Thursday 9 May 2013

Cerpen - Love You, UMMI...

Ummi Hairina setia menanti kepulangan suaminya. Sejak dua menjak, suaminya itu sering pulang lewat ke rumah. Dia tetap sabar dan cuba berprasangka baik dengan suaminya. Apabila ditanyakan alasannya, suaminya pasti akan memberitahu dia hanya keluar bersama-sama kawan lamanya.
Hari ini, hampir jam 3 pagi barulah Azril Naim pulang ke rumah. Apabila di tanya, suaminya itu langsung tidak menjawab lantas terus sahaja naik masuk ke bilik. Roman wajahnya juga kelat. Di bilik, Ummi Hairina masih bertanya. Namun, perntanyaannya di balas kasar.
“Kau diam boleh tak? Aku nak tidur!” Ujar Azril Naim yang sudah berbaring di katil.
Terpempan Ummi Hairina seketika. Inilah kali pertama suaminya berbahasa begitu kasar dengannya. Selalunya, tidak pernah dia mendengar suaminya itu membahasakan ‘aku’ dan  ‘kau’ dengan dirinya.
“Abang..” Ummi Hairina masih berusaha berbicara selembut kata. Dia kini duduk di birai katil menghampiri suaminya.
“Aku tak nak tidur dengan kau. Kau boleh tidur dekat mana-mana kau nak. Tapi bukan dekat sebelah aku. Dah. Pergi.Aku nak tidur!”
Kali ini, hati Ummi Hairina rasa terpukul. Mengapa begitu bicara yang diungkapkan oleh suaminya.
“Eh, dahlah. Pegi sana! Tak faham ke apa aku cakap!” Bentak Azril Naim. Semerta itu rasa sebak bermukim di hati Ummi Hairina.
“Kau tak faham bahasa ke?” Lantas itu Azril Naim menolak tubuh kecil Ummi Hairina dari katil. Ummi Hairina jatuh terduduk di lantai.
 “A..Abang..”
“Kau nak apa lagi! Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi. Kau jangan sengaja nak naikkan darah aku tau tak!” Suara Azril Naim menekan kasar. Dia benar-benar berubah dari sikapnya yang lazim.
“Abang..Kenapa abang macam ni. Selalu abang tak macam ni.” Suara Ummi Hairina sudah berteman serak suara tangis.
Azril Naim turun dari katil. Dia merentap kasar rambut Ummi Hairina. “Aku tak suka kau. Kau faham tak!” Kemudian tubuh itu sekali lagi di tolak kasar. Kali ini Ummi Hairina tertiarap di lantai. Azril Naim sepertinya tidak punya perasaan. Dia kembali ke katil dan menyelimuti diri.
Ummi Hairina hanya mampu menangis. Hatinya terguris dalam.
‘Ya Allah..Mengapa suamiku jadi begini. Apakah yang merasuknya sehingga jadi begini. Kuatkan hatiku Ya Allah..Tabahkan hatiku dengan dugaan ini. Aku tak mahu kehilangan dia.’
Ummi Hairina kemudian bangun. Dia mengelap air matanya yang kian gugur laju ke pipi. ‘Abang…’ Hatinya bersuara sayu.
Dia kemudian berwuduk dan bersembahyang. Seusai itu dia kembali mencuba menghampiri suaminya yang sudah lena. Namun, tangannya tidak mencecah ke tubuh suaminya itu. ‘Ya Allah. Aku rindu untuk membelai dia seperti selalu.’
Azril Naim tiba-tiba tersedar.Mukanya membengis. Semerta itu Ummi Hairina menapak pergi ke sofa. Di situlah dia berbaring. Dia menangis sendiri.
*****
“Abang…Abang nak ke mana?” soal Ummi Hairina. Dia pelik apabila suaminya sudah bersiap-siap untuk keluar seawal pagi sedangkan hari ini bukan hari bekerja.
Azril Naim tidak bersuara.
“Abang…Abang kenapa? Abang marah pada Ummi ke? Kenapa abang tak nak cakap dengan Ummi. Kalau Ummi ada buat salah pada abang, Ummi minta maaf.” Ujar Ummi Hairina selembut bicara sambil memandang wajah suaminya. Apa yang berlaku malam tadi dia tidak mahu bangkitkan. Mungkin, malam tadi ada sesuatu yang mengganggu benak suaminya sehingga berperilaku dia luar jangkaannya.
Azril Naim terus bersiap tanpa bersuara. Seolah-olah Ummi Hairina tidak wujud di situ.
“Abang…” panggil Ummi Hairina lagi.
Azril Naim tetap tidak mengendahkan.
“Abang..Kenapa…”
“Aku tak suka kau! Kau faham tak! Kan aku dah cakap malam tadi!” Tegang suara Azril Naim melepaskan kata.
“Abang…Selama ni abang tak macam ni. Apa yang berlaku, bang. Abang..Tolong jangan buat Ummi macam ni. Ummi sayang abang. Ummi merayu bang..Ummi merayu.”  Suara Ummi Hairina berbaur sebak. Hatinya terpalit luka.
“Kalau kau nak tahu sangat sebab apa..Ye aku akan beritahu.” Azril Naim meluah kata dalam riak wajah tegang.
            Ummi Hairina hanya mampu menangisi. Kata-kata suaminya itu benar-benar merobek hatinya. Dia bersendu sendiri. Di cuba kuatkan hati sendiri. Ye..Dia harus kuat demi anak-anaknya.
******
Ummi Hairina termenung di jendela biliknya.Dia melihat ragam anak-anak tirinya bermain badminton di halaman rumah. Dia menguntum senyum sendiri.Namun, tiba-tiba dia merasa sayu.Permata jernih terbit di tubir matanya. Dia kembali teringatkan kata-kata suaminya pagi tadi. Kata-kata yang benar-benar melukakan hatinya sebagai seorang isteri.
“Aku tak pernah cintakan aku. Aku nikahi kau kerana anak-anak aku dan permintaan ibu.. Sekarang ni, aku dah ada pilihan aku sendiri. Sampai waktunya, aku akan lepaskan kau!”Kata-kata itu masih jelas terngiang-ngiang di telinga.
Ummi Hairina bangun dan duduk di birai katil. Dia mengambil bingkai foto perkahwinannya. Gambar itu di dakap ke dada. Dia jadi sedih. Air matanya gugur menemani kelukaan hatinya kini.
‘Abang…Mengapa ini yang harus terjadi. Ummi sayangkan abang. Ummi sayangkan anak-anak abang. Mengapa kini baru abang berterus-terang dengan Ummi. Setelah hampir lima bulan kita bersama. Mengapa tidak dari dahulu, bang. Ummi tak nak kehilangan abang.’
Ummi Hairina merenung gambar wajah suaminya. Wajah suaminya itu tetap kelihatan muda walau sudah berumur 44 tahun.
‘Abang…Tahukah bahawa sebenarnya dahulu Ummi hanya terpaksa menerima pernikahan ini.Ummi terima kerana permintaan tulus dari ibu abang. Dia merasakan Ummilah yang terbaik untuk menjadi ibu kepada cucu-cucunya walaupun Ummi masih muda .Ummi berusaha untuk menerima abang sebaiknya. Ummi berusaha meyakini hati Ummi sendiri, bahawa abanglah jodoh yang ditakdirkan untuk Ummi.’
‘Abang…Bukan senang bagi Ummi untuk menjadi ibu kepada anak-anak abang dalam usia yang muda. Ummi berusaha menambat hati anak-anak abang untuk menerima Ummi. Mustika..Ummi tidak kisah. Mustika hanya berumur 4 tahun. Ummi juga senang dengan keletahnya walaupun kadang-kala penat untuk melayan ragamnya.Namun, pernahkah abang terfikir penerimaan Ammar dan Amsyar terhadap Ummi.’
‘Dihari pernikahan kita, mereka tidak ada.Tika itu sahaja, Ummi sudah merasakan sesuatu.Ummi pasti mereka tidak boleh menerima Ummi. Lagipula beza umur Ummi dengan mereka hanya 5 tahun sahaja.Layaknya Ummi pada mereka hanya sebagai kakak. Bukan Ummi mereka.’
‘Ummi gembira kerana Ammar boleh menerima Ummi. Tetapi Amsyar...menegur Ummi juga tidak mahu.Ummi tahu dia tak sukakan Ummi. Ummi tahu, sehingga kini, dia masih tak boleh terima Ummi sebagai Ummi dia. Namun Ummi hanya pasrah. Ummi tak pernah berputus asa mendekatinya.Ummi ingin dia terima Ummi sebagai Ummi dia. Jika tidak, Ummi merasakan Ummi bukanlah yang terbaik untuk mereka.’
Ummi Hairina kini melihat foto mereka sekeluarga bersama ibu Azril Naim. Itu satu-satunya gambar yang ada. Tika itu Azril Naim memaksa Amsyar turut serta. Keluarga bahagia. Itulah impiannya. Namun, apabila terkengang bicara Azril Naim pagi tadi, serta-merta hatinya jadi sayu. Sedih. Mungkinkah dia mampu mencapai impiannya itu hingga ke pnghujungnya. Mungkinkan bahagia akan terus mengiringi hidupnya. Hanya pada Allah dia berserah.
Fikiran Ummi Hairina terbang ke angin lalu. Waktu itu, dia baru menjadi Ummi kepada anak-anak Azril Naim. Itulah hari pertamanya di rumah keluarga barunya, suami dan anak-anak tirinya.
“Yeah..Ika ada Ummi. Yeah..Yeah...” Begitu gembira Mustika menerima kehadiran dirinya. Dirinya dipeluk dan dicium. ‘Arghh..Seronoknya. Mustika ni dah jadi anak aku, hmm..macam tak percaya je.’
“Ammar...Amsyar...Ni Ummi baru korang. Korang kena hormatkan Ummi. Dah, salam dengan Ummi korang ni.”
Ummi Hairina terkejut. ‘Jadi budak dua orang nilah anak tiri aku? Kembar...Hmm...Hensem pulak tu. Tinggi dari aku. Terasa aku ni ketot je. Paras bahu. Alahai...’ Hanya itu luahan kata di hati Ummi Hairina. Dia tersenyum. Itulah kali pertama dia bertemu muka dengan anak-anak tirinya itu.
Ammar menghulur tangan untuk bersalam. Ummi Hairini sedikit kaget. ‘Err...Owh..dia anak aku sekarang ni. Hehe..Blur pulak.’ Dia juga akhirnya menghulurkan tangannya.Tangannya dicium. ‘Erkk...’ Dia kaget lagi. ‘Owh..Dia dah jadi anak aku sekarang nilah. Mestilah dia boleh salam aku. Sebab aku ni dah jadi Ummi dia.’ Ummi Hairini tersenyum sendiri. Sebenarnya dia agak kekok dengan situasi yang sedang berlaku. Beza umurnya dengan anak kembar Azril Naim hanya lima tahun. Dia 26 tahun manakala Ammar dan Amsyar 21 tahun. Namun kerana ikatan yang membawa dirinya membawa darjat seorang ibu, dia cuba membuka minda. Anak Azril Naim adalah anaknya kini.
