Sunday 24 November 2013

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 4


Beberapa bulan kemudian…
IRFAN FARIS kini sudah kembali ke tanah air setelah tamat pengajian. Dia disambut oleh mama, papa dan neneknya, Nek Kalsum.
“Ala, cucu nenek. Nenek rindu sangat dengan Irfan. Dah lama nenek tunggu Irfan balik tau.” Nek Kalsum sudah memeluk cium cucunya itu. Kanan kiri pipi cucunya itu dicium kasih. Muah..Muah..lagi. Irfan Faris hanya tegak mengeraskan badan. Hilang machonya dipeluk cium begitu. Dahlah ramai orang kat situ.
Gedebukk..
Belakang Irfan Faris mendapat hadiah buku lima dari Nek Kalsum.
“Kenapa ni nek? Tiba-tiba tumbuk Irfan.”
“Huh! Irfan memang tak sayang nenek. Nenek peluk cium rindukan Irfan, Irfan bukan nak peluk cium nenek juga. Dahlah. Pergilah balik tempat belajar Irfan sana tu. Tak payah balik sini. Nenek malas nak rindukan Irfan lagi!” Nek Kalsum merajuk. Dia berkecil hati dengan sikap Irfan Faris yang tidak mengendahkan dirinya.
Irfan Faris tersenyum. Tergelak-gelak juga menampak baris giginya. Dia kemudian merapati neneknya yang sudah masam mencuka.
“Huh, jangan dekat nenek!” Nek Kalsum membuat muka. Dikalihkan tubuhnya daripada Irfan Faris.
Alalala..Nenek comel..Nenek merajuk eh? Tak comellah nenek ni. Irfan sajalah nek. Irfan saja nak uji, nenek ni betul-betul rindukan Irfan ke tak. Meh sini. Biar Irfan sayang nenek pulak. Takkanlah Irfan tak rindu nenek. Mehlah nek..Janganlah merajuk dengan Irfan. Tak nak genglah dengan nenek kalau macam ni. Sikit-sikit nak merajuk.” Irfan Faris kemudian memeluk nenek dari belakang.
“Sini. Irfan nak muah…muah..sayang dekat nenek.”
“Tak nak! Irfan dah kecilkan hati nenek. Nenek tak nak kawan dengan Irfan.”
“Alah, nek. Janganlah macam ni. Tak sportinglah nenek ni. Okey. Irfan minta maaf sangat dekat nenek. Dahlah nek. Jangan merajuk dengan Irfan. Kalau tak malam ni Irfan tak nak dodoikan neneklah.” Irfan Faris bijak memujuk.
“Dah. Mehlah sini pandang Irfan.” Irfan Faris kemudian memeluk cium Nek Kalsum. Terus sahaja berguguran air mata wanita pertengahan usia itu. Pelukan mereka berbalas.
“Nenek rindukan Irfan.” Suara Nek Kalsum lirih dan sayu.
“Tahu. Irfan pun rindu dengan nenek. Rindu sangat.” Irfan Faris mengeratkan pelukan.
Datin Kirana dan Dato’ Zamrud saling berpadangan dan tersenyum. Sememangnya Nek Kalsum sangat rapat dengan cucunya yang seorang itu sejak kecil lagi walaupun sebenarnya dia juga masih ada seorang lagi cucu lelaki iaitu Idham, abang kepada Irfan.
Kini barulah perhatian Irfan Faris jatuh pada mama dan papanya. Sememangnya, dia perlu menggembirakan hati neneknya dahulu kerana jika tidak, neneknya itu akan tarik muncung sedepa. Dia sudah biasa dengan ragam neneknya yang mahukan lebih perhatian daripadanya.
“Apa khabar Ma? Mama makin cunlah.” Puji Irfan Faris sambil mencium tangan mamanya dan kemudian memeluk wanita itu.
“Ada-ada aje kamu ni Irfan.” Gembira hati Datin Kirana apabila anaknya itu telah selamat kembali ke tanah air.
“Papa apa khabar? Sihat?”
“Sihat. Alhamdulillah.”
“Tapi, kenapa muka papa makin tak handsome?”
“Ewah,ewah mulut kamu.  Nak handsome macam mana lagi. Ni dah kira tahap handsome dan bergayalah ni. Cuma rambut dah nak botak.” Seloroh Dato’ Zamrud. Mereka kemudian sama-sama ketawa.
“Kamu sorang aje ke? Bukan kata hari tu nak balik sama dengan Zack? Nak juga papa kenal dengan si Zack tu.”
“A’ah. Zack tak jadi balik sama. Dia balik lambat sikit. Kebetulan sepupu dia pergi melancong ke sana. Jadinya, dia balik sama dengan sepupu dialah.”
Dato’ Zamrud mengangguk mengerti.
