Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 20, 21



 “ADA  apa kau telefon ni Balqis?” soal Maisarah tatkala talian mereka bersambung.
Ehem..Ehem..Just nak beritahu ada surat untuk akak. Baru sampai petang tadi. Rasanya, Balqis tahu dari siapa?”
“Siapa?”
Mr. I’M In Lovelah.”
“Abang Imil?Iye jelah kau tu.”
“Alah, kak. Rilekslah. Hmm..nak suruh Balqis bukakkan ke suratnya?”
“Hmm..Bukaklah. Nak tahu juga surat apa. Siapa yang hantar.” Maisarah memberi kebenaran.
“Okey. Sat ea. Balqis baru nak bukak ni.”
Beberapa minit kemudian…
“Betullah kak tekaan Balqis. Memang Mr.I’M In Love yang hantar surat ni.Okey, kak. Balqis baca ni.”
“Kehadapan Maisarah….Abang tak sangka rupanya Ija dah tiada. Abang rasa sedih sangat. Terima kasih kerana maklumkan pada abang. Abang tahu kakak Maisarah itu sangat baik orangnya.Cuma abang yang tidak mahu untuk memahaminya.”
“Maisarah…Suatu hari nanti abang harap abang dapat bertemu dengan Maisarah dan keluarga. Mungkin juga kita dapat mengeratkan silaturrahim antara kita sesama Islam. Jika ada masalah, abang harap Maisarah jangan segan-segan untuk hubungi abang. InsyaAllah, jika abang mampu, abang akan tolong. Okey. Kalau sudi, Maisarah juga boleh beri nombor telefon pada abang. Mungkin lebih senang untuk kita mengenali. Harap kehadiran surat ini tidak mengganggu Maisarah ye. K. Take care. May Allah bless you. Daripada, Abang Imil.”
“Kak…Tu je yang dia tulis. Hmm..Apa komen?”
“Nak komen apa. No komenlah.”
Ehem..Ehem..Akak tak nak kasi nombor akak dekat dia ke. Bolehlah mengeratkan silaturrahim.”
“Aii, lain macam je ayat kau Balqis. Kau ingat aku nak, ke?”
“Betul apa Balqis cakap, kak. Akak ni mesti fikir lain. Mesti ingat mengeratkan silaturrahim tu nak kena kahwin, kan. Pemikiran akak ni kolotlah.”
“E’eh. Sesedap rasa je kutuk aku. Dahlah. Simpan je surat tu.”
“Eh,kak. Akak tak nak cuba menjejak dia ke. Alamat dia kan ada.”
“Tak payahlah. Akak tak berminat okey. Kau tu jelah yang melebih-lebih.”
“Abang Imil ni macam baik je. Mesti orangnya sweet je kan. Tulisan dia pun cantik je, kak. Kalah tulisan akak. Hmm..Mr. I’M In Love. Perghh…Sweet.”
“Alang-alang kau kasi je nombor kau, Balqis.Senang cerita.”
“Banyaklah. Hmm..Habis tu nak balas apa ni, kak?”
“Tak payah balas. Simpan je. Okeylah. Akak ada kerja ni. Jangan lupa kirim salam kat mak dengan abah ea.”
“Okey. Kak, kat abang Imil nak kirim salam tak.”
“Boleh je. Kirim jelah salam sayang kat abang I’M In Love tu ea.” Maisarah bergurau kata.
“Okey. No hal. Nanti Balqsi balas surat dia, kasi nombor telefon akak sekali. Amacam, okey tak.”
“Eh..Banyak cantik kau punya muka. Dah. Jangan nak ngada-ngada. Karang tak pasal-pasal aku nak kena memikir dia.”
“Alah, kak. Akak pun bukannya dah ada pakwe. Okey apa. Usha-ushalah abang I’M In Love tu. Hehe…Untung-untung dia masih bujang. Bolehlah jadi abang ipar Balqis.”
“Dah..Jangan nak melebih-lebih pulak. Kalau pun dia bujang, tapi dah ada awek buat apa. Dah…Dah.. Akak matikan telefon ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, kakakku sayang.”
“Yelah, adikku sayang.” Talian dimatikan.
 ‘Apahallah pulak ni. Semacam je debar dada aku ni. Haish…Cakap pasal abang Imil je, tetiba je berdebar. Biar betul. Mr.I’M In Love. Hmm…Sweet. Agak-agak orangnya macam mana ek. Kalau dipadankan dengan nama, macam comel je.Haish..Sudah. Tak pasal-pasal aku memikir dia pulak. Baik aku sambung berkarya. Novel aku ni dah lama terbengkalai. Time free ni bolehlah menyambil.’
Maisarah kemudian membuka folder P & Cnya. Karyanya masih separuh jalan dan masih tidak mempunyai tajuk.
Dia kemudian mula menaip kata. Sambil itu telinganya melayan lagu-lagu kegemarannya.
I’m just in love..
I’m just in love..
Singing my life..

Maisarah senang menyanyi bait lagu itu. Lagu Glay – I’m In Love. Ia diulang-ulang.
Ehem..Ehem…”
Maisarah menoleh kepada empunya suara. “Kenapa Zi?”
Hmm..Aku tengok kau ni happy semacam je. Nyanyi dengan gembira je. I’m just inlove…I’m just in love…Kenapa? Tengah jatuh cinta ke?”
“Hah..Banyaklah kau. Aku saje je nyanyilah. Takkan orang yang nak nyanyi lagu ni mesti tengah falled in love baru boleh nyanyi. Apa daa..” Maisarah sudah ketawa.
“Taklah. Aku tengok kau macam happy semacam je. Manalah tahu, hati kau tengah berbunga-bunga sekarang ni. Eh, apa cerita kau dengan budak Myvi putih tu?” Ziha sudah mula ingin mengorek rahsia.
“Oh, dia tu. Hmm..Kenapa?” Jari Maisarah masih laju menekan papan kekunci laptopnya.
“Kau tak jatuh cinta dengan dia ke?” Ziha sudah menjungkit kening.
Maisarah tersengih.“Kau ni buat lawaklah. Cinta tak boleh dipaksa, okey.”
Hihi..Yelah. Saje je tanya. Mana tahu kau tengah bercinta dengan dia. Aku tumpang gembira. Bolehlah aku merasa makan nasi minyak kau. Yelah, kan. Hani sebulan je lagi dah nak jadi bini orang. Nanti, kita dah tinggal berdua. Kalau kau kahwin dulu, akulah yang tinggal sorang-sorang. Hmm..Tak bestnya.”
“Tak sudah-sudah kau ni. Sibuk je cerita kisah pakwe dan kahwin-kahwin ni. Sama je macam adik aku.”
“Rilekslah. Best apa cerita part ni. Eh, kau tengak buat apa tu. Busyje aku tengok.”
Hehe..Kerjalah. Kerja P & C aku.”
“Kerja apa tu?Business onlineke?”
“Rahsia.”
“Tengok tu. Itu pun nak berahsia. Yelah. Aku tak nak kacau. Eh, Mai. Ulang balik lagu yang kau nyanyi tadi. I’m just in love…I’m just in love tu. Best pulak aku dengarnya.”
Maisarah kini ketawa. “Kau tengah jatuh cinta ke?” Maisarah kembali mengenakan Ziha.
 “Of courselah aku tengah jatuh cinta dekat Irfan aku.”Ziha sudah ketawa diikuti Maisarah.
Poyolah kau ni Zi.”

 ________________________________________________________________________________


IMAN menghempas kuat pintu biliknya.Dia melepaskan rasa hati yang terbuku.Panas terbakar.Hatinya bergulir rasa kecewa yang amat sangat.Kejutan yang ingin dibuat untuk Reena bertukar kesedihan yang terlalu pedih di hati.
“Sampai hati kau buat aku macam ni Reena. Kau dah kecewakan aku. Aku tak boleh nak terima semua ni.” Iman menggenggam gambar Reena di tangannya dengan perasaan marah.Ia kemudian dironyokkan dan dicampak ke bakul sampah.
“Perempuan tak guna….” Iman menjerit seraya melempias kemarahannya. “Argghh..Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni. Kenapa?Kau jahat Reena.Kau jahat.”Akhirnya, semua gambar dia dan Reena dibuang.Dia tidak ingin menyimpan kenangan itu.Ia seharusnya dilenyapkan.
Telefon bimbitnya di off.Dia tidak mahu di ganggu.
Terbayang dilayar matanya, tubuh Reena Aqasha dirangkul erat dan di bawa masuk ke bilik hotel.Wajah Reena juga ceria diperlakukan begitu.Apakah itu maknanya. Jika tidak kerana Haykal, dia juga tidak tahu akan rahsia itu.
“Iman…Aku rasa baik kau datang hotel tempat aku kerja sekarang.”
“Ada apa Carl.”
“Kau datang je.”
“Hmm..Okey.”
