Sunday, 18 October 2015

Novel - Cucu VS Cucu Menantu Nek Kalsum - Bab 31


“HAI, SYA. Rajin betul aku tengok baby kau tadi,” usik Maria kepada adiknya. Sememangnya dia melihat Irfan Faris yang ringan tulang mengemas barang di penanggah pagi tadi.
“Apa kau, kak. Baby..baby. Nak kenalah tu,” balas Irsya Natasya sambil menunjukkan penumbuknya kepada Maria.
“Apa ni nak tumbuk, tumbuk orang pula. Betul apa aku cakap. Dia tu kan memang baby yang kau nak buat teman tidur dan peluk, peluk cium. Last-last memang dapat. Termakbul doa kau Sya.”
“Kau kak. Jangan bangkit isu tu lagi boleh tak.”
“Kalau kau panggil dia ‘baby’pun sweet apa.”
Wekk..Muntah aku, kak. Gedik. Dia pun tak ingin agaknya. Mesti muntah juga. Biasanya lelaki yang panggil perempuan macam tu. Ada ke perempuan nak panggil laki dia baby. Wekk..Muntah hijau kak.”
“Eh adalah..Kalau orang panggil laki di bi..tu maknanya singkatan babylah tu. Apalah kau ni ngek sangat Sya oii.”
“Aku ni mana pakar bab cinta, kak oii. Nak termuntah bila fikir cinta ni.” Irsya Natasya buat gaya jolok tekak nak termuntah.
“Oii..Kau ni kalau buat gaya over sangatlah Sya. Aku rasa kau ni boleh join Jep Sepah. Fuyoo..Mesti mantap lawak kau orang.”
“Apa kena mengenanya kak, aku dengan Jep Sepah tu. Dahlah bukan sedara mara pun. Tiba-tiba nak jadi geng buat lawak pula.”
“Memang tak ada kena mengena pun. Haha..”
Akhirnya mereka sama-sama tergelak. Pandai kak kau buat lawak.
Tika waktu yang sama, Irfan Faris mendengar perbualan itu di sebalik pintu. Dia hanya mengukir senyum. Apa cerita di sebalik kisah baby tu ya? Hmm..Nantilah tanya mak. Mesti mak tahu.Irfan Faris kembali mencuri dengar celoteh dua beradik itu. Mesti ada cerita lain yang syok untuk didengar.
“Lagipun,kisah baby, baby tu dah lepaslah kak. Sekarang dah jadi my love dah.Kau tak jealous ke kak? Laki aku handsome, wangi.”
Perghh..Ayat kau. My love. Tak boleh blah. Puji melangit lagi. Bukan kau dulu protes habis-habisan ke pasal kena kahwin paksa.”
“Tengok oranglah. Hati manusia boleh berubah kak.” Irsya Natasya sekadar memaniskan kata. Kononnya macam gengsangatlah dia dengan Irfan Faris tu. Karang takut kakaknya syak yang bukan-bukan pula.Karang tembelang pecah dekat mak dan abah, lagilah payah. Kena bebellah gamaknya.
“Eh, berlagaklah kau. Tapi aku faham maksud my love kau tu. My love tak ikhlas. Ermm.. Tapi, walau bagaimana pun aku perasan juga yang kau dengan dia macam dah mula mesra aje.”
“Ho laa..Ingatkan akak tak perasan. Tulah. Kita orang sama-sama sportinglah kak.So,tak banyak masalah. Ngok-ngeknya lebih kurang sama aje. Kita orang ni kan geng.Yalah. Geng sejak dalam buai masa majlis berendoi. Dah peluk-peluk cium semua.”
“Haha..Macam aku kenal aje ayat tu. Ayat mak yang bombastik dan paling tak logik.”
“Tau tak apa.Kalau ikut logik akal masa umur tiga bulan mengiring pun tak reti, macam mana boleh peluk orang sebelah. Lagilah nak cium. Kalau tak bedung tangan pun, rasanya taklah sampai peluk-peluk. Mesti buat gaya ala-ala silat aje kan.” Ujar Irsya Natasya sambil buat gaya.
“Betul tu. Tapi tak apa Sya. Tu zaman dulu. Sekarang ni, kau memang dah peluk cium dia. Dia pun dah peluk cium kau kan?”
“Oii, kak. Jangan buka cerita 18SX boleh tak?”
“Alah. Apa nak hairan. Aku dah umur lebih 18. Kau tu pun sama.”
“Alah, kak. Buat apa ada laki tak peluk-peluk cium. Rugilah.” Irsya Natasya berbicara selamba. Ia hanya sekadar kata-kata indah di alam perkahwinan.
Bibir Irfan Faris sudah mengukir senyum meleret. Ooo..Maknanya part cium tu, bukan ter..tak sengajalah ya. Hmm..Ada hati juga nak cium aku. Agaknya kalau masa tu aku sedar, lagi syok kut. Ish..Aku ni. Tiba-tiba nak feeling pula. Tak boleh! Tak boleh!
“Wah. Sayang juga kau kat baby kau tu ya.”
“Sayanglah. Apa pulatak sayang. Laki aku.Tapi sayang sikit-sikit ajelah dulu. Haa..Macam tu. Lama-lama nanti aku sayanglah banyak-banyak. Aku kan kak, walaupun tak berapa nak suka dia, tapi aku berharap dalam hidup aku hanya ada seorang suami aje tau hingga ke akhir hayat,” ujar Irsya Natasya dalam senyuman. Harapnya begitulah.
Irfan Faris terkesima. Benarkah apa yang dibicarakan Irsya Natasya..atau itu hanyalah kata-kata manis sebuah lakonan?
