Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 4,5



PAGI ini Maisarah bangun agak lewat kerana hari Ahad. Dia terlena semula selepas menunaikan solat Subuh. Deringan telefon menggamit lenanya. Maisarah mencapai telefon bimbitnya di sisi bantal. Dia meraba-meraba mencari. Kepalanya masih mamai. Antara jelas dengan tidak, dia melihat nama pemanggil yang tertulis di skrin. ‘Baiti’. Ini bermakna, kelaurganya di kampung yang menelefon. Maisarah segera menjawab.
“Assalamualaikum, Kak Mai.”Suara Balqis kedengaran di hujung talian.
“Waalaikumsalam. Ada apa ni Balqis?” soal Maisarah ingin tahu.
“Boleh tak Kak Mai balik kampung hari ini.” Agak cemas nada suara Balqis di hujung talian.
“Kenapa Balqis. Cemas je ni?”soal Maisarah sambi terpisat-pisat menggosok matanya.
“Kak Ija masuk wad semalam. Mak suruh akak balik. Balqis pun rasa tak sedap hatilah kak, tengok keadaan Kak Ija tu.” Suara cemas adiknya, Nur Balqis itu membuat jantungnya tersentap.
“Hah.Kenapa dengan Kak Ija, Balqis?” soal Maisarah inginkan kepastian. Dia terkejut.
“Balqis tak taulah kak. Semalam Kak Ija muntah-muntah. Teruk. Pucat je muka dia. Lepas tu  Kak Ija  pengsan. Abah hantar pergi hospital. Tapi Kak Ija tak boleh balik. Dia kena tahan kat wad. Dengarnya kritikal,”terang Balqis satu-persatu. Bagai halilintar meyambar jantungnya. “Ya Allah!” Hanya itu yang mampu terkeluar dari bibirnya.
“Okey...Okey. Akak balik. Balqis beritahu mak dengan abah jangan risau ya. Akak balik harini juga.” Talian diputuskan. Maisarah menjadi kelam kabut. Fikirannya  berserabut. Tatkala itu dia hanya bersendirian di rumah. Teman serumahnya telah pulang ke kampung malam tadi. Maisarah sedikit kaget. Dia tidak dapat berfikir. Dia hanya mandi kerbau dan turun membawa barang yang penting sahaja untuk kes emergency seperti itu.
Penantian menunggu bas sememangnya satu peyeksaan yang panjang baginya. Bas yang di tunggu masih tak kunjung tiba.  Maisarah bersungut sendirian di dalam hati. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri dengan membaca surah 3 kul, berselawat dan berzikir. Hatinya yang gusar kini tenang sedikit. Tidak lama kemudian bas Rapid pun sampai. Maisarah lega. Setelah membayar harga tiket, dia terus mendapatkan tempat duduk yang satu-satunya kosong pada waktu itu. Perjalanan ke stesen bas terlalu lama baginya. Dia berdoa agar segera sampai.
Maisarah melihat jam di tangan. Sudah jam 10.05 pagi. Dia perlu segera mendapatkan tiket. Dia berharap dapat menaiki bas seawal mungkin. Perutnya pula terasa agak lapar berbunyi-bunyi minta di isi. Maisarah meneruskan langkahnya meredah hujan gerimis yang gugur ke bumi. Nasibnya baik apabila mendapat tiket seawal jam 10.30 pagi. Dia tidak perlu membazir waktu menunggu bas. Dia sempat membeli air dan roti sebagai bekalan mengisi perut. Kini dia berada di dalam perut bas. Roti yang di belinya tadi di kunyah perlahan-lahan. Air 100 Plus di teguk bagi menghilangkan dahaga. Segar rasanya. Doa perjalanan dibaca di dalam hati, berharap agar perjalanannya selamat sampai ke destinasi.
Di dalam perjalanan matanya tidak mampu lelap walaupun dia berasa amat mengantuk. Fikirannya melayang. Panggilan yang di terimanya pagi tadi bermain-main di kotak fikirannya.Fikirannya kembali beransur kepada kak Ija.
