Thursday 31 July 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 18

Sebulan kemudian..
“IRFAN. Sini!” Panggil Nek Kalsum.
“Ada apa nek? Irfan ada kerjalah.” Irfan Faris bersikap acuh tidak acuh.
“Duduk sini.” Nek Kalsum sudah menujukkan sofa di sebelahnya.
‘Eii..Ni mesti pasal Sya ni. Malas betul aku nak melayan.’ Mahu tak mahu, Irfan Faris menurut jua.
“Nah. Sekarang ambil telefon nenek ni.”
“Nak buat apa?”
“Telefon bakal cucu menantu neneklah. Irfan ajaklah dia keluar cari barang. Cincin ke..gelang ke..Yalah, untuk majlis tunang dan batal air sembahyang nanti. Ingat Irfan. Tinggal seminggu aje ni. Kalau nak tunggu kamu sendiri yang bertindak, memang taklah. Sekarang ni, nenek nak kamu telefon dia depan-depan nenek.”
“Tak naklah. Nenek settlekanlah semua dengan mama. Kan senang. Irfan dah kata terima tu pun dah cukup bagus.”
“Nanti kalau nenek atau mama beli, takut tak muat kat jari Sya tu. Kamu ajaklah dia. Suruh dia pilih sendiri. Itu pun susah ke?”
Irfan Faris  menarik muncung dan mengomel di hati. Eii..Mangsa betullah!Bukan tak boleh pun nenek dan mama yang ajak Sya tu. Sajalah tu nak paksa orang keluar berdua. Huh!
“Tak apalah. Kalau macam tu nanti Irfan beli sendiri. Lagipun dulu nenek ada kata yang boleh ukur cincin kat jari kelingking ni. Sebabnya jari perempuan sama dengan jari kelingking lelaki. Kan senang tu.”
Epp, tak boleh. Kamu tak boleh ikut macam tu. Tu cara lapuk. Nenek nak Irfan bawa Sya tu juga.”
“Tak baguslah nek ajak anak dara orang keluar. Dah tu dah dekat hari majlis lagi. Something wronglah nenek ni. Yang tak boleh, dibolehkan.”
“Mulut kamu tu jaga-jaga Irfan. Karang nenek cili karang.” Nek Kalsum memberi amaran. Panas juga hatinya dengan kedegilan mulut cucucnya itu. Asyik nak membantah aje.
Irfan Faris buat mulut muncung lagi. Akibatnya...
“Adoi! Apa ni nek main piat-piat telinga. Sakitlah.”
“Dah kamu tu degil. Tak dengar kata. Memang padan muka kamulah.”
Irfan Faris menggosok telinganya. “Okey. Kalau nenek nak juga Irfan ajak budak Sya tu...Irfan terpaksa buat syarat tambahan.”  Irfan Faris juga punya otak bergeliga.
“Haa, apa dia? Cakaplah.”
“Sebagai syarat tambahan, Irfan nak segala barang kemas yang Irfan beli untuk Sya, Irfan akan tuntut tiga kaliganda daripada nenek.Amacam? Nenek setuju? Kalau tak setuju...Irfan pun tak naklah keluar dengan Sya.”
‘Bertuah punya cucu. Dari kecil sampai ke besar memang nak perhabis duit aku aje. Ni mesti protes aku pasal paksa kahwinlah ni.’
Nek Kalsum hanya tersenyum. “Okey, boleh. Nenek  tak  ada masalah. Dah sini. Biar aje nenek yang telefon Sya.”Nek Kalsum kini menghubungi nombor telefon bimbit Irsya Natasya. Dia menunggu seketika kerana talian masih belum bersambung.
‘Sya..Tolong Sya. Jangan jawab Sya. Jangan jawab. Jangan jawab panggilan tu. Kau kena tolong aku Sya.’ Irfan Faris berbisik dalam hati sendiri. Mengharap ada telepati antara kedua mereka walau tidak pernah bertemu.
