Monday 10 February 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 11


IRFAN FARIS sudah tersedak-sedak. Air kopi Hazel yang diminum hampir tersembur keluar. Dia kemudian mengesat mulutnya.
“Irsya Natasya? Irsya Natasya tu siapa dia tu Ma?”
“Bakal isteri kamulah, Irfan.”Laju bicara itu singgah ke pendengaran Irfan Faris.
“Hah? Apa? Bakal isteri?”
“A’ah. Dia tu, pilihan nenek kamu.”  Ujar Kirana tenang.
“Apa? Pilihan nenek?”
Kirana mengangguk mengiyakan.
“Ma..Irfan tak sedia lagilah. Mama cakaplah dengan nenek. Ni tiba-tiba pulak nak suruh kahwin. Irfan ni baru aje balik Malaysia tau. Belum sempat nak ushar-ushar awek-awek kat luar tu, dah nak kena kahwin. Mana aci, Ma. Tak naklah!” Irfan Faris membuat muka memprotes.
“Mana mama tahu. Ni keputusan nenek.Kalau berani, cakaplah dengan nenek. Ni gambar bakal isteri kamu. Sudi-sudikanlah terima ya.”
“Mama ni sama aje macam nenek.” Irfan Faris menerima juga huluran gambar tersebut walau bibirnya sudah muncung macam tapir. Hatinya terasa panas dengan paksaan seperti itu. Dibelek-belek gambar itu sekadarnya. ‘Ni ke bakal isteri aku? Alahai. Klasik macam muka nenek aje. Apalah yang nenek suka sangat dekat dia ni.’
“Alah, Ma. Irfan tak naklah. Mama cakaplah dengan nenek. Tak adillah nenek buat macam ni. Ni, hidup Irfan ma. Takkanlah Irfan nak kahwin dengan orang yang Irfan tak suka.”
“Pergilah cakap sendiri dengan nenek. Mama dengan papa pun setuju kalau kamu menikah dengan Irsya ni.”
“Maa….” Irfan Faris merengek. Mengapa perjalanan hidupnya kini seperti sebuah cerita drama. Kena kahwin ala-ala paksa atas aturan keluarga.
“Dah.Tak payah nak ngada-ngada. Sya ni budaknya baik. Sopan-santun.Kalau tak kerana dia, tak tahulah apa jadi kat nenek.”
“Apa yang dia dah buat?”Irfan Faris meminta jawapan mamanya.Ada perkara yang dia tidak tahu tentang Irsya Natasya.
“Dia selamatkan nenek kamu dari peragut.Tapi, dia pula yang cedera. Teruk juga lukanya. Kalau Irfan tak percaya, bila Irfan dah kahwin dengan dia, Irfan tengok dekat lengan kiri dia. Ada dua kesan carik pisau. Itu tanda pengorbanan dia dekat nenek tau.”Jelas Kirana.
Irfan Faris terdiam. Oh. Macam tu ke? Tapi, apa kena mengenanya dia nak dikahwinkan dengan gadis itu, sedangkan abangnya Idham Faizal juga masih belum berkahwin. Nenek memang tak adil! Tak adil!
So, kiranya nenek suruh Irfan kahwin dengan dia sebab nak balas budi sebab dia selamatkan nenek?Macam tu?” Irfan Faris mempersoalkan.
“Bukanlah macam tu. Sebenarnya, dia tu memang tunang kamu.” Muncul suara lain menjawab persoalannya.
“Apa??Tunang?”Lagilah Irfan Faris terkejut dengan jawapan itu. Matanya sudah terbeliak besar. Oh, tidak!
“A’ah. Tunang kamu masih kecik.Tak sangka pulaknenek dapat jumpa dia. Sebenarnya dah terpisah lama. Takdir Allah, telah jumpakan dia dengan nenek semula. Kebetulan, dia yang menolong nenek.Dah alang-alang nenek jumpa dia, nenek rancang nak satukan kamu berdua. Ingatkan hajat nenek dengan arwah atuk kamu dulu tu tak kesampaian, tapi nampaknya dia akan jadi cucu menantu nenek juga. Suka sangat nenek dengan si Sya tu.” NekKalsum sudah meleret senyum.Dia benar-benar gembira dengan keputusannya.
“Tapi nek..”
“Tak ada tapi, tapi. Nenek nak kamu terima dia. Jangan cakap tak setuju. Nenek tak nak dengar!” Tegas suara itu menusuk pendengarannya.
Irfan Faris masih berusaha meraih simpati Nek Kalsum.
