IRSYA
NATASYA kini berada di bilik tidurnya. Selepas Irfan Faris pulang, dia segera
masuk ke bilik. Apa yang pasti, dia malas nak mendengar cerita-cerita dari
mulut emak dan abahnya. Pasti ada saja berkait dengan dirinya, atau paling
tidak mereka akan bertanya perihal Irfan Faris sewaktu mereka berdua keluar
bersama tadi.
Kini dia berasa lega kerana baru dapat
merebahkan diri di atas tilam empuk setelah penat berdating bersama Irfan Faris. Walaupun dating tak lama, tetapi terasa begitu meletihkan. Bukan fizikalnya,
tetapi mentalnya.Stres!
Irsya Natasya terus bergolek-golek di
atas tilam. Syok. Tilam baru tu. Jenama Vono. Tilam pengantin. Baru sampai
semalam. Jangan tak percaya. Hehe..
Irsya Natasya kini memerhati sekitar
biliknya. Esok, suasana bilik itu bakal berubah. Ya, tabir warna ungu-merah
jambu akan melatari bilik tidurnya. Juga, akan terhias bunga-bunga yang cantik
di sudut biliknya. Dan..ada juga kupu-kupu kegemarannya. Kupu-kupu hiasan.
“Aku dah nak kahwin ke?” Itulah
persoalan yang kekal berlegar di mindanya. Walaupun dah jelas ia akan berlaku,
Irsya Natasya masih juga mahu mewujudkan persoalan itu. Dia mengeluh sendiri.
Irsya Natasya kemudian pergi mengambil
kupu-kupu hiasannya yang berwarna-warni dari satu kotak di tepi meja. Cantik.
Memang dia suka melihat kupu-kupu itu. Ia seakan melambangkan kebebasan. Ya,
kebebasan yang sepatutnya ada padanya.
“Kau tahu tak kupu-kupu. Aku ni dah nak
kahwin. Kahwin ala-ala paksa. Yalah, kahwin dengan orang yang aku tak suka.”
Irsya Natasya kini bercakap dengan kupu-kupu hiasannya. Seakan mengadu nasib. Haish..Gaya macam orang tak betul pulak dah. Ada ke cakap dengan
kupu-kupu.
“Sebenarnya, aku boleh consider lagi untuk terima si Irfan
Faris tu bila jumpa untuk pertama kali. Tapi masalahnya, dia tu tak nak jadi geng
aku selamanya. Tu yang problem. Kalau
sama-sama tak suka, tapi boleh jadi geng selamanya, okeylah jugakan? Hurmm..Okeylah kupu-kupu. Saja aku nak
cerita kat kau. Sebenarnya aku rasa macam ngok-ngek
aje cerita kat kau ni. Biasalah, aku ni nak luahkan perasaan yang terpendam
aje. Kalau cerita kat mak aku, memang nak kena pelangkunglah jawabnya. Kalau
cerita kat kak long, confirm kena
gelak aje.”
Irsya Natasya kembali meletakkan
kupu-kupu hiasan itu ditempatnya. Kemudian, dia kembali melayan perasaan. Dalam
leka,telefon bimbitnya memberi isyarat ada mesej yang masuk.
“Aii, dah sampai rumah ke mamat ni. Baru
aje gerak 15 minit. Takkan pecut macam pelesit.” Soal Irsya Natasya sendiri. Mesej
yang diterima, dibaca.
Irfan ~ Hai budak telur hangus.
Irsya Natasya mencebik. Dia kemudian
membalas mesej tersebut.
Irsya
~ Kalau setakat nak kutuk saya, buat apa hantar mesej.Awakkan tengah drive?
Irfan
~ Lantak sayalah. Mesti awak tengah berangan sekarang ni kan?
Irsya
~ Weh. Dah kenapa nak perli saya ni? Awak sukalah tu sebab tadi saya kena ‘bahan’ dengan mak dan abah saya kan?
