IRFAN
FARIS mengomel sendiri. Panas hatinya masih tidak hilang. Malah,
bertambah-tambah pula apabila dia bakal bergelar seorang suami, lebih kurang sebulan
lebih lagi. Dan esok, nak kena pergi
kursus kahwin. Oh, nehi! Nehi! Nehi!
“Nenek memang tak adil. Kenapa aku
yang jadi mangsa? Kalau pun dulu aku pernah di tunangkan, tapi itu dulu. Bukan
sekarang. Hal tu boleh diubah. Lagipun, aku bukan saling suka dengan budak tu.
Siap cerita zaman majlis berendoi dulu aku duduk satu buai dengan budak tu.
Siap dah terpeluk dan tercium pun. Haishh..
Nenek, nenek. Kalau zaman tu, aku dengan budak
tu mana tahu apa-apa. Kecil lagi kut.” Irfan Faris kembali mengeluh. Dia
terus menekan pedal minyak menambah kelajuan keretanya. Selamba badak sahaja
dia memotong kereta lain walau dalam keadaan berbahaya. Memang pengguna nak
berhemah betullah!
“Apalah kau ni Irfan. Kerana terpaksa
kahwin dengan budak nama Sya tu, kau tak ada etika kemanusiaan. Cubalah jadi cool sikit. Masalahnya kau ni memandu
secara tak berhemah. Boleh mengakibat kemalangan kepada orang lain. Faham tak! Lain
kali berfikir secara rasional!”
Suara
halus begema dicuping telinga. Seakan ia adalah dirinya yang satu lagi.
Screeett…
Irfan Faris segera membrek keretanya
apabila lampu isyarat sudah bertukar warna merah. Takut pula untuk menjadi
pemandu tak berhemah sebab ternampak polis trafik dekat hujung jalan. Kalau
tak, dah langgar jugadah.
“Tengok tu. Nasib baik ada polis
trafik. Kalau tak, mesti dah laju aje kau pecut. Apalah kau ni, takut dengan
polis trafik.” Suara halus seakan mentertawakannya.
Irfan Faris mengeluh kasar. Dia
tahu, kalau hati tengah marah, ada saja anasir-anasir ghaib mengganggu fikiran.
Dengan itu, perlu banyak beristighfar.
Irfan Faris kemudian menuju ke destinasi
yang dijanjikan. Cantik sahaja kereta Mitsubishi Lancernya memakir di sebelah
kereta sport Audi, milik Zack Nadzri.
“Aii, bro.Kelat aje muka. Kenapa?” soal Zack Nadzri apabila temannya itu
baru menarik kerusi duduk di hadapannya. Ternyata muka itu dapat dibaca riak
wajahnya. Irfan Faris tidak menjawab, sebaliknya terus mencapai air ice lemon
tea milik Zack lalu menyedutnya. Dia biarkan hatinya sejuk sedikit.
Zack Nadzri hanya tersenyum melihat
perlakuan itu. Dia faham. Itu adalah bukti Irfan Faris sedang menghadapi
masalah besar dan ingin bantuannya. Sememangnya ditelefon tadi dia juga dapat
menduga sesuatu berdasarkan nada suara itu. Irfan Faris kelihatannya masih
menyedut minuman itu dan termenung jauh. Jauh,
sejauh-jauhnya.
Zack Nadzri kemudian memanggil pelayan
dan meminta air ice lemon tea sebagai
ganti airnya yang sudah diminum Irfan Faris.
“Sorry,
bro. Aku ambil air kau.” Irfan Faris baru tersedar.
“No,
hal.”
Irfan Faris mengela nafas melepaskan
keluhan.
“Zack. Kau nak kahwin tak?” soal
Irfan Faris tiba-tiba.
Zack Nadzri yang tika itu menyedut air ice lemon teanya, terbatuk-batuk.
Tersedak.
“Perghh…Soalan.
Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba aje.”
“Kalau kau nak, aku dah ada orangnya.”
“Kau dah carikan aku calon ke?” Zack
Nadzri tergelak-gelak sendiri. Terasa Irfan Faris membuat lawak. Ni lawak sakit
jiwa ke apa.
“Nah! Kalau kau nak, kau boleh kahwin
dengan budak ni.” Irfan Faris sudah mengeluarkan sekeping gambar dari kocek
bajunya.
Zack Nadzri terkesima. Dia ingatkan
Irfan Faris bergurau, tapi kalau dah siap ada gambar apa maknanya. Biar betul!
Gambar yang dihulurkan Irfan Faris
diambil dan dilihat.
“Wah, comel. Siapa ni?”
“Tunang aku masa kecik.”
“Hah??” Terbeliak juga mata Zack
Nadzri. “Err..Aku tak salah dengar ke
ni? Ni, tunang kau? Kau.. dah bertunang?”
“A’ah. Aku pun baru tahu. Tapi aku
tak nak dia ni. Kau ambillah.”
“Hish, kau ni. Ada ke cakap macam
tu. Tak baik tau. Kau buat budak ni macam anak patung. Pass..pass kat orang. Mana boleh. Emm..Baik kau cerita apa yang sebenarnya berlaku. Aku tau ni. Mesti
ada masalah besar ni. Takkan tiba-tiba kau offer
kat aku tunang kau ni weh. Kau biar
betul? Ni, adat mana kau ikut ni.”
“Nenek aku nak kahwinkan aku dengan
budak ni bulan depan.” Irfan Faris terus meluah kata.
“Okeylah tu. Aku dengan senang hati
boleh jadi pengapit kau.”
“Kau ni tak fahamlah, Zack. Aku tak
suka budak nilah!” Irfan Faris menekan sedikit suaranya agar Zack Nadzri
mengerti perasaan yang dihadapinya kini.
“Ooo, macam tu.”
“Itu aje kau jawab. Angin betul aku
dengan kau nilah.” Irfan Faris sedikit berang.
“Rilekslah. Aku saja je. Kau pun tahu aku macam mana, kan.
Aku tak suka orang bercerita dengan gaya-gaya emo ni. Cuba kau cerita rileks aje.” Zack Nadzri tetap dengan
gayanya. Santai.Cool.
Irfan Faris menarik nafas panjang.
Dia mula bercerita.
“Kalau kau nak tahu, nenek
kesayangan aku nak kahwinkan aku dengan budak dalam gambar tu bulan depan.
Masalahnya, aku tak suka budak tu. Alasan nenek aku nak kahwinkan aku dengan
budak tu, kau tahu sebab apa?”
Zack Nadzri menggeleng. Memanglah
dia tidak tahu. Irfan Faris tak pun beritahu lagi.
“Sebabnya, kau nak tahu kenapa?”
Zack Nadzri mengangguk.Confirmlah dia nak tahu.
“Nak dijadikan cerita budak ni ada
tolong nenek aku masa kena ragut. Awalnya nenek aku tak tahu siapa budak ni,
tapi nak dipanjangkan cerita rupanya budak ni anak kenalan dia masa dekat
kampung dulu. Apa yang aku tak boleh terim, nenek aku dah tunangkan aku dengan
budak ni masa zaman aku duduk dalam buai lagi. Masa majlis berendoi, potong
jambul. Lepas tu dia kata lagi, masa tu aku dah terpeluk cium budak tu. Ada ke
patut. Haishh..Angin aku!”
Zack Nadzri hanya tenang mendengar.
Dia tersenyum.
“Eh, kau tak terkejut ke Zack?”
Zack Nadzri menggeleng kepala.
“Tak.”
“Eh. Kau patutnya kena terkejut.”
“Apa hal pulak nak paksa aku terkejut. Aku sokong aje cadangan nenek kau tu.”
“Kau ni sokong nenek aku lebih-lebih
kenapa? Kau jangan cakap nak jadi tok tiri aku ea. Kau jangan macam-macam. Putus
kawan macam ni.”
“Aii, aku tak cakap apa-apa pun. Kau
tu yang tiba-tiba bangkitkan pasal tok tiri tu kenapa?” Zack Nadzri sudah
tersengih. Dia masih tidak ralit memandang wajah Irsya Natasya di dalam gambar
yang dipegang.
Irfan Faris buat muka bengang.
“Dahlah. Bak sini semula gambar tu!” Irfan Faris cuba merampas gambar Irsya
Natasya dari tangan Zack Nadzri.
“Eh, main rampas-rampas pula. Tadi
kasi aku.”
“Ah, jangan harap. Tak boleh. Bak sini semula. Kau tak sokong aku
siapa suruh.” Irfan Faris segera merampas gambar tersebut dan terus disimpan
kembali ke dalam kocek baju di dada sebelah kiri. Ya..Yang pastinya dekat di
hati.
Zack Nadzri sudah tergelak. “Marah pulak. Tadi beriya pass pada aku. Ni, terus simpan dekat dengan hati. Ngeklah kau ni.”
“Eh. Dah tu kocek baju ni sebelah
sini, aku sumbat ajelah. Takkan nak letak gambar ni kat kocek seluar.”
Zack Nadzri tergelak lagi. “Tu buktinya, kau
muliakan dia sebagai seorang wanita yang bergelar tunangan masa kecik kau.”
Irfan Faris merengus kasar. Ada-ada
aje kata-kata Zack Nadzri ni. Ingatkan nak sokong, rupanya tak. Tak guna punya
kawan.
“Masalahnya sekarang ni, aku tak
suka dia. Kau faham tak!”
“Dah tu, kenapa kau tak buang aje
gambar tu. Kan senang.”
“Kalau aku buang, nenek aku marah
nanti. Kalau tiba-tiba dia tanya gambar ni, aku nak jawab apa? Mama aku kata dia
bersusah payah minta gambar ni kat keluarga budak tu semata-mata nak tunjuk
pada aku. Budak tu bukan yang jenis suka bergambar. Susah nak ada gambar dia.”
“Oh..Macam tu.” Zack Nadzri
tersenyum lagi.
“Kau ni kenapa? Senyum-senyum.”
“Saja.Just smile.”
Irfan Faris mengeluh nipis. Rasa nak
lukuk aje kepala kau Zack.
“Zack.Tolonglah beri idea kat aku. Aku
tengah tension ni. Macam mana aku nak
elakkan benda ni daripada terjadi. Aku tak naklah kahwin dengan budak tu. Hati
ni berbuku kau tahu. Aku tak sukalah. Cuba kau kat tempat aku. Apa kau rasa?”
Zack Nadzri kelihatan tenang. Untuk
seketika dia tidak berbicara. Dia memandang wajah kelat Irfan Faris. Sambil itu
dia menyedut ice lemon tea di hadapannya. “Okey. Sekarang ni aku nak tanya kau.
Kau dah pernah jumpa budak tu?”
“Belum. Tak kuasalah aku nak jumpa dia!”
Ujar Irfan Faris sambil memeluk tubuh. Hatinya masih meluap-luap rasa panas.
Riak wajahnya kekal kelat.
“Emm..Nama
dia siapa?”
“Sya.” Jawab Irfan Faris sepatah.
“Sya, aje ke? Nama panjang.”
“Apa kena mengena nama panjang, nama
pendek ni. Nama bulat, nama lonjong!” Irfan Faris sedikit angin.
“Aku tanya aje. Kau ni pun.
Rilekslah. Jangan berbicara dengan
emosi. Aku dah cakap tadi, kan.”
“Namanya Irsya Natasya. Panggillnya
Sya.”
“Irsya Natasya. Hmm..Sedap nama dia, kan.”
“Apa hal pula kau puji nama dia.” Irfan
Faris seakan tidak berpuas hati.
“Rilekslah. Aku puji nama dia pun kau
marah. Macam jealous aje..Macam cemburu aje.”
Irfan Faris sudah menjeling tajam ke
arah Zack Nadzri. Panas sahaja hatinya dengan temannya itu. Rasa nak pelangkung
pun ada.
Zack Nadzri tersengih-sengih.
“Okeylah. Aku kasi adil. Aku puji nama
kau juga. Sedap nama kau Irfan Faris. Macam artis. Class gitu!”
“Karang kau kena dengan aku, Zack. Ni
bukan masa nak buat lawak bodoh kau tahu!”
Zack Nadzri tersengih-sengih. “Okey,
okey. Cool beb. Cool. Don’t emo..emo.Don’t
stress..stress. Emm..Aku rasa,
lebih baik kau jumpa dia dan terangkan baik-baik pasal perasaan tak suka kau
pada dia. Ni, ada masa lagi. Jangan dah sampai hari kejadian baru kau nak buat hal.
Nak lari dari majlis. Kalau itu yang berlaku, aku takkan memihak pada kau
lagi.” Zack Nadzri berbicara lembut namun maksudnya mendalam.
“Kalau kau nak bertindak, bertindak
sekarang. Benda ni boleh dibawa berbincang. Jangan last minit baru nak buat. Tak pun esok kau jumpa dia. Senang.
Tempoh sebulan ni dah genting sebenarnya, tapi masih boleh diubah keputusan tu.
Ingat, Irfan. Jangan memalukan pihak lain.”
“Esok mana boleh. Lusa pun tak boleh. Aku
ada kursus kahwin. Dua hari. Sabtu dengan Ahad.”
“Tak nak kahwin, tapi pergi kursus kahwin.
Lawaklah kau ni.” Zack Nadzri tergelak.
“Sedap aje kau ketawakan aku. Kalau kau
nak tahu, nenek aku dah siap daftar nama. Apa tak parah aku macam tu.
Terpaksalah aku pergi juga.”
“Nasib kaulah, ya. Okey, tak apa. Kursus
kahwin tu kau pergi aje. Tak membazir pun. Sijil Kursus kahwin tu, tak ada expired pun, kan?”
“Aku tensionlah,
Zack. Aku tension. Kenapa ada orang
aturkan hidup aku. Tak sukalah. Nak jumpa budak tu pun aku rasa, entahlah. Aku
tak boleh terimalah!” Irfan Faris kembali melepaskan keluhan ketidakpuasan
hatinya.
“Okey. Kalau macam tu, biar aku aje
jumpa dia.”
“Hah?” Irfan Faris sedikit terkejut.
“Kenapa terkejut? Jealous?”
“Tak ada maknanya.”
“Macam
ni. Plan aku, esok biar aku aje jumpa
Sya dan terangkan kat dia situasi sebenar. Kalau dia buat keputusan untuk tolak
kau, nenek kau mesti tak boleh kata apa. Dengan tu, kau selamat.”
“Haa..Bagus juga idea kau tu.” Irfan
Faris tersenyum juga. Sedikit lega dengan cadangan temannya itu.
“Kau bagi nombor Sya dekat aku. Nanti biar
aku mesej atau telefon dia.”
“Eh. Tu kau tak payah risau. Biar aku aje
uruskan.Aku takut kalau kau yang beritahu, ada kemungkinan dia tak nak jumpa. So, biar aku aje. Almaklumlah, aku ni tunang
dia. Nak tak nak, dia mesti kena jumpa aku. Betul tak? Lagipun, aku tak ada
nombor dia sekarang ni. Nanti aku minta dekat mama aku.”
“Emm..Yalah.”
Di dalam hati, Zack Nadzri tergelak. ‘Ya
ke tak ada nombor?Cakap ajelah yang kau tak nak kasi nombor tunang kau tu.
Takut terjealouslah tu. Entah
apa-apalah kau ni Irfan. Selamatlah alasan kau logik dan boleh diterima akal.’
“Okey. Nanti aku beritahu waktu dan
tempatnya. Aku pun tak tahu lagi, dia ada masa ke tak. Dia tu kerja ke tak, aku
pun tak tahu. Apa-apa pun, aku berterima kasih dekat kau sebab sudi tolong aku.
Yalah. Ni soal hidup dan mati aku, bro.
Tak kuasa aku nak kahwin dengan orang yang aku tak suka.”
“Ya, aku faham. Tapi, kau kena ingat. Kalau
itu takdir jodoh kau, kau kena terima tau.” Zack Nadzri memberi nasihat
sebaiknya.
Irfan Faris mengangguk juga walau dalam
riak wajah yang nyata tak mahu menerima kata-kata itu.
“Rilekslah, bro.Anggap aje kau dah sampai seru.” Zack Nadzri tersenyum.
Irfan Faris membuat muka.
Zack Nadzri kemudian bangkit dari tempat
duduknya.
“Nak ke mana?”
“Jom.Tengok wayang.Release tension.Tak payahlah buat muka kelat kau tu. Benda ni boleh
settlelah.” Ajak Zack Nadzri.
Irfan Faris juga turut bangun.
“Uit,
jangan lupa bayar ea. Dahlah ambil air aku.”
“Tahulah. Kau tu harap aje lebih kaya dari aku, tapi kedekut.”
“Bukan kedekut…Jimat.”Zack Nadzri
tergelak-gelak.
Irfan Faris tergelak sama. “Ngeklah kau.”
“Alala
cucu manja nenek.”
“Apa kau! Sekali lagi kau sebut, aku
bagi karang!” Irfan Faris sudah menunjukkan penumbuk buku limanya.
“Rileks, cu. Rileks. Don’temo..emo.”
“Kau ni memang ngeklah Zack. Tak ingin aku ber ‘atok tiri’ kan kau.”
Zack Nadzri bantai gelak. “Dahlah, jom.
Tak payah nak jadikan isu part atok
tiri tu. Tak ada faedah pun. Hmm..Aku
rasa tak jadilah pergi tengok wayang. Apa kata kita pergi karaoke. Aku belanja.
Aku tengah semangat nak nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru untuk kau ni.”
Akibat kata-kata itu, belakang Nadzri
mendapat habuan.
“Woo..Woo..Sakit
tu, bro!”
“Padam muka kau. Nak sangat kenakan
aku!”
“Okeylah. Kalau macam tu, aku ubah lagu.
Aku nak nyanyi lagu Nenek-Neneklah.” Ujar Zack Nadzri selamba.
Irfan Faris kembali menunjukkan buku
limanya. Angin betul dia dengan sikap Zack Nadzri yang sememangnya sengaja
memerlinya.
“Kau ni, janganlah emo sangat. Aku buat lawak gelak-gelak ni, biar kau tak stres.”
“Masalahnya, lawak kau tu memang buat
aku stres.”
Dalam pada itu telefon bimbit Irfan
Faris kini berbunyi. Poket seluarnya diseluk.
“Sya telefonlah tu kut. Nak tanya cik
abang dia merayap ke mana.” Ujar Zack Nadzri dalam gelak tawa.
“Tak ada maknanya. Nenek akulah.” Jawab
Irfan Faris setelah melihat nama di skrin telefon bimbitnya.
“Oh, yalah. Cucu manja neneklah katakan.”
Irfan Faris hanya membiarkan panggilan
itu. Ia sengaja tidak dijawab.
“Uit.Jawablah
telefon tu.Takkan merajuk dengan nenek kut. Gediklah kau ni.” Zack Nadzri
tergelak lagi. Dia sememangnya suka ketawa. Hidupnya sepertinya sangat gembira.
Don’t emo..emo..Don’t stress..stress..Itu
sudah menjadi trademark kegemarannya.
Irfan Faris sempat menjeling temannya
itu.
“Angkatlah, bro. Kesian kat nenek kau tu. Kalau nak marah sekalipun,
agak-agaklah. Entah-entah ada hal penting kat rumah tu. Ke…kau nak suruh aku
jawab.”
“Kau nak jawab? Eh, baik tak payah.
Nanti apa yang kau ngayat kat nenek aku. Tak kuasa aku.” Mahu tidak mahu,
panggilan itu dijawab jua. Panggilan meminta dirinya balik ke rumah seawal
mungkin untuk sesi bertemu perunding perkahwinan.Grrr..
“Zack. Tolong aku Zack. Nenek aku dah
siap suruh perunding perkahwinan datang rumah malam ni. Mampus aku macam ni
Zack.”
“Apa-apa hal kau telefon Sya dulu. Biar
aku bincang dengan Sya esok. Okey, bro.
Kita sekarang ni kena berharap dekat Sya. Keputusan dia boleh mengubah
keputusan nenek kau.”
Irfan Faris mengangguk. Dia sedikit lega
mendengar kata-kata temannya itu. Apa yang pasti, dia perlu dapatkan nombor
Irsya Natasya daripada mamanya.
“Dahlah. Baik kau balik. Berlakonlah
sikit olok-olok ambil peduli. Sekurang-kurangnya, dapat mengaburi pandangan
nenek kau tu. ”
“Tak nak aku. Biarlah dia orang yang bincang.
Siapa suruh nak kahwinkan aku. Aku tak nak!” Irfan Faris sedikit mendengus dan
kemudian terus berjalan pergi mendahului Zack Nadzri.
“Ikut kaulah Irfan Faris, oii.” Zack
Nadzri hanya mampu menjongket bahu. Dia kemudian memakai kaca mata hitamnya.
Sambil itu dia bersiul lagu ‘Selamat Pengantin Baru.’ Haha..Masih sengaja mahu mengenakan temannya itu.
"Woii!"
"Tak payahlah nak woi, woi bagai. Tegur baik-baik, sudah." Zack Nadzri kembali ketawa. Best betul dapat kenakan Irfan Faris.
Bersambung lagi....
To reader, any comment?
Cerita yg sgt santai,menarik dan agak lucu..not heavy..easy reading...menghiburkan
ReplyDelete