Monday 31 March 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 13


IRFAN FARIS mengomel sendiri. Panas hatinya masih tidak hilang. Malah, bertambah-tambah pula apabila dia bakal bergelar seorang suami, lebih kurang sebulan lebih lagi.  Dan esok, nak kena pergi kursus kahwin. Oh, nehi! Nehi! Nehi!
            “Nenek memang tak adil. Kenapa aku yang jadi mangsa? Kalau pun dulu aku pernah di tunangkan, tapi itu dulu. Bukan sekarang. Hal tu boleh diubah. Lagipun, aku bukan saling suka dengan budak tu. Siap cerita zaman majlis berendoi dulu aku duduk satu buai dengan budak tu. Siap dah terpeluk dan tercium pun. Haishh.. Nenek, nenek. Kalau zaman tu, aku dengan budak  tu mana tahu apa-apa. Kecil lagi kut.” Irfan Faris kembali mengeluh. Dia terus menekan pedal minyak menambah kelajuan keretanya. Selamba badak sahaja dia memotong kereta lain walau dalam keadaan berbahaya. Memang pengguna nak berhemah betullah!
“Apalah kau ni Irfan. Kerana terpaksa kahwin dengan budak nama Sya tu, kau tak ada etika kemanusiaan. Cubalah jadi cool sikit. Masalahnya kau ni memandu secara tak berhemah. Boleh mengakibat kemalangan kepada orang lain. Faham tak! Lain kali berfikir secara rasional!”
Suara halus begema dicuping telinga. Seakan ia adalah dirinya yang satu lagi.
            Screeett…
Irfan Faris segera membrek keretanya apabila lampu isyarat sudah bertukar warna merah. Takut pula untuk menjadi pemandu tak berhemah sebab ternampak polis trafik dekat hujung jalan. Kalau tak, dah langgar jugadah.
            “Tengok tu. Nasib baik ada polis trafik. Kalau tak, mesti dah laju aje kau pecut. Apalah kau ni, takut dengan polis trafik.” Suara halus seakan mentertawakannya.
         Irfan Faris mengeluh kasar. Dia tahu, kalau hati tengah marah, ada saja anasir-anasir ghaib mengganggu fikiran. Dengan itu, perlu banyak beristighfar.
Irfan Faris kemudian menuju ke destinasi yang dijanjikan. Cantik sahaja kereta Mitsubishi Lancernya memakir di sebelah kereta sport Audi, milik Zack Nadzri.
“Aii, bro.Kelat aje muka. Kenapa?” soal Zack Nadzri apabila temannya itu baru menarik kerusi duduk di hadapannya. Ternyata muka itu dapat dibaca riak wajahnya. Irfan Faris tidak menjawab, sebaliknya terus mencapai air ice lemon tea milik Zack lalu menyedutnya. Dia biarkan hatinya sejuk sedikit.
Zack Nadzri hanya tersenyum melihat perlakuan itu. Dia faham. Itu adalah bukti Irfan Faris sedang menghadapi masalah besar dan ingin bantuannya. Sememangnya ditelefon tadi dia juga dapat menduga sesuatu berdasarkan nada suara itu. Irfan Faris kelihatannya masih menyedut minuman itu dan termenung jauh. Jauh,  sejauh-jauhnya.
Zack Nadzri kemudian memanggil pelayan dan meminta air ice lemon tea sebagai ganti airnya yang sudah diminum Irfan Faris.
Sorry, bro. Aku ambil air kau.” Irfan Faris baru tersedar.
No, hal.”
Irfan Faris mengela nafas melepaskan keluhan.
            “Zack. Kau nak kahwin tak?” soal Irfan Faris tiba-tiba.
            Zack Nadzri yang tika itu menyedut air ice lemon teanya, terbatuk-batuk. Tersedak.
            “Perghh…Soalan. Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba aje.”
“Kalau kau nak, aku dah ada orangnya.”
“Kau dah carikan aku calon ke?” Zack Nadzri tergelak-gelak sendiri. Terasa Irfan Faris membuat lawak. Ni lawak sakit jiwa ke apa.
“Nah! Kalau kau nak, kau boleh kahwin dengan budak ni.” Irfan Faris sudah mengeluarkan sekeping gambar dari kocek bajunya.
            Zack Nadzri terkesima. Dia ingatkan Irfan Faris bergurau, tapi kalau dah siap ada gambar apa maknanya. Biar betul!
            Gambar yang dihulurkan Irfan Faris diambil dan dilihat.
            “Wah, comel. Siapa ni?”
            “Tunang aku masa kecik.”
            “Hah??” Terbeliak juga mata Zack Nadzri. “Err..Aku tak salah dengar ke ni? Ni, tunang kau? Kau.. dah bertunang?”
            “A’ah. Aku pun baru tahu. Tapi aku tak nak dia ni. Kau ambillah.”
            “Hish, kau ni. Ada ke cakap macam tu. Tak baik tau. Kau buat budak ni macam anak patung. Pass..pass kat orang. Mana boleh. Emm..Baik kau cerita apa yang sebenarnya berlaku. Aku tau ni. Mesti ada masalah besar ni. Takkan tiba-tiba kau offer kat aku tunang kau ni weh. Kau biar betul? Ni, adat mana kau ikut ni.”
            “Nenek aku nak kahwinkan aku dengan budak ni bulan depan.” Irfan Faris terus meluah kata.
            “Okeylah tu. Aku dengan senang hati boleh jadi pengapit kau.”
            “Kau ni tak fahamlah, Zack. Aku tak suka budak nilah!” Irfan Faris menekan sedikit suaranya agar Zack Nadzri mengerti perasaan yang dihadapinya kini.
            “Ooo, macam tu.”
            “Itu aje kau jawab. Angin betul aku dengan kau nilah.” Irfan Faris sedikit berang.
            “Rilekslah. Aku saja je. Kau pun tahu aku macam mana, kan. Aku tak suka orang bercerita dengan gaya-gaya emo ni. Cuba kau cerita rileks aje.” Zack Nadzri tetap dengan gayanya. Santai.Cool.
            Irfan Faris menarik nafas panjang. Dia mula bercerita.
            “Kalau kau nak tahu, nenek kesayangan aku nak kahwinkan aku dengan budak dalam gambar tu bulan depan. Masalahnya, aku tak suka budak tu. Alasan nenek aku nak kahwinkan aku dengan budak tu, kau tahu sebab apa?”
            Zack Nadzri menggeleng. Memanglah dia tidak tahu. Irfan Faris tak pun beritahu lagi.
“Sebabnya, kau nak tahu kenapa?”
            Zack Nadzri mengangguk.Confirmlah dia nak tahu.
“Nak dijadikan cerita budak ni ada tolong nenek aku masa kena ragut. Awalnya nenek aku tak tahu siapa budak ni, tapi nak dipanjangkan cerita rupanya budak ni anak kenalan dia masa dekat kampung dulu. Apa yang aku tak boleh terim, nenek aku dah tunangkan aku dengan budak ni masa zaman aku duduk dalam buai lagi. Masa majlis berendoi, potong jambul. Lepas tu dia kata lagi, masa tu aku dah terpeluk cium budak tu. Ada ke patut. Haishh..Angin aku!”
            Zack Nadzri hanya tenang mendengar. Dia tersenyum.
            “Eh, kau tak terkejut ke Zack?”
            Zack Nadzri menggeleng kepala. “Tak.”
            “Eh. Kau patutnya kena terkejut.”
            “Apa hal pulak nak paksa aku terkejut. Aku sokong aje cadangan nenek kau tu.”
          “Kau ni sokong nenek aku lebih-lebih kenapa? Kau jangan cakap nak jadi tok tiri aku ea. Kau jangan macam-macam. Putus kawan macam ni.”
            “Aii, aku tak cakap apa-apa pun. Kau tu yang tiba-tiba bangkitkan pasal tok tiri tu kenapa?” Zack Nadzri sudah tersengih. Dia masih tidak ralit memandang wajah Irsya Natasya di dalam gambar yang dipegang.
            Irfan Faris buat muka bengang.
            “Dahlah. Bak sini semula gambar tu!” Irfan Faris cuba merampas gambar Irsya Natasya dari tangan Zack Nadzri.
            “Eh, main rampas-rampas pula. Tadi kasi aku.”
            “Ah, jangan harap. Tak boleh. Bak sini semula. Kau tak sokong aku siapa suruh.” Irfan Faris segera merampas gambar tersebut dan terus disimpan kembali ke dalam kocek baju di dada sebelah kiri. Ya..Yang pastinya dekat di hati.
            Zack Nadzri sudah tergelak. “Marah pulak. Tadi beriya pass pada aku. Ni, terus simpan dekat dengan hati. Ngeklah kau ni.”
            “Eh. Dah tu kocek baju ni sebelah sini, aku sumbat ajelah. Takkan nak letak gambar ni kat kocek seluar.”
            Zack Nadzri tergelak lagi. “Tu buktinya, kau muliakan dia sebagai seorang wanita yang bergelar tunangan masa kecik kau.”
            Irfan Faris merengus kasar. Ada-ada aje kata-kata Zack Nadzri ni. Ingatkan nak sokong, rupanya tak. Tak guna punya kawan.
            “Masalahnya sekarang ni, aku tak suka dia. Kau faham tak!”
            “Dah tu, kenapa kau tak buang aje gambar tu. Kan senang.”
            “Kalau aku buang, nenek aku marah nanti. Kalau tiba-tiba dia tanya gambar ni, aku nak jawab apa? Mama aku kata dia bersusah payah minta gambar ni kat keluarga budak tu semata-mata nak tunjuk pada aku. Budak tu bukan yang jenis suka bergambar. Susah nak ada gambar dia.”
            “Oh..Macam tu.” Zack Nadzri tersenyum lagi.
“Kau ni kenapa? Senyum-senyum.”
“Saja.Just smile.”
Irfan Faris mengeluh nipis. Rasa nak lukuk aje kepala kau Zack.
“Zack.Tolonglah beri idea kat aku. Aku tengah tension ni. Macam mana aku nak elakkan benda ni daripada terjadi. Aku tak naklah kahwin dengan budak tu. Hati ni berbuku kau tahu. Aku tak sukalah. Cuba kau kat tempat aku. Apa kau rasa?”
Zack Nadzri kelihatan tenang. Untuk seketika dia tidak berbicara. Dia memandang wajah kelat Irfan Faris. Sambil itu dia menyedut ice lemon tea di hadapannya. “Okey. Sekarang ni aku nak tanya kau. Kau dah pernah jumpa budak tu?”
“Belum. Tak kuasalah aku nak jumpa dia!” Ujar Irfan Faris sambil memeluk tubuh. Hatinya masih meluap-luap rasa panas. Riak wajahnya kekal kelat.
Emm..Nama dia siapa?”
“Sya.” Jawab Irfan Faris sepatah.
“Sya, aje ke? Nama panjang.”
“Apa kena mengena nama panjang, nama pendek ni. Nama bulat, nama lonjong!” Irfan Faris sedikit angin.
“Aku tanya aje. Kau ni pun. Rilekslah.  Jangan berbicara dengan emosi. Aku dah cakap tadi, kan.”
“Namanya Irsya Natasya. Panggillnya Sya.”
“Irsya Natasya. Hmm..Sedap nama dia, kan.”
“Apa hal pula kau puji nama dia.” Irfan Faris seakan tidak berpuas hati.
“Rilekslah. Aku puji nama dia pun kau marah.  Macam jealous aje..Macam cemburu aje.”
Irfan Faris sudah menjeling tajam ke arah Zack Nadzri. Panas sahaja hatinya dengan temannya itu. Rasa nak pelangkung pun ada.
Zack Nadzri tersengih-sengih.
“Okeylah. Aku kasi adil. Aku puji nama kau juga. Sedap nama kau Irfan Faris. Macam artis. Class gitu!”
“Karang kau kena dengan aku, Zack. Ni bukan masa nak buat lawak bodoh kau tahu!”
Zack Nadzri tersengih-sengih. “Okey, okey. Cool beb. Cool. Don’t emo..emo.Don’t stress..stress. Emm..Aku rasa, lebih baik kau jumpa dia dan terangkan baik-baik pasal perasaan tak suka kau pada dia. Ni, ada masa lagi. Jangan dah sampai hari kejadian baru kau nak buat hal. Nak lari dari majlis. Kalau itu yang berlaku, aku takkan memihak pada kau lagi.” Zack Nadzri berbicara lembut namun maksudnya mendalam.
“Kalau kau nak bertindak, bertindak sekarang. Benda ni boleh dibawa berbincang. Jangan last minit baru nak buat. Tak pun esok kau jumpa dia. Senang. Tempoh sebulan ni dah genting sebenarnya, tapi masih boleh diubah keputusan tu. Ingat, Irfan. Jangan memalukan pihak lain.”
“Esok mana boleh. Lusa pun tak boleh. Aku ada kursus kahwin. Dua hari. Sabtu dengan Ahad.”
 “Tak nak kahwin, tapi pergi kursus kahwin. Lawaklah kau ni.” Zack Nadzri tergelak.
“Sedap aje kau ketawakan aku. Kalau kau nak tahu, nenek aku dah siap daftar nama. Apa tak parah aku macam tu. Terpaksalah aku pergi juga.”
“Nasib kaulah, ya. Okey, tak apa. Kursus kahwin tu kau pergi aje. Tak membazir pun. Sijil Kursus kahwin tu, tak ada expired pun, kan?”
“Aku tensionlah, Zack. Aku tension. Kenapa ada orang aturkan hidup aku. Tak sukalah. Nak jumpa budak tu pun aku rasa, entahlah. Aku tak boleh terimalah!” Irfan Faris kembali melepaskan keluhan ketidakpuasan hatinya.
“Okey. Kalau macam tu, biar aku aje jumpa dia.”
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut.
“Kenapa terkejut? Jealous?”
“Tak ada maknanya.”
 “Macam ni. Plan aku, esok biar aku aje jumpa Sya dan terangkan kat dia situasi sebenar. Kalau dia buat keputusan untuk tolak kau, nenek kau mesti tak boleh kata apa. Dengan tu, kau selamat.”
“Haa..Bagus juga idea kau tu.” Irfan Faris tersenyum juga. Sedikit lega dengan cadangan temannya itu.
“Kau bagi nombor Sya dekat aku. Nanti biar aku mesej atau telefon dia.”
“Eh. Tu kau tak payah risau. Biar aku aje uruskan.Aku takut kalau kau yang beritahu, ada kemungkinan dia tak nak jumpa. So, biar aku aje. Almaklumlah, aku ni tunang dia. Nak tak nak, dia mesti kena jumpa aku. Betul tak? Lagipun, aku tak ada nombor dia sekarang ni. Nanti aku minta dekat mama aku.”
Emm..Yalah.”
Di dalam hati, Zack Nadzri tergelak. ‘Ya ke tak ada nombor?Cakap ajelah yang kau tak nak kasi nombor tunang kau tu. Takut terjealouslah tu. Entah apa-apalah kau ni Irfan. Selamatlah alasan kau logik dan boleh diterima akal.’
“Okey. Nanti aku beritahu waktu dan tempatnya. Aku pun tak tahu lagi, dia ada masa ke tak. Dia tu kerja ke tak, aku pun tak tahu. Apa-apa pun, aku berterima kasih dekat kau sebab sudi tolong aku. Yalah. Ni soal hidup dan mati aku, bro. Tak kuasa aku nak kahwin dengan orang yang aku tak suka.”
“Ya, aku faham. Tapi, kau kena ingat. Kalau itu takdir jodoh kau, kau kena terima tau.” Zack Nadzri memberi nasihat sebaiknya.
Irfan Faris mengangguk juga walau dalam riak wajah yang nyata tak mahu menerima kata-kata itu.
“Rilekslah, bro.Anggap aje kau dah sampai seru.” Zack Nadzri tersenyum.
Irfan Faris membuat muka.
Zack Nadzri kemudian bangkit dari tempat duduknya.
“Nak ke mana?”
“Jom.Tengok wayang.Release tension.Tak payahlah buat muka kelat kau tu. Benda ni boleh settlelah.” Ajak Zack Nadzri.
Irfan Faris juga turut bangun.
Uit, jangan lupa bayar ea. Dahlah ambil air aku.”
“Tahulah.  Kau tu harap aje lebih kaya dari aku, tapi kedekut.”
“Bukan kedekut…Jimat.”Zack Nadzri tergelak-gelak.
Irfan Faris tergelak sama. “Ngeklah kau.”
Alala cucu manja nenek.”
“Apa kau! Sekali lagi kau sebut, aku bagi karang!” Irfan Faris sudah menunjukkan penumbuk buku limanya.
“Rileks, cu. Rileks.  Don’temo..emo.
“Kau ni memang ngeklah Zack. Tak ingin aku ber ‘atok tiri’ kan kau.”
Zack Nadzri bantai gelak. “Dahlah, jom. Tak payah nak jadikan isu part atok tiri tu. Tak ada faedah pun. Hmm..Aku rasa tak jadilah pergi tengok wayang. Apa kata kita pergi karaoke. Aku belanja. Aku tengah semangat nak nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru untuk kau ni.”
Akibat kata-kata itu, belakang Nadzri mendapat habuan.
Woo..Woo..Sakit tu, bro!”
“Padam muka kau. Nak sangat kenakan aku!”
“Okeylah. Kalau macam tu, aku ubah lagu. Aku nak nyanyi lagu Nenek-Neneklah.” Ujar Zack Nadzri selamba.
Irfan Faris kembali menunjukkan buku limanya. Angin betul dia dengan sikap Zack Nadzri yang sememangnya sengaja memerlinya.
“Kau ni, janganlah emo sangat. Aku buat lawak gelak-gelak ni, biar kau tak stres.”
“Masalahnya, lawak kau tu memang buat aku stres.”
Dalam pada itu telefon bimbit Irfan Faris kini berbunyi. Poket seluarnya diseluk.
“Sya telefonlah tu kut. Nak tanya cik abang dia merayap ke mana.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak tawa.
“Tak ada maknanya. Nenek akulah.” Jawab Irfan Faris setelah melihat nama di skrin telefon bimbitnya.
“Oh, yalah. Cucu manja neneklah katakan.”
Irfan Faris hanya membiarkan panggilan itu. Ia sengaja tidak dijawab.
Uit.Jawablah telefon tu.Takkan merajuk dengan nenek kut. Gediklah kau ni.” Zack Nadzri tergelak lagi. Dia sememangnya suka ketawa. Hidupnya sepertinya sangat gembira. Don’t emo..emo..Don’t stress..stress..Itu sudah menjadi trademark kegemarannya.
Irfan Faris sempat menjeling temannya itu.
“Angkatlah, bro. Kesian kat nenek kau tu. Kalau nak marah sekalipun, agak-agaklah. Entah-entah ada hal penting kat rumah tu. Ke…kau nak suruh aku jawab.”
“Kau nak jawab? Eh, baik tak payah. Nanti apa yang kau ngayat kat nenek aku. Tak kuasa aku.” Mahu tidak mahu, panggilan itu dijawab jua. Panggilan meminta dirinya balik ke rumah seawal mungkin untuk sesi bertemu perunding perkahwinan.Grrr..
“Zack. Tolong aku Zack. Nenek aku dah siap suruh perunding perkahwinan datang rumah malam ni. Mampus aku macam ni Zack.”
“Apa-apa hal kau telefon Sya dulu. Biar aku bincang dengan Sya esok. Okey, bro. Kita sekarang ni kena berharap dekat Sya. Keputusan dia boleh mengubah keputusan nenek kau.”
Irfan Faris mengangguk. Dia sedikit lega mendengar kata-kata temannya itu. Apa yang pasti, dia perlu dapatkan nombor Irsya Natasya daripada mamanya.
“Dahlah. Baik kau balik. Berlakonlah sikit olok-olok ambil peduli. Sekurang-kurangnya, dapat mengaburi pandangan nenek kau tu. ”
“Tak nak aku. Biarlah dia orang yang bincang. Siapa suruh nak kahwinkan aku. Aku tak nak!” Irfan Faris sedikit mendengus dan kemudian terus berjalan pergi mendahului Zack Nadzri.
“Ikut kaulah Irfan Faris, oii.” Zack Nadzri hanya mampu menjongket bahu. Dia kemudian memakai kaca mata hitamnya. Sambil itu dia bersiul lagu ‘Selamat Pengantin Baru.’ Haha..Masih sengaja mahu mengenakan temannya itu.
"Woii!"
"Tak payahlah nak woi, woi bagai. Tegur baik-baik, sudah." Zack Nadzri kembali ketawa. Best betul dapat kenakan Irfan Faris.


Bersambung lagi....
To reader, any comment?



Sunday 9 March 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 12


“KAHO NAA PYAAR HAI...” Ujar Irfan Faris.
 “Hah? Apa?” Si gadis yang berdiri di hadapannya itu terkejut.
“Cakaplah…Kaho Naa Pyaar Hai..”  Ujar Irfan Faris seromantik bicara.
Kaho Naa Pyaar Hai..” Ujar si gadis.
Irfan Faris tersenyum dalam lirikan manja matanya. “Betul ke awak cintakan saya?”
Si gadis jadi blur. “Err…Jap. Tadi tu maksudnya apa?”
Kaho Naa Pyaar Hai..Katakanlah kau cinta padaku.”
“Oh.Macam tu ke? Okey. Saya cinta awak jugalah.” Ujar si gadis malu-malu sambil tertunduk mengigit jari ala-ala gedik.
I love you.” Gemersik suara Irfan Faris berbicara.
Wajah gadis di hadapannya terus jadi memerah. Ada blusher free kat pipi.
Irfan Faris tersenyum nakal. “Just for you, my sweetheart.” Ujarnya sambil menghulurkan setangkai mawar merah.
“Untuk saya?”
Irfan Faris mengangguk. Si gadis kembali tersenyum malu. Ala malu-malu kucing gitu. Kian memerah pipinya. Tangannya menyambut huluran bunga tersebut.
I really love you, sayang.” Ucap Irfan Faris sambil mendekatkan wajah ke muka si gadis.
Muahhh…”
Irfan Faris tersedar apabila dia sudah tergolek jatuh dari katil. Dia terkejut apabila di tangannya masih memegang gambar Irsya Natasya. “Eii..Gambar dia. Aku cium gambar dia ke? Yarkk..Muntah! Apa ke hal aku mimpi sampai cium gambar dia ni?”Irfan Faris kembali ke atas katil. Gambar itu kemudian disorok ke bawah bantal. Dia kembali menyambung tidur.

DI PAGI hari, jam loceng sudah berbunyi, berlagu-lagu. Zass…Irfan Faris segera tersedar dan duduk dari pembaringan sambil terpisat-pisat menggosok mata. Tiba-tiba…
“Alamak! Mana pulak aku campak gambar dia ni. Mampus aku!” Irfan Faris spontan teringatkan gambar itu walhal baru bangun tidur. Dia kemudian mencari-cari di seluruh katil. Selimutnya dikirai, dan akhirnya ia dijumpai di bawah bantal.
“Selamat tak kemek sangat gambar ni. Tapi…bila masa aku letak bawah bantal? Bukan aku campak sembarang ke malam tadi?”
Irfan Faris teringat sesuatu. Ohh..Patutlah. Dia memang sorokkan gambar tu bawah bantal.Ah, lantaklah. Janji jumpa gambar budak ni. Karang kalau hilang, aku yang kena bebel dengan nenek.Irfan Faris kemudian memasukkan gambar tersebut ke kocek bajunya. Kocek di dada sebelah kiri. Dekat di hati.
“Ish, aku ni. Yang aku sumbat gambar dia kat kocek ni kenapa? Ngek betullah.” Gambar itu kemudian diletak di atas meja di sisi katil. “Duduk situ diam-diam. Jangan ngada-ngada nak  dekat-dekat dengan hati aku!”  Irfan Faris bercakap sendiri.
Irfan Faris kemudian membersihkan diri dan bersembahyang Subuh.
Sewaktu bersarapan, Nek Kalsum kembali membuka cerita tentang Irsya Natasya.
Sya..Sya…Sya.. Tak ada nama lain ke nek? Grrr..Hanya itu yang mampu dikeluhkan Irfan Faris di hati.
“Malam tadi nenek mimpi Irfan lari masa majlis pernikahan dia dengan Sya.” Cerita Nek Kalsum kepada Kirana.
Laa..Nenek ni. Sibuk pulak nak cerita mimpi dia dekat mama. Sajalah tu.Kata-kata itu terbisik di hati Irfan.
“Haaa..Irfan. Kamu tak ada mimpikan Sya ke malam tadi?” soal Nek Kalsum.
Aii, soalan. Tanya part mimpi pulak. Apa punya topik ni?
“Ada. Irfan ada mimpikan Sya. Irfan mimpi kasi dia bunga. Nenek rasa, apa maknanya tu?”  soal Irfan Faris sambil memandang wajah neneknya.
“Wah, betul ke Irfan.Tu maknanya, Irfan akan berkahwin dengan Syalah tu.” Ujar Nek Kalsum dalam senyuman. Ceria wajahnya.
Irfan Faris terbatuk-batuk. Menyesal dengan keterlanjuran bicara menyampaikan mimpinya itu. Walaupun sebenarnya dalam mimpi tu dia tak nampak pun wajah si gadis. Sekadar sedap mulut cakap si gadis tu adalah Sya.
“Oh. Haa..Irfan. Kalau kamu ada masa, jumpalah dengan Sya. Bincang pasal perkahwinan kamu. Akan datang kamu dah start kerja lagi susah nak jumpa. Bukan lama pun dah. Sebulan lebih aje lagi.” Ujar Nek Kalsum.
“Hah? Apa?” Irfan Faris sudah tersedak air yang diminum. Dia nyata terkejut. “Apa nek? Sebulan lebih lagi?” Dia kembali menyoal.
“A’ahlah. Sebulan lagi. Eh, nenek tak cakap ke semalam? A’ahlah, nenek lupalah Irfan.” Nek Kalsum sudah menepuk dahi.
 “Nekkk... Kenapa tak beritahu awal-awal, nek. Irfan ingatkan lama lagi.”
“A’ah, Irfan. Mama pun lupa nak cakap. Yalah. Semalam sibuk fikir nak pujuk nenek ni. Tapi, memang rancang majlisnya lebih kurang sebulan aje lagi. Tarikh lahir Irfan ikut kalender Islam. Tu maknya Sya yang minta.”
Sudah! Irfan Faris hanya melepaskan keluhan kasar. Dia terasa dirinya dianiayai.
“Tak naklah Irfan. Cepat gila.”
“Jangan kata tak nak! Semalam Irfan dah janji dengan nenek nak terima si Sya tu, kan?”
“Nek, semalam tu Irfan just terima dia tu sebagai tunang Irfan. Okey, TUNANG. Bila difikir, okey, fine. Tak ada masalah. Irfan boleh belajar terima dia. Tapi, Irfan tak tahu pulak yang nenek dengan mama dah bincang tarikh untuk pernikahan kita orang. Nekkk…Sebulan lebih tu mana sempat nek. Persiapan apa benda semua tu banyak nak buat. Nenek tak fikir ke?”
“Siapa kata tak sempat Irfan oii. Nenek akan uruskan semuanya. Nenek pun dah minta pihak keluarga Sya buat persiapan. Dia orang okey aje.”
Irfan Faris sudah menepuk dahi. Mampus! Boleh mati muda aku macam ni. Gila ah! Terguris hati dan perasaan aku ni tau. Nenek ni memanglah. Keputusan ikut dia aje. Siapa entah nak kahwin dengan budak tu. Sesedap rasa aje dah suruh pihak sana buat persiapan. Macamlah aku ni setuju nak terima. Kalau setahun dua tu, aku consider lagi. Mangsa betullah.
“Nek..Bagi tempoh sikit boleh tak nek? Setahun dua ke lagi. Biar hati Irfan ni boleh betul-betul terima. Nek bincanglah semula nek. Irfan janji, Irfan akan terima si Sya tu. Tapi bukan sekarang.”  Irfan Faris meminta belas kasihan.
No! Jangan malukan nenek dengan keluarga si Sya tu.”
“Nekkk..”
“Nenek tak nak Irfan cakap apa-apa. Ini keputusan nenek. Muktamad!”
Irfan Faris rasa terdera hati dan perasan. Itulah neneknya. Kalau dia dah kata U, maka U lah jawabnya. Kalau G, G lah jawabnya. Dia kemudian segera bangun angkat kaki dan kembali masuk ke bilik. Dia memujuk hati sendiri yang terluka lara.
Tension aku..Tension! Kenapa nenek nak kahwinkan aku secepat ni? Hishh…Peningnya memikir. Tak suka betullah. Kahwin kena paksa-paksa pulak. Apa ni? Tak ada perasaan betul!” Ternyata dia bengang dan tertekan.Rasanya, lebih tertekan dari semalam.
“Eii, sakit jiwa aku macam ni!” Irfan Faris masih memegang kepala kejap-kejap. Tahap tekanan yang dialaminya berada di tahap tinggi. Dia kemudian bangun dan pergi ke arah jendela yang terbuka luas. Dipandangnya ke bawah. “Bongoklah aku kalau terjun bunuh diri pasal ni. Tak ada pertimbangan langsung!” Irfan Faris kemudian menampar pipi sendiri. Berusaha beri kesedaran sebagai motivasi pada diri sendiri. Motivasi itu penting, okey.
“Apa aku nak buat ni?” Irfan Faris mundar-mandir sendiri.
Gambar Irsya Natasya di atas meja di sisi katil kini diambil.
“Oii, budak. Kau ni siapa hah? Kenapa kau muncul dalam hidup aku? Kau ni menyusahkan aku tau tak. Senyum-senyum. Sukalah tu aku ni kena kahwin dengan kau kan?” Irfan Faris bercakap sendiri dengan gambar.  Macam ngek ajekan?
Gambar itu tiba-tiba mencebik marah.
“Eleh, marah pulak dia. Sekali aku bagi karang!” Irfan Faris sudah menunjukkan penumbuknya. Marah pada gambar.
“E’eh, aku ni dah kenapa?” Irfan Faris tersedar sendiri. Rasa dirinya ‘gila’ sekejap kerana tekanan yang dialami kini. Dia cuba bertenang.Gambar Irsya Natasya yang kekal tersenyum kembali dilihat.
“Menyampahlah aku tengok muka kau Sya! Menyampah..Menyampah..Menyampah!” Irfan Faris kemudian menyumbat gambar itu ke koceknya.
“E’eh, aku ni. Simpan gambar dia kat kocek ni buat apa.” Gambar itu kemudian disumbat ke dalam laci.Dia kembali terbaring di atas katil sambil mengeluh dan terus mengeluh.

PETANG itu..
Telefon bimbit Irfan Faris berdering. Zack Nadzri menghubunginya.
“Bagus kau telefon, bro. Aku ada benda nak cakap kat kau ni.”
“Apa? Macam gempak aje.”
“Nanti aku cerita. Tension nak cakap kat telefon ni.”
Uitt, tension. Pasal apa? Marsha?”
“Tak ada kena mengena pasal dialah. Nantilah aku cerita.”
“Okey.”
Talian dimatikan.
Irfan Faris sedikit lega. Rasanya, dia boleh meluah rasa kepada temannya itu. Mungkin temanya itu boleh membantu untuk memberi idea agar dia mampu keluar dari permasalah kini.
            Gambar Irsya Natasya di dalam laci kembali diambil dan disumbat ke kocek bajunya. Memang itulah tempat terbaik Irsya Natasya. Dekat dihatinya. Gambar itu perlu dibawa dalam sesi perbincangan dengan Zack Nadzri, kaunselor tak bertauliahnya itu. Ia adalah sebagai satu bukti yang sahih lagi benar. Sejurus itu, dia keluar dari bilik dan turun ke bawah sesenyap mungkin.Harapnya dia tidak akan bertemu muka dengan nenek kerana dia tidak mahu kisah berkaitan Irsya Natasya itu kembali disebut oleh nenek. Bingit rasa telinganya bila nenek bercerita. Mula-mula tunang, tup..tup..nak kena kahwin. Haish…Memang tak masuk akal. Buat masa ini, biarlah hatinya tenang seketika walaupun nanti dia juga akan bercerita hal itu kepada Zack Nadzri.
“Nak ke mana tu Irfan?” soal Nek Kalsum tika Irfan Faris baru turun meniti dia anak tangga. Irfan Faris sedikit mengeluh apabila terserempak dengan neneknya. Termalang sedikit nasibnya.
“Irfan nak keluar jumpa Zacklah, nek.Rindu dah lama tak jumpa dia. Dia pun baru balik. Dia call tadi ajak jumpa.” Irfan Faris berbicara sebaiknya.Ayat tak boleh blah. Rindu kat Zack? Haha..Rasa boleh muntah.
“Yalah.”
“Okey, nek. Irfan pergi dulu.” Irfan Faris malas berbicara panjang.
Selamat tak ada topik pasal si Sya tu. Bisik Irfan Faris di hati sedikit lega.
“Haa…Irfan. Sekejap. Lupa pulak nenek nak beritahu tadi. Nenek dah daftarkan nama Irfan pergi kursus kahwin.”
“Hah?? Kursus kahwin??” Irfan Faris nyata terkejut separuh mati. Memang terdera perasaan dan jiwa raganya tika ini.
“Yalah, kursus kahwin. Nak kahwin kenalah ambil kursus kahwin dulu.”
 “Nek…Pleaselah nek. Tangguhlah dulu, nek.”
“Mana boleh tangguh-tangguh. Dah tak lama ni Irfan oii. Nenek dah daftarkan dah. Jadi, esok Irfan pergi ya.”
“Hah? Esok?” Lagilah Irfan Faris terkejut.
“A’ah, esok. Nenek mula nak booking tarikh minggu depan, tapi minggu depan dia orang tak buat. Yang terdekat, tarikhnya esok. Lagipun bukan lama sangat pun kursus kahwin tu. Dua hari aje. Sabtu dengan Ahad. Esok dengan lusa. Isnin tu, Irfan pergilah terus buat ujian HIV. Ingat Irfan. Sebulan lebih aje lagi ni.”
“Eii, apa ni. Esok nak kena pergi kursus kahwin? Pulak dah!” Irfan Faris memberontak geram di hati.
Pleaselah, nek..Please….Jangan buat Irfan macam ni. Tangguh dululah nek.” Irfan Faris cuba merayu.
“Keputusan nenek muktamad! Dah tak ada rundingan dah. Benda ni dah bincang dua pihak. Nenek dengan keluarga Sya dah setuju. Nak tak nak Irfan kena terima juga.”
“Bukan patutnya empat pihak ke nek. Irfan dengan si Sya tu, nenek kena ambil kira tau.”
“Dah. Jangan nak mengajar nenek pulak.Irfan kena tahu si Sya tu dah selamatkan nenek. Kalau tak kerana si Sya tu..bla..bla..bla.. Anggaplah kamu balas budi di Irfan. Lagipun dia tu kamu dah peluk cium masa kecil..bla..bla..bla..” Nek Kalsum kini mengulang cerita yang sama.
Irfan Faris terpaksa tadah telinga. Apa yang pasti dia buat-buat tidak dengar. Menyampah rasanya. Hati di dalam sudah mengomel. Baik-baik hatinya dah mula tenang, jadi panas semula.  Eii, menyampahnya aku dengar. Bingit! Bingit! Bingit! Apa yang pasti dia perlu lari untuk seketika. Lagipun dia memang ingin keluar berjumpa Zack Nadzri. Jika dia terus terpacak di situ, maka semakin panjang cerita nenek.
Nek Kalsum masih bercerita.
Irfan Faris punya idea. Dia kemudian datang menghampiri Nek Kalsum dan menutup mulut neneknya. Jadi budak jahat sekejap.
“Nek, stop nek. Irfan nak keluar jumpa Zacklah nek. Dah janji ni. Kalau nenek nak cerita pasal si Sya tu comel ke tak comel, apa semua berkaitan dia tu, kita sambung malam ya, nek.Sorry, nek.” Ujar Irfan Faris sambil mengucup pipi neneknya sebelum lari ke muka pintu.
“Bertuah punya cucu. Ditekupnya mulut aku. Selamat aku tak lemas.”
Kirana yang sejak tadi melihat apa yang berlaku, hanya tersenyum dan menggeleng kepala. Kedua-dua mereka itu memang banyak ragamnya.
“Tata, nenek.See you. Ma..Irfan nak keluar jumpa Zack, ma. Dia call tadi.” Beritahu Irfan Faris tanpa diminta tatkala terserempak dengan mamanya di muka pintu.
“Nanti Irfan.” Panggil Nek Kalsum tiba-tiba.
“Nak apa lagi nek? Irfan dah lambatlah nek. Kesian Zack tunggu nanti.”
“Malam ni nenek sambung cerita.”
Irfan Faris menelan liur. Sudah! Memang terpaksa menghadap juga. Apa lagilah yang nenek nak cerita.Best sangat ke budak Sya tu?
“Yalah, nek.” Irfan Faris terpaksa memaniskan bicara. Malas nak cari gaduh. Kalau ikutkan hatinya memang tengah hot sekarang ni.
“Dahlah. Kenapa tak pergi lagi. Kata nak jumpa Zack?”
“Ya, nek.” Irfan Faris kemudian berlalu pergi setelah meminta diri daripada nenek dan mamanya.
“E’eh, nenek ni. Buat-buat tanya pulak. Dia yang sibuk ‘tahan’aku nak keluar, boleh pula kata aku tercegat tak pergi-pergi. Nenek ni memanglah. Dah nyanyuk.” Irfan Faris hanya berbicara di hati. Jika neneknya mendengar, sudah pasti berkecil hati. Tak pasal-pasal nak kena memujuk lagi.
Selajur Irfan Faris keluar…
“Ibu.. Tak apa ke kita buat macam ni. Maksud Kirana, pasal pernikahan Irfan dengan  Sya tu. Kirana takut Irfan buat hal masa majlis dia nanti.”
“Ibu yakin, Irfan takkan buat macam tu. Cucu ibu itu baik. Protes-protes dia pun, dia akan ikut cakap ibu.”
“Harapnya begitulah, ibu. Biarlah majlis tu nanti berjalan lancar.”
“Ibu faham Kirana. Tapi, ibu rasa Sya tu yang terbaik buat Irfan. Walaupun cara dia tu agak kasar sikit, tapi hati ibu senang dengan dia. Sejuk hati ibu bila tengok dia. Ibu tak nak cucu ibu tu kahwin dengan orang-orang yang memandang kebendaan. Yang pakai baju tak cukup kain semua tu. Harap muka aje cantik. Ibu tak boleh terima. Biar muka buruk, tapi hati baik. Sya tu pun, cantik aje ibu tengok. Minat lagu-lagu klasik macam ibu. Bukan senang tau ibu nak jumpa.”
“Iyalah, ibu. Kirana pun rasa senang dengan sikap Sya itu. Dia pandai ambil hati orang tua.”
“Tulah sebabnya, ibu nak sangat Irfan kahwin dengan Sya. Ibu nak Irfan tahu, yang pilihan ibu ni yang terbaik. Moga Allah takdirkan jodoh mereka berdua. Ibu ni pun bukan siapa-siapa untuk menentukan. Ibu hanya ingin yang terbaik untuk cucu ibu tu.”
“Ya. In Shaa Allah, ibu. Kirana faham. Dah, jom ibu. Kita minum petang dekat luar. Sambil tu, kila boleh bincang pasal majlis Irfan. Sambil tu, Kirana nak telefon Kak Odah. Nak tahu apa perkembangan dekat sebelah sana.Harapnya, Sya tak ada masalah.”
“Eloklah tu. Benda ni benda baik Kirana. Moga dipermudahkan.” Balas Nek Kalsum berteman senyuman.