IRFAN
FARIS menghenyak diri ke atas tilam. Tiba-tiba pandangan matanya terjeling
kepada gambar wajah Irsya Natasya yang telah dibingkaikan di atas meja di tepi
katil.
“Apa jeling-jeling?” Gambar itu
seolah-olah bercakap.
“Awak ni, Sya. Sibuk aje. Saya letak
dalam laci karang.”
“Letaklah. Ada saya kisah.”
“Eii, menjawab pulak gambar dia ni.”
Gambar itu kemudian di sumbat ke dalam
meja.
“Tolong! Tolong! Lemas!” Irfan Faris
seakan mendengar satu suara. Dia kembali mengeluarkan gambar tersebut.
“Kecohlah awak ni!” Marah Irfan Faris
pada gambar tersebut. Ia kembali diletakkan di atas meja sebelah katil.
Irfan Faris kini duduk dibirai katil
sambil memikir. Dia baru tersedar.
“Aku bercakap dengan gambar ke? Aku ni
betul ke tak betul? Hmm..Agaknya
sebab aku stres sangat kut aku jadi macam ni. Sampai dengan gambar pun aku
boleh bercakap. Halusinasi. Hai..Teruknya kau ni Irfan Faris, oii. Sebelum ni
pun macam ni juga. Ada karang aku kena jumpa doktor pakar jiwa pulak.” Irfan Faris mengeluh sendiri.
Dia kemudian mengambil dan membelek dokumen
MO40Dnya. Setiap baris peraturan dan perjanjian yang dibuat, dibaca kembali. Otaknya
kini memikir.
“Budak Sya tu, agak-agaknya baik hati
sangat ke nak ikut peraturan dan perjanjian aku ni. Ke…Dia buat bodoh aje. Dia
tu degil juga. Macam tak makan saman aje bila orang cakap.Karang tak ada kesan
apa-apa pun pada dia pasal peraturan aku ni. Lagi stres hidup aku. Ah, lantaklah.
Aku akan pastikan aku tak terdera hati dan perasaan bila hidup dengan dia. Aku
akan gunakan kuasa veto dan kekerasan hati aku untuk lawan dia. Biar dia takut.
Biar dia respect kat aku.”
Waktu kian berlalu ke jam 9.30 malam. Irfan
Faris masih bergolek-golek di atas katil. Terasa bosan sendiri tanpa berbuat
apa-apa. Nak bermain PS3 rasa tiada mood.
Matanya kini terjeling kepada gambar wajah Irsya Natasya di atas meja di
sebelah katilnya.
“Hmm..Kacau
dialah. Biar dia stres.Hahaha..Sambil
tu bolehlah tayang kat dia MO40D ni.” Irfan Faris ketawa sendiri. Gembira
dengan rancangan yang muncul dibenaknya.
Mesej dihantar.
~
Uit. Apa khabar? Buat apa?
“Aii, kau ni Irfan. Ni apa ke hal tiba-tiba
hantar mesej aku ni. Siap tanya khabar bagai. Dahlah tak beri salam. Hari tu
kata jangan berhubung sehingga hari majlis. Kau ni memang ngeklah Irfan Faris.Cakap tak serupa bikin. Hmm..Jangan-jangan nak buat persepakatan nak lari majlis kut
saat-saat akhir ni? Aku on aje.”
Irsya Natasya tersenyum. Mesej itu kemudian dibalas. Dilayankan juga.
Irsya~
Kenapa?
Irfan~
Tak ada apa-apa. Saja je.
Irsya~
Ngeklah awak ni.
Irfan~
Apa ngek, ngek. Awak ada lappy tak?Internet? Skype?
Irsya~
Ada. Kenapa?
Irfan~
Skype sat.
Irsya~
Uit..Pelik.
Irfan~
Apa yang pelik. Cepatlah buka. Ada benda nak tunjuk kat awak.
Irsya~
Apa?
Irfan~
Bukalah Skype tu. Barulah nampak apa yang saya nak tunjuk.
