Tuesday 11 October 2022

EBOOK - (TEASER 3) - MIA, MY DARLING

 

TEASER 3


“Orang gaji kau ke ni?”

“Cantik macam ni kau kata orang gaji. Eh, ni bakal isteri akulah.” Selamba Shakry menjawab.

Mia terkedu. Bakal isteri? Choii... rasa nak aje dia sembur lelaki itu. Sesedap rasa aje cakap dia tu bakal isteri. Rasanya dia lebih rela digelar orang gaji berbanding bakal isteri. Tak agak-agak betul lelaki itu beri jawapan.

“Seriuslah? Lain macam selera kau kali ni. XL kut.”

Berubah terus muka Mia. Sahlah kawan lelaki itu kutuk saiz badannya.

“Kalau XL pun apa masalahnya?”

Empunya diri sudah tergelak sampai geleng kepala. 

“Pilihan keluarga kau ke ni? Sabar ajelah, bro.” Bicara itu agak sinis.

“Eh, taklah. Pilihan aku sendiri. Dahlah aku gerak dulu.” Terus Shakry minta diri. Dia pun tak nak berlama- lama. Mereka saling berjabat tangan dan kemudian masing-masing berpisah hala.

“Awak. Kenapa cakap saya ni bakal isteri awak? Eh, awak ni kan...” Mia luah rasa tidak puas hatinya. Rasa nak aje dia tumbuk muka lelaki itu. Mengapa lelaki itu tidak fikir langsung perasaan dia.

“Relakslah, Mia. Saya saja kasi jawapan gempak kat kawan saya tu. Dia tu sebenarnya sibuk sangat nak kenalkan saya dengan sepupu dia. Tapi tulah, perangai menggedik sangat. Tak minat saya. Kalau dia dah tahu saya ni dah ada someone special, mesti dia tak teruskan niat dia tu. Awak tak payah nak risaulah.”

“Senangnya cakap. Kalau tiba-tiba dia cari saya macam mana?”

“Untuk apa dia cari awak?”

“Mana tahu dia nak soal siasat pasal hubungan saya dengan awak?”

“Sebelum dia cari awak, saya carilah awak dulu. Suruh awak sembunyi.” Shakry gelak-gelak.

Terus Mia pandang dan tenung tajam lelaki itu.

“Jomlah. Buat apa awak nak risau. Silap-silap ni aje sekali dia jumpa awak. Saya rasa dia tak cam pun muka awak tu. Dah, jom. Saya hantar awak.”

Mia menggeleng. 

“Saya tak jadi nak tumpang awak. Saya naik Grab aje.”

“Chilllah. Okey. Saya minta maaf. Saya janji, next time hal ni tak berulang. Tapi, tak salah pun kalau saya kahwin dengan awak kan?”

Mia tersentak. Seriuslah?? 

Shakry terus tolak troli ke hadapan bersama leretan senyum.


EBOOK - (TEASER 2) - MIA, MY DARLING


TEASER 2


 “Kau ni sendukkan aku nasi sampai menggunung macam ni dah kenapa? Kau nak perli aku? Nak cakap aku ni kebulur ke? Macam jerung kelaparan?”

Mia tersentak. Dalam dia bermonolong di dalam hati, dia terleka. Tak disangka nasi yang disenduk sudah setinggi Gunung Everest. 

“Maaf. Saya tak sengaja. Saya nampak tuan sangat berselera tadi. Jadi saya sendukkan banyak-banyak. Dengan keenakan rasa nasi ayam ni, rasanya tuan mampu habiskan.” Mia cuba beri jawapan terbaik untuk menyelamatkan diri. “Tapi kalau tuan tak habis tak mengapa, saya boleh tolong habiskan.” Entah apa mulutnya menjawab lagi.

“Oh. Ada hati nak berkongsi makan dengan aku rupanya. Sini, duduk. Aku suapkan kau!”

Mia baru tersedar patah bicaranya sendiri. Dia terus menggeleng laju. Tak ingin dia disuapkan lelaki itu.