“Jom, nek. Irfan pimpin nenek.”
Mereka baru berjalan beberapa langkah.
“Nek. Jap nek. Nak pergi toiletlah.” Ujar Irfan Faris.
“Nak nenek teman ke?”
“Nekkk..Janganlah buat Irfan ni macam budak kecil, nek. Kalau ada awek dengar, jatuhlah saham Irfan macam ni. Nenek jalan dengan mama dengan papa dulu tau.” Sejurus itu, Irfan Faris pergi.
Dalam pada masa yang sama….
Irsya Natasya dan Lyla sedang menantikan Zuraidai anak Wak Bidin, teman mereka. Rasanya sudah satu jam lebih mereka menunggu. Duduk, bangun dah berapa kali. Penat. Memang tak best menunggu orang yang tak kunjung tiba.
“Lyla. Aku nak ke toilet jap. Tak tahanlah. Tunggu minah sorang tu, jenuh. Tengok ramai dah orang masuk, dia tak muncul-muncul pulak. Takkan tercicir kut. Ke.. dia yang jadi pilot. Tak pun, dia jumpa pakwe handsome ala-ala Dean Supernatural tu sampai lupa yang kita ni dok menunggu dia. Minah sorang tu bukan betul sangat. Pantang nampak mamat handsome. Cepat aje mengayat.”
“Dahlah, mak cik oii. Kalau kau nak pergi toilet tu, pergi ajelah. Tak payah nak membebel tot..tet..tot..tet…macam mak nenek. Tadi pun kau bebel benda yang sama juga.Tepu dah telinga aku dengar ni, weh. Dah, pergi. Karang meladung air kat sini, kau nak lap ke?”
“Wah, mulut kau. Tak ada insuran langsung. Aku sumbat dengan penumbuk aku ni baru kau tahu!”
Lyla hanya tergelak.
Irsya Natasya kemudian berlalu pergi. Di pertengahan jalan, langkahnya terhenti. Dia memegang dadanya yang tiba-tiba terasa berdebar. Dup..dap..dup..dap..
‘Alahai, tak gemarnya aku bila ada rasa macam ni. Rileks, Sya..Rileks. Makin kuat pulak tu. Ni apa petanda ni?’
Irsya Natasya kemudian menoleh ke kiri dan kanan melihat sekitar. Dia sendiri tidak tahu tujuan dia berbuat demikian. Saja. Mana tahu terpandang jodohnya tanpa sengaja. Hihi..Ayat tak boleh blah.
Irsya Natasya kemudian terus berjalan menuju ke tandas dan menyempurnakan hajatnya. Sewaktu kembali menuju ke tempat Lyla, tanpa disangka berlaku insiden yang tidak di duga.
“Opocot kau Irfan Faris aku. Eh, kau. Eh..aku!” Irsya Natasya sudah melatah spontan. Dia terkejut apabila dia terlanggar seseorang yang tiba-tiba berada di hadapannya. Habis panjang berjela tutur kata, tonggang-terbalik jadinya. Eh..eh..semuanya.
Eh..Eh..lah semua kau ni.” Empunya tergelak. “Apa-apa pun, sorry ya. Tak sengaja” Kedengaran ucapan maaf dari empunya diri. Hakikatnya dia memang tidak sengaja dan tanpa sedar telah menghalang jalan Irsya Natasya menyebabkan gadis itu terlanggarnya.
Irsya Natasya mampu menelan liur. Muka bengangnya di cover. Dia terus berjalan pergi tanpa menoleh kepada empunya diri. Malas nak marah-marah menyalahkan lelaki itu. Malas juga nak ada sesi mata bertentang mata. Karang dari mata turun ke hati, siapa nak menjawab. Kalau cerita drama, bolehlah. Ni, realiti. Tak ada maknanya nak berlaku macam tu. Lagipun, muka tengah bengang. Melatah pulak macam mak nenek. Takkan nak tunjuk muka kut. 
Irsya Natasya menampar pipi sendiri. “Hai, aku ni. Entah nama siapa aje aku sebut. Tapi sedap juga nama tu. Eh, nama Irfan Faris ni, aku macam pernah sebut dulu. Kalau tak silap, masa aku tergolek lastik cicak dulu tu. Alamak! Keluar lagi nama mamat ni. Haishh…Tak gemar betul aku.”
Irfan Faris melihat langkah empunya diri yang kian menjauh pergi. “Siapalah budak tu. Boleh pulak melatah sebut nama aku. Macam mana nama aku boleh popular pulak ni? Nak kata artis, sah-sahlah aku ni bukan artis. Ke..Jodoh? Ni yang tak nak ni. Budak latah pulak tu. Karang, dah kahwin dia melatah siap bawa parang habislah aku kena tetak. Mampus aku macam tu. Eh, yang aku ni dah kenapa? Tiba-tiba masuk bab jodoh, kahwin-kahwin ni. Haishh..Mengong!”
Irfan Faris memegang dada tiba-tiba. “Tengok tu. Siap berdebar-debar pulak yang dalam ni. Cubalah cool aje. Sibuk aje nak berdebar-debar. Semput aku macam ni. Makin laju pulak tu. Eii…Tak sukanya!” Irfan Faris kemudian menarik nafas sedalam mungkin dan menghembuskannya. Ia sedikit lega.
Irfan Faris baru tersedar yang keluarganya sedang menanti. Dia segera pergi.
“Lamanya Irfan, oii.” Nek Kalsum sudah mengeluh.
Sorry, nek. Irfan singgah beli majalah kejap. Tadi kan Irfan suruh nenek jalan dengan mama dulu. Kenapa tunggu kat sini.”
“Kamu ni macam tak biasa dengan nenek kamu ni. Kalau ada kamu, dia nak kamu yang pimpin. Dengan mama, nenek bukannya nak.”
Irfan Faris sudah ketawa. “Apalah nenek ni. Kalau Irfan dah kahwin nanti macam mana. Irfan naklah pimpin isteri Irfan. Takkan nak pimpin nenek.”
“Sebab tu sekarang ni, nenek nak Irfan yang pimpin nenek. Sebab nanti nenek tahu, Irfan dah tak nak pimpin nenek lagi.”
“Tak adalah macam tu nek. Tengok keadaanlah. Hmm..Papa mana?”
“Papa dah dekat kereta. Dia dah bawa beg kamu sekali.”
            “Dah. Meh sini. Irfan pimpin nenek.” Mereka kemudian berjalan bersama menuju ke tempat parkir.
Di tempat parkir kereta…
Irfan Faris kembali terasa debaran di dadanya.
“Alamak. Yang dalam ni dah kenapa? Nak juga dia debar-debar. Nak beri petunjuk apalah agaknya ni,” bisik Irfan Faris sendiri sambil menoleh ke arah sekitar, ke kiri dan ke kanan. Dia kemudian terperasankan seseorang. Walaupun tidak dapat melihat raut wajah itu, dia yakin dan pasti itu adalah perempuan yang melatah menyebut namanya tadi. Ia berdasarkan pakaian yang dipakai oleh perempuan itu. Berbaju cardigen bewarna hitam, berseluar jeans biru gelap dan bertudung warna pelangi. Jaraknya hanya selang tiga buah kereta dari tempatnya berdiri.
“Tengok apa tu Irfan, oii. Cepat naik.”
“Rilekslah nek. Baru aje nak tengok-tengok awek.”
“Tak payah, tak payah. Nanti nenek carikan isteri untuk Irfan. Tak payah nak berawek-awek. Nak bercouple-couple. Kahwin aje terus.”
“Hish, nenek ni. Tak rocklah macam tu. Irfan nak juga bercinta dengan isteri Irfan. Biar Irfan cari sendiri.”
“Kalau orang yang kamu pilih tu minat dan pandai nyanyi lagu klasik macam nenek, baru nenek setuju. Kalau tak, nenek tak nak. Bukan ke nenek dah beritahu sebelum ni.”
“Apa ni nek, tetapkan syarat macam tu. Irfan yang nak kahwin, bukannya nenek. Biarlah ikut hati Irfan.”
“Kamu memang tak sayang nenek.” Suara Nek Kalsum jadi kendur.
“Alah, nenek ni. Merajuk pulak dia.”
“Dah, naik. Karang kamu balik sendiri naik teksi.”
“Yalah, nek comel. Kiss karang.”
Nek Kalsum akhirnya ketawa.  Pandai cucunya itu memujuk kata.
Sewaktu ingin masuk ke dalam kereta, Irfan Faris sempat memandang kereta yang lalu di sebelahnya. Kereta Perodua Myvi bewarna merah. Itu adalah kereta yang dinaiki perempuan tadi. Dia sempat menghafal nombor flat kereta itu.
“Aku rasa teringin nak jumpa perempuan tu. Aku nak tanya juga macam mana dia boleh latah sebut nama aku? Dia kenal aku ke? Atau…ada telepati antara aku dengan dia?” Bisikan itu hanya terlafaz di hati.
“Irfan. Apa lagi tu?”
“Ya, mama. Sorry. Terberangan sekejap.”
Poyolah kamu ni Irfan.” Ujar Nek Kalsum.
“Aii, nek. Nenek pun dah pandai cakap poyo-poyo ni. Gempaklah nenek ni.”
“Nenek ni ikut perkembangan juga Irfan oii. Budak-budak muda sekarang ni bahasanya dah macam tu.”
Irfan Faris hanya tersenyum dan kemudian masuk ke dalam perut kereta. Tidak lama kemudian, kereta Toyota Harrier bewarna putih itu meluncur pergi.







