Sunday, 12 January 2014

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 8


“MAK..Bila agaknya Nek Kalsum nak hantar cucu dia pada Sya. Tak sabar nak peluk-peluk baby. Mesti comelkan?” Ujar Irsya Natasya sewaktu menolong emaknya itu menyiang ikan di dapur.
         Saodah sudah memandang anaknya itu.  Dia kemudian tersenyum. “Kenapa? Tak sabar?”
            “Yalah. Kat rumah ni dah lama tak ada baby. Kan best ada baby.
            “Dah tu kamu tak nak kahwin, mana nak ada baby.”
        “Alah, mak ni. Orang cakap pasal baby, sibuk aje lencong cakap pasal kahwin. Mak nak suruh Sya kahwin cepat ke? Rilekslah mak. Sya ni masih muda. Tu haa. Kalau mak dah teringin  sangat nak ada menantu, suruh ajelah kak long tu kahwin.”
Ehem..Ehem..Apa ke hal nama aku tiba-tiba naik top rating ni. Kau jangan ngada-ngada Sya nak pengaruh mak suruh aku kahwin. Eii…Kau tu dulu patutnya.” Ujar Maria yang muncul seketika dari bilik air. Tika itu dia sedang membasuh di bilik air. Apabila mendengar namanya disebut dan dikaitkan dengan dunia perkahwinan, confirmlah dia tegas bersuara.
“Kalau Sya dulu, maknanya akak langkah bendul.”
“Apa nak hairan. Langkah bendul ke, langkah silat ke..langkah seribu kali langkah ke..Yang penting kau dulu. Kan aku dah cakap hari tu. Aku nak kau yang kahwin dulu. Hmm..Kau nak tahu tak Sya. Malam tadi aku siap mimpi makan nasi minyak kau. Haa..Tu maknanya macam ada aura kau nak kena kahwin dulu dari aku. Betul tak mak?”
“Betul! Betul! Betul! Haa..Ada gaya suara Upin dan Ipin tak suara mak ni?” seloroh Saodah.
“0.02 peratus je mak sama.” Balas Maria dalam gelak tawanya. Sememangnya dia geng sekongkol emaknya.
“Eii..Sya kan tengah tanya pasal cucu Nek Kalsum tu. Apa ke hal pulak jangkit hal kahwin-kahwin ni. Tak rocklah macam ni. Mak dengan akak ni sama aje.”
“Eh, mana sama kau ni Sya. Aku ni muda. Mak tu dah tua. Kan mak kannnn?” ujar Maria selamba dengan suara ala-ala gedik.
            Saodah sudah ketawa. Tergelak juga dengan sikap anak-anaknya.
           “Mak..Nanti mak tanyakanlah dekat Nek Kalsum bila dia nak hantar cucu dia tu.Tau mak tau.” Pinta Irsya Natasya.
“Kenapa kamu tak tanya sendiri aje?”
“Seganlah, mak.”
“Aii, segan? Lawak pula mak dengar.”
“Sya ni kan pemalu mak.”
“Pemalu ke kamu ni? Aii..Tiba-tiba nak jadi pemalu pulak dengan Nek Kalsum tu kenapa? Kamu nak cucu dia, kamu kenalah mesra-mesra dengan dia. Dia memang dah kata nak kasi cucu dia tu, tapi kalau kamu nak cepat, beritahulah dia. Cepatlah dia hantar. Dia nak tahu juga kamu dah bersedia ke belum? Karang tiba-tiba dia hantar terus, terkontang-kanting kamu jadinya.”
“Ala..Mak tanyakanlah. Mak kan sporting. Lagipun Nek Kalsum tu kan ala-ala sebaya mak. Sya seganlah.”
Hmm..Yalah. Nanti mak tanya. Nak upah apa kat mak?”
“Suruh aje dia kahwin mak.” Sampuk Maira.
“Eleh, kau kak. Sajalah tu.”
            Maria hanya gelak. “Eh, Sya. Kau ni reti ke nak jagababy? Silap-silap hari bulan sehari aje kau jaga, lepas tu kau pulang balikkat neneknya.”
            “Tengok tanganlah. Tangan ni ada aura pengasih tau ni.”
          “Tangan kau tu bukan ada aura pengasih? Haha..Lawak aku dengar. Aku rasa, aura pelempang adalah. Silap sikit, terus aje naik tangan. Aku takut, cucu nenek tu jadi mangsa dera kau nanti. Haa..Kalau kau dera budak tu, aku terus telefon Talian Nur 15999.
          “Ewah, kak. Kalau bercakap tu agak-agaklah. Akak patutnya sokong Sya tau. Okey apa peracangan yang Sya buat ni. Time bujang ni, belajar jaga anak orang, dah ada anak sendiri nanti senang. Ni tidak. Akak belum-belum  lagi dah hentam habis-habisan.”
            “Alaa..Itu pandangan aku aje. Aku rasa, daripada kau rancang jaga anak orang ni, baik kau rancang kahwin ajelah Sya. Lepas tu rancang macam mana nak jaga suami. Haa..Syok juga tu. Kalau kau dah ada tips, pass kat aku. Kan mak kan?”
            “Huh! Kahwin..Kahwin..Kahwin..Tak ada benda lain. Boringlah dengar. Malas nak layan. Otak Sya sekarang ni tengah nak fikir macam mana nak jaga baby. Syok apa jaga baby. Hmm..Mesti comelkan cucu Nek Kalsum tu. Eii, tak sabarnya. Dah lama tak cium bau baby.” Irsya Natasya kembali ceria menyambung kerjanya sambil bernyanyi-nyanyi  sendirian.
Saodah hanya mampu menggeleng kepala. Mungkin bukan sekarang masanya untuk dia berbicara dengan Irsya Natasya berkenan cucu Nek Kalsum itu. Agaknya kalau Irsya Natasya tahu hakikat sebenar, apa yang akan terjadi ya?      
           
