24 tahun lalu...
Kampung Sungai Suloh,
Batu Pahat.
“ODAH..Kau
ni bila nak bersalin? Dah masuk 9 bulan
20 hari dah.” Soal Kalsum tika berkujung ke rumah Saodah.
“Manalah aku tahu Som, oii. Menantu kau si Kirana tu dah
bersalin lum?”
“Belum. Kandungan menantu aku tu baru
lapan bulan. Tapi, tak tahulah kalau tiba-tiba anaknya nak lahir awal. Kuasa Allah. Mana kita tahu.”
“Yalah, Som oii. Silap-silap cucu kau tu
lahir dulu daripada anak aku ni, mana kita tahu kan?”
“Kau agak, kau dapat anak lelaki ke perempuan?”
soal Kalsum.
“Perempuanlah agaknya.”
“Tulah. Aku pun rasa macam tu. Si Kirana
tu aku tengok gaya pembawakannya, macam nak dapat anak lelaki. Tapi tak
tahulah. Tunggu ajelah. Aku ni tak kisah, cucu lelaki ke perempuan. Dulu masa
lahirkan Zamrud anak aku tu, mengharap sangat nak dapat anak perempuan. Last-last yang keluar lelaki. Dah rezeki
Allah kasi macam tu. Lepas tu, mengandung kali ke dua baru dapat si Zamilah
tu.”
“Yalah, Som. Eh, minumlah. Asyik
berborak aje dari tadi. Kering dah tekak. Lawannya tulah, biskut kering. Itu
aje yang ada.”
“Alah, Odah. Kau ni macam tak biasa pula
dengan aku.”
Beberapa
hari kemudian…
“ODAH!
ODAH! Aku dah dapat cucu Odah.” Suara Kalsum jelas kedengaran teruja sewaktu
bertandang seketika ke rumah Saodah untuk menyampaikan berita gembira itu. “Zam
telefon aku dari hospital. Budak bertuah sorang tu tak beritahu aku pun yang
isteri dia dah kena tahan dekat hospital malam tadi. Anak dia lahir tak cukup
bulan. Tapi Alhamdulillah baik-baik aje.” Sambung Kalsum lagi.
“Alhamdulillah. Cucu kau tu lelaki ke
perempuan?”
“Lelaki. Genglah dia dengan abang dia si Idham tu nanti. Aku nak kena pergi
hospital ni.”
“Yalah. Tak sangka si Kiranatu bersalin
awal. Aku ni yang tak beranak-beranak lagi. Dah lebih hari pulak tu. ”
“Tulah. Aku pun risau dekat kau ni. Aku
nak ke hospital ni. Kalau kau tiba-tiba nak terberanak, kau telefon si Salim.
Kalau aku ada, aku boleh suruh laki aku bawa kau.”
“Tak apa, Som. Aku ni tak ada
sakit-sakit lagi. Hamid pun ada. Dia tak kerja hari ni.”
“Kalau macam tu aku pergi dulu Odah.”
“Yalah, Som. Hati-hati. Kirimkan salam
aku dekat anak menantu kau tu.”
Petang itu, kelihatan hanya Kalsum dan
Zainal balik berdua. Saodah datang mendapatkanmereka.
“Eh, mana cucu kau Som? Tak bawa balik
sini ke?”
“Tak, Odah. Menantu aku nak berpantang
kat rumah emak dia. Ni yang aku bawa balik uri aje. Si Zamrud tu minta aku
basuh dan tanamkan uri ni. Nak suruh dia buat sendiri, hmm..jangan haraplah,
Odah. Takut katanya. Harap badan aje besar.” Kalsum sudah menggeleng kepala.
Saodah hanya ketawa.
“Kau ni Odah bila agaknya nak bersalin
yek?” soal Zainal yang masih berada di situ.
“Entahlah Zainal oi..Tulah orang kata.
Bunting gajah aku ni.”
Takdir Allah adalah penentu segalanya. Petang itu selepas bersolat Asar, Saodah mula
sakit-sakit.
“Ya Allah..Sakit..Abang tolong Odah, bang. Dah tak tahan ni. Rasa dah nak
terberanak sangat ni.”
“Kejap..Kejap..Aku panggilan Som. Kamu
tahan dulu.” Hamid jadi cemas.
“Macam mana nak tahan. Dah nak
terberanak sangat ni!”
“Kamu duduk dulu, Odah. Aku panggil Som
ni.” Hamid cuba menenangkan Saodah. “Maria..Sofea…Duduk dekat mak!” Jerit Hamid
sebelum bergegas bagai lipas kudung Hamid berlari ke rumah Kalsum di sebelah.
“Som..oo..Som..Cepat Som. Tolong aku.
Odah nak nak bersalin tu.Som..oo..Som..Kau kat mana Som. Tolong aku Som, oii.
Zainal..oo..Zainal..” Hamid sudah mengetuk pintu rumah Kaslum dan Zainal
bertalu-talu sepertinya hampir roboh dikerjakan.
“Kejap-kejap. Aku baru lepas sembahyang
ni. Kau balik dulu. Kejap lagi aku dan Som sampai.” Jerit Zainal sambil melipat
sejadah manakala Kalsumpula sedang menanggalkan kain telekung.
