Tuesday 29 April 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 15


IRSYA NATASYA menggigit pen di tangannya. Otaknya sedang ligat mencari idea untuk dibawa ke medan perbincangan bersama Irfan Faris di sebelah petang. Itu adalah masa yang dijanjikan. Apa yang telah ditulis kini dibaca kembali.

PLAN A : Culik Tok Kadi
PLAN B : Dia lari.
PLAN C : Aku lari.
PLAN D : Ada awek menyibuk cakap yang mamat tu kekasih dia.
PLAN E : Aku terima aje sebagai pilihan yang terakhir.
           
            Setakat ini, hanya itu sahaja idea yang mampu difikirkan. Ia sekadar perancangan secara kasar. Belum memikirkan lagi pro dan kontranya. Logik atau tak logik, lain kira.
“Sya..oo..Sya..Buat apa dekat bilik tu. Tolong mak ni kejap. Buat bahulu. Ada orang tempah.”
“Ya, mak. Sekejap. Lima minit lagi.”
Sejak menjadi penganggur dan masih belum mendapat kerja, Irsya Natasya membantu emaknya menjual bahulu. Bahulu bulat ada, bahulu cermai pun ada. Senang aje nak buat. Nak resepi ke?
Yang aku nak kena buat ni, bahulu bulat. Apa yang perlu, sediakan bahan-bahannya ya.Buatnya senang aje. Secawan kuning telur dan secawan gula pasir perlu diputar hingga kembang dan pekat. Masukkan juga satu sudu esen ros dan pewarna kuning. Lepas tu, masuklahlah secawan setengah tepung gandum dan sedikit baking power. Pastikan diayak ya. Kalau nak tahu, orang dulu-dulu akan jemur dulu tepung ni. Tujuannya, supaya bahulu jadi ringan dan lembut. Okey, lepas tu kacau adunan dengan lemah-lembut. Tak boleh ganas-ganas tau. Bahulu ni sensitif sikit. Nanti tak naik. Lepas tu, tuang dalam acuan dan bakar selama lebih kurang 45 minit dan pastikan tidak melekit. Bersabarlah nantikan hasilnya ya. Selamat mencuba.
“E’eh. Sibuk pulak aku cerita buat kuih bahulu ni yek. Dah menyimpang. Padahal tadi tengah fikir rancangan nak sabotaj majlis pernikahan sendiri.”
Irsya Natasya kini berbaring menelentang menghadap syiling. Dia menyambung memikirkan akan kesan dan akibat dari rancangan yang difikirkannya.

PLAN A : Culik Tok Kadi ~ Tak logik. Kalau kantoi karang jadi kes polis.Tak pasal- 
                  pasal aku kena soal siasat.
PLAN B : Dia lari ~ Dia kena marah dengan keluarga dia. Padam muka. Aku selamat.
PLAN C : Aku lari ~ Aku kena bantai dengan mak dan abah. Dia selamat. Tak adil.
PLAN D : Ada awek menyibuk cakap yang mamat tu kekasih dia ~ Macam okey je.   
Suruh dia upah awek, berlakon macam dalam cerita drama siap nangis-  
                 nangis  bagai. Aku confirm selamat.
Plan terakhir…..
PLAN E : Aku terima aje sebagai pilihan yang terakhir. ~ Kalau aku aje terima, dia tak
terima macam mana? Hmm..Itu jodoh ketentuan. Terima seadanya.Best wishes
for me.

“Sya. Buat apa lagi tu.” Panggil Saodah dari luar bilik.
“Iya, mak. Nak pergi dapurlah ni.”
 Irsya Natasya kemudian memasukkan buku conteng-contengnya itu ke dalam laci. Rambutnya yang terkirai, kembali diikat dan disepit. Dia kemudian menuju ke dapur membantu emaknya membuat kuih bahulu.
“Mak..Petang ni Sya nak keluar.”
“Pergi mana? Dating?”
Dating? Tak ada maknanya. Sya nak pergi jalan-jalanlah cari makan dengan si Llya. Boring duduk rumah ni.” Bodek Irsya Natasya. Jahat juga dia membuat pembohongan seperti itu. Padahal memang dia nak pergi ‘dating’ dengan bakal suami yang tak dikenalinya itu.
“Daripada keluar dengan si Lyla, baik ajak si Irfan tu. Haa..Bolehlah kenal-kenallah dengan dia tu. Takkan nak tunggu hari nikah baru nak jumpa.”
“Okeylah tu mak. Sweet apa?”
Sweet, sweet.. Ada aje jawabnya. Haa..Mak ada nombor telefon si Irfan tu. Mak dah minta dari Nek Kalsum kamu. Nanti simpan nombor dia tu. Senang nak contact dia tu.”
“Iyalah, mak.” Irsya Natasya menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya emaknya tidak tahu bahawa dia sudah pun mendapat nombor telefon lelaki itu. Dan, dia juga tidak memberitahu bahawa dia sebenarnya akan keluar bertemu Irfan Faris, menantu pilihan emak dan abahnya itu.
“Kamu nak tahu tak Sya..Mak suka tau, bakal menantu mak tu handsome.”
“Macam mana mak tahu dia handsome. Mak dah pernah tengok ke?”
“Yang sekarang ni memanglah tak pernah jumpa lagi. Tapi, mak boleh bayangkan bakal menantu mak tu handsome. Tengok ajelah mama dia tu, Datin Kirana. Hmm..cantik orangnya.Si Irfan tu masa kecik-kecik pun comel.”
“Habis tu Sya masa kecik-kecik tak comel ke?”
“Comel juga. Tapi gelap sikit. Si Irfan tu putih kulitnya. Suka senyum. Kamu tu muka masam aje. Masam asam jawa. Selamatlah dah besar ni suka senyum. Dah jadi cun sikit.”
“Mak ni bandingkan Sya dengan dia kenapa? Mak tak boleh terima hakikat yang Sya ni kulit gelap ke? Cantik apa. Hitam manis. Macam lagu R. Azmi tu. Hitam manis..Hitam manis..Pandang tak jemu..Pandang tak jemu...Abah kan suka nyanyikan lagu ni untuk Sya. Sebabnya Sya ni kuat ikutgenetik abah. Kan kita orang geng.”
“Iyalah, Sya. Kamu tu memang geng abah. Lantaklah. Yang penting bakal menantu mak handsome.
“Mak ni fikir yang handsome aje. Handsome tu bukan jaminan kebahagiaan, mak. Cuba mak fahami hati Sya ni macam mana. Terguris tau mak. Mak paksa Sya kahwin dengan dia. Mak tak fikir ke yang Sya boleh bahagia dengan dia ke tak?”
“Ewah, ewah mulut. Sya..Mak nak beritahu ni. Antara paksa dan restu, mana yang jadi pilihan Sya. Mungkin cara ni macam memaksa, tetapi cuba fikirkan tentang restu. Restu orang tua tu lebih penting Sya. Parkahwinan tanpa restu, tak bawa ke mana Sya. Kami senang hati terima Irfan, dan keluarga dia berbesar hati terima Sya. Ke, sebenarnya kamu dah ada orang lain. Cuba kamu beritahu mak.”
“Mana ada.”
“Haa..Dah tak ada tu, terima ajelah yang dah ada ni. Susah sangat agaknya. Kalau tunggu kamu cari pun, entah zaman bila nak adanya.”
“Mak ni asyik nak salahkan Sya aje. Mak patut beri peluang pada Sya untuk tentukan masa depan Sya sendiri. Biarlah Sya cari sendiri. Mak pun sama aje macam abah. Mak harus tahu…”
“Apa kamu ni mak..mok..mak ..mek…Dah. Mak malas nak dengar!”
Irsya Natasya membuat muka memprotes. Dikembungkan pipi dan buat mata juling ke atas.
“Dah. Jangan nak buat muka pulak. Tu, karang bahulu mak tak jadi siap kamu. Buat kuih ke, masak ke, nak kena ada kasih sayang. Kalau buat muka macam tu jawabnya tak naiklah bahulu mak.”
“Iyalah, mak. Orang orang buat dengan kasih sayanglah ni.” Nada bicara Irsya Natasya tidak ikhlas.
“Eleh, kamu. Cakap pun macam gitu gaya, tak ikhlaslah tu. Tu, yang dalam tu kena kasi clear. Kasi ikhlas. Faham!”
“Iyalah, mak. Mak aje yang betul.”
“E’eh, budak sorang ni. Aku piat karang telinga tu.”
Irsya Natasya menjelir lidah.
“E’eh, kamu ni Sya. Karang mak report dengan Nek Kalsum pasal perangai sebenar kamu, nak?”
“Nak!Nak!Baguslah. Biar dia tahu yang Sya ni tak sesuai dengan cucu dia Irfan Faris tu.”
“Dah. Jangan nak ngada-ngada. Kamu nak kahwin bulan depan. Ubah sikit perangai tu. Jangan nak malukan mak dengan abah pulak. Jaga maruah kami ni.” Saodah sudah keluar dari dapur meninggalkan Irsya Natasya sendirian.
 Irsya Natasya hanya mampu melepaskan keluhan nafas kasar.
Sambil memutar kuih bahulu, fikiran Irsya Natasya terbang jauh. Nama Irfan Faris bermain di fikirannya. ‘Hai la, Irfan oii. Kenapa nama kau juga yang muncul kat otak aku ni. Silap-silap hari bulan lepas jumpa kau yang real, muka kau pulak yang aku terbayang-bayang. Ni penangan mak aku asyik sebut nama kaulah ni. Mampuslah aku macam niIrfan oii!

Petang itu,
ZACK NADZRI sudah setia menanti di tempat yang dijanjikan. Dia asyik melirik jam di tangannya. Sebenarnya sudah lebih setengah jam dia menanti.
            “Aku ni dah kena tipu dengan Irfan ke? Mana Sya? Tak datang pun. Telefon dia sah-sahlah dia tak angkat. Mesti dia silent phone. Sya pula, aku mana ada nombor phone dia. Aduh! Takkan aku nak jadi tunggul dekat sini. Kalau aku balik, takut si Sya pulasampai. So, apa aku nak buat sekarang. Kena tunggu samapi ke petanglah jawabnya.”
            Zack Nadzri terus menunggu dan menunggu.Sambil itu dia mengengar lagu di telefon bimbitnya. Sekurang-kurangnya taklah macam tunggul tanpa perasaan. Dia kembali melirik jam di tangan. Rupanya dah hampir satu jam setengah dia menunggu.
            “Alahai, Zack budak baik. Hari ni kau jadi tunggul Zack. Konon baik nak tolong kawan, last-last kau buang masa aje dekat sini. Selamatlah kau ni tunggul handsome. Adalah jugaorang nak jeling-jeling pandang. Kalau kau ni tunggul buruk, sah-sahlah orang tak pandang kau langsung.” Zack Nadzri berbicara kepada diri sendiri. Luahan rasa kepada hati sendiri. Kecewa sebenarnya. Kesian.

IRSYA NATASYA sudah beberapa kali menelefon Irfan Faris. Namun, talian tetap juga tidak bersambut.
“Manalah mamat ni pergi. Aku nak beritahu aku datang lambat ni. Karang jenuhpulak dia menunggu. Haishh..Angkatlah telefon oii. Karang, tak pasal-pasal kau mengamuk salahkan aku. Dah berpuluh kali aku telefon tak angkat-angkat juga.” Irsya Natasya mengomel sendiri.Dia masih cuba menghubungi. “Eii, geram betul aku dengan mamat nilah. Semalam baik benar telefon aku, ni tak angkat pulak.”
            Sebenarnya ada sesuatu yang mengalang Irsya Natasya untuk sampai ke destinasi lebih awal. Kebetulan tadi, ada seorang mak cik dilanggar motor. Maka dia yang mempunyai rasa belas kasihan telah menghantar mak cik tersebut ke klinik berdekatan. Dia juga menantikan mak cik itu untuk rawatan. Kasihan pula jika ditinggalkan sendirian.
            “Kalau dia setia, dia akan tunggu. Tapi dah dekat dua jam, sanggup ke dia tunggu kat situ? Takapalah. Lepas hantar mak cik ni, aku rush ke sana. Kesianpulak kalau dia tunggu.” Itulah keputusan muktamad di hati Irsya Natasya.
            Irsya Natasya memakir kereta di sebelah kereta sport Audi. Kebetulan parkir di situ kosong.
            “Pergghh..Untungnya dapat parking sebelah. Kereta idamanpulaktu.”
Irsya Natasya segera keluar dari keretanya.
“Ambil gambarlah. Budak jakun macam aku, memang macam ni. Lantaklah orang nak cakap apa. Kalau aku dapat bergambar dengan kereta ni, lagi syok.”
Dalam waktu yang sama..
Zack Nadzri sudah tidak keruan. Dia akhirnya bangun dan pergi. Padanya, baik dia pulang sahaja. Dia kejauhan, dia melihat seseorang sedang mengambil gambar keretanya.Dia segera menapak pergi ke keretanya. Dia tidak cepat melatah. Sebaliknya, hanya memerhati tingkah empunya diri. Dia tersenyum.
Dia kemudian menghampiri, namun tidak menegur. Sengaja melihat reaksi peminat kereta sportnya itu.
“Eh, awak. Nak minta tolong boleh?”
“Ya, saya. Ada apa?”
“Boleh tak tolong ambilkan gambar saya dekat kereta ni.” Ujar Irsya Natasya selamba tanpa mengetahui itulah tuan empunya pemilik kereta.
Zack Nadzri hanya tersenyum. Dia sememangnya tidak lokek dengan senyuman. “Okey.”
Zack Nadzri senang memberi arahan kepada Irsya Natasya untuk mengambil pada posisi yang dipinta. Sinilah..Situlah. Dia memberi arahan. Macam Irsya Natasya tu modelnya pula. Sebenarnya, bidang fotografi juga adalah minatnya. Maka, dia tahu mana posisi yang terbaik untuk mendapatkan shotgambar yang cantik. Dua, tiga keping gambar diambil. Irsya Natasya sudah pasti dengan gaya kegemarannya. Peace!
“Okey, awak. Terima kasih ea. Cantiklah awak ambil gambar. Macam professional.”
“Sama-sama. Saya memang minat ambil-ambil gambar ni. Adalah belajar sikit-sikit pasal fotografi ni.” Ujar Zack Nadzri tanpa dipinta. Sibuk promote diri pula ya.
Irsya Natasya mengukir senyum. Selajur itu dia melangkah pergi tanpa bertanyakan nama lelaki itu. Beberapa detik waktu, langkahnya terhenti apabila dia mendengar isyarat kereta berbunyi. Lantas dia menoleh. Kelihatan, jurufoto suruhannya tadisedang membuka pintu kereta sport Audi yang terpakir di sebelah keretanya. Dia hanya mampu membulatkan mata dan menelan liur payau. Kemudian dia menepuk dahi. Errk..Tuan punya kereta ke tu? Bengangnya aku!Irsya Natasya terus berjalan laju.
Zack Nadzri yang terperasan akan tingkah Irsya Natsaya hanya mengukir senyum. Tiba-tiba, senyumannya mati.
“Budak tu macam muka….” Dia sepertinya mengingat sesuatu.
Zack Nadzri kembali keluar dari kereta. Dia pergi mencari gerangan si gadis yang dia yakin itulah Irsya Natasya. Orang ramai yang lalu-lalang menyebabkan misi mencarinya terhalang. Dia kembali masuk ke restoren tempat dia menunggu tadi dan melilau pandang ke segenap ruang. Nyatalah dia tidak menjumpai gadis tersebut.
Di satu sudut, Irsya Natasya bersembunyi. “Orang tu apa ke hal macam mencari aku aje. Menakutkan betullah. Dahlah aku bengang dengan dia.” Kata-kata itu bermain di hati Irsya Natasya.
Pelik! Padahal baru berapa saat dia pergi. Bila aku keluar, kenapa cari tak jumpa? Halimunan ke apa budak ni?Zack Nadzriakhirnya kembali ke kereta. Di dalam kereta, dia masih menunggu untuk seketika. Kiranya, ia untuk terakhir kalinya sebelum beredar pergi. Apabila waktu kian menganjak ke petang, dia mengalah. Apa yang pasti, misi pertamanyagagal.  Laporan akan dihantar kepada Irfan Faris malam nanti.
“Apa ke hal tak pergi-pergi lagi orang tu. Duduk dalam kereta lama-lama buat apa.” Irsya Natasya mengomel sendiri. Dia sebenarnya sedang mengintai dari jauh. Hakikatnya, dia sudah ingin pulang. Tetapi memandangkan kereta sport Audi yang terpakir di sebelah keretanya masih belum pergi, dia terpaksa menunggu untuk seketika. Biarlah pemandu kereta itu pergi dahulu. Sebabnya, dia tidak mahu muka bengangnya dilihat lelaki itu.
Kau orang ingat tak malu ke? Malu weh. Blushing-blushing muka aku campur bengang. Ada ke suruh tuan punya kereta tu yang ambilkan gambar. Siap posing-posing lagi. Wah! Bengang! Bengang! Bengang! Tapi nak buat macam mana..tak tahu. Emm…Redha ajelah. Selamatlah orang tu okey aje. Handsome pulak tu. Kalau Irfan Faris tu handsome macam tu, nak aje aku sambar. Wekk..Ayat poyo! Handsome tu bukan jaminan kebahagiaan, kan?


Bersambung lagi.....






No comments:

Post a Comment