IRFAN
FARIS mendengar laporan Zack Nadzri dan bebelan temannya itu. Yalah. Ibarat
menunggu buah tak gugur menanti Irsya Natasya. Cuma di saat hujung waktu
barulah dia ternampak kelibat gadis itu.
“Kenapalah kau tak mesej aku yang si Sya
datang lambat?”
“Hihi...Sorry, bro.Aku off phonelah.
Dia pun berpuluh kali telefon aku agaknya sebab nak beritahu dia datang lambat.”
“Tengok tu. Senang aje jawab. Aku off phonelah.Ngeklah kau ni. Kenapa tak silent
aje,lepas tu vibrate. Macam tak boleh
fikir aje. Time ada plan,handphone tulah yang penting untuk
berhubung. Ni, kau syok dengar ceramah kursus kahwin tu, aku kau biarkan
terkontang-kanting. Tak kenal si Sya tu satu hal. Nombor telefon dia pun kau
kedekut nak bagi. Yang peliknya, takkanlah kau langsung tak belek-belek handphone. Eh, setahu aku kau ni pantang
tak ada handphone kat tangan.”
“Tak tahulah. Tiba-tiba, aku menjadi
seorang yang begitu berdisiplin. Sebabnya syok sangat dengar ceramah ustaz tu.
Kelakar. Tergelak-gelak aku nak pecah perut. Dah nak balik baru aku on phone. Tu yang terkejut tengok miscall dengan mesej berlambak-lambak.”
“Tahu pun kau.”
“Rilekslah, bro. Eh, tapi kau cakap tadi kau ternampak dia kan?”
“Haa. Tapi, sebenarnya aku pun tak
berapa pasti. Cuma aku tengok muka dia, sama macam yang kat dalam gambar yang
kau tunjukkan aku semalam. Masa tu, aku dah kat dalam kereta. Lepas tu dia
hilang kat celahan orang ramai. Aku tak dapat kejar.”
“Hmm..Maksudnya
dia datang juga walau lambat.Sebabnya dia kata dia pergi hantar sorang mak cik
tu pergi klinik. Mak cik tu accident.
”
“Kalau betul tu dia, maknanya memang dia
datanglah. Kesian tau kat dia.Aku ni pun, kesian tau tak. Menunggu macam apa.
Kalau tak, dah fall in love aku kat
tunang kau tu.”
“Kau aje kesian kat dia, aku tak…”
“Kau ni memang ngeklah, Irfan. Tak ada perasaan langsung.”
Status misi : GAGAL.
Sementara itu…
“Hish..mamat
ni kan.Aku mesej tak balas. Aku telefon pun tak angkat. Ni bila aku telefon
talian sibuk pulak. Ni yang buat aku
nak mengamuk ni. Eii..dia ni kan.Konon nak bincang, tapi kalau macam nilah
gayanya, baik tak payah bincang. Baik aku ikut planning aku sendiri.” Irsya Natasya membebel sendiri.
Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya
berbunyi. Segera diambil dan dilihat siapa pemanggilnya.
“Tengok tu. Baru nak telefon.
Lantaklah..Aku nak merajuk dengan kau.”Irsya Natasya hanya membiarkan panggilan
itu. Sengaja memberi pengajaran kepada tunangnya itu.
Irfan Faris yang masih menanti
panggilannya bersambut, akhirnya mematikan talian.
“Merajuklah ni kut. Okey..Diakui dengan
hati yang tulus ikhlas, memang aku yang salah. So, aku kena telefon dia juga sampai dapat.”
Telefon bimbit Irsya Natasya berdering
lagi.
“Jangan telefon lagilah. Aku tengah
merajuk ni!” Marah Irsya Natasya pada empunya diri yang menelefonnya.
“Sya..oo..Sya...Dah tidur ke kamu.
Telefon tu berbunyi dah berapa kali dah. Kenapa tak angkat?” Suara Saodah sudah
kedengaran membingit. Sambil itu pintunya diketuk bertalu-talu.
