IRFAN
FARIS kini baru pulang ke rumah. Waktu itu jam sudah hampir 10.00 malam. Apa
yang pasti dia tidak melihat kenderaan lain selain kereta mamanya. Kereta
papanya, semestinya tiada. Papanya itu memang tiada di rumah selama dua hari.
Sibuk benar dengan urusan perniagaan.
‘Perunding perkahwinan yang nak
datang tu, dah balik ke? Haha..Bagus.
Selamat aku.’
Irfan Faris kini masuk ke rumah. Di
ruang tamu, hanya kelihatan mamanya duduk bersendirian membaca majalah di samping
televisyen home teater terbuka dengan suara yang sedikit perlahan.Yes! Bagus! Nenek dah tidur. Kalau tak,
mau kena bersoal jawab. Lepas tu confirm
kena bebel.
“Tak tidur lagi ma?”
“Belum. Awal lagi ni. Mama tengah
tengok drama. Ni tengah iklan. Tu yang belek-belek majalah ni.”
“Nenek dah tidur ke?” Irfan Faris
sekadar bertanya.
“Dahlah agaknya. Baru sekejap tadi
masuk bilik. Dah ngantuk dia tunggu Irfan balik. Yang Irfan ni balik lewat pergi
ke mana?”
“Irfan keluar dengan Zacklah. ma.
Kan dah beritahu tadi.”
“Nenek kan dah telefon suruh balik
awal. Kenapa tak balik? Irfan sengaja elak dari nenek ya?”
“Irfan pergi tengok wayanglah mama. Tu
yang leka.”
“Iyalah tu.”
“Macam mana pasal perunding perkahwinan
yang kata nak datang tu?”
“Tak jadi datang malam ni. Ganti esok.
Pastikan Irfan tak keluar esok.”
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut.
Ingatkan dah terlepas sesi runding-merunding ni. Rupanya belum.
“Kenapa?”
“Eh, tak ada apa-apa. Tu semua mama settlekanlah. Irfan tak kisah.” Irfan Faris
memaniskan bicara. Sebenarnya bukan sebab kisah atau tidak, tetapi dia memang
tidak ingin. Tidak mahu dan tidak kuasa untuk berhadapan itu semua.
Irfan Faris kini duduk mengendeng
manjadekat dengan mamanya. Kepalanya disandar manja ke bahu mamanya.“Ma..oo..ma.”
“Kenapa ni? Tiba-tiba nak bermanja-manja
dengan mama?”
“Alah. Tak boleh ke?”
“Ada apa sebenarnya ni Irfan? Kamu ni
kalau bermanja-manja dengan mama, adalah benda rahsia yang nak dicakap. Nak
suruh mama cakap dengan nenek yang Irfan nak buat planning lari masa majlis nikah nanti ke?”
“Eh, tak adalah mama. Mama ni suka buruk
sangka aje. Kalau tak, Irfan tak serah kuasa untuk perundingan majlis
perkahwinan tu. Irfan sebenarnyanak minta nombor telefon Sya, boleh tak ma?”
Kirana memandang anak terunanya itu. Dia
tersenyum lebar. Berbunga juga hatinya kini dengan permintaan Irfan.“Oh,
ingatkan apa. Apa pula tak boleh. Mestilah boleh. Irfan nak jumpa dia ke?”
Irfan Faris mengangguk. “Cadangnya macam
tulah. Tak apalah. Biar Irfan jumpa Sya dulu. Sekurang-kurangnya, bolehlah juga
Irfan kenal dengan dia tu. Taklah masa nak nikah aje kan, ma?” Irfan Faris
berbicara secara bijaksana agar mamanya tidak mengesan sebarang kejanggalan
dari perubahan sikapnya. Yalah. Tiba-tiba minta nombor telefon orang yang dia
tak suka.
Sebelum ini, dengar nama Irsya Natasya
itu pun dia sudah meluat. Terutama bila disebut nenek. Tahulah Sya tu
tunangannya masa kecil. Sebut sekali dahlah. Ni, tak. Nak juga dia sebut berkali-kali.
Kalau bertunang sebab adafeeling tak apalah juga. Berbunga
mekarlah juga dekat hati ni. Ini tidak. Hmm….Ni
semua nenek punya pasal. Tunangkan aku masa kecik-kecik. Aku juga yang jadi
mangsa bila dah besar ni. Nak kena kahwin pula.Class sangat ke budak tu nak jadi bini aku?
“Baguslah kalau macam tu. Irfan kenallah
dia baik-baik. In Shaa Allah, Irfan boleh terima dia. Dia tu peramah. Ceria
orangnya. Tapi, mama pelik. Kenapa tiba-tiba aje Irfan berubah fikiran. Tadi
bukan main tak nak.”
“Irfan minta pandangan Zack. Zack yang
minta Irfan fikirkan semula. So, bila
dah fikir-fikir baik Irfan terima aje. Kalau tak terima, sah-sah tujuh hari
tujuh malam kena bebel dengan nenek.”
Kirana hanya tersenyum dan menggeleng
kepala. Dia kemudian memberikan nombor telefon Irsya Natasya kepada anaknya itu
tanpa banyak soal. Padanya itu satu perubahan positif yang ditunjukan Irfan
Faris.
“Mama memang harap Irfan terima si Sya
tu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Macam mamalah juga dulu.”
“Thank
you, ma.” Irfan Faris mengukir senyum. Namun senyumanyang diukir penuh
makna. Senyum penuh muslihat. Di hatinya dia bergembira. Senang aje nak minta
nombor kat mama. Kalau dengan nenek, rasanya kalau dia tak promote si bakal cucu menantu dia tu jadi hero, memang tak sah.
Lepas tu, mesti start dari kisah
berendoi terpeluk cium tu. Siapa suruh letak dalam satu buai,kan? Haish…Boring dengar!
IRSYA
NATASYA terpisat-pisat menggosok mata lalu mengambil telefon bimbitnya yang
berbunyi di sisi bantal. Apabila dilihat di skrin, nyatalah ia nombor yang tidak
dikenali. “Siapa ni?Lalu dijawab juga panggilan tersebut dalam suara
serak-serak basah baru terjaga dari tidur. Sebenarnya dia tertidur tatkala
sedang membaca novel di sofa.
“Helo. Ni cik Irsya Natasya ke?”
Irsya Natasya telan liur sendiri.
Tak pernah-pernah orang panggil aku dengan nama penuh. Siap ada pangkal cik ,
lagi. Entah-entah panggilan interview kerja tak?
Irsya Natasya membetulkan suaranya dan
mencari sedikit kelegaan.Perasaannya yang berdebar cuba ditenangkan.
“Err..Ya, saya. Saya Irsya Natasya.
Ni siapa?” Irsya Natasya cuba melembutkan suara.
“Awak... Saya Irfan.”
“Irfan?”
“Irfan Farislah, cucu Nek Kalsum.”
Suara di hujung talian kedengaran tidak mesra.
Irsya Natasya menelan liur yang terasa
berpasir. Tidak tersangka itulah gerangan orang yang menelefon dirinya.
Ingatkan panggilan temuduga. Huh! Apa yang aku ngigau ni. Mana ada orang
pejabat panggil interview malam-malam.
Kebetulan waktu itu, Irsya Natasya melihat jam di dinding. Jam digital
menunjukkan jam 10.10 malam. Sepasang aje nombornya. Cantik!
“Awak..”
Irsya Natasya masih terleka. Mamai
sekejap.
“Awak…Awak dengar tak ni?!” suara di
hujung talian agak tegang.
“Eh.Tak payahlah nak marah. Orang
dengarlah. Ingat orang pekak ke? Ada apa telefon malam-malam ni? Sibuk aje
kacau orang tidur.” Irsya Natasya juga tiba-tiba jadi panas hati. Apa ke hal
tiba-tiba naik angin. Dahlah telefon tak kena masa, time orang dah tidurpula tu. Tiba-tiba nak marah-marah. Apa kes!
“Ada pula cakap macam tu. Orang
cakap baik-baik aje. Eii, budak sorang ni. Cakap kat nenek baru tahu.”
Irsya Natasya sudah mengigit bibir.
Panas hatinya. Tak kenal, tapi buat gaya macam dah lebih kenal. Berlagaklah
kau!
“Ada apa kau call ni?” Irsya Nataysa buat suara kasar.
“Rilekslah, awak. Ter.. aje tadi tu.Janganlah
jerit-jerit. Ni, saya nak jumpa awak esok. Boleh tak?”
“Nak jumpa?Nak jumpa buat apa?”
“Yalah. Dah tu, takkan tak jumpa.
Kita tetap kena jumpa. Saya ada benda nak bincang dengan awak.”
“Bicang? Bincang pasal apa?”
“Pasal kitalah. Pasal apa lagi. Kita
kena settlekan hal kita sebelum
majlis.”
Irsya Natasya terdiam sejenak. Memikir.
“Okey. Esok pukul berapa nak jumpa? Dekat
mana?” Irsya Natasya juga bersetuju memandangkan dia juga harus menyelesaikan
masalah itu secepatnya. Kiranya masih ada masa untuk mengubah keadaan.
“Tempat dan masa, ikut awak.Saya tak
kisah.”
“Okey. Nanti saya mesej. Tapi
syaratnya, saya tak nak awak jemput saya. Sayaakan pergi sendiri.”
“Okey. Deal.”
Talian kini dimatikan.
Irfan Faris termenung. Dia kemudian tersenyum
lega. “Pandai-pandailah kau Zack yek.
Kau bantailah nak kutuk aku ke apa. Yang penting aku tak kena kahwin dengan
budak ni. Harap-harap misi berjaya.”
Irsya Natasya juga memikir. “Esok
nak jumpa. Apa aku nak cakap. Aku mesti kena buat pakatan untuk batalkan majlis
tu. Tu aje caranya. Tengok dari gaya dia cakap, macam boleh diajak kautim.” Irsya Natasya sudah memetik
jari.
Dia kemudian menyimpan nombor Irfan
Faris.
“Nak save apa nama mamat ni? Irfan Tunang Aku. Arggh..Tak ingin aku. Sedap sangat. Nak letak apa ya... Hmm..Nama Irfan Faris. Panggil. Irfan..Fan…so…aku letakEncik Kipaslah jawabnya. Eh, macam tak best aje. Hmm…Irfan Cucu Nek Kalsum..Panjang sangat. Hmm..Irfan CNK..Haha..Orait..Glamor
sikit.”
Irsya Natasya kemudian menaip mesej
akan lokasi dan waktu perjumpaan pertama mereka di hari esok. ~ Message sent to Irfan CNK.
Irfan Faris membalas, okey. Dia
terima sahaja. Hatinya sedikit gembira. Misi membatalkan perkahwinannya bakal
bermula esok walaupun dihari esok itu dia tetap kena pergi mengikuti Kursus
Perkahwinan. Dia kemudian menghubungi Zack Nadzri.
“Woi, tidur dah ke?” terjah suaranya
apabila talian bersambung.
“A’ahlah. Dah ngantuk, aku tidurlah.
Yang kau ni tak beri salam tiba-tiba woi, woi kat aku kenapa?” Zack Nadzri
masih menguap. Tidurnya diganggu dengan panggilan daripada Irfan Faris.Sibuk
aje. Bicara terdetik dalam hati.
“Zack. Aku dah call Sya.So, esok kau
punya tugas.”
“Hah? Ya ke?” Zack Nadzrijadi sedikit
excited walaupun tadi mata mengantuk.
“Wah! Excited kau ek?”
“Terus segar mata aku bila kau sebut
nama Sya tu tau.”
Irfan Faris sudah tergelak. Begitu
juga Zack Nadzri.
“Esok, kau bersiap sedia tau.”
“Okey, no hal. So, kalaudia
tolak kau dan aku suka dekat dia mana mana?”
“Aku okey aje. Kau ambillah. Aku
memang tak nak.”
“Betul ni?”
“Betullah.”
“Okey. First time esok, aku nak kasi dia bunga.”
“Oii, agak-agaklah. Takkan jumpa
pertama kali terus kasi bunga.”
“Jealous
ke?”
Irfan Faris terdiam seketika.
“Kenapa diam?”
“Aku minum airlah.” Irfan Faris
sengaja memberi alasan. Padahal dia terasa tekaknya hampir tercekik apabila
Zack Nadzri mengatakan yang dirinya jealous.
Huh! Tak kuasa den!
“Eh. Kau kalau nak kasi-kasi bunga ke,
cincin ke, tunggu hal aku settle
dulu. Karang masalah. Kau suka dia, aku tetap kena kahwin dengan dia, kita pula
yang gaduh. Perang saudara nanti.”
“Okey, okey. Eh, aku rasa excitedlah nak jumpa dia. Bila tengok
gambar semalam tu kan, rasa suka tu datang tiba-tiba. Selamat kau tak suka dia.
Memang jodoh aku kut. Aku ni bukan senang tau nak jatuh suka kat orang.”
“Iyalah. Good luck kat kau ya. Pandai-pandailah kau kelentong dia. Apa yang
penting misi berjaya.”
“Okey. Beres.”
Irfan Faris kini terbaring
bersenang-lenang. Sambil itu dia termenung. Dia kembali teringat akan gerangan
perempuan yang melatah menyebut namanya. Padanya ia satu keajaiban apabila
orang yang tidak pernah dikenali langsung, boleh tahu akan namanya. Pula tu
dalam latah. Bangga juga tu. Kau orang ada?? Tak ada kan?
“Okey. Misi aku, aku nak cari budak
tu. Pasal Sya, biar Zack uruskan.
Harap-harap berjaya. Pasal budak latah tu, aku boleh cuba cari kereta Myvi
warna merah tu. Nombor plat kereta dia aku ingat lagi. Tapi, kenapa aku ni
beriya-iya nak cari dia ek?”Irfan Faris memikir sejenak. Nothing immposibble.Hmm..Entah-entah inilah jodohnya. Sebab yang ni
rasa menarik hati sikit.
Irfan Faris tiba-tiba terasa dadanya
berdebar. Tangannya dilekapkan ke dada.
“Eii, tak sukanya ada rasa macam ni.”
Semakin lama semakin berdebar pula.
“Ish…Apa ke hal ni?”
Irfan Faris kian rasa tidak selesa.
“Laa..Patut pun.” Irfan Faris baru
terperasankan sesuatu. Gambar Irsya Natasya tersimpan di kocek bajunya di dada
sebelah kiri.
“Sya..Kau ni kan, suka sangat duduk dekat hati aku. Aku
tak suka kau tau tak. Sajalah tu biar aku suka kat kau.” Irfan Faris kemudian
menjentik-jentik gambar wajah Irsya Natasya beberapa kali. “Ambik kau!Ambik kau!
Biar kemek hidung tu!”
Di satu sudut yang lain, di dalam sebuah
bilik…
“Adoiii! Kenapalah batang hidung aku ni
rasa sakit macam kena jentik aje. Ada orang guna ilmu tuju-tuju kat aku ke?Kacau
betullah orang nak tidur!” Omel Irsya Natasya sambil memicit-micit hidungnya.
“Jangan-jangan Irfan CNK? Hishh…Nama dia pulak yang muncul kat otak aku ni saat ini. Sibuklah kau!Pergi
tidur sana!”
No comments:
Post a Comment