Tuesday 1 January 2013

Cerpen : Encik Comel NurKekasih....



NurHabibah mencari-cari arah surau, namun masih tidak ketemu.Tiada pula dia nampak penanda arah surau seperti selalunya.Dia terperasankan seseorang. Rasanya, baik dia bertanya sahaja.

“Encik Comel….” Panggil NurHabibah selamba. Dia memanggil begitu kerana wajah lelaki itu memang comel. Macam muka pelakon Korea pulak tu.

“Apa comel..comel..Ingat orang takde nama ke?” balas lelaki itu tatkala berkalih pandang kepada NurHabibah.Tiada langsung segaris senyuman di bibirnya. Entah siapa pula gerangan perempuan kampung yang kini berdiri di hadapannya.

“Maaf, encik. Hmmm…Saya sebenarnya nak tanya, surau kat sini area mana ek? Dari tadi saya cari tak jumpa pulak.Ni kali pertama saya sampai sini.Tu yang confuse.”Ujar NurHabibah lembut dan sopan.

“Tu sana….”Isaac menunjukkan arah.Suaranya ditekan.Nampak sangat tidak mesra.

NurHabibah menguntum senyum sedikit kelat seraya mengucapkan terima kasih. Rasa macam nak kecik hati juga dengan cara lelaki itu yang nyata tidak mesra, tetapi apabila mengenangkan bantuan yang diberikan, tak payahlah kecil hati kut.

“Wei, nanti!” Panggil lelaki itu tiba-tiba. Langkah NurHabibah terhenti. Kepalanya ditoleh ke belakang.‘Aii, dia panggil aku ke? Apa hal pulak ni.’

“Aku follow kau.”Ujar lelaki itu selamba.Dia sudah berjalan menghampiri NurHabibah.

NurHabibah terkejut. Namun, dia tidak banyak soal. Yelah, nak pergi surau.Tujuan yang baik takkan dihalang.Walaupun begitu, hatinya kecilnya berbicara dalam diam. ’Pelik. Tetiba nak ikut aku pula si comel ni. Ni mesti ada agenda tersembunyi ni. Takpe. Kita tengok aje nanti. Kalau dia nak buat yang tak elok, siapalah dia kena tendangan maut aku.’

“Aku nak jadi bodyguard kau.” Ujar lelaki itu tiba-tiba. Lagilah NurHabibah terkejut. ‘Haishhh, mamat ni. Semakin aku terkeliru. Dahlah kau comel. Tiba-tiba nak jadi bodyguard aku pulak. Aku ni bukan orang kaya nak upah kau jadi bodyguard aku. Pulak tu kau ni ntah siapa. Aku kenal pun tidak.’ NurHabibah berbicara dengan hati sendiri.

Langkah terus di atur.Tuntutan fardhu ditunaikan.

Sewaktu keluar dari surau perempuan, NurHabibah terlihat bodyguardnya sudah setia menanti di tepi tangga.‘Alamak, hai…Dia betul-betul jadi bodyguard akulah. Aku ingat bodyguard sampai surau je. Ni macam mana aku nak lari ni. Dia boleh pulak terpacak kat tepi tangga tu. Adohaiii…’

NurHabibah terus berjalan laju, seolah-olah tidak melihat lelaki comel itu. Namun, bodyguard comel yang tidak dilantik itu terus juga  mengekorinya. ‘Aduhai, macam gini pulak jadinya.’

NurHabibah menghentikan hayunan langkahnya. Dia jadi tidak selesa apabila terus diekori. Takut pun ada juga. “Saya nak tanya awak. Awak ni siapa sebenarnya? Kenapa tiba-tiba awak jadi bodyguard saya pula. Saya dahlah tak kenal awak. Awak ni peliklah.” NurHabibah sengaja mengeraskan nada suaranya.

“Aku boring.Sebab tu aku ikut kau.”Jawab lelaki itu selamba. Kedengarannya seperti bergurau, namun tiada juga senyuman menghiasi wajah.

“Jawapan awak ni, macam tak logik ajelah. Macam kucing pulak. Lepas boring dengan tuan ni…cari tuan lain pulak. Nama awak siapa?” Soal NurHabibah. Tiba-tiba dia merasakan lelaki itu sepertinya kurang siuman.

“Comel.”Selamba juga lelaki itu memberi jawapan.Dia tersenyum sendiri.

NurHabibah menguntum senyum walaupun agak tawar. Ni mesti peril aku sebab panggil dia comel. ‘Hmm..Tapi, takkanlah ‘Comel’ tu nama dia. Hmm…Sakit jiwa budak ni.’

“Okey, encik comel. Awak janganlah ikut saya lagi ek.Tak perlu jadi bodyguard saya.Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih atas bantuan awak tadi." NurHabibah meminta izin untuk pergi dengan selembut bicara. Dia mengharapkan pengertian.Dia sebenarnya takut jika si comel itu memang benar-benar tidak siuman. Karang..dia yang parah. NurHabibah terus berjalan laju. Dia perlu lari daripada menjadi tuan kepada si comel itu. Harapnya, encik comel tidak mengikutnya lagi.

****

NurHabibah sedang menanti bas untuk pulang ke rumah.Kebetulan hanya dia seorang yang menanti di situ. Seketika kemudian, sebuah kereta putih berhenti di situ.NurHabibah berpura-pura tidak melihat. Sengaja matanya melilau melihat ke arah lain. Kedengaran pintu kereta di tutup.Berderau juga darahnya apabila melihat lelaki itu keluar dari keretanya. NurHabibah terus berpura-pura, berbuat tidak tahu.Sengaja dia bermain-main dengan handphonenya.Kononnya bermain game.

“Awak nak balik rumah ke?” lembut suara itu menyapa telinganya.

NurHabibah berpura-pura tidak mendengar.Dia cuma berharap agar bas segera sampai.Dia langsung tidak menoleh.Biarlah dikata sombong, dia tidak peduli.

“Awak takut ke? Saya ni kan bodyguard awak.”

Seraya mendengar kata-kata itu, NurHabibah menoleh. “Encik Comel.” Nama itu terpacul dari bibirnya. Dia terkejut. Itulah lelaki yang dilabel kurang suiman kelmarin.

Isaac  tersenyum. Dia mengangguk.“Hai.” Tegurnya sambil memberi isyarat ‘Peace’.

NurHabibah terdiam. Dia menelan liur sendiri.

“Awak tunggu bas ke? Kalau awak nak, saya boleh hantarkan awak terus sampai rumah.”