“Eh, kak. Kalau masa ada dia, jangan gatal mulut nak panggil dia baby kat depan Sya tau. Karang dia kenakan Sya pula. Dia tu pantang sikit. Suka manja-manja nak kenakan Sya. Tengok aje macam tak suka Sya. Tapi bila dia dah start melayan, emm...melebih-lebih dia nanti.” Irsya Natasya sekadar berbicara kata-kata indah sekadar memantapkan dialog lakonannya. Manja ke si Irfan Faris tu? Hohoho..Tak tahulah yek.
“Okeylah tu. Sweet apa.Baby.. oo..baby...” Maria sudah memanggil.
Epp..Jangan nak ngada-ngada kau kak.” Irsya Natasya sudah menekup mulut kakaknya.
Maria sudah menepis tangan adiknya.
“Tak payahlah nak tutup mulut aku Sya, oii. Tak apalah aku panggil macam tu. Macam comel jer..Macam manja jer..” Maria sengaja menyakat dalam berteman melodi lagu. Ala-ala Amar nyanyi gitu.
“Kau ni kan kak..Aku bagi karang!” Irsya Natasya sudah menunjukkan penumbuknya. Rasa geram pula bila kakaknya menyakat begitu.
Tiba-tiba, Irfan Faris muncul di kalangan mereka.
Oppss, sorry. Ganggu ke?” Irfan Faris tunjuk gaya budi bahasa apabila dia sudah memunculkan diri ke ruang dapur. Apa yang penting, muka buat selamba aje.
Irsya Natasya dan Maria saling berpandangan. Erkk..Fikiran mereka memikirkan benda yang sama. Adakah Irfan Faris telah terdengar semua itu atau....kebetulan saja? 
Emm..Ada apa?” soal Irsya Natasya sambil wajahnya berpaling kepada suaminya itu.
Emm..Emak tanya air kopi dengan teh O dah siap belum?” Pandai juga Irfan Faris mencari alasan. Memang kebetulan tadi dia ada orang bertanyakan tentang air.
“Oh. Belum. Kejap lagi. Tengah tunggu air mendidih ni.”
Err..Sya. Akak rasa, akak nak keluar tengok dia orang buat bubur sum-sumlah. Nanti kalau air dah siap, kau hantar kat luar ya.” Maria sempat mengenyit mata sebelum berlalu pergi.
‘Aii, kak. Lari dah ke? Sengaja kasi chance aku berdua-duaanlah ni. Apalah kau ni kak.”
Kini tinggal Irsya Natasya dan Irfan Faris berdua. Irfan Faris kelihatan tersenyum-senyum. Yalah. Dah dapat curi dengar sesuatu yang best.
‘Dah kenapalah mamat sorang ni? Senyum-senyum. Dia terdengar ke apa yang aku bual dengan kak long. Ah, sudah!’
“Ada apa- apa yang saya boleh tolong ke?” soal Irfan Faris kepada Irsya Natasya. Tunjuk lagak selamba. Sambil itu sempat dicapai sekeping roti Butterscotch di atas meja lalu duduk menikmatinya.
“Dah alang-alang awak kat dapur ni kan, tolong saya buat air ya. Awak buat teh O, saya buat kopi.” Ujar Irsya Natasya.
Opss..Tak. Kita tukar. Awak buat air teh O, saya buat air kopi.” Balas Irfan Faris sambil mengunyah rotinya yang masih berbaki.
Irsya Natasya memandang Irfan Faris seketika sambil mengecilkan anak matanya.Hmm..Pelik. Tapi, tak apalah. Sama-sama buat air, adillah tu.
Irsya Natasya kini menyediakan dua buah jag plastik. Tak payah guna teko. Biasanya kalau baru habis majlis ni memang senang guna jag aje. Sebab orang kat luar tu ramai juga tolong masak bubur sum-sum dan angkat barang blok untuk disimpan kembali ke stor simpanan.
Sebungkus kopi Kapal Api yang masih berbaki diberikan kepada Irfan Faris sementara dia mengambil teh berjenama Lipton.
Sugar mana?”
“Gulalah. Apa sugar, sugar?”
“Tu pun nak jadi isu ke?”
“Saja je.Bak sini dulu.”
“Yalah. Ambillah.”
“Awak. Cuba rasa air yang saya buat. Okey tak?” ujar Irsya Natasya mengubah suasana. Lagipun telinganya sudah menangkap ada derapan langkah menuju ke dapur. Jadi, suasana itu perlu diubah agar menjadimesra dan harmoni bagi pasangan pengantin baru.
Irfan Faris juga memahami.
“Okeylah tu. Tengok warna dah cantik dah. Ni,tolong rasa kopi yang saya buat ni. Takut termanis pula. Sebab tadi saya dah makan roti Butterscoth tu. Kalau ikut lidah saya rasa macam okey kut, tapi kalau lidah awak saya tak tahu.”
“Lidah biawak memang tak reti rasa.”
“Amboi, cantiknya bahasa!”
“Alah, guraulah awak. Janganlah sentap sangat. Meh sini saya rasa.” Irsya Natasya sudah menghadiahkan senyuman.  Pandai juga mengambil hati.
Irsya Natasya menuang sedikit air kopi ke dalam cawan kecil dan merasanya. “Hmm..Okey. Pekat melekat. Tak manis sangat. Mantap. Pandai betul menantu mak Odah ni buat air.” Puji Irsya Natasya dalam gelak sendiri.
“Ikhlas ke tak tu..”
“Ikhlaslah. Adohaii..dia ni.Cucuk karang mata tu.” Irsya Natasya sudah tunjuk gaya ingin mencucuk mata lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. Gaya mesra yang spontan.
Epp..Nak main cucuk-cucuk pula dia. Nak cucuk tang mana? Tang sini ke?” Irfan Faris sengaja menunjukkan pipinya. Pipi yang dicium Irsya Natasya.“Sengaja kan?”
“Apa yang sengaja?” Irsya Natasya blur.
