Thursday 21 March 2013

Cerpen- Terimalah RM 22.50 Tunai Dariku...


Mustika tersenyum sendiri membaca helaian-helaian surat yang pernah di terima daripada Mr. Love. Ia mengimbau kenangannya.
5 tahun lalu, dia telah berkenalan dengan Mr. Love melalui laman geng Kreko.
‘Hihi..aku mesej dia hanya sebab nak tahu perkembangan cerita animasi ‘Bleach.’ Hmm..Macam tak percaya je kan. Aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku.  Okeylah tu. Yang penting ikhlas dalam bersahabat.’
~Awak, nak gambar boleh? Nanti saya beri gambar saya juga.
Mustika akhirnya memberikan gambarnya. Takpe kut. Kan nak berkawan.
‘Hampeh, mamat ni. Dia kasi aku gambar ‘Ichigo’ ni buat apa. Tertipu aku dengan dia nilah. Aku punyalah baik beri gambar aku.’ (Ichigo-Watak utama dalam animasi Bleach).
‘Aii..Siap poskan key chain model kereta Lamborgini warna merah sempena birthday aku. Comel. Merah gitu. Hihi..Sengal. Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak. Pemberian ini sangat ku hargai walaupun kau tipu wajah kau yang sebenar. Siot je kan.’
‘Aii, kasi surat pulak. Surat cinta ke??’
‘Alamak..Lama-lama macam dah terjatuh cinta pulak dekat dia ni.’
 “Agaknya, ada tak peluang aku nak face to face dengan dia?”
*****
Tahun 2013
Mustika menaip sesuatu  di wall Facebooknya.
~ Waiting for tomorrow. Meet someone special ~
Tidak lama kemudian, beberapa komen sudah memenuhi wallnya.
Ila: Who?? Bf...Hihi…
Ry : Aaa….Siapa tu…
Shah : Wah…nampaknya tak lama lagilah ni….
Aja : Mustika…Jangan lupa jemput ek
MR.LA : Oh..Mustika. Nak jumpa pakwe ea..Nak ikut…
Mustika hanya mampu tersenyum sendiri.Gelihati pun ada.Pasti kawan-kawannya itu menyangka ‘someone special’ itu adalah seorang lelaki. Hm…Apalah dia orang ni. Memang aku nak jumpa ‘BF’ pun.Bukan Boy Friend.Tapi, Best Friend.Lyla, teman sekuliah semasa belajar.
Tidak lama kemudian, ruang chat berbunyi.‘Toink.’ Nama, MR.LA muncul di ruang chat.
‘Oh, Adib rupanya.Ni mesti sibuk nak membongkar rahsia ni.Sibuk je.’
*****
“Fulamakkkkk…Uit, Lyla. Kau tengok tu.”
“Apa?Apa?”soal Lyla sambil menoleh  wajah temannya yang ternyata sedang excited.
“Kau nampak tak apa yang aku nampak.Kereta Lamborghini tulah, wei. Merah pulak tu.”Mustika memberitahu. Masih lagi dengan nada excited.
“Fulamak …Terpegun aku.”
“Aku nak ambik gambarlah kat kereta tu. Temankan aku jap. Inilah peluang yang ada. Bukan senang nak ambil gambar kat kereta mewah macam ni. Lagipun, line tengah clearni. Jangan sampai tuan punya kereta tu nampak sudah. Karang, mesti dia ingat kini ni nak merembat kereta dia yang ‘hensem’ ni.”
“Okey…Okey.. Cepat..Cepat..”
Klikkk…Klikkk…
Beberapa foto Mustika di tangkap Lyla.Gaya comel je.Pulak tu bergaya dengan blouse dan skirt labuh yang baru di beli semalam. Hmm…Kena caralah.Sekeping dua cukuplah.Tak payah banyak-banyak. Boleh jealouskan adik aku ni. Ha..ha…
“Perghh..Kalau dapat naik lagi best,kan. Agaknya siapalah tuan punya kereta ni. Boleh gak ambil gambar sama-sama, kan.”Mustika  tertawa sendiri diikuti Lyla.
“Ntah apa-apa kau ni. Sekali tuannya dengar, karang dia tuntut nak ambil gambar dengan kau, haa…padan muka. Pulak tu si tua bangka dah nak ganyut. Siapa nak jawab.”
Berderai ketawa mereka tanpa di cover.Sungguh kurang sopan.
“Alah.Aku cakap ajelah. Mana ada orang kaya nak ambik gambar dengan aku budak kampung ni. Tak layak dan tak di pandang pun.Jeling pun tidak. Okey..okey. Last photo.”
Tiba-tiba…
Pintu kereta kini terbuka dan muncullah tuan punya kereta.“Ehem..Ehem…” Suara ala-ala merdu menyapa.Mustika terkejut lalu terus berlari ke arah Lyla.
“Hai…Ambil gambar dengan kereta je ke?Ni, tuannya ada.Tak nak ambil sekali ke?” jerit lelaki itu seraya menguntum senyum walaupun kedua orang gadis itu tidak melihatnya sama sekali.
Mustika yang berlari, hampir tersungkur kerana tersepak batu. “Adoii…” Dia terjerit.
Tawa lelaki itu kedengaran.
“Lyla, jom.Kita chow. Aku tengah bengang tahap gaban ni.” Bisik Mustika perlahan.Dia terus berjalan laju.
Dia terasa darahnya naik hingga ke muka.Mukanya terasapanas.Merah padam.Perghh..Malu siot. Malu tahap gaban ni. Gaban pun tak malu macam ni. Adakah tingkahnya sejak tadi diperhatikan dan mungkinkah bicaranya juga telah didengar. ‘Oh..Tidak….Dah tu dia tersepak pulak batu. Pergghh..Selamat tak tergolek kat situ. Kalau tak…Silap-silap dah boleh naik Lamborghini tu. Hehe…Itu pun kalau cedera parah dan orang yang ketawakan tu bermurah hati nak tolong. Aduhaiii..Poyonya dialog hatiku. Tak mungkin terjadi pun.Okey. Dah merapu ke lain dah ni.’
“Tulah, kau.Aku dah cakap tadi.Padam muka.Dah merah muka. Merah gitu.”Lyla mentertawakan temannya itu.
“Sampai hati kau ketawakan aku.Aku manalah tahu tuannya ada kat dalam tu. Cermin dia gelap. Tak nampak langsung ada bayang manusia dalam tu. Selamat dia duduk kat sebelah tempat driver tu. Mesti, dia tak nampak muka aku. Tapi agaknya dia mesti dah ketawa melekek-lekek tengok budak jakun macam aku ni. Pulak tu, boleh pulak aku tersepak batu tu. Selamat tak ter…Eii…”Mustika masih terasa bengang.
“Dahlah.Buat tak tahu je. Dia bukan kenal pun muka kau ni. Apa dia heran. Dah. Kita pergi tempat lain pulak.”Ujar Lyla yang lebih bersikap rileks.
“Okey.Let’s go.”
*****
“Ika, aku nak pergi beli air jap. Kau tunggu sini sat ea.”
“Okey..Okey.Belikan aku punya sekali tau.”
Lyla melangkah pergi.Mustika pula masih sibuk mencari shoot yang cantik untuk rakaman lensa kameranya.  Rama-rama di taman bunga. Hmm…Cantik.
Hmm…Gadis dan rama-rama di taman bunga. Pun cantik gak. Haha..Ambil gambar sendirilah gamaknya.Kebetulan ada rama-rama yang hinggap di tudung.Sweet.
Klikk…
“Taraa…” Tiba-tiba muncul seseorang tanpa di duga.
“Eh, opocot kau suami aku sayang aku.”Mulut Mustika spontan melatah.Dia memang begitu.Pantang terkejut.Laju sahaja bicaranya terhambur keluar.Masalahnya, entah apa-apa yang di sebut.
Lelaki di hadapannya sudah terkejut.Seketika itu hamburan tawa lelaki itu terburai.
Merah padam muka Mustika.Dia hanya mampu tertelan liur. ‘Ish, mamat ni. Ketawa lebih-lebih pulak.Buat tak tahu je dah lah.’Mustika sempat menjeling pandang.
“Muka klasik. Melatah pulak tu. Orang tua..Orang tua…Kata aku suami dia pulak tu. Lawak-lawak.”Tawa lelaki itu masih berderai.Tak tahan rasanya.Rasanya inilah kali pertama dia berjumpa dengan perempuan yang melatah.Ala-ala sebaya pulak tu. Ni kalau dah tua, macam mana ni. Ish…Ish…Ish…
Mustika melangkah pergi.Bengang tahap gaban untuk kali kedua, tetapi kurang sedikit kut levelnya berbanding tadi.Boleh pula dia melatah seperti itu dengan orang yang tak dikenali. ‘Hish..Bengangnya. Aduhai…’
 “Eh, awak.Nantilah kejap.Tak nak ambil gambar dengan saya ke.Meh lah. Saya offer.”
“Eh, perasan.Siapa nak ambil gambar dengan kau.Pergilah sana.” Marah Mustika. Dia laju mengatur langkah. Ntah siapa pula lelaki yang muncul ini. Sibuk pula offer nak ajak ambil gambar. Artis ke??Tak pernah kenal pun.Artis suam-suam kuku ke? Hmm..Rasanya macam takde gaya artis pun.
Langkahnya pula terus diekori.
“Eh, awak. Awat laju benar jalannya.Barang awak ada pada saya ni tau. So, nak ke tak nak?”Lelaki itu kemudian menunjukkan segugus rantai kuncimodel kereta Lamborghini bewarna merah.
Mustika menghentikan langkah dan berpaling. Dalam pada itu dia meraba beg sandangnya. ‘Alamak..Hai…Aku punya kut, tu.’
“Wei, bawa sini.Kau rembat aku punya eh!”Suara Mustika sedikit terjerit.
“Ewah-ewah.Sedapnya bercakap. Siapalah yang nak rembat Lamborghini kecik kau ni. Aku dah ada yang besar.Real punya. Yang ni apa class. Buat gantung kat beg je. Apa heran.”
“Dah tu, Bawaklah sini.”Balas Mustika agak keras.Bagaimana rantai kuncinya boleh berada di tangan lelaki itu.Mungkin barangnya itu tericir.Hmm…ntah-ntah dia ni, tuan punya kereta Lambo tadi ke? Dushhh…Kenapalah Budak Lambo ni yang jumpa aku punya key chain ni. Aduhai..Bersua muka pulak dengan dia. Tadi dengar suara je. Berjodoh ke ni??
“Kalau nak, ada satu syarat.”Lelaki itu tidak mengendahkan bicara Mustika.Dia bemain helah.
“Eh, tu kan barang aku. Hak aku.Kenapa ada bersyarat-syarat pulak.”
Lelaki itu tertawa.“Aku just cakap satu syarat je.Kau pulak kata, bersyarat-syarat.So, aku tambah syaratlah camni.” Lelaki itu cuba berlawak bodoh.Ia diiringi tawa yang di cover macho.
Mustika menahan marah.“Oii, kau jangan main-main boleh tak? Aku nak barang aku tu.” Mustika amat sayangkan barang itu.Key-chain berbentuk model kereta Lamborghini bewarna merahitu adalah pemberian Mr. Love kepadanya.
“Wei…bawak sinilah barang aku tu.” Pinta Mustikalagi. Dia mendekati lelaki itu dan cuba merampas barangnya itu, namun tidak berjaya.Rasa bengangnya berkenaan insiden tadi hilang sama sekali. Dia kini hanya inginkan barangnya.
“Tak payahlah rampas-rampas.Sajalah tu nak tunjuk ganas.Hmm…Kau ambik gambar dengan aku. Lepas tu aku kasi kau punya Lamborghini kecik ni. Amacam.Senang je.Tak sampai sepuluh minit pun, kan.”
“Kau nak buat apa dengan gambar ni?Kau nak jual ke?Nak hantar dekat majalah?”Wajah Mustika sedikit berkerut.Geram dia dengan kerenah lelaki di hadapannya itu.
“Buat lawaklah kau ni. Simpan kat album je dahlah.Buat koleksi.Selalu aku simpan gambar awek cun je.Ni, aku nak ubah selera.Aku nak kumpul gambar awek berwajah klasik pulak.Kau ni aku pilih sebagai orang pertama.”Lelaki itu sudah ketawa.“Tak pun, boleh tunjuk kat family aku, nilah budak yang mengaku aku ni suami dia. Mana tahu dia orang berkenan nak buat menantu.”Lelaki itu ketawa lagi.Kini tawanya lebih panjang.
“Eh, tu tadi aku melatah jelah.Kau jangan nak melebih-lebih pulak.Siapa ntah nak kahwin dengan kau.Kau tu pun, entah-entah dah kahwin.Bukan boleh percaya.”
“Ewah…Ewah..Sedapnya mulut kau bercakap.Cepat.Kau nak ke tak nak?”Lelaki itu mula menekan suaranya.
“Taknak. Tak ingin pun.”Mustika masih berani membantah.
“Okey. Kalau macam tu, keychain ni aku ambik.”Lelaki itu kemudian memusingkan badan ingin mengatur langkah pergi.
“Oii, nantilah.Okey..Okey..”Mustika akhirnya membuat keputusan.Dia tidak tahu apakah motif sebenar lelaki itu.Terpaksalah juga dia menurut.Aduhai, Lamborghiniku….Aku sayang tu. Tapi, betul ke keputusan aku buat ni. Macam salah je.Takpelah.Anggap ni suka-suka je. Boleh gitu?
Kebetulan Lyla sudah sampai.Sempat juga dia melihat kekecohan itu dari jauh.
“Suruh kawan kau ambil.Guna kamera aku.”Ujar lelaki itu.
Mustika hanya mampu menjeling lelaki itu dengan perasaan marah.
Lyla pula menjongket kening ke arahnya, meminta jawapan.Apa yang berlaku sebenarnya? Ntah..Tak tahu.
Klik..Klikk…
“Wei, buatlah muka comel sikit.Ni muka masam je.Rilekslah. Confirm gambar ni tak publish kat mana-mana pun. Aku saje je nak ambik gambar dengan kau.Koleksi sendiri je.”
Walaupun hati terpaksa, Mustika berusaha untuk menjadi ‘sporting’.Akhirnya, gambar mereka berdua di tangkap oleh Lyla.
‘Alahai dua orang ni. Sweet pulak aku tengok.’ Bisik Lyla. Teringat pula dia akanpost yang ditulis Mustika di wall Facebook. ‘Meet Someone Special.’ Haha..Memang someone speciallahni.
Klik..Klikk…
“Ika…One more.” Ujar Lyla. Gambar mereka berdua juga di tangkap dengan kamera miliknya.‘Hihi.Boleh letak kat Facebook ni.’
Sesi  fotografi dah sudah pun selesai.‘Haha..Jadi model pulak budak dua orang ni.’
“Mana barang aku?”Mustika memandang tajam wajah lelaki itu. Apa yang meyakitkan hati, lelaki itu hanya  tersenyum.
“Uit, marah nampak.Tu baru penuhi syarat pertama. Syarat yang kedua….”
Mustika mengetap bibir.Panas hatinya.
Pangg…
Tanpa banyak soal dan rundingan damai, tangannya ringan bertindak.“Ni free…” ujarnya.
“Adoii…Tak sakitlah.”Lelaki itu menggosok pipinya.Terkejut juga dengan tindakan Mustika.Tidak terjangka langsung olehnya.“Pergh…Lembutnya tangan. Pakai produk apa ni. Mustika Ratu ye,”ujar lelaki itu seraya tersenyum.
“Oii..!!”Panggil Mustika agak kasar.Bertambah panas hatinya apabila melihat lelaki itu tersenyum.
Lelaki itu ketawa lagi. “Apalah kauni.Tak ‘sporting’ langsung.Okeylah, cik Mustika Ratu yang berwajah ayu klasik.Ni aku pulangkan barang kau.Doa-doalah kita jumpa lagi. Nanti aku bawak kau naik Lamborghini aku tu.”
“Tak ingin pun.” Mustika terus menarik tangan Lyla dan melangkah pergi.
“Eh, macam mana dia tahu nama kau?” soal Lyla.
“Ada tulis kat key-chain ni. Mestilah dia tahu.”
“Owh, patutlah.”
******
Kisah yang berlaku beberapa bulan lalu…
Mustika  membuka cermin matanya yang agak kabur. Di lap lembut dengan kain menghilangkan kesan wap dan kekaburan yang mengganggu.Tiba-tiba dia terasa dirinya dilanggar dari belakang.
“Ouchh..”Tanpa sedar cermin matanya terlepas dari tangan.
“Sorry..Sorry..”Pinta seorang lelaki yang telah melanggarnya itu.
Prakk…Bunyi sesuatu di pijak.
“Alamak….Cermin mata aku!”Jerit Mustika meyakini cermin matanya telah bersepai.
“Sorry, miss. Tak sengaja.”
Mustika mencangkung meraba-raba mencari cermin matanya walaupun ia pasti sudah bersepai. “Alah, macam mana ni. Aku dahlah tak nampak ni. Aduhai.”
“Takpe-takpe.Saya tolong.”Lelaki itu membantu Mustika.Di pimpinnya lengan gadis itu.Mahu tidak mahu, Mustika terpaksa membenarkan.Jika tidak di pimpin begitu, silap-silap dia sudah tergolek ke longkang.
“Awak nak ke mana?”
“Saya nak balik rumah.Tapi, masalahnya, saya tak nampak kalau tak pakai cermin mata.Power rabun saya tinggi sangat.Kalau tak pakai, saya tak nampak.”
“Oh, okey..Okey.Saya bawa awak pergi kedai cermin mata dulu.Check mata dan buat cermin mata baru.Jangan risau.Saya tanggung semua.Okey.”
“Terima kasih awak.Sorrylah.Menyusahkan pulak.”
“Takpe.Takde masalah.Memang saya yang salah tadi. Oh ye. Nama awak siapa?”
“Mustika.”
“Oh. ..Mustika.Mustika Ratu ke?”soal lelaki itu.
“A’ah.”
“Really.”Lelaki itu seakan tidak percaya.
“A’ah.”
“Uniknya nama awak.Ingatkan awak bergurau. Saya Luqman Adib.”Lelaki itu memperkenalkan diri seraya menguntum senyum walaupun senyuman itu tidak terlihat oleh Mustika dengan jelas.
“Kalau panggil awak Ratu okey gak kan.” Gurau lelaki itu.
“Aneh je dengar.Panggil je Ika.”
“Okey.” Ujar Luqman sambil menguntum senyum. Dia seakan terleka melihat wajah gadis itu. ‘Mustika Ratu? Macam pernah dengar.Hmm..No komen.’
Mustika terasa dadanya berdebar. ‘Dah kenapa dia ni?’ Pada masa yang sama, dia juga cuba memandang wajah itu sebaiknya walau dalam pandangan yang kabur.
Selepas urusan membuat cermin mata baru…
“Saya hantar awak balik. Risau pula kalau saya tinggalkan awak sorang-sorang tunggu transport awam kat sini. Nanti, tak pasal-pasal salah naik bas pulak.Karang tak pasal-pasal sampai ke Afrika Selatan pulak.” Seloroh Luqman Adib.
Mustika tertawa juga.“Takpelah, awak.Saya ambik teksi je.”
“Takpe.Biar saya hantar aje. Saya rasa bersalah sebab sekarang ni awak takde lagi cermin mata. Nak kena tunggu hari lusa baru siap sebab kanta cermin mata awak kena tempah dulu.”
“Hmm…Terima kasih ye.” Ucap Mustika.
“Awak memang tak nampak sangat ke?”
“Nampak tu..memang nampak. Tapi, terhad. Muka awak ni pun saya tak nampak jelas sebenarnya. Samar-samar je.”
“Ohw…Teruk dah ni. Hmm…Tak buat operation ke?”
“Tak.” Ujar Mustika sambil menggeleng.
“Okey. Lusa cermin mata awak siap. Nanti saya jemput awak ambil cermin mata tu.”
“Eh, tak payahlah susah-susah.Kawan saya ada.Saya pergi dengan kawan saya je.Okey.Terima kasih ye, awak sebab gantikan cermin mata saya.”
“Ye, sama-sama. Moga kita jumpa lagi.”
******
“Taraa…”
Mustika terkejut.Namun, mujur dia tidak melatah.Selamat.Kalau tak mesti kena ketawakan lagi.‘Lah..Budak Lambo ni lagi ke? Macam mana dia ada kat sini jugak.Sibuk betul.’
“Mehlah. Naik kereta aku.”Ujar lelaki itu seraya menguntum senyum.
“Siapa nak.Tak ingin pun. Kau ni siapa ah. Sibuk je muncul kat sini.”Ujar Mustika sambil sempat juga matanya menjeling ke arah lelaki itu.Langkahnya di atur pantas.
“Lukman Adib. Kenapa?Nak berkenalan?”Lelaki ituterus juga mengekori.
Mustika terpempan seketika. “Lukman Adib.” Nama itu seperti….Adakah dia orang yang telah menolong aku sebelum ni.Tapi, aku tidak dapat mengingatinya.Waktu itu,aku tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.  Benarkah dia ini orangnya.
Hatinya baru ingin bersentimental…..Dan ketika itu…Klikk..Klikk…
Wajahnya di tangkap dengan lensa kamera milik Lukman Adib.
“Wei…Apasal kau tangkap gambar aku?”Mustika memuntah bicara.Terbantut sentimental hatinya.
“Buat koleksilah.”Lukman Adib menjawab selamba.
“Oii..Budak Lambo. Baik kau delete balik gambar tu. Cepat!” Marah Mustika. Dia ternyata berang dengan tindakan lelaki itu.Bahasanya juga menjadi sedikit kasar.Dia pasti lelaki yang bersamanya kini bukan Lukman Adib yang di kenali dulu. Lukman Adib yng dikenali dulu lembut berbahasa.
“Mak oii..Bahasa dia. Gaya sopan, tapi bahasa macam budak gangster je. Panggil aku ‘Budak Lambo’ pulak tu. Tak glamour langsung.Wahai Cik Mustika Ratu…Nama aku Lukman Adiblah.Parents aku nak jumpa kau. Mehlah.”
“Apa??”  Mustika terkejut sama sekali. Mahu terbeliak juga biji matanya.‘Gila apa budak ni.’
“Semalam, diaorang ada tengok gambar kita tu. So, tetiba dia orang kata macam teringin pulak nak kenal dengan kau, Mustika Ratu. Sebab nama kau unik, kut.Muka pun klasik je macam orang lama. Haha..Kau jangan nak kata aku ekori kau ek.Aku pun bercuti kat sini juga tau.Jomlah.”
“Eh, siapa nak ikut kau.”
“Tu, dia orang dah mai sini. Haha..Padan muka kau.Tak boleh nak lari.”Lukman Adib tergelak.
Mustika menoleh ke belakang.Ada sepasang suami isteri sedang berjalan menuju ke arah mereka.Kemudian mimik mukanya berubah masam.‘Ceh.Penipu betul. Takkan orang Jepun tu parents dia.”
Lukman Adib tergelak lagi.“Eleh.Tengok juga.Ingatkan tak nak tengok.Tuh hah.Dia orang dah sampai pun.”
Mustika menelan liur.Suara sedikit riuh mula menghampiri mereka.Terus sahaja dadanya berdetak kencang. ‘Kalau dah macam ni, tak bolehlah aku nak lari. Fuhhhh…Terpaksalah aku hadapi mereka.’
Tak sangka rupanya keluarga Lukman Adib nibaik. Tak sombong.Hmm…Tetiba pula dia orang kata nak jadikan aku anak angkat.
“Anak angkat je ke Papa. Tak nak jadikan anak menantu ke?” Ujar Lukman Adib selamba.
“Boleh.Tanyalah tuan punya badan dulu.”
Mustika blur. ‘Apakah maksudnya itu??’
Klikk..Klikk..Lensa kamera Lukman Adib menangkap gambarnya.
*****
Mustika membuka laman Facebook miliknya.Gambar-gambar yang diambil oleh Lyla, telah di upload dan ditag kepadanya.
“Alamak hai…Si Lyla ni. Ada ke dia upload sekali gambar aku dengan ‘Budak Lambo’ ni. Siap edit photoshop lagi. Macam real pulak aku bergambar dengan dia berlatarkan kereta Lamborghini tu. Pulak tu siap tulis Mustika dan someone special…. Perghhh..Nak kena minah ni.”
Komen-komen membina telah pun berderet.
Ry : Fulamak…Kayanya pakwe kau.
Ila : Hmm…macam tak percaya. Mustika memiliki pakwe sehensem ini.Jeles aku.
Aja : Fewitt….Sudah bertemua buah hati. Emm…Ni lah someone special tu ye. Jangan lupa jemput ye…
MR.LA : Ni ke orangnya…Tiada bantahan…Saya sokong…Hehe…
‘Toink’
Nama MR.LA muncul di ruangan chat.
‘Mustika Ratu…Boleh tak kalau saya nak jumpa awak….’
‘Boleh je.Saya pun dah lama teringin nak jumpa awak. Kalau pernah terserempak pun, saya tak tahu sebab saya tak cam muka awak. Kita chat dekat ‘Fb’ ni pun kekadang je, kan.’
‘Okey.’
*****
Mustika dan Lyla telah menanti di restoren yang dijanjikan.
Mustika terpempan dengan kehadiran Lukman Adib ke meja mereka. MR.LA ni, ‘Budak Lambo’ ke? Biar betul?Mustika masih berfikir.Tak mungkin ‘Budak Lambo’ itu yang menolongnya sebelum ini.
“Akulah MR.LA. Lukman Adib. Aku tak pernah tipu kau. Aku tahu…selama ni mesti kau ingat aku ni Luqman Adib,kan.”
Mustika menggaru kepala yang tidak gatal.Kalau gatal pun sebab ada kelemumur.“Aku tak faham.Pening kepala aku.”
“Biar aku jelaskan pada kau ea. Apa yang membezakan nama Luqman dan akuhanya huruf Q dan K. Luqman dan Lukman.Aku tak pernah tipu kau.Aku tahu, bila kau terima aku sebagai rakan di Facebook, masa tu mesti kau ingatkan aku adalah Luqman Adib.Aku minta maaf sebab tak jelaskan perkara sebenar pada kau.”
“Kau ni buat aku peninglah.”
Mustika mencari ruang berfikir sendiri.Dia sudah memahami.Rupanya ada dua Adib.Luqman Adib orang yang pernah membantunya, dan Lukman Adib adalah Budak Lambo yang sibuk nak bergambar dengannya.MR.LA pula adalah rakan Facebooknya yang dia tersalah sangka sebagai Luqman Adib, tetapi sebenarnya adalah Lukman Adib. Fuhh…Pening kepala aku.. Susah juga kalau nama sama ni. Masalahnya, dia tidak kenal dengan jelas wajah LuqmanAdib yang membantunya dahulu, dan Lukman Adib rakan facebooknya ini jugatidak menjelaskan perkara sebenar.Itu yang menjadi masalah.
Mustika memegang kepala.
“Laa…Nak fahamkan masalah ni pun sampai pening kepala ke.Bukan rumit sangat pun.Meh sini aku picitkan kepala kau.”
“Oii, banyak cantik kau.” Mustika sempat menjeling.“Okey..Okey.Aku dah faham. Tapi, yang lagi sorang  tu…”
Seketika kemudian, seseorang datang mendatangi mereka.Mustika memandang wajah itu.
“Hai, Mustika Ratu. Saya Luqman Adib.” Ujar lelaki memperkenalkan diri itu seraya melabuhkan punggung di sebelah Lukman Adib.
Mustika tercengang.Lukman Adib dan Luqman Adib kini duduk di hadapannya.
“Saya Luqman dan dia Adib. Kami berdua ni sepupu dan sebaya. Beza lahir, satu hari je.Mak kami kembar. So, masa nak beri nama mereka berebut. Maka, saya di beri nama Luqman Adib, dan dia Lukman Adib. Bezanya, Q dan K. Tapi, biasanya orang lain panggil saya Luqman dan dia Adib. Saya tahu awak confuse.”Jelas Luqman Adib, seraya menguntum senyum.
