Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 3




Beberapa tahun kemudian…
“MAI, terima kasih. Next time aku belanja kau pulak.” Ujar Ibtisam sewaktu mereka keluar dari Golden Screen Cinema setelah menonton wayang.
“Alah, kau ni. Macam tak biasa pulak. Masa study dulu, kau pun selalu je belanja aku, kan. Lagipun, ni gaji pertama aku. Sajalah kasi kau merasa.” Ujar Maisarah sambil berjalan beriringan dengan Ibtisam menuju ke KFC di LG-038. Sambil menikmati keenakan hidangan, mereka berceloteh tentang pelbagai himpunan cerita- Seram, aksi, anime, lawak jenaka dan sebagainya…Hmmm..Macam penglipur lara dah jadinya.
Rindu benar dia dengan Ibtisam. Selepas tamat pengajian, mereka sudah tidak bertemu. Hanya sekali semasa majlis konvokesyen. Selepas itu mereka terpisah kembali kerana masing-masing membawa haluan sendiri. Ibtisam di tempatnya, manakala Maisarah menjadi penganggur di negeri sendiri.
Waktu itu, rezeki masih belum berpihak pada dirinya. Namun demikian dia membantu bapanya mengangkat tandan sawit dan mengutip buah lerai di ladang. Jika tandan sawit yang masih kecil dan tidak berapa berat, memang kudratnya mampu untuk mengangkat. Sebaliknya, jika yang besar dan sudah bertambah berat, terpaksa dilupakan hajat untuk mengangkatnya. Silap-silap, terhempap kaki sendiri. Namun, Alhamdulillah. Itulah rezeki anak FELDA.Kini, Maisarah sudah mendapat pekerjaan di ibu kota. Dia duduk menyewa bersama dua orang rakannya yang lain.
“Eh, Mai. Kau ni bila nak kahwin. Takkan solo lagi, kut.” Soal Ibtisam menjurus ke arah topik cinta dan perasaan. Hmm..Topik ni yang malas nak di bincangkan.
“Aii..Soalan kau. Kau tu pun, sama je kut. Aku ni, takde calon. Kalau tak, dah berstatus puanlah aku sekarang ni. Kalau tak pun, aku dah bawak husband aku sekarang ni.” Maisarah sudah ketawa. Ayam goreng di pinggan hidangan terus di siat perlahan. Di suakan ke mulut sedikit demi sedikit.
Ibtisam turut ketawa. “Kau masih tunggu ‘dia’ ke?” soal Ibtisam lagi. Hmm…Topik penantian kasih pulak.
Maisarah terdiam seketika.“Ntahlah. Kau rasa….” Maisarah memandang tepat mata Ibtisam di hadapannya.
“Aku tahu. Kau masih tunggu dia, kan. Cincin tu aku tengok, masih setia je di jari manis kau. Sabar ajelah Mai. Kalau betul dia jodoh kau, insyaAllah bersatu jua.” Ibtisam meyambung kata. Dia tahu, Maisarah seorang yang setia menanti.
Maisarah mengangguk. Dia termenung melayan perasaan.
“Ni kenapa pulak termenung ni? Berangan ea?”
“Ntahlah. Tetiba, teringat pulak dekat dia. Rasanya, dah tiga tahun aku tak dapat khabar dia. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, hati aku….” Maisarah tidak dapat meneruskan kata.
 “Aku faham. Dahlah. Citer benda lain pulak. Nanti masuk slot air mata pulak. Tak syoklah. Ni sekarang kita nak happy..happy je. Hmm..Lepas ni, kau nak ke mana?”
“Baliklah, kut. Kau…?” soal Masiarah pula.
Ibtisam menjongket bahu. “Kita lepak-lepak jap, lepas tu, baliklah. Okey.”
“Okey. No problem.”
Mereka kini berpisah jalan mengikut haluan sendiri.
“Iman…Iman..” Terdengar suara seseorang menjerit nama itu.
“Iman?” Maisarah seraya itu menoleh. Pandangan matanya terlihatkan seseorang. Dia kemudian tersenyum. Kelihatan seorang wanita mengejar seorang anak kecil. Hihi..Comel pula melihatnya. Degilnya si Iman ni. Kesian, mak dia.
Tanpa di duga, Iman berlari ke arahnya. Ia begitu pantas, dan Maisarah tidak sempat mengelak. Tubuhnya terdorong ke belakang, dan….
Maisarah terasa tubuhnya di tahan seseorang. Alamak…
Dup..dap..dup..dap…Stesen janakuasa jantungnya sudah terkena renjatan. Maisarah terasa wajahnya panas. Dia kini kembali stabil. “Te…” Maisarah memusingkan kepala, memandang ke belakang. ‘Eh, dah takde pulak orang yang tolong aku tadi. Baru nak ucap terima kasih. Cepatnya dia pergi. Halimunan ke apa?’ Bisik Maisarah di dalam hati. Namun, dalam jarak beberapa langkah darinya, seorang lelaki berbaju merah berjalan membelakangkannya. ‘Agaknya, orang tulah kut yang tolong. Hmm..Terima kasihlah encik baju merah. Semoga encik dirahmati.’
“Err..Maafkan anak saya, cik.” Wanita tadi kini sudah berada di hadapannya.
