Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 15


“HUARGHH…Bestnya tidur. Malas rasanya nak bangun.” Maisarah sudah bangun dan menggeliat. Terpisat-pisat dia menggosok matanya. Kalau tidak kerana adiknya menghempuk mukanya dengan bantal suruh bangun, pasti dia masih lena di alam mimpi.Sesi senaman ringkas selepas bangun tidur dilakukan barang seminit dua. Bunyi juga regangan tulangnya. Perghhh..Lega.
“Hai, kak. Baru nak bangun ke?”
“Yelah. Tak nampak ke? Awallah juga, kan.”
“Eleh. Kalau orang tak hempuk dengan bantal confirm tak bangun.”
“Mestilah bangun. Orang belum sembahyang Subuh lagilah.”
“Hmm..Hari ni akak buat sarapan ea. Balqis dengan mak nak rehat pulak. Nanti sarapan dah siap, panggil ea.”
“Hmm..Tak aci. Akak, kan baru balik semalam. Penat lagilah. Patutnya, kaulah yang buat sarapan. Sajalah tu.”
“Balqis nak akak praktis je. Kalau dah kahwin senang. Balqis tak kisah. Balqis memang dah pakar dah bab masak memasak ni. Akak?? Huh..Ntah berapa kali agaknya akak masak.”
“Alah, kau. Kahwin..Kahwin..Taulah kau dah ada pakwe. Ngee..Sajelah tu. Huh..Gatal nak kahwin cepat.”
“Eleh. Huh..Dah. Pergilah sana sembahyang. Sibuk pulak nak tot..tet..tot..tet..mulut dia.”
“Mai…Balqis..Apa tu riuh-riuh.” Suara ayahanda tercinta yangbaru pulang dari masjid menusuk pendengaran.
Takde apa-apalah, bah. Saje je.”
“Aii, baru bangun ke? Dah pukul berapa ni? Dah sembahyang belum?”
“Err..Ni nak gi sembahyanglah ni.”Maisarah terus meloloskan diri ke bilik air sepantas kilat. Jika tidak pasti ayahnya membebel panjang.
Di kala waktu bersarapan..
“Eleh, Balqis. Ingat akak tak pandai masak ke? Tengok.Sedap aje nasi goreng akak. Banyak juga kau bedal.”
“Alah, orang saje je. Nak suruh akak yang buat sarapan. Itu pun nak marah ke.”
“Huh..Kau memang.”
“Mak..Mak tak rasa nak suruh akak kahwin ke?”tiba-tiba Balqis membangkitkan soalan yang agak janggal topiknya. Kahwin??
“Mak aii..Kau..Soalan…” Maisarah sudah menyiku adiknya.
“Baik mak kahwinkan je akak ni. Biar berubah sikit perangai. Asyik tidur je. Lepas tu kalau dah tidur tak ingat dunia.”
“Eleh, sibuklah kau. Macam dia baik sangat. Akakkan ‘Puteri Beradu’. Mestilah kena tidur je.” Maisarah membuat mimik muka.
“Poyo betul jawapan akak, mak ek.”
“Mak tak nak carikan sesiapa untuk akak ke mak?” tanya Balqis lagi. Dia pula yang melebih-lebih.
“Biar dia cari sendiri jelah Balqis. Mak tak kisah. Yang penting menantu mak baik.”
“Hmm..Kau dengar tu. Kau pulak yang sibuk. Taulah kau dah ada pakwe.”
“Hishh..Korang berdua ni. Ada je. Hmm..Tapi betul juga kata Balqis tu. Kamu ni dah umur berapa Mai. Kalau ikutkan, memang dah layak untuk kamu berkahwin. Abah pun rasa lega kalau kamu dah ada suami sendiri. Kamu tiada siapa-siapa lagi ke?”
“Alah abah ni. Canggihnya soalan. Mai rasa macam tak bersedia lagilah bah. Calon pun takde.” Maisarah sekadar memberi jawapan. Hmm..Takkan nak cakap dia tengah menunggu Iman, sedangkan lelaki itu juga tiada khabarnya.Entahlah.
“Dulu,Mai ni dah bertunang sebenarnya.”  Ujar abahnya tiba-tiba.
“Hahh.” Balqis terkejut. Maisarah..hmm..Confirm lagilah terkejut. “Tunang??”
“Dengan siapa bah?” Soal Balqis yang terlebih excited.
“Ntah. Abah dah tak ingat..”
“Zaman bila tu?”
“Masa tu, zaman dinosaur lagi kut.” Muka abah selamba.
Mereka semua ketawa. Tiba-tiba abah mereka membuat lawak. Boleh pulak, kan.Suspens je. Tapi, abah memang begitu. Suka berseloroh. Kalau tengok pada muka, mesti orang tak sangka abahnya pandai bergurau dan berseloroh seperti itu.
“Alah abah ni. Ni cerita betul ke tipu, bah?” soal Balqis lagi. Menyibuk ingin tahu.
“Betul. Ni cerita betul. Bukan tipu. Budak tu cucu Nek Piah dekat kampung lama yang abah duduk dulu. Masa tu, arwah mak Mai ada lagi. Mai kecil lagi. Masa sekolah tadika kalau tak silap. Tapi…Tu kira antara orang tua je. Orang dulu biasalah. Abah pun dah tak ingat. Budak tu neneknya yang jaga. Lepas Nek Piah meninggal, budak tu ikut mak bapaknya semula. Dengarnya masa tu mak bapak budak tu belajar lagi. Hmm..Macam tu lah. Kiranya, lepas tu dah terpisah macam tu je.” Encik Muhammad berkongsi cerita.
“Ooo..Gitu.” Balqis memandang kakaknya di sebelah.“Wah..kak. Akak dah ada tunanglah. Kalahlah, Balqis.”
“Huh..Kau ni tak habis-habis. Bukan kenal orangnya pun. Ala..Zaman kecik-kecik.Takde maknanya. Tapi, kalau betul-betul ada orangnya, confirm akak terima je. Tak kisahlah hensem ke tak hensem. Bolehlah jealouskan kau.”
“Hmm..Niat tak betul.”
Maisarah sudah ketawa.
“Hmm..Abah. Kiranya takde apa-apa tanda ke? Ke just cakap je ke?” Maisarah terasa juga ingin tahu. Sebenarnya dia agak terkejut juga. Yelah. Ia melibatkan dirinya. Siapa tak terkejut. Selama ni tak tahu pun. Tetiba pulak hari ni abahnya membuka rahsia. Hmm..Macam dah  nak suruh  kahwin je.
“Ada..Tapi cincin tu kamu dah hilangkannya.”
“Oh ye ke?” Maisarah ketawa sendiri. Entah-entah cincin tu hilang dekat lubang tandas. Ha..ha... Tapi, kalau ada cincin tu, rasanya macam excited jugalah nak cari orangnya. Siapalah agaknya ek. Masalahnya,dah takde tanda. Nak buat macam mana. Orang tu pun ntah-ntah sekarang ni dah kahwin.
“Tapi, bah. Kenapa Mai tak ingat ek?”
Encik Muhammad menggeleng. “Kamu pasti banyak yang tak ingat Mai. Zaman tu kamu kat kampung. Mak kau pun masih ada lagi.” Muhammad terdiam seketika. Nampak riak wajahnya sedikit berubah. Hatinya mengalir rasa rindu kepada isterinya yang telah lama pergi.
“Mak…” Maisarah menutur kata itu.  Arwak mak yang dirindui. Dia tahu apa yang telah berlaku.
“Abah tahu kamu tak boleh nak ingat tu semua.”
Maisarah tiba-tiba rasa sayu. “Tu semua dah lepas bah. Dah bartahun lamanya. Mai dah boleh terima tu semua.Tapi memang banyak benda yang Mai tak ingat. Rasanya semua tu dah hilang.” Maisarah menguntum senyum walaupun agak tawar. Dulu dia trauma. Rumah mereka terbakar dan mengorbankan nyawa ibunya. Hanya dia yang mampu di selamatkan abahnya. Kerana itu, abahnya membawanya berpindah. Akibat peristiwa itu, ingatannya sudah tidak mampu lagi mengingat kisah lalu. Rasanya terlalu pedih untuk dikenang. Maisarah melihat tangan kirinya. Ada parut kesan terbakar. Ia masih terlihat.
“Abah…Hmm..Cerita lain pulak bah.” Balqis mengubah topik bicara. Dia tidak mahu abah dan kakaknya bersedih teringatkan kisah silam.
            “Hmm..Kawan lelaki kamu apa cerita. Kata anak datang. Tapi sampai sekarang, tak datang-datang pun. Biar abah test dia dulu baru abah boleh cakap abah terima ke tak. Hmm..Mai pun sama. Kalau dah ada tu, bawaklah jumpa abah. Abah ni bukan muda lagi. Kalau boleh, abah nak kamu naik pelamin sama-sama. Senang sikit hati abah.”
            “Balqis jelah dulu, bah. Mai lambat lagi kut.” Maisarah sekadar memberi jawapan. Sebenarnya dia tidak berapa gemar berbicara topik itu. Tetapi, lainlah adiknya. Sibuk je bercakap pasal kahwin. Masalahnya, tunang pun belum. Yang aku ni dah bertunang, tetapi tak tahu siapa tunangnya. Hmm..lagilah tak boleh nak kata apa. Macam tak logik pun ada.
  ******
Selepas bersarapan…
“Akak..Akak kemas rumah. Balqis basuh kain.” Ujar Balqis memberi tugas.
“Okey.” Maisarah sudah bersiap sedia dengan penyapu. Seperti biasa, lagu audio animasi Jepun menjadi santapan halwa telinga sambil membuat kerja.
Sedang sibuk menyapu, kedengaran sebuah motor sudah masuk ke halaman rumah.
Tit…Tit… Seperti biasa, itulah hero motor bewarna merah, pak posto atau encik posmen menghantar surat.
Sepucuk surat di terima.Maisarah mengucapkan terima kasih.
Maisarah merenung seketika nama yang tertera. Surat untuk Kak Ija.
‘Surat apa yek.’ Maisarah melabuhkan punggung di sofa. Surat itu akhirnya dibuka. Dia terus membaca nama pengirim di bawah. Ingin tahu siapa gerangan orangnya.
 “I’M In Love. Siapa dia ni?” Maisarah menggaru kening.
Coretan mula di baca.
Salam…
Hai Ija. Awak masih ingat saya tak. Saya Imil- I’M In Love.

‘Imil?? Bukan ke dia….Hmm..Surat-surat Kak Ija sebelum ni….’ Maisarah dapat menduga sesuatu. Dia membaca coretan seterusnya.
Awak apa khabar sekarang ye? Awak masih tembam macam dulu ke? Ke dah kurus macam model.
Sebenarnya saya terjumpa alamat awak masa kemas barang dekat rumah lama. Tetiba rasa rindu dengan awak. Awak tahukan saya falled in love kat awak masa study dulu. Hmm..Saya  minta maaf kerana membenci awak sebab awak tolak cinta saya.. Sekarang saya dah lupakan tu semua.
Loket yang saya beri awak tu…awak pakai ke..atau awak dah buang?Kalau tak nak, awak janganlah buang. Simpan je. Kalau tak pun..kasilah pada sesiapa pun.
“Loket??” Maisarah tiba-tiba rasa berdebar. Loket dikalungnya dipegang. Ia diteliti sebaiknya. Ia terukir huruf I di kedua belah bahagian. Loket itukah yang dimaksudkan oleh Imil.Mungkinkah ’I’ itu mewakili Imil dan Ija.
Saya tak pernah melupakan awak, Ija. Walapun awak jauh di mata saya. Walaupun saya bukan siapa-siapa di hati awak. Harap awak masih sudi berkawan dengan saya. Ni no phone saya. 013XXXXXXX. Kalau sudi contaclah saya ye.
Dari saya,
I’M In Love

Maisarah terdiam sejenak. ‘Kesiannya dia ni. Dia mesti tak tahu Kak Ija dah takde. Nak buat macam mana ni ek? Nak telefon ke beritahu dia. Tapi…rasa macam tak bestlah pulak.’
“Uit, kak. Dah siap menyapu ke belum. Berangan je kerja dia. Berangan dekat tunang ke?”
Lamunan Maisarah terhenti.“Banyaklah kau berangan. Tunang akak pun akak tak kenal. Akak pun tak tahu apa-apa. Akak ni single lagi tau. Ni haa..Meh sini. Kau tengok ni.” Maisarah menayangkan surat yang masih berada di tangannya.
“Surat? Surat apa tu?” Balqis datang dan melabuhkan punggung di sebelah kakaknya itu. Lembaran surat itu diambil dan dibaca. Setelah selesai membaca, Balqis memandang kakaknya. “So, akak nak call orang tu ke?”
“Ntah. Tu yang akak tengah fikir. Kau rasa…macam mana? Akak sebenarnya tak suka nak call orang ni. Tak pun, kau je lah Balqis. Hantar mesej dekat orang ni.”
“Hish…Tak naklah, kak. Balqis pun sebenarnya tak suka nak call atau mesej dekat orang yang tak kenal. Hmm…Apa kata, akak balas je surat dia ni. Senang. Balqis bukan apa kak, kalau orang tak kenal ni, takut. Karang nanti dia dah ada nombor kita, dia kacau kita. Tak pun kasi pada orang lain. Tu je. Tak naklah.”
“Hmm..Betullah tu. Akak pun fikir macam tu juga sebenarnya. Takpelah. Nanti kalau sempat akak balas surat ni. Okeylah. Akak nak sambung buat kerja.”
“Eh, jap kak. Hmm..Loket yang dia cakap tu, loket yang Kak Ija pakai sebelum ni ke?”
“Yelah, kut.”
“So…Loket yang akak pakai sekarang nilah.”
“Yelah, kut.”
“Kut..Kut..jelah akak ni.”
“Dah tu..Akak manalah tahu.”
“Betul juga ek. Kalau tu loketnya, apa nak kisahkan. Pakai jelah Ye tak.Okeylah, kak. Balqis nak jemur kain ni. Jangan lupa balas surat I’M In Love ni.” Ujar Balqis sambil sempat mengeyit mata ke arah kakaknya itu.
“Eii…Apa kau ni. Kenyit-kenyit mata kat akak ni. Sajalah tu.”
*****
Malam itu…
Maisarah membaca kembali surat yang dikirimkan Imil.“Mr. I’M In Lov..Hmm..Comel je.” Maisarah tersenyum sendiri.
Barang peribadi milik Kak Ija kembali diselongkar. Dia ingin mencari identiti sebenar Imil. Surat bersampul tiga warna kembali dibuka dan dibaca. Tiada apa-apa yang rahsia. Ia cuma senikata lagu. Lagu cinta luahan hati. Rasanya memang Imil cintakan kakaknya. ‘Mungkinkah glob kaca ni juga pemberian Imil.’ Maisarah menduga sendiri apabila melihat glob kaca yang terdapat sepasang swan putih di dalamnya.
Maisarah membelek pula pada album gambar milik kakaknya. Memang banyak gambar. Tapi, mana mungkin dia tahu wajah milik Imil. Tiada sebarang coretan nama. Cuma yang ada catatan peristiwa sahaja. Barang-barang tersebut akhirnya dikemas kembali.
“Apa aku nak tulis dekat surat ni ek?”
Akhirnya tangannya mencoretkan sesuatu.
Salam….Kehadapan saudara Imil,

Saya ni adik Siti Khadijah. Di sini ingin saya meminta maaf kerana hanya mengutus kata melalui surat ini. Untuk pengetahuan saudara, kakak saya Siti Khadijah telah meninggal dunia beberapa bulan lalu kerana menghidap barah hati. Diharap saudara dapat memaafkan salah dan silap kakak saya pada saudara sewaktu hayatnya dahulu.Mohon disedekahkan juga al-Fatihah untuk dia. Moga dia dicucuri rahmat oleh Allah.Sekian, terima kasih.

Daripada ,
Maisarah.

Maisarah mengulang baca coretan yang ditulis. ‘Hmm..Acilah ni, kut.’Lembaran putih itu akhirnya dilipat dan diletak di dalam sampul.Alamat ditulis dan dilekatkan setem.Ia diletak di tepi. Esok boleh pos.
Maisarah kemudian termenung.Dia melihat cincin di jari manisnya.“Iman…” Nama itu meniti di bibirnya.Tiba-tiba mengalir rasa rindu pada lelaki itu.Di manakah dia sekarang?Itulah soalan hatinya yang tidak mapu di jawab.Entahlah.Dia sendiri tidak tahu ke mana lelaki itu menghilang.
Maisarah melihat pula pada loket yang dikalung kini. Mungkinkah kakaknya juga pernah merasai apa yang dirasai kini. Mungkinkah kakaknya jugamenyimpan perasaan pada Imil, tetapi tidak mengakuinya.Jika tidak, mana mungkin loket ini masih berada di sini.Ia diberikan oleh kakaknya supaya dijaga. Mengapa ia tidak dilenyapkan sahaja. Surat yang diberikan oleh Imil masih juga berada di dalam simpanan kakaknya. Mana mungkin kakaknya akan menyimpan surat-surat itu dengan rapi. Maisarah akhirnya merebahkan diri di atas katil.Andaian fikirannya di buang jauh.Tidak perlu rasanya dia membebankan diri memikirkan hal itu.Akaknya juga sudah tiada kini.
Hening malam itu, telinganya mendengar alunan lagu di radio yang terpasang di ruang tamu rumahnya.Pastinya Balqis yang melayan lagu-lagu yang berkumandang di Sinar FMsambil melukis.Dia tahu itu hobi adiknya.Sewaktu itu, lagu Kau Ilhamku nyanyian Man Bai sedang berkumandang.Fikirannya tiba-tiba jatuh pada Ilham.
“Ilham..”Maisarah menggeleng kepala.‘Kenapa aku perlu teringatkan dia dikala ini.  Bila teringat balik apa yang telah berlaku aku jadi sedih sebenarnya. Aku juga rasa bersalah. Sepertinya hati aku tidak rela dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, keputusan aku ni betul atau tidak, aku pun tidak tahu.’
Maisarah memegang telefon bimbitnya. Nama Kogoro Mauripan yang di save untuk Ilham ditenung seketika. Nombor lelaki itu masih berada di dalam simpanannya.Masih belum dibuang.Apabila teringatkan mesej terakhir Ilham, dia terasa sedih.Entahlah.Mengapa begitu yang dirasa.Maisarah melepaskan keluhan nafas.Dia menggeleng kepala membuang fikiran yang membelenggu fikirannya.Rasanya dia tidak mahu memikirkannya lagi.Dia akhirnya menarik selimut hingga ke paras dada dan menjadi puteri beradu.

No comments:

Post a Comment