Sunday, 31 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 32

ILHAM termenung sendiri. Sesekali dia terseyum sendiri. Fikirannya melayang kepada Maisarah yang nun jauh di mata. Walau jauh di mata, ia tetap dekat di hati. Ilham menaip sesuatu di skrin laptopnya.
~Bismillahhirrahmannirrahim. Ya Allah..Sampaikanlah salam rinduku kepada dia, Izzati NurMaisarah binti Muhammad  sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin Ya Rabbalalamin.~
Dia tersenyum.‘Moga diperkenankan.’ Doanya di dalam hati.

MAISARAH  kini sedang bermain dengan robot Transfomers yang dihadiahkan oleh Ilham kepadanya. Kini, dia telah berjaya mencari kunci untuk mengubah robot itu kepada sebuah trak.
‘Apa khabar Ilham agaknya yek?’
Maisarah kini membuka ‘beg azimat’nya. Di dalam beg itu tersimpan pelbagai titipan atau kad yang diterima. Ia dicampur menjadi satu.
Maisarah kini membaca akan titipan yang diberi Ilham. Dia tersenyum sendiri. Dia mengenang kisah mereka. Banyak juga kenangannya bersama Ilham, seorang lelaki yang kadang-kala menyesakkan hatinya. Tentang lamaran Ilham…Maisarah hanya mampu melepaskan keluhan. Tidak harus lagi dia memikir kerana hatinya masih setia menanti untuk orang yang masih tidak muncul di hadapan matanya. Dia redha.
Kini, perhatiannya jatuh pada satu titipan kad yang diberikan I-Man. Dia kembali membaca titipan itu. Rasanya sudah hampir sebulan titipan di simpan.
‘Sejak titipan ni aku terima sehinggalah kini, hati aku rasa tidak keruan. Aku tidak tenang. Apa yang sebenarnya berlaku pada dia?’
‘Sepertinya sekarang aku meraskan bahawa dia itu memang Iman Ahlamku. Mungkinkah apa yang aku fikirkan ini benar? Tapi, caranya dia….Sangat berbeza. Mungkinkah dalam tempoh tiga tahun ini dia telah berubah laku. Tidak lagi mengingati aku? Adakah aku harus pasrah?’
Lamunannya terhenti apabila Zulaika menelefonnya dan memberitahu bahawa esok dia bakal bertemu bos barunya. Sebenarnya, bos barunya itu telah mula bertugas minggu lepas, namun dia masih tidak bertemu kerana mengikuti kursus dan kemudian pulang ke kampung. Maka, esok adalah hari pertama untuk dia bertemu muka dengan lelaki itu.Menurut kata Zulaika nama bos baru mereka itu Iman. Erkk? Iman?? Entah-entah I-Man. Dekat sebulan dah dia tak muncul, entah-entah esok jadi bos aku pulak.

SEJAK awal pagi Maisarah terasa dadanya berdebar. Mungkin kerana dia bakal bertemu bos barunya. 
‘Kenapalah tiba-tiba aku cuak macam ni.’ Bisik Maisarah sendirian. Tangannya masih terlekap di dada. Maisarah terus berpura-pura menghadap komputer di hadapanya apabila kedengaran langkah kaki itu semakin hampir dengannya. ‘Calm down jantung…Calmdown..Kenapa aku cuak semacam je ni.’
“Selamat pagi,” sapa suara itu tatkala lalu di hadapan Maisarah.
“Selamat pagi, en..cik...” jawab Maisarah seraya memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Pandangan mereka bertemu. ‘Alamak..Muka macam pelakon Aqashalah.’ Maisarah sudah meneguk liur sendiri.
“Hmm, kak. Tolong bancuhkan Nescafe untuk saya ye. Hantar dengan biskut sekali. Hari ni Amy takde.” Perintah lelaki itu sebelum berlalu pergi ke biliknya. Mukanya kelihatan serius.
“Erk…” Terkesima Maisarah seketika.
“Cepat sikit tau.” Lelaki itu mengarah. Suaranya tidak mesra.
“Ba..baik.” Balas Maisarah tergagap-gagap.
Lelaki itu berlalu pergi ke biliknya. Maisarah membuat muka. ‘Eii..Apa ni. Datang-datang je terus suruh buat air.’ Maisarah bergegas ke pantry melakukan apa yang di suruh. Dirinya seakan terpaksa. Hatinya mengomel sendiri.
‘Perghhh..Aku pulak yang kena bancuh air untuk dia. Macam berlagak je mamat ni. Baru je kerja dekat sini dah berlagak. Ingat dia anak bos ke. Rasa macam nak cekik-cekik pun ada. Ada ke panggil aku akak. Tolonglah. Tahulah muka aku ni klasik, tapi tengoklah MyKad aku. Umur berapa. Baru je 26 tahun. Bukannya tua sangat pun. Lepas tu senang-senang je perintah aku buatkan air untuk dia. Ehh..Banyak cantik. Tak pasal-pasal aku jadi kakak pembancuh Nescafe harini.’
Maisarah mengetuk pintu sebelum mendapat keizinan untuk masuk. Dia menghidangkannya apa yang di minta oleh bosnya itu dengan berhati-hati. Dia sempat menjeling bosnya itu. Pandangan mata lelaki itu masih tertumpu pada laptopnya. “Thanks.” Ucapnya tanpa menoleh. Mungkin terlalu sibuk.