“Duduk!” Ia berbaur arahan tegas.

Dengan cerlungan mata itu, Mia terpaksa duduk di bangku sebelah lelaki itu.

“Nganga…”

Mia patuh jua.

Zupp.. terus mulutnya disuap dengan nasi. Sesudu, dua sudu dan tiga sudu. Ternyata, ia bukanlah suapan yang penuh romantik, tapi suapan nak kasi dia tercekik. Bersusah payah Mia habiskan kunyahan itu. Dek rasa nak tercekik, Mia sambar saja gelas air milik lelaki itu. Lantaklah. Yang penting tekaknya rasa lega. Siapa suruh suapkan dia rakus begitu.

“Sedap kan kena suap? Lain kali jangan nak menggatal berkongsi makanan dengan aku. Dah. Bangun. Jangan nak duduk menyemak sebelah aku pula. Sekarang, garukan belakang aku ni. Gatal!”

“Hah?” Terkejut betul Mia dengan permintaan itu. Sudahlah belum habis terkejut dek kena suap, sekarang ni kena garu belakang si ‘Tuan Jerung’ tu pula? Seriuslah? Takkanlah ini termasuk dalam skop kerja orang gaji kat rumah ni. Agaknya Mak Nah pun selalu jadi tukang garu mamat ni ke?

“Be.. betul ke ni nak suruh saya garu?” Mia soal kembali. Takut dia tersalah dengar. Takut juga andai tadi dia berhalusinasi. Karang tiba-tiba dia duk menggaru belakang lelaki itu, mahunya dia kena ngap dengan ‘si jerung’ tu. Yalah. Mestilah nikmat kena garu kan. Karang dia syok menggaru hingga ke tengkuk, pasti ‘si jerung’ rasa lain macam dan teringin nak ngap dia terus.

Mia pandang kanan kiri. Tengok line clear atau tidak. Harapnya juga tiada CCTV di dapur itu. Rasa seram jadi orang gaji tak berdaftar kepada ‘Tuan Jerung’ ni. Karang kalau Dato’ atau Datin terlihat, mahunya mereka ingat dia sedang memikat ‘jerung’ di dapur. Silap hari bulan kena kahwinkan terus.

“Oii. Cepatlah garu!”

Mia lihat dahulu jari-jemari gemuknya. Dalam keterpaksaan, terpaksalah dia korbankan jari-jemarinya untuk menggaru belakang si jerung. Mujurlah garu tak bersentuh kulit. Jika tidak dia sudah dikira menodai belakang tubuh lelaki itu. Ah, seram!

“Kuatlah sikit!”

Mia turutkan juga. Apahal pula dia jadi tukang garu ni? Asal datang sebagai tukang masak aje kut. Tak terfikir dek akal langsung.

“Okay, good! Aku suka kau garu. Aku tak rasa geli. Syok adalah. Sekarang, urut bahu aku pula.”

“Urut?”

“Dah tu kau dengan aku cakap apa? Cium?”

Mia mencebik. Ayat lencong jauh betul.

‘Oh, Mia. Sekarang kau jadi tukang urut pula. Good job!’

Mia kemudiannya selak rambut panjang itu. Sebenarnya taklah panjang sangat. Bawah bahu sikit aje. Bahu itu Mia urut lembut saja. Sambil itu dia menikmati haruman rambut itu. Walau nampak berserabai tetapi tetap wangi. Alalala, syoknya.

“Kuatlah sikit. Macam tak makan aje. Mama aku bayar kau kerja kat sini kut. Buat kerja tu biarlah ikhlas sikit!”

“Sebenarnya tuan. Saya..”

“Saya apa? Saya.. saya..” Dibentak begitu Mia jadi terkejut. “Kau nak aku suapkan kau lagi ke? Kau jangan nak melebih. Kau tu orang gaji aku aje. Tadi tu kira dah speciallah tu kau merasa aku suapkan kau.”

“Tak. Bukan. Saya… saya rasa tuan kena potong rambut ni.” Tup..Tup…Lain pula yang keluar dari mulutnya.

