Monday, 18 March 2013

Cerpen - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum




SEKEPING kad jemputan di terima atas nama Irfan Faris dan isteri. Setelah membacanya, Irfan Faris menyerahkan kad itu kepada isterinya.
Irsya Natasya menerima dan membuka lantas membaca siapa gerangan pasangan pengantin yang mengundang mereka untuk meraikan hari bahagia sebuah perkahwinan.- Ain Marsha binti Tajul dan Akif Rayyan bin Kamal.
Hoho…Betul ke ni. Irsya Natasya memandang suaminya.“Bang, ni Marsha ex-girlfriend abang ek.”

Irfan Faris mengangguk. “Akif Rayyan tu, orang yang sayang minat tu ea.”
“Maybelah. Kalau tengok nama penuh dan nama bapaknya, rasanya memang dia lah.”
“Nak pergi ke?” tanya Irfan Faris.
“Pergilah. Nanti abang ada chance nak melepas rindu kat ex-girlfriend abang tu.”
“Eleh. Dah  jadi bini orang buat apa.”
“Poyo je ayat. “

*****
“BANG, tu ke Marsha?” soal Irsya Natasya tatkala melihat wajah pengantin perempuan yang cantik paras rupanya.
“A’ah.”
“Cun rupanya ex-girlfriend abang tu ek. Dah dapat melepas rindulah ni ek? Lepas ni dah tak boleh rindu dia lagi tau.”
“Ewah, ayat. Dia tu apa kurangnya. Dapat melepas rindu juga kat orang tu, kan.”
“Sayang  tak rindu dia pun. Tak terfikir pun nak rindu kat dia tu, kut.”
“Iyelah, tu. Cakap je lah. Abang tak jealouslah.”
“Iyolah tu tak jealous. Muka abang tu, sayang boleh kenal tau. Memang muka jealous. Cakap tak serupa bikin.”
“Hmm..Memanglah. Kita ni jealous sebab sayang dia tau.”
Irsya Natasya hanya tertawa. “Okey..okey. Hurmm..Tak sangka, kan bang. Ex-girlfriend abang, si Marsha tu dah kahwin dengan orang yang sayang pernah minat dulu, si Akif Rayyan tu. Jodoh dia orang ek.”
“Hmm…Macam kita jugalah. Tak sangka juga kita ni berjodoh bersama, kan cucu menantu Nek Kalsum.”
“Iyelah awak, cucu Nek Kalsum. Suka sangat panggil macam tu.”
“Rilekslah. Hobi. Karang panggil dia U…dot..dot..kang..marah.”
“Jangan nak ngada-ngada panggil macam tu. Lastik karang baru tahu. Dia tu G…dot..dot..”
“Iye..Iye..Tau.” Irfan Faris ketawa. Suka sangat dia menyakat isterinya itu.
Mereka kemudian berjalan beriringin sambil berpimpin tangan menuju ke arah pasangan pengantin itu, Ain Marsha dan Akif Rayyan. Ucapan tahniah di titipkan kepada mereka.

*****
 KINI, kisah mereka di jengah kembali….
“Irfan Faris? Irfan Faris tu siapa mak?”
“Tunang kaulah Sya. Kami tunangkan kamu masa kecil.” Bicara itu membuatkan Irsya Natasya terkejut. Mana  tak terkejut. Dia dah bertunang rupanya.Ish…Ish….Hm..Aku ingatkan aku ni berstatus single and available . Rupanya tidak. Kenapa selama ni aku tak tahu? Selamatlah aku ni belum jatuh cinta kat siapa-siapa lagi.
“Mak dah plan nak satukan kamu. Tarikhnya mak dah pilih. Hari lahir kau ikut bulan Islam. Hari Jumaat. Dua minggu lagi. Kita buat mana yang perlu je.”
“Hah.” Irsya Natasya terkejut. Ingatkan hanya nak beritahu mamat tu tunang aku, rupanya dah nak kena kahwin pulak. Dah tetap tarikh pulak tu. Ayoyo.
“Makkkk…Sya tak naklah, mak. Mak ni, memandai je. Kenapa tak pernah beritahu Sya pasal ni. Sekarang ni, tiba-tiba mak nak suruh Sya kahwin. Eii…Tak naklah.”
             “Alah, Sya. Barulah surprise. Kamukan anak mak yang paling sporting.”
“Mak  ni. Sejak bila pandai speaking orang putih ni. Memanglah surprise. Tapi selamatlah Sya ni takde sakit jantung. Kalau tak…hmm…Dah tergolek dah Sya sekarang ni. Mak cancellah planning mak ni. Tukar Sya dengan akak ke.” Irsya Natasya memberi cadangan yang tidak logik dek akal.
“Jangan bantah cakap mak kamu tu. Kami dua pihak dah setuju. Abah wali kamu. Wali Mujbir. Kamu tahu apa itu wali Mujbir. Kamu sekolah Agama sampai Darjah Khas, kan. Kamu mesti tahu. Abah ada hak.” Kata-kata ayahanda tercintanya itu seperti tidak mampu untuk dibantah. Ngee…
Wali Mujbir. Hmm..Memang aku tahu. Belajar kat mata pelajaran Munakahat.
Irsya Natasya membuat muka memprotes. Tapi, tak dilayan pun. Patutlah petang tadi Puan Kirana dan Nek Kalsum datang bertamu ke rumahnya. Rupanya, inilah agendanya. Nak menjalin ikatan murni rupanya.

*****
“IRSYA NATASYA? Siapa dia tu Ma?”
“Bakal isteri kamulah, Irfan. Dia pilihan nenek kamu.”  Laju bicara itu singgah ke pendengarannya.
“Hah? Apa?? Pilihan nenek?”
Puan Kirana mengangguk mengiyakan.
“Ma..Irfan tak sedia lagilah. Mama cakaplah dengan nenek. Ni tiba-tiba pula nak suruh kahwin. Irfan ni baru je balik Malaysia tau. Belum sempat nak usha-usha awek-awek kat luar tu. Dah nak kena kahwin. Mana aci, Ma. Tak naklah.” Irfan Faris membuat muka memprotes.
“Mana Mama tahu. Ni keputusan nenek.Kalau berani, cakaplah dengan nenek. Ni gambar bakal isteri kamu.”
Irfan Faris menerima juga huluran gambar tersebut. ‘Ni ke bakal isteri aku.’ Di belek-belek gambar tersebut. “Aahai. Klasik macam muka nenek je.’
“Alah, Ma. Irfan tak naklah. Mama cakaplah dengan nenek ea.”
“Pergi jelah cakap sendiri dengan nenek. Mama dengan Papa setuju kalau kamu menikah dengan Irsya ni.”
“Ma….” Irfan Faris merengek. Mengapa perjalanan hidupnya kini seperti sebuah cerita novel. Kena kahwin ala-ala paksa. Hmm…taulah dia suka baca novel. Aduhai…
“Dah.Tak payah nak ngada-ngada. Irsya ni budaknya baik. Sopan-santun.Kalau tak kerana dia, tak tahulah apa jadi kat nenek.”
“Apa yang dia dah buat?”Irfan Faris meminta jawapan mamanya. Ada perkara yang dia tidak tahu.
“Dia selamatkan nenek kamu dari peragut.Tapi, dia pula yang cedera.”Jelas  Puan Kirana.
Irfan Faris terdiam. Oh ..gitu ke. Tapi, apa kena mengenanya dia nak dikahwinkan dengan gadis itu, sedangkan abangnya Idham Faizal juga masih belum berkahwin. Nenek memang tak adil.“So, kiranya nenek suruh Irfan kahwin dengan dia sebab nak balas budi?Macam tu?”
“Bukanlah macam tu. Sebenarnya, dia tu memang tunang kamu.” Muncul suara lain menjawab persoalannya.
“Apa??”Lagilah dia terkejut dengan jawapan itu.“Tunang?”
“A’ah. Tunang kamu masih kecil.Tak sangka pula dia yang menolong nenek.Jadi, nenek plan nak satukan kamu berdua. Ingatkan hajat nenek ni tak tercapai, tapi…nampaknya dia akan jadi cucu menantu nenek juga.” Hajjah Kalsum meleret senyum. “Nenek nak kamu terima dia. Jangan cakap tak setuju. Nenek tak nak dengar.”Tegas suara itu menusuk pendengarannya.
Irfan Faris terdiam.Jika begitu bicara neneknya, maka terpaksalah dia bersetuju.Jika nenek kata A,maka A jugalah jadinya. Aduhai, nenek ni.

*****
“HARI INI mereka bertemu. Pertemuan yang pertama sebelum disatukan. Masing-masing memandang sesama sendiri tanpa meluah bicara secara zahir. Hatilah tempat berkata-kata.
‘Hai, macam blur je budak ni. Dia ni tunang aku. Aduhai…Malas betul nak percaya.’
‘Hmm…Kerek je dia ni. Tahulah belajar kat oversea. Aku ni setakat SPM je.Tengok gaya macam nak yang perfect je. Aku ni dahlah cincai-cincai je. Habislah. Memang kontra ni.’
            ‘Muka dahlah klasik. Hmm..agak-agak reti  ke dia nyanyi lagu Melayu klasik macam nenek.’
‘Dia ni ke bakal suami aku. Aduhai…Macam mana nak buat nama dia bertakhta di hati ni. Boleh ke? Kenapalah aku kena kahwin dengan dia ni. Keluarga dia je suka kat aku, dia ni aku rasa macam tak suka je.Kerek pula tu.’
“Awakkk….” Bicara mereka hampir serentak.Mata mereka bertentangan.
Irfan Faris menunjukkan isyarat tangan. “Ladies first.” Wajahnya serius walaupun bertindak gentlemen. Tangannya juga sengaja disilangkan ke dada. Tunjuk lagak sikit. Sengaja juga ingin melihat reaksi bakal isterinya.
‘Hmm…Memang kereklah dia ni.’ Tanpa banyak soal, Irsya Natasya terus bersuara. “Encik Irfan Faris ni sebenarnya sudi ke terima saya. Tengok muka macam tak sudi je. Family awak paksa ea.” Selamba juga Irsya Natasya meluahkan kata. Tidak dihirau wajah serius bakal suaminya itu.
Irfan Faris tiba-tiba rasa tergelak di hati. Dia terasa kelakar dengan bicara bakal isterinya itu. Hmm..Bunyi nadanya seperti dia juga dipaksa dan terpaksa. Rupanya senasib. “Taklah. Saya okey je.” Irfan Faris sengaja memberi jawapan begitu. Walhal sebenarnya dia juga terpaksa menerima kerana nenek.
“Ye ke, okey. Macam tak okey je saya tengok. Muka pun macam tak puas hati je. Baik awak terus terang je dengan saya. Boleh kita buat pakatan rahsia, protes majlis kita. Ada masa lagi ni.” Irsya Natasya memberi cadangan yang tidak masuk akal.
Sekali lagi Irfan Faris tergelak di hati.Nampaknya, bakal isterinya itu memang tidak suka untuk ada ikatan dengannya.Kelakarlah pulak.Siap nak buat pakatan rahsia dengan dirinya.Irfan Faris tetap menunjukkan lagak kerek dan serius.
“Awak kalau rasa taksetuju pun, buat-buatlah setuju. Saya malas dah nak bincang hal ni. Sayamalaslahnakgaduh-gaduhdengan nenek. Kita ikut ajelah. Apa susah.”
“Gitu ea….” Irsya Natasya menggaru kepala yang tidak gatal. “Aci ke macam tu. Tapi…kalau kita sama-sama terpaksa, macam mana pulak. Kita ni nak di satukan sebagai suami dan isteri tau. Bina keluarga sendiri.Tanggungjawab berkeluarga tu besar tau.So..takkan seumur hidup kita nak berlakon ala-ala mesra depan mereka. Taknak saya.”
“Memanglah. Awak ingat saya ni nak ke. Lepas kahwin, kita duduk rumah lain. So, no problem. Awak dengan cara awak dan saya dengan cara saya. Pastu, pandai-pandailah kita nak buat macam mana.Saya malaslah nak bincang hal ni lagi.Setuju atau tidak, kita tetap kena setuju.”Irfan Faris menekan suara.Dia serius, dan bukan main-main. Dia terus tersandar di kerusi dengan gaya kereknya. Pandangan matanya jatuh pada Irsya Natasya yang masih berfikir.“Dah..Tak payah fikir-fikir lagi.”
‘Ish, kalau macam nilah gayanya, aku macam terpaksa terima jugak je. Apalah dia ni. Tak boleh jadi ‘geng’ betul.Macam mana ni. Aku tak nak….’
“Kalau awak cakap tak nak sekalipun, percayalah cakap saya. Mereka akan tetap paksa kita. Baik tak payah cari pasal.”
‘Ish..dia ni. Dengar ke bicara hati aku. Sibuk je.’

*****
SUDAH seminggu mereka mengikat pertalian sebagai suami dan isteri. Namun, perjalanan rumah tangga mereka tidak seperti pasangan lain. Masing-masing berbuat hal sendiri. Makan, menonton televisyen,  malah tidur juga tidak bersama. Di mana ada Irfan Faris, pasti tiada Irsya Natasya.Begitu juga sebaliknya.
Sebenarnya, Irfan Faris yang menetapkan syarat begitu.Mahu tak mahu, di ikut sahaja.
‘Hmm..Boringnya macam ni. Nama je dah kahwin, tapi hidup sorang-sorang gak. Pelik aku tengok dia ni. Kata hari tu, dia dengan cara dia, aku dengan cara aku. Tapi sekarang ni, boleh pulak dia buat syarat. Di mana ada dia,aku takboleh ada kat situ.Aduhh..Apa jenis syaratlah.  Time cerita Korea aku nak tengok, time tu dia kat depan TV tu. Mana aci.  Kat bilik aku mana ada TV. Ngelat. Tak aci..Tak aci…’ Irsya Natasya hanya mampu memprotes kata di dalam hati.
Suatu hari…
Irfan Faris sempat mencuri jeling Irsya Natasya dan begitu juga sebaliknya.Tetapi, masing-masing mengunci bicara.Hanya hati menjadi tempat bicara.
‘Hai, suami aku ni. Macamlah aku tak perasan dia jeling-jeling aku. Dia ni nak apa sebenarnya. Kalau nak apa-apa cakaplah.Tulah.Siapa suruh buat syarat bukan-bukan.Sekarang, menyusahkan diri sendiri.Aku ni tak heran pun kalau dia nak langgar syarat yang dia dah buat tu.Takde faedahnya pun.Dia je yang beriya. Aku ni ikut je. Takdenya aku nak bawak kes sampai ke mahkamah.Tak kuasa aku.Tengok muka pun semacam je.Kerek betul.Tapi, sibuk nak jeling-jeling.Apa daa…. ’
‘Hai, isteri aku ni. Bila dia nak masuk bilik ni. Duduk kat dapur tu ada apa. Aku dahlah kehausan nak minum air ni.Nak makan ubat lagi.Fuhh…Takkan aku nak pergi dapur tu. Nanti melanggarsyarat pulak. Pulak tu aku yang buat syarat tu.Habis maruah aku.’
‘Dia tu macam tak sihat je. Karang, jadi apa-apa lagi susah. Takpelah.Sesekali aku kena berdepan juga dengan dia. Dia tu suami. Dia nak cakap apa..cakaplah. Kalau aku ni dikatakan melanggar syarat yang dia buat, aku tak kisah pun. Bukannya kena bayar denda pun.’Irsya Natasya akhirnya pergi membawakan minuman untuk Irfan Faris.
“Assalamualaikum..Sorry langgar syarat awak jap. Saya datang nak hantar air.” Irsya Natasya sudah berada di belakang Irfan Faris.
Irfan Faris menoleh.Dia berdiam diri.Sebenarnya dia terkejut.Selamba sahaja Irsya Natasya melanggar syaratnya. ‘Aii, budak ni. Selamba je. Hmm..Memang  degil dia ni.’
Irsya Natasya kemudian menghidangkan air tersebut untuk Irfan Faris.“Kalau perlukan apa-apa, beritahu je.”Ujar Irsya Natasya tanpa memandang wajah suaminya itu.
Irfan Faris terasa hatinya berdebar.Pulak dah. Ni kenapa pulak ‘My Heart’ ni? Nak jatuh cinta ke apa?Namun dia masih berlagak ego.“Siapa suruh buat. Tak suruh pun.” Tekan suaranya.Dia terus berpura-pura menyelak akhbar di tangan.Walhal dalam pada itu, dia mencuri jeling isterinya itu.
Irsya Natasya mengetap bibir.Berdesing juga kata-kata itu di cuping telinganya.“Kalau sudi nak minum, minumlah.Kalau tak…takpe.Biarkan aje.”Suaranya agak mendatar.Dia terus melangkah pergi. ‘Ceh..bukan nak berterima kasih.’
‘Alamak, hai. Mulut aku ni. Apa daa…Orang tu dah baik buatkan air, dia pulak jahat mulut nak bercakap.’Irfan Faris menyalahkan keterlanjuran bicara mulutnya.Rasa nak minta maaf. Tapi…
Irfan Faris menggaru kepala. Kemudian tersandar di sofa.‘Hmm…Boringnya hidup macam ni. Dia tu okey je aku tengok.Tapi, kenapalah aku ni yang ting..tong..Letak syarat ntah apa-apa. Tu tak boleh..Ni tak boleh.Last-last, menyusahkan aku jugak.Dia pulak selamba je. Tak kata apa pun. Kalau aku tarik balik syarat yang aku dah buat, macam mana ek.’
Air yang di hidangkan, tidak di sentuh sama sekali.
Irsya Natasya sebenarnya hanya memerhatikan tingkan Irfan Faris.“Hmm…Orang yang pentingkan ego, macam tulah jadinya.’Dia hanya mampu menggeleng kepala.Dia kemudian terus naik ke bilik.

*****
KEESOKAN HARINYA….Hari cuti…

Ala payunglah payung,
Ketipang payung,
Payung sutera nak raja muda,
Ala tolonglah tolong,
Cik abang tolong
Janganlah marah pada adinda…

Irsya Natasya memasak sambil bernyanyi. Dia dah terbiasa kerana kalau di rumah keluarganya, dia memasak bertemankan lagu-lagu yang ke udara di stesen radio Klasik Nasional. Orang lama kata, tak baik bernyanyi sambil memasak. Katanya, kalau anak dara nanti kahwin orang tua. Hmm.. Ye ke..Boleh percaya ke…Tapi, aku ni tak pulak kahwin dengan orang tua. Eh…Lupa pulak. Laki aku tua dua tahun dari aku. Tualah juga tu, kan.
Irfan Faris kebetulan melintasi pintu dapur. Tanpa sengaja dia mendengar suara Irsya Natasya bernyanyi. Dia kemudian mengintai.Bibirnya meleret senyum.Suka pula dia mendengarnya.Selalunya dia tidak mendengar nyanyian Irsya Natasya kerana pergi bekerja. Namun, kebetulan hari ini hari cuti. Maka, barulah dia tahu kelebihan isterinya itu.‘Hmm…memang ada bakat macam nenek juga.Patutlah nenek sayang.’
Irsya Natasya yang kebetulan berpusing tubuh, terkejut sama sekali apabila melihat Irfan Faris berada di muka pintu.Dan..dan dia melatah. “Fuhh..Terkejut aku.Apa encik Faris ni. Tiba-tiba je muncul.”
“Itu pun nak melatah.Memang macam nenek.”Irfan Faris menjawab dengan muka poyo.Lagaknya serius.
“Sibuk je.Biarlah orang nak melatah ke tak? Awak ada ke bakat melatah..melatah ni.Jealouslah tu.”Irsya Natasya beloyar buruk.Nadanya seperti marah.
Irfan Faris sudah tergelak di dalam hati.Tidak tahan sebenarnya mendengar lawak Irsya.‘Ada ke dia kata aku jealous sebab takde bakat melatah. Memanglah Irsya ni. Marah….tapi buat lawak bodoh pulak tu.’
“Ni kenapa tiba-tiba muncul ni. Bukan ke…”Irsya memandang Irfan Faris.Terkejut juga apabila lelaki itu tiba-tiba muncul di dapur. Takkan dah terlupa syarat sendiri.
Irfan Faris memekakkan telinga.Sengaja berbuat tidak endah.Dia tahu apa yang ingin dikatakan Irsya. Dia mencover dirinya.Wajahnya serius sahaja.“Ni emergency kes.Saya nak air masak.Nak minum ubat.Air saya kat atas dah habis. Sorry terpaksa langgar syarat jap. Saya tak tahu pun awak ada kat dapur ni.”Selamba bicara Irfan Faris mencover dirinya. Kalau ikutkan, dia sudah kalah. Namun, mujur dia bijak bermain alasan.
“Hmm..Okey.”Irsya Natasya tidak kisah.Di malas nak ambil ‘port’ tentang syarat-syarat yang ditetapkan sendiri oleh suaminya itu. Takde faedah pun.
Dalam pada itu, sempat juga Irfan Faris memanjangkan lehermelihat apa yang di masak Irsya. “Awak masak apa ni. Hodoh je tengok. Reti masak ke tak ni?”Perlinya tajam.

Nada suara itu membuatkan rasa kurang senang di pendengaran Irsya Natasya.Geram pula dengan bicara lelaki itu.Eii..dia ni.“Cakap baik-baik sikit ea, encik Irfan Faris.Jangan tengok pada rupa.Rasalah.Baru tahu.”
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya.Selamba juga dia mencuba.Itulah kali pertama dia merasa masakan Irsya Natasya. Part syarat, dia memang tidak meletakkan syarat dia tidak boleh makan makanan yang di masak isterinya itu. Hmm..kira acilah tu.
“Rasa apa ni. Tawar semacam je?” Komen Irfan Faris.
“Kurangkan garam dalam makanan. Kan bagus tu.”
“Takde rasalah macam tu. Awak ni masak ikut tekak awak je. Ikutlah tekak saya nijuga.Saya ni ada tekak juga tau.”Dia sebenarnya terlupa pada janji yang di buat pada diri sendiri.Janjinya, dia tidak mahu ‘rapat’ dengan isterinya itu.Dia sengaja ingin keraskan hati sendiri, walhal di dalam hati bukan begitu niatnya.Dia sengaja ingin tunjuk ego.Tapi, entah mengapa hari ini dia telah ter’langgar’ janjinya sendiri.Eleh.Dia  Isteri aku. Aku punya sukalah,kan.
“Habis tu, tekak encik Irfan Faris takde kat dapur ni. Macam mana nak suruh rasa. Lagipun…tekak encik Irfan Fariskan lebih suka makanan kat luar sana.Masakan saya ni kan, encik Faris tak suka.Kalau rasa nak makan..makan. Taknak makan sudah. Saya tak kisah pun.” Irsya Natasya sengaja memerli.Selama mereka ada ikatan, memang Irfan Faris tidak langsung merasa masakannya. Bukan dia tidak memasak, tetapi lelaki itu selalu sahaja tidak mengendahkan apa yang telah di sediakan. Akhirnya, dia akan makan sendiri.
 ‘Alahai dia ni…Apa daa..Merajuk ke? Aku baru je nak test buat lawak. Dia pulak terasa hati. Hmm…Aku ni kurang berbakat rupanya. Tapi kalau dia buat lawak, aku ni senyum je dalam hati tau.’
Irfan Faris tetap mencover lagaknya.Mukanya serius.“Ada ke macam tu layan suami.”Ditenungnya wajah Irsya Natasya.“Awak ingat ea. Walaupun kita ni tak mesra, saya nak awak tetap hormatkan saya sebagai suami.Faham!”Tegas suara itu kedengaran.Dia  terus berlalu pergi.
Irsya Natasya terdiam.‘Poyo je ayat tu. Dia yang mulakan, aku pula yang dia soundnya.’Nafasnya terhembus kasar.Hatinya terasa panas dengan bicara dan tingkah suaminya itu.‘Pergilah sana merajuk.Ada aku kisah.Merajuk ke..ego ke…Lantaklah.’ Bisik hati Irsya Natasya.
Irfan Faris terbaring di sofa.‘Aduhai…mulut aku ni. Kenapalah degil sangat.Kan dah rugi.Kalau tak boleh aku makan. Perut dah rasa lapar pulak tu. Nak keluar, takde mood. Haishh… Dahlah sakit kepala ni.Aku ni rasa nak minta maaf dengan dia, tapi…Hurmm..Baik aku olok-olok sakit. Untung-untung dia kesian kat aku.
Sementara itu…
Irsya Natasya duduk termenung.Dia terfikir sendiri.Dia rasa bersalah. Walau apa pun, Irfan Faris adalah suaminya.Dia sebenarnya, tidak mahu mengasari lelaki itu.Sememangnya, lelaki itu harus di hormati. Tetapi, cara lelaki itu membuatkan hatinya sukar menerima.Sebenarnya, dia agak pelik dengan ‘angin’ Irfan Faris hari ini.Dia merasakan, lelaki itu cuba mendekatinya, namun masih dikuasai rasa ego.
‘Apalah dia ni. Dia tu memang ego je lebih.Macam aku tak tahu dia tu boring..tension. Hmm…Aku ada pun dia buat macam tunggul je. Aku tahulah dia kahwin dengan aku terpaksa.Dulu aku ajak berkomplot, tak nak.Sekarang, letak syarat entah apa-apa.Itulah, inilah.Tapi, dia juga langgar syarat. Apa daa…Cakap tak serupa bikin.’
Irsya Natasya menjengah ke ruang tamu.
“Dia ni sakit betul ke?” bisik hati Irsya Natasya apabila melihat Irfan Faris yang tidur di sofa ruang tamu. Selamba juga dia meletakkan telapak tangannya di dahi Irfan Faris.Panaslah juga. ‘Demam rupanya dia ni. Hmm…Kesian…’
‘Aii..Dia ni. Dia ni suami aku ke? Hurmm…Bila tengok lama-lama macam ni, memang aku boleh jatuh cinta kut. Sweet juga mukanya. Tapi satu je aku tak suka dia ni. Perangai tu ntah apa-apa. Kerek.Ego…Haish…Cucu Nek Kalsum ni.Tapi, aku ni pun perangai ntah apa-apa jugakan. Hihi…Pandai cakap orang je.’
Irfan Faris yang olok-olok tidur melayan bicara hati sendiri. ‘Hai, isteri aku ni. Takde hati ke nak kejutkan aku. Ajak makan ke? Perut aku dah lapar ni. Penat dah aku menahan mata ni. Hmm..Takde pulak dia nak pegang-pegang pipiaku ni ke. Tangan ke…Gosok-gosoklah sikit. Cubalah ambil kesempatan kat aku yang bergelar suami ni. Haishhh.. Memang langsug takde perasaan kat aku ke dia ni. Adohaii…’
“Awak…” Panggil Irsya Natasya lembut. Cehh…Gaya isteri yang comel.
Irfan Faris terus mampu membuka mataperlahan-lahan. ‘Yess..Akhirnya. Menjadi trick aku. Perutku sudah lapar ni. Boleh makan. Hihi… Hmm..Cover mata sikit. Biar kuyu je. Barulah macam orang sakit.’  Dia ketawa dalam hati.
“Awak okey tak ni. Hmm…Awak tak makan lagi, kan.”
Irfan Faris menggeleng tanpa suara. Gaya macam orang sakit dah bertahun.
“Awak makan dulu. Nanti, baru makan ubat tau. Awak demam ni.”
Irfan Faris mengangguk perlahan. Ala-ala tak bermaya. Dalam hatinya sudah tersenyum. Hihi..Baik rupanya isteri aku ni. Ni yang nak mula sayang ni. Dup..Dap..Dup..Dap.. pulak jantung aku ni. Poyo je, kan.

*****
SUATU HARI….
Irfan Faris memberi isyarat tangan meminta Irsya Natasya duduk di hadapannya.Hmm..Bermusyawarah jap antara suami isteri.
“Ada perkara yang saya nak cakap dengan awak.” Tubuh itu  tersandar di sofa. Riak wajah itu serius dan kerek. Memang itulah gayanya.
Irsya memandang Irfan meminta jawapan.
“Mulai hari ni, semua syarat yang dibuat di dalam rumah ini akan dibatalkan.”
“Hah? Kenapa?” soal Irsya Natasya agak terkejut.‘Aii…tetiba je.’
“Jangan tanya sebab apa. Saya malas nak explain.”Irfan Faris terus selamba menonton televisyen.
 ‘Hmm..Tulah.Buat syarat ntah apa-apa.Last-last, tarik balik juga.Apa daa… Dah kalahlah tu. Sebelum ni beriya sangat. Ingat aku heran ke dengan syarat dia tu. Ingat aku ni nak ke bermanja-manja dengan dia. Tengok oranglah. Taulah dia hensem, tapi takde bakat melatah macam aku. Haha..Takde kaitan pun, kan.’ Irsya Natasya tersenyum sendiri.
“Kenapa senyum?”
“Senyum tanda setuju.”Jawab Irsya Natasya selamba.
Irfan Faris membalas senyum.Memang dia ada sebab menarik balik syaratnya.
“Dah. Pergi sana buat air. Jangan manis sangat ea.”Arah Irfan Faris dengan suara tegas.
Irsya Natasya memandang.‘Ceh…Nak bermaharajela rupanya. Oh..tidak…’

*****
IRFAN FARIS kini sudah duduk bersebelahan dengan Irsya Natasya.Sengaja dia duduk menghimpit isterinya itu.Sejak membatalkan syarat yang di buat, suka pula dia mengusik dan bermanja dengan isterinya itu.Irsya Natasya pula jadi tidak suka.Tapi, dia sering menjadi mangsa.
‘Rupanya, inilah sebab dia batalkan syarat tu. Hmm..Kalau aku tahu, aku tak setuju syarat tu dibatalkan.’
Irsya Natasya terasa darahnya mengalir ke muka.Panas. Perghh..Dia tidak selesa apabila detak jantungnya semakin kuat berdetak. “Eii, apa ni duduk himpit-himpit ni. Ruang sana kan banyak lagi.” Marah Irsya Natasya.
“Rilekslah.Itu pun takut ke?Bukan buat apa-apa pun.Selama ni, awak tak letak syarat pun yang saya tak boleh duduk himpit-himpit dengan awak, kan.“Selamba Irfan Faris memberi jawapan sambil menyelak-nyelak majalah Sport keluaran terbaru.
Kemudian, Irfan Faris mengambil pula kusyen kecil dan meletakkan di atas riba isterinya itu.Belum sempat Irsya Natasya bangkit dari duduknya, Irfan Faris telah pun baring di atasnya.Terkaku Irsya Natasya seketika.
“Encik Irfan Faris ni dah kenapa?”
“Kenapa apanya?Tak boleh ke?Selama ni awak tak letak pun syarat yang saya tak boleh baring atas kusyen yang ada atas riba awak. So, awak nak cakap apa?”
“Eii….Awak ni. Saya cekik-cekik karang baru tahu.”Irsya Natasya menahan marah hatinya.
“Awak nak jadi Vampire ke?”
Irsya Natasya bengang.Sebenarnya, boleh sahaja dia bangun serta merta dan membiarkan suaminya itu tergolek ke lantai.Tetapi, dia sedar.Tidak baik dia berbuat begitu.Dia masih punya hati.Dia sendiri tidak mengerti perasaan hatinya pada suaminya itu.Sejak Irfan Faris mula bermanja-manja dengannya, dia pula terasa takut.Dia berusaha menolak takdir hatinya.Hatinya sengaja di keraskan.Jika dahulu Irfan Faris begitu, kini dia pulak. Hmm..Dah terbalik kut pulak.
Irsya Natasya terpaksa duduk menjadi seperti robot yang tidak punya perasaan.Irfan Faris pula hanya menguntum senyum.Happy.Bahagia.
“Saya dah ngantuk ni. Awak tak nak nyanyikan lagu dodoi untuk saya ke?Selalu saya dengar awak nyanyi kat dapur. Lagu ‘Ala Payung’ tu. Best je. Hmm..Masasaya kecil, nenek selalu nyanyikan lagu dodoi untuk saya. Lagu Suriram. Awak mesti retikan.Awakkan macam nenek saya.Layan lagu klasik.”
Irsya Natasya  berdiam diri. ‘Ada ke dia samakan aku dengan nenek.Klasik…Klasik tak sudah.’
“Cepatlah nyanyi.Saya rasa nak dengar awak nyanyi sebelum tidur.Syok juga.”
Irsya Natasya hanya membisu.Dia mengetap bibir.Tidak ingin dia memenuhi permintaan suaminya itu.
“Awakkkk….” Panggil Irfan Faris manja dan menggoda.Tangannya sengaja bermain dengan rambut Irsya Natasya yang panjang mengurai.
Irsya Natasya menelan liur.Dup…Dap..Dup..Dap… Dadanya berdebar.‘Alahai…kenapa ni…’ Dia terus berbuat tidak tahu.Matanya tepatmemandang ke arah skrin televisyen yang sedang memancarakan siaran langsung bola sepak Liga Super.Tapi, sebenarnya fokusnya telah hilang.
 “Jantung awak dah dup.dap..dup..dap..ye?” soal Irfan Faris cuba membuat lawak. Dia tertawa comel.“Apa rancangan kita seterusnya?” tanya Irfan Faris tiba-tiba.
Irsya Natasya memandang wajah suaminya yang masih berada di atas ribanya.“Rancangan? Rancangan apa?” soal Irsya  Natasya.
“Awak tak nak ke kalau kita….”Irfan Faris mengenyit mata.
Zaappppppppp…Berderau jantung Irsya Natasya.Terus dia bangun membiarkan Irfan Faris jatuh tergolek ke lantai.
“Apa awak ni…Sakitlah,”ujar Irfan Faris seraya menggosok kepalanya yang terasa sakit.Selamat tak benjol.Kalau benjol, dah jadi macam ikan ‘FlowerHorn’ dah.Dia ketawa sendiri. ‘Apalah isteri aku ni. Bila aku start nak jadi suami mithali, dia pula main tarik tali. Sabar jelah.Cucu menantu nek Kalsumlah katakan.’

****
IRSYA NATASYA mengambil angin di ruang beranda rumahnya.
Tiba-tiba…
Sejuk…
“Eiiiii..Arghh…”Irsya Natasya sudah menjerit kuat.Dia telah melompat naik ke atas tembok batu di hadapannya.Dia terkejut apabila terasa tapak kakinya terasa sejuk.Dia geli.Ngeee.Terasa meremang bulu romanya. Eiiiii…Eiii…
“Kenapa? Kenapa?“Irfan Faris terus meluru keluar. Dia ingin melihat apa yang berlaku. Dia terkejut apabila mendengar jeritan isterinya itu.
“Tu…” Irsya Natasya menunding jari ke arah ulat gonggok yang sedang membulatkan diri di atas lantai.Dia geli.
“Laa.Ulat gonggok je. Ingatkan apa. Buat suspen je.“Terhambur juga tawa Irfan Faris melihat Irsya Natasya.“Takut ulat gonggok rupanya.Aduhai.Lawaknya.”Irfan Faris masih tergelak.
“Diamlah, encik Irfan Faris.Kalau awak ketawa lagi, siaplah awak. Awak nampak ni?” Irsya Natasya menunjukkan tangannya  yang  ingin  memberi  pelempang.
“E’eh. Ada hati nak lempang suami dia yang tak hensem ni. Wahai Puan Irsya Natasya yang berwajah klasik, cucuanda menantu nek Kalsum. Awak ni janganlah ganas sangat. Sopan-sopanlah sikit.Ni tidak.Dahlah panjat tembok.Pula tu nak lempang orang.Banyak cantik.Report kat nenek baru tahu.”
Irsya Natasya membuat muka.Bibirnya mencebik.
“Tengok tu.Buat muka macam tu pulak. Hmm…Poyo. Dah.Turun.”Arahnya.
“Ulat gonggok tu buanglah dulu.”Pinta Irsya Natasya.
“Aduhai…Ulat gonggok pun takut.”Akhirnya ulat gonggok itu di pindahkan keluar.“Kesian makhluk comel ni tau. Habis dah penyek badan dia awak pijak.”Ujar Irfan Faris lagi.Dia masih menguntum senyum.
“Apa senyum-senyum…” ujar Irsya Natasya tatkala melihat masih ada baki senyuman di bibir suaminya itu.Pasti lelaki itu masih mentertawakannya kerana takutkan ulat gonggok.
“Eleh..Orang nak senyum pun tak boleh.Orang punya sukalah.Ingat.Bahasa awak tu kena jaga.Dahlah takut ulat gonggok.”Irfan Faris memerli.
“Apa kena mengenanya.”
“Memang takde kena mengena pun. Saja je cakap, ye cucu menantu Nek Kalsum.”Irfan Faris menonong pergi.Hatinya ketawa gembira.
“Eii, awak…..” Irsya Natasya sudah menjerit geram.

****
“SELAMAT PAGI, cucu menantu Nek Kalsum….Masak breakfast apa hari ni?” suara Irfan Faris sudah menusuk ke pendengaran.Sengaja dia bergurau di awal pagi.
Irysa Natasya hanya mendiamkan diri.Dia tidak suka panggilan itu digunakan untuknya.Dia terus membuat kerja-kerjanya.Malas melayan kata, Irfan Faris.Pagi-pagi lagi sudah ingin membuatnya panas hati.
“Alahai, budak takut ulat gonggok ni. Merajuk rupanya.Tak genglah macam ni.”Irfan Faris masih dengan selorohnya.Dia kemudian ringan tangan membancuh air untuk sarapan pagi mereka.“Sorry Sya.Abang saje jelah nak gurau dengan Sya. Sya, kansporting.Takyahlah merajuk.”
“Hmmm…” Jawab Irsya Natasya antara ikhlas dan tidak.Pelik juga rasa di hati. Tiba-tiba sahaja Irfan Faris memanggil dirinya Sya dan dia pula membahasakan dirinya abang.Hmm…Okeylah tu. Macam comel je.Irsya Natasya menguntum senyum di hati.
“Sya…Abang nak minta tolong ni.” Suara lembut itu menggegarkan cuping telinga. Ia turut menggetarkan hatinya.“Sya pandai buat kek, kan?”soalnya.
Irsya Natasya  mengangguk.
“Esok kita buat kek sama-sama ea?”
“Kek untuk siapa?”
“Nenda Kalsumlah.”
“Birthday nenek ea?”
Irfan Faris mengangguk.
Irsya Natasya tersenyum. “Okey, boleh..boleh. No hal.”
“Hmm..memang baiklah cucu menantu Nek Kalsum ni.Tapi, tulah.Takut ulat gonggok.” Sempat juga Irfan Faris mengenakan isterinya itu.
“Dah ea. Jangan nak cari pasal.”
“Alah, takut ulat gonggok tapi pandai nyanyi lagu klasik.Okeylah tu.”
“Dah.Awak jangan nak mengarut yang bukan-bukan.Kalau tak siap awak.”Irsya Natasya menekan suara. Seakannya marah-marah sayang.

Natasya…Sya..Sya…
Natasya…
Natasya yang manis…
Aduhai Natasya sayang..
Makin marah bertambah manis….

Irfan Faris sengaja mencuri melodi lagu ‘Suriram’ untuk mengusik isterinya.Nampaknya, dia juga berbakat berlagu klasik. Jangan tak caya.Cucu Nek Kalsumlah katakan.
“Dah.Saya malas nak cari gaduh dengan awak.”

****
“SYA…Rasanya hari ni kita kena buat perubahan.”
“Perubahan apa pulak.”
“Mulai hari ni, abang nak Sya panggil abang…ABANG. Abang pula, panggil Sya..SAYANG.Amacam.”
Irsya Natasya terkejut.Dia menelan liur sendiri. ‘Gitu pulak dah.’
“Aa..aa…” ujar Irsya Natasya tergagap-gagap.
“Apa yang aa..aaa..ni. Aaa..aa..” Tempelak Irfan Faris.
Irsya Natasya menelan liur yang payau.Dia mengomel di dalam hati. Sebenarnya, bibirnya terasa sukar untuk memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘Abang’. Terasa keras sahaja lidahnya.Berdesing juga telinganya dengan bicara suaminya itu.
“En..cik.. Irfan….”
“Apa pulak encik Irfan ni.Kan abangdah kata. Panggil ‘Abang’. Abang nak Sya practise panggil abang. Esok nenek, mama dan papanak datang sini.So, abang nak Sya panggil abang, Abang. Awal kahwin hari tu kitakan gunakan awak saya je. So, sekarang ni kita up sikit. Hmm..Barulah nampak kita nimesra dan bahagia. Fahammm..”Irfan Faris membesarkan mata memandang isterinya itu.
“Alah. Tak payahlah nak besar-besarkan mata tu. Kecik juga nampaknya.Saya tak retilah. Lidah ni rasa keras je. Nak buat macam mana.”Irsya Natasya menggaru kepala. Hari ini dia terpaksa menghadap muka Irfan Faris yang hitam manisdan comel itu. Tak boring pun sebenarnya menghadap muka tu.Cuma…takut jatuh cinta pulak. Poyo je kan. Ada ke takut jatuh cinta kat suami sendiri.
“Cubalah lagi. Cuba lembutkan lidah tu. Bukannya susah pun.”
“Tu kata awak.Cuba awak.”
Irfan Faris menahan tawa di hati.Lawak isterinya ini.Dia kemudian menompang dagu dengan tangan sambil membuat muka comel memandang Irsya Natasya.Ala-ala menggoda gitu.
“Hai, sayang….Sayang, sayang abang tak?” Lembut, manja dan menggoda suara itu beralun ke pendengaran Irsya Natasya.  Perghh…Meruntun kalbu.Feelinghabis. Eiii…Seram…Dah dup..dap..dup..dap..dah jantung ni.
“Tengok.Senang je.Feelingtu.Cepat.Abang nak dengar sayang pulak.”
“Poyolah awak ni, encik Irfan. Gedik.Tak payahlah. Confirm nanti kalau dalam situasi memaksa, saya mesti boleh punya.”
“Jangan nak ngada-ngada.Testlah.”.
“Abang..”Ujar Irsya Natasya perlahan dan bunyinya seakan terpaksa.
“Apa tu. Tak feel langsung. Abang nak yang adafeel.Kalau tak, abang nak sayang ulang banyak kali.”Wajahnya bertukar serius. Namun sekadar  olok-olok.
“Ni bukan ujian lisanlah, awak.Saya dah test dah.Tak boleh.”
“Meh sini.”Irfan Faris memberi isyarat supaya mendekatinya.Irsya Natasya akur.Nak tak nak terpaksa juga.Sebenarnya, terpaksa dalam rela. Cehh…
“Cuba sayang cakap sambil pandang mata abang.”Saran Irfan Faris. Wajah isterinya itu di pandang tepat.
“Aii, macam tu ke? Takkan kat depanfamily awak nanti, saya kena tengok mata awak juga. Awak ni dah macam nak suruh saya goda awak je. Taknaklah.Karang, awak syok kat saya.”
Irfan Faris ketawa gembira.“Memang dah lama syok, dah. Sejak fisrt time lagi kita jumpa.”
“Iye ke?Bukan awak tak suka saya ke?”
“Siapa cakap?Abang tak pernah cakap pun abangtak suka kat sayang.Abang cuma kata tak suka sebab kita kena kahwin je masa tu, sebab, macam rasa terpaksa je.”
“Samalah tu.Awak rasa terpaksa, sebab tak suka saya. Sebab tu awak buat syarat pelik-pelik, kan.”
“Tak sama.Abang terpaksa, tapi hakikatnya abang sudi.”
“Terpaksa..tapi sudi. Macam mana tu?”
Irfan Faris menjongket bahu.“Dah. Tak payah tanya. Malas nak explain.”
“Poyo, awak ni.” Selamba Irsya Natasya menjentik hidung suaminya yang tak berapa mancung itu. Terasa indah tatkala ini bersama Irfan Faris. Mereka boleh bergurau mesra bersama.
Irfan Faris tersenyum. “Hmm…Sayang ni sama je macam nenek. Suka benar jentik hidung abang. Dulu, masa abang budak-budak, kalau abang tak nak mandi, nanti nenek jentik hidung ni. Sebab tulah agaknya hidung ni tak mancung.”Irfan Faris pula bercerita.Banyak juga cerita tentang nenek di kongsi.“Nenek memang garang, tapi… dia tak takut ulat gonggok macam sayang tau.”Sengaja juga dia mengenakan Irsya Natasya. Pastinya hal ulat gonggok yang menjadi sasarannya.
“Tengok tu.Suka sangat nak cari pasal.Dahlah, awak.Saya malas nak layan awak.”
“Tak layan hari ni…esok-esok boleh layan apa. Eh, sayang. Barang bilik sayang tu, kena pindah bilik abanglah.Karang esok terkantoi pulak dengan dia orang. Nanti kenabebel panjang. Meh.Kita kemas.”
“Esok jelah ea. Saya dah ngantuklah awak. Ni minta izin ni. Boleh kan?”
“Hmm..Okey. Tapi…Abang tidur bilik sayanglah macam ni. Amacam?” Irfan Faris menjongket kening. Saje je sebenarnya.
‘Err…Terasa seram je ayat tu aku dengar. Ngee…’ bisik Irsya Natasya di hati. Dia menggaru kepala.
“Meh, abang hantar gi bilik.” Romantik pula suara itu beralun.
‘Adohaii..seramnya….’
“Kenapa ek, dari awal kita tak macam ni. Kan best.” Ujar Irfan Faris sambil bermain dengan jari-jemari isterinya. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Eh, siapa yang start dulu. Bukan ke…cucu lelaki Nek Kalsum ke yang start dulu.”
“Cucu  lelaki Nek Kalsum ada dua tau. Haa..Yang mana satu. Jangan salah.”
“Cucu Nek Kalsum yang bernama Irfan Farislah. Siapa lagi. Letak syarat ntah apa-apa. Lepas tu tarik balik. Apa daa…poyo.”
“Apa poyo-poyo…Ubahlah jadi hensem ke? Kacak ke? Sedap sikit bunyinya.”
“Dahlah awak…Saya nak tidur.” Irsya Farisya memusingkan tubuh.
‘Baru je nak bemesra, dia pulak nak tidur. Apa daa..Takut ke apa?’ Irfan Faris tersenyum sendiri di dalam hati.
“Sya…abang, kan…”
“Abang sebenarnya….” Irfan Faris menoleh melihat Irsya di sisi. “Laa…dah tidur betul ke bini aku ni.” Dia memandang wajah itu dengan penuh perasaan kasih, sayang dan cinta di hati. “Selamat malam sayang.” Ucapnya. “ I love you.” Tiga kata itu hanya berdetik di hati.

*****
PAGI INI mereka mengemas.Dalam sibuk mengemas…
Irfan Faris teruja melihat sesuatu.‘Perghh..Berbakat rupanya isteri aku ni. Siap tulis I love U lagi.’ Kembang Hatinya.“Sya..Gambar abang ni, Sya yang lukis ke?”
Irsya Natasya hanya menjongket bahu.”Ntah.” Dia merasa segan dan malu. Gambar potret Irfan Faris yang di lukis itu telah terkantoi kepada empunya diri. Sebelum ini, gambar lelaki sengaja dia lukis untuk menghilangkan kebosanannya.
“Oh..Tak tahu ke? Hmm..Confirm  bukan ulat gonggok yang lukis, kan?” Tawa Irfan Faris sudah berderai.
Irsya Natasya memandang sambil membulatkan mata.Memang tak sudah-sudah lelaki itu mengenakannya.
“Okey..Okey…Tahu dah. Cucu menantu Nek Kalsum yang lukis.Thanks, yang. Abang suka.Gantung kat bilik kita ea.”Sempat dia mengenyit mata ke arah isterinya.Irsya Natasya tersenyum.
Irsya Natasya terus mengemas.Sebenarnya, tak banyak pun barangnya.Dalam sibuk dia mengemas pakaiannya di almari Irfan Faris, tanpa di sangka ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Ada sepucuk sampul suratbewarna biru atas nama Marsha terselit di situ.Hatinya memberontak untuk mengetahui isinya.Sempat di baca apa yang tercoret.Ada  baris kata yang merobek hatinya.
Sebak melanda hati Irsya Natasya. Segera di simpan surat itu ke tempat asalnya.Perasaan hatinya di tahan.Sedih dan kecewa. Dia kembali mencari mood ceria, memujuk hati sendiri.
Dalam masa yang sama, Irfan Faris masih di bilik Irsya Natasya. Dia sempat mencuri baca beberapa coretan diari isterinya itu.Tersenyum dia sendirian.Lawak.Namun, tangannya yang degil telah menjumpai sesuatu di sebalik balutan diari itu. Ia adalah sekeping gambar berukuran pasport.Gambar seorang lelaki.Level kehensemannya, okeylah.Macam Fizo Omar sekali pandang.Di belakang gambar itu, tertulis I love U, Akif Rayyan.
Serta serta wajahnya terasa panas.Ada bahang cemburu bernyala di hati.Gambar itu kemudian di simpan kembali ke tempat asalnya. Rupanya…Irsya Natasya cintakan orang lain. Dia mendengus kasar.

*****
IRSYA NATASYA  sudah menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek. Tiga biji telur bersaiz sederhana baru selesai dipecahkah dan di buangkan mata telurnya. Ia dituang ke dalam mangkuk pengadun.
Irfan Faris baru datang memunculkan diri di dapur. “Dah, sini abang putar. Awak sediakan yang lain tu.” Suara Irfan Faris sedikit menekan.Dia tidak dapat menahan rasa hati yang terpendam. Dalam mindanya bermain nama Akif Rayyan. ‘Siapa dia tu…Majestrit….Tukang sapu…Mat Despect…Siapa? Siapa?’
Irsya Natasya agak terkejut mendengar nada itu. Pelik. “Awakni kenapa?Tiba-tiba je macam takde mood..Datang bulan ea?”Irsya Natasya bergurau selamba.Luka di hati, di sembunyikan sedalamnya.
“Jangan nak loyar buruk pulak ea.”Ujar Irfan Faris tanpa memandang Irsya Natasya.Suis mixer dihidupkan. Power nombor 1 ditekan.  ‘Huh..Akif Rayyan. Sibuk je kau ni. Sibuk..Sibuk…Nah, ambik kau…Aku putar-putar muka kau dengan mixer ni…Padan muka..Padan muka kau.’Dia melepaskan rasa. Tangannya terus memutar telur dengan pengadun kuih kepada power yang lebih tinggi.
Baru selang beberapa minit, tangannya pantas mengambil tepung optimacoklat untuk di campur ke dalam telur yang masih belum kembang. Sepertinya dia ingin menyimbah wajah Akif Rayyan dengan tepung tersebut. Cemburunya pada lelaki itu membuak-buak ketika ini. Panas..Panas hatinya.
“Eh..awak.Jangan masukkan tepung dululah. Tunggulah telur tu kembang dulu.” Tegur Irsya Natasya apabila melihat tingkah Irfan Faris.
“Taulah.” Jawab  Irfan Faris. Suaranya tegang.
“Tau..Tau…Tapi dah masukkan jugak.Karang tak jadi, jangan salahkan saya. Semalam kata nak buat sama-sama, tapi sekarang ni macam reti pulak nak buat sorang.” Balas Irsya Natasya.
“Eleh, macam tak reti. Bukan susah pun.” Suara itu dapat di tangkap nadanya. Ia nada marah.
“Buatlah.Buat sampai siap.”Irsya Natasya memandang wajah Irfan Faris yang mencuka.Panas hatinya juga sudah menjalar melihat tingkah Irfan Faris. ‘Apa kes tiba-tiba nak marah. Semalam, manja lebih. Abang..Sayang..Abang..Sayang…tak sudah.’
Irsya Natasya kemudian mententeramkan diri sendiri. Sabar..Sabar…Panas hatinya juga cuba disejukkan kembali.Dalam keadaan seperti ini, pasti ada yang kena mengalah.Biarlah dia mengalah.
“Abang…” Panggilnya lembut.“Abang ada masalah ke? Kenapa Sya tengok hari ni, abang lain macam je. Abang marah Sya ke?”
Irfan Faris masih berdiam diri. Tajam anak matanya menjeling wajah Irsya Natasya. “Nah, sambung ni. Siapkan.” Ujarnya agak keras. Dia kemudian menonong pergi.
‘Pulak dah….’
“Apa ni bang…Keras semacam je.” Jerit Irsya Natasya.
‘Apa ke hal dia ni marah-marah. Patutnya aku ni yang marah dia. Siapa si Marsha tu?Sibuk je nama dia muncul time aku dah ada feeling kat suami aku tu. Eii….Geramnya.’
Irsya Natasya terpaksa menambah sebiji lagi telur supaya aduan tersebut tidak menjadi terlalu keras.‘Nah, ambik kau Marsha. Haha..Meh aku putar muka kau dengan mixer ni. Padan muka kau. Ambik..Ambik kau.” Irsya Natsaya mencampurkan bahan-bahan seterusnya. Ovellate, minyak masak, dan lain-lain.’ Aduan itu diputar kembali. ‘Huh, jap lagisiaplah kau. Aku bakar kau kat oven. Haha…Puas hati aku. Ambik kau..Ambik..’
Irsya Natasya kemudian sibuk menyediakan bahan untuk masakan istimewa hari itu. Tomyam sudah pastinya. Itulah masakan kegemaran Nek Kalsum.
Dia sedang menghiris bawang, namun fikirannya melayang. Nama Marsha masih sibuk menyinggah fikirannya. Marsha tiba-tiba dibayangkan sebagai bawang. “Padan muka kau Marsha.Aku cincang kau lumat-lumat. Ambik ni..Ambik…’
Tiba-tiba….
“Adoii..” Irsya Natasya segera menghisap jarinya yang terluka.
Irfan Faris sudah muncul di hadapannya. “Tulah. Berangankan Akif Rayyanlah tu. Padam muka.” Suara itu berdesing di telinga Irsya Natasya.
Irsya Natasya terdiam. ‘Akif Rayyan?’ Bagaimana Irfan boleh tahu pasal Akif Rayyan? Entah-entah sebab ni kut dia semacam je?’
“Siapa Akif Rayyan tu?” keras suara Irfan Faris meminta jawapan.
Irsya Natasya tidak memberi jawapan. Dia terus berlalu pergi membalut lukanya.’Eleh, sibuk je nak tahu siapa Akif Rayyan.Abis Marsha tu siapa? Huh…Malas nak layan.’
Rasa marah dan cemburu Irfan Faris berkobar di hati. Lebih-lebih lagi Irsya Natasya tidak menjawab pertanyaannya. Namun, baik juga hatinya mahu menolong menyambung kerja Irsya Natasya yang terbengkalai seketika. Tidak di pedulikan jari Irsya yang terluka. Bukannya cedera parah pun. Taulah dia ubat sendiri. “Tulah. Ingatkan Akif Rayyan siapa suruh.”
‘Akif Rayyan. Ambik kau..aku hempuk-hempukkau dengan anak lesung ni. Biar padan muka kau.’ Irfan Faris melepaskan rasa hati sambil mengetuk beberapa batang serai yang di pegangnya dengan anak lesung. Geram. Perasaan hatinya di luah kepada apa yang ada di tangannya.
“Awak ni kenapa? Jealous tak tentu pasal. Dia tu takde kena mengena dengan sayalah.” Irsya Natasya akhirnya membuka mulut membuat penjelasan setelah hadir semula ke dapur.
“Takde kena mengena konon. Abis tu gambar tu apa? Ada tulis I love U lagi. Lagi mahu tipu. Ingat ea. Abang ni suami Sya tau.”
“Sya tahulah. Memang abang suami Sya. Sya memang takde apa-apa hubungan pun dengan Akif tu. Dahlah. Sya pun dah tak ingat nama dia. Tetiba, abang pula yang sebut.”
“Tak yah tipulah. Sya cintakan dia, kan. Sebab tu Sya selalu nak elakkan diri dari abang,kan.”
“Mana ada.” Isrya Natasya menafikan kata-kata suaminya itu.
“Takyah menafikanlah Sya. Abang tak sangka Sya sanggup menduakan abang.” Tinggi suara Irfan Faris membuatkan Irsya Natasya tersentak.  Tohmahan itu terlalu berat untuknya.
Perasaan hatinya yang di sembunyikan juga sudah tidak mampu di tahan. “Kenapa abang cakap pasal Sya aje. Habis, Marsha tu siapa?” Akhirnya terkeluar juga nama itu dari mulutnya. Kini, biarlah buku bertemu dengan ruas. ‘Ambik, kau. Tadi aku tahan je kat hati.’
Irfan Faris terdiam.’Marsha?’ Kenapa Irsya boleh tahu pasal Marsha.’Dia terus senyap. Kerjanya terus di buat tanpa suara.
‘Tau pun senyap. Sibuk nak salahkan orang je. Tapi sendiri punya salah tak nampak.’
“Dah, pergi sana. Biar Sya sambung masak.” Ujar Irsya Natasya lantas merampas senduk di tangan Irfan Faris. Dia juga beremosi.
“Tak payah. Biarlah abang yang masak.”Suara itu sedikit kendur.
“Sinilah. Biar Sya yang buat.” Tegang suara Irsya Natasya.
“Tak payahlah.” Balas Irfan Faris lagi. “Biar abang je. Tak pun..meh kita masak sama-sama.” Irfan Faris cuba memujuk. Bicaranya jadi lembut sedikit. Dia cuba menutup kesalahannya sendiri.
“Tak nak pun.” Irsya Natasya akhirnya berlalu pergi. Dia menyiapkan topping untuk keknya.
“Mehlah. Abang nak buat juga.”Tiba-tiba Irfan Faris datang menyibuk.
“Sibuk je. Ni Sya punya kerjalah. Abangpergilah masak sana. Tadi sibuk sangat nak masak.”Melengking juga suara Irsya Natasya.
“Eleh, orang nak tolong pun tak kasi. Huh, buatlah sorang-sorang. Jangan cakap abang tak tolong pulak.”
“Memang Sya tak nak abang tolong pun. Pergilah sana. Sibuk je.” Irsya Natasya juga sudah di kuasai emosi.
‘Eii…Geramnya aku. Ni ambik kau Marsha. Ambik..Meh aku tenyeh-tenyeh muka kau dengan coklat cair ni. Padam muka hitam legam muka kau macam Popo kat kartun Dragon Ball.’ Kemarahannya pada Marsha di lepaskan pada kek yang di hias.
Mereka saling berpandangan.
“Apa tengok-tengok.” Marah Irfan Faris.
“Perasan. Siapa ntah tengok dia.” Balas Irsya Natasya.
“Eleh, Akif Rayyan. Tak ngaku.” Sambung Irfan Faris.
“Eleh, dia tu Marsha. Sibuk je.” Balas Irsya Natasya.
“Akif Rayyan.”
“Marsha."
“Akif Rayyan.”
“Marsha.”
“Huh.” Masing-masing melepaskan rasa marah yang terbuku di hati
Masing-masing memalingkan muka.
Mereka sama-sama perang dingin.

*****
“JANGAN buat muka kelat macam tu ea depan family abang. Kalau tak siap awak.”
“Taulah. Awak tu sama juga. Jangan cakap saya sorang je.”
“Dah…Apa-apa hal kita, sambung malam. Faham!” Irfan Faris memberi amaran. Kini, mereka perlu bekerjasama. Bekerjasama untuk memastikan tiada siapa yang dapat menghidu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.
Mama, Papa dan Nek Kalsum sudah sampai ke rumah mereka. Automatik hubungan mereka menjadi baik. Namun, ia hanya lakonan mereka. Dia hati mereka masih benanar rasa cemburu dan marah.
Ceria sahaja tingkah mereka menyambut kedatangan tetamu-tetamu penting itu. Sepertinya, mereka sememangnya mesra dan bahagia.
“Rindunya kat nenek. Happy birthday, nek.” Ujar mereka hampir serentak. Hajjah Kalsum memeluk cucu dan cucu menantunya itu.Kemudian mereka berbalas salam dan pelukan kepada Mama dan Papa.
Di kala menikmati hidangan…….
“Sedap tak nek Tomyam yang kita orang masak?” tanya Irfan Faris.
“Sedap.” Puji Nek Kalsum.
‘Haha..Bangga aku. Aku yang masak Tom Yam ni. Bukan Irsya. Nenek puji tu. Yesss…’
“Apa resepinya, Sya?” tanya Nek Kalsum ingin tahu.
“Resepinya…Kasih sayanglah, nek. Kita orang masak dengan kasih sayang. Tu yang jadi sedap tu. Betul tak bang.” Sempat Irsya Natasya mengeyit mata ke arah Irfan Faris. Irfan Faris pula mengiyakan. Namun, di dalam hatinya sempat berkata-kata. ‘Kasih sayang apa bendanya. Aku masak dengan marah-marah kat Akif Rayyan tu, tau. Huh…Tapi, selamat sedap.’
“A’ah nek. Kitorang siap nyanyi lagu-lagu klasik lagi. Lagu yang nenek dengan arwah atuk suka tu.” Sambung Irfan Faris lagi.Hajjah Kalsum hanya tertawa.
“Kek ni pun kita orang jugak yang buat nek. Cuba nenek rasa,” ujar Irsya Natasya. Sempat juga dia menjeling sekilas suaminya.
“Hmmm…Cantik. Sedap pulak tu.” Puji Nek Kalsum lagi.
“Resepinya…Cinta di hati.” Ujar Irfan Faris pula. Cehh…Ayat sedap tu.
“Macam tu pun ada ke? Macam mana tu?”
“Ye nek. Masa buat tu kena ada feel. Nak putar tu, jangan ganas-ganas. Lembut je haa..Macam orang bercintalah. Barulah ada feel. Tu yang jadi gebu tu. Nak hias pun, bayangkan yang indah-indah. Tu yang jadi cantik tu.” Jawab Irfan Faris selamba. Mulut manis.
‘Cinta di hatilah konon. Buat separuh jalan je. Dahlah jadi keras. Aku beriya tambah itu ini. Time buat tu aku rasa, aku dah putar-putar si Marsha tu dengan mixer.Biar padan muka dia.Marah-marah kat Marsha, huh..jadi juga kek aku. Nenek puji lagi. Hihi..Suka aku.’
“Ye, nek. Tapi, abang tulah. Ada ke dia letak tepung banyak sangat. Tapi, kita orang tokok tambahlah sikit. Hmm..Hasilnya…Nek tengoklah. Sedapkan.”
“Hmm…Pandainya kamu berdua ni. Bagus. Semua kerja buat sama-sama. Suka nenek tengok. Bahagia je. Dulu, masa nenek suruh kahwin masing-masing terpaksa je kan. Haaa..Tengok sekarang. Mesra…Bahagia. Kamu ni memang sehati sejiwa. Kalau kamu kahwin dengan orang lain, lain pula ceritanya. Betul tak.”
“Hmm…Betullah nek. Orang kata tak kenal maka tak cinta, kan. Sekarang dah kenal, confirmlah cinta. Takkan tak cinta dengan pasangan kita kan. Lagilah abang ni comel, hitam manis. Tapi, tu jelah. Cuma tak mancung macam hidung nenek.” Irsya Natasya sempat mengutuk Irfan Faris. Sebenarnya bergurau je. Gurau kat mulut je, di hati. Huh..Ambik kau.
“Tak mancung takpe kan, nek. Tapi, taklah takut ulat gonggok macam cucu menantu nenek ni. Ada ke takut ulat gonggok. Kelakar je.” Kini, giliran Irfan Faris pula mengenakanIrsya Natasya.
“Abang jangan nak mulakan ea.” Terus sahaja dia menepuk bahu suaminya itu. Ala-ala manja gitu. Berlakon je tu.
Mereka sempat bergurau manja. Tingkah mereka amat di senangi mama, papa dan nenek.Dapat di rasakan di hati mereka. Memang mereka berjodoh berdua. Memang tiada yang janggal antara mereka.
“Bertuah nenek dapat cucu macam kamu berdua ni. Lepas hajat nenek dan arwah atuk. Tapi, bila agaknya nenek nak merasa timang cicit pulak ea.”
Irfan Faris dan Irsya Natsaya saling memandang. Mereka kemudian memang nenek. Bibir mereka mengukir senyum.
“Rilekslah, nek. Nek nak berapa orang. Kitorang tak kisah.” Selamba Irfan Faris memberi jawapan.“Tapi, janganlah dah besar takut ulat gonggok macam mak dia ni, huh. Tak mesra alam sungguh.” Irfan Faris bergurau. Gembira hatinya dapat mengenakan Irsya Natasya. Memang itulah modalnya.
Berderai tawa seisi keluarga.
Irsya Natasya mengetap bibir. Namun tersenyum juga. ‘Sempat lagi nak kutuk aku tu.’
Selepas tetamu-tetamu penting itu pulang, keadaan mereka kembali kepada asal. Tegang.
Masing-masing mengunci bicara. Tiada lagi guraun mesra seperti tadi.  Lesap terus menghilang ke bilik masing-masing.

*****
IRSYA NATASYA terbaring sepi. Bilik itu sudah kosong. Barangnya semua telah di pindah ke bilik Irfan Faris. Dia cuba memujuk hati sendiri. Nama Marsha masih bermain di mindanya. Dia marah dan kecewa. Terasa, Marsha begitu istimewa di hati suaminya itu. Dia tidak rela andai dirinya di tinggalkan Irfan Faris. Di dalam hatinya sudah bertakhta nama itu tanpa sedar. Irsya Natasya menyeka air matanya yang sudah jatuh berguguran.
Irfan Faris juga sudah terbaring menghadap syiling biliknya. Entah mengapa di ruang syiling itu terbayang jelas wajah Irsya Natasya yang tersenyum kepadanya. Tanpa sedar, dia juga tersenyum. Kemudian, ia bertukar kelat.Nama Akif Rayyan menerjah mindanya. Apakah hubungan sebenar Irsya dan Akif. Bagaimana juga Irsya mengetahui akan Marsha. Dia cuba berfikir sendiri.
Dia baru teringat akan suratnya dahulu yang tidak sempat di kirimkan. Ia di selongkar kembali. Nyatalah, itu yang menjadi sebab Irsya Natasya juga marah padanya. Surat itu ada di simpan di almari pakaian.
Irfan Faris terbaring lagi. Dia kemudian mengambil diari milik Irsya Natasya yang berada di dalam laci. Mungkin ada rahsia tentang isterinya dengan Akif Rayyan. Di baca semua coretan isterinya itu. Dia tersenyum. Ada kala tertawa juga. Kebanyakan coretan isterinya itu, menggelitik hatinya. Sehinggalah dia berjumpa satu part penting. Kisah Akif Rayyan. Dia sudah punya jawapan. Rupanya…begitu kisahnya. ‘Tak sepatutnya aku bertindak macam tu. Dia mesti tengah makan hati sekarang ni.Aku pun bersalah.’
Irsya Natasya perasan akan bayang seseorang berada di pintu biliknya. Syaknya cuma pada Irfan Faris. Mungkin datang nak memujuk, kut. ‘Hmm…Tak payahlah. Hati aku ni tengah bengkak. Biarlah aku pujuk hati sendiri.’
Kemudian terdengar satu melodi indah. Petikan gitar. Sepertinya ia mengenali melodi itu. Dia bangun lalu merapatkan diri ke pintu bilik.

Maafkan abang…
Maafkan abang…
Maafkan abang…

Wahai cik sayang jangan merajuk,
Maafkan abang cucu Nek Kalsum.
Jikalau salah tolonglah tunjuk,
Abang rela hai kena cium,
Nandung..Nandung..
Dayang sinandung..
Wahai cik sayangmaafkan abang…

Maafkan abang…
Maafkan abang…

Melodi dan bait lagu itu ditiru dari lagu dalam Filem Bujang Lapok dan di ubah sedikit liriknya. Irsya Natasya tersenyum. ‘Aii, nyanyi lagu klasik pulak dah.’ Dia terus mendengar lagu itu sehingga habis. Hatinya terpujuk.
Dia kemudian membuka pintu. “Sya maafkan abang. Sya pun nak minta maaf dengan abang.”
“Abang pun nak minta maaf dengan sayang. Abang akui, abang salah dengan sayang.”
Mereka berbalas senyuman. Irfan Faris mencuit hidung isterinya. “Sorry.”
“Hmm…” Irsya Natasya juga berbuat perkara yang sama.
 Tautan kasih bersatu kembali.

*****
“FUHH! Akhirnya. Berjaya abang pujuk sayang.” Kepala Irsya Natasya sudah melentok di bahu Irfan Faris. Irsya Natasya hanya ketawa.
 “Pandai sayang berlakon ea. Resepi kasih sayang konon.”Ujar Irfan Faris mengenang lakonan drama mereka siang tadi.
“Eleh, abang tu. Cinta di hatilah. Poyo je. Abang tahu, masa buat kek tu, Sya bayangkan Sya tengah  tenyeh-tenyeh muka si Marsha tu tau, walaupun Sya tak tahu pun macam mana muka awek abang tu”
“Samalah.  Abang pun bayangkan, abang dahrebus-rebus je Akif Rayyan tu tau.”
 “Tapi, selamatlah sedap kek dan tomyam kita tu, kan. Kena puji lagi.” Mereka akhirnya ketawa bersama. Terasa kelakar pula mengenangkan apa yang berlaku siang tadi.
Kemudian, Irsya Natasya merebahkan kepalanya diatas riba Irfan Faris.Wajah suaminya itu di pandang.
“Eh, abang ceritalah siapa Marsha tu. Tetiba je masa kemas pakaian hari tu, Syajumpa surat abang untuk dia kat dalam almari tu. Mana tak jealous.” Irsya Natasya membuka topik bicara.
Irfan Faris akhirnya bercerita. “Dia tu, girlfriend abang masa study dulu. Tapi, abang dah terkecewa sebab dia dah bertunang. Abang tulis surat tu untuk dia, tapi..tak sempat pun pos. And then, lupa nak buang surat tu. Macam tu lah.  Sorrylah. Abang tahu, sayang jealous, kan.” Irfan Faris sempat mengeyit mata ke arah isterinya.
“Haa..Abis tu, Akif Rayyan tu siapa pulak. Siap ada gambar lagi. Ada tulis I love U lagi. Jealous tau.” Irfan Faris mula menyoal. Sebenarnya dia telah pun mengetahuinya melalui coretan diari isterinya itu.
“Rilekslah, bang. Abang tulah jealous sangat. Tetiba je buat hal. Semacam je. Nak marah-marah. Bukan nak tanya betul-betul.” Selamba juga Irsya Natasya memicit hidung suaminya itu.
“Rileks..Rileks..Orang jealous mana boleh rileks. Dah…Abang dah tanya baik-baik ni jawablah.”
“Iyalah, encik Irfan Faris, cucu nek Kalsum. Hmm…Sebenarnya, sayang pernah minat kat dia. Dia tu senior sayang. Biasalah. Zaman belajar dulu. Dia tak tahu pun, kut. Kiranya, sayang ni secret admire dialah.”
“Habis tu, gambar.”
“Gambar tu, sayang ambil kat board organisasi persatuan. Dah nak habis semester. Orang tak perasan pun. Saje. Admire dia. Tapi, takdelah sampai ke tahap cinta. Sayang pun tak nak kut.”
“Tulisan I love U tu apa pulak. Tak cinta konon.”
“Hmm..Tak tahulah. Masa sayang ambil gambar tu, memang dah ada tulisan tu. Bukan sayang yang tulis ea.”
“Iye ke. Tak percayalah.”
“Tak nakpercaya sudah.Sekarang, dekat hati sayang ni, cuma ada nama cucu Nek Kalsum je tau….”
“Ehem..Ehehmm…Abang Idham cucu Nek Kalsum juga tau.” Sampuk Iran Faris sekadar bergurau.
“Ish…Abang ni. Takkan abang Ham pulak. Bukan citarasa tau.”
“Eleh, poyo je jawapan. Sebenarnya, kat hati abang pun cuma ada sayang je tau. Takde dah Marsha tu. Dia dah jadi tunang orang. Abang tak nak kacau. Abang dah dah hak abang sendiri. Cucu menantu Nek Kalsum yang takut ulat gonggok tu. Pandai pulak nyanyi lagu klasik. Hmm…Orang lain mana ada, kan.”
“Tak habis-habis dengan ulat gonggok, lagu klasik. Abang ni memang sengaja nak cari pasal. Abang tu pandai juga nyanyi lagu klasik.”
“Yelah. Kita ni kan cucu dan cucu menantu Nek Kalsum. Mestilah pandai nyanyi lagu klasik. Kalau tak,bukan cucu dan cucu menantu Nek Kalsumlah namanya.”
“Pandailah abang buat lawak ea.” Mereka tertawa bersama.
“Eh, jap. Abang nak tanya soalan bonus ni.”
Irsya Natasya menjongket kening. “Apa?”
“Kenapa sayang takut ulat gonggok ek? Ulat gonggok kan comel.”
“Eii..Janganlah tanya. Gelilah. Fobia..Fobia…” Jawab Irsya Natasya dengan gayanya ala-ala geli-geleman.
“Ceritalah. Nak tahu gak.”
Irsya Natasya terkenang kembali.
Suatu ketika dahulu, sewaktu dia lena tidur di katil, entah bagaimana seekor ulat gonggok tidur menumpang di dalam kainnya. Terasa sampai ke peha. Sejuk.Eiii…Tak boleh ingat. Dia terkejut dan terjerit. Namun tanpa sedar, dia tergolek ke lantai. Benjol pula kepalanya selepas itu. Noneng juga seharian. Eii..Terus dia rasa fobia. Sejak hari itu, dia takut akan ulat gonggok. Meremang bulu romanya bila membayangkan rasa sejuk yang menerpa ke kulitnya. Eiii..Dahlah. Tak nak cerita lagi. Irsya Natasya beriya bercerita dengan gayanya tersendiri.
Berderai ketawa Irfan Faris mendengar cerita isterinya itu. Haha..Lawak betul. Patut pun takut semacam. Ada kisah ngeri rupanya.
“Dah, jangan nak ketawa lebih-lebih ea. Tak lawak kut.”
Irfan Faris masih tersenyum. Sengaja dia merapatkan wajahnya ke muka isterinya itu. Mereka saling memandang. Mata bertemu mata. Tangan berpadu kasih. Hati membisikkan cinta. Bahagia kini milik mereka. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.
“I love you, cucu menantu Nek Kalsum.”
“Aii, cinta ke? Macam tak percaya je.” Irsya Natasya tersenyum.
“Cintalah. Habis tu nak cakap apa?”

Wo ai ni..
I love you..
Aku cinta padamu…

Irfan Faris menyanyikan tiga baris lagu itu.
Irsya Natasya ketawa. “Tulah yang sayang nak dengar. Okey. I love you too, abang. Cucu Nek Kalsum.”
“Mengaku juga cintakan abang ea.”
“Eh, mestilah. Rugi kalau tak mengaku.” Irsya Natasya mencium pipi suaminya.
“Eii..U..dot..dot..ni..”
“Abang jangan mulakan, ea.
“Yelah, U..dot..dot…”  Irfan Faris kemudian mengucup pipi isterinya.“Rasanya malam ni abang nak mimpi jumpa U..dot..dot..lah..Jumpa U..dot..dot..yang comel.”
“Abanggg…” Jerit Irsya Natasya sambil mencabut getah tempe yang mengikat rambutnya. Dia sudah membuat gaya ingin melastik Irfan Faris. “Abang..Abang nampak ni…”
“Lah..Nak lastik kita pulak.  Guna getah tempe pulak tu.  Patutlah sayang ikat rambut guna getah tempe. Rupanya nak buat senjata nak lastik abang. Pandai betul.” Tawa Irfan Faris sudah terburai. “Sayang ni pandai betul buat lawak.” Irfan Faris masih berbaki tawa.
“Sayang nak tahu tak. Kalau nenek,kan… Getah tempe tu nenek kumpul. Lepas tu nenek buat ala-ala getah gundu untuk lastik cicak. Bukan lastik abang tau. Teror tu nenek kalau lastik cicak. Sayang reti tak lastik cicak. Mesti reti, kan. Kalau nak lastik, lastik cicak je tau. Jangan lastik abang. Kesian kat abang. Lagi satu, jangan lastik kat U…dot..dot..tu. Lagi kesian.”
Irsya Natasya menarik muka. “Abang ni..Suka samakan Sya dengan nenek. Lepas tu asyik cakap U..dot..dot..U..dot..dot..Sajalah tu nak perli. Cakap jelah ulat gonggok. Tak payah U..dot..dot..”
“Alah, abang saje je cakap. U..dot..dot..tu kan comel. Dahlah. Tidur. Hari ni abang nak dodoikan sayanglah. Dah, meh sini dekat abang.” Bicara Irfan Faris ala-ala manja menggoda.
Irsya Natasya berbuat tidak tahu.
“Eleh, merajuk. Alah, intan payung abang. Mehlah sini.”

Natasya…Sya..Sya…
Natasya…
Natasya yang manis…
Aduhai Natasya sayang..
Makin marah bertambah manis….

“Mehlah, sini.” Irfan Faris memujuk. “Meh, lah…”
 Irsya Natasya akhirnya mengukir senyum. Saje bermanja-manja.
“Hmm..Memang degil rupanya cucu menantu Nek Kalsum ni. Macam nenek juga.”
“Alah, cucu Nek Kalsum yang bernama Irfan Faris pun degil juga.” Ujar Irsya Natasya seraya merapatkan diri kepada Irfan Faris.
Mereka sama-sama ketawa.
Good night..Sweeet dream…
Klik..Lampu di padam.
Tiba-tiba…
“Eii..opocot kau isteri aku sayang aku…..” Irfan Faris sudah melatah dan melompat dari katil.
Klik..Lampu dinyalakan kembali.
“Kenapa? Kenapa?” soal Irsya Natasya cemas.
“Ada benda manjat leher abang.” Ujar Irfan Faris sambil meraba leher dan tubuhnya. Entah apa yang hinggap dilehernya. Ngeri juga rasanya. Irfan Faris kemudian menjumpai sesuatu yang telah jatuh di atas lantai berhampiran dengan kakinya. “Sayangggg…” jeritnya.
Irsya Natasya sudah menghamburkan tawa. “Eii..G...dot..dot…rupanya. Melatah pulak tu….” 
Irsya Natasya terus ketawa. “Abang pun ada bakat melatah rupanya..Ingatkan takde. Boleh ‘geng’ lah kita.” Irsya Natasya masih berbaki tawa.
“Tak baik tau sayang ni. Dengki abang. Terkejut tau tak. Ingatkan apa tadi.” Rupanya ia adalah getah tempe milik isterinya. Getah itu telah bergulung menjadi ala-ala ulat. Pasti Irsya Natasya sengaja mengenakannya. Hmm..Tengah syok nak tidur, boleh pulak ada benda landing kat leher. Terkejut jugalah. Dahlah gelap. Ingatkan ulat gonggok ke apa.
“Abang takut G..dot..dot..ea..” Ujar Irsya Natasya sambil memeluk bantal. Wajah suaminya yang ala-ala comel itu di pandang dengan senyuman.
“Apa G..dot..dot..?”
“Getah tempe…” Irsya Natasya ketawa.
“Eleh, U..dot..dot..Sajelah tu nak dengki abang. Ulat Gonggok…” Irfan Faris membalas.
“Eleh..Getah tempe…”
“Ulat gonggok…”
“Getah tempe…”
“Ulat gonggok…”
“Huh…” Mereka berpaling muka. Namun kemudian mereka ketawa.
“Sorrylah, abang. Sayang saje je gurau,” ujar Irsya Natasya.
“Tau…”
Irsya Natasya akhirnya meraih dan mencium tangan suaminya. “Love you.”
“Love you too, cik sayang intan payung abang.” Ujar Irfan Faris sambil mencubit lembut kedua belah pipi isterinya itu.
“Lagi…”
“Permaisuri bidadari di kalbu.”
“Wow, canggih ayat abang.”
“U..”
“Apa U…”
“U..bat penawar di hati..”
Irsya Natasya tersenyum. “Okeylah, dahlah tu. Stop. Dah ngantuk dah melayan abang. Selamat malam.”
Irfan Faris hanya tersenyum. Dikucup dahi isterinya itu. Dia bahagia kini bersama pilihan neneknya.‘Nek…Irfan sayang nenek. Cucu menantu nenek yang sorang ni memang istimewa.’
“Selamat malam.”
Klikk..Lampu dipadam kembali.
“Ulat gonggok dah tidur.”
Dusshhh…
“Eii..Janganlah perasan. Abang cakap ulat gonggok yang kat Afrika. Dia pulak yang perasan dia ulat gonggok.” Irfan Faris ketawa.
“Adoii..Janganlah cubit.Sama je macam nenek suka cubit orang.”
“Dahlah, bang. Sambung esok. Ngantuk ni.”
“Okey..okey..Good night, sayang. Sweet dream. Mimpikan abang ye.”
Bahagia kini bersama mereka. Ranjau dan duri akan direntangi bersama. Layaran bahtera kasih mereka mencari redha kasih Ilahi.


TAMAT

Hak Cipta Terpelihara : ISME_ANA_2012




8 comments:

  1. Best3..ngee~ :3

    ReplyDelete
  2. sweet lahh ��

    ReplyDelete
  3. Salam. Cerpen yang manis. Tahniah buat penulis. Salam

    ReplyDelete
  4. Dull... Draging story and wht is this? ... Overall, inmatured story ... Bedtime story ke?

    ReplyDelete