Sunday 3 November 2013

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 3


IRFAN FARIS sudah tersedak-sedak. Tidak tahu mengapa tiba-tiba tekaknya terasa gatal.
“Kau ni kenapa, bro.Tersedak-sedak aje dari tadi.” Soal Zack Nadzri.
“Entahlah. Tiba-tiba aje. Orang jauh sebutlah kut.”
“Siapa? Awek kat Malaysia ke?”
“Eh! Tak ada maknanya weh. Aku ni single. Mana ada awek.  Dulu masa kat Malaysia pun aku tak ada kekasih hati. Setakat kawan-kawan biasa aje adalah. Yang terindah di hati dan sanubari ni memang tak ada lagi.”
Hoho..Yalah tu. Ayat kau..Bombastik!” Zack Nadzri sudah ketawa.
 Irfan Faris juga tergelak. Dia meneguk jus epal di hadapannya.
So…Yang teristimewa di hati dan sanubari tu kau nak cari kat sinilah ya?”
“Maksud kau?” Irfan Faris menjungkit kening.
“Aku perasanlah. Sejak masuk ke sini sampai dah nak habis belajar ni, aku perasan yang kau tu asyik pandang-pandang aje kat si Marsha tu. Kau suka kat dia ke?”
Irfan Faris hanya menjongket bahu.
“Cakap ajelah kat aku. Takkan malu nak mengaku kut. Kau suka kat dia kan?”
 Irfan Faris hanya tersengih. “Memandai aje kau ni.”
Well..Aku saja nak tahu. Manalah tahu kau nak minta tolong aku pass surat ke..apa ke..aku no hal. Lagi satu aku nak beritahu, Marsha tu bukan taste aku. So, kita takkan jadi pesaing, okey. Dengan orang lain, confirmlah. Kat sini memang ramai yang nak rebut hati si Marsha tu. Kalau kau dapat dia, aku tabik spring kat kau.” Zack Nadzri ketawa lagi.
Irfan Faris turut ketawa. Tiba-tiba dia tersedak lagi.
“Hai, tersedak lagi ke? Takkan Marsha yang sebut, kut.” Perli Zack Nadzri.
Irfan Faris sudah menjeling.
“Aii, kau. Main jeling-jeling pulak kat aku. Apa kes?”
“Dahlah, Zack. Malas nak layan kau. Aku nak pergi.”
“Pergi mana? Curi-curi pandang Marsha dari jauh ke?”
“Ah! Malas nak layan kau ni. Aku pergi dulu.” Irfan Faris kemudian berlalu pergi meninggalkan Zack Nadzri yang hanya duduk tersenyum  menyandar di kerusi.