Ummi Hairina kemudian mengalih pandang pada Amsyar. Namun, Amsyar hanya berbuat tidak tahu. Ternyata dia tidak dapat menerima kehadiran Ummi Hairina di rumah itu.
“Amsyar...Salam ummi kamu ni!” Suara Azril Naim sedikit menekan. Dia faham benar fiil anaknya itu.Memang agak keras hati berbanding Ammar. Mahu tidak mahu, Amsyar akur dalam paksa dengan kata-kata Papanya itu.Namun selepas itu, dia meloloskan diri masuk ke biliknya.
‘Nampaknya, aku harus menjadi seorang yang kuat di sini. Aku pasti akan cuba berusaha melembutkan hati Amsyar untuk terima aku. Aku inginkan keluarga bahagia. Aku memegang tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga aku walaupun mereka semua bukan anak kandung aku.’ Itu janji Ummi Hairini kepada dirinya sendiri.
Ummi Hairina merasa hidupnya terasa begitu indah.Azril Naim melayannya dengan baik. Anak-anaknya, Mustika dan Ammar juga boleh menerimanya. Cuma....Amsyar. Amsyar masih dengan dirinya. Terlalu sukar untuk bertemu muka dan bertegur sapa.
“Kau siapa? Aku tak pernah terima kau dalam hidup aku tau tak.” Itu adalah kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Amsyar kepada Ummi Hairina sewaktu Ummi Hairina meminta baju kotor untuk di basuh. Ummi Hairini hanya tenang dan bersabar. Dia faham.
“Ummi..Ummi..Ika nak susu.” Mustika sudah datang kepada membawa botol susunya. Ummi Hairina menghentikan seketika kerjanya memotong bawang.Susu untuk Mustika di bancuh dan kemudian menyambung kembali kerjanya.
Ammar yang baru turun hanya tersenyum. Suka dia melihat umminya itu membuat kerja. Pantas. Padahal seketika tadi dia melihat umminya itu sedang membasuh. Kemudian, menjemur pula. Sambil memutar pakaian di mesin, umminya itu sempat menyapu. Wahh..Memang terbaik. Dia mengenang arwah Mamanya. Hmm..Jauh beza. Mamanya dahulu hanya pentingkan kerja. Soal rumah dan anak-anak kurang di ambil peduli. Jika ada di rumah sekalipun, Mamanya akan membuta. Kerana itu, mereka di besarkan oleh nenek.
“Ummi..Ummi masak apa tu. Nak Ammar tolong ke?” Ujar Ammar yang baru menghadirkan diri ke dapur. Dia sebenarnya juga agak janggal dengan Ummi Hairina. Ye lah. Umur mak tiri beza lima tahun je. Tapi, sebenarnya tidak masalah pun. Cuma kena ambil masa sikit untuk menyesuaikan diri.
“Takpelah.Ummi boleh buat sorang.”
“Ummi nak masak apa ni?”
“Masak tomyam.Papa Ammar yang suruh masak tadi.Dia kata, tengahari nanti dia balik. Hmm..Ammar takde kuliah ke hari ni.”
“Petang nanti.Kuliah pagi tadi dibatalkan.So, rilekslah.”
“Syar ada kuliah tak pagi ni. Ummi tengok, dia belum turun lagi.”
“Syar sama dengan Ammar.Petang nanti baru ada kuliah. Ummi janganlah risau pasal Syar. Dia tu memang macam tu.” Ammar ternyata memahami apa yang berlaku.
“Takpe, ummi faham.”
Mereka sempat berbual mesra. Ia nyata menyenangkan hati Ummi Hairina.
Di kala waktu makan..
“Syar..Sini makan sama.”
Amsyar nyata tidak mempedulikan. Dia terus berlalu pergi berteman riak wajah yang nyata tidak suka. Ummi Hairina hanya mampu bersabar. Dia berdoa agar suatu hari, Amsyar mampu menerima kehadiran dirinya.
Lamunan Ummi Hairina terhenti tatkala pintu biliknya di ketuk orang.
“Owh..Anak ummi rupanya. Kenapa sayang?”
“Ummi. Jomlah main dengan kita orang dekat bawah.” Ajak Mustika.
Ummi Hairina tersenyum. Dia mengikut Mustika. Namun apabila dia turun menyertai mereka, Amsyar pula sudah pergi membawa diri. Hatinya masih belum mahu menerima.
‘Moga suatu hari dia mampu terima aku.’ Bisik Ummi Hairina di hati.
*****
“Ya Allah...Panas ni.” Ummi Hairina sudah cemas apabila badan Mustika begitu panas.
“Abang...Mustika demam panas.” Ummi Hairina memberitahu sebaik sahaja taliannya bersambung.
“Awak..Itu pun awak nak beritahu saya ke. Pergi jelah bawa Ika tu ke klinik. Itu pun nak saya ajar ke. Saya ada meeting ni tau tak!”Melengking suara Azril Naim di hujung talian.
“Maaf..Saya telefon ni pun sebab nak minta izin dari abang hantar Mustika ke klinik.” Suara Ummi Hairina jadi kendur. Walaupun apa yang terjadi kini, dia tetap meminta izin dari suaminya.
“Huh..Pergilah!”
Ummi Hairina terdiam. Dia cuba untuk tidak ambil hati. Pastinya suaminya itu memang sibuk di pejabat. Lagipula dia tahu kini, Azril Naim memang tidak suka akan dirinya. Dia pasrah.
Mustika kelihatan sudah menggigil. Agak teruk keadaannya. “Ya Allah...Ika..” Ummi Hairina semakin cemas. Dia jadi kaget dan tidak tahu mahu bertindak. Dia segera membasahkan dahi anaknya itu. Kemudian berlari ke atas menagambil begnya.
Dia kemudian tercari-cari nombor teksi. Mujur dalam waktu yang sama, Amsyar baru pulang ke rumah.
“Syar..Syar..” Ummi Hairina segera mendapatkan Amsyar yang masih belum turun dari kereta. “Syar..Hantar Ummi pergi klinik. Ika demam panas ni.” Ummi Hairina jadi kelam-kabut. Dia terus membawa Mustika ke dalam kereta. Menggigil dirinya memegang Mustika yang kian teruk keadaannya.
“Ika..Ika..Ummi ada ni Ika. Ika..Jangan buat Ummi macam ni, nak.” Ummi Hairina terus memeluk erat tubuh Mustika.
“Ummi..Ummi...Se..Sejuk..” Suara Mustika tersekat-sekat. Wajahnya pucat. Suhu badannya terlalu panas.
“Ika...Ika...Ya Allah..Ya Allah...” Ummi Hairina semakin cemas apabila tubuh Mustika menggigil. Itulah pertama kali dia melihat Mustika sebegitu rupa. Dan itulah juga pengalaman pertama yang dihadapi.
“Dah beritahu Papa ke?” Soal Amsyar sekadarnya walaupunn tidak mesra.
Ummi Hairina mengangguk. “Papa beritahu dia ada meeting.”
Ummi Hairina terus memeluk Mustika seeratnya.
Di klinik Mustika di beri rawatan. Ummi Hairina sedikit lega apabila keadaan Mustika agak stabil. Kerisauan jelas terpancar diwajahnya. Kasih yang di tunjukkan Ummi Hairina tika ini mula menjetik hati Amsyar. Ummi Hairina kelihatannya tidak seperti Mamanya yang dahulu.
Tika keluar dari klinik..
Ummi Hairina terpempan seketika. Dia terlihat Azril Naim berjalan dengan seorang wanita. Jelas juga terlihat suaminya itu mesra memeluk erat pinggang perempuan di sampingnya. Ummi Hairina hanya mampu terdiam. Dia segera masuk ke dalam perut kereta.
Pandangan Ummi Hairina sebentar tadi juga telah menarik perhatian Amsyar. Dan..dia juga melihat Papanya. Terus hatinya berbuku rasa marah. Dia sempat menjeling Ummi Hairina namun Umminya hanya berbuat tidak tahu. Dia memberi fokus kepada Mustika. Hakikatnya, dia tahu, Umminya itu pastinya menyembunyikan perasaan sendiri. Pastinya terluka.
Malam itu...
“Abang..Isya demam.”
“Kau..Kalau Ika demam pun kau nak beritahu aku, apa tanggungjawab kau dekat rumah ni. Semua nak kena cakap baru buat. Semua nak mint izin kau. Kau tahu tak, aku sibuk dekat pejabat tu. Meeting sana sini. Kau yang duduk dekat rumah, uruskanlah apa yang patut. Kau ni memang tak layak nak jaga anak-anak aku!” Tegang suara Azril Naim memarahi Ummi Hairina.
“Ummi cuma beritahu. Sejak balik tadi, abang takde tengok Mustika lagi.” Ummi Hairina cuba berbicara sebaiknya walau hatinya sudah menangis kelukaan.
“Huh!” Azril Naim mendegus kasar. Terus dia bangun dari katil.
Secara kebetulan, Amsyar mendengar. Hatinya berbuku. Buku limanya berpadu. Kini, dia jadi kasihan pada Umminya. Tatkala dia mendengar tombol pintu di pulas, dia segera pergi.
*****
“Wah...Ummi buat kek. Untuk siapa ummi?” soal Ammar.
“Untuk Mustika. Hari ni kan birthday dia. Lagipun dia dah baik demam. Ummi masak special hari ni. Ummi dah beritahu Papa supaya dia balik awal hari ni. Kita boleh makan sama-sama.” Ummi Hairina mengukir senyum. Namun luka di hatinya masih terasa tatkala si awal pagi tadi dia di marah Azril Naim. Pintanya hanya satu. Biarkah dia ada bersama untuk menyambut birthday Mustika. Jika suaminya itu membenci dirinya, ye dia redha. Tapi, janganlah sampai dilupakan anak-anak sendiri.
“Eh, aku tahulah. Aku ni Papa dia orang!” Herdik Azril Naim. Nampaknya semakin hari Azril Naim semakin dingin dengannya.
‘Ya Allah...Semoga suatu hari dia berubah. Aku terluka ya Allah.’
“Bila Papa nak balik ni. Lambatnya.” Suara comel Mustika sudah kedengaran.
“Nantilah, Ika. Kita tunggu Papa.”
“Ika dah laparlah Ummi.”
Ummi Hairina kembali menelefon suaminya. Namun hatinya bagai di tusuk sembilu apabila seorang perempuan menjawab bagi pihak suaminya.
“Eh, perempuan. Kau tak payahlah nak telefon suami kau sekarang ni. Dia ada dengan aku. Kalau kau nak tahu, dia muak tengok muka kau dekat rumah tu. Sebab tu dia habiskan masa dengan aku. Kalau kau nak tahu, aku dengan dia sekarang ada dalam bilik yang...Hmm..Besar..Ekslusif..lagi. Hanya kita orang berdua je tau.” Sungguh menggedik suara perempaun tersebut. “So..Jangan ganggu kita orang.” Talian sudah di matikan. Ummi Hairina tersentap. Namun, dia berusaha menyembunyikan riak wajahnya yang sebenar. Di seka hujung matanya yang mula terbit mutiara panas. ‘Ya Allah..Kuatkan hatiku Ya Allah.’
Tika itu Amsyar yang baru turun dari tangga. Dia terperasankan Umminya itu menyeka air mata.
“Eh, Syar. Jom makan sama.” Ujar Ummi Hairina berteman senyum. Perasaan sedihnya tadi terus di pendam ke hati.
Amsyar mengangguk walau tanpa suara. Kini, hatinya mula ingin merasa dekat dengan Ummi Hairina.
“Sayang...Papa tak dapat balik makan sama. Papa busy. Hmm..Kita makan berempat jelah ye.” Ummi Hairina tetap mengukir senyum.
Ketika makan, Amsyar sempat memandang wajah Umminya yang ceria melayan Mustika. Dia tahu, Umminya itu menyembunyikan sesuatu di hati.
Tika malam, Ummi Hairina masih menantikan kepulangan Azril Naim. Hampir ke jam 2.00 pagi dia masih menunggu. Amsyar yang kebetulan terjaga, turun ke dapur. Dia terkejut Umminya itu masih sendirian menanti. Tika itu juga dia dapat melihat Umminya mengesat air mata yang gugur.
Ummi Hairina yang tersedar akan kehadiran seseorang, segera berpura-pura membaca majalah yang di ambil di atas meja. Tidak mungkin dia akan menujukkan kesedihannya itu di hadapan Amsyar.
‘Ummi...’ bisik Amsyar di hati.
*****
Ummi Hairina kini mengajar Mustika mengaji. Seketika tadi dia mengajar Mustika mengenal ABC dan juga nombor. Di ajar dengan penuh sabar. Apa yang dia tahu, pendidikan tidak formal harus bermula dari rumah. Di ajar kan juga bersama-sama lagu yang semamangnya menarik minat anak-anak yang seumur Mustika.
Tikanya waktu dia berehat, dia melihat Ammar duduk di sofa membawa laptopnya.
“Ammar...Ammar pandai komputer kan. Boleh ajar Ummi tak. Buat blog ke. Apa-apalah yang best. Rasa teringinlah nak buat tu semua. Ummi ni tak reti sangat. Tau pun yang basic je.”
            “Boleh. No problem. Ni pun kebetulan Ammar tengah free.”
            Dalam belajar, Ummi Hairina banyak bercerita. Bercerita tentang zaman anak daranya. Caranya dia bercerita..Hmm..Beriya-iya. Macam borak dengan kawan-kawan. Tergelak juga Ammar yang mendengar. Pada Ummi Hairina, Ammar boleh di ajak berkongsi cerita. Ammar lebih bersikap terbuka berbanding Amsyar. Amsyar masih dengan dirinya. Masih sukar untuk bertegur sapa dan di ajak berbual. Hanya suka mengurung diri di bilik atau keluar bersama kawan. Cuma sekali-sekala sahaja turut serta. Itu pun tanpa bersuara.
            “Ummi kiranya tak sambung belajarlah lepas ambil STPM.”soal Ammar.
            Ummi Hairina menggeleng.
            “Kenapa?”
            “Ummi ni tak berapa nak pandai. Result pun biasa-biasa je. Tapi sebenarnya teringin nak sambung belajar. Sebelum kahwin hari tu, Ummi dah buat permohonan sambung belajar. Tapi, tak tau dapat ke tidak.”
            “Baguslah.”
            “Cuma, Ummi tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau Ummi dapat, Ummi takut Papa Ammar tak setuju. Yelah, kan. Dia kahwin dengan Ummi supaya ummi boleh jaga korang semua. Tapi, kalau Ummi dapat sambung belajar...Ummi tak dapat nak penuhi permintaan dia. Mesti Ummi susah nak bagi masa, kan.” Bicara Ummi Hairina sedikit kendur.
            “Ummi jangan bimbang. Ammar akan support Ummi. Syar, tahu. Ummi boleh. Lagipun kita orang ni dah besarlah, Ummi.” Ammar memberi kata semangat. “Okey, ummi. Ammar nak ajar cara buat blog yang simple. Ni kalau satu hari nanti ummi nak buat bisnes online ke..haa..boleh guna blog ni untuk promote produk ummi. Sekarang ni, dunia teknologi. Memang nak kena tahu juga benda ni semua supaya kita tak ketinggalan.”
“Ummi..Nak susu..” Mustika sudah meminta.
            “Susu ajelah Ika ni.” Ujar Ummi Hairina sambl mencubit lembut pipi anaknya itu.
            “Entah, Ika ni.” Tambah Ammar.
Ummi Hairina kemudian bangun membuatkan susu Mustika dan kembali belajar bersama Ammar. Sambil itu dia menepuk-nepuk tubuh comel Mustika yang tidur di sisinya.
            Dalam pada itu, Amsyar memerhati.Dia masih membuat penilaian pada Umminya itu.
            “Ammar..Lepas ni, ajar Ummi main PS ni sat. Sebenarnya Ummi jealous tengok korang main. Ummi pun rasa macam nak main juga. Ummi suka tengok yang gasak-gasak tu. Macam best je.”
            Permintaan umminya membuatkan Ammar tergelak.
“Ummi nak main game? Cayalah...Okey. Nanti kita boleh lawan dua orang. Set..”
“Okey, set. Tapi ajarlah Ummi dulu.”
“Sukalah dengan Ummi. Sporting.”
“Ummi ni kan muda lagi. Still ada rasa kebudak-budakan. Status je yang berbeza. Korang ni macam geng ummi juga, kan. Lagipun Ummi tak rasa nak main semua ni, sebelum ni.”
“Okey. No hal. Malam nanti kita lawan.”
Amsyar yang mendegar, tiba-tiba tersenyum sendiri.
******
“Err..Syar..Boleh hantar Ummi ke kedai tak. Ada barang yang takdelah. Semalam keluar, lupa nak beli.” Kebetulan tika itu ada Amsyar di rumah.
Amsyar tidak bersuara, namun mengangguk.
“Syar kuliah pukul berapa?” soal Ummi Hairina. Jika Ammar, dia sudah maklum. Selalunya kuliahnya sebelah pagi. Hanya sesekali di sebelah petang.
Amsyar hanya senyap tidak menjawab. Dia sudah keluar menghidupkan enjin kereta. Ummi Hairina juga tidak menyoal kembali. Dia faham dengan perangai anaknya itu. Lantas itu dia memanggil Mustika. Pastinya, Mustika tidak renggang darinya.
Ummi Hairina membeli barang keperluan. Amsyar hanya membuntuti lagak seperti seorang bodyguard. Namun, tanpa di sangka dia terpadang kelibat Papanya bersama seorang wanita. Kelihatan seperti perempuan yang sama di lihat sebelum ini. Serta-merta hatinya Amsyar jadi berbuku.
“Syar..Syar tengok apa tu?”
“Err..Takde apa-apa.” Amsyar menafikan. Dia tidak mahu Umminya melihat apa yang telah dia lihat. Apa yang dia pasti, Umminya itu tidak terperasankannya. Dia mesti mengelakkan pertemuan itu. Dia tahu, jika ia berlaku pasti hati Umminya terluka.
“Err.. Ummi..”
“Kenapa? Syar ada hal ke? Kalau ada hal, takpelah. Ummi boleh balik naik teksi je.”
“Tak.”
“Habis tu..”
“Err..Ummi..Kita pergi pasar jom. Syar..Syar nak beli ketam. Nak suruh Ummi masak.”
“Okey..Boleh.” Ummi Hairina tersenyum.
“Syar nak suruh Ummi masak apa?”
“Masak lemak cilik padi.”
“Okey. Kalau Ummi masak tak sedap jangan marah ea.” Ummi Hairina sengaja bergurau. Terukir juga senyumannya.
Amsyar hanya membalas senyuman tawar.
Mereka kemudian terus berjalan pergi ke kereta. Amsyar berjaya menyelamatkan keadaan. Dia sebalik cermin sisi, Amsyar melihat kemesraan Papanya dengan wanita tersebut. Rasa benci menjentik hati.
“Syar..Ummi tengok Syar ni termenung je. Kenapa ye? Syar ada masalah ke?”
Amsyar hanya menggeleng.
******
“Ammar...Boleh tak kalau Ummi nak ziarah kubur arwah Mama Ammar. Selama Ummi kahwin dengan Papa, Ummi belum pernah lagi ziarah kubur arwah Mama Ammar.”
            Ammar terdiam.
“Kenapa?”
Ammar menggeleng.
“Ammar tak kasi Ummi pergi ke?”
Ammar menggeleng lagi.
“Ammar tak pernah pergi ke?”
Ammar masih berdiam diri.
“Ammar...”
“Ammar tak suka Mama.” Ammar memberitahu.
“Astaghfirullahalzim. Kenapa cakap macam tu. Tak baik Ammar. Dia kan Mama Ammar.”
“Mama tak macam Ummi. Mama tak pernah nak ambil tahu pasal kita orang. Selama ni, nenek yang jaga kita orang. Sejak kecil, kita orang tak pernah rasa di manjakan Mama. Mama tak pernah sayang kita orang. Kadang kami rasa, kami bukan anak kandung Mama. ”
“Tak baik cakap macam tu, Ammar.”
“Sejak Ummi ada, Ammar baru rasa ada orang yang sayang Ammar selain nenek. Ammar kecewa dengan Mama.” Ammar sudah mengalirkan air mata. Dia meluah rasa yang selama ini terpendam di lubuk hatinya yang paling dalam.
Ummi Hairina turut mengalirkan air mata. ‘Ya Allah. Kasihannya mereka.’
“Tapi, Ammar. Walau apapun yang terjadi, Ammar maafkan Mama ye. Dia dah takde. Kesian dia dekat sana.” Ummi Hairina member nasihat.
Ammar menggeleng.
“Tak baik Ammar.”
“Tak nak. Ammar tak boleh nak maafkan dia!”