“Ya, mak. Orang angkatlah ni.” Dia
menjawab malas. Akhirnya dia menekan punat hijau telefon bimbitnya menjawab
panggilan walaupun hati rasa memberontak.
“Awak...sorry.” Suara lembut itu kedengaran di gegendang telinga Irsya
Natasya. “Awak sengaja tak angkat phone
sebab merajuk dengan saya ea?” Pandai pula Irfan Faris mengayat. Irsya Natasya
masih berdiam diri sambil membuat muka. Hatinya panas.
“Awak..Kenapa diam aje ni. Okey,sorry. Saya minta maaf. Lain kali saya
tak buat lagi. Ipromise.”
“Poyo awak ni.” Irsya Natasya tidak jadi
hendak marah.Acece..Tiba-tiba jadi
lembut hati pulak. Termakan
pujukanlah tu.
“Sebenarnya awak dapat mesej dari saya
tak?Saya dah banyak kali mesej awak. Tapi, kenapa awak tak balas?Saya call pun awak tak angkat. Awak off phone? Kenapa? Bila saya pergi
tempat yang kita janji tu, tengok awak macam tak adaaje. Dahlah saya ni tak kenal awak.”
“Sebenarnya handphone saya ada problem
sikit. Saya terima mesej, tapi tak boleh nak buka.Dah malam ni baru okey dan
terbaca mesej awak. Tengok miscall
awak pun banyak kali. Sorry sangat-sangat.
Awak jangan risau, saya tak tunggu awak sebab saya ada emergency kes. Okey. Tak payah lagi cakap pasal hal siang tadi tu
ea.” Irfan Faris bijak memberi alasan. Ayat nak hidup macam tulah. “So, bila kita nak jumpa lagi. Sebabnya, saya
nak kena settlekan hal ni secepat
mungkin. Hmm..Lusa, boleh?”
“Okey, boleh.”
IRSYA
NATASYA kini berjumpa Irfan Faris ditempat yang dijanjikan. Di satu sudut,
Irsya Natasya sepertinya dapat menganggak akan gerangan Irfan Faris berdasarkan
identiti yang digambarkan - Berbaju kemeja kotak-kotak. Berseluar warna hitam
dan berkaca mata berbingkai hitam. Rambut panjang sikit.
Oh, itu ke orangnya? Biar betul?Macam
mamat nerd tak ada perasaan aje. Bila
bercakap kat telefon, gaya macam ngek
sikit. Macam pandai mengayat.Tapi yang ni, terlebih skema rasanya. Macam gaya
mamat ‘Otaku’aje.
“Awak ni…” soal Irsya Natasya
sewaktu sudah berdiri berhampiran meja lelaki itu.
“Err….Du..duklah. Aa..awak ni
tentunya Irsya Natasyakan?” tergagap-gagap lelaki itu bersuara dalam
tertunduk-tunduk. Ala-ala takut untuk memandang wajah gadis di hadapannya itu.
Irsya Natasya mengangguk dalam ragu-ragu
dan kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan lelaki itu. Biar
betul? Kenapa macam takut-takut pulak?
Takut tengok muka aku ke? Macam muka mak nenek ke? Kau ni Irfan Faris,
agak-agaklah. Muka aku ni muka suci apa. Tapi, kenapa aku rasa macam dia ni
bukan Irfan Faris?
“Ma..Maaf. Se..Sebenarnya..Irfan tak
dapat datang. Dia..wakilkan saya untuk berbincang.. dengan awak.” Empunya diri
memberitahu sambil menggaru tengkuk.
“Jadi awak ni,bukan Irfan Faris?”
“Bu..Bukan. Saya.. abang dia.”
Hmm…Memang
dugaanku benar belaka.
“So,
apa cer….” Irsya Natasya sudah
menjongketkan kening meminta jawapan sebenar.
Idham Faizal menyampaikan hanya beberapa
patah kata.
“Irfan sebenarnya.. tak nak kahwin
dengan awak. Jadi, dia minta awak bercakap dengan nenek agar dia tidak dipaksa
berkahwin dengan awak. Itu aje. Maaf. Saya minta diri dulu.”
“What??
Itu aje?”
Idham Faizal mengangguk. Lalu dia bangun
dan berlalu pergi.
Irsya Natasya sudah menepuk dahi. Memang
bengang dia ketika ini. Bersusah payah dia datang hanya kerana nak mendengar
beberapa patah ayat. Pulak tu, bukan
dari orang yang sebenar. Oii, Irfan Faris cucu Nek Kalsum oii. Kau beriya ajak
aku jumpa, last-last kau tak datang.
Kau hantar wakil yang nerd macam
Otaku ni. Weeii…Kalau kau cakap kat telefon kan senang. Ni yang aku rasa macam
nak belasah kau kalau bertemu muka ni. Eii, mamat ni kan. Ada kena dengan aku
ni karang!Macamlah dia sorang yang terpaksa kahwin. Aku ni pun samajugalah. Macamlah
aku ni terhegeh-hegeh nak kat dia. Rugi minyak kereta aku datang sini tahu tak.
Lepas ni kalau kau telefon, memang aku tak angkat! Geram Irsya Natasya berbuku di hati.
Nak tahu
mengapa bukan Zack Nadzri yang datang?
Beberapa
waktu sebelum itu…
“Bro,
emergency kes ni. Aku kena food
poisioning. Aku kat hospital ni.”
“What??
Habis tu…”
“Back
up planlah. Ganti orang. Carilah sesiapa yang boleh ganti tempat aku. Aku
nak buat macam mana. Aku kat hospital ni, bro.
”
“Aku nak cari siapa?Aku dah tak boleh
nak fikir dah. Sebab kau orang harapan aku.”
“Tak pun kau pergi ajelah sendiri. Face to face terus dengan dia tu. Lagi
senang.”
“Aku kat hospital juga ni, bro. Tengah tunggu turn nak buat ujian HIV. Entah pukul berapa siapnya.”
“Eh, bukan semalam kau dah pergi ke?”
“Sebenarnya..Aku tak pergi pun semalam.”
“Hampehlah
kau ni. Hmm…Tak pun, suruh ajelah
abang Id kau. Kautimlah dengan dia.”
“Hah? Abang Id aku tu? Boleh harap ke?”
“Kau teranglah betul-betul kat dia. Bak
kata kau, dia tu kan ikut kata.”
Zass…Alkisahnya,
begitulah.
NENEK
KALSUM kini sudah bercekak pinggang di muka pintu bila saatnya Irfan Faris tiba
di rumah.
“Aii, nek. Kenapa berdiri depan pintu.
Irfan nak masuk ni?”
“Nenek tak benarkan Irfan masuk selagi
Irfan tak jelaskan pada nenek.” Ujar Nek Kalsum dalam nada yang kurang dimengertikan
Irfan Faris.
“Jelaskan? Jelaskan apa nek?” Irfan
Faris tidak mengerti.
“Irfan tipu nenekkan?”
“Tipu? Tipu apa?”
“Irfan tak pergi jumpa Sya kan hari ni?!”
Agak tegang suara Nek Kalsum tika ini.
Irfan Faris menelan liur payau. Aduh! Siapa
pula yang kantoikan ni? Abang Id? Hish..Abang Id ni. Kena dengan aku
karang. Mesti dia yang cakap kat nenek. Kalau tak, macam mana nenek boleh
tahu.”
“Apa yang kamu diam. Nenek tanya ni.
Jawab!”
“Err..Err..”
Tidak terkata Irfan Faris untuk berbicara. “Mana nenek tahu? Nenek ada bukti
ke?” Tiba-tiba jadi berani pula dia menyoal neneknya.
“Ooo..Nak tengok bukti ke? Okey. Nenek
tunjukkan. Ni dia.” Nek Kalsum kemudian menghulurkan telefon bimbitnya yang
tertera satu gambar kiriman MMS.
Terkejut juga Irfan Faris melihat gambar
itu. Ya. Idham Faizal dan seorang perempuan yang diyakini adalah Irsya Natasya
berdasarkan identiti pemakaian yang diberitahu sebelum ini.