IRFAN FARIS kini duduk di sebuah bangku berhampiran tasik. Pandangan matanya tidak ralit dari memandang seorang gadis ayu berwajah kacukan yang memiliki rambut blonde kehitaman separas bahu. Gadis itu adalah Ain Marsha.
‘Subhanallah…Cantiknya dia. Bijak pulak tu. Kalau tak, tak mungkin dia akan terpilih jadi wakil pelajar dekat sini.’
Irfan Faris mengambil gambar wajah itu secara curi-curi. Dia kemudian mem ‘preview’ gambar wajah itu. Di ‘zoom’ agar wajah itu kelihatan jelas. Dia tersenyum sendiri.
‘Kalaulah aku dapat dia, bahagianya aku. Ni, aku tegur pun dia buat tak layan aje.  Tahulah aku ni bukan jejaka ‘hot’ macam lelaki lain.’
Irfan Faris kini mengelus lembut wajah tidak bernyawa itu. ‘Cukuplah walau dapat melihat wajahmu dari jauh. Terusir juga lara di hati ini. Hihi..Poyonya ayat jiwang aku.’

IRFAN FARIS kini di biliknya. Dia termenung. Dia kemudian melihat pada jambangan ros merah yang baru dibeli tadi. Bersama bunga itu, dibeli juga sekeping kad.
Hmm..Apa aku nak tulis dekat kad ni? Haa..Aku ada idea baik punya. Yang penting dia tak tahu aku yang kasi. Hmm..Pyar..Pyar..Mohabbat…’
Irfan Faris tersenyum berangan. Berangan menyanyi dan menari bersama Marsha seperti dalam filem Hindustan- Dil Hai Tumhara. Dia, Arjun Rampal dan Marsha, Preity Zinta. Hehe..Sukanya. Tapi watak Nimmi, siapa yang take over??
Irfan Faris menepuk dahi sendiri.  ‘Hish, kau ni Irfan. Berangan tak sudah. Berangan layan lagu Hindustan. Cuba layan lagu Melayu klasik pulak.’

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangann rindu-rinduan.

Hmm..Bila dengar lagu ni, teringat kat nenek. Rindunya dekat nenek. Tapi, kalau telefon panjang berjela pula nenek membebel. Karang, panas aje telinga aku dengar. Lepas tu mesti dia nak suruh nyanyikan lagu.’

“MARSHA!” Panggil Jesnita dari jauh. Dia sedikit berlari anak menuju kepada temannya itu.
Yup. Ada apa Jes?”
Taraaa…” Jesnita sudah menunjukkan satu jambangan bunga ros di tangannya.
“Wah, cantiknya! Siapa kasi kau, Jes?”
“Siapa kasi aku? Hmm..Bukan aku punyalah. Bunga ni untuk kau.”
“Aku?”
“Yalah. Kau. Ada orang bagi bunga ni pada kau.” Marsha menerima jambangan bunga tersebut dengan senyuman melebar.
“Siapa?”
“Tak tahu. Ada orang kirim kat aku. Dia kata suruh kasi pada kau.” Jesnita memberitahu.
Marsha kemudian mengambil sekeping kad yang di titipkan bersama bunga itu.

~ Awak sangat cantik – Pyar ~

“Pyar? Hmm…Jes. Dekat universiti kita ni ada ke student nama Pyar?” soal Marsha.
Hmm..Rasanya tak ada kut. Tak pernah dengar. Dengar nama macam Hindustan. Wah, gempaklah! Mesti orang tu sangat handsome, kan. Cuba kau imagine muka hero Hindustan macam mana. Wah! Sweet! Mesti romantik, kan.”
Marsha hanya tersenyum. Bunga itu kini diciumnya.
Dari jauh, Irfan Faris sudah tersenyum-senyum sendiri. Suka dia melihat Marsha yang tersenyum menerima bunga yang diberi. Dalam kegembiraan perasaannya itu, dia terlupa di mana dia berada. Tanpa sedar….
Keceburrr…
Menghambur air di kolam. Tubuh Irfan Faris sudah tertonggeng ke dalam kolam buatan di situ. Tubuhnya sudah basah lencun. Mereka yang berada di situ sudah mentertawakannya.
Hishh..Bengong..Bengong..Macam mana aku boleh tertonggeng dalam kolam ni. Habis ke ‘macho’an dan ke ‘handsome’an aku.”
“Woii, Irfan! Kau buat apa dalam tu weh. Bermandi-manda ke?” Zack Nadzri sudah tergelak kuat.
“Huh! Ketawa..Ketawa..Tolonglah. Sakit siot kaki aku. Terseliuh.”
“Tulah. Siapa suruh berangan tepi kolam. Kan dah dapat mandi free. Terseliuh pun free of charge.”
Marsha yang kebetulan lalu di situ sudah tersenyum-senyum melihatnya.
Erkk..Marsha senyum dekat akulah. Hihi…Sukanya aku.” Bicara membuai di hati. Irfan Faris juga mengukir senyum.
“Aii, kau. Sempat juga nak senyum-senyum kat Marsha tu.” Ujar Zack Nadzri.
“Rilekslah, bro. Dah dia senyum dekat aku. Aku balaslah balik. Takkan nak buat muka toya pula. Rugilah aku. Apalah kau ni.”
“Iyalah… Kau tu sebenarnya ‘ngok-ngek’. Dia tu ketawakan kaulah.”
“Eh, mana kau tahu. Ah, lantaklah. Janji dia senyum kat aku. First time tu dalam hidup aku sejak datang sini dia senyum pada aku.”
Hmm…Yalah, Irfan. Ikut kaulah. Angau. Macam tulah.”

