REENA
AQASHA kini terbaring di atas katil. Dia merenung pada rantai yang berada di
tangannya berteman air mata yang masih gugur ke pipi. Dia sebak. Dia rasa
bersalah dengan Iman. Rupanya Iman cuba mengotakan janji untuk melamarnya.
Tetapi, dia yang bodoh. Dia sendiri yang melepaskan peluang itu. Dia mengenang
layaran kisah lalu sewaktu bersama dengan Iman.
Hakikatnya begitu payah untuk dia
bersama Iman. Apabila dia mendapat tahu Iman menyambung pengajian ke luar
negara, dia juga menjejak ke sana.
“Iman..I cintakan you Iman…I really love you..”
“Maaf, Reena. I tak boleh balas cinta you. I
cintakan orang lain. I hanya cintakan Sarah walaupun I tak pernah beritahu
dia.”
“Sarah? Maksud you Maisarah.” Reena Aqasha rasa
tercabar. Rupanya, di hati lelaki itu hanya ada Maisarah musuhnya sendiri.
Sememangnya dia kecewa apabila mendapat tahu Iman pernah bersama Maisarah.
“Ye, memang Maisarah. You kenal ke?” Iman menyoal
kembali.
“Huhh…Nampaknya you serius dengan dia itu. You tahu
tak dia tu perampas?” Reena Aqasha cuba memburukkan Maisarah.
“Apa maksud you tuduh dia perampas?” Iman masih
bertenang.
Reena Aqasha sudah ketawa. “Owh, selama ni you mesti
tak tahu dia tu perampas, kan. Perempuan kampung berlagak baik.” Nada suaranya
angkuh. “Well, you dah kena tipu Iman. You dah kena tipu dengan Maisarah.”
Iman tersenyum. “Hmm..You tak perlu merekayasa
cerita Reena. I kenal dia..I juga kenal you. You dengan dia memang berbeza. You
takkan boleh senang-senang hati nak tipu I. I takkan percayakan you. Sejak I
kenal Sarah, I mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca. I akan cuba
berubah demi dia. Dia orang yang I cinta. You faham tak! Jangan cari I lagi!”
“Kenapa kau
pilih Maisarah, Iman. Kenapa?? Argghh..Perempuan tak guna. Kau seharusnya mati!
Aku benci kau! Kau rampas Iman, aku!”
Suatu hari, Reena Aqasha menerima panggilan telefon
daripada Sally dan ternyata berita itu menggembirakan hatinya.
“Musuh kau
dah mati. Dia accident.”Sally menyampaikan khabar.
Reena Aqasha bertindak menyampaikan khabar itu
kepada Iman. Namun, ia turut melukakan hatinya apabila Iman terlibat dalam
kemalangan kerana tidak dapat menerima khabar tersebut.
“Tak..Tak..Sarah tak mati! Aku nak jumpa
Sarah…Aku nak jumpa Sarah..Aku tahu, Sarah aku tak mati. Aku dapat rasakan
Sarah aku tak mati.”
Kesan kemalangan itu, Iman disahkan hilang ingatan.
Sejak itu tiada lagi Iman menyebut akan
nama Sarah atau Maisarah.Begitu juga keluarganya. Diingatannya kini hanyalah
Reena Aqasha.
“Love you darling..darling..sweetheart…” Ujar Iman
sambil memeluk batang tubuh Reena Aqasha orang yang sentiasa ada di sisinya.
“Love you darling…” Reena Aqasha sudah mencium pipi
lelaki itu.
“Special for you.” Iman menghadiahkan anak patung
dolphin kepada Reena Aqasha.
“I pilih anak patung dolphin ni sebab dia comel
macam you.” Ujar Iman seraya memicit hidung Reena Aqasha.
Reena Aqasha meleret senyum.“Thanks..I suka sangat.
Comel.”
Reena Aqasha tersenyum mengenang detik-detik indah
itu. Itu bunga kebahagiaannya baginya.
Dia berjaya memiliki cinta lelaki itu. Namun bukan sepenuhnya. Iman dilihat
masih tidak berbicara soal masa depan mereka. Iman masih kekal menjadikan
sebagai sandaran cinta. Tetapi untuk mengikatnya secara sah, masih samar-samar.
