Monday 30 March 2015

Novel- Cucu vs Cucu Menantu Nek Kalsum- Bab 26


IRFAN FARIS menghenyak diri ke atas tilam. Tiba-tiba pandangan matanya terjeling kepada gambar wajah Irsya Natasya yang telah dibingkaikan di atas meja di tepi katil.
“Apa jeling-jeling?” Gambar itu seolah-olah bercakap.
“Awak ni, Sya. Sibuk aje. Saya letak dalam laci karang.”
“Letaklah. Ada saya kisah.”
“Eii, menjawab pulak gambar dia ni.”
Gambar itu kemudian di sumbat ke dalam meja.
“Tolong! Tolong! Lemas!” Irfan Faris seakan mendengar satu suara. Dia kembali mengeluarkan gambar tersebut.
“Kecohlah awak ni!” Marah Irfan Faris pada gambar tersebut. Ia kembali diletakkan di atas meja sebelah katil.
Irfan Faris kini duduk dibirai katil sambil memikir. Dia baru tersedar.
“Aku bercakap dengan gambar ke? Aku ni betul ke tak betul? Hmm..Agaknya sebab aku stres sangat kut aku jadi macam ni. Sampai dengan gambar pun aku boleh bercakap. Halusinasi. Hai..Teruknya kau ni Irfan Faris, oii. Sebelum ni pun macam ni juga. Ada karang aku kena jumpa doktor pakar jiwa pulak.” Irfan Faris mengeluh sendiri.
Dia kemudian mengambil dan membelek dokumen MO40Dnya. Setiap baris peraturan dan perjanjian yang dibuat, dibaca kembali. Otaknya kini memikir.
“Budak Sya tu, agak-agaknya baik hati sangat ke nak ikut peraturan dan perjanjian aku ni. Ke…Dia buat bodoh aje. Dia tu degil juga. Macam tak makan saman aje bila orang cakap.Karang tak ada kesan apa-apa pun pada dia pasal peraturan aku ni. Lagi stres hidup aku. Ah, lantaklah. Aku akan pastikan aku tak terdera hati dan perasaan bila hidup dengan dia. Aku akan gunakan kuasa veto dan kekerasan hati aku untuk lawan dia. Biar dia takut. Biar dia respect kat aku.”
Waktu kian berlalu ke jam 9.30 malam. Irfan Faris masih bergolek-golek di atas katil. Terasa bosan sendiri tanpa berbuat apa-apa. Nak bermain PS3 rasa tiada mood. Matanya kini terjeling kepada gambar wajah Irsya Natasya di atas meja di sebelah katilnya.
Hmm..Kacau dialah. Biar dia stres.Hahaha..Sambil tu bolehlah tayang kat dia MO40D ni.” Irfan Faris ketawa sendiri. Gembira dengan rancangan yang muncul dibenaknya.
Mesej dihantar.
~ Uit. Apa khabar? Buat apa?
“Aii, kau ni Irfan. Ni apa ke hal tiba-tiba hantar mesej aku ni. Siap tanya khabar bagai. Dahlah tak beri salam. Hari tu kata jangan berhubung sehingga hari majlis. Kau ni memang ngeklah Irfan Faris.Cakap tak serupa bikin. Hmm..Jangan-jangan nak buat persepakatan nak lari majlis kut saat-saat akhir ni? Aku on aje.” Irsya Natasya tersenyum. Mesej itu kemudian dibalas. Dilayankan juga.
Irsya~ Kenapa?
Irfan~ Tak ada apa-apa. Saja je.
Irsya~ Ngeklah awak ni.
Irfan~ Apa ngek, ngek. Awak ada lappy tak?Internet? Skype?
Irsya~ Ada. Kenapa?
Irfan~ Skype sat.
Irsya~ Uit..Pelik.
Irfan~ Apa yang pelik. Cepatlah buka. Ada benda nak tunjuk kat awak.
Irsya~ Apa?
Irfan~ Bukalah Skype tu. Barulah nampak apa yang saya nak tunjuk.

Irsya Natasya membuka Skypenya. Terfikir juga di benaknya. ‘Apa mimpi si Irfan Faris tiba-tiba nak berSkype dengan aku. Rindu nak tengok muka aku ke? Weh, dua hari lagi aje lagi weh. Sabarlah.Dahlah tak suka aku, lagi sibuk nak tengok muka aku. Haha..Perasan!’