“Nek. Berilah Irfan peluang. Irfan tak nak kena paksa-paksa macam nilah. Macam mana nak ikhlaskan hati terima benda yang kita tak suka. Nek, pleaselah nek. Irfan dah besar nek. Janganlah buat Irfan macam ni. Nenek tak sportinglah. Tak naklah geng dengan nenek macam ni. Baik Irfan bawa diri aje. Irfan tak nak duduk sini dengan nenek.” Bicara Irfan Faris lebih kepada mengugut.
“Pergilah, pergi! Nak sangat pergi kan? Lepas ni jangan harap nenek nak sayang dekat Irfan lagi. Jangan harap nak minta apa-apa dari nenek lagi!” Suara Nek Kalsum agak tegang. Dia kemudian pergi masuk ke bilik dan mengunci diri. Hati tuanya terusik. Dia merajuk.
“Irfan. Cuba ikut kata nenek tu. Tak rugi apa-apa pun. Anggaplah Irfan berkorban untuk nenek. Mama pun dah tengok Sya tu. Mama pun berkenan dengan dia. Mama tahu, Irfan boleh bahagia dengan Sya.” Kirana memberi nasihat. Sebenarnya, dia tidak kisah siapa pilihan Irfan Faris. Dia bukannya memandang harta kekayaan. Tak semestinya, orang yang berharta dan berpangkat menjadi menantunya. Dia juga dahulu dari keluarga biasa-biasa aje. Cuma rezekinya, dia berjodoh dengan Dato’ Zamrud. Sebenarnya, dia juga pilihan hati Nek Kalsum sendiri. Kiranya, perkahwinannya juga diaturkan. Namun, atas tolak ansur mereka suami isteri, mereka bahagia hingga kini. Sememangnya tak ada yang mustahil.
“Irfan tak bolehlah mama. Takkanlah Irfan nak kena kahwin dengan orang yang Irfan tak pernah kenal, yang Irfan tak suka.” Irfan Faris buat muka memprotes.Gambar wajah Irsya Natasya dicampak ke atas meja.
“Kamu belum jumpa dia lagi kan. Macam mana boleh kata tak suka. Cuba kenal dia dulu dalam tempoh yang ada ni. Bincang apa yang patut. Sya tu mudah diajak berbincang.” Lembut Kirana menasihati.Gambar wajah Irsya Natasya yang berada di atas meja itu, diambil.
“Mama nak Irfan simpan gambar ni. Mama dan nenek bersusah payah nak dapat gambar ni semata-mata nak tunjuk dekat Irfan tau. Nah, simpan. Jangan buang. Ingat Irfan. Kalau nenek tahu Irfan buang gambar ni, mama pun tak tahu nak cakap apa.”
“Yalah, yalah.” Irfan Faris kembali mengambil gambar tersebut. Terasa ingin sahaja dironyokkan gambar tersebut. Ia kemudian diletak di dalam kocek baju di dada sebelah kiri. Dekat di hati. See..Tak suka, tak suka pun still letak dekat hati kan. Hehe…
“Dah. Pergi minta maaf dekat nenek. Jangan biar nenek kecil hati. Irfan kena faham nenek tu macam mana. Nenek kalau kecil hati, kita yang makan hati nanti. Tak nak makanlah, tak nak itulah, tak nak inilah.Lepas tu nanti, pergi kubur arwah atuk nangis kat situ tak nak balik. Irfan nak nenek macam tu ke? Irfan…Irfan kena fikir. Irfan tak rasa bersalah ke buat nenek kecil hati? Umur nenek dah macam tu, Irfan kena faham. Hati tua dia cepat terusik Irfan.”
“Maa…”
“Mama tak nak Irfan cakap apa-apa. Apa yang mama nak, Irfan pujuk nenek.”
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar. Seakan dirinya dipersalahkan. Salahkan dia?
Kirana kemudian bangun dan menuju ke bilik ibu mertuanya itu.
            “Ibu. Ni Kirana bu.” Panggil Kirana sambil mengetuk pintu beberapa kali.
            “Kenapa kamu yang datang. Ibu nak Irfan yang pujuk ibu.” Suara Nek Kalsum sayu dipendengaran.
            Kirana kembali turun ke bawah memanggil Irfan.
            “Nenek nak Irfan yang pujuk dia. Dahlah Irfan. Irfan pujuk aje nenek baik-baik. Buat masa ni, jangan ungkit pasal hal tadi. Kalau Irfan tak boleh nak terima pun, itu bincang kemudian. Cuba pujuk nenek dulu. Irfan sayang nenek, kan?”