“Yelah tu sibuk. Entah-ntah sibuk layan chatting je,” gumam Maisarah di dalam hati. Dia masih berasa kurang senang dengan sikap bosnya itu. Rasa macam berlagak je.
Maisarah baru sahaja ingin menapak keluar, namun namanya di panggil.
“Awak tolong kemaskan bilik saya ni, boleh? Sorrylah bersepah sikit. Kelam-kabut sikit minggu ni. Biasalah baru lagi.” Iman kini menyandarkan tubuhnya di kerusi.Tangannya lembut bermain dengan pen yang diselitkan di antara jari-jarinya. Matanya memandang wajah Maisarah yang sudah berdiri di muka pintu. Maisarah terkedu namun masih berlagak selamba.
            ‘Apa keslah mamat ni pandang aku macam ni. Macam tak pernah tengok orang. Buat gaya macam tu, macholah tu konon. Eii..Menyampah pulak aku tengok dia ni. Aku ‘sekeh’ baru tahu.’ Maisarah kemudian membuat apa yang dipinta.
Iman Ilyas menghirup air yang telah sedia terhidang dihadapannya. Dia tiba-tiba terbatuk. Tersedak. Maisarah yang sedang sibuk menyusun fail sempat menjeling tingkah bosnya itu. ‘Kenapalah mamat ni.  Tersedak bagai. Aku buat air tak sedap ke?’Maisarah berbicara dengan hati sendiri.
“Sedap air awak buat ni.” Puji Iman Ilyas seakan mendengar persoalan di hati Maisarah.
 Maisarah tersenyum di dalam hati.‘Tau takpe. Aku memang sedap kalau buat air.Apa yang penting tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Manis-manis buah gitu.’
“Tapi, kenapa air Nescafe awak buat rasa Neslo?”soalan Iman Ilyas membuatkan muka Maisarah terasa merah padam. ‘Errkk..Aduhai, aku tersalah bancuh ke tadi. Mampus.’Maisarah mengetap bibir. Dia sedar, dia tersilap.
“Opss, maaf. Saya tersalah bancuh,”ujar Maisarah tanpa memandang bosnya. Tangannya terus pantas menyusun fail. Dia ingin segera keluar dari bilik itu. Aduhai…Bengang.
“Mesti berangan je tadi, kan. Hmm..siapa nama awak? Lupa nak tanya,” ujar Iman Ilyas  berbasa-basi. Masih tersandar selesa di kerusi empuknya. Lagaknya seperti dia bos besar.
“Maisarah.”
“So, awak nilah Maisarah.”
Maisarah terdiam. Nada lelaki itu agak janggal dipendengarannya. Macam dah lama nak kenal  je. Alahai..Sempat perasanlah pula.‘Eh, jangan-jangan dia tunang aku masa kecik. Oh, nehi. Takkanlah. Nama orang tu pun aku tak tahu. Eh, bukan tak tahu. Tapi tak ingat. Memori dah hilang.’
“Maaf, encik Iman. Saya dah siap kemaskan. Saya keluar dulu ye.” Maisarah segera melangkah keluar. Tidak mampu dia berlama-lama di dalam bilik itu. Berpeluh dibuatnya.
“Hmm..Jap..Jap..Macam mana tahu nama saya?” Nada suara itu masih tidak mesra. Tangannya masih bersilang di dada.
“Ika dah beritahu saya. Maaf encik Iman. Saya minta diri.”
“Hmm. Okey. Awak boleh keluar.”
Maisarah sudah membuat muka. ‘Kenapalah macam berlagak sangat dia ni. Anak bos ke anak raja ni.’
Maisarah kembali ke mejanya. Ada mesej di peti masuk telefon bimbitnya. Zulaika yang mengirim mesej. Maisarah sepertinya sudah maklum akan kehadiran mesej itu. Sudah pastinya Zulaika ingin bertanya tentang pandangan Maisarah tentang bos barunya. “Minah ni mesti kelentong aku. Dia kata encik Iman ni baiklah, peramahlah, suka senyum…tapi bila aku jumpa lain je. Tak macam apa yang dikata. Hmmm…entahlah. Nasiblah dapat bos yang macam ni. Tak suka..tak suka..”
Maisarah menekan-nekan punat membalas mesej Zulaika. Sudah pastinya dia mengumpat bosnya itu. Maisarah kemudian menyambung kerjanya.
Pada waktu makan tengahari, Maisarah tidak turun ke kafeteria. Sama seperti sebelumnya, dia lebih suka membawa bekal. Bukan masak sendiri pun, tapi beli dekat kedai Kak Yah je. Murah dan jimat.
            “Aii…Sorang je ke?” Sapa satu suara yang mula dikenali. Maisarah hampir tersedak disergah begitu. Siapa lagi kalau bukan bos barunya itu. Dia menjeling tajam dan membuat muka kepada bosnya yang tatkala itu sedang membelakangkannya. Iman Ilyas kemudian melabuhkan punggung menghadap Maisarah. Dia membawa bersama akhbar The Star dan matanya khusyuk membaca berita yang terhidang di dada akhbar. Jantung Maisarah kembali berdebar.
