“ERKK..Alamak! Alamak! Alamak!”
“Dah kenapa? Alamak..Alamak..Macam
gaya mak nenek aje.”Tajam sahaja bicara Irfan Faris menusuk ke pendengaran
Irsya Natasya.
“Tak ada…Tak ada apa-apalah.” Irsya
Natasya sudah menggeleng kepala. Dia berjalan sedikit membelakang Irfan Faris.
Dia tertunduk-tunduk wajah seolah-olah mengelak diri dari bertemu seseorang.
“Dah kenapa awak ni?”
“Tak ada apa-apalah. Awak jalan
ajelah”
Irfan Faris tiba-tiba menghentikan
langkah.
Bukkk…
Irsya Natasya sudah melanggar batang tubuh Irfan Faris.
“Adoii..Sakit hidung aku!”
Irfan Faris sudah tergelak.
“Awak sengaja dengki ea?”Irsya
Natasya sudah memegang hidungnya yang sakit. Diurut-urut lembut agar sedikit
lega.
“Dah tu, awak degil. Siapa suruh. Nak
juga jalan kat belakang. Jangan-jangan awak nak lari ea?”
“Mana ada!”
“Habis tu..”
“Lantak sayalah.”
“Entah-entah awak ni mengelak dari seseorang
tak? Sebab tu nyorok belakang saya?” Irfan Faris hanya menduga.
Irsya Natasya berbuat tidak tahu.
“Alala..Yalah
tu. Pakwe ea?”
“Mana ada. Saya singlelah.”
“Hmm..Baguslah.
Jangan cakap ada pakwe pulak. Awak tu
kena nikah dengan saya.”
“Tahulah. Berapa kali nak cakap entah.
Padahal awak tu tak suka saya pun. Sibuk juga nak kita nikah. Entah apa-apa.
Cubalah cari planning yang boleh elakkan benda ni terjadi.”
“Ni yang tak suka ni. Kita dah bincang,
kan? Karang saya membebel, awak cakap saya ni macam mak awak. Tadi kan dah janji
benda ni takkan bangkit lagi.” Irfan Faris sedikit marah. Tegang juga riak
wajahnya.
“Alaaa..”
“Apa alaa..alaa..”
Ala
payung..lah payung..Ketipang payung..
Payung
sutera nak raja muda..
Ala
tolong..lah tolong..Cik abang tolong
Janganlah
marah pada adinda..
Kebetulan lagu ‘Ketipang Payung’ itu
sedang ke udara di salah sebuah kedai di situ.
“Ha..Awak dengar lagu tu? Dia kata
jangan marah pada adinda.So, awak tak
boleh marah pada saya, bakal adinda awak ni.”
Irfan Faris buat muka bengang lagi. Berangin
juga rasa hatinya. Memang kaulah Sya. Sajalah tu kenakan aku. Tunggulah kita
nikah nanti. Aku piat-piat telinga kau. Tangan aku dah gatal dah ni. Nasiblah
sekarang ni tak boleh bersentuhan, walaupun tadi dah terpegang tanpa sengaja.
Kalau tak....aku dah gonyoh-gonyoh mulut kau tu dengan berus periuk.
Irsya Natasya kelihatan masih memicit hidungnya.
“Sakit lagi ke hidungnya?” soal Irfan
Faris agak mengambil berat. Takut juga kalau bakal isterinya itu patah hidung.
Dah tak comel masa bersanding nanti.
“Sakitlah. Dah tu badan awak keras sangat.”
“Habis tu, takkan nak jadi lembut macam
sotong. Ni mantap apa? Okeylah ni. Empuk.”
“Huh! Poyo! Empuk awak kata. Macam batu tau tak. Kemek tau hidung saya.”
“Hidung awak tu bukan mancung pun. Dah
memang kemek.”
“Haa..Jangan kutuk. Ciptaan Allah ni.”
“Yalah.Tahu. Dah sini, jalan sebelah.
Tak payahlah jalan nyorok belakang saya. Awak ni elak diri daripada siapa
sebenarnya? Ah Long?”
“Taklah. Saya ni mana ada hutang Ah
Longlah. Hutang PTPTN adalah. Sebenarnya tadi saya ternampak Mamat Audi.” Irsya
Natasya memberitahu. Saja berkongsi cerita.
“Mamat Audi? Siapa Mamat Audi?”
“Entah. Saya pun tak kenal?”
Irfan Faris sudah membesarkan mata
sambil menjeling Irsya Natasya di sisi. Ngek
ke apa minah sorang ni. Siapa yang dia maksudkan dengan Mamat Audi tu? Kenal
Mamat Audi..tapi tak kenal dia siapa. Apa ni?? Tak faham aku.
“Cer..cerita
sikit.”
“Apa kes nak cerita kat awak. Tak ada
kena mengena dengan awaklah. Dahlah. Saya nak balik ni.”
“Alah. Orang nak ajak kongsi cerita pun
tak nak.”
“Ala..Tak payahlah marah. Saya saja je.”
“Saya tak marah. Cuma cakap aje.” Irfan
Faris masih berbaik hati untuk melayan kata Irsya Natasya. Namun, dia kembali
dengan gaya lagaknya. Tangannya kembali menyeluk ke kocek seluar.
“Kalau tak marah, awak kena senyum.”
Irfan Faris hanya menjeling Irsya
Natasya.
“Stres
ea layan saya?”
“Tahu pun awak.”
“Tapi tengok awak layan aje.” Irsya
Natasya tergelak-gelak sendiri.
“Kenapa gelak?”
“Awak nak tahu kenapa saya gelak? Saya
ni stres sebenarnya. Sebab tulah gelak-gelak sendiri walaupun awak tak nak join. Gelak untuk hilangkan stres.”
Irfan Faris hanya berdiam diri. Layankan
ajelah bakal cucu menantu Nek Kalsum yang sorang ni yek. Di dalam hatinya dia juga tergelak. Nak tahu sebab apa gelak? Stres!Itulah
jawapannya. Sekurang-kurangnya bila gelak, dapatlah hilangkan stres sendiri.Haha..Sama aje macam jawapan Irsya
Natasya. Mengong!
Tiba-tiba..
“Assalamualaikum, ya tuan hamba.” Suara
seseorang sudah hadir ke pendengaran mereka berdua. Mereka berdua menoleh ke
belakang, hampir serentak.
“Alamak! Alama! Alamak!” Irsya Natasya
segera menundukkan wajah dan sedikit menyorokkan diri ke belakang Irfan Faris.
Irfan Faris sempat menjeling. Cuba
berfikir sesuatu dari tingkah ‘pelik’ Irsya Natasya.
Empunya diri sudah datang menghampiri .
“Zack..Kau buat apa dekat sini. Cari
awek ke?”Ujar Irfan Faris sambil berjabat salam dengan Zack Nadzri, temannya
itu.
“Jalan-jalan aje.Release tension. Tak sangka pulakterjumpa
kau dekat sini.Tak cakap pun nak keluar. Dating
ke?Hai, Sya. Tak payahlah malu-malu. Saya kawan Irfanlah.” Tegur Zack Nadzri
ramah apabila melihat gadis di sebelah temannya itu tertunduk-tunduk malu.
Ala-ala nak nyorokkan muka.
“Errkk..Dia
tahu nama aku ke?” Bisik Irsya Natasya di hati. Dia kemudian mendongak wajah dan terkulat-kulat cuba
mengukir senyum. “Err..Ya, saya.” Ujarnya perlahan.
Cehh…Kononya
gaya macam Perempuan Melayu Terakhirlah tu.
“Aii, kenal pulak kau dengan dia?”
“Kau ni dah lupa ke? Kau kan dah
tunjukkan gambar Sya pada aku.So, aku
boleh camlah muka dia. Lagipun siapalah yang nak keluar dengan kau selain bakal
isteri kau ni? Betul tak? Lagipun kau kat Malaysia ni mana ada awek.”
“Tajam ayat kau, Zack.”
“Rilekslah, bro. Macam tak biasa pulak.”
Zack Nadzri hanya tergelak. “Lagi pun sebelum ni aku dah pernah terjumpa si Sya
ni. Dia minta tolong aku ambilkan gambar, posing
kat kereta aku tu. Kan Sya?”
Irfan Faris tersenyum. “Oo..Agaknya
itulah sebab si Irsya Natasya ni mengelak sangatjumpa Zack. Kes benganglah ni.”
Bisik Irfan Faris di hati.
“Masa tu, tak tahu lagi yang dia ni
tunang kesayangan kau.” Sambung Zack Nadzri lagi.
Irfan Faris sudah terbatuk-batuk.
Ala-ala gatal tekak. ‘Tunang Kesayangan.’ Hmm..Kau
memang Zack. Ada aje modal nak kenakan aku.
“Aduhaii, mamat ni. Ayat dia tak boleh blah. Dahlah memalukan aku dekat depan bakal
suami aku yang aku tak berapa nak suka ni.Pulak
tu cakap aku ni tunang kesayangan bakal suami aku ni.Sah-sahlah aku tahu dia ni
tak suka aku. Takkan nak jadi tunang kesayang kut. Haishh..” Kata itu hanya terbisik di hati.
“Okeylah, Zack. Nak borak datanglah rumah.
Aku nak kena hantar dia balik ni. Dah lewat.” Irfan Faris memendekkan borak.
Kalau tidak, banyaklah modal temannya itu untuk terus mengenakannya.
“Yalah. Take care, bro. Sya..Bebaik Sya. Tunang awak ni gatal.” Ujar Zack
Nadzri.
“Oh, ya ke gatal? Tengok macam cool aje.”
Irfan Faris mengukir senyum sambil
menjongket kening kepada Zack Nadzri. Bakal isteri puji dia cool, hmm..kembang hidung. Bangga
sekejap.
Zack Nadzri hanya tersenyum.
“Okey, jumpa lagi Zack.”
Mereka kini berpisah haluan.
“So,
dia tulah Mamat Audi yang awak nak elak sangat tu?”
“Dah tu..Muka saya dah bengang pasal kes
ambil gambar tulah. Mana tahu dia tu tuan punya kereta Audi tu. Saya masa tu
tengah excited nak bergambar kat
kereta Audi tulah. Dah kebetulan dia yang lalu situ, saya mintalah tolong
ambilkan gambar.Saya siap peace-peace
gitu. Rupanya dia tuan punya kereta. Perghh..Ingat
tak bengang ke?”
Irfan Faris hanya mendengar. Senyumnya
hanya di hati. Wajah luaran, macam biasalah. Buat muka kerek.
“Tapi, tak sangka pulak dia tu kawan awak. Selamatlah dia tu okey. Handsome pulak tu.”
“Aii.. Puji orang handsome. Saya ni tak handsome
ke?”
“Handsome...Siapa
kata tak handsome. Awak dengan dia,
tahap ke’handsome’annya lebih kurang
sama aje. Tapi rasanya dia tu lebih sikit handsomenya
dari awak. Awak ni jatuh nombor dualah.” Jujur Irsya Natasya berbicara.
Irfan Faris menjeling Irsya Natasya di
sisi. Suka betul dia menjeling-jeling sekarang ni. Okeylah kut daripada juling.
“Aii..Saya puji pun, nak main
jeling-jeling ke? Takkan jealous kut?
Awak ni kan bukan kaki jealous.Hmm..Lagipun awak bukan suka saya? Buat
apa nak jealous-jealous kalau saya
puji orang lain.”
“Sebab awak tu bakal isteri saya. Awak
kenalah respect saya!”
“Masalahnya, awak tak suka saya pun.”
“Suka atau tak, tu belakang kira.
Sekarang ni soal respect.”
“Yalah…Saya angkat tabik hormat dekat
awaklah. Ala-ala pengakap muda. Saya dulu join
pengakap tau.”