Lama juga Nek Kalsum menanti. Namun panggilannya tidak di jawab.
“Eh, tak angkat pulakbudak bertuah ni. Ke mana Sya ni agaknya.”
Irfan Faris tersenyum di hati. Suka. Baguslah kau Sya. Nampaknya kita ada telepati. Bolehlah juga jadi geng.
“Alah nek. Mesti dia tak nak angkat punya. Dia kan tengah marah pasal kes hari tu.”
“Dia marah dengan kamu, bukan nenek.”
“Entah-entah dia tu pun tak rela kut nek? Sebab tu sengaja tak angkat bila nenek telefon. Harap-haraplah dia tak angkat terus. Aamiin...” Irfan Faris sudah mengangkat tangan berdoa.
Akibatnya, pehanya pula menjadi mangsa pukulan nenek.
“Adoi! Sakitlah, nek. Pukul-pukul pulak.”
“Padan muka kat kamulah. Nek nak beritahu, Sya tu tak macam kamu tau. Dia tu dengar kata. Awal-awal lagi bila nenek cakap nak kasi kamu kat dia, dia terima aje sampai mak dia kata, dia tak sabar suruh nenek hantar kamu pada dia.”
Irfan Faris terdiam dan tertelan liur. Err..Gitu ke? Takkanlah...

IRSYA NATASYA kini bersama emaknya mencari barang perkahwinannya yang masih belum dibeli walaupun awalnya dia mengelak. Jika tidak pasti mulut emaknya akan terus meleterinya. Kena piat telinga satu hal. Dalam pada itu dia pasti akan mendapat syarahan percuma daripada abahnya. Maka, ikut ajelah. Terpaksa! Lagipula emak dan abahnya sudah bersusah-payah. Kasihan pula kat orang tua sendiri yang beriya-iya.
Mahu tidak mahu dia terpaksa menganggap dia bersetuju dengan pernikahan yang dirancang walaupun dia sudah mendapat hint yang bakal suaminya itu juga tidak bersetuju dengan pernikahan mereka.Sememangnya sejak peristiwa kelmarin itu juga Irfan Faris tidak menghubunginya untuk mengucap kata maaf. Nampaknya hidupnya nanti pasti persis cerita drama kahwin paksa. Oh, nehi!
            “Sya. Lepas ni hantar mak ke hospital. Nak cabut gigi.”
            “Yalah, mak.”
            Sememangnya itulah yang dirancang sejak di rumah. Selepas mencari barang yang perlu, emaknya ingin pergi mencabut gigi. Kelmarin dua tiga hari emaknya demam sebab sakit gigi. Bila dah tak sakit, baik dicabut saja. Kalau sakit lagi di waktu majlis, tak meriahlah nanti nak melayan tetamu dengan gelak tawa glamour ala-ala Wan Maimunah.
            “Sya tunggu kat luarlah. Sebab nak tunggu mak kat dalam ni ramai orang pulak. Tak pun, Sya lepak-lepak dulu kat taman depan sana tu.”
“Yalah Sya oii. Nanti kalau dah siap, mak telefon.”
Irsya Natasya kini baru memakir kereta. Seketika tadi telefonnya bernyanyi minta diangkat, namun dia membiarkan sahaja kerana sedang memandu. Kini, dia telah memakir kereta. Kebetulan telefon bimbitnya kembali berbunyi lagi. Ia segera dijawab.
“Hello..”
“Assalamualaikum, Sya. Nenek ni? Sya apa khabar? Sihat tak?”
“Oh, nenek. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. Sihat nek.”
“Kenapa tak angkat telefon Sya.”
“Maaf nek. Tadi, Sya tengah drive.
“Oh.”
Nek Kalsum kemudian berbual seketika dengan Irsya Natasya. Apa yang pasti dia bertanyakan persiapan majlis di pihak Irsya Natasya.
