IMAN tersedar
dari lenanya tatkala waktu sudah tengah hari. Perutnya sudah berkeroncong
lapar. Alkmaklumlah, hampir seminggu dia mengurung diri. Tidak mahu makan dan
minum. Hidupnya hanya termenung meratapi kekecewaan sendiri.
Dia segera bangkit
dan mengambil tuala seterusnya membersihkan diri. Di saat dia memilih baju, dia
terlihat pada sehelai baju yang sedia tersangkut di penyangkutnya. Baju itu
menjadi perhatiannya.
‘Eh, baju nilah.
Ingat dekat Sarah.”Nama itu tiba-tiba menjadi sebutannya.
“Baju yang Sarah
pilihkan untuk aku. Pakai baju nilah.’ Iman tersenyum sendiri. Rasanya, itulah
senyuman pertamanya di awal pagi ini. Baju itu segera disarung ke tubuh.
“Sarah..Sarah…Tetiba mengingatkan kau ni, aku rasa happy pulak. Kau tiba-tiba mengubat hati aku. Harap-harap kita
jumpa lagi.’
Iman
kemudian merapikan diri di hadapan cermin.
Rambutnya di beri sentuhan ala-ala remaja korea yang stylish.“Okey..Hensem.”
Telefon
bimbitnya di ambil. Di on kembali.
Tertera banyak panggilan daripada Reena Aqasha.“Huh..Perempuan tak guna ni.
Buat apa telefon aku lagi.”
Ada
satu mesej yang di hantar Reena yang membuatkan hati Iman kembali terbakar.
+Darling. I nak beritahu you. I ke Korea
dengan Sally two weeks ye.
Iman
terus memadam mesej itu. “Kau tinggal dekat sana terus lagi bagus Reena. Jangan
muncul lagi depan aku.” Nombor Reena juga akhirnya di delete.Dia tidak mahu mood
gembira yang baru ingin diwujudkan kembali terganggu.
Kunci keretanya
di atas meja di sebelah katil segera dicapai. Dia bersiul gembira. Namun,
kemudian siulannya mati. Rantai kunci pemberian Reena berbentuk kapsul tertulis
‘Love Iman’ di perhatikan. Tika ini hatinya terusik sebak. “Buat apa aku harus
mengingat dia lagi. Ia kini tinggal kenangan.” Rantai kunci itu kemudianya
ditanggalkan dan dicampak ke dalam tong sampah. Dia ingin membuang segalanya
yang berkaitan dengan Reena Aqasha.
Keluhan
nafas dilepaskan. Dia menguntum senyum sendiri mencari semangat baru. Dia
bersiul lagu ‘Seindah Suria’ lagu kegemarannya. ‘Hmm..Seingat aku Sarah punya ringtone pun lagu ni jugak.Hihi..Sehati
sejiwalah aku dengan Sarah. Harap-harap dapat jumpa Sarah.’Iman bersiul ceria.
Dia kini mendapat kembali mood.
*****
‘KENAPA aku rasa
macam ada orang ikut aku ni.’ Maisarah memerhatikan sekeliling. Hatinya berdebar-debar.
Sepertinya ada orang mengekori langkahnya. Dia menghentikan langkah tiba-tiba
dan memandang sekeliling. Dia cuba mengesan figura yang mengekorinya. Namun,
tiada. Hanya kelihatan orang lalu lalang seperti biasa. Nampaknya, orang
tersebut pandai menyembunyikan diri. Ala-ala bermain nyorok-nyorok dengannya.
Maisarah menyedapkan hati sendiri. ‘Entah-entah perasaan aku je kut.’ Maisarah terus berjalan.
“Fewiiiit…Hai,
awak. Boleh berkenalan ke?” suara seorang lelaki tiba-tiba muncul dan mengganggu
pendengarannya. Maisarah terkejut melihat seseorang lelaki yang telah berdiri
hampir dengannya. Kemudian datang pula beberapa orang kawan kepada lelaki itu.
Mereka berpakaian agak aneh dengan aksesori serta solekan yang agak keterlaluan
menimbulkan rasa kecut di hati Maisarah.Maisarah tahu ia style kumpulan ‘punk’ dan ‘gothic.’ Nampaknya, nasib tidak
menyebelahinya. Ketua kumpulan itu mula menghampiri. Maisarah menjadi takut.
Dia ingin segera angkat kaki, namun langkahnya dihalang.