Reena Aqasha penasaran sendiri. Sudah dua tahun dia menantikan lamaran cinta
Iman kepadanya namun ia hanya mimpi. Dia masih berpegang pada satu prinsip. Dia
tidak mahu memiliki Iman dengan cara yang paling mudah iaitu memerangkap lelaki
itu dengan hubungan yang ‘murah’.
“Sorry. I tak bersedia untuk itu. Sekarang ni pun
okey apa. I ada depan mata you, you ada depan mata I.”
Dirinya akhirnya membawa rajuk hati. Dia kembali
pulang ke Malaysia. Walaupun Iman menghalangnya, dia tetap juga dengan
keputusnnya. Dia membuka perniagaan bersama Sally, namun ia tidak berjaya
seperti yang di harapkan. Seseorang telah menawarkan peluang untuk membantu,
namun bersyarat. Reena Aqasha bersetuju. Dia di bawa bertemu Razlan Sham, dan
perjanjian termetrai antara mereka.
Reena Aqasha hanya mampu mengalirkan air mata. Dia
sudah ‘menjual’ dirinya pada orang lain. Sejak itu dia sudah tidak endah lagi.
Apa yang diminta pasti akan dipenuhi namun bukan sepenuh hati. Hatinya masih
utuh pada Iman.
Reena Aqasha kini memeluk bantal dolphin erat di
dada. Air matanya gugur perlahan. “Iman…I cintakan you Iman..I mengaku I
bersalah. I tak mampu kehilangan you. I tak mampu…Maafkan I, Iman…”
Gegendang telinga Reena Aqasha kini menangkap butir
bicara suara pemberita di televisyen.
“Seorang ahli perniagaan maut dalam kemalangan
apabila kereta mangsa terjunam ke dalam gaung dan terbakar. Mangsa adalah
Razlan Sham….” Suara pembaca berita itu jelas kedengaran dan seraya itu
ditayangkan gambar mangsa.
Reena Aqasha terpempan sendiri apabila mendengar
berita yang sedang ke udara di televisyen.
“Hmm..Bagus dia mati. Dia takkan ganggu aku lagi.
Dia takkan ganggu aku lagi…” Ada segaris senyum di bibir Reena Aqasha.
Kemudiannya senyuman serta merta mati. “Tapi, Iman dah tak nak terima aku
lagi.” Suaranya lirih. Dia kembali mengalirkan air mata sambil memeluk anak
patung dolphin pemberian Iman.
HAYKAL
kini tersenyum puas.“Razlan…Razlan…Hmm..Tak sangka akhirnya kau mampus juga.
Sebelum ni kau selalu bernasib baik. Sekarang kau dah mampus!”Haykal kini
ketawa besar.
“Sekarang aku
boleh miliki Reena sepenuhnya. Aku akan miliki dia kembali. Aku tahu, dulu aku
telah buat silap sebab lepaskan Reena kerana Sally. Kali ini, aku takkan ulang
kesilapan yang sama.”
Haykal kini melihat gambar Reena Aqasha yang berada
di dalam simpanannya. Sekian lama dia cuba mendapatkan hati Reena kembali.
Namun tidak berjaya. Kini, ia adalah waktunya. “Waiting for me, baby. Akanku
penuhi permintaan hatimu, sayang.” Gambar Reena Aqasha kini dikucup lama.
Trit..Tritt..Telefon bimbit Reena Aqasha sudah
berbunyi.
“Hai, darling.”
“Siapa ni?” Reena tidak tahu siapa yang
menghubunginya. Hanya nombor yang tertera di skrin.
“Baby…I tahu apa yang dah berlaku pada you. I tahu
you sedih sekarang ni. You kembalilah pada I. I janji I akan gembirakan you. I
masih sayang you.” Suara itu gemersik di telinga.
“You siapa?”
“I ni orang yang paling sayang you, Reena. Orang
pertama yang memberi you cinta. Tak sangka you dah lupakan I.”
“Haykal? Haykal Benjamin. You ke?” Reena Aqasha
seakan mengingati empunya diri.Haykal. Cinta pertamanya. Cinta yang mati kerana
cemburu dan kebencian.
“I nak jumpa you boleh?”
“Sorry..I..” Suara Reena kendur.
“Please, baby. I kesuyian…I rindukan you…You je yang
boleh ubat hati I..” Suara Haykal kedengaran menggoda.
“Sorry, Carl…I..”
