu. So…cerita seterusnya , kau dah tahukan.”
“Ooo..Gitu
ke. Habis tu sekarang ni…”
“Aku
dah jelaskan semuanya pada ummi. Ummi aku pun tak paksa. Sebenarnya ummi saja
gunakan trick tu supaya aku ni
mencari seseorang. Kau pun faham, kan.”
Maisarah
mengangguk. “Hmm..Dia tu macam cun je, kan.”
“Cun..cunlah,
gak. Tapi, sia tu brutal. Ala-ala tomnoi. Sekarang ni, dia sudah ada yang
punya. Ada orang dah lamar dia. Okeylah tu, kan. Hari tu dia kebetulan je jumpa
aku.”
Maisarah
mengangguk. Sudah tahu cerita sebenar.
“So,
sekarang ni….” Ilham tidak menghabiskan bicaranya. Dia memandang Maisarah.
“Kenapa?”
soal Maisarah.
“Kalau
aku nak continue cerita…nak jadi
kawan kau boleh tak,” pinta Ilham.
“Hmmm..”
Maisarah mengangguk dan tersenyum.
“Betul
ni.” Tanya Ilham lagi.
“Ye.”
Maisarah mengangguk. Sebenarnya, itu juga yang diinginkan.
“So,
kita kawanlah ni.” Suara Ilham beralun lembut masuk ke gegendang telinga
Maisarah.
Maisarah
mengangguk.“Ye, kita kawan. Tapi ada syaratnya.”
“Laa,
kata kawan. Takkan ada syarat juga kut. Kau ni Mai…”
“Kalau
kau ada syarat, aku pun ada jugak. Syarat aku satu je. Kau janganlah panggil
aku puteri lagi, eh. Kisah Lavender
kita tu dah tamat kan. So, aku tak
naklah kau panggil aku dengan gelaran tu lagi. Lagipun kau kata, panggilan tu
kan untuk orang yang jadi awek kau. So,
takde kena mengena dengan aku lagi.” Maisarah menrungkai kata.
“Alah,
tapi kalau sekali sekali aku panggil takpe kan. Kitakan kawan.”
“A…eh.
Budak ni. Tak faham bahasa Melayu ke.”
“Puteri tu lah
simbolik persahabatan kita.”
“Sudahlah. Aku
malas nak layan kau. Tengok tu. Mulalah nak merepek. Silap-silap sampai ke
kisah Puteri Santubong pula nanti.”
“Kau tahu kisah
Puteri Santubong tu. Kisah tu kan pasal dua orang Puteri yang bersahabat, tapi
akhirnya bersengketa. Tapi aku harap persahabatan kita tak macam tu kan.”
“Yelah. Betullah
tu. Dahlah. Malas nak bertekak dengan kau. Tengok tu, kalau ada kau, aku mesti
jadi marah-marah. Masa kau takde, aman sikit. Mulut aku ni pun baik je.”
Maisarah mencebik.
“Tengok tu. Suka beno wat muka macam tu. Anak dara..Anak
dara..”
“Am..Kau ni kan…”Maisarah
berpura-pura untuk mencekik lelaki itu.
“Alamak..Vampire dah menyerang.
Macam mana ni…” Ilham menjerit suka.
“E’eh, budak ni kan.”
“Takdelah, Mai.
Aku gurau je. Thanks. I love you so much.”Ucap Ilham.
Maisarah sudah
menjeling ke arah Ilham. Ilham berbuat selamba seakan tidak melihat jelingan
Maisarah, namun hatinya tersenyum riang.
“Alah. I love
you sebagai seorang kekasih, bukan sahabat.” Ilham tersasul. Maisarah sekali
lagi memberi jelingan percuma kepada Ilham. Bukan jelingan menggoda, tetapi
jelingan yang seakan menyatakan sengketa mereka belum berakhir. Ilham baru
terperasaan akan kesilapan bicaranya.
“Err..Silap daa.
I love you sebagai seorang sahabat, bukan kekasih. Aku akan tetap sayang kau
sebagai seorang sahabat.” Ilham terus tertawa senang hati.
Maisarah
terdiam. Dia teringat kata-kata Iman. Dia merenung pada sebentuk cincin dijari
manisnya. ‘Love Friend Forever…Cinta
Sahabat Selamanya. Awaklah seorang sahabat yang sangat saya sayang,
Maisarah.’Maisarah memejam matanya untuk seketika membuang bayangan rindu itu.