“Amboi, kau! Sesedap aje nak suruh aku potong rambut. Rambut aku, aku punya sukalah. Dahlah. Pergi sambung kerja kau.” Empunya diri meraup rambut ke belakang. Sayang dengan rambutnya.

Fuhhh! Mia hela nafas lega. Dia kemudian kembali ke tempatnya di tepi kabinet dapur. Dalam pada itu dia lihat empunya diri itu kembali menikmati hidangannya. Tidak lama itu Mak Nah baru keluar dari bilik air dari sudut belakang. Pasti sudah lega melepas hajat yang tertangguh.

“Haa, Mia. Dah siap makan ke? Maaflah. Mak Nah lama kat dalam tu.”

“Sudah, Mak Nah. Ni saya nak minta diri dulu.” Cepat-cepat Mia minta diri. Tak nak dia terus berhadapan dengan Tuan Jerung seorang itu.

“Oh, yalah. Kirim salam kepada emak kamu. Ni, bawa sekali ya? Datin dah pesan. Mak Nah dah bungkuskan siap-siap untuk kamu masa kamu solat tadi.” Satu bungkusan di atas meja dapur dihulur oleh Mak Nah kepada Mia.

“Terima kasih Mak Nah. Nanti sampaikan juga salam saya kepada Datin. Seganlah saya nak ke depan sana tu.” Seusai bersalaman, Mia bergerak menuju ke pintu dapur itu. Menyarung kasut, dia kemudian beransur pergi dari pintu belakang itu.

Shakry yang masih menikmati hidangannya hanya terdiam dan memandang. Otaknya cuba menghadam bicara yang didengar. Namun untuk mendapat jawapan yang tepat tanpa keraguan, sebaiknya ditanya kepada Mak Nah orang gajinya itu.

“Siapa tu Mak Nah?” soal Shakry sambil mengelap bibirnya dengan kertas tisu. Nampaknya dia sudah selesai makan. Kenyang pastinya. Yalah. Makan bertambah-tambah.

“Eh, Shak. Bila masa kamu ada di sini? Mak Nah tak perasan langsung. Tadi tu Mia, anak Mak Diah. Dia datang sini tolong masak, gantikan mak dia. Masak nasi ayam yang mama kamu nak tu. Kamu nak makan ke? Mak Nah boleh hidangkan sekarang.”

“Tak apa, Mak Nah. Saya dah siap makan pun. Kenyang sangat dah ni. Sedap nasi ayamnya, Mak Nah. Bertambah-tambah saya makan.”

“Mia tu memang pandai masak. Sama macam mak dia. Eh, dah siap makan? Siapa hidangkan?” Terkeliru Mak Nah seketika. Setahunya, anak majikannya itu memang jenis orang yang nak makan kena berhidang dulu. Tak adanya dia nak ambil sendiri. Manja sangat.

“Mia.” Sebaris nama itu disebut bersama senyuman. 

Tak mungkin dia bercerita yang dia dah tersalah anggap gadis itu sebagai orang gaji. Mahunya kena gelak dengan Mak Nah. Kalau mamanya tahu, habislah dia. Silap-silap kena bebel agaknya. Menuduh tanpa usul periksa, begitulah jadinya. Tak memasal si Mia tu dapat gelaran orang gajinya. Siap dibantainya jadi tukang garu dan urut bahunya juga.

‘Haila, Cik Mia sayang. Sorry. Abang Shak minta maaf sangat. Tak sengaja. Tapi, abang rasa syok sangat bila kena garu dan urut dengan Mia. Next time, bolehlah abang kasi job ni kat Mia lagi.’ Shakry meleret senyum. Pheww.. angin gatalnya tiba-tiba datang.

“Kenapa tersenyum-senyum aje tu Shak? Berkenan ke dengan si Mia tu?” Mak Nah sengaja mengusik.

“Eh, Mak Nah ni. Tak ada hatilah saya kat dia. Entah-entah si Mia tu kut yang ada hati kat saya.”