Kak Ija memang sakit. Dah lama juga dia menghidap barah hati. Tapi selalu keadaan dia okey je. Tetap nampak sihat, sebab Kak Ija seorang yang kuat.  Sepertinya dia tidak sakit. “Aduh risaunya aku.  Dada aku ni terasa sakit merasakannya. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Permudahkanlah urusan hambaMu ini.Kau berilah hambaMu ini petunjuk, Ya Allah. Biarlah diriku ini mendapat sedikit ketenangan dari kegundahan perasaanku ketika ini.” Maisarah berdoa di dalam hati menenangkan perasaannya sendiri. Akhirnya dia terlena juga.
*****
PADA waktu ini saya hanya dapat menasihatkan agar encik sekeluarga bertenang, dan berdoalah kepada Allah supaya semuanya selamat kerana ajal maut itu di tangan Tuhan.Kami, pihak hospital telah berusaha sedaya upaya, dan kami hanya dapat menyatakan harapan pesakit ini adalah bawah 50 peratus. Kami harap encik dapat  bersabar,” ujar Doktor Adham sambil menepuk-nepuk lembut bahu encik Muhammad yang berdiri di sampingnya. Sebagai seorang doktor, dia juga telah berusaha sebaik mungkin.
Maisarah melihat wajah ayahnya. Wajah yang agak garang itu kelihatan agak sugul dan suram. Maisarah memandang pula wajah ibunya. Pipi ibunya sudah mula dihujani air mata. Mana mungkin seorang ibu tidak bersedih apabila seorang anak telah terbaring tanpa sedar.Apatah lagi diberitahu ia dalam keadaan kritikal dan memungkin sesuatu yang ditakuti. Hanya doa menjadi iringan. Muhammad cuba menenangkan hati isterinya itu. Bagi Muhammad, walaupun Siti Khadijah bukan anak kandungnya, dia tetap menyayangi anak tirinya itu. Tiada beza antara ketiga-tiga anaknya itu.
Nafisah menguatkan semangatnya. Dia mengumpul kudrat yang ada menerima dugaan Maha Pencipta. Dia redha. Maisarah memahami perasaan ibunya ketika ini. Dia memeluk erat wanita itu memberi kekuatan. Wanita itu sangat disayangi walaupun bukan berikatan biologi sebagai ibu kandung. Balqis juga sudah merah mata. Dada Maisarah turut dilanda sebak melihat ibu dan adiknya. Lebih-lebih lagi Kak Ija yang sudah terbaring lesu. Dia cuba menahan perasaanya, namun dia tertewas juga. Kolam matanya sudah berat bertakung air mata. Akhirnya ia jatuh perlahan berguguran ke pipi. Dia cuba untuk menyekanya.Namun,  guguran permata semakin  lebat  di pipinya begitu sukar untuk diredakan. Di saat ini hatinya juga menangis pilu. Dia tidak mahu Kak Ija pergi.
“Kak …”Panggil Maisarah perlahan. Tangan kakaknya itu dipegang kejap-kejap. Sejuk. “Kak Ija kena kuat ye. Kami semua sayang Kak Ija. Kak..Mai..Mai minta maaf..sebab..Mai tak dapat bawakan Kak Ija.. telekung tu. Mai dah beli..tapi ia tercicir.” Saat itu air mata Maisarah sudah pecah dari empangannya. Ia berjujuran jatuh ke tangan lesu Siti Khadijah. Namun, ia tetap tidak memberi sebarang tindak balas.
“Akak..bangunlah, kak.” Rintih Balqis pula. Balqis juga telah tewas dengan air mata. Sayu butir bicaranya merintih agar Kak Ija bangun. “Akak….” Pilu hati yang mendengar.
“Ya Allah. Aku bermohon padaMu. Kuatkan semangat kakakku ini.” Maisarah merintih kepada Pencipta. “Ya, Allah. Di saat ini diriku dapat merasakan bahawa KAU akan membawanya pergi. KAU lebih menyanginya, Ya Allah. Aku sebagai adik, akan reda dengan ketentuanMu ini Ya Allah. Tiada kudrat bagi ku untuk menolak ketentuanMu, Ya Allah.” Maisarah terus berteman air mata. Dia tidak sanggup melihat kakaknya terus terseksa begitu. “Ya Allah..Kau yang Maha Mengetahuinya segalanya. KAU yang Maha Berkuasa ke atas setiap hambaMu.
Dua hari kemudian Siti Khadijah disahkah meninggal dunia. Pagi itu cuaca teduh, sejuk dan sesekali kedengaran kicaun burung berlagu mengamit alam. Pagi yang tenang itu mengiringi pemergian seorang hamba Allah yang bernama Siti Khadijah binti Adnan. Mereka sekeluarga redha dengan pemergian Siti Khadijah. Maisarah tidah henti-henti berdoa untuk kesejahteraan kakaknya di alam sana. Alam yang bakal di tempuh seluruh umat manusia. Semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Tatkala itu hati Maisarah terdetik bahawa permintaan Kak Ija itu sebenarnya adalah petanda bahawa dia akan pergi. Permintaan yang dipenuhi, tetapi tidak kesampaian. Hatinya meruntun sayu. ‘Akak..Maafkan Mai.’
Malam itu mereka mengadakan tahlil untuk arwah Siti Khadijah. Maisarah kelihatan tenang, namun di dalam hatinya masih menangis.
*****
MAISARAH  duduk menyepi diri di dalam bilik Siti Khadijah. Bilik yang kecil itu menyimpan sejuta kenangan buat dirinya bersama kakaknya itu. Kini tiada lagi bayangan Kak Ija. Cuma gambar kenangan yang ditinggalkan kaku di atas meja. Gambar itu diambil dan ditatap lama. “Kak…Mai rindukan akak.” Suaranya beralun sayu. Gambar itu kembali diletakkan di tempatnya.
            Maisarah bangun dan menuju ke almari. Dia melihat barang-barang peninggalan Kak Ija yang masih tersimpan elok di situ walaupun sudah lama. Kak Ija sangat menjaga barang-barangnya.Sebuah kotak kayu di keluarkan. Kotak itu adalah pemberiannya kepada Kak Ija. Kotak kayu yang dibuat sendiri semasa ditingkatan 3. Itulah projek kerja kayunya. Hmm…Nampaknya ia masih cantik berbalut dengan kain bunga-bunga yang di jahit sendiri. Tak sangka dia mampu membuatnya. Dapat ‘A’ tu. Bangga betul masa tu. Maisarah membukanya.
            Ada beberapa pucuk surat dan juga sebuah glob kaca sebesar bola golfbewarna jernih tersimpan di situ. Glob kaca itu itu menjadi perhatian bola matanya. Ia diambil dan dilihat sebaiknya.Di dalam glob kaca itu, terdapat sepasang Swan putih dan tertulis di tengah-tengahnya perkataan ‘Love.’ Maisarah mengukir senyum sendiri. ‘Oh, Kak Ija bercinta dengan siapa ni? Tak pernah tahu pun. Kenapa aku tak pernah tengok glob ini. Kak Ija ni berahsia juga dengan aku rupanya.’ Glob kaca itu kemudian di simpan kembali. Kini, surat pula menjadi perhatian. “Surat cinta ke ni?”gumamnya sendiri.Salah satu surat di ambil. Sampul bewarna ungu. Di baca coretan bertaip komputer itu. Hanya lirik lagu Kasih-Kekasih.
Di tersenyum lagi.Nama pengirim di lihat.
“IMIL.” Siapalah  Imil ni agaknya.Hihi…Comelnya nama.
Krekkk…
Pintu di kuak perlahan.“Kak, buat apa tu?”Suara Balqis hadir ke pendengaran. Dia sudah melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di sebelah Maisarah.
“Owh, membongkar barang Kak Ija ea. Uit, apa tu. Cantiknya.” Balqis baru terperasan akan glob kaca yangberada di dalam kotak.“Ni Kak Ija punya ke? Siapa yang kasi?”tanya Balqis.
“Manalah akak tahu. Tapi, rasanya Imil nilah kut.” Surat yang di baca tadi diserahkan kepada Balqis.
“Akak nak buang ke surat-surat Kak Ija ni.”
“Hish, Kau ni.Taklah. Simpan jelah kat dalam kotak ni. Takkan nak buang. Kalau ada masa nanti bolehlah kita baca. Apalah kau ni.”Maisarah ketawa sekadar bergurau.
“Ish, akak ni. Suka benar nak baca surat orang. Ntah apa-apa ntah. Eh, yang akak nitiba-tiba selongkar barang Kak Ija ada apa. Akak nak cari apa?”
Maisarah menggeleng. “Ntahlah. Tetiba rasa nak membongkar pula. Mana tahu jumpa batu azimat ke?” Maisarah bergurau lagi.
Maisarah kemudiannya membuka pula laci kecil di dalam almari itu. Ada sesuatu di situ yang menjadi perhatiannya. Ia sebuahbekas bulat kecil berwarna merah jambu. Ia diambil dan dibuka. Ada rantai dan juga sebentuk loket terukir huruf “I” di kedua belah bahagian.
“Hmm…Kak Ija ada loket ni ke? Cantiknya.Tak pernah tengok pun. Kau pernah tengok, Qis.” Soal Maisarah sambil menunjukkan rantai dan loket itu kepada adiknya.
“Entahlah, kak. Balqis bukannya kisah sangat pun. Kak Ija ada duit, dia belilah. Apalah akak ni.Dahlah kak. Balqis keluar dulu. Sambunglah cari azimat akak tu.”
“Citt..kau.Pergilah sana. Kau yang menyibuk masuk tadi. Akak nak tidur sini.”
“Tak takut ke kak.”
“Eh, kau. Nak takut apa. Bukan ada hantu pun.”
Balqis ketawa. Sengaja dia mengenakan kakaknya itu. Dia kemudian berlalu pergi.
Loket di tangan terus di belek. Kemudian, ia kembali di simpan di dalam bekasnya. Rupanya, di dalam laci itu ada pula sehelai kertas yang dilipat kecil. Maisarah baru terperasankannya. Kertas itu diambil. Ia lantas dibuka dan dibaca.
Mai..Adik akak yang akak sayang.
Kalau akak dah takde nanti, rantai dan loket ni Mai pakai ye.
Hadiah dari akak. Jaga baik-baik tau
Mata Maisarah kembali bergenang air mata. Sebak hatinya bertandang lagi. Lebih-lebih lagi tarikh yang tertulis di situ adalah tarikh yang sama Kak Ija berkehendakkan dia membelikan sehelai telekung.Hatinya semakin sayu apabila mengenangkan permintaan kakaknya itu tidak tertunai. Ia telah pun di beli, tapi…..
“Akak….” Air matanya gugur lagi. Kertas kecil itu sudah ronyok digenggaman.
 ______________________________________________________________________________


HUJAN yang turun di awal pagi membuatkan cuaca begitu dingin.Kesejukannya meresap hingga ke tulang sum-sum. Ilham masih terbaring di katilnya. Dirinya terasa malas untuk bangun. Selimutnya ditarik hingga ke dada. Di pusingkan badannya ke kanan dan ke kiri.  Mencari keselesaan. Matanya terpisat-pisat melihat jam loceng di sisi. Hampir ke angka 9.30 pagi. Matanya masih mengantuk. Tidurnya tidak lena malam tadi. Kata-kata umminya membuatkan dirinya jadi tak menentu.
 “Am, ummi rasa Am ni dah patut kahwin. Umur tu dah meningkat. Masa nilah nak cari calon isteri. Kalau ada yang berkenan tu, bawalah jumpa ummi. Kalau tak, ummi nak je jodohkan Am dengan si Maira tu.”Kata-kata Sofea Jasmin membuatkan Ilham menarik muka.
“Hisy, taknaklah ummi.Ada ke si Maira tu. Ngeri..Ngeri..” Ilham membuat mimik muka seolah-olah takut dan rasa ngeri.
“E’eh, budak ni.”
“Am tak ready lagilah, ummi. Mana boleh paksa-paksa. Lagipun siapalah yang nak kat Am ni. Am ni kan kadang-kadang angin sikit. Belum sempat nak kenal, orang dah lari.” Ilham cuba berdalih dengan umminya.Dia memang tidak suka jika topik itu yang menjadi bualan. Bab-bab kahwin ni..hmm…lemah betul.
“Ummi tau, tu alasan Am je. Am kenalah control sikap Am tu. Kalau orang tu kita sayang, tak kan kita nak marah tak tentu pasal.” Ilham mencebik bibir.
“Tengok tu. Bila ummi cakap je, mencebik. Nanti lama-lama terjurih bibir tu. Nak ke?” Sofea Jasmin menegur anaknya. Lembut air mukanya memancarkan sinar keibuan.
“Betullah abang. Isya pun nak ada kakak juga.” Isya menyampuk tiba-tiba.“Kakak ipar Isya mesti baik dan penyabar orangnya. Tak macam abang. Sikit-sikit nak marah. Tak sportinglangsung.” Farisya memuncungkan bibir ke arah Ilham.Dia petah dalam berbicara walaupun umurnya baru mencecah 5 tahun.
“Haa, ni lagi sorang. Bila orang tua-tua berbual jangan menyampuk.” Sofea Jasmin mencubit lembut pipi anak bongsunya itu.
“Sakitlah, ummi.”
“Ha..ha..Padan muka kau budak kecik.”Ilham sempat mengusik adiknya.
“Dah..dah…Jangan nak dikacau adik tu. Ummi tengah cakap dengan Am ni. Jangan nak ubah topik lain. Cubalah Am fikir. Am tu dah umur berapa. Ummi dengan ayah ni dah umur berapa. Kalau lambat sangat, takut tak sempatlah kami ni nak timang cucu. Cuba tengok pak long kamu tu, cucu dia dah enam orang. Besar-besar semuanya. Yang kami ni, sorang pun takde lagi. Sepupu kamu si Afiq tu, dah dua orang anaknya. Nak masuk tiga dah. Yang kamu ni, bukannya isteri, calon pun takde.”
“Ummi, itu jodoh dia orang ummi. Dah jodoh dia cepat, cepatlah. Am ni belum sampai seru lagi. Am belum bersedia sepenuhnya. Tanggungjawab nak jadi ketua keluarga ni besar ummi. Takkan ummi tak tahu pulak. Ummikan yang dulu makan garam dari Am. Mestilah ummi faham, kan.”
“Ewah..ewah budak ni. Dia pulak nak bersyarah kat kita. Itu memanglah ummi tahu. Tapi, Am kenalah bersedia untuk tu semua. Step by step. Ni tidak. Kerja..kerja…kerja..Kadang balik lewat malam. Cubalah fikirkan hal masa depan tu.Tak pun, ummi buat syarat baru dekat rumah ni.”
“Syarat??” Ilham mengerut dahi.
“Syarat ni untuk Am je. Orang lain takde kena mengena. Syaratnya, Am kena cari seorang perempuan dan kenalkan dekat ummi dalam masa satu bulan dari sekarang. Kalau tak…” Suara Sofea Jasmin bergema di telinga Ilham.
“What?? Apa ni. Tak acilah macam ni. Mana boleh paksa-paksa ummi. Dalam masa satu bulan, macam mana nak kenal hati budi orang. Pulak tu dah jadi macam cerita dulu-dulu pulak.Ni bukan filem Melayu klasiklah ummi.” Ilham membantah. Bibirnya mencebik lagi.
“Itu pandai-pandai Amlah. Kalau tak…ummi nak pinang Maira untukAm. Am pilihlah nak yang mana.” Sofea Jasmin membuat percaturan.
“Ummi….” Rengek Ilham ala-ala manja. Perghh…Jatuh reputasi seorang bekas gangster sekolah. Ha..ha..
Ilham terfikir-fikir kembali butir bicara umminya. Dia mengeluh sendirian. Kenapalah ummi nak suruh aku kahwin cepat-cepat? Ayah tak pun. Senyap je. Malas betul aku nak fikir bab ni. Ada ke ummi cakap nak jodohkan aku dengan si Maira tu. Eii..Simpang malaikat 44. Perempuan yang tak serupa perempuan. Pelik betul aku ummi nak jodohkan aku dengan dia. Habis karang bergusti je. Confirm aku tak nak.Nama memang sedap. Maira Zakia. Tapi ada ke patut paksa orang suruh panggil dia Zack. Macam jantan je. Macam manalah ummi boleh berkenan dengan dia tu. Mesti dia ada guna ubat guna-guna ni. Bahaya betul. Eiii..Ngeri..Ngeri..” Ilham mengaru kepala yang tidak gatal. Fikirannya berserabut. Memang fikirannya tidak tenang saat ini.
Selimut yang terlulur ke bawah, ditarik kembali. Di saat ini dia cuba mencari idea yang boleh membantunya menyelesaikan masalah yang di hadapi. Matanya tiba-tiba terpana pada sebentuk cincin di atas meja. Kilauan cincin itu menarik perhatiannya. Tangannya ringan mengambil cincin itu. Diamatinya untuk seketika. Lavender. Itulah tulisan yang tertulis dilengkungan cincin emas putih tersebut.
“Lavender.” Dia berbisik sendiri.Dia pasti ia cincin yang istimewa.
Memorinya terbang di bawa angin mengimbau kisah yang tercipta. Pada waktu itu dia baru membeli sebuah pasu kristal untuk umminya. Namun ia pecah berderai kerana dilanggar oleh seorang perempuan.Dia amat kecewa. Lantas dia menjejak perempuan itu. Pada waktu itu memang moodnya tidak berapa baik, maka dia memaki hamun perempuan itu. Dia meminta cincin itu sebagai cagaran ganti rugi pasu kristalnya. Ilham tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia terlalu marah dengan gadis itu walaupun gadis itu telah memohon maaf kepadanya. “Hmm..jodoh kut.”Dia tersenyum sendiri. Dia memegang pipinya. Sepertinya aura penampar gadis itu masih terasa hingga kini.
Ilham mengambil cebisan kertas yang terletak di atas meja. Di baca tulisan yang tertulis di atasnya. Nama, alamat dan nombor telefon gadis yang menjadi mangsa amarahnya tertulis di atas kertas itu. MAISARAH..Itulah nama yang tertera.
“Oh, jadi budak tu namanya Maisarah. Selamat tak Maira. Kalau Maira, bukan pipi ni je kena tampar, silap-silap free kick  pun aku dapat.”Dia menguntum senyum sendiri. Hisy, tiba-tiba senyum sorang-soranglah pulak. Habislah.
“Ehemm…kenapa abang senyum-senyum ni? Abang berangan ea.” Suara Isya menyentap lamunannya. Dia tidak perasan sejak bila adiknya itu tiba-tiba muncul di ruang kamarnya.
“Ishh..Isya ni. Takde apa-apalah.Lain kali nak masuk, ketuklah pintu tu. Ni main masuk je,“bebel Ilham.
“Alah, abang ni. Itu pun nak marah ke? Siapa suruh tak kunci pintu.” Isya menjawab sambil melangkah masuk ke ruang kamar biliknya.
“Abang tak kunci ke?” Ilham menyoal adiknya. Cincin dan kertas kecil itu sempat diselitkan di sebalik bantal. Takut juga terkantoi dengan Farisya.
“Yelah. Kalau tak macam mana Isya boleh masuk. Abang tu tahu nak marah Isya je.”Isya menarik muncung seolah-olah merajuk.
“Itu pun nak merajuk ke? Alah, meh sini adik abang. Sayang bucuk-bucuk. Adik abang comellah pagi ni.” Ilham cuba memujuk adiknya. Dirapati adiknya yang masih berdiri di tepi katilnya. Rambut Isya yang panjang mengurai diusap lembut. Walaupun kadang-kala kelihatan agak dingin, namun dia masih punya ketulusan kasih sayang.
“Ummi suruh adik kejutkan abang,” bicara adiknya tanpa banyak soal. Isya duduk di birai katil Ilham.
“Okey girl. Abang dah bangun dah ni.“ Iham menepuk lembut pipi adiknya itu.
“Abang Am nak basuh muka dulu. Malas nak mandi sekarang. Sejuk. Isya kemaskan katil abang ye. Nanti abang upah dua puluh sen.”
“Abang ni pemalaslah. Kemaslah sendiri. “Isya membuat muka. Malas melayan permintaan abangnya.
“Alaa..Isya kemas cantik. Abang kemas tak cantik. Okey, nanti abang ajak jalan-jalan,” bodek Ilham.
“Yelah, yelah.” Isya menjawab tanpa banyak soal.Dia tersenyum gembira.
“Nanti abang belanja aiskrim tau.” Pinta Isya sebagai upah.
“Okey.No hal.” Ilham kemudian bangun mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air. Isya pula mengemas katil abangnya. Dalam sibuk mengemas, mata Isya menangkap suatu objek bulat di bawah bantal abangnya.Cincin. Kemudian dia membaca pula coretan yang tertulis di kertas yang sedia ada di situ. Ia tertulis nama Maisarah. Isya tersenyum. Untung dia sudah pandai membaca.