Iman kini memandu ke hotel tempat Haykal bekerja. Dipandangnya akan jambangan bunga mawar merah 24 kuntum si tempat duduk penumpang di sisinya yang baru di belinya tadi. Malam ini dia akan membuat kejutan untuk kekasih hati. Sebenarnya, dia merahsiakan kepulangannya ke Malaysia.Tujuannya hanya satu.Ingin membuat kejutan untuk Reena Aqasha.
Iman terus membelokkan keretanya ke arah hotel yang di maksudkan Haykal.Nombor temannya itu segera di hubungi.Apakah perkara penting yang mungkin ingin di sampaikan Haykal kepadanya.
“Jom ikut aku.”Iman hanya menuruti.
“Apa yang penting sangat ni Carl. Cakap jelah dekat telefon.”
“Benda ni tak boleh cakap Im.Tapi, sebelum tu aku minta maaf sangat-sangat dekat kau.Aku ni bukan nak menyibuk, tapi aku nak tolong kau.”
“Apa maksud kau ni Carl?”
Haykal  tidak menjawab.
“Kau ni ajak aku ke sini nak intip siapa Carl.”
“Cuba kau tengok dekat meja sana tu?”
Iman melihat ke arah meja yang di maksudkan.Mercerlung juga matanya.“Tak mungkin…Tak mungkin tu Reena.”
“Apa yang tak mungkinnya.Tu memang Reena, Im.Orang dekat sebelah dia tu namanya Razlan. Reena ada hubungan sulit dengan dia. Selama ni aku bukan buat cerita Im. Aku ada bukti.”
Iman menggeleng.“Mungkin hanya pelanduk dua serupa.”
“Tak Im. Tu memang Reena.Percayalah.”
“Tak…Aku tak percaya.”
“Kau tak percaya aku..Takpe. Kau duduk sini..Kau tengok apa yang terjadi seterusnya. Mungkin selama ni aku salah. Tapi, aku ada bukti yang nyata. Ni bukan kali pertama Im..”
Iman terdiam. ‘Tak mungkin…’
Iman sudah tidak mampu melihat.Kemesraan dan liuk lentok tubuh Reena di samping lelaki itu membakar hatinya.Sehinggalah mereka berdua bangun dan berjalan beriringan menuju ke bilik hotel.Iman terasa hampir pitam.Dia hanya mampu mengurut dada.
Jika tidak kerana Haykal, selama ini rupanya dia di tipu. Sebelum ini terlalu sukar untuk dia percaya akan kata-kata temannya itu, namun kini ia telah terbukti di depan mata.
“Argghh..Memang Reena tak guna.Tak guna…Perempuan jahanam.” Semua barang yang  berkaitan dengan Reena dilempar ke lantai.
Iman terus memencilkan diri membuang rasa kecewa yang bermukim di hati.Dia menelan pil tidur dan mengharap agar dia tidak bangun lagi.
*****
ILHAM seakan terleka memandang wajah Maisarah.Dia sebenarnya ingin memberitahu ‘sesuatu.’Sudah lama dia bersoal jawab dengan hati dan akalnya.Akhirnya dia membuat keputusan untuk menyatakan rasa hatinya.Dia juga perlu jujur dengan Maisarah.
“Am…kau ada apa-apa nak cakap dengan aku ke?” tanya Maisarah apabila melihat Ilham tiba-tiba memandangnya dengan satu pandangan yang sukar dimengertikan.
Ilham cuba bersikap tenang. Dia takut butir bicara yang bakal termuntah keluar dari mulutnya itu mengudang perasaan tidak selesa kepada gadis di hadapannya itu.Namun dia nekad. Biarlah dia berterus terang perasaan hatinya.Walaupun jawapan yang bakal diterima tidak seindah yang diharapkan, namun apa salahnya untuk mencuba. Sekurang-kurangnya, Maisarah mendegar apa yang terpedam di hatinya. Jika ia tidak dibicarakan, ia tidak akan di dengar. Ilham menarik nafas panjang, mencari seribu keyakinan.
“Mai…Sebenarnya aku nak berterus terang dengan kau tentang perasaan hati aku.”Mata Ilham memandang tepat wajah Maisarah.Maisarah sudah menelan liur sendiri.Bait-bait kata itu mula menggoncang perasaanya.Dia dapat menduga bicara Ilham seterusnya. Namun, dia cuba berlagak tenang. Dia memberi ruang kepada Ilham untuk meneruskan bicaranya. Jika tidak mendengar, dia tidak akan tahu.
“Mai…Sudi tak kalau kau…ada ikatan sah dengan aku.”Laju tutur kata Ilham menerjah cuping telinga Maisarah.Walaupun tidak seromantik mana, namun kata-kata itu memberi makna yang sangat besar.Kata-kata itu membuatkan Maisarah terkejut.Tittttttttttttttttttt…Sepertinya mesin degupan jantungnya sudah terhenti.Dia terkedu. Matanya sempat memandang wajah Ilham.‘Ya Tuhan…’bisik hati kecilnya.