Dup..dap..dup..dap jantung NurHabibah berbunyi.“Takpe Saya tunggu bas je.” Jawab NurHabibah perlahan. ‘Alamak hai…Kenapa si comel ni ada kat sini pula. Dia ni follow aku ke..atau kebetulan je. Ni betul-betul bodyguard ni. Aduhhhh…Macam mana ni. Takpe…takpe…Walau apa yang berlaku, mesti tawakal.” NurHabibah menyedapkan hati sendiri. Doanya agar bas segera sampai.

“Janganlah takut.Saya ni bukan orang jahat pun. Sayakan bodyguard awak.Saya mesti pastikan awak selamat. Kalau awak nak saya hantar..saya hantar. Kalau awak nak naik bas jugak, takpe.Saya tunggu awak kat sini sampai awak naik bas.” Ujar Isaac sambil memakai earphone di telinga.Sempoi gayanya.

NurHabibah hanya membisu. Pelik dia dengan bodyguardnya yang comel ini. Dia sempat menjeling sekilas tingkah lelaki itu yang duduk agak jauh darinya.Lelaki itu hanya bersantai mendengar lagu sambil menjadi penemannya yang setia. ‘Siapalah dia ni? Confuse aku. Nak kata tak siuman, hari ni aku tengok okey je.’

“Awak  follow  saya ke?” tanya Habibah berani.

“A’ah.” Jawab Isaac  sepatah. Jujur memberi  jawapan.

Jawapan itu nyata mengejutkan NurHabibah.“Kenapa?”

“Sebab saya ni kan bodyguard awak.”

“Saya tak faham. Atas sebab apa? Saya ni bukan anak orang kaya. Pulak tu awak tiba-tiba kata awak ni  bodyguard saya. Saya peliklah. Boleh explain tak?” NurHabibah meminta penjelasan.

“Tu bas awak dah sampai.” Isaac tidak menjawab soalan yang di minta.Dia mempersilakan gadis itu untuk menaiki bas.”

“Awak jangan follow saya lagi boleh tak.” Pinta NurHabibah sebelum meloloskan diri ke perut bas.

Isaac  hanya tersenyum sambil membuat tanda ‘Peace’. Comel.

Di dalam bas, NurHabibah sempat memerhatikan tingkah encik comel, bodyguardnya itu.Dia terfikir sendiri.Kenapa lelaki itu sering mengekorinya? Kenapa lelaki itu juga menjadi bodyguardnya tanpa diminta?Padahal baru dua kali mereka bertemu muka.Nama lelaki itu juga tidak diketahui. Kalau betul nama dia Comel, hmm….nak tergelak aku berguling-guling. Tapi….ntahlah. Malas nak fikir.


****
Kisah sebulan yang lalu….

“Along…” Panggil Khalijah terhadap anak perempuannya itu. NurHabibah memandang wajah ibunya.Sepertinya ada hal besar yang ingin dibicarakan. “Ada orang datang melamar Along minggu lepas. Abah dah setuju dengan lamaran tu untuk along.” Ujar Khalijah  tenang.

NurHabibah terdiam.Terkesima dia untuk seketika.Dia dilamar orang?Dia seakan tidak percaya.“Kalau mak dan abah dah setuju, Along terima je. Tapi, boleh Along tahu siapa orang tu?” pinta NurHabibah lembut. Dia redha dengan pilihan orang tuanya.

“Namanya Rayyan. Ni, hadiah daripada mereka. Mereka harap Along sudi menerima.” NurHabibah menerima seutas rantai tangan emas yang cantik buatannya sebagai tanda ikatan.Dia pasti Rayyan bukan dari keluarga sebarangan.

“Mereka tu siapa mak?”

“Dato’ Kassim dan Datin Kartini.”

NurHabibah menelan liur sendiri. Dia nyata terkejut. Adakah Dato’ Kassim …..

“Dia tuan punya syarikat tempat Along bekerja.” Jawapan ibunya itu membenarkan apa yang difikirkan.

****

What?? Mama dan Papa pinangkan Rayyan dengan orang yang Rayyan tak kenal. Apa ni Ma…. Rayyan ni ada perasaan Ma. Kenapa Mama dan Papa buat keputusan tanpa tanya Rayyan dulu. Dia tu siapa Ma? Anak orang kaya mana? Cantik ke dia? Ma…Rayyan tak setuju Ma. Baik Ma putuskan pertunangan tu. Rayyan takkan terima dia walau apa pun terjadi.” Rayyan terus meniti anak tangga menuju ke biliknya.Terdengar hempasan pintu di tutup kuat.Dia nyata marah dan kecewa.

“Siapa perempuan tu….Kenapa Mama dan Papa boleh terima dia?” Rayyan masih melepaskan kemarahannya. Mindanya tidak mampu berfikir lagi.

****

Detak jantung NurHabibah rasa tidak keruan. Namun, dia sedaya upaya menyedapkan perasaan hatinya itu.Seketika kemudian, telefon di sisinya berdering.

Hello.Boleh saya bercakap dengan encik Faris,” suara dihujung talian begitu indah dipendengaran.

“Boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap sekarang?” pinta Habibah selaku setiausaha encik Faris yang baru. Sebenarnya baru hampir lima bulan dia bekerja di situ menggantikan Fitriyani.

“Rayyan, anak Dato’ Kassim.”Jawab si pemanggil di sebalik talian.

Nur Habibah tersentak.‘Rayyan??Rayyan anak Dato’Kassim. Entah-entah….’Habibah terfikirkan sesuatu. Mungkinkah suaranan indah yang didengar kini, milik tunangnya yang tidak dikenali itu. Subhanallah.Mendengar suara itu sahaja dia sepertinya sudah jatuh cinta.

****

“Hai, cik NurKekasih.” Suara nan indah menyapa di sebalik talian.

“Siapa ni?” soal NurHabibah.Pelik apabila dia dipanggil sebegitu. Memang namanya bermaksud ‘Kekasih’, tetapi  agak janggal jika di panggil begitu.

“Hmm…cuba teka.” Si pemanggil bermain kata.

“Maaflah.Saya tak berminat nak main teka-teki.Awak ni siapa?”

“Cuba cik NurKekasih ingat balik. Tak cam ek suara ni.” Si pemanggil memberi klu.

“Maaf awak.Saya tak cam. Awak ni siapa ye?” tanya NurHabibah untuk ketiga kalinya.

“Rayyan.” Jawapan si pemanggil membuatkan dada NurHabibah berdebar. Rayyan, tunangnya. Benarkah? NurHabibah terasa ia bagai mimpi. Tapi, kenapa kali ini dia rasa suara itu agak berbeza.

“Ye ke.Suara awak lainlah. Tak sama macam sebelum ni.”

“Saya demam. Suara jadi romantik sikit.” Terdengar suara manja di hujung talian.“ Saya minta nombor awak dari Faris. Sorry kalau saya ganggu awak time ni. Saya nak berbual dengan awak. Bolehkan cik NurKekasih?” Pinta Rayyan di hujung talian.

NurHabibah tersenyum sendiri. Tunangnya itu memanggil dirinya cik ‘NurKekasih.’Hmm…Terasa syahdu hatinya. Bunga cintanya terasa kian mekar  walaupun mereka masih belum bertemu mata.

****

Terkejut NurHabibah apabila dia melihat ada jambangan bunga terletak di atas mejanya. Diambil dan diselak celahan bunga itu.Ada titipan kad untuknya.

 Love U NurKekasih,
From Rayyan..

Melebar senyuman NurHabibah tatkala membaca titipan itu. Pemberian daripada tunangnya. Hmm…Sweetnya.

Love you too Rayyan.’ Bisik hati NurHabibah. Dia terfikir sendiri. Bilakah waktunya akan tiba untuk mereka bertemu mata. Dia teruja. “Rayyan…” Nama itu meniti dibibirnya.

“Assalamualaikum..” Satu suara indah menyapa telinganya mematikan lamunannya. Kini ada sesorang telah berdiri berhampiran menjanya. Wajah lelaki itu di pandang, namun segera dilarikan pandangan matanya apabila terasa pandangannya dibalas tepat. Terkelu seketika lidahnya untuk berbicara.“Hmmm..Waalaikumsalam, encik. Ada apa-apa boleh saya bantu.”

“Saya nak jumpa encik Faris.”

“Oh, ye. Kalau boleh saya tahu nama encik…”

“Saya Rafael.”

NurHabibah kemudian mempersilakan Rafael masuk bertemu bosnya itu. Dia termangu seketika. ‘Suaranya seperti…arhhh..tak mungkin. Tapi…’ Dia akhirnya tersenyum sendiri.

****

NurHabibah terkejut apabila melihat susuk tubuh yang hadir di hadapannya. ‘Alamak…encik bodyguard yang comel telah dapat mengesan jejak aku.’

“Kenapa Nur?” soal Zaida.

Maisarah menggeleng.

Isaac telah menghampiri mereka berdua.“Hai.”Tegurnya sambil menguntum senyuman.

“Encik Comel. Kenapa awak ikut saya.Awak nak apa sebenarnya?” Rasanya soalan yang sama ditanyakan kepada lelaki itu setiap kali bertemu.

“Saya tak kacau awak pun. Saya cuma nak pastikan awak selamat. Awak pergilah mana-mana pun, saya tak kisah.” Isaac tetap cool memberi  jawapan.

“Siapa yang upah awak buat kerja ni.” Suara NurHabibah sedikit tegang. Privacynya rasa terganggu sejak kemunculan bodyguard comel itu.“Saya tak suka awak ikut saya lagi. Faham tak.” NurHabibah memberi amaran.

“Okey.Kalau awak jalan berteman, saya tak kisah. Saya cuma kisah kalau awak jalan sorang-sorang. Bahaya. Awak tu perempaun.”Isaac memberi nasihat percuma.

“Okey.Saya terima nasihat awak tu. Tapi, jangan awak muncul di depan saya lagi.”

“Okey. Kalau macam tu…..” Isaac kemudian berjalan menuju ke belakang NurHabibah. “Sekarang saya tak muncul di depan awak. Saya muncul kat belakang awak je. Macam mana?” Isaac tergelak sendiri.NurHabibah pula bengang.

“Awak jangan main-main boleh tak.Saya serius tau.”

“Tau.Tengok muka awak pun saya dah tahu. Hmm..okey. Take care. Kalau jatuh, bangun sendiri ek.” Pesan Isaac sebelum berlalu pergi. Sempat juga dia mengusik.

“Fulamak..Nur. Comel gila mamat tu. Kenapa kau marah dengan dia.” Soal Zaida yang baru tahu akan kewujudan lelaki itu dalam hidup temannya itu.

“Dia tu selalu muncul di mana aku ada.Selamat kat opis dia tak muncul. Tension aku. Pulak tu, dia kata dia tu bodyguard aku.Siapalah yang baik hati upahkan bodyguard untuk aku, Zai.Nama dia pun aku tak tahu. Ntah siapa-siapa ntah. Takut juga aku tau.”Jelas NurHabibah dengan perasaan hati yang agak tertekan. “Kalau dia kata dia bodyguard aku pun, follow jauh-jauh dahlah. Ni asyik muncul kat depan aku. Hish…ntahlah. “Sambung NurHabibah lagi.

Zaida hanya ketawa.“Dia tu suka kat kau, kut. Sebab tu follow kau je.”

“Taklah.Mula-mula jumpa, dia tu semacam je.Tak mesra alam langsung. Macam berlagak.Lepas tu, berubah 180 darjah. Lepas tu, terus  jadi bodyguard aku. Tak pelik ke macam tu. Mula aku ingat dia ni tak siuman. Tapi, waras pula aku tengok. Cuma dia ni pelik.”

“Hmm…Yelah tu.”

“Yelah. Kau ingat aku tipu ke? Cubalah kau percaya cakap aku ni. Aku ni bukan buat-buat cerita tau.”

“Aku rasa intersetinglah cerita kau ni. Kau tak nak try tahu ke dia tu siapa?”

NurHabibah menggeleng.“Tak nak aku. Aku malas nak jadi detektif, nak spy dia tu. Aku kan dah ada tunang. Buat apa sibuk nak kenal orang lain.” NurHabibah membuat muka comel.

“Tunang kau…yang kau tak pernah jumpa tu? Rayyan?”

“Yelah…Siapa lagi. Hmm..Ntah..ntah, dia kut yang upah bodyguard ni untuk aku.” Duga NurHabibah sendiri.

“No komen. Hmmm..Kau yakin ek dengan tunang kau tu. Kau tahu ke dia tu macam mana.Dia tu setia kat kau atau tidak.”

“InsyaAllah, yakin.Lagipun mak dan abah aku yang terima dia. Pasti diorang lebih tahu.Aku ikut je.”

“Bagus betul dapat anak macam kau.Senang je.Mak bapak pilih, itulah yang kau terima.”

“Aku ni bab..bab macam ni memang tak pandai. Karang yang tu aku tak berkenan, kata aku ni memilih pulak. So….aku serah ajelah kat mak bapak aku. Mereka dahulu kahwin pun, arwah atuk aku yang planningkan. Tengok…bahagia je sampai sekarang.”

“Baguslah tu. Moga kau bahagia. Sekarang ni aku tengok, kau pun bahagia je. Yelahkan. Orang tengah bercinta.” Usik Zaida.

NurHabibah hanya tertawa.  ‘Rayyan…Hmm…Rayyan Fantasi…’

****

“Hai…”Satu suara nan merdu menyapa telinga NurHabibah.

Membulat matanya memandang bodyguard comelnya yang tiba-tiba muncul di situ.

“Awak…Saya kan dah kata…jangan muncul di depan saya lagi. Kenapa awak tak faham.”NurHabibah berbicara sebaiknya walaupun nada suaranya sedikit menekan.

“Saya kan muncul dari sisi awak..Bukannya depan, kan.” Isaac cuba berlawak bodoh walaupun dapat mengenal pasti riak wajah NurHabibah. Nyata, gadis itu marah.

“Encik Comel….Baik awak pergi dari sini sekarang. Kejap lagi tetamu saya datang.”

“Datanglah.Saya tak kisah.”

NurHabibah membuat muka bengang.

“Janganlah buat muka macam tu…Tak comel.”Usik Isaac.

“Saya tahu, saya memang tak comel pun.”Jawab NurHabibah selamba seakan merajuk.

Isaac ketawa. “Comellah bila awak cakap macam tu. Nah..Bunga ni untuk awak,” ujar Isaac sambil menghulurkan sekuntum bunga mawar putih kepada NurHabibah. Sepertinya seorang pakwe memujuk awek yang merajuk.

Sorry. Saya tak dapat terima bunga ni.”

“Kenapa awak taknak terima? Sebab ia hanya sekuntum? Awak nak yang banyak ek?”

“Bukan tu maksud saya. Dahlah. Pergi sana. Tak payah tanya-tanya.”

“Awak halau saya ke.Saya baru je sampai tau.”

“Saya tak halau awak.Saya cuma minta awak pergi. Kejap lagi tetamu saya datang. Saya taknaklah dia tengok saya ada dengan awak dekat sini. Nanti dia jealous.

“Siapa?Someone special.”

“Ye.”Jawab NurHabibah pendek.

“Bukan saya ke orang tu….”Ujar Isaac sambil mengulum senyum.

“Mestilah bukan. Saya bukan suka awak pun.”

“Kalau awak tak suka kat saya…Saya suka awak.”

“Kenapa pulak nak suka kat saya.Saya nak beritahu awak, saya ni dah bertunang tau.”NurHabibah menyatakan statusnya kini. Dia takut tiba-tiba si comel menyibuk nak usha-usahnya. Haish..Sempat perasanlah pulak.

“Saya tetap suka awak.”

“Awak ni tak faham bahasa ke. Makin lama awak ni buat saya naik marah je. Dahlah pergi sana.”

“Awak halau saya ke?”

“Lebih kurang macam tu lah.”

“Kalau saya tak nak pergi….”Isaac masih bermain kata.

“Encik Comel…” NurHabibah menarik nafas. Pening dia melayan lelaki comel di hadapnnya kini. “Encik Comel kata, encik Comel bodyguard saya, kan. Boleh tak tolong beri kerjasama.”NurHabibah mengubah nada bicaranya menjadi lembut dan sopan. “Encik Comel duduklah jauh sikit.Duduk meja hujung sana tu ke. Barulah ada gaya bodyguard. Duduk senyap je tak payah bising-bising.” Ujar NurHabibah lagi.

“Okey. Saya bertindak mengikut arahan. Tapi..bunga ni....Saya, nak awak terima bunga ni. Adilkan.”

“Okey.Saya terima.Terima kasih.” Bunga mawar putih itu brtular tangan.

Kebetulan seorang pelayan wanita melalui tempat itu.

Hai,miss.This for you. Abang Comel ni kasi.”Ujar NurHabibah sambil menguntum senyum seraya memberi bunga tersebut kepada pelayan wanita itu.“Thanks.”Ucap pelayan itu sebelum berlalu pergi.

“Kenapa awak beri pada dia. Saya kan beri pada awak.”

“Awak dah beri saya, itu hak saya. Tak kisahlah kalau saya nak kasi orang lain pulak.”

“Nampaknya awak tak menghargai apa yang diberi. Maksudnya, awak tak ikhlas menerima.”Pandai pulak Isaac memprovok NurHabibah.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Memang saya tak ikhlas terima bunga tu. Tapi, saya taknak buat awak terkilan andai saya tak terima bunga tu.”

“Awak buat macam tu, lagi saya terkilan. Depan mata saya pulak tu. Kalau kat belakang, saya tak nampak, okeylah.”

Tiba-tiba wujud suasana tegang antara mereka berdua.

NurHabibah terdiam.“Okey.Saya minta maaf.”Rasanya memang dia yang bersalah.

“Okey, saya maafkan.Saya pergi dulu.”Isaac sempat mengeyit mata sebelum melangkah pergi. Senyuman indah terukir di bibirnya.

NurHabibah duduk ditempatnya. NurHabibah menantikan Rayyan tunangnya. Mujur bodyguard comel sudah pergi.Takut juga jika Rayyan terlihatnya dengan lelaki itu.Dia mengeluh perlahan. ‘Haish, si comel ni. Buat aku pening .Tiba-tiba aku kena memikir dia pulak. ‘

NurHabibah terus menanti. Dia tertoleh-toleh ke arah pintu mencari kelibat Rayyan walhal dia masih tidak mengenali wajah tunangnya itu. Dia menggaru tengkuk yang tidak gatal. ‘Mana dia ni. Takkan lupa kut.’Nampaknya, Rayyan masih tidak muncul. NurHabibah bertindak menghubungi Rayyan.Namun, telefon bimbit lelaki itu sepertinya di off. Dia duduk memikir. Pelbagai andaian di buat. Jalan jem…Tertidur…Kereta rosak…dan bermacam-macam lagi.

Kini, sudah hampir 45 minit masa berlalu.Pelanggan yang ada di restoran itu juga sudah bersilih ganti, datang dan pergi.Namun dia juga yang masih setia menanti.

“Hai…” Satu suara menyapanya dari belakang.

“Rayyan.”Nama itu terpacul di bibirnya walhal belum melihat gerangan yang sebenar. Kemudian, baru ditoleh wajahnya ke belakang. Dia menelan liur sendiri.Terus sahaja senyumannya mati.‘Hish, si comel ni rupanya.Aku ingatkanlah Rayyan aku.’

“Ada apa. Kenapa datang sini lagi.Tadikan dah cakap.” Ujar NurHabibah. Sejak munculnya si comel ini, hatinya cepat sahaja panas.

“Setianya awak kat sini. Mana dia tetamu awak tu.” Bicara Isaac seolah-olah memerli. Sejak dari tadi dia menjadi pemerhati. Dia hanya mampu menguntum senyum melihat kesetiaan dan kesabaran NurHabibah di situ. Bagus betul si Kekasih ni.

NurHabibah malas melayan bicara.Dia hanya berdiam diri.

“Boleh saya duduk kat sini menggantikan tempat tunang awak?” tanya Isaac lembut.

“Tak boleh.” Marah NurHabibah. Suaranya yang sedikit kuat membuatkan ada mata yang memandang. Dia malu, namun masih mampu berlagak selamba.

Isaac terus sahaja duduk tanpa dipelawa.Wajah gadis itu di pandang.

Isyarat mesej NurHabibah berbunyi. Rayyan tidak dapat datang bertemunya. Hmmm..Sedihnya.

“Tunang awak hantar mesej ke?Dia datang tak?”soal Isaac berbasa-basi.

NurHabibah menggeleng.

“Tunang awak tak datang. So…awak nak buat apa?”
 
“Baliklah.Takkan nak dating dengan awak pulak.”

Isaac ketawa.“Tak sudi ke?”

“Memang..Awak tu dah selalu dating dengan saya. Awak je tak perasan. Tup..tup..je muncul.”

“Pandai awak buat lawak. Awak peril saya ea?”

“Adakah encik Comel  terasa?”NurHabibah sengaja menjungkitkan kening.

Of course. Awak pandai buat lawak ek. Saya suka.” Puji Isaac seraya memang wajah NurHabibah yang kelat.

“Saya nak balik.”

“Tak nak makan dulu ke?Awak mesti dah lapar, kan?” Suara Isaac beralun lembut.

NurHabibah mendiamkan diri. Di pandang juga wajah lelaki itu yang kini telah pun duduk di hadapannya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelayan menghantar hidangan.NurHabibah terkejut.

“Errr…Miss. Saya takde order ni.” Ujar NurHabibah sopan.

“Encik ini yang order tadi.” Balas pelayan itu.

‘Si Comel ni sengaja buat angkara.’

“Makanlah.Saya gantikan tempat tunang awak. Kalau dia datang, of course dia juga akan belanja awak makan, kan.”

“Kenapa awak buat macam ni. Saya tak nak makan.”

“Baik awak makan. Awak tu ada gastric. Nanti tak pasal-pasal awak pengsan pulak.Siapa yang kena angkat? Saya jugak sebab saya ni bodyguard awak. Kalau tak, saya dituduh tak menjaga keselamatan awak.”

NurHabibah menjeling tajam wajah Isaac di hadapannya.‘Macam mana pulak dia tahu aku ada gastric. Dia ni macam tahu semua pasal aku je. Pelik.Memang dia di amanahkan jadi bodyrguard aku ke? Siapa yang upah dia ni. Confius aku. Betul ke Rayyan? Ntah-ntah..Dato’ Kassim kut. Hmmm..Ada logiknya juga. Aku ni kan bakal menantu dia.’ NurHabibah tersenyum sendiri.

“Cantik bila tengok awak senyum.” Puji Isaac. Comel gayanya berbicara sambil menongkat dagu dengan tangan kirinya.

NurHabibah menjeling lagi.

“Dahlah, Nur. Makan dulu.Nanti saya hantar awak balik.”

“Siapa yang suruh order?Awak makanlah sorang-sorang.”

“Saya tahu awak tak nak sebab awak takut. Takpe. Awak jangan risau.Tunang awak takkan marah punya. Nanti saya explain kat dia.”

“Awak kenal tunang saya ke?”

Isaac hanya menguntum senyum. Seolah-olah ia mengiyakan pertanyaan NurHabibah.

“So..Rayyan yang upah awak jadi bodyguard saya?”

“Tak.Sebenarnya, mama dan papa Rayyan yang beriya. Saya awalnya, tak nak. Tapi..lama-lama, rasa okey je. Sebab awak pun okey je.Baik. Satu sebab yang saya suka, awak ni setia dengan Rayyan, walaupun awak tak kenal dia kan. Nice. Saya suka orang macam awak. Tak banyak masalah. Saya yang jadi bodyguard pun senang nak hantar report kat dia. Confirm report awak semuannya baik. One more, saya suka awak sebab awaklah perempuan yang panggil saya encik comel.Saya rasa macam sweet sangat.”

NurHabibah terdiam. Agak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Isaac. Benarkan begitu?? Hmm…Okey.

“Boleh saya tahu nama awak?” pinta NurHabibah. Sebenarnya hingga kini nama lelaki itu masih menjadi tanda tanya.

“Encik Comellah.”Isaac sekadar berseloroh.

“Serius??”

“Takkanlah mama dan papa saya nak letak nama macam tu. Nama saya Isaac. Dan..awak pulak NurHabibah alias Cik NurKekasih, kan.” Sempat juga Isaac bergurau.

“Ish, awak ni. Janganlah panggil macam tu.” NurHabibah tersenyum.

So…boleh tak kalau saya become your friend?” ujar Isaac sambil menghulurkan tangan untuk berjabat salam sebagai tanda persahabatan.

“Okey.Tapi…tak payahlah salam. Tu dah lebihlah tu.”

Isaac tersenyum sambil menarik kembali tangannya. Dia tetap cool.

“Salam tak bersambut, tak bermakna tak menerima.” Ujar NurHabibah dengan senyuman. Nampaknya, dia boleh menerima Isaac sebagai kawannnya.

Thanks.Awak memang bakal isteri yang baik.”

“Bakal isteri??”

“Hmm…Bakal isteri Rayyanlah.” Isaac membuat tanda ‘Peace’ seraya menguntum senyum.

“Rayyan tu, macam mana ek orangnya?” soal NurHabibah. Terasa senang pula kini bersama Isaac, bodyguardnya. Bolehlah dia mengorek rahsia Rayyan daripada Isaac.

“Macam saya. Hmm..Comelnya pun macam saya juga.”

“Hmm…Ingat saya percaya ke.”

“Dia tak hensem pun.”

“Alah. Buat apa cari yang hensem. Yang biasa-biasa dah lah.”

“Ye betul. Jangan mengenal orang pada luaran sahaja. Yang penting dalamannya. Cintailah orang yang kita sayang dengan hati kita. Lihat dan dengarlah dia dengan hati kita. Kadang-kala apa yang kita lihat atau dengar, tak semestinya benar. Betul tak..cik Kekasih?”

NurHabibah mengangguk mengiyakan biacara kata Isaac.

“Err…Okey. Nanti, kirimkan salam saya kat dia ek dengan ucapan salam Assalamualaikum….. Terima kasih belanja saya makan.” Pesan NurHabibah sebelum berlalu pergi.

“Waalaikumsalam.”

****

“Assalamualaikum, NurKekasih.” Merdu suara di hujung talian menyapa gegendang telinga NurHabibah. NurHabibah menjawab salam. Hatinya merasa bahagia mendengar suara itu.

“Hari tu dating dengan siapa.” Tanya empunya diri di hujung talian.

“Tulah. Siapa suruh tak datang. Penat saya tunggu tau.Terpaksalah saya dating dengan bodyguard comel .” Balas NurHabibah sedikit manja.

“Alah. Saya tak jealouslah.” Terdengar juga suara tawa Rayyan di hujung talian.

“Awak tak payahlah upah bodyguard untuk saya. InsyaAllah saya selamat. Saya bukannya apa. Bodyguard tu comel sangat. Asyik nak muncul depan mata je. Karang….

“Kenapa? Takut berkenan kat dia pulak.” Masih kedengara tawa Rayyan di hujung talian.

‘Eh…tunang aku ni. Macam tak kisah je.’ NurHabibah berbisik dengan hati sendiri.

“Okey. Nanti saya beritahu dia supaya tak muncul depan awak lagi.”

“Okey.” NurHabibah tersenyum sendiri. Tak sabar rasa hatinya untuk bersua muka dengan Rayyan. ‘Miss you Rayyan.’

****

Hari ini buat pertama kalinya NurHabibah keluar bertemu Rayyan. NurHabibah terkelu lidah. Dia sama sekali terkejut dengan apa yang dilihatnya. Bagaikan tidak percaya dengan pandangan matanya sendiri.

“Awak…..”

“Ye , saya Rayyan awak. Kenapa? Awak tak percaya?”

NurHabibah terkelu lidah. Benarkah? Rasa tidak percaya.

Hari itu begitu indah bagi NurHabibah.


*****

Di suatu ketika….

“Rayyan.”Nama itu meniti dibibirnya. Seraya itu air mata NurHabibah jatuh ke pipi. Dia melihat Rayyan berjalan berpelukan dengan seorang perempuan. Apakah maksudnya itu. Apakah selama ini dia ditipu dan dipermainkan. Rayyan tidak mencintainya. Hanya air mata membasahi pipi.


****

Telefon bimbit NurHabibah berbunyi. Nama Rayyan tertera di skrin. NurHabibah segera memadamnya.Panggilan diterima lagi. NurHabibah terus bertindak mematikan telefon bimbitnya. Dia tidak mahu diganggu.Dia kecewa kerana cintanya dipermainkan.Padahal dia ikhlas mencintai.Dia bukan mencintai kerana lelaki itu punya harta berjuta, tetapi itulah yang di rasa. Dia cintakan orang yang bergelar tunangnya. Padanya, baik tidak bertemu muka sehingga ikatan mereka sah sebagai suami isteri.Sekarang…apabila telah berjumpa, perkara yang tidak ingin di lihat, terlihat jua.Dia pasrah.Itulah dugaan untuknya.

 “Cik Kekasih….”Suara Rayyan menembusi talian telefon dipejabat. Itulah talian yang tidak dapat dimatikan oleh NurHabibah.

“Maaf, Rayyan. Saya ada kerja sekarang ni. Kalau hal peribadi, kita bincang di luar pejabat.”Suara NurHabibah tegang. Dia termenung seketika memikirkan apa yang berlaku.

****

“Assalamualaikum, cik Kekasih.” Tegur Isaac dari belakang.Dia amat mengenali susuk tubuh yang kini duduk berseorangan di sebuah bangku di bawah sepohon pokok menghadap tasik.

“Siapa?”

“Encik Comel.” Jawab Isaac.Dia menyandarkan diri di batang pokok yang gah berdiri di situ.Dedaunnya yang lebat dan menghijau memayungi mereka di bawah.

“Awak nak apa Isaac?” tanya NurHabibah tanpa berkalih pandang. Kendur suaranya. Dia tidak mahu Isaac melihat wajahnya yang layu sedang bersedih hati.“ Awak pergilah. Saya tidak mahu diganggu.” Pinta NurHabibah lagi.

Isaac akur. Dia berlalu pergi meninggalkan NurHabibah sendirian. Namun, bukan terus meninggalkan gadis itu seorang diri. Dia pergi ke sebuah bangku yang tidak jauh dari tempat NurHabibah duduk.Dia tetap menjadi bodyguard kepada NurKekasihnya itu. Dia hanya memerhati. Mengapa gadis itu kini nampaknya bermuram wajah. Kenapa?

Telefon bimbit NurHabibah tiba-tiba berbunyi.Hanya tertera nombor di skrin. NurHabibah meyambung panggilan.

“NurKekasih… Saya Isaac. Bodyguard awak.” Suara lembut nan indah itu menyapa lembut ke cuping telinga Maisarah. ‘Suara ni…seperti..’NurHabibah tidak menghabiskan bicara hatinya. Dia sempat menoleh ke arah Isaac.

“Awak marahkan saya ke?” tanya Isaac lembut. Dia tidak tahu mengapa wajah gadis itu muram di kala ini. Apa yang berlaku sebenarnya, dia tidak tahu.

“Tak. Awak tak salah apa-apa dengan saya, Isaac.” Jawab NurHabibah layu.

“Habis tu…Kenapa? Awak bergaduh dengan seseorang?”

“Isaac. Awak jangan ambil tahu hal saya boleh tak. Walaupun awak bodyguard saya, tak bermakna awak nak kena tahu apa masalah saya.”Suara NurHabibah menjadi sedikit tegang seolah-olah tidak suka hal itu menjadi topik bualan. Dia masih menahan kesedihan hatinya. Hatinya masih marah pada Rayyan.

“Maaf. Saya cuma risau lihat awak macam ni. Awak ada masalah?”

“Maaf Isaac. Saya okey. Saya cuma nak bersendirian. Awak baliklah. Kejap lagi saya balik.”

“Nur…Saya minta maaf. Sebenarnya saya….” Kendur suara Isaac di hujung talian.”…saya nak jelaskan sesuatu pada awak.” Suara Isaac terhenti seketika. “Walau apa pun yang berlaku, perasaan saya pada awak, saya tak mampu tipu, Nur. Saya benar-benar cintakan awak. Saya ..”