“Ho..Ho…Nak
ke mana ni cik adik.” Ujar ketua ‘geng’ itu yang mempunyai style rambut terpacak tajam-tajam. Dah
jadi ala-ala Ultraman Taro. Matanya pula disolek dengan celak yang tebal di
mata menjadikan wajahnya ala-ala ganas dan brutal.
“Wei,
tepilah. Aku nak lalu,” jerit Maisarah sedikit berani. Namun bicaranya tidak
diendahkan.
“Rilekslah.
Kita orang ni nak berkenalan je,” ujar lelaki itu lagi. Dia ketawa
berdekah-dekah diikuti kawan-kawannya.
“Wei,
apa korang nak buat dekat adik aku,hah?” tegur satu suara yang tiba-tiba muncul
di situ. Maisarah melihat ke arah suara itu. Seorang lelaki berkaca mata hitam
datang kepadanya. Dia segera melarikan diri ke belakang lelaki itu,
mengharapkan perlindungan. Kiranya kehadiran lelaki itu sebagai hero
penyelamat. Alahai….macam cerita ‘superhero’lah pula.
“Oii,
adik lu ke, bro.”
“Ye…Kenapa?
Korang jangan cuba nak kacau orang lain ye. Dah tak de kerja ke nak buat.
Buatlah kerja yang berfaedah sikit.” Jawab lelaki itu berani.
“Ala,
bro. Kita orang nak kenal-kenal je. Adik lu ni sweet apa.”
“Korang
nampak ni? Jangan nak buat hal pulak. Sekali aku balun karang. Korang ingat aku
takut ke dengan korang.” Lelaki itu menunjukkan buku limanya. Ala-ala gaya
hero.
“Gua
nampak, bro. Tapi gua tak takut. Gua ramai. Lu sorang.Gua apa heran. Sekali
gua‘tibai’lu…Mati lu..gua kerjakan. Okey, geng. Kita blah. Kita orang bukan nak
cari gaduh pun. Okey, cik adik. Babai.” Lelaki itu bercakap dengan penuh
keangkuhan. Namun sempat juga dia ber ‘bye-bye’ dengan Maisarah. Akhirnya
kumpulan itu beredar. Maisarah mengurut dada. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang
buruk berlaku.
‘Haruman
ini….Ya Allah. Benarkah lintasan bicara hatiku ini. Adakah orang yang menolong
aku saat ini adalah… I..man.’ Hati Maisarah berdetik tiba-tiba.
“Ehem..Ehem..Aku
Superhero I-Man.” Ujar lelaki itu tatkala memusingkan badan menghadap Maisarah.
Dia memperkenalkan diri. Tangannya sudah mengunjuk salam kepada gadis di
hadapannya. Dia menguntum senyum. Senyuman yang sungguh menawan.
“Erkk..”
Maisarah tertelan liur payau tatkala melihat wajah itu.“Im…man…” Ujar Maisarah
perlahan.
“Oii,
Sarah. Kau rupanya. Ingatkan siapa.”
“Im..man…”
“Ye..aku
Iman. Kenapa kau ala-ala terkejut. Takkan dah lupa aku kut. Macamlah dah
bertahun tak berjumpa. Aku ni ingat je
muka kau tu. Apalah kau ni Sarah. Short term memory betul.Aku baru je doa nak
jumpa kau. Memang berjodohlah.” Iman sudah ketawa.
Maisarah
masih terleka memandang wajah Iman. ‘Haruman ini…Tidak seperti sebelum ini.
Tak..tak..mungkin. Benarkah dia..’
“Oii,
Sarah.” Panggil Iman sambil tangannya melambai-lambai di hadapan muka
Maisarah.“Oii, Sarah. Kau ni kenapa? Terkelu bicara pulak ni. Sebelum ni mulut
kau tu ‘power’ je betah cakap aku. Kenapa? Nampak aku ni macam jelmaan
boyfriend kau ke?”
“Sarah..”Panggil
Iman lagi. Lembut sedikit bicaranya.
Maisarah
sepertinya baru tersedar.“Err..Hah..Okeylah, aku ada hal ni.” Maisarah memaling
tubuh dan mengatur langkah.
“Uitt,
blah macam tu je ke? Tak ucap pun terima kasih dekat aku.”
Maisarah
menghentikan langkah. Wajahnya berpaling pada Iman. “Terima kasih.” Ucapnya
perlahan.
“Sama-sama.
Peace you.” Ujar Iman sambil menunjukkan isyarat ‘peace’.
Maisarah
terus mengatur langkah.
Iman
hanya memandang sambil tersenyum. Sengaja tidak dikejar langkah kaki itu. Di
hatinya sudah berbisik. ‘Kuch..Kuch..Hota..Hai..Sesuatu telah berlaku….Hmm…Kita
akan berjumpa lagi,Sarah. Aku ingin ada ceritaku dengan kau.’
Maisarah
sudah melabuhkan punggung disebuah kerusi kosong berkembar. Dia menanti Ibtisam
tiba. ‘Mengapa hati aku seakan membisikkan bahawa dia itu Iman yang aku
nantikan selama ini. Tapi…Tak mungkin…Debaran hati aku merasakan sesuatu yang
lain.’ Maisarah tertoleh-toleh juga ke arah sekeliling mencari gerangan Iman
yang ditemui tadi. Manalah tahu jika lelaki itu mengekorinya.
‘Sarah…’
‘Dia
panggil aku Sarah. Aku tak rasa janggal bila dia panggil aku Sarah. Seperti
panggilan biasa Iman kepada aku. Adakah benar dia adalah Iman. Iman yang aku
nantikan selama ini. Tapi…’
“Mai…Kau
ni kenapa? Dari jauh tadi aku nampak kau
ni mengelamun je.” Ujar Ibtisam yang baru muncul seraya melabuhkan
punggung di sisi Maisarah.
Maisarah
hanya menggeleng.
“Lagi
mau tipu ke?”
Maisarah
memandang wajah Ibtisam.
“Why?”
“Entahlah
Sam. Sebenarnya tadi…aku..” Maisarah terhenti bicara. Ibtisam hanya menanti
bicara seterusnya.
“…tadi..
aku jumpa Iman.” Mendatar sahaja suara itu.
“Haa??
Kau jumpa Iman? Biar betul.” Ibtisam sedikit terkejut dengan kata-kata Maisarah
itu. “Err..Iman kau ke…Iman kerek yang sebelum ni?”
“Iman
yang kerek tu lah. Tapi…”
“Apa
yang tapinya...”
“Perfume
dia tu, mengingatkan aku pada Iman aku. Aku macam rasa dia tu..”
“Lah,
kau ni. Takkan sebab perfume tu kau terus suspek dia tu Iman kau. Sesiapa pun
boleh pakai perfume tu Maisarah, oii. Tapi, kalau dia Iman kau..Takkanlah dia
tak ingat kau. Lagipun, ni bukan first time kau jumpa dia, kan.”
“Hmm..Tulah..Lagipun,
kalau betul dia Iman aku, kenapa dia tak ingat aku. Takkan tak kenal aku kut.
Muka aku ni mana berubah, kan. Sama je macam dulu. Cuma sekarang ni je aku
pakai cermin mata, kan. Memang tak logik aku ni fikir macam tu, kan.”
“Ha..Tau
takpe.Alah, kau silap orang tu. Memanglah
kau kata muka dia iras Iman, kan. Tapi, nama orangkan banyak yang sama.
Memanglah panggilnya Iman juga, ntah-ntah namanya Iman Mutiara ke. Mana kau
tahu.” Ibtisam berbicara dengan gayanya. Cuba berseloroh. Terbit juga segaris
senyuman di wajah Maisarah.
“Tulah.
Tetiba tadi bersentimental pulak hati aku. Hmm..Mengingatkan Iman je. Apalah.”
Ibtisam
ketawa. “Alah, Mai. Aku tak heran. Kalau melibatkan soal hati dan perasaan dan
perasaan memang macam tu. Lagilah kau yang dok menunggu.”
“Aku
ni sebenarnya, teringin gak nak tengok Iman kau yang sebenar tu. Kau pun tahu,
aku ni tak kenal pun Iman kau tu. Aku cuma dengar mulut kau bercerita je.”
“Sam..Kalau
dia ada, aku dah bawa dia jumpa kau, okey. Masalah sekarang ni, aku pun
menunggu dia. Orang yang aku jumpa tulah, Iman kerek.”
“Iman
kau dulu, tak kerek ke?”
“Tak.
Dia baik. Sweet je.Tak macam yang Iman kerek ni.”
“Iyalah
tu. Mesti nak menangkan Iman dia je.”
“Eh,
pasal Iman yang kau jumpa tu tadi, cuba cerita sikit macam mana kau boleh
terjumpa dia. Hari tu, boleh pulak dia beri kau bunga. Hari ni..takde kasi
apa-apa ke?” Pinta Ilbtisam ingin mengetahui cerita sebenar. Seketika tadi dia
masih belum sempat mendengar jalan cerita sebenar.
Maisarah
akhirnya bercerita.
“Owh..
Kiranya dia jadi hero penyelamat kau lah. Wow…
Sweet.”
“Apa
yang sweet.”
“Gula-gula.”
“Hampeh
kau, Sam.”
“Iman
yang kau kata kerek ni okey apa. Dia dah tolong kau juga. Baiklah tu. Kiranya
dia dah jadi hero penyelamat kau tu. Aku rasa, aku idea baik punya Mai. Apa
kata kau, lupakan je Iman kau yang tak kerek tu. Dia pun entah nun jauh kat
mana. Kau tyrlah usha Iman yang kerek ni pula. Iman jugakan namanya. Hero
penyelamat kau tu. Dekat je hah. Tak payah susah-susah.”
“Walawei..idea
kau ..”
“Aku
beri idea je.” Ibtisam akhirnya ketawa diikuti Maisarah.
“Aku
rasa, dia tu taklah kerek sangat kut. Siap beri kau bunga. Mawar merah..Hmm..Tu
dah kira romantik tu Mai, oii. Siap melutut kasi kau bunga. Perghhh..” Sambung
Ibtisam lagi.
“Kau
menangkan dia pulak.”
“Aku
cakap je. Yelah. Kalau kau kata dia kerek…Taklah dia kasi kau bunga, kan. Cuma
kau tu jelah yang tak nak terima.”
“Situasi
tu tak sama, Sam.”
“Hmm..Aku
faham. Tapi, kalau betullah Iman kau yang buat macam tu, aku confirm kau simpan
bunga tu walaupun dah layu, kan. Mesti kau asyik termimpi-mimpi je saat-saat
indah tu,kan.”
Maisarah
hanya tersenyum. “E’eh, kau. Dahlah. Kita nak ke mana lepas ni?”
“MPH
Book Store, okey.” Jawab Ibtisam. Mereka bangun dan meneruskan langkah.
“Okey,
let’s go.”
“Mai..Aku
tetiba terfikir idea best ni Mai. Apa kata, lepas ni kita jadi detektif.” Ujar
Ibtisam tiba-tiba.
“Detektif?Nak
buat apa? Kita nak spy siapa?”
“Hero
penyelamat kau?”
“Hah??
Buat apa spy dia?”
“Saja.
Aku nak tengok juga muka hero penyelamat kau tu.”
“Eii,tak
payahlah. Tak nak aku. Buang masa je.”
“Alah,
kau ni. Saja-saja je.”
“Tak
payahlah.”
“Okey.
Kalau kau tak nak..Takpe. Biar aku je spy dia. Tapi, kau kena temankan aku
jugalah.”
“Hampeh
kau Sam. Sama jelah tu. Kau ajak aku jugak.”
“Hehe…Biasalah.
Kau dengan aku mana boleh berpisah. Err…Tadi dia pakai baju apa?”
“Baju
t-shirt putih, ada line biru dekat bahu. Baju yang aku pilih untuk dia sebelum
ni.”
“Wow,
sweet.”
“Apa
yang sweet?”
Ibtisam
hanya ketawa.
Maisarah
hanya menjeling.
“Klu lain?”
“Dia
pakai jeans biru. Hmm..Dia ada parut dekat hujung dahi. Iman aku takde parut
tu.” Maisarah memeritahu juga.
“Owh,
okey. Takpe. Kita cari buku dulu. Lepas ni kita jadi detektif remaja.” Saran
Ibtisam.
“Remaja
ke?”
“Remaja
tua. Acilah tu.” Mereka akhirnya sama-sama ketawa.
“Apa-apajelah
kau ni , Sam.”
Maisarah
sesekali menoleh ke belakang. Dia terasa ada orang yang mengekorinya. Tetapi
dia tidak tahu siapa kerana ramai orang yang berjalan sehaluan dengannya.
“Kenapa
Mai?” soal Ibtisam yang mula perasan dengan tingkah Maisarah.
“Ntahlah,
Sam. Aku macam rasa ada orang ikut kitalah.”
“Ye
ke? Siapa?” soal Ibtisam. Dia juga tertoleh-toleh melihat dan mencari figura yang mungkin disyaki dan
diragui.
“Tak
tahu. Tapi…ntahlah. Mungkin perasaan aku je kut. Lagipun ramai orang dekat
sini. Abaikan jelah,” ujar Maisarah sambil menepuk bahu Ibtisam.
Maisarah
dan Ibtisam sudah sampai ke destinasi. MPH Book Store di aras G-JA1. Mereka
berdua gembira masuk ke gedung buku itu. Ibtisam menuju ke bahagian buku
kegemarannya, novel berbahasa Inggeris, manakala Maisarah pula di ruangan novel berbahasa ibunda
berdekatan dengan cermin kaca besar menghadap ke luar. Sesiapa yang lalu
lalang, pasti dapat melihatnya di situ. Dia mengambil kesempatan untuk
mencari novel terbaru di pasaran. Takkanlah asyik nak pinjam orang je, kan. Ada
duit sikit, bolehlah beli untuk koleksi sendiri.
Maisarah
masih terleka membelek novel-novel yang berada di situ.Sesekali dia membaca
sinopsis yang tertulis. Yelah. Nak beli mesti baca sinopsis dulu. Sedang belek
punya belek, dia rasa diperhatikan. Memang sejak tadi perasaan hatinya tidak
keruan.Matanya sempat melilau pandang melihat keadaan sekitar. Tiba-tiba anak
matanya tertancap pada wajah seseorang di sebalik cermin tempatnya berdiri. Dia
terkelu lidah. Matanya terkebil-kebil untuk beberapa ketika. ‘Im..man…’
Di
luar Iman sudah tersenyum sambil menunjukkan isyarat ‘peace’.
Maisarah terus berpusing mengatur langkah
mencari Ibtisam. Tiba-tiba dia terlanggar batang tubuh seseorang.
“Eh,opocot kau adikku sayang!” Mulutnya sempat melatah
spontan.
Lelaki yang dilanggarnya melihat wajahnya.
“Sorry..Sorry.”
Pinta Maisarah kepada lelaki itu.
“Takpe,
kakakku sayang.”Ujar lelaki itu sambil menguntum senyum. Sempat juga mengenyit
mata. Ceh..gatal.
Muka
Maisarah sempat merona merah. Mana tidaknya, boleh pula melatah macam tu. Aduh,
malunya. Pergh..bengang habis. Maisarah segera angkat kaki menuju ke segenap
ruang mencari Ibtisam entah di mana. Misinya lebih penting daripada lelaki itu.
“Sam,
cepat.” Maisarah terus menarik tangan Ibtisam.
“Uit,
kenapa ni? Kenapa kau macam nampak hantu je ni?” Ibtisam tercengang-cengang
apabila melihat Maisarah agak kelam-kabut mendapatkannya.
“Dia
datang tadi.” Ujar Maisarah cemas.
“Siapa?”
soal Ibtisam tidak mengerti sama sekali.
“Iman...
Iman hero penyelamat tu. Dia ada dekat luar tu tadi,” jawab Maisarah sambil
tangannya menunjukkan arah cermin besar berdekatan pintu masuk.
“Kau
ni Mai. Takkanlah.”
“Yelah.
Aku nampak betul, Sam. Memang dia tadi. Dia pakai baju yang sama masa aku jumpa
dia tadi. Takkan aku nak tipu kau. Aku tahulah.” Maisarah memanjangkan
bicara.“Jomlah, cepat.”
“Habis
tu buku aku ni, weh. Aku belum sempat bayar lagi.”
“Alah.
Nantilah. Lepas ni kita datang sini balik. Tadi kau beriya. Ni bila aku dah
beriya-iya kau pulak sibuk dengan buku kau.”
“Dah
tu kau pun tetiba je datang tarik tangan aku. Aku baru tengah syok-syok baca
sinopsis cerita ni. Tak sempat bernafas aku, oii.”
“Lah.
Tadi kau juga yang cakap nak spy dia.”
“Bukan
aku cakap tadi, kita spy lepas beli buku
ke?”
“Habis
tu, aku dah nampak dia. Aku panggillah kau. Kalau tak, tak dapatlah nak
menjejak dia.”
“Hai,
Mai. Kau biar betul. Aku tengok, kau pulak yang beriya. Excited gila.”
“Erkk..Gitu
pulak dah. Huh..Merajuklah aku macam ni.”
“Dahlah.
Jom kita cari hero penyelamat kau tu.”
“Taknaklah.
Habis tu kau dah ‘merajukkan’ aku.”
“Alah,
Mai. Sejak bila pandai merajuk-merajuk ni. Kau nak suruh siapa pujuk. Ilham
ke…Iman hero penyelamat kau?”
“Wei,
mulut kau.”
“Dahlah
Mai. Jom kita cari.”
“Taknaklah.
Buat apa cari dia. Buang masa jelah.”
“Okeylah.
Apa-apa pun, kita minum dulu. Aku belanja.”
“Taknaklah.”
“Aii,
merajuk. Aku belanja pun tak nak. Nak suruh siapa belanja? Iman? Hero
penyelamat kau.”
“Eh,
dia tu takde kena mengena okey. Kau ni..Asyik sebut nama dia je. Karang
tersedak-sedak je dia.”
“Dia
je yang tersedak. Bukan kau.”
“Eii,
kau ni, Sam.”
Ibtisam
hanya ketawa. “Dahlah, jom.”
Maisarah
akhirnya akur. Dia dan Ibtisam mencari destinasi. Mereka sudah melabuhkan
punggung di kerusi.
“Kau
nak air apa Mai?”
“Aku
tak kisah. Ikut kau je.” Itu sudah menjadi perkara biasa bagi Maisarah. Semua
tak kisah.
Seorang
pelayan sudah datang kepada mereka sambil menatang dulang minuman. Air itu di
hidangkan kepada mereka.
“Err..Cik.
Cik salah meja ni. Kami belum pun order lagi.” Ujar Ibtisam.
Pelayan
itu hanya tersenyum.
“Dah
ada orang orderkan untuk cik berdua.”
“Huh??
Siapa??” Maisarah dan Ibtisam menyoal. Dari nada mereka, ternyatalah terkejut.
“Maaf
ye cik. Orang tersebut minta dirahsiakan namanya. Maaf ye.” Pelayan itu
kemudian berlalu pergi.
“Siapa
Mai?” tanya Ibtisam.
Maisarah
menjongket bahu. “Entah. Mana aku tahu. Habis tu nak buat apa dengan air ni?”
Tidak
lama kemudian, pelayan tersebut datang lagi sambil menatang makanan. Dua
mangkuk mee wantan di hidangkan kepada mereka.
“Err..Cik.
Kami tak order ni semua.”
“Maaf
cik. Ada orang dah orderkan untuk cik berdua. Dia dah bayar semua.”
“Siapa?”
soal Maisarah.
“Maaf
cik. Dia minta namanya di rahsiakan.”
“Eh,
dia bayar awak berapa ea.”Ibtisam kini mula bertindak. Pasti pelayan itu sudah
disogok.
“Maaf
cik. Tapi, dia titipkan surat ini pada..err..cik..Sarah..” Pelayan itu sudah
menghulurkan satu lipatan kertas kecil.
Maisarah
menerima titipan tersebut dengan debaran di dada. Pelayan tersebut berlalu
pergi.
Titipan
itu kini di baca.
-Makanlah.
Jangan malu-malu. Aku belanja kau dan kawan tu. Sorrylah kalau tak menepati
citarasa. Aku I-Man.
“Siapa
I-Man?” soal Ibtisam.
“Iman
kerek.” Jawab Maisarah pendek.
“Owh..Hero
penyelamat kaulah yang belanja ni. I-Man.Biar betul ni. So, nak makan tak ni?
Perut aku pun dah terasa lapar jugak ni. Aku ‘balun’ dululah Mai.Rezeki jangan
di tolak. Betul tak?” Ujar Ibtisam seraya terus menyedut minuman di hadapannya.
Maisarah
tertoleh-toleh juga di sekitar dalam kedai tersebut. Manalah tahu, Iman ada di
situ. Maisarah menjadi serba salah.
“Hmm..Dah
alang-alang dia belanja, aku pun ‘balun’ jugalah.”
Di satu sudut
yang lain, Iman tersenyum memerhatikan Maisarah. Kuch..Kuch..Hota..Hai..Sesuatu
telah berlaku…Hmm..Sesuatu telah berlaku pada hatiku.’ Bisik Iman di hati.
Iman tiba-tiba
menekup telinga. Lagu ‘Oh,Reena!’
yang kebetulan terpasang di situ mengingatkannya kepada kekecewaan. Nama itu
benar-benar membunuh hatinya. Dia kemudian terus bangun dan pergi. Hatinya
terasa sakit.
No comments:
Post a Comment