“Okey nek. Jangan bimbang. Settle semua. Tunggu tok kadi dan bakal suami Sya aje.” Irsya Natasya sempat tergelak membuat lawak. Saja aje sebenarnya. Nak sedapkan hati Nek Kalsum. Orang kata, ambil hati.
“Baguslah tu Sya. Haa, Sya. Ni Irfan nak bercakap dengan Sya.”
“Hah? Irfan nak cakap dengan Sya?”
Nek Kalsum kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kepada Irfan Faris.
“Ingat. Cakap apa yang nenek suruh tadi.” Nek Kalsum memberi amaran dalam suara yang sedikit perlahan. Dia duduk berjaga di situ.
‘Eii, nenek ni. Buat aku macam budak kecik aje. Siap duduk sebelah. Melampau tu.’Omel Irfan Faris di hati.Irfan Faris kemudian membetulkan sedikit suaranya sebelum berbicara.Terpaksa berlakon di bawah arahan nenek. Memang mangsa keadaan.
“Assalamualaikum, awak.”
“Ya, waalaikumussalam.”
“Awak..Sebenarnya, saya nak minta maaf pasal hal sebelum ni. Saya tahu saya yang salah. Waktu tu saya..” Mendatar sahaja suara Irfan Faris. Bercakap tanpa perasaan.
“Tak apalah. Dah lepas tu, biarlah. Nenek ada dekat sebelah awak ea?” Irsya Natasya menduga.
“A’ah.” Irfan Faris mengiyakan.
“Dah agak dah.So, apa planning seterusnya?”
“Kita jumpa. Just sekali aje sebelum majlis. Sebabnya saya kena nak cari barang awak. Nak kena ajak awak sama. Nanti waktu tu, kita kenal-kenallah.” Lembut saja bicara Irfan Faris menyampaikan kata. Almaklumlah, nenek kat sebelah. Nek Kalsum sudah pastinya sudah meleret senyum mendengar bicara cucunya itu.
“Tapi, dah dekat nak majlis. Tak apa ke?”
“Awak jangan risau. Nanti saya beritahu kat mak dengan ayah awak, okey. Lagipun nenek yang suruh.”
Irsya Natasya di hujung talian akhirnya menyatakan persetujuan. Talian kemudian di matikan.
Nek Kalsum sudah menunjukkan tanda bangus. “Macam nilah cucu nenek. Dengar kata.” Nek Kalsum kemudian menepuk bahu cucunya itu. Selajur itu dia kembali meminta telefon bimbitnya dan berlalu pergi.
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar. Hai. Apalah nasib aku ni. Apakah yang berlaku kini harus diterima sebagai takdir hidupnya? Irfan Faris kemudian naik ke bilik dan mengambil kunci keretanya. Sempat dijeling sekilas gambar wajah Irsya Natasya di atas meja.
“Pasal kaulah ni tau tak. Kau angkat phone tu siapa suruh. Bagi karang!” Marah Irfan Faris sambil menunjukkan buku limanya yang pada ke arah gambar wajah Irsya Natasya yang kaku tidak bergerak.
“Eleh. Nak tumbuk-tumbuk pulak.Ngek!” Gambar Irsya Natasya sudah menjelirkan lidah.
Irfan Faris membulatkan mata. Terkejut. Dia kemudian meraup muka. Nyatalah ia hanya ilusi yang menipu. Mungkin kerana perasaan yang tertekan, dia jadi begitu. Sememangnya ia juga terjadi sebelum ini. Dia kemudian keluar mencari ketenangan untuk merehatkan fikirannya yang berserabut.
Keretanya kini di parkir berdekatan taman permainanbersebelahan padang awam. Di tengah padang kelihatan sekumpulan budak lelaki bermain bola sepak. Perhatiannya  beralih ke taman permainan. Melihat kanak-kanak bermain sangat menghiburkan. Namun, fikirannya tidak setenang yang diharapkan. Fikirannya tetap terganggu dengan majlis pernikahannya yang semakin hampir.
