Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 14



ILHAM  telah sedia menanti. Tenang dia menanti Maisarah yang masih belum memunculkan diri. Maisarah melangkah turun dengan perasaan gembira. Hari ni, hari terakhirnya berjumpa Ilham.
Maisarah terus masuk ke perut kereta comel milik Ilham. “Assalamualaikum.” Maisarah menyapa dengan senyuman.
“Waalaikumsalam.” Ilham menjawab perlahan seraya memandang wajah itu. Terukir juga segaris senyuman di bibirnya.
Maisarah perasan riak wajah lelaki itu sedikit suram. Namun dia berbuat tidak tahu sahaja. Yang penting, dia akan dapat kembali barangnya.
“Mana barang aku.” Cepat sahaja Maisarah meminta. Tangannya sudah menghulur meminta.
“Teman aku makan.” Pinta Ilham. Kendur bicaranya seakan tiada mood. Bicara Maisarah tidak diendahkan.
“Tak naklah. Aku pakai baju buruk. Malaslah nak keluar.” Maisarah memberi alasan.
“Alah. Okey je tu. Bukan kau pakai baju tidur pun. Nanti aku pulangkan barang kau.” Ilham membalas kata. Wajahnya masih tidak berapa ceria.
Maisarah akhirnya mengangguk. Terpaksa juga dia bersetuju.
Pintu kereta ditutup.
Ilham melepaskan keluhan. Dia cuba mencari mood. Sebenarnya, detik ini terasa sukar untuk ditempuhi. Dia tidak rela melepaskan Maisarah pergi. Sedih. Tetapi, dia harus berpegang pada janji.
Maisarah hanya berdiam diri apabila melihat Ilham juga berdiam diri. Dia mengelus jari-jemari sendiri. Seperti biasa, pandangannya terarah keluar tingkap. Dia tiada idea untuk berbicara. Maisarah terasa sedikit berbeza dengan suasana kini.
“Aii…Mai. Aku diam..kau pun diam gak ke.” Ilham mula berbicara.
“Tak tahu nak cakap apa. So, senyap je lah. Nak gi makan kat mana ni?” Maisarah memandang Ilham. Kini dia pula mengambil soalan.
Ilham tersenyum.
“Kau nak makan kat mana. Aku bawa je. Untuk hari last kita ni..aku tak kisah.Your choice.”
“Kau belanja ke?” Maisarah menyoal berbasa-basi. Soalan cepuemas.
Of courselah. Tak luak mana pun belanja kau. Macam tak biasa pulak.”
“Taklah. Tadi kan kau cakap, teman kau makan. Macam aku ni tak masuk senarai je. Selalukan kau cakap ‘Jom, kita makan dulu.’ Tu maksudnya kita makan sama-sama. Kalau teman, aku rasa macam aku duduk depan kau, tengok kau makan.” Maisarah menjelaskan bicaranya.
Ilham tiba-tiba ketawa. “Mai…Jangan buat lawak boleh tak. Fikiran kau tu….”
“Betullah apa aku cakap.”
“Yelah..Yelah…Jom kita makan dulu. Okey. ” Ilham malas memanjangkan kata. Dia mula mendapat moodnya untuk bergurau dengan Maisarah. Memang Maisarah pandai buat lawak.
Ilham memandang wajah Maisarah. Hari ini adalah hari terakhir mereka. Wajah itu pasti akan dirindui.
“Sekarang, cerita antara kita dah berakhir. So…lepas ni takde lagilah Puteri Beradu dan Kogoro Mauripan, kan.” Ilham memandang wajah Maisarah yang sedang menikmati makan malamnya.
Maisarah hanya tersenyum.
“Hmm..Tapi tak bestkan. Sekejap sangat. Aku baru je nak feel. Baru nak masuk feel, time tu lah dah nak sampai endingnya, kan. Tak best betul aku punya cerita.” Ilham tertawa dalam berseloroh ceria, namun hakikatnya ia sebenarnya luahan kekecewaan yang lahir dari hati. Cuma bicaranya agak tersirat dan Maisarah mungkin tidak memahaminya.
Maisarah tertawa perlahan.“Memang tak best pun cerita kau.” Sempat juga dia memberi komen. Komen yang tak membina.
“Kau memang. Tak beri moral support langsung.” Tukah Ilham.
“Cerita kau ni, menipu orang. Takkan aku nak support.” Maisarah memberi jawapan balas.
Ilham terdiam. Benar apa yang diperkatakan Maisarah. Kisah cerita antara dia dan Masiarah hanyalah satu penipuan. Tetapi penipuan itu telah memakan perasaan dan hatinya.
“Mai…Betul ke lepas ni kau dah tak nak jumpa aku lagi?” pertanyaan Ilham membuatkan Maisarah berdiam diri.Senyumannya tadi terus sahaja mati. Memang itulah yang diharapkan, namun dia menjadi serba salah.
Wajah lelaki itu dipandang, namun segera di larikan ekor matanya apabila pandangan mata mereka bertemu. Maisarah kini tertunduk.
“Ntahlah.. Aku rasa tak boleh kut. Aku nak hidup macam dulu. Aku minta maaf. Aku dah buat keputusan.” Akhirnya mulutnya berbicara. Itulah yang diharapkan selama ini. Hidup tanpa Ilham. Hidup tanpa gurau dan tawa lelaki itu. Rasanya itulah keputusan yang terbaik.
“Aku minta maaf. Aku sedar memang aku yang salah. Tapi, tak boleh ke kau beri aku  peluang.” Ilham meminta pengertian.
Maisarah menggeleng.“Am… Walaupun kau tengok aku okey je layan kau, itu tak bermakna aku boleh terima kau. Selama ini aku hanya untuk dapatkan barang aku kembali. Aku tak nak ada kena mengena dengan kau Am. Ntahlah, aku pun dah tak tahu nak cakap apa.Aku cuma harap kau faham. Tolonglah faham.” Suara Maisarah kendur.
“Kalau kau takde, aku rasa macam kehilangan sesuatu. Aku tahu hubungan kita hanya tipu je, tapi aku dah terbiasa ada kau, Mai. Aku marah-marah sebab kau, aku ketawa pun sebab kau juga. Aku kalau boleh  nak serius dengan kau…” Ilham masih cuba memujuk Maisarah.
“Tak mungkin, Am. Bukan sekarang masanya kita berbicara soal hati dan perasaan. Aku hanya mohon pengertian kau. Kau fahamkan apa yang aku cakap. Aku nak kembali seperti hidup aku sebelum ni. Aku minta maaf. Maaf sangat-sangat. Aku menanti orang lain Am.” Maisarah merayu untuk difahami.
Ilham memandang tepat ke wajah Maisarah. Mata gadis itu mula berkaca. Maisarah segera melarikan pandangan. Hati Ilham jadi tersentuh. ‘Mai…aku tak nak kehilangan kau. Tapi, aku juga tak nak kau bersedih. Aku tahu selama ni kau dah korbankan perasaan kau untuk aku. Aku minta maaf.’ Ilham hanya mampu berdiskusi dengan hatinya. Hatinya kecewa, namun dia memahami apa yang dirasai Maisarah.
Ilham mengangguk perlahan. “Baiklah, Mai. Aku faham. Janji tetap janji. Tapi, aku cuma nak tahu. Adakah kau memang terlalu bencikan aku, sampai kau tak nak berkawan dengan aku.” Ilham meluahkan rasa.
Hati Maisarah tersentuh mendengar kata-kata itu. Terasa pelupuk matanya memberat dengan air mata. Maisarah terdiam tanpa jawapan.
Ilham membisu. Dia membiarkan Maisarah dengan perasaannya. Apa yang mampu dia lakukan. Segala keputusan ditangan Maisarah. Dia harus menerimanya. Dia sendiri yang telah membuat janji untuk melepaskan Maisarah setelah rancangannya selesai, maka ia pasti akan dikotakan. Perjanjian yang akhirnya turut menyeksa jiwanya.
“Hmm…Takpelah. Aku faham. Nak buat macam mana, kan. Orang kata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? So, ni hari last day kitalah.” Bicara itu jelas menunjukkan kekecewaan, namun suaranya sedaya upaya ditutur dalam ‘mood’ ceria. Masih terbit juga senyuman di bibir walaupun perasaan hatinya benar-benar kecewa.
Maisarah mengangguk. Maisarah nekad dengan keputusannya. Dia tidak ingin mengundang masalah lain. Biarlah dia dengan kehidupannya sendiri. Biarlah dirinya masih menjadi penanti yang setia, walau tanpa gelak dan tawa. Tanpausikan yang memanaskan hatinya seperti gunung berapi pendam yang aktif.
Ilham terpaksa akur dengan keputusan itu. Mungkin ada sebab Maisarah tidak boleh menerimanya walaupun sebagai seorang kawan. Dia sedar dirinya jahat. Mungkin kerana itu dia tidak layak untuk mendapat seorang kawan yang baik seperti Maisarah.Dia sedar dia juga telah banyak menyusahkan gadis itu sejak di awal pertemuan. Biarlah..Biarlah hatinya yang kecewa, bukan Maisarah. Lagipun dia pernah berjanji. Maka, hari ini janjinya dikotakan. Hari ini akan ternoktah ceritanya.“Aku faham. Ini hari terakhir kita. Lepas ni kita takkan berjumpa lagi.”
Maisarah terusik sebak. Air matanya mengalir.
Tritt..Trit…Bunyi telefon. Maisarah tersedar dari lamunannya sendiri. “Astaghfirullahalazim.” Dia beristighfar.Rupanya mindanya bermain dengan khayalan. Fikirannya berimiginasi yang bukan-bukan.Sebenarnya dia masih ada di dalam rumah, terbaring di sofa menantikan Ilham. Air matanya di kesat dengn hujung lengan baju. Sebak di hatinya masih terasa seolah-olah imiginasinya itu dilalui dalam dunia realiti.
Maisarah mengeluh perlahan. Tadi dia bermimpi. Kini berimigiasi pula. Hakikatnya, realiti masih belum ditempuhi. Maisarah menggeleng-geleng kepala menyedari kekhilafannya. Dia melepaskan keluhan nipis.
Maisarah melihat jam di dinding. Sudah jam 9.30 malam. 30 minit telah berlalu seperti janji Ilham. Kebiasaanya Ilham akan menelefonnya jika dia telah sampai. Maisarah mengintai dari tingkap nako rumahnya. Melihat jika Ilham sudah sampai di parkir bawah di kawasan rumah sewanya.
*****
MAISARAH segera mendapatkan Ilham yang sudah menanti di bawah. Lelaki itu sudah tersandar di pintu keretanya.Maisarah menyapa Ilham dengan mesra. Namun, Ilham menjawab sekadarnya. Wajahnya jelas tidak ceria.
“Sorry, lambat. Jalan sesak.” Ilham memberitahu “Nah, barang kau.” Ilham terus sahaja menghulurkan sebuah beg kertas kecil bewarna coklat. Sepertinya tidak mahu berlama-lama di situ.
Maisarah menerima huluran itu. Dia terkelu. Perasaannya terasa berbeza. “Hmmm….”
“Kenapa? Ada nak cakap apa-apa ke?” soal Ilham apabila perasaan Maisarah sepertinya ingin berbicara sesuatu.
Maisarah menggeleng. Dia menafikan. Wajah Ilham dipandang.
“Kau tak payahlah risau. Hari ni tetap menjadi hari terakhir kita. Lepas ni, aku takkan ganggu kau lagi. Aku tahu, selagi aku ada dengan kau, kau mesti dilanda masalah, kan. Aku tahu, semuanya berpunca daripada aku. So, aku nak minta maaf sangat..sangat atas apa yang telah berlaku. Dari awal pertemuan kita, hinggalah ke saat ini. Aku harap, aku tak terhutang kau apa-apa.” Ilham berbicara tenang walhal terasa begitu sukar meluahkan rasa. Hatinya sudah berlagu sedih.
“Okeylah, Maisarah. Terima kasih untuk hari ni dan juga untuk hari-hari yang sebelumnya. Terima kasih juga untuk segala kegembiraan yang kau beri pada aku. Harap lepas ni kau juga gembira. Aku balik dulu.”Sambung Ilham lagi.
Maisarah hanya mampu terdiam mendengar kata-kata itu. Terasa sebak melanda hatinya. Kata-kata itu benar-benar mencucuk tangkai hatinya. Dia jadi serba salah dengan kata-kata Ilham. Namun, lidahnya masih tidak mampu untuk berbicara. Kelu.
Ilham sudah masuk ke perut keretanya. Maisarah pula masih terkaku di situ.
Ilham kemudian menurunkan cermin tingkap keretanya. “Nah. Aku takde benda nak kasi kau.” Ilham menghulurkan sekeping bar coklat.  Pemberian itu diterima jua.
Okey, take care. Be a good girl. Keep your smile Maisarah.”
Maisarah mengangguk perlahan tanpa mampu berkata-kata. Terasa pelupuk matanya mula digenangi air mata.
Ilham mula beredar. Dalam masa yang sama, Maisarah juga berpaling dan melangkah pergi. Terlerai sudah ikatan kasih palsu yang terbina antara mereka.
Maisarah sudah berada di dalam rumah. Hatinya berlagu syahdu. Air matanya seakan ingin tumpah, tetapi tetap ditahan. Realiti yang dilaluinya, tak seindah mimpi dan khayalan. Pertemuan yang hanya berlaku beberapa minit itu terasa menyeksa jiwanya. Dia yang minta perpisahan, tetapi dia sendiri seakan tidak merelakan. Kini, kisahnya dengan Ilham telah berakhir. Bernoktah tanpa dakwat.
Di sebalik bukaan tingkap nako rumahnya dia melihat jikalau Ilham masih ada di situ, walaupun sebenarnya tadi dia melihat Ilham telah beredar.‘Mengapa aku perlu bersedih sedangkan ini yang aku minta. Mai, kenapa dengan diri kau ni Mai? Kenapa kau seakan tertewas dalam permainan ini. Adakah kerana soal hati?’ Maisarah berbicara dengan hatinya sendiri. Dia menyeka air matanya yang mula jatuh.
Ilham sebenarnya masih belum pergi. Keretanya masih berada diruang pakir, tetapi dia telah mengubah posisi tempatnya ke belakang sedikit. Dia ingin mententeramkan perasaannya untuk beberapa ketika sebelum beredar pergi.
‘Mai…Sebenarnya aku taknak dengar sebarang kata perpisahan kerana aku tahu ia amat menyakitkan. Tapi, demi kegembiraan kau, aku relakan kau pergi walaupun hati aku kecewa. Selama kau berada dengan aku, aku tak pernah tahu berapa kali kau kecewa dan menangis. Aku memang tak dapat nak membayar kembali kekecewaan dan kesedihan kau itu, cuma inilah caranya untuk kau mendapat kembali kegembiraan itu. Aku akan tetap mendoakan kebahagian kau, Maisarah.’ Bicara itu hanya beralun di hati. Ilham tetap merelakan perpisahan itu walaupun pahit.
           Ilham memerhati rumah sewa yang menjadi tempat tinggal Maisarah. Di sebalik cahaya lampu yang terpasang, dia dapat melihat bayang-bayang seseorang di sebalik tingkap yang terbuka. Dia yakin itu Maisarah. Dia tersenyum walaupun kelat.
‘Maisarah…Puteri..Takkan ada orang yang akan mengambil gelaran itu. Puteri itu hanya untuk kau. Terima kasih Maisarah, Puteri Beradu. Kau akan tetap beradu di hati aku.’
Ilham kemudian mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu. Mesej itu ditujukan kepada Maisarah.
+Terima kasih untuk segalanya. Apa yang terjadi antara kita sememangnya tidak patut berlaku. Kalau kau rasa nak delete nombor aku, deletelah.
Mesej yang baru diterima daripada Ilham membuatkan Maisarah semakin terusik. Kesedihan hatinya tidak dapat disembunyikan. Dia tidak tahu mengapa. Mengapa air matanya terus laju berguguran saat ini. Jika ditanya pada hati, dia takut untuk memberikan jawapan.Memang dia takut. ‘Ya Allah. Kenapa aku perlu menangis kerana ini.Mengapa…’
Di luar hujan sudah mula turun. Seakan menemani kesedihan hati kedua insan yang berpisah.
Ilham tersandar lesu. Perpisahan akhirnya terjadi. Sedih. Memang hatinya sedih. Sedih seperti rintik hujan yang gugur ke bumi kala ini.
Di kala itu, stesen radio di keretanya memutarkan sebuah lagu. Sepertinya ia menjadi lagu soundtrack untuk kisah Lavender yang sudah berakhir. Lagu ‘Jatuh Air Mataku’ nyanyian Hijau Daun.

Jatuh airmata ku
Diiringi remuk redam hatiku
Saatku kehilanganmu
Hanya rintik hujan yang menemani aku
Saat aku bertahan
Selama ini aku bertahan
Lewati semua malam dingin
Yang aku pandangi hanyalah langkahmu

Ilham tersandar.Mindanya kembali beberapa detik kebelakang sebelum membuat keputusan untuk bertemu Maisarah.
“Ummi…” panggil Ilham.Sofea Jasmin memandang wajah anaknya.
“Am..minta maaf.” Pinta Ilham.Dia akhirnya berterus terang dengan umminya.Sebuah rahsia yang terpendam di hati.
“Am…Kenapa sanggup buat macam ni.” Kecewa benar Sofea Jasmin dengan apa yang telah berlaku.
“Am, pergilah pulangkan barang dia tu. Minta maaf kat dia.”Saran Sofea Jasmin.
“Memang Am akan pulangkan. Tapi, Am tak sanggup nak lepaskan dia. Am tahu, dia memang tak boleh nak terima Am.”
“Am…Am terlalu ikutkan hati. Dia ada orang lain, Am. Am kenalah berkorban. Kembalikanlah kegembiraan dia, Am. Memang dia kelihatan mesra dengan Am, tapi Am tahu ke apa yang ada di hati dia. Dia pasti buat begitu semata-mata inginkan kembali haknya yang telah Am ambil. Ummi takkan salah Maisarah.”Sofea Jasmin menasihati anaknya.
“Am rasa sedih ummi.” Ilham meluahkan rasa hati.“Ummi jangan paksa Am kahwin dengan Maira. Tolong, ummi.Am taknak.”Pinta Ilham lagi.Jika tidak kerana umminya membuat aturan begitu, pasti juga tidak terlintas di hatinya untuk menjadikan Maisarah mangsa keadaan.
Sofea Jasmin mengangguk.Dia mengerti perasaan anaknya kini.
*****
MAISARAH merenung sayu pada sebentuk cincin Lavender yang kini telah tersemat di jari manisnya.Sedih hatinya.Ikatannya dengan Iman mungkinkah hanyalah ikatan sebagai sahabat.Namun, di sudut hatinya dia mencintai Iman, kerana lelaki itu adalah cinta pertamanya.Kerana itu dia sanggup menunggu.Dia sedar Iman tidak pernah melafazkan kata cinta padanya.Dia hanya menyakini hatinya sendiri bahawa lelaki itu adalah insan yang tercipta untuknya. Lagipula cincin Lavender yang diberikan lelaki itu seakan membawa satu makna yang besar walaupun lelaki itu memberitahu ia hanya sebagai hadiah persahabatan.

No comments:

Post a Comment