“Ada saya tanya ke?”
“Takada. Tapi saya saja nak cakap.” Ujar
Irsya Natasya selamba.
“Awak ni dari tadi asyik bercakap aje.
Tak penat ke mulut tu?”
“Nak tahu sebab apa saya banyak cakap?
Ni, sebab saya tengah streslah ni.
Bila saya bercakap, awak layan aje. So,
saya cakap ajelah. Hilang juga stres saya ni. Tapi awaklah yang bertambahstres
kan? Padan muka.” Irsya Natasya ketawa sendiri.
“Dahlah. Penat nak layan awak bercakap.”
“Saya tak suruh awak layan pun, tapi
awak pun sibuk nak bercakap juga.”
Irfan Faris kembali menjeling Irsya
Natasya.
“Awak ni, jeling..jeling. Tak sakit ke mata tu? Hmm..Tapikan, sejak awak jeling-jeling ni kan, makin lama rasa awak
ni macam makin handsome pulak. Agak-agaklah
kan, boleh ke saya jatuh cinta dengan awak lepas kita nikah ek? Hmm..Tapi, bila difikir balik tak naklah
saya jatuh cinta dengan awak. Sebabnya, awak ni tak suka saya. Rugilah kalau
saya bercinta sorang-sorang. Kalau awak nak join
sama tak apajuga. Barulah ada aura mencintai dan dicintai. Betul tak?”
Irfan Faris hanya gelak di hati. Entah
apa punya fikiranlah bakal isteri aku ni. Sya..Sya..Ni, kalau layankan kau lepas
nikah ni, entahlah. Penat aku!Stres!
Irfan Faris kemudian berdehem. Riak
wajah yang ditujukkan kini sedikit serius.
Irsya Natasya memandang. “Kenapa?”
“Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.
Dan, saya nak awak ambil serius pasal perkara n!.” Irfan Faris berbicara
tiba-tiba. Nadanya serius. Ia membuatkan Irsya Natasya terdiam seribu bahasa.
PERJALANAN
ke rumah Irsya Natasya yang memakan waktu hampir satu jam hanya senyap tanpa suara.
Hanya celoteh DJ dan lagu di radio yang berkumandang. Itupun dalam volume suara yang sederhana tinggi.
Irfan Faris sesekali menjeling Irsya
Natasya yang senyap tanpa suara. Tersandar malas sambil pandangannya hanya
terarah keluar tingkap. Bila dilihat situasi mereka seperti bergaduh besar.
‘Boring
juga kalau senyap. Tapi, hmm..aku
tetap kena tunjuk lagak sikit. Biarlah. Senyap pun senyaplah. Karang kalau dia
dah bercakap, aku ni terikut-ikut nak melayan aje. Penat!’ Irfan Faris berbisik
di hati sendiri. Dia tenang memandu.Biarlah lagu-lagu yang berputar menjadi
teman perjalanannya kini. Apa yang pasti, ia lagu-lagu orang putih. Lagu ‘rap’
pula tu. Ia membuat Irsya Natasya di sisi hampir terlena. Lagu itu tidak kena
dengan jiwanya.
Telefon bimbit Irfan Faris kini
berbunyi. Nada yang telah disetkan membuatkan Irfan Faris tahu siapa
pemanggilnya- Nek Kalsum. Irfan Faris sengaja tidak menjawab panggilan
tersebut.
“Kenapa tak angkat telefon tu?” ujar
Irsya Natasya. Agak terganggu layanan perasaannya apabila telefon bimbit Irfan
Faris berlagu tanpa henti.
Irfan Faris tidak menjawab.
Panggilan itu kini berhenti. Selang
beberapa waktu, panggilan masuk berbunyi lagi.
“Angkatlah. Kesian orang tu telefon.
Awek awak ke?”
“Taklah. Nenek kesayangan awak.”
Nada bicara Irfan Faris dapat dibaca.