            Irfan Faris berbuat tidak tahu. Dia mencebik bibir tanda hatinya masih tidak mahu menerima. Masih memprotes.
            “Irfan…”
            “Yalah, yalah..” Irfan Faris menjawab acuh tidak acuh. Keluhan nafasnya dilepaskan. Dia akhirnya meniti anak tangga menuju ke bilik neneknya.
            Irfan Faris mengetuk pintu bilik nenknya beberapa kali.
“Nek..Ni Irfan datang ni. Irfan nak minta maaf dengan nenek. Irfan tahu Irfan yang salah. Nek…Bukalah pintu ni biar Irfan masuk. Kalau tak, macam mana Irfan nah muah..muah sayang kat nenek. Nek..oo..nek.” Irfan Faris memujuk lembut.
“Nek. Jom nek. Irfan ajak jalan-jalan. Kita makan kat luar jom nek malam ni. Nenek nak makan kat mana? Nenek cakap aje. Nanti Irfan bawa. Nek, jawablah Irfan nek. Irfan minta maaf ni.”
Di dalam bilik, Nek Kalsum sudah tergelak-gelak sendiri tanpa suara. Dia sengaja berlakon merajuk biar Irfan kalah dengannya. Dengan itu dia dapat memaksa Irfan menerima Irsya Natasya. Bijak tak dia?
“Nekkk..” Irfan memanggil lagi.
Nek Kalsum sengaja tidak menjawab. Dia olok-olok tidur di katilnya.
“Nekkk..Bukalah pintu ni nek. Nek tak sayang kat Irfan lagi ke?”
“Habis tu Irfan yang kecilkan hati nenek. Sebenarnya, Irfan memang dah tak sayang kat nenek lagi kan. Sebab tu Irfan tak nak dengar kata nenek.”
“Bukan macam tu nek. Okey, okey. Irfan minta maaf dekat nenek. Irfan janji, Irfan akan ikut kata nenek. Irfan akan terima Sya.”
Tersenyum melebar Nek Kalsum tatkala mendengar kata-kata itu. Yes! Berjaya. Dia akhirnya membuka pintu. Namun, dia masih membuat mimik muka merajuk.
“Nek..Irfan minta maaf beribu-ribu lemon dekat nenek. Irfan mana boleh kehilangan nenek yang comel ni.” Irfan Faris manis mulut berkata-kata. “Nenek janganlah merajuk lagi tau. Tengok tu dah tak comel muka nenek.” Irfan Faris kemudian mencubit lembut kedua belah pipi neneknya itu. Dia kemudian memeluk neneknya itu. 
Dalam masa yang sama, Nek Kalsum sempat mengenyit mata pada menantunya, Kirana. Kirana hanya tersenyum. Dia tahu itu hanya helah ibu mertuanya. Namun, dia juga tahu Irfan juga berlakon sekadar menjaga hati tua wanita itu. Dia hanya pasrah. Dia tidak mampu menyebelahi mana-mana pihak. Kedua-duanya dia sayang. Namun, jika disuruh memilih, dia juga menginginkan Irfan mengahwini Irsya Natasya.
            “So, nenek nak makan dekat mana?”
            “Dekat rumah ajelah. Suruh ibu masak.”
            “Okey.”

IRFAN FARIS kini duduk sendirian di biliknya. Dia memikir akan apa yang dipinta neneknya. Permintaan yang agak berat dan sukar untuk dipenuhi. Walaupun seketika tadi dia kata dia menerima, tetapi hakikatnya tidak. Tak mungkin hatinya menerima. Arghh..Dia menjerit sendiri.Tension!
Gambar wajah Irsya Natasya yang berada di kocek bajunya dikeluarkan. Dia memandang wajah itu.
“Eii, kau ni. Macam mana nenek aku boleh suka dekat kau ni, hah?”Gambar wajah itu jentik-jentik dengan jarinya. “Ambik, kau!Ambik kau! Degil. Sibuk aje muncul. Cekik karang!” Irfan Faris membuang rasa marahnya pada gambar yang tidak bernyawa itu. “Eii, kau ni.Senyum-senyum. Aku tengah tension nilah. Tolonglah faham.” Irfan Faris kembali marah pada gambar Irsya Natasya yang tersenyum di dalam gambar.
“Eii, aku ni macam bongok aje marah kat gambar ni. Entah apa-apa. Ah, lantaklah. Janji aku puas hati!”Gambar itu kembali disimpan ke dalam kocek. Takut juga jika hilang.
Argghh…Geramnya!” Irfan Faris masih meluah rasa yang terbuku. Hatinya masih terasa panas bersisa. Kepala otaknya juga sedang mengalami tekanan yang parah.
“Baik aku tidur!” Irfan Faris membuat keputusan. Namun, baru seketika dia berbaring dia duduk semula. Dia mengeluh. Matanya tidak mahu lelap. Otaknya masih melayang memikir permintaan nenek yang nyata menjadikan dia mangsa keadaan. Terdera hati dan perasaannya kerana permintaan nenek. Kalau nak buat laporan atas kes dera boleh tak? Poyo kan?
“Okey Irfan. Tenang..Tenang..Kau mesti kena cari jalan untuk lari dari masalah ni.” Irfan kini duduk menenangkan diri di atas katil.
“Okey..Jangan fikir. Buat tak tahu aje ya Irfan Faris.” Irfan Faris kini bermain games PS3nya. Dia terleka kerana asyik bermain. Okey.. Hilang sedikit fikiran berkecamuknya.
Sampai waktunya azan maghrib berkumandang, dia bersembahyang dan kemudian membaca Yassin. Sampai waktunya, Nek Kalsum memanggilnya turun untuk makan malam.
Di meja makan, sambil menikmati hidangan Nek Kalsum kembali menimbulkan cerita gadis pilihannya itu. Hai la nenek ni. Nama budak tu lagi yang disebut.
“Irfan nak tahu tak, masa majlis berendoi tu Irfan dengan si Sya tu memang comel sangat. Kulit Irfan putih, tapi si Sya tu gelap sikit. Tapi sekarang ni, nenek tengok Sya tu pun dah putih. Comel aje mukanya.Irfan nak tahu tak Irfan. Masa majlis berendoi kamu tu, kamu memang baring sebelah si Sya tu. Comel aje tangan tu peluk si Sya. Sebab tulah arwah atuk cadangkan kamu ditunangkan. Yalah, kecil-kecil lagi kamu dah gatal peluk anak dara orang.” Cerita Nek Kalsum sambil ketawa.
Irfan Faris mencebik. ‘Ya aje cerita nenek ni. Macam tokok-tambah aje. Lagipun masa kecil, apa nak hairan. Tak ada feeling pun. Tulah..Siapa suruh tak bedung tangan ni. Sekarang ni nak buat isu pulak. Nonsense! Eii, tak sukanya!’ Irfan Faris terus menikmati makan malamnya tanpa bersuara. Hanya hati tempat berkata-kata.
“Irfan. Kamu dengar tak nenek cerita ni?”
Irfan Faris hanya menjongket bahu. Malas melayan. Hanya kerana itu, lengannya dicubit Nek Kalsum.
“Apa ni nek? Cubit-cubit pulak. Sakitlah.”
“Kamu tulah. Nenek tengah cerita ni dengarlah. Buat tak tahu aje dia.”
“Irfan dengarlah nek.”
“Kalau betul dengar, cerita semula dekat nenek apa yang nenek cerita.”
“Pada zamam dahulu..di sebuah kampung…” Irfan Faris sengaja bermain-main kata.
“Kamu jangan nak main-main Irfan.”
“Okey, okey..Irfan cerita semula.” Irfan Faris kembali mengulang cerita. Ya..Sama macam cerita nenek. Dah jadi penglipur lara pula dia akan kisah pertunangannya sendiri.Wekk..Tak romantik langsung!
“Sekarang ni, dia dah jadi hero nenek. So, nenek nak Irfan balas jasa dia. Nenek nak Irfan jaga dan sayang dia, macam mana nenek jaga dan sayang Irfan. Faham tu.”
‘Eiii, aku pulak yang nak kena bertanggungjawab. Tak adil betul.’ Irfan Faris mengomel di hati.
“Dengar tak ni?” soal Nek Kalsum.
“Dengar nek. Faham. Nenek suruh Irfan jaga dia dan sayang dia sepertimana nenek jaga Irfan dan sayang Irfan.”
“Tau tak apa.”
“Okey, nek, ma.  Irfan nak masuk bilik dulu. Nak sambung main games.” Ujar Irfan Faris setelah selesai makan. Dia malas untuk terus berlama-lama di situ. Nanti lagi panjang cerita neneknya.
Games aje tak sudah. Haa..Jangan lupa fikirkan si Sya tu. Dia tu tunang kamu.”
‘Tunang? Huh, tak ada maknanya. Malas aku nak fikirkan budak tu. Sibuk aje hadirkan diri dalam hidup aku. Sah-sah dia tu tunang yang aku tak diiktiraf di hati dan sanubari.’