“Yang tang sini lah.” Irfan Faris seakan memerli dan menunjukkan kembali pipinya. Saja melebar senyum nak membengangkan isterinya itu.
“Eii, sajalah tu nak buat isu. Tak sengajalah.” Irsya Natasya tunjuk muka bengang.“Dahlah. Ni, tak nak rasa teh yang saya buat ke? Nanti banyak complaint.”
“Tak complaint punya. Sebabnya saya tak minum teh.”
“Kenapa awak tak minum teh? Kalau saya, saya pilih teh daripada kopi.Hmm..Nampaknya kita memangtak genglah.”- Status: Kopi VS Teh.
“Apa yang geng tak geng tu Sya?” suara Saodah sudah kedengaran.
“Geng Power Rangerslah mak.” Selamba Irsya Natasya menjawab.
Haish..Kamu ni. Apa ke hal Power Rangers pula. Dah. Pergi hantar air tu ke luar. Lepas tu ajak Irfan tolong bungkus bubur sum-sum tu. Bolehlah dia kenal-kenal mesra dengan jiran tetangga kita.”
“Baik, madam. Jom, geng Power Rangers. Lepas dah siap bungkus nanti kita pergi hantar rumah jiran. Macam semalam tu. Lepas tu nak ajak awak pusing kampung. Semalam tak sempat. Dah lewat sangat. Nanti saya nak belanja awak aiskrim.”
Irfan Faris hanya mengangguk dan mengukir senyum. Dia tahu itu hanya kata-kata manis Irsya Natasya dalam pementasan teater mereka. Ya. Realistik. Pandai kau berlakon ya Sya. Siap nak belanja aku aiskrim. Mantap! Yang tak boleh blah, aku ni jadi geng Power Rangers kau. Haha. Lawak.
Sampai waktunya..
“Mana ni?”
“Kedailah. Tak reti baca ke tu. K.E.D.A.I, kedai.Bukan keldai.”
“Huh! Sajalah tu.”
Irsya Natasya hanya gelak.
“Jom. Saya nak belanja awak aiskrim.”
“Betul awak nak belanja? Ingatkan kata-kata manis lakonan awak aje.”
“Tak ada berlakonnyalah.”
“Kalau tak berlakon, so maknanya ia ganti rugi awak dah cium saya ea?”
“Eh, jangan nak banyak bunyilah. Cakap lagi pasal tu siap awak. Berapa kali nak cakap entah. Tak sengajalah. Eh, awak peluk saya, saya tak banyak bunyi pun.”
“Memanglah tak banyak bunyi. Sebabnya awak suka.”
“Karang ada yang kena pelangkung dengan ni karang.” Irsya Natasya sedikit berangin. “Saya memang nak belanja awaklah. Tak ada kena mengena dengan tu semua. Baik-baik orang nak belanja, karang cancel karang. Nak ke tak nak ni? Kalau tak saya beli saya punya sorang aje.”
Irfan Faris sudah buka pintu untuk turun. Maknanya, naklah tu. Tapi tak nak cakap. Memang ngek dia ni.
“Vanilla ke coklat?” Irsya Natasya sudah menunjukkan kedua-dua aiskrim di tangannya.
Irfan Faris kemudian mengambil sendiri aiskrim di peti tersebut. Cornetto perasa Vanilla.
‘Eleh dia ni. Berlagak. Tak nak ambil yang kat tangan aku. Huh!’
Irsya Natasya meletakkan kembali aiskrim Cornetto perisa Vanilla ke tempatnya. Semestinya dia ambil yang berperisa coklat. Kegemarannya. -Status: Vanilla VS Coklat.
“Awak..Saya macam ternampak sesuatulah.”
“Apa?”
“Tu..” Irfan Faris sudah menunjukkan ke arah balang pelbagai jenis jeruk di para.
“Apa? Jeruk kendondong?” Irsya Natasya sepertinya dapat mengagak.
“Haa..tau tak apa. Jeruk kesukaan saya.”
“Ambillah. Ambilkan saya punya sekali.”
Irsya Natasya hanya melihat Irfan Faris yang mengambil beberapa biji jeruk kedondong. Hmm..Part jeruk ni, sama citarasa pula ya. Okey, kita GENG.
“Sya..Ni ke suami Sya yang anak Datuk tu?” soal Kak Da yang menjaga kaunter bayaran.
“Bukan anak Datuklah, kak. Cucu nenek.”
“Ish..Kamu ni. Kecil hati orang sebelah kamu tu.” Ujar Kak Da.
“A’ah, kan kak. Dia ni memang. Kali buli.” Irfan Faris sudah bersuara dalam ikatan mesra.
“Alah, kak. Akak tak payah nak back up sangat dia ni.”
“Dia ni memang macam ni kak. Jealous dengan saya.” Irfan Faris berbicara berteman tawanya sebelum berlalu pergi ke kereta.
Handsome laki kau Sya. Untung dapat anak orang kaya tak sombong macam tu.”
“Untung ke kak?” Sepertinya ada maksud tersirat dalam bicara sendiri. “Hihi..Rezeki kak ek. Alhamdulillah. Okey, kak. Jumpa lagi.” Pandai juga Irsya Natasya memaniskan kata.
Sesudah menutup pintu kereta…
“Jom. Lepak taman kejap.” Ujar Irsya Natasya sambil menghulurkan bungkusan aiskrim dan jeruk yang dibeli tadi.
“Aii. Ajak saya dating pula.Okey.Tak apalah, saya beri chance. Lepas ni mungkin dah tak merasa kut. Just memori indah untuk awak.”
“Ayat tak boleh blah.”
“Memanglah ayat tak boleh belah. Kalau boleh, demo sikit kat saya. Belah dua ke..belah tiga ke..” Irfan Faris sengaja berlawak bodoh.