IRFAN FARIS kini berada di biliknya. Dia sudah mengeringkan diri. Rambutnya kembali di sikat rapi.  Dia kemudian termenung di jendela.  Masih mengenang bayangan senyuman Marsha.
“Cantiknya, Marsha. Cantik senyumannya.”
Telefon bimbitnya di atas meja sudah berbunyi. Dia melihat nama di skrin.
“Nenek.”
Talian kini bersambung.
“Ya, nek. Irfan ni. Nenek apa khabar?”
“Sihat. Cucu nenek sihat tak ni?”
“Sihat, nek.”
“Irfan..Irfan tak rindu nenek ke? Lama dah Irfan tak telefon nenek.”
“Irfan sibuklah nek.  Sepanjang masa sibuk.”
“Sepanjang masa sibuk? Habis tu, kamu sembahyang tak.”
“Sembahyanglah nek. Tu kan wajib. Irfan tak tinggal sembahyang.”
Hmm..Irfan. Kamu bila nak balik sini. Nenek rindu.”
“Irfan pun rindukan nenek. Tapi nenek jangan risau. Tak lama lagi Irfan habis belajar. Nanti Irfan terus balik sana.”
Hmm..Nenek sedih.”
“Alaaa..Kenapa nenek sedih?”
“Nenek dah lama tak dengar Irfan nyanyi untuk nenek.”
Irfan Faris yang mendengar sudah menelan liur payau.
“Irfan..Irfan nyanyilah untuk nenek. Nenek sekarang susah nak tidurlah, Irfan. Irfan nyanyi untuk nenek  ea.” Sayu kendengaran suara Nek Kalsum di hujung talian.
Irfan Faris sudah menggaru kepala. Dia mengomel sendiri dengan permintaan neneknya itu. ‘Alahai, nenek. Tak pasal-pasal aku nak kena menyanyi pulak.’
Irfan Faris memandang sekitar biliknya. Takut jika ada Zack Nadzri ada di situ. Dia kemudian menuju ke balkoni.  Dia malu andai suara nyanyiannya didengar Zack Nadzri. Iyalah..Nyanyi untuk nenek. Kalau nyanyi untuk awek okeylah juga kut.
“Irfan..Cepatlah nyanyi…”
“Yalah, nek.” Ujar Irfan dalam nada ketidakrelaan. Hmm..Terpaksa.

Nenek…Nenek…Si bongkok tiga…
Siang mengantuk malam berjaga..
Mencari cucu di mana ada..
Nenek ku kahwin dengan anak raja..

Irfan Faris menyanyi sambil memegang leher. Terasa loya sendiri. Di hujung talian, Nek Kalsum pula menyambung lagu.

Cucu..Cucu..Tak dapat lari..
Nenek tua hai banyak sakti..
Sekarang nenek nak cari ganti..
Siapa yang kena dia yang jadi…

            “Hmm….Macam mana nek? Dah dapat gantinya?”
            “Tak dapat lagilah, Irfan.”
            “Alah..Nanti nenek jumpalah.” Irfan Faris tergelak-gelak
. Begitu juga Nek Kalsum di hujung talian.
“Okeylah, nek. Irfan ada kerja ni. Nanti nenek sampaikan salam kat Mama, Papa dengan Abang tau. Okey, nek. Irfan letak telefon dulu.”
“Alah..Kamu ni cepat sangat nak letak.Nenek tak habis lagi nak cakap ni.”
Hmm..Nenek nak cakap apa?”
“Irfan…Kalau kamu nak cari isteri, cari yang pandai nyanyi lagu klasik macam nenek tau.  Barulah nenek ada kawan.”
“Alah, nek. Berat sangatlah permintaan tu.”
“Tak ada.. Tak ada..Kamu mesti  cari yang pandai nyanyi lagu klasik macam nenek.”
“Yalah, yalah…” Irfan Faris malas memanjangkan kata. Entah apa-apa permintaann neneknya itu. Tak logik langsung!
“Tak pun kamu tak payah cari. Biar nenek aje yang carikan untuk kamu.”
“Hah?? Apa ni nek?”
“Biar nenek ajelah cari. Kamu tak payah susah-susah. Dulu, Mama kamu nenek juga yang carikan. Okey aje Mama dengan Papa kamu. Bahagia aje nenek tengok.”
“Nekkk..”
“Ni muktamad dari nenek!”
Tit..Talian telah di matikan.
Hish, nenek ni..” Irfan Faris sudah menepuk dahi. “Ada ke patut nenek nak carikan jodoh aku. Habis tu macam mana cinta aku kat Marsha ni?”
Ehem..Ehem…” satu suara sumbang sudah kedengaran.
“Kenapa kau Zack? Tiba-tiba aje muncul.”
“Kau buat apa duduk dekat ceruk tu? Tadi aku dengar kau nyanyi lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ tu apa ke hal. Nyanyi untuk siapa?”
Irfan Faris sudah membuat muka. Tidak tersangka temannya itu mendengar nyanyian merdunya. “Aku nyanyi untuk nenek akulah. Dia kata tak boleh nak tidurlah. So, suruh aku nyanyi. Habis ke ‘macho’an aku nyanyi lagu ‘Nenek-Nenek’ tau.” Irfan Faris meluah  rasa.
Zack Nadzri sudah tergelak besar.
“Huh, diamlah kau! Ketawa..Ketawa..”
“Rileks, bro. Rileks. Jangan marah. Aku teruja sebenarnya.” Suara Zack Nadzri masih berbaki tawa.
“Ingat, bro! Kau aje yang tahu rahsia ni. Kalau orang lain tahu, siap kau!”
“Okey..Okey..Aku janji takkan bocorkan rahsia. Tapi, kenapa selama ni aku tak pernah dengar kau nyanyi-nyanyi untuk nenek kau ek?”
Irfan Faris hanya menjeling. Huh, soalan! Sah-sah perli akulah tu.
“Rilekslah, Irfan oii. Aku sebenarnya respect dengan kau. Kau pandai jaga hati nenek kau. Orang dah tua ni, kadang lain sikit pemikirannya. Mesti nenek kau sangat bahagia ada cucu macam kau. Kalau satu hari nanti dia dah tak ada, apa yang kita buat sekarang nilah yang selalu buat kita terkenang dia. Kau untung sebenarnya. Nenek kau mesti sporting, kan. Macam aku, aku dah tak ada nenek dah. Sebelah Mama dah tak ada dua-dua. Sebelah Papa aku, cuma tinggal atuk sorang. Itu pun duduk tak campur kita orang.”
Irfan Faris tersenyum. Hmm..Betul juga kata si Zack tu. Aku nyanyi untuk nenek aku. Hmm..Kau orang ada ke?
“Cuma..”
“Cuma apa..”
“Suara kau tu macam katak panggil hujan. Berdentum guruh di langit sekejap lagi.”
Akibat kata-kata itu, sebiji kusyen kecil hinggap ke muka Zack Nadzri.
 “Selamat kau bukan baling cawan kaca kat muka aku, bro. Kalau tak habis ketampanan wajah aku ni.” Zack Nadzri kembali ketawa berdekah.Dia kemudian melabuhkan punggung di sofa menyanyi lagu ‘Nenek-Nenek.’
“Kau ni kalau tak kenakan aku tak boleh ke, Zack? Nenek..nenek..” Suara Irfan Faris sedikit menekan. Geram juga hatinya.
“Okeylah. Aku nyanyi lagu lainlah. Tahulah lagu tu untuk nenek dia. Sampai orang nak nyanyi pun tak boleh.”
Ehem..Ehem..” Zack Nadzri kini membetulkan suara. Kemudian dia bernyanyi.
Irfan Faris si bongkok tiga, sudahlah angau ngok ngek pula, nak ngurat Marsha hai kasi bunga, tapi tergolek dalam kolam pula…” Zack Nadzri sengaja mencuri melodi lagu ‘Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga’ untuk menyakat temannya itu.
“Woii! Kau ni memang nak kena Zack!” Irfan Faris sudah mengepal penumbuk. Selajur itu, Zack Nadzri berlari keluar sebelum Irfan Faris dapat bertindak apa-apa kepadanya.
“Kau balik nanti, siap kau!”
Irfan Faris merengus kasar. Dia mengeluh. “Eii..Geramnya aku. Pasal neneklah aku asyik kena bahan aje dengan Zack. Nasib badan betullah!” Dia kemudian meredakan perasaan hati sendiri.
Gambar Marsha yang ditangkap sebelum ni diambil dan dibelek-belek penuh minat. Dia tersenyum sendiri. “Marsha..Harap-harap awak pandai nyanyi lagu klasik macam nenek saya tau.” Fikiran Irfan Faris kemudian terbang dalam lamunan. Pyar..Pyar..Pyar..
Tiba-tiba..
Klikk..
“Hai..Ada orang tu senyum angau kat nenek. Senyum macam kerang busuk.”
“Woii, Zack! Padam gambar tu weh.” Ujar Irfan Faris yang baru tersedar temannya itu telah megambil gambarnya secara curi-curi.
Haha..Aku nak letak kat Facebooklah.”
“Woii, janganlah!”
“Ala..Tipu ajelah. Takut benor.”
“Aah, aku tak percaya. Kau bukannya betul.”
“Nah! Ambil phone aku ni. Checklah ada ke tak ada.”
Irfan Faris mengambil telefon bimbit yang dihulurkan Irfan Faris. Dia meneliti setiap gambar?Hmm..Selamat tak ada. Kalau tak, siap kau Zack.
“Kau nak kopi tak? Aku nak buat ni?”
“Apa pasal tiba-tiba kau jadi rajin pulak ni? Mesti ada apa-apa, kan?”
“Kau ni suka sangat buruk sangka dengan aku. Aku tengah rajin ni. Kira tanda minta maaf kat kaulah.”
Dahi Irfan Faris berkerut. Pelik dengan tingkah temannya yang seorang ini.
Hmm..Buatkanlah. Kasi kaw..kaw..punya.”
Setelah beberapa minit kemudian…
“Nah! Special untuk kau. Kopi Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak.
“Kau ni memang nak kena dengan aku Zack. Kau sengaja nak kenakan aku.”
“Rilekslah, cucu kesayangan nenek. Itu pun nak marah. Hmm..Kalau aku nak jadi cucu angkat kesayangan nenek kau boleh tak? Macam best aje.”
“Nak ke? Nanti aku pass nombor nenek aku kat kau.”
“Boleh, boleh. Pass kat aku.”
Irfan Faris tergelak. “Betul ke ni? Tak menyesal? Karang kalau tak kau kena nyanyi lagu untuk dia..hmm..tak sahlah.”
Zack Nadzri tergelak juga. “Aku gurau ajelah. Tak rocklah beb. Eh, tapi boleh juga. Aku nak ushar-ushar nenek kau.”
“Kau ni betul ke tidak? Orang selalu ushar awek, yang kau nak ushar nenek aku tu buat apa?”
“Sebab aku nak jadi Tok kaulah ngek! Tak sudi ke?”
Wekk! Muntah aku!” Irfan Faris sudah memegang leher.
“Anggaplah aku ni Tok tiri muda kau yang handsome.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak.
“Muntah aku weh! Kau ni sakit mental ke apa Zack? Minat kau tu menakutkan aku. Ada ke minat yang tua-tua. Eii..Gila, ah!”
“Alah. Aku gurau ajelah, beb. Takkanlah aku ni ngek sangat. Aku ni bukan macam kau. Ngok-ngek.
“Oii, kutuk aku!”
“Janganlah ambil hati. Yang kutuk kau ni, tok tiri kau juga.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak-ketawa. Sengaja berseloroh. Akhirnya kusyen kecil hinggap ke mukanya.
“Kau menang ngeklah, Zack! Selisih!” Ujar Irfan Faris.
Mereka berdua akhirnya tergelak sama.