“Serabai macam kamu ni ingat dia nak ke? Kalau orang tak kenal, memang dia orang ingat gelandangan mana entah tersesat kat rumah ni.”

“Mak Nah ni. Sedap aje kutuk saya kan. Gelandangan tak adalah kulit flawless macam saya ni. Setakat rambut aje serabai, tu dah kira macam fesyen tau. Bau still wangi kut.”

“Potonglah rambut tu. Biar kemas. Nampaklah kacak sikit.”

“Mak Nah ni dah macam si Mia tu juga. Sibuk nak suruh saya potong rambut. Mama saya tak kompelin apa pun.”

“Yalah, yalah. Mak Nah tak cakap apa-apa lagi.” Mak Nah kembali menyambung kerjanya. Shakry pula naik semula ke biliknya. Malas nak jumpa kawan-kawan mamanya. Karang sibuk mamanya nak perkenalkan dia dengan anak gadis dari kawan-kawannya itu. Sebenarnya dia memang sengaja berpenampilan serabai begitu. Kalau dia dipaksa turun nanti, biar mereka tak selera memandang dia. Lantaklah apa mereka nak cakap. Kalau ada yang tak puas hati, tahulah dia nak menjawab. 

Sedangkan anak Mak Ngahnya sendiri yang cantik ala-ala model pun dia tolak mentah-mentah, inikan pula anak-anak kawan mamanya. Kasi ajelah sedas dua ayat patah hati. Memang confirm tak nak dekat dia.

EBOOK - (TEASER 1) - MIA, MY DARLING


 TEASER 1


“Amboi, orang gaji. Acah-acah macam tuan rumah nampak?”

Mia terus tersedak. Orang gaji? Dia ke ‘orang gaji’ yang dimaksudkan?

Wajah empunya diri di sebelahnya dipandang. Rambut agak panjang. Agak berserabai, macam tak bersikat.

“Apa pandang-pandang? Mana nasi ayam? Kata mama ada nasi ayam tadi. Jadi orang gaji tu tolong hormat sikit kat tuan rumah. Ingatkan muda lebih berotak. Tengok macam Mak Nah tu. Tak ada nak naik tocang. Ni tidak. Pantang tuan rumah tak ada depan mata, makan pun tak pandang kiri kanan.”

Berasap aje Mia mendengar kata-kata empunya diri.

‘Ni ke anak Datin Aripah yang nama ‘Shark’ yang dia orang duk bersembang tadi tu? Heh! Garang bebenor.’ Mia mengomel di hati. Sebenarnya tadi, sambil memasak dia memasang telinga. Saja mendengar cerita-cerita terkini dan sahih termasuk umpatan mak cik bawang. Sememangnya ada nama ‘Shark’ dibangkitkan.

“E’eh, orang gaji ni kan. Dia buat dek aje? Mana nasi ayamnya?” Suara itu membingit lagi bersama cerlungan mata ala-ala nak makan orang.

“Err…ba-baik. Nanti saya hidangkan untuk tuan ya?” Terpaksalah Mia layan aje drama ‘Tuan Rumah vs Orang Gaji’ itu tanpa membantah. Namun otaknya masih tak boleh terima dipanggil ‘orang gaji’ tanpa usul periksa. Sudahlah ayat tumacam.. . eii.. rasa nak aje cucuk mata mamat tu dengan garfu yang berada di mangkuk laksanya.

“Saya nak sekarang. Bukan nanti. Tahu tak saya dah lapar ni?” Tajam saja ton itu masuk ke pendengaran. Nampak macam dah kelaparan sangat.

“Ya, tuan. Baik. Saya hidangkan sekarang.”

Mia berhenti dari menikmati hidangan laksanya. Lalu dia bangun menghidangkan set lengkap nasi ayam kepada ‘tuan’nya itu. Mujurlah tadi beberapa set pinggan, mangkuk dan sudu sudah dikeluarkan Mak Nah. Mungkin memang sudah disediakan untuk si tuan muda. Jadi tidaklah dia blur nak mencari semua itu. Takkan nak selongkar laci dan rak kabinet rumah orang. Buruk sangat perangai.