‘Apa keslah mamat ni duduk kat sini. Kalau setakat nak baca paper tu dekat bilik pun boleh. Ni tak. Nak juga dia port kat sini. Hilang terus selera makan aku. Tapi sayang pulak kalau tak habis. Membazir je.Kalau dengan Am, aku dah suruh dia habiskan semua ni.’ Maisarah mengomel sendiri. Dia masih meneruskan suapan nasi ke mulutnya. ‘E’eh. Tetiba teringat dekat Am pulak ea.’
Suasana yang hening dan sunyi itu semakin tidak mententeramkan hati Maisarah. Dia juga terperasan akan tingkahnya diperhatikan oleh lelaki itu.
“Encik Iman tak makan ke?” tanya Maisarah sekadar ingin menunjukkan sedikit kemesraan.
“Ada ke awak nampak saya makan?” Iman Ilyas menjawab tanpa memadang sambil tangannya menyelak helaian akhbar.Berdesing kata-kata itu kedengaran di telinga Maisarah.
‘Perghh…bengkek gila aku dengan bos ni. Aku tanya baik-baik, boleh pulak dia jawab macam tu. Tune tu tak mesra langsung. Bajet bagus. Nasiblah kau ni bos. Kalau Am dah lama aku tampar muka dia.’
Selepas habis minum, Iman  Ilyas kembali ke bilik pejabatnya.
“Bagus…Lega sikit.” Bisik Maisarah. Dia kembali menyuap makanannya sehingga habis. Errkkk..Alhamdulillah.
Selepas bersolat Zohor Maisarah kembali ke mejanya. Biasalah baru lepas makan tengahari, pasti mengantuk. Namun Maisarah menahan keinginan matanya. Maisarah meneruskan kerjanya. E-mail yang baru diterima daripada Zulaika dan Azidy memintanya untuk membuat analisa data. Maisarah tanpa lengah pantas membuat kerjanya. Kalau sempat dia ingin menyiapkan semuanya di pejabat. Malas untuk dibawa pulang. Tiba-tiba ada seseorang hadir dan duduk di tempat Zulaika. Terkedu Maisarah seketika.
“Air-cond dekat dalam bilik saya tu rosak. Tolong call orang suruh betulkan,” ujar Iman Ilyas sambil memasang plug laptopnya. Maisarah hanya mengangguk. ‘Aduh makin berpeluhlah aku dibuatnya. Jantung aku ni pun makin tak stabil je dengupnya. Laju semacam. Pulak tu duduk berdua macam ni.Parah. Dia orang semua pergi DC. Budak department sebelah pun takde. Grr..Aku juga kena tinggal dekat sini dengan makhluk sorang ni. Ya Allah. Lindungilah diri ini Ya Allah.’
Iman Ilyas khusyuk membuat kerjanya. Sepertinya Maisarah tidak wujud di sebelahnya. Maisarah pula tidak senang duduk. Apa yang di taipnya selalu sahaja salah. Banyak kali dia membetulkannya lebih-lebih lagi berhubung dengan figure.
“Ish..apa kes asyik salah je ni,” rungut Maisarah perlahan. Namun kata-katanya itu didengar oleh Iman kerana kedudukan mereka berdua bukanlah terlalu jauh.
“Tak fokuslah tu. Mesti fikiran ingat ke lain.” Berdesing telinga Maisarah menendengar bicara itu.
Maisarah mengetap bibir. ‘Apa ke hal mamat sebelah ni. Macam sengaja nak cari pasal dengan aku.’ Sempat juga dia menjeling tajam lelaki itu.
“Sarah. Tolong ambilkan saya fail ACM July last year,”perintah suara itu.
‘Sarah?? Hmm..Saja nak mengingatkan aku pada Iman.’
Terbongkok-bongkok Maisarah mencari fail yang dimaksudkan di rak sebelahnya itu.Namun sewaktu dia bangun, kepalanya terhantuk sedikit pada bucu meja.
“Aduh…kau 12,13,14…” Maisarah sudah menepuk-nepuk mulut seakan memarahi mulutnya yang terlepas cakap. Hehe..Melatah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa sindrom latah itu ada padanya. Bukannya apa. Muda-muda lagi dah melatah
“Apa latah-latah ni. Muda-muda pun melatah.” Tajam suara itu menusuk pendengaran. Ternyata memerli.
Maisarah mengurut dada. ‘Sabar Mai..Sabar…Ni ‘cobaan’ je.’
Fail yang telah di ambil diberikan kepada Iman.Seketika itu pandangan mata mereka bertemu.
“Apa yang 12,13,14…tu. Nilai wang hantaran ke? Taklah tinggi sangat kut.” Kini Tangannya menerima huluran fail dari tangan Maisarah.Dia mengukir senyum. Namun senyuman itu beriak sinis.
Maisarah terpaksa bersikap selamba untuk berbual dengan bos barunya itu. Dia perlu mencari keserasian dan kesefahaman dengan lelaki itu kerana ia melibatkan soal kerja.