Irsya Natasya membuka Skypenya. Terfikir juga di benaknya. ‘Apa
mimpi si Irfan Faris tiba-tiba nak berSkype dengan aku. Rindu nak tengok muka
aku ke? Weh, dua hari lagi aje lagi weh. Sabarlah.Dahlah tak suka aku, lagi
sibuk nak tengok muka aku. Haha..Perasan!’
Irsya Natasya mengambil tudung
sarungnya. Pakai tudung ya. Aurat kena jaga.
Di skrin Skype…
“Taraaa…”
Muka Irfan Faris sudah nampak di skrin.Alahai. Buat muka happy pulak mamat sorang ni.
“Apa taraa..taraa…Haa..Apa
yang awak nak tunjuk sangat tadi tu.”
“Ini dia. Nampak tak ni?” Irfan Faris
menunjukkan helaian kertas ke muka skrin.
“Apa tu?”
“Haa.. Nilah saya nak beritahu. Sila dengar
betul-betul. Ini adalah peraturan dan perjanjian antara kita bila dah kahwin
nanti yang mana semua peraturan ditetapkan oleh saya seratus peratus. Faham!”
“Aii. Ada peraturan dan perjanjian juga
ke? Macam cerita drama aje.Boring
betullah.”
“Lantak sayalah nak ada peraturan atau perjanjian
ke apa. Tak banyak mana pun. Tapi, ingat! Awak mesti patuh setiap apa yang saya
telah tetapkan.”
“Apa peraturan yang awak tulis? Tak
nampak pun.”
“Kat sini memanglah tak nampak. Nanti
saya pass kat awaklah.Sibuk aje nak
tahu cepat-cepat. Bukannya dah kahwin pun.”
“Yalah, Irfan Faris oii. Ikutlah. Nak
ada peraturan ke..perjanjian ke, apa ke..saya terima aje. Malaslah nak layan.
Dahlah. Saya nak off.”
“Eh, kejaplah. Cepat sangat.”
“Nak apa lagi?” soal Irsya Natasya.
Pelik juga apabila orang yang tak sukanya itu sibuk nak berlama-lama berbual
dan menatap wajahnya. Hmm..layankan
ajelah. Dah itu cara dia kut.
“Cuba pusing lappy awak tu kejap.”
“Haa..Pusing? Nak buat apa?”
“Pusing ajelah. Saya saja nak tengok view bilik awak. Nak tengok sesuai tak
dengan jiwa saya. Karang tak boleh tidur dibuatnya.”
“Eh, jangan nak jadi poyolah.”
“Ooo..Tirai bilik awak warna pink-purple
ea?Okeylah. Bolehlah. Macam cantik juga. Uit,
tu ada binatang apa kat tirai tu? Gantung kupu-kupu ke? Eii, macam budak-budak
aje letak benda tu. Tak nak, tak nak... Pergi buang benda tu. Rimas saya
tengok.”
“Eh, sibuklah awak nak komen-komen.Pulak tu nak suruh saya buang kupu-kupu
yang saya suka. Eh, Irfan Faris oii. Ni bilik sayalah. Lantaklah saya nak decorate macam mana.”
“Eh, bukan ke bakal bilik saya juga.”
“Eh, belum time tau. Entah-entah tak jadi pun. So, jangan nak over. Awak
tu pun bukan suka saya.So, tak payah
nak banyak komen.”
“Eh, buat tu biarlah ikut jiwa saya juga.”
“Eh, buat apa ikut jiwa awak. Kalau nak
ikut jiwa awak, buat kat bilik awak dahlah. Sibuk aje nak komen-komen bilik
orang.” Irsya Natasya sedikit marah.
“Aii, marah ke? Mestistres kan?”
“Eh, sibuklah awak. Dahlah. Nak off.”
“Eh, nantilah kejap. Nak tanya. Yang
banyak-banyak kat tepi awak tu apa? Macam cantikaje.” Irfan Faris memanjangkan
perbualan. Boleh pula dialayan borak.
“Tu bungkusan cenderahati nak kasi
tetamulah.” Irsya Natasya menjawab acuh tak acuh.
“Ohh..Apa dalamnya?”
“Eh, sibuklah dia ni. Tak payah tahulah.
Eii, dia ni kan...”
“Eleh, nak tahu pun tak boleh.Dahlah
goreng telur hangus.”
“Eh, awak. Jangan nak bangkit hal tu ea.
Tak ada kaitan pun.Sibuk aje nak cari gaduh. Pula tu sibuk nak skodeng
saya time ni. Patutnya tak boleh
tau.Ngek betullah.Tak suka buatlah
cara tak suka!”
“Awak ingat saya nak tengok awak sangat
ke? Tak ada nafsu pun tau tak.Mati nafsu ni. Dahlah goreng telur hangus.” Irfan
Faris tiba-tiba membangkitkan kes telur hangus.
“Woii! Aku bagi karang!!” Suara Irsya
Natasya agak tegang dan kuat. Marahnya meledak.
Dalam masa yang sama..
“Syaaa..Apa yang kamu buat kat bilik tu
Sya? Kamu marahkan siapa?” Suara Saodah di luar bilik sudah kedengaran.
“Erkkk…”
Irsya Natasya sudah tertelan liur sendiri.
Pintu biliknya kini sudah diketuk.
Kelihatan juga tombol pintu biliknya dipulas.
Perghh..Selamat
kunci. Kalau tidak, pasti emaknya sudah meredah masuk.
“Sya..Bukalah pintu ni. Ada apa
sebenarnya?”
“Eh, tak ada apa-apalah mak. Sya teremosi
pulak tengok cerita kat laptop ni.Ada
watak orang tak betul ni haa. Mulut macam biawak.”
Irfan Faris di muka skrin Skype sudah
mencebik. Confirmlah dirinya yang
dikatakan mulut macam biawak.
“Kamu jangan nak emosi-emosi sekarang ni
Sya. Kendur otot-otot tu nanti. Tak cantik muka masa bersanding nanti.”
“Yalah, mak.” Irsya Natasya menjawab
acuh tak acuh. Hakikatnya dia membuat muka. Dalam pada itu, Irfan Farismasih melihat
dirinya di muka skrin Skpye.
“Buruknya muka. Macam telur hangus.” Suara
Irfan Faris kedegaran dalam tawa.
“Eh, diamlah awak mulut biawak.”
“Okey apa mulut biawak. Daripada awak
tu, telur hangus.”
“Apa kau telur hangus, telur hangus..
Sajalah tu nak perli aku.Kau nampak ni Irfan Faris. Sekali aku bagi karang.”
Ujar Irsya Natasya sambil menunjukkan buku limanya. Suaranya sedikit rendah,
tetapi tegang. Takut juga lontaran suaranya yang kuat kembali menarik perhatian
emaknya.
“Nampaklah. Takkan tak nampak pulak. Saya tak butalah. Awak, berapa
kalilah saya nak pesan yek. Jangan
guna aku kau kat saya.”
“Sibuklah awak nak pesan-pesan kat saya.
Eh, Irfan Faris. Sekarang ni pun saya ada benda nak ingatkan kat awak. Awak
doalah yang saya tak lari majlis nanti.”
“Saya tahu awak takkan lari.”
“Jangan nak yakin sangat. Kalau saya dah
nekad, saya tak kira.”
“Awak tak kira apa? Kira kati ke..kilo?
Ke..dua singgit, dua singgit?”
“Awak jangan nak buat lawak bodoh ea?
Saya tengah panas hati dengan awak sekarang tau.”
“So,
kiranya awak akan tetap nak larilah. Macam tu? Hmm..Tak bijak betul keputusan awak tu.”
“Eh, saya peduli apa.”
“Kalau macam tu, saya nak ambil telefon sat.”
“Apa kena mengenanya?”
“Ada kena mengenanya. Apa pulak tak ada. Saya nak telefon bakal
mak mertua sayalah.” Irfan Faris mengugut.
“Weh,
weh, weh..Jangan, jangan. Saya tarik balik.” Irsya Natasya terpaksa mengaku
kalah. Kalau emaknya tahu, memang dia akan kena bebel.
“Tau takut.” Irfan Faris sudah
tergelak-gelak. Rasa diri dah menang.
“Okeylah, okeylah. Saya tak larilah.
Tapi awak janji tau, yang hari majlis nanti saya tak nak stres. Itu aje yang
saya mintak.” Irsya Natasya mengendurkan suara.
“Saya ingatlah. Saya pun tak nak stres.
Dahlah. Sambunglah buat kerja awak tu. Saya saja aje kacau sebab excited nak tunjukkan surat perjanjian
tadi tu. Sebabnya, bila awak dah sign
surat perjanjian tu, awak takkan jumpa diri saya yang sekarang ni.Totally change,okay.”
“Change
tak changelah. Saya rasa awak sama
aje. Tak istimewa pun di hati saya.”
“Memanglah. Sebabnya, sekarang ni saya
tengah berlakon aje, buat-buat mesra dengan awak. Tengah practise untuk hari majlis. Kalau ikukan hati, malas nak menghadap
muka awak. Bye, budak telur hangus.”
“Ngeklah
awak ni Irfan Faris.” Irsya Natasya kembali panas hati. Dia sudah ingin memadam
skrin Skypenya.
“Jap.
Jangan padam dulu.”
“Ada apa lagi? Nak kutuk saya lagi lah
tu.”
“Taklah. Cuma nak ingatkan. Counting of the day. Doa semuanya
selamat ya. See you as my wife.”
“Ala, Irfan Faris oii. Tak payahlah nak
berbicara seindah kata.Awak tak ikhlas pun terima saya. Sah-sahlah dah siap
surat perjanjian awak yang ngok-ngek tu.
Entah apa-apa agaknya awak tulis.”
“Tak kisahlah tu. Yang penting kita
penuhi permintaan family kita dan
kita happy masa hari majlis.Hari itu
beriya buat permintaan.”
“Ya, saya tahulah.”
“Pasal hidup kita, pandai-pandailah nak
hidup.Dahlah. Jangan nak membebel.”
“Siapa pula yang membebel. Dia tu yang
cakap banyak.”
“Ala, rilekslah.”
“Eh, kenapa hari ni saya rasa awak macam
lain macam aje. Ada apa-apa ke?”
“Ambil berat, nampak. Jangan mula nak sayang kat saya ea.”
“Huh! Blahlah. Siapa nak sayang kat awak!” Irsya Natasya sudah ingin
memadam skrin Skypenya.
“Uit.”
“Apa lagi?”
“Apa blah..blah..Cakaplah,
Assalamualaikum. Boleh saya jawab Waalaikumussalam.So, kita sama-sama mendoakan. Barulah adil walau kita tak saling
sayang.”
Irsya Natasya buat muka bengang. Panas
hatinya dengan kata-kata lelaki itu. Awal mesej tadi tak beri salam juga. Ni
tiba-tiba nak berceramah pulak. Akhirnya
dia memberi salam. Dan ia dijawab Irfan Faris. Skrin Skypenya terus dipadam.
“Eii…kau ni Irfan Faris. Aku cekik juga
karang!”
Irsya Nataysa kemudian menopang dagu
memikir. Betul ke tak dia ni? Rasa macam lain macam aje. Dia kemudian
tersenyum.
“Hmm..Ni
mesti stres sebab hari dah makin dekat. Sebab
tu nak buat diri ala-ala happy aje.
Ya tak? Ah, lantak kaulah Irfan Faris. Buat apa aku memikir kau. Lusa ni
sah-sah aku jadi isteri kau. Itu pun dengan izin Allah. Hai la..Reda tak reda
ajelah aku terima.”
Irsya Natasya kemudian menyambung
kembali menyiapkan bungkusan cenderahati tetamu sempena majlis pernikahannya. Rajin
juga dia menyiapkan walapun tak berapa rela dengan pernikahan sendiri. Yalah,
nak harapkan siapa lagi untuk siapkan itu semua. Nak tak nak, kena juga buat
sendiri. Yang lain, memang emak dan abahnya yang uruskan.
No comments:
Post a Comment