“Kalau betul Ammar sayangkan Ummi, Ammar maafkanlah Mama. Doa anak soleh itu penting Ammar. Ammar kan pernah belajar. Doa dari anak yang soleh itu memungkinkan akan mengurangkan penyeksaan kepada mereka. Walau apapun yang terjadi, dia tetap ibu kandung Ammar, kan. Itu hakikat yang takkan berubah, Ammar. Tanpa dia, Ammar tak lahir ke dunia ni tau. Ammar tahukan, berapa lama dia kandungkan Ammar. Bayangkan macam mana di berusaha bawak Ammar dan Amsyar dalam rahim dia. Ammar pernah tak terfikir tu semua.”
Ammar terdiam.
“Bukan mudah Ammar. Waktu dia melahirkan Ammar dan Amsyar..Ammar boleh bayangkan tak macam mana dia menahan kesakitan tu. Cuba Ammar bayangkan Ammar di tempat dia waktu tu. Apa yang Ammar rasa. Ummi memang tak rasa semua tu lagi, sebab buat masa ni memang Ummi masih takde rezeki nak ada anak sendiri tapi Ummi tahu. Apa yang Ummi nak Ammar tahu, tika waktu seorang ibu itu melahirkan anaknya, waktu itu sebenarnya dia menghadapi situasi hidup dan mati. Ammar boleh bayangkan tak apa pengorbanan Mama Ammar selama ni. Mungkin, apa yang dia dah buat mengecewakan Ammar. Tapi, Ammar perlu ingat titik mula hidup Ammar. Tanpa dia, Ammar takde kat sini.”
Ammar hanya mampu mendengar berteman sebak di dada.
“Ammar doakanlah untuk arwah Mama Ammar. Doakan Papa dengan Ummi juga.” Pujuk Ummi Hairina. “Kita tak lari dari buat salah Ammar.”
Ammar mengangguk. Lantas itu air matanya gugur lagi.
“Esok kita pergi ye Ammar. Ajak Syar..Ika...Kita ajak nenek sama.” Ujar Ummi Hairina sambil mengusap lembut bahu Ammar.
“Malam ni kita sembahyang jemaah, lepas tu kita baca Yassin sama-sama. Sedekahkan untuk Mama Ammar. Moga dia tenang dekat sana. Ummi tak nak Ammar benci dengan Mama sendiri.”
Amsyar yang kebetulan berdiri di tangga turut mendengar bicara itu. Air matanya juga gugur ke pipi. Sebak memukul jiwanya. ‘Ya Allah. Dialah Ummi. Ummi yang aku perlukan. Ummi yang menyayangi kami dengan hatinya.’
*****
Ummi Hairina baru turun ke bawah. Seketika tadi dia menidurkan Mustika. ‘Hmm...Susah betul nak tidur budak sorang ni. Asyik main je.’ Ummi Hairina tersenyum sendiri sambil membelai-belai rambut anaknya yang sudah terlena. Dalam senyuman itu, terbit permata jernih di kelopak mata. Hatinya merasa sedih apabila mengenangkan sikap Azril Naim kini. Masih kekal terngiang kata-kata suaminya yang merobek jiwa halusnya.
‘Ya Allah...Kuatkan hatiku Ya Allah. Aku inginkan keluargaku bersama. Aku inginkan keluargaku bahagia.’
Ummi Hairina segera membuka pintu apabila ada tetamu yang hadir ke rumahnya. Dia terkejut. Tetamunya itu seorang perempuan, dan sepertinya dia pernah melihat wajah perempuan itu.
“Awak nak cari siapa?”
You ni ke Ummi Hairina?” angkuh bicara perempuan itu membuatkan Ummi Hairina rasa tidak selesa. Dia mengangguk.
“So, you nilah perempuan kampung isteri abang Azril ye? Huh...Patutlah Abang Azril tak selera dengan kau. Hodoh. Macam budak tak cukup umur.” Perempaun itu nyata memperkecilkan Ummi Hairina. Gaya bicaranya juga angkuh dan sombong.
“Kalau you nak tahu, I lah perempuan yang tidur dengan Abang Azril tu. Hmm...Kitaorang dah...Emm...So..Kita orang akan kahwin.” Begitu dia mengedik dalam bicaranya.
Tersentap jiwa Ummi Hairina dengan kata-kata tersebut. Hati isteri mana yang tidak terluka jika mengetahui hakikat sebegitu.
“Tak! Saya tak percaya. Awak jangan datang nak buat kecoh dekat sini. Saya kenal suami saya.” Ummi Hairina masih cuba mempertahankan suaminya. Dia tidak rela suaminya di miliki oleh orang lain.
“Kalau you tak nak percaya, tu you punya pasal. Well..I ni bakal isteri dia. Dia hanya sayang I sorang. You tu sampah je. Kalau nak di ibaratkan, you ni macam alas kaki I je.”
Menyelirap darah Ummi Hairina mendengar.
Panggg!!
Satu tamparan hinggap ke pipi perempuan itu. Selama ini tidak pernah ada orang yang menghinanya sebegitu rupa. Dia sedar dia miskin. Dia hanya anak yatim yang di pungut. Namun, maruahnya tidak harus diperkecilkan sebegitu rupa.
“Hey..You! I akan beritahu pada Abang Azril. Biar you dapat padahnya. Biar Abang Azril ceraikan you!”
“Pergilah! Pergi cakap! Ingat..Kau jangan sesekali jejak rumah ni lagi!” Ummi Hairina membalas. Dia tidak mampu mengawal emosinya yang terluka. Pintu rumahnya terus di tutup.
Tubuh Ummi Hairina sudah melurut di tepi pintu.Dia menangis sendiri. Hatinya benar-benar terluka. Mengapa Azril Naim curang dengannya. Sebelum ini, dia sedaya upaya meyakini hatinya bahawa suaminya itu tidak punya apa-apa hubungan dengan perempuan tersebut. Tetapi hari ini..Pengakuan perempuan itu benar-benar melukakan hatinya sebagai seorang isteri.
‘Ya Allah..Kuatkan hatiku Ya Allah.. Aku inginkan suamiku Ya Allah. Aku inginkan keluargaku bahagia, Ya Allah. Berilah peluang kepadaku untuk mengecapi kebahagiaan, Ya Allah.’ Air mata Ummi Hairina terus tumpah.
‘Abang...Jangan tinggalkan Ummi, bang, Ummi perlukan abang. Anak-anak abang perlukan abang. Ummi nak keluarga kita bahagia bang.’ Ummi Hairina merintih dalam tangis.Ummi Hairina kemudian menghambakan diri kepada Allah. Hanya Allah sebaik-baik tempat dia mengadu.
            “Ummi..Kenapa Ammar tengok mata ummi merah je? Ummi nangis ke?” tegur Ammar tika Ummi Hairina membuka pintu tatkala anaknya itu pulang. Rupanya Amsyar juga pulang bersama.
“Merah ke? Biasalah. Layan cerita Korea. Sedih. Terlebih feel.” Ummi Hairina tergelak sendiri, menyembunyikan rasa hati. Dia tidak mahu Ammar dan Amsyar tahu apa yang berlaku kepadanya hari ini.
Ammar tersenyum. Namun tidak Amsyar. Detik hatinya dapat merasakan Umminya berbohong. Pastinya ada sesuatu yang melukakan hati Umminya itu. Dan mungkin Papa adalah puncanya.
Malam itu tika Azril Naim pulang....
“Oii, perempuan!” Jerit Azril Naim tatkala masuk ke bilik.
Ummi Hairina terkejut melihat riak wajah serta suara suaminya itu. Apakah yang bakal terjadi kini.
Panggg!!
Azril Naim tiba-tiba menampar pipi Ummi Hairina. Kuat. Ummi Hairina terpempan.
“Kau tahu tak kenapa aku tampar kau?” Azril Naim menjengkelkan matanya.
Ummi Hairina hanya terdiam. Dia memegang pipinya yang terasa pijar.Tidak mampu untuk dia membalas padangan suaminya itu.
“Ini balasan kau pukul bakal isteri aku. Aku takkan benarkan sesiapa sentuh dia. Termasuk kau. Perempuan bodoh!”Angkuh benar bicara Azril Naim. Kebenciannya pada Ummi Hairina membuak apabila mendapat tahu bakal isterinya di tampar Ummi Hairina siang tadi.
*****
Ummi Hairina menampal koyok dipipinya. Sengaja di tampal sedikit ke bawah seperti orang sakit gigi. Hakikatnya, dia cuba menyembunyikan kesan merah di tampar semalam.
            “Aduhai..Sakitnya gigi.” Ujar Ummi Hairina sewaktu berada di dapur membuat sarapan.
            “Dah tak sakit nanti pergilah cabut.” Azril Naim berbicara baik untuk mengaburi mata anak-anaknya yang baru turun untuk bersarapan bersama. Sepertinya, hubungan mereka kekal baik hingga kini.
            Hari itu mereka bersarapan bersama. Amsyar kekal dingin dengan Papanya. Dia hanya bersarapan ala kadar dan terus keluar menuju ke kereta.
            Ummi Hairina segera mencapai bekal yang telah di sediakan. Dia mendapatkan Amsyar di luar.
            “Syar..Bawa bekal ni.”
            “Tak payahlah Ummi. Syar balik awal kut.”
            Ummi Hairina mengangguk.
Amsyar mendekati Umminya. Dia menyalami dan mencium tangan Umminya lama. Tanpa di duga air matanya jatuh ke tangan Ummi Hairina.
“Syar..Kenapa ni?”
“Ummi..Ummi tak perlu bohong Syar. Syar tahu Papa tampar Ummi, kan.” Sebak suara Amsyar membuat hati Ummi Hairina menangis.
“Syar..Dah Syar. Jangan cakap lagi. Nanti Papa dengar.”
“Syar janji. Syar akan ada dengan Ummi. Ummi sabar ye. Syar nakkan Ummi bahagia. Syar nak Ummi jadi Ummi Syar selamanya. Syar tak nak orang lain jadi Ummi Syar.”
Ummi Hairina mengangguk. Dia segera menyeka air matanya.
Seketika kemudian Ammar juga keluar. Dia juga berbicara hal yang sama. Nampaknya dia juga tahu hakikat sebenar.
“Kita orang akan sentiasa ada dengan Ummi.” Ammar juga menyalami dan mencium tangan Umminya itu. Air mata Ummi Hairina gugur kembali.
*****
“Abang..Abang nak ke mana bawa beg besar ni?” soal Ummi Hairina kepada suaminya, Azril Naim. Sewaktu itu dia sedang mengemas di ruang tamu.
“Apa kau sibuk. Ni urusan aku!” Azril Naim menjawab kasar.
“Abang..” Panggil Ummi Hairina lagi. Mata bundarnya memadang wajah suaminya. Hatinya sedikit terkilan dengan layanan suaminya kini.