“Err..Takpe-takpe. Budak kecil, biasalah.” Maisarah menguntum senyum.
Wanita itu kemudian berlalu pergi bersama Iman yang comel.
“Iman..Iman…” Bisiknya di dalam hati. Sempat juga dia melambai ke arah Iman. Lambaiannya dibalas.
Maisarah juga melangkah pergi.  Dia tersenyum melayan dunia fantasi. Macam orang gila senyum sorang-sorang. ‘Siapalah agaknya yang tolong aku tadi. Kalau tak dah tergolek agaknya aku kat situ. Perghh... Senak juga perut aku ni kena rempuh dengan Iman comel.’Maisarah masih menggosok-gosok perlahan perutnya. ‘Kalau mengandung ni, dah boleh terberanak aku kat sini.’
“Ouchh..” Dia terlanggar seseorang. Biasalah tengah berangan. Langgar je apa yang ada di depan.
Bunyi sesuatu jatuh ke lantai.
“Oii,  apa ni. Jalan tak tengok orang ke?” Suara seorang lelaki menerjah ke cuping telinganya. Keras.
Gulpp..Ngee..Maisarah kaget. Tidak terkata apa-apa. Dia sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Hoho..Terlanggarlah pulak. Sudah….
“Buta ke..Suka hati je langgar aku. Mata kau letak kat mana?” suara lelaki itu menggegarkan cuping telinganya.Semakin nyaring bunyinya. Lelaki itu kini tertunduk mengambil barangnya.
“Maaf, encik. Maaf.” pinta Maisarah. Dia agak terkejut dengan nada suara lelaki itu. ‘Alamak..hai..Macam ganas je orang ni. Baik aku cabut dulu…Sorrylah encik, oii..’ Maisarah menyusun langkah pantas seperti lipas kudung. Dia meninggalkan lelaki itu, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Zasss…Pantas dia menghilangkan diri. ‘Pergh..Terasa jahat pulak sebab melarikan diri. Takpelah kut. Harap-harap dia tak cam aku.’
Skrettt…Maisarah membrekkan langkah kakinya. ‘Fuhh..Penat aku lari.’Maisarah memastikan keadaan sekitar selamat. ‘Buat apalah lari. Jalan sudahlah. Takkan dia cari aku. Dia cam ke muka aku? Mestilah tak. Hmm…Jahat juga rupanya aku ni ea. Hish..Minta maaflah encik yang kena langgar. Semoga awak dirahmati.’ Maisarah  kembali berajalan santai. Dia sudah menuju jalan keluar.
Maisarah menepuk dahi sendiri “Alamak, lupa pulak. Kak Ija kirim barang.”Dia baru teringatkan sesuatu. Kakaknya meminta untuk membelikan telekung bersulam sewaktu berbual melalui telefon kelmarin. Beriya benar kakaknya itu. ‘Ni, terpaksalah masuk balik. Aiyaa..Jangan terserempak dengan orang tadi sudah. Karang..tak pasal-pasal.’ Langkah terus diatur.
‘Kenapalah Kak Ija nak sangat aku belikan telekung. Padahal Kak Ija boleh beli sendiri dekat kampung. Jangan-jangan Kak Ija ni buang tebiat ke? Astagfirullahalazim.’ Maisarah beristighfar panjang. Dia membuang jauh-jauh fikiran yang tak masuk akal tu.Dia sedar itu hanyalah bisikan syaitan yang mahu menyesatkan manusia. ‘Hmm..agaknya Kak Ija ni saja nak merasa duit gaji pertama aku, kut.’ Maisarah akhirnya tersenyum sendiri. ‘Hmm..minggu depan balik kampung. Bestnya. Tak sabar nak balik kampung.’
Maisarah memilih sehelai telekung. Telekung bersulam biru menjadi perhatiannya. Cantik. “Sememangnya kita perlulah kelihatan cantik sewaktu bertemu kekasih kita, Tuhan Pencipta Langit dan Bumi.” Kata-kata Kak Ija singgah di ruang fikirannya. Maisarah tersnyum sendiri. Setelah membayar harga telekung itu, dia melangkah pergi. Sempat juga dia menyinggah membeli coklat bar kegemarannya.
Dia meneruskan langkah kaki.
“Hoho.. Kat sini rupanya kau ea. Sesedap rasa kau bergembira menikmati coklat bar kat sini ea.”Suara seorang lelaki hadir menembusi gegendang telinga. Maisarah menelan liur. Dia menoleh mencari arah suara itu. ‘Alamak. Macam mana dia boleh cam muka aku ni.’
“Meh, sini.” Lelaki itu lantas menyentap kasar lengan Maisarah dan membawanya ke satu tempat.
“Oii, apa ni. Lepaslah.” Maisarah sudah mula takut.”Lepaslah..”
“Aku lepaslah ni. Ingat aku ni nak sangat pegang tangan kau. Uit. Ganti rugi barang aku. Barang aku tu dah berderai. Kau langgar aku tadi.”Tajam nada bicara itu menusuk ke pendengaran.
Ngee..Alahai. Terjadi jua situasi ini dalam diari hidup aku hari ni. “Maaflah, encik.” Pinta Maisarah sebaiknya. Dia sudah mula terasa seram sejuk. Takut pula apabila melihat wajah lelaki itu. Dup..Dap..Jantungnya jelas terasa.