“You masih marahkan I ke? I really sorry baby. I nak
kita bersama semula. I tahu apa yang dah berlaku pada you. Iman dah tinggalkan
you, kan.”
“Macam mana you tahu?”
“I kenal Iman. Dia tu kaki perempuan. Sejak dahulu,
sampailah sekarang ni. Depan you dia berpura-pura dialah yang paling baik. Tapi
belakang you…Hmm…You tahu dia dengan siapa sekarang?”
“Siapa?”
“You masih ingat Maisarah? Roommate you dulu?”
“Maisarah??” Reena Aqasha nyata terkejut.
“Bukan ke dia…”
“You nak cakap apa? Dia dah mati?
Reena..Reena…Maisarah hidup lagilah.”
“Tapi, Sally kata…”
“Selama ni, Sally dah tipu you Reena. You
diperbodohkan je.”
“I tak percaya!” Suara Reena melengking.
“You tak percaya I takpe. I ada bukti. I ada gambar
Iman bersama Maisarah. Kalau you nak tengok, you kena datang jumpa I.”
“Tak mungkin…I tak percaya. Sally takkan tipu I…”
Haykal sudah ketawa.
“Reena..Reena..Sally tu bukan baik pun. I lebih
kenal dia dari you, Reena. You nak tahu lagi satu cerita tak? You tahu tak yang
sebenarnya Sally tu ada hubungan dengan Razlan. Dia orang tu pergunakan you
je.”
“Takkk…Takk..You tipu!”
“I tak tipu. Kalau you tak percaya, I ada bukti. Ada
gambar. Nak tengok?” Haykal sduah ketawa.
“Tak…I tak percaya. You nak apa sebenarnya?” Suara
Reena Aqasha kian menekan.
“I hanya nak you Reena. I nak sayang you macam dulu.
I janji akan jaga you Reena. I tak nak you sedih lagi. I tak nak ada orang
pergunakan you lagi Reena. Selama ni I tahu, you hidup dalam pendustaan orang
di sekeliling you. Please Reena. Benarkan I kembali pada you. I sayangkan you
Reena. Really love you. Please…”
Luluh hati Reena Aqasha mendengar suara lirih milik
Haykal. Dia kini menangis. “Carl….”
“Reena..I datang rumah you ye. You tunggu I.” Talian
kini di matikan.
Keprihatinan Haykal kian membuatkan Reena Aqasha
menangis. Dia benar-benar perlukan seseorang. Dia kemudian memujuk hati
sendiri. Apabila fikirannya mula tenang, dia teringat kembali akan bicara
Haykal.
“Tipuuu..Tipuuu…Semua tipu….Kenapa semua orang tipu
aku…Kenapa?” Reena Aqasha kembali melepaskan tangisannya sambil memegang kepala
dengan kedua tangannya. Dia kecewa dengan nasibnya sendiri.
“Sally….Sally tak guna….Aku nak kau mampus..Kau tipu
aku Sally…Kau tipu aku…Tak guna…!” Reena Aqasha kini melempar telefon bimbitnya
ke dinding. Apa yang ada di sisinya juga di lempar. Ia melepaskan kemarahannya.
“Maisarah….Aku..Aku juga akan hapuskan Maisarah…Maisarah tak guna…Maisarah tak
guna…! Dia orang jahat…Dia orang semua jahat….!”
IMAN memadang sekeliling. “Aku..aku..dekat
mana ni?” Iman menyoal diri sendiri. Dia kini berada di dalam sebuah bilik.
Kreekkk..
Pintu terkuak perlahan. Seseorang muncul di muka
pintu.
“Kau dah sedar dah.”
Iman memandang empunya diri. “Aku dekat mana
ni?”Iman menyoal dalam terpinga-pinga. Dia masih tidak pasti di mana dia
berada.
“Dekat rumah aku. Semalam aku jumpa kau dah lembik
kena belasah kat tepi semak mana ntah. Nah. Ni aku dah belikan makanan untuk kau.
Aku tak sempat nak masak. Aku nak pergi kerja.”
Iman memandang lelaki di hadapannya, lalu
mengangguk. Dia masih terkeliru.
“Nama kau siapa?”
Iman terdiam. Termangu seketika. Dia menggeleng
kepala dan terkebil beberapa kali.
“I-Man.” Jawabnya pendek.