Maisarah terdiam.
“Am, kenapa tiba-tiba kau…”Maisarah terasa kini debaran jantungnya kuat berdetak.Ia memang kata-kata yang mengejutkan dirinya. Dia tidak menyangka itulah bicara yang ingin diluahkan oleh lelaki itu.Bicara itu dirasakan begitu serius.Bukan satu gurauan seperti selalunya.
“Aku  tak paksa kau beri jawapan sekarang.”Ilham menyambung bicaranya.Bicaranya tenang, namun hatinya berdebar.Apakah sebenarnya jawapan yang bakal diberikan oleh Maisarah terhadap lamarannya itu.

Dengarkan permintaan hati ini…
Ya ..Aku sudah perdengarkan kepadanya…
Namun ku tahu ia tidak mudah untuk dipenuhi..
Kerana ku tahu hati itu milik dia…

Maisarah tertunduk dan terdiam.Dalam kotak fikirannya ligat menyusun kata.Dia harus memberikan jawapan kepada lelaki itu.Biarlah dia memberikan jawapan itu sekarang.Dia tidak mahu bertempoh kerana dia tidak mahu mendera perasaan lelaki itu.Jawapan telah ada dimindanya, namun untuk menuturkannya dia merasakan seribu kepayahan.
Maisarah menarik nafas, menghilangkan debaran hatinya.Dia memandang wajah Ilham.Dia harus kuat.Dia mesti berani berhadapan dengan Ilham kerana dia menyakini lelaki itu memahaminya.Biarlah sinar matanya menjadi bukti ketulusan bicaranya.
“Maafkan aku, Am. Aku bukanlah orang yang terbaik untuk kau.Aku tahu kau ikhlas, tapi aku tak dapat bohong hati aku sendiri. Selama ini aku hanya anggap kau sebagai seorang kawan, tak lebih daripada tu.”
Maisarah memandang wajah Ilham dengan rasa serba salah.Dia tahu lelaki itu kecewa dengan jawapannya.Namun, dia tidak mahu membohongi perasaannya sendiri. Dia masih cuba setia menanti hadirnya sang arjuna hati walaupun kini tanpa khabar berita.
 “Aku minta maaf, Am.” Ucap Maisarah perlahan.Dia tertunduk sayu.
Ilham tiba-tiba tergelak sambil menekup mulutnya.“Hurmm...Okey... Dah tamat.”
“Apa..yang dah tamat?” soal Maisarah tidak mengerti. Dia mendongak memandang Ilham.Dia  keliru.
“Drama sebabak episod akhir cerita Lavender.”Ilham memberi jawapan.Dia sudah tersenyum sambil menepuk tangannya.
“Hah??” Maisarah sedikit terkejut.Berkerut juga dahinya.
“Cerita kita dah habislah, kan.”Ilham mempamerkan riak wajah ceria.Hakikatnya, hanya di hati yang tahu.Dia sedar, dia tidak seharusnya menghukum Maisarah. Sekurang-kurangnya Maisarah juga berterus-terang dengannya, dan apa yang penting Maisarah masih ada bersamanya hingga kini. Ini bermakna Maisarah dapat menerima setiap baris katanya sebentar tadi. Hmm..Okeylah tu.
“Tadi tu, kau serius ke tak?”
“Serius..”Ilham menjawab pendek sambil membuat muka comel.
Maisarah terdiam.
“Uit..Mai. It’s okeylah. Tak payah nak difikirkan pun.Sebenarnya, kalau aku tak buat macam tu pun aku dah tahu jawapan kau. Kau kan setia. Aku akan tetap doakan yang terbaik untuk kau. Dah, jom.”Ilham ketawa sambil mengeyit mata.
Maisarah masih terdiam.
“Jomlah.”
“Ke mana?”
“Depan tu je. Dekat air pancut tu. Yang tadi tu jangan fikir ea. Iklan je tadi tu. Nak cukupkan masa. Dah setting timeni.”
Maisarah ‘blur’.
Tiba-tiba…
Dush..Dush..Dush…
Di sekitar kawasan itu mula diterangi dengan limpahan bunga api di udara. Mereka berdua menyaksikan keindahan itu. “Cantikkan…” Ujar Ilham.
“Kau yang plan ni ke?” soal Maisarah perlahan.Kendur bicaranya.
“Hmm..”
Maisarahterperasakan sesuatu.Ilham menyeka hujung matanya.Terus sahaja hatinya dihimpit rasa sebak.Perasaannya menjadi sayu.Dia tahu bicara boleh menipu, tetapi hati…Hanya hati yang memiliki jawapannya.Dia tahu Ilham menahan rasa hati.Menipu hati sendiri.
Mungkinkah Ilham mengharap suatu yang indah terjadi malam ini. ‘Am…’ Hati Maisarah memanggil nama itu di hati. Di sebalik sinar cahaya keindahan malam itu, Maisarah melihat wajah Ilham yang tetap mengukir senyum ceria.Terasa kini kelopak matanya bergenang air mata.‘Ya Allah…Mengapa hati aku merasa sebak.’Tanpa Ilham terperasan, Maisarah juga menyeka hujung matanya.
Sesudah pertunjukan bunga apa itu tamat…
~Allah selamatkan kamu…Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Izzati NurMaisarah…Allah selamatkan kamu…~
Bergema lagu itu untuk seketika dinyanyikan teman-teman Ilham.
Maisarah terkejut.Dia berpaling tubuh.Beberapa orang teman Ilham sudah berada di hadapannya dan salah seorang daripada mereka memegang sebiji kek.
“Hari ni aku tahu hari ulang tahun kau dalam kalender Hijri. Jadi aku saje buat ni untuk kau. Kalau nak ikut bulan Masihi lambat sangat.Hujung tahun nanti.”Beritahu Ilham sambil tersenyum ceria.
Air mata Maisarah terus sahaja gugur ke pipi. Dia terharu.Dia sebak.Kedua-dua perasaan itu menghambat hatinya.
“Janganlah nangis.Kau ni sensitif sangatlah, Mai.” Ujar Ilham.
“Sorry. Aku..terharu. Aku tak sangka kau buat ni semua. Sedih tau.”Air matanya yang jatuh di seka.
Ilham kemudiannya mengangkat tangan berdoa.“Ya Allah…Ku pinta kepadaMu, berkati dan rahmatilah hidup sahabatku ini, Izzati NurMaisarah disetiap ketika dan waktunya dihayat ini.Semoga dia sentiasa di dalam lindunganMu. Amin..”Doa itu juga di aminkan teman-teman yang lain.
Air mata Maisarah kembali jatuh. “Terima kasih, Am… Aku..Aku minta maaf..”Tangis Maisarah berlagu di hati.Hatinya kembali terusik.
“Minta maaf untuk apa pulak.Dahlah. Potong kek ni.”Ujar Ilham sambilenghulurkan pisau kepada Maisarah. Dia sebenarnya mengerti akan ucapan maaf itu. Memang hatinya agak kecewa, namun adakah dia ingin jadi pemutus kasih. Itu bukan cara dia.
“Aku sebenarnya ajak Aina join sama, tapi dia ada hal. So, kita orang jelah yang ada.”
Maisarah mengangguk.Dia mengerti.
Suasana kini kembali ceria dengan telatah teman-temannya Ilham.
“Sorry..Aku lupa nak bawak gitar.So, takde lagu untuk kau.”
“Ngelat.Tak aci.”Maisarah juga kini berjaya mengawal emosinya.Dia kembali menjadi dirinya yang ceria.Hambatan perasaan seketika tadi berjaya dilenyapkan.Hakikatnya, hanya di hati yang tahu.
“Nah..Ini istimewa untuk kau. “Ilham kemudiannya menghulurkan satu bungkusan beg kertas besar kepada Maisarah.
“Untuk aku ke ni?”
“Hmm..”Ilham mengangguk.
Maisarah mengucapkan terima kasih.
“Boleh buka sekarang ke?”
“Yup.Ikut kaulah.Hadiah biasa je.”
“Aku nak ‘ngendap’ jelah.Tak nak bukak dulu.”
“Hadiahnya tak bersampullah.Tak sempat.”Ilham sudah ketawa.
Maisarah terujamelihat isi kandungan beg tersebut. “Walawei…Betul ke ni. Macam tak percaya je.”Hadiah itu merupakan satu model trak Transfomers.Masih tersimpan kemas di dalam kotak jernih tidak bewarna.
“Eh, trak ni boleh transform ke?”
“Hmm…Boleh.Transform jadi Optimus Prime.”
“Pergh..Tak sangkanya. Kan mahal ni.”
Ilham ketawa.“Alah, sesekali.Aku tahu kau suka.So, aku bagilah.”
“Eh, ada coklat Cadbury juga.Terima kasih ea.”Maisarah mengukir senyum ceria.
“Ni hadiah hari lahir merangkap hadiah persahabatan kita tau.”Ilham menyimpul senyum menampakkan lekukan lesung pipitnya.
Maisarah teringat memori lalu. Dahulu, tika Iman memberinya cincin sebagai tanda persahabatan, dia pernah berkata dia lebih suka akan robot Transfomers. Kini, dia sama sekali tidak menyangka bahawa Ilham telah memberikan hadiah itu kepadanya. Sungguh dia tidak menyangka.
“Ayat kau canggihlah boss. Aku rasa aku suka sangat dekat kereta Lamborghini Gallardo tu. Yang real punya.Scale1:1. Boss belikan ea.”Erry sudah membuat suara manja ala-ala awek menggoda.Ia nyata menggamatkan suasana.
“Muntah aku dengar wei.” Ilham sudah membuat gaya ingin muntah. Dia kemudian memberi tumbukan percuma ke Erry.Sekadar bergurau.
“Wei, dahlah.Jom balik. Dah lewat ni. Aku bawa anak dara orang ni.”
“Tau takpe. Cepat-cepatlah ubahkan status tu..” ujar Erry.
Ilham hanya ketawa.“Nak ubahkan status tu bukan semudah minum kopi ye encik Erry Azrai.”
Erry sudah ketawa. “Okey..Faham, bro.”
Maisarah hanya mengukir senyum nipis.
*****
“Terima kasih atas hadiah ni. Tapi..aku..aku minta maaf fasal…”
“Eh, tu tak payahlah fikir. Tu kan pelengkap cerita je. Sorrylah..Aku pun dah ter…tadi.Dah terlepas.Kaukan kawan aku.Nanti dah tak jadilah siri LAVENDER kita. Love Friend Forever..Cinta Sahabat Selamanya. Betul tak?”
Maisarah tersenyum nipis.Di hatinya masih berbaki ‘rasa’ tentang lamaran Ilham tadi.
“Eh, Mai.Tetiba aku terfikir sesuatulah. LAVENDER tu..aku rasa macam Love End Forever..Cinta Akhir Selamanya…Haa..Betul tak? Entah-entah, itu maksud orang yang kasi cincin dekat kau tu. Hmm..Kau rasa macam mana?Logik tak?”
Maisarah hanya menggeleng.“Ntahlah, Am. Aku tak tahu.”
Ilham hanya ketawa.“Aku ni memandai je, kan.”
“Akhirnya..Sudah sampai di rumah kau. Okey, tuan puteri. Keep your smile. See you again.” Ilham mengunjukkan isyarat pistol dan membidik sasaran ke arah Maisarah.Matanya juga dikenyitkan sambil menguntum senyum indah. ‘I love you.’Bicaranya di hati sayu.
Di dalam bilik, Maisarah membuka hadiah pemberian Ilham.Di keluarkan hadiah tersebut dari kotaknya.Di belek-beleknya dengan rasa teruja.Rupa-rupanya, ada sesuatu yang dititipkan bersama hadiah itu.
~Jangan melihat trak ini sebagai mainan. Tapi, ada sesuatu yang boleh dinilaikan.Sebuah trak ini mampu di trasnformasikan kepada sebuah robot.Andai mainan robotik ini boleh diubah…Mengapa kita tidak mampu untuk berubah…~
~Dengan permulaan ia akan membawa kepada usaha yang lain. Jika tidak berjaya, kita tetap akan cuba. Akhirnya, kita akan dapat melihat hasilnya.~
~Bagi kita pula, kita juga mampu untuk berubah. Niat adalah permulaan…Usaha adalah jalan…Rintangan adalah cabaran…Doa adalah harapan…~
Sekadar perkongsian dari aku.. Muhammad Aiman Ilham
Maisarah terdiam.Dia memikir.‘Ilham.Aku mengerti.Pemberian ini adamaknanya.Kau seorang sahabat yang baik, Am. Terima kasih.’
Maisarah akhirnya mencuba untuk menjadikan sebuah trak itu kepada robot Optimus Prime.Chaiyok…Jangan menyerah.Hehe…Pengaruh cerita Transfomers betullah.Macam tak bagus je bunyinya. Tapi, nilaikan ia kepada satu yang positif.Transform..Berubah..Kita mampu untuk berubah.
*****
“MAI, coklat kau kat peti sejuk ni aku ambik tau.”Ujar Ziha sewaktu terlihat sekeping bar coklat masih terbiar di peti sejuk.Masih belum di buka.
“Ambiklah.”Jawab Maisarah yang sedang sibuk mencuci pinggan.
“Kau beli ke, pakwe kau kasi.” Soal Ziha.
“Am yang kasi.”
“Oh, pakwe kau lah tu.”
“Mana ada.Kau ni saja je bikin kecoh.”Maisarah mendengar suara tawa Ziha.Suka benar Ziha menyakatnya.
Ziha sudah menuju ke ruang tamu.Balutan coklat itu dibuka untuk dinikmati.
“Mai, kau tengok ni. Romantik gila pakwe kau.”Ziha memandang Maisarah yang baru menuju ke arahnya.
“Apa?” soal Maisarah sambil melabuhkan punggung di sisi Ziha.
“Ni, ha.Takkan kau tak nak simpan.Selamat aku tak koyakkan tadi.”Ujar Ziha sambil mengulurkan pembalut coklat kepada Maisarah.Rupanya ada kata tertulis di balutan tersebut.

Happy Birthday PrincessMySarah
Keep your smile
From : Muhammad Aiman Ilham

            Maisarah terdiam seketika.Kemudian dia menguntum senyum.
            “Kreatif juga pakwe kau ni ye.” Ziha sempat memuji.Teringin juga dirinya untuk mengenali siapakah Ilham itu, namun masih belum berkesempatan.Sebelum ini pun dia hanya sempat mencuri-curi pandang di sebalik tingkap nako rumah sewa mereka. Tang suara…Suara lelaki itu dia pernah mendengarnya. Memang boleh tahan.Bagai buluh perindu lunaknya.
            “Bukan pakwe, okey.Kawan je.”Maisarah membetulkan statement Ziha.
“Iyalah tu.Kau tak payah kelentong akulah. Aku ni lebih dulu makan garam dari kau. Aku tahulah.”
“Aii.Ayat tu selalu macam mak aku punya ayat je.Tapi, takpelah.Kau pun memang tua daripada aku pun, kan makcik.”Ziha sudah ketawa.
“Alah, yang penting muka awet muda. Mai..kau nak tahu tak. Aku ada berita gembira nak kongsi ni.” Ujar Ziha sambil menikmati kelazatan bar coklat Cadbury Bournville Dark Chocolate itu.
“Hmm.. Patutlah aku tengok sejak pagi tadi  kau ceria je. Apa dia cakaplah.”Maisarah sudah menyandar di sofa sambil memeluk bantal kecil yang berada di situ.
“Irfan lamar aku.” Ziha tersenyum ceria membuka cerita.Itulah saat indah yang dilaluinya.Dilamar orang tersayang.
“Wow, ye ke.Alhamdulillah.Akhirnya, bolehlah aku makan nasi minyak mak cik Ziha ni.”Maisarah  berkongsi kegembiraan.
“Kau tahu.Aku memang terkejut gila.Aku memang tak sangka. Tetiba je dia buat surprise kat aku. Siap ada candylight dinner lagi. Bila dia lamar aku, aku pun terima  ajelah.Rasa macam nak nangis pun ada. Pada aku, dia tu memang speciallah.” Ziha excited bercerita.
Maisarah menjadi pendengar setia.Gembira dia mendengar perkhabaran itu.Rupanya semalam ada memori indah untuk Ziha dan dirinya.Mereka sama-sama dilamar orang.Ziha menerima lamaran Irfan, dan dia pula terpaksa menolak lamaran Ilham kerana masih berharap untuk menanti Iman.
“Uit, apasal tetiba terdiam je ni. Oh…berangan eh.”Usik Ziha yang sememangnya perasan temannya itu tiba-tiba mengelamun. Entah-entah berangan naik pelamin minah ni.”
“Eh, taklah.Mana ada.”Maisarah menafikan sama sekali. Bahu Ziha menjadi mangsa pukulan manja tangannya.
“Iyalah tu.Aku tak sabar nak menunggu. Bilalah perempuan Melayu terakhir ni nak di lamar orang.” Ziha ketawa.
Maisarah memberi pukulan percuma lagi.
“Alahai, perempuan Melayu terakhir ni garanglah.Janganlah pukul-pukul kita.Sakit tau.”Ziha mengusik lagi dengan mimik mukanya yang berpura-pura kesakitan.
“Eh, budak ni. Aku cekik kau baru tahu.” Maisarah membuat gaya mencekik pula.
“Alamak, Vampire dah menyerang.”Ziha olok-olok takut.
Maisarah mematikan tingkahnya.‘Aii, Ziha ni pun dah terjangkit dengan si Ilham ke.Sedap je panggil aku Vampire.’
Krekkkk…Krekkk…
Tiba-tiba pintu rumah mereka terkuak perlahan.Mereka berdua memandang ke arah pintu.Kemudian, saling berpadangan.