Kata-kata itu terasa syahdu. “Isaac. Kenapa awak cakap hal ni pada saya. Tolong faham keadaan saya sekarang ni, Isaac. Saya tak boleh terima cinta awak. Cinta saya untuk tunang saya. Awak faham tak.”Suara NurHabibah sayu. Dia menahan rasa hatinya yang mencucuk. Mengapalah Isaac seakan mencari bala baru dalam hidupnya.Kenapa??

Kolam mata NurHabibah sudah bertakung air mata.“Isaac…Kenapa awak tak nak faham keadaan saya…Saya cintakan tunang saya, Isaac. Kenapa dalam keadaan saya macam ni awak tiba-tiba kata cintakan saya? Isaac…Please..Jangan buat saya macam ni.” Air mata NurHabibah sudah jatuh ke pipi.

Sebenarnya, kalbunya terasa bergetar apabila Isaac mengungkap kalimah itu.Perasaannya sayu dan syahdu.Hatinya juga sudah menangis pilu.NurHabibah memejamkan mata rapat.‘Rayyan…saya cintakan awak.Saya hanya cintakan awak.’ Ulang NurHabibah beberapa kali di dalam hati. Dia  terpaksa melawan kata-kata Isaac dengan lafaz cintanya pada Rayyan. Dia ingin setia dengan tunangnya walaupun kini ada dugaannya yang menimpanya.

Dia cuba berpegang pada kata-kata Isaac sebelum ini. Cintailah orang yang kita sayang dengan hati kita. Lihat dan dengarlah dia dengan hati kita. Kadang-kala apa yang kita lihat atau dengar, tak semestinya benar. NurHabibah cuba menyakini hatinya sendiri bahawa apa yang di lihat adalah tidak benar. Mungkin itu hanya kebetulan atau ilusinya.

Air matanya terus jatuh berguguran ke pipi. “Rayyan..Saya cintakan awak.”Kata-kata itu juga meniti di bibirnya tanpa sedar.

Isaac menahan rasa hati tatkala mendengar bicara itu. Dia sebak sendiri.

“Nur..Saya…”

“Isaac. Saya tak nak awak menjadi penghalang cinta saya pada tunang saya. Saya cuba bertahan dengan apa yang berlaku. Saya harap apa yang saya lihat sebelum ni, bukan seperti apa yang saya fikirkan. Walaupun dia tak cintakan saya, dan mempermainkan cinta saya…Saya ….” NurHabibah tidak mampu meneruskan kata-katanya.Air matanya yang jatuh di seka dengan hujung jari.

“…saya tak mampu membunuh cinta saya pada orang yang bergelar tunangan saya.”

“Nur….”Isaac memanggil.

Please. Jangan ganggu saya lagi Isaac. Saya minta maaf.”

Talian dimatikan. Air mata NurHabibah terus jatuh.  Dia terus bangun dan melangkah pergi. Kenapa lelaki itu tiba-tiba mengaku cinta kepadanya. Dia sebenarnya  takut….takut hatinya tertewas. Sebenarnya wajah itu sering mengganggu fikirannya. Pernah dulu dia membayangkan wajah Rayyan.Entah mengapa wajah Isaac yang comel membayangi fikirannya. Dia takut…dan tatkala lelaki itu melafakan kata cinta padanya juga dia sebenarnya sudah hampir tertewas.

****
“Nur….”

“Isaac. Awak nak apa lagi. Saya dah beritahu..jangan ganggu saya lagi. Saya tak nak jumpa awak lagi. Awak faham tak!” Suara NurHabibah sedikit tegang. Rasanya dia tidak mampu berhadapan dengan Isaac lagi. Dia tidak mahu tertewas dengan lelaki itu.

“Baiklah kalau itu yang awak pinta. Saya takkan ganggu awak lagi. Cuma apa yang saya nak beritahu…terima kasih atas cinta awak untuk Rayyan. Dia pasti takkan kecewakan awak.”

NurHabibah menahan rasa hati. Hatinya terasa sedih. Cintanya memang untuk Rayyan…tetapi Rayyan…Dia pasrah. Jodohnya adalah kuasa Ilahi.

“Saya takkan hadir sebagai bodyguard awak lagi.” Ujar Isaac seraya melangkah pergi.

****

NurHabibah terkejut apabila melihat Rayyan Rafael sudah berada di hadapan. Rasanya tak sanggup untuk dia memandang wajah lelaki itu.

“Nur…Kita perlu berbincang. Kita selesaikan hal ni. Saya tak nak awak salah faham.” NurHabibah akur dengan permintaan Rayyan Rafael. Biarlah ia diselesaikan secara baik. Apa yang berlaku melibatkan hati dan perasaannya.

“Habis tu.. awak…?” Tanya NurHabibah inginkan kepastian yang nyata.

“Sebenarnya….Saya bukan Rayyan tunang awak. Saya minta maaf sebab menipu awak. Harap awak maafkan saya. Saya ambil kesempatan untuk jumpa awak di waktu Rayyan tiada di sini.”

NurHabibah hanya mendengar penjelasan itu. Terkejut? Ntahlah. Tak tahu nak terkejut atau tidak. Hmm..Patutlah gaya percakapan lelaki itu tak sama seperti mereka berbicara dalam telefon. Gaya lelaki itu juga sepertinya terlebih romantik berbanding Rayyannya.

“Inilah kali pertama saya lihat dia begitu cintakan seorang perempuan. Dia ni sebenarnya tak suka part..part cinta ni. Dia ditunangkan dengan awak pun atas pilihan Mama dan Papa. Sebenarnya, dia tak setuju pun dengan pertunangan ni. Tetapi, nampaknya….cintanya tetap hadir untuk awak. Dia ikhlas cintakan awak.”

****

NurHabibah bersendirian kini. Sudah berkali-kali dia cuba menghubugi Rayyannya. Tetapi talian itu tidak di angkat sama sekali. Dia jadi sedih sendiri. Untuk tempoh ini, Rayyan langsung tidak menghubunginya.

“Rayyan…Maafkan Nur.”

Tiba-tiba…
Ada seorang anak kecil datang menemuinya. Jambangan bunga mawar merah di berikan kepadanya. Namun, tatkala  ingin bertanya pengirimnya, anak kecil itu terus berlari pergi.

Telefon bimbitnya pula kini berbunyi. Hanya nombor yang tidak diketahui terpapar di skrin. Punat hijau ditekan menerima panggilan.

Kau cinta pertamaku..
Kau cinta terakhirku..
Tiada apa yang bisa menafikan..
Kasih kita…..
Kau ayu di mataku..
Satu antara seribu…
Tiada tara di dunia….

Kedengaran suara seseorang menyanyikan baris lagu itu. Hati NurHabibah tersentuh.

“Rayyan…” panggil NurHabibah dalam nafas sesak di dada. Kolam matanya mula berkaca.

“Rayyan, Nur minta maaf. ” NurHabibah menyeka air matanya yang ingin gugur ke pipi.

“Takpe. Tak marah pun. Bukan salah Nur pun. Yang penting, Nur tetap sayangkan Rayyan, kan.” Air mata NurHabibah telah jatuh ke pipi. Syahdu hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Itulah cinta pertama dan terakhirnya.

“Isaac…” Nama itu meniti dibibir NurHabibah.

“Tiba-tiba sebut nama Isaac pulak. Nak jealouslah macam ni. Kenapa? Nur rindu dia ek? Dia dah merajuk dah. Terus je resign jadi bodyguard Nur. Kesian dia.”

“Rayyan…Nur nak jumpa Isaac.” Pinta NurHabibah.

“Serius?? Nur nak pujuk dia, jadi bodyguard Nur semula ke?”

****

“Assalamualaikum, NurKekasih. Saya Isaac. Awak nak jumpa saya ke?” Sapa suara itu dari belakang.

NurHabibah menjawab salam seraya berkalih pandang ke belakang. Dia mengangguk.

“Rayyan tak marah ke, Nur jumpa saya?” soal Isaac.

“Nur dah minta izin dia.” Jawab NurHabibah.

“Takpe ke kalau sekarang ni Isaac ambil tempat Rayyan?” soal Isaac sambil menjungkit kening.

 Habibah mengangguk lantas mengukir senyum. Begitu juga Isaac.

Special for you, cik NurKekasih.” Isaac memberikan sekuntum bunga mawar putih. NurHabibah menyambut pemberian itu dengan rasa terharu. “Yang ni, jangan kasi orang tau.” Pesan Isaac dengan segaris senyuman menghiasi bibirnya. NurHabibah tersenyum. Sepertinya Isaac memerlinya.

“Cik Kekasih nak jumpa saya ada apa? Nak suruh saya jadi bodyguard cik Kekasih semula ke?”

NurHabibah mengangguk.

“Rayyan tak jeles ke?”

“Ntahlah.”

“Nak suruh saya yang tanya Rayyan ke? Tapi, tak payah tanya pun takpe. Saya tahu dia tak jeles punya. Dia percayakan saya.” Ujar Isaac seraya ketawa. “Tapi…Saya taknaklah jadi bodyguard awak gitu-gitu je. Saya nak jadi bodyguard awak yang sah berdaftar. Boleh?” Semakin melebar senyuman Isaac.

“InsyaAllah….”

“Terima kasih NurKekasih.”

“Terima kasih untuk awak juga encik Comel.”

“Janganlah panggil macam tu. Malulah saya. Saya tak comellah.”

“Encik Rayyan Isaac tetap comel di hati saya.” NurHabibah tersenyum.

“Apa ni panggil encik Rayyan Isaac. Panggil abanglah. Barulah nampak comel.”

“Belum masanya. Tunggu awak dah sah berdaftar jadi bodyguard saya, baru saya panggil awak macam tu. Boleh?”

“Boleh. Sayakan bodyguard yang cintakan awak. InsyaAllah.”

****
Imbas balik…

“Siapa  Rayyan yang sebenarnya? Maksud saya..tunang saya tu siapa orangnya?”

“Dia selalu ada bersama awak, Nur. Saya pasti awak kenal siapa dia. Bodyguard awak.” Bicara Rafael mengejutkan NurHabibah. Benarkah?

“Maksud awak…Isaac?” NurHabibah masih dalam nada tidak percaya.

“Ye. Rayyan Isaac bin Dato’ Kassim. Abang saya. Dialah tunang awak Nur.”

Hati NurHabibha tersentuh. Kolam matanya mula terasa panas. Ia mula berkaca. ‘Subhanallah. Diakah orangnya.’NurHabibah seakan tidak percaya.Patutlah selama ini perasaannya juga terasa aneh setiap kali lelaki itu berada dekat dengannya.Tetapi…dinafikan kata hatinya demi cintanya yang tulus untuk tunangnya. Padahal, lelaki itulah tunang yang dicintainya. Rayyan Isaac. Adakah kau sengaja menguji aku??

****

“Selamat pagi adinda kekasihku. Kenapa dok menung kat tepi tingkap? Berangan ea?”

“Selamat pagi abang comelku. A’ah. Tetiba teringat kisah kita.”

“Kisah mana? Kisah bodyguard comel tu?”

“Ye lah. Kisah mana lagi.”

“Kalau waktu tu Nur kena pilih antara Rayyan dan Isaac, Nur pilih yang mana?”

“Nur akan pilih dua-dua.”

“Owh…mana boleh. Habis tu sorang lagi jadi kekasih gelap ke?”

“Taklah. Nur akan pilih Rayyan sebab Rayyanlah tunangan Nur. Tapi bila imagine muka Rayyan, Nur asyik nampak muka Isaac je. Last-last…Nur dapat Rayyan Isaac.” NurHabibah ketawa.

“Masa first time jumpa, mana mana tiba-tiba abang berkenan nak jadi bodyguard Nur. Pelik juga masa tu. Dahlah gaya macam kerek je. Tapi, selamat muka comel.”

“E’eh. Sempat pula dia nak kutuk kita. Masa tu, abang nampak gelang yang Nur pakai. Gelang tu pusaka arwah nenek. Gelang tu hanya ada satu je sebab ia di tempah khas. Ia milik keluarga abang. Jadi, abang tahulah orang yang pakai gelang tu, tunang abang. So…masa tu abang terfikir nak jadi bodyguard Nur. Saja nak kenal tunang sendiri tanpa dikenali. Sebab Mama dan Papa yang pilih Nur. Abang tak kenal pun. Tak nak pun awalnya. Tapi…lama-lama…okey. Abang cuma tahu, Nur setiausaha Faris. Tu yang abang berhubung guna telefon.  Jadi, abang boleh kenal dan nilai Nur. Mengenal dan menilai Nur dengan hati abang. Begitulah kisahnya. Kini, selamanya abang akan jadi bodyguard Nur.” Rayyan Isaac membuat muka comel. Jari-jemarinya bermain lembut di pipi NurHabibah. Itulah isterinya yang dicintai.

“Comellah abang ni.”

“Abang tau, abang memang comel.”

Mereka berdua tersenyum bahagia. Terasa indah mengenang pertemuan mereka sebelum di satukan.

TAMAT