“Ni tuan. Silalah menjamu selera,” ucap Mia sebaiknya lagak si orang gaji. Tidak lupa siap dihidang juga nasi tambah. Manalah tahu ‘tuan’nya itu berselera nak menambah.

Empunya diri diam menikmati hidangannya. Mia pula jadi serba salah untuk duduk kembali. Takkan nak duduk di sebelah ‘tuan’nya itu. Habislah nanti dia kena maki. Dilihat saja laksanya yang masih berbaki di dalam mangkuk. Walaupun tidak banyak, tapi rasa rugi juga sebab tidak habis. Laksa tu sedap kut. Kalau dapat bungkuskan untuk emaknya pasti emaknya suka. Eh, eh. Mia. Sesedap rasa kau nak membungkus ya. Memanglah Datin ada beri keizinan, tapi janganlah kau buat muka tak malu. Lagilah kau nak membungkus depan ‘Tuan Jerung’ yang seekor ni. Mahunya kau kena maki berganda-ganda.

“Emm..sedap..” puji empunya diri tanpa mengetahui tukang masak hidangan itu ada di sebelahnya.

Mendengar pujian itu, lega Mia mendengar. Tersenyum juga dia di hati. Tak sangka ‘Tuan Jerung’ puji masakannya.

“Awak terpacak kat sebelah ni buat apa? Teman saya? Heh. Ingat acah-acah bini mithali teman suami makan ke? Pergilah sana buat kerja. Hesy, orang gaji ni kan! Ni pakai wangi-wangi ni apa hal? Nak pikat saya?”

Sentap Mia mendengar.

‘Eh! Melebih-lebih pula ayat ‘Tuan Jerung’ ni kan. Ingat aku ni kemaruk sangat ke sampai nak pikat dia. Sombong dan berlagak macam ni, ingat aku ingin sangat ke? Lagi aku rasa nak hempuk belakang kau tu ada lah. Takkanlah si jerung ni yang Dato’ Mansur nak kenalkan kat aku? Kalau betul, aku pun tak hingin. Patutlah tak laku. Perangai…berlagak sungguh!’

Tangan Mia sudah  mengenggam buku lima. Sikit masa lagi kalau hati tak sabar, memang dia hempuk juga belakang mamat tu.

“Tuan.. sebenarnya saya..” Mia cuba hendak menyatakan kebenaran. Dia harus jelaskan salah faham itu dari berterusan. Dia bukan orang gaji okey? Dia cuma mewakili emaknya untuk datang memasak sahaja.

“Ambil mangkuk awak ni, alih. Menyemak pula dekat sini!” Ayat pedas terus memanaskan telinga Mia.

Malas nak terus bercakap, Mia ambil mangkuk laksanya. Ia dibawa ke sinki dan dicuci bersih sebelum dilap dan disusun di atas rak yang tersedia.

“Awak ni nak suruh tuan awak tercekik ke? Tak ada hidangkan air pun. Agak-agaklah. Ni baru masuk kerja bila. Hari ni ke? Kalau macam ni, petang ni juga saya suruh mama berhentikan. Cari orang lain lagi bagus!”

Mia terbatuk-batuk kecil. Tersedak. Amboi, dia punya sound tu. Tak beragak langsung.

Sejenak itu juga…

Jerung..oo…jerung…mengapa kau berlagak? (Melodi asal lagu katak..oo..katak)

Mia seakan terdengar-dengar akan lagu itu sedang bernyanyi di hujung telinganya. Memang kena dengan waktu. ‘Jerung’ di hadapannya ini memang nampak berlagak.

“Maaf ya, tuan. Saya terlupa.” Secepat itu dia ambil gelas di rak dan penuhkan gelas itu dengan air yang sudah sedia ada di tepi meja makan itu. Air itu tadi dibancuh Mak Nah.

“Ini airnya, tuan. Maaf sekali lagi.” Segelas jus oren sejuk dihidang untuk tuannya itu.