“Senang je kau cakap ek. Maaf..Maaf...Eh,aku tak ingin nak maafkan, kaulah. Aku nak kau ganti balik barang aku ni sekarang juga.Kau ingat barang aku ni murah ke, huh? Aku nak kau bayar balik. Faham!” Lelaki yang berdiri di hadapannya sudah membebel panjang. Tot..Tet..Tot..Tet..Macam burung murai. Kejap-kejap dia bercekak pinggang.
“Haa..Bayarlah. Aku dah bebel panjang pun tak faham-faham.” Tekan lelaki itu.
Maisarah kecut. Dia menelan liur sendiri.
“Errr…maafkan saya encik. Saya..saya tak sengaja tadi. Lagipun saya mana ada duit nak bayar.” Maisarah agak berani juga menjawab walaupun dalam takut-takut. Peluh kasar mula merenik di dahi.
“Eh, kau. Aku peduli apa. Kalau kau takde duit ke, bukan urusan aku. Aku nak kau bayar sekarang juga. Ni barang mahal kau tau tak.Kalau murah aku tak kisahlah. Satu kontena aku boleh beli.” Nada suara lelaki itu semakin tinggi. Suaranya sengaja ditekankan menunjukkan rasa marahnya yang teramat sangat. Angkuh nadanya.
“Maaf.. Saya tak sengaja tadi. Saya.. minta maaf. Tolonglah, encik. Tolonglah.” Rayu Maisarah minta dikasihani. Dia kian berasa takut apabila melihat lelaki itu mula menyeringai marah. Mata lelaki itu juga sudah menyorot tajam memandangnya.
“Oii, itu alasan kau je tu. Siapa suruh kau lari tadi, huh. Kalau dah salah memang macam tu. Mulalah nak merayu-rayu minta simpati. Siapa ajar kau ni.”Lelaki itu mendengus marah. Wajah Maisarah terus dipandang dengan seribu kemarahan.“Sila bayar ganti rugi aku.” Arah lelaki itu lagi. Lagaknya sombong.
“Oii…Kau dengar tak apa aku cakap ni. Buat bodoh pula dia.” Tekan lelaki itu lagi. Nampaknya, kemarahannya sudah memuncak.
Maisarah terkejut. Hatinya berderau rasa takut yang amat. Dia hanya mampu menelan liur sendiri. Hatinya mula terusik sebak kerana dimarah begitu. Air mata mula terasa bergenang di kelopak mata. Sebenarnya dia bukannya berani sangat. Penakut adalah. Berani pun, buat-buat berani je. Keadaan sekarang ini, lagilah dia tidak berani. Dia terpaksa menebalkan muka menahan malu di herdik sedemikian.Banyak pula mata tertumpu padanya tatkala ini. Hati kecil Maisarah menangis minta dikasihani. Kenapalah tiada yang membantunya saat ini. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini.” Maisarah sudah tertunduk tanpa kata. Dia menyesal sendiri. Mungkin jika dia tidak melarikan diri tadi, situasinya tidak menjadi seperti ini. Nasi sudah menjadi bubur, mana mungkin kembali bertukar menjadi beras. ‘Nasib kaulah Maisarah.’
 “Well, aku nak phone number and address kau. Jangan kau ingat kau boleh lari dari aku. Aku malas nak menghadap muka kau lama-lama kat sini. Muak kau tahu. Muak.” Rengusan kasar nafas lelaki itu jelas didengar.
“Tapi…” Maisarah masih cuba merayu, namun kehilangan kata-kata.Sempat juga anak matanya memandang lelaki itu meminta pengertian.
“Takde tapi-tapi. Kau jangan degil boleh tak.” Kasar sahaja suara lelaki itu menusuk ke pendengarannya.
Maisarah sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Mahu tak mahu, dia terpaksa menurut sahaja permintaan lelaki itu. Fikiranya buntu.Dia tidak dapat berfikir secara rasional. Padanya biarlah lelaki itu segera beredar dari situ secepatnya. Terketar-ketar dia menulis. Maisarah hanya menulis nombor telefonnya disecebis kertas kecil yang di berikan lelaki itu. Alamat rumah tidak diberi. Dia tahu ia berisiko. Dia sempat menjeling reaksi lelaki tersebut. Tiada secalit senyuman pun. Dia berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Wajahnya masam mencuka. Dah macam gaya Bezita pun ada.Cebisan kertas itu kemudian diberikan kepada lelaki itu. Lemah, tanpa kata.
“Wei, alamat kau mana. Tak faham bahasa ke?Aku cubit baru tahu. Degil.” Marah lelaki itu lagi.
Maisarah mengetap bibir. Dengan berat hati dia menulis juga. Dia tidak sedar sebenarnya tindak tanduknya diperhatikan lelaki itu. Pandangan mata lelaki itu menangkap pergerakan tangannya sewaktu menulis. Lelaki itu terus melihat tangan yang menggigil itu menulis satu persatu. Mata lelaki itu terpana pada sebentuk cincin  yang sedia  tersarung di jari manis Maisarah.
“Aku nak cincin kau tu sebagai cagaran. Sebab aku tahu, kau boleh tipu dengan alamat dan nombor telefon ni.” Lelaki itu bijak bermain helah.
“Maaf encik, saya tak boleh berikan cincin ni.” Maisarah bertegas. Padanya lelaki itu bertidak melampau. Mengapa cincinnya pula ingin dijadikan taruhan.
”Aku beri kau pilihan. Kalau kau tak mahu serahkan cincin tu, aku akan tahan kau kat sini sampai kau bayar ganti rugi ni pada aku sekarang juga. Aku tak kisahlah emas putih ke, intan belian ke..apa ke..aku peduli apa. Aku tak heran pun. Aku just nak ia jadi cagaran. Kau faham.” Lelaki itu menggugut. Suaranya ditekan lagi.
 “Eh, awak ni dah melampau tau.” Maisarah mula mendapat kembali sedikit keberanian walaupun sebenarnya  masih agak takut-takut. Dia ingin juga melawan.
“Wei, kau jangan sengaja nak cabar aku. Okey,kalau macam tu aku tunggu kau dekat sini. Bayar sekarang juga.Cash!”Lelaki itu terus menekan dan mendesak. Tangannya dihulur kepada Maisarah meminta wang ganti rugi.
“Mana boleh macam tu. Kau ni kan…” Maisarah cuba membantah, namun tidak terkata apa-apa. Kenapalah saat ini tiada yang ingin membantu. Yang ada pun, pandang-pandang ..jeling-jeling je..Bukan nak tolong…Aduhai…Ingat aku ni tengah bergaduh makwe-pakwe ke?
Maisarah merengus perlahan. Arghhh…Dia sudah tidak mampu berbuat apa. Kepalanya juga sudah mula merasa sakit. Dia sudah tidak mampu terus berada dalam situasi ini. Dengan rasa berat hati dia menyerahkan juga cincinnya kepada lelaki itu. Dia terpaksa.
Maisarah melurutkan cincin itu dari jari manisnya. “Nah, ambik. Nak sangat.” Kini cincin itu berada dalam genggaman lelaki itu.Maisarah bertekad untuk mendapatkannya kembali walau dengan apa jua cara sekalipun. Kini, dia buntu. Biarlah diikutkan kata sahaja permintaan lelaki itu.
“Ni contact number aku. Kau boleh contact aku anytime. Kalau kau tepati janji bayar ganti rugi barang aku ni, aku akan pulangkan cincin ni dengan selamat.” Wajah lelaki itu masih menunjukkan muka serius. Kad di hulurkan kepada Maisarah. Maisarah menyambut kad itu dengan rasa geram. Amarah masih menjentik hatinya.
“Wei, nanti. Sebab kau ambil cincin aku, aku ganti separuh je. Lagipun bukan salah aku sorang. Kau sendiri yang salah. Takkan pegang barang tu pun tak kuat. Lembik.” Maisarah menjadi berani sendiri. Sempat juga dia mengata lelaki itu.Sekurang-kurangnya, dapatlah juga dia melepaskan rasa marahnya.
Muka lelaki itu agak bengang.“Ewah-ewah budak ni. Sedap je dia mengata aku lembik. Sekali aku beri penampar baru tahu.”
“So…tamparlah.” Maisarah menyambung kata. Nyatalah ada keberanian dalam dirinya ketika ini.
‘E’eh. Dia pula nak ugut aku. Nak main tarik tali pulak ea.’Lelaki itu hanya berbisik dengan hati sendiri. “Hmm…Okey. Never mind. It’s up to you.”Lelaki itu seakan bersetuju dengan cadangan Maisarah. Riak mukanya juga mula berubah. Secalit senyuman terukir di bibir.
Maisarah tidak mengerti maksud senyuman itu.‘Senyum…senyum. Menyakitkan hati betul. Hangin aku.’ Maisarah sudah memusingkan tubuh ingin melangkah pergi. Biar pergi cepat lagi bagus.
“Aii, dah nak blah dah. Tunggu, sat.” Lelaki itu kemudian datang menghampiri dan membisikkan sesuatu di telinga Maisarah. “Kalau awak dah sedia nak bayar, call saya ye.Confirm saya pulangkan cincin awak ni. Ingat! Ini pesan saya. Nanti saya sendiri yang akan sarungkan cincin ni dekat jari manis awak tu, tau.”Kata-kata lelaki tersebut membuatkan Maisarah bertambah geram. Hah, memag cari pasallah.Automatik, tangannya sudah terasa ringan.
 Pangg!!
Satu penampar singgah di pipi lelaki itu. Biarlah ia berbekas sebagai hadiah untuk dikenang. Maisarah terus berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Hatinya terasa sakit.‘Kau ingat kau banyak duit, kau boleh buat sesuka hati kau ye. Aku harap suatu hari nanti kau akan terima pembalasanya. Lelaki tak guna. Sombong. Berlagak. Kalau ikutkan hati aku dah cekik-cekik kau biar mampus.’Maisarah menyumpah-nyumpah di dalam hati. Berang.Argghh. Ingin saja dia menjerit waktu itu. Tapi apakan daya. Kad yang hampir ronyok dalam genggamannya di simpan ke dalam beg. Hatinya sedih mengenangkan apa yang berlaku kini. ‘Kenapalah jadi macam ni….’
‘Mai…Kau pun salah gak Mai…Hmm..Tulah. Siapa suruh lari tadi. Kan dah…’ Hati kecilnya berbisik. Betul bisikan hatinya itu. Maisarah menarik nafas panjang dan ia dilepaskan. Menyesal.
Ilham memegang pipinya yang terasa kebas. Terasa juga sakitnya walaupun tidak seberapa. Hatinya bergetar marah. “Berani betul budak ni tampar aku. Siaplah kau. Aku punyalah baik tahan tangan ni nak tampar dia, dia pulak yang senang-senang tampar aku. Isy, budak perempuan ni.” Dadanya berkobar. Dia merengus marah. Dia masih menggosok pipinya. Ia memang tidak berbekas dipipi, tetapi dihati. Apa yang pasti ia akan ingat sampai bila-bila. Pandangannya terus memerhatikan kelibat  Maisarah yang semakin hilang.
“Kita pasti akan bertemu lagi. Kau akan tahu siapa aku. Siaplah, kau. Kalau jumpa lagi, aku tujal-tujal kepala kau.” Ilham menghambur kata di hati.
Maisarah jalan berlengang. “Alamak….” Dia baru teringatkan sesuatu. Dia telah tercicir telekung yang dibeli tadi. Kenapalah nasibnya sedemikian rupa. Bagai jatuh di timpa tangga. Dia ingin berpatah balik, namun niatnya dimatikan kerana sudah terlalu jauh. Dia agak kecewa. Akhirnya, dia terus berjalan longlai mengatur langkah menuju ke perhentian bas.
Ilham melihat sebuah bungkusan yang tercicir berhampiran dengannya. Dia tidak pasti ia milik siapa. Namun gerak hatinya menyatakan ia milik gadis itu. Dia amat pasti, lantas mengambilnya. “Apalah budak ni. Tertinggal barang ke?” Apa yang terkandung di dalam bungkusan itu dilihat. Dia terdiam. “Telekung?” bisiknya di dalam hati. Bara kemarahannya seakan pudar sedikit. Dia memanjangkan leher mencari sasaran dengan ekor matanya. Namun, ia telah hilang dari pandangan. Dia akhirnya mengambil keputusan membawa bungkusan itu bersamanya.
*****
MAISARAH sudah terbaring di katilnya. Fikirannya masih mengimbau kisah yang terjadi petang tadi. ‘Hishh..Geramnya. Kenapalah aku boleh terlanggar dia tu. Kalau tak, tak jadi macam ni. Cincin aku kena ambik, telekung kak Ija pula tertinggal. Dah tu, aku kena bayar ganti rugi barang dia. Kalau seposen dua takpe. Ni ribu jugalah kut. Dia pun tak cakap berapa. Hmm…Baru je dapat gaji dah jadi camni. Mana aku nak korek lagi. Kalau aku ada lombong emas, memanglah aku tak heran. Sabar jelah. Adohaii…Nasib..Nasib…Tulah degil. Siapa suruh lari. Ya sudahlah. Perkara dah jadi.’
Maisarah memusingkan tubuh, berposisi mengiring. Dia melihat jari manisnya.Terkebil-kebil matanya. Bagaikan tidak percaya, cincin yang selalu setia di jarinya itu telah tiada. Keluhannya dilepaskan.“Hish, macam manalah aku boleh kasi cincin aku kat mamat tu. Kenapalah aku ni….Eii…” Jari manisnya ditenung lagi. “Ish, macam tak caya je cincin aku tu jadi taruhan. Dahlah Iman yang kasi. Ituajelah kenangan yang aku ada. Agaknya, di mana Iman sekarang ek. Kenapa dia tidak pernah hubungi aku hingga kini? Iman…”
Kenangan lama hadir menggamit memori. Pita rakaman mindanya berputar ke belakang. Di kala itulah Iman pergi. Pergi dan kini masih tidak kembali.
“Kenapa tiba-tiba ajak keluar? Bukan selalu Iman telefon je ke?” Maisarah pula bertanya mendapatkan kepastian.
“Lah, tak boleh ke nak ajak keluar. Dah lama kan kita tak keluar jalan-jalan.”
Maisarah mengangguk. Dia senyap. Tiada idea untuk berbicara. Sebenarnya apabila dia bersama Iman bertemu muka, di rasakan dirinya sukar untuk berbicara. Namun begitu lain pula jadinya jika bertelefon. Selalunya, Iman akan memberikan dirinya peluang berceloteh panjang sehinggakan kadang-kala talian termati sendiri. Hihi..Habis bateri.
“Kenapa senyap je ni?”tanya Iman sekadar menarik perhatian.
“Eleh, macam tak biasalah pulak. Kalau orang tu tak tanya, Sarah ni memang senyap je lah. Lagipun Sarah tak tau nak cakap apa. Iman ada apa-apa nak cerita pada Sarah ke?Ada masalah ke? Nak share? ”Suara Maisarah lembut berbicara. Sebenarnya, sudah dua minggu mereka tidak berhubung. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
“Iman minta maaf sebab ajak Sarah keluar tiba-tiba.Sebenarnya…Iman ada sesuatu nak beritahu Sarah. Tapi…” Iman mematikan bicara. Dia memang ingin berbicara sesuatu, tetapi dia seakan tidak mampu untuk memperkatakannya.
“Tak mengapa. Beritahu ajelah. Kalau tak, macam mana Sarah nak tahu. Iman ada masalah ke?” Matanya yang redup itu memandang wajah Iman.
Iman melepaskan keluhan panjang. Matanya menangkap wajah Maisarah yang masih tertanya-tanya apakah yang bakal diberitahunya.
Maisarah masih menanti dengan harapan. Dia tidak akan sesekali mendesak lelaki itu meluahkan bicaranya. Padanya, biarlah lelaki itu sendiri memberitahunya dengan rela.Perasaannya kelihatan tenang, namun hakikatnya ia berkocak mencari jawapan hati yang mula dipancing perasaan cinta kepada seorang lelaki bernama Muhammad Iman Ahlam. Namun ia hanya dipendam di dalam hati.
‘Kenapa dia macam tak happy je. Sebenarnya dia ni kenapa? Hati aku pun sejak tadi rasa tak tenang je. Macam ada yang tak kena.’ Maisarah berbicara dengan hatinya. Dia menarik nafas dalam mencari kelegaan hati.
“Sarah…” Panggil Iman setelah berdiam diri agak lama. Iman mengeluarkan sesuatu dari kocek baju jaketnya.Sebuah kotak kecil baldu biru di tolak ke hadapan Maisarah.
“Apa ni?”tanya Maisarah. Dia masih keliru dengan teka-teki Iman. Wajah Iman dipandang. Jantungnya pula mula berdegup kencang tidak keruan. Dia menelan liur sendiri. Dia kenal akan kotak itu. Ia kotak cincin. Tetapi, tidak tahu juga jika isinya telah ditukar dengan benda lain. Manalah tahu tiba-tiba ia di isi dengan skru tempat gantung gambar, macam kat cerita Mr. Bean tu. He..he…Acilah tu, kan.
“Hadiah untuk Sarah. Iman harap, Sarah sudi terima.” Iman tersenyum nipis. Senyuman itu tetap di temani lekukan lesung pipit di pipi. Memang sedap mata memandang.
“Hadiah? Hadiah untuk apa? Birthday Sarah pun lambat lagi.Hujung tahun nanti. Ni baru bulan berapa.”
“Terimalah, Sarah. Iman berharap sangat.” Pinta lelaki itu.
Dengan rasa berdebar, Maisarah membuka kotak kecil baldu biru itu. Sebentuk cincin platinum tersemat kemas dalam kotak kecil itu. Sememangnya cantik pada pandangan mata. Dia menggaru pipi. “Untuk apa?" Dia kembali memandang Iman.
“Harap Sarah tak salah faham. Iman hadiahkan ini pada Sarah sebagai tanda persahabatan kita.” Iman menjelaskan kata.
“Sarah tak fahamlah. Kenapa mesti cincin? Sarah tak mahu apa-apa pun. Sarah ikhlas berkawan dengan Iman. Tak perlu benda-benda ni semua.”
“Sarah..Kan Iman dah cakap. Itu hadiah persahabatan kita. Iman dah lama berhajat nak beri sesuatu kepada Sarah. Selama Sarah jadi sahabat Iman, Iman tak pernah pun kasi apa-apa pada Sarah. Salah ke kalau Iman kasi hadiah.”
 Maisarah tertawa kecil.
“Kenapa ketawa? Lucu ke? Iman serius tau.”
“Tak..Tak lucu pun. Memang tak salah, tapi masalah. Kenapa mesti cincin?  Kenapa tak kasi Sarah ni robot ‘Transfomers’ ke…Mini Collectian Diecast ke..Hah..Sarah lagi suka tau.” Maisarah bergurau sekadar menyembunyikan perasaan hatinya. Hatinya mula ditebak perasaan sedih. Dia tidak tahu mengapa. Mungkin terharu dengan pemberian Iman.
“Sarah tak suka cincin tu ke?” soal Iman.
“Siapa kata tak suka. Mestilah suka. Cantik. Tak pernah termimpi pun nak dapat cincin. Tapi rasanya Sarah tak boleh terima. Tukar hadiah lainlah. Aci ke..” Kotak kecil baldu biru itu kembali di tolak di hadapan Iman. Wajahnya terukir senyum, berbaki tawa perlahan.
“Pleaselah, Sarah.”Kotak baldu biru itu di tolak kembali di hadapan Maisarah. Iman merayu supaya pemberiannya itu diterima.
“Kalau macam ni, Sarah tak nak kawan dengan Imanlah.”
“Please..” Iman masih mengharap. “Kecil hati Iman kalau Sarah tak nak terima.” Pandangan mata Iman jelas mengaharapkan pemberian itu diterima.
Hati Maisarah tersentuh. Akhirnya dia akur. “Okeylah. Sarah terima.” Maisarah kemudian mengambil dan membelek-belek cincin itu sekadarnya. Ada sesuatu yang terukir di dalam lengkungan cincin platinum itu. “Lavender.”
“Apa maksud Lavender ni? Bukan tu nama bunga ke?” Maisarah mengharap penjelasan Iman. Pelik juga mengapa perkataan itu yang diukir.
“Love Friend Forever…Cinta sahabat selamanya. Awaklah seorang sahabat yang sangat saya sayang, Maisarah,” ujar Iman seraya tersenyum nipis.
“Kreatif betul awak ea. Okey..Okey..Sweet.” Maisarah tersenyum mengerti. Namun, ia hanya pada zahirnya. Di hatinya, ia terasa syahdu.  Benarkah selama ini Iman hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat. Cinta Iman kepadanya adalah hanya cinta kepada seorang sahabat, tak lebih dari itu. Tapi, cara Iman melayannya sangat berbeza. Walaupun mereka hanya keluar untuk beberapa kali sahaja, namun layanan yang dia terima amat istimewa seperti seorang kekasih. Tapi dia akui, Iman memang tak pernah melafazkan apa-apa padanya. ‘Aku ni kut yang perasan lebih-lebih. Angan-angan nak capai bulan, tapi tak kesampaian. Aku ni je yang perasan sorang-sorang.’ Maisarah tertawa sendiri di dalam hati cuba memujuk hati yang berlagu sedih.
‘Mengapa saat ini aku terasa seperti akan kehilangannya, walaupun sekarang ni dia masih ada di depan mata aku. Hati aku ni pun terasa sakit. Sakit yang amat sangat. Wahai hati, berilah jawapan kepadaku.’ Maisarah berbisik sendiri. Dia tidak mengerti mengapakah perasaannya berasa sedih dengan setiap butir bicara Iman kala ini.Sepertinya ada yang tersirat.
“Pakailah, Sarah. Kalau tak muat nasiblah. Buat kalung pun boleh juga kan.Iman main beli je. Tak tahu pun saiz jari Sarah. Pilih agk-agak muat jelah.Takkan nak bawak Sarah sekali,kan. Mesti tak surprise. ” Iman tertawa. Maisarah mengutum senyum. Pandai juga Iman membuat lawak pada waktu begini. Cincin itu disarung di jari manisnya. Kebetulan ia sesuai dengan jarinya walaupun longgar sedikit. Tapi kira muatlah. Acilah tu.
“Thanks, ya Iman. Sarah janji akan jaga cincin ni baik-baik.” Maisarah merenung ke arah cincin yang sedia tersemat di jarinya. ‘Adakah ini sebenarnya hadiah persahabatan atau hadiah perpisahan. Mengapa aku rasakan Iman akan pergi jauh dari aku.’Maisarah menahan sebak di dada. Itulah yang di rasa saat ini. Sayu.
Suasana hening seketika.
“Sarah…..” Panggil Iman setelah masing-masing terbang dalam dunia khayalan.
“Sebenarnya.. Iman nak sambung belajar dekat oversea.” Iman menyambung bicaranya. Menjelaskan hal sebanar.
Maisarah memandang Iman dengan pandangan terkejut.“Hah, betul ke?” Dia seakan tidak percaya apa yang didengar.Suaranya jelas gembira. Excited.
“Sarah gembira tak kalau Iman sambung study?” tanya Iman. Alun bicaranya lemah.
“Loh. Kenapa pulak tak gembira. Mestilah gembira.Lagipun menuntut ilmu itu satu yang dituntut. Tak kisahlah jauh atau ke dekat,kan.” Suara Maisarah kedengaran gembira. Namun kegembiraan itu hanya dibuat-buat. Hatinya memang sudah dapat merasakan sesuatu. Iman akan pergi jauh darinya.Tidak sanggup rasanya dia berjauhan dengan Iman, seorang lelaki yang mula mengisi ruang hatinya. Namun, andai takdir itu yang memisahkan mereka, dia akur. Lagipun Iman pergi untuk belajar. Mengapa perlu dia menghalang. Sebaliknya dia perlu menyokongnya.
“Tapi, kalau dah belajar dekat sana jangan tak ingat nak balik tanah air sendiri. Sematkanlah rasa cinta pada negara sendiri. Orang kata, hidup mesti patriotik,kan. Ingatlah tanah tempat tumpah darah sendiri. Balik taburkan jasa dan budi. Itu barulah anak Malaysia sejati. Betul tak?” Maisarah memandang Iman dengan riak wajah gembira.
Iman tertawa. “Baguslah Sarah ni. Macam orang tua-tua nasihatkan anak je. Memang patriotik betul. Iman akan ingat pesanan tu.” Terbit juga rasa ceria di wajah Iman walaupun hatinya walang.
Maisarah membuat muka.‘Apalah Iman ni. Ada ke dia cakap aku macam orang tua. Sedih betul dengar.’
“Ai, macam kecil hati je. Sorry. Iman gurau je lah. Takkan tak boleh nak gurau. Sarah ni macam motivator sebenarnya. Memang sejak awal kita kenal, Sarah dah menjadi motivator Iman, kan.” Iman membetulkan kata-katanya.
“Takdelah. Tak kecil hati pun.Haha..Saje je buat muka macam tu.” Maisarah kembali tersenyum. Wajah Iman dipandang. Lelaki itu kelihatan seperti mengelamun. Maisarah mengambil peluang menatap wajah itu lama. ‘Benar seperti yang aku duga. Iman akan pergi dari aku. Jauh dari aku. Dan cincin ini sebenarnya sebagai hadiah perpisahan.’
“Next time, kalau Iman dah balik sini, cincin ni akan jadi bukti. Sarah akan setia di sini.” Dalam syahdu di hati Maisarah meluahkan kata. Maksud setianya begitu dalam. Setia..Setia untuk menanti untuk satu ikatan walaupun kala ini tak terucap.
Iman mengangguk. “Iman juga berharap begitu. Persahabatan kita akan kekal mewangi seharum Lavender.” Iman menguntum senyum. Senyuman yang begitu indah.
Maisarah menunjukkan tanda ‘Peace’. Iman juga begitu.
Seketika kemudian, telefon bimbit Iman berbunyi. Iman menjawab dengan suara yang lemah.
“Sarah, jom Iman hantar balik. Iman ada hallah. Konon tadi nak ajak jalan-jalan, tapi tak dapatlah kut.”
“Takpe. Hmm..Iman pergi je lah. Sarah boleh balik sendiri.”
“Tak. Biar Iman hantar. Lagipun ni je masa yang kita ada. Esok Iman dah pergi.”
Maisarah terkejut. “Esok? Kenapa cepat sangat,” soal Maisarah. Tidak tersangka olehnya. Wajah lelaki itu dipandang. Dia memang tak sangka Iman akan berangkat esok. Maknanya, hari ini adalah pertemuan terakhir sebelum lelaki itu berangkat pergi.
“Maaf sebab Iman tak beritahu Sarah awal-awal.” Wajah Maisarah ditatap lama. Terasa sedih untuk meninggalkan gadis itu.
Tanpa disedari, kelopak mata Maisarah sudah bergenang air mata. Hatinya meruntun sayu. Sebaknya kian terasa.“Sarah pasti akan tunggu Iman balik.”
“Sarah, maafkan Iman ye. Kalau kita dipanjangkan umur, kita pasti bertemu kembali. Doakan untuk Iman. Iman juga akan doakan untuk Sarah. Good luck for your study. Doakan Iman juga.” Suara lembut Iman menusuk ke cuping telinga Maisarah. Iman masih mahu menguntum senyum. Hati Maisarah semakin terusik.
Iman turut merasa sebak apabila melihat Maisarah menyeka air matanya. Sebak di hati juga seakan tidak tertanggung rasanya. Tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkannya kepada Maisarah.
“Sarah, janganlah sedih. Iman pergi ni sebab nak belajar. Iman taknak kecewakan Sarah kerana selama ini Sarah dah banyak bantu Iman. Sekarang ni Iman nak buktikan Iman juga mampu berubah. Memang Iman sedih sebab terpaksa tinggalkan family dan Sarah. Tapi, itukan sementara aje. Lagipun Iman pergi kerana nak mencarai ilmu. So, Sarah tak perlulah nak sedih-sedih. Aja-aja fighting, okey.”Iman masih cuba untuk menceriakan keadaan. Sempat juga dia membuat trademark pistol ke arah Maisarah.
Maisarah hanya mampu tersenyum kelat. Dia membalas degan trademark ‘peace.’ Dia mengangguk. Dia faham, namun dia tidak mengerti mengapa hatinya yang bersedih. Sedih teramat. ‘Iman.. Sarah cintakan Iman.’Maisarah hanya berbicara di dalam hati. Ia terlalu sukar untuk di ungkapkan oleh bicara zahirnya.
“Jaga cincin tu baik-baik ye.” Pesan Iman sebelum berlalu pergi.
Pandangannya Maisarah sayu tatkala melihat Iman yang kian menjauh. Dia tidak mampu menghalang. Hanya air matanya yang  berguguran ke pipi. ‘Ya Tuhan…Kenapa hati aku begitu sedih dengan pemergiannya. Bukankah sepatutnya aku gembira.’
Iman terus memandu meninggalkan Maisarah. Dia hanya melihat bayang gadis itu yang semakin hilang disebalik cermin sisi keretanya. “Sarah, maafkan Iman. Iman mengaku, cinta Iman pada Sarah bukan hanya cinta seorang sahabat, tetapi lebih daripada itu. Sarah adalah satu-satunya cintayang Iman miliki. Cincin itu adalah sebagai tanda cinta Iman pada Sarah. Iman tak mampu untuk mengungkap lamaran cinta sebagai kekasih kerana Iman rasa Iman tak layak untuk Sarah. Walaupun Iman hanya mampu untuk mengungkap lamaran cinta seorang sahabat, pada Iman ia sudah cukup menyenangkan. Andai akan datang kita masih punya hayat dan ditakdirkan bertemu kembali, Iman akan penuhi permintaan hati ini. Itupun jika Sarah masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Iman janji takkan rampas hak orang lain.”
Maisarah merenung kepada cincin yang tersarung di jari. “Iman. Sarah doakan Iman selamat pergi dan selamat kembali.”
Maisarah kembali ke dunia realiti. Pipinya basah. Ada air mata yang gugur ke pipi. Dia menyeka dengan hujung baju. Dia menghela nafas. ‘Ish, apasal kalau aku  mengingat balik cerita ni, aku mesti nak keluar air mata.Sudahlah, Mai….Hati kau tu sensitif sangat. Hati berlagu syahdu je.’

No comments:

Post a Comment