“Dengar ke tak nenek cakap tu, Irfan?” soal mamanya.
“Dengar Ma. Nenek suruh fikirkan si Sya tu sebab dia tu tunang Irfan masa kecil-kecil yang Irfan dah peluk, cium sayang semua tu.”Irfan Faris menjawab acuh tak acuh. Dia segera meniti anak tangga menuju ke biliknya.
Irfan kini berada di dalam bilik. Dia kembali bermain game PS3nya. Malas memikirkan apa yang diperkatakan neneknya tadi. Selepas bermain PS3, dia berbaring di katil.
“Nak tidur, tapi tak boleh tidur pulak.Aduhaiii..Nak buat macam mana ni? Hmm..Aku tahu macam mana nak buat aku senang tidur. Buka lagu klasik nenek. Yupp..Cantik punya idea. Confirm aku boleh lelap dengan lena bila dengar lagu nenek yang mendayu-dayu tu. Okey. Tapi sebelum tu, sembahyang Isyak dulu.”
Tika jam menghampiri 2.22 pagi, mata Irfan Faris baru rasa ingin terlelap. Pintu biliknya tiba-tiba diketuk dari luar.
“Alah, siapa pulak ni. Baru aje nak terlelap?” Irfan Faris sedikit marah.
“Irfannn…”Kedengaran satu suara memanggil dari luar.
“Nak apa nek? Irfan nak tidurlah nek.” Irfan Faris menjawab jua dalam suara malas. Baru nak terlelap ada pula yang datang menganggu. Dahlah susah nak tidur.
“Irfan..Bukalah pintu. Nenek takut ni.”
Terkejut juga Irfan Faris mendengar. Nenek takut apa? Dia segera bangun dan membuka pintu.
            “Nenek takut. Tadi nenek mimpi.” Nek Kalsum mengadu.
            “Nenek mimpi apa? Dah..Dah jom. Irfan teman nenek dekat bilik.” Irfan Faris kini melangkah menuju ke bilik neneknya sambil memimpin tangan wanita tua itu.
            “Nenek takut..”
            “Nenek takut apa? Cuba cerita dekat Irfan nenek mimpi apa?” Irfan memujuk. Memang kadang-kala memujuk neneknya sepert memujuk budak kecil. Itulah lumrah.
            “Nenek mimpi Irfan lari masa majlis pernikahan Irfan dengan Sya.”
            “Laa nenek ni. Tu kan mimpi aje.”
            “Tapi nenek takut. Nanti Irfan lari majlis pernikahan dengan Sya.”
            “Taklah nek. Nenek selalu cerita apa yang mimpi tu akan berlaku sebaliknya. Haa..maknanya kalau nenek mimpi Irfan lari dari pernikahan tu, maknanya yang realitinya mestilah tidak.”
            Nek Kalsum mengangguk.
            “Dah..Dah..Nenek tidur ya. Irfan pun dah ngatuk ni.”
            “Irfan janji kahwin dengan Sya ya.”
            ‘Aii, nenek ni. Sempat lagi nak mengingatkan. Entah-entah ni semua lakonan dia aje.’
            “In Shaa Allah nek. Dah..Nenek tidur ya. Irfan pun dah ngantuk ni. Irfan tak dodoikan nenek tau.”
            Nek Kalsum mengangguk.
            Irfan Faris sempat menyalami dan mencium tangan neneknya. Juga diberi kucupan di pipi neneknya. “Okey, nek. Selamat malam.”
            Irfan Faris kini kembali ke bilik. Ingin kembali dilelapkan mata berteman lagu klasik nenek yang mendayu-dayu, namun, nyata tidak boleh. Matanya tidak mahu lelap. “Alaa..Bila nak lelap mata ni? Kalau nenek tak kacau tadi, aku dah lena sekarang ni.”
            “Ish, dada ni pulak berdebar-debar kenapa?” Irfan Faris kini melekapkan tangan ke dada. Dia akhirnya baru terperasankan sesuatu di koceknya.Lalu ia mengambilnya keluar.
            “Laa..Sejak petang tadi gambar ni ada dalam kocek aku ke? Eii, apa ni dok dekat-dekat dengan hati aku. Patutlah dada aku berdebar aje. Sibuk ajelah kau ni. Sajelah tu biar aku suka kat kau. Jangan harap!” Gambar itu kemudian dicampak ke sisi. Padahal sendiri yang letak, tak pasal-pasal orang lain yang dipersalahkan.