“Patutlah abang Am senyum sorang-sorang je tadi, rupa-rupanya ada rahsia.” Isya kemudian meletakkan cincin dan kertas tersebut di atas meja. Dia kemudian menyambung mengemas katil Ilham. Sejurus itu dia beredar keluar dari bilik abangnya. Dia tak sabar menyampaikan berita gembira kepada umminya.
“Alamak…..”Hanya itu yang mampu terucap oleh Ilham sewaktu melangkah keluar dari  bilik airnya.
“Abang, bila abang nak bawa kak Mai datang rumah.” Suara Farisya memecah bicara sewaktu mereka sedang menikmati minum pagi. Dia tersenyum bangga kerana dapat merungkai rahsia abangnya. Dia pasti itulah rahsia terbesar abangnya yang dapat dikantoikan kepada ummi dan ayahnya.
Ilham tidak sempat untuk menahan adiknya daripada berkata-kata. Hmm..Kantoi dah.
Puan Sofea Jasmin menjungkit kening memandang anak bongsunya. Meminta jawapan disebalik kata-kata itu.
“Betul ummi. Adik tak bohong. Siap ada cincin lagi. Kalau ummi tak percaya, ummi tengok dekat bilik abang.” Ilham tersedak. Roti yang dikunyahnya hampir tersembur keluar. Air di hadapannya segera diteguk, memberi sedikit kelegaan. Sofea Jasmin dan  Badrulhisham berpandangan dan kemudian memandang seraut wajah Ilham meminta jawapan. Ilham terkedu, namun tetap membuat muka selamba.
“Banyak mulut betullah budak ni.” Ilham menyumpah-nyumpah di dalam hati. Hatinya sedikit geram dengan adiknya. Namun, ia juga silapnya. Dia terlupa untuk menyimpan barang penting tersebut ke dalam laci, malah meminta adiknya itu mengemas katil untuknya. Hmm..Memang cari nahas. Tapi dah terlepas, nak buat macam mana.
“Betul ke Am?” tanya Badrulhisham kepada anak terunanya itu. Baru kini ayahnya itu membuka mulut.
“Maira ke?” soal umminya meminta kepastian.
“Bukan Mairalah, ummi. Mai..sa..rah.” Isya memberitahu sepatah-sepatah.
“Ooo..Semalam beriya kata belum bersedialah..apalah. Rupanya, dalam diam-diam dah ada. Kalau macam tu jangan lambat-lambat Am. Nanti diambil orang. Kami tak kisah siapa pilihan Am, yang penting baik budi pekertinya dan pandai menghormati orang tua. Jemputlah dia datang ke rumah. Kita makan sama-sama. Kalau nak, ummi pinangkan je Maira tu  terus untuk Am.” Sofea Jasmin mengenyit mata ke arah suaminya. Rupanya dia tersilap bicara.
“Ummi ni. Bukan Mairalah, ummi. Maisarah.” Isya kembali membetulkan kata-kata umminya.
“Hah, ye lah. Maisarah.”
Ilham senyap tanpa suara. Untuk seketika dia menjadi patung cendana di situ. Dia berusaha memerah otak mencari alasan.Apakah alasan yang ingin diberi.
“Tapi  ummi,Am baru je kenal dengan dia. Takkan sampai nak ajak datang rumah, kut.” Ilham berdalih. Dia memang tidak suka dengan topik yang dibincangkan sekarang. Dia tersepit dengan keadaan.
“Aii, takkan baru kenal dah siap ada cincin. Jangan nak berdalih Am.Kenalkan dia dengan kami. Sekurang-kurangnya kami kenal buah hati Am tu. Am kan susah nak berkawan dengan perempuan. Bila dah ada ni, cubalah baik-baik. Serius sikit. Kami tak kisah siapa pilihan kamu tu.” Sofea Jasmin menambah lagi.
“Arghh..Mampus aku. Macam mana aku nak buat ni.” Ilham kebuntuan. “Ni semua budak kecik ni punya pasal. Kecoh.” Marah Ilham di dalam hati. Matanya di jengkelkan ke arah Isya. Isya pula membalas dengan mengejek. Ilham menunjukkan penumbuknya.