Irsya Natasya hanya menjeling. Tak lawaklah kau punya lawak Irfan Faris oii.
Sesampai di taman dan memakir kereta, Irsya Natasya terus pergi ke sebuah buaian dan duduk di situ. Sambil itu, dia menikmati aiskrimnya. Kadang-kala dia menghayun sendiri buaian dengan bantuan kaki. Rasa gembira seperti melayan dunia kanak-kanak. Irfan Faris hanya memerhati sambil menikmati aiskrimya hingga habis. Sekejap aje dah habis. Mak oii. Cepatnya makan. Pelahap betul.
Irfan Faris kemudian datang menghampiri dan duduk di buaian yang satu lagi.
Irsya Natasya hanya menjeling sekilas. Hati mengukir senyum. Alahai, cik abang sorang ni. Duduk kat buai juga ke. Ingatkan tak layan buai-buai ni.
Kini, Irfan Faris menikmati jeruk kedondongnya. Sambil itu dia memandang Irsya Natasya yang menghayun buaian sendiri.
“Apa yang awak tengok?” soal Irsya Natasya apabila dia berhenti menghayun buaiannya.
Nothing.” Irfan Faris menjongket bahu.
“Kenapa? Nak ketawakan saya sebab perangai macam budak-budak.”
“Taklah. Comel kut bila tengok awak main buai.”
“Mantap betul kata-kata manis lakonan awak ya Irfan Faris.”
“Eh, biasalah. Best actor.”
“Perasan. Best actor konon!”
“Kan saya tengah berlakon sekarang ni.” Selamba juga Irfan Faris menjawab.
Irsya Natasya hanya mengukir senyum sinis.
Suasana hening seketika.
“Eh, awak..Saya nak tanya sesuatu boleh?” soal Irsya Natasya sambil menjilat aiskrimnya. Sambil itu dihayunkan sedikit buaiannya dengan bantuan kaki. Dirinya kembali berayun.
Emm..Tanyalah.” Irfan Faris hanya duduk statik di buaiannya. Ada mood nak mendengar.
“Apa perasaan awak bila first time dengar awak nak kena paksa kahwin dengan saya?”
‘Eii, apa punya soalan daa dia ni...’ Irfan Faris melepaskan keluhan nafas nipis.
Sharelah...Sebab nilah waktunya kita nak luahkan apa yang terbuku kat hati tu.”
“Nak tahu juga ke?”
Irsya Natasya mengangguk.
“Kalau awak, apa perasaan awak?”
“Kenapalah awak tanya soalan pada saya? Saya tanya awaklah encik Irfan Faris, oii.”
“Encik? Hmm..Nampaknya awak memang suka panggil saya macam tu? Maksudnya tak ada masalah awak nak panggil macam tu kat rumah kita nanti kan?”
“Alah. Saya tak hairanlah kalau awak nak saya panggil macam tu. Saya anggap tu macam nama glamor awak aje? Kat rumah sini pun saya tak kisah kalau nak panggil awak macam tu. Tapi, awak yang tak kasi. Eh, saya tanya lain, kenapa jawab lain. Saya tanya tadi, apa perasaan awak bila first time dengar awak nak kena paksa kahwin dengan saya?”
“Kalau itu yang awak tanya, of courselah jawapannya terkejut. Tak suka satu hal. Semestinya awak pun macam tu juga kan? Sebenarnya, saya malaslah nak cakap pasal ni lagi. Awak pun dah tahu yang kita ni sama-sama terpaksa. Maksudnya perasaan tu sama ajelah. Dah selamat jadi suami isteri pun haa.. Tapi tulah. Tak ada life.”
“Kalau tak ada life, dah masuk dalam kubur encik Irfan Faris, oii. Innalillahiwainnailairajiun.”
Irfan Faris menjeling. Amboi, mulut budak sorang ni.
Irsya Natasya hanya gelak. “Saya gurau ajelah. Awak tak nak tanya saya ke, kenapa saya gelak?”
“Tau dah. Saya, satu hari aje dah boleh kenal awak ni macam mana. Hmm..Awak semestinya ada rasa nak bunuh diri kan masa tu?”
“Oh, sorry ea. Taklah sampai macam tu sekali. Saya masih waras okey. Cuma protes ajelah sebab jiwa ni tak boleh nak terima. Rasa macam nak lari dari rumah pun ada. Nak pergi jauh, tak nak balik dah. Yalah kan. Apa bestnya nak kena kahwin dengan orang tak kenal, yang belum tentu suka kat kita. Walaupun handsome, anak Datuk sekali pun, tu bukan jaminan kebahagiaan pun.” Irsya Natasya kembali menjilat aiskrimnya. Suasana tiba-tiba jadi sunyi.
“Awakk..Awak.. oo..awakkk..” Panggil Irsya Natasya kepada suaminya itu. Namun, panggilannya tidak bersahut. Kelihatan suaminya itu sudah termenung. Jauh sangatlah kut tu menungnya sampai orang kat sebelah panggil tak dengar.
“Eh, awak! ” Irsya Natasya sudah menggoyang sedikit buaiannya Irfan Faris.
“Hah. Kenapa?”
“Berangan ea?”
“Tak ada maknanyalah. Ada apa?”
“Sebenarnya.. saya nak tanya. Kita duduk rumah sini sampai hari apa?”
“Sampai lusa. Hari Rabu kita gerak ke rumah nenek. Duduk sana sampai hari Sabtu. Hari Ahad baru kita balik rumah kita.”
“Oh..”
“Kenapa?”
“Maksudnya, lama lagilah nak terus berlakon dan berpura-pura ni. Adohaii..Penatnya. Tak syoklah. Eh, awak. Kalau tak berlakon tak boleh ke?”
“Ikut awaklah. Tapi, jangan sampai family kita tahu yang kita ni sebenarnya tak geng.”
Emmm..Yalah. Eh, awak. Jeruk kedondong tu jangan habiskan semua. Tinggalkan saya satu. Kempunan isteri awak ni karang.”
“Tahulah. Ada dua lagi ni haa.”
“Tak sangka pula awak ni suka makan jeruk kedondong. Jeruk favourite saya. Eh, awak nak tahu tak. Cakap pasal jeruk kedondong ni kan..ada ke mak nak sumpah saya jadi jeruk kedondong kalau saya tak kahwin dengan awak. Hishh..Tak patut, tak patut.”
“Okey aje kalau mak sumpah awak macam tu. Biar saya makan awak.” Irfan Faris menjawab dengan muka serius.
Poyolah awak ni. Emm, awak..Nak minta tolong boleh?”
“Apa?”
Hihi..Buangkan sampah. Tong sampah dekat dengan awak tu.” Irsya Natasya sudah menghulurkan sampah aiskrimnya.
“Aii, anak dara. Pemalas!”
“Anak dara ke saya ni? Eh, saya ni bini oranglah.Awak tak tahu ke yang saya ni dah nikah? Siapa tu nama laki dia..emm..encik Irfan Faris kut. Alah, yang macam berlagak tu. Tapi ngek jugalah.” Irsya Natasya sudah tayang senyuman. Berloyar buruk aje tahunya.
Irfan Faris sudah membesarkan matanya. Sesedap rasa aje si Irsya Natasya mengatakan dirinya ngek.
“Mata tu kecik, tak payahlah nak dibesar-besarkan encik Irfan Faris, oii. Macam muka ikan mata belolok.”
Berdesing juga telinga Irfan Faris mendengar. Ikan mata belolok? Ikan apa tu? Tak pernah dengar pun.
“Jeruk kedondong tu, beri pada saya ya encik Irfan Faris. Mengidam dah ni.”
“Tak mengandung pun mengidam ke?” perli Irfan Faris.
“Okey apa mengidam daripada meroyan. Dah. Bak sini.”
Irfan Faris menghulurkan jua bungkusan jeruk kedondong di tangannya. Dilayankan sahaja Irsya Natasya. Sengaja diperhatikan tingkah isterinya itu. Cuba juga nak cari feel bemesra walaupun tak berapa nak ada sebenar-benar jiwa nak melayan.
Irsya Natasya kini menikmati jeruk kedondongnya. Hmm..Sedap tak terkata. Sehingga menjilat jari.
“Eh, awak. Saya sebenarnya pelik tengok awak tau. Awak ni sebenarnya, berlakon ke tak?  Sebabnya, kalau saya tengok cara awak ni macam natural aje. Macam tak berlakon.”
“Tu maknanya lakonan saya mantap dan realistik sampai awak tak boleh bezakan yang mana lakonan, dan yang mana bukan.” Irfan Faris menjawab bangga. Tunjuk gaya kerek sikit. Tangan dah silang ke dada.
“Tu lah. Sebenarnya, kalau awak tak cakap dengan saya yang awak ni berlakon, memang saya pun garenti seratus peratus percaya yang itulah diri awak yang sebenar. Yalah. Real aje.Boleh pulak buat gaya-gaya manja, usik-usik. Macam rasa, wah, amazing!Tu yang buat saya macam respect kat awak. Sebabnya saya tahu, kalau orang dah tak suka ni, kat dalam  jiwa dia macam ada penumbuk besar yang memukul-mukul, macam rasa.. eiii menyampahnya aku kat budak ni. Rasa macam nak belasah aje. Haa..Gitu kan? Tu contohlah. Tapi yang saya pelik, awak ni macam boleh control jiwa awak tu. Ada tips ke? Sharelah. Sebab saya ni pun bukan suka sangat kat awak pun. Cuma mengenangkan yang awak ni suami saya aje. Kalau tak, sendiri fahamlah.” Irsya Natasya meluah kata selamba.
 “Eh, awak. Awak tak nak pergi mana-mana audition berlakon ke? Nanti boleh popular masuk TV. Awakkan suka mencapap interframe tunjuk muka handsome awak tu. Lagipun, awak berlakon realistik. Agaknya kalau dari dulu awak dah start berlakon, mesti dah popular dapat anugerah. Saya ni dapatlah tumpang glamor kat awak. Hehe..”
“Haii..Macam melalut aje awak ni. Untuk pengetahuan awak….saya ni tak suka jadi pelakon. Berlakon tu nanti berpegangan sebarang. Mana boleh. Lagipun saya dah ada kerja sekarang ni. Kat opis papa tu. Lagipun, dia orang yang nak sangat saya kerja situ sampai hantar saya belajar kat oversea tu. Awalnya tak minat pun. Terpaksa survive jugalah. Kalau tak, nenek yang bebel.”
“Ooo..Macam tu ke? So, maknanya awak mesti ada minat lainlah kan?”
Emm..Saya sebenarnya suka fotografi.” Mahu juga Irfan Faris memberitahu. Kongsilah juga serba-sedikit tentang minatnya. Karang isterinya itu tak tahu langsung tentang dirinya. Susah pula kalau ada yang bertanya.
“Oh, macam Zacklah ya.”
“A’ah. Macam mana awak tahu Zack suka fotografi?” Irfan Faris kian berminat melayan borak. Lagi-lagi ada kena mengena dengan si Zack.
“Dia ada cakap dengan saya. Masa tu, kes yang saya terbengang suruh dia ambilkan gambar kat Audi sport dia tulah. Dia beritahu dia memang minat fotografi.”
“Oh..”