Irfan~
Ek’elek. Bukan salah saya pun. Dah mak dan abah awak yang kutuk awak habis-habisan.
Saya tumpang gelak ajelah. Salah ke?
Irsya ~ Huh! Harap-harap awak kena saman.
Irfan
~ Jahatnya mulut awak.
Irsya ~ Dah tu. Stoplah mesej. Ngek.
Irfan~
Apa ngek, ngek.
Irsya~Awak
tulah. Ngek.
Irfan~
Awak tu pun ngek jugak. Tak sedar pulak tu.
Irsya
~ Eh. Dah tak suka buatlah cara tak suka. Sibuk pulak nak hantar-hantar
mesej.
Irfan~
Awak tu pun samalah. Yang awak balas juga mesej saya siapa suruh.
Irsya~
Dah. Malas nak layan mesej awak.
Irfan ~ Eleh. Dah ngek tu, ngek jugalah. Tak nak ngaku.
Irsya ~ Diamlah awak. Bising aje.
Irfan ~Bising ke? Macam mana dengar suara saya? Saya mesej aje kut.
Irsya Natasya sudah tidak membalas.
Panas hati sendiri. Tapi, betul juga kata Irfan Faris. Yang dia terus membalas
mesej tu siapa suruh. Siap suruh orang tu diam kata bising. Padahal tulis mesej
aje. Haha..Memang ngek!
Tidak berapa lama kemudian, mesej berbunyi
lagi.
“Aii, mamat ni. Mesej aku lagi ke?”
Irsya Natasya membaca juga mesej yang diterima.
Irfan ~ Selamat malam.
Irsya~
Saya belum nak tidurlah. Sibuk je.
Irfan
~ Ingatkan tak balas. Balas juga awak ya? Haha…Dahlah. Pergi tidur.
Irsya
~ Sibuk aje nak suruh orang tidur. Saya tengah memikir ni.
Irfan ~ Memikirkan siapa? Saya?
Irsya ~ A’ahlah.
Irfan~
Tak payahlah fikir. Karang stres.
Irsya ~ Memang stres. Tapi terpaksa memikir sebab saya tengah nak cari idea
macam mana
nak singkirkan awak dari hidup saya. Rasa macam menyemak aje tiba-tiba muncul.
Masa ada lagi ni kalau nak buat kerja gila.
Irfan~Wah,
ayat! Saya nak ingatkan kat awak. Pernikahan kita mesti berlangsung. Kalau tak, siap awak.Saya masih ingat apa
permintaan awak siang tadi. Kita akan happy-happy aje masa
birthday kita tu. Dah. Jangan nak cakap banyak.
Irsya
~ Bila masa saya bercakap. Saya mesej aje. Haha..Ngeklah awak Irfan Faris.
Irfan
~ Balaslah tu.
Irsya
~Kan adil. Dahlah. Drive baik-baik. Dah sampai beritahu. Kalau kena saman, bayar
sendiri ya encik Irfan Faris.
Irfan ~ Ngek..Pergilah tidur. Good night.
Irsya Natasya tersenyum-senyum sendiri. Best juga melayan mesej Irfan Faris ni. Ngek tak ngeklah. Terpaksa juga terima. Dalam lamunan perasaan, dia akhirnya
terlena.
Telefon bimbit Irsya Natasyakini berbunyi.
Waktu itu, Irsya Natasya sudah tertidur lena. Dalam mamai tersedar dari tidur,
dia menjawab panggilan telefon itu.
“Awakkk….” Suara Irfan Faris kedengaran di
hujung talian.
“Okey. Saya dah tahu awak dah sampai. Bye.”
“Awakkk…” Irfan Faris masih bersuara di
hujung talian.
“Dah. Jangan kacau. Saya nak tidur.
Sibuk aje.” Balas Irsya Natasya lalu segera mematikan talian.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi.
“Ei, kacau betullah si Irfan Faris ni.”
