Sunday 31 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 31


REENA AQASHA kini terbaring di atas katil. Dia merenung pada rantai yang berada di tangannya berteman air mata yang masih gugur ke pipi. Dia sebak. Dia rasa bersalah dengan Iman. Rupanya Iman cuba mengotakan janji untuk melamarnya. Tetapi, dia yang bodoh. Dia sendiri yang melepaskan peluang itu. Dia mengenang layaran kisah lalu sewaktu bersama dengan Iman.
            Hakikatnya begitu payah untuk dia bersama Iman. Apabila dia mendapat tahu Iman menyambung pengajian ke luar negara, dia juga menjejak ke sana.
“Iman..I cintakan you Iman…I really love you..”
“Maaf, Reena. I tak boleh balas cinta you. I cintakan orang lain. I hanya cintakan Sarah walaupun I tak pernah beritahu dia.”
“Sarah? Maksud you Maisarah.” Reena Aqasha rasa tercabar. Rupanya, di hati lelaki itu hanya ada Maisarah musuhnya sendiri. Sememangnya dia kecewa apabila mendapat tahu Iman pernah bersama Maisarah.
“Ye, memang Maisarah. You kenal ke?” Iman menyoal kembali.
“Huhh…Nampaknya you serius dengan dia itu. You tahu tak dia tu perampas?” Reena Aqasha cuba memburukkan Maisarah.
“Apa maksud you tuduh dia perampas?” Iman masih bertenang.
Reena Aqasha sudah ketawa. “Owh, selama ni you mesti tak tahu dia tu perampas, kan. Perempuan kampung berlagak baik.” Nada suaranya angkuh. “Well, you dah kena tipu Iman. You dah kena tipu dengan Maisarah.”
Iman tersenyum. “Hmm..You tak perlu merekayasa cerita Reena. I kenal dia..I juga kenal you. You dengan dia memang berbeza. You takkan boleh senang-senang hati nak tipu I. I takkan percayakan you. Sejak I kenal Sarah, I mula kenal yang mana intan dan yang mana kaca. I akan cuba berubah demi dia. Dia orang yang I cinta. You faham tak! Jangan cari I lagi!”
 “Kenapa kau pilih Maisarah, Iman. Kenapa?? Argghh..Perempuan tak guna. Kau seharusnya mati! Aku benci kau! Kau rampas Iman, aku!”
Suatu hari, Reena Aqasha menerima panggilan telefon daripada Sally dan ternyata berita itu menggembirakan hatinya.
 “Musuh kau dah mati. Dia accident.”Sally menyampaikan khabar.
Reena Aqasha bertindak menyampaikan khabar itu kepada Iman. Namun, ia turut melukakan hatinya apabila Iman terlibat dalam kemalangan kerana tidak dapat menerima khabar tersebut.
 “Tak..Tak..Sarah tak mati! Aku nak jumpa Sarah…Aku nak jumpa Sarah..Aku tahu, Sarah aku tak mati. Aku dapat rasakan Sarah aku tak mati.”
Kesan kemalangan itu, Iman disahkan hilang ingatan. Sejak itu tiada lagi Iman  menyebut akan nama Sarah atau Maisarah.Begitu juga keluarganya. Diingatannya kini hanyalah Reena Aqasha.
“Love you darling..darling..sweetheart…” Ujar Iman sambil memeluk batang tubuh Reena Aqasha orang yang sentiasa ada di sisinya.
“Love you darling…” Reena Aqasha sudah mencium pipi lelaki itu.
“Special for you.” Iman menghadiahkan anak patung dolphin kepada Reena Aqasha.
“I pilih anak patung dolphin ni sebab dia comel macam you.” Ujar Iman seraya memicit hidung Reena Aqasha.
Reena Aqasha meleret senyum.“Thanks..I suka sangat. Comel.”
Reena Aqasha tersenyum mengenang detik-detik indah itu. Itu  bunga kebahagiaannya baginya. Dia berjaya memiliki cinta lelaki itu. Namun bukan sepenuhnya. Iman dilihat masih tidak berbicara soal masa depan mereka. Iman masih kekal menjadikan sebagai sandaran cinta. Tetapi untuk mengikatnya secara sah, masih samar-samar. Reena Aqasha penasaran sendiri. Sudah dua tahun dia menantikan lamaran cinta Iman kepadanya namun ia hanya mimpi. Dia masih berpegang pada satu prinsip. Dia tidak mahu memiliki Iman dengan cara yang paling mudah iaitu memerangkap lelaki itu dengan hubungan yang ‘murah’.
“Sorry. I tak bersedia untuk itu. Sekarang ni pun okey apa. I ada depan mata you, you ada depan mata I.”
Dirinya akhirnya membawa rajuk hati. Dia kembali pulang ke Malaysia. Walaupun Iman menghalangnya, dia tetap juga dengan keputusnnya. Dia membuka perniagaan bersama Sally, namun ia tidak berjaya seperti yang di harapkan. Seseorang telah menawarkan peluang untuk membantu, namun bersyarat. Reena Aqasha bersetuju. Dia di bawa bertemu Razlan Sham, dan perjanjian termetrai antara mereka.
Reena Aqasha hanya mampu mengalirkan air mata. Dia sudah ‘menjual’ dirinya pada orang lain. Sejak itu dia sudah tidak endah lagi. Apa yang diminta pasti akan dipenuhi namun bukan sepenuh hati. Hatinya masih utuh pada Iman.
Reena Aqasha kini memeluk bantal dolphin erat di dada. Air matanya gugur perlahan. “Iman…I cintakan you Iman..I mengaku I bersalah. I tak mampu kehilangan you. I tak mampu…Maafkan I, Iman…”
Gegendang telinga Reena Aqasha kini menangkap butir bicara suara pemberita di televisyen.
“Seorang ahli perniagaan maut dalam kemalangan apabila kereta mangsa terjunam ke dalam gaung dan terbakar. Mangsa adalah Razlan Sham….” Suara pembaca berita itu jelas kedengaran dan seraya itu ditayangkan gambar mangsa.
Reena Aqasha terpempan sendiri apabila mendengar berita yang sedang ke udara di televisyen.
“Hmm..Bagus dia mati. Dia takkan ganggu aku lagi. Dia takkan ganggu aku lagi…” Ada segaris senyum di bibir Reena Aqasha. Kemudiannya senyuman serta merta mati. “Tapi, Iman dah tak nak terima aku lagi.” Suaranya lirih. Dia kembali mengalirkan air mata sambil memeluk anak patung dolphin pemberian Iman.

HAYKAL kini tersenyum puas.“Razlan…Razlan…Hmm..Tak sangka akhirnya kau mampus juga. Sebelum ni kau selalu bernasib baik. Sekarang kau dah mampus!”Haykal kini ketawa besar.
 “Sekarang aku boleh miliki Reena sepenuhnya. Aku akan miliki dia kembali. Aku tahu, dulu aku telah buat silap sebab lepaskan Reena kerana Sally. Kali ini, aku takkan ulang kesilapan yang sama.”
Haykal kini melihat gambar Reena Aqasha yang berada di dalam simpanannya. Sekian lama dia cuba mendapatkan hati Reena kembali. Namun tidak berjaya. Kini, ia adalah waktunya. “Waiting for me, baby. Akanku penuhi permintaan hatimu, sayang.” Gambar Reena Aqasha kini dikucup lama.
Trit..Tritt..Telefon bimbit Reena Aqasha sudah berbunyi.
“Hai, darling.”
“Siapa ni?” Reena tidak tahu siapa yang menghubunginya. Hanya nombor yang tertera di skrin.
“Baby…I tahu apa yang dah berlaku pada you. I tahu you sedih sekarang ni. You kembalilah pada I. I janji I akan gembirakan you. I masih sayang you.” Suara itu gemersik di telinga.
“You siapa?”
“I ni orang yang paling sayang you, Reena. Orang pertama yang memberi you cinta. Tak sangka you dah lupakan I.”
“Haykal? Haykal Benjamin. You ke?” Reena Aqasha seakan mengingati empunya diri.Haykal. Cinta pertamanya. Cinta yang mati kerana cemburu dan kebencian.
“I nak jumpa you boleh?”
“Sorry..I..” Suara Reena kendur.
“Please, baby. I kesuyian…I rindukan you…You je yang boleh ubat hati I..” Suara Haykal kedengaran menggoda.
“Sorry, Carl…I..”
“You masih marahkan I ke? I really sorry baby. I nak kita bersama semula. I tahu apa yang dah berlaku pada you. Iman dah tinggalkan you, kan.”
“Macam mana you tahu?”
“I kenal Iman. Dia tu kaki perempuan. Sejak dahulu, sampailah sekarang ni. Depan you dia berpura-pura dialah yang paling baik. Tapi belakang you…Hmm…You tahu dia dengan siapa sekarang?”
“Siapa?”
“You masih ingat Maisarah? Roommate you dulu?”
“Maisarah??” Reena Aqasha nyata terkejut.
“Bukan ke dia…”
“You nak cakap apa? Dia dah mati? Reena..Reena…Maisarah hidup lagilah.”
“Tapi, Sally kata…”
“Selama ni, Sally dah tipu you Reena. You diperbodohkan je.”
“I tak percaya!” Suara Reena melengking.
“You tak percaya I takpe. I ada bukti. I ada gambar Iman bersama Maisarah. Kalau you nak tengok, you kena datang jumpa I.”
“Tak mungkin…I tak percaya. Sally takkan tipu I…”
Haykal sudah ketawa.
“Reena..Reena..Sally tu bukan baik pun. I lebih kenal dia dari you, Reena. You nak tahu lagi satu cerita tak? You tahu tak yang sebenarnya Sally tu ada hubungan dengan Razlan. Dia orang tu pergunakan you je.”
“Takkk…Takk..You tipu!”
“I tak tipu. Kalau you tak percaya, I ada bukti. Ada gambar. Nak tengok?” Haykal sduah ketawa.
“Tak…I tak percaya. You nak apa sebenarnya?” Suara Reena Aqasha kian menekan.
“I hanya nak you Reena. I nak sayang you macam dulu. I janji akan jaga you Reena. I tak nak you sedih lagi. I tak nak ada orang pergunakan you lagi Reena. Selama ni I tahu, you hidup dalam pendustaan orang di sekeliling you. Please Reena. Benarkan I kembali pada you. I sayangkan you Reena. Really love you. Please…”
Luluh hati Reena Aqasha mendengar suara lirih milik Haykal. Dia kini menangis. “Carl….”
“Reena..I datang rumah you ye. You tunggu I.” Talian kini di matikan.
Keprihatinan Haykal kian membuatkan Reena Aqasha menangis. Dia benar-benar perlukan seseorang. Dia kemudian memujuk hati sendiri. Apabila fikirannya mula tenang, dia teringat kembali akan bicara Haykal.
“Tipuuu..Tipuuu…Semua tipu….Kenapa semua orang tipu aku…Kenapa?” Reena Aqasha kembali melepaskan tangisannya sambil memegang kepala dengan kedua tangannya. Dia kecewa dengan nasibnya sendiri.
“Sally….Sally tak guna….Aku nak kau mampus..Kau tipu aku Sally…Kau tipu aku…Tak guna…!” Reena Aqasha kini melempar telefon bimbitnya ke dinding. Apa yang ada di sisinya juga di lempar. Ia melepaskan kemarahannya. “Maisarah….Aku..Aku juga akan hapuskan Maisarah…Maisarah tak guna…Maisarah tak guna…! Dia orang jahat…Dia orang semua jahat….!”

 IMAN memadang sekeliling. “Aku..aku..dekat mana ni?” Iman menyoal diri sendiri. Dia kini berada di dalam sebuah bilik.
Kreekkk..
Pintu terkuak perlahan. Seseorang muncul di muka pintu.
“Kau dah sedar dah.”
Iman memandang empunya diri. “Aku dekat mana ni?”Iman menyoal dalam terpinga-pinga. Dia masih tidak pasti di mana dia berada.
“Dekat rumah aku. Semalam aku jumpa kau dah lembik kena belasah kat tepi semak mana ntah. Nah. Ni aku dah belikan makanan untuk kau. Aku tak sempat nak masak. Aku nak pergi kerja.”
Iman memandang lelaki di hadapannya, lalu mengangguk. Dia masih terkeliru.
“Nama kau siapa?”
Iman terdiam. Termangu seketika. Dia menggeleng kepala dan terkebil beberapa kali.
“I-Man.” Jawabnya pendek.
 “I-Man?? Haha..Lawak. Nama macam superhero, tapi lembik juga kena belasah.”
Iman merenung pandang pada lelaki itu. Aneh.
“Tak..Nama aku bukan I-Man. Nama aku.. Iman.” Iman memberitahu yakin. Sepertinya ingatannya sedikit terganggu.
“Iman?? Hmm..Kebetulan. Aku pun Iman juga. Well…Aku Iman Ilyas. Senang kata panggil aku Imil je. Kau I-Man..Aku Imil.”
Iman mengangguk.
“Keluarga kau duduk mana? Ingat nombor phone diaorang tak? Biar aku contact.”
Iman terdiam lagi. Kemudian dia menggeleng. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit.
            “Okey, takpe.Aku tahu kau tengah sakit sekarang ni. Hmm..Aku benarkan kau duduk sini sementara waktu.Barang yang ada dekat bilik ni aku tak kisah kalau kau nak guna. Baju..seluar semua ni. Ni aku dah tak pakai dah. Tu nasi tu makan. Tapi kalau tak cukup, stok Maggi aku banyak dekat dapur tu. Nak masak..masaklah. Aku macam biasalah, balik petang. Lagi satu..Aku dah tolong kau ni..Kau pun mesti tolong aku. Kau mesti jaga rumah ni juga. Kalau kau ambil barang, letak tempatnya semula. Aku tak suka bersepah. Ingat!”
Iman mengangguk namun agak takut dengan cara Imil yang tiba-tiba menjerit.
Iman Ilyas tiba-tiba ketawa. “Rileks, bro. Jangan buat muka takut macam tu.  Aku pergi dulu.”  Ujar Iman Ilyas seraya berlalu pergi.
Iman termenung sendiri. Dia melihat tubuhnya sendiri yang lebam-lebam. Kepalanya juga sudah berbalut.Masih terasa berdenyut-denyut sakit.
Dia akhirnya membuka bungkusan nasi yang ditinggalkan untuknya Tika itu dia juga memikir dan cuba mengingat akan apa yang berlaku sebenarnya. Dia dibelasah? Siapa yang belasah? Dia punya musuh ke? Siapa musuhnya? Iman hanya mampu menggeleng kepala. Dia tidak ingat sama sekali. Akhirnya, nasi bungkus itu di makan sehingga licin.
Di kala petang, Iman terasa begitu lapar. Dengan kudrat yang ada di menuju ke dapur. Dia menyelongkar mencari Maggi. Setelah itu, dia mencari periuk dan memasaknya. Di kala dia ingin makan, di bawa periuk panas itu ke meja, namun malangnya dia tergelincir.
Splashh.. Maggi panas menyimbah tubuhnya.
Duggg..Kepalanya terhentak di lantai.
Arghh…Arghh…Iman menjerit kesakitan dan kepanasan. Matanya berpinar dan akhirnya pandangannya menjadi gelap.
Iman Ilyas baru pulang. Dia terus tersandar di sofa sambil mengeluh berat. “Time nilah kena berhenti kerja. Tension betul. Aku dah buat kerja baik dah. Tu pun kena berhenti. Beri alasan tak logik pulak tu. Sakit betullah.Grrr..” Iman Ilyas melepaskan kemarahan di hati.
“Takpe-takpe. Aku dah apply beberapa kerja. Aku akan buktikan aku boleh. Orang yang komited macam aku ni pun kena berhenti. Apa kes. Aku tahu. Sekarang ni, kerja bergantung pada rezeki.”
Iman Ilyas kini merebahkan kepalanya ke kusyen.  “Eh, baru aku ingat. Aku ada ‘geng’ baru kat rumah ni rupanya. Lupa pulak.” Dia sudah menepuk dahi sendiri.
“I-Man..oo..I-Man. Kau kat mana? Tidur ke?” panggil Iman Ilyas. Dia melihat ke bilik, namun lelaki itu tiada di tempatnya. “Hmm..Ntah-ntah spoil sebab dia. Dia datang sini aku pulak kena berhenti kerja.”
Iman Ilyas kemudian menuju ke dapur. Dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh terbaring di lantai.
“Ya Allah..Pengsan pulak dia.”
“Aduh..Kena siram Maggi lagi. Hish..Rugi sebungkus.”
“Menyusahkan pula budak ni. Ni kena hantar hospital ni. Karang mati kat sini, naya aku.”
“Oii, I-Man.Bangun woii..” Tubuh Iman digoyang kuat. Namun Iman ternyata tidak sedar. Iman Ilyas akhirnya berusaha mengangkat tubuh itu. Namun, tidak mampu. Akhirnya tubuh itu di tarik perlahan-lahan.
“Fuhh..berpeluh aku. Berat juga mamat ni. Macam besi. Badan macam aku je. Ntah-ntah memang I-Man ni besi tak. Iron Man.” Iman Ilyas ketawa sendiri menepuk kepala. “Sakit aku..Sakit..”
“Eh…Ada darah pulak. Dari dapur sampai kat ruang tamu ni. Alamak..Dah macam kes pembunuhan pulak.” Iman Ilyas membesarkan mata sendiri. “Tak..Aku bukan pembunuh. Aku bukan pembunuh.”Dia kini terdiam. Matanya di jeling ke kiri dan ke kanan melihat jika ada mata-mata yang memerhatikannya.
“Hish..Mengarut dah aku ni.” Iman Ilyas sudah menggaru kepala. “Nyawa mesti di selamatkan.” Iman Ilyas akhirnya berjaya menyumbat Iman ke dalam keretanya. “Berjaya akhirnya. Let’s go to the hospital.”
Di dalam kereta, Iman masih belum sedar.
‘Hish, lamanya pengsan. Koma ke apa mamat ni. Dia ni macam menyusahkan aku je. Betullah. Dia datang je, aku kena berhenti kerja. Memang mamat ni spoil ni. Buang jelah dekat tepi jalan. Erkk..Tak boleh..Tak boleh..Aku bukan orang jahat. Aku ni baik je. Arggh..Astaghfirullahalazim. Tiba-tiba jadi jahat. Aku kena tolong dia ni. Kesian dia. Aku kena tolong  dia kerana Allah. Muktamad.”

“UMMI...AYAH..”Iman memanggil-manggil nama itu berulang kali.
“Oii, bangunlah. Ngigau ke.”
Iman tersedar. “Ummi dengan ayah aku mana?” soalnya.
“Manalah aku tahu. Dia orang takde datang cari kau pun. Kau kat hospital ni tau. Kau pengsan lagi.”
“Kau ni siapa?”
“E’eh, tak kenal pulak dia. Aku ni yang tolong kaulah. Aku yang bawak kau ke hospital. Tak ingat ke?”
Iman menggeleng.
“Perghh…Jatuh tergolek semalam terus hilang ingatan. Hmm..Kesian. Aku Iman Ilyas. Panggil aku Imil.”
“Imil?”
“Imil..Ye Imil. Kenapa? Pelik ke nama aku?”
Iman menggeleng. “Habis tu aku siapa?”
“Kau Iman. Tapi aku panggil kau I-Man. Faham!”
Iman menggeleng lagi.
“Susah betullah cakap dengan kau ni. Tetiba tak betul pulak hari ni. Kau yang tak betul ke..atau aku yang tak betul ni? Takpelah..Aku tahu ingatan kau terganggu. Sebab tu kau macam ni.”
Iman terdiam. Keliru.
Telefon Iman Ilyas kini berbunyi. Nyatalah ia nombor yang tidak di kenali.Talian pejabat barangkali. Ia segera di angkat. Setelah talian di matikan, dia tersenyum.
‘Syukur. Alhamdulillah. Dia ni bawa tuah rupanya. Eh, salah. Ni rezeki Allah yang beri. Mungkin sebab aku tolong dia.’
“Iman..Aku dapat temuduga.” Ujar Iman Ilyas kepada Iman yang masih termangu.
“Hah?” Iman ‘blur’.
“Ucaplah tahniah dekat aku.”
“Tahniah.”  Iman hanya menurut apa yang di pinta tanpa mengerti apa-apa.
Iman Ilyas kembali membawa Iman pulang ke rumah setelah beberapa hari tinggal di hospital. Sejak hari itu mereka menjadi rapat.




Monday 25 March 2013

NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 29, 30


IMAN terkejut apabila melihat Reena Aqasha sudah berada di dalam rumahnya. “Macam mana you boleh masuk rumah I.”
Reena Aqasha berbuat tidak tahu. Sengaja dia menguatkan volume televisyen di hadapannya.
“Reena…I cakap dengan you ni. Please…Keluar dari rumah I sekarang.”
“Ni rumah kita, kan.” Jawab Reena Aqasha selamba. Dia sudah bangun mendapatkan Iman lalu memeluk lelaki itu. “Darling…”
“Eh, perempuan. Keluar kau.” Iman menolak tubuh Reena Aqasha hingga terduduk di sofa.
“You tak sayang I ke Iman.” Reena Aqasha masih cuba menggoda dengan suara dan liuk lentuk tubuhnya.
“Aku benci kau..Aku benci kau.. Berambus kau sekarang.!” Tubuh itu kembali di tolak. Reena Aqasha kembali terduduk di sofa.
“Hey, you. Sebelum ni you juga yang kata, rumah ni rumah kita, kan. So, kenapa you nak halau I.” Reena Aqasha mula membentak.
Pleaselah, Reena. I kata rumah ni jadi rumah kita kalau kita berkahwin. Sekarang ni..kita takkan berkahwin okey. You faham tak.” Tegang suara Iman tika ini.
“Kenapa you tak nak kahwin dengan I.” Reena Aqasha sudah bangun kembali mendapatkan Iman.
“You yang buat I tak nak kahwin dengan you. Bukan salah I . You yang tipu I selama ni, Reena. You perbodohkan I dengan cinta you. Dah..Lebih baik you keluar sekarang. I kata, keluar!!!” Iman sudah menekan suaranya sekuat mungkin. Kemarahannya sudah tidak dapat di tahan.
“I takkan keluar. Takkan…You mesti kena kahwin dengan I.” Balas Reena Aqasha dengan suara yang lantang.
“Eh, perempuan. Kau buat dengan orang lain. Kau nak suruh aku kahwin dengan kau. Eh, aku kata keluarlah. Aku benci tengok muka kau.”
Pang!!!..Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Reena Aqasha.
Reena Aqash tersentak. Tidak sangka Iman akan menamparnya. “Sampai hati you tampar I.”
“You yang paksa I buat macam tu, Reena. I dah minta you keluar. You yang degil. Get out…!!!”
“Sampai hati you halau I, Iman.”
“Ye..Memang I sampai hati. Sebab semua ni salah you. You yang kecewakan I, Reena. You..!!!” Semakin tegang suara Iman.
“I cintakan you.. Iman…” Reena Aqasha kembali mendapatkan Iman.  Suaranya sudah bertukar nada. Dia mula menangis. Tubuh Iman dipeluk erat.“Tak ingat ke you. Selama you sakit dulu, I yang jaga you Iman. I bersusah payah untuk you.I sayangkan you, Iman.”
“Okey, fine. Itu I akui. Tapi, sekarang ni you tak boleh jadikan alasan supaya I terima you. Apa yang you dah buat sekarang ni I tak boleh terima. You sedar tak you dah buat apa. You dah jual tubuh you dekat orang lain tau. Sekarang you nak I terima you. You sendiri boleh fikirlah Reena.”
“Iman…Please…I  merayu…” Reena Aqasha kian menangis sambil melutut memeluk lutut Iman.
“You tak perlu berlakonlah dengan air mata palsu you tu. Hati I ni memang dah tak percaya you walaupun you melutut depan I sekarang ni. Baik you pergi. Jangan cari I lagi.” Iman menarik kakinya. Dia kemudian berjalan menuju ke almari mencari sesuatu.
“Ni barang you. I pulangkan balik.”  Iman mencampakkan sehelai baju jaket labuh bewarna hitam kepada Reena Aqasha. Hanya itu satu-satunya barang yang belum di lupuskan dari rumahnya.
“Tempat kau bukan di sini Reena. Aku mohon secara baik Reena. Pergi dari sini. Jangan cari aku lagi. Pakai baju tu. Aku tak nak kau keluar dari rumah aku dengan pakaian kau macam ni. Pergi…!!”
“Tak..Iman..I takkan pergi…” Wajah Reena Aqasha sudah di basahi air mata.
Iman merentap kasar tangan Reena dan memaksanya bangun. Dia membawa ke muka pintu. “Jangan kau berani lagi datang ke sini. Jangan cari aku!” Iman memberi amaran keras. Pintu terus di tutup kasar.
“Iman..please..Iman…Maafkan I…Beri I peluang Iman…Iman..Please…” Reena Aqasha terus merayu bersama tangisannya. Pintu rumah itu terus ketuk bertalu-talu, namun Iman tidak membukanya.
“Iman please. I hanya nak kahwin dengan you. I tak nak orang lain. Iman. I merayu. Maafkan I… Maafkan I.. Iman.” Reena Aqasha terus duduk di hadapan pintu rumah Iman. Dia tidak mahu berganjak.
“Pergi! Aku kata pergi!” Jerit Iman dari dalam rumah.
“Iman. I mengaku I salah. Tolong maafkan I. I merayu sangat dengan you Iman. I terpaksa.”
“Dah takde gunanya Reena. Dah tak guna. Baik you pergi. Pergi Reena..Pergi. Jangan cari I lagi.” Suara Iman juga sayu. “Please..Reena..Please…”
“Iman, please.” Reena Aqasha masih cuba memujuk dan merayu. Dia kini bersendu sendiri menahan tangis. “Iman..”
Tiba-tiba Iman membuka pintu. “Hey, you tak faham ke. I kata pergi..pergilah. I benci dengan you!” Tegang suara Iman melontar suara. Riak wajahnya juga tegang.
“Iman…”
“Apa Iman..Iman..” Iman sudah tidak dapat menahan emosinya.
Zappp…Tangannya menyambar pipi Reena untuk kali kedua. Kali ini lebih kuat tamparannya.
Reena Aqasha terpempan. Lantas itu di pergi berlari meninggalkan Iman. Dalam masa yang sama, ada sepasang mata yang melihat kejadian itu.
Iman kini terduduk di depan pintu. Dia melihat tangannya yang menampar Reena. Rasa sakit. Ia kemudian digenggam padu. Dia rasa menyesal kerana menampar gadis itu sebegitu rupa. Air matanya kini gugur ke pipi. ‘Reena..Maafkan I. I dah tak mampu terima ni semua. Kenapa ni yang terjadi Reena? Kenapa? I sedar, I juga salah. I yang tak mengerti you  sepenuhnya, Reena.’ Iman meraup muka. Dia juga tidak mampu menahan kesedihan hatinya. Sebenarnya, dia masih belum mampu membuang Reena Aqasha sepenuhnya dari hidupnya. ‘Ya Allah. Kuatkan hatiku, Ya Allah.’
*****
REENA AQASHA menghempas kuat pintu biliknya.Dia sudah melemparkan barang-barangnya ke dinding. “Aku benci kau..Benci..!!”Semua yang ada di atas katil di lempar ke bawah. Sebuah bingkai kaca di tepi katil juga menjadi mangsa. Ia dilempar dan berderai di lantai.
Pandangan mata Reena Aqasha kini tertancap pada sesuatu yang terkeluar dari poket jaket labuh yang sejak tadi di campak di atas lantai. Dia segera mengambil barang tersebut. Tatkala mengambilnya, air mata hangatnya kembali jatuh perlahan gugur ke pipi.
Ia adalah seutas rantai dan di dalam loket itu terdapat gambarnya dan juga Iman. Reena Aqasha kini bersendu sendiri sambil melekapkan barang itu ke dada.“Iman…Maafkan I..”Air matanya terus deras jatuh ke pipi. Dia benar-benar terusik. Di lihat juga ada tarikh yang terukir pada loket itu. Tarikh itu adalah tarikh hari lahirnya mengikut kalender Hijri. Mungkinkah rantai itu adalah rantai lamarannya untuknya.
“Suatu hari nanti, pasti dua hati akan menjadi satu. Tapi waktunya…rahsia. Ia pasti hari yang paling indah.” Reena Aqasha kembali teringat akan kata-kata Iman sewaktu lelaki itu bertemunya sebelum kembali ke U.K awal tahun lalu. Di kala hari itu, sehari suntuk dia ditemani Iman ke sana ke mari. Hari itu dia merasa bahagia.
            “Iman…I cintakan you, Iman…I cintakan you…I minta maaf…” Reena Aqasha terus berteman air mata sambil memegang erat rantai tersebut. Patung dolphin pemberian Iman sebelum ini dipeluk erat. Dia terluka sendiri. “I bersalah dengan you Iman. I salah.”
Di saat matanya hampir layu, seakan ada suara-suara halus berbisik di telinganya.
‘Dia jahat Reena…Dia jahat. Dia tolak kau. Dia tampar kau. Dia benci kau. Dia takkan terima perempuan jalang macam kau. Baik kau bunuh dia Reena..Bunuh dia..’
Reena Aqasha kembali celik. Hadir kembali memori tika dirinya di tolak dan pipinya ditampar oleh Iman. Dia memegang pipinya. Masih terasa pijarnya. Sakit. Kata-kata amarah Iman juga kembali terngiang-ngiang ditelinga.
“Kau jahat..Kau jahat….Lebih baik kau mati…Pergi mati..Aku benci kau…Benciii..!!!” Reena Aqasha terus meraung kerasukan. Dia menghenyak kasar anak patung tersebut dengan tangannya melepaskan kemarahan. Anak patung itu kemudian dilempar ke dinding. Begitu juga rantai yang berada digenggamannya. “Aku benci kau…Benci…Baik kau mati Iman..!!!” Reena Aqasha kini sudah ketawa seakan kerasukan.
*****
TRITT..TRITT…Telefon bimbit berbunyi.
Punat hijau ditekan.
Settlekan arahan aku.”
Tit..Talian di matikan.

________________________________________________________________________________


 “Astaghfirullah..Kenapa perasaan aku hari ni lain macam. Rasa tak sedap je. AllahuAkbar…Bantulah hambaMu ini.”

Maisarah tidak senang duduk. Sesekali dilekapkan tanganya ke dada cuba menangkan rasa yang menghimpit dadanya yang terasa sesak. Segera di telefon ibunya di kampung bertanya khabar. Dia takut andai sesuatu perkara buruk terjadi dikampung. Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku.
“Kau kenapa Mai. Lain macam je aku tengok?” soal Zulaika yang sejak tadi terperasankan akan tingkah Maisarah.
“Entahlah Zi. Aku rasa tak sedap hati. Perasaan aku tak selesa. Macam ada sesuatu yang berlaku.”
“Maksud kau?”
Maisarah menggeleng.
“Kau doalah supaya tiada perkara buruk yang berlaku. Mungkin perasaan kau je kut.”
Maisarah mengangguk.
*****
Iman baru selesai membuat tempahan bunga di Cinta Bunga Florist. Dia mengukir senyum sendiri.Hari ini dia ingin bertemu Sarah. Itupun jika gadis itu sudi memenuhi permintaan hatinya.
‘Aku sebenarnya tak tahu nak kongsi masalah dengan siapa. Aku tak tahu kenapa aku pilih Sarah. Padahal dia bukan suka aku pun. Nak ke dia jumpa aku? Nak ke dia dengar masalah aku? Hmm…Takpelah. Belum cuba belum tahu. Tapi yang aku tahu, kalau jumpa Sarah aku akan rasa kurangkan kesedihan hati aku ni.’
Lamunan Iman terhenti apabila tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan keretanya secara mengejut. Iman terpaksa menekan brek kecemasan namun berlaku juga hentaman kecil dibelakang kereta itu.
Seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut. Dia datang mendapatkan Iman. Iman juga sudah keluar. Tidak semena-mena lelaki itu terus menendang perutnya. Iman terpaksa menahan sakit. Perutnya terasa senak.
“Korang ni..siapa?” Iman menahan perutnya yang senak. Terkejut apabila dia diserang secara tiba-tiba. Dia menggengam buku limanya. Dia akan bertindak balas.
Dia lebih terkejut apabilabeberapa orang geng lelaki itu sudah mengelilingi dirinya.
“Geng, belasah dia.”Arah lelaki yang berbaju lambang tengkorak.
Mereka kini menyerbu Iman.Iman berusaha melawan. Hayunan buku limanya juga menepati sasaran. Namun kemudian, dia pula ditumbuk. Tumbukan itu sempat dielak. Hayunan buku limanya dilempar lagi. Ah, tidak mengena. Kini, kakinya pula di terajang.Argghhh…
Iman terpaksa melutut ke tanah. Begitu kuat tendangan itu. Dia terus dipukul dan ditumbuk. Dia tetap membalas, namun, kudratnya kian tidak mampu. Dia terasa kepalanya dihentak dengan benda yang amat keras. Terasa begitu sakit. Sakit yang amat. Dia mengerang dan akhirnya terkulai jatuh terjelopok tidak bergerak.
“Ini hanya sebagai pengajaran!.” Ketua geng itu berbicara sambil kakinya menyepak kepala Iman yang nyata sudah nyawa-nyawa ikan.
Tika waktu yang sama di pejabat….
Maisarah tersentak. Gelas yang dipegang terlepas dari tangan. Ia pecah berderai di atas lantai.“Astaghfirullahalazim…Ya Allah. Kenapa ni.”
“Mai..” Jerit Zulaika yang nyata mendengar bunyi kaca pecah di pantry.
“Aduh..” Jari Maisarah telah terkena kaca.
“Mai..Kau kenapa?”
“Zi…Aku rasa tak sedap hatilah. Astaghfirullahalazim..”
*****
“Mai..Ada orang hantar ni masa kau solat tadi.” Zulaika menunjuk pada jambangan bunga mawar dan sekotak coklat Ferrero Rocher di atas meja Maisarah.
Maisarah hanya mampu terdiam. ‘I-Man..’ Bisik hatinya tiba-tiba. Sepertinya ia dapat merasakannya itulah si pengirimnya.Kad yang dititipkan kini di ambil dan di baca.
~Teringin sangat nak jumpa awak. Jam 6 nanti saya tunggu dekat lobi. Sebenarnya saya tengah sedih…Rasa nak kongsi masalah dengan awak. Tolong pujuk hati saya.Kalau saya lambat, call saya. 019XXXXXXX..~ I-Man..

Maisarah terdiam. ‘Kenapa dia ni…Tetiba je..’ Maisarah hanya mampu menggeleng kepala.

“Mai…Kenapa? Siapa kasi.” Soal Zulaika.
“Takde apa-apa. Biasalah..Peminat yang aku tak minat yang kasi.” Maisarah sempat mengukir senyum. Sekadar berseloroh.
“Apa-apa jelah kau ni. ”
Maisarah menghadap komputer membuat kerja. Namun fokusnya hilang. Perasaan hatinya masih tidak tenang. ‘Perasaan yang aku rasa kini ada kiatan dengan Iman ke? Ya Allah..Ku mohon agar kau melindungi Muhammad Iman Ahlam walau di mana jua dia berada.’
Di waktu pulang…
Maisarah menanti di lobi. Dia mencari-cari kelibat I-Man. Namun, tidak terlihat. Dia duduk mencari bangku. Sudah hampir 10 minit dia menunggu.
‘Hish, dia ni. Mana pulak. Kata tunggu dekat lobi. Aku baru je lembut hati nak jumpa dia,dia pulak tak muncul. Saja nak mainkan akulah ni kut. Mesti dia ada dekat sini juga.’ Maisarah masih memanjangkan leher mencari.
‘Nak call ke tak ek?’ Maisarah berfikir.
‘Mesej jelah.’
+ Saya tunggu awak kat lobi ni. Saya tunggu lagi 10 minit. Kalau lambat saya balik.- Maisarah
 Mesej itu akhirnya di hantar dan  menantikan jawapan balas. Sambil itu dia masih cuba mencari kelibat Iman.
Maisarah melirik jam di tangan. Sepuluh minit telah berlalu. Maisarah akhirnya angkat punggung. Seharusnya dia tidak menunggu lagi. Dia juga perlu mengejar bas untuk pulang ke rumah.
Maisarah melekapkan tangan ke dada. Perasaannya masih tidak tenang.‘Perasaan yang aku rasa ni, ada kaitan dengan dia ke. I-Man. Apa yang berlaku pada dia? Nak kongsi masalah dengan aku? Rasa macam pelik je. Ya Allah. Jauhkanlah daripada berlaku perkara buruk pada dia. Walaupun aku tak suka dia, tapi titipan dia kali ni buat aku rasa tidak kena.’
Maisarah akhirnya menghubungi nombor yang di beri I-Man. Talian tidak bersambut. Tiada bunyi sama sekali. Perasaannya kini kian tidak tenteram. “Allahuakbar.. Berilah petunjuk kepada ku, Ya Allah.’
Debaran di dadanya kian menendang hebat. Seperti mengisyaratkan sesuatu yang kurang enak.



NOVEL - Dengarkanlah Permintaan Hati Ini - 27, 28


Maisarah, Ibtisam, Ziha dan Asma berpakat keluar bersama. Mereka saling berkenalan. Mujur mereka ‘sekepala.’Maka, planning mereka menjadi.Selepas bermain bowling, mereka mencari tempat melepaskan dahaga dan mengisi perut.
“Mai..Tempat sebelum ni, nak. Tempat hero kau belanja kita.” Saran Ibtisam.
“Wah, Mai. Kau ada hero. Tak beritahu pun.” Ujar Ziha yang mula rasa teruja.
“Siapa Sam hero si Maisarah ni?” soal Asma pula.
“Aku pun tak tahu. Tak kenal pun. Tapi aku tahu nama dia. I-Man.”
“Wow..Fantastik. Kau ada hero Mai. Tak sangkanya. I-Man ke Iman?” Asma sekadar meneka.
“Ish, korang ni. Ke situ pulak. Kau ni pun satu Sam. Tak boleh simpan rahsia betul.”
“Opss…Sorry. Aku ter…”
“Apa ter..ter…” gerutu Maisarah.
“Dahlah, Mai oii. Let’s go je lah.” Ziha meredakan keadaan.
Mereka kini sudah melabuhkan punggung dibangku masing-masing.
Seorang pelayan telah hadir ke meja mereka.
“Err..Siapa cik Sarah…” tanya perempuan pelayan itu.
Ibtisam, Asma dan Ziha serentak menunding jari ke arah Maisarah.
“Ini untuk cik Sarah. Titipan dari seseorang.” Ujar pelayan itu seraya menghulurkan setangkai mawar kuning  kepada Maisarah.
“Err..Siapa?”
“Maaf, cik Sarah. Katanya..secret admirer cik Sarah. Maaf ye. Saya minta diri dulu.”  Pelayan itu kemudian berlalu pergi.
“Ehem..Ehem…Cik Sarah ada secret admirer ke?” usik Asma.
“Eleh, Mai. Aku tahu siapa yang kasi. Aku yakin mesti I-Man, hero kau yang kasi. Takde orang lain punyalah. Aku gerenti 120 percent.”
“Nah..korang. Ambik bunga ni. Aku tak nak.”
“Alah, Mai. Ambik jelah. Orang dah kasi.”
“Nah, Ziha. Aku kasi kau.”
“Aii..Aku pulak.”
“Ambik jelah. Aku kasi. Letak jelah dalam beg kau tu. Beg kau tu kan besar.”
“Pulak dah. Orang tu kasi kau, Mai. Kalau orang tu ada dekat sini, kecik hati orang tu.”
“Sumbat jelah dalam beg kau tu.”
“Nanti rosaklah bunga ni. Ni kan bunga hidup.”
“Sumbat jelah.”
“Apalah kau ni Mai. Daripada aku letak dalam beg, baik aku pegang je. Barulah ada gaya gadis pembawa bunga. Hehe…”
“Ehem..Ehemm…Hai, Sarah.” Satu suara menyapa pendengaran mereka semua. Maisarah sudah membulat mata. Terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Iman@ I-Man.
“Hai, you all. I’m Iman.” Iman memperkenalkan diri  menarik kerusi dan duduk bersama mereka. Posisinya di sebelah Maisarah. Ibtisam, Asma dan Ziha sudah saling memandang dan tersenyum.
Maisarah hanya menunduk diri dan membisu. Hatinya sudah mengomel.‘Hish, mamat ni. Menyibuk je ada kat sini. Pergilah sana main jauh-jauh. Tak suka aku. Boleh pulak muncul dekat sini.’Maisarah sudah merasa dadanya berdebar kencang. Sungguh tidak selesa.
“Hmm..Sarah…Boleh kita…”
“Kau nak apa ni. Aku tak suka kaulah. Pergilah sana!” Maisarah menekan suara namun masih mengawal lantunan suaranya. Hanya berbicara dengan Iman di sisi.
‘Lelaki ni, pasti bukan Iman yang dahulu. Muka memang sama.Kebetulan.Hmm..Rasanya nilah lelaki yang aku nampak sebelum ni. Tak sangka pula Maisarah kenal.’ Asma hanya berbisik di hati sendiri.
“Iman…Janganlah ganggu aku kat sini. Aku tak sukalah. Aku mohon secara baik ni. Please!” Maisarah sedaya-upaya meminta Iman pergi .
“Okey, aku pergi. Tapi, kalau boleh aku nak nombor phone kau.”
“Sorry. Tak boleh. Dah pergi sana.” Maisarah sempat menyepak kaki Iman. Dia berharap lelaki itu segera pergi.
Iman sempat ketawa. “Ganaslah kau ni Sarah.”
“Pergilah sana. Jangan menyibuk kat sini.”
“Ehem…Iman. Nombor Sarah je ke you nak. Nombor I….you tak nak ke?” Asma dengan gaya menggodanya pula bertindak diluar jangkaan.
‘Sudah, minah sorang ni. Dia pulak buat hal.”
“Oh, okey. Your name?”
“Asma..Just call me As.” Ujar Asma dengan gaya sedikit menggoda.
“Okey. Nice name. Your phone…”
Asma dengan selambanya memberi nombor telefon bimbitnya. Ibtisam dan Ziha saling berpandangan. Mereka kemudian memandang wajah Maisarah. Maisarah hanya menjongket bahu.
“Okey, Iman. Nice to meet you. Sorrylah. Harap you tak ganggu gathering kitaorang ni.” Asma lebih berbahasa.
“Okey.”
“Dahlah.Pergi sana. Kacau je.” Maisarah masih dengan caranya.
“Iyelah, Sarah. Kita ni siapalahkan. Nak berkawan, tapi orang tu tak sudi. Takpelah. Lupakan je. Okey, girls. Sorry ganggu you all. Sorry ea, Sarah.” Iman kemudian bangun dan berlalu pergi. Namun, dia tetap menguntum senyum.
Maisarah membuat muka bengang.
“Kau ni Sarah. Kalau kau tak suka dia aku tak payahlahbuat cara ganas kau tu. Cakaplah baik-baik.” Ujar Asma.
“Yelah. Aku salah. Mana tahu tetiba hati aku ni nak termarah dekat dia.”
“Kenapa tetiba hati kau marah kat dia Mai. Sam kata dia hero kau. Ke kau ni…tengah  J.E.A…” Asma sudah tersenyum sumbing.
“Apa tu. Macam nombor flat motor abah aku je.” Maisarah tergelak sendiri.
“Jealouslah.”
“Eiii…Takde maknanya. Eh..ni apasal cerita aku jadi topik pulak ni. Bukan ke tadi kita borak benda lain.”
“Tetiba cerita kau jadi sensasi jap. So…utamakanlah yang sensasi dulu.” Ziha pula menyambung kata.
“Kaulah, As. Tetiba kau pulak menggatal beri nombor phone dekat dia tu kenapa?”
“Bukan nombor betul pun. Tipu je. Apalah kau ni. Macam jealous je dengarnya.” Asma sudah ketawa. Ibtisam dan Ziha turut ketawa kecuali Maisarah.
“Korang ni pun sama. Bukan nak support aku.”
“Alah, Mai. Gurau jelah.”
“Ah..Takde. Aku nak merajuk jugak.” Maisarah sudah membuat muka merajuk.
“Alah, janganlah merajuk Mai. Siapa nak pujuk kau ni, Mai.”
“Ah, aku tahu. Siapa boleh pujuk Maisarah ni. Aku dah ada nombornya ni.” Asma sudah tersenyum melebar.
“I-Man..Oh ..I-Man…Tengok ni Maisarah dah merajuk. Datanglah sini pujuk dia…” Asma sudah melekapkan telefon di telinganya. Suaranya juga sudah manja-manja menggoda kononnya sedang menghubungi I-Man.
Maisarah mencebik muka. Teman yang lain sudah ketawa sambil menekan perut. “Bestlah lawak kau As.” Puji Ibtisam.
“Betul..Betul..Betul..” Ziha pula memberi sokongan.
“Sengal korang bertiga ni.”
Seorang pelayan sudah datang lalu menghidangkan empat mangkuk mee wantan. Itulah pesanan mereka tadi.Mereka menikmatinya. Hmm..Sedapppp…Alhamdulillah.
“Cik Sarah. Ada titipan untuk cik.” Seorang pelayan telah datang ke meja mereka seraya menghulurkan sehelai kertas tisu bewarna merah jambu yang berlipat kepada Maisarah.
Titipan itu diterima. Masing-masing sudah memanjangkan leher ingin mengintai apa yang tertulis di atas kertas  tisu tersebut. Namun Maisarah tidak membenarkannya.
~Jangan merajuk Sarah. Muka tak comel. Macam cencurut. Dah..Jangan merajuk ea. Aku belanja.~I-Man.
“Grr..Sengal.” Ujar Maisarah.
“Kenapa?” soal Ibtisam.
“As..Kau nilah. Kau telefon dia betul-betul buat apa?”
“Dia…Siapa dia?”
“I-Manlah.” Maisarah menekan sedikit suaranya.
“Hah?? Weh…Aku olok-olok je tadi. Mana aku telefon betul-betul.”
“Habis tu…Ni ha..Baca..”
Mereka bertiga bergilir-gilir membaca tulisan di atas kertas tisu tersebut. Lalu mereka bertiga tersenyum.
“Bagusnya dia belanja kita. Murah rezeki dia. Aminn…” Asma semakin galak ketawa.
“Entah kau ni Mai. Tak payahlah marah sangat. Anggaplah ni rezeki.” Ziha pula menutur bicara.
“Kenapa korang ni menangkan dia je?”
“Bukan menangkan dia. Tapi, aku tengok kau pun macam bersalah je. Kau sepak kaki dia, kan. Tak minta maaf pulak tu. Aku tengok dia tu memanglah menggatal. Tapi, dia masih still minta maaf. Sorry..Sorry..Haa..Kau mana ada.” Asma menguatkan hujahnya.
“Eh, aku pulak yang kena.”
“Aku rasa dia tu okey je. Kau ‘lawan’ makinlah dia berani usik kau.”
“Masalahnya, aku tak sukalah dia tu. Dia asyik kacau aku. Buat aku rimas. Dia tu entah siapa-siapa tau.”
“Tapi, dia kan pernah tolong kau.”
“Memanglah. Aku dah ucap dah terima kasih dekat dia. Dahlah. Nak apa lagi.”
“Aku cabar kau Mai. Minta maaf dekat dia dan ucapkan terima kasih sebab dia belanja mee wantan  ni.” Asma sudah menjungkit kening.
“Hah??” Maisarah membulat mata. “Tak naklah. Kau ni Asma. Gila ah.”
“Alah, aku rasa dia ada dekat sini. So, apa kata kita tanya cik pelayan tu. Dia mesti tahu sebab dia yang hantar titipan ni.”
Maisarah menggaru kepala. “Tak payahlah.”
“Rilekslah, Mai.”
“Yelah..Yelah..Aku tulis dekat tisu ni je. Nanti pass je akak pelayan tu,” ujar Maisarah lalu mencari pen di dalam beg tangannya. Kertas tisu di hadapannya di ambil. “Nak sangat aku balas, kan. Nah ambik ni.”
-Sorry….Terima Kasih…
“Aii, tu je kau tulis.” Soal Asma. “Nama kau mana? Macam tak ikhlas je.”
“Kau ni As. Aku rasa kau ni dah macam berkomplot dengan dia je.Kau ni biar betul. Kau kenal dia tu ea. Baik kau cakap betul-betul.”
“Eh,mana ada. Aku bukan apa Mai. Aku taknaklah kau terlalu membenci orang. Silap-silap nanti hati kau tersangkut dekat dia. Baik layan dia natural je. Suka atau tidak, layan kasi adil. Lagipun, kau tak rasa ada bayangan rindu dekat Iman ke bila tengok dia. Nama dia pun kebetulan sama.”
Maisarah terdiam.
“Manalah tahu lepas ni kau dah tak jumpa dia lagi. Taklah kau menyesal.”
‘Aii, Asma ni. Tetiba cakap macam ni pulak. Aduh….’ Akhirnya, Maisarah menulis juga namanya .-Sarah.
Mereka kemudian bangun dan Maisarah memberikan titipan tersebut kepada pelayan yang sama memberikan titipan I-Man. Mereka seterusnya beredar meninggalkan kawasan itu.
Selang beberapa waktu kemudian…
“Maafmu diterima…Sama-sama…”Iman menjawab titipan itu. Dia tersenyum sendiri. ‘Kuch..Kuch…Hota..Hai..Sesuatu telah berlaku..Sarah..Sarah…Hmm..Best pulak melayan kau ni Sarah. Mesti kau ni tak macam perempuan lain, kan.’
Iman kini mengelamun menari bersama Sarah seperti dalam filem Hidustan, Kuch Kuch Hota Hai.
‘Aii,macam orang gila pulak aku tersenyum sorang-sorang ni.’
“Ehemm..Ehem..”Iman membetulkan suara. ‘Takpe.Control hensem.’ Bisik hatinya sendiri.Dia masih terus duduk melayan perasaan yang berbunga.
 “Hai, darling. You buat apa dekat sini. Kenapa I call you tak dapat. Phone you rosak ke.” Suara menggoda Reena  Aqasha sudah menusuk ke telinga. Dia tergedik-gedik mesra memegang pipi Iman. Entah bila masa Reena muncul dia juga tidak perasaan. Mungkin tika itu dia sibuk melayan perasaan berangan bersama Sarahnya.
“Please, jauhkan diri you dari I.” Suara Iman agak menekan. Dia terus menepis tangan itu dari  bermain di pipinya.
“You ni darling. Kenapa ni. Kenapa tiba-tiba you marah I. You tak suka I datang ke?  Kenapa you keluar tak ajak I. I  rindu you. You tak rindu I ke? Dahlah you balik sini tak beritahu I. Sampai hati you.” Suara itu merengek manja. Tergedik-gedik juga gayanya.
“Please Reena. Stop it. Ni dekat tempat orang ramai okey. Tolonglah. I tak suka.”Iman sudah bangun dan berlalu pergi. Hatinya sebal. Rasa benci menguasi diri lebih-lebih setelah mengetahui sikap sebenar gadis itu.
“Darling..You nak ke mana. Tungglah I. Kenapa tiba-tiba you marah dengan I ni.”  Reena masih terhegeh-hegeh kepada Iman. Terkedek-kedek langkah kakinya mengejar langkah lelaki itu.
“Reena. You pergilah balik. I tak nak jumpa you.” Iman kian melajukan langkahnya. Dia tidak suka Reena Aqasha terus mengekorinya.
“Darling…Kenapa you ni. I salah apa kat you.” Reena Aqasha meminta jawapan.
Iman menghentikan langkah tiba-tiba. Wajah Reena dipandang tepat. “Hey! You boleh tanya I, apa salah you kat I. Pleaselah Reena. Jangan you berpura-pura tak tahu. I tengok depan mata I okey. Apa lagi alasan you nak tipu I.Huh..!” Iman melepaskan keluhan nafas kasarnya. Mukanya juga merah menahan rasa marah.
“Apa maksud you ni darling.” Reena Aqasha berpura-pura tidak mengerti.
“You jangan cuba nak berdolak-dalih dengan I boleh, tak. You ingat I tak nampak ke. I nampak dengan mata I sendiri tau tak! You apa apa dengan lelaki tu, huh. You jangan kata you tak kenal lelaki tu!”Iman menekan suara tegang. Timbul juga urat diwajahnya. Betapa dia begitu marah.
Reena Aqasha sudah terkejut separuh mati. Pastinya Iman sudah mengetahui. “Iman…I..really sorry..” Reena Aqasha sudah memeluk batang tubuh Iman. “ I…”
“Sorry you kata. Eh, you ingat senang ke I nak terima. Hey..Pleaselah..” Tubuh Reena Aqasha di tolak ke samping.
“Darling..Kita kan dah plan nak kahwin.”
“Kahwin…Pleaselah Reena. Lupakanlah. Lagipun I tak pernah lamar you pun. You yang hancurkan harapan I. Selama ni memang I cinta dan sayang you Reena. But…Apa yang you dah buat dekat I. You permainkan kepercayaan I pada you, Reena. Selama ni, I takde kat sini entah dengan siapa you dah buat benda tu. You yang buat hal.”
“Jangan buat I macam ni. I cintakan you  Iman...I nak kahwin dengan you. I sedar I yang salah. I terpaksa Iman…I terpaksa..” Reena Aqasha terus memeluk tubuh Iman sambil menangis. “I hanya cintakan you  Iman…” Reena Aqasha sudah merayu.
Iman terus menolak tubuh Reena Aqasha hingga terjatuh. “Kalau betul you cintakan I, you tak buat ni semua Reena. You kata, you terpaksa. Terpaksa apa, kalau you sendiri yang rela. I dah tahu rahsia youlah. You tak perlu tunjuk muka kesian you lagi. I tak percaya you.” Suara Iman kian tegang menekan rasa amarahnya. Pandangan matanya juga sudah berapi melihat wajah Reena. Dadanya juga berkobar menahan rasa marah.
“Jangan cari I lagi. Jangan pernah tunjukkan diri you depan I lagi. Please. .. Ni I masih boleh control marah I.So,lebih baik you pergi sebelum I buat apa-apa pada yang lebih teruk pada you!”
“Iman.. please maafkan I..Iman…” Reena Aqasha masih merayu. “Iman, jangan buat I macam ni…Iman..please.. I cintakan you Iman..Please Iman. Beri I peluang…I sanggup melutut depan you Iman...Tolong jangan tinggalkan I…” Reena Aqasha terus menangis dan merayu.
Iman tidak mengendahkan rintihan itu. Dia terus berlalu pergi bersama hatinya yang remuk berkecai.. Tanpa sedar, matanya juga bergenang air mata. Arghh…Begitu sakit hatinya yang merasa.
“Iman…Please..Iman..” Reena Aqasha terus mengejar langkan Iman hingga ke kereta.
Iman ternyata tidak mengendahkan.
“Lebih baik you pergi. I takkan beri peluang pada you!” Iman terus menutup pintu keretanya.
“Iman…” Reena Aqasha masih memanggil dalam tangis. “Iman..please…” Dia bersendu tangis sendiri.
“Apa korang tengok-tengok. Tak pernah tengok orang ke.” Reena Aqasha mula marah apabila ada orang yang lalu lalang bercakap tentangnya. Pastinya orang mengutuknya sebagai perempuan gila ditinggalkan kekasih.
Iman terus berlalu pergi bersama kesedihan di hati. “Argh..Perempuan tak guna..Kenapa sekarang kau muncul semula.” Iman menghentak stereng. Rasa sedihnya kembali merantai hati. Keretanya terus dipecut laju. Dia ingin membawa hatinya yang terluka. Padahal hatinya baru hampir sembuh dengan kemunculan Sarah. Kini, kehadiran Reena kembali melukakan hati dan perasaannya. Sakit..Benci..Perasaan itu kini menguasinya. Dia pergi ke atas bukit menenangkan diri. Setelah dirinya kembali bertenang, barulah dia memandu pulang ke rumah.
Di dalam perjalanan…
Iman kini terperasankan seseorang. Gadis itu sedang berjalan di hadapan keretanya yang sedang berhenti sementara menunggu lampu isyarat bertukar warna hijau. ‘Eh, Sarahlah. Betul ke? Aku yakin aku tak salah orang.’ Dia membuka kaca mata hitamnya.
Iman terus memerhati. Sarah dan beberapa orang yang lain meniti anak tangga menuju ke kawasan blok perumahan. ‘Sarah tinggal dekat sini ke? Hoho..Nampaknya, kebetulan lagi ni.” Iman sudah tersenyum sambil memikir idea untuk terus bertemu dengan Sarah. Hilang terus rasa sakit yang membelenggu hatinya.
Keretanya tiba-tiba di hon dari belakang.
“Hish..Sabarlah orang belakang ni. Baru je nak muncul idea. Dah hilang semula. Grr…”
“Hepp..Tak boleh marah. Senyum je…” Iman mengingatkan diri sendiri. Dia kini tersenyum.
“Senyum seindah suria…Yang membawa cahaya…Senyumlah dari hati..Duniamu berseri…” Lagu itu kini bermain di bibirnya.

________________________________________________________________________________


TIT..TIT..Maisarah menekan butang kawalan jauh untuk membuka pintu setelah mendengar loceng automatik berbunyi. Kini, seseorangg telah masuk ke dalam ruangan pejabat.
“Assalamualaikum..Selamat pagi..”sapa orang itu ramah apabila menuju ke meja Maisarah.
“Waalaikumsalam..”  Jawab Maisarah mesra sambil menguntum senyum ke arah seorang lelaki bertopi yang membawa bunga di hadapannya.
“Cik..Saya dari Cinta Bunga Florist.. Saya diminta untuk sampaikan bunga ni kepada cik Maisarah. Hmm..Dia ada ke?”
Maisarah sedikit terkekjut. ‘Alamak.. Jangan I-Man yang kasi sudah..’
“Hmm..Saya orangnya.”
“Owh, cik orangnya.Kalau boleh tahu nama penuhnya…”
“Izzati NurMaisarah.”
“Nama yang indah. Hmm..Sila terima bunga ni cik Izzati NurMaisarah.” Bunga itu dihulurkan kepada Maisarah berteman satu pandangan yang cukup indah.
“Terima kasih.” Jawab Maisarah sambil mengukir senyum.
“Sila tanda tangan di sini ye, cik.” Pinta lelaki itu lagi. Lembut bicaranya.“Senyap je ofis ni cik. Yang lain cuti ke?” Lelaki itu sekadar memanjangkan bicara.
“Takdelah. Kebetulan mereka ada kerja dekat luar. Terima kasih ye.” Ucap Maisarah juga bersopan.
“Sama-sama.”
Setelah lelaki itu pergi, Maisarah membelek akan bunga yang baru di terimanya. Mawar bewarna merah jambu. Hmm..Cantik. Ada titipan disertakan di celahan bunga itu.
~Cik Maisarah. Kad kerja awak ada pada saya. Kalau nak, waktu lunch nanti saya tunggu dekat lobi. Saya pakai baju putih. Ada line biru dekat bahu. Pakai kaca mata hitam. Okey. Sekarang ni, buat kerja dulu..Lalala….I’m waiting for you.~
‘Aduh..Siapa pulaklah orang ni..Kalau tak pergi jumpa, macam mana aku nak dapatkan semula kad tu. Alahai orang ni..Macam nak ambil kesempatan je.’
‘Selamat, Siti ada. Kalau tak, aku tak boleh nak keluar ni. Keluar boleh, nak masuk semula yang tak boleh. Takde orang nak buka pintu. Terpaksa jugalah aku jumpa hamba Allah yang sorang ni.’
Di waktu tengahari…
Maisarah mencari-cari akan empunya diri yang dimaksudkan. Dia terpusing-pusing juga di sekitar lobi tersebut.
‘Mana pulaklah orang ni.’ Maisarah mencari sambil menggaru kepala.
‘Baju putih, line biru dekat bahu. Alamak hai..Macam baju yang aku pilihkan untuk I-Man je. Entah-entah memang si I-Man ni.Tapi mana bayangnya. Tak nampak pun.’
Seseorang yang memerhati hanya tersenyum dengan gelagat Maisarah. Dengan langkah senyap dia menghampiri Maisarah dari arah belakang.
“Hai..Sarah..” lembut suara itu menyapa.
Maisarah berpusing kebelakang.
“Kus..Semangat…Terkejut aku.” Maisarah sudah mengurut dada. Dia nyata terkejut kerana lelaki itu berdiri terlalu hampir dengan dirinya.“Kau...Eii..Geram aku. Kau ni, kan…” Maisarah sudah melenting. Secara spontan dia membuat gaya ‘vampire’nya. Gaya nak mencekik leher.
“Rilekslah, Sarah. Don’t stress..Stress..Janganlah jadi vampire pulak. Tak rocklah.”
“Sibuklah kau. Pergi sanalah.”
“Kau nak cari apa tadi, Sarah. Terteleng-teleng aku tengok kepala kau. Cari pakwe ke..cari aku.”
“Diamlah kau.” Maisarah masih tercari-cari orang yang yang di maksudkan. Tekaannya tadi tidak mengena. Kelihatan I-Man di hadapannya kini berpakaian jaket bewarna hitam.
“Cari apa? Nak aku tolong ke? Meh kita cari sama-sama.” Iman membuka peluang.
“Tak payah.” Maisarah masih tercari-cari. Masih tertoleh-toleh.
“Toleh kanan…Toleh kiri..Toleh depan tapi bukan belakang..” Iman sudah bernyanyi.
“Eh, kau. Diamlah. Sibuk pulak nak menyanyi lagu Senario tu. Pergilah jadi kembar Ilham sana.” Hatinya berkobar rasa marah. Rasa geram.
“Siapa Ilham tu? Pakwe ea. Eh..Mesti bukan. Pakwe kau nama Iman, kan. Sama macam nama aku.” Iman kini ketawa. Gembira hatinya menyakat Maisarah.
Maisarah membuat muka memyampah. Dia kini mencari tempat duduk. Kebetulan bangku panjang di situ kosong. ‘Hish, mana ni. Orang tu siapa sebenarnya. Aduhaii..Tunggu orang lain-orang lain pulak yang muncul.’ Maisarah masih tertoleh-toleh.
Dia kini memeluk tubuh. Dirinya mula terasa kedinginan kerana waktu kini angin sudah mula bertiup ingin hujan. Di gosok-gosok juga tangannya mencari kehangatan.
“Sejuk ke Sarah?” Iman sudah duduk bersebelahan dengannya. Jaketnya di buka. “Nah..Kau sejuk, kan.” Iman sudah menghulurkan jaketnya.
“Tak nak aku.” Maisarah masih berpeluk tubuh tanpa memandang. Diluar rasa sejuk, namun di hati masih panas.
“Tak sudi ke. Hmm..Takpe.” Iman sudah tersenyum.
Iman kini memakai kaca mata hitamnya.
“Transfomers..Tiu..Tiu..” Ujar Ilham tiba-tiba dalam nada kebudak-budakan.
“Oii..Gila ke..” Marah Maisarah. Dia kini memandang lelaki itu di sebelah. Dia terkejut. Lelaki itu kini berpakaian baju putih dan terdapat garisan biru di bahunya. Berkaca mata hitam juga. Nampaknya memang lelaki itu orangnya.“Oii, kau. Kenapa main-mainkan aku, huh!” Maisarah sudah melenting. Terus sahaja dia berdiri.
“Fulamak..Garang gila. Tadi dekat atas tu, punyalah bersopan.” Iman sudah ketawa.
Maisarah tertelan liur. “Dekat atas? Apa maksud kau?”
“Cinta Bunga Florist, cik Sarah..” Iman sudah berbicara menggoda. Sengaja juga di jungkitkan keningnya.
“Kau..Tadi tu..kau?” Maisarah seakan tidak percaya. Sememangnya dia tidak dapat mengenali Iman ketika itu kerana lelaki itu bermisai.Rupanya misai palsu. Hampeh.
“Ye..Memang aku. Tak rasa aku punya aura ea. Mana hensem. Tadi ke..sekarang ni..” Iman sudah tersenyum nakal. Sempat juga dikenyitkan matanya.
Maisarah membuat muka bengang. Malas dilayan bicara lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya, sudah ditampar pipi lelaki itu. Namun,ditahan sahaja.
“Dah..Mana kad kerja aku. Pulangkan semula.”
“Nak ke?”
“Naklah.”
“Rilekslah. Kau ni marah-marah macam ni. Orang nampak, kau tak segan ke. Dia orang tu semua tengok dekat kita tau. Aku tak kisah. Kau tulah yang malu nanti. Sebab kau tu perempuan.”
“Jangan main-main boleh, tak.”Maisarah menekan suara. Matanya sudah mencerlung tajam ke arah Iman. Perasaannya geram. Berkobar rasa marah.
“Nahlah. Aku pulangkan.” Iman sudah menghulurkan kad itu kepada Maisarah, namun kemudian dia menariknya semula. “Aku pulangkan bersyarat.”
“Eh, Kau.Jangan nak ngada-ngada.”
“Bolehlah, Sarah. Lunch dengan aku.”
Maisarah menggeleng. “Aku puasa.”
“Ye ke. Tak tipu?” Iman menyoal.
“Ye, Tak tipu. Aku memang puasa hari ni.”
“Tapi tadi marah-marah. Dah kurang pahala.”
“Dahlah. Bagi sini.”Maisarah malas melayan kata.
“Maisarah…Izzati NurMaisarah, kan. Sedap nama kau. Pandai mak ayah kau pilih. Kalau dipadankan dengan nama aku rasanya sesuai tak, ek. Hmm..dan..Hmm..Cayalah. Sepadan.”
“Hmm..Mulalah tu..Dahlah.Aku nak naik ni.Bak sini.”
Iman akhirnya lembut hati dan memulangkan kembali kad kerja Maisarah. Dia mengukir senyum. “Aku doa kita akan jumpa lagi.”Maisarah sudah menapak pergi. Namun, masih diekori oleh Iman.
 “Apa-apa pun, terima kasih.”
“Sama-sama. Buat kerja baik-baik ye. Hmm…Balik nanti nak suruh aku jemput, tak.” Soal Iman yang masih berada di sisi Maisarah sementara pintu lif terbuka. Kebetulan hanya mereka berdua.
Maisarah sudah menjeling.
“Jeling tanda setuju. Okey. Petang ni balik dengan aku.” Iman berseloroh sambil memetik jarinya.
“Eh, kau. Nampak ni…” Maisarah sudah menunjukkan gaya ingin memberi menampar.
“Wow…Tamparan wanita. Eh, dahlah. Kesian kau Sarah. Kurang pahala puasa kau marah-marah dekat aku. Sorry. Please forgive me. Maafkan tak?”
Maisarah hanya berdiam diri. Dia menjongket bahu. ‘Hmm…Perangai sama je macam Am. Kalau dua-dua ada sekarang ni, habis aku je yang kena. Sorang Iman..Sorang Ilham..Grr..Panas hati je.’Maisarah kemudiannya terus memboloskan diri ke dalam perut lif yang baru terbuka.
Iman hanya tersenyum. “Kuch..Kuch..Hota..Hai..Sarah..Sarah…Sweetlah kau ni Sarah. Rasa dah jatuh cinta pulak dekat kau…”
‘I-Man…Kenapa kau membawa wajah Iman Ahlamku. Aku jadi rindu pada dia.’ Di dalam lif, Maisarah melayan sentimental hati sambil melihat cincin Lavendernya. ‘Ya Allah. Ku berharap untuk bertemu dia. Walau kini mungkin dia milik orang lain, ku harap ku dapat lunasi rindu ini.’
Maisarah baru keluar dari perut lif. Tidak lama kemudian pintu lif di sebelah juga sudah terbuka.
“Sarah…” panggil Iman.
“Eh, kau. Kenapa kau naik ke sini?” Maisarah sedikit terkejut. Angin juga dirinya dengan tindakan lelaki itu yang kembali mengekorinya.
“Saje je. Saya nak jadi orang pertama ucapkan selamat berbuka puasa pada awak. Ingat, 7.14 minit malam. Selamat berbuka ye. Jangan marahhhh…Nanti pahala kurang.”
Maisarah mengetap bibir. ‘Eii, dia ni…’ Malas dilayankan kata-kata itu. Dia terus melangkah masuk ke pejabatnya.