Hani memunculkan diri.
“Kau rupanya, Hani.Ingatkan siapa tadi.Senyap je.Tiba-tiba buka pintu.Suspens je kan. Kitorang baru je cakap pasal Vampire.Tetiba kau muncul. Hishh..Seram.”Ziha membuat kecoh.Sengaja membodek Hani.
“Ye ke wei..”Hani seakan percaya.Pintu rumah segera ditutup dan di kunci.
“Mana ada. Penipu budak sorang ni, weh.”Maisarah menuju kata kepada Ziha yang berwajah serius.Pandai betul dia berlakon.
Ziha akhirnya ketawa.“Mai nilah Vampirenya.Suka sangat nak cekik orang.”Akhirnya berderai ketawa mereka memenuhi seisi ruang.
“Alahai, korang ni. Saja nak main-mainkan aku.Wei, tadi aku dengar kecoh-kecoh suara korang berdua.Apa hal?” soal Hani yang telah pun duduk bersama mereka.
“Kau nak tahu tak Hani. Ada orang lamar cik Maisarah kita ni.” Selamba Ziha menutur kata, sekadar mengusik membodek Hani.
“Aa, ye ke?” Hani sedikit teruja.Percaya benar dia dengan kata-kata Ziha yang suka kelentong orang itu.
“Takdelah.Kau ni percaya je lah cakap si Ziha tu.”Maisarah menafikan. “Sebenarnya, mak cik Ziha kita ni lah yang di lamar orang. Siapa lagi kalau bukan si Haniff Irfan tu yang ala-ala pelakon Hindustan tu. Tu lah yang kecoh tadi tu.” Maisarah membuka cerita.
“Wah..tak sangkanya. Tahniahlah Zi. Kau Mai...Bila pulak?”
“Aku??Aku….Aku single lagi.Nantilah.Malas nak fikir.”
“Iyalah tu.Kau senyap-senyap je. Karang, tup..tup.. undangan je sampai, kan Zi.”
“Tau tak pe.”Ziha menyokong kata-kata Hani.
“Alah, korang ni. Kalau ada berita gembira, aku beritahulah.”Maisarah sekadar memaniskan bicara.
“Hmmm..Hani.Kau nak tahu tak. Semalam cik Maisarah kita ni dapat coklat tau. Ni hah, coklatnya. Aku tengah makan  ni. Dari jejaka suara buluh perindu, Muhammad Aiman Ilham.Fulamak.Ni, hah. Ada bukti lagi ni. Ni, aku tak tipu kau.”Ziha terus sahaja mengambil balutan coklat yang sudah terletak di atas meja sebelum sempat diambil oleh Maisarah.Ia terus di beri kepada Hani. Hani juga sudah tersenyum lebar. “Haha..Tak lama lagilah ni jawabnya.  Hmm..Kalau macam ni,  tiap-tiap tahun kena sambut dua kali birthdaylah gamaknya. Mesti dapat banyak hadiah ni. Mesti syok.”
“Isy, korang ni mana ada.”
“Alah, Mai. Kita tunggu dan lihat je lah.Tak payahlah nak merah-merah pipi.” Usik Ziha.
Akhirnya mereka tertawa bersama.“Okey, malam ni aku belanja.Special untuk birthdaycik Sarah kita ni.” Hani memutus kata.
“Uit, salah tu. Bukan Sarahlah. Princess MySarah.” Ziha membetulkan kata.
“Ha..betul..betul..betul..”Hani pula sengaja mengajuk kata ala-ala Upin dan Ipin.

Oh..Puteri MySarah..Puteri pemalu..
Awek Ilham si buluh perindu..


Ziha sengaja mencuri melodi lagu ‘Puteri Santubong’ untuk lagunya itu. Haha..Berbakat juga dia rupanya menggubah lagu.

Wahai MySarah selamanya kami love you....
And  today kami  nak wish happy birthday to you..


Hani pula menyambung bait seterusnya. Sedap pulak sambungannya. Kenalah tu.
            “Ish, korang ni…Berlagu-lagu bagai. Siap nak kenakan aku lagi.Sajelah tu.”Maisarah hanya mampu tersenyum melayan kerenah dua orang teman serumahnya itu. ‘Hmm..dia orang  ni. Sengaja mengingatkan aku pada Ilham. Ilham pun suka benar melodi lagu Puteri Santubong ni. ‘Ilham…Aku takkan mungkin lupakan kau..Kita adalah sahabat untuk selamanya.’


No comments:

Post a Comment