Irsya Natasya terus menekan butan off, mematikan telefon bimbitnya. Dia
kemudian sambung tidur.
“SYA…Irfan
mesej kamu tak dia sampai rumah pukul berapa malam tadi?” soal Saodah sewaktu
anaknya itu membantu membuat sarapan di dapur.
“Dia tak mesej. Tapi dia telefon. Pukul
berapa, tak perasan pulak. Sya dah
tidur. Kenapa?”
“Tulah kamu. Fikirkan tidur aje. Kamu
tahu tak si Irfan tu accident?”
“Hah? Accident?” Irsya Natasya membulatkan mata. Terkejut. “Err, mak..Sya tinggal sekejap. Sya nak
telefon dia.” Irsya Natasya bergegas ke biliknya. Tiba-tiba jadi risau.
“Aduhahi, Irfan oii. Kenapalah kau accident sekarang ni. Ni mesti bawa
kereta laju ni. Patutlah sejak bangun tadi, dada aku ni berdebar aje. Ada
petanda tak baik rupanya. Agaknya yang kau call
aku malam tadi tu…Haishh, kau ni
Irfan Faris. Kau tahu tak, minggu depan majlis birthday kita. Macam mana nak sambut sama-sama kalau kau kat
hospital.” Omel Irsya Natasya sendirian. Bebel, bebel juga. Risau, risau juga.
Nombor Irfan Faris segera dihubungi.
“Hello…” Jawab suara di hujung talian
agak serak.
“Irfan. Awak kat mana sekarang ni?”
Suara Irsya Natasya sedikit cemas.
“Atas katil.”
“Buat lawak pulak dia. Teruk ke? Hospital mana?”
“Wah, ayat. Macam nak sangat saya masuk
hospital yek. Saya kat atas katil
bilik sayalah. Yang awak kacau saya tidur ni kenapa? Dah. Saya nak off phone.” Alahai. Gaya macam merajuk pulak.
“Eh, kejaplah. Betul ke awak accident?”
“Ada kena mengena dengan awak ke?”
“Eh, mestilah. Kalau awak tak ada masa
majlis nikah tu, kesianlah saya. Terkontang-kanting tak ada geng nanti.”
Irfan Faris yang mendengar di sebalik
telefon hanya tergelak tanpa suara. Takut juga tunangnya itu jika dia tiada di
hari pernikahan nanti.
“Sejak bila masa pulak saya jadi geng awak.” Irfan Faris sengaja buat suara ala-ala
serius.
“Hish, awak ni kan. Karang saya betul-betul
lari majlis nikah tu karang.”
“Epp..Jangan
nak ngada-ngada. Kita dah janji. Dah. Tak payahlah nak risau sangat. Saya tak
apa-apa pun. Cuma belakang kereta aje kemek sikit. Kena sondol dengan kereta
lain. Malam tadi saya nak beritahu, tapi awak awak dah marah-marah pasal kacau
tidur awak tu.”
“Err..Sorrylah.”
“Eh, awak ni memang betul-betul risaukan
saya ke?”
“Taklah. Tapi,mak tu yang sibuk suruh
telefon nak tahu keadaan awak. Yalah, bakal menantu kesayangan dia yang saya
terima dengan hati tak terbuka ni.” Irsya Natasya membodek kata. Padahal dia
yang kelam-kabut nak telefon.
“Wah, ayat. Macam ayat saya aje.”
“Bila masa awak cakap macam tu. Tak
pernah dengar pun.”
“Saya cakap dekat dalam hati sayalah.
Awak mana dengar. Awak dengar kalau ayat mesej je.” Perli Irfan Faris.
“Ish, menyampahlah awak ni.”
“Baguslah menyampah. Jangan cakap sayang
pulak. Kita kan geng satu hari aje. Masa
hari birthday kita tu. Hari-hari lain,
mana kita geng.So, tak tak payah nak
sayang-sayang sangat.”