“Err..Encik Iman..Boleh tanya tak?” Maisarah mengatur bicara sebaik mungkin. Wajahnya sudah memandang lelaki yang duduk berdekatan dengannya itu.Terasa berdebar sahaja jantungnya tatkala melihat wajah lelaki itu. ‘Perghh…Rasa macam tak mampu bersuara je sekarang ni.’
“Hmm..” Iman Ilyas mengangguk memberi kebenaran. Namun dia tidak memandang Maisarah.
“Err..Kenapa encik.. panggil saya Sarah?”
“Soalan awak ni jenis apa, Sarah?” Iman Ilyas masih tidak memandang. Fokus matanya masih pada skrin laptop.
“Entah. Saya pun tak tahu jenis apa.” Maisarah tiba-tiba membuat lawak selamba.“Sebenarnya saya rasa janggal pula bila encik panggil saya Sarah. Biasanya dekat pejabat ni orang panggil saya Mai je.” Maisarah mula menunjukkan kemesraan.
“Saje.Kenapa? Tak boleh ke. Bukan ke tu nama awak juga. Ke nak saya panggil awak akak? Atau nama tu untuk orangspecial je boleh panggil.”Iman Ilyas membalas kata.
Maisarah terdiam sejenak. ‘Sebelum ini hanya Iman je yang panggil aku Sarah. Ilham pula suka panggil Sarahku. Hmm..I-Man..Hmm..Dia tu panggil aku Sarah macam dah kenal lama je. Okeylah gak. Tak kisah pun. Tapi dia ni…’
“Hurmm..Memanglah boleh. Cuma tak biasa je. Terasa janggallah pulak.”
“Janji ia mewakili awak, kan. Kalau awak tak suka saya panggil macam tu, tak kisah. Saya akan panggil awak Mai. Okey..Puas hati!” Iman Ilyas memandang wajah Maisarah. Nada suara itu tidak disenangi.
Maisarah menelan liur payau. ‘Alahai dia ni. Tak friendly langsung. Aku rasa dah tanya bebaik dah. Ada ke jawab macam tu. Entah-entah soalan aku ni, tak logik kut untuk ditanya.’
“Any question?”soal Iman Ilyas.
Maisarah menggeleng.
“Sekarang saya nak tanya awak pulak.”
Maisarah mengangguk. Berdebar pula dadanya.
“Nama penuh awak?”
“Izzati…NurMaisarah.”
“Umur?”
“26 tahun.”
“Dah kahwin?”
Maisarah terdiam. Tidak menjawab.
“Kalau nak kenal dengan orang, tak payah tanya pelik-pelik. Direct je. Cakap jelah awak nak kenal dengan saya. Kan senang.”
Maisarah mencebik. ‘Perasan mamat ni.’
“Kalau macam tu…errr..Nama penuh encik Iman..” Maisarah inginkan jawapan.
“Iman Ilyas bin Salahuddin.” Jawab Iman Ilyas lembuh penuh berhemah.
“Iman…Ilyas?”
“Kenapa? Nama boyfriend awak sama macam saya ke?” Wajah Iman Ilham masih serius walaupun kata-katanya seakan gurauan.
“Eh, takdelah.” Maisarah sekadar menjawab sambil menjongket bahu. Dia tersenyum sendiri. ‘Okey jugalah dia ni kut. Ingatkan tak mesra rakyat langsung.’ Dia kemudian menyambung kembali kerjanya. Kembali mencari fokus. Iman Ilyas di sisi hanya tersenyum. Sempat juga dia menjeling Maisarah yang kembali khusyuk membuat kerja.
Maisarah termenung seketika. “Err..Encik Iman. Saya nak tanya lagi boleh tak?”
“Nak tanya apa lagi Sarah..Nak tanya saya ni dah kahwin ke belum? Jawapannya belum. Calon takde lagi. Nak jadi calon boleh juga.” Laju sahaja bicara itu.
Maisarah mencebik bibir. ‘Sengal mamat ni. Tadi semacam je. Dia buat lawak pulak ke apa.’
“Awak nak tanya apa?”
“Hmm..Dah tak ingat.”
“Aii, tak ingat dah. Awak ni mesti banyak makan semut ni. Rumah family dekat mana?” soal Iman Ilyas tiba-tiba. Dia masih dengan caranya. Matanya masih tertumpu pada skrin laptopnya. Hanya mulutnya yang berbicara.
Maisarah sempat menjeling Iman Ilyas. Dia tidak menjawab.
“Tak beritahu sebab takut saya datang rumah ke?”
Maisarah rasa terkejut. ‘Semacam je dia ni. Baik tak payah layan.’
Iman Ilyas hanya tersenyum di hati.
Hari ini terasa begitu panjang bagi Maisarah. Terpaksa dia ‘berdating’ dengan bosnya sehari suntuk hingga ke petang. Namun, kemesraan di antara mereka masih belum terjalin mesra.
            “Ingat, Izzati NurMaisarah. Jangan awak hanya menilai orang lain hanya melalui pandangan luaran. Bak kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta.”Itulah pesanan Iman Ilyas sebelum dia beredar.
“Ye, bos. Tapi saya tak nak jatuh cinta dengan bos.” Kata-kata itu hanya terzahir di hati Maisarah.










NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 31


REENA AQASHA kini terbaring di atas katil. Dia merenung pada rantai yang berada di tangannya berteman air mata yang masih gugur ke pipi. Dia sebak. Dia rasa bersalah dengan Iman. Rupanya Iman cuba mengotakan janji untuk melamarnya. Tetapi, dia yang bodoh. Dia sendiri yang melepaskan peluang itu. Dia mengenang layaran kisah lalu sewaktu bersama dengan Iman.
            Hakikatnya begitu payah untuk dia bersama Iman. Apabila dia mendapat tahu Iman menyambung pengajian ke luar negara, dia juga menjejak ke sana.
“Iman..I cintakan you Iman…I really love you..”
“Maaf, Reena. I tak boleh balas cinta you. I cintakan orang lain. I hanya cintakan Sarah walaupun I tak pernah beritahu dia.”
“Sarah? Maksud you Maisarah.” Reena Aqasha rasa tercabar. Rupanya, di hati lelaki itu hanya ada Maisarah musuhnya sendiri. Sememangnya dia kecewa apabila mendapat tahu Iman pernah bersama Maisarah.
“Ye, memang Maisarah. You kenal ke?” Iman menyoal kembali.
“Huhh…Nampaknya you serius dengan dia itu. You tahu tak dia tu perampas?” Reena Aqasha cuba memburukkan Maisarah.
“Apa maksud you tuduh dia perampas?” Iman masih bertenang.
Reena Aqasha sudah ketawa. “Owh, selama ni you mesti tak tahu dia tu perampas, kan. Perempuan kampung berlagak baik.” Nada suaranya angkuh. “Well, you dah kena tipu Iman. You dah kena tipu dengan Maisarah.”
Iman tersenyum. “Hmm..You tak perlu merekayasa cerita Reena. I kenal dia..I juga kenal you. You dengan dia memang berbeza. You takkan boleh senang-senang hati nak tipu I. I takkan percayakan you. Sejak I kenal Sarah, I mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca. I akan cuba berubah demi dia. Dia orang yang I cinta. You faham tak! Jangan cari I lagi!”
 “Kenapa kau pilih Maisarah, Iman. Kenapa?? Argghh..Perempuan tak guna. Kau seharusnya mati! Aku benci kau! Kau rampas Iman, aku!”
Suatu hari, Reena Aqasha menerima panggilan telefon daripada Sally dan ternyata berita itu menggembirakan hatinya.
 “Musuh kau dah mati. Dia accident.”Sally menyampaikan khabar.
Reena Aqasha bertindak menyampaikan khabar itu kepada Iman. Namun, ia turut melukakan hatinya apabila Iman terlibat dalam kemalangan kerana tidak dapat menerima khabar tersebut.
 “Tak..Tak..Sarah tak mati! Aku nak jumpa Sarah…Aku nak jumpa Sarah..Aku tahu, Sarah aku tak mati. Aku dapat rasakan Sarah aku tak mati.”
Kesan kemalangan itu, Iman disahkan hilang ingatan. Sejak itu tiada lagi Iman  menyebut akan nama Sarah atau Maisarah.Begitu juga keluarganya. Diingatannya kini hanyalah Reena Aqasha.
“Love you darling..darling..sweetheart…” Ujar Iman sambil memeluk batang tubuh Reena Aqasha orang yang sentiasa ada di sisinya.
“Love you darling…” Reena Aqasha sudah mencium pipi lelaki itu.
“Special for you.” Iman menghadiahkan anak patung dolphin kepada Reena Aqasha.
“I pilih anak patung dolphin ni sebab dia comel macam you.” Ujar Iman seraya memicit hidung Reena Aqasha.
Reena Aqasha meleret senyum.“Thanks..I suka sangat. Comel.”
Reena Aqasha tersenyum mengenang detik-detik indah itu. Itu  bunga kebahagiaannya baginya. Dia berjaya memiliki cinta lelaki itu. Namun bukan sepenuhnya. Iman dilihat masih tidak berbicara soal masa depan mereka. Iman masih kekal menjadikan sebagai sandaran cinta. Tetapi untuk mengikatnya secara sah, masih samar-samar. Reena Aqasha penasaran sendiri. Sudah dua tahun dia menantikan lamaran cinta Iman kepadanya namun ia hanya mimpi. Dia masih berpegang pada satu prinsip. Dia tidak mahu memiliki Iman dengan cara yang paling mudah iaitu memerangkap lelaki itu dengan hubungan yang ‘murah’.
“Sorry. I tak bersedia untuk itu. Sekarang ni pun okey apa. I ada depan mata you, you ada depan mata I.”
Dirinya akhirnya membawa rajuk hati. Dia kembali pulang ke Malaysia. Walaupun Iman menghalangnya, dia tetap juga dengan keputusnnya. Dia membuka perniagaan bersama Sally, namun ia tidak berjaya seperti yang di harapkan. Seseorang telah menawarkan peluang untuk membantu, namun bersyarat. Reena Aqasha bersetuju. Dia di bawa bertemu Razlan Sham, dan perjanjian termetrai antara mereka.
Reena Aqasha hanya mampu mengalirkan air mata. Dia sudah ‘menjual’ dirinya pada orang lain. Sejak itu dia sudah tidak endah lagi. Apa yang diminta pasti akan dipenuhi namun bukan sepenuh hati. Hatinya masih utuh pada Iman.