“Laa..Cara cakap macam tak suka
nenek sendiri aje. Apalah awak ni. Merajuk dengan nenek eh? Ni mesti kes pasal
kena kahwin paksa dengan saya ni. Tulah..Bila ajak planning nak sabotaj majlis, tak nak.”
Irfan Faris sudah menjeling. Rasanya
sudah berbuih mulutnya bercakap berkenaan hal itu. Tak faham bahasa betul si
Irsya Natasya ni.
“Okey, faham!” Irsya Natasya sudah
menyimpul senyum.
Panggilan yang telah terhenti kini
kembali berbunyi.
“Nak saya jawabkan ke?”
“Nah! Jawablah. Tapi ingat, jangan report pelik-pelik kat nenek!”
“Tahulah. Kita mesti bekerjasama.
Macam Wonder Pet tu. Apa yang penting, kerjasama.”
“Sibuk pulak nak Wonder Pet, Wonder Pet. Jawab ajelah!” Irfan Faris sudah buat muka tegang.Menjadi
sedikit garang. Sebenarnya sengaja buat macam tu. Nak takutkan Irsya Natasya
kononnya.
“Tak payahlah marah buat muka macam
tu. Macam jeruk kedondonglah awak ni.”
“Apa awak cakap?!” Irfan Faris
sedikit melenting.
“Awak kalau marah, macam jeruk
kendondong.” Selamba Irsya Natasya mengulang kata.
Irfan Faris sudah memandang Irsya
Natasya sambil membesarkan mata.
“Drive
tengok depanlah, enck Irfan Faris. Jangan tengok saya.” Ujar Irsya Natasya dalam
gelak selamba.
Irfan Faris buat muka bengang.Panas
hatinya dengan sikap Irsya Natasya. ‘Tak apa, Sya. Seminggu dari tarikh hari
ni, siap kau aku kerjakan. Kau tunggulah!’
“Alamak. Belum sempat jawab, dah mati pulak.” Telefon bimbit yang dipegangnya
sudah berhenti bernyanyi.
“Tulah.. Membebel aje.Pantang dapat
bercakap.”
“Dah tu, tak bestlah dok senyap dengan
awak.Tadi saya dah dok senyap layan
perasaan, bunyi telefon awak nilah yang kacau. Kalau tak, saya tak bercakap
sekarang ni.”
‘Yalah, Sya. Dah dasar mulut tu macam mak
nenek, mana nak berhenti bercakap.’ Bicara itu hanya bermain di hati Irfan
Faris.
“Eh..Awak nak tahu tak..Mak saya
kan..Paling suka jeruk kendondong. Dia..kalau nak sumpah saya, biar sumpah jadi
kedondong. Ada ke patut.” Irsya Natasya tiba-tiba berkongsi cerita.
Irfan Faris hanya mendengar. ‘Bagus juga
kalau mak kau sumpah kau jadi kedondong, Sya. Boleh aku makan kau. Senyap sikit
mulut tu.’
“Dah lama tak makan jeruk kedondong.
Terliur pulak rasanya.” Irsya Natasya
berbicara sendiri. Rasa macam mengidam pula.
‘A’ahlah, kan. Aku pun dah lama tak
makan jeruk kedondong. Kalau dapat makan, sedap juga ni. Haishh..Kau ni Sya. Aku dah ikut terliur juga dah. Mana nak cari
jeruk kedondong ek?’ Itu bicara yang bermain di hati Irfan Faris.
Telefon bimbit Irfan Faris di tangan
Irsya Natasya kembali berbunyi. Irsya Natasya tanpa menunggu lama, terus menyambung
panggilan.
“Assalamualaikum, nenek comel.” Mesra
dan ceria suara Irsya Natasya membuka mukadimah bicara.
Irfan Faris sudah menepuk dahi.
‘Err..Ada
something wrong ke?’ Fikir Irsya
Natasya dalam lintasan sesaat apabila melihat tindakan spontan lelaki di
sebelahnya itu.
Bersambung...
Best! Best! <3
ReplyDelete