“I-Man??
Haha..Lawak. Nama macam superhero, tapi lembik juga kena belasah.”
Iman
merenung pandang pada lelaki itu. Aneh.
“Tak..Nama aku bukan I-Man. Nama aku.. Iman.” Iman
memberitahu yakin. Sepertinya ingatannya sedikit terganggu.
“Iman?? Hmm..Kebetulan. Aku pun Iman juga. Well…Aku
Iman Ilyas. Senang kata panggil aku Imil je. Kau I-Man..Aku Imil.”
Iman mengangguk.
“Keluarga kau duduk mana? Ingat nombor phone
diaorang tak? Biar aku contact.”
Iman terdiam lagi. Kemudian dia menggeleng. Dia
memegang kepalanya yang terasa sakit.
“Okey,
takpe.Aku tahu kau tengah sakit sekarang ni. Hmm..Aku benarkan kau duduk sini
sementara waktu.Barang yang ada dekat bilik ni aku tak kisah kalau kau nak
guna. Baju..seluar semua ni. Ni aku dah tak pakai dah. Tu nasi tu makan. Tapi
kalau tak cukup, stok Maggi aku banyak dekat dapur tu. Nak masak..masaklah. Aku
macam biasalah, balik petang. Lagi satu..Aku dah tolong kau ni..Kau pun mesti
tolong aku. Kau mesti jaga rumah ni juga. Kalau kau ambil barang, letak
tempatnya semula. Aku tak suka bersepah. Ingat!”
Iman mengangguk namun agak takut dengan cara Imil
yang tiba-tiba menjerit.
Iman
Ilyas tiba-tiba ketawa. “Rileks, bro. Jangan buat muka takut macam tu. Aku pergi dulu.” Ujar Iman Ilyas seraya berlalu pergi.
Iman termenung sendiri. Dia melihat tubuhnya sendiri
yang lebam-lebam. Kepalanya juga sudah berbalut.Masih terasa berdenyut-denyut
sakit.
Dia akhirnya membuka bungkusan nasi yang
ditinggalkan untuknya Tika itu dia juga memikir dan cuba mengingat akan apa
yang berlaku sebenarnya. Dia dibelasah? Siapa yang belasah? Dia punya musuh ke?
Siapa musuhnya? Iman hanya mampu menggeleng kepala. Dia tidak ingat sama
sekali. Akhirnya, nasi bungkus itu di makan sehingga licin.
Di kala petang, Iman terasa begitu lapar. Dengan
kudrat yang ada di menuju ke dapur. Dia menyelongkar mencari Maggi. Setelah
itu, dia mencari periuk dan memasaknya. Di kala dia ingin makan, di bawa periuk
panas itu ke meja, namun malangnya dia tergelincir.
Splashh.. Maggi panas menyimbah tubuhnya.
Duggg..Kepalanya terhentak di lantai.
Arghh…Arghh…Iman menjerit kesakitan dan kepanasan.
Matanya berpinar dan akhirnya pandangannya menjadi gelap.
Iman Ilyas baru pulang. Dia terus tersandar di sofa
sambil mengeluh berat. “Time nilah kena berhenti kerja. Tension betul. Aku dah
buat kerja baik dah. Tu pun kena berhenti. Beri alasan tak logik pulak tu.
Sakit betullah.Grrr..” Iman Ilyas melepaskan kemarahan di hati.
“Takpe-takpe. Aku dah apply beberapa kerja. Aku akan
buktikan aku boleh. Orang yang komited macam aku ni pun kena berhenti. Apa kes.
Aku tahu. Sekarang ni, kerja bergantung pada rezeki.”
Iman Ilyas kini merebahkan kepalanya ke kusyen. “Eh, baru aku ingat. Aku ada ‘geng’ baru kat
rumah ni rupanya. Lupa pulak.” Dia sudah menepuk dahi sendiri.
“I-Man..oo..I-Man. Kau kat mana? Tidur ke?” panggil
Iman Ilyas. Dia melihat ke bilik, namun lelaki itu tiada di tempatnya.
“Hmm..Ntah-ntah spoil sebab dia. Dia datang sini aku pulak kena berhenti
kerja.”
Iman Ilyas kemudian menuju ke dapur. Dia terkejut apabila
melihat sekujur tubuh terbaring di lantai.