“Ehem…Ehemmm…”
Suara Farisya muncul di antara mereka. Serentak itu mereka memandang.
“Ni kenapa pulak
ni… Ehemm..Ehemm.. Tarik tocang tu baru tahu.” Ilham seperti biasa sengaja
mencari pasal dengan adiknya.
“Ummi
panggillah. Ummi tanya bila nak balik.”
“Ohh..Dah
nak baliklah ni. Cepat. Ni last photo
ambik gambar dengan kak Mai.”Ujar Ilham kepada adiknya. Seperti biasa, Maisarah
dan Farisya tidak tertinggal dengan trademark
‘Peace.’
Peace. Aman. Itulah yang berlaku pada
hari ini. Ilham dan Maisarah mendamaikan perasaan mereka dengan ikatan baru.
Sahabat….
Ilham
tersenyum gembira. Hari ini menjadi detik baru dalam hidupnya. Mungkin sekarang
bukan masanya untuk dia mematikan benih cinta yang ada di hatinya. Mungkin
sebab itu juga benih cinta yang ada di hatinya sukar untuk mati walaupun cuba
dibuang. Cuma…dia harus mengakui satu perkara. Maisarah memiliki cinta orang
lain dan cintanya juga untuk lelaki itu. Dia pula hanya menyimpan benih cinta
yang baru sekelumit cuma. Cinta yang terpaksa diklasifikasikan sebagai cinta
sahabat walaupun dia menginginkan lebih daripada itu. Dan dia juga tahu, cinta
tak semestinya memiliki. Sekurang-kurangnya, Maisarah ada di depan matanya.
*****
MAISARAH
tersenyum senang hati. Hari ini adalah hari yang begitu menggembirakan dalam
hidupnya. Hatinya sudah berdamai dengan hati Ilham. Dicoretkan sesuatu di dalam
diari miliknya. Jika dulu kisah Lavender season1-
Couple. Kini, kisah Lavender season 2–Friend. Kisah Lavender season
3…hmmm..belum sampai waktunya.
Maisarah
sudah menghenyakkan tubuh di atas katil. Badannya agak letih. Matanya juga
sudah layu, ingin berangkat ke alam beradu. Telefon bimbitnya tiba-tiba
bernyanyi riang minta diangkat.
“Aii,
mamat ni. Apa pula telefon malam-malam ni. Orang dah ngantuk ni.” Omel Maisarah
sendirian.
Maisarah
menekan punat hijau. “Hello…” Dia menyapa dengan mukadimah.
Si pemanggil
tidak menjawab.
“Hello..”
“Hello, Am. Kau
nak cakap ke taknak ni. Kalau tak, aku letak karang.”
Kemudian
terdengar suara ketawa seseorang. Comel.
“Kakak marah
ea.” Suara Farisya kedengaran di hujung talian.
“Laa..Isya
rupanya. Akak ingatkan abang Am main-main.”
Uwekksss..Dan..dan..je aku bahasakan dia abang
Am.Perghhh.Tak boleh blah.
“Hmm..Ada apa
Isya?” Maisarah menyoal mesra. Lembut suaranya.
“Takde apa-apa.
Saja nak cakap selamat malam kat
kakak.Miss you…”
“Owh. Okey.
Selamat malam untuk Isya juga.Miss you
too..” Maisarah membalas lembut dan ceria.
“Abang Am nak
juga…” Tiba-tiba suara comel Farisya bertukar menjadi suara garau dan romantik
milik Ilham.
“Oii..Kau apa
hal pulak berabang..abang dengan aku ni.”
“E’eh, tetiba
jadi ganas pulak. Tadi dengar lembut je. Ingatkan abang Am main-main.”Ilham
sudah ketawa terkekeh-kekeh. Sengaja dia meniru gaya percakapan Maisarah
sewaktu berbual dengan adiknya tadi. Memang manja bunyinya.
Maisarah
membuat muka bengang. Memang Ilham tidak melihat wajahnya ketika itu.
“Sorry, kacau. Isya ni tadi sibuk beno nak telefon kau. Okey. Good night. Selamat beradu, Cik Puteri
Beradu. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.”
Maisarah
tersenyum sendiri. ‘Am…Am…Apalah kau ni.’
No comments:
Post a Comment