‘Siapa pulakyang ambil gambar ni? Aduh. Nenek ada spy ke? Mampus aku! Mesti Abang Id pun tak tahu ni.’
“Haa…Apa alasan kamu Irfan?”
“Err…Tapi,
siapa yang hantar gambar ni pada nenek?”
“Kamu tak perlu tahu siapa. Yang
penting, apa penjelasan kamu pada nenek. Jawablah. Nenek nak dengar!”
Irfan Faris sudah terkulat-kulat wajah
sambil menggaru kepala.
“Kamu dengar sini Irfan. Kamu jangan
sekali-kali nak tipu nenek. Dan lagi satu nenek nak ingatkan. Sya ni tunang
Irfan tau. Orang yang dah selamatkan nenek. Berapa kali nenek nak cakap.” Nek
Kalsum terus dengan bebelannya.
“Maaa…” Irfan Faris cuba mendapatkan
bantuan daripada mamanya yang kelihatan baru memunculkan diri di situ bersama
seorang wanita.
Kirana hanya menjongket bahu sebagai
tanda tidak mampu menolong. Ya, kalau ibu mertuannya itu sudah bersuara sambil
menyinsing lengan baju, maka yang lain tidak perlu bersuara lebih-lebih. Itulah
tindakan yang selamat.
Wanita di sebelah Kirana hanya mampu
menelan liur sendiri.
Err..Alamak.
Rupanya selama aku tak ada dekat sini, ada benda yang aku tak tahu. Aku beri gambar
tu pada ibu, sebabnya nak tunjukkan kat ibu yang Id pergi dating. Yalah. Si Id tu kan macam tak ada perasaan, tiba-tiba
keluar dengan perempuan. Kan gempak tu. Tapi, rupa-rupanya gambar tu dah ter-kantoikan tentang rahsia Irfan. Irfan
kata dengan nenek, dia nak jumpa tunang dia tu. Tapi masalahnya tunang dia tu
ada dengan Id. Hmm..Parahlah
jawabnya.
“Achik…” pinta Irfan Faris kepada wanita
yang berdiri di sebelah mamanya. Wanita itu adalah mak usunya, adik kepada
papanya. Nampaknya, mak usunya juga bertindak seperti Kirana.
“Irfan..Maafkan achik. Achik tak tahu.
Achik memang tak ada niat nak aniaya Irfan.” Bisik Zamilah di hati. Dia rasa
bersalah.
Nek Kalsum masih dengan bebelannya. Ia
membuatkan Irfan Faris jadi hilang sabar. Dia sudah merengus kasar.
“Nek. Pleaselah nek. Irfan merayu dengan nenek. Jangan buat Irfan macam
ni. Irfan tak boleh nek, Irfan tak boleh! Irfan takut Irfan akan buat Sya tu
kecewa…terseksa. Macam mana Irfan nak terima sedangkan hati Irfan tak ada pada
dia nek! Tolonglah nenek faham!” Tegang juga suara Irfan saat ini.
“Apa janji kamu dengan nenek sebelum ni,
Irfan? Irfan kata Irfan nak terima Sya kan?”
Irfan Faris menggeleng kepala. “Irfan
minta maaf nek. Sebelum ni Irfan hanya tipu nenek sebab nak jaga hati nenek. I really sorry, nek. Irfan tak boleh.
Kalau nenek nak halau Irfan lepas ni, okay
fine! Yang penting Irfan tak nak kahwin dengan cucu pilihan nenek tu!”
Bicara Irfan Faris sedikit meninggi.
“Irfan. Kenapa cakap macam tu?” Kirana
sudah mendapatkan anaknya. Terkejut dia dengan bicara kata anak sendiri.
“Sanggup kamu…” Sebak menikam hati tua
Nek Kalsum dengan kata-kata cucunya itu. Dia kini mengurut dadanya. Ala-ala
terkena serangan jantung.
“Ibuuu!” Jerit Kirana. Dia segera
memapahNek Kalsum dan membawanya duduk ke sofa.Nek Kalsum mengurut dada
sendiri. Zamilah juga sudah datang mendekat.
“Sampai hati Irfan buat nenek macam ni.
Nenek benci, Irfan.Pergi! Pergi! Nenek tak nak jumpa Irfan lagi. Selama ni
nenek sayang Irfan, tapi…Irfan dah tipu nenek..” Bicara Nek Kalsum berteman air
mata. Ya, hati tuanya benar-benar kecewa.
“Ibu..Sabar, ibu.” Kirana cuba
menenangkan.
“Aku tak suka dia..Dia tipu aku. Kenapa
dia buat aku macam ni. Aku buat semua tu sebab aku sayangkan dia.” Suara Nek
Kalsum kian sebak kedengaran.
“Ibu. Sudahlah ibu. Mungkin Irfan
perlukan masa.”
“Aku nak Sya jadi cucu aku. Aku tak nak
orang lain…Aku tak nak orang lain.”
“Kalau Irfan tak nak, ibu kahwinkan aje
Sya tu dengan Id.” Cadang Zamilah.
“Tak nak. Aku nak Sya dengan Irfan. Dia
orangkan dah tunang masa kecil. Itu hajat laki aku.” Nek Kalsum terus bersendu sendiri meluahkan
rasa hati.
“Ibu…Janganlah macam ni. Nanti kita
bincang semula dengan Irfan, ya bu. Mungkin benar kata Irfan sebelum ni. Dia
mungkin boleh terima Sya, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Kalau ada apa-apa,
kita boleh bincang hal ni dengan Kak Odah. Kak Odah mesti faham.”
“Tak! Aku tak nak! Aku tak nak! Irfan
mesti kahwin dengan Sya ikut tarikh tu.” Nek Kalsum sedikit keras kepala.
“Ibu…” Kirana cuba memujuk.
“Tak!”
“Ibu..” Kini Zamilah pula cuba memujuk.
“Huh! Kau orang pun sama dah tak sayang
aku!”
“Ibu..Kenapa cakap macam tu. Kami semua
sayang ibu.”
“Kau orang tak sayang aku. Aku ni dah
tua. Tak lama lagi aku dah mati. Kalau Irfan tak kahwin sekarang, macam mana
aku nak tengok dia bernikah dengan Sya. Kau orang memang tak faham aku.” Nek
Kalsum kembali merintih kesedihan sendiri. Meluah rasa sedih dengan rasa
kecewa.Sememangnya hati tuanya sukar difahami.
“Ibu.Janganlah cakap macam ni bu. Kita
doalah agar ibu panjang umur. Boleh tunggu sampai Irfan kahwin dengan Sya
nanti.” Lembut Kirana memujuk.
“Tak! Aku tak nak tunggu lama-lama. Aku
nak dia kahwin ikut tarikh tu jugak!” Nek Kalsum tetap dengan keputusannya. Dia
kemudian sudah bangun.
“Biar Kirana pimpin ibu ke bilik.”
“Tak payah. Aku reti jalan sendiri.
Bukan aku tak kuat pun.” Nek Kalsum sudah berjalan sendiri meniti ke anak
tangga menuju ke bilik.
Kirana hanya mampu menggeleng kepala.
Sememangnya kedua mereka itu agak keras kepala.
“Eii… ibu ni kan. Ikut kepala dia aje.Akak
tengoklah perangai dia tu. Macam manalah Irfan tu tak memberontak.” Ujar
Zamilah kepada Kirana.
“Mel. Kita tak boleh nak salahkan ibu.
Hati ibu tu, cepat terguris. Kita kena faham dia. Orang tua ni fikiran dia lain
Mel. Irfan tu pun salah. Dia sepatutnya kena faham perangai nenek dia tu macam
mana. Sepatutnya dia tak bercakap macam tu. Bukan dia tahu, kelmarin pun nenek
dia tu dah merajuk juga. Tapi selamat sekejap aje rajuknya. Sekarang ni, tak
tahulah Mel. Ibu tu kalau merajuk, kita yang makan hati nanti. ”
“Kak..Tapi, si Irfan tu cuma
berterus-terang. Kalau Mel pun, Mel bantah habis-habisan. Kahwin paksa, siapa
nak.”
“Mel..Kita perlu tengok situasi tu.
Kadang kita tengok hal tu macam kahwin paksa, tiba cuba fikir dari sudut yang
positif. Anggap ia jodoh yang dipertemukan. Jodoh yang datang dari Allah. Akak
dulu dengan Abang Zam pun macam tu juga. Tapi, kami saling berbincang dan tak anggap
perkahwinan kami seperti dipaksa. Samalah juga dengan situasi Irfan sekarang
ni. Irfan tu pun boleh bincang baik-baik dengan Sya tu. Yang peliknya, kenapa
dia suruh Id? Kenapa dia tak pergi sendiri? Pelik betul akak dengan dia ni. ”
“Akak ni dengan ibu sama aje. Patutlah
ibu sayang akak lebih dari Mel.”
“Mel..Janganlah cakap macam tu. Kasih sayang
ibu tu sama je. Dah tu, Mel pun tak duduk sini. Duduk kat oversea sana. Beberapa tahun sekali, baru balik. Manalah Mel nak
rasa tu semua. Haa..Lagi satu yang akak
pelik ni, tiba-tiba aje Mel balik. Selalu balik time raya aje. Ni tak beritahu, tiba-tiba muncul. Lepas tu, terus rumah ni jadi haru.”
“Alah, akak ni. Ni mesti nak salahkan
Mel pasal kantoikan rahsia Irfanlah
ni. Mel pun tak tahulah kak. Benda tu kebetulan aje. Konon nak tunjukkan pasal
Id pergi dating. Rupanya lain pula
yang jadi. Bukan salah Mel pun.”
“Haa..Soalan akak tak jawab pun? Ni
mesti ada kena mengena dengan du…”
“Shh..Akak
diam ea. Jangan nak bunyi-bunyi.”
“Betullah tu kan. Part tu akak memang tak boleh tolong. Tu kena tanya kat Abang. Itu
untung kalau dia nak tolong. Kalau tak, Mel tanya ibulah.”
“Part
ibu tu yang payah. Ibu tu mana suka Mel. Karang jadi macam Irfan pulak. Kena bebel satu hal. Kena halau
lagi.”
“Dah tu, buat baiklah dengan ibu. Ibu tu
pun sebenarnya rindukan kat Mel tau. Cuma Mel tu lah. Keras kepala juga.”
“Wah, akak. Kalau bercakap. Tak ingat
yang dia tu menantu.”
“Akak cakap aje Mel.”
“Eh, akak janganlah kecil hati. Mel
gurau aje. Akakkan kakak ipar kesayangan Mel.”
“Yalah tu. Macam ayat bodek aje. Tu
mesti nak suruh pujuk Abanglah tu.”
“Tu lah yang buat Mel sayang kat akak.
Eh, kak. Id mana? Tak balik lagi ke?”
“Baru pukul berapa Mel oii. Id tu
agaknya lepas dia jumpa Sya masuk opis semulalah tu. Dia tu kan memang gila
kerja. Ngadap komputer buat kerja kartun dia tulah. Akak dengar projek yang
baru ni buat kerjasama dengan kompeni Jepun. Tu yang dia fokus habis tu.”
“Ooo..”
“Tapi, tak sangka pulak dia tu nak juga tolong si Irfan tu. Entah apalah yang Irfan
cakap agaknya. Dia tu kan takut perempuan. Tapi, berani pulak dia jumpa si Sya tu.”
“Tu lah kak. Kalau Id tu berani jumpa
Sya, maknanya lama-kelamaan si Id tu mesti boleh atasi kelemahan dia yang takut
perempuan tu. Tak pun, ada baiknya kahwinkan orang yang nenek suka tu dengan si
Id. Lagi senang. Tak banyak bunyi.”
“Kalau kita tiba-tiba ubah plan ibu, mahunya ibu masam muka dengan
kita Mel oii.”
Zamilah hanya gelak. “Habis tu kak,
macam mana sekarang ni? Ibu tu…”
“Biarlah ibu tenang dulu, Mel. Nanti
akak pujuk Irfan suruh pujuk ibu. Ibu tu lagi satu masalahnya mesti nak Irfan
juga yang pujuk dia. Dengan kita ni dia tak nak. Haa..Tak pun, kamu aje yang
pujuk Irfan. Dia tu dengar sikit cakap kamu.”
Zamilah hanya mengangguk.
IRFAN
FARIS masih membebel sendiri meluah rasa tidak puas hati. Tertekan perasaannya
kini. Bagaimana lagi caranya untuk dia lari dari terus menjadi mangsa untuk
dikahwinkan dengan Irsya Natasya.Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk seseorang.
Sangkanya mama, tetapi rupa-rupanya achik Melly.
“Ada apa achik cari Irfan? Kenapa tadi
achik tak tolong Irfan?” Irfan Faris seakan merajuk. Sebenarnya tadi dia sangat
mengharap yang achik Melly mampu menolongnya. Tetapi…
“Sorrylah
Irfan. Bukan Irfan tak tahu nenek Irfan tu macam mana? Karang achik pulak yang kena. Susahlah nanti achik
nak ngam dengan nenek. Nenek tu kan
tak suka achik.”
Irfan Faris memeluk tubuh.
“Achik..Achik tahu tak siapa yang hantar
MMS tu pada nenek?”
“Err..”
Zamilah terkelu bicara seketika. Kalau Irfan tahu MMS itu datang daripadanya,
pasti anak saudaranya itu memarahinya.
“Entah. Tak tahu. Bila achik sampai
rumah aje nenek dah bebel-bebel. Cakap Irfan tak sayang dialah, apalah. Achik
pun tak tahu apa yang berlaku. Lepas tu
mama Irfan beritahu kisah sebenar. Barulah achik faham.” Bijak juga Zamilah
memberi alasan.
“Tu lah..Nenek tu.Ada ke paksa Irfan
kahwin dengan orang yang Irfan tak suka, anak kawan dia tu. Irfan ni pun ada
perasaan. Mesti achik pun faham kan? Tolonglah, achik. Tolong Irfan. Buatlah something supaya Irfan tak kena kahwin
dengan budak tu. Irfan tak naklah.” Irfan Faris seakan merengek.
“Err..Achik
tak bolehlah Irfan. Irfan ikut ajelah. Awal-awal aje macam tak okey. Nanti dah lama-lama
okeylah.”
“Achik. Senangnya achik cakap. Irfan tak
naklah cik. Achik ni pun sama aje. Ingatkan boleh tolong Irfan.”
“Achik tak nak ambil risiko. Karang, achik
yang susah. Alah, Irfan terima ajelah budak perempuan tu. Belajarlah
sayang-sayang kat orang tu. Mesti okey punyalah. Achik garenti.” Ujar Zamilah
sambil menepuk-nepuk bahu anak saudaranya itu. Sempat juga dikenyitkan matanya
sebelum kelur dari bilik itu.
Irfan Faris hanya mampu mengeluh kasar.
Ingatkan dia boleh mendapat bantuan mak usunya, rupanya tidak. Sokong tetap
berpihak pada nenek. Ini tidak adil!
Tapi, kenapa tiba-tiba achik macam dah berpihak
pada nenek. Jangan-jangan dia ada agenda untuk kepentingan diri dia. Setahu aku
kalau achik balik sini memang dia ada benda nak minta kat nenek.Bak kata mama,
achik biasaya balik nak pinjam duit. Sebabnya, kalau minta dekat papa, papa
kedekut sikit nak bagi.Hmm..Jangan-jangan
gambar tu achik yang kantoikan tak? Tapi...macam
tak mungkin juga. Achik mana tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Baru
hari ni muncul dan baru tahu dari mama apa yang berlaku.Haishh...Tensionlah macam ni!
No comments:
Post a Comment