Irsya Natasya mengambil tudung sarungnya. Pakai tudung ya. Aurat kena jaga.
Di skrin Skype…
Taraaa…” Muka Irfan Faris sudah nampak di skrin.Alahai. Buat muka happy pulak mamat sorang ni.
“Apa taraa..taraa…Haa..Apa yang awak nak tunjuk sangat tadi tu.”
“Ini dia. Nampak tak ni?” Irfan Faris menunjukkan helaian kertas ke muka skrin.
“Apa tu?”
“Haa.. Nilah saya nak beritahu. Sila dengar betul-betul. Ini adalah peraturan dan perjanjian antara kita bila dah kahwin nanti yang mana semua peraturan ditetapkan oleh saya seratus peratus. Faham!”
“Aii. Ada peraturan dan perjanjian juga ke? Macam cerita drama aje.Boring betullah.”
“Lantak sayalah nak ada peraturan atau perjanjian ke apa. Tak banyak mana pun. Tapi, ingat! Awak mesti patuh setiap apa yang saya telah tetapkan.”
“Apa peraturan yang awak tulis? Tak nampak pun.”
“Kat sini memanglah tak nampak. Nanti saya pass kat awaklah.Sibuk aje nak tahu cepat-cepat. Bukannya dah kahwin pun.”
“Yalah, Irfan Faris oii. Ikutlah. Nak ada peraturan ke..perjanjian ke, apa ke..saya terima aje. Malaslah nak layan. Dahlah. Saya nak off.”
“Eh, kejaplah. Cepat sangat.”
“Nak apa lagi?” soal Irsya Natasya. Pelik juga apabila orang yang tak sukanya itu sibuk nak berlama-lama berbual dan menatap wajahnya. Hmm..layankan ajelah. Dah itu cara dia kut.
“Cuba pusing lappy awak tu kejap.”
“Haa..Pusing? Nak buat apa?”
“Pusing ajelah. Saya saja nak tengok view bilik awak. Nak tengok sesuai tak dengan jiwa saya. Karang tak boleh tidur dibuatnya.”
“Eh, jangan nak jadi poyolah.”
“Ooo..Tirai bilik awak warna pink-purple ea?Okeylah. Bolehlah. Macam cantik juga. Uit, tu ada binatang apa kat tirai tu? Gantung kupu-kupu ke? Eii, macam budak-budak aje letak benda tu. Tak nak, tak nak... Pergi buang benda tu. Rimas saya tengok.”
“Eh, sibuklah awak nak komen-komen.Pulak tu nak suruh saya buang kupu-kupu yang saya suka. Eh, Irfan Faris oii. Ni bilik sayalah. Lantaklah saya nak decorate macam mana.”
“Eh, bukan ke bakal bilik saya juga.”
“Eh, belum time tau. Entah-entah tak jadi pun. So, jangan nak over. Awak tu pun bukan suka saya.So, tak payah nak banyak komen.”
“Eh, buat tu biarlah ikut jiwa saya juga.”
“Eh, buat apa ikut jiwa awak. Kalau nak ikut jiwa awak, buat kat bilik awak dahlah. Sibuk aje nak komen-komen bilik orang.” Irsya Natasya sedikit marah.
“Aii, marah ke? Mestistres kan?”
“Eh, sibuklah awak. Dahlah. Nak off.”
“Eh, nantilah kejap. Nak tanya. Yang banyak-banyak kat tepi awak tu apa? Macam cantikaje.” Irfan Faris memanjangkan perbualan. Boleh pula dialayan borak.
“Tu bungkusan cenderahati nak kasi tetamulah.” Irsya Natasya menjawab acuh tak acuh.
“Ohh..Apa dalamnya?”
“Eh, sibuklah dia ni. Tak payah tahulah. Eii, dia ni kan...”
“Eleh, nak tahu pun tak boleh.Dahlah goreng telur hangus.”
“Eh, awak. Jangan nak bangkit hal tu ea. Tak ada kaitan pun.Sibuk aje nak cari gaduh. Pula tu sibuk  nak skodeng saya time ni. Patutnya tak boleh tau.Ngek betullah.Tak suka buatlah cara tak suka!”
“Awak ingat saya nak tengok awak sangat ke? Tak ada nafsu pun tau tak.Mati nafsu ni. Dahlah goreng telur hangus.” Irfan Faris tiba-tiba membangkitkan kes telur hangus.
“Woii! Aku bagi karang!!” Suara Irsya Natasya agak tegang dan kuat. Marahnya meledak.
Dalam masa yang sama..
“Syaaa..Apa yang kamu buat kat bilik tu Sya? Kamu marahkan siapa?” Suara Saodah di luar bilik sudah kedengaran.
Erkkk…” Irsya Natasya sudah tertelan liur sendiri.
Pintu biliknya kini sudah diketuk. Kelihatan juga tombol pintu biliknya dipulas.
Perghh..Selamat kunci. Kalau tidak, pasti emaknya sudah meredah masuk.
“Sya..Bukalah pintu ni. Ada apa sebenarnya?”
“Eh, tak ada apa-apalah mak. Sya teremosi pulak tengok cerita kat laptop ni.Ada watak orang tak betul ni haa. Mulut macam biawak.”
Irfan Faris di muka skrin Skype sudah mencebik. Confirmlah dirinya yang dikatakan mulut macam biawak.
“Kamu jangan nak emosi-emosi sekarang ni Sya. Kendur otot-otot tu nanti. Tak cantik muka masa bersanding nanti.”
“Yalah, mak.” Irsya Natasya menjawab acuh tak acuh. Hakikatnya dia membuat muka. Dalam pada itu, Irfan Farismasih melihat dirinya di muka skrin Skpye.
“Buruknya muka. Macam telur hangus.” Suara Irfan Faris kedegaran dalam tawa.
“Eh, diamlah awak mulut biawak.”
“Okey apa mulut biawak. Daripada awak tu, telur hangus.”
“Apa kau telur hangus, telur hangus.. Sajalah tu nak perli aku.Kau nampak ni Irfan Faris. Sekali aku bagi karang.” Ujar Irsya Natasya sambil menunjukkan buku limanya. Suaranya sedikit rendah, tetapi tegang. Takut juga lontaran suaranya yang kuat kembali menarik perhatian emaknya.
“Nampaklah. Takkan tak nampak pulak. Saya tak butalah. Awak, berapa kalilah saya nak pesan yek. Jangan guna aku kau kat saya.”
“Sibuklah awak nak pesan-pesan kat saya. Eh, Irfan Faris. Sekarang ni pun saya ada benda nak ingatkan kat awak. Awak doalah yang saya tak lari majlis nanti.”
“Saya tahu awak takkan lari.”
“Jangan nak yakin sangat. Kalau saya dah nekad, saya tak kira.”
“Awak tak kira apa? Kira kati ke..kilo? Ke..dua singgit, dua singgit?”
“Awak jangan nak buat lawak bodoh ea? Saya tengah panas hati dengan awak sekarang tau.”
So, kiranya awak akan tetap nak larilah. Macam tu? Hmm..Tak bijak betul keputusan awak tu.”
“Eh, saya peduli apa.”
“Kalau macam tu, saya nak ambil telefon sat.
“Apa kena mengenanya?”
“Ada kena mengenanya. Apa pulak tak ada. Saya nak telefon bakal mak mertua sayalah.” Irfan Faris mengugut.
Weh, weh, weh..Jangan, jangan. Saya tarik balik.” Irsya Natasya terpaksa mengaku kalah. Kalau emaknya tahu, memang dia akan kena bebel.
“Tau takut.” Irfan Faris sudah tergelak-gelak. Rasa diri dah menang.
“Okeylah, okeylah. Saya tak larilah. Tapi awak janji tau, yang hari majlis nanti saya tak nak stres. Itu aje yang saya mintak.” Irsya Natasya mengendurkan suara.
“Saya ingatlah. Saya pun tak nak stres. Dahlah. Sambunglah buat kerja awak tu. Saya saja aje kacau sebab excited nak tunjukkan surat perjanjian tadi tu. Sebabnya, bila awak dah sign surat perjanjian tu, awak takkan jumpa diri saya yang sekarang ni.Totally change,okay.”
Change tak changelah. Saya rasa awak sama aje. Tak istimewa pun di hati saya.”
“Memanglah. Sebabnya, sekarang ni saya tengah berlakon aje, buat-buat mesra dengan awak. Tengah practise untuk hari majlis. Kalau ikukan hati, malas nak menghadap muka awak. Bye, budak telur hangus.”
Ngeklah awak ni Irfan Faris.” Irsya Natasya kembali panas hati. Dia sudah ingin memadam skrin Skypenya.
Jap. Jangan padam dulu.”
“Ada apa lagi? Nak kutuk saya lagi lah tu.”
“Taklah. Cuma nak ingatkan. Counting of the day. Doa semuanya selamat ya. See you as my wife.
“Ala, Irfan Faris oii. Tak payahlah nak berbicara seindah kata.Awak tak ikhlas pun terima saya. Sah-sahlah dah siap surat perjanjian awak yang ngok-ngek tu. Entah apa-apa agaknya awak tulis.”
“Tak kisahlah tu. Yang penting kita penuhi permintaan family kita dan kita happy masa hari majlis.Hari itu beriya buat permintaan.”
“Ya, saya tahulah.”
“Pasal hidup kita, pandai-pandailah nak hidup.Dahlah. Jangan nak membebel.”
“Siapa pula yang membebel. Dia tu yang cakap banyak.”
“Ala, rilekslah.”
“Eh, kenapa hari ni saya rasa awak macam lain macam aje. Ada apa-apa ke?”
“Ambil berat, nampak.  Jangan mula nak sayang kat saya ea.”
“Huh! Blahlah. Siapa nak sayang kat awak!” Irsya Natasya sudah ingin memadam skrin Skypenya.
Uit.”
“Apa lagi?”
“Apa blah..blah..Cakaplah, Assalamualaikum. Boleh saya jawab Waalaikumussalam.So, kita sama-sama mendoakan. Barulah adil walau kita tak saling sayang.”
Irsya Natasya buat muka bengang. Panas hatinya dengan kata-kata lelaki itu. Awal mesej tadi tak beri salam juga. Ni tiba-tiba nak berceramah pulak. Akhirnya dia memberi salam. Dan ia dijawab Irfan Faris. Skrin Skypenya terus dipadam.
“Eii…kau ni Irfan Faris. Aku cekik juga karang!”
Irsya Nataysa kemudian menopang dagu memikir. Betul ke tak dia ni? Rasa macam lain macam aje. Dia kemudian tersenyum.
Hmm..Ni mesti  stres sebab hari dah makin dekat. Sebab tu nak buat diri ala-ala happy aje. Ya tak? Ah, lantak kaulah Irfan Faris. Buat apa aku memikir kau. Lusa ni sah-sah aku jadi isteri kau. Itu pun dengan izin Allah. Hai la..Reda tak reda ajelah aku terima.”
Irsya Natasya kemudian menyambung kembali menyiapkan bungkusan cenderahati tetamu sempena majlis pernikahannya. Rajin juga dia menyiapkan walapun tak berapa rela dengan pernikahan sendiri. Yalah, nak harapkan siapa lagi untuk siapkan itu semua. Nak tak nak, kena juga buat sendiri. Yang lain, memang emak dan abahnya yang uruskan.











Sunday 1 March 2015

Novel- Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 25


Tiga hari sebelum pernikahan..
“IRFAN…Nanti ajaklah kawan kamu tu datang makan sini. Zack tu ha. Nak juga mama kenal. Irfan kata nak minta dia jadi pengapit masa majlis nanti kan.” Lembut suara Kirana sudah menusuk ke pendengaran Irfan Faris.
“Okey, ma. Nanti Irfan jemput Zack makan tengahari kat sini.”
“Baguslah tu. Nenek pun nak kenal juga dengan kawan kamu tu. Nenek belum pernah jumpa dia lagi.” Nek Kalsum pula menyampuk.
Irfan Faris tersenyum.
Hurmm..Pertemuan pertama Zack dengan nenek. Apa agaknya yang berlaku? Jangan Zack tergedik-gedik kat nenek aku sudah. Kepala otak dia tu pun bukan betul sangat.Eii..Selisih! Irfan Faris tiba-tiba memikir sesuatu yang tak masuk akal. Irfan Faris kemudian menelefon Zack Nadzri menyampaikan jemputan itu. Lunch with Nek Kalsum dan Mama.
Tengahari itu…
“Assalamualaikum, nek.” Sapa Zack Nadzri ramah.
“Waalaikumussalam. Oh..Inilah Zack ya. Alah, comelnya.” Puji Nek Kalsum.
“Comel ke tu nek?” soal Irfan Faris. Rasa macam nak muntah aje bila neneknya memuji Zack Nadzri tu comel.
“Kamu tu tak payahlah nak jealous sangat. Kamu tu comel juga. Tapi kurang sikit dari si Zack ni haa.”
Irfan Faris mencebik sambil membuat muka. Zack Nadzri pula kelihatan sudah tersengih-sengih, suka. Mindanya bermain sesuatu. Apakehallah kawannya yang seorang ni. Lawak pula gayanya. Macam jealous aje..Macam cemburu aje..Haha..
Irfan Faris yang masih tercegat, tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia teringatkan penilaian Irsya Natasya tentang Zack Nadzri. Gadis itu memuji Zack Nadzri lebih handsome daripadanya. Dan kini, nenek pula memuji Zack Nadzri lebih comel daripadanya. Huh! Kesimpulannya, pandangan mata nenek dengan si Irsya Natasya tu memang sama.Sesuai sangatlah tu jadi cucu menantu dia. Tapi, aku pula mangsa yang nak kena kahwin dengan si Sya tu. Dah kahwin tu, maksudnya sah-sahlah aku yang kena jaga dia. Huh! Memang tak adil!
‘Aii, aku ni kenapa tiba-tiba terlintas memikirkan si Irsya Natasya tu. Haishh..Sibuk ajelah dia nak singgah kat fikiran ni.’
Uit, bro. Kau berangan apa? Sya ea?” Tegur Zack Nadzri.
“Diamlah kau, Zack.” Ujar Irfan Faris perlahan.
Zack Nadzri kemudian diperkenalkan kepada mamanya yang sedang sibuk menghidang makanan di dapur. Ramah sahaja dia menegur wanita itu yang juga kelihatan hampir sebaya dengan bondanya.
“Makan Zack. Jangan malu-malu. Yang asam pedas ni nenek masak. Yang lain tu mama masak,” ujar Nek Kalsum sambil mengambilkan lauk untuk Zack Nadzri yang kebetulan duduk di sebelahnya.
“Aii, nenek ni. Layan si Zack macam budak kecik pula. Sah-sah dah tua bangka macam aku,” omel Irfan Faris sendirian. Tetap rasa tidak puas hati.
“Kamu kenapa Irfan. Jealous?” ujar Nek Kalsum.
“Eh, tak ada maknanyalah nek. Nenek layankan ajelah si Zack tu. Sebenarnya si Zack ni dah tak ada nenek. So, dia memang teringin nak ada nenek yang macam nenek ni. Yang layan dia, yang manja-manjakan dia. “
Zack Nadzri buat muka kepada Irfan Faris. Melebih sangat ayat tu kut.
“Ya ke Zack? Tak apa. Nenek pun boleh jadi nenek Zack juga. Dah..Dah..Makan…Makan..”
“Dia ni gedik nek. Jangan layan sangat dia ni.”
“Tu ayat orang jealous tu.” Celah Nek Kalsum.
Nek Kalsum banyak bertanya Zack Nadzri akan itu dan itu. Ramah dan mesra sahaja. Cuma sesekali ia turut dicelah Kirana. Dengan itu, suasana jadi sedikit riuh dengan gelak ketawa mereka.
Tika waktu Irfan Faris sudah berada di ruang tamu, Zack Nadzri masih rancak berborak dengan Nek Kalsum di dapur. Bergelak-ketawa lagi.
“Apalah yang dia orang borak tu. Tak habis-habis dari tadi. Eii, si Zack tu pun. Macam gedik pula aku tengok. Nenek pun macam suka sangat kat dia tu. Eii, meluat aku tengok.” Omel Irfan Faris sendiri.
Di hari itu, Zack Nadzri melepakkan diri di rumah Irfan Faris. Duduk santai dan berborak. Almaklumlah, tak lama lagi temannya itu sudah tak berstatus bujang macam dirinya.
            Uit, bro. Lepak bilik aku jom.Main PS. Tapi aku nak sembahyang dulu.”Ujar Irfan Faris.
            “Okey. Kau naik dulu. Jap lagi aku naik.” Balas Zack Nadzri yang masih membaca surat khabar.

“MISSION OF 40 DAYS? Apa benda ni?” bisik Zack Nadzri sendirian apabila dia terlihat akan tajuk utamapada dokumen di atas meja di sebelah katil Irfan Faris.
            “Apa yang dia tulis agaknya. Macam ada something aje.”Zack Nadzri kemudian dengan selamba membaca apa yang terkandung di dalam dokumen itu. Ketika itu Irfan Faris berada di dalam bilik air.