“Cakap pasal ambil gambar ni kan..Saya sebenarnya tak berapa suka orang ambil gambar saya. Melainkan saya yang minta. Sebabnya, rasa macam buruk aje muka dalam gambar. Orang kata tak fotogenik. Sebab tu saya jarang nak ambil gambar dan simpan gambar sendiri. Cuma kadang-kadang ajelah. Tengok gambar masa majlis tu pun rasa pelik aje. Mak andam tu solek tebal semacam. Macam tenyeh tepung gomak. Padahal dah cakap nak solekan natural aje. Muka saya ni mana ada jerawat nak tenyeh lebih-lebih.”
Hai la, dia ni. Melalut ke laut dah. Mula-mula berlakon. Lepas tu masuk ke audition. Lepas tu fotografilah. Cerita dia tak suka ambil gambarlah. Last-last sampai ke part mak andam tepung gomaklah. Hai la..Banyak cakap betullah dia ni. Hmm…Layankan ajelah Irfan Faris oii. Ada juga geng nak layan borak masa kau kesunyian ni. Memanglah isteri kau ni peneman kau di kala sunyi. Mulut tu asyik nak bercakap aje.
“Eh, awak. Masa majlis hari tu awak rasa okey tak muka saya?”
Hai, Sya oii. Dah lepas majlis baru nak tanya. Masa hari kejadian tak nak tanya pula.
“Okey aje saya tengok. Cantik apa.”
“Ayat awak, memang manis ajelah saya dengar encik Irfan Faris, oii. Ayat pelakon.” Irsya Natasya seolah-olah memerli. “Walaupun  tak geng, cubalah jujur sikit.”
“Laa..Saya jujurlah ni. Muka awak memang cantik. Memang berbeza dengan muka awak yang sebenar.” Hakikatnya dia ikhlas memuji. Memang sebenarnya di hari pernikahan itu Irsya Natasya kelihatan cantik pada pandangan matanya. Walaupun hati tidak suka kepada empunya diri, tapi pandangan matanya tidak mungkin menipu. “Tapi muka awak yang tak bersolek ni lagi cantik.  Comel aje saya tengok.”
Irysa Natasya mengukir senyum yang dibuat-buat. Emm..Yalah tu. Irsya Natasya kekal sangsi dengan kata-kata itu.
“Yalah tu. Entah-entah dalam hati awak kutuk-kutuk saya. Saya ni kan kulit gelap sikit. Bila dah solek cam tepung gomak tu..emm..muka aje putih..tangan hitam.” Irfan Faris tiba-tiba jadi tersenyum apabila isterinya itu mengajuk suara ala-ala ‘Terlajak Laris’ itu.
“Ala.. Dah lepas dah pun. Saya kata okey, okeylah. Part ni saya tak tipulah. Kalau tak percaya awak ni cantik ke tak, nanti kita tunggu gambar majlis. Kat situ puas hati sikit tengok.”
“Emm..Yalah. Eh, dahlah best actor. Ab ab laut chalen (mari kita pulang).”
“Nampaknya awak pun berbakat jadi pelakon. Hindustan terus. Jomlah balik.” Irfan Faris nyata memahami maksud tersebut.
“Mesti awak ni pun minat tengok cerita Hindustan juga kan. Sebab tu awak faham apa yang saya cakap. Haha... Genglah kita.”
“Apa yang geng? Geng Power Rangers. Dah. Jangan nak melalut.” Irfan Faris kini sudah berdiri sambil menyeluk tangan ke kocek seluar. Haa.. Tu memang gaya kerek dia.
“Yalah. Jom balik. Jeruk saya pun dah habis ni. Eh, jap, jap. Ada satu permintaan.”
“Haa..Apa lagi?”
“Memori indah untuk saya. Hayunkan buai kejap. Barulah syok. Lepas ni macam dah tak ada harapan nak suruh awak hayunkan buai untuk saya. Kalau macam rasa menyampah dengan permintaan saya ni, tunjukkanlah bakat lakonan awak yang mantap tu. Mesti boleh buang rasa menyampah tu kan?” Irsya Natasya sudah buat muka senyum yang comel. “Boleh kan?”
Irfan Faris kini telah menghampiri buaian Irsya Natasya.
“Wah. Baguslah best actor ni. Sporting. Saya tabik hormat kat awak.” Irsya Natasya sudah mengangkat tangan ke separas kepala sebagai tanda tabik hormat. Sempat juga diberi hadiah sekuntum senyuman.
Irfan Faris hanya berbuat tidak tahu walhal hatinya agak senang dengan cara Irsya Natasya. Apa yang pasti seorang pelakon terbaik seharusnya pandai berlakon. Dilayankan juga permintaan itu. Kini, dia menghayunkan buai untuk Irsya Natasya. Jika sewaktu kecil, neneknya yang berbuat begitu kini ia melakukan untuk isterinya. Alahai..Macam sweetlah pula.
“Laju..Laju..Buaiku laju..Aku dah kena kahwin paksa dengan cucu nenek Kalsum..” Irsya Natasya menyanyi sumbang ala-ala si Bawang Putih menyanyi dalam cerita klasik Bawang Putih Bawang Merah.
‘Aduhai budak ni. Sumbang betul suara. Ni ke geng nyanyi nenek? Mahunya burung gagak yang terbang pun terjunam ke tanah.’
Dalam melayan kehendak Irsya Natasya, Irfan Faris juga tersenyum sendiri. Dia  terkenang apa yang telah dibaca di dalam buku conteng-conteng milik isterinya, malam tadi. Ya, coretan rancangan yang dibuat Irsya Natasya untuk mensabotaj majlis pernikahan sendiri.

Imbas balik...
Irfan Faris membuka laci di meja. Lalu dia terjumpa sebuah buku. Gayanya seperti buku conteng-conteng. Namun, kenapa buku itu disimpan di tempat khas begitu. Pastinya ada sesuatu yang ‘istimewa’ di dalamnya.
Setiap helaian dibelek. Banyak gambar kartun yang comel-comel. Coretan kata dan madah-madah indah juga ada. Sehinggalah dia tiba di muka surat yang paling istimewa ~ Rancangan Memboikot Majlis.
“Aii, gempak betul idea budak ni. Tak sangka pula dia memang ada rancangan macam ni. Nampak sangat dia pun tak nak kena kahwin dengan aku.” Sempat juga dijeling Irsya Natasya yang sudah terlena di sisi dalam kesuraman cahaya lampu tidur.
            Setiap rancangan Irsya Natasya dibaca dan diberi komen.

PLAN A : Culik Tok Kadi ~ Tak logik. Kalau kantoi karang jadi kes polis. Tak pasal- 
pasal aku kena soal siasat.
“Wah! Gila berani nak culik Tok Kadi. Kalau aku, aku rasa aku tak buat kerja gila macam ni. Dia ni memang tahap kepala otak tak betul agaknya. Tapi, kalau aku tahu niat dia macam ni aku rasa aku dah sediakan bodyguard untuk Tok Kadi.”

PLAN B : Dia lari ~ Dia kena marah dengan keluarga dia. Padam muka. Aku selamat.
“Oo..Pandai kau ea suruh aku lari. Aku kena bantai, kau sukalah. Ngek.Tak adil.” Irfan Faris sempat membuat gaya ingin mencekik Irsya Natasya yang sedang terlena.

PLAN C : Aku lari ~ Aku kena bantai dengan mak dan abah. Dia selamat. Tak adil.
“Kalau kau kena, aku memang suka. Tapi, kalau kau plan nak lari, aku mungkin takbernikah dengan kau. Emm..Lagilah nenek balun aku habis-habisan. ”

PLAN D : Ada awek menyibuk cakap yang mamat tu kekasih dia ~ Macam okey je.    Suruh dia upah awek, berlakon macam dalam cerita drama siap nangis-nangis bagai. Aku confirm selamat.
“Ooo, patutlah masa jumpa first time hari tu dia ada cakap pasal ni. Rupanya dah ada dalam perancangan. Bijak sungguh idea. Kalau ni yang berlaku, akulah yang kena. Oh, sungguh tak adil!

PLAN E : Aku terima aje sebagai pilihan yang terakhir. ~ Kalau aku aje terima, dia tak terima macam mana? Hmm..Itu jodoh ketentuan. Terima seadanya.Best wishes for me.
“Yang nilah kita tengah lalui sekarang. Dah sah pun pernikahan kita, walau kita saling tak suka. Tetapi, kita boleh jadi geng walaupun tak berapa sebulu. Hmm..Kita memang senasib.” Irfan Faris mengeluh sendiri.

Irfan Faris kemudian mencoret sesuatu dibuku conteng-conteng itu. Hmm..Agak-agak apa ya yang ditulis?
Shh…Diam. Rahsia..”
“Kau ni Irfan Faris. Kau tulis kat kertas, mana orang dengar. Sibuk nak suruh orang diam. Shh..Shh…Kau ni dah macam Irsya Natasya dah. Ngek!” Seakan ada bisikan suara memberitahu.
Irfan Faris tersenyum. Terasa kelakar sendiri.
Irsya Natasya merasa buainya sudah berhenti berhayun. Dia menoleh kepada Irfan Faris.
Ehem..Ehemm….Encik Irfan Faris dah habis berangan ke?” Teguran Irsya Natasya menyentap lamunan.
“Ha..Apa?” soal Irfan Faris.
“Kayangan ke?” Irsya Natasya sengaja memerli. Dia tahu fikiran lelaki itu terbang melayang jauh.
“Hah? Kayangan? Apa yang kayangan?” Irfan Faris blur.
Irsya Natasya hanya tersenyum. Kaki berangan jugalah tu. Okey, kita GENG.
Irfan Faris kembali menghayun buai. Biasalah, tadi dah terberangan sekejap. Kini, sambung kembali hayunan buaiannya.
Irsya Natasya hanya tersenyum. Aii, dia ni. Nak hayunkan lagi. Hmm..Ikutlah. Aku dah tak suruh pun. Ni mesti berangan tak habis lagi ni.
Tiba-tiba..
“Adoii…” Irfan Faris sudah terjerit. Dia sudah terduduk di rumput. Tercampak dek hayunan buai yang terkena dirinya sendiri.
“Laa..tergolek ke?” Irsya Natasya sudah bangun dari buaian dan mendapatkan Irfan Faris.
“Aduh.Sakitnya!” Irfan Faris memegang perutnya yang terasa senak.
“Sakit ke? Sinilah saya urut?”
Uit..Jangan nak ngada-ngada pegang perut saya.”
“Saya nak tolong ajelah.”
“Tak payah!”
“Takut geli eh? Macam saya juga rupanya. Hari tu gelakkan saya.” Irsya Natasya sudah tergelak. “Awak geli kat perut, saya geli kat pinggang. Haha..Kita GENG.” Sambung Irsya Natasya dalam gelak.
“Eh, diamlah! Sibuk aje.”
“Lah. Marah pula.Betul apa saya cakap.” Irsya Natasya masih berbaki tawa. Rasa kelakar pula.
“Jangan ngada-ngada nak pegang saya.”
“Ala..Orang nak tolong aje. Okeylah. Dah jom bangun. Kita balik.” Irsya Natasya masih cuba membantu.
“Tak payah tolonglah. Bukan cedera parah pun.” Irfan Faris kini sudah bangun. Namun masih memegang perut sendiri. Senaknya masih terasa.
Irsya Natasya tersenyum-senyum.
“Kenapa senyum?”
“Tak tahulah. Tiba-tiba bibir ni rasa nak senyum.”
Irfan Faris menjeling.
“Relakslah encik Irfan Faris. Ni namanya geng.”
Irfan Faris hanya mampu mengeluh nipis. Yalah, Sya oii. Genglah sangat.Geng geli.Yuckk! Buruk benar dengarnya.
“Sakit lagi ke perut tu? Tak apalah. Balik nanti urut dengan minyak gamat. Awak urut sendiri.”
Irfan Faris menonong pergi. Namun di hatinya terukir senyum. Dia tahu Irsya Natasya juga mengambil berat tentang dirinya walau mulut cakap tak suka. Adakah cintanya sudah mula berputik di hatinya?
Sewaktu menuju ke kereta..
“Assalamualaikum..” sapa empunya diri setelah memberhentikan motosikalnya berhampiran kereta Myvi merah yang terpakir.
“Waalaikumussalam…” Jawab Irsya Natasya dan Irfan Faris hampir serentak.
“Oh, Kimi. Apa hal kau?” ujar Irsya Natasya yang mengenali empunya diri.
“Isy, kau ni Sya. Dah kahwin pun buat gaya ganas. Cubalah buat bercakap tu buat gaya ayu sikit.”
“Tak payahlah sound kalau iya pun. Tapi tak apa. Suami aku ni kenal sangat aku ni macam mana.” Irsya Natasya berbicara selamba. Irfan Faris pula hanya tersenyum. Kenal sangat ke? First time aje tengok macam blur-blur, tapi bila dah tengok second time, third time..huh..degil juga sebenarnya.
 “Hmm.. Awak..ni kawan saya. Kimi. Haa..Kimi, ni suami aku. Irfan Faris nama dia. Menantu pilihan keluarga aku.” Irsya Natasya memperkenalkan.
Irfan Faris dan Hakimi saling bersalaman. “Tahniahlah untuk kau orang berdua.”
“Terima kasih.” Ucap Irfan Faris.
“Kau tak datang ea majlis aku semalam? Tak nampak bayang pun. Tapi, hadiah ada.”
“A’ah. Aku tak datang. Aku baru balik dari Pahang malam tadi. Ada kerja kat sana. Hadiah aku kirim kat mak aku.”
“Oo..Patutlah. Eh, kau bila lagi. Kalau kau tak ada calon lagi kan..kak long aku ada tu. Mana tahu kau masih berhajat nak jadi menantu Pak Hamid si tukang kayu. Aku boleh jadi orang tengah. Aku ni kau dah terpaksa ‘kick off’ dari senarai dah. Orang sebelah dah sambar.” Irsya Natasya bergurau sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Irfan Faris.
‘Eh, perasan betul orang sebelah aku nilah. Sambar? Macam dia bagus sangat. Ingat merak kayangan ke. Macam gagak adalah. Wek! Sedarlah sikit yang sebenarnya kau tu tak masuk senarai pun. Cuma tak pasal-pasal tertambat tali tu pada aku. Terbelit-belit. Lepas tu kusut, susah nak dileraikan. Dan..Dan aku yang kena jaga kau. Hah..Macam tu..Faham?!
“Okeylah Irfan. Aku balik dulu. Jagalah Sya ni baik-baik. Dia ni masa kecil-kecil degil. Dah besar ni boleh tahan jugalah kut. Yalah.. Dulu masa kecik aku ni selalu main dengan dia. Dah besar ni, taklah. Duduk pun jauh. Aku nak pesan ni, kadang tu kau kena sound direct aje biar dia faham.”
“Oh, gitu ke? Okey, okey.”
“Ek’eleh. Tiba-tiba turunkan mandat pula. Macamlah geng sangat.” Irsya Natasya sempat mencebik.
“Okeylah. Aku balik dulu.”
“Yalah. Eh..Kau tak nak kirim salam kat kak long aku ke?”
“Tak payahlah. Aku bukan minat pun kakak kau tu.”
“Alah..Kirimlah salam kat dia. Dia tu tak ada calon lagi tu.”
 “Tak nak aku. Karang abah kau tahu, habis dia ingatkan aku ni suka kat kakak kau tu. Abah kau tu dahlah memang dah sayang kat aku. Anggap macam aku ni anak dia. Yalah. Sebab dulu dia belum ada menantu.”
“Haa..Baguslah tu. Bolehlah kau masuk list menantu Pak Hamid tukang kayu jadi abang ipar aku a.k.a biras si Irfan Faris ni. Aku kirimkan salam tau.”
“Ek’eleh. Ada ke macam tu. Macam paksa pula.”
Irfan Faris rasa nak tergelak. Memang isterinya itu berfikiran entah apa-apa. Macam tak logik aje cara berfikir. Macam tak matang.
“Alah. Aku gurau ajelah. Aku sebenarnya tengah jadi match maker ni.”
“Yalah,yalah. Kirimlah salam kat Maria Sharapovva tu.”
“Ohh..Maria Sharapovva kau gelar kakak aku ya. Kantoi sudah. Nanti aku sampaikan tau. Moga kau orang ada jodoh.Aamiin..Mulai hari ini aku akan panggil kau abang ipar.”
“Epp...Melebih sudah.” Hakimi hanya geleng kepala.
Aii, sorang sebelah. Mentang-mentanglah kena kahwin paksa, dah orang lain pun nak dijadikan mangsa. Ala-ala match maker konon.  Kak Maria dengan Kimi..Dean dengan Si Ida. Ambik kau! Silap-silap menjadi.
“Okeylah aku gerak dulu,” ujar Hakimi seraya menghidupkan kembali motorsikalnya.
Setelah Hakimi pergi…
“Apa pandang-pandang…”
“Tak boleh ke? Okey apa saya pandang dari tak pandang terus,” ujar Irfan Faris sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluar. Dia terus menonong masuk ke dalam kereta. Irsya Natasya sudah buat gaya tangan di bahu, mata juling ke atas. Poyolah kau Irfan Faris!





1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete