Tiga
hari sebelum pernikahan..
“IRFAN…Nanti
ajaklah kawan kamu tu datang makan sini. Zack tu ha. Nak juga mama kenal. Irfan
kata nak minta dia jadi pengapit masa majlis nanti kan.” Lembut suara Kirana
sudah menusuk ke pendengaran Irfan Faris.
“Okey, ma. Nanti Irfan jemput Zack makan
tengahari kat sini.”
“Baguslah tu. Nenek pun nak kenal juga
dengan kawan kamu tu. Nenek belum pernah jumpa dia lagi.” Nek Kalsum pula
menyampuk.
Irfan Faris tersenyum.
Hurmm..Pertemuan
pertama Zack dengan nenek. Apa agaknya yang berlaku? Jangan Zack tergedik-gedik
kat nenek aku sudah. Kepala otak dia tu pun bukan betul sangat.Eii..Selisih!
Irfan Faris tiba-tiba memikir sesuatu yang tak masuk akal. Irfan Faris kemudian
menelefon Zack Nadzri menyampaikan jemputan itu. Lunch with Nek Kalsum dan Mama.
Tengahari itu…
“Assalamualaikum, nek.” Sapa Zack Nadzri
ramah.
“Waalaikumussalam. Oh..Inilah Zack ya.
Alah, comelnya.” Puji Nek Kalsum.
“Comel ke tu nek?” soal Irfan Faris. Rasa
macam nak muntah aje bila neneknya memuji Zack Nadzri tu comel.
“Kamu tu tak payahlah nak jealous sangat. Kamu tu comel juga. Tapi
kurang sikit dari si Zack ni haa.”
Irfan Faris mencebik sambil membuat
muka. Zack Nadzri pula kelihatan sudah tersengih-sengih, suka. Mindanya bermain
sesuatu. Apakehallah kawannya yang
seorang ni. Lawak pula gayanya. Macam jealous
aje..Macam cemburu aje..Haha..
Irfan Faris yang masih tercegat, tiba-tiba
teringatkan sesuatu. Dia teringatkan penilaian Irsya Natasya tentang Zack
Nadzri. Gadis itu memuji Zack Nadzri lebih handsome
daripadanya. Dan kini, nenek pula memuji Zack Nadzri lebih comel
daripadanya. Huh! Kesimpulannya, pandangan mata nenek dengan si Irsya Natasya
tu memang sama.Sesuai sangatlah tu jadi cucu menantu dia. Tapi, aku pula mangsa
yang nak kena kahwin dengan si Sya tu. Dah kahwin tu, maksudnya sah-sahlah aku
yang kena jaga dia. Huh! Memang tak adil!
‘Aii, aku ni kenapa tiba-tiba terlintas
memikirkan si Irsya Natasya tu. Haishh..Sibuk
ajelah dia nak singgah kat fikiran ni.’
“Uit,
bro. Kau berangan apa? Sya ea?” Tegur Zack Nadzri.
“Diamlah kau, Zack.” Ujar Irfan Faris
perlahan.
Zack Nadzri kemudian diperkenalkan
kepada mamanya yang sedang sibuk menghidang makanan di dapur. Ramah sahaja dia
menegur wanita itu yang juga kelihatan hampir sebaya dengan bondanya.
“Makan Zack. Jangan malu-malu. Yang asam
pedas ni nenek masak. Yang lain tu mama masak,” ujar Nek Kalsum sambil
mengambilkan lauk untuk Zack Nadzri yang kebetulan duduk di sebelahnya.
“Aii, nenek ni. Layan si Zack macam
budak kecik pula. Sah-sah dah tua
bangka macam aku,” omel Irfan Faris sendirian. Tetap rasa tidak puas hati.
“Kamu kenapa Irfan. Jealous?” ujar Nek Kalsum.
“Eh, tak ada maknanyalah nek. Nenek
layankan ajelah si Zack tu. Sebenarnya si Zack ni dah tak ada nenek. So, dia memang teringin nak ada nenek
yang macam nenek ni. Yang layan dia, yang manja-manjakan dia. “
Zack Nadzri buat muka kepada Irfan
Faris. Melebih sangat ayat tu kut.
“Ya ke Zack? Tak apa. Nenek pun boleh
jadi nenek Zack juga. Dah..Dah..Makan…Makan..”
“Dia ni gedik nek. Jangan layan sangat
dia ni.”
“Tu ayat orang jealous tu.” Celah Nek Kalsum.
Nek Kalsum banyak bertanya Zack Nadzri akan
itu dan itu. Ramah dan mesra sahaja. Cuma sesekali ia turut dicelah Kirana.
Dengan itu, suasana jadi sedikit riuh dengan gelak ketawa mereka.
Tika waktu Irfan Faris sudah berada di
ruang tamu, Zack Nadzri masih rancak berborak dengan Nek Kalsum di dapur.
Bergelak-ketawa lagi.
“Apalah yang dia orang borak tu. Tak
habis-habis dari tadi. Eii, si Zack tu pun. Macam gedik pula aku tengok. Nenek
pun macam suka sangat kat dia tu. Eii, meluat aku tengok.” Omel Irfan Faris
sendiri.
Di hari itu, Zack Nadzri melepakkan diri
di rumah Irfan Faris. Duduk santai dan berborak. Almaklumlah, tak lama lagi
temannya itu sudah tak berstatus bujang macam dirinya.
“Uit, bro. Lepak bilik aku jom.Main PS. Tapi aku nak sembahyang dulu.”Ujar
Irfan Faris.
“Okey. Kau naik dulu. Jap lagi aku naik.”
Balas Zack Nadzri yang masih membaca surat khabar.
“MISSION
OF 40 DAYS? Apa benda ni?” bisik Zack Nadzri sendirian apabila dia terlihat akan
tajuk utamapada dokumen di atas meja di sebelah katil Irfan Faris.
“Apa yang dia tulis agaknya. Macam
ada something aje.”Zack Nadzri
kemudian dengan selamba membaca apa yang terkandung di dalam dokumen itu.
Ketika itu Irfan Faris berada di dalam bilik air.
“Dah agak dah.” Bisik Zack Nadzri
tatkala selesai membaca kandungan dokumen tersebut.
Seusai bersembahyang, barulah Zack
Nadzri menyampaikan bicaranya.
“Boleh kau jelaskan aku pasal benda ni?”
“Oi, kau baca ke?”
“A’ah. Tengok tajuk macam best aje. Cover pun cantik. Tu yang rasa teruja nak baca. Apa misi yang nak
kau buat ni, Irfan?”
“Trial.”
Irfan Faris menjawab pendek.
“Trial??
Macam ngek aje aku tengok. Kau ingat
Sya itu macam software untuk trial 40
hari ke? Lepas tamat tempoh, kau uninstall.”
“Bukan macam tu. Kau tu tak faham. Aku
cuma try and error aje.”
“Cuba kau jelaskan kat aku bagi aku faham.”
“Alah, kau tak payahlah sibuk. Ni urusan
hidup aku. Kau diam-diam aje dahlah.”
“Aku bukan nak masuk campur pun. Cuma
aku rasa sebagai kawan kau, aku kena ambil tahu juga. Manalah tahu ada problem ke nanti, aku bolehlah tolong
jelaskan.”
“Boleh percaya ke kau ni?”
“E’eh. Tak percaya aku pula.”
“Okey. Aku beritahu kau. Aku buatbenda nisebenarnya
bla..bla..bla..” Irfan Faris
menerangkan dengan panjang lebar. “Biar dia ada respect kat aku. Macam tu.”
“Hmm..Kau
ni memang ngeklah.”
“Kau ni asyik ngek..ngek kan aku aje. Sama aje macam si Sya tu. Macamlah kau tu
pandai sangat. Cuba kalau benda ni, berlaku pada kau. Seksa jiwa raga tau tak.”
“Kau ni kan, cubalah kau fikir secara
logik dan tujuan utama perkahwinan tu. Kau kena tetapkan kat hati kau yang…”
“Hah. Mulalah tu nak membebel. Kau pun
dah sama macam nenek aku. Mulalah tu nak pot..pet..pot..pet..Tu
yang malas nak beritahu apa-apa. Hujahnya panjang sangat.”
“Aku nasihat aje. Sebagai kawan aku ada
tanggungjawab untuk nasihat kau. Kau nak dengar atau tak, tu lain kira.”
“Membebellah kau ni.”
“Apa yang bebelnya. Karang aku report kat nenek karang..”
“Sejak bila kau berpihak pada nenek aku
ni? Kau jangan Zack. Kalau kau report,
siaplah kau!” Irfan Faris seakan mengugut.“Lagi satu, aku tengok kau rapat aje
dengan nenek aku. Kenapa?Kau memang suka kat nenek aku eh?”
“Of
courselah.”
“Eii, gediklah kau.”
“Weh.
Kau jangan salah faham masksud aku suka kat nenek kau tu. Aku anggap nenek kau
tu, macam nenek aku jugalah. Bukan nak…eii, kau ni mesti fikir aku ni nak jadi
tok tiri kau kan?”
“Blahlah
kau.”
“Eleh. Takutlah tu aku jadi tok tiri
kau.”
“Huh! Menyampah pula aku dengan kau ni,
Zack.Mulut kau tu..eii…Stres aku jadinya. Baik-baik aku tak stres, jadi stress tau
tak.” Irfan Faris meluah rasa.
Zack Nadzri hanya tergelak-gelak.
“Relakslah, bro. Don’t emo, emo. Don’t stress,
stress.Okey. Berbalik pada mission
kau yang ngektadi tu, aku tengok tak
ada pun tahap yang sampai membahayakan diri Sya tu. Cuma..yalah..bila aku
perhatikan pada apa yang kau tulis, kau akan banyak mendera mental diaaje.
Bukan fizikal. Aku tak boleh nak komen apa. Ikut kaulah. Kalau Sya tu tahan,
tahanlah. Kalau tak…hmm…jawapan tak
ada pada aku.”
Irfan Faris hanya tersenyum. Nampaknya
Zack Nadzri ala-ala bersetuju dengannya. Yes!
Ada geng dan ada sokongan walaupun
tak padu.
“Aku baru terperasan sesuatu.”
“Apa?”
“Kau tu sebenarnya suka juga kat si Sya
tu kan?”
“Eh, tak adalah. Tolong sikit eh. Cuba
kau check kat hati aku ni, tanya dia,
dia suka kat budak tu ke tak? Haa..Mesti dia jawab, tak.”
“Ngeklah
kau ni. Kalau aku tanya kat hati kau, mulut kau yang jawab memanglah
jawapannya, tak. Tapi, aku dah dapat bukti yang kau tu tak benci sangat pun kat
Sya tu.”
Irfan Faris memandang meminta jawapan.
“Ni dia..” Zack Nadzri kini mengambil
bingkai gambar yang tertera wajah Irsya Natasya. Itulah gambar yang diminta
oleh nenek daripada emaknya Irsya Natasya. Gambar yang pernah ditunjukkan
kepada Zack Nadzri. Juga gambar yang sering tersimpat kemas di dalam kocek baju
Irfan Faris sebelum ini.
“Tak mengaku lagi ke?”
“Eh. Itu aku saja aje. Kalau hilang
nenek aku marah, beb. Lagipun tu mama aku yang bingkaikan sebab kalau hilang
mahunya aku kena pelangkung dengan nenek aku. Nanti bebelnya berminggu-minggu.
Aku tak nak ambil risiko tinggi. So,
aku simpanlah baik-baik.”
“Panjang betul penjelasan yek.” Zack Nadzri tersenyum-senyum.
Apalah kau ni Irfan. Kalau betul kau tak suka, aku rasa gambar ni kau sumbat
dalam laci ke apa. Ni tidak. Letak kat atas meja sebelah katil. Piraahh..Malam-malam mesti jeling-jeling
tengok gambar ni dulu baru boleh tidur.
“Okey. Tak kisahlah tu. So, kau akan tetap dengan rancangan kau
ke?”
“Of
courselah. Aku memang tak ada hatilah kat dia tu., Zack. Kau kena faham
tu.”
“Ya. Aku faham. Apa-apa pun, dia
tanggungjawab kau tau. Tak suka, tak suka pun, kau tetap kena jaga dia.”
“Tulah yang payah. Tak suka, tiba-tiba
kena jaga dia pulak. Mesti aku tak
ikhlas jaga dia. Tak syok weh.”
“Nasib kaulah yek. Dah jodoh.”
“Sekarang ni aku punya cerita dah makin hot. Kau pulak apa cerita? Tak ada orang datang risik kau ke?”
“Ada ke orang perempuan nak risik aku?
Nenek kau?”
“Wekkk..
Muntah aku! Kau jangan nak libatkan nenek aku boleh tak?”
“Takutlah tu. Mesti kau tak relakan aku
jadi tok tiri kau. Macam kau tak rela terima Sya dalam hidup kau.”
“Malaslah nak melayan kau ni Zack.
Mengarut aje.”
Zack Nadzri bantai gelak. Confirmlah temannya itu takut kalau
tiba-tiba dia bergelar atuk tirinya. Haha..Kau
ingat aku nak ke Irfan oii.
Dalam kelekaan itu, pintu bilik Irfan
Faris di ketuk dari luar. Suara Nek Kalsum kedengaran. “Zack ada kat dalam ke?
Ni haa, telefon Zack ni berbunyi kat bawah.”
Zack Nadzri segera bangun dan membuka
pintu. Dia sendiri terlupa telefon
bimbitnya tertinggal di sofa sewaktu membaca surat khabar tadi.
“Oh, nek. Sorry nek. Zack terlupa. Terima kasih, nek.”
“Ya. Sama-sama. Zack jom turun bawah.
Nenek nak Zack rasa puding yang nenek buat tadi. Nenek memang buat special untuk Zack.” Ujar Nek Kalsum.
“Oh ya ke? Untuk Zack. Kejap lagi Zack
turun nek, ea.” Ujar Zack Nadzri ala-ala manja.
Irfan Faris yang hanya menjadi pemerhati
membuat muka. Meluat. Gediklah kau Zack.
Setelah Nek Kalsum turun, Zack Nadzri
berpaling wajah kepada Irfan Faris sambil tersenyum-senyum.
“Apa kau senyum-senyum. Gedik!”
“Aku pula yang kena. Jealouslah tu sebab hari ni aku rasa
nenek kau tak layan kau pun, kan?”
“Tak ada maknanyalah. Dahlah jom, turun.
Ingat ea. Segala apa yang kita bualkan dekat bilik ni, rahsia. Kalau nenek aku
tahu, siap kau!” Irfan Faris memberi amaran.
“Okey. Small matter.”
Mereka berdua akhirnya turun bersama.
Terhibur saya membacanya
ReplyDeletebest yer...
ReplyDeletenext chapter plzzz...
:-)