“Ya Allah..Pengsan pulak dia.”
“Aduh..Kena siram Maggi lagi. Hish..Rugi sebungkus.”
“Menyusahkan pula budak ni. Ni kena hantar hospital
ni. Karang mati kat sini, naya aku.”
“Oii, I-Man.Bangun woii..” Tubuh Iman digoyang kuat.
Namun Iman ternyata tidak sedar. Iman Ilyas akhirnya berusaha mengangkat tubuh
itu. Namun, tidak mampu. Akhirnya tubuh itu di tarik perlahan-lahan.
“Fuhh..berpeluh aku. Berat juga mamat ni. Macam
besi. Badan macam aku je. Ntah-ntah memang I-Man ni besi tak. Iron Man.” Iman
Ilyas ketawa sendiri menepuk kepala. “Sakit aku..Sakit..”
“Eh…Ada darah pulak. Dari dapur sampai kat ruang
tamu ni. Alamak..Dah macam kes pembunuhan pulak.” Iman Ilyas membesarkan mata
sendiri. “Tak..Aku bukan pembunuh. Aku bukan pembunuh.”Dia kini terdiam.
Matanya di jeling ke kiri dan ke kanan melihat jika ada mata-mata yang
memerhatikannya.
“Hish..Mengarut dah aku ni.” Iman Ilyas sudah
menggaru kepala. “Nyawa mesti di selamatkan.” Iman Ilyas akhirnya berjaya
menyumbat Iman ke dalam keretanya. “Berjaya akhirnya. Let’s go to the
hospital.”
Di dalam kereta, Iman masih belum sedar.
‘Hish, lamanya pengsan. Koma ke apa mamat ni. Dia ni
macam menyusahkan aku je. Betullah. Dia datang je, aku kena berhenti kerja.
Memang mamat ni spoil ni. Buang jelah dekat tepi jalan. Erkk..Tak boleh..Tak
boleh..Aku bukan orang jahat. Aku ni baik je. Arggh..Astaghfirullahalazim.
Tiba-tiba jadi jahat. Aku kena tolong dia ni. Kesian dia. Aku kena tolong dia kerana Allah. Muktamad.”
“UMMI...AYAH..”Iman
memanggil-manggil nama itu berulang kali.
“Oii, bangunlah. Ngigau ke.”
Iman tersedar. “Ummi dengan ayah aku mana?” soalnya.
“Manalah aku tahu. Dia orang takde datang cari kau
pun. Kau kat hospital ni tau. Kau pengsan lagi.”
“Kau ni siapa?”
“E’eh, tak kenal pulak dia. Aku ni yang tolong
kaulah. Aku yang bawak kau ke hospital. Tak ingat ke?”
Iman menggeleng.
“Perghh…Jatuh tergolek semalam terus hilang ingatan.
Hmm..Kesian. Aku Iman Ilyas. Panggil aku Imil.”
“Imil?”
“Imil..Ye Imil. Kenapa? Pelik ke nama aku?”
Iman menggeleng. “Habis tu aku siapa?”
“Kau Iman. Tapi aku panggil kau I-Man. Faham!”
Iman menggeleng lagi.
“Susah betullah cakap dengan kau ni. Tetiba tak
betul pulak hari ni. Kau yang tak betul ke..atau aku yang tak betul ni?
Takpelah..Aku tahu ingatan kau terganggu. Sebab tu kau macam ni.”
Iman terdiam. Keliru.
Telefon Iman Ilyas kini berbunyi. Nyatalah ia nombor
yang tidak di kenali.Talian pejabat barangkali. Ia segera di angkat. Setelah
talian di matikan, dia tersenyum.
‘Syukur. Alhamdulillah. Dia ni bawa tuah rupanya.
Eh, salah. Ni rezeki Allah yang beri. Mungkin sebab aku tolong dia.’
“Iman..Aku dapat temuduga.” Ujar Iman Ilyas kepada
Iman yang masih termangu.
“Hah?” Iman ‘blur’.
“Ucaplah tahniah dekat aku.”
“Tahniah.”
Iman hanya menurut apa yang di pinta tanpa mengerti apa-apa.
Iman Ilyas kembali membawa Iman pulang ke rumah
setelah beberapa hari tinggal di hospital. Sejak hari itu mereka menjadi rapat.
No comments:
Post a Comment