Friday 18 March 2022

NOVEL PENAKLUK HATI ABANG JAMBANG


BLURB - PENAKLUK HATI ABANG JAMBANG

 

“Setakat handsome tapi muka ketat buat apa. Tu kalau nak tackle awek mesti tak pass-pass. Mesti si awek tu menyampah gila dengan muka ketat dia tu. Kalau aku, nak aje aku lastik muka dia macam lastik burung gagak dulu-dulu tu. Piungg..Padu kena setepek!” - Fatehah

Iftitah masih ingat kata-kata gadis berbaju pink itu. Kerana itu, demi mendekati gadis yang menakluk hatinya, dia berusaha melatih otot senyumnya agar berfungsi dengan baik. Tatkala si gadis bertanyakan namanya, senang hati dia memberi jawapan..

“Panggil aje Abang Jambang Handsome.” – Iftitah

Jawapan itu diberi dengan pakej killer smilenya.

Rupanya mereka terus berjodoh untuk bertemu. Fatehah kini bekerja di syarikat milik keluarganya Iftitah.

“So, lepas ni kita kahwin boleh” - Iftitah

“Hah? Kahwin?” - Fatehah

“Opss..Sorry. Kawan. K-A-W-A-N. Lidah advance sangat nak cakap. Tu yang terbabas. So, boleh tak awak beri saya peluang kedua?”- Iftitah

Namun, mereka mula bergelut dengan konflik hati apabila cerita 14 tahun lalu terbongkar.

“Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari insan yang menggembirakan dan membahagiakan abang. Mungkin tika ini kita tak dijodohkan bersama. Namun abang masih mengharapkan kita masih diberi peluang itu. Kerana abang pasti, hati Teha masih ada untuk abang.” – Iftitah

Encik tak payah bermimpilah. Untuk pengetahuan encik, hati saya dah tak ada untuk encik. Di saat saya tahu kenyataan tu, hati saya dah hancur. Saya memang rasa bersyukur sebab tidak berjodoh dengan encik. Jadi, encik tak perlu nak harapkan apa-apa kerana hati saya takkan berbalik kepada encik. Takkan!” – Fatehah

Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka? Adakah kekal ternoktah setakat itu, atau sebaliknya?

 

PRE-ORDER SEHINGGA 16/4/2022 

Berminat?

Boleh hubungi  pihak penerbit.

Sila tekan link di bawah.

https://wa.link/hez7p9

https://wa.link/372s1j

https://wa.link/u1tbdh

 







Friday 4 March 2022

TEASER - PEMILIK CINTA PUTERA AZAKIE

 

TEASER 2

“Hadiah ni dari siapa? Baik Abang Am cakap? Tak mungkinlah dari abang sendiri kan?” Nia meragui abangnya. Lagilah terlihat senyum abangnya itu. Bagai tersimpan sejuta makna dan rahsia.

“Tak payahlah banyak tanya. Buka ajelah.”

“Jangan cakap hadiah ni daripada kawan abang yang abang berkenan sangat nak jadikan adik ipar tu.” Hanya empunya diri itu yang terdetik di hati Nia.

Amry tergelak akhirnya. Tidak sangka adiknya dapat meneka. “Hahaha…Betullah tu. So, bukalah. Aku nak tengok dia kasi apa.”

“Tak nak orang buka. Nah! Abang ambillah.”

“Weh. Kalau dia kasi dua bundle pad berkepak takkan aku nak ambil.”

“Bengong Abang Am ni!” Seraya itu hadiah yang masih berbungkus itu dihempuk ke paha si abang.

Mengekek terus abangnya gelak.


TEASER 3

Azakie meraih tangan milik gadis itu. Lembut dan mulus kulitnya. Tangan itu diusap dan dibelai, lalu dikucupnya. “Ini sebagai janji yang awak takkan tarik balik kata-kata awak tadi.” Wajahnya kian mendekat kepada wajah Nia. Bibirnya pula mengukir senyum penuh makna. Nia menelan liur yang terasa kesat di kerongkong. Rasa aneh pula dengan tingkah lelaki itu. Ia bukan seperti yang dijangkakan. Padanya lelaki itu seorang yang pandai menjaga batas, namun kini…

“Lagi satu saya nak cakap. Saya ni bukannya baik sangat tau.” Rambut Nia yang terjuntai  diselitkan ke belakang telinga.

Bicara yang terdengar gemeresik itu membuatkan perasan Nia jadi berderau. Wajahnya terasa hangat dan debar di dadanya bergoncang hebat. Dia seakan berpeluh. Sepertinya kini dia sudah termasuk dalam perangkap lelaki itu.

So, bila kita nak nikah. Sebab, saya rasa tak sabar nak dapat belaian manja seorang perempuan bernama isteri.” Senyuman dan pandangan yang ditunjukkan Azakie membuatkan hati Nia kian tidak tenteram. Tangannya yang ditaut erat masih tidak dilepaskan. Malah digesel-gesel ke pula ke pipi.

“Aa..awak…Saya…” Nia cuba meleraikan pegangan lelaki itu.

“Kenapa baby? Baby takut dengan abang ke?” Tangan kiri Azakie kini bermain pula dengan rambut Nia yang terbiar lepas hingga ke paras pinggang itu. Dalam pada itu Nia rasakan tubuh mereka kian merapat dan hampir bersatu. Tatkala lelaki itu menunduk sedikit wajahnya, ternyata pucuk hidung mereka juga hampir bersentuh antara satu sama lain. Ternyata ia benar-benar membuatkan Nia tidak selesa.

 

 TEASER 4

“SEDAP, Nia masak. Lepas ni bolehlah masakkan abang selalu.” Puji Azakie setelah dia merasa sedikit masakan yang terhidang itu.

“Betul ke sedap?” soal Nia teruja. Pertama kali dia masak hidangan ketam masak lemak cili api itu melalui tunjuk ajar mamanya. Kali ini sepenuhnya adalah air tangannya.

Emm…” Azakie mengangguk.

“Ya ke sedap? Tapi kenapa aku rasa masin semacam aje. Kau jangan nak jaga hati dia sangat Kie,” celah Amry.

Azakie tendang kaki Amry. Apa punya abanglah. Sekurang-kurangnya tolonglah cover adik sendiri.

Terus air muka Nia berubah.

“Alah, Nia. Abang Am tu saja je. Abang Kie rasa okey je. Sedap. Cuba tanya mama dengan Abang Ad ni? Dia orang tak komen apa, maksudnya sedaplah tu. Terima kasih Nia sebab sudi masak untuk abang.” Azakie lebih pandai mengambil hati.

 


READY FILE

 Berminat

                               Sila tekan link di bawah

www.wasap.my/601111421801/KHV.1