Dia kini berjalan menyusuri tepi padang. Sambil berjalan tangannya menyeluk ke kocek seluar. Itu memang gayanya. Gaya ala-ala kerek.
“Kenapalah hidup aku ni ditakdirkan kahwin paksa? Macam cerita drama. Boring betullah. Agaknya si Sya tu okey ke tak ek? Boleh kautim ke tak? Pulak tu nikahnya Sabtu minggu ni. Ya Allah. Macam tak percaya aje. Tawakkal ajelah.” Irfan Faris meluah rasa dalam dilema.
Dalam pada itu, Irsya Natasya juga sedang dalam dilema. Fikirannya juga memikir hal yang sama. “Ya Allah. Dah nak jadi bini orang aku ni. Macam manalah nak ikhlaskan hati dengan sebenar-benar ikhlas. Tapi, macam ada harapan lagi nak lari dari masalah ni. Cuma kena kautim dengan dia tulah. Agak-agak, dia setuju ke tak?”
Irfan Faris kini terusberjalan. Kebetulan ada sebiji bola sudah melantun berhampiran denganya. Dia buat skill mengelecek bola sebelum menendang bola itu. Macam gaya Shinici Kudo dalam cerita animasi Detective Conan. Zasss…Jauh bola itu terbang namun terlencong ke luar padang.
“Adoiii!” Kedengaran satu suara sudah menjerit. Irfan Faris baru tersedar dan terlihat mangsa yang menerima hentaman bolanya itu sudah berdiri. Sebenarnya, dia tak sengaja pun menendang bola sekuat itu. Dengan itu dia segera pergi ke keretanya. Takut pula dibakal dikejar nanti.
“Siapalah yang power sangat tendang bola ni? Sampai kepala aku pun kena. Sakit tu.” Irsya Natasya sudah menggosok kepalanya yang sedikit bergegar terkena rembatan bola itu. Dek kerana itu lamunan perasaanya terhenti.
Dia kemudian pergi mengambil bola yang sudah bergolek di rumput. Dia melilau pandang mencari gerangan empunya diri yang menendang bola tersebut. Namun dia tidak dapat mengenalpasti empunya diri yang mempunya skill tendangan se ‘kencang’ dan se ‘power’ itu.
“Geng Power Rangerslah ni kut. Kalau dapat jumpa best juga ni.”  Irsya Natasya sudah berjalan sambil membawa bola tersebut ke dalam tengah padang di mana ada sekumpulan budak-budak bermain bola. Untung-untung bertemu empunya diri. Sampai masanya, ada seseorang yang menghampiri dan menegurnya.
“Akak. Tu bola saya.” Ujar seorang budak lelaki kepada Irsya Natasya.
“Oh. Bola adik ke? Tadi adik ke yang tendang bola ni. Powerlah. Macam skill CR.”
“Bukan. Tapi, tadi ada abang kat tepi padang tu yang tendang.” Ujar budak lelaki itu sambil menunjukkan arah di mana ‘abang’ itu berada tadi.
“Oh, ya ke? Hmm..Nah bolanya.”
“Akak tak nak join ke?” Ramah pula budak itu menegurnya.
“Akak? Hihi..Macam lawak aje. Lagi-lagi pagai baju cantik macam ni. Pakai skirt labuh pulak tu. Takkan nak main bola kut.”
Budak lelaki itu hanya ketawa. “Akak tendanglah sekali. Mana tahu lebih power dari kita orang.”
“Okeylah. Akak tolong tendang sekali ni aje tau.” Irsya Natasya kemudian meletakkan bola tersebut di atas rumput. Diangkat sedikit kain skirtnya dan membuat tendangan. Zasss…Cantik juga skill rembatannya.
Dari dalam kereta, Irfan Faris melihat aksi Irsya Natasya.
“Mak oii. Power juga budak perempuan tu tendang bola. Tak padan dengan bertudung. Pakai skirt labuh kain kembang lagi. Yang bagusya dalam tu pakai seluar tracksuit. Bagusnya. Taklah nampak betis seksi.” Irfan Faris memuji dan tersenyum. Dia sedikit teruja. ‘Macam boleh jadi geng aje.Nice.’
Irfan Faris kini kembali memandu. Namun, setelah beberapa meter dia kembali memberhentikan keretanya.
“Eh, kereta Myvi merah tu macam kereta…”Irfan Faris mengenalpasti kereta Myvi merah yang dilihat itu. Ya. Itulah kereta yang dilihat sebelum ini. Kereta yang dipandu budak latah yang ingin sangat dia ketemu kerana ingin mendapatkan satu jawapan, bagaimana gadis ituboleh melatah menyebut namanya walaupun tidak pernah kenal antara satu sama lain. Dia menunggu dan berharap agar dia punya kesempatan untuk bertemu dengan gadis itu. Sambil itu dia bersandar dan menyanyi sendiri sambil mengetuk-ngetuk stereng.
“Aii, tiba-tiba berdebar pulak yang kat dalam ni. Apa ke hal?”Irfan Faris sudah melekapkan tangannya ke dada. Dia kemudian melihat kocek baju di dada kanan dan kirinya. Mana tahu dia terbawa gambar Irsya Natasya bersama. Irfan Faris menggeleng kepala. Sah-sahlah gambar itu sudah dibingkaikan oleh mamanya dan diletakkan di atas meja bilik tidurnya.Ngeklah kau ni Irfan Faris. Dia mengakuinya sendiri.
Pandangan Irfan Faris kini terperasankan seseorang yang berjalan menghampiri kereta kereta Myvi merah itu. Riak wajahnya tiba-tiba berubah.Hatinya jadi marah. Dia segera turun dari keretanya.
“Apa achik buat kat sini?”ujar Irfan Faris kepada Zamilah.
“Eh. Kebetulan aje. Kenapa?”
“Achik jangan nak tipulah. Achik spy Irfan kan?”
“Eh. Taklah. Mana ada. Apa ni tuduh achik macam tu. Tak baik tau.”
“Berapa nenek bayar kat achik?” Nada Irfan Faris sedikit berangin. Ada sebab tiba-tiba dia berperangai begitu.
“Eh..Tak..Tak..Tak..Mana ada. Achik tak masuk campur pun. Nenek tak bayar apa-apa.”
“Eleh..Achik tak payah nak tipulah. Nenek dah bayar achik kan? Berapa nenek bayar kat achik?” soal Irfan Faris sambil memeluk tubuh. Tenungan matanya tepat menikam ke arah nak mata Zamilah di hadapannya.
“Eh, tak adalah Irfan. Mana ada.” Zamilah menafikan.
“Achik ingat Irfan ni budak kecil ke? Bukan Irfan tak dengar semalam. Irfan ni tak pekak lagilah, achik. Kenapa ya semua orang nak tentukan hidup Irfan. Kenapa semua orang anggap Irfan ni tak ada perasaan. Kenapa semua orang nak jadikan Irfan ni mangsa dalam perkara ni. Nenek dah tentulah. Mama dan Papa pun ikut aje cakap nenek. Achikkan selalu berpihak kepada Irfan. Kenapa sekarang achik ikut kata nenek pulak. Tak adil tau macam ni. Kalau achik, apa perasaan achik?”Tegang juga bicara Irfan Faris tika ini. Sememangnya sewaktu dia pulang semalam, dia secara tidak sengaja terdengar perbualan nenek dan mak usunya itu. Dan apa yang melukakan hatinya ialah rancangan neneknya yang olok-olok sakit dan surat perjanjian itu dibuat oleh mak ususnya.