Sesegera itu juga Zainal dan Kalsum
pergi ke rumah Saodah. Tatkala mereka sampai, ada suara bayi sudah kedengaran.
“Ya Allah.. Dah lahir dah budaknya!”
Ujar Kalsum separuh terkejut apabila melihat seorang bayi sudah berada di
tangan Hamid.
“Maria..Sofea..Ni adik kamu.” Ujar Hamid
kepada kedua-dua anaknya yang masih kecil itu. Kedua-dua membalas dengan
anggukan. Mengerti.
MAJLIS
berendoi beserta akikah Irsya Natasya dan Irfan Faris dibuat tiga bulan
kemudian. Ia dibuat serentak di rumah
Zainal dan Kalsum.
Irfan Faris menangis di pangkuan.
Diberi susu badan juga tidak mahu. Dia kemudian diletakkan sekejap oleh Kirana
di atas tilam di sebelah Irsya Natasya.
“Eh, diam pulak budak sorang ni.Hmm..Nak
ada geng dia baru diam.”
“Kenapa Kirana?” tanya Saodah yang baru
duduk di situ setelah bangun sebentar menyusun telur pindang di dalam dulang untuk diberiakan
kepada tetamu yang hadir.
“Anak saya nilah kak. Bila di pangku
nangis, tapi bila letak kat sebelah anak akak
diam pulak dia.”
“Oh. Dia nak berkawanlah tu kut.” Saodah
hanya ketawa. “Comel betul akak tengok si Irfan ni. Putih kulitnya. Tak macam
si Sya ni. Gelap.” Saodah sudah mengusap lembut pipi Irfan Faris. Cemburu juga
rasa di hati.
“Sya ni pun comel saya tengok. Mungkin
masa kecil ni aje kulitnya tak berapa cerah kak, kalau dah besar nanti In Shaa
Allah cerah. Mungkin kulit dia jenis hitam manis. Lagilah anak akak ni bulu
mata dia panjang. Mesti dah besar cantik orangnya. Bila saya tengok, dia ni tak
banyak ragam. Diam aje. Senang nak menjaga. Si Irfan ni pulak suka bersilat bagai. Kalau dibedung pun, terkirai juga lampinnya
dikerjakan.”
“Biasalah tu. Budaknya aktif sangat.” Tawa
gembira menemani mereka.
Sewaktu majlis berlangsung, Irfan Faris
diletakkan berdua bersama Irsya Natasya di dalam buaian besar yang dihias.
“Alahai, cucu aku ni. Kecil-kecil
lagi dah pandai peluk-peluk orang sebelah dia. Entah-entah dah cium-cium dah
orang sebelah tu.” Ujar Kalsum.
“Kamu tak bedung, memanglah Som.”
“Kesianlah, toknya. Biarlah.”
“Apa kata kita tunangkan aje budak dua
orang ni, Odah, Hamid. Anak kau ni, bolehlah jadi cucu menantu aku. Tak gitu?
Bersaudaralah kita lepas ni.” Ujar Zainal pula.
“Ya tak ya juga. Molek juga
dengarnya.” Balas Hamid.
“Betul tu. Biarlah hubungan yang dekat
ni, semakin didekatkan. Kamu tengok tu. Boleh senyum pulak budak dua orang ni. Macam faham aje apa yang kita cakap,”
tambah Kalsum.
“Alalala..Kau
tengok tu. Makin dipeluk-peluk orang sebelah tu. Cucu kau Som, menggatal peluk
anak aku. Memang patut pun dia orang ni kita satukan aje kalau dah besar nanti.”Ujar
Saodah pula.
Tawa bergema sesama mereka.
“Betul tu Odah. Aku pun rasa macam
tu juga. Kiranya majlis hari ni, jadi hari majlis pertunangan dia orang jugalah
ya.” Zainal menambah kata.
“Nampaknya macam tulah.” Hamid juga
bersetuju.
“Kamu Zamrud, Kirana. Setuju ke?
Diam aje mak tengok?” soal Kalsum.
“Kami setuju aje.” Balas Zamrud dan
Kirana hampir serentak. Nampaknya, tiada halangan daripada mereka berdua.
Sememangnya kedua anak kecil itu kelihatan serasi bersama.
Kalsum kemudian mengagah dua orang
cucunya itu. Ya..Cucu dan cucu menantunya. Irfan Faris diambil dan didukung
seketika. Namun menangis pula.
“Aii, apa ke hallah cucu aku ni. Takkan
asyik nak duduk berkepit sebelah geng
dia ni.”
Kalsum kemudian meletakkan kembali
cucunya itu ke tempatnya iaitu di sebelah Irsya Natasya. Irfan Faris yang
menangis kini diam.
“Tengok. Diam pulak dia.”
“Dia tu nak main dengan orang sebelah
dia kut. Yang kamu angkat buat apa. Memanglah menangis. Tunang dia tu haa. Ada
ke kamu kacau. Baru nak sayang-sayang tu.” Seloroh Zainal membuatkan mereka
semua ketawa.
“Alahai cucu dan cucu menantu
nenek...”
No comments:
Post a Comment