Reena Aqasha kini memeluk bantal dolphin erat di dada. Air matanya gugur perlahan. “Iman…I cintakan you Iman..I mengaku I bersalah. I tak mampu kehilangan you. I tak mampu…Maafkan I, Iman…”
Gegendang telinga Reena Aqasha kini menangkap butir bicara suara pemberita di televisyen.
“Seorang ahli perniagaan maut dalam kemalangan apabila kereta mangsa terjunam ke dalam gaung dan terbakar. Mangsa adalah Razlan Sham….” Suara pembaca berita itu jelas kedengaran dan seraya itu ditayangkan gambar mangsa.
Reena Aqasha terpempan sendiri apabila mendengar berita yang sedang ke udara di televisyen.
“Hmm..Bagus dia mati. Dia takkan ganggu aku lagi. Dia takkan ganggu aku lagi…” Ada segaris senyum di bibir Reena Aqasha. Kemudiannya senyuman serta merta mati. “Tapi, Iman dah tak nak terima aku lagi.” Suaranya lirih. Dia kembali mengalirkan air mata sambil memeluk anak patung dolphin pemberian Iman.

HAYKAL kini tersenyum puas.“Razlan…Razlan…Hmm..Tak sangka akhirnya kau mampus juga. Sebelum ni kau selalu bernasib baik. Sekarang kau dah mampus!”Haykal kini ketawa besar.
 “Sekarang aku boleh miliki Reena sepenuhnya. Aku akan miliki dia kembali. Aku tahu, dulu aku telah buat silap sebab lepaskan Reena kerana Sally. Kali ini, aku takkan ulang kesilapan yang sama.”
Haykal kini melihat gambar Reena Aqasha yang berada di dalam simpanannya. Sekian lama dia cuba mendapatkan hati Reena kembali. Namun tidak berjaya. Kini, ia adalah waktunya. “Waiting for me, baby. Akanku penuhi permintaan hatimu, sayang.” Gambar Reena Aqasha kini dikucup lama.
Trit..Tritt..Telefon bimbit Reena Aqasha sudah berbunyi.
“Hai, darling.”
“Siapa ni?” Reena tidak tahu siapa yang menghubunginya. Hanya nombor yang tertera di skrin.
“Baby…I tahu apa yang dah berlaku pada you. I tahu you sedih sekarang ni. You kembalilah pada I. I janji I akan gembirakan you. I masih sayang you.” Suara itu gemersik di telinga.
“You siapa?”
“I ni orang yang paling sayang you, Reena. Orang pertama yang memberi you cinta. Tak sangka you dah lupakan I.”
“Haykal? Haykal Benjamin. You ke?” Reena Aqasha seakan mengingati empunya diri.Haykal. Cinta pertamanya. Cinta yang mati kerana cemburu dan kebencian.
“I nak jumpa you boleh?”
“Sorry..I..” Suara Reena kendur.
“Please, baby. I kesuyian…I rindukan you…You je yang boleh ubat hati I..” Suara Haykal kedengaran menggoda.
“Sorry, Carl…I..”
“You masih marahkan I ke? I really sorry baby. I nak kita bersama semula. I tahu apa yang dah berlaku pada you. Iman dah tinggalkan you, kan.”
“Macam mana you tahu?”
“I kenal Iman. Dia tu kaki perempuan. Sejak dahulu, sampailah sekarang ni. Depan you dia berpura-pura dialah yang paling baik. Tapi belakang you…Hmm…You tahu dia dengan siapa sekarang?”
“Siapa?”
“You masih ingat Maisarah? Roommate you dulu?”
“Maisarah??” Reena Aqasha nyata terkejut.
“Bukan ke dia…”
“You nak cakap apa? Dia dah mati? Reena..Reena…Maisarah hidup lagilah.”
“Tapi, Sally kata…”
“Selama ni, Sally dah tipu you Reena. You diperbodohkan je.”
“I tak percaya!” Suara Reena melengking.
“You tak percaya I takpe. I ada bukti. I ada gambar Iman bersama Maisarah. Kalau you nak tengok, you kena datang jumpa I.”
“Tak mungkin…I tak percaya. Sally takkan tipu I…”
Haykal sudah ketawa.
“Reena..Reena..Sally tu bukan baik pun. I lebih kenal dia dari you, Reena. You nak tahu lagi satu cerita tak? You tahu tak yang sebenarnya Sally tu ada hubungan dengan Razlan. Dia orang tu pergunakan you je.”
“Takkk…Takk..You tipu!”
“I tak tipu. Kalau you tak percaya, I ada bukti. Ada gambar. Nak tengok?” Haykal sduah ketawa.
“Tak…I tak percaya. You nak apa sebenarnya?” Suara Reena Aqasha kian menekan.
“I hanya nak you Reena. I nak sayang you macam dulu. I janji akan jaga you Reena. I tak nak you sedih lagi. I tak nak ada orang pergunakan you lagi Reena. Selama ni I tahu, you hidup dalam pendustaan orang di sekeliling you. Please Reena. Benarkan I kembali pada you. I sayangkan you Reena. Really love you. Please…”
Luluh hati Reena Aqasha mendengar suara lirih milik Haykal. Dia kini menangis. “Carl….”
“Reena..I datang rumah you ye. You tunggu I.” Talian kini di matikan.
Keprihatinan Haykal kian membuatkan Reena Aqasha menangis. Dia benar-benar perlukan seseorang. Dia kemudian memujuk hati sendiri. Apabila fikirannya mula tenang, dia teringat kembali akan bicara Haykal.
“Tipuuu..Tipuuu…Semua tipu….Kenapa semua orang tipu aku…Kenapa?” Reena Aqasha kembali melepaskan tangisannya sambil memegang kepala dengan kedua tangannya. Dia kecewa dengan nasibnya sendiri.
“Sally….Sally tak guna….Aku nak kau mampus..Kau tipu aku Sally…Kau tipu aku…Tak guna…!” Reena Aqasha kini melempar telefon bimbitnya ke dinding. Apa yang ada di sisinya juga di lempar. Ia melepaskan kemarahannya. “Maisarah….Aku..Aku juga akan hapuskan Maisarah…Maisarah tak guna…Maisarah tak guna…! Dia orang jahat…Dia orang semua jahat….!”

 IMAN memadang sekeliling. “Aku..aku..dekat mana ni?” Iman menyoal diri sendiri. Dia kini berada di dalam sebuah bilik.
Kreekkk..
Pintu terkuak perlahan. Seseorang muncul di muka pintu.
“Kau dah sedar dah.”
Iman memandang empunya diri. “Aku dekat mana ni?”Iman menyoal dalam terpinga-pinga. Dia masih tidak pasti di mana dia berada.
“Dekat rumah aku. Semalam aku jumpa kau dah lembik kena belasah kat tepi semak mana ntah. Nah. Ni aku dah belikan makanan untuk kau. Aku tak sempat nak masak. Aku nak pergi kerja.”
Iman memandang lelaki di hadapannya, lalu mengangguk. Dia masih terkeliru.
“Nama kau siapa?”
Iman terdiam. Termangu seketika. Dia menggeleng kepala dan terkebil beberapa kali.
“I-Man.” Jawabnya pendek.
 “I-Man?? Haha..Lawak. Nama macam superhero, tapi lembik juga kena belasah.”
Iman merenung pandang pada lelaki itu. Aneh.
“Tak..Nama aku bukan I-Man. Nama aku.. Iman.” Iman memberitahu yakin. Sepertinya ingatannya sedikit terganggu.
“Iman?? Hmm..Kebetulan. Aku pun Iman juga. Well…Aku Iman Ilyas. Senang kata panggil aku Imil je. Kau I-Man..Aku Imil.”
Iman mengangguk.
“Keluarga kau duduk mana? Ingat nombor phone diaorang tak? Biar aku contact.”
Iman terdiam lagi. Kemudian dia menggeleng. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit.
            “Okey, takpe.Aku tahu kau tengah sakit sekarang ni. Hmm..Aku benarkan kau duduk sini sementara waktu.Barang yang ada dekat bilik ni aku tak kisah kalau kau nak guna. Baju..seluar semua ni. Ni aku dah tak pakai dah. Tu nasi tu makan. Tapi kalau tak cukup, stok Maggi aku banyak dekat dapur tu. Nak masak..masaklah. Aku macam biasalah, balik petang. Lagi satu..Aku dah tolong kau ni..Kau pun mesti tolong aku. Kau mesti jaga rumah ni juga. Kalau kau ambil barang, letak tempatnya semula. Aku tak suka bersepah. Ingat!”
Iman mengangguk namun agak takut dengan cara Imil yang tiba-tiba menjerit.
Iman Ilyas tiba-tiba ketawa. “Rileks, bro. Jangan buat muka takut macam tu.  Aku pergi dulu.”  Ujar Iman Ilyas seraya berlalu pergi.
Iman termenung sendiri. Dia melihat tubuhnya sendiri yang lebam-lebam. Kepalanya juga sudah berbalut.Masih terasa berdenyut-denyut sakit.
Dia akhirnya membuka bungkusan nasi yang ditinggalkan untuknya Tika itu dia juga memikir dan cuba mengingat akan apa yang berlaku sebenarnya. Dia dibelasah? Siapa yang belasah? Dia punya musuh ke? Siapa musuhnya? Iman hanya mampu menggeleng kepala. Dia tidak ingat sama sekali. Akhirnya, nasi bungkus itu di makan sehingga licin.
Di kala petang, Iman terasa begitu lapar. Dengan kudrat yang ada di menuju ke dapur. Dia menyelongkar mencari Maggi. Setelah itu, dia mencari periuk dan memasaknya. Di kala dia ingin makan, di bawa periuk panas itu ke meja, namun malangnya dia tergelincir.
Splashh.. Maggi panas menyimbah tubuhnya.
Duggg..Kepalanya terhentak di lantai.
Arghh…Arghh…Iman menjerit kesakitan dan kepanasan. Matanya berpinar dan akhirnya pandangannya menjadi gelap.
Iman Ilyas baru pulang. Dia terus tersandar di sofa sambil mengeluh berat. “Time nilah kena berhenti kerja. Tension betul. Aku dah buat kerja baik dah. Tu pun kena berhenti. Beri alasan tak logik pulak tu. Sakit betullah.Grrr..” Iman Ilyas melepaskan kemarahan di hati.
“Takpe-takpe. Aku dah apply beberapa kerja. Aku akan buktikan aku boleh. Orang yang komited macam aku ni pun kena berhenti. Apa kes. Aku tahu. Sekarang ni, kerja bergantung pada rezeki.”
Iman Ilyas kini merebahkan kepalanya ke kusyen.  “Eh, baru aku ingat. Aku ada ‘geng’ baru kat rumah ni rupanya. Lupa pulak.” Dia sudah menepuk dahi sendiri.
“I-Man..oo..I-Man. Kau kat mana? Tidur ke?” panggil Iman Ilyas. Dia melihat ke bilik, namun lelaki itu tiada di tempatnya. “Hmm..Ntah-ntah spoil sebab dia. Dia datang sini aku pulak kena berhenti kerja.”
Iman Ilyas kemudian menuju ke dapur. Dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh terbaring di lantai.
“Ya Allah..Pengsan pulak dia.”
“Aduh..Kena siram Maggi lagi. Hish..Rugi sebungkus.”
“Menyusahkan pula budak ni. Ni kena hantar hospital ni. Karang mati kat sini, naya aku.”
“Oii, I-Man.Bangun woii..” Tubuh Iman digoyang kuat. Namun Iman ternyata tidak sedar. Iman Ilyas akhirnya berusaha mengangkat tubuh itu. Namun, tidak mampu. Akhirnya tubuh itu di tarik perlahan-lahan.
“Fuhh..berpeluh aku. Berat juga mamat ni. Macam besi. Badan macam aku je. Ntah-ntah memang I-Man ni besi tak. Iron Man.” Iman Ilyas ketawa sendiri menepuk kepala. “Sakit aku..Sakit..”
“Eh…Ada darah pulak. Dari dapur sampai kat ruang tamu ni. Alamak..Dah macam kes pembunuhan pulak.” Iman Ilyas membesarkan mata sendiri. “Tak..Aku bukan pembunuh. Aku bukan pembunuh.”Dia kini terdiam. Matanya di jeling ke kiri dan ke kanan melihat jika ada mata-mata yang memerhatikannya.
“Hish..Mengarut dah aku ni.” Iman Ilyas sudah menggaru kepala. “Nyawa mesti di selamatkan.” Iman Ilyas akhirnya berjaya menyumbat Iman ke dalam keretanya. “Berjaya akhirnya. Let’s go to the hospital.”
Di dalam kereta, Iman masih belum sedar.
‘Hish, lamanya pengsan. Koma ke apa mamat ni. Dia ni macam menyusahkan aku je. Betullah. Dia datang je, aku kena berhenti kerja. Memang mamat ni spoil ni. Buang jelah dekat tepi jalan. Erkk..Tak boleh..Tak boleh..Aku bukan orang jahat. Aku ni baik je. Arggh..Astaghfirullahalazim. Tiba-tiba jadi jahat. Aku kena tolong dia ni. Kesian dia. Aku kena tolong  dia kerana Allah. Muktamad.”

“UMMI...AYAH..”Iman memanggil-manggil nama itu berulang kali.
“Oii, bangunlah. Ngigau ke.”
Iman tersedar. “Ummi dengan ayah aku mana?” soalnya.
“Manalah aku tahu. Dia orang takde datang cari kau pun. Kau kat hospital ni tau. Kau pengsan lagi.”
“Kau ni siapa?”
“E’eh, tak kenal pulak dia. Aku ni yang tolong kaulah. Aku yang bawak kau ke hospital. Tak ingat ke?”
Iman menggeleng.
“Perghh…Jatuh tergolek semalam terus hilang ingatan. Hmm..Kesian. Aku Iman Ilyas. Panggil aku Imil.”
“Imil?”
“Imil..Ye Imil. Kenapa? Pelik ke nama aku?”
Iman menggeleng. “Habis tu aku siapa?”
“Kau Iman. Tapi aku panggil kau I-Man. Faham!”
Iman menggeleng lagi.
“Susah betullah cakap dengan kau ni. Tetiba tak betul pulak hari ni. Kau yang tak betul ke..atau aku yang tak betul ni? Takpelah..Aku tahu ingatan kau terganggu. Sebab tu kau macam ni.”
Iman terdiam. Keliru.
Telefon Iman Ilyas kini berbunyi. Nyatalah ia nombor yang tidak di kenali.Talian pejabat barangkali. Ia segera di angkat. Setelah talian di matikan, dia tersenyum.
‘Syukur. Alhamdulillah. Dia ni bawa tuah rupanya. Eh, salah. Ni rezeki Allah yang beri. Mungkin sebab aku tolong dia.’
“Iman..Aku dapat temuduga.” Ujar Iman Ilyas kepada Iman yang masih termangu.
“Hah?” Iman ‘blur’.
“Ucaplah tahniah dekat aku.”
“Tahniah.”  Iman hanya menurut apa yang di pinta tanpa mengerti apa-apa.
Iman Ilyas kembali membawa Iman pulang ke rumah setelah beberapa hari tinggal di hospital. Sejak hari itu mereka menjadi rapat.