“Aku nak beritahu kau. Aku takkan tinggal sini lagi!”
Ummi Hairina terpempan.
“Abang…Ummi merayu. Jangan tinggalkan Ummi, bang. Ummi nak kita hidup bahagia, bang.” Suara Ummi Hairina sudah berbaur sebak. Dia tidak ingin berpisah dengan Azril Naim walaupun lelaki itu semakin hari semakin bersikap dingin dengannya.
“Bahagia kau kata? Aku tak pernah rasa bahagia hidup dengan kau, tau tak!” Tempelak Azril Naim.
“Abang..Tolong bang. Jangan buat Ummi macam ni. Ummi perlukan abang.” Ummi Hairina cuba merayu. Hatinya kian terpukul dengan kata-kata Azril Naim. Air mata mula bergenang di kelopak matanya.
“Huh..Kau tak dengar ke apa aku cakap sebelum ni. Aku dah ada pilihan aku sendiri. Kau tak faham ke? Aku tak perlukan kau! Faham!” Tegang suara Azril Naim membuatkan Ummi Hairina tertunduk.Hatinya terluka. Benar-benar terluka.
“Ummi minta maaf, bang.” Sayu suara Ummi Hairini berbicara. Air mata mula gugur ke pipinya.
 “Huh! Pergi mampuslah kau punya maaf. Aku pun tak tahu, kenapa ibu boleh jodohkan aku dengan kau. Dalam hati aku, sedikit pun takde perasaan pada kau. Kalau ada sesetengah perkara tu pun, hanya lakonan. Kau faham!” Azril Naim memandang wajah Ummi Hairini yang sudah berair mata.
“Eh, kau faham ke tak!” Tengking Azril Naim. Suaranya tiba-tiba jadi tinggi.
Panggg….Pipi Ummi Hairina menjadi mangsa.
“Faham ke takkk!!” Jerit Azril Naim lebih nyaring.
“Fa...ham, bang.” Ummi Hairina tersentak dalam takut apabila wajah Azril Naim kian membengis. Pipinya yang terasa pijar di pegang. Air matnya sudah lebat gugur ke pipi. Hatinya sudah menangis sepilu-pilunya.
Tika waktu itu, Amsyar baru menjongol di muka pintu rumah. Dia terkejut mendengar suara ayahnya menengking umminya. Suaranya dapat di dengar dari luar.Dia segera berlari masuk.
“Apa yang berlaku ni Pa?” soal Amsyar. Dia kemudian melihat Umminya sedang tertunduk menyeka air mata.
“Apa Papa dah buat pada Ummi.” Amsyar terus pergi kepada Ummi Hairina.
“Ummi..Kenapa Ummi?” soal Amsyar kepada Ummi Hairina. Ummi Hairina  hanya menggeleng kepala. “Kalau takde apa-apa, kenapa Ummi menangis.”  Amsyar memandang wajah Papanya. “Papa..Apa Papa dah buat?” soal Amsyar lagi. Dia tahu pasti ada sesuatu yang melukakan hati umminya itu sehingga membuat wanita itu menangis.
“Kau jangan nak menyibuk Syar. Pergi naik atas. Ni urusan Papa dengan Ummi!” Ternyata Azril Naim sedang marah. Tegang juga suaranya menjawab pertanyaan anaknya.
Amsyar masih tidak berganjak. Dia kemudian melihat sebuah bagasi besar berhampirann sofa.
“Papa nak ke mana?”
“Syar..Kamu jangan nak masuk campur. Ini urusan Papa. Pergi naik atas!” Tegang lagi suara Azril Naim bersuara. Riak wajahnya tegang. Mahu tidak mahu, Amsyar pergi meniti ke anak tangga.
Suasana hening seketika.
“Aku tetap dengan keputusan aku untuk lepaskan kau.” Ujar Azril Naim kepada Ummi Hairina.
“Takkk...Syar tak benarkan!” Suara Amsyar kembali kepada mereka. Nampaknya, dia mencuri dengar apa yang berlaku. Dia kembali ke bawah. Walaupunn dia tidak suka akan Papanya, namun dia tidak mahu Papanya itu menceraikan Ummi. Dia tahu, pasti ada jalan yang boleh membawa kepada kebahagiaan keluarganya. Kebahagian yang diinginkan oleh Ummi. Kebahagiaan yang juga diinginkan olehnya.
“Papa…Tolonglah, Papa. Syar merayu. Papa jangan ceraikan, Ummi.”
“Ini keputusan Papa. Papa memang tak cintakan Ummi. Dulu, Papa nikah dengan Ummi sebab Papa nak ada orang boleh jaga korang semua. Hati Papa tak pernah terima Ummi. Sekarang Papa ada pilihan Papa sendiri.Nak tak nak, korang kena terima.” Azril Naim kembali meluah kata.
“Takkkk..Syar takkan terima. Takkan....Sanggup Papa buat Ummi macam ni!”Balas Amsyar kasar.
Panggg!! Tangan Azril Naim hinggap ke pipi Amsyar.
“Kalau Papa nak pukul Syar, pukullah. Syar tak kisah. Cuma Syar merayu dengan Papa.Jangan ceraikan Ummi.Kita orang nak Ummi. Kita orang tak nak orang lain jadi Ummi kita orang.” Amsyar meluah rasa.
Sekali lagi pipi Amsyra menjadi mangsa.
“Ini keputusan Papa. Faham!!”Tajam anak mata Azril Naim memadang wajah Amsyar.
“Abang..” panggil Ummi Hairina berteman air mata. Apakah nasibnya kini. Azril Naim kini berkalih memandang wajah isterinya. Tajam sorotan matanya.
So,mulai hari ni..Kau..Ummi Hairini binti Abdullah.Bersaksikan anak aku Amsyar, aku ceraikan kau dengan talak tiga.”Lantas itu Azril Naim beredar pergi.
Ummi Hairina tersentap. “Ya Allah..”Hanya itu yang mampu terluah dari bibirnya. Semangatnya terasa lemah. Ikatan perkahwinan yang cuba di jaga selama ini berakhir sudah dengan tiga kata yang menggegarkan Arasy Allah.
Kata-kata itu juga ternyata menyentap tangkai jantung Amsyar.“Papa..Apa Papa dah buat ni. Papa..Papa sedar tak apa yang Papa dah buat ni. Sampai hati Papa..Papa tahu tak kami sayang Ummi...” Hati Amsyar sudah tertebak rasa sedih yang mencucuk.
“Kau diam, Syar. Ni keputusan Papa!”Tegang juga Azril Naim membalas kata-kata anaknya itu.
Ummi Hairina sudah tidak mampu untuk bersuara.Hanya air mata deras yang mengalir ke pipi. ‘Ya Allah. Ini ujianMu untuk ku. Kuatkan hatiku Ya Allah. Kuatkan hatiku..’
“Papa kejam…Papa kejam. Kenapa Papa sanggup buat Ummi macam ni. Syar takkan mengaku Papa ni Papa Syar. Papa memang takde hati perut. Papa jahat!’” Amsyar ternyata terluka. Dia turut merasa kesakitan itu. Kesakitan yang di tanggung Ummi.
Pangg…
“Kau jangan nak kurang ajar dengan Papa.”Tangan Azril Naim hinggap lagi ke pipi Amsyar. “Agaknya inilah yang Ummi ajar kau,kan. Melawan cakap Papa. Ni kau kata baik.”
“Syar tak pernah berniat nak kurang ajar dengan Papa.Tapi, Papa yang paksa Syar kurang ajar dengan Papa!”Amsyar masih membalas. Melawan kata.
“Syar…Jangan cakap macam tu dekat Papa. Dia Papa Syar.Syar kena hormat dia.” Ummi Hairina cuba memujuk Amsyar dalam sendu tangis sendiri. Dia tidak mahu Amsyar bersikap kurang ajar dengan ayahnya sendiri.
“Dia tak hormat Ummi, macam mana Syar nak hormat dia!”
“Berambus kau.Aku takde anak macam kau.”Azril Naim nampaknya seperti hilang pedoman.
“Abang..Jangan macam tu, bang, Syar tu anak abang.” Ummi Hairina cuba menenangkan Azril Naim.
“Kau siapa nak nasihat aku, huh. Kau dah takde kaitan dengan aku tau tak.” Tubuh Ummi Hairina di tola kuat. Kerana tidak dapat menahan tolakan itu, Ummi Hairina jatuh terduduk ke lantai.
“Ummi…” Amsyar sudah mendapatkan umminya itu.
“Papa memang takde hati perut.Syar benci Papa.” Amsyar masih meluahkan rasa marahnya.
“Syar..Jangan Syar.  Ummi tak suka Syar buat macam tu.” Ummi Hairina memujuk kata, menasihati anak tirinya itu.
“Tapi Ummi..”
“Tolong Syar..Tolong. Ummi merayu.”Ummi Hairina mengesat air matanya yang kian lebat gugur ke pipi.
“Kau, Ummi Hairina. Sebab kau pernah jaga anak-anak aku, rumah ni aku serahkan pada kau. Harap aku tak berhutang apa-apa dengan kau lagi.”Azril Naim sudah menapak pergi.
“Abang...” Ummi Hairina cuba menghalang. Dia sudah melutut di hadapan Azril Naim.
“Kau nak apa lagi dari aku. Aku dah kasi rumah ni, kan..”
“Abang…Ummi…Ummi nak minta maaf dengan abang. Kalau selama ni Ummi tak dapat membahagiakan abang. Ampunkan Ummi, bang. Halalkan semua makan minum Ummi. Segala apa yang abang beri. Segala apa yang Ummi pakai. Ummi…’ Tersedu-sedu Ummi Hairina meluah kata. Dia menangis sambil memegang kaki Azril Naim.
“Dahlah. Tak payah bebel panjang-panjang. Aku malas nak dengar!” Azril Naim berbicara angkuh. Dia kemudian merentap kakinya yang di peluk Ummi Hairina. Dia kemudian berlalu pergi tanpa belas kasihan.
“Abang… Maafkan Ummi bang..” Ummi Hairina hanya mampu merintih dan menangis.Hatinya benar-benar terluka saat ini. Dia hanya mampu melihat langkah suaminya itu yang menjauhinya.
“Ummi…” Amsyar turut mengalirkan air mata.Dia tidak sanggup melihat air mata umminya jatuh. “Ummi…Syar janji..Syar sentiasa ada dengan ummi.Ummi tetap Ummi Syar. Papa memang kejam. Papa kejam.”
Ummi Hairini terduduk menangisi nasib sendiri.
Seketika kemudian..
“Ummi..Ika nak susu.” Mustika baru turun dari tangga dengan rambut kusut masai. Dia masih terpisat-pisat menggosok matanya. Nampaknya, dia baru bangun dari tidur. Mungkin juga tersedar kerana bunyi bising di bawah.
Ummi Hairina segera mengeringkan air mata. Hatinya cuba di kuatkan. Dia segera mendapatkan Mustika.
“Ye Sayang…Sayang nak susu ye. Kejap ye Ummi buatkan.” Suara Ummi Hairina ternyata bersulam sebak yang hebat. Namun, sedaya upaya di tahan.
“Ummi kenapa.. Ummi nangis ke.?” Soal Mustika yang seakan tahu akan bahawa Umminya itu sedang menangis.
“Taklah..Mana ada.Mata Ummi masuk habuklah sayang. Pedih.” Ummi Hairina menguntum senyum.
“Nak peluk Ummi.”
“Hmm..Sini. Ummi peluk.” Lantas tubuh kecil Mustika di peluk erat. Sebaknya bertandang kembali. Air mata yang cuba di tahan, gugur jua ke pipi.
Amsyar yang melihat sudah tidak mampu menahan air matanya. Hati lelakinya tersentuh dengan kasih Ummi.Kasih seorang ibu yang sangat penyayang walaupun kini dia sedang menerima satu tamparan yang hebat dalam hidupnya. Ye..Diceraikan dengan talak tiga sekaligus. ‘Ya Allah.Ku mohon KAU kuatkan hati Ummi.’
“Ummi..Ummi nangis ke?” soal Mustika lagi.
“Taklah sayang.Dah jom. Ummi buatkan susu. Lepas ni, Ummi nak masak.” Ummi Hairina terus menyeka air matanya yang kembali gugur.
“Papa mana Ummi?”
Ummi Hairina terdiam.
“Papa..Papa dah keluar. Kenapa sayang? Rindu papa?”
Mustika menggeleng. “Nanti Ika nak tolong Ummi masak.”
“Ye ke nak tolong Ummi? Nanti berkecah je.” Ummi Hairina cuba berseloroh. Mustika ketawa. “Anak Ummi ni memang. Rajin sangat nak tolong Ummi.” Ummi Hairina tertawa sambil memicit manja hidung Mustika. “Hmm..Dah jom. Ummi buatkan susu dulu. Lepas minum susu, baru boleh tolong Ummi.” Ummi Hairina kemudian memimpin anaknya itu ke dapur sambil menyanyi lagu yang menggembirakan hati.
Amsyar sudah berlari keluar. Dia tidak mampu melihat kesedihan yang di tanggung Ummi. Kegembiraan yang cuba ditunjukkan Ummi semakin menebak sebak di hatinya.“Ya Allah. Tabahnya Ummi.’
Di luar rumah, Amsyar menangis sendiri mengenangkan nasib ummi.Ye ..Bekas ibu tirinya yang baru di ceraikan beberapa detik waktu yang lalu. ‘Ya Allah..Begitu hebat dugaan KAU untuk dia.’
Tika waktu itu juga, Ammar baru pulang dari kuliah.
“Oii, kau. Kenapa kau nangis kat luar ni. Buang tebiat ke apa” Soal Ammar. Dia pelik apabila melihat Amsyar, kembarnya itu sedang mengesat air mata. “Kau dah kenapa?” Ammar masih tidak tahu apa yang berlaku.
“Am..Ummi..”  Sebak hati Amsyar untuk bersuara.
“Kenapa? Kenapa dengan Ummi?”
“Papa..Papa..Jahat..” Beritahu Amsyar sambil mengesat air matanya yang kembali gugur. Dia masih rasa terluka. Sebak.
“Tak faham..Kau nak cakap apa sebenarnya.”
“Papa..Papa dah ceraikan Ummi…dengan talak tiga.” Lemah Amsyar memberitahu.
“Astaghfirullahalazim..Ya Allah..Betul ke.?” Ammar hampir tidak percaya.
Amsyar mengangguk. “Aku tak tahu kenapa Papa sanggup buat Ummi macam tu. Papa nak kahwin lain. Aku terkilan dengan Papa. Bersaksikan aku, Papa ceraikan Ummi. Papa memang kejam.”
Ammar juga sudah terduduk di sebelah Amsyar. Terdiam untuk seketika. Dia termenung seketika mengenangkan nasib ibu tirinya itu.
Amsyar masih mengesat air mata. Apa yang benar-benar melukakan hatinya, ia terjadi tatkala hatinya mula rasa sayang pada Ummi. Detik terindah beberapa hari lalu, dia masih ingat. Sebelum dia pergi kuliah, dia menyalami dan mencium tangan Umminya.  Dan tika itu dia melihat air mata Umminya itu jatuh berguguran ke pipi.
“Syar..Syar nak minta maaf pada Ummi. Selama ni Syar...” Amsyar sudah tertunduk. Kelukaan Ummi membuatkan dirinya sedar, Ummi perlukan sokongan.
Ummi Hairina mengukir senyum. Dia terharu sambil mengesat air matanya.
“Ummi faham. Ummi takkan salahkan Syar. Terima kasih sebab terima Ummi.”
“Syar nak Ummi jadi Ummi Syar selamanya.”
Ummi Hairina mengangguk. ‘Ya Allah..Ini kegembiraan untukku.’
“Hmm..Syar..Malam ni kita lawan game nak. Game gasak-gasak kat PS tu. Ummi dah reti dah. Semalam lawan dengan Ammar Ummi menang.” Ummi Hairina mencari kemesraan dengan anaknya itu. Mungkin dengan cara itu boleh menjadi lebih rapat dengan Amsyar dan memahami isi hati anaknya.
“Okey..Kita tengok siapa menang ea.” Ujar Amsyar sambil tersenyum. Tidak sangka Umminya bersikap sebegitu. Masih ada sifat kebudak-budakan dalam sifat keibuan. Dalam senyum, dia sempat berbisik. ‘Ummi berhak bahagia. Syar akan ada dengan Ummi. Cuma yang mengecewakan Syar sekarang adalah sikap Papa.’
Amsyar kini tertunduk. Dia mengesat baki air matanya.
 “Habis tu kita nak buat apa?” soal Ammar.
“Aku tak tahulah.Cuma Papa dah berikan rumah ni pada Ummi. Sekurang-kurangnya, Ummi ada tempat nak tinggal.”
“Ummi mana?”
“Ada dekat dalam dengan Ika. Aku tak sangka Papa buat macam ni. Dia tinggalkan Ummi. Dia tinggalkan kita. Dia pergi macam tu je. Aku tak boleh terima Am. Mengapa Papa tak pernah nak faham hati kita. Layak ke dia jadi Papa kita. Sedangkan Ummi..Ummi selalu berusaha untuk faham kita.”
Tika waktu makan...
“Syar...Ammar...Pergilah makan. Layankan Ika sekali. Ummi tak seleralah.” Kendur bicara Ummi Hairina. Dia nyata tidak bersemangat.
“Alah, ummi. Kenapa tak nak makan dengan kita orang.” Mustika sudah memegang tangan Ummi Hairina mengharap dia untuk makan bersama.
“Ummi sakit gigilah sayang. Ika makan dengan abang ea.” Ummi Hairina mengukir senyum kepada anaknya itu.
Mustika mengangguk.
“Ummi...” panggil Ammar.
“Ammar...Ammar layankan Ika ye. Ummi naik atas dulu.” Sayu benar bicaranya Ummi Hairina. Dia terus naik ke atas masuk ke bilik. Di dalam bilik, dia menangis. Dia tidak mampu lagi untuk terus menahan air matanya. Ia terus gugur tanpa dapat di empang. Dia terisak-isak sendiri melepaskan tangisan. Bahunya terhincut-hincut menahan sendu. Begitu dia sangat sedih dengan nasibnya kini.
Amsyar menuju ke bilik Ummi Hairina.
“Ummi..Bukaklah pintu ni Ummi. Syar tahu Ummi tengah sedih. Sekurang-kurangnya Ummi boleh kongsi dengan Syar..Dengan Ammar..Ummi...” panggil Amsyar sayu.
“Takpelah, Syar. Biarlah Ummi sendiri je.” Ummi Hairina kembali menangis. Dia masih berteman sendu.
Amsyar kemudian menelefon nenek mereka. Nyatalah khabar yang di sampaikan begitu menguris hati tuanya.
Untuk beberapa hari Ummi Hairina demam. Dan tika itu juga dia dikhabarkan dengan pernikahan Azril Naim dan Salina. Dia hanya mampu mengalirkan air mata. Namun, dia juga mendoakan bekas suaminya itu. Takdir jodohnya hingga ke akhirnya bukan bersama Azril Naim. Pastinya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
******
‘Ummi..Ummi kena kuat..Syar tahu Ummi seorang yang kuat dan tabah. Syar akan sentiasa doakan kebahagiaan Ummi. Kebahagiaan Ummi bermakna ia juga kebahagiaan Syar.’
“Korang semua tinggallah dekat sini. Biar Ummi pulang ke kampung.”
“Tak Ummi. Kita orang takkan benarkan Ummi pergi jauh dari kita orang. Kita orang nak Ummi.”
“Ammar...Tolonglah faham Ummi. Kamu semua tinggallah dekat sini. Hubungan kita dah terputus dekat sini.”
“Tak Ummi. Hubungan kita tak putus. Ummi tolonglah kita orang. Kita orang tak nak berpisah dengan Ummi.”
“Ummi..Ibu rasa kamu tinggal je di sini. Rumah ni hak kamu. Lagipun, Mustika ni tak nak berenggang dengan kamu. Kalau kamu takut mendatangkan fitnah, pasal Ammar dengan Amsyar tinggal bersama dengan kamu, ibu akan tinggal sini dengan kamu. Atau.. Kalau kamu rasa tak selesa, Ammar dengan Syar boleh tinggal dengan ibu.”
“Betul Ummi. Kita orang tak Ummi jauh dari kita orang. Please Ummi...”
Ummi Hairina menahan air mata. Dia akur jua. Sampai ke akhir hayat pun mereka semua tetap anak-anaknya.
*****
Beberapa bulan kemudian, bermulalah episod baru dalam hidup Ummi Hairina.
“Syar..Ammar..Ummi dapat sambung belajar?” suara Ummi Hairina ceria tatkala menyampaikan berita gembira tersebut.
“Wah?? Kat mana?” soal Ammar teruja.”
“Tekalah.”
“Entah-entah sama tempat dengan kita orang.” Ujar Amsyar sekadarnya.
“Emmm...” Ummi Hairina mengangguk.
“Wah?? Cayalah...Ni yang suka ni. Ummi jadi junior kita orang. Boleh buli.” Gurau Ammar.
“Banyak cantik nak buli Ummi. Tak berkat korang belajar tau.”
“Alah, Ummi. Ammar gurau jelah.”
Kegembiraan kembali mewarnai hidup Ummi Hairina. Dia kekal bahagia bersama bekas anak-anak tirinya.
Di tempat belajar, jika ada masa terluang Ammar dan Amsyar akan mencari Ummi mereka itu. Mereka sering makan bersama-sama. Apa yang mereka inginkan adalah membuatkan Ummi mereka gembira. Itulah janji yang mereka pegang setelah Ummi di ceraikan.
Namun, dalam kemesraan mereka bersama ada yang tersalah tafsir.
“Am..Saya tak tahu apa masalah awak. Kenapa awak selalu je bersama dengan perempuan tu. Bukan main mesra lagi. Gelak ketawa semua.”
“Awak jangan salah faham Misha. Dia Ummi saya. Saya sayang dia. Saya hormat dia.”
“Saya tak faham. Ummi? Habis tu saya ni siapa Ammar?”
“Awak juga orang yang saya sayang Misha. Awak dengar dulu apa yang saya nak cakap.”
“No...”
“Please. Awak perlu tak supaya awak tak salah faham.”
Ammar akhirnya menceritakan segalanya.  Misha ternyata turut mengalirkan air mata.
“Jadi dia tu...bekas ibu tiri awak.”
“Hmm..Ye..Selamanya dia akan jadi Ummi saya Misha. Bukan orang lain. Saya tak mampu nak lihat dia menangis lagi. Saya tak sanggup. Saya nak dia gembira, Misha. Saya harap awak faham.”
Misha tertunduk dan meminta maaf.
“Awak boleh jadi kawan dia, Misha. Awak kenallah dia. Dia sangat baik. Dan saya harap awak pun boleh sayang dia seperti saya sayang dia. Walaupun jarak umur kita dengan dia tak jauh, itu bukan masalahnya. Darjat seorang ibu yang di pegang itu amat besar.”
Ammar akhirnya memperkenalkan Misha kepada Ummi Hairina. Ternyata ia amat di senangi.
“Owh..Awek Ammar ye.”
Misha tersenyum.
“Ni bakal menantu Ummilah ni. Cayalah Ammar. Comel.”Ummi Hairina tergelak. Dia ia juga membawa tawa sesama mereka.
“Habis tu saya nak panggil apa ye?”ujar Misha.
“Panggil jelah Ummi. Ummi tu nama saya. Tapi, kalau Ammar panggil saya Ummi maksudnya dia panggil saya as a mother. Saya ni Ummi dia. Jangan panggil saya mak cik sudah. Macam dah tua sangat. I ni masih muda, you.” Ummi Hairina sekadar bergurau. Mereka tertawa. Ia menceriakan keadaan.
“Tapi saya minta awak rahsiakan hal ni ye. Pasal status Ummi. Saya tak nak orang lain bercakap-cakap pasal dia.” Bisik Ammar kepada Misha.
Tika waktu yang sama, Amsyar melihat dari jauh. Tawa Ummi kadang-kala menyentuh jiwa sensitifnya. Dia jadi sedih.
Amsyar terkejut apabila bahunya di tepuk seseorang.
“Owh..Encik Hairi.”
“Kenapa saya tengok awak termenung je? Mata  tu tak lepas tengok perempuan yang kat hujung sana tu. Pakai tudung biru tu. Kenapa? Awak suka dia ke?” Pastinya Encik Hairi merujuk kepada Ummi Hairina.
“Encik Hairi buat apa dekat sini?”
“Saje. Dah habis waktu pejabat kan. Lepaklah kejap.”
Encik Hairi..Ye dia seorang pegawai di pusat pentadbiran. Dia mula jadi rapat dengan Amsyar tika dirinya terlibat dengan kemalangan dan Amsyar membantunya.
“Awak kenal ke dengan perempuan tu?”
Amsyar mengangguk.
“Junior baru ke?”
“Hmm..”
“Tapi tengok umur dia macam...”
“Ye..Umur dia dah 26 tahun.”
“Wah..Sampai umur dia pun kamu tahu. Dahsyat. Muda dua tahun je dari saya. Hmm..Okeylah. Kalau next time awak jumpa dia, cakap saya kirim salam.”
Amsyar sudah menjeling.
“Rilekslah, Syar. Jangan jeling saya macam tu. Saya gurau je. Okeylah saya balik dulu.”
“Encik Hairi..Encik Hairi dah kahwin?” soal Amsyar tiba-tiba.
“Aii..Tetiba je tanya. Sebelum ni tak tanya pulak.Kenapa? Nak carikan jodoh untuk saya ke?” Encik Hairi sudah tergelak.
“Saya serius tanya ni?”
“Belum.Kenapa?”
“Takdelah. Takde apa-apa.”
“Pelik je kamu ni. Dahlah saya balik dulu.” Encik Hairi kemudian meminta diri.
*****
“Ummi..Jom kita makan kat luar nak. Misha nak belanja.”
“Owh, ye ke. Okey.” Ummi Hairina tidak menolak. Misha adalah kawannya, dan Misha juga adalah bakal menantunya.
Sampai di satu tempat...
“Wah..Cantiknya. Kita nak makan dekat sini ke?”
“A’ah.” Misha kemudian membawa Ummi Hairina ke meja yang telah di tempah untuk mereka.Istimewanya malam ini mereka makan di tepi pantai berteman dengan keindahan lampu yang terpasang. Deru ombak yang memukul pantai membawa damai.
Dalam kelekaan Ummi Hairina, dia di beri kejutan.
“Taraa…”
Ammar dan Amsyar muncul di situ membawa kek. Ibu mertuanya dan Mustika juga ada.
~ Happy Mother’s Day. Love You, UMMI.~
Itulah kata-kata yang tercoret di atas kek.
Ummi Hairina terkejut. Namun apabila melihat satu persatu wajah-wajah anaknya, dia jadi sebak. Dia tidak mampu menahan rasa hatinya. Air matanya tumpah ke pipi.. Dia sudah bangun dan berlari ke bawah sepohon pokok tidak jauh dari situ. Dia menangis. Dia merasakan kekurangan pada keluarganya.
“Ummi..Maafkan kita orang Ummi. Kita orang takde niat nak buat Ummi sedih. Kita orang cuma nak sambut Hari Ibu ni dengan Ummi.”
Ummi Hairina berusaha meredakan tangisannya. “Maafkan Ummi. Ummi terharu. Ummi tak sangka korang nak buat kejutan dekat Ummi macam ni. Ummi memang tak sangka.” Ummi Hairina mengesat baki air matanya. Sebak hatinya masih terasa.
“Kenapa Ummi nangis? Soal Mustika kepada Ummi Hairina setelah Ummi Hairina kembali duduk bersama mereka..
“Mata Ummi masuk habuklah sayang.” Itulah alasan yang mudah di berikan kepada Mustika. Pipi Mustika di cubit manja. Mustika pastinya ketawa.
“Sini..Ummi nak peluk Ika.” Ummi Hairina memeluk anaknya itu.
“Ummi..Ika nak nyanyi lagu untuk Ummi..” Beritahu Mustika.
Ibu…Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka.
Engkau hiburkan selalu..
Ibu..Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..

Sebak kembali menenang dada Ummi Hairina. Tubir matanya kembali bergenang air mata.Dia benar-benar terharu. Pipi anaknya itu dicium pemuh kasih.
Malam itu malam yang begitu istimewa untuk Ummi Hairina. Dia punya anak-anak yang baik, yang menyanyanginya. ‘Ya Allah. Syukur padaMu Ya Allah. Inilah kebahagiaanku.’
******
Di hari konvokesyen universiti, Amsyar telah terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik universiti.
“Saya dedikasikan anugerah ini untuk Ummi saya. Ummi yang banyak mengajar saya erti kasih sayang, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan. Love you Ummi.”
 Dengan rasa kegembiraan itu, dia mendapatkan Umminya.Dia lantas memeluk tubuh kecil Umminya itu. Dia menangis. “Terima kasih Ummi. Terima kasih sebab doakan Syar selama ni.”
Begitu juga Ammar. Itulah Ummi terbaiknya.
Encik Hairi yang berkongsi kejayaan itu turut terkejut. Dia baru mengetahu hakikat itu.
*****
“Ummi..Ni encik Hairi. Dia nak kenal dengan Ummi.” Amsyar sudah memperkenalkan encik Hairi kepada Umminya.
“Uitt..” Encik Hairi nyata terkejut dengan kata-kata Amsyar. Belakang Amsyar sudah di pukul manja.
Ummi Hairina pula menjeling kepada anaknya itu.
Encik Hairi hanya tersenyum. Ummi Hairina pula tertunduk malu.
“Encik Hairi..Encik Hairi belanja kita orang tau.” Ujar Amsyar tanpa segan silu.
“Okey. No problem.”
Di tempat makan, Amsyar sengaja menarik kerusi untuk Umminya agar duduk di sebelah Encik Hairi.
Ummi Hairina sudah membuat muka kepada Amsyar. ‘Nak kena budak ni.’
Amsyar yang duduk bertentangan sudah mengenyit mata sambil menujukkan isyarat bagus.
Ummi Hairina sudah menjengkelkan mata.
Amsyar dan Ammar sudah tersenyum.
*****
“Amsyar banyak bercerita pasal awak pada saya. Dia buat macam ni pun sebab dia sayangkan awak. Saya pun sedang mencari calon isteri. Kalau awak sudi beri peluang pada saya, saya ingin nikahi awak.”
Ummi Hairina terpempan.
“Berilah saya peluang untuk membahagiakan awak, Ummi Hairina.”
“Ehemm..” Satu suara sudah hadir di pendengaran mereka.
“Apa ni encik Hairi. Dating berdua dengan Ummi kita orang. Mana boleh. Lain kali nak dating,ajak anak-anak sekali.” Amsyar sudah ketawa. Begitu juga Ammar.
“Hish..Sibuk jelah kamu ni Syar.”
“Eleh..Eleh..Papa Hairi ni.”Amsyar kini jelas berbeza dengan dirinya dahulu. Kini dia lebih gembira dan suka bergurau.
“Apa ni..Papa..Papa..” Wajah encik Hairi sedikit berubah.
“Kalau encik Hairi kahwin dengan Ummi kitaorang, maknanya encik Hairi jadi papa kita oranglah.”
“Janganlah korang ngada-ngada nak panggil saya ni, papa. Hilang macho tau.” Encik Hairi juga berseloroh.
Amsyar dan Ammar sudah ketawa pastinya.
“Kan..ummi, kan?”
“Apa yang ‘kan’..nya.”
“Haha..Ummi ‘blur’ lah tu.”
Ummi Hairina hanya menggaru pipi. ‘Macam-macamlah dia orang ni.”