IRSYA NATASYA terbaring di atas katil sambil mendepakan tangan. Rasa lega. Dia tersenyum sendiri. Fikirannya masih membayangkan keindahan menjaga budak. Bagaimana gaya dan cara yang mungkin dilakukan. Jika si kecil menangis,bagaimana cara memujuknya. Bagaimana cara memandikannya, bagaimana cara menyusukannya dan bagaimana menidurkannya. Semua tentang itu berlegar bermain difikirannya. Dia tahu tugas menjaga si kecil bukannya mudah dan sememangnya memerlukan kesabaran.
Agaknya, antara tugas jaga budak dengan jaga suami mana yang lebih susah? Bicara itu terdetik di hati.
Irsya Natasya kemudian bangkit dari pembaringan dan mengambil buku conteng-contengnya. Apa yang ingin di tulis di buku itu? - BABY VS SUAMI

B - Banyak Tidur – Yess..Aku pun suka tidur.
A-    Aroma bau baby. – Aku suka bau baby.Syok nak peluk cium.
B-    Banyak Minum Susu – Aku pun suka minum susu.Susu kambing pun aku suka. Err..Macam mana aku nak susukan dia? Guna botol ajelah.Hihi..
Y-YummyDah besar sikit boleh kasi Nestum Baby. Aku pun suka minum Nestum. Nestum bijirin.Haha..Boleh gitu?

VS

S - Sensitif – Sensitif sikit-sikit tak apa.Akan cuba untuk memahami.
U- Ubah hidup aku – Confirmlah. Daripada aku single tiba-tiba ada laki. Tak pasal-pasal  kena fikir dia sekali.
A-   Antara nafkah zahir dan batin –Hmm…Bukan tu tanggungjawab dia ke?Tapi aku kena pastikan aku dapat dua-dua. Hohoho..
M- Manja kut – Hah? Nak layan ke kemanjaannya itu? Fikir dua kali.Tapi best juga   melayan.Macam sweet aje.
            I -Ikut suka dia aje – Tak syok kalau dia suka buli aku.Dia mesti kena adil. Kalau tak, aku tak nak geng dia. Peduli apa aku.

            “Hishh..Apa aku tulis ni? Macam mengarut aje. Tiba-tiba ada hati nak memikir part suami ni? Tapi kalau dapat suami yang okey, okey aje kut. Okey..Okey..Tolak tepi dulu ya part suami ni, Irsya Natasya oii. Kau ni bila start melencong, memang melenconglah fikiran kau. Ni nak fikir pasal baby dulu.”

 Bersambung.... 
Sorry..Entry kali ni pendek...


3 comments: