Tuesday 12 October 2021

EBOOK 'MY SWEET JODOH' DAH TERBIT

 

ALHAMDULILLAH. Akhirnya impian saya untuk melihat cerita ini terbit sebagai ebook telah tercapai.

Di sini saya kongsikan 'blurb' My Sweet Jodoh ( MSJ )

BLURB MY SWEET JODOH

Sewaktu dalam perjalanan ke program Hari Keluarga Naufa, Suri ditinggalkan oleh seniornya di stesen minyak. Lalu diminta menaiki sebuah kereta yang berplat JTR di situ. Pasrah, dia menurut saja.

        Awak ni siapa? Kenapa ada dalam kereta saya? Awak nak mencuri ke apa ni? - Putra

Eh, tak...tak…Sebenarnya Kak Hanis yang minta saya naik dengan encik. - Suri

Kak Hanis? Kak Hanis mana, eh? Saya tak kenal pun sesiapa nama Hanis. - Putra

       Setelah melalui insiden yang agak memalukan di situ, dia akhirnya ditumpangkan lelaki itu memandangangkan mereka menuju ke destinasi yang sama. Maka, bermulalah perkenalan mereka walau tak seindah mana.

            Awak. Kat sana nanti awak berlakon jadi kekasih saya, boleh? - Putra

Eh. Kenapa saya pula yang jadi mangsa ni? Agaknya awak tumpangkan saya sebab ni ke?- Suri

Ternyata kisah mereka tidak terhenti di situ apabila Puan Sofi, mamanya Putra memberi lampu hijau atas hubungan mereka.

So, macam mana Suri? Nak serius dengan saya tak? Kita kawan dulu. Lepas tu, sebulan kemudian kita ikat, biar tersimpul rapi.” - Putra

Pening Suri jadinya. Tak sampai satu hari kenal lelaki itu seperti sudah mengharap dia menjadi calon jodohnya. Malah, terus-terusan mencuba untuk mencuri sekeping hati miliknya.

Dalam masa yang sama, Suri telah pun meminta Mak Su nya menolak pinangan yang datang dari Kamal Ariffin. Namun, alasan yang diberi oleh wanita itu seakan menjerat dirinya.

Mak Su tak sengaja cakap yang kamu bakal bertunang tak lama lagi.” – Puan Rosiah

            Hah? Bertunang?”- Suri

        Munculnya Kamal di rumah seakan membuat onar. Terpaksalah Suri membuat helah menjadikan Putra mangsanya.

Ni, aku kenalkan kat kau. Putra, teman lelaki aku.” - Suri

Sorry, bro. Aku nak betulkan statement kekasih hati aku tu. Aku ni bukan setakat teman lelaki dia, tapi bakal suami dia juga. Ya, memang kita orang plan nak bertunang dah. Tapi, kalau tak bertunang pun tak ada masalah. Sebab, kita orang nak nikah terus bulan depan. Jadi aku harap, kau tak ganggu hubungan suci murni kami ni.” - Putra

Adakah Suri menganggap lelaki itu sebagai hero penyelamat, atau sebaliknya? Kesudahannya, ada dalam My Sweet Jodoh.


                                  PRE-ORDER DAH DI BUKA. 


Berminat untuk dapatkannya??
Details tertera di bawah.
🚗 RM 45 Untuk Kombo
🚙 RM 18 untuk Single
🚝 Pre-order sehingga 31 Oct 2021
🏍️ Files akan mula dihantar pada 01 November 2021
Medium penghantaran ? Boleh pilih salah satu dari dua medium dibawah :-
✈️ EMEL
✈️ WHATSAPP
Nak jimat, beli terus Pakej Balik Kampung ni. Berbaloi-baloi. Sebab eBook dalam pakej ni semua best-best belaka tau.
Pembelian boleh direct terus dengan pihak penerbit ya.
Nahh....tekan aje link di bawah ni ..




No comments:

Post a Comment