“Aku rasa macam nak pelangkung kepala kau
Irfan Faris.”
“Aii, bahasa. Saya kan dah cakap saya
tak suka awak beraku-kau dengan saya. Pulak
tu sibuk nak pelangkung saya. Piat telinga tu baru tahu.”
“Eleh, lantaklah. Sibuk aje.Ngek.”
“Ngek,
ngek..Eh, dahlah. Malas nak layan awak. Stres saya.Saya nak tidur.Jangan
kacau. Ngantuk.”
“Uit,
dah pukul berapa ni.”
“Aii, macamlah dia tu baik sangat tak
tidur semula lepas Subuh. Saya boleh tahulah cara awak. Awak tu, macam saya.
Kalau tak kena piat telinga tu, confirm
tak bangun.”
“Eii, ngeklah awak ni.”
“Awak pun ngek juga. Dah. Lepas ni kita takkan berhubung lagi sampai hari
majlis melainkan ada hal urgent.
Faham!”
“Iyalah. Ingat saya ni nak sangat ke
telefon awak.”
“Menjawab aje.”
“Ada mulut. Ada suara. Jawab ajelah.
Bukan bisu pun.”
“Dahlah. Malas nak layan. Nak tidur. Bye.”
Talian dimatikan.
“Eii, dia ni kan. Tiba-tiba buat aku stres!
Penat aje aku risaukan dia.” Omel Irsya Natasya sendirian. Dia kemudian keluar
dari bilik dan kembali ke dapur. Laporan diberikan kepada emaknya.
“Mak dah tahu dah yang dia tu sebenarnya
tak cedera apa-apa pun. Mama Kirana kamu dah beritahu emak.”
“Laaa..Habis tu, kenapa mak tak beritahu
Sya yang dia tu tak apa-apa. Penat aje telefon dia.”
“Mak saja nak test kamu. Nak tengok kamu tu risau tak kat dia.”
“Mak ni kannnn…Sya tak suka tau.”
“Alah, kamu tu cakap-cakap kat mulut tak
suka. Tapi, dalam hati tu kamu sayang juga kat dia kan?”
“Sayang? Macam kelakarlah Sya dengar
perkataan SAYANG tu. Tak sesuai tau mak. Sya ni bukan apa mak, kalau ikutkan
hati Sya, Sya tak kisah pun dia tu nak jadi apa. Tonggang-terbalik ke, apa ke…Tapi,
mengenangkan mak, abah dan seluruh
keluarga dia tu beriya sangat nak Sya ni kahwin dengan si Irfan Faris tu, Sya terpaksalah
kena pastikan dia tu baik-baik aje. Tu yang terpaksa risau sikit.”
“Yalah, Sya. Ikut kamulah. Yang penting,
kamu tak lari masa majlis nikah kamu tu dah cukup baik bagi mak.”
“Sya tak larilah mak. Sya nak tengok
juga macam mana si Irfan Faris tu jawab akad. Gagap tak dia. Haha…”
“Ish, kamu ni. Tak baik tau Sya. Dia tu
jawab akad untuk terima kamu. Ada ke kamu nak ketawakan. Kamu jangan
macam-macam Sya.”
“Guraulah ajelah mak.”
“Gurau, gurau. Benda macam tu tak boleh
buat gurau Sya. Jadi kamu sukalah kalau si Irfan tu tak dapat jawab akad tu.
Supaya kamu tak jadi milik dia. Macam tu?”
“Taklah mak. Mak ni janganlah sensitif
sangat. Sya akan doakan, Irfan Faris tu mudah jawab akad tu mak ya. Sekali
lafaz aje.Lagipun, malulah Sya kalau tiba-tiba dia tak boleh nak jawab akad tu.”
“Haa..Tahupun kamu. Lain kali cakap tu
biar fikir dulu. Faham!”
“Faham, mak Odah.”
No comments:
Post a Comment