“Alah, Irfan. Irfan ikut ajelah kehendak nenek. Achik bukan apa. Kalau Irfan dengan nenek tu bermasam muka, lagi haru jadinya. Lagipun sekarang, achik perlukan duit. So, senang cerita ikut kata nenek ajelah. Dah nenek bayar.” Mudah benar Zamilah menutur kata tanpa terasa apa-apa walaupun tadi dia beriya menafikan.
Riak wajah Irfan Faris berubah. Dia kecewa sebenarnya. Dia mengharap mak usunya itu berpihak padanya, tetapi kuasa nenek untuk mempengaruhi ternyata lebih besar daripadanya. Begitu mudah untuk mak usunya menurut kata nenek walhal dahulu dialah penentang terhebat kepada neneknya itu.
Fine! Kalau dah itu kehendak semua orang, Irfan akan kahwin dengan budak tu! Nak sangat kan! Lepas ni kalau ada apa-apa berlaku, jangan salahkan Irfan!” Irfan Faris kembali ke kereta dan menghempas pintu. Sebal sungguh rasa hatinya. Terus ditekan pedal minyak dan memecut laju keretanya. Hilang terus moodnya untuk menanti akan gerangan pemandu Myvi merah itu.
Dalam pada itu, Irsya Natasya berdiri di sebalik sepohon pokok yang agak besar. Dan, dia telah melihat drama sebabak itu walau tidak nampak wajah kedua-dua empunya diri.
‘Siapalah orang tu. Suara, mak oii. Sekampung boleh dengar. Dahlah gaduh dekat sebelah kereta abah aku. Selamatlah tak ada aksi baling-membaling. Kalau tak, tak pasal-pasal kereta abah aku yang jadi mangsa. Hmm..Dengar ayat tu macam kena kahwin paksa aje. Hohoho…Sama macam aku. Genglah kita ya. Jom buat group. Lepas tu kita kenal-kenal, mana tahu jodoh kita.’ Irsya Natasya gelak sendiri. Sememangnya fikirannya itu suka merawang akan sesuatu yang tak mungkin dan tak logik dek akal. Lagipun gelak sendiri dikala stres adalah salah satu cara dia menggembirakan diri.

ZAMILAH duduk menghadap ibunya. Sebenarnya dia baru kena ‘ceramah’ percuma. Terasa juga ada air liur ibunya yang memercik tempias ke mukanya. Adoi..Terpakas menghadap. Macam menghadap permaisuri sihir.
“Kalau kamu nak ibu tolong kamu, kamu juga perlu tolong ibu. Tak susah mana pun kerja ni.Kalau kerja kamu okey, ibu akan bayar kamu.”
“Hah, betul ke bu? Ibu tak tipu.”
“Aku ni ada ke tipu kamu. Kamu tu aje yang selalu tipu aku Mel oii.” Kepala Zamilah ditunjal Kalsum.
Zamilah tersenyum terkulat-kulat.
“Jadi apa kerja yang ibu nak bagi kat Mel? Tolong along kat pejabat dia tu ke? Kalau tu, Mel tak nak.”
“Aku tak cakap pun lagi. Yang kamu tu tak sabar  sangat kenapa?”
Zamilah kembali terkulat-kulat. Kini dia menanti tugasan kerjanya.
“Kamu hanya perlu jadi spy ibu untuk Irfan.”
“Hah?For what?”
“Untuk pastikan yang Irfan tak bohong ibu lagi. Ibu nak Irfan menikah dengan Irsya Natasya. Pastikan mereka keluar berdua dan bukan ada orang lain sebagai penggantinya. Faham?!”
“Err..Okey. Small matter. Yang penting upahnya ada ya, bu.”
“Kamu ni kan Mel, dah tua pun minta duit ibu. Nanti ibu bayarlah. Yang penting kerja beres.”
Zamilah sudah tersenyum. Yes!