            “Dah agak dah.” Bisik Zack Nadzri tatkala selesai membaca kandungan dokumen tersebut.
            Seusai bersembahyang, barulah Zack Nadzri menyampaikan bicaranya.
“Boleh kau jelaskan aku pasal benda ni?”
“Oi, kau baca ke?”
“A’ah. Tengok tajuk macam best aje. Cover pun cantik. Tu yang rasa teruja nak baca. Apa misi yang nak kau buat ni, Irfan?”
Trial.” Irfan Faris menjawab pendek.
Trial?? Macam ngek aje aku tengok. Kau ingat Sya itu macam software untuk trial 40 hari ke? Lepas tamat tempoh, kau uninstall.”
“Bukan macam tu. Kau tu tak faham. Aku cuma try and error aje.”
“Cuba kau jelaskan kat aku bagi aku faham.”
“Alah, kau tak payahlah sibuk. Ni urusan hidup aku. Kau diam-diam aje dahlah.”
“Aku bukan nak masuk campur pun. Cuma aku rasa sebagai kawan kau, aku kena ambil tahu juga. Manalah tahu ada problem ke nanti, aku bolehlah tolong jelaskan.”
“Boleh percaya ke kau ni?”
“E’eh. Tak percaya aku pula.”
“Okey. Aku beritahu kau. Aku buatbenda nisebenarnya bla..bla..bla..” Irfan Faris menerangkan dengan panjang lebar. “Biar dia ada respect kat aku. Macam tu.”
            “Hmm..Kau ni memang ngeklah.”
“Kau ni asyik ngek..ngek kan aku aje. Sama aje macam si Sya tu. Macamlah kau tu pandai sangat. Cuba kalau benda ni, berlaku pada kau. Seksa jiwa raga tau tak.”
“Kau ni kan, cubalah kau fikir secara logik dan tujuan utama perkahwinan tu. Kau kena tetapkan kat hati kau yang…”
“Hah. Mulalah tu nak membebel. Kau pun dah sama macam nenek aku. Mulalah tu nak pot..pet..pot..pet..Tu yang malas nak beritahu apa-apa. Hujahnya panjang sangat.”
“Aku nasihat aje. Sebagai kawan aku ada tanggungjawab untuk nasihat kau. Kau nak dengar atau tak, tu lain kira.”
“Membebellah kau ni.”
“Apa yang bebelnya. Karang aku report kat nenek karang..”
“Sejak bila kau berpihak pada nenek aku ni? Kau jangan Zack. Kalau kau report, siaplah kau!” Irfan Faris seakan mengugut.“Lagi satu, aku tengok kau rapat aje dengan nenek aku. Kenapa?Kau memang suka kat nenek aku eh?”
            “Of courselah.”
“Eii, gediklah kau.”
Weh. Kau jangan salah faham masksud aku suka kat nenek kau tu. Aku anggap nenek kau tu, macam nenek aku jugalah. Bukan nak…eii, kau ni mesti fikir aku ni nak jadi tok tiri kau kan?”
Blahlah kau.”
“Eleh. Takutlah tu aku jadi tok tiri kau.”
“Huh! Menyampah pula aku dengan kau ni, Zack.Mulut kau tu..eii…Stres aku jadinya. Baik-baik aku tak stres, jadi stress tau tak.” Irfan Faris meluah rasa.
Zack Nadzri hanya tergelak-gelak.
“Relakslah, bro. Don’t emo, emo. Don’t  stress, stress.Okey. Berbalik pada mission kau yang ngektadi tu, aku tengok tak ada pun tahap yang sampai membahayakan diri Sya tu. Cuma..yalah..bila aku perhatikan pada apa yang kau tulis, kau akan banyak mendera mental diaaje. Bukan fizikal. Aku tak boleh nak komen apa. Ikut kaulah. Kalau Sya tu tahan, tahanlah. Kalau tak…hmm…jawapan tak ada pada aku.”
Irfan Faris hanya tersenyum. Nampaknya Zack Nadzri ala-ala bersetuju dengannya. Yes! Ada geng dan ada sokongan walaupun tak padu.
“Aku baru terperasan sesuatu.”
“Apa?”
“Kau tu sebenarnya suka juga kat si Sya tu kan?”
“Eh, tak adalah. Tolong sikit eh. Cuba kau check kat hati aku ni, tanya dia, dia suka kat budak tu ke tak? Haa..Mesti dia jawab, tak.”
Ngeklah kau ni. Kalau aku tanya kat hati kau, mulut kau yang jawab memanglah jawapannya, tak. Tapi, aku dah dapat bukti yang kau tu tak benci sangat pun kat Sya tu.”
Irfan Faris memandang meminta jawapan.
“Ni dia..” Zack Nadzri kini mengambil bingkai gambar yang tertera wajah Irsya Natasya. Itulah gambar yang diminta oleh nenek daripada emaknya Irsya Natasya. Gambar yang pernah ditunjukkan kepada Zack Nadzri. Juga gambar yang sering tersimpat kemas di dalam kocek baju Irfan Faris sebelum ini.
“Tak mengaku lagi ke?”
“Eh. Itu aku saja aje. Kalau hilang nenek aku marah, beb. Lagipun tu mama aku yang bingkaikan sebab kalau hilang mahunya aku kena pelangkung dengan nenek aku. Nanti bebelnya berminggu-minggu. Aku tak nak ambil risiko tinggi. So, aku simpanlah baik-baik.”
“Panjang betul penjelasan yek.” Zack Nadzri tersenyum-senyum. Apalah kau ni Irfan. Kalau betul kau tak suka, aku rasa gambar ni kau sumbat dalam laci ke apa. Ni tidak. Letak kat atas meja sebelah katil. Piraahh..Malam-malam mesti jeling-jeling tengok gambar ni dulu baru boleh tidur.
“Okey. Tak kisahlah tu. So, kau akan tetap dengan rancangan kau ke?”
Of courselah. Aku memang tak ada hatilah kat dia tu., Zack. Kau kena faham tu.”
“Ya. Aku faham. Apa-apa pun, dia tanggungjawab kau tau. Tak suka, tak suka pun, kau tetap kena jaga dia.”
“Tulah yang payah. Tak suka, tiba-tiba kena jaga dia pulak. Mesti aku tak ikhlas jaga dia. Tak syok weh.”
“Nasib kaulah yek. Dah jodoh.”
“Sekarang ni aku punya cerita dah makin hot. Kau pulak apa cerita? Tak ada orang datang risik kau ke?”
“Ada ke orang perempuan nak risik aku? Nenek kau?”
Wekkk.. Muntah aku! Kau jangan nak libatkan nenek aku boleh tak?”
“Takutlah tu. Mesti kau tak relakan aku jadi tok tiri kau. Macam kau tak rela terima Sya dalam hidup kau.”
“Malaslah nak melayan kau ni Zack. Mengarut aje.”
Zack Nadzri bantai gelak. Confirmlah temannya itu takut kalau tiba-tiba dia bergelar atuk tirinya. Haha..Kau ingat aku nak ke Irfan oii.
Dalam kelekaan itu, pintu bilik Irfan Faris di ketuk dari luar. Suara Nek Kalsum kedengaran. “Zack ada kat dalam ke? Ni haa, telefon Zack ni berbunyi kat bawah.”
Zack Nadzri segera bangun dan membuka pintu.  Dia sendiri terlupa telefon bimbitnya tertinggal di sofa sewaktu membaca surat khabar tadi.
“Oh, nek. Sorry nek. Zack terlupa. Terima kasih, nek.”
“Ya. Sama-sama. Zack jom turun bawah. Nenek nak Zack rasa puding yang nenek buat tadi. Nenek memang buat special untuk Zack.” Ujar  Nek Kalsum.
“Oh ya ke? Untuk Zack. Kejap lagi Zack turun nek, ea.” Ujar Zack Nadzri ala-ala manja.
Irfan Faris yang hanya menjadi pemerhati membuat muka. Meluat. Gediklah kau Zack.
Setelah Nek Kalsum turun, Zack Nadzri berpaling wajah kepada Irfan Faris sambil tersenyum-senyum.
“Apa kau senyum-senyum. Gedik!”
“Aku pula yang kena. Jealouslah tu sebab hari ni aku rasa nenek kau tak layan kau pun, kan?”
“Tak ada maknanyalah. Dahlah jom, turun. Ingat ea. Segala apa yang kita bualkan dekat bilik ni, rahsia. Kalau nenek aku tahu, siap kau!” Irfan Faris memberi amaran.
“Okey. Small matter.”
Mereka berdua akhirnya turun bersama.