*****
“Selamat pengantin baru, Ummi.”
“Terima kasih korang semua sebab doakan kebahagiaan Ummi.”
“Tu tanggungjawab kita orang, Ummi. Kita orang pun nak Ummi bahagia. Ummi bahagia, kita orang pun bahagia tau. Ingat encik Hairi. Jaga Ummi kita orang baik-baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku pada Ummi kita orang, siaplah encik Hairi kita orang kerjakan.”
“In Sha ALLAH. Papa akan jaga Ummi korang ni. Ye, anak-anak papa.” Encik Hairi berseloroh.
Amsyar dan Ammar ketawa.
“Hmm...Korang ni sama je.”
“Rilekslah, Ummi. Ummi kan sporting.”
Kebahagiaan kini milik Ummi Hairina.
******
Beberapa bulan kemudian, mereka dikejutkan dengan satu berita. Azril Naim kini terlantar di hospital dan isterinya telah meninggalkannya.
“Memang tu balasan yang dia patut dapat.” Amsyar meluah kata.
“Syar..Tak baik cakap macam tu. Dia tetap Papa Syar.”
“Syar takkan mengaku dia Papa Syar.”
“Syar..” pujuk Ummi Hairina.
“Syar takkan maafkan dia Ummi. Takkan!”
“Syar..Jangan cakap macam tu.”
“Ummi..Kenapa Ummi ni lembut hati sangat. Itu memang apa yang dia patut dapat. Biar dia rasa. Ummi tak ingat ke apa dia buat pada Ummi. Dia tinggalkan Ummi. Dia tinggalkan kita orang macam tu je. Ada ke dia datang tengok kita orang Ummi, takde kan. Lepas dia kahwin, batang hidung dia kami pun tak nampak.  Ummi faham tak apa yang Syar rasa. Kadang Syar rasa, Syar memang dah takde ayah. Syar lebih suka dia takde.”
“Astaghfirullahalzim, Syar. Jangan cakap macam tu. Kalau Syar cakap macam tu, hati Ummi yang terluka. Ummi rasa, selama ni Ummi tak dapat didik kamu dengan baik. Syar..Sekurang-kurangnya Syar pergilah tengok dia. Kasihan dengan dia.”
“Ummi..Ummi kalau nak tengok,Ummi tengoklah. Syar takkan pergi!”
            Dengan keizinan dari suami, Ummi Hairina pergi juga melawat bekas suaminya. Ternyata ia memilukan hati. Keadaan Azril Naim sangat menyedihkan.
            “Awak..Maafkan saya. Saya bersalah pada awak. Saya menyesal.” Begitu payah Azril Naim meluah kata.
            Walaupun terluka, dia tetap menerima kata maaf itu. Itu adalah yang terbaik. Dia juga seakan terluka  melihat azab yang kini di tanggung bekas suaminya.
            “Ika…Ika anak Papa.. Maafkan.. Papa,sayang.” Ujar Azril Naim dalam suara tersekat-sekat tatkala menmgelus wajah anaknya itu. Dia benar-benar rasa bersalah.
            “Awak..Saya nak jumpa Ammar dan Amsyar. Mereka ada di mana. Saya rindu nak jumpa mereka. Saya bersalah dengan mereka.” Azril Naim meluahkan hasratnya.
*****
“Ammar..Amsyar...Pergilah jumpa dengan Papa kamu. Dia benar-benar rindukan kamu. Tolong...Pergilah jumpa dia. Ummi tak nak kamu berdua menyesal jika lepas ni kamu tak dapat jumpa dia lagi.”
“Takk..Ummi..Tak..Kita orang takkan jumpa dia. Kalau betul dia nak, dia datang jumpa kami.”
“Syar..Jangan macam tu Syar. Dia dah terlantar. Dia tak boleh nak bangun. Jumpalah dia. Walau sekejap pun takpe. Tu permintaan terakhir dia. Jumpalah dia. Dia benar-benar rindukan kamu.”
Ammar menggeleng. “Kami takde Papa macam dia Ummi.”
“Ammar. Yang dah lepas dahlah. Jangan diungkit lagi. Maafkanlah dia.”
Amsyar menggeleng. “Kita orang takkan pergi tengok dia Ummi. Ummi faham tak!”
“Demi Ummi...Tolonglah. Ummi merayu. Tunaikanlah permintaan terakhir dia.” Ummi Hairina sudah mengalirkan air mata. “Kalau betul kamu tak mahu jumpa dia, Ummi yang rasa bersalah. Selama ni Ummi rasa Ummi masih tak dapat didik kamu dengan baik. Tolonglah...Kalau kamu berdua sayang Ummi. Tolong...Ummi merayu…” Ummi Hairina sudah melutut ke lantai.
“Ummi...” Panggil Ammar dan Amsyar hampir serentak. Mereka mendapatkan Ummi Hairina yang sudah melutut ke lantai. Tidak tegar mereka melihat Ummi melutut kepada mereka berdua.
“Kami akan jumpa Papa. Kami akan jumpa Papa.” Air mata mereka juga sudah gugur ke pipi.
Tika waktu mereka sampai, Azril Naim sudah nazak.
“Papa.Maafkan kami Papa...” Ujar Amsyar dan Ammar bersama tangisan.
Namun, apalah kudrat manusia. Azril Naim pergi jua setelah dia melihat wajah anak-anaknya buat kali terakhir.
            “Papa kamu sampaikan pesan maafnya pada kamu. Dia juga memaafkan kamu.” Ujar Ummi Hairina dalam sebak.
            Amsyar dan Ammar menangis.
            “Kami nak buat apa lagi Ummi. Kami bersalah sebab tak nak jumpa Papa awal-awal lagi.”
            “Sabarlah. Kamu masih ada tanggungjawab yang kamu perlu buat. Turut sertalah semasa memandikan jenazah dia. Sembahyangkan dia. Paling utama jangan lupa doakan untuk dia. Ingat....Doa anak-anak yang soleh. Itu rantaian yang takkan terputus hingga akhirnya. Doakan juga untuk arwah Mama kamu.”
            Ammar dan Amsyar mengangguk.
            Ummi Hairina memandang wajah suaminya. Air matanya jatuh. “Abang maafkan saya. Saya buat ini atas rasa tanggungjawab saya pada arwah.”
“Takpe sayang. Abang faham.” Encik Hairi menyeka air mata isterinya yang gugur. Dia tahu perasaan isterinya itu.
*****
Keindahan meniti kehidupan....
Ummi Hairina sekeluarga bercuti bersama. Kini, dia juga sudah mengandung enam bulan, walau sebelum ini dia pernah keguguran.
“Tak sabarnya nak dapat adik.” Ujar Mustika.
“Tulah. Ammar pun rasa tak sabar nak dapat adik.”
“Ummi pulak tak sabar nak dapat cucu. Haha..Macam kelakar pulak. Muda-muda dah ada cucu. Tak rocklah.” Seloroh Ummi Hairina ternyata membawa tawa mereka sekeluarga. Menantunya Misha juga sudah mengandung hampir empat bulan.
“Ummi..Nah bunga. Love you.” Ujar Amsyar yang muncul tiba-tiba di belakangnya.
Ummi Hairina sudah tersenyum. Dia mengambil bunga yang di berikan Amsyar.
Encik Hairi sudah memandang Amsyar.
“Apa ni encik Hairi. Jeling maut. Jealous ke?”
“Yang kamu buat gaya romantik dekat Ummi kamu buat apa. Tercabar saya tau tak.”
“Alahai..Tu pun nak jealous ke.”
“Jealouslah.”
 “Hmm..Tapi takpe. Tu maknanya encik Hairi memang sayang dekat Ummi kita orangkan. Sampai anak dia nak bermanja pun tak boleh.”
“Eh...Mestilah. Saya mesti sayang, Sayang saya ni. Ummi korang ni. Kan Sayang, kan.”
Ummi Hairina tersenyum malu.
Tiba-tiba...
“Surprise....”
Ummi Hairina terkejut apabila seseorang sudah datang membawa kek ke hadapannya.
“Happy Mother’s Day...Love You, UMMI...” Ucap mereka yang lain.
“Terima kasih semua.” Ucap Ummi Hairina terharu dan gembira. “Tapi, ni siapa?” soal Ummi Hairina kepada gadis yang membawa kek kepadanya.
“Bakal menantu awak yang lagi sorang.” Ujar encik Hairi.
“Owh..Awek Syar rupanya.”  Ummi Hairina sedikit teruja. “Syar...Tak aci ea. Tak beritahu Ummi.”
“Rilekslah, Ummi. Saja nak buat surprise.”
“Err..Namanya siapa?” soal Ummi Hairina.
“Ummi Kalsum.” Jawab encik Hairi.
“Owh, Ummi juga namanya. Saja cari yang nama Ummi juga ye.”
Amsyar tersenyum.
“Hmm..Macam mana awak boleh tahu dulu ni? Bukan patutnya saya yang perlu tahu dulu ke?” soal Ummi Hairina kepada suaminya di sisi.
“Saya ni Papa kesayangan dia. Mestilah dia beritahu saya dulu.”
“Perasan je encik Hairi ni.” Jawab Amsyar. “Dahlah skodeng orang dating.”
“Eh, bukan dulu sama ke? Ada orang tu ‘skodeng’ kita orang nak dating. Kira adillah tu.”
Tawa mereka kembali bergema.
 “Cepat Ummi. Kita ambil gambar.” Ujar Amsyar.
“Okey.”Ujar Encik Hairi.
“Eh, siapa nak ambil gambar Ummi dengan encik Hairi. Syar nak ambil gambar berdua dengan Ummilah.”
“Eh, banyaklah. Tak boleh.”
Mereka semua kembali tergelak. Sememangnya encik Hairi mampu menjadikan suasana ceria apabila mereka berkumpul bersama. Mungkin itu juga jodoh Ummi Hairina. Suaminya itu menjadi penawar kedukaan.
 “Okey..Ambik gambar Ummi dengan Papa korang ni dulu. Merajuk pulak dia nanti.” Pinta Ummi Hairina.
Klikk…
Kemudian, mereka mengambil gambar beramai-ramai. Ummi Hairina tersenyum bahagia. Impian doanya termakbul sudah. Moga kebahagiaannya kini berkekalan hingga ke akhirnya. Aamiin…
 ‘Syukur Ya Allah kerana meminjamkan kami dengan kegembiraan ini.’
Amsyar mengukir senyum memandang Umminya. Dia tahu Umminya bahagia kini.
‘UMMI...Ye..LOVE YOU, UMMI.’

TAMAT
~SALAM SAYANG DAN SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU.~

Hak Cipta Terpelihara : ISME_ANA 2013
P/s : Terima kasih kerana sudi membaca. Berikan komen andai sudi..