“Ummi, tengok abang ni. Dia nak tumbuk Isya,” adu adiknya.
“Am jangan nak cari pasal dengan adik pula,” ujar Sofea Jasmin. Adiknya masih mengejek. Menang kerana dipertahankan umminya.
“Hmm..Okeylah. Nanti Am kenalkan dia dengan ummi dan ayah. Itupun kalau dia dah bersedia. Takkan Am nak paksa dia pula, kan.” Dengan lagak tenang Ilham menjawab. Dia sendiri tidak pasti apa yang dibicarakannya. Sepertinya bicaranya sekarang memerangkap diri sendiri. Sendiri cari nahas.
*****
ILHAM termenung di jendela biliknya. Fikirannya ligat mencari idea.Dia mengeluh sendiri. “Aduuuh…hai. Apa aku nak buat ni ye. Ni semua Isya punya pasallah. Tak pasal-pasal aku kena ‘tembak’ hari ni.Itulah kau Am.Kau sendiri yang cari nahas,” beritahu Ilham kepada dirinya sendiri.”Tangannya bersilang memeluk tubuh. Idea…Idea..Tolonglah datang.”
Dia kemudian bangun dan mundar mandir di biliknya. Bengang. Dia merusaha mencari idea untuk menyelamatkan diri dari masalah yang di ciptakan sendiri. “Hmm..kenapa aku tak terfikir tadi. Patutnya aku beritahu ajelah Maisarah tu dah bertunang. Oo..tak boleh. Kalau aku cakap dia dah bertunang, kenapa pula ada cincin. Takkan nak cakap aku ‘frust’ dengan dia, kut. Hmm..okey gak. Tapi masalahnya sekarang,  aku dah terlepas cakap pula dengan ummi dan ayah nak kenalkan pada dia orang.Aduhhh..buntu aku.Macam mana ni. Masalah..masalah.” Ilham memegang kepala kebuntuan.
“Hmm..selagi cincin ni ada pada aku, rasanya aku boleh ugut dia kut,” bisik hati kecil Ilham. Dia tersenyum sendirian. Rancangannya pasti akan berjaya. Apa yang penting, dia tak akan di satukan dengan Maira. Sekurang-kurangnya dia berjaya menyahut cabaran ummi. Dia cuma ada masa sebulan sahaja. Mustahil. Memang mustahil untuk kenal hati budi seseorang dalam masa sebulan. Tapi, syarat ummi hanya kenalkan seorang perempuan pada ummi. Bukan kenalkan seorang perempuan itu sebagai bakal menantu ummi. So…no problem. Aku terpaksa pinjam khidmat Maisarah ni untuk berlakon jadi awek aku. Hanya untuk satu tujuan. Kenalkan pada ummi.
“Okey. Aku rasa aku dah dapat idea best punya. Aku akan jadikan cerita Lavender ni lebih menarik.”Ilham ketawa di dalam hati apabila memikirkan idea yang bakal dilakasanakan. Cerita dongeng yang akan menjadi realiti.
Ilham mengambil cebisan kertas yang tertulis nama Maisarah itu. Nama, alamat dan nombor telefon di ‘save’ ditelefon bimbitnya. Kemudian cebisan kertas itu di simpan di dalam laci. Cincin Lavender itu disimpan kemas di dalam sebuah kotak kecil di dalam lacinya.Nama Maisarah di ‘save’ sebagai MySarah.
“Kenapa aku ‘save’ nama dia MySarah. Macam dia tu awek aku pula. Tapi okey juga kan. Manalah tahu tetiba dia memang bakal awek aku. Tapi…sedap-sedap je dia tampar aku ek..” Ilham ketawa sendirian. Sengaja menyedapkan hatinya yang sedang gusar.“Isy..entah-entah dia tu tunang orang. Tak pun bini orang. Sekali tetiba aku tersuka kat dia pulak…Arghh..Parah juga macam ni.” Tiba-tiba fikiran itu menerjah ke fikiran. “Ah, lantaklah.” Dia terfikir-fikir lagi, perlukan dia menghubungi Maisarah pada waktu ini. ‘Adakah Maisarah akan bersetuju dengan rancangan aku. Hmm…Confirmlah tak setuju, kan. Tapi, aku akan jadikan dia bersetuju.’



No comments:

Post a Comment