Dalam pada itu Mia kembali terbatuk-batuk. Tika ini tekaknya juga perlukan air dek rasa kesat selepas makan laksa tadi. Maka, segan tak segan dia ambil gelas kosong dan diisi dengan sedikit air jus itu.

“Maaf, tuan. Saya ambil air sedikit. Tekak saya dah kering.” Terpaksa dia buat tak nampak akan tenungan tajam lelaki itu kepadanya.

“Tekak kering sebab tadi kau mengumpat aku lah tu kan?”

EBOOK - (BLURB) - MIA, MY DARLING


BLURB


Mia Zara. Pertama kali datang ke rumah Datin Aripah mempertemukan dia dengan Shakry Firdaus. Malangnya, dia disangka orang gaji.

“Awak terpacak kat sebelah ni buat apa? Teman saya? Heh. Ingat acah-acah bini mithali teman laki makan ke? Pergilah sana buat kerja. Hesy, orang gaji ni kan! Ni pakai wangi-wangi ni apahal. Nak pikat saya?” - Shakry

“Eh! Melebih-lebih pula ayat ‘Tuan Jerung’ ni kan. Ingat aku ni kemaruk sangat ke sampai nak pikat dia. Sombong dan berlagak macam ni, ingat aku ingin sangat ke? Lagi aku rasa nak hempuk belakang kau tu ada lah.”- Mia

Pertemuan seterusnya lain pula ceritanya. Bermula di pasaraya, Mia dan Shakry akhirnya duduk semeja di warung menikmati cendol durian. Dalam diam, Shakry jatuh suka pada Mia si gadis chubby itu. Sejak itu Shakry dilihat punya komitmen untuk terus mendekat. Usikan nakal dan kata-kata berbaur lamaran juga acapkali diberi sebagai memberi hint kepada Mia.

“So, apa kata kita ubah status kita kepada saling berpunya. Awak jadi darling saya, saya jadi heartbeat awak.” - Shakry

Namun balasan Mia tidak seperti yang diharapkan.

“Aci tak kalau Shak culik dia, ma? Paksa aje dia kahwin dengan Shak. Haa.. barulah nampak ganas macam jerung.” - Shakry

Sehinggalah suatu hari ada insiden yang tak diduga terjadi.

“Saya tahu. Awak yang rancang semua ni kan? Awak memang sengaja nak kita kena tangkap berdua kan?” - Mia

Adakah benar tuduhan Mia? Mampukah akhirnya Shakry menjadikan Mia si gadis chubby itu sebagai kesayangannya?

 


Friday 18 March 2022

NOVEL PENAKLUK HATI ABANG JAMBANG


BLURB - PENAKLUK HATI ABANG JAMBANG

 

“Setakat handsome tapi muka ketat buat apa. Tu kalau nak tackle awek mesti tak pass-pass. Mesti si awek tu menyampah gila dengan muka ketat dia tu. Kalau aku, nak aje aku lastik muka dia macam lastik burung gagak dulu-dulu tu. Piungg..Padu kena setepek!” - Fatehah

Iftitah masih ingat kata-kata gadis berbaju pink itu. Kerana itu, demi mendekati gadis yang menakluk hatinya, dia berusaha melatih otot senyumnya agar berfungsi dengan baik. Tatkala si gadis bertanyakan namanya, senang hati dia memberi jawapan..

“Panggil aje Abang Jambang Handsome.” – Iftitah

Jawapan itu diberi dengan pakej killer smilenya.

Rupanya mereka terus berjodoh untuk bertemu. Fatehah kini bekerja di syarikat milik keluarganya Iftitah.

“So, lepas ni kita kahwin boleh” - Iftitah

“Hah? Kahwin?” - Fatehah

“Opss..Sorry. Kawan. K-A-W-A-N. Lidah advance sangat nak cakap. Tu yang terbabas. So, boleh tak awak beri saya peluang kedua?”- Iftitah

Namun, mereka mula bergelut dengan konflik hati apabila cerita 14 tahun lalu terbongkar.

“Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari insan yang menggembirakan dan membahagiakan abang. Mungkin tika ini kita tak dijodohkan bersama. Namun abang masih mengharapkan kita masih diberi peluang itu. Kerana abang pasti, hati Teha masih ada untuk abang.” – Iftitah

Encik tak payah bermimpilah. Untuk pengetahuan encik, hati saya dah tak ada untuk encik. Di saat saya tahu kenyataan tu, hati saya dah hancur. Saya memang rasa bersyukur sebab tidak berjodoh dengan encik. Jadi, encik tak perlu nak harapkan apa-apa kerana hati saya takkan berbalik kepada encik. Takkan!” – Fatehah

Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka? Adakah kekal ternoktah setakat itu, atau sebaliknya?

 

PRE-ORDER SEHINGGA 16/4/2022 

Berminat?

Boleh hubungi  pihak penerbit.

Sila tekan link di bawah.

https://wa.link/hez7p9

https://wa.link/372s1j

https://wa.link/u1tbdh

 







Friday 4 March 2022

TEASER - PEMILIK CINTA PUTERA AZAKIE

 

TEASER 2

“Hadiah ni dari siapa? Baik Abang Am cakap? Tak mungkinlah dari abang sendiri kan?” Nia meragui abangnya. Lagilah terlihat senyum abangnya itu. Bagai tersimpan sejuta makna dan rahsia.

“Tak payahlah banyak tanya. Buka ajelah.”

“Jangan cakap hadiah ni daripada kawan abang yang abang berkenan sangat nak jadikan adik ipar tu.” Hanya empunya diri itu yang terdetik di hati Nia.

Amry tergelak akhirnya. Tidak sangka adiknya dapat meneka. “Hahaha…Betullah tu. So, bukalah. Aku nak tengok dia kasi apa.”

“Tak nak orang buka. Nah! Abang ambillah.”

“Weh. Kalau dia kasi dua bundle pad berkepak takkan aku nak ambil.”

“Bengong Abang Am ni!” Seraya itu hadiah yang masih berbungkus itu dihempuk ke paha si abang.

Mengekek terus abangnya gelak.


TEASER 3

Azakie meraih tangan milik gadis itu. Lembut dan mulus kulitnya. Tangan itu diusap dan dibelai, lalu dikucupnya. “Ini sebagai janji yang awak takkan tarik balik kata-kata awak tadi.” Wajahnya kian mendekat kepada wajah Nia. Bibirnya pula mengukir senyum penuh makna. Nia menelan liur yang terasa kesat di kerongkong. Rasa aneh pula dengan tingkah lelaki itu. Ia bukan seperti yang dijangkakan. Padanya lelaki itu seorang yang pandai menjaga batas, namun kini…

“Lagi satu saya nak cakap. Saya ni bukannya baik sangat tau.” Rambut Nia yang terjuntai  diselitkan ke belakang telinga.

Bicara yang terdengar gemeresik itu membuatkan perasan Nia jadi berderau. Wajahnya terasa hangat dan debar di dadanya bergoncang hebat. Dia seakan berpeluh. Sepertinya kini dia sudah termasuk dalam perangkap lelaki itu.

So, bila kita nak nikah. Sebab, saya rasa tak sabar nak dapat belaian manja seorang perempuan bernama isteri.” Senyuman dan pandangan yang ditunjukkan Azakie membuatkan hati Nia kian tidak tenteram. Tangannya yang ditaut erat masih tidak dilepaskan. Malah digesel-gesel ke pula ke pipi.

“Aa..awak…Saya…” Nia cuba meleraikan pegangan lelaki itu.

“Kenapa baby? Baby takut dengan abang ke?” Tangan kiri Azakie kini bermain pula dengan rambut Nia yang terbiar lepas hingga ke paras pinggang itu. Dalam pada itu Nia rasakan tubuh mereka kian merapat dan hampir bersatu. Tatkala lelaki itu menunduk sedikit wajahnya, ternyata pucuk hidung mereka juga hampir bersentuh antara satu sama lain. Ternyata ia benar-benar membuatkan Nia tidak selesa.

 

 TEASER 4

“SEDAP, Nia masak. Lepas ni bolehlah masakkan abang selalu.” Puji Azakie setelah dia merasa sedikit masakan yang terhidang itu.

“Betul ke sedap?” soal Nia teruja. Pertama kali dia masak hidangan ketam masak lemak cili api itu melalui tunjuk ajar mamanya. Kali ini sepenuhnya adalah air tangannya.

Emm…” Azakie mengangguk.

“Ya ke sedap? Tapi kenapa aku rasa masin semacam aje. Kau jangan nak jaga hati dia sangat Kie,” celah Amry.

Azakie tendang kaki Amry. Apa punya abanglah. Sekurang-kurangnya tolonglah cover adik sendiri.

Terus air muka Nia berubah.

“Alah, Nia. Abang Am tu saja je. Abang Kie rasa okey je. Sedap. Cuba tanya mama dengan Abang Ad ni? Dia orang tak komen apa, maksudnya sedaplah tu. Terima kasih Nia sebab sudi masak untuk abang.” Azakie lebih pandai mengambil hati.

 


READY FILE

 Berminat

                               Sila tekan link di bawah

www.wasap.my/601111421801/KHV.1

 

 

 

 

 

 

Friday 18 February 2022

TEASER 1 - PEMILIK CINTA PUTERA AZAKIE

 “Untuk pengetahuan awak, Aireen tu bakal dikahwinkan dengan saya. Jadinya, kalau saya dah setuju untuk serahkan kembali Aireen tu kepada abang awak, habis tu saya ni nak kahwin dengan siapa pula? So, besarlah harapan saya awak yang jadi penggantinya. So, macam mana? Sekarang ni keputusan di tangan awak.” Azakie jungkit kening. Meminta jawapan gadis manis bermata bundar itu. 

Wajah Nia terus bertukar riak. “Ish, awak ni. Kenapa buat syarat pelik macam tu? Saya baru nak excited tau. Takkanlah tiba-tiba saya nak kena kahwin dengan awak. Kenal pun tidak. 

Semerta itu Azakie ketawa. Suka juga melihat wajah comel di hadapannya itu walaupun baru pertama kali berjumpa ia mampu membuat degup jantungnya mula tak seirama. HaishAdakah ini cinta pandang pertamanya?

So, kita kenalah kenal dari sekarang, Nama saya Azakie. Putera Azakie Khairi. Kalau awak tak kisah, panggil aje Abang Kie.” Azakie memperkenalkan dirinya.

“Putera Azakie Khairi? Eh, macam pernah dengarlah.”

“Pernah dengar? Ya ke?” Azakie pandang wajah Nia dengan sedikit riak terkejut. Celah mana pula gadis itu pernah dengar namanya. Dia bukan popular mana pun.

Nia mengangguk. Dia amat yakin dia pernah mendengar sebaris nama itu. Dia tidak tipu. Namun, siapa yang beritahu dia ya? Emm..Nampaknya dia juga tidak ingat.

“Maaflah. Saya tak ingat siapa yang beritahu. Tapi saya memang pernah dengar nama awak.”

“Mungkin di alam mimpi awak kut. So, keputusan macam mana? Setuju tak?”

“Maaflah. Tak mungkinlah saya mampu buat keputusan sekarang ni. Rasa macam buang tebiat pula kalau terima awak secara tiba-tiba macam ni.”

Azakie ketawa lagi. “It’s okay, Cik Nia. Saya faham. Tapi, harapnya awak masih sudi luangkan masa untuk berfikir. Mana tahu pergorbanan awak ni berbaloi. Awak akan dapat lelaki sekacak saya ni. Awak tak nak ke?”

Nia hanya ketawa. Mungkin terasa kelakar juga dengan bicara lelaki itu.




 TEMPOH PRE-ORDER

10/2/2022  - 25/2/2022 

Berminat?

Sila tekan link di bawah 

www.wasap.my/601111421801/KHV.1