“So, awaklah yang ganti cermin mata saya ni,kan.” Soal Mustika.
Luqman Adib mengangguk.
Mustika terkebil-kebil untuk seketika. ‘Alkisahnya…Yelah. Kat Facebook si MR.LAni letak gambar pelakon Korea. Ada gambar lain pun, wajah dari sisi. Mana nak kenal. Aku accept dia sebagai kawan pun sebab masa tu dia hantar mesej. ‘Mata awak okey ke? So, aku ingatkan dialah empunya diri yang tolong aku tu, Luqman Adib.Lagipun, Luqman dan Lukman bila di sebut memang sama je bunyinya. Hmmm…Tertipu aku.’ Mustika hanya mampu menggeleng kepala. Kekeliruannya kini terlerai.
“So, awak panggil saya Luqman dan dia Adib.” Jelas Luqman Adib.
Mustika mengangguk dan tersenyum.
Tiba-tiba…
Klikk…Klikk…
Gambarnya di tangkap oleh lensa kamera Adib entah buat kali ke berapa.
“Oii… Budak Lambo. Dah berapa kali kau tangkap gambar aku.Satu gambar RM 1.50 eh.”Bicara Mustika membuatkan Luqman tersenyum.Kelakar juga melihat telatah gadis itu.Tidak sangka juga gadis itu memberi gelaran sebegitu kepada Adib.
“Nanti aku bayarlah.”Jawab Lukman Adib selamba.Toya sahaja mukanya membuatkan Mustika sedikit geram.
“Aku suka tengok gambar kau. Aku rasa macam pernah kenal kau sebelum ni.”Ujar Lukman Adib sambil mempreview gambar yang telah di ambil tadi.
“Iyelah tu. Mesti nak kelentong orang tu.”
“Alahai, Mustika Ratu ni. Hmm…tengokkulit muka kau tak licin pun ek. Mesti tak guna produk Mustika Ratu ni, kan.”
“Ewah-ewah, mulut kau.”
“Dahlah, Mustika. Tak payah layan Adib ni.” Nasihat Luqman.
*****
“Adib tu suka kat kau, kan?” Lyla memulakan topik bicara yang agak sensasi.
“Ntah.”Mustika menjongket bahu.
“Dia beritahu aku, dia suka kat kau. Dia kadang chat dengan aku gak. Dia tu okeylah.Baik.Kau tak suka kat dia ke?”
“Tak.”
“Iyelah tu.”
“Dia tu kaya sangat.Aku tak naklah. Mak bapak aku tak suka orang yang kaya-kaya sangat ni. Yelah macam antara dua darjat je. Aku ni, orang kampung. Duduk pun dekat ceruk kampung.Taknaklah aku.”
“Janganlah fikir kolot macam tu. Parents dia pun okey je, kan. Bukan senang nak jumpa orang kaya yang baik dan pemurah ni, Ika.”
“Aku tak tahulah. Hati aku ni tak suka kat dia. Memang tak suka. Takkan aku nak paksa.”
“Jangan di paksa hati itu.Nanti tak ikhlas.” Tiba-tiba satu suara lain muncul di antara mereka.
Klikk..Klikk..
Mustika hanya mampu terdiam.Jelingannya tepat pada wajah lelaki itu.
“Memang cantik jelingan Mustika Ratu ni.Tergoda hati I.”
Klikk..Klikk..Gambarnya diambil lagi.
“Jadikan isteri pun bagus juga.”
Klikk..Klikk..Semakin galak Adib mengambil gambar.
Zasss…Ada satu rasa yang sudah mencucuk hati Mustika. Geram. Dia nyata tidak suka dengan cara lelaki itu. Dia kini sudah berdiri tegak.“Hei, Budak Lambo.Kenapa kau asyik ikut aku.Ambil gambar aku.Aku tak suka tau. Baik kau buang gambar-gambar tu.” Mustika sudah ingin merampas kamera yang tergantung di leher lelaki itu.Entah mengapa tiba-tiba dia beremosi.
“Adoii…Sakitlah. Apa ni main tarik-tarik. Terkehel nanti leher aku ni wei.”
Lyla tergaman dengan tindakan drastic kawannya itu.Terkejut.‘Biar betullah minah ni. Karang, kamera mamat tu rosak terhempas, siapa nak ganti. Haishh dia ni.’
“Ika..”Panggil Lyla lantas menarik kawannya itu.Dia tahu, Mustika kalau benar-benar marah barulah nampak dirinya yang sebenar. Kadang, tak boleh nak di jangka apa yang di buat.
“Aduhai, Mustika Ratu ni.Ganasnya.Kalau rosak kamera aku ni siapa nak ganti.”
“Kau kan kaya.Belilah lagi.”Mustika melawan kata.Boleh tahan juga degilnya.
‘Ngee..Kenapa pulalah dengan Ika ni. Marah betul dia dengan Adib ni.’Lyla pening kepala.Dia lantas menarik tangan Mustika yang masih cuba berlawan dengan Lukman Adib.
“Aku tak izinkan kau simpan gambar aku. Baik kau buang!”Tegang suara Mustika kedengaran.
“Aku bukan buat apa pun. Simpan je.”
“Baik kau buang. Sini…!” Mustika kembali merampas kamera yang tersangkut di leher Lukman Adib.
“Hey, apa kau ni. Agak-agaklah!” Lukman Adib kini menepis tangan Mustika. Dia juga sudah mula naik angin.
“Pergi…Aku tak suka kaulah.” Marah Mustika.
“Kalau tak suka, buat tak tahu jelah.Aku bukan paksa kau suka aku pun.Ada aku cakap kau kena suka aku. Mana ada, kan.”Suara Lukman Adib juga tegang. Dia juga melawan kata. Tenungan matanya juga menyorot tajam ke arah Mustika. Geram. Dia kemudian terus berlalu pergi.Rasa sakit juga hatinya.
 “Kenapa kau bertindak macam tu wei. Pelik aku.”
“Eii..Aku geramlah kat dia tu. Tak suka cara dia tu. Geram kau tahu…Tak suka…Tak suka. Tetiba rasa marah aku ni berapi-api je bila tengok dia tu. Dahlah. Jangan sebut pasal dia. Dia bukan ada kaitan dengan hidup aku pun.”Dada Mustika berkobar rasa marah.
Lyla menjongket bahu sambil membesarkan mata. ‘No, komen.’
Tiba-tiba, Lukman Adib datang kembali. “Nah. RM22.50 tunai.”
“Apa kau RM 22.50 tunai. Kau nak bayar mas kahwin dekat aku buat apa. Pergilah sana. Aku nak kau buang gambar aku!”
“Aku tak nak buang. Ni aku bayar gambar kau.RM22.50 tunai.”
“Aku takkan terima. Dah. Pergi sana. Aku tak nak jumpa kau lagi!” Mustika menekan suara. Semakin berapi perasaan hatinya. ‘Eii..Tak suka!’
*****
Sebuah kereta Lamborghini bewarna merah sudah masuk ke halaman sebuah rumah kampung.
“Assalamualaikum, pak cik. Saya Adib.” Lukman Adib memperkenalkan namanya seraya mencium tangan lelaki yang berumur lebih separuh abad di hadapannya itu.Wajah itu nampak garang. Namun dia hanya bertenang dan menguntum senyum.“Kalau boleh saya tahu, pak cik ni ayahnya Mustika Ratu, ke?”
“Ye, nak.Kenapa ye?”
“Maksudnya saya tak salah rumahlah ni.”
Lelaki itu mengangguk. “Ada hal apa ye anak ni nak cari Mustika.” Soalnya inginkan kepastian.
“Sebenarnya, saya datang sini nak bayar hutang Mustika.”
“Owh.Anak ni dari mana sebenarnya.” Soal Hassan.
“Saya dari Kuala Lumpur pak cik.”
“Anak datang dari jauh semata-mata nak bayar hutang Mustika ke?”
Lukman Adib mengangguk.Hassan nyata terkejut.“Masuklah dulu, nak.Kita borak dekat atas je.”
“Takpelah, pak cik. Takut saya ni menganggu waktu rehat pak cik je.”
“Tak mengapa.Tak mengganggu.Silalah masuk, nak. Takkan tak sudi masuk ke teratak pak cik ni.”
Lukman Adib akhirnya masuk atas pelawaan pak cik Hassan.Dia kemudian diperkenalkan dengan mak cik Sri Murni, iaitu ibu Mustika Ratu.
“Apa khabar mak cik,” ucap Lukman Adib seraya menghulur salam dan mencium tangan wanita itu. “Comel je tengok muka mak cik.Mesti muka Mustika ikut wajah mak cik, kan.”Lukman Adib indah dalam berkata.Pandai dia menambat hati orang tua.Sri Murni hanya tersenyum.Seketika kemudian, dia  kembali menghilangkan diri ke dapur.
“Apa sebenarnya hajat Adib ye.” Soal Hassan.
Adib hanya tersenyum.Dia kemudiannya mengeluarkan satu sampul bewarna merah. “Dalam sampul ni, ada RM22.50. Hutang saya kepada anak pak cik, Mustika Ratu,” ujar Adib seraya menolak sampul merah tersebut ke hadapan pak cik Hassan.
“Hutang apa ye?”Hassan tidak mengerti.
“Macam ni pak cik.Sebenarnya, saya berhutang gambar dengan Mustika. Sebelum ni, saya ada tangkap gambar Mustika guna kamera saya. Mustika kata, sekeping gambarnya RM1.50.Jadi, saya dah tangkap 15 keping gambar dia tanpa kebenaran dia. Maka, sekarang ni saya bayar hutang dia pada pak cik. Saya takut, andai terjadi apa-apa pada saya, tak sempat pula nak membayarnya.”
Pak cik Hassan hanya mengangguk.Namun, sampul merah di atas meja itu tidak disentuh sama-sekali.
“Kenapa tak serahkan sendiri pada Mustika?”
“Mustika tak nak terima. Dia suruh buang gambar dia. Tapi, saya tak nak. Saya nak simpan gambar tu. Sekarang, Mustika dah tak nak jumpa saya lagi. Lagipun, saya tak ada nombor telefon Mustika.Saya jumpa dengan dia pun hanya kebetulan.Masa tu, saya tangkap gambar dia secara curi-curi.Saya pun nak minta maaf dengan pak cik, sebab saya tak sengaja tersuka dia. Lepas pertama kali jumpa, saya selalu ekori dia sebab saya nak tangkap gambar dia.”Adib berterus-terang.Dia tidak berselindung.
Pak cik Hassan mengangguk lagi. Namun riak wajahnya tetap sama. Tidak tersenyum. “Macam mana kamu tahu rumah ni?”
“Alamat rumah ni, saya minta dari Lyla teman Mustika. Mulanya, saya minta alamat rumah sewa Mustika dekat bandar, tapi kawan dia tak kasi.”
“Dah berapa lama kenal Mustika?”Hassan terus menyoal.
“Sebenarnya, lebih kurang sebulan lebih.Itupun dalan laman social Facebook.Hanya bermesej.Tak pernah bertemu muka.Itupun kebetulan sebab Mustika ingatkan saya orang yang pernah tolong gantikan cermin mata dia. Sebenarnya, yang tolong dia waktu tu sepupu saya. Cuma pertengahan bulan hari tu, saya ditakdirkan bertemu muka dengan Mustika semasa pergi bercuti.”
“Owh, macam tu.” Hassan mengangguk lagi.Kini, barulah ada segaris senyuman si wajahnya.
Mak cik Sri Murni kini datang menghidangkan minuman. “Jemput minum,nak.”
“Terima kasih. Pak cik…Mak cik..Minum sama,”ujar Adib berbahasa.
Sri Murni kini duduk si sebelah suaminya.Hassan pula mula bertanyakan tentang diri dan keluarga Lukman Adib. Keramahan anak muda itu menyenangkan hatinya.
Kini azan Zohor sudah berkumandang.“Adib, pak cik pohon diri untuk ke masjid.”
“Jauh ke masjidnya pak cik?”
“Di hujung kampung sana.Agak jauh juga.”
“Kalau macam tu, kita pergi sama-sama je pak cik.Naik kereta saya.”
Pak cik Hassan mengulum senyum seraya mengangguk.
Lukman Adib kini membukakan pintu kereta untuk pak cik Hassan. Nampaknya, bukan Mustika Ratu yang menjadi orang pertama menaiki Lamborghininya, tetapi pak cik Hassan bapanya Mustika Ratu.
“Segan pak cik dengan kamu.Kamu punya kereta seperti ini.Tak pernah pak cik jumpa.Ni pertama kali.”
“Apa yang nak disegankan, pak cik.Bukan hak milik kekal pun.Ni semua rezeki dari Allah.Hari ni, hari special untuk pak cik. Rezeki pak cik juga dapat naik kereta ni.” Lukman Adib menyimpul senyum.
“Untung siapa yang dapat berkahwin dengan kamu.”
Lukman Adib menggeleng.“Kalau perempuan itu menerima saya kerana kemewahan, saya rasa tak ke mana pak cik. Sekarang ni, banyak cinta kerana kemewahan. Tapi, sukar untuk mendapat cinta kerana Allah.”
Pak cik Hassan mengangguk.Nampaknya, sangkaannya pada Lukman Adib meleset.
Selepas menunaikan pulang menunaikan solat, Lukman Adib di jamu makan bersama.
“Pak cik…Kalau boleh saya tahu, Mustika sebenarnya sudah ada yang punya ke?”Lukman Adib tenang dalam bicaranya. Dia berani menyampaikan ulas bicaranya.
“Secara rasminya, belum.Tapi, bulan depan  insyaAllah, dia akan bertunang.”
Lukman Adib terdiam. Kemudian mengangguk dan menguntum senyum sekadarnya.Terasa hatinya sedikit kecewa dengan jawapan yang didengar.
“Maafkan saya pak cik. Sebab tanya soalan macam tu. Insya Allah.Saya doakan semoganya nanti berjalan lancar.”Lukman Adib masih mampu berbicara sebaiknya.
Kini telefon bimbitnya berbunyi.“Maaf pak cik.Saya jawab panggilan dulu.” Pintanya bersopan.
“Baik.Bonda.Sayang bonda.”Itulah antara bicara akhir yang dapat didengar oleh Hassan dan Sri Murni.Mereka hanya tersenyum.Secara tak langsung mereka dapat menilai diri Lukman Adib.Dari tutur bicara, pastinya Lukman Adib seorang anak yang mengasihi ibunya.
“Err..Pak cik..Mak cik. Saya minta diri dululah ye.Rasanya dah lewat ni.”
“Kenapa cepat sangat.Duduklah dulu. Tak habis lagi kita berborak.”
“Tak mengapa pak cik.Bonda saya minta pulang awal. Dah dapat jumpa pak cik dan mak cik pun dah menyenangkan hati saya. Kalau ada rezeki, insyaAllah kita ketemu lagi. Terima kasib banyak sebab sudi terima saya sebagai tetamu.”
“Err..Adib..Ni pak cik pulangkan pada kamu. Pak cik anggap kamu tak berhutang dengan apa-apa dengan Mustika.”Ujar Hassan seraya menyerahkan kembali sampul bewarna merah tersebut kepada Lukman Adib.
“Tapi, pak cik.Ni hutang saya.Kalau pak cik tak terima, pak cik serahkan kepada Mustika.”Lukman Adib menolak dengan lembut.Dia kemudian menyalami kedua orang tua itu.Dia kini kembali ke kereta.Dia mengambil sesuatu.
“Maaf pak cik..mak cik..Di sebabkan Mustika akan menjadi milik orang, rasanya saya tak harus simpan gambar dia. Saya takut akan menyimpan rindu pada dia. Ni, saya serahkan semua gambar dia yang saya dah ambil sebelum ni.” Lukman Adib menyerahkan satu sampul surat putih kepada Hassan. Sebenarnya, sebelum ini dia berniat ingin menyerahkan kembali kepada Mustika.
“Mohon diri pak cik..mak cik. Doakan perjalanan saya selamat.”Lukman Adib akhirnya berlalu pergi bersama Lamborghini merahnya.
Hassan kini melihat pada gambar Mustika yang diberikan oleh Lukman Adib.Dia menguntum senyum sendiri melihat wajah anaknya. Nampak cantik dan lucu dalam beberapa gaya yang di tangkap secara ‘candid’oleh Lukman Adib.Rupanya salah satu daripada gambar itu terdapat coretan kata di belakangnya.
~Ya Allah. Sampaikanlah salam rinduku kepada Mustika Ratu sehingga dia juga merindukan aku.~
Hassan memandang isterinya.“Kamu rasa Adib tu, serius sukakan Mustika ke?” soal Hassan yang masih berdiri diberanda rumah.
Sri Murni hanya mengangguk.
*****
 Hari yang sama di taman...
Luqman terjumpa sesuatu di atas rumput. Ia adalah key chain model kereta Lamborghini bewarna merah. “Mustika Ratu?? Owh. Mesti dia tercicir ni.”
Dalam pada masa yang sama, Luqman terlihat seorang gadis yang sedang mencari-cari sesuatu. Nyatalah dia mengenali gerangan gadis itu. Tidak tersangka okehnya akan bertemu gadis itu di situ. Lantas di atur langkah kakinya ke arah gadis itu. Bersamanya, dikendong sebuah gitar di bahu.
“Mustika.” Panggil Luqman.
“Eh, Luqman. Macam mana awak ada dekat sini?”
“Kebetulan je.  Awak buat apa?”
“Takdelah. Takde apa-apa.”
“Ye ke. Tengok gaya macam mencari sesuatu je. Cari barang hilang ke?”
“A’ah...Tapi tak jumpalah. Redha jelah. Tapi, saya sangat sayang barang tu.”
“Biar saya tolong cari?”
“Takpelah. Eh, awak ke sini siap dengan gitar ada apa. Awak biasa lepak kat sini ke?”
“Kadang-kadang je. Time free. Release tension. Jomlah kalau nak join. Boleh gak borak-borak. Mana tahu awak ada perkara nak share dengan saya. Boleh cerita. Saya tengah boring ni. Takde teman. Selalu saya keluar dengan Adib. Tapi, dia kata dia ada hal. Pergi ke Johor. Ada apa ntah. Jauh pulak tu.” Luqman mengukir senyum. Riak wajahnya yang lembut sedikit sebanyak menenangkan hati Mustika. Luqman kini mula memetik gitarnya sambil bernyanyi.
“Tak sangkanya awak pandai menyanyi. Pandai pulak main gitar.”
“Takdelah. Saya di pandai main gitu-gitu je. Adib yang ajar saya.” Luqman melirik senyum.
Riak wajah Mustika sedikit berubah apabila nama itu disebut. ‘Takde nama lain ke. Adib aje.’
“Err..Mustika. Nak tanya sikit boleh? Tapi soalan ni agak sensitif.”
Mustika mengangguk.
“Hari tu awak bergaduh dengan Adib ke?”
‘Tengok tu. Adib lagi. Tahulah dia sepupu Adib.’ Bisik hati Mustika. Dia tidak menjawab.
“Apa perasaan sebenar awak pada Adib?” Luqman bertanya lagi. Wajah Mustika kini dipandang mengharap jawapan.
“Maaf, Luqman. Saya rasa tak payah bincang pasal tu kut.” Mustika tidak suka akan topik yang dibicarakan Luqman. Adib..Adib..Adib..Ngee..Benci.
“Awak benci dia?” Luqman masih cuba mengorek rahsia. Tidak mengendahkan permintaan Mustika.
‘Aii, tahu pulak mamat ni aku benci sepupu dia tu. Dengar suara hati aku ke? Oh, no.’
“Saya tak suka dia.” Mustika akhirnya memberi jawapan.
“Tapi dia suka awak, kan?”
“Kenapa awak tanya soalan macam ni. Apa tujuan sebenar awak, Luqman? Awak nak suruh saya bercinta dengan dia ke?” Nada bicara Mustika dapat dibaca. Sedikit tegang.
“Awak tak nak beri peluang pada dia?”
Mustika menggeleng.
“Kalau awak tak suka dia sekalipun, kenapa awak marah dia macam tu. Dia kecik hati dengan awak. Dia tu sensitif awak tahu.”
“Apa kena mengena dengan saya kalau dia sensitif pun.Saya memang tak suka dengan dia. Takkan nak salahkan saya.” Mustika masih mempamer muka kelat. Rasa marah membuak di hati.
“Kalau awak tahu siapa Adib tu mesti awak tak buat dia macam tu.” Ujar Luqman tiba-tiba.
“Apa maksud awak?”
“Awak tahu tak, Adib tu Mr. Love awak?”
Mustika terpempan. Terkejut.“Adib tu...Mr. Love saya?”
Luqman mengangguk.
Mustika menggeleng kepala. “Tak….Saya tak percaya. Awak tipu saya, kan. Awak sengaja buat macam ni supaya saya terima Adib, kan?”
“Saya tak tipu awaklah.”
“Tak. Awak tipu saya.” Mustika membangkang.
“Taklah, Mustika. Mr. Love tu memang Adib.”
“Tak!”
 “Habis tu awak kenal ke siapa Mr. Love awak tu? Awak pun bukannya pernah tengok muka dia,kan?”
“Macam mana awak boleh tahu pasal Mr. Love tu. Macam mana awak boleh kata dia tu Adib. Apa buktinya.”
“Saya tahulah. Saya ni dari kecil dengan dia tau.”
“Tak. Saya tak percaya. Awak jangan tipu saya boleh tak.Saya tak suka dia.. ”
“Awak tak suka Adib ke..awak tak suka Mr. Love?”
“Saya tak suka Adib.”
“Tapi awak suka Mr. Love, kan?” Luqman mengumpan bicara.
“Awak jangan nak serabutkan kepala saya boleh tak? Saya tak suka dia!”
“Kalau awak tak suka Adib, saya nak buat macam mana. Dah dia tu memang Mr. Love awak.”
“Saya tetap tak suka dia. Awak faham tak!”
“Tapi, awak sayang sangat key chain Lamborghini yang dia kasi, kan. Tu maknanya awak sayang dia juga. Saya tahu, awak tadi tengah cari key chain ni, kan.” Luqman kini mengeluarkan key chain yang telah dijumpai tadi. Dia tahu ia memang milik Mustika Ratu. “Key chain ni Adib yang beri, kan.”
“Tak!”
“Mustika. Adib tu Mr. Love. So, sama jelah.”
“Tak..!”
‘Keras kepala juga Mustika ni.’ Luqman berbisik di hti.
“Beri key chain tu pada saya?”Pinta Mustika.
“Kalau tak suka Adib buat apa nak simpan barang yang dia kasi.”
“Luqman. Please. Saya nak barangs saya tu.”
“No. Saya akan beri bersyarat.” Luqman bermain kata. Sama seperti Adib sebelum ini.
“Awak. Awak jangan nak jadi macam dia boleh tak?” Riak wajah Mustika berubah.
Klik..Klikk..
Luqman kini sengaja menangkap gambar Mustika dengan kamera telefon bimbitnya. Haha..Memang sama macam Adib juga.
“Awakkk…” marah Mustika.
“Nak saya bayar berapa? Sekeping gambar RM 1.50 juga macam caj dekat Adib.” Luqman kini ketawa.
“Awak..Kalau tak sebut nama Adib tak boleh ke?”
“Nama saya ada Adib juga tau. Jangan lupa.”
Mustika membuat muka bengang.Kenapa Luqman juga kini memanaskan hatinya. “Huh..” Mustika melepaskan keluhan kasar.
“Sorry, buat awak marah. Okey. Saya faham. Saya sebenarnya tak maksudkan apa-apa. Saja nak menguji awak. So, sekarang ni awak buat saya yakin tentang sesuatu. Hmm..Kalau macam tu…”  Luqman tidak menghabiskan bicaranya. Bibirnya terlukis senyuman nipis.
“Kalau macam tu, apa?” soal Mustika dengan riak wajah yang kelat.
“Kita minum dulu…” Luqman sudah ketawa. Sekadar berseloroh memujuk hati Mustika yang sememangnya dia tahu sedang panas.
 ‘Poyo mamat ni. Time ni pun nak buat lawak.’
“Ala, Mustika. Senyumlah. Tak rocklah macam ni.”
‘Sengal juga mamat ni. Tengok muka cool macam ala-ala lelaki budiman. Tapi sama je macam mamat lagi sorang tu. Aduhai..Selamatlah dia ni pandai ambil hati.’ Wajah Mustika yang kelat kini berubah. Dia juga akhirnya tersenyum.
“Suka tengok awak senyum. Damai je hati.”
Mustika terdiam. ‘E’eh.Semacam je ayat mamat ni.’
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya Luqman?” soal Mustika lebih kendur.
Luqman kini memetik gitarnya perlahan. Dia mengukir senyum seraya memandang wajah Mustika.
“Kalau benar apa dikata,secara automatiknya saya anggap awak tak suka dua-dualah, Adib dan Mr. Love. Betulkan macam tu?”
Mustika sempat menjeling. Tidak mengerti maksud yang ingin disampaikan Luqman.
“Hmm..Kalau macam tu, saya ada idea best. Apa kata awak beri peluang pada saya. Peluang cinta untuk saya. Boleh macam tu? Saya jadi second Mr. Love awak.” Luqman berbicara selamba. Sengaja juga dijongketkan keningnya.
“Hah??”  Mustika terkejut.
“Saya tak tipu. Saya juga punya ‘rasa’ pada awak Mustika. Sebenarnya, saya rasa cemburu juga bila tengok Adib cuba dekati awak.” Luqman meluahkan kata.
Mustika tertelan liur sendiri. Dia kehilangan kata-kata.
“Kenapa? Takut pulak kalau saya nak jadi second Mr.Love awak?Awakkan tak suka Adib.”
“Maaf. Saya nak balik.”          Mustika merasakan dia tidak harus melayan Luqman lebih lama.
“Balik?? Rilekslah. Tak sampai satu jam pun kita kat sini. Apa kata kita makan ais krim.”
“Taknaklah. Saya nak balik. Saya takde mood. Saya nak key chain saya tu semula.”
“Awak marah dengan saya ke?”
Mustika menggeleng.
“Kalau macam tu, Bolehlah awak terima saya sebagai second Mr. Love awak?”
“Please, Adib. Jangan serabutkan kepala otak saya.” Mustika mengangkat tangan. “Sorry... Luqman.” Mustika ternyata tersalah menyebut nama.
“See..Nampak sangat awak ingat kat Adib. Mengaku jelah.” Luqman sudah ketawa.“Sorry. Nah. Barang awak.” Luqman kini mengembalikan key chain tersebut kepada Mustika. Mustika lantas mengambilnya.
“Jangan tipu perasaan awak Mustika. Kalau suka,katakan suka.” Luqman tersenyum melebar.
Mustika malas melayan kata. Dia terus berlalu pergi.
‘Adib..Betul ke Adib tu Mr. Love aku?’ Persoalan itu mengganggu fikirannya.
*****
Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Mustika melihat akan sesorang yang sedang melayan hati disebuah bangku. Namun, empunya diri memakai hood di kepala. ‘Adib’ Nama itu terdetik di hatinya. Dia terus berada di situ tanpa disedari oleh empunya diri yang melayan perasaan. Nyanyiannya terus berlagu bersama petikan gitar. Syahdu iramanya.
Kuharap janjimu
Kuharap janjimu
Bahagia selalu..Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah ditengah jalan

Setelah lagu itu habis, ia disambung pula dengan lagu lain. Lagu ‘Tuhan Jagakan Dia.’
Hati Mustika rasa tersentuh. Mungkinkah benar Adib cintakannya.  Memang benarkah Adib itu Mr. Lovenya? Ah, tak mungkin. Dia kini melangkah perlahan menuju ke bangku tempat lelaki itu melayan hati.
Tiba-tiba…
“Opocot, aku sayang kau.” Mustika tidak perasan, rupanya ada tunggul kayu kecil terlindung di sebalik rumput.“Aduhh…Aduhhai.Sakit siot kaki aku.”Dia menggosok kakinya perlahan.
Ada suara yang mentertawakannya.
“Tulah.Skodeng orang.Padan muka. Sorry, malas nak tolong.” Empunya diri hanya ketawa. Dia berbuat tidak tahu. Gitarnya terus di petik  perlahan.
Mustika hanya terdiam. Dia masih menggosok kakinya yang agak sakit.
“Ni apa hal datang sini? Bukan kata dah tak nak jumpa aku ke?” Berdesir suara lelaki itu di angin lalu dalam jelingan.
Mustika kini berjalan sedikit terjengkot-jengkot menahan kesakiran kakinya.
“Okey ke kaki tu. Nak pergi klinik?” soal Adib tiba-tiba. Sedikit prihatian.
Mustika menggeleng tanpa suara.Dia sempat memandang wajah lelaki itu. ‘Benarkah Adib adalah Mr. Love aku?’
Adib sempat menjeling. ‘Dah kenapa minah ni tengok aku macam tu.’ Dia kemudian terus melayan petikan gitarnya. Tanpa di sangka, Mustika duduk bersebelahannya, tetapi ada jarak pemisah.
“Kau ni kenapa? Ada masalah ke?” ujar Adib sambil menjeling wajah pada gadis itu.
Suasana sepi seketika.
“Ulang… nyanyi..lagu tadi boleh?” pinta Mustika perlahan.
“Pelik je kau ni. Tak pernah-pernah baik dengan aku, tiba-tiba hari ni jadi baik pulak, apa hal. Tau pula aku dekat sini. ”Adib memandang Mustika sambil berkerut wajah.Pelik.Memang pelik. Ni permintaan terakhir ke apa ni. Buang tebiat dah kut budak ni.
“Kau nak bayar berapa lagu ni?”
“Tolak bayaran gambar yang kau ambil.”
“Okey.Hmm..Lagu yang mana? Patah hati ke? Kau patah hati dengan siapa? Pakwe?”soal Adib sambil tertawa.Namun hakikatnya hatinya kecewa kerana Mustika bakal menjadi milik orang.
Mustika menggeleng.
“Kalau lagu ‘Patah hati’ tu tak sesuailah. Itu sesuai untuk aku je yang tengah patah hati. Untuk kau aku nyanyikan lagu lain. Kasi happy sikit. Boleh?” Adib masih cuba melayan mesra.
Mustika hanya berdiam diri. Tidak mampu berkata-kata.
“Aii, tak jawab pulak.”
“Okey. Aku nyanyi yang second song tadi tu ea.” Dia kini tersenyum.
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Akhirnya Adib kembali menyanyi dan memetik gitar. Ia dinyanyikan dengan penuh perasaan. Lagu itu membawa satu ‘rasa’ di hati Mustika. Dia rasa sebak. Hatinya seperti dapat memahami luahan hati itu.Tidak sama seperti yang didengar ketika Luqman menyanyi.
 “Ish, biar betul kau ni. Feeling habis dengar aku nyanyi. Menusuk kalbu ke?Kau ni kenapa Mustika? Semacam je aku tengok.” Adib cuba berbicara selamba. Hakikatnya kekecewaan berantai di hati.
Mustika kini memberikan key chain kereta Lamborghini bewarna merah kepada Adib.
“Kenapa kasi aku key chain ni?” Adib terkeliru.
“Adib…Betul ke awak dah tak ingat saya?” soal Mustika tiba-tiba.
“Aii, kenapa pelik sangat kau ni Mustika. Kasi aku key chain. Lepas tu kata aku ni tak ingat kau. Kenapa ni?”
“Adib. Betul ke awak Mr. Love saya?”
“Hah?? Mr. Love pulak? Kau ni dapat tahu  dari mana ni?” Adib menggaru kepala.
“Luqman.”
Adib sudah ketawa terkekeh. Luqman?? Kau ni kena kelentong dengan Luqman ni. Dia kata macam tu ke?”
Mustika mengangguk. “Dia kalau bercakap macam betul je dengarnya. Kau jangan percaya dia sangat. Kalau orang tak kenal dia, apa yang dia temberang orang percaya je.”
Mustika keliru.
“Bercakap pasal Mr. Love ni, aku nak tanya kau. Mr. Love ni kau kenal dari geng Kreko, kan.”
Mustika mengangguk.
“Hmm..Sebenarnya Mr. Love tu, Luqman. Tapi, key chain ni memang aku yang belikan sebab Luqman kata tak tahu nak kasi apa masa birthday kau.Aku pun sebenarnya ingat-ingat lupa. Biasalah, pernah hilang ingatan. Tapi, aku memang bukan Mr. Love kau.”
Mustika terdiam. Kini ada rasa yang mencucuk hatinya. ‘Luqman tipu aku. Siot. Hish..Buat malu aku je.’
*****
Pangg…Laju sahaja tangan Mustika menyambar pipi Luqman.
“Adoii…” Luqman terjerit. Terkejut dia dengan tindakan drastik Mustika.
“Sampai hati awak tipu saya. Saya benci awak!”
“Mustika…Tunggulah.” Luqman terus mengejar Mustika berteman pipinya yang merah di tampar. Namun, Mustika sudah menahan sebuah teksi. Langkah Luqman juga terhenti.
Luqman hanya mampu menggeleng. ‘Aduhai..Mustika ni. Datang-datang je tampar aku.Apa masalah ntah. Ke..dia dah jumpa Adib? Oh,tidak. Ni mesti Adib dah beritahu dia perkara sebenar. Sengal betullah. Apalah Adib ni. Aku dah bagi chance pun tak reti nak ambik peluang. Aduhai. Aku pun lupa nak beritahu dia planning aku ni.’
Luqman kini masih menggosok pipinya. ‘Agaknya memang tangan Mustika ni panas nak menampar orang. Sebelum ni aku gelak je bila Adib kena tampar. Hari ni aku pulak kena. Agaknya sebelum ni macam nilah Adib rasa. Berapi juga tamparan Mustika ni.’
Petang itu di rumah Adib…
“Yang kau tu merah pipi kenapa? Kena tampar dengan awek kau?”
“Taklah. Sakit gigi.”
“Kau kalau nak tipu agak-agaklah. Eh, yang kau kelentong Mustika kata aku Mr. Love dia apasal.”
“Aku nak tolong kau. Kau tulah yang tak gunakan sebaiknya.”
“Aku tak nak tipu dia. Jujur itu lebih baik, kan. Entah-entah kau ni kena tampar dengan Mustika kut. Sebab semalam lepas jumpa aku, dia kata nak jumpa kau. Aku yang beritahu dia tempat port kau tu.”
“Berapi siot.”
“Tau takpe. Aku dah kena sekali. Haha..Merah gitu.”
“Wekkk..”
*****
Mustika terasa tekaknya loya.Lain macam sahaja. Kepalanya juga sudah terasa berat. ‘Aduhai..rasa macam nak pitam je ni. Mana aku nak paut ni.’ Dia terus memegang kepalanya.
Tiba-tiba di rasa ada seseorang yang memapahnya.Dia biarkan sahaja walaupun siapa orang itu.Dia sudah tidak mampu untuk berdiri stabil.Kesakitan kepalanya juga sudah tidak mampu ditanggung.Dia merasakan kepalanya di picit perlahan-lahan. Kepalanya juga terasa berada di suatu benda yang agak empuk dan selesa.
“Mustika…Mustika..”Panggil suara itu lembut.
Mustika cuba mengamati suara itu. Dia cuba membuka matanya yang terpejam untuk beberapa detik waktu tadi.Rupanya dia di dalam rangkulan Luqman.Kepalanya juga sudah terlentok di bahu lelaki itu.
“Awak pitam.” Luqman memberitahu.
“Terima kasih Luqman sebab tolong saya.” Matanya kini bertentang dengan mata Luqman. Ada ‘rasa’ yang masuk ke jiwa. ‘Mr. Love.’
Setelah Mustika bertenang…
“Maaf sebab hari tu tampar awak. Waktu tu, saya rasa marah sebab awak tipu saya. Sampai hati awak.” Pinta Mustika perlahan.
“Seharusnya awak tampar saya. Memang saya yang bersalah pada awak. Saya minta maaf. Boleh.. beri saya peluang untuk jelaskan perkara sebenar?” pinta Luqman.
Mustika mengangguk.
“Sebenarnya sejak saya jumpa awak masa ganti cermin mata awak tu, saya memang tak sangka awaklah Mustika Ratu teman Gempak Starz saya tu. Sebab kita saling tak kenal. Saya dapat rasakan awak orangnya bila Adib sibuk bercerita dan tunjukkan gambar awak.”
“Sebenarnya Mustika, selama saya jadi Mr. Love awak, saya memang takde perasaan pada awak. Memang niat saya hanya nak mainkan awak. Kalau awak nak tahu semua kata-kata dalam surat yang awak pernah terima sebelum ni, adalah tulisan Adib. Memang dia yang tulis atas permintaan saya. Dia tak tahu pun bahawa saya ni nak permainkan awak. Kalau awak baca apa yang dia tulis, pasti awak boleh ‘rasa’ apa yang diluahkan. Saya dapat rasakan yang awak sukakan Mr.Love kerana tulisannya tu, kan?”
“Saya minta maaf sangat-sangat Mustika.”
*****
Mustika temenung. ‘Siapa yang harus aku pilih? Adib atau Luqman?’
Mustika ber’chat’ di FB bersama teman sejati, Lyla. Diceritakan apa yang berlaku. Dia bertanyakan pendapat.
 ‘Tanya sama hati kaulah. Aku mana boleh beri jawapan. Itu untuk masa depan kau. Hati kau. Hidup kau.’
‘Tapi, Lyla. Hati aku macam suka pada Luqman. Walaupun dia kata dulu dia hanya nak permainkan aku, tapi kini dia  jujur berterus terang dengan aku. Lagipun dia tu memang Mr. Love yang aku tunggu.’
‘Terpulang pada kau. Aku sokong je. Janji aku dapat makan nasi minyak kau dulu. Hehe.’
‘Sengal.’
*****
Mustika mencari Luqman..dan pencariannya berhasil. Dia ingin meluah kata pada Luqman. Dia nekad.
“Luqman...Saya... suka awak.” Luah Mustika tiba-tiba. Dia tenang dalam bicaranya.
“Hah??” Luqman terkejut. “Mm..Mu..Hm..Mus..tika..Aa..awak janganlah suka saya. Hari tu saya cakap main-main je. Yang ‘rasa’ suka tu, sebagai kawan je. Saya dah ada aweklah. Nanti awek saya marah.” Terus sahaja Luqman memberi jawapan. Gelabah siot.
“Tapi saya...saya suka awak...” Mustika mengulang kata.
“Alah..Janganlah...Janganlah suka saya Mustika.” Luqman semakin gelabah. Dia sudah bangun dari tempat duduknya. Takut.
Mustika sudah tergelak. Kelakar pula dia melihat cara Luqman. Tergagap-gagap pula. Hari tu nampak cool je bila menipu orang. “Takdelah. Saya gurau je. Saya cuma nak cakap, saya suka awak sebagai kawan je. Bukan yang terlebih ‘feel’ tu.Awakkan Mr. Love...Kawan saya.” Mustika berterus terang.
“Selamat awak cakap macam tu. Lega den dengar. Kalau tak, tak mampu nak membalasnya.” Luqman kembali duduk sambil menggosok dada. Lega.
Mustika masih tergelak.
“Sebenarnya, saya ni dah ada awek, Mustika.Sorang tu jelah. Susah nak tackle pulak tu. Bila dah dapat, saya tak naklah lepas. Dengan awak tu, saya kacau-kacau je.Takde niat apa-apa pun. Hihi..Sorry. Saya ni degil sikit. Tengok macam baik je kan.” Luqman tergelak sendiri. “Perasan, kan?”
“Okey. Saya faham.” Mustika juga masih menahan gelak.
“Mustika..Awak berilah peluang pada Adib. Kesian dia patah hati tau. Saya yakin, dia takkan mempersiakan awak. Saya kenal dia sejak kecik. Kasar-kasar caranya, dia seorang yang penyayang. Dalam diam, dia tu lebih romantik dari saya tau. Percayalah.Cuma…Dia agak sensitif. Kalau tak ada sebab, tak takkan mudah marah dan beremosi. Sama macam awak juga.”
“Tapi, tak boleh paksa hati saya untuk suka dia, Luqman.”
“Saya faham. Ikut hati awak Mustika. Saya bukan sesiapa nak menentukan jodoh awak. Pilihan di tangan awak dan apa yang awak perlu percaya, jodoh itu ketetapan Allah.Eh, tapi betul ke awak dah nak bertunang Mustika?”
“Bertunang? Siapa cakap.”
“Adib.”
“Hah? Adib?” Maisarah terkejut.
Mustika terdiam. ‘Sekarang ni aku nak percaya siapa. Luqman ke Adib?’
Mustika terus mencari Adib.  Tika itu Adib sedang menangkap gambar dengan lensa kameranya. Tanpa sedar dia telah menangkap gambar Mustika. Namun ia segera di padam. Ia tidak harus berada di dalam simpanannya. Gambarnya yang diambil bersama Mustika dahulu juga telah dibuang. Buang semua kenangan untuk melupakan. Sadis je dengar.
“Kau nak apa cari aku Mustika? Semacam je muka tu. Nak perang dengan aku ke apa. Aku malaslah nak layan. Kau pun, dah nak bertunang.  Dah nak jadi milik orang. Takde gunanya kut cari aku kat sini. Buat patah hati aku je.” Adib meluah rasa kecewanya.
Mustika terkejut sambil berkerut wajah. “Kau kata… aku nak bertunang?” Kini dia juga mendengar sendiri dari mulut Adib. Maksudnya Luqman tidak menipu.
“Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pulak. Mustika..Mustika…Tak payahlah buat muka terkejut kau tu. Apa-apa pun semoga berbahagialah untuk kau. Semoganya majlisnya nanti berjalan lancar. Kalau rasa nak undang aku nyanyi kat majlis kau pun takpe. Kasi je kad.” Adib sudah menapak pergi.
“Adib. Nanti!” Mustika mengejar langkah Adib. “Tolong beritahu aku betul-betul. Kau dengar berita ni dari mana?”
“Abah kau.”
Mustika terpempan.
“Abah aku? Macam mana kau tahu? Kau datang kampung aku.”
“A’ah. Untuk bayar hutang dan pulangkan gambar kau. Aku nak bayar dekat kau, kau tak nak. Jadi, aku bayar pada abah kau.”
Mustika membulatkan mata. Hilang suaranya untuk terus berkata-kata.
*****
“Aii, Mustika. Tetiba je balik kampung ni kenapa?” suara garau Pak Hassan sudah singgah ke cuping telinga.
“Abah..Abah tipu Adib kata Ika nak bertunang kenapa, bah?” Wajah garang ayahnya dan sukar tersenyum itu dipadang.
“Abah saje je. Abah nak uji dia. Kenapa? Bila abah kata kau nak bertunang dia pun tenang je abah tengok.”
“Abahh.... Takkanlah orang yang datang nak melawan cakap abah. Mestilah dia buat baik je. Apalah abah ni.”
“Iye. Sebab tulah abah suka dia,”ujar Pak Hassan tiba-tiba.
Mustika terkejut.
“Dia jujur dengan abah.Jangan tak percaya. Abah dah dapat naik kereta ‘hensem’ dia tu. Best naik kereta tu. Rasa macam orang kaya.”Terbit segaris senyuman dibibir ayahnya.
“Hah?” Mustika kian terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang ayahnya.
“Bila masa abah naik kereta dia?”
“Masa pergi masjid.Adib yang ajak abah naik kereta dia. Dia tu baik Mustika. Kamu ada salah faham apa dengan dia?”
Mustika tidak menjawab.
“Kamu perlu jujur dengan abah, Mustika.”
Mustika bercerita juga.Akhirnya abahnya bangun dan mengambil sesuatu dari laci almari.
“Nah. Ni dia bayar hutang kamu dan pulangkan gambar kamu pada abah. Jauh-jauh dia dating semata-mata untuk ni.”
Mustika menerima kedua-dua sampul dari tangan ayahnya. Dia melihat isi kandungannya. Dia sama sekali terkejut.
“Abah dapat rasakan, dia tu sukakan kamu. Tapi, abah tahu dia kecewa sebab abah cakap kamu nak bertunang. Dia kata tujuan dia datang semata-mata nak bayar hutang kamu yang hanya RM22.50 tu. Tapi, akhirnya dia pulangkan juga gambar kamu sebab dia tak nak menyimpan rindu pada kamu sebab abah kata kamu nak bertunang.”
Mustika terdiam kini. Dia juga telah membaca akan coretan di belakang gambar. ‘Adakah selama ini Adib benar-benar sukakan aku.’
“Abah nak kamu serahkan semula duit tu pada dia, sebab abah tak nak kamu pula berhutang dengan dia.”
“Kalau dia tak nak terima, bah?”
“Katakan pada dia, itu mas kahwin kamu.”
“Hah??” Mata Mustika sudah membulat. Dia sudah ternganga.
“Abah gurau jelah.” Hassan sudah ketawa. Jarang bagi Mustika melihat abahnya ketawa.
“Tapi, kalau kamu okey, abah okey je. Dah. Nanti kamu jangan lupa pulangkan pada dia. Sampaikan salam abah sekali.”
*****
“Luqman...Awak tahu tak Adib ke mana?”
Luqman menggeleng. “Dia tak cakap pun dia nak ke mana.”
“Owh, ye ke..Okey. Takpelah.” Mustika sudah memalingkan langkah.
“Mustika...” panggil Luqman.
Tiba-tiba..
Pangg...
“Adoii...Apa ni tetiba je tampar orang.” Luqman sudah memegang pipinya yang kebas.
“Luq. Ni siapa ni. Awak kata awak cintakan saya sorang. Yang ni siapa pulak!” Tegang kedengaran akan suara seseorang yang datang tanpa diundang.
“Erkkk…” Luqman menelan liur payau. “Qasehhh..Please..Dengar dulu.” Pinta Luqman sambil menarik lengan gadis itu.
Qaseh kembali merentap tangannya yang di pegang Luqman.“Apa lagi you nak jelaskan, Luq.”
Mustika yang baru ingin pergi, turut terkejut melihat drama sebabak yang berlaku di depam matanya.Dia terpaksa masuk campur untuk meredakan keadaan.
“Qaseh... Dengar dulu apa Luqman nak cakap.” Ujar Mustika.
“Awak siapa?”
Mustika memperkenalkan diri. Dia menghulur salam, namun salamnya tidak bersambut.
“Qaseh...Kak Mustika ni, bakal tunang abang Adiblah.” Luqman memberitahu. Dia berharap agar Qaseh dapat bertenang.
‘Hampeh, kau Luqman. Dahlah beri gelaran ‘kakak’ dekat aku. Cakap pulak aku ni bakal tunang Adib. Aku belum terima pun Adib tu.’
“Err…Sorry, kak.” Pinta Qaseh meminta maaf. Kini dia menghulurkan salam, dan salamnya bersambut.
“It’s okey.”
“Sorry, kak Mustika. Kita orang pergi dulu. Nak pergi datingni.” Luqman sempat mengenyit mata sebelum berlalu pergi bersama Qaseh, buah hatinya.
‘Hampeh betul Luqman ni. Aku tujal juga kepala kau nanti.’
Mustika terus berjalan. Tika itu fikirannya melayang kepada Adib.
‘Bila aku nak pulangkan RM22.50 ni pada Adib? Bila nak jumpa, mesti takde. Ke.. dia memang mengelak dari aku.’ Mustika hanya mampu melepaskan keluhan nafas.
Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Teringat dia tika Adib menyanyikannya bait lagu itu. Memang masuk ke jiwa. Mungkinkah Adib benar-benar patah hatinya dengannya. ‘Ya Allah. Temukanlah aku dengan Lukman Adib.’
Mustika terus leka berjalan.
Screeettt....
Dummmm…
Sebuah kereta telah menekan membrek emergency, namun sekujur tubuh Mustika telah terbaring di atas jalan raya.
“Mustika..Please Mustika. Jangan macam ni. Awak kena kuat Mustika.. Tolonglah sedar.  Di sini ada ibu dan ayah awak Mustika. Jangan biar mereka terus berduka, Mustika. Awak mesti sedar. Saya tak sanggup nak lihat air mata mereka jatuh, Mustika.” Adib berusaha memberi kata semangat.
‘Ya Allah...Aku juga tak sanggup kehilangan dia, ya Allah.’ Adib kini berteman air mata. Dia tidak sanggup jika sesuatu terjadi pada Mustika.Mustika kini terbaring koma dan apa yang dia tahu, kaki kiri Mustika terpaksa di potong. Kasihannya Mustika.
*****
“Mustika. Dalam tempoh dua minggu ni saya takde tau. Saya pergi umrah dengan keluarga saya. InsyaAllah, kalau berkesempatan akan datang saya boleh ajak awak dan keluarga awak pulak,” ujar Lukman Adib ketika melawat Mustika Ratu di rumah keluarganya.
“Terima kasih, Adib. Terima kasih sebab bersusah payah untuk saya. Tanggung semua kos rawatan saya.”
“Semua itu rezeki Allah. Saya tak memiliki semua tu jika bukan DIA yang memberi.”
Mustika tersenyum.Lukman Adib kemudiannyameminta diri dari kedua orang tuanya Mustika Ratu.
Tanpa sedar, rupanya ada satu sampul yang di tinggalkan di atas meja berhampiranya. Nyatalah ia ditujukan atas namanya kepadanya. Di dalamnya, terdapat sebuah CD bertajuk ‘Sudikah Kau Terima Aku.’ Cehh..Tajuk pun poyo.
Mustika kini mengambil laptopnya di dalam laci dan CD itu di pasang. Ia mula memaparkan sesuatu.
‘Oh, video animasinya rupanya.Comel.’
‘Aiik, macam muka aku dan Adib  je ni.’
‘Uit…Kereta Lamborghini merah ni. Kenapa jalan cerita animasi ni, macam kisah aku dengan dia je.’Jari telunjuk Mustika bermain di dagu.
‘Lagu latarnya, lagu yang aku suka.Aii, semacam je.’Lagu ‘Tuhan Jagakan Dia’. Lagu itu dinyanyi sendiri oleh Lukman Adib dengan penuh perasaan.
Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ‘kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguk mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku…

Selepas habis lagu…ada satu suara merdu pula berbicara.Waktu itu, animasinya memaparkan si hero memberikan si heroin sejambak bunga mawar merah.Dan suara untuk watak itu adalah suara yang di kenali.‘Adib.’Suara itu mula menggugat hati dan perasaannya.
Maaf andaiku tersalah bicara,
Bicara sukma di hati yang satu,
Maaf andaiku diriku tak sempurna, 
Sudikah kau terima lamaranku, Mustika Ratu.

Berderau darah Mustika tatkala mendengar bicara itu.‘Lukman Adib melamar aku? Tak mungkin. Biar betul?” Maisarah kini tersenyum sendiri.

“Kalau dia cakap ‘live’ kat depan aku ni, boleh gugur jantung aku ni. Agaknya takut aku terkejut sebab tu dia kirim CD je kut. Hihi..Tapi, tak gentlemenlah macam ni.”

Video terus berputar. Hanya lagu menemani beberapa foto. Mustika terus menantikan video yang masih berbaki. Beberapa huruf mula keluar satu persatu. Dia ia kini membetuk satu ayat. Suara Adib kembali kedengaran.

~Andai hati terima, suarakan pada walimu sebagai jawapan. Aku sudah berjumpa walimu dan pinta walimu, agar aku sendiri bertanya pada hatimu. Apapun jawapanmu, akanku terima.- Adib

Mustika ternganga sambil menekup mulut. Terkejut. ‘Subhanallah.’

Mustika tiba-tiba berdiam diri.Dia menarik selimut melihat kakinya. Ada sebak bertandang.

‘Ikhlaskah dia menerima aku yang cacat begini.’

*****
~ Mustika..ooo..Mustika…~
Alunan ala-ala merdu itu mematikan lamunan Mustika.
Mustika memandang gerangan si pendatang. Hihi..Bukan pendatang tanpa izin.Tapi, pendatang dengan izin.
Lukman Adib memberi Mustika satu bungkusan berbalut.
“Apa ni?” soal Mustika ala-ala terkejut.Padahal, saje je olok-olok terkejut.
“Mustika Ratu.” Jawab Lukman Adib pendek.
Mustika sudah pastinya membuat muka.‘Takkanlah leper macam tu.Ada ke produk Mustika Ratu yang lebar dan leper macam tu. Tak pernah aku jumpa pun.’
“Tak percaya?Bukaklah.”Ujar Lukman Adib sambil tertawa.
Balutan bungkusan itu di buka.
Haha..Nampaknya Lukman Adib memang tak tipu. Memang Mustika Ratu. Rupanya ia adalah gambar-gambarnya semasa di hari majlis pertunangan mereka.
“Okey. Nice. Terima kasih.” Mustika tersenyum melihat gambarnya yang telah di edit dan di bingkaikan. Cantik….Ceh..Puji diri sendiri pulak.
“Nah, terimalah RM22.50 tunai dariku,” ujar Adib selamba sambil menghulurkan sekeping sampul bewarna merah.
Mustika blur.
“Saya bayar untuk 15 keping gambar kali RM1.50 sen, dua puluh dua ringgit setengah.” Jelas Adib lagi.
“Bukan dulu, awak dah bayar ke. Ada lagi pada saya duitnya dalam sampul merah tu. Saya tak pulangkan pun lagi pada awak.”
“Itu gambar yang dulu. Masa baru kenal. Ini gambar yang sekarang. Masa tunang.”
“Habis tu, upah lagu sebelum ni...tak tolak ke?”
“Itu free je. Saya ni tak berkira macam awak.”Lukman Adib sudah ketawa.Mustika Ratu pula hanya mampu tersenyum.Dia diperli oleh lelaki itu.
‘Memang betul mamat ni. Suka sangat nak kenakan aku.’Bisik Mustika di dalam hati.
“Terima kasih, Budak Lambo.”
“E’eh dia ni. Dah nak jadi bakal suami pun panggil macam tu. Tak nak..tak nak..tak nak..” Lukman Adib sengaja meniru gayapercakapan pakar motivasi, Prof. Izzi. Hmm…Comel..
“Rugi saya letak harga 1.50 sen. Kalau tahu awak nak bayar, saya letak harga mahal.”
“ Dah lepas. Nasiblah.Kalau ada chance lagi, awak nak letak harga berapa?”
“Sekeping gambar, sama nilai dengan harga Lamborghini awak tu. Amacam.”
“Wahh..Ni dah melebih ni. Materialistik rupanya awak ni ea. Baru tahu.”
“Takdelah.Gurau je.”
“Okey, terima kasih Tengku Lukman Adib.”Mustika membuat tanda ‘peace’, trademark kegemarannya. Masa bertunang barulah dia tahulelaki itu ada gelaran ‘Tengku’ kat depan namanya. Patulah kaya semacam.Tapi, Alhamdulillah tak sombong.
“Alahai, Mustika Ratu produk kecantikan ni. Sama-sama.”
“Amboi…ayat dia. Ingat orang di barang ke, apa.”
“Bukan barang.Tapi, anugerah yang tak ternilai dengan wang ringgit.” Lukman Adib mengukir senyum.
“Nah..Terimalahkembali RM 22.50 tunai dariku...” Ujar Mustika dalam nada bergurau walaupun hakikatnya dia serius.
Lukman Adib menjungkit kening.
“Ini harga mas kahwin saya. Masa nikah nanti baru bagi saya ye.” Mustika tersenyum.
Lukman Adib membalas senyum. “Takpelah. Awak simpan je. Tak pun awak bolehguna duit ni beli ‘Shell Nut Powder’ produk Mustika Ratu, tu. Boleh gak tenyeh-tenyeh kat pipi awak yang naik jerawat tu. ”
Mustika menjeling. ‘Pergh..mamat sorang ni.Sajelah tu kaitkan aku dengan produk Mustika Ratu.’
“Yelah.Nanti dah licin dan gebu, bolehlah saya cubit-cubit manja pipi awak tu.Pipi saya ni memang dah licin dah.”
“Eii..awak ni, kan….”
“Mustika Ratu…” panggil Lukman Adib.“Serlahkan keayuanmu.Janganlah marah-marah yecik tunang.”
Mustika Ratu mengukir senyum.Malu. ‘Cehh..dia ni.’
“Mustika Ratu…Awak tetap menjadi ratu di hati saya walapun awak bukan pengguna tegar Mustika Ratu seperti  Mama saya.”
“Budak Lambo…..” jelingan Mustika Ratu tajam ke arah wajah Adib.
“Alahai Mustika Ratu di hatiku ni.Tak supporting betul.Dah jom. Naik Lambo. Kita pergi kedai Mustika Ratu.”
“Awak ni kan. Tak habis-habis nak kenakan saya. Kat kampung saya ni mana ada kedai Mustika Ratu.”
*****
~ Waiting for tomorrow. Will meet someone special ~
Ry : Oh,Ika.  Kau nikah esok ye. Tahniah…
Lyla : Memang special lah mamat tu. Bakal suami kau.Hehe…
MR.LA : Saya tahu, saya memang special di hati awak…Hihi…Jumpa esok Mustika Ratu.
Mustika : MR.LA ~ Mustika Ratu love Lukman Adib.
MR.LA : Mustika Ratu...Terimalah RM22.50 tunai dariku.
Mustika : MR. LA..Esoklah..Jangan over sangat.
*****
“Hmmm…Wanginya.” Ujar Lukman Adib sambil mencium dan membelai lembut rambut isterinya.“Ni mesti guna minyak Cen ceman Murni, kan.”Sambung Lukman Adib lagi.
“Poyo abang ni.”
“Poyo tu apa ek?Sesuatu yang hensem macam abang ke?”
“Ehh..Buat lawak bodoh pulak dia.”
“Ewah-ewah.Bahasa dia. Macam pandai sangat. Poyo tu apa? Cuba jelaskan kat abang.Selalu je cakap abang ni poyo je.”
Mustika mencebik.Ntahlah. Dia pun tak tahu mengklasifikasikan poyo itu sebagai apa. Apa yang penting ia bukan sejens minyak wangi. Hehe…Merapu pulak ye.
“Alahai Mustika Ratu abang ni. Marah ke?”
“Tak.”Jawab Mustika pendek.
“Habis tu…”
“Threelah.”
“Eleh, lagilah poyo minah ni.” Balas Lukman Adib.
“Poyo tu apa bang?” Sengaja Mustika menyoal suaminya.Tadi dia yang ditanya, sekarang dia pula memulang soalan.
“Nak tahu ke?”
Mustika mengangguk.
“Apa yang abang tahu ‘Poyo’ tu bukan sejenis produk Mustika Ratu.”Ujar Lukman Adib membuat lawak seraya ketawa.Akibatnya, pipinya di cubit.
“Jeleslah tu pipi orang licin.”Tawa Lukman Adib semakin panjang.
Mustika ala-ala merajuk manja.
“Mustika Ratu merajuk..Haha…Tak nak pujuk pun.”
Lukman Adib akhirnya mengelus lembut pipi isterinya itu.“Mustika Ratu sentiasa di hati abang.Terima kasih, sayang. Love you. Lusa abang takde tau. Seminggu pergi Jepun.”
“Okey. I will miss you.”
“Me too. Tapi abang ada bawa sesuatu untuk sebagai teman abang.”
“Apa dia?”
Lukman Adib kini membuka lagu di telefon bimbitnya.

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Mustika hanya tersenyum malu.Lagunya dinyayi olehnya ketika berangan di bilik. Lagu ‘Gurindam Jiwa’. Siap ada video lagi. Ntah bila masa pulak si Lukman Adib ni letak perakam video. Perghh…

“Mustika Ratu pakai blusher ke? Merah je pipi tu.” Lukman Adib mengusik. Lantas dikucup lagi pipi gebu milik ratu hatinya itu. “Pergh…Merah gitu.”
“Adoii..” Lukman Adib menjerit tiba-tiba.
“Merah gitu.” Ajuk Mustika.
Lukman kini memegang kedua belah telinganya yang telah dipiat Mustika. “Sakit tau.” Lukman membuat suara manja.“Sebelum ni asyik tampar orang, sekarang ni main piat-piat pulak dia.”
“Nasiblah. Merah gitu..” Mustika Ratu sempat mengenyit mata. Dia tertawa.
“Abang…Sayang pun ada teman masa abang takde tau.”
“Hah?? Apa?”
“Ni.” Mustika menunjukkan telefon bimbitnya. Dibuka satu rakaman suara. Ia adalah lagu-lagu Selawat memuji Nabi yang dialunkan Lukman Adib. Memang merdu suaranya.
“Terharu abang dengar. Terima kasih sayang.”  Lukman Adib mengucup kembali pipi isterinya.“Dah, jom. Kita siap.”
“Pergi mana?”
“Lupalah tu. Majlis ex-Mr.Love awaklah.”
“Hoho. Lupa pulak. Abang Luqman.”
“Ehem..Ehem..Sejak bila pulak panggil abang ni. I jealous tau.”
“Opss..Brother Luqman.”
“Sama jelah tu, kan.” Omel Adib. Mustika sudah tersengih.
“Tapi, kenapa dia panggil saya akak, ek?”
“Dia tu memang. Perasan muda. Dia tu lahir dulu dari abang tau.”
“Iyelah. Tak kisahlah.”
“Nah. Abang pilihkan baju.”
“Merah??”
“Merah gitu.” Lukman Adib ketawa sendiri. “Biarlah matching dengan abang. Sehati dan sejiwa.”
“Tak habis-habis abang ni dengan warna merah. Okeylah.”
“Dah duduk sini.”
“Kenapa pulak.”
“Abang solekkanlah. Ingat abang ni tak pandai ke bab-bab nak menyolek ni. Abang solek natural je. Tak naklah over. Nanti orang lain pandang, abang yang jealous tau.Ni namanya sentuhan suami.”
“Yelah. Touch-up comel-comel tau.”
“Okey. Dah. Comel gitu Mustika Ratu abang.” Ucap Lukman Adib setelah dia men’touch-up’ wajah isterinya.
“Tudung ni nak pakai fesyen yang macam mana? Najwa Latif  ke yang belit-belit tu?”
“Ikut abanglah.”
“Adoii…” Mustika tiba-tiba menjerit.
“Sorry..Tercucuk. Tak sengaja.” Lukman Adib merapikan tudung isterinya. “Okey, cun.”
“Nak tengok dekat cermin.” Pinta Mustika.
“Tak payah. Abang tengok je dah cukup. Kalau nak tengok sangat, tengok dekat mata abang.”
Mustika memandang tepat mata milik Lukman Adib. “Abang hensem.”
“Haa…Tau takpe. Samalah macam abang tengok sayang. Sayang comel and sweet. Okey, puas hati.”
“Yup..Puas hati.”
“Jap. Ambik gambar sat.”
Klik..Klik..
“One more.”
Klikk..Klikk..
“Sekeping gambar sama harga dengan harga Lamborghini abang tau.” Ujar Mustika sekadar bergurau.
“Dahlah. Abang padam semula.”Lukman Adib sudah merajuk.
“Ala, janganlah merajuk. Gurau jelah.” Dengan selamba Mustika mencium pipi suaminya. Ternyata lipstiknya melekat di pipi Lukman Adib. “Merah gitu.”
“Eii..Gatal.”
Mustika Ratu sudah memukul manja lengan suaminya. Dia tersenyum kini. Itulah rajuna di kalbunya. Sweet dan romantik gitu. Ngada-ngada pun ada. Tak kisahlah. Apa yang pasti lelaki itu pilihan abahnya..dan menerima dirinya seadanya. Percayalah bahawa jodoh itu sudah ditetapkan Allah. Syukur Alhamdulillah. ‘Semoga kau membimbingku kepada cinta Allah.Amin..’
“Tongkat mana?”
“Nak main nenek-nenek ea.”
“Hish..Cubit karang.”
Lukman Adib kini mencempung isteri keluar dari bilik. Biarpun tidak sempurna, Mustika Ratu akak kekal menjadi ratu di hatinya.
“Kenapa abang rasa sayang ni makin berat ek.”
“Dukung dua orang memanglah.”
“Hihi..Lupalah..Takpe. Jamu Mustika Ratu sudah menanti.”
“Abang ni..Tak habis-habis.” Mustika Ratu mencubit manja pipi suaminya.
“Adoiii..Sakitlah.”
“Merah gitu.”


TAMAT
Hak Cipta Terpelihara : Isme_Ana_Nur_2013
p/s : Komen ye andai sudi….Peace you…

3 comments:

  1. Miss writer mmg suke lagu2 klasik yea?.. Saya pn minat lagu2 klasik..BTW cerpen ni best..keep it up..

    ReplyDelete